Thursday, May 22, 2008

"Duri dalam daging"

Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak.

Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.

Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih.
Katakan orang awak yang lebih.

834 comments:

1 – 200 of 834   Newer›   Newest»
anep13 said...

selamat pagi tun,
saya mengikuti perkebangan dekat sekali. adatlah tun, depa jaga harga barang dan jaga periuk nasi

bongeng said...

TDM,

Walau pun Tun cakap komen itu menggelikan hati, kami rasa komen tersebut menyakitkan hati kami.

Duri-duri yang sebenar masih ada dalam UMNO. KJ dan konco-konconya merupakan duri-duri yang sebenar. Pak Lah yang lemah juga duri dalam daging. Pembodek-pembodek Pak Lah juga duri dalam daging.

Takutnya UMNO akan hilang dagingnya dan cuma tinggal tulang.

alifstyle said...

ya, Tun Mahathir. Saya sependapat dalam hal ini.

su-kj said...

A.kum Tun,

1. Saya nak beritahu kepada Tun satu perkara.

2. Saya dah BAKAR blog saya pagi tadi sebab Chelsea kalah.

3. Janji saya puas hati.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

xplora said...

Tun Mahathir,

It is too late for Tun to realise the real face for most of them, especially Rafidah because she also one of them. She is so good in acting when she cried when you announced for resignation.

The reality now is, everyone will support Badawi because if they don't, they will be sacked from UMNO or probably uncontested them from the next general elections.

We never vote for opposition when Tun was the leader. Teruskan perjuangan, Tun, as what i've said earlier, You are always my and our family respected leader and no one shall be able to replace you as the Good Leader of Malaysia.

Weng Cheong

Ahmad said...

Excellent post Tun.. We hope to have more blog posts from you revealing the current situation as you are the one who has the most insight into the situation at hand..

syahmie said...

Tun...
melayu mudah lupa...
hehehe~~

ASHAR said...

TUN,

Satu penjelasan yang ikhlas kenapa perpecahan UMNO dulu....siapa sebenarnya duri dalam daging.

Terbukti lah sekarang siapa yang membawa pekung..!!!

syabas tun


salam perantauan

-ashar-7:16
angkatan lancang kuning nusantara

violetblush said...

Selamat pagi Tun.Saya harap Tun sihat2 selalu. You are right Tun. Kami yang mengikuti perkembangan politik UMNO tahu cerita ini. The silent majority are with you Tun. The children of DEB are also with you.I know that it breaks your heart to see what is happening to UMNO.Know that you are not alone. Take care.

Nazirul Hazim said...

Assalamualaikum Tun Dr Mahathir,

Saya merasakan bahawa tahap pemikiran Tun terlalu tinggi sehinggakan tidak dapat digapai oleh orang banyak.Malah ulasan menteri-menteri juga menunjukkan tanda-tanda meraka tidak berapa faham(atau buat2 tidak faham) dengan tindakan Tun.
Inilah bukanlah kali pertama. Malah seluruh dunia pun tidak memahami kebijaksanaan Tun menyelamatkan ekonomi Malaysia pada krisis kewangan 97.Hampir sedekad kemudian barulah IMF,Bank Dunia tunduk malu kerana mengkritik Tun.Kita orang Melayu hebat.Tun adalah bukti yang nyata.
Tun teruskanlah dengan kepercayaan Tun.Saya yakin semua orang akan faham strategi Tun suatu hari nanti.

Jaga diri Tun baik-baik.Saya sayang Tun.

Terima kasih.

p/s: saya ada kirimkan email berisi soalan2 dan gambar saya bersama Tun tempoh hari.Sudikah Tun membalasnya?Besar harapan seorang pelajar luar negara yg dibentuk oleh aspirasi Tun seperti saya ini untuk mendapat jawapan Tun sendiri.

ASHAR said...

Tun yang saya kagumi..

Jelaslah sekarang siapa "duri dalam daging" yang sebenarnya..Tun Musa itu sendiri....

Satu lagi mungkin Tun terlupa..Mat Taib yang penuh dangan isu masa jadi MB....itu juga "duri dalam daging" Pak Lah sekarang ini....malang Pak Lah tak perasan lah tu,,,

salam peranauan

Ashar 7;20
_angkatan lancang kuning nusantara_

violetblush said...

Good morning Tun. Yes you are right. Those who have been following UMNO politics know this story well.Know that you are not alone. The silent majority is with you.

Nazirul Hazim said...

Selamat bertolak ke Jepun dan selamat kembali ke tanah air.

afiz said...

assalammualaikum Tun,

harap Tun dapat mengeluarkan kisah2 lampau bagi mengingati kembali kerana mereka ini tergolongan dalam Melayu Yang Mudah Lupa"

Julia ♫°♪ said...

Assalamualaikum.
Dear Tun..

macam yg saya pernah kata sebelum ni, saya sangat meluat tengok
geng2 paku serpih ni comment tentang Tun keluar dari Umno.

Tun, saya harap sangat mereka baca entry tun kali ni. Tun bukan Duri dalam Daging. tapi Tun adalah Pemimpin yg menyayangi rakyat !!!!

wake up MALAYSIANS !!!!

jaga kesihatan tun yea..

Asrulfaizy Helmi said...

im so surprised when i read newspaper and i found that tun musa hitam said che det is 'duri dalam daging', what a world..for me, he is backstabber..

but i know, it is one of the technique in political behavior.

and you make a good way to overcome it Tun M, by confront him~
bravo!

http://nocturnal86.blogspot.com

NATASHA AMANDA MOHD NAZRI said...

HIDUP TUN MAHATHIR !!
KAMI AHLI-AHLI UMNO SEPANG MENYOKONG TUN MAHATIHIR. Kami juga telah lama meluat dengan TUN MUSA HITAM yg juga agen Singupura yg tentunye pengkhianat bangsa melayu dan sudah semestinye merancang menjatuhkan malaysia

Hamizi said...

syabas tdm...

rakyatbiasa said...

Tahniah Tun, saya cukup suka komen tun kali ni. terkena sebijik kat dahi musa & shahrir. kangkadang bukannya pe tun, diorang tak sedar sumer ni sebab sumer media diorang yang kawal, so bila diorang cakap pa pe pun kita tak bleh nak balas. tapi sekarang dengan ada nyer teknologi IT ni, dengan cepat orang boleh menjawab segala tuduhan dan tomohan. saya yakin, sekala apa yang tun komen atau cakap sekarang ni akan disekat dari kuar ke media2 paklah. itu sumer untuk menjaga kedudukannya yang semakin tergugat. saya sayang kan umno, tapi nampaknya sekarang ini umno tidak lagi seperti dulu yang memperjuangkan melayu. kini lebih kepada kepentingan keluarga dan kroni. kami sebagai rakyat biasa tidak merasa apa kebaikan, keuntungan atau kebajikan yang datang dari umno pimpinan paklah sekarang. cukup mengecewakan. percaya atau tidak kemana saja saya pergi samada kedai2, kerja mahupun bersiar2 , semua orang bercakap tentang kelemahan unmo dan paklah secara terang terangan. rakyat biasa pun sekarang telah pandai menilai. inikan pula golongan politik seperti tun. sudah tentu lebih banyak kelemahan yang ada dalam pentadbiran paklah

sekian
"saya yg menyokong tun"

CentaQue said...

Wah..pedas sekali ayatmu Tun.Syabas!
Depa dua orang tue tak sedaq diri.Biasalah tue Tun,adat kacang lupakan kulit..

Apa-apa pun,saya tetap sokong TUn dari belakang.Hidup Tun,Hiduplah Melayu..

http://thenewmalaysia.blogspot.com

ASHAR said...

Selamat Pagi TUN,

Ingat TUN dah naik flight ke Jepun dan lupakan blog ini sementara .. ternyata salah dugaan saya. Memang apa yang TUN lakukan sukar di duga oleh orang rakyat macam saya...

Sayabas ...satu tamparan hebat TUN, BARU pada dua orang yang agak sikitttttt kurang ajar.

Ada lagi yang terlalu kurang ajar dalam UMNO yang harus TUN selesaikan. . Dato Nazri Aziz ni..


TUN you always be my heros ...

salam perantauan
_ashar_ 7;35
ALKN

Mel said...

Rightly said Dr M!

akula ni said...

diharap tun banyak bersabar di dalam menempuh dugaan ini

Amar.k.s said...

Assalamualaikum and selamat pagi TUN.

Saya hanya dapat tersenyum membaca apa yang sebenarnya berlaku di belakang tabir UMNO ni.

Begitulah manusia. Mudah lupa.

Apa-apa pun, TUN terus kekal sebagai pemimpin yang saya hormati.

Wassalam.

kramersu said...

Saya amat tertarik dengan Dato Shahrir Samad. Suatu ketika beliau begitu lantang dan jantan dikalangan pimpinan UMNO mengkritik Presiden dan pelbagai dasarnya. Terlihat demokrasi dalam UMNO dan kebebasan bersuara.Saya menjadikan beliau antara pemimpin yang mempunyai prinsip.

Tetapi apabila pemimpin berubah, yang jantan jadi betina dan lantang menjadi bisu. Rupa-rupanya hanya dendam dan benci menjadi punca kelantangan beliau dahulu.

Umat melayu perlu sedar bahawa yang rugi adalah kita dengan "duri dalam daging" yang ada ketika ini

fendy_ahmad said...

Salam Tun kesayangan saya !

Tun adalah sumber inspirasi terhebat sepanjang 25 tahun usia saya ! Tiada siapa yang mampu menggugat kesetiaan dan kepercayaan saya kepada Tun !

Saya sentiasa berpendapat manusia bernama Musa HItam dan Shahrir Samad itu adalah 2 manusia oportunis yang hanya bijak bermain kata-kata demi kepentingan mereka. Memalukan anak-anak JOHOR seperti saya !

Tun Dr Mahathir, doa saya sentiasa bersama dirimu wahai negarawanku !

Brother said...

Salam Tun,

Betul ke Tun sendiri pun tak pasti Tun Musa Hitam(TMH) ahli UMNO atau tidak? Atau adakah TMH ahli PKR?

Ini kali pertama saya baca tulisan Tun seperti ini. Itulah, silap Tun juga kerana bagi muka kepada Pak Lah dan senang-senang melantiknya jadi PM.

Walau bagaimanapun diharap Tun jangan lupa siapkan memoir Tun. Kalau boleh biar tebal pun tak mengapa seperti memoir Lee Kuan Yew yang mempunyai dua jilid. Lebih-lebihkan cerita pasal singapura, LKY dan Tunku Abdul Rahman ya?

Helang79 said...

YABhg Tun,
memang benar apa yang Tun cakap...mereka ni semua kuat ampu...otak kurang dan kurang a...mak bapa mereka tak ajar budi bahasa. Saya sekeluarga bersama Tun.Tun jaga lah kesihatan Tun , kami doa kan Tun beroleh kebahagian selamanya. Insya ALLAH
Helang79

Zainal A. Kasim said...

Tun,

Saya setuju dengan saranan Tun supaya Datuk Shahrir memberikan lebih penumpuan kepada mengawal harga barang.

Masalahnya sekarang ni Tun, semacam sudah jadi satu "Pertandingan" di kalangan pemimpin UMNO - khususnya yang ada jawatan (parti atau kabinet) untuk menunjukkan siapa yang "paling kuat" mengutuk Tun. Cakap siapa yang paling "pedas" dan siapa yang paling "lancang".

Dia orang ingat kami (rakyat/melayu) suka sangat dengan perangai dia orang yang macam ni.

http://c-bok.blogspot.com

anak jati kedah said...

assalammualaikum Tun yg dikasihi..
saya amat setuju sangat apa yg Tun lakukan...sebab apa? dah lama saya dok tengok apa yg terjadi dari dulu sampai la ni.. Tun pernah kata 'melayu mudah lupa' memang betui. dulu masa tun jadi PM depa puji punyala..baguih..Tun nak letak jawatan hat sorang tu dok teriak..ramai lagi saya nampak...bila Tun dah keluar UMNO depa keji..maki..sedih saya dengaq..depa tak kena 13 Mei..depa nak ka bekas komunis perintah..?MB hanya boneka...memang wajar Tun lakukan demikian banyak sandiwara dalam UMNO la..ni...depa lupa ka semua tu...

aida said...

Salam Tun,

Pada pandangan saya, memang dah lumrah, dalam poliyik banyak duri dalam daging. Memang betul lah politik ni KOTOR. Saya berharap apa pun mainan orang politik janganlah sampai maruah bangsa, ugama dan negara tercemar dan terkulai. Orang bukan Melayu tersenyum lebar daripada telinga ke telinga melihat telatah dan keletah orang Melayu bermain politik.

Saya yakin sebagai orang hebat, Tun bertindak sebagai pisau yang meghiris daging bagi mengeluarkan duri2 yang tercucuk.

May Allah bless us.Amin.

WanNo said...

Salam Tun,

Ini kali pertama saya melawat blog ini. Tak sangka Tun juga mempunyai blog peribadi untuk tatapan umum.

Setiap yang tersurat pasti ada yang tersirat. Saya percaya setiap tindakan Tun sekarang ada matlamat yang baik untuk semua rakyat Malaysia.

nahjma said...

BismillahirRahmanirRahim
Salaam AyahTun

You are never a 'Duri Dalam Daging (hipocrit)'.

You always use your power to defend the weak, no matter locally or abroad.

You are a Warner to unjust leaders out there with the gift of courage and wisdom bestowed upon you.

You are fearless of man and beast, but you adore your Creator and always teach us and remind us to be grateful (BERSYUKUR).

So how can one bears witness otherwise against you..

But don't worry AyahTun, somehow, that courage and wisdom of yours has become contagious. Thank you for this 'infection'.

May ALLAH guides us all !!!

azam said...

Nampak sangat la org melayu yang berdua itu memang jenis yg mudah lupa.Tak malu ke mereka mengatakan Tun Dr Mahathir duri dalam daging,sepatutnya meraka tengoklah diri sendiri dahulu.Diharap Tun Dr mahathir terus mengkritik dan memberikan pandangan utk kemajuan negara dan orang-orang melayu.SYABAS Tun...

DeLiRiuM said...

Dear sir,

As you have pointed out in the past, 'Melayu mudah lupa' and this has been particularly obvious with the various individuals who used to worship the ground you walked on but have since departed from any sets of values that they may have professed to have had.

I sincerely hope that your current moves are based on your own set of principles, but I wonder if it will generate the momentum that is needed?

ainas said...

