Tujuan baik tidak halalkan jenayah
YB Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri.
Peguam ini tidak faham bahawa tujuan baik tidak menghalalkan jenayah.
Takut kerana salah?
Ahli-ahli dan pemimpin cawangan dan bahagian UMNO tidak dibenar mendengar ucapan saya.
Apakah pemimpin tertinggi UMNO takut kerana mereka punyai banyak kesalahan yang mungkin dibongkar oleh saya?
Karpal percaya Pak Lah
Karpal Singh menyatakan ia tidak percaya Dato Seri Anwar Ibrahim akan dapat memujuk Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional lompat masuk Parti Keadilan – {sekutu kepada parti Karpal (DAP)} supaya Anwar dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.
Karpal betul-betul sayang kepada Dato Seri Abdullah dan hendak dia kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ahli-ahli UMNO boleh berbangga kerana bukan mereka sahaja yang setia kepada Dato Seri Abdullah tetapi Karpal Singh yang dahulu musuh ketat UMNO sekarang setia kepada Dato Seri Abdullah sekaligus setia kepada UMNO.
Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 lebih terjamin sekarang.
Wednesday, June 4, 2008
Snippets
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
448 comments:
1 – 200 of 448 Newer› Newest»Pembangkang yang menyokong Kerajaan yang ada pada hari ini merupakan sekutu Kerajaan. Adalah menjadi pelik apabila Kerajaan di sokong oleh pembangkang. Sesetengah orang menyatakan ini bagus, sebabnya supaya pentadbiran itu boleh disatukan agar mudah bagi sesebuah Kerajaan mentadbir Negara dengan jayanya. Apakah benar?. Masakan minyak dan air boleh bercampur?. Masakan pula syaitan dan malaikat boleh bersatu?. Maka anda fikirlah sendiri. Kenyataan Tun ada asasnya. Usaha Tun membangunkan Negara sudah terbukti. Bukan saya mengipas atau merasuah Tun. Kita bercakap mengikut fakta, dan ini adalah benar. Salam Hormat
salam tokdet.
tokdet bole komen pasal minyak plak pasnih. or energy consumption.
bole kongsi pgalaman tokdet masa rege minyak naik zaman tokdet dulu.
mgkin tokdet ade idea
hrap2 roti kdai tokdet tk naik hrga.
salam tokdet.
tokdet quote:
"tujuan baik tidak menghalalkan jenayah"
ehh...maap tokdet.
saya/kami tak faham lah quote tu.
bole editkan artikel tokdet?
thankss...
PRU 13 UMNO terjamin? Wakakaka..Che det buat lawak la..
HA HA ~
Tun Dr Mahathir,
What Tun say is sooo true. Hope other UMNO members will open their eyes and ears.
Thank you for your wisdom.
aslm tun ape yg tun tulis tu betull.org umno sekarang ni dah tak de tulang belakang. taiada pendirian spt tun dulu. karpal tu nak jadi pm pulak, mimpijelah karpal. however hidup tun because of ur idea we live not like indonesia and filipina.
chewchew, maksud "tujuan baik tidak menghalalkan jenayah": Kalau kita melakukan sesuatu dengan niat baik sekalipun, tapi kalau cara ia dilakukannya menyalahi undang-undang, kita tetap salah. Contoh: Ah Chong terpaksa meragut beg duit orang ramai bagi membantu membayar perubatan emaknya yang sedang nazak. Niat Ah Chong baik, tapi jenayah yang dilakukannya tetap tidak boleh dihalalkan.
Sokong!!!
Tun Dr Mahathir,
What you say is soo true. Hope UMNO will open their eyes and ears.
Thank you for your wisdom, and we look forward to hear more from Tun.
Alamak Tun..
bahasa Tun tinggi sangat ni..da tak paham isi ni..mcm banyak arah sj maksudnya..
ka Tun maksudkan org lain punya tulisan ni..
Welcome back, Tun.
I used to make it a point to watch the 8pm news, just to hear you speak and feel good.
You really cured whatever inferiority complexes that malaysians had against the foreigners.
After you left, I never bothered with the prime time news.
I notice your postings are getting fiercer and sharper...
Wonderful. I now check your site constantly, hungry for your charismatic writings.
Hidup mahathir. We love you.
zaid ibrahim will be a liabilty to UMNO....
TDM,
@Berani Kerana Benar dan Takut Kerana Salah@
Masyalah besar yang kita hadapi sekarang adalah takut kerana salah dan TAKUT JUGA WALAUPUN BENAR. Salah dah tentu salah dan memang depa tu teramat takut. Bukan setakaT takut nak bersama Tun lebih daripada itu nak sebut kata Tun baik, berjasa dsb pun depa takut kerana ada banyak salah. Sindrom terbaru pula takut walaupun benar sebab macam2 pun boleh orang buat untuk menjadikan yang benar itu salah. Keadaan ini hanya berlaku di Malaysia dan beberapa negara lain. SEDARLAH INI LAH DILEMA HIDUP YANG DIHADAPI. SIAPA YANG SUBURKAN PERKARA INI?
SEBAB ITU CARA TERBAIK ADALAH IKUT PERJUANGAN ISLAM YANG ADA SEGALA-GALAMNYA & AMAT ADIL
Pak Lah buat HAL LAGI MINYAK NAIK MALAM NI!!!!!!!!!!!
Tun,ape muslihat sebenarnya kepimpinan pada masa kini menaikkan harga minyak sebanyak RM2.70.Sedangkan kita mengetahui,pengisytiharan koridor yang tentunya tidak memberikan manfaat kepada rakyat selain mengguna pakai duit dari keuntungan petronas atau subsidi.Kemajuan yang dikecapi semasa kepimpinan tun sudah memadai kepada rakyat,dan lebih baik subsidi minyak digunakan untuk mengawal selia serta mengekalkan pembangunan yang ada tanpa mewujudkan pusat pentadbiran/ekonomi yang baru.
I am so proud that for the first time a leader from opposition believe in UMNO leader.
Congrats to KARPAL SINGH and well done to DAP for believing in UMNO leadership.
One last note to KARPAL SINGH, PLEASE GET REAL... Make it 2 notes , PLEASE GET REAL.
Kalau nak politik pun, biarlah nampak honest sikit. Janganlah nampak macam ada udang kering sebalik maggi mee.
And one thing about Pak Lah, I believe his Mr Clean image is no longer relevant. My family, friends and my cronies, we have a new name for him, it's PAK LAHAP... Lahapkan kuasa dan lahapkan kedudukan.
Saya berdoa kepada Allah supaya Tun sihat walafiat, sihat tubuh, badan dan minda serta dilanjutkan usia agar dapat menyelamatkan Malaysia dari PAK LAHAP
Assalamualaikum Tun,
What is your advice to strengthen UMNO?
Is there any way for us to stop Anwar Ibrahim from re-joining UMNO if that is really his motive for using Ezam as a trojan horse?
Can you write your thoughts on that?
YABhg Tun,
Faktanya mereka memang takut kat Tun. Mana-mana Tun pergi mesti ada SB ikut, konon nak pantau Tun punya ucapan dan dapat A1 Info dari mereka. Tapi apa bole mereka buat selain ngomong kosong...
Harga minyak naik dah, RM2.70 seliter. Tak la banyak sangat tapi naper nak pulang balik duit, ingat kerja tu senang ke? Berjuta orang nak diuruskan pemulangan duit tu. Awat la baghral sangat. Tak ada ke jalan lain yang lebih simplify. Berapa pulak kos duit stem dan paper untuk tu?
Awat la pak lah punya kerajaan ni? Tak pandai2 nak jimat duit pas tu suruh orang ubah cara hidup. Berapa kali nak ubah cara hidup da.......?
I think it's more or less sound like:
"Niat tidak menghalalkan cara."
Tun,
I truly love your way of conveying sarcasm.
You have my undivided support!
Long live Tun!!!
Che Det,
Again baik nampaknya. Alhamdulillah.
Dalam bahasa orang putih:
you have seen the light?;
or
you just took your medication, haven't you?
Warmest salaams to you and Dr Siti Hasmah (who I presume gave it to you)
ps makivalian sunggoh
A.kum YBhg Tun,
1. Tun, biarlah Karpal tu nak fall in love kat Pak Lah. Mereka berdua sama cantik bagai pinang dibelah dua kerana dua-dua dari P.Pinang.
2. Jika Tun free, boleh tak Tun tolong pi baca sekejap dalam blog saya..'Betulkah kekayaan mereka begini'?
3. Kemudian Tun tolong beri komen dan penjelasan sikit. Datin Marina dah beri penjelasan, harap Tun juga no problem. Tq Tun.
http://sukj.blogspot.com
heheh.. memang terjamin...
Pak lah plus shahril naikkan harga Minyak RM2.70.. baru kejab tadi
anuar offer nak turunkan harga minyak... semalam
emmm...
apa komen Tok Det?..
den penyokong kuat Tok det! .. hidup Tok det!
Seorang manusia yang membunuh seorang manusia yang lain dengan tangan sendiri kerana ingin menegakkan kebenaran.
Tujuan baik = menegakkan kebenaran.
Jenayah = bunuh
Amerika Syarikat mengebom seluruh pelusuk Iraq untuk menawan Saddam yang dikatakan sebagai penjenayah perang.
Tujuan baik = Menangkap penjenayah perang
Jenayah = Mengebom seluruh Iraq dan membuat tuduhan palsu.
Kerajaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai kerajaan Abdullah Badawi menaikkan harga minyak kepada RM2.70
Tujuan baik = Menabung utk masa depan lebih cerah
Jenayah = Fresh graduate yang terpaksa tinggal di Puchong untuk sewa yang rendah terpaksa membayar harga minyak yang tinggi kerana berkerja di Damansara sebagai seorang Programmer bayaran minima dengan waktu berkerja melebihi 10jam. Terpaksa makan biskut dan megi kerana setangki penuh kereta nasional mampu milik 40l = RM108.
-mode kecewa dgn hadiah baru dari kerajaan untuk membantu rakyat-
alo tun...
lately tun banyak berkias la.
kat youtube banyak yang tun kias. tun ada berkias pasal tun masukan anwar dalam penjara, seksa, isa.. orang pon manipulasi kiasan tu. kenape ek tun berkias kias skrg? tapi ok gak tu. buat saya senyum sendiri.
Tun,
Islam Hadhari pun saya tak paham.Allah murka sebab tu habeh bercelaru tak tentu pasai.
Had dok jadi la ni pun tak paham.
Makin Bodohlah saya , kalau orang undang2 pun kena berdepan dengan J/k disiplin.
Melayu sudah lupa Si Luncai terjun dengan labu dan telornya.
Dari PR 12 ,Dah hampir 100 hari rakyat terbiar.
Terbiar menghadapi bebagai kerenah politik.Sapa nak jawab di akhirat besok ?
Sudahlah Tok wan..
Pi masjid buat ibadat lagi baik dari mengecam orang ...
Dah masa nak taubat agar hidup selamat..
di dunia dan akhirat..
senang nanti hati dan urat..
tidak bersimpul dengan dosa keparat,,,
mudah mati, senang diangkat...
masuk syurga dengan syafaat..
correct...correct...correct...
chewchew..if u ever heard " the end does not justify the means?" well, it's unethical
same goes with "tujuan baik tidak menghalalkan jenayah"
klu kata Dr Fadzilah Kamsah, matlamat x menghalalkan cara. sama je tu..
Dear Tun,
You seems to be in high spirit today. :)
ye.. PRU 13 UMNO 'menang' lagi besar .. lebih2 lagi minyak pun dh naik tgh mlm ni..
aslmkm tun
sy x pk sokongan karpal singh terhadap paklah akan menyebabkan BN menang pd PRU13 nnt.selagi paklah x buktikan bahawa dia boleh mentadbir,sy yakin rakyat masih ragu2 dgn kredibiliti beliau.
teruskan perjuangan tun...
Tun,
Penulisan walau sebaik mana pun tidak akan kemana tanpa tindakan. Bertindak la cepat.... jangan cakap je yang lebih
tun....
skrg harga minyak dah naik apela nk jadi.....janji macam - macam skrg lain jadi yer....malaysia diambang kehancuran dibwh DSAB......BERBALIK kepada isu ....sekira pembangkang sudah syg akan kjaan Dibwh DSAB akn hancurla kjaan skrg dan menunjuk kan byk kelemahan yg blh mendatangkan kebaikan pada pembangkang........
SEDARLAAA WAHAI WAKIL RAKYAT....
JANGAN SAMPAI BERLAKU SEPERTI
CERITA
'SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG.....'
dlm erti kata lain pemimpin yg lemah dan hanya menurut kata org bawahan tanpa usul periksa baik atau buruk.....hancurlaaaaa.....
NAUZUBILLAH.........
Salam TUN,
betul Tun mereka hendak melihat UMNO jatuh dan orang melayu tida lagi kuasa....
assalamualaikum ayahanda Tun..
saya baca 1 isu dari Utusan online:
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
Tun yang dihormati lagi dimuliakan,saya ingin pendapat dan buah fikiran Tun tentang kenaikan harga ini..
1. adakah ia suatu yg wajar2 saja atau
2. pemerintah memang wajar menaikkan harga minyak tapi dengan kadar yang lebih rendah atau
3. kenaikan harga ini dapat dielakkan terus olh kerajaan..
Tun..harga minyak naik,letrik naik,makan minum naik..sakit kami Tun,sakit..
Tun..sayang kami,doa kami dan sokongan kami akan terus buat Tun.terima kasih Tun..semoga Allah terus memberkati Tun Dr. Mahathir Mohamad..aminnn..
Tun,
kata-kata sinis / sindiran Tun memang sentiasa ada :p
"PRU 13 UMNO terjamin"
mohon Tun ulas pemimpin-pemimpin yang sebagaimana Nadzri Aziz lantang & biadap, berani setempat mengecam Tun namun menjadi PENGECUT apabila kuota JPA dikurangkan kepada 55%.
Hahahahaha..."snippets" pun boleh ya? Hahahahaha! Tun Dr Mahathir Mohamad, rasanya "snippets" ini semacam info-iklan penambah kepada pos yang panjang dan bertajuk. Pada sayalah, ini baru dan menarik.
Harap tidak ada cadangan sesiapa untuk pengwujudan satu "Royal Commission" seandainya semakin ramai blogger macam saya akan "snippets" juga di blog kami. Hahahahaha.
Kepemimpinan Melalui Teladan.
Syabas, blogger jutawan pelawatan!
Zahid Ibrahim. Hahahahaha. Saya pun hairan jugalah angin perubahan apakah yang Abdullah Ahmad Badawi reformasikan dalam pasukannya.
Dia sebagai Joker, mungkin akan semakin menyerlah selagi tidak letak jawatan sekarang.
Hairannya ada lagi beberapa menteri yang turut mahu sama menjadi pelawak.
Pada mulanya saya perhatikan Zahid Ibrahim ini semacam tidak reti, bila dia semacam telah mendahului kabinet dalam usaha hendak reformasikan bidang kehakiman.
Kemudian, dia semacam merasakan seperti bintang dengan memanfaatkan media untuk bersuara.
Barangkali, para Menteri yang berkedudukan tinggi, lupa akan ketajaman Wartawan Malaysia. Saya tahu di mana mereka dilatih.
Seterusnya, apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad "snippets" kan di blog ini:
"YB Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri.
Peguam ini tidak faham bahawa tujuan baik tidak menghalalkan jenayah."
Sememanglah baik jika seseorang menyatakan yang baik demi mempertahankan Perdana Menteri yang baik.
Namun jika dia itu sudah bertaraf Pemimpin Pemusnah, dan barangkali telah melakukan salah guna kuasa dalam skandal dan jenayah, dan terbukti benar, apakah peguam atau pun Menteri yang tetap mempertahankan Perdana Menteri itu, walaupun ternyata dia salah.
Apa yang dimenyenyehkan oleh Zaid Ibrahim mempertahankan Abdullah Ahmad Badawi sewaktu ditemubual wartawan tempoh hari, samalah macam Mak Nenek yang menjerit-jerit, "Tak Achi" atau ejaan sekarang yang standardnya ialah "Tidak Aci".
