Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.
Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’
Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.
Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.
Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.
Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.
Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.
Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’
Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.
Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.
Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.
Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.
Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.
Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.
Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.
831 comments:
«Oldest ‹Older 801 – 831 of 831Tun,
Macam mane pulak dengan Johari Baharom bekas setiausaha politik Tun tu. Saya tak larat la nak dengar dianye komen, tengok muka pun lalu. Cakap sombong, ape Tun nye komen pulak tentang dia tu?
tq
salam kasih sayang ayahanda tun dr mahathir..
walaupun masih bertatih dalam politik, saya sebagai anak bangsa yang lahir di bawah kepimpinan tun, 'amat sakit hati' dengan kenyataan musa hitam yang mengibaratkan tun sebagai 'duri dalam daging'..
siapa dia untuk mempersoalkan tindak tanduk tun, insan yang selama ini membantunya bertatih..
setelah pandai berjalan, 'ayah' ditendangnya!!
benar kata tun, "melayu mudah lupa".. inilah balasan yang telah 'dianugerahkan' kepada tun di atas segala jerih perih tun membangunkan malaysia..
satu persatu 'dibalas'..
pak lah lupa janji untuk meneruskan perjuangan, natijahnya pulau batu putih 'dihadiahkan' kepada singapura..
sudahnya, persempadanan maritim malaysia makin mengecil..
Tahniah Pak Lah!!
HIDUP TUN! PERJUANGANMU BELUM SELESAI!!
Dear TUN, it will be an honor to me if I can shake your hand and take a picture with you again.. teehee..
saya bukan la orang melayu tapi saya tidak teragak2 untuk negatakan bahawa sememangnya Melayu Mudah Lupa.. lupa kerana melayan nafsu dunia. alangkah baiknya jikalau Tun yang masih memerintah negara kita ini. Semoga Tuhan mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Tun dan keluarga. saya akan tetap menyokong Tun !
Tun dah dapat bukapekung Musa. Duri dalam daging Musa dah dapat di buka. Syaba Tun. Ramai lagi duri dalam daging dalam UMNO dah dapat di buka. Sekali lagi Syabas Tun.
Baru kita tahu siapa musuh dalam selimut. Musa memang dari dulu musuhi Tun, tapi apa yang dapat kita harap dari dia. Dia pun hidup stail barat. Dan tak berapa berjasa pun dalam UMNO. Dia rasa dia pandai cuma dia kalah dengan Tun, sebab tu dia berdendam. Ni perkara biasa. Tun nak pimpin, Musa pun kononnya asa bolih pimpin. Tapi kalau dia pimpin, dah lama punah dah negara ni. Orang yang berdendam, komen dia bukan bolih pakai. Kadang2, kita ingat apa yan berlaku bolih jadi iktibar, tapi manusia mudah lupa. Anak dia mati dulu, caranya mungkin bolih jadi iktibar buat Musa, mungkin juga, tapi mungkin juga dia dah lupa. Manusia mudah lupa.
Askum Tun Dr Mahathir,
1st of all, terima kasih coz jadikan blog ini sebagai medan luahan buat 'anak-anak' Tun sendiri.
Seperti yg lain, saya tidak terkecuali mengatakan yg saya sudah 'fedup' dgn situasi skrg.
Honestly, from the moment Tun 'handover' to Pak Lah, my instinct already said that SOMETHING BAD IS GOING TO HAPPEN.. REALLY BAD. Tidak ade keyakinan langsung saya pada pentadbiran skrg. Very weak n cannot see the strength at all. N now we can see the result. Lintang pukang, berterabur, tidak jelas.
From the previous election we can say that most of the people got no other option. Coz we'r looking for the best and hoping the best to be our leader, to help us solving many problems.. n that will lead to a big changes.
Its really DISGUSTING and feel so ANNOYING seeing that all this 'money maker leader' talking about our vision, our nation, the problems, but in the other hand they did nothing except for their own benefit, their own family.. what a looser they really are.
Peoples around still not blind to see all this 'drama'. We dont need this kind of weak leadership where people always taking advantage on each other to lead us n all this 'monkeys' need to be eliminate n terminate immediately.