Yang Berbahagia Tun,
Saya amat sedih dengan keluarnya Tun dari UMNO. Namun begitu saya tahu tindakan Tun ada sebab musababnya yang saya sendiri dapat merasakannya. Saya menjadi ahli UMNO kerana sayangkan bangsa dan negara saya, jadi saya tidak mengikut jejak Tun untuk keluar parti. Seperti mana Mukhriz, saya juga ada satu agenda yang saya perlu teruskan pada pemilihan julai ini iaitu mengusulkan agar Presiden meletak jawatan. Dia begitu berbangga dengan sokongan pucuk pimpinan namun dia lupa sokongan akar umbi telah terhakis. Siapa kata akar umbi sokong dia. Di kaca tv dapat kita lihat dengan jelas wajah-wajah ahli-ahli parlimen yang keruh. Datuk Shahrir Samad sebelum pru begitu lantang tapi setelah jadi menteri ni terus senyap. Kami akan melihat perkembangan mereka ini dengan mata hati kami. Kami sayangkan UMNO.Bukan sayangkan PL.Akar umbi telah menggunakan kuasa pada pilihanraya biar akar umbi menggunakan kuasa dalam pemilihan nanti. Sekian Tun berjumpa lagi dilain masa. Wassalamualikum

anakin said...

Salam Tun...

Memang gelihati melihat telatah mereka2 ni.Apa nak dihairankan, itulah lumrah dunia.Tun Musa memang dari dulu sikapnya. Saya marah juga bila Tun dikata duri dalam daging. Mereka tak tahu dalam UMNO tu lagi banyak duri.Kalau dibilang udah rupa landak pun ada. Namun begitu, ada juga yang mempertahankan Tun.Terima kasih Dato Shafie. Tak sepatutnya seorang negarawan yang banyak berjasa digelar sebegitu rupa. Tidak apalah Tun, satu hari nanti sampailah masa mereka menerima gelaran yang lebih teruk lagi.Allah itu Maha Adil, setiap perbuatan, ada balasannya..Teruskan usaha Tun untuk membangkitkan bangsa Melayu yang kian hanyut.

SumpittSauber said...

Barangkali inilah yang dinamakan politik Malaysia.. politik demi kepentingan peribadi kuasa pangkat dan harta..

Saya tidak nampak ahli politik yang ada sekarang ini yang berjuang untuk menaikkan martabat bangsa seperti mana ayahanda Tun..

sekarang ramai org menjadi ahli politik just untuk jadi VIP dan mengaut keuntungan peribadi kalau tak percaya tanya Ideris Jusuh contoh yg paling nyata sekali.

Big.4No said...

tun,

saya harap tun mempunyai persediaan yang rapi berkenaan tindakan tun dan semua tindakbalas yang akan ada. Saya harap tun tidak terpengaruh dengan desakan dan rayuan mana-mana pihak.

Anak Malaysia said...

Salam Tun,

Rakyat Malaysia masih sayang dan banyak terhutang budi kepada TUN sebagai "Bapa Pembangunan" Malaysian dizaman 90. Rakyat amat marah dan dukacitanya membaca kritikan kurang sopan dan caci-caci dari beberapa pemimpin-pemimpin UMNO kini terhadap TUN sebagai "DURI DALAM DAGING" dalam UMNO. Sungguh PAHIT ditelan oleh rakyat Malaysia dengan kata-kata kurang ajar dan biadap ini.

Gelaran "Duri dalam daging" yang di perkatakan oleh Tun Musa terhadap TUN amat biadap sekali dan beliau telah mudah lupa segala kebaikan TUN masih melantik beliau sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu.

Begitu juga Dato Sharir Samad. Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato Sharir Samad dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Jasa baik TUN diatas mudah dilupai oleh Dato Sharir amat kesali sekali.

Walaupun TUN dulu buat niat tidak adil terhadap kaum kaum bukan Melayu disegi pelajaran dan ekonomi semasa pemerintahan TUN selama 22 tahun. Tetapi kaum kaum bukan Melayu masih hormati and sanjung kebaikan dan kejayaan TUN dalam pembangunan negara. Kaum-kaum Cina dan India tidak pernah mempertikaian hak hak Melayu dan tidak berani berkata-kata ayat ayat tidak sopan terhadap bekas bekas PM Malaysia sampai Pak Lah kini. TUN masih ingat bahawa kaum kaum Cina dan India menyelamatkan TUN, UMNO dan BN semasa PRU10 (1999) dalam krisis UMNO dimana KEADILAN melawan UMNO.

Rakyat Malaysia berharap agar semua ahli ahli UMNO masih hormat TUN. Segala kata-kata kurang sopan dan biadap terhadap bekas-bekas PM dan Presiden UMNO dulu dan kini tidak baik di mata mata masyarakat dunia. Kata perpatah Melayu : " Tempuk air didulang terpicik ke muka sendiri".

TUN launched:
MALAYSIA BOLEH!

“Malaysia Boleh” has given us metaphorical “buffalo pride” as the Malay proverb goes, “Lembu punya susu, sapi punya nama.”

Sekaranag segala segala kejayaan TUN dilupakan sekelip mata dengan kritikan "Duri Dalam Daging" dalam UMNO, tapi segala kejayaan-kejayaan TUN jatuh diatas nama pemimpin BN lain pulak. Inikah balasan UMNO terhadap TUN selama lama ini?

Rakyat Malaysia terdiri dari semua kaum-kaum bukan Melayu dana rakyat Melayu - dari Pakatan Rakyat sokong dan sayang TUN selama lamanya. Tindakan TUN keluar UMNO ....Bravo !

HIDUP TUN , HIDUP TUN

ANAK ANAK BANGSA MALAYSIA.

azlan said...

Jika tidak sesuai dengan topik di blog, harap jangan disiarkan komen ini.

Selepas 22 tahun mendapat kuasa, hanya seorang Melayu yang mampu membuka premis di Pavilion, Bukit Bintang.

Harap Tun dapat ulas samada Tun gagal membela nasib umat Melayu.

Azlan
KL

fireamp said...

umno semakin hilang sokongan, terutamanya dari golongan muda, bila agaknya mereka-mereka yang dah tua bangka, kaki ampu ni nak berhenti? bila kerajaan BN dah jatuh agaknya, lepas tu, semua join PKR, biarlah Tun, di negara luar pun, parti yang mengasaskan kemerdekaan pun kalah juga akhirnya, mungkin kita kena terima hakikat, melayu sendiri yang menggadaikan apa yang melayu miliki, demi kekayaan, bukan demi perjuangan memartabatkan bangsa, Tun dah buat apa yang termampu untuk 22 tahun, melayu itu sendiri yang kena ubah tabiatnya

saarah hj. ali bashah said...

Salam tun,

Harini, jam 5.00 pagi saya mula buka laptop, dan saya baca komen yg ada pd blog, kerana semalam tidak kesempatan utk baca kesemuanya.

Jam 6.54, tun telah post out mukadimah utk hari ini, inilah yg takde pd pemimpin sekrg, tun begitu peka, pantas dan cepat.
Disini kita boleh nilai, bagaimana tun mengendalikan pentadbiran dlm kerajaan selama 22 tahun.

Maka disini siapalah tun musa hitam, kalau diberi peluang utk bercakap mungkin saya minta beliau duduk diam diam.Walaupun saya tidak mengikuti sepenuhnya perjalanan politik tun musa, secara peribadi saya memang kurang suka dgn cara beliau, mungkin sebab dialah jadi duri dalam daging sepertimana baru saya ketahui bagaimana berlakunya kewujudan semangat 46 dgn penjelasan tun, maka saya kurang setuju dgn caranya, hati tak ikhlas agaknya.

Secara peribadi, tun sendiri semasa menjadi perdana menteri, adalah seorg yg tegas dan lantang, tetapi sebenarnya tun juga seorg yg mudah memaafkan org lain, inilah kelemahan tun, bukan shj memaafkan shahrir samad, tun musa hitam, tetapi perdana menteri DSAAB, semasa wujudnya semangat 46.
Adakah mereka lupa?

Kalau diberi pilihan, tun daim zainuddin, juga mempunyai karisma dan berkaliber utk menjadi perdana menteri, selain dari DSAAB,semasa pencarian tun utk mencari pengganti kepada tun, ini pandangan saya.

Yg sebenarnya tun, mereka ini semuanya ada agenda, tetapi jgnlah melampaui batas nanti ada yg meluat dgn tindakan kita.

sekian, sarah hj ali bashah.

pulutsutera said...

Tun

Fakta ini sangat menarik. Ke dua-dua orang ini yang mengkritik Tun sebenarnya telah "diselamatkan oleh Tun" pada satu waktu dahulu. Mungkin mereka dah lupa atau buat-buat lupa. Maklumlah mereka dah ada kedudukkan dalam kerajaan. mentang2lah Tun dah keluar UMNO, saya sedih kerana ungkapan demikian dapat keluar dari mulut Tun Musa. Seolah-olah Tun Dr Mahathir terlalu hina dimata mereka. Saya setuju dengan Tun yang Datuk Shahrir patut tumpukan usaha untuk mengawal harga barangan dapur yang melambung sekarang. Seolah-olah tidak terkawal lagi dengan hampir setiap hari ada sahaja kenaikkan harga barang berlaku. Saya rasa Datuk Shafie Afdal lebih "afdal" dan lebih baik dari datuk Shahrir dalam tindakkan2nya memerangi kenaikkan harga barangan.

nadzri said...

Mungkin Tun Musa Hitam masih memendam rasa luka lama.

Syafika said...

Salam Y.Bhg Tun & keluarga
Terima kasih atas segala informasi yang diberi. Tun. Sebenarnya ramai lagi yang jadi duri dalam daging. Mereka2 ni jadi pemimpin sebab wang, bukan nya sebab nak memimpin rakyat. Orang yang tak pernah kenal apa itu perjuangan pun mereka2 ni.
Apa yang saya harap kan ialah Tun dapat menjaga kesihatan Tun sebaik mungkin dan teruskan lah perjuangan yang belum selesai ini. Terima kasih Tun atas segala segala jasa2 Tun pada seluruh rakyat Malaysia. Hanya Tun saja yang mampu melakukannya!!!

Salam dari perantauan

ben932 said...

Komen Tun Musa Hitam and Shahrir Samad tersebut menyakitkan hati kami.

Waterfall said...

Assalamualaikum Tun

Well said (as always).
Take care and may Allah keep you and your family in the best of health and iman.

PS. When are you coming out with your memoir?

Anak NEP said...

Tun;
Blog Tun ni amat dialu-alukan sebab dah banyak kita dengar pasal cerita2 dari sumber lain. Jadi untuk mereka2 yang tak berkecimpung dalam politik (seperti saya)sebenarnya tak begitu arif what's happenning jadi dengan ada nyer tulisan Tun ini dapat kami tatapi sedikit sebanyak what's behind close door. And also to give us better perspective. After all politics is about perception.

Saya tahu Tun lakukan ini semua kerana sayang kan Bangsa, Agama dan Negara. I have no doubt about that.

I wish you could run for UN Secretary General as you have got nothing to proof here in your home country. Look at what happen in the world now. IF only you could which I know is impossible due to your strong stance against Zionist regime.

I wish you the best and good health and keep on writing.

Salam

P.S. Actually, I never voted in PRU in my life (though I am already past 40) its not that i could not care less but I always believe in UMNO and BN and I know they will win irrespective. For the first time I voted the last PRU12, I have to vote against BN not that I support PR BUT it was a protest vote (You are dead right on this, Tun) I believe many more are like me.

Zaki Zainudin said...

Dear Tun Mahathir,

I've never posted a comment on your blog prior to this, since well, I can see that you receive hundreds of comments anyway, and mine would just get lost in the crowd. However I noticed there are no comments for this particular post up to this moment (I got in the office early this morning at 6:45 am) so here goes nothing....

I have been a great follower of you since as far back as I can remember, since even when I was still small. Your ideas and solutions to problems as well as on occasions, bending the rules (or lateral thinking as I like to call it) have benefited the nation greatly; in I think more ways than even you yourself can comprehend (a domino effect). Granted there may be times where your strategies have backfired, but nobody's perfect right ? Most importantly is how you respond (not react) to these situations.

Anyway, as somebody who I think represent the younger demographic of the general population that feel some contempt for the current administration, I would like to share my views with you.

You see Tun, it is common knowledge that the lousy showing in the previous polls was the result of various obvious weaknesses in the government of the day. But more so than that, UMNO, MCA and MIC failed to listen to the people's demand and request in their 4++ year reign after your resignation as PM. They may argue that it is quite impossible to please everyone, however I do believe some level of realistic explanation would have been in order and would have been much appreciated. Instead they choose to patronized the rakyat.

The younger generation of the day I believe, is more articulate, which is a direct result of the country's improving education system, compared to the days of pre-Merdeka and early independence. Even the main-stream media chooses to ignore the obvious. I mean common, the issue is so blatantly in front of you and you still twist your words to make it sound like something else. This creates a feeling of distrust, contempt and even disgust amongst younger generation. What would you have expected to come out of implementing a progressive and dynamic education policy, if not a rakyat who can think for themselves, and who are not easily duped ?

To add salt to the wound, even after a "message" was clearly sent in the past elections, the government of the day still chooses to ignore the obvious as do the mainstream media. Why ? I believe its because they have ran out of ideas. I mean the rakyat has always been accommodating to the government, in terms of whatever policies implemented previously, because they have always believed whatever that has been told to them by the mainstream media, and to a certain extent, the government has become complacent of this situation.

Unfortunately (for the government), times have changed, and if they fail to see the obvious, then I am sorry to say that parties like UMNO, MCA and MIC will become irrelevant, since they failed to keep up. They have been talks about "Perjuangan UMNO".... may I honestly ask... what does that mean ? UMNO was initiated to combat the formation of the Malayan Union, and I guess that particular "perjuangan" was successful... and then what ? To develop, educate and perhaps improve the economy of the Malays ? Frankly speaking, they've gone at it for close to 40 years now, and I believe this has also to a certain extent been achieved. Look at the prosperous state that the country is in today. So if that is all that UMNO has to offer.... why should the younger generation choose them ? I mean don't get me wrong. We don't want to be "kacang lupakan kulit". Whatever contribution that have been made is very much appreciated and we can have a "Tugu UMNO or BN" to express our thanks and remembrance. But in this day and age, where globalization is more rapid and there is huge free flow of information, coupled with the more "articulate" younger generation, such issues are to say... NOT ENTIRELY RELEVANT. There are more important and relevant things that the younger generation appreciate, like for example being transparent and impartial. If you made a mistake just say so. The rakyat is forgiving to a government which is humble and penitent. If its huge mistake, then have the courage to live up and admit it (just like you).

Sorry Tun, I'm not a politician but I can go on... and on about this. Thus that was my two cents on it; for UMNO and BN (and the media) to remain relevant is for them to be dynamic with changing times and to level with the ever-changing audience demographic. Easier said than done ? Who ever said this was going to be easy ?

Regards.
ZZ

whackthembugger said...

