Tuesday, June 17, 2008

Abdullah dan Najib


1. Kita di beritahu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.

2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.

3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai tinggi sebanyak 10%.

4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.

5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.

6. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak juga mengambilalih parti dan Kerajaan semasa keadaan tidak begitu sihat; Tunku selepas Dato Onn Jaafar keluar dari UMNO dan Tun Razak setelah rusuhan kaum berlaku dan Perikatan tidak bermaya.

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter) adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekaligus Dato Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato Seri Najib. Dia (Abdullah) akan menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa seluruh UMNO menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia patut letak jawatan.

8. Jika setelah kalah teruk di lima buah negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia akan melegakan hati UMNO dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk pulihkan semula UMNO dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan serah kuasa pada Dato Seri Najib.

9. Saya percaya diwaktu ini ramai orang Dato Seri Najib sedang menentukan berapa ramai bahagian yang akan mencalonkan Dato Seri Najib. Dengan kenyataan Dato Seri Abdullah orang Dato Seri Najib akan dapati banyak bahagian-bahagian yang tidak lagi akan calon Dato Seri Najib. Tanpa mendapat 60 pencalonan Dato Seri Najib tidak akan isytihar kesanggupannya untuk bertanding. Kalau dapat pun dia tidak akan berani mencabar kepimpinan Dato Seri Abdullah selepas janji yang dibuat oleh Abdullah.

10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan UMNO oleh Dato Seri Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya, Dato Seri Najib Tun Razak.

12. Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

13. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Rais Yatim akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa. Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding Timbalan melawan Dato Seri Najib atau bertanding Presiden melawan Dato Seri Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Dato Seri Rais?

14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding.

576 comments:

1 – 200 of 576   Newer›   Newest»
Unknown said...

:-)

jeffreyteoh said...

Tun is always the best ~

Unknown said...

saya mampu senyum sahaja

^^ said...

u r the best tun

adie said...

Tun, kami sentiasa menyokongmu.Bravo Tun!

thrashantu said...

Sudah difirkan akan berlaku sebegitu keadaan nya disember ini, tatkala pak lah dan Dato' seri najib bersetuju bersama dalam peralihan kuasa, itu seua hanya lakonan politik yang mungkin para kroni dan para kipas sahaja yang percaya..

Rata-rata golongan pemuda seperti saya rasa nya tidak akan tertipu lagi dengan lakonan mereka.

Terima kasih Tun..

Unknown said...

Yg dikasihi TUN,
memang ada kebenarannya kata2 TUN,kalau rakyat Malaysia dan ahli UMNO dah tak suka PM,mcmana PM nak pulihkan parti.saya rasa PM ada agenda nak bagi BN kalah dan bagi Pakatan Rakyat ambil-alih pemerintahan..Mungkin itu perjanjian antara Pak Lah dengan Anwar Ibrahim..
Kami sentiasa menyokong TUN..

Anonymous said...

Setuju dengan pendapat Tun. Kalaulah Pak Lah tidak mahu kucar kacir dalam UMNO baik dia letak jawatan sekarang. Tetapi ramai orang tidak berkaliber untuk menggantinya. Saya lihat yang ada potensi hanyalah Tan Sri Muhyiddin Yassin....

En Razman said...

masalahnya siapa yg paling layak disokong sekarang?saya tidak menyokong umno mahupun bn, tapi buat masa sekarang, saya sendiri tak tau siapa/apa yg patut disokong...negara sekarang ketandusan pemimpin yg berkaliber seperti Tun, tapi adakah kemungkinan Tun dapat kembali menjadi PM seperti dulu?Tapi untuk berapa lama?Saya sendiri kurang yakin dengan tahap kesihatan Tun...kami betul2 ketandusan pemimpin dan idea..

ontahsapo said...

hmmm.... dah agak dah....

PJ said...

You seem to take credit for everything.. apalah ini!
The idea of salary cuts for Ministers and top civil servants came from the West, don't you remember that! Whatever you have done during your rule was best.. whatever others have done, is all wrong and bad.... yet we talk about religious values all the time! What a hypocrisy! what a covoluted logic?
Abi

mydeafblog said...

Tahniah kerana menerima 2 juta pelawat.
Saya ingin menyokong UMNO mempertahankan Melayu, Islam tapi bagaimana? Jika suara di sekat, pendapat ditolak, apakah gunanya?
Semoga keadaan kembali seperti biasa, dan memohon pemimpin yang sedia ada membawa kita kembali ke landasan yang sebenarnya.
STK

sagaraptor said...

lembau bejaku. Lalu ka datai jari...

isu minyak sudah cukup menjelekkan Pak Lah....

Hafiz Maddy said...

Salam.


Dear Tun Mahathir,

Tun, you are my idol until now. Relating to this posting, Pak Lah played traditional politics in term of cutting down challenges from Najib. Najib is to soft and we need somebody who can outclass UMNO mongrels. Please ask your son to contest the Youth post. Malays need him. I am a UMNO members since my 18th birthday and will always be. I adore your speeches and your words. Currently I'm working with the government in education sector and because of you, I promiosed to myself that I will always use my position to help the malay and will continue doing so.

Longlive Tun Mahathir.
May Allah bless you with good health and wealth.

Wassalam

Anonymous said...

Dalam cerita PENDEKAr BUJANG LAPOK lakonan P.Ramlee, Aziz Sator dan Jins Samsudin ada satu part di mana ketika mereka sampai ke Kampung Pinang Sebatang dan melintasi sekolah.

Masing-masing tidak tahu membaca. Kaitan dalam cerita ini dengan PANDANGAN ketiga-tiga SENIMAN AGONG ini terhadap UMNO adalah ketika Aziz Satar cuba Membaca...

"Alif Mim Nun TENDANG Wau....Sarkis!!!"

Perasankah saudara semua Seniman Agong Aziz Satar berkata

Alif + Mim + Nun + Wau = UMNO

Dan beliau menyamakan UMNO = Sarkis.

Dan sekarang kepala Pak Badot adalah Pak Lah dan Najib.

Terfikir saya, kenapa Seniman Agong sejak dulu tidak suka dengan UMNO.

Anonymous said...

Dear Tun,

Nampaknya Datuk Seri Najib sendiri tidak tahu mengenai sejarah Umno. Amat memalukan apabila beliau menggunakan nama bapanya sebagai alasan untuk tidak bertanding ('tidak mahu melanggar tradisi').

Najib perlu lebih berani untuk berdepan dengan cabaran dan patut lebih realistik. Jika begini 'attitude' Najib, amatlah tidak sesuai baginya untuk memimpin Malaysia. Bagilah peluang kepada mereka yang lebih layak dan berani untuk menjadi Perdana Menteri.

Ini kerana, Perdana Menteri (dari Umno) Malaysia selepas Abdullah Badawi mestilah orang yang berani dan TEGAS untuk mengembleng usaha memantapkan ekonomi dan stabiliti politik Malaysia.

Najib boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri selama lamanya sehingga dia bersara dari politik.

Terima kasih.

- jebatmustdie.wordpress.com -

Mohd Nadzri Kamsin said...

Pak Lah mempunyai strategi yang bagus untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan UMNO Disember ini.

Tun,

Kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak 40%. Kerajaan Selangor telah secara tidak langsung menurunkan harga air (pemberian percuma 30 meter padu pertama setiap bulan). Kesimpulannya, alangkah bahagianya kita jikalau kenderaan kita boleh diisi dengan air.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

LOGIKA GADIS said...

salam Tun,
sy lahir di era Tun dilantik menjadi PM. trase sebati dgn pimpinan Tun, bekas PM yg lps2 juga dpt dirasai bile kite hidup di bumi sendiri atas jasa2 mereka. bumi malaysia ini utk anak2 melayu. hingge kini pak lah masih gagal. Idea2 Tun sperti Tuan Guru Nik Aziz, bijak & bernas. kononnye pak lah nk byr gaji 2 kali sbln, same sj pak lah oi, kami yg bergaji sikit ni da puas berjimat, atur kewangan dgn berkhemah, x pyh laa pak lah nk bebankn kami dgn byr gaji dua kali, dgn jumlah gaji yg masih sm dgn byr satu kali. kami ade byk bnde nk byr tiap2 awl bln, rumah, kerete, belanja sekolah anak2 stiap hr, petrol utk di isi, mcm2 lg pak lah. ikutla saranan Tuan Guru Nik Aziz, byr gaji ikut bln Hijrah, atau ttpkn gaji minima utk rakyat malaysia, tak kira kerajaan atau swasta. Sy percaye blog Tun juge di bace oleh kroni2 Pak Lah & Najib.

Jage diri Tun.
Allah hu Akbar.
Hidup Mati, Jodoh Pertemuan, Rezeki di tangan ALLAH.

Aza Aje said...

ASSALAMUALAIKUM TUN,

WAAAHHH....lojik juga tu Tun! Tak terfikir pulak saya. Kiranya, paklah tak la pendek akal sangat. Pandai juga dia pasang strategi untuk kekalkan jawatannya. Kan bagus kalau dia panjang akal juga rolling duit untuk rakyat Malaysia.

Tak sangka tertipu lagi...huhuuuu..

Pandainye Tun...kagum sangat.

Anonymous said...

Salam TUN, me & my family salute u.
We all love UMNO, but with the current situation, I feel like UMNO is not relevant anymore unless it re-form itself.

Or make a new party TUN, KAMI sentiasa MENYOKONG TUN. All the BEST!

Anonymous said...

Assalamualaikum Tun,

Saya memang dah agak AAB akan menang pada Disember ini. Saya pun dah agak janji AAB kepada Najib supaya dia dapat bertahan lama dikerusi empuknya.

Nampaknya... kepada yang tak meminati kerajaan sekarang kenalah tunggu PRU13.

Atau yang lebih awal pada 16 September 2008. Tapi saya tak mahu Anwar.

Akhirnya rakyat juga yang sengsara.

Mana lagi pemimpin kita yang berwibawa??

aniisa said...

Saya juga harap badawi kalah teruk. Itulah saat yang di nanti2 kan.

Anonymous said...

Asalamualaikum Tun ,

Saya harap Tun dapat beri kami cara untuk menyingkirkan Pak Lah dan Pak Najib dalam mesyuarat peringkat cawangan kerana kalau dah sampai ke bahagian , semua perwakilan dilantik akan dapat gula - gula . Itu belum lagi sampai ke peringkat Desember nanti . Saya tunggu Tun punya cara .

pAk yop said...

Salam Tun,

Semoga ada insan yg berani utk mencabar Pak LAH yg GK.

Semoga ada bahagian yg merani mencalonkan seseorang utk mencabar kedudukan Pak Lah yg GK.

Sekurang kurangnya biar dia tahu ada org lain yang berani mencabar kedudukannya itu...

cimang said...

pandai la pak lah buat skrip, mesti anak menantu tolong buat sekali... ada macam jalan cerita philipine pun ada yek? siapa la agak2 nya yang ngajo tu?
:)

Tamin's_Family said...

assalamualaikum tun,

kami tetap bersama Tun hingga ke akhir hayat.....

Anonymous said...

Tun,

Semoga Pakatan Rakyat dapat mengambil alih dan memperbahrui arah negara.

Sokongan Tun kepada Pakatan Rakyat akan amat dihargai.

arimomo said...

Tun, you are right about the whole picture but is Najib the right choice for us? I think after you, there will never be a right PM for Malaysia.

Nazri Hashim said...

HERAN YE.... MASALAH NEGARA TAK DAPAT DIATASI DENGAN BAIK.... TAPI PERANCANGAN UNTUK MASA DEPAN NYA DIRANCANG DENGAN SEBEGITU SEMPURNA WALAUPUN DAPAT DIHIDU. NAJIB TAK DAPAT BERBUAT APA APA. APA LA YANG HEBAT SANGAT TENTANG PAK LAH DAN NAJIB NIH? NAK KATA TERLALU BANYAK ORANG BIJAK PANDAI, DULU PUN RAMAI JUGAK ORANG BIJAK PANDAI. CUMA DULU, BIJAK PANDAI KE ARAH KEBAIKAN DAN KEMAKMURAN. SEKARANG BIJAK PANDAI DALAM MENIPU DAN MELONTAR PELBAGAI ALASAN.

Anonymous said...

Tun,

Sudah tiba masa untuk perubahan berlaku.

Semoga Pakatan Rakyat dapat mengambil alih dan memperbahrui arah negara dan semangat rakyat.

Sokongan Tun kepada Pakatan Rakyat akan amat dihargai.

Offshore Representative said...

Assalamualaikum,

Satu analisa yang betul segala faktanya. Pemimpin yang tidak tajam fikiran serta tidak tinggi ilmu akan gagal menerajui negara.

Demi masa depan negara, mintalah Pak Lah berundur. Berundur bukan kerana kalah, tapi demi maruah diri dan kebaikan untuk negara.

Terimakasih Tun, dengan komen-komen Tun setakat ini, pemimpin telah mula membuka mata walau pun baru setengah.

eeroslan said...

Assalamualaikum Tun.
well said Tun, Malaysians particularly the young professional generation are not stupid. AAB and his team is falling in their own landmine and dirty traps. time will reveal the truth but you are moving faster thn the time, as you are the truth to every unanswerable questions.

all the best Tun, keep on writing. u inspire us. may Allah bless you and your family.

PhotoMan said...

Tun,

Saya salute dengan orang-orang politik ni...

Tatkala hati mereka penuh dendam dengan musuh-musuh politiknya, muka & mulut manisnya menunjukkan sebaliknya.

Ini juga adalah satu kemahiran yang bukan semua orang mampu melakukannya.

Mungkin dengan perlakuan tersebut boleh meredakan sedikit sebanyak ketegangan dikalangan rakyat.

All the best to all politicians.

--
http://tuansedang.blogspot.com

debu-papa said...

adakah Paklah bersedia menyerah Jawatan presiden nye kepada najib??

Aza Aje said...

saya pun ada terfikir macam IBRAHIM kata tu...

Macam paklah saja je nak burukkan reputasi sendiri so that in the end DSAI looks better to take over his place in GE13.

Sebab, kalau ikut logik la...dengan penasihat2nya yang begitu ramai..takkan la paklah bodoh sangat nak handle Malaysia ni..

Entahla...itu yang saya rasa.

HazwanAzhar said...

Nampaknya senario mcm tu la Tun, akhir sekali apa pun tak dak.
Saya sokong pandangan Tun

no nonsense said...

Assalamualaikum Yg Bhg Tun,

Saya pula jangkakan Anwar Ibrahim akan mengambilalih kuasa dalan 2-3 bulan lagi, 1 pilihanraya kecil akan diadakan sebelum 16/9/2008 bagi memberi laluan kpd dia menjadi ahli parlimen. Maka terkebil-kebillah Dollah dan Najib menggigit jari.

mie said...

kucar kacir..rakyat pun sudah naik berang..huhu~

redzuank said...

Assalamualaikum Tun,

Dalam konteks ini kepentingan diri hendaklah ditolak tepi jika mengutamakan prinsip perjuangan sesuatu organisasi. AAB akan terus memekakkan telinganya sendiri dan mengakui beliaulah yang mampu memulihkan UMNO. Sedarkah beliau kebencian kepada pimpinannya semakin memuncak ketika ini. Jika beliau bersungguh2 untuk menyelamatkan UMNO inilah masa terbaik untuk melepaskan jawatannya. Apa yang penting kepetingan peribadinya mesti ditolak tepi demi kepentingan sebuah negara.

Sekian.

hafiz kaka said...

Assalamualaikum Tun,

We all have heard about the phrase ‘Better Late Than Never’,but in this case the sooner the better.For UMNO’s sake..

All the best Tun.

Sindiket Soljah said...

Ayahanda Tun,

Saya benar-benar meluat bila pemimpin yang lemah dan lemau itu tidak mahu lepaskan jawatannya lagi. Saya tak faham kenapa dan sampai bila makhluk yang tak mengenang budi itu berkeras untuk terus berkuasa.

Jadi dengan strategi seperti ini, nyatalah Najib memang tak ada peluang untuk menjadi PM.

Bila tiba PRU13, bukan saja UMNO malah seluruh BN juga akan gulung tikar kerana kedegilan Pak Lah ini.

Nak selamatkan UMNO/BN (atau Malaysia), hanya satu cara saja. Iaitu tumbangkan Pak Lah.

Kita perlukan sesiapa saja yang berani untuk menawarkan diri jadi calon Presiden yang baru.

Dan yang lainnya seperti Muhyiddin dan Rais, saya kira tak akan berani menyatakan kesanggupan untuk menentang Presiden parti. Ku Li? Mungkin. Tapi sanggupkah dia?

http://sol-jah.blogspot.com

no nonsense said...

Assalamualaikum Yg Bhg Tun,
Saya jangkakan Anwar Ibrahim akan mengambilalih kuasa dalam masa 2-3 bulan ini. Satu pilihanraya kecil akan diadakan sebelum 16/9/2008, bagi memberi laluan kpd Anwar menjadi ahli parliman. Maka terkebil-kebillah Dollah dan Najib nanti.

cakapsiang said...

Terpulang kepada akar umbi UMNO samada ingin mempertahankan Presiden Sekarang atau sebaliknya. Mereka kini berada di persimpangan samada mengekalkan Presiden dan seterusnya menghancurkan UMNO dan harapan orang Melayu ATAU memaksa satu peralihan kuasa untuk menambahbaikan nasib Melayu.

Kami orang-orang Melayu semakin hilang kesabaran. Kami sayang UMNO, tapi jika UMNO tidak sayangkan kami, nantilah musibah yang akan menimpa parti yang pernah membela nasib kami itu.

Buangkanlah sifat melihat tapi buta, mendengar tapi pekak.

