Thursday, May 29, 2008

UMNO yang bukan lagi UMNO

Saya ucap terima kasih kepada beberapa ahli UMNO yang mahu saya kembali menjadi ahli.

Sebenarnya sejak saya melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, UMNO tidak pernah layan saya sebagai ahli UMNO, jauh sekali sebagai bekas Presiden UMNO.

Dari awal lagi Menteri-Menteri UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dilarang daripada berjumpa dengan saya atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya mungkin berucap.

Menteri yang saya lantik dahulu, sekarang mengecam dan mengeluar kata-kata kesat kepada saya.

UMNO tidak dibenar menjemput saya dan jika sesiapa cuba jemput juga, mereka dipanggil oleh Menteri Besar dan juga polis supaya tarik balik jemputan. Selepas 14 jemputan dipaksa tarik balik tiada siapa yang berani jemput saya lagi. Ahli-ahli UMNO tidak dibenar hadir apa-apa majlis di mana saya akan berucap, dan mereka pun patuh akan arahan ini.

Ahli Bahagian Kubang Pasu yang saya menjadi ketuanya selama 22 tahun diarah dan disogok dengan wang supaya tidak mengundi saya sebagai wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2006. Dan saya pun kalah.

Timbalan Perdana Menteri pun tidak dibenarkan berjumpa saya sehinggalah saya dedah perkara ini. Kemudian barulah beliau dibenar berjumpa saya.

Ada juga pemimpin UMNO yang mencadangkan saya disingkirkan daripada parti.

Sikap dan layanan terhadap diri saya selepas saya letak jawatan jelas menunjuk bahawa sebenarnya saya bukan sahaja bukan ahli UMNO tetapi saya adalah musuh UMNO.

Justeru itu keluarnya saya daripada UMNO hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli UMNO.

Ini semua tidak menjadi sebab saya keluar daripada UMNO. Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri.

Barisan Nasional dan UMNO kehilangan pengaruh di kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat UMNO sehingga kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Pemimpin UMNO membiarkan negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke tangan parti lawan – termasuk Kedah negeri saya sendiri. UMNO dan BN tidak menang 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat, UMNO tidak lagi dihormati oleh Raja-Raja Melayu dan bermacam-macam lagi.

Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai UMNO tetapi sebenarnya sudah tidak lagi UMNO.

Arah tuju UMNO ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada UMNO mesti dipertanggung-jawabkan kepadanya.

Kerana saya percaya bahawa Dato Seri Abdullah bukan sahaja sudah rosakkan UMNO yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya, dan saya percaya ahli dan pemimpin UMNO yang lain tidak berani membetulkan UMNO maka saya terpaksa keluar daripada parti ini.

Saya sedih bukan sahaja kerana meninggalkan parti tetapi kerana ahli-ahli UMNO rela terima segala perbuatan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Malaysia dihina oleh negara-negara lain termasuk negara-negara OIC (Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam – Organisation of Islamic Conference) dan NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – Non Aligned Movement). Daripada negara yang menjadi contoh kepada negara membangun lain kita sudah dianggap sebagai negara sekutu Amerika Syarikat. Kita tidak lagi berani menegur kejahatan Barat, sebaliknya kita membisu.

Saya percaya selagi Dato Seri Abdullah memimpin UMNO, pengundi-pengundi UMNO dan penyokong UMNO tidak akan kembali menyokongnya walaupun mereka tidak akan mengaku secara terbuka pendirian mereka dan undi mereka pada parti lawan seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008.

502 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 502 of 502
Unknown said...

Dear Tun,

1 MILLIONS BLOGGER ON TUN

Congratulation your blog hit 1m visitors in less the a month,I myself amazed how Tun writing in blog are such quality about real UMNO future are heading into.From my personal view compared blog form UMNO party such like DKhir,MTaib,Khairy,indeed different
level tun blog wrote about politic in UMNO.I think slowly Tun blog can
be equal poplular then Malaysia Today.Tun,blogers are not head blind,that can see our goverment is not telling what facts openness
.There always some modifiecation in
Malaysia news today.Just like UMNO,how far can ABB hiding keep promising rakyat he are better PM then Tun proven in 22 YEARS?Let put facts versus politic,In Tun time,Proton,Petronas Tower,Sepang Formula 1,MSC,North South Highway Express,Penang Bridge,many more,let took the first 3 proton petronas formula 1,the main focus behind this project should seen how Tun had a vision to SELL Malaysia,SELL here is confident in advertising Malaysia to the world.Mean Malaysia can be a modern advanced country from Asian,he build the tallest building show Malaysia Boleh at international level,build own car,the pretege of Malaysia build technology.It lift Malaysia into era can compete equally good with Asia country.This image had worth value trillions for Malaysia under Tun,I agreed some reader might not agreed certain idea Tun have done during his time.then now compare at ABB.What he promised Malaysia was Clean up corruption,he fail or worsen by granting favour to his family such power given from rakyat hope,he took a turn putting a version to rakyat Tun had damaged Malaysia.he cleaning it up.No even single development had builded under his 5 years,Iskandar corrider maybe the one,but it still not took off.
By putting a complete confusion to rakyat that Tun had over spend the rakyat money seem not very true.I seeing fact that ABB had damaged Malaysia Boleh at international level,he sell only himself not Malaysia.He put a great deny on Tnn master piece mislead rakyat by putting every time a bad happen in
BN goverment was a desease plant by
Tun itself.Malaysia today is moving backward under leadership of ABB.

zulkarnain said...

Assalamualaikum Tun,

If there were such a thing as a political miracle,I would like to see Tun at the helm of UMNO again and get rid of all the sycopants and yes-men existing therein.

When you were the PM, I instinctively knew that you were leading us the right way.(Don't think the current PM or any of his goons would know how to have handled the financial crisis that hit Asia in 1997).

I likened Tun to the great Bendahara of the Malaccan sultanate,Tun Perak who helped take Malacca to its zenith.I shudder when I start thinking of the current PM(and his multi-leadership deficiencies)and a similar pattern of deficiencies before the fall of the Malaccan Sultanate.Unless something is done, I don't want this to ever happen to my country.Tun we still need your leadership.

Anonymous said...

Salam Tun..

walaupun saya tidak berapa menyanjungi Tun tapi sebagai sesama manusia Tun memang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia khususnya orang islam dan juga bukan islam.

alangkah mulianya Tun di sisi Allah jika Tun turut sama berjuang menentang kekejaman Israel ke atas Palestin.

diakhir bicara saya memohon supaya memasuki PAS seperti disaran oleh TGNA. Bukan untuk terus melemahkan UMNO tapi untuk melengkapkan diri Tun yang sememangnya berjuang untuk agama islam yang sebenar.

kalau tak mahu masuk PAS pun tak apalah. PAS dan UMNO hanyalah sekadar parti yg penting keikhlasan Tun dalam memperjuangkan martabat islam.

Soul of Khalifah said...

Assalamualaikum Tun,

Dont worry one day all of us will stand in front of Allah swt....and i know that a leader's duty is very heavy.It is "amanah" and you have done your part.As a rakyat i forgive you and may you are blessed by Allah swt.I'm still thinking about the other leaders...who will forgive them??????
Love you may Allah bless you with the alertness that speaks volumes compare with the now so called leaders that supposedly runs the goverment............

Nurul Azwan Blog said...

saya pun setuju dgn tun. UMNO skg tidak lg UMNO dulu. jika dulu kita lihat pd parti. tetapi skg kita lihat pada individu. dan individu ini merasakan diri nya boleh melakukan sesuatu tetapi padahal dia tidak mampu. UMNO skg hanya memberikan kuasa kepada pembangkang. dan ahli2 UMNO perlu menyedari perkara ini dan harus mengambil tindakan segera.

zainal mokhtar said...

Inilah padah kuasa, Tun. Bukan saja dalam UMNO, dalam negara, tetapi diseluruh dunia. Kalau yang berkuasa itu berpengetahuan, semua akan selamat. Kalau tidak, semua akan selamat tinggal.
Berpengetahuan disini bermaksud "enlightened,informed and coscientious".Jelas pucuk pimpinan UMNO sekarang bukan begini.
Saya pun 'dah sebut dalam blog saya lama dulu - Tun jangan ingat dalam UMNO ada budaya mengenang budi. Budaya disini bermaksud amalan, bukan dongengan. Saya ada pegalaman peribadi. Yang berkuasa ialah wang dan apa saja yang bolih membawa wang. Kedudukan dalam parti, dalam kerajaan, dan sekarang dalam keluarga,semua ini menentukan suara.Prinsip hanya madah mudah.
Ada orang UMNO yang sedar apa sebenarnya yang berlaku, tetapi adakah semuanya sanggup atau mempunyai tempat dalam parti untuk membuat perubahan ?
Jika tidak ada tindakan untuk membetulkan situasi sebelum terlambat, ahli UMNO tak payah keluar, UMNO akan mati sendiri.

asjohor said...

asalamualaikum Tun,saya menyokong kuat.insyakallah kita pasti berjaya menurunkan pengkhianat negara,bangsa dan ugama kita. berlakon dengan islam hadari meracuni pemikiran rakyat.org melayu masa kini bukan bodoh.pak lah tu nampak je baik tapi islam ada hari.kami saya dan rakan2 saya org johor menyampah dgn pak lah dan menteri2 kaki bodek tak ada pendirian.JOHOR BERDOA ALLAH PANJANGKAN UMUR TUN DAN AHLI KELUARGA TUN DAN SELAMATKAN KAMI ORANG2 MELAYU KAMI TAK MAU JADI SPTI ORG MELAYU SINGAPURA!TURUNKAN PAAK LAAAH!!!! ALLAH SELAMATKAN TUN

Kija said...