Kadang kala, para Menteri juga ingin mahu turut menjadi penglipur lara, dan apa pula kelak kata dak Nabil, "Lu pikirlah sendiri!"
Ada lagi kah Menteri yang nak buat lawak?
Salam Tun,
I'm very enjoy to read your blog... its quite funny for this blog... thanks for share with us.
We love you always.
Salam Ayahanda Tun,
Minta maaf, minta tolong ayahanda Tun komen pasal minyak naik ni...
Sharir tu semenjak jadi menteri in-charge , semua nye naik...kalau macam tu saya @ anak saya pun boleh jadi menteri in-charge!!!..
Tolong ya ayahanda bagi pandangan...
Ni naik RM2.70...gelap pandangan sekarang ni...
masa ayahanda jadi PM, xde pulak naik mcm ni....ish, ish, Pak Lah and Sharir tu...tak pi ke akibat2 kat kitaorg yang makan pagi kasi pagi, makan petang, x sure makan ke tak...
SUE
DICTATORSHIP DIDALAM UMNO
Sekarang didalam UMNO sudah tidak boleh bersuara, semua kena ikut sistem ala HITLER, perbezaan diantara kedua mereka ialah DSAAB tidak ada misai kontot macam Hitler.
Siapa bersuara akan diambil tindakan disiplin. Yang paling menyeronokan ialah NGO-NGO dan juga kerajaan Amerika yang cukup beradat & beradab pula kali ini. Semua nya duduk diam macam seorang budak yang tinggi budi pekerti & tertib tingkah laku nya.
Dulu masa zaman Tun mereka ini cukup dahsyat. Statement demi statement dikeluarkan. Kenapa sekarang ini semua nya senyap & baik belaka, apa mereka sudah tidak menyokong demokrasi atau freedom of speech.
Sebenarnya itu lah yang mereka mahukan. Kehancuran untuk Malaysia, biarkan negara bertuah ini hancur musnah maka senang lah mereka takluki semula. Penaklukan kali ini secara ekonomi. Semua syarikat strategik akan dipindah milik. Contoh sudah bermula dgn beberapa syarikat saperti Sime Darby, Guthrie, Golden Hope dan sebagai nya.
TAKUT KERANA SALAH
Memang semua pemimpin tertinggi UMNO takut kepada Tun kerana mereka punyai banyak kesalahan yang mungkin dibongkar oleh Tun.
KARPAL SALAH TENTANG DSAI
DSAI akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Objektif DSAI yang utama ialah untuk memiliki sepenuhnya Khazanah UMNO dan Khazanah Negara. DSAI tahu dimana khazanah-khazanah tersebut disimpan. Berapa jumlah nya, The Key Master, Prime & Second Signatory. Sebagai Menteri Kewangan selama 8 tahun dia tahu maklumat tersebut.
Tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku ialah dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini, termasuk bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli; bekas Setiausaha Angkatan Muda PKR, Johari Mohd. Yassin; dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR Perlis, Daud Abdul Ghani. Tiga lagi ialah bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Khairul Anuar Ramli bekas exco Angkatan Muda PKR, Azman Din dan bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan, Anuar Shaari.
INFILTRATION. Memasukkan orang kepercayaan nya yg memang sudah tahu seluk beluk, duri & ranjau kedalam UMNO. Mengaktifkan semula semua rangkaian (UMNO & Kerajaan) yg dibangunkan semasa DSAI menjadi TPM Langkah Terakhir. INVASION. Maka invasion pun boleh lah dimulakan
Mereka akan membuka laluan mudah untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO. (apa susahnya DSAAB & DSAI adalah sepupu)
Apabila dia sudah diberi mandat menjadi Presiden UMNO & Perdana Menteri maka senang lah dia buka pintu besi kedua dua khazanah tersebut, iaitu Khazanah UMNO & Khazanah Negara.
Beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.
Sebab itu DSAI tak masuk bertanding, walaupun dia mempunyai support dari 30 wakil rakyat BN sekali pun, dia nak buat apa? Kalau dia jadi PM dibawah bendera PKR, nak buat apa. PKR miskin bukan ada duit, silap haribulan dia kena sponsor PKR, bankrup la DSAI, sikit punya banyak ka nangoi PKR (macam langau), nu sana tu Bank UMNO. Khazanah UMNO. Sana la lubuk nya yang di impikan.
Tun,
1) Zaid Ibrahim cuma main wayang sahaja. Dia tahu matlamat sebenar ialah untuk menyekat Mukhriz dari bertanding jika konco-konco Khairy berjaya menyabitkan kesalahan displin Mukhriz kerana "berbalah" di khalayak ramai.
2)Ahli UMNO tidak dibenar mendengar Tun dengan alasan Tun bukan lagi ahli UMNO. Sama seperti ahli UMNO dilarang mendengar ucapan PKR kerana mungkin dianggap menyokong PKR. Tapi yang berani dan tak berkepentingan masih lagi akan terus menyertai acara-acara Tun.
3) Karpal amat menyayangi Pak Lah kerana sebab Pak Lah, DAP dapat memerintah Penang. Senyerang Karpal terhadap Tun akan membuat Pak Lah lebih bodoh sombong. DAP juga tahu muslihat jahat Anwar.
Akhirnya, yang berpecah orang-orang Melayu juga. Bila perpecahan dan masalah dibincangkan, DAP akan berkata orang-orang Melayu ini "racist". Akhbar-akhbar yang dipenuhi dengan pengarang liberal dan bukan Melayu juga telah label Tun sebagai "racist".
Dr M,
fuel price naik to rm2.70. rakyat is goin to die. wishing that u didnt resign....*cries*
i will always support you!
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
TAHNIAH KERAJAAN DOLLAH....SYABAS KABINET TERBAIK MALAYSIA....WELL DONE....
Nasib kamu la zaid....
Nasib kamu la karpal.....
Nasib Kamu la Pak lahh....
Kamu semua dok kat atas....kami ni macam mana....minyak naik sampai dekat lapan kupang ni apa cerita....disel dengag kat seringgit....
Ingat disel naik tu la yang nak bagi mampuih semua kita....
Dear Tun....buka topik baru...habag mai sikit kita nak buat lagu mana nihhhh....teruk la mcm nih....
Dear tun..
help us pls... the petrol increase with immediate effect!! i really feel like wanna cry.... it is a burden for an average income earner like and full of responsibilities that count by every RM in my purse.... is this fair to us???? What is the logic behind all this?? Soon other things would increase as well.... since every things would be petrol related... help Tun...please.
Musuh ketat UMNO menyokong Pak Lah.
Kenapa ye?? Ada agenda tertentu ke??
Pemimpin UMNO lain apa respon anda selepas ini. Nak dok diam saja ke?
Tun:
It is very clear that, Karpal is "pity" to Pak lah. Who know inside his mind.."a weak leader=easy score" perhaps easy for him to take benefits in the future.
Never underating PKR because the public's situations arent that friendly to our gov't. Especially the dramatic increases of daily products' prices and so on.
Once again..i would like to strengthen here:
"a weak gov't isnt good for malaysia"
Tun, my friend has just borrowed be a book which titled "Mahathir the wake-up call" by hasan hamzah.
Im really enjoying the book anyway,
from the book...it makes me more understand and clear about you!
sir you are the best!!!
I like the quote which you have made:
"If bones have turned to coral,
if eye have turned to pearls,
if we have already seen a sea change,
we must now prepare ourselves for an ocean change.
Those who are strong enough and empowered enough to sail on this vast new ocean will reach shores never before dreamt of.
Those who are weak and infirm, who cannot safely sail on this tumultuous ocean,
will simply be left behind if they are lucky.
They will be dragged under if they are not."
I think the above statement could still apply to everyone of us. :)
take care tun:)
huiling
salam.... saya kurang paham la kenapa pilihan raya ke 13 dikatakan selamat?????....saya secara peribadinya nk minta tun dr M tolong komen sket wjarkah hargaminyak dinaikkan sedangkan petronas untung puluhan bilion ringgit setaun.... tun selaku penasihat petronas juga terlibat secara tak langsung dalam kenaikkan harga minyak di pasaran bermula malam ini.... saya harap tun tolong jelaskan dalam blog tun...... sekian.....
wankedah
esok kita akan dibebani dgn herga minyak...... apa yg sy tahu minyak akan dinaikan pada bln ogos,ckp tak serupa bikin kerajaan pak lah niiii. sokong lah lg kerajaan paklah badwi niii. ckp tak betoiiiii..............
Salam. Dear Tun and everybody,
I've only one thing to say, not even one politician in Malaysia has come close to having a quality like Tun Che Det, and that is, CONSISTENCY.
Karpal is ever confused, Zaid rides the waves (or is he trying to go against the waves?!), Pak Lah is downright spineless, Najib appear to act according to the moodswings of Rosmah, etc.
I pray to God that Tun Che Det will remain healthy so as to be able to be in touch with us, the rakyat.
hidup TUN
hidup TUN. teruskan perjuangan mu. pecayalah ramai rakyat di MALAYSIA masih sayangkan tun. Ingatkan kembali melayu yang mudah lupa
TUN,
Hari ini nampak semangat TUN bertambah kencang.
IT JUST THE BEGINNING....
Hahahaha...
Pemimpin UMNO masih tidur lagi...ke?
Salam perantau
Angkatan Lancang Kuning Nusantara
-ashar-6;42
Salam sejahtera Tun,
tolong ulas lebih lanjut Tun.
Rakyat Malaysia hari ini menangis dgn pengumuman oleh seorang perdana menteri yang tidak dapat menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.Kami tidak halalkan sesen pun gaji yang digunakan oleh kamu wahai Abdullah
Salam kepada Tun dan semua.
Wak ketawa bahak-bahak dengan artikel Tun ni. As usual, Tun pandai buat jenaka-sinis, indirect but hit-hard-target definitely.
Kepada pengunjung bernama PJ, Wak memang tahu Tun bukan seorang expertise dalam bidang "multi-racial" dan bidang pelajaran Tun ialah doktor perubatan. Tapi Wak percaya tulisan Tun adalah bersandarkan pengalaman beliau sepanjang 22 tahun menjadi PM yang exposed dengan apa yang ditulis oleh beliau.
Similar to Bush Sr., Clinton, Bush Jr. and any other the then President of United State. They can't say for what they obliged to say until and/or unless they have been briefed enough by the relevant intelligent squads i.e. defense and military ministry, CIA etc. etc.
Unlike you PJ, i believe that you hates Tun so much then it will justify your so discredit and full of hatred comments against Tun's articles. No heart-feelings ya friend.
p/s: Wak masih tertunggu-tunggu "direct denial" dari Y.B. Datuk Seri PM dan hujah-hujah beliau bagi menafikan apa sahaja yang Tun tulis. Satu lagi, malam ni Wak kena isi tangki minyak volkswagon-bettle lama Wak penuh-penuh. Dulu-dulu zaman Tun minyak naik jarang-jarang dan sedikit-sedikit (2, 3 tahun baru naik tapi naik pun sepuluh duapuluh sen seliter, la ni minyak naik tiap tahun lepas tu naik sampai tujuh lapan puluh sen seliter). Pengsan Wak macam ni.
ayahanda tun buat lawak petang eh! tapi benarlah kata ayahanda itu
"tujuan baik tidak menghalalkan jenayah"
tapi zaid mesti sokong tuan dia sebab hanya paklah yg berikan kedudukan yg baik kepada dia bukan rakyat.. jadi dia kena menjadi kaduk kepada pak lah semua orang tahu itu ayahanda tun
ada org boleh mengingau tanpa tidur tapi ramai org boleh tidur tanpa mengagau
Tun, minyak dah naik 78 sen, boleh ke harga minyak turun kalau Pak Lah letak jawatan? Krisis ekonomi tengah terjadi ni...
hahahaha..tun, saya suka tahap maksimum comment tun yang cynical tu. kalau depa tak terasa, tak tau la...
pasal minyak ni pun satu..ada2 je pak lah ni nak bagi orang lagi benci dia lah!
Salam chedet,
Nampaknya pak lah makin kuat la dlm pilihan raya13 nanti kalau karpal pun sukakan dia. Maka dengan ini makin kuat juga kaum kerabat pak lah menguasai ekonomi..saya bekerja di pelantar minyak, dan saya tau kebanyakkan projek oil&gas skrg di kuasai scomi (kmc) dan jugak kakak ipar pak lah mastek oil..
Slm Tun dan semua;
Minyak mungkin naik ogos ni ( mungkin naik RM0.30.... )
Mana ada! Naik RM0.78 sen la...
Runsing Ogos dah menjagi gila hari ini...
Salam Tun,
Adakalanya kita akan berasa marah & sakit hati bila mengenangkan keadaan negara & bangsa kita kini.Benci pada pengkhianat yang secara senyap menjual maruah bangsa.
Tapi jika kita fikir dengan lebih dalam, kita ada kelebihan iaitu agama kita, Islam. Kita ada ALLAH yang maha kaya untuk kita meminta bantuan dan petunjuk.
Tun,
Saya berharap Tun dapat bersabar dengan dugaan. Allah menduga kita kerana Allah mengetahui bahawa kita mampu untuk mengatasi dugaan tersebut. It is just a matter of time.
Saya faham perasaan Tun yang kecewa kerana negara & bangsa yang dibentuk dengan baik selama puluhan tahun kini perlahan-lahan tergadai.
Saya berdoa, Tun lebih tenang dan bijak mengatur langkah untuk menyatu-padukan anak2 bangsa kita.
Ambilah contoh Nabi Muhammad S.A.W bagaimana beliau menghadapi lawan & musuh dengan tenang & taqwa. Jgn lah Tun melatah dan emosional seperti Anwar Ibrahim. Jangan pula Tun menjadi lalang (tapi kononnya tenang) seperti Pak Lah (na'uzubillah).
Saya cadangkan Tun adakan majlis seperti Qiamulail agar kita dapat berdoa dengan satu suara, meminta pertolongan & petunjuk dari Allah.
Dalam situasi seperti ini, tidak perlu dialog, diskusi,debat. Because we may tend to be carried away when we talk and tend to open-up for more opportunities for enemies to build-up their bullets.
Selagi Tun berada di landasan yang telus, saya akan sentiasa menyokong Tun. Wassalam.
Tun,
1. Tujuan baik tidak halalkan jenayah
Tun, Kalau Tun bercerita pasal Zaid Ibrahim ni, saya tengok muka pun tak lalu. Orang lain yang menang bertanding pilihanraya, orang lain pulak yang jadi menteri. Tak ke pelik?? Mana orang Sabah tak marah kat DSAAB.
Saya rasa la kan, tujuan baik yang konon2nya Zaid buat pada DSAAB tu bukan ape.. cuma nak membodek DSAAB jer. Kalau nk bodek tu bukan niat baik namanya.
2. Takut kerana salah?
Dia orang takut untuk mendengar ucapan Tun sebenarnya bukan pemimpi n yang sebenar. Pada saya Tun, ahli-ahli biasa tidak akan ambil peduli semua larangan tu. Orang yang takut hanya orang yang berkepentingan. tu jer... Orang yang sayangkan bangsa dan negaranya, dia orang akan buat ape yang sepatutnya.
Takut dibongkar kesalahan? Tu dah tentunya Tun. Saya harap biar lah mahkamah akan panggil Tun. Boleh la Tun ceritakan pada mahkamah ape yang sebenarnya berlaku. Kalau tak takkan lah Guan Eng kelam kabut. betul tak Tun?
Karpal percaya Pak Lah?
Memang la Tun. Mcm saudara Daniel Leiberman kata lah dalam Blog http://worxout.blogspot.com/. Ape guna Karpal sokong DSAI... tarah untungnya orang. Dgn Pak Lah dia boleh lah perlekek kan. Tu yang dia suka.
Bila Karpal dah baik dgn DSAAB, DSAI boleh runding dgn DSAAB untuk
masuk balik UMNO.Tu yang DSAI plan sebenarnya. Gunakan Karpal untuk kepentingan dia. Ntah ape yg dia janji tah kat karpal tu.