Jangan permainkan perasaan orang Melayu dengan menggula-gula kami dengan segala lakonan kebaikan Kerajaan melalui media. Kami semakin meluat dan hampir terhambur muntah setiap kali spin doctors keluarkan kenyataan media yang meloyakan tahap maksima.

Tolonglah....! UMNO itu hak kami, jangan hakmilikkan pusaka datuk nenek kami itu......

dospenang said...

Salam TUN,

1.Once again, pendapat Tun adalah bernas dan tepat.

2.Bagaimanapun kebanyakan ahli UMNO mahu melihat Tan Sri Muhyiddin berkuasa dan bertanding jawatan Presiden bukannya Dato Seri Najib, ini kerna Najib juga banyak melakukan kesilapan dan memikul tanggungjawab besar di atas kekalahan PRU-12 baru-baru ini.

3.Najib selaku Timbalan tidak memberi nasihat dan buah fikiran yang bernas yang dapat menjana kesejahteraan negara dan dapat dilaksanakan dalm pemerintahan negara mahupunn dalam kepimpinan UMNO.

4.Najib dilihat menjadi PAK TURUT belaan Pak Lah sama keadaannya seperti Tony Blair yang hanya mengikut punggung Bush jika dilihat di sudut antarabangsa. Blair kemudian ditendang oleh rakyat dan partinya sendiri.

5.Diharap TUN dapat merangka satu pelan untuk menaikkan Tan sri Muhyiddin bertanding jawatan Presiden pada Disember ini.

6.Akhir sekali harap TUN lebih agresif dalam perjuangan TUN dengan mendapatkan sokongan dalaman orang kuat MT seperti Tan Sri Muhyiddin dan beberapa tokoh lain spt Khir Toyo dan beberapa lagi.

Wasalam..

Ace team said...

Assalamua'alaikum Tun,
Saya pun rasa pelik dengan Pak Lah ni. Dia kata nak serah pada Najib kemudian dia kata dia nak bertanding pula. Apa kah yang menyebabkan dia terlalu yakin untuk menang sehingga dia boleh berjanji untuk menyerahkan pada BS Najib selepas PAU.
Sudah pasti Tengku Razali akan mencabar beliau, sekiranya Tengku razali menang adakah dia akan memilih Najib sebagai Timbalannya.
Apakah DS Mahyuddin boleh tahan sabar, mungkin akan mendacabar DS Najib.
Saya nampak lebih kelam kabut namaknya. Adakah ini juga perancangan Pak Lah?
Semua ini akan berbeza sekiranya Pak Lah meletak Jawatan sebelum PAU.
Untuk Pak Lah, adalah lebih anda berundur sekarang, atau sehingga kebencian Rakyat tyqak dapat di bendung lagi.
Pada Tun, saya harap Tun letakkan sebanyak informasi di blog Tun, mungkin melalui web TV yang mana Tun akan dapat memberi apa sahaja informasi dan kata nasihat untuk pengunjung.
Dengan pengunjung yang begitu ramai sudah tentu apa yang ingin Tun sampaikan keapada Rakyat semua akan sampai.
Selain itu kami harap tun berilah apa-apa nasihat atau apa sahaja untuk kami kutip dan simpan untuk kami gunakan dan samapaikan kepada generaqsi selepas kami.

Wassalam

liana said...

Dear Tun,

Im affraid to admit and facing Malaysia will be coming worst...it so sad to the next generation to have 'leaders' like pak lah :(

keyzeta said...

Tun....

saya rasa peringkat bawahan UMNO dan sesetengah pemimpin di peringkat bahagian ada yang tak sokong Pak Lah tapi takut nak bersuara.....tapi saya rasa kalau ada bahagian yang betul berani dan calonkan sahaja Najib @ pemimpin yang kita rasa layak untuk memimpin UMNO di mana ingin bekerja & berkhidmat untuk bangsa MELAYU dan seterusnya membangunkan ekonomi negera. InsyaAllah dengan berkat usaha peringkat bahagian dan seterusnya cawangan usaha untuk menukarkan pemimpin tertinggi UMNO akan berjaya.

Saya cabar semua ahli UMNO yang sedang menderita dengan pemimpin yang pentingkan diri sendiri & keluarga, hanya nak naikkan ekonomi keluarga sendir sahaja untuk berani bersuara dari peringkat cawangan hingga ke bahagian dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Perubahan perlu dilakukan sekarang sebelum TANAH MELAYU kita tergadai dan kita menjadi hamba di TANAH kita sendiri.

Kita perlu ingat usaha bangsa lain untuk memajukan diri mereka di TANAH MELAYU tidak datang dari langit semua atas usaha. Jadi setiap perubahan dalam diri kena datang dengan usaha kita. Jadi saya cabar setiap ahli UMNO yang sayangkan ISLAM, UMNO, MELAYU untuk gerakkan usaha sekarang untuk mengubah UMNO keseluruhannya. Ingatlah bahawa KUASA MAJORITI(AHLI UMNO peringakat bawahan) masih kuat daripada KUASA MINORITI (pemimpin yang pentingkan diri sendiri).

GERAKKAN USAHA KAMU BERPEGANG PADA PENDIRIAN IKHTIAR, USAHA, DOA DAN BERTAWAKAL. MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK MENGUBAH NASIB AGAMA ISLAM & BANGSA MELAYU DI TANAH TUMPUH KITA .

Zamri Pearce said...

Tak tau dah nak qoyak mcm mano... taktik pak lah ni kitaorang pun dah dapat baca... tak payah tun citer pun kita dah tau.... sure lepas disember pun dia lah presiden umno... setuju sgt la ada org bg gelaran "Bapa Kejatuhan Malaysia".. sengsara lagi la rakyat tahun 2009...

Anonymous said...

PJ SAID:-
You seem to take credit for everything.. apalah ini!
The idea of salary cuts for Ministers and top civil servants came from the West, don't you remember that! Whatever you have done during your rule was best.. whatever others have done, is all wrong and bad.... yet we talk about religious values all the time! What a hypocrisy! what a covoluted logic?
Abi

TO PJ:-
I don't know what is your intention here. Everytime you disagree in this blog.

Tun ask AAB to resign from his post because he cannot rule this country. Simple as that.

If AAB can rule this country will Tun ask him to resign?? Tun isn't in opposition side.

I think Tun will be happy if AAB can manage properly this country.

hanis said...

rata2 dah tau... he got no EGG... he dont dare... even to say one word... duk kat sebelah macam tiang lampu... muka blur habis.... buat malu je sekampung dengan 'DIA'

Ace team said...

Assalamua'alaikum Tun,
Saya pun rasa pelik dengan Pak Lah ni. Dia kata nak serah pada Najib kemudian dia kata dia nak bertanding pula. Apa kah yang menyebabkan dia terlalu yakin untuk menang sehingga dia boleh berjanji untuk menyerahkan pada BS Najib selepas PAU.
Sudah pasti Tengku Razali akan mencabar beliau, sekiranya Tengku razali menang adakah dia akan memilih Najib sebagai Timbalannya.
Apakah DS Mahyuddin boleh tahan sabar, mungkin akan mendacabar DS Najib.
Saya nampak lebih kelam kabut namaknya. Adakah ini juga perancangan Pak Lah?
Semua ini akan berbeza sekiranya Pak Lah meletak Jawatan sebelum PAU.
Untuk Pak Lah, adalah lebih anda berundur sekarang, atau sehingga kebencian Rakyat tyqak dapat di bendung lagi.
Pada Tun, saya harap Tun letakkan sebanyak informasi di blog Tun, mungkin melalui web TV yang mana Tun akan dapat memberi apa sahaja informasi dan kata nasihat untuk pengunjung.
Dengan pengunjung yang begitu ramai sudah tentu apa yang ingin Tun sampaikan keapada Rakyat semua akan sampai.
Selain itu kami harap tun berilah apa-apa nasihat atau apa sahaja untuk kami kutip dan simpan untuk kami gunakan dan samapaikan kepada generaqsi selepas kami.

Wassalam

PanJanG said...

Tun,
Apa jua kejayaan mesti bermula dengan tindakan. Sekiranya dapat ketepikan NATO(no action talk only) saya percaya tidak mustahil negara akan dapat pemimpin yang lebih baik.

Pendapat2 bernas yang telah dicadangkan oleh pembaca kita boleh ambil, kumpul dan laksanakan cadangan itu supaya kita dapat merasai hasilnya.

Kita bukan hendak menjatuhkan Pak Lah, tapi itu adalah hak kita untuk memilih pemimpin yang betul2 boleh mentadbir negara dan memberi keselesaan yang tiada tolok bandingnya kepada rakyat.

Saya percaya sekiranya kita dapat bertindak dengan bijak, bertamadun, realistik dan aman tuhan akan merestui segala usaha kita untuk menyelamatkan Malaysia.

Saya percaya ramai yang sudi mencurah keringat untuk memastikan negara dapat ditadbir oleh pemimpin yang betul2 berkaliber dengan syarat mesti dimulakan dengan tindakan.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesihatan yang baik ke atas Tun supaya dapat membantu kembalikan kesejahteraan kepada negara.

yhong2933 said...

Im always proud to be malaysian, i went overseas ppl ask my origin...i'll do my best convince them im malaysian, even tho im chinese. But Im in doubt if I want my next generation to be brought up here Tun, what do you forsee Malaysia 10 years from now? I love this country, im just losing faith. Politician plays tremendous role on how the country may become...and how the people think.

Putera Bunian said...

Salam buat Tun tersayang;

Dengan penterjemahan pendapat Tun kali ini, saya terasa apa yang saya pernah analisis satu masa dulu memang tepat.

Selama ini memang sudah agak jelas dimata saya perkara ini sebelum ini, cuma dengan penterjemahan Tun ini maka sudah boleh comfirm lah analisis saya, walaupun ianya belum menjadi kenyataan! Harap-harap tak jadi kenyataan lah perkara yang menggerunkan ini.

Paling menarik sekali ialah;
1. Pemuda UMNO akan terus lemah kerana tak sependapat dengan Presidennya. Seperti saya dan rakan-rakan.

2. Rakyat Melayu terutamanya, akan terus memencilkan Presiden dan UMNO.

3. Rakyat bukan Melayu akan hilang terus kepercayaan kepada UMNO dan BN.

4. PR13 Kerajaan sekarang akan kalah.

Apa yang menariknya ialah, kesanggupan Najib menuruti apa saja kehendak Presiden dengan membuta tuli, semacam ada satu rahsia kesalahan besar yang dilakukan oleh beliau dan memerlukan perlindungan Presiden untuk terus menyembunyikan atau dilindungi agar rahsia itu tidak terbongkar kepada umum. Ianya semacam berupa satu kelemahan Najib yang diambil kesempatan oleh Presiden.

Satu perkara lagi ialah apabila seorang pemimpin mahu segalanya sempurna sebelum diberikan kepada nya adalah satu jenis pemimpin yang dayus. Pemimpin.....oooppppss, bukan pemimpin, orang macam ni macamana nak pimpin negara? Belum pun duduk dah takut, belum pergi perang dah telanjang siap-siap didepan musuh. Memalukan. Kenyataan beliau memang amat memalukan dan kebodohan yang telah dibentangkan kepada rakyat ini adalah satu indicator bahawa beliau bukan seorang pemimpin!

Dah agak lama tak tengok Pak Lah keluar di Public contohnya di KL untuk buat ucapan penting di tempat terbuka.....kenapa? takut kena maki ke?
Kalau takut jangan lah jadi pemimpin, sebab itu juga tugas pemimpin.

SangSetia said...

Salam Tun,
Sekiranya begitu apakah ada jalan lain utk memastikan PakLah segera meletakkan jawatan???? Adakah ini bermakna usaha telah putus dan tiada lagi yg boleh diusahakan??? Oleh kerana Najib tidak akan bertanding Presiden sesuatu perlu dilakukan untuk menaikkan Mahyuddin atau Rais Yatim. Usaha perlu dibuat dari sekarang dan akar umbi di peringkat cawangan perlu dirapati supaya mencalonkan salah seorang dari mereka utk melawan PakLah. Pandangan saya Rais Yatim lebih patriotik dan tidak mempunyai sejarah hitam berbanding Mahyuddin. Tun tentu sudah lebih tahu mengenainya. Saya yg hanya rakyat biasa hanya mampu melontarkan idea sahaja. Wassalam.

wak Dojer said...

Salam kepada Tun dan semua.

(Wak senyum sumbing sambil lirik mata pada PJ)

p/s: suka baca banyak-banyak komen dulu. hendak berfikir terasa malas. hari-hari siang-malam kena panggil orang sini orang sinun, almaklumlah sidang mesyuarat hampir mula.

naufal2020 said...

tun bagi banyak sikit nasihat kat orang atas tuuu.... ada yg lupa diri tuuuu..

Tamingsari said...

Tun,

What can I say..I think the president and timbalan of UMNO should step down...they should not even contest.

Based on what I have heard and the way he has spoken and assess things ...I think Tan Sri Muhyiddin should challenge for the top post and become the next Prime Minister. I think he is more then capable to lead the country.

Najib and Badawi's credibility are not there with the Rakyat anymore..they will do more harm to the country then anything else.

Wassalam Tun

jiwakacau said...

betul tu tun..
saya nk msk bertanding pun xcukup
umur lg..:p

Brenda B said...

Hi Tun,

Don't know and don't really care what's gonna happen in the futire.. It seems like nothing will change.. This country is going down.. Everything sudah merosot.. Why bother anymore..

Meanwhile, take care of yourself, your health.. May God bless you..

sheena said...

http://www.moonofalabama.org/2007/04/wolfowitz_cia_l.html

The above website is interesting, with hyperlinks,the PM wannabe.aka.Anwar.
Harap maklum.

About Najib, does he expect to be given the task on a silver platter or what?

Tayadih Maysia said...

Salam,

Pak Lah tak akan letak jawatan selagi negara ini "belum dijual" melalui koridor-koridornya ...selagi poket anak menantunya masih belum penuh dengan duit rakyat...dan bla bla bla

Anonymous said...

Tun,

Saya cadangkan Tun sokong saja Pakatan Rakyat agar kita, rakyat Malaysia, dapat mulakan bab baru untuk negara kita yang disayangi.

Kita tinggalkan yang lama dan penuh korupsi.


Ayuh Tun, bagi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat!

dospenang said...

Salam TUN,

1.Once again, pendapat Tun adalah bernas dan tepat.

2.Bagaimanapun kebanyakan ahli UMNO mahu melihat Tan Sri Muhyiddin berkuasa dan bertanding jawatan Presiden bukannya Dato Seri Najib, ini kerna Najib juga banyak melakukan kesilapan dan memikul tanggungjawab besar di atas kekalahan PRU-12 baru-baru ini.

3.Najib selaku Timbalan tidak memberi nasihat dan buah fikiran yang bernas yang dapat menjana kesejahteraan negara dan dapat dilaksanakan dalm pemerintahan negara mahupunn dalam kepimpinan UMNO.

4.Najib dilihat menjadi PAK TURUT belaan Pak Lah sama keadaannya seperti Tony Blair yang hanya mengikut punggung Bush jika dilihat di sudut antarabangsa. Blair kemudian ditendang oleh rakyat dan partinya sendiri.

5.Diharap TUN dapat merangka satu pelan untuk menaikkan Tan sri Muhyiddin bertanding jawatan Presiden pada Disember ini.

6.Akhir sekali harap TUN lebih agresif dalam perjuangan TUN dengan mendapatkan sokongan dalaman orang kuat MT seperti Tan Sri Muhyiddin dan beberapa tokoh lain spt Khir Toyo dan beberapa lagi.

Wasalam..

PanJanG said...

Tun,
Apa jua kejayaan mesti bermula dengan tindakan. Sekiranya dapat ketepikan NATO(no action talk only) saya percaya tidak mustahil negara akan dapat pemimpin yang lebih baik.

Pendapat2 bernas yang telah dicadangkan kita boleh ambil, kumpul dan laksanakan cadangan itu supaya kita dapat merasai hasilnya.

Kita bukan hendak menjatuhkan Pak Lah, tapi itu adalah hak kita untuk memilih pemimpin yang betul2 boleh mentadbir negara dan memberi keselesaan yang tiada tolok bandingnya kepada rakyat.

Saya percaya sekiranya kita dapat bertindak dengan bijak, bertamadun, realistik dan aman tuhan akan merestui segala usaha kita untuk menyelamatkan Malaysia.

Saya percaya ramai yang sudi mencurah keringat untuk memastikan negara dapat ditadbir oleh pemimpin yang betul2 berkaliber dengan syarat mesti dimulakan dengan tindakan.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesihatan yang baik ke atas Tun supaya dapat membantu kembalikan kesejahteraan kepada negara.

SAM said...

Assalammualaikum Y.Bhg Tun,

Pertama sekali apabila mendengar kenyataan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi baru2 ini tentang beliau dan timbalannya telah bersetuju bagi tarikh peralihan kuasa, saya terus berkata pada diri saya, "Sekali lagi Pak Lah cuba menipu dan memutar-belitkan fikiran rakyat". Hakikatnya,benar seperti pandangan yang YBhg Tun utarakan, "Peralihan kuasa tidak akan berlaku".

Saya Anak Malaysia (SAM), amat berasa sedih sekali dengan perkembangan politik dewasa ini. Tambahan pula dengan kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang mengatakan beliau dan pendokong ideologi khayalan beliau akan dapat mengambilalih kuasa pemerintahan pada September ini.

Saya telah pun ke laman blog beliau, ternyata sambutannya HAMBAR SEKALI tidak seperti sambutan di blog ini, 2 juta pengunjung. TAHNIAH TUN. Juga, kalau yang memberi komen pun adalah ORG ORG YG BARU INGIN MENGENAL DUNIA POLITIK. Inilah satu lagi pembohongan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga pendokong Ideologi KHAYALANnya.