Asslamualaikum Tun,

Saya sebagai generasi yang membesar pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, sangat besyukur dan berbangga kerana dapat melihat negara Malaysia ditadbir oleh pemimpin ulung yang 1 dalam 10 juta pun belum tentu jumpa. Berani saya katakan zaman kegemilangan Malaysia hanyalah pada zaman Tun Dr Mahathir Muhamad. Zaman Dolah memang zaman malap bagi Malaysia. Pada pandangan peribadi saya, pak lah sangat lembik, membuat keputusan membuta tuli, suspen yang saya anggap bodoh. Kepimpinan dolah jauh macam pusat bumi dengan langit kalau hendak dibandingkan dengan Tun. Dolah tidak ubah seperti NATO (No action Talk Only). Muka dolah tidak menunjukkan seorang PM, jadi guru besar pon tidak layak. Dolah, berlainan dengan clinton kentut semasa forum tapi dolah tido semasa majlis, menunjukkan betapa kuatnya PM kita bekerja sampai tidak cukup waktu tidor. Pada zaman Tun, television kita banyak memaparkan kempen2 untuk memaju dan meningkatkan tarafekonomi negara. Belilah barang buatan Malaysia, Inflasi Sifar, Wawasan 2020. Apa dah jadi dengan wawasan 2020? Mungkin our mission dah ditalkinkan oleh imam besar Islam Hadari. Walaupun saya bekerja di luar Malaysia, tapi saya tetap ikuti perkembangan politik Malaysia. Malah nama Tun masih lagi menyinar di luar negara, saya pun tumpang bangga. Walaupun umur saya mencecah 26 tahun tapi tidak pernah sekalipun saya mengundi, saya rasakan tiada yang layak untuk menerima undi dari saya. Undi saya hanyalah untuk seorng pemimpin seperti TUN DR MAHATHIR MOHAMAD. Walaupun perjuangan Tun tidak mendapat sokongan Pemimpin UMNO, tapi percayalah u never walk alone. Your step will sustainable growth. Mungkin PRU13 memberi pengajaran kepada semua Pemimpin UMNO. Tun, saya cadangkan tubuhkan parti bebas. Saya yakin sekiranya PRU13 muncul pada esok hari, UMNO mungkin akan tumbang. Oleh itu, sebagai preventive action Tun mesti tubuhkan parti bebas. Sekiranya parti Tun menang 2/5 kerusi parlimen, UMNO menang 1/5 dan saya pasti Barisan Rakyat mungkin menang 2/5 disebabkan ramai penyokong UMNO telah berpaling marahkan UMNO. Abdulah tidak mungkin dapat jadi PM dengan 2/5 majority. Mungkin pada masa itu Tun begabung semula dengan UMNO dan membentuk UMNO baru.Masa tu Dolah xmungkin ada suara dah, bisu. Dan dolah mungkin boleh kita letakkan sebagai Menteri kebajikan, tu pon kalau dia menang kat tempat dia, kalu kalah alamat tanam padi la. Cadangan ini adalah sebagai cara menghalang pari lawan dari memerintah. Saya berani jamin, parti bebas Tun paling kurang akan dapat 1/5 kerusi parlimen. Saya cuma harapkan kegemilangan Malaysia seperti dulu. Terima kasih. Assalamualaikum.

YSL (Young, Single & Lonely) said...

Salam Tun..

Hairan bin ajaib... Kenapa post yang dalam blog ni tak ada yang negatif..

Blogger.. kena la adil..

Kita negara demokrasi kan..

Mika Angel-0 said...

Che Det,

UMNO(baru) bukan UMNO yang ditubukan 62 tahun yang lalu dan UMNO dibawah pemerintahan Abdullah Ahmad kian dewasa.

Sapertimana si-kecil yang hidup dalam serba kemewahan dan sekarang terpaksa terus hidup dalam dunia yang telah berubah UMNO perlu matang dan berhemah dalam segala tindak tanduknya menghadapi cabaran dunia baru ini.

Walauapapun, UMNO bersyukur kerana telah dididik oleh Presiden Dr Mahathir dan isteri sapertimana kita bersyukur akan kedua-dua orang tua kita dan senantiasa mendo'akan dimaafkanNya ketelanjuran mereka disamping dilimpahkaNya kesejahteraanNya mereka di dunia sampailah ke Akhirat. Ameen.

UMNO masih ada Mukhriz Mahathir. Alhamdulillah.

joohean said...

Tun, In my humble opinion, experiences of people of your calibre should become learning subjects for young politicians. The way they are treating Tun in not allowing any members to share your experiences is really a huge disservice to the nation. In this regard, not only does such rudeness raised its ugly head in Tun's party, I recently came across a young ciku from a component party who, instead of learning a thing or two from Tun, had the audacity to comment in the newspaper on how futile it would be for Tun to achieve what Tun intended by leaving Tun's party or so he argued. I heard the young ciku was a political star or so they claimed but lost miserably in the recent election. I don't know whther he had given his honest opinion in the newspaper on why he sffered such huge losses i the election but he found it appropriate to comment on Tun's decision. This is really "biadap" at its height.

triple33 said...

Assalamualaikum Tun,

== PRU ke 13, genap umur saya untuk m'gundi..

== Andai kata Tun tubuhkan satu parti dan Tun adalah presidennya..

== Saya akan tolong Tun untuk m'perjuangkan parti itu..

-- Saya amat b'bangga dlam kepimpinan Tun dahulu dan kini.. GO FOR IT Tun!!!

triple33 said...

Assalamualaikum Tun,

== PRU ke 13, genap umur saya untuk m'gundi..

== Andai kata Tun tubuhkan satu parti dan Tun adalah presidennya..

== Saya akan tolong Tun untuk m'perjuangkan parti itu..

-- Saya amat b'bangga dlam kepimpinan Tun dahulu dan kini.. GO FOR IT Tun!!!

Yazlambo said...

Salam tun,
Biase le dah pencen orang tak pandang sikap manusia. Permasaalahan skrg sedikit banyak kesinabungan dasar yg tun terajui dahulu. Bila kena batang hidung sendiri baru sedar/melenting.Muhasabah diri.

Kija said...

Kenapa post saya xkeluar?
ader perkataan sesat ke Tun?
Ataupon ada unsur hasutan yang boleh dikaitkan dengan akta hasutan.. saya rela masuk penjara dari myokong pemimpin kurang cerdik..

Unknown said...

Assalamualaikum Tun,

Semoga sentiasa mendapat limpah dan rahmat dari Allah Yg Maha Penyayang

Saya berasa tersangat sedih apabila melihat siaran langsung semasa hari Tun di pejabat.

Ramai kawan/teman/musuh menyatakan,bila Tun berundur Malaysia tidak akan jadi seperti yg sebelumnya. Sebab tidak ada pegganti yg setara dengan apa yg Tun sudah lakukan

Dan hari ini ternyata sudah terbukti apa yg kami risaukan. Malaysia yg ada sudah penuh dengan pelbagai jenayah, masalah ekonomi. Suara Malayia di peringkat antarabangsa pun sudah lama tidak kedengaran

Saya sangat2 merindui ketika zaman Tun dulu. Sentiasa ada wawasan/idea baru diterjemahkan

Sekarang ini wawasan 2020 sudah tenggelam, sistem pendidikan terutama pengajaran Mate/Sains dlm BI akan dihapuskan kembali.

Entahlah, apa yg sebenarya sedang difikirkan oleh Pak Lah.

Apapun, saya berharap semoga Tun dipanjangkan umur agar dpt terus mengkritik sampai UMNO kembali semula ke landasan. Insya Allah

aiman said...

assalamualaikum tun Dr Mahathir
saya rasa amat sedih bila membaca tulisan tun.Utk pengetahuan tun,sye adalah pemninat setia tun sejak dari kecil lg,dan skrg sye menyokong SEMUA perjuangan tun dan mukhriz di dalam usaha mengukuh kan umno,bila saya tgk mukhriz,saya teringat kan tun kerna,ciri2 tun ada pada mukhriz.Alhmdlh syukur pada allah kerna di kurnia kan jua pejuang umno seperti mukhriz yg nyata akan memperjuangkan UMNO ke jalan yg benar seperti pd zaman tun dulu.
sewaktu saya pergi ke langkawi,rata2 penduduk di sana amat kecewa dgn pemerintahan sekarang kerana sejak pak lah amik alih jwtn sbgi PM,dia tidak lg menumpukan pembagunan d langkwi,tengok sajalah le tour d langkw pun dah xtak bermula di langkw lg,sedikit sebanyak benda2 yg tun dah buat dahulu di kikis,dihancurkan sedikit demi sedikit agar sejarah zaman tun dahulu hilang,sy amat kecewa.warga langkw amat menyayangi tun,begitulah jua rakyat kedah amat menyayangi tun,tidak pernah dlm sejarah Kedah d tawan oleh pembangkang,tp dtg je zaman pak lah,kehancuran muncul,membawa malapetaka.kami serah kan pd allah utk membalas tindakan2 yg telah di lakukan oleh mereka,mereka di ibaratkan sebagai anai2,yg membawa kerosakn dalaman.
Tun,saya setuju dgn kenyataa, Dato' Mukhriz bhw dia memahami mengapa tun keluar dari UMNO,dan sesungguh nya,saya juga akan keluar dr umno sekianya Mukhriz keluar dr UMNO,saya masih 'STAY ' lg cuz ingin memberi sokongan kepada mukhriz utk pemilihan nanti.
Yg di sanjungi negarawan terbilang, Tun Dr Mahathir Mohamed, teruskan perjuangan mu bersama mukhriz!! hidup Mahathir, Hidup Mukhriz!! wassalam.