Kalau nk kata kita orang bangga Karpal baik dgn DSAAB... ermmmm pi rah... pada saya Karpal tu hukum tembak jer. Dah kena lumpuh tapi tak sedar diri.
Berbaik-baik dgn musuh tidak akan menjaminkan apa-apa. Melainkan dengan kekuatan diri sendiri tanpa bergantung dgn orang lain.
Orang Melayu perlu membina kekuatannya sendir dan masa ini lah peluang yang terbaik. Perluang terbaik untuk menyatupadukan bangsa Melayu dan merupakan titik tolak perubahan bangsa melayu keseluruhan.
Sama la kita ibaratkan, bertindak sekarang sekarang atau berkubur selamanya. "Do or Die". Seperti mana pegangan2 Panglima Islam terdahulu. Slogan Panglima Islam dahulu adalah "Menang atau mati Sahid". No turning back.
Moto ini yang perlu ada pada orang Melayu sekarang. Itu lah Tun dok cerita selama ni kat kita. Kita perlu berani bertindak jikalau kita sayangkan bangsa kita dan negara kita.
Mari lah kita renung2kan bersama.
Kias Tun memang sy sangat fahami. Sinikal.
Tun , petrol increase 78 cents and break the history of increment. what do you think ?
Tun,
Cuba tengok kat adress ni: http://www.youtube.com/watch?v=dPYWJhpVtzI. Satu contoh kuasa cabinet Paklala yang hanya memerlukan seorang sahaja menjawab soalan. Yang lain kena dengar dan setuju sahaja.
Salam hormat.
Tun,
It's good to know after all this, you still have your sense of humour intact. Laughter is the best medicine. Wish you all the best and take good care of your health.
Salam.....
Mengapa Tun hanya menulis tentang politik saja sedangkan masalah sekarang bukan pasal politik tetapi taraf hidup rakyat yang patut Tun perjuangkan dengan kenaikan harga Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini
Saya rasa kesal dan sedih serta kecewa kepada apa yang berlaku,Tun tidak pulak menperjuangkan taraf hidup rakyat terutama orang yang berpendapatan rendah dengan pelbagai masalah dan masih berupaya pergi ke mana-mana dengan wang rakyat.Sebagai Penasihat Petronas apakah sumbangan Tun untuk kepentingan rakyat bagi memastikan kenaikan harga minyak seimbang dengan taraf hidup.
Di harap Tun bukan menulis tentang politik sahaja tetapi masalah rakyat amnya,sekarang rakyat sudah muak dengan percakaran Tun dan Pak Lah kerana semua orang tahu bahawa keluarga Tun dan Pak Lah memang terlibat dalam perniagaan sehingga menjadi jutawan.
Dari zaman Tun lagi tiada gaji minimun yang sesuai,sedangkan harga barang naik...Harap Tun perjelaskan tanpa dalih-dalih
He! He! Tun still haven't lost the sense of humor after all. It is nice to read a funny article sometimes.
We have to embrace a new future from tomorrow. No more fuel subsidies, lots of us will feel the pain. Hope that the money saved from it will come back to all of us the Rakyat, not just to some mighty cooperate that act as a dummy to certain few special-ones.
Thank you Tun for being there when there is nowhere else to look.
2.70 fuyooo banyakkktuuuuu....
TUN,
KARPAL SING = LIM KIT SIANG = ANUAR IBRAHIM = JUGA PAK LAH.....
"PEMIMPIN PEMUSNAH"
DAP berselindung disebalik agenda menegakkan "Kebenaran dan keadilan" mereka ..untuk menghancurkan UMNO. Mereka berniat untuk menghapuskan KETUANAN MELAYU melalui kesamarataan, seperti perjuanagn Lee Kuan Yew dalam parti PAP...tapi pemimpin UMNO masih bermimpi...!!
PKR juga berselindung disebalik agenda "kebenaran dan keadilan" mereka meraih simpati rakyat yang buta hati....untuk menjatukkan UMNO.Meraka berniat membentuk Malaysia yang liberal...membawa masuk pengaruh Amerika dan Yahudi ke malaysia.
PAS sebuah parti yang dulu nya lantang dengan prinsip Islam udah kendur apabila mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP.
"tujuan baik tidak menghalalkan jenayah"
Tujuan PAS baik tapi jangan menghalahkan yang haram.,,ikut perjuangan asal seperti yang di launkan oleh pemimpin terdahulu PAS.---TUTUP SEMUA PUSAT HIBURAN DAN PERJUDIAN DI SEMUA NEGERI PAKATAN RAKYAT, BATALKAN JUGA PROJEK MALAYSIA SEBAGAI PENGEKPORT BABI TERBESAR DUNIA, HASILNYA HARAM...!!!!
MALU RASANYA ...BODOH RASANYA..
kita membiarkan semuanya ini berlaku di depan kita semua....
Semuga kiasan TUN kali ini, di amat amati oleh semua lapisan pemimpin.
SAlam perantau
=ashar=7;14
Salam Tun,
Saya nak menambah sikit pasal isu minyak yang ditanyakan oleh idiopathic.
Isu minyak basically bukan salah kerajaan. Infact kita sepatutnya lebih bersedia dengan keadaan ini instead of complaining.
Mungkin sebab kita sudah terlalu leka dengan subsidi, maka bila kita terpaksa berdiri sendiri, rasa terlalu susah pulak, yek. Bila kerajaan subsidi minyak, sapa pegi jual kat orang luar? KITA. Siapa beli minyak kat Shell, Esso etc instead of Petronas? KITA jugak kan...
Lets not melatah pasal isu minyak. Jika panggil diri kita sebagai orang yang berpendidikan when we are are suppose to be aware on the world economic situation and more prepared on that.
Lebih baik kita tumpukan pada isu yang lebih membimbangkan iaitu "bumi dipijak ini mungkin menjadi milik orang lain suatu hari nanti".
Hidupkan semangat sayangkan bangsa & negara. Lupakan sebentar poket kita. Our dignity is at stake. Lets buck-up..
Tun, may i know your opinions towards the issue of petrol price increase again?
We, as Malaysian, are very angry and dissapointed to the gov. We have our own petroleum, why should we pay the petrol price that almost same with other countris that those do not have their own petroleum? where is our petroleum? where all the money gone?!
Anyway, government should improve the public transportation service first instead of increasing petrol price..
Thanks Tun for giving a space for me to mengamuk here~
bangang punya olang...minyak naik 2.70sen takde makna naik gaji serupa 10 tahun dulu, camner nk leverage income...
lagi tinggi jurang kemiskinan.
budak umo 20 thn pon bole pikir.
tun berhenti UMNO, sapa nk bersuara bg kami, anak melayu lagi.
lawak sblm harga minyak naik. chedet... w're doom!
Salam.....
Apabila minyak naik harga barang-barang keperluan pun ikut naik tetapi kalau turun harga minyak harga barang pun tak ikut juga.
Mengapa ini terjadi,jika mahu jadi peminpin yang baik sepatutnya rakyat yang diutamakan.Tetapi itu satu kata-kata saja ,kita lihat apabila ada peminpin berjumpa bersama rakyat atau jamunan rakyat kenapa rakyat, kenapa rakyat kena tunggu dan berbaris memberi peluang peminpin makan dahulu di meja yang cantik dengan hidangan yang menyelerakan tetapi rakyat....Tun tolong jawap...
Assalamualaikum Tun Dr Mahathir,
Aduhai Tun, bantulah kami rakyat biasa yang tak banyak kuasa ni..harga minyak naik dah berapa kali dah dlm dua tahun ni je..macamana Tun buat dulu sampai boleh dibilang dengan jari je harga minyak naik?
Tak tahan dah dengan Pak Lah..takkan pemimpin UMNO lain tak nampak ni semua? kenapa mereka sangat nak ikut jalan yang Tun bagi ni...
Help us please!!!!
Dr M,
the petrol price is suicidal.
petrol price increase,
rice price increase,
salary, DECREASE!
especially for us students,
this is a nightmare!!
my parents gave me a car (a car as old as me) to drive to coll because of my safety.
and now,
with petrol increased to 2.70,
what am i going to live on?!
i save my money EVERY MONTH so that i could pump in petrol WITHOUT asking extra money from my parents,
and now?
this is like asking me to go on a liquid diet!
RM60 a month was just right for me as lifestyle in KL is highly expensive.
now, RM60 can only last me 2 miserable weeks!
this is not a smart move.
this is like an action to make us all citizen to migrate to Venezuela (petrol price there is only 92cent!)
Dr M,
how i wish you were still the PM.
thinking of what is right for us, citizen.
sparing thoughtful thoughts for all of us.
this is a very saddening statement.
immediate increase on petrol.
how can we achieve Wawasan2020 when everything never stop increasing?
the worst thing i heard today,
besides than the petrol,
TNB is planning to raise electricity by 18%!
what a world.
Tun,
Melihat perkembangan politik negara sekarang, saya berasa sungguh sedih sekali dan tiada lagi kepercayaan kepada pemimpin negara atau wakil wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat jelata. Zaman sekarang ini macam kalau hendak status dan kaya masuk politik. Bukan-nya masuk politik kerana hendak membela rakyat jelata dan membangun negara ketahap yang lebih tinggi. Tak kiralah, sama ada ahli politik Melayu, Cina ataupun pemimpin India, semua sama saja.
Selepas, kenapa sekarang ini tiada seorang pemimpin yang benar benar kita sanjungi, hormati dan percaya yang akan membela dan sanggup berkorban untuk negara dan bukan kerana ingin kuasa, status dan nikmat kewangaan.
Terus terang saya nyatakan. Tiada lagi rasa hormat kepada ahli politik yang sedia ada sekarang melainkan seorang dua sahaja.
Maaf kalau kalau Bahasa Malaysia saya kurang baik, maklumlah BM yang saya belajar lain dari sekarang..mana ada perkataan canggih,isu dll..
Sekian
Salam mesra... Rakyat Setia Tanah Air ku, Malayisia
Tun,
Keep going, keep on pressing.
We support you !!!
YABhg Tun,
Saya ingin mengulas berkenaan 'TAKUT KERANA SALAH'
Dalam hal ini, orang yang paling banyak sekali takut kerana kesalahannya ialah:-
1. KJ - kerana ramai yang tidak tahu bahawa:-
40% calun ahli parlimen PRU12 telah dibai'ah taat setia kpdnya diluar negara ( Nasib baik tidak diizinkanNYA semua 40% calun pilihannya menang)
Ramai yang tidak tahu bahawa percaturan ahli parlimen KJ yang buat sebenarnya. Ada ketua bahagian(minta dia tampil selepas ini) yang menerima panggilan telefon dari KJ sendiri minta tak payah bersiap-siap menjadi calun..besoknya perhubungan UMNO negeri baru bagitau bahawa dia tidak tersenarai.Berkuasa sungguh KJ ni...tapi tidakkah dia termasuk dalam golongan yang takut kerana salah. Sebab itulah dia seboleh mungkin mempengaruhi AAB supaya jgn meletak jawatan.
2. Setiausaha Agong UMNO. terlalu banyak dosa dia..salah laku dalam perniagaan,file dah masuk jabatan insovensi. Pernah menari depan saya selepas berjaya mencium tangan Allahyarhamah Hindun( Isteri TPM pada masa itu) di majlis jamuan UMNO di PWTC. Salah lakunya dibongkar secara terperinci di dalam 'Siasah' sehingga jika dibaca tidak mungkin sebagai seorang yang waras akan melantiknya sebagai Setiausaha Agong Parti.
Rupanya orang yang busuk terpaksa bersekongkong dengan orang yang busuk untuk kerja-kerja busuk.
3. Datuk Jo - KB kubang pasu. Bebal kerana banyak salahnya...dibebaskan AG kerana banyak jasanya untuk menumbangkan bekas Bosnya. Dia paling tau akan kebenaran TUN, tapi sanggup meludah muka TUN demi kemewahan hidup yang sementara. Hina sungguh manusia ini.
Jika nak tau siapa lagi 'TAKUT KERANA SALAH' lihatlah siapa-siapa yang paling lantang mengutuk TUN. Maka dialah yang paling TAKUT untuk berdepan dengan KEBENARAN.
Subhanallah.
Salam tun,
Saya saja je buka website utusan ni, browse and saya jumpa ini:-
http://www.utusan.com.my/utusan/specialcoverage/umno2000/index.asp?lang=&Sec=Berita&Pg=20000513/um35_full.htm
Dulu lagi tun dah ckp pasal bende ni, ni lah kite nampak tun mmg ikhlas dalam menegur kesilapan pemimpin sekarang.
Tun, apa cerita fasal minyak ni? Adakah Tun juga akan berbuat begini sekiranya Tun masih perdana enteri sekarang?
ceritalah sikit... saya dengar ni
"Ahli-ahli dan pemimpin cawangan dan bahagian UMNO tidak dibenar mendengar ucapan saya.
Apakah pemimpin tertinggi UMNO takut kerana mereka punyai banyak kesalahan yang mungkin dibongkar oleh saya?"
-Tun Dr Mahathir
Saya merasakan bahawa perkara itu benar Tun.
-5erDragon
Dearest Tun,
"tujuan baik tidak menghalalkan jenayah"
=
"the road to Hell is often paved with good intentions"
Terima kasih
assalamualaikum tun..
hari ini harga minyak akan dikuatkuasakan..bagaimana kami rakyat dimalaysia ini untuk menghadapi semua ini.. 2.70 sen terlalu tinggi untuk kami yang mana purata gaji dalam lingkungan RM1000 ini.. bagaimana nak hidup.. sedangkan road tax tetap kena bayar setiap tahun. insyurans kereta dahla tinggi,harga barangan dah melambung- lambung naik..
apakah wajar kerajaan dolah menyiksa ami ini. gaji yang di berikan tak setimpal dengan perbelanjaan . JGN DIBANDINGKAN DGN SINGAPORE rakyat mereka diberi gaji yang tinggi..
tolongla tun beri tekanan pada kerajaan dol ni.. melampau sungguh.
saya harap tun dapat memberi sesuatu kepada kami semua
semoga tun dirahmati hendaknya......
Kesian orang kampong yang "sayang" paklah- ini lah hadia nya harga harga semua naik!
Dear Tun Sir,
Why this kind of things can happen to UMNO? Something must be done. After its revival by you, now its back to its original problems.
Dearest Ayahnda Tun,
Assalamualaikum
Saya kerap mengikuti perkembangan Tun dan cuba menganalisa strategi Tun.
Dari pandangan saya, perjuangan Tun belum menterjemahkan hasil sesungguhnya kerana saya dapati kaum wanita masih kurang memberi impak dan sokongan pada pihak Tun.
As you know and I see, kaum wanita dalam UMNO amatlah kuat pengaruhnya. Kak Pidah pun masih menyokong PakLah. Kalaulah Tun mendapat anjakkan dari kaum puak wanita UMNO untuk menyebelahi perjuangan Tun, saya kira kesannya akan lebih cepat. Perhatian ini saya telahi dan dapat dari attendance dalam 2 majlis ceramah Tun diAlor Star.
Anyhow this factor I guess will be your next homework. By the way Tun, blessing should be on your way as for the petrol hike annoucement today. Hope the wind of Change is striving along more swiffer now.
I guess you'll be presuring the hillside of the obstacles now, and my hope to see you manage to Overide with success. But the peoples hope on you will be about the increase in cost of living. I guess you'd be having the means and ideas of how to overcome this, as this problem is very, very hard to manage.
My warm wishes and my prayers for your health and success.
Wassalam mualaikum.
Azmi
Tun,pls comment about:
The information regarding the Fixed Deposit Accounts of Mahathir's wife and 3 of his children are as below. These accounts were opened at an Israeli Singapore-based bank in the neighboring country of Singapore . The bank is ISRAELI NATIONAL BANK.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10726&mode=thread&order=0&thold=0
MINYAK NAIK HARGA LAGI...