They should remember 1 thing,
WE ARE THE 'CLIENT' AND THEY SHOULD SERVE US RIGHT.. COZ WE CHOOSE THEM.
Anyway Tun, u r always be our inspiration and we'll get through all this thing together..
U R THE MAN..
Salam TUN..
Saya generasi yang mbesar di bawah era TUN..Saya sekeluarga amat myayangi TUN.Alangkah sedih hati ini apabila TUN dilontarkan dengan kata-kata sedemikian oleh mereka2 yang penah TUN tolong...x kenang budi betul mereka ini.bergelinang n sebak bila TUN diperlakukan sebegitu.Harap TUIN sabar mghadapi semua ini..ramai lagi rakyat yang bdiri dibelakang TUN, myanjungi n menyokong TUN.Setiap patah perkataan TUN membawa sejuta makna tersirat n penuh nasihat.Hanya kami yang bijak mnilai saja yang mengetahui..Pak Lah terlalu lembut.Semua dah tahu kisah KJ tp[ Pak Lah msh menafikan.Kami bukan BODOH..HIDUP TUN...TUN dihati selamanya. MOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR DAN MEMBERKATI USAHA TUN DALAM MENYATUKAN KEMBALI ORG2 MELAYU..
Dear Tun,
I have to say I have always admired your outspoken nature. I studied abroad and found that people there often knew Malaysia because of Mahathir of Malaysia.
I will not say that I agree with all your actions and comments along the way, but I am almost certain that there are good reasons for everything you chose to do.
I am witness to the great vision & progress you brought to our nation during your tenure as PM. It has made me proud to be Malaysian.I also think it has earned you every right to speak your mind and I sincerely hope you will continue to do so.
For what lay beyond what I know, I trust in Allah above all.
Salam mesra.
Salam, Tun berdua.
apa nak jadi Malaysia la ni ye, Tun. Moh la kita pakat ramai2 solat hajat - mintak diberi petunjuk pada org no. 1 tu.
Kalau kelas darjah 1 tak perform, bising - kita salahkan cikgu kelas; kalau badminton players atau team bola kita kalah - kita salahkan coach; abis tu kalau Malaysia kita ni hancur yg tak disangka2 dalam 5 tahun ni saja..nak salahkan sapa? - kita kena salahkan cikgu/coach dia laa..- Mr.PM! - bukan duri lagi dah, racun!
Yg paling heran tu, kenapa sebagai PM,PM kita ni tak fikir guna akal yg Allah bagi, tapi masih guna hati. Macam takdak perasaan. Ataupun ada punya banyak sebab musabab yg terpaksa dilindungi takut terbongkarrrr(???)
Berani kerana benar. Betoi la tu Tun..PM kita ni ingat dia benar la tu, sebab tu dia berani!
Awat la dia tak muhasabah diri... Islam Hadhari? saya sampai dah tak boleh nak dengar perkataan tu lagi..meluat! Islam pada saya adalah yg berlandaskan Quran dan Sunnah walaupun kita tak amalkan hudud.
Sebesar2 duri sebenarnya adalah racun pada yg nombor 1 dlm Malaysia ni.
Ampun & Maaf...saya luahkan ni
sbb dah tak tahan lagi tengokkan keadaan sekarang ni.
Siapa nak tolong Melayu kalau bukan Melayu tu sendiri.
Take care Tun berdua. Saya sayang Tun berdua.
Those people who claimed that you were the "duri dalam daging" for UMNO are the real culprit...they are the ones who should be out of UMNO...but sadly they are the ones on top...
bravo Tun!
we appreciate your honesty
and we need to be exposed to the truth
irsrdDear TunM,
Your write up titled "Duri dalam daging" refers.
From my honest view, when one is in a position with matter(s) of such urgency to handle/overcome/ decide, one being a mortal do sometimes exceeds rational minds, thus diverting matter(s) to his/her personal advantage by means of influencing/slandering for support (this is "duri dalam daging") taking consideration at that particular moment/duration for one's interest(s) or the interest(s) of others.