HangLipat said...

Assalamualaikum Tun,

sangat tersentuh hati saya membaca rintihan dari Tun.Saya amat amat amat amat menghormati perjuangan Tun yang saya sentiasa anggap sebagai mentor rakyat malaysia.

Saya amat sedih dan hairan mengapa dan apakah yg telah dilakukan oleh Abdullah Badawi sehingga UMNO dibenci sedemikian rupa.Saya bersetuju bahawa Abdullah merupakan aset Pembangkang dan seorang pemimpin yang lemah.

Tun,teruskan perjuangan!kami sentiasa dibelakang Tun!

regards
NIZAR,KAJANG

KamiBersamamuTUN said...

Kami bersamamu TUN...
Paklah sudah lupe siapa yg naikkn dier..
Melayu mudah lupa!!!
Btol aper yg TUN katakn sebelum nie..

KamiBersamamuTUN said...

Kami bersamamu TUN...
Paklah sudah lupe siapa yg naikkn dier..
Melayu mudah lupa!!!

jaybeegirl said...

assalamulaikum Tun.

Saya sangat bersetuju dengan blog ini kerana saya berasal dr Johor Bahru. Dan saya sendiri sangat tidak puas hati dengan kepimpinaan PM sekarang nie. Ini kerana beliau telah banyak membatalkan project di Johor sendiri, salah satu project ialah project Jambatan ke singapore. Project itu dibatalkan kerana takut beliau terhadap negara jiran dan tidak bersikap tegas dalam meneruskan project tersebut. Beliau telah menyebabkan banyak masalah terhadap rakyat sendiri. Contohnya Rakyat kehilangan pekerjaan, rakyat yang berkerja dinegara jiran terpakasa mengharungi kesesakan lalulintas yang amat teruk setiap hari ini dan juga kerugiaan kepada negara Malaysia kerana project itu dibatalkan secara mengejut dan perbelanjaan separuh sudah dikeluarkan. Mengapa kita patut memilih pemimpin yang takut dengan negara lain ? Saya berbangga dengan pimpinaan TUN kerana TUN berani untuk bersuara dengan negara luar. Negara kita terlalu lemah kerana mempunyai pemipin yang takut untuk bersuara.

Saya sangat setuju dengan pendapat TUN dalam perkara ini. Saya sendiri sedih dan kecewa dengan pemimpin kita sekarang ini.
Jika dia masih memegang jawatan, tak lama lagi hilang lar hak orang Melayu. Kerana parti lawan..asyik membangkitkan hak mereka.. sedangkan mereka tak sedar ini negara Melayu. Orang Melayu mudah lupa … betul kate TUN.
Harap maaf jika saya ada tersalah cakap TUN.
Wasalam

Unknown said...

Assalammualaikum buat ayahanda Tun yang amat saya dan keluarga kasihi,

Janganlah bersedih wahai Tun... kerana kami rakyat biasa ini lebih pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk, berbanding para pempimpin UMNO yang penuh kepura-puraan.

Kami sayangkan bangsa, agama dan negara kami... dan tidak mudah melupakan jasa yang ditaburkan oleh Tun selama ini. Terima kasih yang tak terhingga di atas pengorbanan Tun...

Kami juga dapat menilai betapa Agungnya pemerintahan Tun yang telah menaikkan nama Malaysia dan mengangkat darjat agama Islam di seluruh dunia. Kebijaksanaan, keberaniaan, dan kewibawaan Tun tiada tolok bandingnya.

Kepimpinan Pak Lah telah meranapkan segalanya. Hampir hancur bangsa melayu dan agama islam di mata dunia, mungkin Malaysia juga akan hancur di bawah kepimpinannya.

Kami rakyat tidak akan benarkan ini berlaku, berundurlah wahai Pak Lah demi bangsa, agama dan negara.

Tun, kami sayangkan Tun...
Terima kasih atas segalanya...
Dan janganlah bersedih wahai Tun...
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraanmu :)

Tun NEGARAWAN AGUNG

Atila Ismeth said...

DearTunM,
Everybody kows UMNO now isnt UMNO before this.

My question is what is the guarantee and assurance that if AAB step down, will UMNO restructure itself, will UMNO leaders from branches to divisions who are not performing to step down and make way for new blood, will UMNO still have branch leaders who works as driver, housewives, etc (are we out of educated and quality malays in umno?),etc...
Members wants massive changes, members want to see how far UMNO learns from GE2008.

If no changes to be made, old ways were to b maintained by end of 2008, too bad by GE2013 UMNO maybe, mayhap, perhaps could be "in memory (dlm kenangan)".

sRiKanDi^NeGaRa said...

ditelan mati mak, diluah mati bapak. agak2nye, itulah yg terjadi pd ramai ahli2 politik kite.

Walau bagaimanapun, sy tetap menyanjungi dn mengagumi kehebatan zaman Tun mnjadi PM kami...

Bersamalah kita berdoa agar tanah air kita ni selamat dr segala bencana...

Jgn lupa pd anak2 muda, selamat menuntut ilmu dn pertingkatkan diri demi negara, bangsa dan agama...

USAMABENLADEN said...

Tun,,, Saya nasihatkan tumpukan kepada ibadat sahaja agar jasa dan perjuangan Tun dikenang..

Ataupun Tun mengakui segala salahlaku yang Tun buat dan mohon maaf kepada seluruh Rakyat Malaysia...

Biarlah... Tun, jangan diturut hati yang panas dan membara!!!!

MOHAMMAD ASHRAF A.K.A. SHY said...

salam DTMM

Saya yakin ramai rakyat Malaysia yang masih menyokong Tun dan ramai yang semakin meluat dengan kepimpinan Pak Lah

kehebatan Tun tidak perlu diperhebahkan lagi..satu dunia dah tahu..jasa dan budi Tun tidak mudah untuk kami lupakan..

UMNO bukan lagi parti untuk Melayu di bawah Pak Lah..UMNO kini parti untuk Malaysia..tunduk dgn segala desakan luar..tiada lagi keistimewaan buat melayu..

Terima Kasih Tun atas keistimewaan yang Tun curahkan sepanjang pemerintahan Tun..

Mitz said...

Salam Tun Dr,

Saya sangat bersetuju dengan Tun, UMNO berbeza dengan dulu dan UMNO sekarang tidak memperjuangkan nasib orang melayu secara menyeluruh dan hanya mementingkan diri. Bak kata orang yang kaya terus kaya dan miskin terus miskin, jangan pula nanti kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

Jadilah orang yang profesional dengan budaya kerja. Ada yang tidak faham dengan kerja seperti petikan di bawah tidak dapat membezakan kerja dengan urusan parti. Jika keadaan ini berterusan UMNO akan terus berpecah dan Melayu akan hilang panduan dan arah.

Petikan dari Rencana "Mokhzani didesak undur Pengerusi SIC" - Berita Harian Online, 31 Mei 2008.

"Sebelum itu, timbul rasa kurang senang daripada SIC apabila Ismail Sabri yang dijadualkan menghadiri pelancaran Super GT Malaysia 2008 di aras bawah menara KBS, tidak menghadiri acara itu dan tempat beliau digantikan Pengerusi Suruhanjaya Permotoran Malaysia, Datuk Azman Yahaya.

Ismail Sabri turut menyatakan, atas alasan sama, Dr Mahathir perlu turut melepaskan semua jawatannya yang diberikan kepadanya oleh kerajaan seperti Penasihat untuk Petronas, Proton dan sebagainya.

"Ini yang dikatakan prinsip. Tidak perlu kita terus memegang jawatan yang diberikan andai kita tidak setuju dengan seseorang itu," katanya.

Mengulas lanjut tindakannya `memulaukan' acara yang dihadiri Mokhzani itu, Ismail Sabri berkata, beliau merasakan tidak perlu untuknya mempunyai apa-apa hubungan dengan anak bekas Perdana Menteri itu."

D'yoN said...

Morning TUN,

You're one of the best in world sir!! I am very very very happy that you pen down your piece of mind cause its SUPERB..When i went to every part of the world, some of other countries never heard of Malaysia, they knew about Thailand and Indonesia "BUT" when i said "MAHATHIR MOHAMAD" they all know.. u see.. people out there, this is the "CREDIBILITY" that we need to lead us.. Who can TALK n GUIDE citizen.. Who looks 50 years ahead in future, not people who read speeches from a paper that written by OTHERS!! maybe KIDS can do better than that.. Citizen can judge which one is better for them.. Malaysian are not stupid so for those who believe that we are one, then they are completely wrong.... DEMOCRACY WE CHOSE !!

REST WELL...

Khai_Man_Utd said...

A'kum...