Assalamualaikum Tun,Pak Lah dah tetapkan harga baru minyak.Adakah nasib rakyat akan terus terbela??Rakyat akan tetap terus menggunakan minyak untuk kehidupan seharian,tetapi mcm mana dengan harga barang di pasaran,Bila minyak naik,semestinya harga barang akan naik,sebabnya barang dihantar guna lori.cos penghantaran meningkat then kesannya pada rakyat.Gaji still pada tahap sama.Macam mana nak atasi masalah ni....Hari tu kerajaan cakap subsidi minyak org thai and singapore guna.So diorg stop penjualan.Sepatutnya try la dulu dengan adakan satu kaunter khas utk kenderaan asing isi minyak tanpa bagi subsidi.Ni tiba2 umum keputusan,rakyat malaysia sendiri pulak yg kena nasib malang.MINYAK NAIK HARGA LAGI!!!Result ape yg diorg buat ni yg akhirnya menyusahkan rakyat kembali.Pening..pening..pening.Harap2 di masa hadapan MENTERI2 seharusnya diadakan interview dulu la.Hanya yg ada degree atau master saje yg layak jadi MENTERI.Contoh terbaik adalah TUN sendiri.Baru sempoi.SIHAT2 selalu TUN,Assalamualaikum
Salam,
Tun,
Kenaikan Petrol & diesel yg baru diumumkan oleh Pak Lah petang ini sangat memeranjatkan Rakyat. adakah ini penyelesaian terbaik kerajaan dlm isu ini? Tiadakah lagi manusia bijak pandai di malaysia ini yang dapat mengatasi dan menyelesaikan isu ini dengan bijaksana? Sebagai rakyat saya merasakan tindakan ini sangat menzalimi rakyat yang berpendapatan rendah dinegara ini. Implikasi dari kenaikan ini tentunya akan membebabnkan rakyat dengan kenaikan lain seperti elektrik, barang2 keperluan rumah, dan lain-lain lagi.
Tun,
Saya sebagai warganegara malaysia berharap Tun akan terus menegur dan mengkritik setiap tindak tanduk dibawah pemerintahan Paklah pada masa ini. Teruskan dengan lebih keras lagi. Saya sentiasa akan bersama Tun dalam perjuangan ini. Walaupun mereka masih dibuai mimpi yang indah, namun saya percaya pada suatu hari ini mereka akan dikejutkan dari mimpi indah tersebut. Semoga Allah akan memberkati usaha Tun selama ini dan memberi kekuatan dalam diri Tun untuk menghadapi semua ini.
"Selamat Berjuang"
AZHARI MOHAMAD NOR
TAMAN MEDAN
Minyak naik mulai malam ini.
apa komen TUN.
akum.memang betul la tun cakap, karpal sayang sangat kt umno. walaupun dia DAP, tapi hatinya kat UMNO. rasanya si Ezam pun sama gak kot. Dulu time kat PKR mesti hatinya still kat UMNO.sebab tu senang diterima masuk balik tanpa syarat. hahaha.
Semoga Allah berkati Tun selalu
PRU13 Umno & BN terjamin bungkus... jadi sejarah...harap2 masuk dalam sukatan pelajaran Pengajian Malaysia utk IPTA & IPTS!!!
Dear Tun,
"kita mesti mempertahan seorang pemimpin dan Ketua parti yang berwibawa dan diterima rakyat teramai berdasarkan kepada pencapaian parti BN dalam pilihan raya pilihan raya yang lepas dan bukan sebaliknya"...itu yang dapat saya faham dari apa yang TDM nukilkan dari tajuk diatas...ayeharis
Tun dalam article multi racial memang menyebut Rakyat Malaysia haruslah hidup dalam keadaan harmoni.
jadi
``Karpal betul-betul sayang kepada Dato Seri Abdullah dan hendak dia kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. '' .. adakah Tun tidak setuju dengan conflict dengan multi racial itu ??
Pada hal keadaan ini telah dipupuk sejak zaman pemerintahaan Tun, dan kini dapat lihat berbuah hasilnya, Tun patut lah gembira, usaha tun tidak mensia siakan begitu saja.
India syang Melayu, Melayu sayang Cina, cina sayang India. masing masing sayang antara satu sama lain... Itulah namanya Malaysian spirit!
Tun,
Saya paham kenapa harga petrol kena naik sbb kalau ikut NYMEX pun sekrang dah paras USD130 per barrel berbanding 2006 dalam USD60 per barrel - dalam 2 tahun sahaja.
Dari tahun 1986 hingga 2003, harga minyak sedunia hanya dalam kadar USD15 per barrel hingga USD40 per barrel, tapi tak pernah melambung naik dengan medadak.
Dan rakyat Malaysia selama ni beruntung sbb ada subsidi petrol dari kerajaan, jadi tak rasa secara cepat perubahan harga petrol/minyak yg mendadak..
Cuma saya terfikir, kalau keadaan sekarang berlaku masa zaman Tun, apa agaknya tindakan Tun.
Salam,
Niat tak menghalalkan cara, cara tak menghalalkan matlamat. UMNO dah jauh terpesong. Sedikit sedikit lama lama tinggal sedikit ahlinya. Tapi perlu ingat yang akan menderita rakyat, orang melayu 'in particular'. Generasi kami baru nak bertapak tapi hembusan pawana perpecahan ni terlalu dingin. Semua orang akan menuding mangatakan kesalahan pihak lain, tapi siapa yang berani mempertaruhkan kebenaran? Siapa yang berani menggadaikan kuasa dan harta demi kebenaran? Abdullah Ahmad Badawi? Najib Abdul Razak? Hishammudin Hussin? Ini semua nama besar yang akan meninggalkan orang melayu. Sejauh mana pandangan melayu sekarang? CUEPACS, MTUC sentiasa minta kenaikan gaji, bukan lebih baik minta akta pekerjaan di semak semula, kurangkan waktu bekerja, lebihkan cuti tahunan, cuti sakit. Siapa yang sedar cuti tahunan cuma 8 hari setahun???? Kebajikan bukan dari kewangan tapi kesan jangka panjang. Kenaikan harga petroleum, pasti akan membebankan. Kenapa rakyat singapura diberikan 'keistimewaan' dengan penundaan kuatkuasa? Sebab shahrir orang johor? Mungkin? Hari ini hilang penghormatan saya secara peribadi kepada shahrir secara total! (Menteri rambut panjang kabinet 1982) yang pernah dihormati tapi tersungkur juga. Kenapa penggunaan talipinggang keledar tak diperlukan kepada penumpang bas? Kita cuba mengelakkan kematian bukan menghalang kemalangan dari berlaku? Dimana penguatkuasaan? Setakat ditampal nombor telefon belakang kenderaan? Kenapa menteri dan perwakilan dibayar upah lumayan, sedangkan mereka yang bersedia dicalonkan untuk bekerja? Terlalu banyak kekusutan dalam UMNO dan kerajaan, kita memerlukan pemimpin yang berada dihadapan, bukan ada bersebelahan kita... siapa agaknya?
My dearest Tun,
Thank you for all your political insights. I have been following up on your blog since day one and am a big fan of yours. My family's future has been planned (finance and education wise) based on the above. I am aware that i have to be oppurtunistic before the next election as politically there are too many uncertainties....
Thank you again for everything that you have done for all malaysians....may The Al-Mighty be with you always...
Kah kah kah kah......
Tompang gembira bila Tun Happy...!
TUN,
"Snippets"
Apabila TUN bermain kiasan,.....
ADUH....semua kena templaknya...
Semuga TUN di beri kekuatan dalam menegakkan agama bangsa dan negara.....Amin.
Salam perantau
M.Amirul 7;50
Minyak kat UK satu liter satu pound lebih, tapi gaji pembaca meter gas dah dekat 2000 pound, murah la tu bagi depa.. kita gaji PTD (grad) baru dalam 1.8K, campur elaun adala dlm 2K lebih sikit, mana boleh cam ni..
Confirm barang2 naik melambung punya, tengok la besok... mati aaa cam ni..
Che Det, kasi ajar itu sangap buat kija betul2 la... Nak senang, kasi menteri gaji bawah 5K... baru depa tau.. itu pun dah banyak da kalau compare ngan kerani yg ada 5 anak..
Tengok depa bole idup ka tidak?
huh...
Harap2 orang UMNO sekarang buka mata sikit..
Tengok-Cakap bulan Ogos hendak naikkan harga minyak-rakyat lega sikit dapat kumpul-kumpul dan berjimat-jimat dalam berbelanja.
Tup-tup Pak Lah (aLAHai..) kata minyak naik mulai esok 5/6/08!
Betul-betul haru dan cakap tidak serupa bikin..macam nak umumkan tarikh bubar Parlimen haritu..
Pak Lah..Pak Lah..aLAHai..
Dear Tun,
Satu lagi keputusan kerajaan yang mengusik 'poket rakyat'. Harap Tun boleh beri pandangan mengenai kenaikan harga minyak ni.
Kalau kerajaan tidak buat projek2 yang tidak beri faedah langsung pada rakyat, sudah tentu wang berkenaan dapat dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk subsidi minyak.
Harga minyak RM2.70 seliter begitu membebankan rakyat!
hm. Knpa minyak perlu naik? Sy student dan xmmpu mnanggung harga sbyk itu. Pls post some entry bout petrol which went up to rm2.70. cos now i lost hope on government.sedih dgn janji2 politik sebelum pilihanraya. =(
Kerajaan pimpinan Pak Lah memang berakal pendek..
Tak lama la tu jawabnya..
Suke buat naya orang..
Naik 20-30 ok lagi..ni 78 sen, hendak rakyat mati ke aper?
Sistem subsidi kepada nelayan masih problem nak guna cara pembayaran tunai balik kepada setiap kenderaan..tidak praktikal dan merugikan rakyat di luar bandar/kampung-kampung yang rata-rata motorsikal memang dah expired road-tax nya..macam mana nak trace?
cuba jawab sikit Pak Lah?
P/s: Maaf TUN, memang tengah emosi pasal harga minyak naik nih..
You are so right Tun. If only laaaa diorang ni realize from now before it's too late kan.
Menang this pilihanraya? wakakak!!!!! hmmmmpppp.........(wink! wink!)
Assalamualaikum TUN....
Kami Rakyat MALAYSIA GENERASI SIBER Dah betul2 bosan dengan PAK LAH dan kuncu-kuncunya!!! Minyak Naik Lagi!!! Minyak Naik=Barang Naik!!!Gaji kami macam tu juga!!!Beri komen sikit macamana nak Gulingkan PAK LAH!!!
Dear Tun,
Apa nak jadi ni...Semenjak PakLah berkuasa,berapa kali dah harga minyak naik,
Mereka orang orang kaya,minister mampulah.orang macam kita ni???.Gaji naik seciput walaupun Alhamdullilah tapi semua barang naik.
Kita taulah harga minyak dunia naik
but janganlah sampai rakyat pun nak jadi sasaran
Mega projects bukan main lagi nak buat dan bermegah-megah tapi duit rakyat jugak jadi mangsa
I know if u still PM there will be ways to avoid all this for the nation.Like the crises when you pegged the RM,it worked right?
Please comment on this oil prices hike.
May Allah Bless you with good health so u can keep on blogging and keep us inforrm...
Tun,
i'm death serious..
tell us how to kick Pak Lah from the reign..i'm so pissed off with the fuel rise again.and where the hell did he got the stupid idea of kiriman wang for redemption...
OMGod!we are doom!!
Akum Tun, harga minyak naik 41% tun.. apa pendapat tun? tidakkah paklah makin membebankan rakyat..
Also Tun, i wanted to ask what do you think of the petrol price which is ridiculously high naiknya as of midnite ni?
i dont know what the gov is doing but if they put themselves in the rakyat shoes, m sure they will terasa what we over here terasa. if they want us to kurangkan spending n lower our lifestyle, it's only fair that they do the same.
Ya saya bersetuju ramai orang umno cintai pak lah hingga mrk akan putar belit kenyataan, hari ini satu pekerja dlm petrol station petronas kata pada orang ramai bahawa kerana DAP ataupun Pakatan menang besar oleh itu petrol naik!! ini memang benar berlaku dan orang itu bukan budak tapi dah umur 30 hingga 40.. Apakah dia betul bodo? tidak ini krn dia LOVE pak lah hingga kesalahan Pak Lah mrk akan tolak kpd org lain sperti Tun Mahathir kita tu.. Tun Mahathir tdk pernah naik minyak sewenang wenang macam pak lah ini!! catakan sejarah beritahu anak cucu kita pak lah bagaimannya lemah dan menindas rakyat! Jgn percaya pada Sejarah dlm sekolah menengah semuanya bohong pada rakyat!! tak percaya lihat buku sejarah kita dgn buku sejarah betul betul lain.. contohnya tunku rahman tendang keluar singapura tapi buku sekarang tulis singapura tendang malaysia!! ini hanya satu contoh dan dlm buku sekarang banyak yg bohong dan bukan kenyataan!! inilah kerajaan kita dan ketua kita pak lah!! I love Pak Lah and I hope he can go find our (Allah)God in heaven soon.. really blessing him truly frm heart.. RPK kena catch by najib bcos he onli say "send the murderer to hell" then najib perasaan catch him!!
Come catch me if i have said any wrong here my blog!! If no wrong create evidence to blame me!!
Pak lah a extreme weak leader and also is the weakest in the history!! Ask KJ sucks ur dick can la!! My God tell me u should admit u are wrong and resign!! Izzit this kind of ppl this kind of politik can exist here!! do for ur sake not for country!!
Naik bukan 40% petrol kali 6 dari rm1.10 hingga rm2.70, diesel naik hingga 80% kali 6,gas dari rm16 hingga rm27, eletrik 18% kali 2,beras berpuluh ringgit sepacket,tepung,minyak masa, gula, dan byk byk naik sejak Pak Lah naik ini salah siapa TUN? sekurang kurang TUN dah insaf salah tapi pak lah ini tidur!!
Saya benar harap dan sokong kita semua dpt gullingkan kerajaan ini!!
Oi adakah benar krn DAP menang besar oleh itu pak lah naik harga minyak? u love pak lah u punya pasal i only know more day i more hate pak lah and his gengs!!
Dear Tun,
What would you do if you were still the PM? Is increasing the fuel price really the answer to counter the impact of the increased crude prices or is there a better way of handling the situation? I am truly intriqued to hear your strategies ...
Tun yang di hormati,
Shocking news again!! Yes, we do not expect much from Pak Lah and his lieutenants, but 78 cents increase in petrol price does not do any justice to Malaysians. We deserve better than that.
Tun, for whatever it is worth, please help us and this beloved country. You are our inspiration.
Take care.
Tun,
My salary is RM2,500.00 per month. Can you suggest how can I survive living in Kuala Lumpur with this figure with the increasing of oil and subsequently the food price.
Our GDP (Per capita) rank is now #56 (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_%28PPP%29_per_capita) compare to South Korea, #35 where Malaysia used to be at par with back in 1970.
To be frank, I'm thinking of migrating to other country where the purchasing power parity (PPP) is high.
I'm sad whenever the retail gas price increase, the government still quote the gas price in Malaysia still among the cheapest compared to the rest of world. Oh c'mon.. don't kidding the citizens by the direct conversion figure.
Here are my thougt,
Current lowest gas price in US:
USD3.763 per gallon (1 gallon = 3.7856 liter) or approximately 1USD per liter. source: http://www.gasbuddy.com/
Current lowest gas price in Malaysia:
RM2.70 per liter (or USD0.84 at rate 1USD = RM3.20)
Average per capita in US: (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_%28PPP%29_per_capita)
USD3820 per month
Average per capita in Malaysia:
(http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_%28PPP%29_per_capita)
USD1110 per month
With this figure, giving the price oil is almost the same, USD1 in US and USD0.84 in Malaysia, with the average per capita (for each head) still 3 fold compare to US. So, how the government still use the same tagline "our petrol price is still the cheapest" whenever the oil price increase when our per capita (or the salary) is among the lowest compare to the rest of the world.
[rizal]
Tun,
Harap-harap Tun sihat selalu.