Salam buat Tun sekeluarga. BTW, saya juga ingin mengetahui alamat laman blog Dato' Mukhriz. Untuk pengetahuan Tun, saya juga penyokong setia beliau.

P/S: Pemikir Rasional, ternyata nama anda tidak sesuai dengan anda.

Unknown said...

Dear my beloved Tun

If this is the situation with UMNO, I sincerely believe that UMNO is no longer relevant in protecting the interest of the Malays and Malaysians in general.

UMNO is just a club, designed to protect certain people and to enrich certain groups. Because of this, it is time for UMNO to be completely obliterated from Malaysia. We do not need such organisations full with corrupted leaders and cowards.

Semua MT UMNO adalah BACUL. Tidak layak digelar pemimpin malah tidak layak digelar lelaki. Semuanya PONDAN...Malah kaum pondan lebih berani berhadapan dengan cacian dan tohmahan masyarakat daripada MT UMNO yang pengecut dan hanya mementingkan diri dan kedudukan sendiri.

It's time now for Malaysians to seek a new leadership that can govern its people the way you did. This December, when Pak Lah menang tanpa bertanding, maka tamatlah riwayat UMNO.

SAYA TAK RELA MEMPUNYAI PEMIMPIN BACUL SEPERTI MT UMNO.

Daripada bertuankan orang BACUL yang TAMAK, MUNAFIK and gila kuasa tetapi berlagak ALIM ULAMAK, saya lebih rela bertuankan orang YAHUDI, yang jauh lebih berani dan nampak jelas kejahatan mereka

Balthazar said...

slm Tun,
Sy scra peribadi tdk nmpak apa yang Pak Lah Cuba Bangunkan. Islam Hadhari, NCER, ECER, SCORE, semuanya hanya GAH pd nama shj....
usaha dan pelaksanaan tiada apa yg boleh dibanggakan...

minyk naik,semua naik cuma tinggal 1 lg ug tak naik..
KHAIRY JAMALUDDIN...
lps si 'hidung belang" ni naik, baru Pak Lah turun....

Unknown said...

Tun, ini adalah petikan dari seorang blogger:

mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan kembali kepada Umno. Walaupun Anwar menafikan kemungkinan ini tetapi ia tidak mudah diterima oleh umum. Ada keperluan dan logik kalau kemungkinan ini berlaku. Keperluan dan kekosongan dalam politik semasa membawa kepada kemungkinan itu.

Abdullah tidak mustahil akan berkomplot dengan Anwar dalam mengukuhkan kedudukannya sekiranya beliau mendapat tentangan daripada Najib. Kalau Najib terikut dengan pandangan Muhyuddin sehingga merempuhnya, tidak mustahil Abdullah akan mengundang Anwar menyertai Umno.

Kemasukan bekas orang kanan Anwar ke dalam Umno, Mohamad Ezam Mohd Noor, membuka lagi ruang dan perkiraan ke arah itu. Walaupun Ezam menjelaskan kemasukannya ke dalam Umno tidak ada kena mengena Anwar sebalinya kerana beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar dalam PKR kini, itu hanya kenyataan politik yang boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

dgreat1975 said...

pak lah punya cakap tak boleh pakai . sentiasa menipu saja . Bila di tanya betul ker parlimen bubar ? Dia nafikan, alih 2 esok tengahari dah bubar. Minyak naik bulan ogos last minute dia naik kan petang. Kecoh satu negara, huru hara Malaysia. Pada Najib , hang tok sah mimpi nak naik Pm kalau han asyik diam cam kodok tegah panas.

Edyes said...

Salam Tun,

Apakah Najib itu benar2 berkaliber untuk menjadi seorang Perdana Menteri?

Tun sendiri pernah menyatakan bahawa Najib tidak layak / tidak boleh menjadi PM.

Pada pendapat saya pula, tiada siapa lagi pemimpin UMNO yang layak untuk menjadi nakhoda Malaysia. Muhyiddin? Ali Rustam? Isa Samad?? Shahril Samad???

Pengganti Tun telah diragui sejak Tun masih menjadi PM lagi. Apabila Tun memilih orang yang salah sebagai pengganti, maka akan seriklah orang seperti saya untuk menerima lagi seorang pemimpin 'rakus' UMNO untuk memimpin kerajaan.

Mintak maaf kata, saya nampak kepimpinan UMNO itu penuh korup dan kurap. saya tidak pasti dengan perkataan2 ini dapatkah posting saya di sini dilulus terbit?

Siapakah pengganti paklah dari UMNO?

Saya bukan taksub DSAI, tapi jika dia boleh menjanjikan Malaysia yang lebih mapan, lebih berdaya saing, mengembalikan kepercayaan pelabur, membasmi kemiskinan tegar dengan sempurna, mengutamakan kebajikan, sudah pasti karisma beliau menjadi pertaruhan.

Saya mahukan seorang pemimpin yang cerdik dan bijak seperti Tun. Walaupun Tun agak kejam, tetapi rakyat tidak mengalami kesusahan seperti sekarang.

Kediktatoran Tun itu juga ada kebaikkan di mana TIADA menteri yang berani membuat keputusan melainkan melalui Tun sendiri. Tiada menteri yang boleh buat sesuka hati, tiada menteri yang boleh mengagihkan AP mengikut acuan Mertua+Menantu.

Malaysia semakin hancur sekarang ini, Melayu bumiputra juga makin susah dan mundur kecuali segelintir yang bergelar umnoputra.

Saya percaya wujud rasuah di zaman Tun, tetapi tidak sampai menyusahkan rakyat. Bukan maksud saya menghalalkan rasuah, tetapi keperitan yang ditanggung oleh rakyat adalah perkara pokok !!

Paklah akan menang tanpa bertanding, maka paklah juga akan perahsantan mengatakan dia diterima oleh semua rakyat sedangkan hanya rakyat 'umno' yang bahlol sahaja mengakuinya. Jika semua bahagian sudah dikawal supaya tidak menamakan calon lawan paklah, sudah tentu perkara yang menyeramkan ini akan menjadi kenyataan.

Demi Malaysia, demi melayu dan demi syiar Islam, saya cabar Tun untuk mengakui bahawa Anwar adalah pengganti yang terbaik dalam mengagungkan agenda Melayu, memartabatkan Melayu dalam negara sekurang-kurangnya, melepaskan rakyat dari cengkaman kesengsaraan dan agenda wawasan2020 Tun itu sendiri. Saya cabar Tun untuk mengakui hakikat ini.

Sekali lagi saya katakan bahwa saya tidak taksub pemimpin, mungkin dulu saya taksub kepada Tun, tapi terima kasih kepada paklah kerna membuka mata rakyat termasuklah saya. Bukan pemimpin menjadi perkara utama, tetapi sejauh mana pencapaian dan kredibiliti pemimpin itu yang harus dinilai. Rakyat harus diutamakan, itulah agenda seorang pemimpin !

Terima kasih kepada moderator kerana menyiarkan tulisan ini. Penulisan yang tidak seberapa ini juga akan saya muatkan dalam blog saya iaitu edyesdotcom.

EDYES

Marzuki said...

Salam Tun

A competent, able and responsible leader should be able to sense the urgency needs in the change of leadership after the outcome of the election.

Sad to say that a leader who is suppose to initiate this move still want to be a follower. This is because he is not ready to lead during turbulence time and likes to take a wait and see attitude meaning play safe.

Anger of the rakyat is growing everyday and UMNO/BN will for sure be not relevant anymore after the next election.

By then the person who everybody see as a potential leader to initiate the move in change of leadership should be blamed for the catastrophes. History will record him as a weak and coward person and also responsible for letting UMNO/BN to be irrelevant.

Terongpipit said...

Assalamalaikum Tun,

Jika ditakdirkan Allah SWT pembangkang dapat menjatuhkan pemerintahan Pak Lah pada September ini... yang terkebil-kebil hanyalah Najib kerana Anwar adalah anak saudara Pak Lah, jadi tak kemana... all in the family dan yang bergumbira ialah KJ dan suku-sakatnya yang memang menyokong Anwar disebalik tabir..... sapa yang hantar paspot kat Anwar dulu?
Maka Najib hanya akan menjadi MP of Pekan... begitulah ceritanya... kahkahkah

hardheart said...

sad to see there's nobody to protect malays and islam, what they're doin' now is just "kejar kuasa & wealth", and the followers are only following to save their own ass..... can't they think 'bout the effect to the mid/low class citizens?

Tun, do you have any plan to get involve again? if not for the sake of politics, but please.... for the sake of Malays, Islam and Malaysia....

-really adore ur words & brain-

Tiger Mizie said...

Tun..

Syabas anda berani memberi ramalan yang ramai org sudah nampak apa yang akan berlaku tetapi pemimpin sekarang aja yg tak nampak..

Tun, Kami generasi muda sudah muak dgn dunia politik malaysia sekarang nie.. Buka warta berita pun tak habis2 citer politik yang tak habis2 kipas punggung sendiri.. Tiada kesedaran langsung dari pemimpin sekarang dari atas apa yang berlaku dlm PRU 12. Yang paling best tak habis sibuk cerita perebutan jawatan untuk pemilihan Umno akan datang.. Nampak sangat kesengalan mereka ini.. Nyawa parti di hujung tanduk pun tak sedar diri.. Satu lagi yang paling kelakar adalah sesetengah pemimpin yang negeri dia kalah sibuk masih nak bertanding.. Itu belum lagi pemimpin yang negeri dia kalah sibuk mengatakan negeri lain kalah pasal sabotaj.

Tun.. generasi sekarang bukan benci UMNO atau terlalu pro pembangkang.. Tetapi muak dgn gaya elit sesetengah pemimpin UMNO.. dari segi bakti pada rakyat.. sesetengah pemimpin pembangkang lebih berjaya "menawan hati" rakyat.. Tun sendiri bayangkan.. kalau Tun rakyat biasa.. mudah ke Tun nak berjumpa YB Umno kalau ada apa-apa masalah nak diselesaikan?? Kerap ke YB kawasan Tun turun padang?

Satu lagi.. Rakyat bukannya marah dengan pembangunan.. tapi rakyat marah pembangunan dinikmati pendatang... pendatang tanpa izin takyah cakap la.. Kerajaan sekarang mcm takde kuasa sekat pendatang... Mcm koridor skrg wujud.. tapi kosong pengisiannya..

Tun,.. kami generasi muda bimbang kerajaan kita makin rapuh.. Kita bakal jadi Singapura 2..

Teruskan komen2 membina anda Tun.. Kami menyokong anda.. Keikhlasan anda sanjungan kami..

Moga pemimpin sekarang faham apa yang di fahami rakyat..

SAM said...

Assalammualaikum YBhg. Tun,

Berdasarkan tulisan Tun mengenai "Abdullah dan Najib", apakah yang perlu rakyat Malaysia lakukan demi mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di negara tanah tumpah darah kami ini. Memandangkan kita mempunyai kepimpinan yang lemah dewasa ini.

Sila YBhg. Tun, berikan pandangan.

Wassalam...

Teddy said...

congrats tun for reaching 2 million. u`re person of the year 2008! no doubt about that!

antimamak said...

Tun:
- Alangkah baiknya Tun dapat menujum seperti ahli nujum dari India Kerala.
- Alangkah baiknya Najid tidak mendengar nasihat Tun disebabkan Najid tidak enggan membantah Pak Lah.
- Saya merasai kerana Tun pernah berhutang budi keatas Tun Razak baru lah tun memilih Najid menjadi PM. kerana hutang budi ini telah menyeksa Tun dalam hayat ini, jadi jika lah Tun menentukkan seseorang menaiki taktha menjadi PM , maka hancurlah demokrasi negara. Ini tiada apa perbezaan dengan negeri komunis yang mengamal sistem sosialist !
- Alangkah baiknya Pak Lah ingin menduduki lebih lama, maka pihak pembangkang dapat melakukan propaganda dalam PRU13, jadi Tun sabarlah ... Melaysia bukan milik UMNO lagi, tetapi Malaysia adalah milik Malaysian. Segala jasa jasa Tun akan dicungkil keluar dan dikoyak koyak macam roti canai dikoyak mamak sebelum disiram dhall char.

Begitu juga Politik Umno dapat diibaratkan sebagai roti canai dicincang berketul ketulan, pengundi hanya memilih kari mana yang disukai, tetapi tidak semestinya Dhall char. Beranika pilihan yang akan melazatkan para pengundi di PRU13 akan datang.

Biarlah malaysia wujudkan sistem demokrasi yang lebih sihat akibat dari kongkongan kukubesi yang selok belok namanya.

Faizal said...

TAK TAHULAH APE NAK JADI DENGAN MALAYSIA SEKARANG..?? ZAMAN TUN DULU LAGI BAIK..WALAU PUN BANYAK SPEKULASI YANG BERLAKU SEMASA PEMERINTAHAN TUN, TAPI TUN DAPAT KAWAL EKONOMI NEGARA DENGAN BEGITU BAIK..SAYA RASA KALAU EKONOMI GAWAT PADA ZAMAN PAK LAH, AGAK NYA TERGADAI NEGARA MALAYSIA..SEMUA INI GARA-GARA ANAK DAN MENANTU PAK LAH YANG BEGITU TAMAK. SAYA SOKONG TUN 100%..HIDUP TUN!!!!

Akar umbi UMNO Damansara Utama said...

Salam Tun,

Dengan penuh rasa hormat saya mengucapkan tahniah di atas populariti laman ini.

UMNO perlukan pemulihan dari dalam dan luar parti. Pendapat dan komen Tun memberikan perspektif berbeza yang mengajak akar umbi berfikir.

Ada pelbagai cara untuk mengatur langkah ke hadapan, bukan sahaja demi UMNO, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Dengan ini UMNO D.U ingin menjemput Tun dan pembaca yang lain singgah ke laman blog baru ahli-ahli UMNO cawangan D.U

http://umnodu.blogspot.com

Wasalam Tun, dan semoga dipanjangkan umur.

mr-aizuddin said...

gedakvxAssalammualaikum Tun,

We are aware of this possibility Tun and I personally don't wish to see someone ruining my country and put our future at risk.. Not only for us, but our future generation..

So what can we do to force AAB to step down as soon as possible? The next question will be, who is the person in your mind that can be the next PM? Is it Najib or someone else? I dont really know him and what he really capable of.. How was his performance during ur time as PM Tun? Same goes to others.. Maybe you can share your thoughts about this Tun...

The problem cannot be solve if let say the next PM has the same problem with our current PM...

ANyway, congratz for 2M hits for ur blog Tun... May Allah bless u always... You are our hero Tun.... May Allah protect and bless this country from any disaster and chaos.. Amin...

Unknown said...

Tun,

Mahukah Tun duduk semeja dgn DSAI, DSAAB, Datuk Nik Aziz seperti yg dicadangkan oleh Mufti Perlis?


Effie Amri,
SAHOCA class of '97

huanchin said...

Saya betul-betul bersetuju dengan ramalan Tun. Lima tahun akan datang, kerajaan BN berkemungkinan besar akan ditewaskan oleh parti pembangkang negara jika BN masih dipimpin oleh kerajaan Datuk Seri Abdullah yang dinasihati oleh anak menantunya konon berijazah dari Oxford University dan tidak kurang juga hebatnya anaknya yang memiliki Scomi.

KinWah.lai said...

Dear Tun,

please kindly read this post when you are free.
http://charleshector.blogspot.com/2008/06/breaking-news-are-we-democracy-or-are.html

i also wonder, Are we a Democracy or are we a Feudal State?

how can Abdullah said that he and najib agree upon on the power transfer without at least discuss with all other component party within BN?
PM is appointed by Yang di-Pertuan Agong and not by Abdullah himself, does this mean he is the King?

darren

anr said...

tun mmg bebar2 sygkan umno, w/pun dgn pengikut yg ramai, tapi tak pulak tubuhkan parti baru, malah bertungkus lumus nak selamatkan UMNO, hanya allah yg membalas jasa tun... tun penjihad sebenar..WALLAHUAKLAM

Pak Andak said...

Pak Lah berat hati untuk melepaskan jawatannya kerana ramai yang bergantung kepadanya. Serupa juga ketika Tun mengistiharkan untuk meletak jawatan dahulu, menagis-nangis Rafidah sebab takut tak de orang defend dia lagi. Tapi selepas beberapa lama, dia pun buat tak nampak Tun jugak. Saya yang tak berapa setuju dengan beberapa tindakan Tun pun pergi salam hormat tangan Tun bila terserempak sebagai tanda hormat mengenang jasa baik Tun. Tun umpama bapak, baik buruk pun kita sayang dan hormat tetapi banyak ahli politik kita bukan macam tu.

petunjuk said...

Assalamualaikum Tun,

Berdasarkan apa yang telah berlaku beberapa bulan yang lalu, saya setuju dengan Tun bahawa kemungkinan besar harapan dan cita-cita ahli akar-umbi akan berkubur sahaja. Walaubagaimanapun jika kita renung kembali Surah Al-i-‘Imran ayat ke26 dimana kuasa pemerintahan yang mutlak adalah milik Allah, manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.

Semoga kita menghindari diri kita daripada sifat berdusta dan beringat kepada Firman Allah Surah At-Tauba, ayat ke 77 “Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta”.

Mr. K said...

I'm thinking almost the same here.

Macam ada 'theory Conspiracy'. Pak Lah MUST GO. Tak payahlah nak tagih simpati nak baiki itu dan ini.

Apa yang Pak Lah buat sekarang ini, it's like "A Midas Touch", but whatever he touches not turning into gold, instead, it burn people alive.