'Wa caya sama lu wahai Tun yg dihormati"..sememangnya apa yg brlaku keatas UMNO amat memalukan kaum Melayu kita sendiri. "Tidak Melayu Hilang Di Dunia" adalah mesej pahlawan Hang Tuah yg kini saya ingat hanya menjadi sejarah semata2 dan bukan lg sbg panduan kpd pemimpin UMNO masa ini utk memajukan dan membina jati diri org Melayu. Tunduk kpd Singapura sbg contoh, sememangya benar boleh menghancurkan kedaulatan Malaysia pada masa depan. Ini secara langsung saya berasa khuatir, pada masa akan datang, kaum2 lain di negara kita akan memandang rendah trhadap kita dan org Melayu juga mungkin tidak lagi mempunyai kepercayaan teguh terhadap pemimpin UMNO utk membela nasib org Melayu apatah lagi mempertahankan tanah tumpahnya darah kita. Sememangnya UMNO adalah tunggak Malaysia. Semoga apa yg Tun luahkan dpt difikir2kan oleh semua golongan Melayu tak kira tua atau muda dan saya juga berharap pemimpin UMNO kini semua dpt bermuhasabah demi kepentingan Melayu pada masa kini dan yg paling utama skali demi masa depan UMNO.......

Akhir skali, semoga Tun dikurniakan
kesejahteraan di dunia dan akhirat..Amin..

W'salam..

Khai_Man_Utd said...

A'kum...

'Wa caya sama lu wahai Tun yg dihormati"..sememangnya apa yg brlaku keatas UMNO amat memalukan kaum Melayu kita sendiri. "Tidak Melayu Hilang Di Dunia" adalah mesej pahlawan Hang Tuah yg kini saya ingat hanya menjadi sejarah semata2 dan bukan lg sbg panduan kpd pemimpin UMNO masa ini utk memajukan dan membina jati diri org Melayu. Tunduk kpd Singapura sbg contoh, sememangya benar boleh menghancurkan kedaulatan Malaysia pada masa depan. Ini secara langsung saya berasa khuatir, pada masa akan datang, kaum2 lain di negara kita akan memandang rendah trhadap kita dan org Melayu juga mungkin tidak lagi mempunyai kepercayaan teguh terhadap pemimpin UMNO utk membela nasib org Melayu apatah lagi mempertahankan tanah tumpahnya darah kita. Sememangnya UMNO adalah tunggak Malaysia. Segala apa yg berlaku di dlm atau diluar UMNO secara langsung atau tidak, kesa Semoga apa yg Tun luahkan dpt dirasai oleh semua golongan Melayu tak kira tua atau muda dan saya juga berharap pemimpin UMNO semua bole bermuhasabah demi kepentingan Melayu pada masa kini dan yg paling utama skali demi masa depan UMNO.

Akhir skali, semoga Tun dikurniakan
kesejahteraan di dunia dan akhirat..Amin..

W'salam..

Unknown said...

Tun,
Maafkan saya kalau berkata-kata keterlaluan..
Kalau Tun keluar UMNO tanpa menubuhkan satu wadah perjuangan Melayu yang baru, bangsa Melayu akan kecundang.

Sekarang ada orang Melayu yang menyokong supaya DEB dan hak istimewa melayu dibubarkan. Mereka tidak sedar bahawa:
1. Melayu hanya merdeka selama 50 tahun. Lebih 400 tahun kami dijajah dan dibelenggu kuasa asing.
2. Mereka tak sedar bahawa sebenarnya orang bukan Melayu yang paling banyak mengaut keuntungan dalam sistem kerajaan sekarang yang tiada transparency.

Hanya Tun dapat menyelamatkan Melayu daripada serigala dalam dan luar selimut. Dengan adanya party baru Insyallah tidak hilang Melayu di muka bumi.

Melayu memang mudah lupa..

You will always have my support, Tun.

-Johan DS Azmi

Khai_Man_Utd said...

A'kum...

'Wa caya sama lu wahai Tun yg dihormati"..sememangnya apa yg brlaku keatas UMNO amat memalukan kaum Melayu kita sendiri. "Tidak Melayu Hilang Di Dunia" adalah mesej pahlawan Hang Tuah yg kini saya ingat hanya menjadi sejarah semata2 dan bukan lg sbg panduan kpd pemimpin UMNO masa ini utk memajukan dan membina jati diri org Melayu. Tunduk kpd Singapura sbg contoh, sememangya benar boleh menghancurkan kedaulatan Malaysia pada masa depan. Ini secara langsung saya berasa khuatir, pada masa akan datang, kaum2 lain di negara kita akan memandang rendah trhadap kita dan org Melayu juga mungkin tidak lagi mempunyai kepercayaan teguh terhadap pemimpin UMNO utk membela nasib org Melayu apatah lagi mempertahankan tanah tumpahnya darah kita. Sememangnya UMNO adalah tunggak Malaysia. Segala apa yg berlaku di dlm atau diluar UMNO secara langsung atau tidak, kesa Semoga apa yg Tun luahkan dpt dirasai oleh semua golongan Melayu tak kira tua atau muda dan saya juga berharap pemimpin UMNO semua bole bermuhasabah demi kepentingan Melayu pada masa kini dan yg paling utama skali demi masa depan UMNO.

Akhir skali, semoga Tun dikurniakan
kesejahteraan di dunia dan akhirat..Amin..

W'salam..

Unknown said...

Tun,
DSAAB was given a chance by UMNO to prove his mettle. All your warnings left unheeded by many and you were not given oppotunity to even be in perwakilan in Kubang Pasu.

Now that he has proven his incompetence, UMNO will definitely follow your lead. DS Najib is too weak and full of quesionmarks. If he is really innocent why won't the govt work towards speeding up the case to clear his name? Instead, proceedings seem to have come to a complete halt.

Who else? Muhyiddin may be promising. But UMNO needs someone who is proven capable of leading a nation.

I saw your interview on BBC Hardtalk and I enjoyed watching how Stephen Sackur was trying to corner you. But you really gave it to him and he had to resort to changing the subject when not able to respond. I was so proud to see a Malaysian not backing down to the intimidations of the West.

Should you decide to take on the helm of UMNO or should you decide to form a new party, millions will be behind you, myself included.

-Johan DS Azmi

dinyahaya said...

Smekom! Tun dan semua yang baca.
Tun, saya amat kesiankan Tun.Tun sempoi!! Pak Lah tumpoi!
Saya harap Brader Mukhriz teruskan perjuangan.Tun, jaga kesihatan dan banyakkan pi masjid.Allah menyayangi Tun.Saya senantiasa mendoakan kesejahteraan Tun dan panjang umur. Brader Mukhriz....saya sebagai bebudak ANSARA, saya harap brader mukhriz teruskan perjuangan..ambik mertun ketuk kpala pak lah! Tak gheti gheti la Pak Lah ni,,,blah buang aarrrr...tak sedaq diri,,,(kencing atas dahi baru tau!)tapi saya tau pasai pa dia tak turun..alah..PCC, jual pasiaq, kantoi dgn dotdotdot..(ada sebab la tu..menikah ngan nyonya tu!!) Ingat kami tak tau ka...anak ulamak konon....piiiii...rah!Saya tau apa yang saya tulih ni, kurang ajaq!! Tapi saya sayangkan UMNO..(dulu)..please la.Pak Lah ooooiiii....turun lah dari jadi PM...Lingkuuup! Pungggggah Melayu!!! Bang sa aku sendiri!! Dok ghenyeh apa lagi PaK Lah!! TURUN!

arusglobal said...

Salam Tun...

Jasamu tetap dikenang sebagai Bapa Pembangunan Malaysia...


www.zulfa21.blogspot.com

beck 23 said...

askum tun...
saya mrupakn penyokong stia BN...
Dan juga Tun...
Saya brasa sgt sedih slepas mndgar smua ini..
sya bgitu trkjut...
saya juga brhrp pak lah tak jawatan..
tp bkn skarang..
hanya seleps dia selesaikan smuanya dlu....
sperti dilakukan oleh bapa kmerdekaan kita,Tunku Abdul Rahman slepas kjadian 13 Mei...
walaubgaimnepun,sya brhrp Tun akn memperjuangkannya!!!!
sdarkan lah smua pucuk pimpinan & kembali ke jln yg bnar....
saya hrp tun akn Bantu BN untuk slesai kan kmelut dlm BN...
Hidup TUN!!!
HIDUP BN!!!!
kembalilah ke UMNO,BN....

Unknown said...

I do not understand why the powers that be fear you so much Tun. You have done so much for this country yet you are now being treated as a nobody. You deserve much more than this. I myself am a nobody yet I have so much respect for you. Keep on fighting and may God bestow you good health so that you can continue what you are fighting for.

Loo Wing Fei said...

Dearest Tun,
I've been growing up admiring your ideology forwarding this nation to it's best.

I too do not wish to see you've been treated otherwise by such an uncivilised people.

Tun,rest assured that we're neither blind nor deaf.The injustice done sure to be paid by such mongrels.As a start,previous election has shown the answer.

It's just a matter of listening to the people's plight or be ready to be outcasted.There is no other short cut for their victory.

Tun,actually we're dealing with unconcious people.Their minds and hearts are so obscured that they do not know what thay are doing....should refer them to tanjung rambutan..

waste no more breath for these ungratefull and continue your good course and we'll always behind you.you are not alone.

"you are the best,and the world knows it"

soba said...