Sorry to say Tun, give Musa Hitam “wine, women and song”, he’ll do anything as adviser to PM. Indeed, he sold himself to the devil in the IR project; he’s beyond redemption. His “duri dalam daging” statement is “ludah ke langit jatuh ke muka sendiri”. As a human being, it’s good for Tun to forgive him; let Allah be the One to punish him.

Shahrir Samad, another all time hard core supporter of PM, who thinks of himself and forgets the past. That guy’s daging is not worth a dime, a pariah as commented by some of my friends in JB.

Tun, such statements coming from these two scums have no impact at all on you. The Silent Majority can differentiate glass from diamonds and these two are the cheapest type of glass around, found only at pasar malams.

Again my best wishes to Tun’s good health and take care.

Hanani said...

Assalamualaikum Tun,
First and foremost I must take this opportunity to tell you that I have the utmost respect for you. I follow closely your blog posting as I admire your wits. To date I have yet to be given the opportunity to meet you in person, which I look forward to in the near future, I hope.
I have honestly lost the respect and confidence in the current leadership of this country. Although statements were previously made on changes that would take place as a result of the poor outcome of the general election, I have not seen any significant implementation of policies towards betterment of the nation to date. Activities are mostly very superficial and ad-hoc.
Thank you for creating your very own blog, thus providing us a little window to your thoughts.

ijat said...

Assalamualaikum,
Saya menghormati Tun sebagai seorang yang berjaya membangunkan negara. Masalah duri dalam daging akan sentiasa ada dalam politik, tetapi itu hanya sindrom, kesan dari punca yang terlindung. Apa guna makan aspirin kalau sebenarnya barah otak, begitulah umpamanya. Duri hanya menerjah dalam daging yang lembut. Kalau MTUC, CUEPACS boleh 'mengugut' tangan yang menyuapkan nasi ke mulut mereka, nyata, daging itu lembik. Terlalu banyak isu yang menunjukkan sikap 're-active' bukan 'pro-active'. Kebenaran adalah sesuatu yang susah diterima. Semoga Tun terus memperjuangkan nasib dan hak bangsa. note: bak kata pendekar mustar: 'mereka tu semua pengampu, pengampu orang kaya'

The Trooper said...

Dear Tun,

Kalau sekalipun depa anggap Tun sebagai duri, let it be Tun, sebab daging tu pon dah busuk. Better get out from benda yang dah busuk! betul tak Tun!?

Tun,

I strongly would like to suggest that instead of we waste our time with si Luncai dengan Labu-labunya, this is the most crucial time to concerntrate our effort to fight the real threat to the future of Malaysia...Anwar.

Like you said, his threat should be looked seriously. As far as I am concern, Pak Lah and the rest of UMNO leaders now do not have the "ummph!" to counter Anwar. Tak dak yang berkaliber langsong!..

Only you Tun...only you!

~MataHatiJohor~ said...

YAB Tun,

Betul apa yang Tun Kata. Saya masih teringat lagi Puan Hajjah Fatimah Hitam dan rombongan UMNO Johor Bahru yang pergi ke rumah Tun waktu pagi sebelum subuh walaupun pada awalnya tidak dibenarkan oleh Polis yang mengawal kediaman Tun. Tetapi Hajjah Fatimah Hitam Ketua Wanita Johor Bahru yang juga adik Tun Musa merayu dan minta bercakap melalui telefon dengan YAD Tun Dr Siti Hasmah.

Kerana ketinggian budi pekerti Tun, Tun menerima kunjungan mereka waktu itu yang sebenarnya dihantar sebagai utusan oleh UMNO Bahagian Johor Bahru bertujuan merayu budi bicara Tun untuk menarik balik hukuman penggantungan Dato Shahrir dan En Salimin Kesut yang didakwa sabotaj calon ADUN Tanjung Puteri, YB Mohamad Kasbi.

Akhirnya mereka berdua dilepaskan dari hukuman penggantungan tersebut. Dan kemudiannya Hajjah Fatimah dikalahkan oleh calon yang lebih digemari oleh kepimpinan UMNO Bahagian Johor Bahru.

Syabas Tun. Hajjah Fatimah Hitam menceritakan sendiri kepada saya bagaimana baik dan mulianya Tun berdua ketika menerima rombongan mereka pada pagi-pagi 'buta' itu.

Hari ini, apabila pemimpin sudah tidak bertuankan perjuangan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebaliknya mengambil individu dan pemimpin tertentu sebagai tuan, mereka tidak lagi berani menegur kepincangan tuan mereka walaupun tuan mereka sedang menjerumuskan UMNO dan bangsa Melayu ke 'gaung yang tidak boleh bangkit lagi' (mengambil kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dirgahayu Tun. Ahli UMNO kecil tetap berdiri teguh disamping perjuangan Tun.

Wassalam.

@@@ said...

Jika Tun adalah duri, diharapkan duri yang tajam ini boleh tidak berhenti-henti menikam mereka yang masih berlagak di UMNO.

Mahathir said...

Saya amat bersetuju.

Bumi Bertuah said...

salam...Tun,

Itulah Politik..akan tetapi sebanagi anak Johor saya amat malu mempunyai pemimpin seperti mereka...

Dulu mereka sanjung Tun, cium tangan tun tapi sekarang mereka penkhianat bangsa kerana membiarkan harta negara diratah...sesungguhnya kami tidak rela hak kami sebagai rakyat diperbuat sebegitu...Tak kan selamat mereka di makamah ALLAH nanti....

Semoga Tun selamat kembali ke Malaysia

jenahak said...

Syabat Tun, sekarang Tun lagi bebas mengkitik pembodek pembodek PakLah, lepas ni saya harap Tun "mengajar" si Nazri dan Annuar Musa pula.

nurule said...

Syabas TUN, Tun telah menggegarkan Pembodek UMNO. Selagi Lebai Malang tu menjadi Presiden, UMNO akan berkubur. Selagi orang seperti MUSAng Hitam itu berada UMNO sedang berjalan ke arah kehancuran. UMNO perlu kembali ke Semangat Tunku, Razak & Dr Ismail dulu. Jgn bagi Mukhriz keluar parti kerana dia mewakili rakyat yang berani bertindak.

kami senantiasa berada di belakang TUN kerana amat sayang TUN.
HIDUP TUN!!!

SAIFULLIZAM ABD RAHMAN said...

ASSALAMMUALIKUM YG BERBAHAGIA TUN..
SY SLH SEORG DR RAKYAT M'SIA YG KECIL INI HERAN DGN KERENAH ORG YG BERADA DLM UMNO NEY..TAKDE PEGANGAN TAK BOLEH DI TIUP ANGIN LANSUNG BERGERAK KIRI DAN KANAN.SY TAK TERKEJUT LANSUNG TINDAKAN TUN UTK KELUAR DR UMNO.SY AMAT MENGAGUMI CORAK PEMERINTAHAN TUN 1 KETIKA DAHULU SEPERTI KETUA YG MENGATUR STRATEGI UTK BERPERANG

apanama said...

Classic Dr.Mahathir!
We really still need someone like you, Sir, to put these kind of humans where they belong.
This Musa-ng, S.Samad, Nazri and a few more are trying to be heroes .. running in defence of their 'naked-emperor'.
Tun, as a Malaysian I'm so sorry that there are such idiots among us who are showing utter disrespect for a Statesman.
Please accept this sincere apologies and don't let negative comments by badly brought up morons to ruin your day.

Perjuangan Yang Belum Selesai, Tun.

God Bless You, Sir.

Fitri said...

Melayu mudah lupa, Tun... camtu la...

Dia tak nampak ke jasa Tun tu dah jadi darah daging.. bukan duri dalam daging...

Aduh... sakit hati betul bila baca statement kurang ajar tuh...

Ok Tun M, jaga kesihatan dan jangan mengalah... we support you!

Tun - Hero Malaya...
miss your 'apa namaaa...' :)

Ramzan melbourne said...

Tun,

kekacauan politik skrg mmg tidak dinafikan.. malah warganegara Malaysia yang berkerja, menuntut, dan bermastautin di luar negara pun terasa kehangatannya.

Satu perkara saya ingin utarakan dan bawa berfikir...

Skrg, rakyat Msia sudah cerdik dan berani, bukan lagi mereka yg menerima membuta tuli semua perkara, dan sudah pandai meluahkan perasaan dan entertain emosi atas segala perkara.

Oleh itu, hendaklah semua berita dipetik secara adil dari semua sumber (kerajaan/pembangkang).. supaya rakyat sendiri boleh menilai. Kita hendaklah berhenti menentukan/menapis info/berita apa yg rakyat perlu dengar dan apa yg tidak.. sebab takut kita berlaku tidak adil (sebab manusia bukan perfect dan tahu semua perkara).

Apa yg telah berlaku, banyaknya disebabkan rakyat sudah tidak percaya dengan berita dari berita perdana.. lalu rakyat rujuk kepada berita lain (pembangkang dan NGO pun punya webpage, blog, dan cara tersendiri).. dan secara jujur saya katakan... boleh kata tersangat ramai yg sudah menjadikan laman web bukan kerajaan sebagai counter source atau paling tidak.. hendak lihat apa komen the other side.. dan sudah tentu byk benda sensasi yg tidak dilaporkan di pihak media perdana.

Kawalan media nih, hanya membuatkan rakyat menjadi lebih marah. Jikalau kerajaan dan UMNO lebih adil.. dan benar (berani kerana benar).. tiada sebab utk rakyat berpaling kepada pembangkang terutamanya kerana Malaysia telah menjadi sangat maju di bawah pimpinan kerajaan.

Adil lah.. biar rakyat yg tentukan. Kami pun cemerlang, kami pun hebat (malah mungkin lebih hebat berbanding ahli-ahli wakil rakyat yg lain)...

Terima kasih

Zaili said...

A'mualaikum...

Tun,

Saya ada mengikuti perkembangan semasa terhadap reaksi pelbagai pihak mengenai keputusan Tun keluar UMNO. Apa yang saya dapati terdapat segelintir daripada mereka tidak bersikap profesional walaupun telah berpangkat besar dan tidak berfikir setapak kehadapan.

Ini kerana mereka tidak hormat keputusan Tun untuk keluar UMNO. Jika mereka tahu "human rights" tentu mereka tidak mencaci dan menghina keputusan Tun, malah melabel tun sebagai DURI DALAM DAGING. Ini hak Tun untuk membuat keputusan sendiri.

Kita merupakan negara yang demokratik, maka tiada halangan untuk membuat keputusan.

Saya harap pemimpin-peminpin UMNO yang lain agar bersikap serta berfikiran positif, jangan ambil kesempatan diatas keputusan seseorang. Tidakkah kita terfikir betapa besarnya sumbangan Tun kepada Malaysia? Beginikah cara kita mengenang jasa seorang bekas pemimpin?.

Memang tidak dinafikan setiap insan ada melakukan kesilapan, kita jangan hanya mencari kesilapan orang lain, cermin-cerminkan diri sendiri.

Apa pun, saya tahu keputusan Tun adalah terbaik dan saya juga menyokong anak Tun, Datuk Mokhzani Mahathir, dengan keputusan beliau.

Saya harapkan, adanya perubahan baru dan besar dalam politik Malaysia. Semoga Nasib dan Hak-Hak Orang Melayu Terpelihara.

Terima Kasih Tun, diatas sumbangan Tun terhadap Malaysia. Saya berkata demikian kerana saya tahun Tun seorang yang baik, kerana saya pernah bekerja di YKP/PLF 2005

DARIPADA SIBUK MENGKRITIK, LEBIH BAIK MENCARI JALAN PENYELESAIAN.

Sekian, terima kasih.

>> Lee <<

Abi Qalam said...

WOW!

Itulah yang menggelikan hati saya, YABhg Tun sudah tentu ingat dan mengerti akan tindakan mereka-mereka yang ibarat duri dalam daging. Tetapi, bukankah ahli-ahli politik semuanya 'musang berbulu ayam' dan 'duri dalam daging'? Siapa yang boleh terlepas? Pada saya, selagi kita masih mempunyai kepentingan tembolok sendiri untuk kuasa politik, selagi itulah kita menjadi 'duri dalam daging' bagi mereka yang mengundi kita.

Dimana keikhlasan???

Bumi Bertuah said...

Tun,

Hissamudian ketua pemuda umno banyak memberi komen tentang Tun, itula inilah...meluatnya...
Tun cerita sikit org yang tak sedar diri ni masa Tun kutip dia masuk umno dan didik dia....la nie lebih kuah dari lauk plak....memalukan org johor je..

panglima hitam said...

Salam tun,

Good morning,safe journey for you in japan..and best of luck..when ever you speak do you realise people will listen dengan khusyuk sekali,because every words that come out ada substance...always look forward...

Both of this leaders are just saying to jaga their perut nasi yang memang dah penuh.terpaksalah sebab baru dapat jawatan thats how it is kan...in Malaysia truly Asia and Malaysia Boleh..

Tun,do you know banyak yang sakit hati dengan kenyataan2 mereka, yang seperti kacang lupakan kulit ni..terutama rakyat yang setia dan kasih pada tun.

Tun,keep doing what you think is right...and you have got nothing to loose for the country..

But deep inside my heart,just wish all the UMNO members and ex members duduk dan bincang...yang muda tu pandai2 lah nak ambil hati orang tua...yang tua tu dengarlah jugak apa yang nak dikatakan oleh yang muda..

is it so difficult to say sorry pada you Tun..I just couldn't imagine that..for some country wish you to be their leader..but in our country..I don't see any respect for such a great man..

May Allah gives hidayah to the leaders..for our beloved country.

take care tun..,

james Baie said...

salam tun

red1 said...

A rose is known by its thorns. If all the thorns come off, do you call it a rose?

Tun,
Saya sebagai seorang Cina mualaf muslim dari dulu lagi semasa menjadi penceramah PAS asyik berceramah,

"Lu orang Melayu mau lawan sama Melayu, biar la. Wa orang Cina, wa tada masuk campur.

Tetapi sebagai seorang muslim, kita diajak Islam supaya bersaudara dan berpadu maupun bermuafakat"

Jadi saya pagi ini ada menulis sikit mengajak Tun, PakLah dan Anwar supaya ,berdebat secara sivil dan terbuka untuk menjaga hasrat rakyat supaya kita akhirnya bermuafakat demi mereka.

Sekurang-kurangnya setuju untuk tidak setuju tetapi mesti membawa resolusi muktamad sehinggalah ke PRU13.

Jangan gajah apa nama bertendang, semut semua mati. (sorry my peribahasa abit rusty)

Redhuan D. Oon
born 1961, Singapura
embrace Islam, 1980, Melaka
PAS (1984-1995)
Presently world leader of ADempiere Open Source ERP due to your inspiration of Malaysia Boleh!

orang kampong said...