So poor thing Pak Lah..sometimes I wonder, How he sleeps at night??

~k~

Ms Live A Life said...

Dear Tun,i pray to Allah so that there will be a new born generation who will inherit your intelligence and charisma. Looking at the current situation, no one is capable of steering Malaysia to a greater heights. Why didnt any of the minister seize the opportunity to learn from you.

Unknown said...

Assalamualaikum,

Pesanan kepada Pak Lah -:

Kami sangat berterima kasih atas jasa yg telah dicurahkan kepada negara selama menjadi Perdana Menteri.

Tetapi sebagai rakyat & pemerhati politik kami juga sangat berharap Pak Lah melepaskan jawatan & kuasa sebagai Perdana Menteri untuk kepentingan negara.

Mengalah bukan bererti kalah....
Mungkin Pak Lah telah mencuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik demi negara tetapi mungkin juga Pak Lah gagal dalam usaha ini.....

Mak saya penah pesan dulu....kalau sanggup ambik tanggungjawab mestilah ready mental & fizikal....kalau jadi ape2 kita tak bole lari.Kita kena tanggung dan jawab...tapi dalam kes Pak Lah sebagai perdana Menteri, dah jadi macam2 ni Pak Lah jawab tapi yang tanggung kami (Rakyat)...beban sangat.....

Tetap kenang Pak Lah sebagai bapa modal insan.

Unknown said...

Yahooo......
pak lah jadi PM lagi nampaknya...
wa..sokong TUN untuk memulihkan keadaan sekarang

wisdom67 said...

Pak Lah akan diberi tekanan oleh rakyat Malaysia...hidupnya takut bayangan sendiri. Saya yakin dia ingin lihat cermin mengenai rupanya pun dia takut. Tuhan Maha Adil...Perchayalah takdir dan ketentuan Illahi.

Seniman Menangis said...

pak lah ni tak paham, konon hero nak baik pulih parti baru serah ke najib, it;s not about you being a hero la paklah, people just don't want you anymore, simple as that.

mhh said...

Dear Tun,
Dalam kes ni DS Najib perlu ada keberanian.Perlu ada perubahan drastik sebelum atau semasa pemilihan.
rgds.

Rosli said...

Tun tahniah kerana telah mencapai lebih 20000000 perkiraan dalam masa yang sangat singkat.Ini telah menunjukkan betapa popular nya Tun sekarang.

1) Baru baru ini Tenku Razaleigh ada berkata jika dia bertanding kerusi presiden, timbalan yang sesuai untuk nya ada lah Datuk Seri Najib.

2) Pak Lah pula buat kenyataan bahawa dia dan Datuk Seri Najib tak ada masaalah dan akan melepaskan jawatan nya kepada Datuk Seri Najib pada masa yang sesuai(bila).

3) Datuk Seri Najib pula berkata yang dia lebih suka jawatan presiden di beri kepadanya mengikut tradisi Umno.

4)Saya bukan ahli nujum,tapi dalam perkiraan saya kalau beginilah Datuk Seri Najib tak menjamah pun kerusi presiden.

Tun kami sangat sangat merayu kepada Tun Supaya kembali lah memimpin kami. Saya yakin Tun Boleh

orangkampung pure said...

Assalammualaikum dan slam sejahtera, mungkin yang saya tulis nie tak ade kena mengena dengan apa yang Tun tuliskan, tapi bacalah dulu...
Minggu lepas saya balik kampung & banyak citer2 yang saya dapat... seperti biasa orang kampung cakap "gaji menteri, elaun menteri dipotong, yang kami ni semakin hari semakin merana... harga barang-barang mula naik, susu, beras, belanja anak sekolah, lauk pauk dll... semuany naik... dan lagi nak raya nie... mengeluh panjang le kami..." "Tapi apa kena mengena potong elaun menteri dan kaitan dengan kami orang kampung? Harga barang naik juga"... Banyak lagi yang diadukan ..itu ini begitu begini yang diadukan kepada saya... "dan juga orang2 atasan UMNO masih lagi tak berbaik2 nak pulihkan UMNO atau ekonomi negara, kemana arah melayu sekarang ini?".
Komen saya, wahai orang2 yang berkuasa dan bijaksana yang dipilih rakyat... berilah perhatian pada rakyat jelata yang pendapatan tak seberapa nie.. memanglah yang kuat tu akah terus hidup dan yang lemah tu akan ketinggalan... yang pastinya yang lemah tu yang ramai dan perlukan bantuan dan bantuan dan idea serta tindakan2 dari orang2 yang "sedang berkuasa" dan yang "bakal berkuasa" nanti lah yang diinginkan...
Sesekali turun padang lah wahai pak-pak menteri.. tapi jangan beritau bila nak melawat rakyat... awal2 sebab kalau turun padang untuk masuk TV, semua akan ok... rakyat semua senang, tak de masalah langsung. Jadi buatlah spot check pergi ke kampung2 dan dengar sendiri rintihan orang2 kampung.
Mungkin apa yang saya tulis ini tak ade kena mengena dengan Tun tuliskan, tapi kalau yang berkuasa tu terus bertelagah, yang diatas2 tu jaga kepentingan diri sendiri... kemana kami nak pergi dan sampai bila nasib kami akan terus macam ini... lihat sendiri & selami sendiri orang2 kampung yang susah & bertambah susah sekarang ini...

Edd said...

Dear our Beloved Tun,

I've already anticipated this bloody scenario will happen. I'm totally sick & tired with these actors so called "ministers". Totally concern about their personal interest only. If happen that the current political condition get worse and our economy situation doesn't do any good & life of normal citizen like us will be squeezed for every single penny we spend, strictly speaking, I am thinking to migrate overseas. I have worked in overseas before (came back to Msia due to family issues) & with the wages I earned (not much) but enough to have good standards of living whereby every merchandise sold is affordable.

I believe that Malaysia is a rich country, & we as a citizen should have the credits by earning better standards of living.
(just to share some thoughts)

Tun, thank you for the info.
HIDUP TUN!

mulanmory said...

kepada pemikir rasional:

Tun tidak sekali-kali akan menyokong Pakatan Rakyat.

Hati Tun tetap pada UMNO walaupun setelah keluar parti. Kerana itu, Tun tidak putus-putus mengkritik kepimpinan UMNO demi kebaikan UMNO itu sendiri.

Davidespiyapongapore said...

My dearest Tun,

What you have commented is true and i dont understand how najib being a senior politician could be blinded with these empty promises.

Hope najib reads your blog and seek your advise.

We love you Tun.

Anonymous said...

Abdullah tidak mungkin menyerahkan kuasa kepada Najib. Sebab Abdullah sedang merancang kedudukan Khairy untuk menjadi PM untuk menentukan salah guna kuasa Abdullah tidak dibongkar oleh Najib. Najib tau perkara ini....

warisan melayu said...

kepada pemikir rasional..

sejak bila pula PAS, PKR dan DAP menjadi pakatan rakyat? PAS dengan ideologinya, kerajaan Islam, DAP dengan ideologinya, mahu menjadi seperti singapura no 2 atau lebih tepat lg, Malaysian Malaysia, dan PKR, entah apa ideologinya...

Fikir-fikirkanlah, bila masa pula ketiga-tiga parti pembangkang ini bergabung atas satu bumbung? atas satu ideologi dan matlamat? sanggupkah Pas menerima ideologi DAP yg terang-terang menolak ideologi Islam? sanggup kah PAS mengorbankan ideologinya asalkan matlamat untuk memerintah negara tercapai (dengan bantuan DAP dan PKR), sanggupkah?

Tergelak sy lihat orang india (hindraf) memegang bendera part PAS di dalam PRU12 baru-baru ini. Nampak seperti, PAS sanggup menghalalkan segala-galanya demi mencapai matlamat politiknya. Kesian sungguh. Di mana letaknya semangat seorang pejuang Islam?

PKR pula, masakan akan memikirkan hal-hal orang melayu sebab di dalam PKR sendiri, semua bangsa ada. Pendirian PKR lebih terjerumus ke arah 'bangsa malayia' bermakna, semua bangsa tak kira lah melayu, cina, india dan lain-lain lagi adalah sama rata kedudukannya (politik, ekonomi, sosio-budaya dll).

Renung-renungkan lah sejenak wahai rakan-rakan bloggers.

Untuk post Tun kali ini, sy sangat-sangat bersetuju. Dan untuk pengetahuan semua, orang-orang pak lah telah melobi di setiap bahagian untuk memastikan sokongan penuh kepada pak lah. Awal lagi pak lah, kenapa tergopoh-gopoh? Kesian...

Sy sungguh kesian melihat najib ni.Kenapa dia takut lawan pak lah? Sy cuma risau satu sahaja, andai najib masih lagi dengan pendiriannya iaitu, diam tunggu dan lihat, nampaknya dia akan kempunan memegang jawatan Perdana Menteri. Takut silap-silap Ku Li atau Muyiddin akan fight dengan pak lah. Sy tak kisah Tun andai ada sesiapa calon yg berani lawan pak lah, sy akan sokong sesiapa sahaja, asalkan jawatan presiden UMNO bukan lagi miliknya dan juga jawatan PM.

-lawan tetap lawan, jangan mengalah walau kita tahu kita kalah. Biarlah pak lah menang, tapi pastikan majoriti adalah SEDIKIT.

pang5bugis said...

Ybgh Tun, Mungkinkah -
DSAI, KJ, AAB sedang merancang merampas kuasa pemerintahan Malaysia. Rakyat dan Negara diperjudikan. Mereka Gila Kuasa....tunggu pemimpin yang dapat mengerakan kuasa rakyat memberontak..........

Senantiasa menyokong dan mendoakan Ybgh Tun dalam kesejahteraan.

nispu said...

cayalah chedet!!!

takkecekbyk said...

Tun, u r the best ever pm.

me said...

mmg banyak episod la lepas nie.. mcm lakonan semata-mata... boleh dianugerahkan pelakon terbaik nie... AABadawi dan pembantu pelakon NTRazak.. lawak sungguh...

nispu said...

cayalah...hidup chedet!!

snowy said...

it pretty scary to think, hear, see all of these. What will happen to Malaysia is so shakey. I pity the new generation to come if things are not going as it should be. How can we stop this and What can I do (personally)?

Harun said...

salam tun

kepada baby shower soap

dalam filem pendekar bujang lapok.. jins shamsuddin x berlakon.. yang berlakun S shamsuddin.. dan yang mengucapkan dialog tersebut adalam S shamsuddin.. bukan aziz satar .. dan seingat saya dialog sebenar ialah alif tendang wau .. tak ada mim dan nun

Jika benar itu adalah kritikan dari orang filem pada ketika itu dan memang ramai orang bersetuju UMNO ni memang sarkis.. sebab byk badut didalamnya .. dan kepala badut besar sekarang ni semua orang tahu..

kepada tun berjuang la sehingga badut2 ini di hapuskan upaya sarkis ini bertukar menjadi medan budaya bangsa malaysia yang di teraju oleh pemimpin melayu yang berwawasan dan jujur

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Tun,

Apa dah jadi ?
Apa dah jadi ?
Saya dapati Tun cukup kecewa , tapi apa kan daya , semua itu adalah ketentuan Allah . Kun fa ya kun .

NEIL said...

Tun,The malays think that umno is out of date party. I tell you what.It's best for the malays co's umno prevent the malays from advancing their cause.Umno is the root cause for the quarrel among all the PMs,the failure of the NEP,the backwardness of the malays,the flip-flog of the bahasa and english usage in school etc.For Badawi he is playing the cards close to his chest.I think Najis won't have a chance.My bet is on Anwar,The tortoise and the hare.Also WERE IS YOUR RESPONSE TO DATUK IAN CHIN ALLEGATION?

lordmusan said...

Salam Tun,
Memang dah dijangka Pak Lah adalah seorang opoortunis yang tak berakal..dia hanya tahu menjaga kepentingan diri dia dan anak menantu dia..pasal rakyat langsung dia tak peduli sebenarnya!
Hari itu dia kata minyak takkan naik sampai bulan ogos tapi petang tu jugak minyak naik,dulu dia kata Parlimen takkan dibubarkan tapi ptg tu jugak Parlimen dibubarkan,satu masa dulu dia kata arwah isterinyalah yang akan kekal selama-lamanya buat dia tapitiba-tiba tak sampai setahun dah menikah lain...sekrang ni dia kata dia akan bagi kuasapada najib dan akan letak jawatan tapi tiba-tiba lagi dia kata dia akan pertahankan Presiden UMNO punya post..mana ada dalam sejarah Presiden UMNO bukan PM(..kalau tak silap saya lah!).
Kalau dia tetap jadik Presiden and najib jadi PM,dalam parti najib jadi apa?
Secara terang-terangan Pak Lah tidak akan meletakkan jawatan sebagai PM dan apa yang dia cakap hanya wayang atau hanya sebagai nak beli jiwa rakyat dan najib yang dah jadi TPM nipun tak abis-abis dengan bengong dia!

Saya rasa apa yang Pak Lah nak buat sebenarnya ialah dia akan tetap jadi PM,KJ akan jadi TPM,Kamaruddin akan jadi Menteri Kewangan(..sebab sekrang ni yang bukan wakil rakyat pun dah boleh jadik menteri!Anak pompuan dia dilantik jadi Ketua Puteri dan Jeanne akan jadi Ketua Wanita!Maka lengkaplah keluarga dia untuk uruskan kerajaan!

Maka yang lain-lain ni jadi tukang cium tangan, tukang bodek,tukang sokong walau apa sekali pun dan tukang basuh bontot pak lah!Yang rakyat semuani..pada muka semua termasuklah aku sendiri!

lordmusan

Admin said...

Salam Tun,

Saya ingin merujuk kepada Perlembagaan UMNO, Fasal 9 (perenggan 12)

9.12 Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

Maksudnya, ada cara lain yang lebih straight to the point dan more interesting jika dibandingkan dengan usaha EGM untuk memansuhkan kuota pencalonan Presiden UMNO.

Malangnya, tidak ada siapa pun yang menyentuh Fasa 9.12 yang pada pendapat saya lebih berbisa dan menimbulkan reaksi yang lebih positif.

Saya berpendapat bahawa Fasa 9.12 ini perlu diwar-warkan kepada seluruh ahli UMNO agar kami aware hak-hak kami.

Tun,

Tentu tidak salah untuk mencuba dan mungkin awareness ini akan menghasilkan sesuatu yang diinginkan oleh Tun dan kami.

Dan juga sebagai peringatan kepada kepimpinan UMNO agar tidak meperlecehkan ahli-ahli dari akar umbi.

Saya telah menulis artikel mengenai isu ini tapi readers tidak seramai blog Tun.

Dan jika Tun berpendapat bahawa Fasa 9.12 ini perlu diwar-warkan kepada orang ramai, Blog Tun adalah tempat permulaan yang paling baik dan berkesan.

Terima kasih.

http://novandri.blogspot.com

khalifah said...

Dear Tun,

Siapa agaknya pemimpin yang mampu menaikkan harga minyak selepas RM2.70/liter?

Terima kasih pada mereka.. Rumah yang kami beli dengan harga RM120k pada tahun 2005 kini dah meningkat nilainya menjadi RM190k.

RM70k dalam masa 3 tahun adalah pelaburan yang bijak. 19% Setahun tanpa susah payah.

Sesiapa yang mahu untung cepat, belilah rumah sekarang.

http://e-terminal.blogspot.com/2008/06/house-prices-up-30.html

KepalaAngin said...

jangan sampai msia tergadai...woooiii

cikgurahim said...

Tun,

Ulasan-ulasan Tun memberi input yang alternatif bagi mereka yang ingin memahami scenario politik Malaysia.

Ulasan Tun perlu dibukukan kerana ia adalah hasil pengalaman berpuluh-puluh sebagai PM dan berpuluh-puluh tahun lagi sebagai ahli politik.


cikgurahim
Ulasan Hadith Setiap Hari

KepalaAngin said...

jangan sampai msia tergadai

Roy said...

Saya rasa ramalan Tun ini akan menjadi kenyataan. Kalau Najib nak tunggu Abdullah letak jawatan yang kita semua tidak tahu bila, alamatnya berkubur lah UMNO. Sekarang pun dah ramai orang Melayu yang dah tinggalkan UMNO. Tunggulah lagi lama-lama. Nanti cuma tinggal menteri-menteri, ketua-ketua bahagian dan anak-menantu sahaja yang masih menjadi ahli UMNO. Orang Melayu lain dah tinggalkan UMNO. Puas-lah hati Abdullah dan anak MENANTU nanti.

ummphs.. said...

hai tun..
i would like to hear your comment regarding :

"mahkamah benarkan anwar cabar pemecatan dia dr kabinet 10 tahun lalu"..

anyway.. you're the best. whatever you did, i know it was the best and rational decision. nothing personal.

thank u tun!

Anfarri said...

Saya rasa sekarang ni semuanya takut pada SI LEMBIK.. amat memalukan. Punca utama adalah mengutamakan kepentingan diri sendiri serta tiada keikhlasan dalam membela nasib rakyat oleh pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini.

Auslaide said...

Salam Tun,

Rakyat sebenarnya dah nak muntah dengan politik merebut jawatan ni. Kami cuma meminta pihak yg berkewajipan meringankan beban yang teramat berat ni...itu saja.

Jika Kerajaan gagal..atau sesiapa pun maka tunggulah masanya akan tiba.

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, terima kasih di atas pos ini, saya cuba memahami Mohd Najib Abdul Razak dengan lebih mendalam.

Selepas PRU 12, Abdullah Ahmad Badawi tidak seperti dahulu lagi, kusam wajahnya.

Mohd Najib Abdul Razak, pula kelihatan seperti dalam dilema...