Pada pendapat saya,semasa Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia harga minyak naik paling maksimum pun tidak melebihi RM 0.20 untuk sesekali kenaikan harga minyak,namum rakyat jelata tidak merungut mahupun bising terhadap kenaikan harga minyak pada masa itu-kerana bermunasabah.
Akan tetapi dari tahun 2004 harga minyak boleh dikatakan naik ikut suka hati,reason given our country petrol price still the lowest.Tapi kita sebagai rakyat juga faham Malaysia juga adalah pengeluar petroleum yang dikenali Petronas.
Apakah dengan keadaan harga tidak menentu petrol seluruh global,Malaysia sebagai pengeluar petrol tidak berkeupayaan untuk coupe pengunaan petrol untuk rakyat jelata sendiri?Kenapa kerajaan selalu mahu compare market price dengan pengunnaan yearly subsidy,baru-baru ini kerajaan announce kata subsidy kerajaan untuk pengunaan petrol akan naik dari 40B kepada 50 over B.Summary-Apakah jikalau maintaine harga petrol petronas RM 1.92 dan peringatan ini adalah petrol dari Malaysia sendiri-kita boleh offset subsidy dengan pengunaan our own petrol.Off set- our goverment income maybe less because we would export less petrol to overseas our control price as RM 1.92 for our own local use but in the other hand goverment may safe subsidary on the petrol.I'm not sure is this the best way but this may the logical way.
Pak Lah is definitely going down!
I've just got back from filling up the petrol for my car to full tank. The petrol station everywhere is packed with cars wanting to fill up to full tank.
The news that the price of petrol is going up by 80sen as of 12 midnight is just too much to be accepted.
First the PM promised that he'll make sure that the price of petrol does not go up. Then, yesterday he announced that changes in the price of petrol will only occur in August. Suddenly, today, at 6pm, he announced that price of petrol will go up tomorrow. This announcement is followed by the announcement of the increase in the tariff for electricity. He even got the cheek to say that this increase is not going to burden the lower income group!
*****g betul....cakap berbelit-belit...to say one thing today and another the next day. Orang yang mungkir janji itu tergolong di dalam golongan orang-orang yang munafik! Doesn't he know that?
Dah lepas geram. Nak pergi solat Maghrib.
Assalamulaikum Che Det,
Saya tidak hairan kenapa Karpal Singh sokong Pak Lah. Saya hairan kenapa kerajaan sekarang ini membuat satu usul yg benar mendatangkan kebaikkan kepada negara tetapi menjadi bebanan kepada masyarakat. Adakah kita akan menggunakan undang-undang hutan dimana "yang kuat akan hidup, yang lemah akan menjadi mangsa"? Adakah Malaysia akan menjadi satu negara yg maju sekiranya rakyat di dalamnya memberontak dan sengsara?
Maaf kerana komen saya ini tidak kena mengena dengan warkah Che Det pada kali ini. Saya hanya ingin menyuarakan apa yg terbenak dihati ini kerana kerajaan yg ada sekarang seperti tidak membuat kajian tenteng keadaan hidup rakyat sebelum membuat satu keputusan. Kenaikan harga minyak kali ini sangat membebankan rakyat dengan kenaikan yang saya rasa tidak masuk akal. Dilengkapkan lagi dengan pelaksanaan yg drastik dengan hanya memberikan rakyat ruang dalam masa sehari dua sahaja utk bersedia menghadapi kenaikkan harga ini. Adakah mereka merasakan bahawa dengan cara "memaksa" rakyat menerima keadaan ini, rakyat akan menjadi lebih maju dan hidup harmoni? Tidakkah mereka merasakan bahawa dengan cara ini membuatkan masyarakat kita menghadapi satu lagi tekanan bagi mereka. Kita akan dapat menerima kenaikkan harga ini sekiranya diberikan peluang ataupun masa contohnya sebulan dua sebelum berkuat kuasa untuk membuat persediaan mental bagi menghadapi keadaan ini.
Bagi saya, situasi ini tidak mendatangkan respon yg positif kepada rakyat yg berpendapatan rendah. Bagi saya, golongan berpendapatan rendah ini adalah golongan yg mendapat pendapatan di bawah RM2,000/bulan. Mungkin ada yg berpendapat ianya benar ataupun salah, namun saya akan tetap dengan figure ini.
Dimanakah halatuju Malaysia pada masa sekarang? Menjadi negara yg membangun dengan rakyat yg menderita ataupun mengimbangkan pembangunan negara dan rakyat dalam masa yg sama?
Saya sayangkan Malaysia, namun saya lebih sayangkan masyarakat luar bandar yang lebih terasa dengan tindakan ini.
Maaf kerana keterlaluan, namun kita hendaklah memikirkan tentang diri kita sendiri dan juga masyarakat majoriti Malaysia yg senasib dengan saya.
Sekian dan Terima kasih.
Yg Berbahgia Tun,
Tajam kiasan & sindiran Tun..Tapi orang-orang yg berkenaan, disebabkan pemikiran mereka tak setinggi Tun, tak juga faham-faham - agaknya pemikiran mereka entah berapa % saja dari pemikiran Tun..
Tapi, boleh kata orang lain kurang cerdik..
Saya sokong Tun jika Tun jadi PM sekali lagi! Terima kasih Tun.
salam utk TUN dan ISTERI,
Hari2 baca baca blog tun dan komen2 ni selalu senyum2 sendiri. Hidup dalam era tun ndak banyak difikir. Sekarang fikiran ndak tenang, ada ja mengganggu.. Kenapa aa?
apa la bodoh sangat hagpa suma nii..tokdet dh xda kuasa..hangpa pi crita problem negara ngan tun bt paaa...
Nampaknye isu yg lebih menyentuh hati rakyat masa kini hanyalah isu "MINYAK NAIK LAGI~!".
Kerajaan tak habis2 suruh kite ubah cara hidup, ubaha gaya hidup, berjimat-cermat...makan ubi ganti nasi!!! (tp hakikatnye, ubi lagi mahal...)
Terpikir jgk, ape pemimpin2 kite tu dah ubah gaya hidup diorang dulu tak?? diorg berjimat cermat dulu tak? Adakah diorg terasa kenaikan minyak ni mcm rakyat??
Faham jgk, kenaikan minyak ni melibatkan kenaikan minyak global... Tp tkde mekanisme yg bleh dibuat ke utk mengurangkan kenaikan minyak yg melampau2??
Kalau la 'org tu' tk gunakan kedudukan die utk makan duit rakyat, sapu projek k'jaan n bela anak-pinak & poket die aje, mungkin kenaikan minyak hari ini tk la terlalu mendadak...hmmm.. entahlahh..
" Tepuk dada, tanya selera..."
Oh ya, 'matlamat jgk tak menghalalkan cara'.
Kan sy dah kata dulu...'rambut sama hitam, tp hati lain2'.. Pelik jgk kalau musuh UMNO duk sokong pemimpin UMNO. Tk pernah dibuat org. Dh 'buang tebiat' ke??? Sama2 kite fikirkan...
~Wallahualam~
che det! esok che det isi minyak rm2.70. ok ke? Komen please!
Che Det....
Minyak naik 70 sen....
Saya nak ....
.....
Saya tak tau nak cakap apa,
Karpal suka dan setia pada UMNO dan Pak Lah?
Sebab Pak Lah lembik, senang ditipu.. SudahLAH....
PRU 13 Barisan Nasional akan jadi pembangkang....
Somehow this has been like a space for people to unleash their anger over this recent not-so-pleasant news on fuel price hike. I certainly don't blame them, this increase in price will certainly catalyse a chain reaction that will lead to increase in the price of basically anything......Kesian kat rakyat.... as if we are cornered with no one to turn to....
Think Before You Leap..
Salam Hormat Tun.
Nak minum decaf coffee dg Tun tak dapat lagi. Anyway, your snippets has sparked the frustrations of the people in different directions especially about the spike in petrol price.
It's too late. That's how I look at it. The queue is far too long this evening. people are rushing to every known petrol station. I wonder whether they'll be anymore petrol tomorrow. Petrol has gone up by 70++ cents. Rumbling..rumbling, people are grumbling about their frustration. What makes sense?
Trying to save the last drop? You can't run away from it. How much can one actually save now? It's too late, to save or even to talk about it. Memang sakit kat dalam hati ! That is why the importance of making the right decision comes into play. What we choose once upon a time determines where we are today. The last PRU, people should have known the consequences of choosing the right government. This now, is the gift of the newly elected government to the people. Looking far ahead, it's not only the petrol, but many more to come. From electricity, to miscellaneous daily needs and even to the chicken egg in the chicken shack will be affected. Well, accept it with an open heart, it is the government of the people's choice.
What are the implications? We'll think it for yourself. From the rise in other areas of life's requirements to even the rise in crime rates are about to change, it's a chain reaction. Be positive about it! Malaysians will only make noise for only about one week, then they'll die off, back to their normal daily routine pattern of trying to struggle to live. We Malaysian are still good lot of people. Whack the head, they'll say 'ouch' and then back to the smiling lot of happy disgusted people. That's what we are. So next time, Think before you LEAP ! We have empower the current government for the next term. Swallow it, smile and continue to live for whatever things we may face ahead, till the next PRU ! Live your life positively, cheerio... and for those crrnetly administrating other people's life,jangan la hidup dalam keadaan serba mewah di selubungi dengan sumpah karenah rakyat jelata!, terutama rakyat yang susah dan merana di atas tindak tanduk kita pemerintah,senang sekarang tak semestinya senang selamanya, there is life hereafter !
Tok Non signing off with a cup of decaf coffee with Tun.
Salam Tun,
Saya rasa sangat tidak patut minyak naik sampai 78 sen. Minyak ron97 sekarng rm2.70. Memang nak bagi mampus rakyat kat bandar dan luar bandar yang kais pagi makan pagi...
Inilah bahananya UMNO mengekalkan lagi Abdullah, memilih Shahrir Samad dan Abdullah Ahmad Badawi yang tentunya mendapat nasihat tak langsung dari menantunya Khairy.
Struktur subsidi minyak kerajaan sekarang bersifat bom berangkai...
Semua yang ada kaitan dengan minyak akan turut terkena padahnya...
UMNO masih nak pertahankan lagi Abdullah Ahmad Badawi ke.. dia ni la punca harga minyak naik...
Sebabnya, dia adalah menteri kewangan yang paling banyak membazir, hasil tak ada....
Menteri-menteri seronok la...pasai minyak rakyat tanggung....boleh claim sana-sini....tapi rakyat nak claim kat sapa..??
Reformasi...reformasi...reformasi...
Hidup Tun Mahathir...!!
Dear Tun,
Your are the best leaders of all...
What happen to the goverment now...
Petrol increase more than 30% which is a lot to everyone of us in Malaysia...how can we survive here...
Help us... coz you are the best leader of all.
Dalam The Star 31 Mei 2008, kata Datuk Najib spekulasi harga minyak naik tidak betul. Kemudian kerajaan arah stesen minyak, jangan jual kepada 'org-org luar'. Kata kerajaan lagi subsidi minyak hanya utk rakyat. Betul... Tiba-tiba, harga minyak naik 40.6% tgh malam ini? Kata kerajaan lagi wang subsidi akan dikembalikan dlm bentuk makanan. Tidak sampai seminggu lalu harga beras kan baru naik... Lepas ni apa pula? Hilang 150% kepercayaan kepada kerajaan. Hidup kami susah, sekarang ditambah lagi...
p/s risau bertambahlah lagi org yg merempat di negara sendiri
Assalamualaikum.saya berharap Tun dapat memberi pendapat tentang keadaan semasa negara kita terutama tentang suasana ekonomi, kenaikan harga minyak dan beras dan lain-lain lagi yang saya sebagai orang muda ingin tahu.
TAHNIAH KEPADA BN KERANA BERJAYA MENAIKAN HARGA MINYAK.....TAHNIAH..
yehaa!!
minyak naik 78 kupang..esok-esok gomen bagi la alasan compare ngan singapore la india la jepun la..
senang ja depa kata ubah cara hidup..depa xpala duit dah ada ratus-ratus juta dalam bank
lagi satu saya kurang yakin dengan sistem pembayaran subsidi direct kt rakyat...konfem nanti byk masalah timbul..xdak mekanisma lain ka? agaknya tentu ramai lagi yang bersependapat ngn saya..ini duit libat billion-billion ringgit konfem ada yang x sampai punya..gomen katakan..sistem xpernah perfect..i/c pon org boleh tipu inikan pula roadtax..lawak-lawak.
kalau masuk terus dalam akaun bank ok gak ni bayaran melalui pos lagi hempeh..
minta maaf tun..terlebih emosi sikit..marah ni
Tun,i think Tun say what is right so many things increase aiyooooooo don't know how to survive and yet salary in Malaysia is not that much how can a oil price tank compare to other country cause there people there is more rich then here.....haiyo.....
tulah..mcmna karpal singh tak sokong paklah..dengan kerajaan di bawah paklah ni semua benda yang dia nak buat dan persoalkan hak melayu boleh aja..paklah sedia mendengar dan langsung tidak mengambil tindakan..so sapa yg nak mempertahankan hak orang melayu....
anwar nak turunkan harga minyak urut ke minyak lintah? betul kata tun apabila harga minyak naik kita naikkan nilai ringgit kepada usd, jadi minyak yang kita sebagai rakyat beli tak la sampai rm2.70 seliter, ni tidak. Bila tun cadangkan mereka menteri2 yang konon pandai sangat kata nanti pelabur tak nak labur, tapi bila mereka labur tak juga dapat kita sebagai melayu sebahagian dari saham syarikat pelabur tu, yang dapat ada lah muka muka kroni depa juga. Tapi yang pasti adalah akhir nya setelah dapat lesen beroperasi di negara ini, muka muka pekerja melayu semua di gantikan dengan muka bangla vietnam nepal dan god knows every tom dick and harry asalkan bukan melayu yang kerja. Ini lah trend yang berlaku sekarang..... Dengan harga minyak yang naik pun kerajaan sekarang bukan nak main sikap proaktif dengan mengalakkan lebih banyak stesen minyak menjual ngv atau pun mengimport kereta dengan hybrid enjin. Saya secara pribadi mengatakan adalah lebih baik semasa tun berkuasa.... so Tun please guide us..... we are with you all the way tun cause you are our admiral in these stormy seas....wasalam tun. may god bless and protect you and your family from any harm....insyallah ameen
Minyak Naik Darah Tengah Naik ni..
Minyak naik ok rakyat paham, tapi yg naik mengejut ni apahal pak bodolah?? ko tetiba jer umum naik minyak masa tgh peak hour org balik keje... Ko tahu tak Jem gila kat petrol station?? akai ada ka? Ko tak boleh bagi period ke nak naik...seminggu lg ker.. sebulan lg ker...
Pastu, naik sampai terus 78 sen?? Yg keje swasta ni mcm mana?? keje kerajaan gaji ko naik, brg naik, yg beban swasta... inflasi sure lepas 4.5 % hujung tahun ni, export jatuh, kilang tutup, internal consumption jatuh.. hancur..hancur..
Sorry TUN emosional sikit off-topic, tgh panas ni.. yg penting support u always..
TUN bleh bagi komen tak pasal kes minyak ni.. geram ni
Salam Tun,
adakah wajar harga minyak perlu dinaikkan sehingga rm2.70 seliter?adakah ini masa yang sesuai tuk menaikkan harga minyak ketika pelbagai isu-isu panas belum lagi diselesaikan?Adakah tiada langsung cara yang lain boleh dipikirkan oleh pihak kerajaan sehingga tergesa-gesa menaikkan harga minyak?
Apakah pendapat Tun?
Saya sebagai golongan muda yang amat menyanjungi tun,berasa keadaan di Malaysia semakin hari semakin bercelaru membuatkan rakyat semakin panik.Pelbagai isu yang di lemparkan pada kerajaan tidak dapat ditangani dengan baik walaupun kononnya telus sehingga boleh membogelkan segala rahsia negara.Jika keadaan ini berterusan sudah pasti malaysia diambang kejatuhan dan seterusnya Malaysia akan dijajah kembali..