Tun;
Sewaktu Tengku Razali mencabar Tun 1987 Tun menang tipis 43 undi sahaja. Rupa rupanya Tun,kemenangan tipis 1987 dari Ku Li itu telah memanjangkan hayat Umno sehingga 2004 sahaja. Kini dibawah Abdullah yang menjadi Pak Turut kpd puak puak seperti Musa Hitam,Radzi Sheikh Ahmad,Shahrir Samad ( 2orang terakhir ini keluar UmNO juga dulu )dll beberapa orang budak hingusan dalam sejarah perjuangan bangsa seperti KJ,Norza,keling Merican (tak nampak rupa Melayu langsung) dll lagi,Umno mula masuk Frasa KEHANCURAN.

Hairan pemimpin tertinggi Umno beri komen macam macam bila Tun keluar UmNO. Mengapa demikian? Sepatutnya mereka biarkan sahaja,setakat ini hanya Tun seorang dan anak Tun Mokhzani saja yang keluar ahli Umno. Mengapa mereka nampak gusar sangat?Bukan kah mereka dakwa UmNO masih KUAT???
Yaa,ada lebih 3 juta orang ahli Umno lagi? Ada apa dengan Tun seorang?
Hakikatnya Tun,mereka tidak mahu akui bahawa mereka tersangat lemah.Mereka masik tidak sedar Umno dibawah pimpinan mereka sedang menuju keruntuhan,ibarat rumah kayu dimakan anai anai,diluar kayu dalam ruangnya kosong, reput dan mudah hancur bila ditekan diasak. UmNO sudah menjadi macam Pertubuhan Belia 4B,MayC dll. Ada pemimpin tapi tak nampak ramai ahli.

MuzamiL said...

hidup ayahanda MAHATHIR!!!!!
kami akan tetap menyokongmu.. ayahanda tercinta.... semoga bangsa kita menjadi makin maju dan mentaliti kelas pertama.... hapuskan sikap tamak dan 'yes boss'..... insya-allah

kazuya said...

Assalamualaikum...
Tahniah Tun,Tun memang pahlawan Melayu yang sejati... :)

shamanis said...

YBhg Tun yang dikasihi,

Siapakah mereka-mereka ini yang mahu mengkritik Tun?

All of them are a bunch of losers. They can't even think of what to do tomorrow, let alone creating vision of Malaysia for generations to come.

YBhg Tun, kami majoriti senyap rakyat Malaysia, terlalu menghargai segala kerja kuat dan pemikiran Tun. Kami tak tahu kenapa mereka-mereka ini terlalu dangkal dan sempit tahap pemikiran mereka.

I mentioned this in my blog:

To Tun, With Love

When in Houston, I took a taxi from the hotel to my company office. The cab driver is of African origin. When I told him that I'm from Malaysia, he was extremely excited.


"Maleziane?"


"Yes I am."


"Thank Jesus, I'm the number one fan of Doctor Mahathey."


I'm quite puzzled and not sure how Prophet Jesus (pbuh) and Tun Mahathir could be in the same sentence.


"Look, this." he said, handing over a book. A rather thin book on biography of Tun written by some Somalian professor.


"He is our hero. He is our hope. We admire him. Malezianes are blessed with Doctor Mahathey."


How on earth, a Christian Somalian taxi driver in Houston USA, has been a great fan of Tun Mahathir, I don't really know the details. But I'm surprised. Honoured actually.


"He's my hero too." I said quietly.

Nandre The Legend said...

biasalah dr. M,

geng2 tu dok mengampu cari makan punya, walaupon depa rasa tak sedap hati dr. M nak keluaq UMNO nie... tapi, macham mana pon, kita saksikan sama2 apa akan jadi lepaih nie...

kucau said...

Assalamualaikum Dr M,

Harap boleh panaskan lagi pungkok Musa dan Shahrir, dan peranan mereka dlm SJER. Adakah SJER ini direct keuntungan untuk melayu atau adakah ini "racun" yg dimainkan Musa dan konco2nya sebagai salah seorang penasihat.

Inilah melayu yg tidak sedar diri dek untung dahulu.

Ruz said...

Tun

Saya rasa ada baiknya Tun mempertimbangkan untuk mengongsikan kisah-kisah belakang tabir seperti ini untuk menyedarkan mereka yang tak mahu sedar. Mereka yang telah lupa. Pertama untuk tujuan menyedarkan mereka. Kedua, supaya rakyat tahu kebenaran dan disalah membuat pilihan.

Thanks

Hok Kawe said...

Salam Tun,

Pedulikan kata-kata nista dua orang melayu yang tak mengenang budi dan menghormati org yg lebih tua.

Orang - orang ini adalah melayu yang lupa sejarah dan asal usul diri sendiri.

Zaman sekarang, peribahasa yg digunakan dah tak di pakai lagi

Teruskan perjuangan mulia Tun, saya sepenuh hati akan turut berjuang

rosni said...

Tun yang dihormati,
Syabas tun!
Saya sokong apa yang tun lakukan.
Saya memang respect Tun sejak saya kecil lagi dan saya membesar di atas pimpinan Tun. Tapi si Pak Lah ni saya tak minat langsung.Bukan saya aje, gosip2 kat ofis takde langsung yang berihak pada Paklah.Kami rakyat biasa tidak langsung respek Paklah.Yang respek paklah hanya dorang2 yang berkepentingan saje, nak lobi kuasa.Tengoklah sekarang, Cindia pun dah berani bukak mulut sebab dorang tak takut Paklah tu. Saya harap Tun dapat membantu kami rakyat Malaysia singkirkan Paklah. Takde orang pun yang suka Paklah..dia je yang syok sendiri. Good Luck Tun, dan tolonglah kami...

shahroney said...

Assalamualaikum Tun

Kita perlukan orang2 seperti Tun berada bersama2 kami untuk menyuarakan pendapat kami.. teruskan usaha2 sebegini....

A Voice said...

Tun

Saya orang Johor dan pernah meminati Musa semasa zaman 2M. Tetapi hilang rasa hormat apabila dia sanggup bersekongkol dengan musoh politknya, Tengku Razaleigh untuk menentang Tun.

Hari ini saya benci kepada Musa kerana boleh dilembukan bersama Abdullah dan Khairy untuk mengetepikan "DEB" di WPI. Ketiga-tiga lembu ini boleh mudah dicocok hidung untuk mengikut saja cakap anak Cina bernama Dato Dr Vincent Lim.

Jika Tun dipanggil duri dalam daging, Tun Musa adalah pembelot perjuangan bangsa.

Hari ini, Musa dan anak didiknya mempertahankan Abdullah dan keluarga untuk memperjudikan kedaulatan bangsa dan negara, ancaman kepada keselamatan negara, dan menjadi sekutu setan zionis dan neo-con dalam hal ehwal antarabangsa.

Tun hanya keluar dari satu kepal daging yang telah dibusukkan Musa, Abdullah, anaknya Kamaluddin, menantu Khairy, rakan-rakan Kalimullah dan Anway Zaini, dan anak-anak muda yang jiwa mereka kosong kemelayuan seperti Zaki Zahid, Kamal Khalid, dll.

Muga Tun diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus menyuarakan yang tidak betul untuk negara ini.

Saya akan kekal bersama mu, Tun.

Jeff @ Penang said...

good morning Tun,
dia sendiri yg jadi duri tapi nak kata kat orang pula...senang lupa dia tu...
kami sekelurga tetap menyokong Tun.

Jeff @ Penang said...

good morning Tun,
dia sendiri yg jadi duri tapi nak kata kat orang pula...senang lupa dia tu...
kami sekelurga tetap menyokong Tun.

BuRnLeiCesTeR said...

Askum Tun Dr Mahathir yg dihormati..
Menarik artikel ni...kepada Tun Musa Hitam & Dato Shahrir Samad, sila laa bace artikel ni ye...Jgn pandai kate orang jek...

Semoga Allah sentiasa merahmati Tun Dr Mahathir...

SA Rahim said...

YB Tun,
Macam mana ada orang yang biadab mengatakan Tun 'duri dalam daging'. Jasa Tun akan terus dikenang oleh kami. Kerana Tun negara kita makmur dan disegani orang. saya sekarang tengah membaca buku Tun yang terbar, surat-surat Tun kepada world leaders.

Semoga Tun sihat selalu.

SA Rahim said...

Siapa yang akata Tun sebagai duri dalam daging dialah yang biadab. Teruskan bercakap benar. Morally, pemimpin mesti bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Perdana Menteri perlu letakkan jawatan sebagai ciri kebertanggungjawabannya selepas 'kalah' pilihan raya.

amanina2 said...

salam dan selamat pagi kepada tun dan juga para pengunjung blog

saya dan sekeluarga amat sedih dan sayu melihat tun diperlakukan sedemikian rupa oleh para pemimpin umno.

bagi saya inilah petunjuk bahawa apabila perjuangan untuk kepentingan peribadi melampaui kepentingan agama, bangsa dan tanahair telah menguasai sebahagian besar para pemimpin umno sejak dolah badawi menjadi penguasa parti dan negara.

davidfirdaus said...

Assalamualaikum Tun,

They can say all they want, let them. We are always behind you and supports you.

zaitgha said...

Tun,

Please share about Nazri Aziz too...i think i should cut and paste this posting and put at the comment in Shahrir's blog...mesti tak kuar punya he he

btw, keep well Tun

p/s
saya dan suami pun anak DEB, dan sekarang sudah berdikari untuk anak2....terima kasih

yin & yan said...

TUN - BEYOND UMNO

Tun,

With you, politics (and even economics)is always interesting. Always on the toes. With you we need to learn to expect the unexpected.

You are always thinking outside the box (in fact boxes). It took somebody not in the box of economics to solve the currency crisis in 1997. You won - IMF and world bank lost! Thank you for your formula.

You showed us how to rule a nation. When you quit, you showed us how to rightly oppose a leader probably you saw that we were overwhelmed by your leadership that we no longer know how to say no. Anwar, Nik Aziz and Karpal did not know how to oppose until you showed them how after you left the PM job.
You showed us how to say YES and how to say NO to a leader.

Now you are showing - how not to worship a sinking ship - UMNO, or how even not to worship you - by leaving UMNO. Rightly that has always been the tradition of UMNO. Former leaders normally quit UMNO. It is a norm.

It does give breathing space to budding leaders within and without UMNO to think for themselves as well as giving you free terrain to do whatever you want and in the way you want. Whatever it is the end result is we are seeing wisdom in your actions and inactions.

There is life beyond UMNO.
Your sharing with us past stories
and experiences during nation building is nation building too.

More stories - yang menggelikan hati like duri dalam daging - please! It brings smiles to the world!!

Yin & Yan
OUT OF THE UMNO BOX

aniisa said...

Biarlah dorang mengata, saya yakin tun berada di pihak yang benar. Selalunya orang yang suka mengata orang yang tak sedar di untung.

petikan: http://www.malaysiastory.com

dan kajang said...

As'kum Tun,
Syabas kerana Tun telah mendedah perangai buruk dua hipokrit Tun Musa dan Dtk Shahril.Bukan apa, cuba nak tunjuk handal,tapi depa lupa perangai depa dulu cukup teruk.Depa ni oportunis besar.Lepas ni tidak heran kalau Pak Lah turun depa akan hentam Pak Lah dan puji pengantinya.Depa ni hanya nak jaga periok nasi sendiri bukan ada prinsip sangat.Kami sokong Tun/

raja nizam said...

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh,
Tun Yang DiKasihi, Selamat Pagi.

Perjuangan Tun di dalam mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara amatlah kami kagumi. Masih ramai yang berpihak kepada perjuangan Tun. Usah dirisaukan akan sokongan. Tidak akan ada sokong yang akan membawa rebah kepada pihak Tun.

Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia mestilah diselamatkan daripada "lintah darat-lintah darat politik" ini Tun. Saya sudah mencapai ke tahap meluat yang amat sangat apabila melihat muka-muka Melayu Dayus keluar di kaca tv. Mereka ini tidak lain hanyalah pemusnah maruah bangsa yang menghina kepada kelahiran mereka sendiri.

Kami amat menyayangi Tun dan amat memahami akan tujuan Tun keluar daripada UMNO itu. Berundur bukanlah bererti kalah. Kami akan sentiasa bersama-sama Tun.

Walau macamana payahpun kedudukan Melayu sekarang ini, Tun hendaklah berjanji kepada kami semua, jagalah kesihatan diri Tun sendiri. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa memberikan kekuatan dan kesihatan kepada diri Tun dan famili, InsyaAllah, Amin.

Kepada semua yang membaca, bangkitlah menjadi bangsa yang bermaruah dan berdaulat. Jangan jadi "Melayu Yang Mudah Lupa". Apabila diberikan kesenangan, kuasa dan pangkat, maka lupa asal usul diri sendiri. Perjuangan masih belum selesai. Fikirkanlah masa hadapan anak-anak, cucu-cicit kita nanti.

Sekian, Salam perjuangan dari saya.

Raja Mohamed Nizam

rijal said...

Saya stuju dengan tindakan TUN. Kj dan konco-konconya mesti dikeluarkan. Untuk keluarkan mereka kena keluarkan paklah dulu

rijal said...

singkirkan Kj dan konco-konconya

selama said...

Assalamualaikum Tun,

Harap Tun sihat sejahtera. Syabas Tun, Tun telah buktikan perjuangan belum berakhir. Tun lebih mengetahui luar dan dalam impak situasi sekarang. Harap Tun teruskan bersuara disamping jaga kesihatan

Miss NZ said...

Siapa sebenarnya duri, siapa sebenarnya daging?

Fitri said...

Salam Tun,
Saya doakan agar Tun senantiasa diberkati dan dilindungi Allah swt. Pak Lah lembab sekarang ini hanya bermain dengan waktu. Si kaki tidur ni cuma ingin bertahan utk meranapkan UMNO agar diaboleh menubuhkan parti baru bersama kaum keluarganya. sepupu B.A.B.I@Brother Anwar bin Ibrahim nipun sekepala dgn pengkhianat di selatan tanahair. Dengan sokongan dari negara selatan semenanjung mereka cuba sedaya upaya memuaskan UMNO & meranapkan Malaysia. Seperti yg Tun katakan penubuhan Singapura raya akan terlaksana dengan kerjasama kedua-dua sepupu sepapat ini.
Kaki tidur & ahli keluarga yg tak tahu malu ini akan terus menerajui negara dengan segala pembohongan kepada rakyat jelata & merupakan lebih tajam durinya dalam daging "kobe beef" dr jepun.

W'salam Pak Tun. Moga Allah melindungi Pak Tun.

cay said...