Tokoh yang ceria di antara mereka ialah Tengku Razaleigh Hamzah!!!

jrihan said...

Salam Tun,

a true leader is a leader that will take the challenge to ''cure' the problems of the nation. sad to say, after you, there is no such leader anymore. semuannya nak kerja mudah.buat perabih beras aje..dah le tu ..beras pun mahal...

Bumi Bertuah said...

Tun,

saya setuju dgn Tun bahawa Najib tak akan jadi PM Malaysia. dia tak layak pun ubtuk menerajui malaysia dan mewakili kami semua.....

Unknown said...

Assalamualaikum, Yg berbahagia Tun..
Semasa Tun menjadi PM dulu... rakyat Malaysia teramat sayangkan UMNO di bawah kepimpinan Tun.. Di saat Tun meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Pak Lah dulu ramai yang tertanya-tanya dan meragui kenapa PAK LAH yang menjadi PM...?

MELAYU NUSANTARA said...

TUN,

Dari blog Dr Nawardi:

""Jika kita layari intipati perlembagaan UMNO di dalam web Pemuda UMNO Malaysia,

Perlembagaan UMNO, Fasal 9 (perenggan 12)

9.12 Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

Ini bermakna, jika bilangannya mencukupi, ahli-ahli UMNO melalui cawangan UMNO dan bahagian UMNO masing-masing, boleh meminta di adakan Perhimpunan Khas pada bila-bila masa sahaja dan berhak melucutkan sesiapa sahaja di dalam MT UMNO.""

Pak Lah takkan melepaskan kuasa yang di pegangnya. Ini sudah pasti kecuali pada Khairi Jamaludin atau DSAI. Semua kelemahan Pak Lah seperti di rancangkan agar rakyat membenci UMNO dan menyokong DSAI.

Antara DSAI dan Khairi Jamaludin ...mungkin ada sesuatu kesamaan dalam diri mereka...????


Apa kita perlu menunggu PRU13...TUN...?

Apa alternetive terbaik kitya kini TUN.


BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA.

BIARPUN HANG JEBAT DAN HANG TUAH HARUS KORBAN, KITA RELA.....


Angkatan Lancang Kuning Nusantara

M.Amirul- dari Gunung Bintan

alfyaj said...

To Samy Vellu,

"Samy Vellu: Dr Mahathir failed the Indian community

Dr Mahathir took defied notion of national unity with his "racist approach", refusing to help Malaysian Indians. -NST

Tue, Jun 17, 2008
The New Straits Times"

Link: http://news.asiaone.com/print/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20080617-71255.html

......................

Mr Vellu, can you explain what you have contribute to your Indian community during TDM's administration? Sitting by the fence?

Have done enough and championing them as a representative and President of MIC?

An ungrateful and ignorant comment, i must say!

- hamba Allah, from across

Wahid said...

Tun,
You are a genius!

azri said...

Dear Tun,
Umum sudah dapat menelaah dan mengagak yang AAB takkan meletakkan jawatan, maklumlah orang tengah sedap "tidur" takkan dia nak serahkan pada Najib bantalnya.Lagipun YB Kera Jantan pun belum puas menjual harta2 kita pada singaporean.Cuma amat dikesalkan apabila protege Tun nampaknya belum lagi mahu menampakkan kelakiannya dengan pelbagai alasan yang kita sendiri tahu sebab yang "mengikatnya".may be Muhiyddin Yasin has to find new partner since regunya nampak tak bermaya.But the point remains that our sleeping PM will continue his regime while his monster in law continue to rob everything to stay as the wealthiest unemployed man in malaysia.Find other strategy Tun!!

warisan melayu said...

NO PAK LAH, NO ANWAR, NO NIK AZIZ

Siapa kata pak lah ni bapa modal insan? Sy lihat, sy kaji, sy menganalisis, sy mengumpul bukti-bukti yg kukuh, ramai anak-anak muda dibawah pemerintahannya hancur teruk akidah dan imannya. Bagaimana dengan rakan-rakan bloggers yg lain?

Anwar Ibrahim TIDAK langsung sesuai untuk memikul tanggungjawab sebagai PM. Kerana:

1) anwar ibrahim merupakan pengkhianat bangsa, agama dan negara. Bertopengkan islam sahaja (presiden ABIM) tapi minum arak.

2) memburukkan malaysia di mata dunia (conference di singapura dan bercakap pada media tentang isu hindraf - yg mengatakan, kerajaan malaysia memang mengamalkan penghapuskan etnic india).

3) bersama-sama dengan setiausaha USA dan orang-orang kanan Yahudi, di dalam menyuarat mengenai serangan ke atas negara islam, IRAQ.

4) mempunyai hubungan yg baik, rapat dan kukuh dengan Israel, IMF, USA dan badan-badan sulit Yahudi.

Nik Aziz? tak kan nak pegang tampuk pemerintahan sampai uzur, sampai dah tak leh fikir, ke sampai akhir hayat? Ini adalah salah satu ulama yg menyesatkan orang islam. Sanggup bersama-sama dengan orang kafir asalkan matlamat politiknya tercapai. Menghalalkan apa yg diharamkan yg termaktub di dalam al-quran...

P/S: ada akal guna, ada iman, tanya, ada hati, jaga...

-sekadar pandangan

Aries said...

Tun, I quote this from
one of your books...

"I know you believe you understand
what you think I said,
but I'm not sure you realize that
what you heard is not what I meant."

cool Sir...Salute!

http://www.verygoodtips.com

Crazy Jang said...

i like the theory of "menang tanpa bertanding". Very genuine and true.

Mungkin ramai tak terfikir mcm Tun fikir... but for me.. saya dah nampak PRU 13 will be a disaster kalau takde peralihan kuasa dr sekrg nie... mebe DSAAB suka sgt kat no 13 tu sampai dia nak tgu PRU 13 gak kot....

sabar je la...

Unknown said...

TUN,
Saya telah menghadiri 2 forum TUn di Cyrstal Crown pd 31 May 2008 dan pada 14 Jun 2008 di Teluk Intan

1) apa yg nak saya nyatakan di sini adalah berbentuk cadangan sebab saya tak sempat untuk mengusulkan di kedua-dua forum TUN disebabkan pihak penganjur menghadkan masa dialog.

2) Saya harap bila TUN menghadiri forum hendaklah memberi ruang untuk kami di akar umbi bersuara. TUN sendiri memberitahu supaya mendengar suara akar umbi...tetapi nampaknya pihak menganjur nak menyekat kami bersuara. Harap TUN dapat selesaikan perkara ini.

3) Saya ingin mencadangkan kepada TUN..supaya pada setiap kali TUN hadir memberi ceramah hendaklah disertakan dengan satu sesi dimana kami ahli-ahli biasa dapat turut bersama-sama TUN keluar UNMO dengan bersyarat seperti TUN.

4) TUN cuba fikirkan sejenak...sekiranya saya atau ahli-ahli UMNO biasa yang mahu keluar parti secara bersendirian...tentulah tidak memberi impak yang besar kepada UMNO...tetapi jika kita keluar berkumpulan tentu sedikit sebanyak memberi mesej jelas akan keadaan sebenarnya.

5) TUN..amat sukar bagi individu bertindak keluar bersendirian..cuba renungkan jika pakcik-pakcik yang veteran yang mahu keluar UMNO..tentu mereka sukar nak menulis surat atau hantar kepada bahagian atau cawangan nak keluar parti. Malahan hasrat mereka mungkin dipendam sahaja begitu sahaja kerana tiada yang menyokong hajat mereka.

6) Dengan itu saya mencadangkan supaya di wujudkan satu sesi di mana-mana sesiapa nak keluar UMNO dibuat satu saja surat dan ditandatangani beramai-ramai. Umpama seperti sebelum pilihanraya....byk kita perhatikan ada yg menyertai UMNO secara beramai-ramai.....jadi begitu juga dengan cara saya ini..keluar UMNO secara beramai-ramai dgn bersyarat seperti TUN lakukan.

7) Saya rasa byk ahli biasa UMNO akan menyusul nanti. Percayalah TUN...cara ini nampak mustahil tetapi kesannya amat mendalam dgn menunjukkan pula kuasa akar umbi yang boleh kita lakukan.

8) Kerana ahli-ahli biasa nie sebenarnya yg berpejuangan tulen...tidak seperti yg mempunyai jawatan dan kepentingan...mereka berjuangan atas kepentingan peribadi dan menjaga periuk nasi sendiri...mereka inilah yg pengkhianat kepada parti UMNO.

9)TUN....pun tahu mana ada ketua bahagian atau cawangan mahupun yg mempunyai jawatan mahu mengikut jejak langkah TUN...malahan mereka menghina dan membidas TUN...mereka inilah yg tidak boleh dipercayai..

10) Saya harap kpd yg membaca tulisan saya dpt memberi tahu kpd TUN..sekiranya ianya tidak dpt disiarkan kerana telah ditapis..

Hidup TUN......

SHAHARON SALLEH said...

UMNO hari ini sebenarnya berada pada tahap paling lemah, tenat dan kritikal. Jika silap dikemudi, maka kemungkinannya parti akan hancur dan berkubur dalam tempoh terdekat ini. Namun, ia masih boleh diselamatkan. Tetapi ini memerlukan pengorbanan besar dan tindakan berani oleh parti sendiri.

Saranan Tun tempoh hari bahawa Melayu dan UMNO itu boleh diselamatkan melalui 'perletakan jawatan Pak Lah' dalam tempoh yang segera, seharus diberi perhatian berat oleh semua ahli parti di setiap peringkat.Begitupun, saya melihat bahawa kita tidak punya banyak pilihan sekarang

Sebenarnya tidak banyak beza ditemui di kalangan barisan kepimpinan yang ada - dari Najib, Mahyuddin, Rais atau yang lain-lain. Ketokohan, kewibawaan, kecekapan dan kekuatan masing-masing untuk mengahadpi pelbagai cabaran besar dan getir, terutamanya di dalam mengemudi kepimpinan negara, masih menjadi tanda tanya besar. Setakat ini ini kita ketandusan pemimpin dan tokoh berkaliber seperti barisan pemimpin zaman Tunku dan Tun Razak dulu.

Tun telah melakarkan suatu jurang besar yang amat sukar ditemui setelah meninggalkan kerajaan 2002 dulu.

SHAHARON SALLEH

Ahmad Shah said...

TUN,

Pak Lah sekarang ni dibuai mimpi. Kalau kita pasangkan lagu Alleycats - Senandung Semalam, terus dia lena ... ha ha. Anyway, Najib pulak, mungkin dia tak berani nak lawan sebab banyak sangat dia punya masalah dan tak habih-habih.

Pada saya, Anwar Ibrahim yang punya angkara semua ni terjadi di mana melayu berpecah belah. Golongan muda disorong dengan kata-kata manis & pelbagai janji PKR. Tanpa disedari, ianya digunakan oleh PKR untuk memecah-belahkan orang-orang melayu terutamanya.

Parti yang agak releven sekarang adalah PAS pada pandagan saya until UMNO dipulihkan oleh Nujum Pak Belalang. Tetapi ianya tidak mustahil dengan penglibatan TUN & negara memerlukan support orang-orang lama yang mahu lihat bangsa melayu maju ke hadapan.

KJ diibaratkan Harun/Kharun zaman moden.

Wassalam

deppidow said...

Salam Tun Dr Mahathir Mohamed,

Degup jantung saya makin kencang..kenapa? Kerana dapat merasakan masa untuk 'sesuatu' sudah makin hampir...tidak dapat dielakkan lagi. AAB nak catur DS Najib? Dia ingat dia ada blessing dari kebawah DYMM Seri Paduka macam YBhg Tun ada dan mampu dulu agaknye...nak letak MB Tganu pun balik istana tangan kosong...org tak ma_u. Sapa Kebawah DYMM sekarang? Tun...gunala talian rakyat yang ada pada Tun kepada Kesultanan Melayu. Istana tahu siapa mewakili rakyat sekarang.

SHAHARON SALLEH said...

UMNO hari ini sebenarnya berada pada tahap paling lemah, tenat dan kritikal. Jika silap dikemudi, maka kemungkinannya parti akan hancur dan berkubur dalam tempoh terdekat ini. Namun, ia masih boleh diselamatkan. Tetapi ini memerlukan pengorbanan besar dan tindakan berani oleh parti sendiri.

Saranan Tun tempoh hari bahawa Melayu dan UMNO itu boleh diselamatkan melalui 'perletakan jawatan Pak Lah' dalam tempoh yang segera, seharus diberi perhatian berat oleh semua ahli parti di setiap peringkat.Begitupun, saya melihat bahawa kita tidak punya banyak pilihan sekarang

Sebenarnya tidak banyak beza ditemui di kalangan barisan kepimpinan yang ada - dari Najib, Mahyuddin, Rais atau yang lain-lain. Ketokohan, kewibawaan, kecekapan dan kekuatan masing-masing untuk mengahadpi pelbagai cabaran besar dan getir, terutamanya di dalam mengemudi kepimpinan negara, masih menjadi tanda tanya besar. Setakat ini ini kita ketandusan pemimpin dan tokoh berkaliber seperti barisan pemimpin zaman Tunku dan Tun Razak dulu.

Tun telah melakarkan suatu jurang besar yang amat sukar ditemui setelah meninggalkan kerajaan 2002 dulu.

SHAHARON SALLEH

Unknown said...

Assalamualaikum Tun,
Yang tersirat disebalik tindakan AAB itu adalah nyata muslihat utk kekal sbg PM. Menteri-menteri lain juga mungkin menyedari hal tersebut tetapi tiada tindakan yang terang dilakukan. Adakah mereka juga menyembunyikan kesalahan agar tidak terbongkar atau mereka benar-benar taat atau mereka sebenarnya juga ada tindakan yang lain? nantikan lah

Maj (B) Rahman M.A said...

SEDIH saya melihat Najib berselindung disebalik tradisi dan sejarah perjuangan bapanya apabila takut untuk mencabar kepimpinn Abdullah.Tidak kah Najib sedar bahawa Tun Razak bersama2 rakannya telah memberi tekanan kepada Tengku Rahman untuk bersara selepas 13 Mei 69.Mungkin Najib pada masa itu terlalu mentah untuk memahami nya. Tetapi sekarang tak kan tak tahu fakta sejarah.

panjanG said...

sume sokong pe tun ckp.bhs pn sume bek2 jer.sopan2

mustika said...

Saya amat menyokong tindakan tun memotong gaji Menteri, timbalan Menteri dan pegawai tinggi.dengan ini mereka dapat merasa apa yang rakyat bawahan rasa.terutama dalam isu kenaikan minyak ini.

nawaitu said...

Salam TDM,

Pada pandangan saya peralihan kuasa ini hanya untuk menyejukkan kemarahan rakyat yang sedang membara pada waktu ini. Kalau terjadi pun 2010. Dan pada masa itu mungkin Malaysia dah jadi macam negara jiran kita.

Yang kedua saya rasa peralihan ini boleh di anggap keluar dari kandang harimau masuk ke mulut naga. Lagi huru-hara jawabnya.

Saya rasa Tun kenal dalam dan luar Najib lebih daripada kami semua ( more than 20 years).

So what is your comment Tun, is he will make the situation better or make the situation worst?

Fikir-fikirkan lah.

Salam

mustika said...

Saya menyokong tindakan Tun memotong gaji Menteri dan Timbalan Menteri semasa era pentadbiran Tun.Ini juga patut dilaksanakan pada masa sekarang terutama semasa kenaikan harga minyak.

nwar said...

Salam Tun,
Pelik dan ajaib. Nampaknya begitulah pengakhirnya. Sukar hendak mempercayai PM dan DPM sanggup menggadaikan UMNO demi menjaga diri dan keluarga sendiri, tapi itulah yang dapat dilihat dari mata kasar rakyat.
Ku sangka bersih, cekap, amanah, malangnya kotor, lembab dan haprak.

wak Dojer said...

Yang amat dihormati Tun, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Paaada hari yang indah ini, Wak akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk "Pak Pandir & Ayam Sabungnya".

Paaada suatu masa dahulu, tinggal seorang lelaki bernama Pak Pandir, bersama isterinya Mak Andeh di hujung kampung bernama Kg.Petirajeya.

Pak Pandir mempunyai seekor ayam sabung yang aaaaamat disayanginya. Pak Pandir memperolehi ayam sabungnya dari bapa angkatnya bernama Pak Tuntun. Nama ayam sabungnya ialah Kamno.

Sememangnya Kamno adalah ayam sabung yang aaaamat hebat sekali. ramai kawan-kawan Pak Pandir pernah melagakan ayam masing-masing dengan Kamno. Tetapi, Kamno sentiasa menang dan dianggap juara oleh sahabat handai Pak Pandir.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, setiap tahun Raja Badola akan mengadakan pertandingan sabung ayam. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya juga, ayam sabung Raja Badola yang diberi nama Kejeboi sentiasa menang.

Maka, berita tentang pertandingan tahunan sabung ayam pun sampai ke pengetahuan Pak Pandir. Maka ramailah sahabat-handai Pak Pandir yang berjumpa Pak Pandir dan menyuruhnya bertanding dalam pertandingan tersebut.

Namun, Pak Pandir dengan nada yang lemah memberitahu kepada sahabat-handainya:-

"Sumi, TaKing, Kabis dan kawan-kawan semua. Aku memang teringin sangat memasuki pertandingan tersebut, tetapi aku tiada harta yang ingin dipertaruhkan".

Maka, sahabat-handai Pak Pandir termasuk ketua kampung pun berpakat beramai-ramai memberikan apa juga harta yang mereka ada seperti rumah, geran tanah, buah-buahan dusun dan macam-macam lagi kepada Pak Pandir untuk dijadikan pertaruhan dalam pertandingan sabung ayam tersebut. Pendek kata hampir keseluruhan isi Kg. Petirajeya telah diserahkan untuk dipertaruhkan. Maka apalagi, Pak Pandir pun menjadi begitu bersemangat sekali.