Semoga Allah s.w.t memanjangkan usia dan kesihatan tun agar kekal menjadi seorang pejuang kepada agama,bangsa dan negara.Kami sentiasa akan memberi sokongan kepada tun.
Tahniah Dollah Hadhari kerana menghadiahkan kenaikan harga minyak kepada pengundi BN pada PRU 12. Mungkin inilah ajaran yang dicari-cari oleh Dollah Hadhari daripada idolanya Al-Ghazali dan As-Syafie. Syabas Dollah Hadhari!!!
di bawah ini adalah komen tun pada tahun 2005 berkaitan kenaikan harga pada masa itu.
Perkukuh nilai ringgit elak kesan harga minyak - Dr. Tun Dr. Mahathir
Oleh HELMI MOHD FOAD
PUTRAJAYA 15 Mac - Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, nilai ringgit perlu diperkukuhkan bagi mengatasi masalah kesan kenaikan harga minyak mentah dunia ke atas harga minyak di pasaran tempatan.
Beliau menjelaskan, biarpun kenaikan harga minyak di negara ini tidak begitu tinggi, sebenarnya ada beberapa cara lain yang boleh dilakukan bagi mengelakkan keadaan itu.
``Saya fikir mata wang ringgit adalah berada di bawah nilai, jika kita memperkuatkan nilai mata wang, sebenarnya tidak perlu menaikkan harga minyak.
``Ini kerana dengan memperkukuhkan nilai mata wang, harga minyak tidak akan naik dengan begitu tinggi,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya di sini hari ini.
Dr. Tun Dr. Mahathir ditanya mengenai keputusan kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 30 sen berkuat kuasa 28 Februari lalu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Kenaikan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan subsidi minyak sebanyak RM4.4 bilion yang akan disalurkan bagi tujuan pembangunan lain untuk rakyat.
Dr. Tun Dr. Mahathir menjelaskan, sebenarnya harga minyak mentah di pasaran dunia meningkat hingga 100 peratus iaitu daripada AS$30 hingga AS$70 setong.
``Namun di negara ini, kita tidak menggunakan cara menaikkan harga minyak, bagi kita itu bukan satu perkara yang biasa.
``Bagaimanapun di negara lain harga minyak sentiasa meningkat dan apabila harga minyak di pasaran naik, maka harga dalam negara juga akan dinaikkan,'' katanya.
Dalam hal ini beliau berkata, harga minyak dalam negara mengalami kenaikan kerana peningkatan ketara akibat pergantungan besar terhadap nilai dolar Amerika Syarikat termasuk harga minyak mentah yang berasaskan kepada mata wang tersebut.
``Sebaliknya, jika mata wang kita diperkukuhkan, harga minyak mentah yang naik dalam nilai dolar itu tidak akan memberikan kesan besar kepada kenaikan minyak dalam nilai ringgit,'' katanya.
Mengenai pertemuan beliau selama lebih satu jam dengan para pemimpin pelajar berkenaan, Dr. Tun Dr. Mahathir berkata, beliau telah memberikan nasihat kepada mereka agar memberikan tumpuan kepada pelajaran.
``Saya nasihat suruh belajar, yang penting bukan sahaja pelajaran tapi pembentukan budaya yang sesuai dengan kejayaan dan nilai-nilai yang baik untuk diri mereka dan negara,'' katanya
Something has to be done.Beban yg ada bertambah berat.Bukan x bersyukur,tapi bila memandang anak2 terasa kita menzalimi mereka.Minyak naik,budget lg sempit.Keperluan mereka macamana nak dipenuhi....
Sayangnya Tun bukan PM sekarang.Namun saya tetap bersyukur kerana merasai nikmat kehidupan yg baik semasa Tun jadi PM.
Semuga Allah merahmati Tun dan keluarga.Kerana masih ada lagi insan memerlukan kepimpinan Tun
Wasaalam
tun, hari ni confirm saya tak akan pangkah umno lagi dah.... shahrir dan pak lah "bole blah" sudah menyusah kan saya dan rakyat semua...minyak naik lagi dgn melampaunya... shahrir , pak lah ...aku anak yatim dan aku teraniaya ...kamu berdua aku doakan tersiksa dunia akhirat....
TUN,
Nampaknya banyak komentar yang berputar tentang harga minyak naik......
" Semalam kata Pak Lah minyak naik OGOS tapi hari ini dah naik lebih dari apa yang di cakapkan...( satu lagi cakap paklah yang tak ada pegangan, cakap tak serupa bikin..ayo yo Pak Lah....)"
Kenaikan harga minyak dunia memang jelas, ( juga permainan Amerika dengan stok miyaknya )
tapi ......
kerajaan harus bijaksana menanganinya....
saya ulangi...
kerajaan harus bijaksana menanganinya....
kalau semua kita mengikut arus dunia, Malaysia dah hancur sejak Anuar Ibrahim pegang Kementerian Keuangan dulu ....isu IMF dan SOROS..
TAPI,
TUN menyelamatkan Malaysia dengan ketetapan dollar Amerika. Sesuatu yang melawan arus pada masa itu....di kritik oleh satu dunia, tapi apa .....
outputnya,
Dunia mengakui akan kebijaksanaan TUN akan masalah ini.
Sekali lagi, kami rakyat Malaysia yang hidup sederhana ini, memohon kebijaksanaan TUN dalam hal ini....
Kerana
Tengah Malam minyak naik,...
Besok saja...
semua barang akan naik....dengan alasan kos transportasi....apa pula sekatan kerajaan dengan harga barang naik kerna harga minyak naik harga....???
Besok pagi aja...roti canai dan teh tarik naik harga...
Ramai rakyat akan kecewa...
Disini lah "Pemimpin yang kuat" di perlukan untuk menyelamatkan rakyat, bukan saya menyelamatkan parti saja.
Tambang bas akan naik...tambang bas sekolah juga akan naik....
Saya yakin TUN punya idea yang bernas soal ini, TAPI..."pemimpin lemah dan bodoh sombong" harus di turunkan dulu....SEGERA.
Saya yakin jikalau TUN PENASIHAT NEGARA dan pemimpin UMNO tidak bersikap "sombong dan bodoh"....isu isu ini dapat di atasi dengan bijaksana.
salam perantau
Angkatan Lancang Kuning Nusantara
=ashar-;9;30pm
Tun yang disayangi,
Pandangan Tun yang disuarakan selalu mengenai apa issue amat hebat bagi semua rakyat Malaysia.
Selain daripada issue UMNO, apa pandangan TUN mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekarang,khususnya di bidang ekonomi yang kian merosot, apa ubatnya????? Harga petrol kini nain RM2.70 seliter, apakah akan terjadi kemudian?
Pandangan TUN amat dihargaioleh kita semua.
Sekian, semoga TUN sihat panjang umur
Dear Tun,
Strategi pihak pembangkang memang menghendaki UMNO lemah sehingga pilihan raya akan datang. Selagi Pak Lah memegang teraju pimpinan UMNO maka cerahlah harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.Inilah strategi yang paling berkesan sekali untuk melihat Pak Lah terus memegang jawatan Presiden UMNO.
Mereka tidak bersusah payah untuk mencari formula menumbangkan kerajaan BN. Memberi sokongan kapada Pak Lah yang dah jadi itik tempang adalah yang paling "mujarab" sekali supaya Pak Lah akan merasa khayal dan "FEEL GOOD ALL THE WAY". Kemudiannya disaat-saat akhir mereka akan "STRIKE HARD" untuk melemahkan semangat Pak Lah dan seluruh jentera UMNO dan BN hinggakan tidak sempat lagi untuk menangkis segala strategi mereka untuk menawan kerajaan BN yang dah termakan perangkap Karpal Singh dan kuncu-kuncunya.
Maka tamatlah riwayat pemerintahan kerajaan BN untuk selama-lamanya.
UMNO akan terkubur, pemimpinnya akan merapu-rapu jadi orang "GILA BAYANG" dan ahlinya akan berkumpul di "pusara pahlawan" untuk mentalkinkan UMNO untuk kali terakhirnya dan selepas itu akan bertaburanlah jutaan ahli UMNO mrayau-rayau ditepi jalan tanpa hala tujuan.
Itulah scenerionya dan hakikat yang akan kita lihat 4 tahun dari sekarang.
Hehehe... 1 thing that I really like about you Tun is that you are very sinical..
PEDAS dan MENYENGAT.... ouch!
Even Jews pun sakit jiwa kene sengat dgn Tun hehehe...
Yang dihormati Tun Dr. Mahathir
Well written and sarcastic. But, what's the issue concerning Zaid Ibrahim defending Pak Lah. Can someone please highlight.
Tun, we are with you. Forever.
Tanjung Bunga
Dearest TUN
Substantial petrol price hike with immediate effect.
Electricity hike soon.
White cards first NO then YES with no warning.
Pulau Batu Putih WIN-WIN at first, now looking for new evidence. What next?
Classic case of FLIP-FLOP!!
Malaysians = OUCH
Singaporeans = OK
Semoga TUN berada dalam keadaan sehat dan bahagia disamping keluarga.
assalamualaikum w.b.t
Tun Dr. M
Sejak balik dari Jepun, gaya dan bahasa Tun lain dari sebelumnya....sekarang ni tulisan Tun banyak berkias-kias....dan menjangkau pemikiran kami untuk memahami apa yang Tun luahkan.
Hari ini di Malaysia harga minyak naik lagi, 2.70 sen/liter. Ia nak katakan murah berbanding negara lain seperti u.k 1pound/liter = 6.40sen/liter, Jepun 170 yen/liter = 5.50 sen/liter tak juga kerana gaji pekerja di kedua-dua negara 3 hingga 4 kali ganda dari Malaysia.
Tun Dr.M tolong komen harga minyak global dan Malaysia sekarang ini sebagai Presiden Petronas Malaysia.
Wassalam.
@Kyoto, Japan
Salam Tun,
If the current government still sleeping and ignoring the "Rakyat" voices I am absolutely agree with you "Kemenangan Besar BN & UMNO in PRU-13" sudah terjamin. What's a pity government?
Most of visitors today commented about petrol price rises. Something bad is going on at this country ??? Where is the government rizab at least to minimize this crude oil crisis... We had experienced even worst economic crisis back 1998 but we had not seen drastic decision made by your government at that time increasing petrol price to resolve problem.
Decision made by the current government shows their inability. How could this brilliant ministers (are they?????....hahaha!!!) thinking with RM 150 nor RM650 payment made to rakyat they can handle 78 cents petrol prices increasing borne by Rakyat. How clever are they???
Dearest Tun,
Appreciate your comment on this situation ... Government tends to take an advantage from PETRONAS everytime they were in crisis....what a short thinking they were made...If this situation continue do you think PETRONAS can survive in their future long run?
May Allah bless you and Bonda Siti Hasmah with good health and happiness.
Visionary Nation
Dear Tun,
What kind of formula Pak Lah and Shahril is creating with regard to increase in fuel to such a very high amount. Crazy !! I find it ridiculous indeed. I am sure there are other more effective ways to mitigate the price increase to a level which is more practical and which does not burden the rakyat. It looks like it is going to have serious repercussion on our economy and the welfare of the people especially the lower income group. The formula for price increase is rather haprak and HP6. THERE WILL BE A LOT OF CONFUSION AND LOOPHOLES. IT DOESN'T WORK. Make no mistake about it.
Pak Lah simply cannot manage this country. HE MUST RESIGN without delay. He is making things from bad to worse. ENOUGH is ENOUGH, Pak Lah. Tolonglah berundur. You are just making this country "topsy turvy".HOPELESS !!
Please get to meet lower petrol price; not the solution to increase it from petrol.
Assalamualaikum Tun...
"tujuan baik tidak menghalalkan jenayah" hanya kata-kata sindiran Tun terhadap Dato' Zaid Ibrahim kerana seolah-seolah beliau cuba mempertahankan DSAAB diatas alasannya yang baik untuk memulihkan status DSAAB tetapi pada dasarnya Dato' Zaid mungkin mempunyai niat lain berbuat demikian.
Tun, saya lihat pada hari ini, BN telah membuat pelbagai perubahan yang drastik setelah kalah 5 negeri pada PRU-12 baru-baru ini. Saya risau tidak semua lapisan masyarakat dapat menerima perubahan yang terlalu drastik.
Kemungkinan besar, selagi perubahan drastik ini akan terus berlaku, BN akan pasti menemui kekalahan pada PRU yang akan datang. Wallahualam...
Sekian Tun, Wassalam..
salam,
kpa Tun yg dihormati, sy tetap menghormati kepimpinan Tun berbanding Pak Lah. Pak Lah dah jelas gagal menangani ekonomi negara. Negara akn hancur & rakyat akan hilang hormat jika Pak lah & para menterinya berterusan begini.
Semoga Tun dilindungi Allah dr bala bencana. amin
Dear Tun,kerajaan memang tak peka kepada kebanggaan rakyat Malaysia dengan membatalkan jambatan bengkok yang diilhamkan oleh Tun.Saya yang tinggal di Sarawak ni pun boleh bangga dgn projek itu.
Jadi saya rasa kerajaan perlu buat sesuatu untuk menaikkan moral rakyat Malaysia,yang sejak kebelakangan ini ada yang menjadi pemberontak.
Salam Tun,
Mmg bengang betul dgn kenaikan petrol dan diesel ni. Kalau nak tunggu next PRU baru nak berubah lambat lerr.. tak boleh ke kita tukar cara lain...saya tengok pemimpin ni suka tgk negara jiran bila banding harga ...so apa kata kita tengok negara jiran kita Thailand..bagi mereka tukar pemerintah ni senang jer... kita pulak tunggu lagi 5 tahun.. huh!
Assalammualaikum Tun..Help Me!!!Apakah Kerajaan Sekarang Tidak Memikirkan Rakyat?Minyak naik sampai 78sen secara mengejut amat menyusahkan kami yg makan gaji dan berpendapatan sederhana..Saya,sebagai penjawat awam amat terkejut dan memikirkan nasib warga desa,yg berpendapatan rendah,Bagaimana nasib mereka????Bantulah kami Tun...
hai tun ,
zaid pun kena looo,ada udang sebalik batu la tu.
ini mesti kes besor ni,apa dia orang sembunyi haaaaa ?
sekarang karpal pun suka,ini lagi besar punya buaya, entah entah dah jumpa telaga minyak belakang rumah dia orang kot....
ape nak jadi haaaa....
Che Det,
Kalau mahu komen tentang kenaikan harga minyak, silalah.
Silap-silap makan diri.
Namun, saya yakin Tun Dr M bernas buah fikirannya.
Tun,
Malam ini rakyat Malaysia dapat hadiah istimewa dari Pak Lah dan Shahrir iaitu harga minyak naik sehingga RM 2.70. Inilah bonus terhebat sejak Pak Lah memerintah. Inikah cara terbaik dari seorang pemimpin negara untuk membantu rakyat ketika rakyat dibelenggu pelbagai masalah terutamanya yang berpendapatan kecil. Janganlah hendak dibandingkan harga minyak dengan negara yang tiada minyak seperti Singapura dan Thailand. Malaysia adalah negara pengeluar minyak,bukan negara yang hanya membeli minyak. Kesan langsung dari harga minyak akan mengalami kesan inflasi yang tinggi dikalangan rakyat.
Apa yang saya faham dari Pak Lah ucapkan dalam berita, harga minyak bergantung pada harga pasaran dunia. Harga pasaran dunia yang tidak stabil menyebabkan ekonomi Malaysia akan terumbang-ambing.
Adakah zaman Pak Lah adalah zaman kenaikan segala-segala harga barang kecuali kenaikan gaji?
Tun, sila beri komen tentang kenaikan mendadak harga minyak?
Salam Tun,
Untuk menerajui Malaysia pemimpinnya perlulah seorang pejuang tulen untuk faedah rakyat jelata, bukan untuk keluarga sendiri. Dia perlu cerdik, ikhlas lagi proaktif. Kalau pemimpin itu 'kureng' maka negara akan hancur.
www.megasutra.com
Petikan dari utusan.com.my
"Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.