Salam Tun,
Saya masih tercari-cari rasional tindakan Tun selama ini. Apakah Gelombang Perdana yang ingin disekat? Sememangnya Tun sangat bijak dalam merancang strategi dan menutup/mengalih isu. Pada pandangan saya Gelombang DSAI lebih digeruni berbanding Gelombang Kuasa Pak Lah Dan Aras 4. Janganlah kepentingan diri diutamakan lebih dari Agama dan Bangsa. Semoga Tun berjaya dalam perancangan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

risik_03 said...

Salam Tun..

Saya berasa puas hati dengan penjelasan TUN..sebab kadang2 apa yang diperkatakan di akhbar banyak yang TIPU dan diputarbelitkan..
Saya cadangkan TUN menulis lagi berkaitan ISu2 menarik mengenai Pemimpin UMNO di zaman pemerintahan TUn berbanding sekarang supaya kami dapat tahu kebenarannya yang mana dikatakan DURI dalam DAGINg..

Syabas TUN..
///.Amar Makruf Nahi Mungkar

abang besar said...

Saya harap lepas ni tak ada statement yang menyakitkan hati tun, walaupun apa pun terjadi saya tetap bersama Tun Mahathir, bersamamu Tun. Semoga Allah lanjutkan usia Tun.

De La Vega said...

Assalamualaikum Tun,

I always admire your wisdom..
Can you please explain about the 'Mahathirism' era that been highlighted by Tun Musa.

bobob said...

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 6:54 AM


Awal pagi...lepas Suboh Tun M da post benda ni...Sure lepas solat Suboh Tun M dah teruskan aktiviti harian..ALhamdulillah Tun M masih kuat dan sihat...syukur.
Si Dollah time ni sure tgh berdengkur...maybe lepas solat tarik selimut sambung aktiviti utama dia....hahahahha
Tun M.....duri dalam daging yang sebenar semua orang da tau dari awal...tun musa nye hal la antara punca UMNO berpecah pada 1987, Dollah pada ketika itu pon Pro kepada semangat 46...cuma pasal nak selamat, tak lah dia sign up ngan 46....
kita jangan bagi muka pada Dollah and his bunga-bunga berduri....

mohd zaki said...

assalamualaikum tun,
saya sedih juga dengan pelbagai kritikan yang dilemparkan oleh mereka-mereka ini.
biasalah tun adat berpolitik sentiasa ada kaki-kaki pembodek dan pendengki ni.
harap tun bersabar.
ramai lagi yang sentiasa menyokong tindakan tun.
selamat maju jaya diluar sana.

abang besar said...

Semoga Allah lanjutkan usia Tun, perjuangan Tun mewakili seluruh rakyat Malaysia

yiemega said...

Ayahnda Tun terima kasih memberi penjelasan tentang isu duri di dalam daging ini, tetapi ada seorang lagi yang jika dahulu orang kuat ayahnda Tun tetapi sudah berubah iaitu Annuar Musa...saya tak sangka Annuar Musa sanggup maki hamun Ayahnda Tun sampai begitu sekali....harap ayahnda Tun pun sudi memberi komen terhadap komen Annuar Musa terhadap Tun

mr. q-za's said...

akum.. pertama kali saya berpeluang untuk post msg ke blog tun...

saya amat sayangkan tun dan saya sentiasa mengikuti perkembangan tun.. sabarlah tun.. biarlah mereka ini... mereka hanya menjaga kepentingan peribadi sahaja..

Apapun saya bangga dengan keputusan tun...

Adika Putera said...

Assalamualaikum Tun,
Moga selamat perjalanan ke Jepun dan selamat kembali ke tanahair.

Tun geli hati baca komen mereka berdua, saya sekeluarga sakit hati. Terima kasih kerana menjawab komen2 dari "hatchet men" P.Lah ni. Kami memang meluat dgn mereka berdua ini, dan lain2 lagi yg sekutu dgnnya.

Saya nak sentuh satu (dari berpuluh2) perkara yg saya tidak faham mengenai kepimpinan P.Lah ini. Mengapa perlu ada satu "fan club" untuk seorang perdana menteri. "We Love Pak Lah"... Poorah.. Saya bila lihat sticker ni di kereta, rasa nak meludah kat sticker tuh...(maaf..kasar sikit). Tak perlu lah bersungguhan nak jadi glamer. Anda akan jadi glamer dgn sendirinya apabila ada sumbangan dan jasa kpd bangsa, agama dan tanahair. Tapi bila habuk pun tadak.. kami meluat.

P.Lah - sudahlah tu..berundurlah demi bangsa, agama dan tanahair.
Hatchetmen P.Lah...sudahlah tu...anda semua bersekongkol menjatuhkan bangsa, agama dan tanahair.

raja nizam said...

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh,

Tun yang amat dikasihi, Selamat Sejahtera.

Kami memerhati dan amat faham kenapa Tun mengambil keputusan keluar dari UMNO. "Berundur tidak bererti kalah" dan saya percaya, kemenangan dalam mempertahankan maruah bangsa Melayu dan rakyat Malaysia akan tercapai tidak lama lagi.

Kami akan sentiasa bersama-sama dalam memberikan sokongan dan semangat di dalam perjuangan Tun. Usahlah dirisaukan kerana sokongan kami bukanlah seperti "sokong yang membawa rebah". Mereka yang sepertinya ini ramai di kalangan Majlis Tertinggi, tapi bukan di kalangan kami Tun.

Saya sebenarnya sudah mencapai ke tahap meluat yang amat sangat apabila melihatkan muka-muka "Melayu Dayus" keluar di kaca tv. "Lintah darat politik" ini telah menghisap semangat perjuangan Melayu dan merekalah sebenarnnya juga yang telah menjahanamkan dan mengadai maruah dan kedaulatan bangsa Melayu dan kita semua sudah tidak boleh mendiamkan diri lagi.

Mereka inilah Melayu yang mudah lupa. Apabila diberikan kuasa, kesenangan, pangkat dan harga diri, mereka seolah-olah lupa akan asal-usul mereka.

Mereka sepatutnya "dibersihkan" dari arena politik tanahair. Kelakuan dan peradaban mereka tidak ubah seperti menghina kelahiran mereka sendiri sebagai bangsa Melayu.

Perjuangan masih belum selesai dan jikalau diabai, maka bangsa akan tergadai. Walau macamanapun harapan kami kepada Tun sebagai pejuang bangsa, Tun jagalah kesihatan Tun.

Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Tun dan semoga juga diberikan kekuatan dan semangat dalam mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta ini.

Salam Perjuangan dari saya.
Wassalam

Ning said...

Dear Tun,

A BIT OF BACKGROUND:
I admitted that i was one of those ppl who got angry over the sacking of Dato' Anwar, not because I particularly found him impressive (Bahasa baku la, newly borrowed Indonesian words during budget speech la, and always announcing Islamic this and Islamic that but nothing concrete and meaningful) BUT because I thought he deserved to be treated with due respect and tried before ppl actually stormed into his house and cut off the electricity etc.

Especially enraging to me was the fact that some former minister who was involved with some poor minor girl/teen singer was treated much better. And as such, I was angry with you and voted for the opposition after that.

And by the way, Tun, I did foresee the financial crisis coming in 1998-1999 and wished I was there to advise you!! And when you came to officiate the petrochemical complex in Kerteh I was there and I shook your hands and you know what, I also could foresee that somehow you would not be our Prime minister for long. So basically I am gifted! :)

ISSUE:As such, I will share with you some of my thoughts.

Unless something drastic happens, BN WILL LOSE THE UPCOMING ELECTION. That is quite obvious and nothing new with the prediction but I m going to explain why and how this prediction will come about. Not that many UMNO members will officially go out of UMNO at this point of time following your example because it s an unnecessary move for ordinary working people like us who has to attend to our daily job.

HOW BN IS GOING TO LOSE MORE UMNO PEOPLE? I actually voted for BN recently despite the reports of corruption and power abuse because I think that its always there anyway, otherwise, how can some ministers have been appointed in the cabinet when they obviously possess mediocre intelligence except for having incredible manipulative skills ( it's the same in the corporate world, Tun, hahah). But NOW, after the Opposition has won 5 states, I realize that other people have protested through their votes and there are many people who cannot tolerate these things anymore and there is a significant majority and the collective protest is big enough to actually reverse an adverse situation, AND, now I realize that I can actually protest and make my opinion count. This is the crux of my thought, I have analysed that my reaction is a result of some re inforced behaviour that would somehow not been triggered had it not been precipitated by someone else. FOLLOWING THE HERD, I have resolved that I will also protest in the upcoming election by voting for the opposition.

My reaction is very typical in human beings which in some part reflects some animalistic behaviour!

CONCLUSION & RECOMMENDATION: I believe my reaction is a typical reaction of UMNO members of my generation ( 41 yr old married professional, grateful recipient of DEB) and as such you can count that my reaction is echoed in so many other people as well.

Please do your utmost to save UMNO Tun, eventhough not many people is following your step by officially going out of UMNO when in actual fact many people have done mentally so just don't be disheartened. And also, one of my earliest observation is that if a certain person becomes the head or deputy head of a country with a reputation for being a ladies man, the country 's security maybe at stake eventhough he may be much more intelligent and more effective than the one who was jailed under ISA! And you are right, all of my friends who voted the opposition this time was their simple disdain for the current PM and the fact that the current UMNO is so complacent!Just tell Pak Lah, he is like the emperor with invisible clothes ( that's my utmost intelligent recommendation so far! Haha, seriously,some people can be so dense!)

Anyway Tun, I looked forward to reading your lengthy speeches when you were the PM and felt the loss when you were no longer there.So I m glad you have this blog and I hope you actually read my posting.
God bless and take care, Tun!

neodysis said...

Salam

Tun telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan selama itu juga Tun telah memimpin UMNO dan sampai sekarang pemimpin melayu gagal mentafsir idea-idea Tun untuk merungkai pemasalahan orang melayu pada masa kini dan kebanyakannya lebih menjaga kepentingan peribadi dan mengaut keuntungan dengan menjual pangkat yang diamanahkan oleh rakyat.

Malah ada yang lebih berani dengan mengambil kesempatan dari kelebihan yang ada pada bapa mertuanya untuk mengawal dan mendominasikan kelebihan itu untuk kepentingan peribadi sendiri dan sanggup bersengkokol dengan pihak-pihak tertentu supaya agenda dan cita-citanya tercapai walaupun sanggup menjual maruah bangsa agama dan negara.

Punca segala sengketa dan permasalahan wujud apabila individu ini tiba-tiba muncul dalam arena politik UMNO setelah perlantikan Pak Lah sebagai perdana menteri.

abang besar said...

Saya rasa dah lama Musa Hitam jadi duri dalam daging UMNO, sekarang dia kata Tun pula duri dalam daging, memang tak mengenang budi punya orang, saya harap Tun akan terus memperbetulkan parti UMNO agar ia berada diatas landasan yang betul agar dapat melindungi kami orang melayu, bersama mu Tun, semoga Allah lanjutkan usia Tun Mahathir

tulip-red said...

salam tun..saya amat sedih dengan senario politik malaysia pada hari ini, yang mana melihat kerakusan pemimpin gila kuasa tanpa mempedulikan nasib rakyat, perpaduan kaum yang semakin lemah, kedaulatan bangsa melayu dan agama islam semakin tercabar dan maruah negara yang semakin tergadai.. apakah nasib genarasi akan datang..tun, saya doakan semoga Allah S.W.T memberikan kesihatan yang baik dan kekuatan kepada Tun bagi meneruskan perjuangan menyingkirkan pemimpin yang lemah dan dungu demi bangsa, agama dan negara..saya akan terus teguh menyokong perjuangan Tun..Syabas Tun!!!!

shhreza said...

sependapat dgn org lain.. syukur tun tulis blog! at least tak susah kami nak tahu apa kata 2 tun yg sebenar!

special request tun! could tun plz someday make a list of books that tun love to read and recommend malaysian to read!

i think many would like to know!

James Ya said...

Do u think Najib is a better UMNO Leader & PM?

IMHO, Pah Lah is still my preference over Najib.

jepspg3gbk said...

salam buat Tun sekeluarga yg amat saya hormati,
mmg TMH termasuk dlm golongan yg tidak akan diingati dlm lipatan sejarah kepimpinan Malaysia dan sbbnya spti yg kita baca komen TMH terhadap Tun MM.
Seorg lagi yg cukup oppotunis dlm hal ini adalah Dato' Zahid Hamidi yg komen beliau amatlah tidak layak memandangkan beliau masih lagi daki DSAI.
sbg bekas bendahari dan ketua penerangan pemuda bahagian saya amatlah ingin mengikuti jejak Tun tetapi memandangkan pemilihan parti semakin dekat dan inilah peluang terbaik untuk menunjukkan bahawa akar umbi UMNO sendiri menolak PakLah, maka saya akan teruskan usaha supaya penolakan PakLah yg berlaku di peringkat cawangan2 sekarang diterjemahkan terus ke peringkat bahagian dan pusat.
Pernah beberapa bulan sebelum Tun meletak jawatan sbg PM saya bersama isteri dan anak2 berpeluang untuk minum petang di Dome KLCC dan Tun berada di meja sebekah berdua dgn Tun Hasmah. Itulah kenangan manis yg tidak akan dpt saya lupakan sampai bila2 walau pun kami tidak dpt berbual dgn Tun berdua namun senyuman Tun tetap terpahat dlm ingatan.
Semoga Allah sentiasa memelihara Tun keduanya.

AHMAD ALBAB said...

bagi pandangan saya pula, elok lah tu tun keluar dari umno sebab umno tak akan memberikan kebahagian kepada tun di dunia dan akhirat. ada lagi pakatan yang akan INSYA ALLAH dapat menjamin kehidupan dengan lebih baik. Siapa tak nak ISLAM dapat di tegakkan di Malaysia. ISLAM dapat menjamin kehidupan kedua-dua pihak iaitu orang islam dan bukan islam. Kalau nak bukti, cuba baca balik sirah rasulullah s.a.w. macam mana baginda menjadi ketua Madinah yang didiami oleh orang islam dan orang bukan islam. Saya dengan ikhlas mendoakan agar TUN melapangkan dada dan fikirkan semasak-masaknya dalam usaha untuk pilih parti yang terbaik...

ReEz said...

Tun,
cayalah !!
bantai depa cukup-cukup..
depa tu dh jd 'kacang lupakan kulit'..

depa ckp aje lebih tp akai kurang..
hidup Tun !!!

datuk^rock said...

salam tun,
syabas...satu jawapan yang sangat menarik...
tepat dan padat...
biar depa mencari idea yang lain pulak..
depa memang dengki dengan tun...
semoga tun dirahmati allah..
hidup tun dr, mahathir...

GOHHOEHOE said...