In our span of Life, we mortals have at least had a one time to behave "duri dalam daging" takinconsideration of the environment we were in. It is a lie if we do not do it once.
This behaviour is found in workplace, family, political party, amongst friends, religious community, etc.
For as long as we are mortals, behaviour of "duri dalam daging" will continously popped up now and then.
However, it is how we handle these kind of people either to dispose them permanently or to reprimand them with disciplinary procedures or to tap their positive values for the benefit of the orgnization.
Above all, whatever we do, must benefit mankind. In the case of UMNO, whoever sits at the top must behave to benefit the 3.5Million members not just for the top cream to gain material wealth and status.
Why? We Live to Contribute Positively to Mankind.
A’kum TUN, sihat? I terluka sedikit dengan DURI DLM DAGING….terlalu kasar....tiada mengenang budi umpamanya.....apa salahnya....tegur/komen cara baik....masing2 mempunyai pemikiran/kepimpinan yg baik...harus tonjolkan yg elok.....yg berlalu, biarkan pergi jauh...usah diingati lagi kerna ianya umpama dendam yg tak sudah...memanglah, KUASA itu terlalu hebat....memiliki KUASA impian manusia....melepaskan KUASA, terlalu sukar!!! KUASA is MONEY....MONEY is KUASA....inilah HAKIKATNYA!!!!!! (jgn ada yg melenting, ini sekadar komen/cadangan/pendapat yg ikhlas) KITA MESTI BERANI DEMI KEBENARAN (tiada niat untuk menyindir/mengata sesiapa…..harap terima dgn hati yg terbuka)
respect kat tun,
depa marah2 kat tun, tp bila baca entry tun ni, mcm nak gelak plak. tun kenakan depa blk dgn cara cukup berhemah...hehe
nak jaga harga barang cmne? diri sndiri pun tak terjaga sbb dok sibuk hal tun. sat gi minyak naik, rega brg lain pun naik ler skali. pastu canang mcm2...bosan daaa
truskan menulis tun, ramai yg back up tun
Assalamualaikum Tun
Bila tengok balik sejarah Malaysia, orang yang bercakap tu tak nampak pun kemajuan yang disumbangkannya kepada Malaysia. Takat cakap aje, saya pun boleh. Kalau apa yang dia sumbangkan setaraf dengan apa yang Tun sumbangkan kepada negara, orang boleh terima juga Tun. Ini... paku dulang paku serpih.
A'kum Tun,
Pls don't bother about what these "kapcai tua" politicians said about you. They can claim whatever they like...bottomline is the people know what's going on and you have their full backing. A weak leader like Pak Lah is making a fool to himself, his family and sadly to Malaysians too.
Askm Tun,
Saya begitu terharu dan sedih dengan keadaan kini di Malaysia. Walau pun saya di s'pura tapi saya tidak boleh dudok diam kerana apa yang berlaku ada berkaitan dengan bangsa datok moyang saya. Bangsa yang terkenal dengan adat nya. Saya berasa amat malu Tun dengan teman2 bangsa lain di s'pura apabila bercasual discussion dengan perkembangan terkini di malaysia.
Begitu berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Dengan keadaan yang berlaku sekarang, golongan yang senang menonton, tak lain tak bukan adalah bangsa lain. Yang hanya bisa ketawa dengan pertelingkahan kita orang2 melayu. Saya mohon ribuan maaf Tun sekira nya kata2 saya ini menguriskan hati Tun. Saya tak berniat demikian. Tapi pada pendapat saya, sebalik nya kita harus bermuasarah antara kita, sekira nya ada isu2 yang harus di huraikan.
Biar lah orang kata kita diam, tapi itu bukan bermakna kita kalah. Yang penting tindakan diam kita itu tak berkalan menghakiskan perpaduan orang2 melayu kita.
Sekian. Wassalam.
Zai-Kota Singa
zSaya baca semua surat khabar dan menonton televisyen berkaitan isu pengunduran Tun daripada UMNO. Kebetula saya seorang penyunting di sebuah akhbar harian, sedikit sebanyak saya mendapat maklumat yang lebih berbanding rakyat di luar sana.