Kenaikan ini yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter.
Pengumuman terbaru kerajaan ini juga sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api iaitu antara usaha untuk mengurangkan pembiayaaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.
Langkah kerajaan mengapungkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran global masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini".
Persoalan Utama:
1) Mengapa bila menaikkan sesuatu barangan misalnya mesti hendak dibandingkan dengan negara jiran? Menyatakan walaupun harga minyak naik tapi masih lagi rendah berbanding harga minyak di negara jiran kita!
2) Mengapa bila kakitangan kerajaan minta semakan kenaikan gaji/elaun tidak pula hendak membandingkan kadar gaji di negara jiran kita yang sememangnya sungguh berbangga menjadi kakitangan kerajaan!
3) Minta honurarium hari tu pun liat Pak Lah nak umum..nak kata dapat atau tidak dapat sampai berjanggut rakyat tunggu.
4) Bila bab naikkan harga..tup-tup NAIK aje beb!
An ironic snippets.
ilmyinc.com
Salam Hormat Tun,
Saya kagum dengan Tun namun tidak bererti saya menyokong Tun. Mudahan luahan saya ini dibaca oleh Tun dengan hati nurani yang ikhlas, saya dari sarawak Tun, Bintulu. Hari ini stesen minyak penuh dengan deretan kereta yang ingin membeli minyak. air mata saya menitis kerana membayangkan akan kesusahan yang bakal dirasai oleh golongan kecil semacam saya. alangkah baiknya jika Tun berperanan dalam hal-hal yang berkaitan ekonomi dan pembangunan umat. Tun sudah senang bahkan mungkin tidak membeli minyak dnegan duit poket sendiri, membeli beras, susu dan lain-lain. jika Tun berperanan dalam hal-hal seumpama ini saya lah yang akan menyokong Tun. jika pun diabaikan oleh Tun Allah maha mengetahui.
Insan kecil
Ismawi Ishak
Bintulu, Sarawak .0128700112
Salam Tun!
Petrol naik lagi.. Rakyat faham yang seluruh dunia menghadapi krisis ini tetapi sebagai pemerintah yang perihatin Tun, ada tak alternatif lain utk menanganinya?
Tolong bagi idea Tun.
Salam Tun,
Malam ni keadaan di petrol-petrol station menjadi kelam kabut kerana kenaikan minyak mulai tengah malam ini. Click blog saya untuk melihat gambar-gambar di petrol-petrol station yang sempat saya rakamkan gambarnya.
http://fauzifudzin.wordpress.com
Terima Kasih.
Dear Tun,
Pilihan Raya Umum baru-baru memang beri satu nafas baru dan boleh dikatakan "fajar baru di Malaysia"... Saya tidak perlu jelaskan semua perubahan yang kerajaan laksanakan. Saya amat bersyukur akan hal ini, walaupun masih ada lagi isu2 yang dikaitkan dengan kelemahan kerajaan. Apa yang boleh dikatakan... Malaysia semakin matang, dan mungkin tiba masanya kita meneliti semula akta-akta berkaitan dengan kesamarataan hak semua kaum.
Saya semestinya amat gembira dengan perkembangan di negeri saya, Sabah, yang sekarang telah diberi tumpuan yang lebih...
salam buat tun yg dikasihi...
saya tak rasa tun mampu gulingkan pemimpin kerajaan dari parti munafik yg memerintah hari ini kerana pak lah punya 1000 kaki bodek yg kaya raya sedangkan tun hanya berjuang dgn beberapa kerat intelek sahaja...
di hujung usia tun skarang saya cadangkan agar tun lebih berjuang untuk kebajkan rakyat,moga diampunkan kesalahan tun oleh rakyat selama 22 tahun tun ditampuk berkuasa...
kami suara muda bumi agak bosan dengan percakaran politik org lama yg ego,tinggi diri,lupa asal usul yg akhirnya merugikan rakyat...
terus lah berjuang agar pergimu nanti akan diingat sebagai pembela rakyat...
salam hijrah dari alfiera696
kalau lah parti umno lah bawah pimpinan pak lah , tidak mengamal pembaziran, sudah tentu rakyat masih dapat menikmati subsidi minyak, Saya tidak tahu samaada harga rm2.70 adalah berbaloi atau tidak. Mungkin kerajaan sekarang perlu mungurangkan cukai kenderaan.
Saya harap kerajaan sekarang masih mempunyai pakar ekonomi yang hebat.
Kita tidak tahu ini mungkin rancangan Zionis atau jew menggunakan cara ini untuk meningkatkan harga minyak untuk menghuharakan dunia.
Agaknya adakah memang betul ke rezab minyak Amerika Syarikat berkurangan. Bukankah mereka telah serang Iraq dan mengaut keuntungan dengan hasil minyak Iraq.
Salam AYAHANDA RAKYAT
Dengan keringat yang ada Ayahanda telah cuba mengeluarkan rambut dari dalam tepung namun rambut tetap berada dalam tepung yang semakin berselerak.
Nampak nya gerakan perebutan kuasa pucuk pimpinan UMNO kali ini sangat genting dan mendebarkan dan tentunya ada kejutan!
Macam dalam siri 'Amazing Race'nampak nya. Nak tengok which 'couple' will reach the winners carpet at the end of the episode.
The reward; power and wealth for the winners and the losers one way ticket back 'home'.
Kak Idah pujuklah sikit si Azalina
tu, tak moleh seorang wanita muslim Umno bergaul dengan yang bukan muhrim terutama nya bila dikerumi oleh orang jambu2 macam Ezam dan Ismail.Mendatangkan fitnah nanti.
Lepeh tu kak Idah tolong ajo deme perbedaan antara 'party interest' dan 'government interest'dan juga antara jantan dan betina. Lepeh tu nasihat deme jangan cakap ikut nafsu saja, mike tahu le Ezam tu jambu jika dibanding dengan Mokhzani.
Ini ada satu teka teki,
Ada dua ekor anak itek yang baru lahir, yang mana jantan nya dan yang mana betina nya?.
Tu lah Pak lalang, aku cakap jangan
masuk nak masuk juga,
Kan dah nak dikudakan!.
Nak 'couple' dengan Kak Idah dilapang Golf Tropicana.
Assalamualaikum wbt.,
Pembangkang menyokong kerajaan mesti ade niat buruk. If Paklah step down, UMNO and BN will be stronger. If he stays, UMNO and BN will be weaken.
Karpal mcm orang leraikan org yg tengah bergaduh. Dia pegang tangan lawan dan sokong orang itu. Dalam masa yang sama dia suruh kawan dia tumbuk orang itu. Akhirnya, orang yg disokong itu tak dapat nak melawan. Ini strategy budak hingusan yang PakLah, KJ, UMNO dan BN tak reti-reti nak baca.
Ini boleh di-ibaratkan keris hampir dihunus tapi Abdullah masih tak kenal apa maksud Karpal.
Wassalam.
Alamak TUN
Minyak naik..tinggi sangat dan agak mengejut..langsung takda signal..sebelum ni kata mungkin naik Ogos..
Apa komen TUN?
Salam Tun,
Kalau harga petol naik RM0.78 sen dengan subsidi hanya tinggal RM0.30 berbanding hampir RM2 sebelumnya dan nilai ringgit mengukuh sekitar RM3.2/USD. maknanya kerajaan memang nak balas dendam pada rakyat sebab tak menang besar PRU12. Orang seberang tambak juga dapat faedah sebab dari asalnya tak dibenarkan beli petrol sekarang dapat pulak beli dengan subsidi RM0.30 ("Terbatal" sertamerta).
Harap Tun dapat terus memberi pandangan, saya percaya kenaikan sebesar 40% ni akan menekan kebanyakan orang Melayu
Tun,
Kami sedih dengan kerajaan sekarang. Minyak naik, beras naik, tak lama lagi macam2 naik. Tun, we always support you. You're the best PM ever.
Pak Lah tolong letak jawatan segera...please...
pakdet..pasal harge mnyk skrg nie..
saye rase terbeban sgt dgn ape yg telah dikhabarkan..nie membebankan rakyat yg berpendapatan sederhana cam saye dan ape lg yg berpendapatan rendah..saye xberpuas hati pasal harge mnyk di malaysia skrg..pak lah sibuk suruh rakyat ubah cara hidup..ape sebenarnye die ckp?die berfikir ke dgn ape yg die tuturkan?kalo sebuah keluarga tu dah plan belanjawan keluarga seminimum yang boleh,tuk membuat simpanan la tp dgn keaadan sekarang nie,seperti nak suruh kite idup susah ke?sepatutnye kehidupan kite semakin hari semakin menyenangkan,tp sebaliknye sekarng..Nabi pn ckp,umat yang akan dtg akn lebih baik dr umat sblm nye..tp keaadaan sekarang nie nak menyusahkan umat..org sebelum nie bekerja utk kesenangan org skrg,tp org skrg nak menyusahkan org skrg sendiri...pak lah tak fikir ke?dan ape yg die fikir..brape sebenarnye subsidi mnyk sbnrnye?harap pakdet tlg bersuare kat org2 kat atas sane tu,supaye diorang berfikir tol2..implikasi kat rakyat..implikasi kat keperluan rakyat..jgn asik nak suruh rakyat ubah care hidup..tu bukan solution die..sepatutnye kite hidup lbh baik dari semalam..bukannye lagi teruk dari semalam..
Di Lumut and Manjung, ramai di stesen minyak pun...
Teruk sekali sekarang...apa rakyat nak buat...gejala sosial akan bertambah buruk utk menambahkan kocek...gejala sosial yang berpunca dari pemimpin sebenarnya....
""Yalah...tujuan baik menghalalkan jenayah""
Tun, apa yang Tun boleh buat sekarang untuk tolong rakyat..
Teringat satu ketika dulu ..beberapa minggu sebelum Tun turun takhta..pernah saya memberitahu seorang kawan 'Boleh ke Pak Lah tu..Dia lembek laaa..' Kawan saya yang sekarang jadi PA seorang Dato (perempuan) sangat yakin.."Aku yakin Pak Lah boleh walaupun tak sehebat Dr M'..huh? itulah yang diucapkan.
Hebat sangatlah tu..naikkan apa yang boleh...
Tun, please do something....
Yg Dihormati Tun,
Minta idea & rasional kenapa kerajaan pimpinan pak lah naikkan harga minyak & mengapa kerajaan pimpinan pak lah tak perlu naikkan harga minyak sebegitu banyak.....?
Bagi saya.... apa yang pak lah buat sekarang ni memang kesilapan ...yang terlalu besar. Memang akal dia nak gunakan duit rakyat dahulu...pulangkan kemudian...betul ke dia boleh bayar balik rebat tu?.. Boleh percaya ke?.. Habis tu, bila harga minyak dah naik,... tiket bas, teksi, courrier cost, makanan... apa saja yang melibatkan penggunaan petrol & diesel... pak Lah ada janji nak beri rebat ke?. . Jawapannya mudah & tepat. TIDAK. Pak Lah tak pikir semua ni..sebab dia pendek akal...pengikut setia dia pun pendek akal...
Setiap tahun kerajaan akan rebat RM625 kepada rakyat... tetapi setiap hari rakyat terpaksa menampung peningkatan kos-kos berikut:
1) kos petrol - purata 10liter sehari. (RM8.70);
2) kos sara hidup keluarga kecil (suami, isteri & 1 anak)- purata RM50 sehari + 20% => (RM10);
3) miscellaneous/pakaian/keperluan rumah :RM600 sebulan - purata RM20 sehari + 20%
=> (RM4).
jika dikira semula, purata perbelanjaan tambahan utk keluarga kecil setiap hari => RM22.70;
TAMBAHAN bulanan=> RM681.00
TAMBAHAN tahunan=> RM8172.00
Mampukah golongan berpendapatan sederhana menanggung peningkatan kos ini?
Idea Rebat tu sebenarnya cuma untuk melembutkan hari rakyat.. yang sebenarnya ditipu hidup-hidup.
Tun, rakyat perlukan idea Tun untuk menukar kepimpinan kerajaan sekarang.
Semoga Tun sihat sentiasa.
Tun,
Tak kira la Karpal suka Pak Lah ke tak, yang penting, saya memang dah pangkah gila-gila dah muka Pak Lah la ni sebab naikkan harga minyak dengan jumlah kenaikan yang begitu menzalimi rakyat (rebet yang diberi pun tak setimpal dengan kenaikan). Dengan seluroh geng UMNO & BN saya pangkah muka sekor2. Saya bersumpah, kalau PRU13 Pak Lah masih jadi PM, saya akan undi pembangkang!! Kalau Najib ganti pun, saya takkan sokong UMNO sebab Najib pun serupa pak turut sebab time Pak Lah buat salah, buat bodoh jer. Sapa2 pun dalam UMNO dah tak boleh dipercayai dah, sebab semua bodoh2 belaka! Kalau Pak Lah suruh makan taik, semua makan taik. Saya akan tolong berkempen untuk bantu pembangkang, walaupun tak dibayar sesen pun oleh pembangkang! Saya nak beli motor 2nd hand, pahtu saya nak simpan duit, derma kat pembangkang, saya nak tolong pembangkang GULINGKAN PAK LAH! Kalau saya susah, biar Pak Lah susah jugak!
Bagi saya Tun, Pak Lah PM Malaysia yang paling bodoh dan malas sekali. Kalau ada masalah, suka ambik jalan mudah. Dalam masa yang sama, Pak Lah malas untuk memikirkan macammana nak tambah pendapatan rakyat. Mungkin sebab dia bodoh sebab tu dia tak terpikir cara lain. Hari tu masa pilihanraya kata ada 1.1 TRILLION untuk buat projek mega. Ambik la duit tu utk tolong rakyat tambahkan pendapatan!!! Dah la bodoh, malas, penipu pulak tu. Tun pun kena tipu Pak Lah masa jadi PM dulu kan? Konon2nya dia Mr Clean, rupa2nya serupa karat punya orang.
Apa2 pun untuk Tun, semoga Tun & Siti Hasmah sihat selalu dan moga2 terus diberi umur yang panjang. Maaf sebab emosional sangat. Kalau tak marah nanti Pak Lah tak tau pulak. Bukannya kita tak kenal Pak Lah ni, kalau kita tak tunjuk kita tak suka kat dia, nanti dia kata "Takde apa2 jadi pun masa I naik minyak, rakyat ok jer... Itu tandanya rakyat sokong saya, jadi kenapa saya perlu letak jawatan pulak" Hampeh punya Pak Lah. Malang sungguh Malaysia dapat pemimpin macam tu...
tun..
macam mana ni..harga minyak naik..semua naik..apa jer yg tak naik??apalah agaknya yg tun akan buat kalau masalah ni terjadi masa pemerintahan tun..saya pasti akan ada demo dilancarkan kerana marah dengan pentadbiran pak lah sekarang.
apapun semoga tun dalam keadaan sihat senantiasa.
Salam bahagia TUN,
Harga minyak naik RM0.78 ok lagi.
Hari ni saya ke Pejabat Tanah Kuantan nak bayar cukai tanah,kerajaan telah menaikkan cukai tanah dari RM45.00 ke RM200.00.Kenaikkan cukai ni takde kena mengena dengan harga minyak global.Apa nak jadi dengan MB Pahang ni.Dah lah nak lulus pindah milik tanah berbulan2,katanya semua dia nak sign.Macam kerja chief clerk lak.