Good Morning TUN DOCTOR

We understand about your genorosity

towards your fellow colleage,why

dont we give a time frame to for the present government to proove themselve because to what I understand from the news , they
are now working hard to overcome
inflation, to ensure sufficient
food supply and to lessen the burden of rakyat.

We are expecting good news from you upon your return from Japan.

Sincerely Your's
HOE HOE

Jane said...

Dear Tun,
We ourselves know who is the duri in UMNNO.. You get our support Tun.

Jane

zeme said...

Salam Tun,

Komen 'duri dalam daging' memang menggelikan hati saya juga Tun. Bagi saya 'duri dalam daging' tidak mengapa asalkan bukan 'kuman dalam daging'. Duri sekurang-kurangnya kita nampak dan tidak berbahaya sangat tetapi kuman ini benda yang dia akan merebak secara perlahan² dan kekadang pantas merosakkan daging. Dalam konteks ini ramai ahli UMNO yang umpama kuman, dalam senyap² merosakkan parti UMNO. Kuman cara terbaik untuk mencegahnya adalah terus hapuskan dari daging. Siapa 'kuman dalam daging'? ahli² UMNO yang tahu jawapan siapa kuman itu.

Wasalam.

cohong gym said...

Komen-komen tersebut tersangat menyakitkan hati kami. Mereka semua tidak sedar diri dan tidak menghormati jasa Tun selama ini.

Mereka semua merupakan pembodek-pembodek setia Pak Lah yang masih lagi tidak sedar rakyat sudah menyampah dan tidak mahu dia menjadi PM.

taro said...

selamat pagi tun,

semoga tun berada dlm keadaan yang sempurna pagi nie....panas ati saya tun bila org gelar tun duri dalam daging....dulu tak pulak gelar cam tu....nie laa namenye melayu....ada kuasa di sanjung...takde kuasa di pijak2 kepala kita...tiada sekelumit hormat kita kepada yang tua...kalau tak mau kenang jasa tun pun saya rasa sebagai org tua kita kene hormat......semoga tun tamah hadapi dugaan ini.....

melayutulen said...

Tun memang hebat strategi dan politik
Itu sebab la masa tun jadi pm semua menteri menikus
semua asal usul mereka tun dah kaji habis2an
tun memang org bijak pandai

HambaMaya said...

salam tun,

memang pelik dengan apa yang berlaku.. kadang-kadang kita pun tergelak dengan drama politik yang dihidangkan.. sekejap sedih, sekejap maki.. memang dasar lalang, kalau dah tak boleh pakai tu, duduk diam-diam sudah..

melayutulen said...

Tun memang hebat strategi dan politik
Itu sebab la masa tun jadi pm semua menteri menikus
semua asal usul mereka tun dah kaji habis2an
tun memang org bijak pandai

sharel said...

gua caya lu lah Tun!

High five satu kali!!

In Tun We Trust!

Meena Nagalingam said...

< Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? >

Saya sependapat dalam isu ini.

Panglima_Malaysia said...

salam

TUN M...tindakan TUN amat bermakna demi menjaga maruah bangsa,agama dan negara..sejarah akan menilai keikhlasan TUN menyelamatkan bangsa Melayu..Teruskan perjuanganmu saya akan terus menyokong TUN.

p/s:Panglima_Malaysia (ahli forum mykmu.net)

Melayu said...

A'kum Tun,

Alhamdulillah... semenjak Tun mengumumkan keluar dari UMNO kita sudah nampak pemimpin yang talam dua muka dan mereka itulah patut yang di gelar "DURI DALAM DAGING". Mereka ini semacam ada rasa dendam kepada Tun. Siapa dia. Apa sumbangan dia kepada Negara? Dimana dan setakat mana perjuangan dia? Perjuangan dia hanya tengok masa dan ketika sahaja. Tidak berterusan. Bila isu Tun keluar UMNO sahaja baru berani keluar kenyataan. Bukan mahu memuji tapi saya Iklas, Tun adalah seorang pemikir untuk Negara, Bangsa dan Agama. Mungkin susah mencari pengganti seperti TUN. Keperibadian Tun sepatutnya dicontohi. Ini terbukti dengan keberanian Tun untuk bersuara. Wartawan luar juga kena berhati-hati untuk interview "Tun" sebab Tun adalah pemikir yang baik. Seluruh duania tahu dimanakah MAlaysia. Saya Bangga.

Melayu said...

A'kum Tun,

Alhamdulillah... semenjak Tun mengumumkan keluar dari UMNO kita sudah nampak pemimpin yang talam dua muka dan mereka itulah patut yang di gelar "DURI DALAM DAGING". Mereka ini semacam ada rasa dendam kepada Tun. Siapa dia. Apa sumbangan dia kepada Negara? Dimana dan setakat mana perjuangan dia? Perjuangan dia hanya tengok masa dan ketika sahaja. Tidak berterusan. Bila isu Tun keluar UMNO sahaja baru berani keluar kenyataan. Bukan mahu memuji tapi saya Iklas, Tun adalah seorang pemikir untuk Negara, Bangsa dan Agama. Mungkin susah mencari pengganti seperti TUN. Keperibadian Tun sepatutnya dicontohi. Ini terbukti dengan keberanian Tun untuk bersuara. Wartawan luar juga kena berhati-hati untuk interview "Tun" sebab Tun adalah pemikir yang baik. Seluruh duania tahu dimanakah MAlaysia. Saya Bangga.

Samuel Goh Kim Eng said...

When there's a torn in the flesh
It's more than a corn that's fresh
For no one's born with all the cash
Over disputes using horns to clash

(C) Samuel Goh Kim Eng - 220508
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Thur. 22nd May 2008.

reds said...

Assalamualaikum Tun,

Semuanya bagaikan menjaga periuk nasi.

Apa yang kami harapkan Tun dapat perjelaskan kebenaran dan apa yang kami tidak tahu di dalam kerajaan semasa dan selepas pemerintahan Tun.

Apa sebenarnya terjadi kepada Anwar sehingga dipecat contohnya.

Diharapkan Tun dapat menjelaskan apa sebenarnya terjadi.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi tidak menafikan Tun sememangnya idola saya.

Terima Kasih.

Hapi said...

Selamat pagi, Tun!

Baru semalam-mlm saya bertanya pada ayah kenapa Tun Musa Hitam berkata demikian. Sedangkan, saya selalu sangka bahawa dia adalah penyokong Tun. Ini kerana, Tun sering berkata baik tentang Tun Musa Hitam seolah-olah, dia juga equally impt dlm menjayakan UMNO serta seorang timbalan yg baik untuk Tun.

... hairan saya, kenapa dgn mudah dia berkata demikian .... dan membuat org berfikiran, memang Tun yg bermasalah. Jika Tun tak beritahu perkara yg sebenar, mungkin saya tak akan tahu...

saya generasi muda dan bukanlah rakyat M'sia. But that doesn't mean, i don't know anything...dan tak kenal erti merdeka. Ye, mungkin banyak yg saya tak tahu BUT sekurang-kurangnye, saya masih mampu menghormati tokoh terbilang Negara M'sia dan acknowledge segala pengorbanan mereka. And that includes you, Tun.

And one more thing which buat saya hairan bin ajaib... why do they always blame you for everything? Are they implying that the PM has got no brain? Can't he do sth? Everyone is moving fwd but it seems, everyone is looking back at your mistake...just yours. Funny kan? Dah lah tak nampak pengorbanan Tun, boleh menghina Tun lagi... and best segala2 nye, Tun yg salah. Boleh gitu?

ibu,mommy,mom... said...

Assalamualaikum Tun yang saya kagumi
I'm a stay at home mom and I read your blog almost everyday.I am so proud that you posted this today.I respect you and look up to you.You have done so much for our country and God Bless..

Biarlah orang nak mengata Tun ,we believe in you and we believe that orang yang kuat mengata and tak kenang budi ni selalunya akhirnya di mana..

Love from me and my family
The stay at home mom

Sha said...

Tun yang dikasihi,

Assalammualaikum...

Berani kerana benar, sudah jelas kini siapa sebenarnya 'duri dalam daging'.

Kami menganggap tindakan Tun keluar Umno adalah pengorbanan ikhlas yang tiada tolok bandingnya demi agama, bangsa dan negara.

Tun adalah negarawan sejati.

Tun, be tough, we are with you... :)

Terima kasih atas segala jasa Tun selama ini.

ros said...

Luv U Tun
dulu, kini dan salamanya.....

salam

Cak Kun Cak said...

YAB Tun,

Teruskan dengan penjelasan Tun dan kritikan ke atas mereka semua di dalam UMNO yang perlu ditegur.

Pada pendapat saya tidak perlu berhemah dengan orang yang tidak mengenang budi dan hanya bertindak secara hipokrasi untuk menjaga 'perut' masing-masing.

Jangan biarkan mereka2 ini mempermainkan ahli2 UMNO dan rakyat lagi. Sudah cukup.

Saya berpendapat sekarang,jika UMNO terpaksa hilang dari sejarah Malaysia untuk mengajar pemimpin jenis ini, maka biarlah.

Apakah guna sebuah parti yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu tetapi pemimpin2 nya hanya pandai cakap berbelit dan kurang ajar?

Tun Musa, Dato Sharir, Dato Zahid Hamidi, Dato Nazri dan ramai lagi, patut malu dengan diri mereka sendiri..tetapi malangnya 'style' pemimpin2 UMNO sekarang ialah 'tak tahu malu'.

Lebih baik UMNO tidak ada langsung daripada terus menghasilkan pemimpin2 yang sebegini.

Pada hemat saya mereka ini semua perlu di'ajar' semula dan Tun ada lah salah seorang yang patut mengambil tanggungjawab itu.

Sejarah akan mencatatkan ini sebagai permulaan di mana pemimpin Melayu yang lupa diri telah di tegur dan di ajar dan masih tidak sedar diri.

Ini akan memberi pengajaran kepada generasi akan datang betapa apabila Melayu itu lupa diri apakah akibatnya dan bagaimanakah ini di atasi.

Kami rakyat biasa tidak mampu untuk menentang hipokrasi ini. Mereka ini merasakan terlalu mudah untuk mempermainkan rakyat.

Alhamdullillah Tun masih berani bercakap.Jasa Tun ini hanya Allah saja yang dapat membalas nya. Amin.

Teruskan Tun!!

Christopher said...

Dear Tun,
You should not be surprised at what has happened so far. People are only good to you when you have power, this is nothing new.
Now they ignore you and critize you, that is politics.

Chris

Balai Lama said...

YBhg Tun, PRU 12 saya keluar mengundi, tapi masa tu saya masih sedia dengan UMNO. Saya selalu beritahu members saya rndu pada Tun dan suntikan semangat Tun dan saya salalu persoalkan kenapa UMNO tak panggil Tun kemajlis-majlisnya. Saya tak suka cara UMNO melayan Tun, tapi saya takut Malaysia di perintah Anwar maupun pengikutnya, saya sokong juga BN. Sekarang ni, saya tak sabar tunggu PRU 13, saya akan undi sesiapa saja asal bukan BN (UMNO) !!!

Azhar Abdullah said...

YABhg Tun,

Syabas atas jawapan Tun...baru depa rasa balik terpelanting atas batang hidung sendiri...

Semoga Allah terus memelihara Tun dan Tun Siti Hasmah dalam keredhaanNya...

ManSaari said...

YBhg Tun
Saya ingin tambah kuah untuk komen Tun. Siapa Tun Musa? 'Musa Hitam adalah manusia yang suruh orang melayu 'kurang ajar'. Sekarang tengoklah, dengan Tun pun dia nak 'kurang ajar'. Pelanduk lupa jerat.

Lo said...

YBhg Tun

Geli hati saya membaca komen Tun terhadap mereka yang dikatakan. Nampak sangat sikap bermuka-muka.

Lo

Christie Li said...

Tun

Don't bother how others discredit you now. This is just normal human character. When you are high up there they praised you and said you are the best, now you are no longer the PM or the President of UMNO, all kind of accusations are thrown at you.

I'm sick of hearing all kinds of negative comments on you, especially in the office.

Whatever other people said about you, you are still the BEST PM so far, you have done a lot for this country!!!

Azhar85 said...

Assalamualaikum Tun...

Saya tetap tidak setuju dengan Tun Musa Hitam kerana menyatakan tindakan Tun meninggalkan UMNO adalah seperti "Duri Dalam Daging" meninggalkan parti.

Tun Musa Hitam kena tahu siapa lebih bertanggung jawab dalam negara dahulu. Dia atau Tun.

Sekian, Wassalam..

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Tun,

I've written about your political philosophy (+ your cute picture when you were small) in my blog.

I hope that you have time to log in http://novandri.blogspot.com

And I really hope that my article meet your expectation!(or at least, quarter or half of it.:-)

Tukang Karut said...

Assalamualaikum
This one is rare. Congrats Tun. The way you write this make me think twice, is this really you. Yup its not as cynical always as but I'm sure its really Tun Mahathir.
Some untold story better to be kept, else someone open this old book while the dust filling the air and choked them.

Trade Mark Malaysia said...

Tun,

Biarlah mereka kata apa, kita lihat lakonan mereka.

Dibelakang Tun ramai yang menyokong Tun. Tanpa Tun mungkin kita tak secemerlang hari ini.

cuma "mereka" tu yang "lupa"...

Tamin's_Family said...

assalamualaikum Tun,

U have our support from the beginning...till end. We're the same path.

Tamin's Family

joekhannaz363 said...

Assalammualaikum Tun,

Bila blog ni ader, rasanya Tun lebih dekat dgn kami, kami ni rakyat biasa yang hanya mampu melihat,
saya xsalahkan UMNO, saya sayangkan UMNO, tapi pemimpin yang ada sekarang bukannya pemimpim yang sebenar memperjuangkan UMNO. Saya setuju dgn Tun.

norisyam99 said...

Tun yang dikasihi lagi dihormati,

saya tak tau pun melayu ni jenis bangsa yang tak mengenang budi.

semoga tun dalam lindungan Allah selalu.

ASHAR said...

TUN,


"DURI DALAM DAGING"

Kami amat bangga dengan cara TUN menjelaskan pendirian dan kebenaran :

http://www.youtube.com/user/Mfundamentalist

Dr Mahadir mempertahankan orang melayu ,orang islam dan demokrasi MALAYSIA.
Ini lah contoh Leadership yang kita mahu, tak lembik macam Pak Lah……


PENDEDAHAN TERBARU BULAN INI>>>>>>>> P A N A S …… !!!!!!!!!!!!!
SEMUA RAKYAT HARUS SEDAR APA YANG BERLAKU KINI MENJURUS KE>>>>
SEORANG PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN NEGARA>>>>
Dialah bapak "DURI DALAM DAGING SEMUA RAKYAT MALAYSIA"

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew&feature=related

Saya TABIK...Syabas .