Tun, sedih apabila seorang pemimpin seperti Musa Hitam menggelarkan Tun begitu. Sumbangan Tun kepada negara seperti tiada makna bagi orang-orang ini. Adakah apa yang Tun buat sebelum ini tidak ada manfaat kepada rakyat?
Saya tercari-cari apa sumbangan orang yang menggelarkan Tun begitu (Duri dalam daging)kepada negara dan orang Melayu.
Saya tahu Tun pernah ditangkap kerana membela Melayu, tetapi adakah orang itu pembela orang Melayu? Pembela negara? Saya tak tahu apa-apa tentang sumbangan mereka ini.
Tun, pada pandangan saya, ahli UMNO akar umbi sebenarnya mengikut jejak Tun, tetapi mungkin pemimpin kita yang di atas sana tak perasan... Kalau di kampung2, orang-orang UMNO kebanyakannya bukan tahu pun macam mana nak keluar parti. Mereka ini tidak hantar surat berundur pun, tetapi yang pasti mereka anggap diri bukan lagi ahli UMNO.
Pemimpin atasan yang dikatakan sangat bagus ni pulak gembira sebab katanya ahli UMNO masih setia. Masih mahukan kepimpinan mereka, tetapi hakikatnya tunggu saja pilihan raya nanti.
Tun, saya menghormati Tun bukan sebab saya fanatik, tetapi apa yang Tun buat untuk negara ini membuatkan saya terus setia. Begitu juga dengan generasi muda hari ini.
Tun, Pak Ya Kapak (Tun kenai kot) selalu kata pada saya, Kalau nak sokong, sokonglah Tun... dan sayang pegang kata-kata tu sampai hari ini.
Saya harap Tun akan terus menjadi pejung kepada kami...
Tun
Jangan dilayan sangat Tun Musa dan Dato Shahril tu. Mereka kena jaga periok nasi mereka. Saya masih ingat lagi ketika Tun Musa tak "bekerja" lepak kat ofis bos saya di Bangunan Promet.Tun pun kerap telefon dia, lepas tu Tun offer dia ke PBB. Dato Shahril pulak pernah jumpa saya mintak tolong bagi business kat kedai dobi dia. Itu dah lama Tun dan sekarang , bila mereka rasa dah cukup hebat, mereka lupa macam kacang lupakan kulit. Ini lah Melayu yang mudah lupa macam Tun cakap dulu, dan duri dalam daging yang sebenar. Dia orang lupakan saya tak apa sebab saya kerdil !
Tapi Tun telah bagi diorang "Nyawa" balek !!?
Tun, jangan lupa. kalau tubuh parti baru saya nak member nombor 5 dibelakang Dato Mohzani he! he!
Mahathir the Great ! 100 tahun lagi pun susah nak jumpa "Mahathir" lagi satu !!
Tun,
Hari ini Ezam masuk UMNO semula. Semuga dia tidak macam si Zaid; sudahlah jasa pada Agama, Bangsa dan Negara belum terpahat; kutuk Tun semacam saja. (Zaid, please you are not eligible to critic Tun; tolong sedar sikit. Kalau tidak sedar saya cadangkan bacalah makalah-makalah yang ada di arkib negara tu sepajnag 20 tahun lebih Tun memimpin kita). Buka dan lapangkanlah hati Saudara.
Saudara Ezam, sedara mungkin terhutang budi pada Pak Lah kerana menerima Saudara dengan dulang emas; harapan saya perbetulkan dan perkuatkanlah UMNO. Jangan jadikan ia sebagai lesen untuk critic Tun. Cukup sudah Saudara lakukan semasa didalam Keadilan. Tekatkan dihati dan jiwa Saudara, berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara kesinambungan perjuangan Arwah Mat Kilau. Doa ikhlas saya, Muga-muga Allah bersama Saudara.
Tun, kita kehilangan lagi; kali ini Pulau Batu Puteh; makin kecil negara ini. Mujur Tun sempat sebar dan hentikan jualan pasir oleh kononnya perjuang-pejuang bangsa; kalau tidak mengecil lagilah negara ini.