Maka, hari pertandingan pun tibaaa. Pak Pandir telah hadir di Istana Raja Badola bersama ayam sabungnya, Kamno.

Maka terlihat sahaja ayam sabung Pak Pandir, penasihat diRaja Datuk Panglima Anaharabim pun terus terpaku melihat aura kehebatan Kamno. Lantas, Datuk Panglima Anaharabim yang memang terkenal dengan ilmu tilik ayam sabungnya terus merapati Raja Badola sambil berbisik:-

"Oh Tuanku Raja Badola, pada hemat patik pacal yg hina ini, ayam sabung lawan Tuanku yang diberi nama Kamno ni bukan calang-calang ayam ini. Amat merbahaya jika Tuanku bertanding melawannya".

Maka, Raja Badola pun termenung sejenak seraya berfikir... jeng jeng jeng! maka timbullah satu idea oleh si Raja Badola dan terus bertitah:-

"Wahai Pak Pandir yang beta kasihi. Sebelum kita memulakan pertandingan, apa kata beta menjemput kamu makan tengahari berdua bersama beta dengan disajikan makanan roti canai 'special' buatan antimamak, si pakar pembuat roti canai?"

Pak Pandir yang sememangnya kelaparan terus bersetuju. Maka, dalam jamuan santap mereka berdua Raja Badola pun berbisik kepada Pak Pandir seraya berkata:-

"Wahai Pandir yang beta hormati. Pada hemat beta, ayam sabung Pandir bernama Kamno tu dalam keadaan uzur dan kurang bermaya. Beta yang memang pemurah sifatnya ini ingin usulkan supaya ayam Pandir ditukarkan dengan Kejeboi milik beta. Apa kata Pandir?"

Pak Pandir yang terasa begitu terharu dengan usul Raja Badola pun terus bersetuju.

Maka, saat pertandingan pun tiba. Datuk Panglima Anaharabim pun berdiri di tengah gelanggang sambil berkata:-

"Wahai penduduk-penduduk InderaMasia. Maka pertandingan kali ini bakal berlangsung antara ayam tambatan Tuanku Raja Badola diberi nama Kamno menentang ayam belaan Pak Pandir diberi nama Kejeboi dengan taruhan segala yang ada pada Pak Pandir... sediaaa, mula!"

Maka pertarungan yang maha dahsyat pun berlangsung.

Lawan punya lawan punya lawan punya lawan..... akhirnya, tumbanglah si Kejeboi tewas di taji Kamno.

Melihat sahaja si Kamno berjaya mengatasi Kejeboi, maka melompat girang lah Pak Pandir sambil menjerit:-

"Ayam akuu meeenang! Ayam akuu meeenang! Kamno memang heebat! Ayam akuu meeenang!"

Datuk Panglima Anaharabim yang gelihati melihat telatah Pak Pandir pun lantas bangun seraya berkata:-

"E'eh! Pak Pandir... Kamno memang menang. Tapi ianya adalah hakmilik Tuanku Raja Badola, maka itu hamba isytiharkan kemenangan kepada Tuanku Raja Badola dengan keputusan K.O dan segala harta taruhan Pak Pandir adalah dirampaaaaass" sambil Datul Panglima mengenyit mata pada Raja Badola dan sempat pula berbisik.. "twenty perceeeeent!".

Maka terkedulah Pak Pandir seketika, tetapi Raja Badola lantas menghampiri Pak Pandir serta memujuknya..

"Jangan risau Pandir, beta sudah maklumkan bahawa beta bersifat pemurah orangnya. Nanti beta pulangkan harta-harta Pandir termasuk Kamno sekali. Jangan bimbang dan jangan sedih".

Pak Pandir yang terkujat seketika tadi lantas bertanya lemah kepada Raja Badola:-

"Bila tu Tuanku?"

Jawab Raja Badola:-

"Hingga ke tarikh yang kelak beta maklumkan, tapi yang pasti bukan sebulan, bukan dua atau tiga bulan lagi. Sehingga beta maklumkan kelak. Understood?".

Begitulah al-kesahnya cerita tentang "Pak Pandir & Ayam Sabungnya". Oleh kerana masa tidak mengizinkan, maka saya menguuuundurkan diri dengan ucapan wabillahitaufik wassalamualaikum dan salam sejahtera.

(pertandingan bercerita peringkat Daerah tadi telah berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor)

tltan2 said...

Good afternoon Tun,

You as PM for 22 yrs, you made me proud b'cos the whole world know us, Malaysia.

Thank you.

Maj (B) Rahman M.A said...

Tun, Opsen yang terbaik bagi UMNO sekiranya masih ada yang berani ialah bagi Mahayuddin mencabar Abdullah bersama2 running mate pilihan nya.Tetapi saya percaya ini tidak akan berlaku kerana semangat juang dalam UMNO dan orang Melayu telah hilang.Taat setia membabi buta kepada pemimpin dan bukan lagi kepada organisasi merupakan trend perjuangan masa kini.Tidak ada HERO MELAYU lagi.

pakbelalang said...

Dear Tun,

It all boils down to greed and sel-interest between Pak Lah and Najib. They don't think what is going to happen to UMNO at all.

I really pity UMNO leaders at division, branch and grassroot levels who are so naive and gullible to believe whatever their leaders say at face value and are unable to visualise the implication of their inaction to remove Pak Lah outright. They really don't foresee the real situation that is about to happen in the next general election.

All I can say now is to wish UMNO luck and be prepared for the worst to be a haprak and HP6 opposition party.It will happen, no doubt about it. UMNO AKAN HILANG DI DUNIA DAN MELAYU AKAN TEROMBANG AMBING DIPINGGIR JALANAN YANG PENUH DENGAN DURI DAN KACA.

Jangan salahkan sesiapa lagi melainkan kapada diri mereka sendiri. Itulah kehendak mereka. Segalanya adalah perbuatan mereka dan Allah hanya menentukannya sahaja. Berbagai usaha telah diutarakan untuk memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya maka akhirnya adalah pilihan mereka sendiri untuk menentukan kearah mana mereka hendak tuju.

Alah Akbar! Allah Akbar! Allah Akbar!!

enigma said...

Saya mangakui yang saya kini terlalu takut dengan situasi politik semasa.

Kegoyahan UMNO yang juga tunjang kepada BN dan juga sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, dilihat sebagai suatu situasi yang amat membimbangkan. PM masih lagi leka dibuai mimpi mimpi indah sambil memekakkan telinga terhadap rayuan-rayuan rakyat yang hidup semakin terhimpit acap kali PM dan menteri-menteri kabinet mengelurkan kenyataan-kenyataan yang tidak relevan dan merosakkan negara.

1. Rakyat merintih apabila harga beras dipasaran naik. Namun tiada tidakan SEGERA yang diambil kerajaan untuk mengawal harga beras. Saya sebagai seorang warganegara melihat situasi ini sebagai sangat menyedihkan dan keyakinan saya terhadap kerajaan (yang bejanji untuk membela rakyat) semakin terkikis.

2. Cadangan seorang menteri kabinet (yang gajinya dibayar rakyat) supaya rakyat cuba memakan ubi sebagai makanan ruji. Bagaimanakah seorang yang terpelajar seperti beliau boleh mengeluarkan candangan yang terlalu tidak masuk akal sedemikian? Saya sedih orang sebegini menjadi 'wakil rakyat'.

3. Harga miyak melambung naik dan cadangan berbasikal dan menggunakan perkhidmatan awam. Cuba bayangkan, jika tempat kerja seseorang itu 20KM dari rumahnya, berapa jam sehari dia perlu berbasikal untuk ke tempat kerja? Hari ni bukanlah seperti 50 atau 60 tahun dahulu dimana jarak pergerakan setiap orang seharian (termasuk ke pejabat, kedai dan sebagainya) hanya dalam linkungan pekan kecil tempat tinggal orang tersebut. Kini, seorang yang tinggal di Kedah mungkin bekerja di Perlis, jadi adalah sangat tidak efisen dan membazirkan masa dan tenaga sekiranya seseorang itu perlu berbasikal dari Kedah dan Perlis setiap hari. Maka saya lihat cadangan untuk menggalakan rakyat berbasikal adalah amat mengarut dan berasal dari akal yang cetek. Mungkin menteri terbabit yang mengeluarkan cadangan ini tidak perlu risau dengan harga baru minyak kerana gajinya (yang dibayar rakyat) terlalu tinggi hinggakan kenaikan harga barang dan minyak tidak menjejaskan kehidupannya?

Saya lihat kerajaan pimpinan Abdullah kini terlalu lemah dan lambat bertindak hinggakan pembangkang dapat merampas 5 negeri dengan senang lenang.

Saya akui saya kini sudah hilang keyakinan terhadap PM dan kerajaan. Walaupun demikian, saya tidak rela melihat negara ini jatuh ketangan pembangkang dan melihat Anwar, pembelot negara yang selama ini memburuk-burukkan negara di mata dunia menjadi perdana menteri Malaysia. Saya juga tidak mahu melihat DAP menjadikan negara in Malaysian Malaysia. Saya tidak mahu lihat campur tangan asing terutamanya Amerika yang juga penyokong kuat Anwar di Malaysia. Saya mahukan kedaulatan negara dan bangsa kita di pulihkan.

PM telah membuktikan kegagalan beliau untuk mentadbir negara, mengukuhkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat. Malahan pula, PM telah menyebabkan BN dan parti-parti komponenya kalah teruk semasa pilihanraya lepas. Tindakan PM yang bersikap tidak tegas dalam isu penjualan minyak kepada kenderaan luar dan ketidakpekaan beliau terhadap penderitaan rakyat disamping sikap memekakkan telinga terhadap rintihan dan rayuan rakyat membuktikan bahawa beliau tidak lagi layak memegang jawatan Perdana Menteri.

Abdullah seharusnya segera meletakkan jawatan sebelum beliau melakukan lebih banyak kerosakan kepada negara dan ekonomi. jangan sampai nasi menjadi bubur. Kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan peribadi.

KepalaAngin said...

kalau Pak Kolah tu menang tanpa bertanding la tahun...sah orang2 umno especially MT takde telur untuk lawan. "u ain't got a ball man" tinggalkan umno sekarang secara terbuka macam Tun buat. Kalau semua keluar tinggalah 2,3 ekor kutu je....maka tamatlah era pemerintahan kejam ini.

alfyaj said...

To all

Just wondering, if Najib will be the sucessor as the next PM, what:

1) will be his Manifesto and
Vision? Can it support and achieve Vision 2020?

2) will his Manifesto and Vision
be balanced and will will benefit all Rakyat esp. low and middle-incomers?

3) what will be his short-term and
long-term plan, and blueprint, to support his Vision ?

4) will he continue with AAB's unpopular policies? How will he
deal with the these policies?

5) what will be his standing and how will he deal with the issues like cryonism and corruption?

6) How will deal with Bumiputra's right?

6) How will he manage UMNO (Malay interest) in ensuring its relevance and survival? What about the future for BN?

7) what will be his style of Administration? Similar to that of AAB's?

8) How will he ensure that Malaysia remains to be relavant, and a voice for other Islamic nation against the aggressors in other parts of the world

Hope all of us take this opportunity ponder over the above issues.

- hamba Allah, from across

xXI-II-IXx said...

Disebabkan dia dan mereka betul-betul lupa, sebahagian kita pun ada yang dah terlupa, mari kita peringatkan...

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Kerjalah baik-baik, jangan selalu berbangga diri - Ibu

Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AZIMI MUSTAPHA

KAILAN HASSAN mengucapkan rasa syukur selepas menyaksikan anaknya, Abdullah mengangkat sumpah dan menandatangani surat cara lantikan Perdana Menteri Malaysia kelima.

KEPALA BATAS 31 Okt. - ``Kerjalah baik-baik, jangan selalu berbangga diri dan lupakan orang bawah,'' itulah pesan Datuk Kailan Hassan kepada anak sulungnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilantik sebagai Perdana Menteri kelima.

Sambil mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana memilih anaknya sebagai pengganti, wanita berusia 80 tahun itu berkata, itulah harapan seorang ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya.

Beliau yang tidak terlintas sama sekali Abdullah, 64, akan menjadi pemimpin nombor satu negara bagaimanapun bersyukur kerana anaknya menerima jawatan itu melalui peralihan kuasa yang tenang dan aman.

``Waktu dia jadi Timbalan Perdana Menteri pun, saya tak terlintas langsung dia nak jadi macam ini. Terima kasihlah kepada Dr. Mahathir ambil dia jadi Perdana Menteri.

Terima kasih kepada siapa? Dr. Mahathir! Lepas ada kuasa wat tak sedaq diri?!

``Syukur juga peralihan berjalan tenang, tidak bergaduh. Itu yang saya rasa bagus,'' katanya terharu.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis angkat sumpah Abdullah sebagai Perdana Menteri menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung oleh TV3 di rumahnya di Jalan Perak dekat sini petang ini.

Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999, diumumkan oleh Dr. Mahathir, 78 sebagai penggantinya.

Ditanya adakah terdapat tanda-tanda awal waktu kecil bahawa Abdullah akan menjadi pemimpin besar pada hari ini, Kailan yang masih kuat ingatannya memberitahu: ``Adalah... pernah waktu naik bas ke sekolah tu, orang cakap dia bersama dua kawannya akan menjadi pemimpin suatu hari nanti''.

Mengenai haluan Abdullah ketika kemelut politik pada tahun 1987 yang menyaksikan UMNO ketika itu berpecah kepada dua kumpulan, beliau berkata, kesetiaan Abdullah kepada UMNO tetap tidak berubah.

Betul ke Tun? Hehe
.

Selain Abdullah, Kailan mempunyai tiga orang lagi anak iaitu, Aminah, 62, Ibrahim, 56, dan Mohammad Tahir, 49, hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Allahyarham Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 1977.

Abdullah yang mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang ini merupakan Perdana Menteri kelima selepas Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Semoga Tun sentiasa dalam limpah rahmat Allah SWT utk terus memandu rakyat ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.

zoe44 said...

Assalamualaikum YABhg Tun,
Saya amat tertarik dengan komen antimamak. Beliau adalah salah seorang yang boleh dikatakan racist kerana menggunakan perkataan anti......... Kalau bole janganlah kita bersifat demikian. Saya juga sempat membaca beberapa komen dari segelintir komentar yang menarik dan saya secara peribadi tidak berapa setuju dengan komen-komen yang menempelak negarawan. Kalau kita balik ke azali dan melihat sifat kita yang baharu, kita akan sedar bahawa setiap manusia di bumi Allah ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan mereka perlu membimbing yang naif dan bagi mereka yang naif perlulah belajar dari yang berkebolehan. Untuk melantik pemimpin kita tidak boleh lihat dari luaran sahaja. Pemimpin mestilah seorang yang bijak, pakar dalam segala bidang seperti sebagai seorang ahli ekonomi, pemikir, perancang dan yang maha penting adalah seorang yang mengambil berat tentang rakyat yang dipimpinnya.
Pak Lah dan Najib adalah dua insan yang tidak mempunyai kredibiliti untuk meneruskan perjuangan memaju dan memodenkan negara dan rakyatnya.
Saya tidak terkejut bahawa dalam masa terdekat ini Malaysia akan dipimpin dan diperintah oleh DSAI dan Pakatan Rakyat. Only time will tell.

fandipaul said...

Saya tak peduli dengan Pak Lah, bagi saya dia tidak lagi berguna kepada negara.Sekarang kita kena fikir siapa PM seterusnya sebab takde seorangpun yang setanding dengan Tun.

Unknown said...

Yg Berbahgia Tun,
Analisis yg bernas! Saya pun yakin yg BN akan kalah teruk pada PRU13 jika DSAAB masih menerajui BN pada masa itu.

PLEASE DO SOMETHING TUN!

Kita mesti desak DSAAB untuk MELETAK JAWATAN. Beliau tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

Terima kasih Tun. Semoga Tun dan keluarga sentiasa diberkati & dirahmati Allah.

Mariapun said...

Salam buat Tun dan pembaca semua.

Siapa lagi yang boleh mempertikaikan pandangan dan ramalan Tun? Sememangnya pengalaman dan kepandaian Tun dapat mengagak atau menjangka apa yang akan terjadi dimasa depan.

lah wi buat pengumuman nak buat peralihan kuasa pada najib hanya satu omongan kosong dan nak raih simpati rakyat. sebagai rakyat Malaysia, aku tak mahu tengok jawatan PM disandang oleh anak kepada bekas PM. Memang ayahanda najib penah jadi PM. Ini bukan jawatan untuk diwarisi.

Kalo gitu, maksudnya masa najib jadi PM, TPMnya hishamudin? pas tu masa hishamudin jadi PM, TPMnya Dato' Mukhriz? Masa Dato' Mukhriz jadi PM, TPMnya KJ? rentikanlah anganan KJ untuk jadi PM, hancus!

mungkin ada kebenaran dengan pandangan Tun dimana lah wi ni akan pegang jawatan PM sampai BN jatuh tersungkur. Mungkin lah wi teringin nak jadi ketua pembangkang, itu sebab dia nak pertahan kerusi presiden walaupun dah tahu popularitinya jatuh. Segalanya berkemungkinan.

Bagi yang menyokong TDM, teruskan perjuangan dan sama-sama kita sebarkan maklumat pada orang ramai terutama pada mana-mana pihak yang tidak dapat mencapai ke laman web blog TDM. Ada sesetengah jabatan kerajaan yang blok access ke laman web blog TDM ni.