Salam perantau

_ashar 10:30_
Angkatan Lancang Kuning Nusantara
Kepulauan Melayu
Email: ashar_abdullah@yahoo.com

刘运欣 said...

Syabas Tun!!

Kamulah pemimpin Malaysia yang saya sanjungi dan hormati, cuma rasa kesal sekali kalaulah saya dapat mengenali anda lebih awal dahulu。。selepas Tun “resigned" jadi PM baru saya mula mengenali kehebatan Tun, sebab dulu saya jarang ambil berat tentang politik Malaysia cuma sibuk dengan kehidupan sendiri. inilah kali pertama saya meninggalkan komen khas untuk Tun. semoga tuhan memberkati dan menperpanjangkan umur Tun。

yun shin

syed mohd razaleigh said...

Tun,

You'll Never Walk Alone...

Wan shamsudin said...

Tun yang saya hurmati;

Seperti komen saya baru baru ini. Siapa duri dan siapa daging? Daging adalah bangsa melayu dan rakyat jelata dan duri itulah pemimpin pemimpin UMNO yang kita ada sekarang ini. Bagi komen Tun Musa itu, berani saya katakan bahawa beliau adalah jenis manusia yang tak mengenang budi. Tolonglah Tun Musa, jangan jadi HIPOCRITE.

Saya sanjung akan komen menteri dan ahli parlimen Sabah terhadap Tun. Mereka ini lebih 'matang' dari menteri menteri dan ahli parlimen dari Semenanjung. Kebanyakan di Semenanjung ini, KURANG AJAR. Mungkin mereka ini adalah PELAKON yang diarah olih seorang PENGARAH yang hipocrite. Na'uzubillah.

jamallyna said...

Salam Tun,

Saya amat sedih apa yang berlaku pada org Melayu.Begitu teruk sekali kata2 kesat yg diberikan kepada Tun sejak Tun melepaskan jawatan.Pasal tu si Badawi tu takut nak resign nanti kena kutuk lebih teruk.Selama 22thn Tun membawa dan membangunkan Malaysia hingga dikenali seluruh dunia pun kena kutuk,apatah lagi si Badawi yang tidak bawa apa2 kemajuan kepada negara.Masa Tun jadi PM thn 1981 saya melangkah alam persekolahan Darjah 1.Malaysia dan seluruh dunia mengagumi kebijaksanaan Tun mentadbir negara.Saya juga kagum dengan anugerah Allah yg ada pada Tun semasa memberi ucapan tanpa merujuk kepada teks,tapi si Badawi membaca teks ucapan,kalau dah macam tu semua orang boleh jadi PM.Saya dan keluarga mendoakan semoga Tun,isteri & seluruh ahli keluarga diberikan limpah rahmat serta kesihatan yang baik dari Allah SWT.Kami warga Malaysia "yang celik mata & terang hati" akan berada di belakang Tun. Wassalam...

kerismas said...

Tun,saye fifik dia orang yang lawan tun ni adalah golongan yang kecewa dan pengampu orang kaya.Ape yang Tun lakukan semasa zaman pemerintahan tun telah berjaya menempatkan saya dalam masayarakat elit melayu yang berpendidikan tinggi dan telah mewujudkan satu bangsa yang mampu berdikari terima kasih tun.

sokong_kerajaan said...

Assalamualaikum Tun,

Terima kasih di atas penjelasan Tun yang serba sinis serta amat melucukan itu...


:-)

Mr Dino Ponorogo said...

Musa Hitam kata Tun bagaikan duri dalam daging. Who is Musa Hitam? Well, we know who Musa Hitam is. A shrewd but coward person who doesn't deserve to be called a leader at all. He is glaringly an opportunist and an impressionist of the first order behaving like as if he is an intellectual of international standard. No, he is not, period. He and his "elegant silence" mentality who is fond of striking others below the belt at the right time and occasion. Sorry, Musa, you don't get my respect at all. You are just like other lower ranking "gurkhas" of UMNO, if ever you are an UMNO member at all.

I wonder how much he is worth being Chairman of a big conglomerate, Sime Darby. ZERO! Makan allowance buta je !! What has he contributed to the company so far? Nothing at all but only to project his image as if he is a high profile corporate personality.

Musa seems to be a staunch supporter of Pak Lah by becoming his “guru” behind the scene. Shame on you, Musa !! He knows he could take full advantage of Pak Lah’s weakness for his own vested interest. Now everything is being exposed who the real Musa Hitam is. A real HAPRAK Melayu yang berperangai seperti talam dua muka!! Podaaah!

Abubu said...

Assalamualaikum Tun,

I hope you will read this comment as I think it is very important for you the give feedback on it.

I agree with your actions in challenging the current PM to step down. My question is, who is in your best opinion should replace Dato' Seri Abdullah?

We all know how Najib has been eyeing for the post and I don't like the idea of him being the next PM.

I hope you'll post a feedback on this, so us, the Rakyat, knows what will happen if Abdullah steps down. Whether someone as good as you or just another Abdullah Badawi to be the next PM.

I cannot see anyone that can really fit the position right now.

Siti said...

Dear Red, Pasal apa Anwar ditangkap tak payahla dipersoalkan, jikalau bukan sebab liwat mesti ada sebab lain yang Tun pecat Anwar but he cannot tell the public, I mean rahsia negara that cant be share with anybody. Tun nie jenis orang yg bijak mengambil tindakan kekadang kita fikir tak logik tapi Tun saja yang tahu. Mungkin Anwar telah menjual rahsia sulit negara to US.He is agent US tapi takkan Tun nak canag satu dunia kot yang Anwar nie agen US. Kalau tidak kenapa masa kes Awar byk yang terlibat seperti Nalakarupan. dgr cerita dia agen CIA.mesti ada sebab yang Tun tak leh nak bg tau la so jgn pertikaikan apa yang Tun buat. Tun sayang bangsa Malaysia.He always and will always fight for us. Sayang Tun. Tun please keep writing at least twice a day if you have something on your mind just grab a pen and paper and write it whatever you feel at anytime and anywhere even if you are in Tokyo now. Do update us. The whole world wanna listen to you, we are Malaysian hunger for your speech.
To others minister especially Nazri Aziz jagala periuk nasi masing2. You are useless if you say something bad to Tun.
Pak Lah cukupla dah merosakkan Malaysia budget for beras RM4 Billion elokla pandai sangat la beli beras masa harga tengah naik nie. Suka buang duit negara please step down. We dun wan Pak Lah anymore. Selagi Pak Lah jadi PM we will never vote for BN better vote for PAS kalau dah desperate sangat. Dun vote PKR berjuang untuk Anwar sahaja iaitu pengkhianat bangsa, tali barut...orang yang paling tak guna dalam Malaysia Anwar and KJ pengkhianat bangsa, Pak Lah do nothing only thing about his family, other ministers jaga periuk nasi sendiri. Islam hadari rambut anak bini makin perang ooi Pak Lah....lain kali pilihanraya kami nak letak gambar Pak Lah pegang pinggang michelle yeoh besaq2 Islam Hadhari konon. Awat orang lain semua tak islam ka. Islam yang nabi tinggalkan tak cukup baguih ka. Jangan nak confusekan keadaan dah la nie ada macam puak islam shiah, sufi, ismail and tambah lagi satu HADHARI yang rambut anak makin perang.

edi said...

UMNO dari dulu, kini dan selamanya mmg tak pernah menghargai pengorbanan bekas para pemimpin mereka, kita tunggu dan lihat apa bahana yang akan menimpa pak lah (jika dia panjang umo la) bila dia bersara atau dibersarakan kelak... apa yg pasti pemimpin yang tidak mengutamakan rakyat pasti mendapat balasan didunia dan lbh2 lagi diakhirat... bak kata tun 'melayu MUDAH LUPA'!

jefri said...

Salam kepada Tun dan semua pembaca/peminat/pengikut www.chedet.com,

I thank you personally Tun, to open and exposed the untold history especially during your tenure as PM.

Only then, we understand you the most. I still remember your words, inter alia, you may use unpopular decision but to best the most for everybody. Honestly, it works!

p/s: still looking forward for your magic.

ghaz said...

Syabas Tun, telanjangkan yang lain2 lagi yang mudah lupa, tak sedar diri, kaki ampu, perasan bagus yang berada di dalam kabinet dan kepimpinan UMNO sekarang ni. Yang dua orang ni semangat kemelayuan pun kurang rasanya, tengok bini masing2 dah tau dah...macam PM juga..

Dari pemerhatian saya depa suka Tun keluar UMNO, sebab tu MT cepat2 setuju. Depa mahu Mukhriz juga ikut jejak Tun, supaya SIL menang tanpa bertanding ketua pemuda. Sebab tu, Hishamuddin pun tengah dok kira2 apa tindakan nak diambil. Mungkin nak gantung atau pecat lah tu... Tapi saya percaya Tun dah buat pertimbangan yang wajar sebelum buat keputusan.

Banyak lagi nak diluahkan, tapi mungkin lain kali. Sebagai ahli UMNO saya sedih apa yang berlaku sekarang.

Cuma saya kesalkan satu sahaja... Tun tak patut serah jawatan tempuhari. Jawatan PM harus dipegang hingga ke akhir hayat, biar padan muka mereka yang tak sedar diri tu. Agaknya hari2 akan cium tangan Tun.

Ucapan selamat buat Tun, doa saya semuga panjang umur, diberikan kesihatan dan minda yang baik dan teruskan perjuangan.

amydala said...

Assalamualaikum Tun yang saya sayangi & kagumi....

Im working at the forign Limited company in KL. Most of my collague is non-Malay & non-Muslim but currently, our topic everyday is about u n the weakness of Pak Lah...mula2 tu agak bengang laa bila depa kutuk BN & UMNO. tapi, for the last 3 yrs saya makin sedaq yang UMNO kini bukan lagi UMNO yang saya sayangi setelah sekian lama...syabas dengan posting kali ini! its the best post that i've ever read. baru depa tau technology will voice out the truth! controll laa lg semua press...

V4Violet said...

Tun Musa Hitam, Shahrir Samad, Nazri Aziz all of them are actor whom should win oscar. They only know how to blame and became a shoeshine. What is their reason to blame such thing? If Tun Mahathir still sitting inside the party, what can he do? Do all of them follow or even hear what he tried to explain? But, after Tun Mahathir stepping out of the party, he still marks as “Duri dalam daging”? What a childish remarks made by these “good” lads.

Whatever decision taken by Tun Mahathir just let it be. He may have his own agenda to help those “ignorance”. Remember one thing, think of yourself before saying about other people. What kind of perfection or goodness they brought for Malay society? Islam Hadhari? Well, that’s a good agenda but make sure Datin Seri Jeanne Abdullah wearing “tudung”. If you want people to desire you, make a good example of yours.

Last but no least, I’d like to congratulate Pak Lah for all his sacrifices for his own purposes. Without Tun Mahathir, you’ll not become Prime Minister. Melayu Mudah Lupa. Pak Lah is just an assign task to complete R-A-H-M-A-N. Don’t act as a wise guy if you are not well-built enough. I know Pak Lah is not ready to leave party with such authority but nothings last for very long. He is not capable to handle this heavy job. Don’t let politics brawl you into dust. Sayangilah diri anda. Ingat Allah lagi baik. Wasalam..

chek wan said...

apa saja tun laku kan, we all akan tetap sokong.. we know that u knew malaysians' politic so much well than us.. all d best.. take care of ur health..

amydala said...
This comment has been removed by the author.
zubir said...

Tun,

Saya sendiri pon tergelak besar bila tengok Tun Musa cakap mcm tu..hahaha di pejabat lama saya, kami panggil dia Musang sbb dia suka curi "ayam"..tu baru lah boleh dikatakan duri dlm daging..

panjang said...

salaaam Tun,

Sy memang kagum dgn Tun sedari dulu, sy nampak apa yg Tun rancang tuk masadepan. Walaupun nampak seperti orang Melayu x akan mencipta sejarah dalam ekonomi,sukan dsbnya Tun masih jugak berusaha kearah itu. Susah dah nak cari orang macam Tun.

Yang ada hari ni, macam tak jelas perjuangannya. Mungkin jelas dari segi hasrat/angan-angan sja ( cakap kosong), tp x tau macam mana nak mencapai,x tau kaedah, hanya satu saja cara orang Melayu ni.. ikut membabi-buta, hentam sja (harap-harap berjaya), ada yg bijak tapi tak pandai,tak nak berusaha, dapat jadi YB cukuplah... nak kedepan x boleh.. cuma dapat jadi popular saja. Pucuk pimpinan pulak x bleh ditegur macam dia orang pandai sangat. Apa yg buleh dia orang ni buat untuk orang Melayu!!!

namun,apa yg Tun lakukan sekarang saya belum dapat selami "end result" nya..

Salaamm Tun

mafiapg said...

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina


Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan


Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya


Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut,
pengembara malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga


Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya
hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan
kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar


Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya


Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya


Dr. Mahathir Mohamad Mei 1996

Siapapun kita , kalau kita hayati dengan mendalam puisi Tun ini pasti kita mengalirkan airmata mengenangkan peristiwa 19 Mei 2008.
Tun tetap pejuang bangsa Melayu yang terulung dan segala jasa beliau sentiasa dikenang oleh anak -anak Melayu di Malaysia ini.Hidup Tun ! Hidup Melayu !

mamadanish said...

Tun,
Biarlah diorang..TUN jaga kesihatan TUN.

Umum mengetahui tiada pemimpin yang sebijak TUN..kami rakyat semua mengetahui..biarlah mereka SYOK sendiri dan perasan bagus.
( nak gelak tgk diorang semua perasan bagus dan popular..hehehe)

Rakyat dapat menilai betapa BESARNYE perbezaan semasa TUN memerintah berbanding sekarang.

TUN tak perlu risau dengar kata2 mereka yang SEMEMANGNYA tidak setaraf dengan TAHAP pemikiran TUN.

Siapalah mereka?Ape jasa mereka terhadap negara...0!!

So take a good care of yourself and we will always support you..

Shams said...

Asssalamualaikum Tun,

Saya rasa amat sedih sekali cara Tun dilayan sekarang. Tun tidak patut dilayan sebegini rupa selepas apa yang Tun telah buat untuk negara kita. Mereka telah lupa jasa Tun. Betul cakap Tun Melayu mudah lupa.

Kami akan sentiasa menyokong Tun dan mendoakan Tun dan keluarga Sihat Selalu. Terima Kasih TUN. I LOVE YOU

IZZO said...

Salam,

Pandangan saya "duri dalam daging" buat masa sekarang merujuk kepada "mereka" yang masih berada di dalam dan seterusnya menjadikan parti semakin rosak. Siapa "mereka"?

khir said...