Kenaikan petrol hari ni satu kejutan besar bagi rakyat..Cash rebate yang bakal diberi kerajaan cuma RM 625 setahun.Jika divide by 12 month baru RM 52sebulan ,equal 19liter petrol per month..Average petrol comsumption untuk kereta kat Malaysia ni 11km untuk setiap liter so dengan rebate baru ni cuma dapat jalan sejauh 211.8km sebulan..So if tak dapat pegi ofis jangan marah pulak ye paklah..Kalo tepon nanti orang jawab takda duit nak pegi kerja or send anak ke sekolah..Ni kisah benar di kawasan luar bandar yang mak bapak petani..Kalo sekarang RM1.92 dah berlaku bayangkan bila esok RM2.70.Goverment dibawah paklah ni dah kaji betul betul ke sebelum bagi cadangan ni..Kenapa tak sponsor rakyat dengan NGV kit yang lebih banyak keuntungan..Full tank cuma RM 7 boleh berjalan sejauh 150KM..Tapi masalah nya cuma Petronas lembah Klang je ada benda ni...Diharap Petonas dapat menurunkan kadar francais supaya lebih ramai dapat bukak dan meluaskan penggunaan NGV ni untuk kebaikan rakyat..Kepada pihak pengusaha yang memasang NGV kit please consider untuk dapatkan kit ini dengan kadar murah supaya ramai pengguna dapat menukar kepada NGV..Paklah kata petrol kita yang termurah di Asean ..Tapi kenala kira taraf hidup setiap negara berbeza..contohnya jepun barang elektronik kat sana murah sebab buat disana dan durian disana mahal sampai RM300 sebijik pun ada masa saya study kat sana dulu sebab import dari luar..samalah dengan petrol kenapa la comparison yang dibuat oleh pihak Paklah tak consider benda ni.Comparela apple with an apple..Sepatutnya comparison dibuat dengan negara pengeluar minyak..Malaysia pengeluar minyak dan antara yang terbaik kualiti sepatutnya boleh memberi subsidi untuk menjual murah kepada rakyat..Diharap Tun dapat beri komen mengenai isu kenaikan harga ni berdasarkan pengalaman Tun sebab sebagai rakyat mungkin kami tak mengetahui secara details masalah oleh pihak kerajaan selain dari beban subsidi yang digembar gemburkan kerajaan sekarang..
tun.. naper pak lah biaq minyak naik mendadak mcm tu.. kesian ler kat student2 mcm kitorang ni.. mana nk cekau duit.. x kan nk mintak kat parents kot.. diorang pun nk guna utk belanja lain bg adik2 yg lain.. mmg x patut ler minyak naik time2 mcm ni..
Salam sejahtera buat Tun,
Dialah PM yang paling tak glamour dalam sejarah kita. In future our kids should just ignore him.. "Malaysia takde PM no. 5, kita skip topic nie.Jom balik tidur"
UNMO members skrg nie plak macam hilang teluq. Angguk angguk, geleng geleng, suruh tepuk dia tepuk, suruh gelak dia gelak.
Skrg ie semua tepuk tangan with his latest move on fuel.. I bet tak sorang pun tanya, how is he going to solve inflation issues and im sure soalan macam nie dia akan jawab dgn nada joking, which org kuat dia kena or terpaksa gelak bersama. We rakyat are not laughing at all.
Kenapa BNM tak nak naik kan RM? To ensure our export remain cheap?? We can be cheap kalau negara kita nie macam india, bangladesh or what lah... 3rd world country.
Sapalah maestro UNMO kali nie???
Terima kasih Tun
sebelum pilihanraya, BADAKwi kata kalao dia menang, minyak tak akan naik dlm tahun 2008. tapi tengok apa dah jadi sekarang? Mudah lupa kah?
if we follow world standard price for oil, then local cars prices must also world standard lah!
Tun M created BADAKwi, so its Tun M's duty to take BADAK down!damn it!
I think u r correct when u said that this guy didn't understand anything...He just couldnt get it when people hate him because all this price hike..
U r just correct on him..but sayangla...if u declare keluar UMNO tomorrow..mesti org lagi syg kat Tun..
Anyway...if u could be our PM's back, it would be better...
if the price of petrol should be
floated at market price then ok fine.
But to be fair and square then,
tax on cars also should be taken
off and the price of cars should be
at market rate. this will also
lower the insurance premium we pay.
pls comment Tun on this.
Salam Tun,
Apa lagi yang Pak Lah nak pertahankan...
sudahLAH.....
Salam Tun,
Harga minyak melambung ni, Pak Lah nak balas dendam kat rakyat ke? Alamat PRU13, sorry nak dapat balik Selangor. Kami di Selangor ni yg paling merana, kerja di KL hari-hari bayar tol & petrol dah tu buang masa menghadapi traffic jam. Highway pun dah jadi macam jalan biasa. Infrastructure macam tu juga, buatlah macam Singapore, public transport efficient. Patutnya harga petrol ni utk kenderaan luar yang bukan didaftarkan di Malaysia.
Satu lagi, bila cost of living tinggi sedangkan pendapatan macam tu juga, kadar jenayah meningkat. Fikiran rakyat tak tenteram, rungsing. Inilah puncanya segala bentuk jenayah makin menjadi-jadi.
Alahai Pak Lah, fikirlah masak-masak ... jangan asyik senyum saja sekarang, fikir dah menang bila Ezam & kuncunya join UMNO. Konon satu pergi, sepuluh mari. Mana sama yg pergi tu...
Wassalam.
Salam Tun.
"Indah khabar daripada rupa".
Itulah kata-kata yang sesuai untuk kerajaan pimpinan Pak Lah.
Pak Lah seorang pemimpin yang "melurus" dan "pondan".
Barisan menteri Pak Lah pun "2 darab 5" sama macam Pak Lah.
Saya berkata demikian bukan atas dasar merendahkan martabat Pak Lah dan kroni, tetapi bagi mendedahkan keadaan semasa.
Bagi saya, Tun tidak bersalah memilih Pak Lah sebagai pengganti tetapi nilai diri dan keupayaan Pak Lah yang menjadi kesilapan.
Pak Lah tidak mampu menjadi "driver" sebab dia hanya biasa sebagai "passenger". Sebab itu, dia tidak kisah sama ada harga minyak mahal ke murah, bagi dia sama sahaja.
Barisan menteri yang dipilih Pak Lah juga amat lemah dan kurang berkesan dalam melaksanakan pentadbiran.
Si menteri undang-undang bernama Zaid Ibrahim, naik saja sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, terus hendak menyerang Tun dan menimbulkan "huru-hara" di dalam UMNO dan pemerintahan kerajaan. Akhir sekali, terkena batang hidung, selepas itu, buat-buat pening pula. Apa nak jadi, buat penat saja belajar undang-undang tapi diri-sendiri pun tidak faham apa itu undang-undang sampai negara kehilangan Pulau Batu Puteh dek kelemahan hujah oleh barisan peguam yang katanya hebat-hebat belaka.
Sudah lah si menteri undang-undang pening, yang menteri "harga barang" pun sama-sama rasa pening sampai harga minyak pula naik ke RM2.70 daripada RM1.92 untuk petrol. Sudah pula harga simen dibuang daripada paras siling, bermaksud kerajaan tidak lagi menambat harga simen pada paras tertentu, jadi harga simen pun jadi terapung mengikut kadar pasaran serantau, kalau harga serantau Asia RM60 seguni maka di Malaysia pun RM60 lah seguni padahal dulu RM11.50 saja seguni.
Habislah penduduk Malaysia, dulu mungkin boleh makan nasi sehari 2 pinggan, sekarang sehari 1/2 pinggan saja.
Dulu, rakyat Malaysia boleh makan roti canai 2 keping RM1.60, sekarang mungkin 2 keping RM3.00. Itu belum kira teh tarik gelas besar.
Kadang-kadang apa yang Pak Lah buat membuatkan ramai di kalangan rakyat ketawa besar sebab tindakan dan keputusan beliau amat "jahil" dan "bodoh".
Pak Lah, cepatlah letak jawatan sebelum negara ini hancur luluh dek perbuatan kamu yang hanya mementingkan diri-sendiri.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada Pak Lah.
Semoga Tun dipanjangkan umur.
Semoga Tun dan rakyat Malaysia dimurahkan rezeki.
Semoga Tun diberi daya upaya dan kekuatan yang luar biasa untuk meneruskan perjuangan.
Tun, rakyat menangis dipimpin oleh pilihan Tun ini. Apakah dosa rakyat jelata mendapat pemimpin yang tidak langsung tahu menjaga kebajikan rakyat. Kita merana Tun....merana kerana belum satu masalah selesai, dua lagi timbul. Lower middle class will die an unnatural death.
Salam Tun,
Senator Zaid Ibrahim masuk ikut pintu belakang. Hand picked by Pak Lah. Jadi, hanya seorang itu sahajalah yang perlu disokong. Sokong yang membawa rebah.
Tun, terima kasih Tun kerana bersikap berani kerana benar. Hanya Allah yang dapat membalas semua pengorbanan Tun ini.
salam chedet... harap kita semuo bersabar diatas kepimpinan pak lah & menteri2 dibwh eh yg tak abih2 mengampu, mengipas mcm lipas utk kepentingan sendri. semuo org panggil PM "pak lah", skrang dh ado namo baru "pak lolah" hehehe... rakyat pun dah kono lolah...minyak naik ooiii..!!! sakit dado den lah!!!!
Hidup Dr Mahathir!!!
Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT.
PENERANGAN TTG KENAIKAN HARGA MINYAK DARI TUN....
Emm...saya amat tak bersetuju dengan kenyataan saudari shima.Maybe saudari x merasakan impak yg besar daripada kenaikan harga minyak sebab saudari berpendapatan tinggi.Apa kata kalau saudari ada masa,berfikir sejenak ttg orang2 yg berpendapatan rendah!!!
TUN,saya berharap sgt TUN dapat mengutarakan pandangan TUN berkenaan isu kenaikan harga minyak pada POST esok.
Bagi pandangan saya,kerajaan boleh menaikkan harga minyak,asalkan kita mempunyai kemudahan pengangkutan awam yg lengkap,menepati masa perjalan dan murah.Kalau ada semua benda ni,saya pun xnak naik kereta sendiri.Baik saya gunakan pengangkutan awam.Contoh yg terbaik sekali adalah di JEPUN.HArga minyak memang mahal,tapi cuba tengok sistem pengangkutan dia mcm mana.Di MAlaysia,kalau nak harapkan pada ketepatan masa,jgn harapla,so camne org nak guna kemudahan ini.
Dulu,Paklah pernah ckp,duit subsidi minyak ni kita kan tingkatkan kemudahan pengangkutan awm.So ada nampak ke kemana pengaliran duit yg dijimatkan tu.Yang saya nampak hanya di Penang,bas RApid Penang yg baru.How about negeri lain,KEDAH,PERLIS,KELANTAN,PAHANG and lain2 negeri?ada peningkatan dari segi kemudahan pengangkutan awm?So pengagihan daripada penjimatan subssid tu kurang berkesan,sepatutnya semua negeri perlu merasa kesannya sebab yg guna minyak bukan org PENANG saja.Dengar2 baru ni subsidi Rapid KL dah ditarik balik.So mcm mane tambang nak murah,sedangkan kos diorg dah meningkat.Kemana duit subsidi tu pegi??
Berkenaan Koridor utara,selatan,timur,barat and ape2 lagi la...hnya org bodoh je yg akan buat semua tu.TUN yg bijak pun berfikir panjang utk menjalankan sesuatu projek.Sepatutnya,lakukan suatu projek dulu.First sekali Koridor ISkandar yg dimumkan Pak lah.Jalnkan dulu,and kutip hasilnya dulu.Bila dah berjaya projek tu,baru kita teruskan projek lain berdasarkan keuntungan projek sebelum itu.Kalau semua projek jalan serentak,boleh bankrup negara kita.I dont know how Pak Lah thinking.Paklah memang dasyat la baru sepenggal,dapat buat bnyak gila projek,tapi hasilnya xada pun.TUN makan masa 20 tahun lebih untuk jalankan beberapa projek dan semuanya telah mendatangkan keuntungan pada negara walaupun suatu masa dulu org ckp semua projek tu pembaziran.
TUN do something before terlambat.We always support you forever.Saat ini kita bukan berbincang pasal perbezaan bangsa atau agama lagi,cuma ape yg kita nak adalah semua kaum dapat hidup dengan baik,saling menghormati antara berlainan bangsa and menjalani hidup seharian dengan baik dan mencari rezeki masing2 dan memperbaikan taraf hidup masing2.CHINESE,MELAYU,INDIAN,Kita semua rakyat MALAYSIA.
Salam tun,
Agak menggerunkan apabila kita lihat petrol naik dan ini akan memberi bebanan pd rakyat dan luahan serta keluh kesah akan terus diterima di blog tun.
Secara logik, tun tidap dpt berbuat apa, kalau nak diberi nasihat dan pandangan juga sudah tidak didengari.
Teringat saya apa yg berlaku pd " The French Revolution ", yg telah menukarkan pentadbiran atasan secara habis - habisan, apabila mengalami krisis kewangan, hutang negara akibat salah laku kewangan oleh golongan atasan, roti naik( mereka makan roti ) sama macam kita, makan nasi, maka beras pun naik dan petrol pun tak lari pun dah naik harga.
Sekiranya kenaikan harga, diikuti dengan infrastuktur yg lengkap, baik dan tersusun utk rakyat, seperti kemudahan pengangkutan awam, seperti pengalaman saya di negara eropah, dari satu negara ke satu negara, kita boleh merentasi dengan menaiki keretapi laju, sebagai contoh.
Sekiranya, pengangkutan awam baik, sebagai contoh dengan keretapi laju, mereka yg duduk di johor boleh bekerja dikuala lumpur berulang alik hanya dengan menaiki keretapi laju, dan itu yg berlaku dinegara maju. Sekurangnya rakyat mempunyai pilihan dan jln alternatif.Atau duduk dikawasan yg murah, tetapi bekerja dibandar besar tanpa perlu membawa kenderaan hanya menggunakan pengangkutan awam, sudah tentu ini sedikit sebanyak membantu, apabila berlakunya kenaikan petrol.
Oleh yg demikian, kenaikan petrol mengakibatkan rakyat tiada pilihan, kita perlukan perubahan dan siapa yg berani akan buat perubahan, maka tindakan dengan hanya cakap cakapan adalah satu perkara yg tidak boleh diterima dan perlukan tindakan, yg sebenarnya.
Samada pemimpin yg ada, mendapatkan sedikit sebanyak nasihat tun, sekiranya masih mahu memimpin atau perubahan diperingkat pemimpin atasan perlu dilakukan demi kebaikan rakyat dan kena tolak kepentingan peribadi, dari memikirkan masalah yg renyah dan buang masa seperti, mengheret tun kemahkamah dan buat suruhanjaya khas, mengarahkan tun meletakkan jawatan, kemudian mokhzani, lepas tu sanusi, kemudian petrol naik isu yg lebih besar , mereka tidak nampak, kerana mereka hanya nampak periuk nasi mereka dan agenda mereka bukannya agenda rakyat, maka yg menjadi mangsa sebenarnya adalah rakyat.
Rakyat mahukan perubahan bukannya menunding jari kearah sesiapa, duduk berbincang , kalau tidak ada juga perubahan, maka eloklah fikirkan samada adakah mereka ini semua layak kita benarkan lagi duduk menjadi pemimpin, apatah lagi yg dulunya diangkat dan dididik oleh tun dr mahathir bin muhamad dan yg sekarang baru sepenggal memegang tampuk pemerintahan mengherdik, pemimpin yg banyak berjasa, duduklah semeja dan bebincang dengan sebaiknya, demi kepentingan rakyat sejagat.
ikhlas, rakyat biasa, saarah hj. ali bashah.
http://www.saarahali.blogspot.com
Zaid was suspended by UMNO before due to his involvement in money politic. This is a main reason why he is worry now. Sincerely speaking, Zaid has possessed no extraordinary criteria that could make him a good minister. Jerlun MP statement that he is pursuing to full fill opposition agenda might be true. A rejected "product" by Kelantan UMNO. He was picked up to be "kaki bodek".Salam.
Salam Tun Pak Det,
Tun was talking about Zaid's issue , how come so many comments regarding petrol..
I could recall a year ago, somebody raised the idea of boycotting American / British own oil companies. If the whole Malaysian citizens and world populations given this understanding, oil price will not rocketing like the present circumstances.
Perhaps Tun will be able to comment over this idea better as how he proposed using gold for monetary/ currency stabilization rather base on USD or EURO exchange value.
Post a Comment