Tun, kita tidak ada lagi perjuang seperti Tun; yang dekat Mohideen nampaknya; yang lain tu cakap tak serupa bikin. Ayahanda-ayahanda mereka perjuang tulen; tidak lagi pada anak-anak mereka yang sedang memperjuangkan nafsu dan poket masing-masing. Muga-muga mereka insaf dan meninggalkan perjuangan ini; berilah laluan pada mereka yang benar-benar ikhlas. Cukup sudah kekayaan kelian, tak habis dimakan keanak cucu dan tak dibawak ke liang lahat pun. Ambil iktibarlah dari Tuan Guru Nik Aziz, terus berjuang demi Agama Bangsa dan Negara. Saya rayu, tolong tinggalkanlah UMNO seikhlasnya; berilah pada mereka yang benar-benar memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara tercinta ini. Anda tau siapa diri anda; tidak perlulah bukti-bukti dan kemahkamah. Bertindaklah sekarang seikhlasnya; Agama, Bangsa dan Negara in tempang kerana saudara-saudara.
Anak Look East Policy
Assalamualaikum
Ya DURI DALAM DAGING SUDAH KELUAR malangnya yang tinggal ialah NANAH DAN PEKONG dan baru2 ni VIRUS pula masuk .. tak tau lah .. Pak Lah Pak Lah .. TAK PENAT LELAH
salam Tun.
Kata-kata Tun membuatkan saya mendapat gambaran sebenar tentang Umno kini. Setahun lagi genap umur sya 21. So,bolehla mengundi dan pastinya undi saya bukan untuk UMNO kini.
Assalamualaikum Ayah Tun,
Saya amat malu dengan penjelasan Ayah Tun berkaitan dengan Musa dan Syahrir. Saya akui bahawa semua hamba Allah SWT, tidak sempurna. Akan tetapi, kenyataan ini tidak harus dijadikan alasan mengapa insan-insan yang banyak menerima pertolongan Ayah Tun ketika dulu dengan rasa kurang malu, dengan rasa tidak berterima kasih, dengan kurang pandai mengkritik Ayah Tun pada hal - ketika itu mereka harus tahu Ayah Tun sudah mempunyai Blog disini.
Alangkah malangnya, dua insan politik ini tidak boleh menjangka bahawa satu ketika nanti Ayah Tun akan membongkar segala isi kandungan perancangan politik mereka sejak dari dulu hingga sekarang.
Saya pernah bersalaman dengan Ayah Tun kira-kira 15 tahun dulu. Naluri dalaman saya amat positif terhadap kepemimpinan Ayah Tun. Tidak seperti Anwar Ibrahim, naluri saya tidak yakin terhadap beliau yang lebih kepada kepemimpinan AKTIVIS.
Saya juga amat malu dengan tingkahlaku ramai pemimpin UMNO yang secara terang-terang mengkritik Ayah Tun tanpa terlebih dahulu membuka dan menbaca Lembaran Sejarah lama bagaimana jasa-jasa Ayah Tun terhadap mereka, merangkumi manafaat kepada anak-anak dan isteri-isteri mereka. Bagaimana mereka meraih kekayaan dari hasil penat lelah Ayah Tun dan sekarang dengan Muka Yang Tebal mengkritik Ayah Tun.
Dan mereka ini terus menyokong Pak Lah demi menyambung kekayaan kaum kerabat mereka. Pada hal yang sebenarnya, Pak Lah bukan sahaja tidak boleh diharapkan untuk membawa sebarang perubahan yang baru tapi yang lebih malang ialah kepimpinan Pak Lah yang begitu LEMAH tidak mampu menyambung segala perancangan Ayah Tun dan sepekara yang buruk dan nyata, Pak Lah adalah dilihat seperti pemimpin yang akan masuk dalam kandungan sejarah kejatuhan kebangkitan Melayu selepas era kegemilangan Malayu dibawah Era Ayah Tun.