Assallamualaikum Tun,
Dalam banyak hal saya amat setuju dengan pendapat Tun walaupun ada yang memeng saya tidak setuju dengan tindakan Tun sebelum ini...Akhir2 ni Tun banyak memberi pendapat yang amat berguna untuk direnung dan difikirkan oleh rakyat malaysia...Dari mula DSAAB di lantik sebagai timbalan Tun dah saya sangsi dengan keupayaan beliau...
semuga Tun teruskan dgn komen2 bernas Tun.

Saya pun dah lama tinggalkan UMNO.

matlee said...

saya bersetuju dengan Tun. Kekalahan teruk UMNO baru ini buka kerana benda lain.Mereka ahli UMNO . tak mahu keluar UMNO tapi mahu Pak Lah Letak Jawatan . saya juga UMNO. sedih dengan kepimpinan UMNO sekarang yg semakin lemah . Tidak mahu melepaskan jawatan demi kepentingan sendiri.

yahya aiyop said...

Assalammualaikum

YSL
baca le komen disini sepenuhnya sebelum YSL nak komen blogger bias.

Berikan fakta dalam semua hal bukan hentam kromo sahaja

ahmaad albab said...

salam hormat tun n keluarga,
sedih sggh melihat keadaan sekrg
anak didik tun yg dilatih tun sendiri n parti yg tun tubuh sendiri menyisihkan tun sebab gila kuasa
saya pernah teringat kata2 tun satu masa dahulu
tun masuk politik bila dah ada harta
tp politik skrg masuk politik nak cr harta
sedih sy lihat keadaan ni...
kuasa yg rakyat beri diguna untuk kepentingan sendiri n family
rakyat di anggap bodoh dlm semua hal
zaman tun dulu keadaan nye lain
walau kite dlm terdesak kewangan
tp tun buat mcm takde masalah
tun selesaikan bagai seorang pemimpin
n tun diberi gelaran a doctor with economist
satu kebanggan rakyat melaysia n bangsa melayu
tp tun sekrg kite hanya pak sanggup
di dlm mahu pun luar negara
namun sy mohon tun terus berjuang demi negara n bangsa melayu
hormat dari saya....

pakbelalang said...

Dear Tun,

I just wonder whether the new Minister of Law is "duri dalam daging". He seems to portray himself as the "CHAMPION OF REFORMASI". What is he trying to prove? A great lawyer who is able to change and reform according to Oppsitions terms and specifications. What does that reflect? God knows !!

nagakeciks said...

Assalamualaikum Tun. Saya ingin menyatakan bahawa salah satu perkara yang saya banggakan dalam hidup saya adalah ,saya dilahirkan pada tahun 1981. Pada tahun itu jugalah bermulanya era pemimpin Malaysia yang paling agung.

Tun sabarlah dengan mereka-mereka yang melupakan jasa Tun untuk negara selama 22 tahun. Tun masih ada kami, yang sentiasa menyokong Tun.

Saya , sebagai rakyat Malaysia , berasa risau untuk anak-anak saya. Bagaimanakah Malaysia yang tinggal untuk mereka nanti , merdeka lagikah kita..Alangkah tenangnya hati ini, sekiranya Tun dapat memimpin Malaysia buat selama-lamanya..

Tun jagalah diri baik-baik.

pakbelalang said...

Dear Tun,

I just want to tell Azalina that in politics there is no such thing as disrespecful to leaders. By making a statement to ridicule a leader is not tantamout to disrespectful.Azalina ini DAH BODOH STUPID PUNYA MENTERI. Tapi loyar. Loyar apa? Haprak HP6 !! I just cannot imagine these UMNO leaders when they make public statements, they seem to be behaving like school children. Very shameful indeed to Malay leaders shallow mentality. Come on, grow up please. Jangan memalukan bangsa Melayu dengan buat kenyataan yang sungguh cetek pemikiran!!

golden sand said...

silap tun xlantik DSAI jadi pemimpin yang akan teruskan perjuangan Melayu melalui Umno..Dolah bukan sahaj merosakkan UMNO malah merosakkan negara yang dicintai.Orang dah xhormat pada malaysia.

Cyberwira said...

Akum Tun.

Kami semua tetap menyokong TUN dan berdiri teguh di belakang TUN hingga ke akhir hayat..

Hati UMNO memang sudah sebati di dalam jiwa saya, kerana saya dilahirkan dan dibesarkan semasa kepimpinan TUN.. Segala ideologi yang di bawa oleh TUN, sehingga hari ini adalah menjadi pemangkin untuk saya menjadi Melayu Baru.

Keep it up TUN..

www.cyberwira.blogspot.com

Mugen said...

As a young 18 yrs old Malaysian , i am trully proud of someone as your stature to be bold enough to voice out your very true and transparent views and opinions on todays political and non-political situations in our country ....

I was trully priviledged last year when you made an appearance in my secondary school , Victoria Institution ... i guess i speak for every one of us tht morning when i say u literally captivated your listeners with the speach u gave ...

Anyway the question i would like to pose to Tun is , why is UMNO so desperate to reappoint former members who were regarded as crooks and losers ( i refer the crooks and losers towards newly appointed members like Ezam , Mat Taib , & Rahim Thamby Che )

On this note , i of course am a true fan of your's and would love to wish you all the best and luck in making Malaysia what is was back in the day or maybe even better !!!!!

Hasnol Azmi said...

Salam Tun,

Saya setuju yang UMNO bukan lagi UMNO. Prinsip penyatuan UMNO cawangan, bahagian dan perhubungan tidak lagi wujud. Jelas pemilihan calon-calon wakil rakyat berdasarkan kepada penyokong Pak Lah. Beliau berharap kalau-kalau calon-calon ini akan memerintah di peringkat bahagian kelak sekiranya mereka menag. Maklumlah wakil rakyat ada peruntukkan berbanding ketua bahagian yang bukan wakil rakyat. Tetapi, nyata Allah maha berkuasa dan mereka ini kalah. Sebelum pilihanraya pun dah kecoh. Itu sebabnya Pak Lah sekarang mengadap kenegeri Sabah. Apakah negeri di semenanjung ni tak penting ke? Nyata kerana terlalu takut dengan DSAI segala dasar bertumpu ke Sabah. Beliau yang datang dari bahagian di Penang, perlukan sokongan Bahagian=bahagian di Sabah yang Besar. Ku Li ayang berhajat nak bertanding sebagai presiden pun tak dapat menentukkan kemenangan UMNO di Kelantan. Saya tak heran kalau Ku Li akan menarik di di saat akhir untuk memberi peluang Pak Lah memerintah kembali. Bukan kah mereka pernah sekonkol> Pengalaman saya didalam UMNO kalau pernah bersama tetap akan bersama walaupun not in public.

Mat Dargo Sombrono said...

Dear Tun,

Adakah Zaid telah dipergunakan oleh pihak Pembangkang untuk membuat reformasi dalam kerajaan. Nampaknya si Zaid ini banyak melayani pembangkang daripada melayani kehendak rakyat. Saya nampak seolah-olah pentadbiran kerajaan Pak Lah dah diresapi oleh pengaruh pembangkang. Pak Lah dengar suara pembangkang lebeh dari suara rakyat. Pak Lah takutkan pembangkang dari takutkan rakyat kononnya dengan melayani pembangkang akan mempopularkan semula kredibilitinya yang telah dianggap rakyat sebagai dah MALAP !! .

Mat Dargo Sombrono said...

Dear Tun,

Menteri Sukan suruh Mokhzani letak jawatan sebagai Chairman SIC. Inilah perangai Menteri-menteri Pak Lah yang berinferiority complex dan kaki bodek. They are glaringly showing how they really treasure their position as Ministers. This is the only way to strengthen their position by continuously "BODEKING" their boss. Kalau menteri yang tak suffer from inferiority complex mereka akan terus memberikan tumpuan sepenuhnya kapada tanggong-jawab mereka sebagai menteri yang berkesan untuk membuat sesuatu yang boleh membawa kapada pembangunan berterusan dikementerian masing-masing. Ini tidak, cari jalan untuk pecat memecat orang kerana tidak bersempendapat dengan aliran politik "KUNO" mereka. Inilah Menteri UMNO yang dah tak ada pedoman. Tengoklah Eng Guan dan Khalid. Mereka boleh ambil orang BN jadi Pengurusi committee berbagai agensi walaupun penderian politik mereka berlainan. Tidakkah malunya perangai menteri-menteri UMNO. Suka cantas-mencantas.

zaki9777 said...

Assalamualaikum Tun,

5 tahun PakLah jadi PM..habuk pun tarak. He has nothing...absolutely nothing to brag about. What a boring, dull and stale leadership...lembik sangat.

You on the other hand our dear Tun, are one of a kind. Trust your heart and trust us Tun, the silent grassroot majority support you...

Spoke to my many foreign friends. They all wish that they can clone you to be their leader...hehe. But when asked about PakLah, their response is PakLah who?
I used to be very damned proud when I speak anout my country and its leadership(that is you Tun)...

But now...sighhh

BELIA WAJA WATAN said...

Moga Allah membimbung Tun meneruskan perjuang ini ..