Assalamualaikum Tun...

saya tak sangka yg Tun Musa sanggup mengatakan Tun adalah duri dlm daging UMNO...Tun mengatakan isu ini menggelikan hati tapi tidak bagi kami...ianya sungguh menyakitkan hati kami...

apakah maksud sebenar Tun Musa dgn mahathirisme???tak relevn langsung...

apa2 pun kami tetap menyokong tindakan Tun utk menyedarkan mereka2 yg kuat mengkritik Tun..

Nasionalist said...

Tun,

Sebenarnya lebih ramai lagi duri dalam daging di dalam UMNO. Kebanyakkan ahli UMNO baru ini telah lupa diri. Mereka lebih mementingkan duit poket mereka sahaja. Kerana ini lah yang menyebabkan mereka tikam sesama sendiri, dan akan menyebabkan UMNO jatuhhhhh..

Rahiman said...

Assamualaikum Tun,
In my perception, Prime Minister & Ex-Prime Minister sharing the same sturborn attitude.

Once both of you make decision more likely will not change the decision.

The only different is you are very sturborn when doing the Right things. He is very sturborn when doing the Good things.

Well, right now there are so many good people in UMNO but I'm not sure about the right people.

My believe is "Right things for sure is Good, but Good things it is not neccessary Right."

My second thought is you are very sturborn & persistancely doing the Right things, but he is still a very sturborn person in doing the good things.

I believe God is always support those people doing the right things. Insyaallah, we will make things getting better.

Sincerely yours,

Rahiman

9w2YYB said...

Assalamualaikum Tun,
Saya bukan ahli politik atau penggemar politik, tetapi seorang rakyat biasa yang sudah muak dengan adegan-adegan politik orang-orang Melayu.
Yang kata Tun duri dalam daging adalah orang politik. Yang kata Tun pejuang adalah rakyat biasa. Sebagai rakyat biasa saya sokong pendirian Tun.

http://9w2yyb.blogspot.com

belia negara said...

akum tun dr mahathir..
sy di sini hanyalah sebahagian drpada beliawan2 kecil negara yg sentiasa mengikuti perkembangan politik di zaman sekolah lagi..sejak zaman pemerintahan tun, mmg sy kagumi tun sebagai perdana menteri yang bersuara lantang,membela nasib orang2 melayu khususnya dan perjuangan org2 islam di antarabangsa..
cuma di sini, sy sedikit musykil kenapa Tun terlalu mendesak Pak Lah supaya segera melepaskan jawatan?jikalau dri dahulu lagi Tun tidak sukakan Pak Lah, kenapa perlu melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri?Sy tidak menyokong mna2 pihak,cuma musykil skit. Dulu semasa mantan timbalan Perdana Menteri Tun, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pun Tun tidak suka juga..adakah Tun tersilap pilih org selama ini?jika kata, Pak Lah akan meletakkan jawatan, Dato Seri Najib pula akn jd PM, adakah Tun juga tidak suka?kalau mcm tu, kenapa Tun tidak meneruskan shj mnjadi PM Malaysia sehingga betul2 Tun puas hati?..
memohon maaf sekiranya Tun terguris rasa..cuma sy mmg musykil dgn politik Malaysia ni..smoga Tun dlm keadaan sihat selalu

mie said...

Salam TDM,

Semoga TDM sihat hendaknya.

Alhamdulillah, dapat dengar dari TDM sendiri mengenai "Duri Dalam Daging". Sakit juga hati saya bila orang kata TDM macam itu.

MP UMNO semua nak jaga periuk nasi masing-masing sebab kalau mereka tak sokong Pak Lah, mereka akan hilang semuanya. Tiada siapa yang berani.

Tindakan Mukhriz sesuatu yang di kritik orang kerana mempergadaikan keanggotaannya. Rais juga berkata, kalau ada sesuatu, kita bincang dengan elok, tapi apakah sewaktu Mukhriz hantar surat kepada Pak Lah, mereka ada buat perbincangan mengenainya???

InsyaALLAH (",)

thomson said...

SALAM KEPADA YANG BERBAHAGIA TUN,

Apa yang dapat saya lihat ialah kecaman2 terhadap tun semakin membuak dan dijadikan isu utama kepada pergolakan dalam UMNO dan BN. walhal, ini semua sebenarnyer ialah percaturan dalaman sendiri di kalangan UmNO. Tun hanyalah satu imej yang tidak lagi significant, tapi dijadikan seakan significant kerana kekhuatiran pihak2 tertentu terhadap pengaruh tun. Anwar barangkali calon yang baik utk PM, tetapi, backgroud Anwar isnt so encouraging. Tun menentang habisan pengaruh US di Malaysia dan ASia, walhal, Anwar, dijadikan icon oleh US. demikian barangkali yang terjadi kepada Suharto, menjatuhkan Bung Karno kerana mendapat lobi US. Negarawan yang baik ialah seorang yang disenangi oleh semua pihak termasuk dari kalangan penentangnya. Masakan Nik Aziz sanggup menerima Tun kedalam PAS. Benar, Tun sering membuat kesilapan dalam memilih pengganti, tetapi, Tun juga barangkali silap membuat percaturan. dahulu orang membenci Tun, sekarang orang mengagung2kan Tun. Tun semestinya sudah mengetahui kelemahan Pak lah, tetapi masih melantiknya. Tun tahu orang Tun yang Tun mahukan untuk naik tapi Tun tidak melakukan yang sedemikian. Tun tahu backgroun Anwar, tapi Tun tetap menaikkan Anwar. Tun tahu Malaysia akan menjadi malap, maka demikian Tun melepaskan jawatan. Tidak saya nafikan, Tun seorang yang berfikiran jauh, tajam, dan bernas. Tetapi, kesilapan tetap kita semua lakukan. Apa yang perlu sekarang ialah, sebagaimana Tun pegangi; Pak Lah harus melepaskan jawatannya. Gerakan pemuda takkan berjaya di Malaysia. Sejarah membuktikan seniority akan tetap di atas. Anwar adalah player. tapi player pasti ada perancangnya. Tun sendiri tahu siapa yang patut di atas.

MoDeraToR said...

Hehehe Selamat pagi Tun, Tun memang class, juak2 paklah sumer nak terkencing sbb. Tun ada jawapan bila mereka tuduh Tun macam-macam, Tun ada citer tak pasal Nazri Teksi, dia pun nak kena tibai ngan Tun agaknya..apa - apa pun Tun jaga diri bebaik kat jepun, kita orang sumer tunggu Tun balik...luv ya Tun

Hanim Madewnus said...

OMG!!!

Ini dah jadi forum mengata lah pulak....tak bestnya dengan sikap org melayu mcm ni....

Mr Dino Ponorogo said...

You are great, Tun !! Continue writing something that is of benefit to the rakyat and expose without fear and favour the present government's weakness. You are a very focus man,indeed. You are much love by everybody. May God Bless you and your family!

Azhari said...

Salam Tun,

Syabas dah Tahniah diatas tindakan Tun keluar dri UMNO, semata-mata ingin menunjukkan tanda protes kepada kepimpinan Pak Lah. Saya percaya apapun yang Tun lakukan adalah demi agama, bangsa dan negara. Seperti yang Tun katakan tempoh hari di JB bahawasanya terdapat 100 cara untuk memaksa PakLah untuk melepaskan jawatan. inilah langkah pertama Tun dr 100 cara yg ada. Apeapepun sokongan serta kesatupaduan ahli2 umno yg lain sgtlah diharapkan bagi menjayakan perancangan ini. Semoga usaha Tun ini diberkati dan dimakbulkan oleh Nya. Amin.

Hiz said...

Assalamualaikum.

1. Terima kasih di atas keberanian Tun bersuara agar Pak lah letak jawatan.

2. Kebanyakan rakyat sekarang sudah hilang keyakinan terhadap Pak Lah, dan jika PRU diadakan dalam suasana sekarang berkemungkinan besar Pak Lah tidak akan mampu menjadi PM lagi.

3. Tun, rasanya kita memerlukan satu "kumpulan pendesak" yang lebih proaktif dan tegas agar dapat memberi desakan dan kesan terhadap Pak Lah dan barisan kepimpinannya.

4. Lebih banyak perhimpunan dan perarakan perlu diadakan untuk mendesak Pak Lah meletak jawatan demi kepentingan masyarakat.

5. Satu gagasan yang didokong oleh Tun wajar dibentuk untuk mendapatkan pungutan suara terhadap kepimpinan Pak Lah dan juga untuk tujuan "membaik pulih kerajaan" kerajaan.

6. Lebih banyak karya tulisan perlu dicoretkan untuk mendesak Pak Lah turun dan membangkitkan semangat rakyat agar meminta Pak Lah melepaskan jawatan.

7. Rasionalkan kelemahan dan kerosakan yang Pak Lah sudah lakukan terhadap negara, dan terjemahkan hasilnya ke dalam media massa.

8. Sama-samalah kita mendesak agar Pak Lah meletak jawatan.

9. Semoga kita berjaya dan dirahmati oleh Allah.

10. Rakyat masih setia di bawah kebijaksaan dan ketegasan Tun.

Semoga Allah panjangkan umur Tun.
Semoga Allah merahmati dan memberkati Tun.
Semoga Allah memberi kejayaan kepada Tun dan umat Islam di alam dunia dan juga alam akhirat.

MoDeraToR said...

Tun memang hebat, orang pukul Tun tibai...hehehe musang ngan tiong dah kena hehehe Tun Nazri ada citer tak? Jaga diri bebaik kat jepang... Luv ya Tun


Dzul///

suria said...

Assalamualaikum Tun yang saya hormati.

Saya amat berasa sedih tentang kecaman dan tohmahan yang mereka lemparkan terhadap Tun. Mungkin pada mereka Tun membuat kesilapan, tetapi gelaran yang diberi kepada Tun benar-benar membuktikan bahawa MELAYU MUDAH LUPA.

Jadi saya harap Tun bersabar dan hadapi semua itu dengan tenang dan teruskan perjuangan Tun selagi terdaya demi bangsa Melayu kita.

Muhammad Faizuddin said...

Salam Tun,
Doa saya semoga Tun sekeluarga dalam keadaan yang tenang dan lapang sentiasa.

Saya ke rumah lama Tun di Jalan Kilang Ais bulan lepas dan tertarik dengan satu badan yang Tun tubuhkan masa dulu; Sayang Akan Bangsa ... Sanggup Berkorban Apa Sahaja (lebih kurang bunyinya). Saya rasa elok dihidupkan balik badan ini dan saya nak ikut serta. Rasa bertanggungjawab untuk bangsa Melayu macam terpanggil pulak. Di situ, dapat tengok hasil tulisan (1940-50an) yang banyak mengenai bangsa Melayu Tun yang pada saya memang menyentuh hati.

Terima kasih dan saya rasa seronok dapat berhubung terus dengan Tun melalui ruangan ini.

Sekian,
Che Din

suara hati said...

Assalaimulaikum TUN,

Orang-orang seperti musa hitam,sharil samad,KJ,anuar musa,zahid hamidi,muhammad taib,pak lah,nazri aziz,reezal mamak,norza,khaled nordin,mahdzir khalid,rafidah,johari baharum,ideris jusoh yang pada anggapan saya DURI DALAM DAGING pada UMNO dan punca melayu menyampah dan meluat pada UMNO....cakap tak serupa bikin...

MENYAMPAH SANGAT KAT MUSA HITAM...

Saya tetap bersama TUN dan tak akan sokong UMNO selagi mereka INI ada dalam UMNO...minta musa hitam bagitahu no ahli UMNOnya,,,entah-entah tak ada....jumpa lagi TUN

Fazli Razali said...

Tun,
Pada pandangan saya ahli-ahli MT UMNO tidak akan keluar parti kerana walaupun mereka menyokong tindakan Tun.Ini kerana sikap mereka yg mahu menjaga kepentingan diri sendiri dalam parlimen dan jawatan dalam kerajaan.

Yang saya percaya adalah ramai ahli-ahli akar umbi yang akan mengikuti langkah Tun kerana mereka tiada apa-apa kepentingan yang perlu dijaga.

cipokis said...

selamat pagi tun,
duri dalam daging nie sbnrnya sedang jaga punggung sdri..nun kt atas sana tun..semua wayang..zaman tun dulu sibuk yang menagis la..pengang tangan tk mau lps la..suruh tarik balik percakapan tun la..tun igt masa perhimpunan agung tu tak?semua pakat lari p kt tun..sbb masa tu tun ada kuasa depa jaga la..sbb depa plak ada kepentingan..tp la nie..ari ini..depa lupa tun..depa lupa..mmg depa nie melayu mudah lupa..melayu akan rosak dan jatuh kerana melayu itu sendiri..kami tetap dibelakang tun selagi tun ada..salam..(lagu my way tuk tun)

mek chabang4 said...

Tun ini pantun dari mek,

DARI BACHANG KEKUALA SUNGGA
SINGGAH SEBENTAR DIPAYA IKAN
BAK KATA TUN,MELAYU MUDAH LUPA CORAK BERUBAH WARNA ASAL DLUPAKAN

www.bachangkgpadang.blogspot.com

inbliss said...

Assalamuaikum Tun,
diharap Tun sihat selalu..

Personally I agree & sokong tindakan Tun.. but I have 2 admit sedih melihat keadaan negara kini.. bercelaru..berkecamuk.. nasib rakyat tidak terbela ekoran krisis yang melanda UMNO & negara kini..

Stay strong Tun...
we all Malaysian support u...

raha said...

A'kum Tun,

komen saya,

Sebagai ahli umno perlulah menghormati bukan sahaja Perdana Menteri tetapi bekas-bekas Perdana Menteri.

Perumpamaan sebegini tidak perlu keluar dari ahli umno yang tahu mengenang jasa setiap ahli umno yang lain.

Adakah mereka lupa Jasa Tun ataupun hilang rasa hormati terhadap Tun?

w'salam

V4Violet said...

For those "good" toys out there who saying bad things without any good reasons, please remember and take this as a note:

We sent down in the Qur’an that which is a healing and a mercy to the believers, but it only increases the wrongdoers in loss. (Surat al-Isra’: 82)

Jangan memalukan bangsa diri

Ibnu Sohok said...

lebih baik banyak isu yang dipertikaikan sebelum ini diterang dan diberi perangan yang sejelas-jelasnya oleh tun...

sekian,
www.zaminnurzaflis.blogspot.com

Baharin said...

Akum Tun,

Saya sangat setuju 100%. Yang paling meluat lagi apabila komen yang dibuat oleh pembaca berita TV.

Saya adalah didalam golongan silent majority yang menyokong sepenuhnya tindakan Tun.

chewchew said...

indahnya pantun oleh tun,
indah juga budaya melayu;
menikam dgn pantun,
musa dan shahrir diam terpaku.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 834   Newer› Newest»