Pak Lah adalah tunjang kepemimpinan Melayu sekarang. Pak Lah telah gagal dalam pilihanraya baru-baru ini. Namun beliau tidak secara terang-terang meminta maaf terhadap kegagalan ini. Usahlah menjadi cara Samy Vellu yang angkuh dan tersungkur ditempat sendiri. Pak Lah harus berundur dengan hormat agar nama beliau terus diukir dan diingati sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Pak Lah ketika ini dilihat sebagai seorang pemimpin yang mahu menjawab kesesalan dan kegagalan dengan cara dia sendiri.
Jika Ayah Tun mengakui kesilapan beliau terhadap isu penganti beliau, maka Pak Lah harus menyambut pengakuan ini. Saya merayu Pak Lah, supaya mengikuti nasihat Ayah Tun. Pak Lah tidak akan miskin satu sen dan malah akan menerima penghargaan seterusnya menjadi contoh terbaik kepada pemimpin politik yang lain.
Pak Lah dan penyokong harus ingat dan mengambil iktibar, kami rakyat amat bergantung harapan dengan pemimpin yang berkebolehan bagi memastikan anak-anak kami beroleh kesejahteraan dimasa akan datang. Namun, anak-anak Pak Lah, cucu Pak Lah dan anak-anak pemimpin penyokong Pak Lah sudah pasti tidak miskin jika berundur sekali pun. Cukuplah kekayaan dan cukuplah kesilapan. Terimalah pandangan rakyat dan kemahuhan rakyat. Adakah adil Pak Lah .. kepada kami yang telah meletakkan Pak Lah sebagai pemimpin nombor satu dan apabila Pak Lah gagal, Pak Lah tidak memperdulikan pandangan kami.
Kaum Melayu tidak akan dijatuhkan oleh bangsa lain, tetapi oleh sikap bongkak, tamak, irihati dan tidak bersyukur sesama sendiri adalah punca kejatuhan yang akan dituliskan dalam lembaran sejarah pada masa akan datang. Sejarah tidak berulang TETAPI manusia yang mengulangi Sejarah (rujuk sejarah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka).
Ayah Tun yang saya hormati, doa saya dan keluarga agar Ayah Tun akan dapat menyempurnakan segala perangcangan demi kesejahteraan bangsa Melayu khasnya dan demi bangsa lain amnya di Malaysia. Doa saya juga terhadap kesihatan Ayah Tun. Teruskan usaha Ayah Tun dan jangan sesekali Ayah Tun merasa putus asa. Saya sekeluarga amat bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada Ayah Tun selama ini. Walaupun saya seperti rakyat yang lainnya tidak mendapat gelombang kekayaan secara terus dari arena politik, tetapi dibawah Ayah Tun, kami makmur dan aman serta mudah mencari rezeki. Saya tahu, bukan sahaja Ayah Tun yang berusaha selama ini, terdapat pemimpin politik lain juga telah berjasa kepada kami. Oleh yang demikian, kepada mereka ini saya merayu agar menasihati Pak Lah supaya berundur dengan secara terhormat. Agar Melayu akan dikenang sebagai satu bangsa Islam yang telah diambil sebagai contoh dan terus dijadikan contoh.
Wassallam.
Selepas PRU 12 , ramai yang tahu di antara punca kekalahan dan kekurangan undi untuk BN adalah kerana KJ. Ramai yang tidak suka, benci, meluat pada sikecil yang merasakan beliau besar ini. Namun tidak ada seorang pun yang berani menyatakan yang si KJ ini adalah beban atau faktor kekalahan besar UMNO hinggalah anak Tok Det , Mukhriz mengeluarkan kenyataannya yang saya baca di Utusan Malaysia. Syabas, tabik hormat saya pada Mukhriz kerana berani menyatakan apa yang pemimpin-pemimpin senyap UMNO tidak berani katakan. Termasuklah seorang pemimpin lembik yang cuba mengangkat keris pada satu ketika sehingga menyebabkan ramai orang bukan Melayu larikan undi BN ke parti lawan... namun, tidak perlulah meminta maaf.. sandiwara anda perlu diteruskan lagi dan kalau tak mampu jadi Melayu sejati, bagi saja keris pada Mukhriz.