Tun pada pengamatan kami generasi muda Tun adalah seorang MELAYU versi Asal bukan versi penjajah, Tun terlalu berani mencabar hiraki All Seeing eye - Illuminati (Horus), mungkin Tun salah seorang yang mendapat hidayah Allah terhadap benda tersebut sehingga pemimpin PAS tidak mampu berbuat demikian,

Walaupun begitu pada kami Tun telah berjaya menyediakan prasarana perjuangan untuk generasi baru seperti kami bagi meneruskan perjuangan Tun,

di sana sebahagian kesilapan telah berlaku dalan plan Tun untuk Malaysia, mungkin dengan mengambil Pak Lah yang keturunan ulama akan bahagia Malaysia ? ia adalah sebaliknya,

Tun telah berjaya melambatkan plan shadow gorverment tapi tidak berjaya menghentikan plan tersebut. Tun apakah teory selepas ini RAHMA ..........?

Kepada Allah kembali kesudahan.
kami memerlukan kepimpinan seperti TUN.

ex-umno said...

depa mmg macam tu tak pernah puaih dengan apa yang depa dapat, tak kenang budi,

saranitha said...

Dear Tun,

Wishing you a good day!! I'm a fresh graduate who has a keen interest in political issues and am a great fan of you.

Frankly speaking, though i'm an Indian, but my concerns to the Malay community is always there as i'm a Malaysian too.

I definetely agree to your comments and stands that the current administrator should be changed if Malaysians would like to see a better change in future.

There's a need for a progress and I certainly agree to your statements. Dr will never decide nor voicing out your point of views without thinking.

Leave aside those who "attacks" you. We the Indians would like to see a change!!

Good luck Dr!! God bless.

LANN said...

I will support woteve u r,Tun!
Be strong!
U r such charismatic n strong leader!

dinGBK said...

Assalamualaikum Tun,
Semoga sihat selalau,

Memang benar apa yang Tun kata kan UMNO dulu dan UMNO selepas Tun tak sama sebab kaki ampu dah banyak sangat sampai apa2 hal kami sokong dan sayang PM.Tapi hakikatnya hancurkan UMNO walau buat salah langkah masih mereka sokong.Bila bersuara sikit nak ambik tindakan gantung keahlian lah itu lah ini lah.Mereka buat Tun sampai macam itu dan semuanya adalah bekas 46.(minta maaf pada Tun jangan salah anggap sepatutnya hari itu Tun patut serah kuasa pada Dato Najib @ Tan Sri Muhyuddin.)Sebab pemikran 46 masih dalam kerja2 mereka dan Tun pandang lah pada cabinet dia sekarang siapa mereka dan berapa orang yang betul2 dari UMNO dan berapa orang dari 46.Tun kalau rasa comment ini tersingung perasaan minta ampun dan maaf.Tapi saya tulis ikhlas Tun sebab kalau depa tak leh respect Tun tidak apa tapi jangan caci dan memalukan Tun.
Kalau Tun rasa comment saya ini tak nak siarkan tak kisah sebab dah lama sangat saya nak sampaikan ini tapi tidak masa yang sesuai semasa sembayang jummat di putra jaya ramai sangat orang tak dapat nak cakap dengan Tun so terpaksa tulis disini.
Sekian,
Wasaalam.

Biliswira said...

Serba salah saya bertukar kepada sakit kepala. Makin sakit kepala selepas membaca pengakuan Ezam. Kalau dulu jumpa Khairy & Abdullah untuk fight keluarkan Anuar, sekarang masuk UMNO sebab nak reform pasal anti rasuah dan bagi alasan Abdullah 'lebih terbuka' untuk menyelesaikan banyak perkara yang dulu 'tertutup'. Apa ni???
Masa jadi Ketua GERAK tak cukup power ke? mesti masuk UMNO baru dapat power? Gitu ke? Jadi memang power yang Ezam inginkan ke? Apa punya orang ni?
Saya ingat Lee Lam Thye sampai sekarang tak payah masuk MCA, Gerakan atau UMNO, pun kerajaan pandang juga khidmatnya apabila dia keluar DAP dan jadi non partisan. Ezam tak 'dapat' jadikan Lee Lam Thye sebagai contoh ke? Mesti masuk UMNO juga ke baru segala usaha GERAK dulu tu atau awak punya reform boleh berjalan lancar?
Komen pasal Abdullah, para menterinya ada sikit 'bengong' pasal lantikan melalui kerajaan. Saya suka ambil Lee Lam Thye jadi contoh. Ada juga contoh lain tapi sebab dah sebut nama Lee, kena sambung pasal Lee ajalah. Tak pening sangat kepala ni.
Jadinya, bila Mokhzani keluar UMNO, jawatannya otomatik gugur atau kerajaan kena tendang dia ke? (Contoh saya tak boleh diguna pakai ke???)
Tun atau siapa siapa yang baca ni, kalau nak komen, komenlah dari sudut positif sebab saya suka tengok sesuatu dari sudut negatif dan cuba berfikir untuk ubah yang negatif tu menjadi positif atau setidak-tidaknya menjadi neutral.
Semoga Malaysia aman makmur...

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, UMNO kini yang bukan lagi UMNO, khabarnya akan ke sebuah hotel di Shah Alam, Khamis dan Jummat ini, mengumpul kira-kira 52 orang untuk membincangkan bagaimana yang terbaik membina parti, dan maju, selepas terbukti kalah teruk dalam pilihanraya yang lalu. Harapnya tiada pemimpin yang mengambil kesempatan ini untuk tidor sedang perbincangan berlangsung.

wok yoh said...

salam...
terima kasih Tun kerana keluar sari UMNO..ALLAHUAKHBAR!!!

zulkplyjoharis said...

anyway Tun, pelik sekarang ni kalau talk about politik pemerintahaan yang tak nampak mcm betul-betul ,mesra rakyat atau apa-apa pening saya. Tak tahu negara ni maju di bawah PM sekarang yg tak ada tallent sebagai PM. Good job Tun give pressure to PM. People don't want him to be PM anymore.

zulkiplyjohari's
atoy_zul@hotmail.com
0138269506

Ayuh Kayuh! said...

Salam Buat Tun.
"Ini semua tidak menjadi sebab saya keluar daripada UMNO. Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri".-Petikan kata-kata Tun.
Saya memang geram sungguh dengan ketundukkan Pak Lah dalam melayan semua kehendak karut-marut kaum ekstremis serta negara "sekangkang kera" di selatan tanahair kita ni.

lin said...

Assalamualaikum Tun,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa Tun kepada negara ini. Semoga ALLAH S.W.T. membalas segala kebaikan yang Tun lakukan. Harapan saya semoga bangsa Melayu akan terus bersatu. Kami Sayang Tun.

Navi said...

Tun,
AAB hasn't much going for him. His support from the cabinet is illusory. Some are just waiting to jump; within the party or out, and those AAB has brought into the Supreme Council and cabinet are discards recycled to boost his ego.
Lately we have seen what is allegedly your line up. It reeks the same. If Rahim Thamby and some of his cronies are to be recycled, than your team has the same level as that of AAB.
What UMNO need is not leaders who have failed, but new ones who dare to bring changes. Ones who have the moral fibre to distinguish between right and wrong, good and bad. Today's leaders are materialistic with selfish motives and as long as they persist in holding onto positions in the party, UMNO will not continue to succeed

yana said...

Askm Tun..sy menyokong penuh perjuangan Tun..Sejak Tun letak semua jawatan dahulu,saya antara yang kecewa dan memikirkan apa akan jadi pada negara ini dan UMNO dengan kepimpinan yang baru.Sekarang semuanya da jelas.UMNO dah lain.Kita dah takut untuk bersuara.Bisu.Saya tetap berada di belakang Tun.Ramai lagi yang masih menyokong Tun.Tun jangan putus asa dan bersedih.Jaga kesihatan Tun.Saya mengharapkan Tun berada di tempat pemimpin tertinggi UMNO semula..Macam dulu..Agar negara kita terus membangun dan disegani di mata dunia..Amin..Saya mendoakan perjuangan Tun dirahmati Allah dan Allah akan membantu kita..Biarlah Pak Lah 2..Mudah2an dia sedar n kuar dari UMNO..

Yusuf Hakeemi said...

EZAM KEMBALI BERSAMA KOTAK-KOTAKNYA

Ezam Mohd Noor berdiri di pentas di Kampung Kedai Piah tidak sampai 100 hari yang lalu dan menjerit-jerit dihadapan lebih kurang 300 orang mengupas hujah-hujahnya tentang bertapa buruknya UMNO dan betapa busuknya Barisan Nasional. Intipati pekikan Ezam berakhir dengan kesimpulan bahawa Kerajaan Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah terlalu hina dengan korupsi yang menjadi-jadi.

Sedekad yang lalu, Ezam keluar dari UMNO bersama enam kotak yang dilaung-laungkan sebagai berisi segala dokumen yang boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Sampai hari ini saya menanti Ezam membongkar isi keenam-enam kotak itu. Ezam rela ke penjara mempertahankan enam kotaknya. Dan minggu ini, Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotaknya.

Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotak? Apakah isi kandungan kotak-kotak itu? Hari ini segala-galanya telah jelas lagi bersuluh. Sebenarnya satu ketika dahulu Ezam keluar UMNO dengan enam kotak kosong, tetapi hari ini, Ezam kembali ke dalam UMNO dengan 6 kotak berisi.