Kepada puak-puak langau seperti antimamak dan mamaktongkang, pegilah kalian makan roti canai dengan dhall atas daun pisang, pas tu pakai sarong sambil makan sireh. Cereminlah dulu diri kalian sebelum nak komen lebih-lebih pasal TDM. Apakah sumbangan korang pada Malaysia?

Jangan nak perasanlah sebab korang laman web nie dah cecah 2 juta pengunjung. Tanpa kalian pun blog TDM akan cecah angka berjuta-juta. Pegi la dok makan sireh dari mengganggu ruang orang yang beri komen.

Kami yang sokong Tun bukan sokong buta tuli dan bukan bodek. Kalu kami bodek pun, bukan Tun kenal kami. Apala bongeknya kamu semua yang kritik Tun?

Semoga Tun sentiasa sihat sejahtera dan kami akan tetap sokong Tun keakhir hayat.

Hidup Tun!

Undur lah wi!

Undur Najib!

Biarkan orang lain yang jadi PM. Kalo boley biarlah To' Pa. Tapi sayang To' Pa orang Kelantan, mana mungkin orang Kelantan boleh jadi Presiden UMNO kerana majoriti orang Kelantan orang PAS. Tapi moga-moga To' Pa lah yang akan mengetuai jentera kerajaan suatu hari nanti.

bilkis said...

Assalamualaikum..
selama ni saya hanya jadi pemerhati, mendengar, membaca, melihat dan cuba menilai ape yang telah, sedang dan akan berlaku dalam politik negara. Menitis air mata saya dengan keadaan sekarang, ape yang akan berlaku kelak? sedihnya tun.. tun adalah yang terbaik. kepada pemimpin sekarang, jangan pentingkan diri sendiri.. fikirkan kami, rakyat Malaysia, bangsa Melayu..jangan jadi macam ayam, bertelur sebiji tapi riuh sekampung.. fikir2kanlah

kuizikel said...

Tun,

Saya pernah menonton video di utube yg menyiarkan ucapan Tun mengenai Anwar tidak bersalah. Saya tidak pasti sama ada video itu adalah video penuh atau ada di 'edit' sebahagiannya. Tun boleh komen pasal video tu?

Memang ramai menantikan Pak Lah turun 'takhta', tapi jauh di sudut hati saya sangat bimbang andai penggantinya adalah Anwar... :(

tunku said...

itulah masalahnya, najib takut utkmelawan dan muhyiddin dgn rais belum berani membuka langkah.akhirnya anwar yg akan mendapat tempat semula dlm umno.
pun begitu 25 cawangan di Pagoh sudah membuat resolusi mencadangkan Kuli sbg presiden dan Muhyiddin sbg timbalan.sekiranya najib dan lain tidak berani, maka kita kena pastikan regu kuli dgn muhyiddin mendapat pencalonan secukupnya.

thesweetlittlecat said...

Tun,
wow, what a brave criticism! i always salute u for being brave to voice out!

Tun,
i know u r not a Pak Nujum as u said, but i believe most of malaysian are having the same view as u r!

Tun,
Maybe its too impossible for u to be our PM again but we want to know someone who is qualify to be our next PM.. eventhough im not a PR supporter BUT i dunno lah.. it seems like they are going to take over D&Co sooner or later..

I hope u can give us a brief view on what is going to happen to Malaysia or MAY B we should give the opponent a chance to rule..

Tengku Natasya Mardiah said...

memotong gaji semua jemaah menteri sebanyak 10% pada saya masih belum cukup untuk menstabilkan kadar inflasi. perkara utama yang harus di titikberatkan ialah macam mana cara mengubah cara pemikiran rakyat malaysia untuk mendalami dan menangani inflasi. sebagai pelajar, apa yang saya nak cadangkan disini ialah dengan menyekat kemasukan pendatang asing dan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat sendiri yang lebih profesional dapat menstabilkan ekonomi dengan cara penyumbangan idea orang muda. kalau kat sekolah pun, yang ambil subjek perdagangan adalah dari kelas yang hujung, sama juga seolah-olah kita sedang berdepan dgn satu cabaran besar pd masa akan datang. bukanlah hendak menghina tapi jika di teliti dan di pandang luas oleh semua pihak, pelajar-pelajar dari kelas yg hujung ini juga mempunyai potensi dalm bidang yang kita sendiri tdk thu.. maknanya disini, semua ini tidak akan berpanjangan sekiranya kerajaan sedia ada ini meluaskan pandangan dengan cara mendekati idea-idea rakyat mahupun rakyat yang memberikan idea itu adlah seorang pelajar sekolah menengah.

dan kajang said...

As'kun YABhg. Tun,
Saya bersetuju pendapat Tun.Jika Pak Lah menang tanpa bertanding pada pemilihan bulan Disember ni, saya percaya ramai ahli Umno akan kelua parti. Ini ramalan saya.

PJ said...

In dismissing Anwar Ibrahim, Tun M did not strictly adhere to the constitutional requirements and principles. Hence the Federal Court comprising 3 eminent judges have decided that Anwar has an "arguable case" (from the standpoint of law). This is one of the many goofs that Tun M had committed during his tenure of office. The past is catching up with you , Tun! may the Lord give you the composure that you badly need at this point in time.
Abi

tltan2 said...

Tun,

You can see very far (future).
You always have precise aim, plan for country development many years ahead, wawasan 2020.
Tun, you are still our best PM.

Terima Kasih.

Azizi Burn said...

Tun yang dikasihi
saya merasakan diwaktu kita meghadapi kekalutan politik ini,ada baiknya semua orang melayu kembali bersatu.saya masih teringatkan suasana pada zamn tun dulu.ada cukup wang,makanan,ada kerja dan barang-barang tak mahal.
dulu tak ada orang yang berani mengata orang melayu.sekarang ini saya jadi malu dilahirkan sebagai melayu.
tun kena buat come back..!!!

ITAYRUS AMRI said...

U should know that rakyat don't like Najib. U should have known this.UMNO dah ketandusan leader. Why now you introduce Mukhriz to us? It's too late. Credibilty & trust cannot be developed overnight.Lee Kuan Yew has developed his son. He's smarter in this case. Karpal, Kit Siang also did the same.

shahrul rizal said...

salam Tun..sebenarnya apa yang terjadi sekarang adalah petanda bahawa kita perlukan perubahan.tetapi siapa yang layak menjadi PM. Najib Lembik, Anuar agak meragukan! Siapakah agaknya yang sesuai........

sulaiman said...

Tun,
kalau saya jadi najib saya akan minta post itu serta-merta demi untuk menyelamatkan umno dan perkara pertama yang akan saya buat ialah menurunkan harga minyak kepada kadar yang difikirkan mampu untuk rakyat.

Zaman Ken said...

Dear Tun
Boleh ke DSAAB pegang pada janji? Selama ni dah berapa janji yg ditaburkan dan kemudiannya mungkir janji. Boleh percayakah kepada janji-janji Paklah ni? Kalau hari ni dia kata A, esok dia kata B pulak.

Pengumuman pilihanraya, kenaikan harga minyak dah cukup terang lagi bersuluh dengan permainan yg dimainkan oleh Paklah untuk rakyat jelata yg membatalkan apa yg dia kata sebelumnya.

Saya tak rasa peralihan kuasa antar Paklah dan Najib berlangsung dlm setahun dua ni. Paling sesuai lawan jawatan Presiden UMNO adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin... Johor maju dibawah pimpinan TS Muhyiddin, apa yg dia pegang mesti maju, dan sekarang ni nampak dia lah yg paling sesuai untuk lawan Paklah.

Vote TS Muhyiddin untuk Presiden UMNO dan PM...

sabah bah said...

ya saya sokong pandangan Tun,pak lah kalau rasa tak reti perintah negara bagi la orang yang lebih tau,jgn rosakkan negara,turun la cepat2, jgn malu2 betul tak Tun?

AJAI62 said...

Salam Tun,

Mmg sudah dijangkakan begitu Tun..PM takder niatpun sebenarnya nak buat peralihan kuasa ni... PM tak perpegang pada kebanyakan kata2 dia... MUNAFIK... bolehkah kita percaya pada pemimpin yang begini? kalau benarlah najib seperti yang Tun katakan... mahu menerima malaysia dalam talam perak, baik tak usah serah pada diapun... tak layak orang macam ni memerintah malaysia... habis kalau malaysia susah nanti.. dia lari tinggalkan malaysia... sebab tak tau macamana nak membetulkan keadaan... Tun .... sakit hati saya melihatkan gelagat2 menteri2 melayu umno kebelakangan ini.... semuanya menjaga periuk nasi sendiri... sedangkan mereka dibayar gaji oleh rakyat untuk mentadbir malaysia... malaysia bukan mak bapak dia .... suka suka hati kebas duit... pecat orang sana sini... sampaikan perundangan, perlembagaan ditolak ketepi.... inikah DEMOKRASI.... i dont think so... tak taulah kalau pada PM kita inilah demokrasi.... muka dia dah tebal kamus dewan Tun... makin lama makin jelas sifat sebenar manusia bernama ABDULLAH AHMAD ini.... yang malangnya rakyat malaysia yang mendpat bala dibawah pemerintahan dia...moga Allah swt jauhkan malaysia dan penduduknya dari segala ancaman dan bala....amin, amin ya rabbal alamin...

smallgiant said...

Tun,

Kenapa lah Tun letak jawatan.Nasib kami rakyat dah tak terbela macam zaman pemerintahan Tun.

Sekarang punya pemerintah hanya akan membela yang hanya ada kena mengena dengan Pak Lah je....

Teruskan menulis Tun,jangan biarkan kami tanpa pedoman.......

Anonymous said...

Saya tidak nampak seorang pun tokoh UMNO yang layak untuk jadi PM.

Pak Lah memang terlalu lemah.

Najib?

Saya amat risau jika beliau menjadi PM kerana latar belakang beliau adalah orang senang. Anak PM.

Bagaimana seorang yang dari kecil hingga besar hidupnya sentiasa senang akan dapat LEBIH MENJIWAI hati rakyat yang rata-rata adalah orang sederhana dan susah.

Bagi saya pemimpin yang terbaik adalah dia pernah susah dan menjadi senang kerana dia pernah menjiwai rasa susah dan memahaminya. Dia berusaha untuk menjadi senang dan keluar dari kesusahan. Hati dan jiwa pemimpin sebegini lebih kental dan memahami hati orang lain TERUTAMA HATI RAKYAT.

Prof IPTA

Salina.biz said...

Salam Tun,

Maaf terkeluar topik sikit.Apa komen Tun tentang saranan Mufti Perlis dalam mSTAR Online supaya Tun,Tuan Guru Nik Aziz,DSAI & Pak Lah dok semeja berbincang pasal politik & perpaduan org Melayu & Islam??Harap Tun dapat memberi sedikit komen.

Nevertheless you're gifted forever being a soothsayer in politics!!

Please concern your health too...

roserose*MrsYusof* said...

Salam Tun,

Terima kasih kerana memberi penerangan tentang peralihan kuasa oleh Pak Lah kepada Najib.

Pada Najib, kalau tak dapat jadi PM jangan merajuk macam dulu2 ya!

Pak Lah yang selalu berlakun...jadi Lembik..dan selalu suka mengantuk..Kalau berucap, dia mengantuk..audience pun dapat aura mengantuk. Berlakun untuk tenangkan rakyat agaknya..tapi rakyat tetap tak tenang dengan gelagat Pak Lah dan semua2 yang ada kat atas tu...

Tun, apalah akan jadi dengan Malaysia sekarang ni..

majdi_hamid said...

Ayahanda Tun,

Begitulah Senario politik kiranya para pengecut yang berada di kerusi pemimpin.

Nama pun Dunia, jangan harap nak dapat yang elok saja. Pak Lah bernasib baik kerana mendapat jawatan PM dari tangan Tun. Tetapi sebab angkuh dan tidak mendengar dengan betul maka hancur juga jadinya.

Najib pula nak dapat yang elok sahaja. Kekuatan pemimpin ialah membawa keluar anak pimpinannya dari kesukaran dan kekalutan. Bukannya bersenang lenang dan takut untuk menghadapi cabaran.

Jika sudah berada di kerusi No.2 dalam negara kenapa perlu ada rasa takut untuk ke hadapan dan bertindak untuk kebaikan UMNO? Sudah tahu tapi tidak mahu bertindak, apakah tiada penyesalan pada dirinya jika semua ini dah menjadi bubur.

Mungkin duit dalam poket dah banyak. Jika berlaku sesuatu dalam negara, boleh lari keluar bawa keluarga. Kita golongan marhain ini yang akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Semoga Allah menolong kami yang lemah dan tiada bantuan ini.

Wassalam.

jamesya2008 said...

I prefer Pak Lah over Najib!

Aldila said...

Dear Tun

You have done so much for Malaysia what more can I say.

Yg Benar
Rakyat S'pura tapi kagum akan pemerintahan Tun dulu.

Putera Demokrasi said...

Salam,

Begitulah Tun, bila dah kompromi, dapatlah sepihak lagi ambil kesempatan atas yang mengalah. Sedang parti, kerajaan dan bangsanya tak luak apa-apa pun. Yang menjadi bahananya ialah rakyat marhaen ni.

Jika tumpasnya UMNO dan kerajaan BN pada PRU13 kelak, salahnya terletak pada mereka berdua ni. (Sorang Pak Turut, sorang lagi Pak Kadok naik junjung). Mereka tak pernah fikir dan belajar untuk atasi masalah rakyat bawahan serta kehendak akar umbi. Apa yang mereka tahu, kompromi mereka yang menguntungkan diri mereka sendiri dan bukannya Parti UMNO dan Kerajaan BN.

Tun,

Jika dibiarkan ini terus sehingga pemilihan UMNO Disember kelak, luka akan terus menjadi parah dan berkudis di hati dan pandangan rakyat. Akibatnya, akan berkahirlah kepimpinan BN dan UMNO seperti Parti Perjuangan Kemerdekaan Korea dan India di Malaysia. Kelakonan yang sama akan ditunjukkan oleh rakyat atas kebodohan lembu-lembu yang nak mengaku sapi.

p/s: Sapi dan lembu sama je lebih kurang. Hasil tak ada menyusahkan orang.

mfa
www.faizalfaxel.blogspot.com

Unknown said...

Siapa yang paling layak sebagai PM sekiranya Pak Lah tidak lagi menjadi PM? Pandangan saya..? Tak der seorang pun Menteri Kabinet yang layak. Yang benar2 layak hanya Tun! Indeed, Tun you are the best among all. Kami berdoa Tun suami isteri akan sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Thanks for those wonderful years.

pekanrabu said...

Assalamualaikum tun,

Nampaknya tiada perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan sekarang untuk memulihkan keadaan dalam umno.Saya mencadanagkan beberapa perkara perlu dibuat untuk kembali memulihkan umno semula.Antaranya ialah:-


Pertama ialah setelah najib dilantik sebagai perdana menteri dia harus membuat kenyataan dia tidak terbabit dalam kes 'Antantunya'.Ini kerana ada pihak yang mengatakan bahawa dia ada bersangkut paut terhadap kes tersebut.Jika dia terbabit dalam kes tersebut.Maka tidak seharusnya dia menerima jawatan perdana menteri kerana rakyat pada masa ini sudah bijak dan berkehendakkan pemimpin yang baik untuk membangunkan negara & rakyat.

Keduanya ialah melakukan rombakan dalam kabinet dan melantik calon-calon yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi & sanggup menegur jika kepimpinan melaukan kesilapan.Contohnya seperti anak tun sendiri,mukriz.Jangan lantik calon yang boleh mambantutkan usaha untuk pemulihan dalam bn.Sunggunhpun ia adalah 'kawan baik' kita sendiri.

Ketiganya ialah usaha dari peringkat akar umbi perlu dilakukan mulai dari sekarang kerana kepercayaan terhadap bn semakin hari semakin pudar.Perjumpaan perlu dilakukan dengan semua badan berkanun & bukan berkanun termasuklah rakyat yang duduk di kampung.Usaha-2 mendengar masalah mereka? apa yang mereka kehendaki?perlu dilakukan untuk memulihkan kembali umno & bn.

Keempatnya ialah peranan tun sendiri diperlukan kerana tun mempunyai sokongan yang kuat terhadap tun.Segala apa yang dilakukan oleh tun,ramai pihak yang akan ikut bersama-sama tun.Jika najib benar-benar bersungguh-sungguh untuk memulihkan bn kembali maka sepatutnya dia harus melantik tun sendiri sebagai penasihat bagi perdana menteri.Dengan ini penyokong tun akan bersama-sama dengan tun kembali untuk menyokong kembali umno & bn.

Semoga tun dipanjangkan umur.Teruskan perjuangan,perjuangan yang belum selesai.Kami semua perlukan tun.Jika tun tidak ada nanti apa yang akan berlaku kepada kepada umno? Adakah umno akan berkubur? fikir-fikirkanlah...

Nazirul Hazim A Khalim said...

Saya ingin mengulas komen 'baby shower soap' tentang dialog filem Pendekar Bujang Lapok.
Beliau mengatakan Sudin dlm filem tersebut menyatakan secara UMNO sebagai sarkas.
Saya telah memerhatikan penggunaan karya agung ini sebagai bahan untuk mengutuk UMNO di YouTube dan blog2 sejak beberapa bulan lalu.
Sebagai orang Melayu, saya adalah peminat fanatik Tan Sri Dr P Ramlee sejak berumur 4 tahun lagi di mana antara filem P.Ramlee pertama yg saya tonton ialah Cinta,yg juga merupakan filem pertama lakonan seniman agung itu.