Faktor KJ menjadi liabiliti pada UMNO ini bukan saja diperkatakan oleh golongan elit UMNO tapi golongan kedai kopi UMNO juga. Namun golongan elit ini tidak berani menyatakan apa yang sepatutnya kerana takut ditendang dari kelompok eksklusif ini. Golongan kedai kopi sering menyatakan namun tersekat oleh golongan pertengahan yang mahu namanya naik satu hari nanti. Oleh yang demikian, diharap ramai yang mampu dan berani menyatakan yang benar terutama, En Ezam yang disambut seperti hero yang baru pulang dari Iraq. Dedah dan nyatakanlah kebenaran En Ezam. Janganlah anda diuliti oleh janji-janji manis tentera senyap ini. Bantulah Mukhriz yang ditentang oleh tentera-tentera senyap ini. Semoga yang benar itu dituruti dan yang salah juga diakui.
Salam Tun yg dihormati.
Saya cuma nak mengingatkan kepada semua yg menghina Tun bagai "duri dalam daging".
Sedarlah bahawa "duri dalam daging" ini yang menyelamatkan "ketuanan" Melayu semasa krisis matawang dulu.
Kalau tak disebabkan oleh buah fikiran Tun yg dikurniakan Allah, orang Melayu bukan sahaja kehilangan "ketuanan" malah akan menjadi abdi dinegara sendiri. Dimana "jaguh-jaguh" UMNO pada masa itu?
Salam
Assalamualaikum tun,
apa pun yang berlaku, jasa tun tetap dikenang. semoga depa sume ni sedar sket dan berpijak di bumi yang nyata. semua hipokrit. semua tun terus memberi pendapat demi negara, agama dan bangsa melayu. Hidup tun...
amat menyayangimu,
anak malaysia...
TDM..
saya sememangnya setuju dgn Tun..TMH tu yg duri dalam daging..
harap tun dapat jaga kesihatan tun bkn utk dir sendiri saja tapi utk kami semua yg menyokong tun..
salam..
Memang Melayu mudah lupa.
Mamak madirlah yang membuat melayu lupa. Hanya kroni dia saja yang dapat menfaat. Bina bangunan tinggi2 tapi lupa kepada keperluan harian rakyat. Tiada satu pengurusan mamak cek det dapat di contohi. Semua nya bercelaru.
Mengadu dumbakan sesama rakyat. Seorang yang racist tapi bersengkokol dgn orang2 yang dibenci. Cina , mamak, yahudi dan namakan saja yng madir tak sekongkol. He's a loser!!!!
Memperbodohkan melayu dengan menggunakan melayu atas Islam untuk menakut nakutkan melayu hilang kuasa. Dia berkuasa anak pinak dia kenyang... itulah yang diajar dan menjadi teladan kepada Dollah. Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih... Pooorah
Melayu Temasik
Saya amat mengagumi Tun. Ribuan rasa syukur kerana Malaysia memiliki Perdana Menteri seperti Tun dan terima kasih diatas perancangan dan idea yang tuntas menukar malaysia menjadi "newly industrialized country"... and making me proud as a malaysian. I'm very proud of you Tun!
May God bless Tun Dr Mahathir.
tun,
saya mau tau ulasan tun pasal khairy jamaludin
tun, tun lantik pak lah dulu pasal nak imbang "islamic perspective" anwar dan pak lah kan
bab ini saya tak sebelahkan sesiapa,,whatever goes between both of u that kamu org punya cerita,, n Tun also u tak sepatutnya terima begitu sahaja walau kakak ke bini ker yg merau awal2pagi,, pertimabanglah dengan semua ahli lain seperti ezam sekarang,, n now dah masuk balikkan duri tu...n to duri2..best sangat ker jadi duri ni.dah tak ingat dosa pahal dan tanggungjawab sebenar.. ini bukan pasal periuk nasi u org saja,, kami semua,, kalau tak mampu jaga semua,,or sampai ada periuk yang tak boleh di masak..i think u better share u periuk or else u kena jawab hutang u kat akhirat nanti.
Dear TDM
Tahniah atas keberanian Tun. Siapa mereka untuk mengata Tun? Saya akan sentiasa doakan Tun.
Iklas
Ilah Ali
Post a Comment