Apakah yang diisi di dalam kotak-kotak itu? Apakah enam kotak itu berisi segala bentuk dokumen yang boleh memusnahkan Anwar Ibrahim dan mereka yang setia dengannya? Apakah enam kotak itu berisi segala dokumen dan skandal yang boleh menumbangkan kesepakatan kerajaan Pakatan Rakyat? Atau enam kotak itu berisi berjuta-juta ringgit sebagai habuan kepulangannya ke dalam UMNO.

Seorang Ahli Parlimen yang juga amat rapat dengan Anwar Ibrahim memberitahu saya, Ezam menawarkan RM10 juta kepada 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengikutnya menyertai UMNO. Jika ini berlaku, tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dijadikan pesta seperti dahulukala, bila ada pegawai kanan Parti Komunis Malaya menyerah diri, mereka dipaksa untuk membuat kenyataan terbuka dan menyebarkan propaganda Kerajaan. Melihat Ezam di kaca TV memberitahu bahawa beliau memohon untuk kembali ke dalam UMNO kerana kerajaan Pimpinan Abdullah adalah kerajaan yang Pro-Reform, bahkan Ezam seperti tidak tahu untuk menjelaskan keputusannya itu dan asyik-asyik berputar-putar pada kalimah ‘Pro-Reform’ mengingatkan saya disewaktu kecil dahulu menyaksikan bagaimana Musa Ahmad, bekas pemimpin kanan PKM tampil di kaca TV menceritakan mengapa dia menyerah diri.

Mengapa Ezam terjun ke dalam kapal yang hampir pasti akan tenggelam? Mengapa Ezam membiarkan dirinya sebagai tropi suasa Abdullah Badawi? Mungkin didalam darahnya ada sesudu dua darah amfibia dan menjadikan dia bersedia untuk melompat seperti katak.

Tetapi mungkin juga tindakan Ezam itu berdasarkan perancangan teliti yang memakan masa hampir setahun diperingkat perancangan. Perancangan yang diilhamkan oleh seorang ahli politik pembangkang yang amat bijaksana yang terkenal dengan pemikiran ‘out-of-the-box’.

Kembalinya Ezam ke dalam UMNO sudah tentu menambah percakaran di dalam Majlis Tertinggi UMNO dan juga di peringkat akar umbi di mana Ezam terpaksa bertapak semula. Ezam akan dilihat sebagai Pro Abdullah lantaran menambah gelodak akar umbi yang masih ingat siapa Ezam.

Kembalinya Ezam dilihat oleh akar-umbi sebagai satu permulaan kepada usaha membuka pintu kepada Anwar Ibrahim untuk kembali semula ke dalam UMNO dan seterusnya meneutralkan Najib Razak yang mungkin akan bergabung dengan Muhyiddin Yassin menentang Abdullah.

Anwar Ibrahim tidak pernah menghentam kepimpinan Abdullah bahkan beberapa kali Anwar tampil dalam wawancara akhbar mempertahankan Khairy Jamaluddin.

Namun, Najib Razak tidak pernah terlepas dari menjadi sasaran pelbagai tomahan oleh Anwar. Musuh Anwar di dalam Anwar jelas nampak ialah Najib Razak dan bukan Abdullah.

Apabila Anwar memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan baru akan ditubuhkan pada bulan September, apakah Anwar merujuk kepada kerajaan Abdullah-Anwar? Apakah pada bulan September Anwar akan menyertai UMNO dan akan dilantik sebagai ‘running-mate’ Abdullah untuk pemilihan pucuk pimpinan parti pada Disember 2008.

Di dalam politik tiada yang mustahil, di dalam UMNO, yang mustahil telah beberapa kali berlaku dan tentu kita masih ingat bagaimana ‘duri dalam daging’ UMNO, iaitu Musa Hitam bergabung dengan musuh tradisinya Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Mahathir atau lebih jelas, untuk membunuh Razaleigh ‘once and for all’?

Segala yang berkemungkinan berupaya menjadi kenyataan dan buat masa terdekat, jelas sekali kemasukkan Ezam ke dalam UMNO menambahkan lagi kekusutan yang UMNO hadapi.

Siapakah yang mendapat habuan dari bertambahnya kekusutan di dalam UMNO ini?

Diambil dari blog kickdefeller

Madeku367 said...

stop breaking the malays, tun. you know you are doing this for personal reasonss only.

you hate abdullah for doing the opposite from what u expected him to do. for u. but he didnt.

u r doing all this not for us divided malays.

but for yourself.

paklongchad said...

sebenarnya hang lagi zalim dari dollah,semua orang tak lupa apa yg hang masa hang jadi pm dulu sgt zalim

Fauzesc said...

salaaam buat tun,

tun mmg idola sy sejak dulu lagi
dan saya tak akan berpatah balik dan mengatakan tun pengkhianat bangsa..

mapler said...

assalamualaikum che det,

saya rasa sgt berbesar hati dpt menghantar komen ini. walaupun saya masih mentah dlm mengenal perjalanan politik dlm negara,saya sudah mula merasa risau bagaimana keadaan negara di masa akan datang dgn cara kepimpinan yg di terajui sekarang. masihkah kita berpeluang utk memperbetulkannya. bantuan mu di harapkan. selamatkan kami 'GENERASI MUDA'.hidup che det!

setia bersamamu:
mapler

paklongchad said...

"UMNO yang bukan lagi UMNO"
sudah mati dibunuh oleh mahathir
pada tahun 1988

mat_mtks said...

UMNO Sekarang sudah jauh berbeza dgn UMNO Dahulu...tiada lagi membela bangsa melayu..tetapi lebih kepada menjaga perut masing-masing sahaja...

mohamedhafiz said...

a'kum tun,
how are you sir,hopefully you're doing good...saya ni actually dah lama dah nak comment tapi dok tangguh-tangguh sampai ke la.first and foremost welcome to the blogosphere and congrats for reaching a million hits..la ni semua orang dok pening kepala pasal masalah-masalah dalam bn/umno..dulu kami keluar malaysia we held our heads high because we had you as our PM plus being born a few years after you went into office so i tak tau how was the previous PMs..i was so proud sampai ada teringat nak serve under tun but semua tu hancur in 2002..tapi la ni kalau nak keluar malaysia pun malu sikit especially after march 8..before the elections we were proud to be an umno member even though we still are but the scenario is different..yang saya tak faham tu is macam mana kawan tu boleh dok lagi kat situ and keeps on reiterating that he has the mandate etc..yes no one is denying that but put it this way,if i'm not mistaken(correct me if i'm wrong)the national front was given the biggest mandate dalam sejarah tanah melayu in 2004 but that huge mandate declined teruk sangat sampai the last elections was paling teruk dalam sejarah even 1969 was better..and all this was done by the same bloke..and about these ministers yang dok bantai tun in public ni,apa masalah depa?tak salah nak tegur orang but please do it in a proper manner tambah pulak tun ni lagi tua daripada depa..our upbringing(malays/asians) memang dok emphasise suruh hormat orang tua..we are not like those anglo-saxans yang boleh panggil parents by their respective names..rakyat marah tu yang depa hantar signal in the last elections..sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis tapi dah panjang dah so takpa la..anyways i/we hope that you would still continue to voice out any irregularities/discrepancies yang tun nampak dalam the post march 8 government..take care and send my regards to your family,A'kum..PS sorry for the mixing of two languages and hope to see you soon..

mohaiadin said...

Assalamualaikum Tun yang amat saya hormati,

Saya amat sedih apabila mendengar Tun keluar dari UMNO. Namun memang wajar keputusan itu dibuat walaupun begitu pahit dan amat menyedihkan diri Tun sendiri. Saya dulu amat sayang pada UMNO kerana semua bapa dan mertua serta keluarga orang UMNO yang perjuangkan bangsa Melayu, Islam dan Tanah Melayu.

Memang UMNO kini bukan UMNO serupa dahulu. SUMPAH MELAYU sudah ke dalam bakul sampah. Perjuangan Islam menjadi sekular. Negara Melayu kini terjual sudah semata-mata untuk mendapat keuntungan. UMNO sudah hilang arah, perjuangan dan semangat Melayu-Islam.

Mungkin kita tubuh parti baru Tun. Saya rela menjadi orang yang akan menggerakkannya bersama rakan-rakan lain di universiti dan agensi lain. Melayu sudah mula hilang di dunia Melayu ini.

Terima kasih dan wassalam.