Hampir semua dialog utk 33 filem arahannya saya hafal setelah ditonton hampir beratus kali setiap satunya.
Jadi, amat melukakan hati saya apabila bangsa saya sendiri mempergunakan karya agung P. Ramlee untuk mengutuk satu-satunya parti teras bangsa Melayu.
Ya, UMNO sedang pincang sekarang dan juga pada masa lalu dan mungkin lagi pada masa hadapan. Saya juga marah pada UMNO skrg. Namun, tidak sampai saya sanggup menghinanya sekeras itu. Dalam hati tetap ada sayangnya kepada UMNO.

Maka, saya mengambil inisiatif untuk mengesahkan kesahihan dakwaan sesetengah pihak bahawa Sudin berdialog sinis mengutuk UMNO dan P.Ramlee membuat filem Pendekar Bujang Lapok utk menyelitkan hinaan terhadap UMNO.
Saya telah menghubungi Dato' Aziz Sattar. Beliau memegang watak Aziz dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Beliau berdiri betul2 di sebelah Sudin apabila Sudin menyebut dialog tersebut. Beliau juga merupakan rakan sebilik P.Ramlee di Studio Jalan Ampas, Singapura dan amat rapat dengan seniman agung itu.
P. Ramlee sendiri kenal mesra dengan Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO ketika itu. Tunku Abdul Rahman sendiri pernah terlibat dgn perfileman dgn menulis dan co-direct dua filem Melayu iaitu Mahsuri dan Raja Bersiong (versi Ahmad Mahmud).

Berikut ialah transkrip asal sms antara saya,Nazirul dengan beliau, Dato' Aziz Sattar:

Nazirul: Salam, Dato' Aziz. Sy Nazirul dr England. Sy ingin bertanya ttg filem Pendekar Bujang Lapok scene eja 'Sekolah Umum Buta Huruf' oleh Sudin.

Dato' Aziz: Wslm..Sudin kata circus yg pjg itu bunga saja.

Nazirul: Trm kasih krn Dato jwab.Ada pihak mengatakan Sudin mengeja Alif-Mim-Nun-Wau=UMNO utk menghina UMNO sbg sarkis. Betulkah ini Dato'?

Dato' Aziz: Sy kurang pasti nnt sy tgk cd dan sy akan reply.

Nazirul: Skrg sdg hangat scene ini diguna di internet utk mengutuk UMNO. Sbb itu sy ingin mendapatkan pengesahan Dato dan kalau boleh Pak Sudin sendiri.

Dato' Aziz: Salam..Sy dah tgk filem pndekar. Dialog Sudin alif mim tendang wau tk ade pun sebut psl umno.

Nazirul: Mksudnya mmg tiada niat Pak Sudin memperli UMNO secara sinis dan halus?kebetulan sahaja?Mmg beliau eja alif-mim-wau shj bukan alif-mim-nun-wau?

Dato' Aziz: Mmang selama ini pun ada org tnya pasal ejaan ini tp sy katakan tak perasan, td betul2 sy tonton dgn asyik tp tak pun sebut ejaan UMNO. Sebenarnya filem pendekar adalah cerita komedi, jd kenapa nak dipertikaikan?

Nazirul: Mmg tiada pasal UMNO dgn jelas.Org tafsir bahawa Pak Sudin cuba memperli UMNO sbg sarkis secara halus. Dikatakan selama ini orang tak perasan.Ejaan jawi alif-mim-nun-wau yg disebut Sudin itu mengeja UMNO dan memperli UMNO sbg sarkis.

Dato' Aziz : Dengan nama Allah saya sebgai wakil dr teman2 pelakon dalam filem tersebut tidak terlintas nak mengejek atau mempersendakan UMNO.

Nazirul: Sy hargai budi baik Dato' sudi berbicara dengan saya.Jutaan terima kasih.

__________

Demikan kenyataan drpd Dato' Aziz Sattar sendiri.
Saya tidak mendapat apa2 faedah drpd inisiatif ini.
Tidak dr sudut politik mahupun kewangan.
Jika saya mereka-reka kenyataan ini utk menipu, maka Allah jadi saksi saya.
Saya melakukannya semata2 kerana rasa cinta kepada karya seniman agung dunia Melayu.
P. Ramlee amat cinta akan bangsanya.
Maka saya juga berkongsi cinta tersebut.

Terpulanglah kepada anda untuk menilai.

"Ya,memang bangsa kita masih muda dan masih lemah. Aku tak peduli itu semua. Harapanku hanyalah, kita sesama bangsa, bersatu padulah hendaknya."
-P.Ramlee, Filem Sarjan Hassan (1958).

Lanrj said...

Tun,
Salam Sejahtera.

Merujuk kepada penulisan Tun diatas perenggan 11. amat menarik perhatian saya, "Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung".....
Seperti mana yang Tun maksudkan walaupun satu ramalan ianya memang saya juga jangkakan. Saya juga adalah ahli UMNO. Ibubapa saya selalu pesan betapa mereka hidup sukar sebelum merdeka, makan ubikayu, kerana parti UMNO ibubapa saya dapat memberi pelajaran dan kehidupan yang lebih selesa kepada saya.Tentunya saya juga sayangkan UMNO seperti mana Tun sayang....
Sekiranya PM sekarang terus melobi untuk jawatan Presiden UMNO dan Najib tidak mahu untuk bertanding jawatan no.1 ianya akan membawa malapetaka buruk pada pilihanraya yg.13 terutama UMNO.
Bagi saya sekiranya PAS menukar arah keluar dari Pakatan Rakyat maka PAS mempunyai kekuatan untuk menguasai kawasan UMNO kerana kemungkinan orang melayu akan mengundi PAS.
Dalam senario yang tidak memihak ini adalah adil sekiranya Tengku Razaleigh bertanding Presiden UMNO dan Muhiddin Yasin bertanding Timbalan UMNO (sekiranya Najib terus menyokong Ahmad Badawi)dan saya harap Mukriz akan bertanding Ketua Pemuda. Saya pasti PM akan menyokong KJ untuk kerusi Ketua Pemuda bagi menguatkan cengkaman kuasa.Tengku Li dan Muhiddin tidak rugi, kerana mereka dipenghujung jalan politik cuma yang rugi Najib. Dalam politik siapa yang lemah harus dicantas seperti mana pokok yang dahannya rapuh dan tidak berhasil dicantas untuk memberi dahan2 yang lain hidup.Najib tidak harus membiarkan penyokong-penyokong sedih dalam senario sekarang.

Anak Melaka.

Unknown said...

Tun,
Jika pak lah tidak dapat diturunkan dgn cara demokrasi, apakah lagi pilihan ahli umno /rakyat utk mengubah keadaan?

man_helang said...

dia dah kene putaq ngan AAB la tun...pastu dia pun cakap 'wa dah kene la beb!!'

sy tak rasa AAB akan menyerahkan tampuk kekuasaan dlm masa yg terdekat...mungkin dia nak memerintah selama 22 tahun gak, tak pun nak cube cipta rekod bru...23 @ 24 tahun...

Mr Zam, Emzeti IT said...

Apakah agaknya pemikiran pemerhati politik (pakar) dalam hal semacam ini?..
Pandangan Tun telah pun diketahui, dan apa pulak pandangan pihak atas pagar yg mungkin ada rasa sedemikian juga...

peace!

Zamhari
lamantikarsarawak.blogspot.com

Mr Zam, Emzeti IT said...

Ops lupa pulak nak ucap tahniah atas kunjungan ramai yg melebihi 2 JUTA kali..!!!Syabas Tun, itu menandakan sokongan, malah popular juga. Boleh jadi pengunjung tetap setiap hari ada lebih 10,000 ribu..dan yg lain mgkin kadang2 masuk..

Unknown said...

yahooooo......
malaysia akan makmur dibawah pemerintahan TUn...tetapi bukan dibawah pak lah yg dikategorikan sebagai PERDANA MENTERI NAIK MINYAK....

Budak Kuning said...

salam ayahanda,

Saya rasa jikalau pemerintahan negara kita diambilalih oleh Anwar Ibrahim, saya rasa saya tidak akan setuju dengan pemerintahan beliau. Saya terlalu takut untuk menerima pemerintahan di bawah PKR. PKR adalah dibawah pengaruh kumpulan Illuminati? Adakah semua ini dongengan atau sememangnya ia wujud? Bendera PKR sendiri pun berdasarkan kepada bentuk mata, bukannya bulan sabit. Cuba Tun terangkan adakah PKR ini di bawah pergerakan Yahudi yang menggunakan Anwar Ibrahim dan pengikutnya sebagai pengaruh untuk mereka berkuasa. Saya terlalu bimbang sekarang. Adakah Pak Lah tidak tahu? Saya bimbang kumpulan ini akan bertapak di Malaysia. Illuminati.. New World Order.. .. 911 Tragedy.. Mereka sudah mencorakkannya..

hamba Allah said...

Bagi saya, antara Najib dan AAB, lebih baik Abdullah. Najib dah lama habiskan duit rakyat. Pak Lah baru nak cuba2.
1) Biar Pak Lah kat situ. Sampai GE13, tak akan ada lagi UMNO. Umno akan jadi pembangkang.
2) Najib is a liability. He is not an asset. Kalau dia jadi PM, Rosmah akan bertambah2 lagi la tamak halobanya.
Jadi, biarlah Pak Lah disitu utk memudahkan orang lain memerintah. Buang masa saja ada pemerintah yg suka habiskan duit rakyat dan pentingkan diri sendiri.
Umno akan tetap sama walau sapa pun yg perintah / jadi president. Itu adalah typical orang Melayu yg mudah lupa dan complacent dgn apa yg ada. They take things for granted. So, kalau Umno jadi pembangkang, then baru lah orang bawahan akan terasa sebab tidak ada lagi project yg datang bergolek depan kaki. Baru mereka sedar. Let teach them the lesson a hard way.

mortgage refinancing said...

JALAN TERBAIK ADALAH CUMA SATU.

semua pemimpin Melayu Islam duduk semeja tidak kiralah berapa hari dan TIDAK KIRA FAHAMAN POLITIK berbincanglah untuk keharmonian Malaysia.

Jika setiap Pemimpin utama tidak kira sesama parti atau lain parti asyik bergaduh ia seumpama pepatah melayu...

Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk di tengah mati terhimpit.

Kami rakyat yang akhirnya merana akibat sikap pemimpin yang tidak ikhlas memperjuangkan AGAMA (mesti no.1), bangsa dan negara.

Sikap ego yang melampau hanya akan membinasakan kita semua.

Kembali kepada ajaran Islam, semuanya pasti selamat. INILAH JANJI ALLAH yang ramai di antara kita tidak pedulikannya.

khalifah said...

"The subsidies distort demand for petrol and push up the cost of fuel and that without them demand would lessen and lead to lower prices."

Lorry driver always get receipt of payment from Petrol kiosk to be claim without fill-up their tanks.

Lets say 200Litres
RM520/day/lorry
and subsidy for petrol operator without supply anything.

Who is the next PM? Hope they can share 'Khazanah Malaysia' with us.

My father got a piece of land, i got no money to planting with 'kelapa sawit. But, my brother do.

Do i entitle to get any income from that land without any investment?

AbgSelamba said...

A'kum Tun,

Saya setuju sesangat pandangan TUN ini, cara dan mainan Pak Lah untuk kekal berkuasa. Memang licik Permainan ini dan satu lagi apa pandangan Tun berkaitan kemelut kenaikan minyak ini. Pada amatan saya ketika ini PETRONAS cuba dipersalahkan diatas kenaikan minyak, seolah olah Petronas yang menentukan harga minyak, satu dakyah cuba menjatuhkan Pengerusi Petronas sekarang ini dalam usaha para perompak ini memasukan kroni kroni beliau seperti mana berlaku pada PROTON, KHAZANAH, ECM dan MAYBANK ( Amirsham digantikan dgn kroni beliau sebagai menutup pekong dari pengetahuan umum dilantiknya sebagai menteri sebagaimana berlaku dlm Soal Jawab dalam Parlimen soalan tambahan ada skrip yang telah diatur oleh Menantu Paklah). Cara Perompak ini sama sepertimana PROTON kesudahanya nanti PETRONAS TIDAK MAMPU BERSAING KENA CARI RAKAN STRATIGIK.Habis semua syarikat GLC yang diterajui MELAYU dijual saham ke singapura. SEPATUTNYA DALAM KRISIS KENAIKAN MINYAK INI SEPATUTNYA BUKAN PETRONAS DIPERSOALKAN, KERAJAAN SEPATUTNYA DIPERSOALKAN KEMANA DUIT KEUNTUNGAN PETRONAS DISALURKAN.Bila Ketua Perompak ini bersuara Dan disambut oleh Pembangkang mesti ada yang tak kena diatas keseronokan rakyat terima gula gula di PEJABAT POS, Dlm tak sedar rupanya PEJABAT pos dah jadi milik menantu Pak lah dibawah ECM.

Unknown said...

Tun,

Jadi kita akan sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan Dato Sri Rais Yatim sebagai Timbalan Presiden.

Setuju!!!!

Kalau harapkan Najib, malas saya nak sokong ...tak ada kualiti langsung ...penakut dan tak ada perasaan menjaga hati dan keinginan rakyat...

Muhyiddin dan Rais....apamacam...

Semua setuju...!!!

Putera Demokrasi said...

Apalah nak jadi dengan bangsa Melayu/Islam kita kini. Semuanya gara-gara DSAAB tak nak letak jawatan. Ramai juga yang kecewa dan marah.

DSAAB tak pernah terfikirkan apa akan terjadi jika kelakonan ini diteruskan? Kemarahan rakyat boleh memudaratkan. Melayu/Islam kini tak sebodoh Melayu/Islam dulu yang boleh digula-gulakan dengan itu dan ini.

Mohonlah, bukan bersifat biadap tetapi tanyalah akar umbi akan keberkesanan DSAAB memerintah negara? Berapa ramai yang sokong dan berapa ramai yang tak sokong. Kerajaan bukan memerintah untuk "syok-syok sendiri"

sya said...

itu lah kebenarannya...
we need to do something...
AAb kna turun atau d turun kan disember ni..
lg cpt lg bgs... :)

pun malu jd org kg "DIA"

nawaitu said...

TDM

Sepekara lagi yang saya nak comment pasal Datuk Seri Abdullah ni pasal Islam Hadari. Saya khuatir 10 atau 20 tahun lagi anak cucu kita salah faham pasal Agama Islam. Ia janganlah ditokok tambah dengan Hadari. Takut nanti jadi bidaah seperti Islam Ahmadiyah dan lain-lain lagi. Bimbang nanti menambah kekeliruan dan menjadikan umat Islam lebih berpecah belah.

Fikir-fikirkanlah.

Wassalam

Conspiracy Theorist said...

Tun Dr.M,

Tun, heheh..wat can I say...(",) wen the goings get tough d tough get going..as for DS Najib, he ain't tough enuff and I sum how tink thr is a hidden agenda wth his attitude..cud it be his hand r tied due to blackmail by KJ & PLah..as for Bro AnWar, he will not sit in the PM's chair but will instead use a proxy PM to run d countries according to his whim and whimpers..He will need to move around d world as he has his othr agenda being the agent for the Illuminatus.. thr r talks dat its all a conspiracy to kill of d present coalition Govt and PLah is in collaboration wth AnWar as he's now a puppet to US of A due to Kamaluddin's involvement on d centrifuge with Libya...dey will definately need to disposed of BSA Tahir frm ISA..wats gonna hapen next is for us to speculate.. d only way out for now is to force PLah d moron to step down ASAP..as Abe Lincorn says"-

This country, with its institutions, belongs to the people who inhabit it. Whenever they shall grow weary of the existing government, they can exercise their constitutional right of amending it, or exercise their revolutionary right to overthrow it.
~ Abraham Lincoln

SAY NO TO NWO!!

p.s Tun, I have a way to overthrow PLah out of office jst by using the NET...its workable as it involve d rakyat..keyword is CIVIL DISOBEDIENCE...

GOD bless u Tun Dr.M..ur a man of wisdom & vision...

zoe44 said...

Assalamualaikum,
YABhg Tun and all readers,
Siapa yang layak menjadi PM sekarang adalah satu soalan yang amat penting dan besar maknanya. Pada pendapat peribadi saya, cara yang paling terbaik adalah dengan mengadakan rally keseluruhan negara. Setiap negeri akan mengadakan perhimpunan besar (di stadium contohnya)dan mereka yang dicalonkan akan membuat debat terbuka dan pengiraan undi alan dibuat secara online bagi setiap debat terbuka. Debat ini hendaklah dibuat selepas pemilihan agung umno (PAU)yang mana PAU akan mengesahkan paling kurang 2 pencalonan akhir untuk jawatan PM. Calon-calon ini hendaklah terdiri dari mereka yang telah mendapat undian terbanyak diperingkat akar-umbi (bukannya para delegasi yang selalunya dianjurkan).

tuntuah said...

TUN DR M yang dikasihi,

Terbaru : Pak Lah kata bukan satu, dua, atau tiga bulan tapi lebih dari itu:

Pak Lah ini jika tidak bagi satu tarikh yang khusus langsung tak boleh dipercayai...Munafiq Hadori.

DS Najib mesti Lawan secara 'LELAKI' jika mahu lihat peralihan kuasa memihak kepadanya.

Jika diikutkan seperti TUN DR M kata...adalah lebih baik baginya untuk Berjuang menegakkan Keadilan dari tersunggur menanti kuasa yang tak kunjung tiba.

Jika dia kalah undi sekalipun...Maruahnya tetap ada.

Ada tak lagi Insan sejati di bumi Malaysia ini?

Anonymous said...

Smua berlaku disebabkan keruntuhan demokrasi seperti mana keruntuhan teori darwin dan materialisme

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 576   Newer› Newest»