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, UMNO kini yang bukan lagi UMNO. Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad nampak, tidak ramai yang nampak. Namun sudah ada jumlah yang semakin meningkat mula nampak gambaran sepenuhnya. Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad lakukan sejak dulu hingga sekarang, ramai yang mengharapkan diteruskan. Pun begitu ada nada sumbang, yang minta berehat lah, berhenti lah, dan bermacam lagi lah. Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan apa yang terbaik untuk Rakyat dan Malaysia. Perihal yang menyangka Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan usaha supaya Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dari terus menduduki kerusi Presiden UMNO, mempunyai kepentingan diri. Saya tidak nampak begitu. Saya percaya bila Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, "saya tidak penting", bermakna ada kepentingan yang lebih besar dari diri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, yakni kita tahu, dan ramai yang akan tahu sedikit masa lagi dan kelak. Sememangnya seperti manusia lain, Abdullah Ahmad Badawi, ada kebaikan dan ada keburukan. Itu bukan pokok persoalannya. Kerana untung apalah sangat mengkiritik Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi yang dipersoalkan sekarang ialah dia sebagai pemimpin, dan kepimpinannya yang tidak lebih daripada Ketua Pentadbir sahaja. Malaysia dan Rakyat perlukan pemimpin yang ulung yang sebenarnya memacu dan memajukan negara dan rakyat. Proaktif! Bukan reaktif seperti dia menangani banyak perkara, terutama krisis makanan sekarang, dan kenaikan harga minyak, yang dijangka akan menghimpit kita semua bermula Ogos ini. Jadi, dia didesak kini dengan satu, dua daripada 101 cara, sehingga dia tidak lagi Presiden UMNO, tidak lagi Pengerusi Barisan Nasional, dan tidak lagi Perdana Menteri Malaysia. Sekarang ini pun dia sudah semakin lemah dan layu. Walaupun dia zahirnya berucap, namun matanya membaca teks, tersasul pula dan terbatuk-batuk. Abdullah Ahmad Badawi bukan visionari, satu ciri yang amat penting bagi seseorang pemimpin. Ada pula yang menuduh tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad ini memecah-belahkan orang Melayu. Cubalah kita sama-sama alih pandangan sekejap dan merenung Abdullah Ahmad Badawi, akan kebenarannya sebagai pemimpin pemusnah, lagi pun UMNO itu sudah pun berpecah-belah, sebagaimana kesenyapan ahlinya dengan jumlah yang semakin meningkat, dan UMNO semakin menuju kepada sebuah parti yang tidak lagi dihormati dan bakal tidak relevan. Abdullah Ahmad Badawi berjangka pendek dalam meraih populariti, seperti mana tindakannya menerima sendiri borang keahlian Ezam Mohd Noor. Apakah tiada dia kesian dan menjaga perasaan Hishammuddin Hussein umpamanya yang masih lagi mempunyai tiga soalan tetapi belum dapat ditanyakan sendiri kepada Ezam Mohd Noor, kerana Abdullah Ahmad Badawi mendahului dan merasa tidak perlu dia dirujuk dalam hal syoknya menerima Ezam Mohd Noor dengan layanan cukup istimewa diberikannya. Ada banyak lagi perihal Abdullah Ahmad Badawi, lantaran ke manakah akan dipimpinnya UMNO ini, dan apakah rupa dan bentuk UMNO kelak, ketika mana ada usaha yang tidak disedari oleh Abdullah Ahmad Badawi, usaha yang sedang melanda untuk menyamakan UMNO dengan reformasi, dan KeADILan. Di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi, UMNO akan keliru, celaru, emmm mungkin merapu. Sama-sama kita saksikan keadaan seterusnya. Apa yang penting, doktor pakar diperlukan untuk merawat dan memulihkan UMNO dengan mengangkat parti ini dalam transformasi bukan reformasi, saksama melebihi keadilan.

Unknown said...

Assalamualaikum tun,

saya amat menyokong tun dari dulu sehingga sekarang, bagi saya tak ada maknanya sesebuah parti tanpa pemimpin yang bagus. tak kira bertapa kuatnya sesebuah kapal itu, kalau pemimpinnya lemah, hancur...

saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia bangun dan suarakan sokongan kira untuk menurunkan AAB.. JOM BANGUN! satu juta orang dalam blog ni dah cukup untuk kita jatuhkan dia.. cari pemimpin TERBAIK yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan barat.. kepimpinan kita sekarang kroni AMARIKA dan ISRAIL semata-mata.... bangun lah saudara-saudara ku!!!!

Mohd Nadzri Kamsin said...

Untuk mengembalik UMNO kepada semangat UMNO yang asal, Pak Lah perlu letak jawatan.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

mama emy said...

Assalamualaikum Tun,

Saya doakan Tun sentiasa dirahmati Allah Taala..Semoga Tun dapat mengembalikan maruah bangsa Melayu..

Azizahns said...

sehingga kini sajak perjuangan belum selesai masih lagi terasa hiba apabila dibaca.

Ms.Azrin bt Kamarolzaman said...

salam Tun.. Harap Tun sihat sejahtera hendak-Nya..sy sentiase di belakang Tun sejak dulu, walaupon saya baru setahun jagung untuk terlibat dlm bidang politik..
UMNO bkn UMNO yg dulu lg..Setelah Pak Lah memegang jawatan PM..Harga barang semua melambung tinngi..Pak Lah tak tahu nak jaga hati rakyak..

Madeku367 said...

haih, Tun, takkan approve comments yang menyokong Tun sahaja?

Nak kitorg jadi blogger "Yes Men" Tun pula?

F@ll@wMyBeaT said...

Tun,

Memang betul pe yang Tun kata, "Melayu Mudah Lupa".

Tempias said...

Dear Tun,
Only one comment - Once upon a time UMNO struggled for the people.How it deteriorated so quickly in this past elections clearly reflects on the current leadership.A big leap of faith and a huge dose of guts to leave UMNO,leave those who are ignorant behind.Good time to weed out who your true supporters are...

Abdullah Badawi is always potrayed as weak in the media.He is manipulative,cunning and pretends to not know much,when, in fact he is revelling at the expense of the nation.Time to set things right before they get out of hand.

Word is,behind every man is a woman...Maybe that's why UMNO is in the state it's in at present.

Atila Ismeth said...

To : paklongchad,

Baru la ni paklongchad nak sedaq, kami dah tau dah 30tahun lalu. Kami kena diam.
Masa tu kalau buka mulut, orang2 UMNO yang lani dok hentam TunM, orang2 ni lah yang sanjung dia waktu tu.

Nak heran apa...ambil paham politik dunia dan wawasan dunia. Semua memimpin sama saja. Nak terkejut apa, dah jalan 111 tahun.

Unknown said...

Tun,
Saya masih boleh terima umno semasa Tun adalah PM. Walaupun saya tahu kroni dan rasuah masih tebal dalam BN.Tapi Tun masih boleh memajukan Malaysia. Tun boleh control menteri2 Tun..everybody obedient to you..You show a very good example of leadership.i respect for that..but now i can't see the leadership at all..Badawi is a very poor in leading people..

Then would you support your ex deputy..i see a leadership in him..i know you also think your ex is better than Badawi..He know how to fight....

waksedan said...

Salam..... TUN!

memang benar, UMNO memang bukan UMNO lagi. majoriti pemimpinnya kaki bodek dan pak lahap, pentingkan tembolok sendiri....sedihnya.

semoga TUN sihat selalu!

Cucu Mahsuri said...

Assalamualaikum Tun M..

Pemimpin Melayu yang paling saya sanjung dan hormat ialah Tun M, seorang pemimpin yang berani, tidak tunduk kepada tekanan ekstrem, bijak mengatur ekonomi negara, 'menjual' nama MALAYSIA sehingga dikenali dunia, mewujudkan perpaduan yang mapan, meningkatkan ekonomi rakyat, bijak memacu pembangunan & permodenan negara, dan banyak lagi.
Zaman Tun jd PM, negara spt Australia langsung tidak Tun jejakkan kaki tapi sebaik saja PAK LEMBIK tu jd PM terus adakan lawatan rasmi ke negara kangaroo itu, seolah2 mencabar pendirian Tun. Sebahagian besar projek yang dirancang oleh Tun semuanya dibatalkannya atau di ubah lokasi.

Inikah PERDANA MENTERI yang kita mesti sanjung? Takut kepada negara kecil, puak ekstrem dan negara barat? Saya amat malu menjadi rakyat Malaysia zaman PAK Lembik ini.

Nabel said...

Tun,

Please take care of your health.

Cheers.
Pemuda Jalanan

Man Toya said...

Salam Tun,
Rata-rata saya amat bersetuju dgn kata-kata Tun.

Saya juga lihat kepincangan dan kelemahan yang amat ketara terhadap kepimpinan DSAAB dlm menangani masalah dalaman dan UMNO.

Seingat saya setiap berita atau event yg Tun hadiri sentiasa menjadi Topik Utama atau menjadi perkara yang dipertontonkan dan diketengahkan oleh media. Ini adalah bagi menunjukkan bahawa PM sebagai pemimpin utama yang membawa mesej2 dan maklumat2 yang penting yang perlu difahami dan dimaklum oleh setiap orang.

Tapi kini berlainan, saya perhatikan bahawa berita yg diliputi oleh DSAAB adalah dikategorikan sbg isu sampingan sahaja. Berita atau mesej DSAAB akan dicetak atau disiar dipertengahan atau dipenghujung cetakan dan siaran.

Tiada lagi kekuatan dan kepentingan terhadap isu-isu atau bahan2 yang dibawa oleh PM. Sebaliknya isu pergolakan pemimpin dan politik sampingan adalah lebih diutamakan.

Tahniah Tun, (disebalik bbrp kepincangan berlaku namun masih ada yang lebih byk kebaikan. Apa yang kami kecapi kini adalah diatas sifat2 kepemimpinan dan wawasan Tun) kerana telah menetapkan satu tanda aras yang begitu tinggi untuk bakal pemimpin masa akan datang.

Salam hormat dan kasih saya buat Tun sklrga.

faz said...

dear tun,

i am all for your fight to revive the umno that you built and to prevent the further erosion of the malay unity as well as its rights. you are second to none.

may allah bless you and family.

Unknown said...

Tun

Sememangnya UMNO sudah hilang haluan...kebanyakan pemimpin UMNO (bukan semua) masuk UMNO untuk kayakan diri & keluarga dan bukannya untuk membantu membela rakyat.

Saya sentiasa sokong Tun dan saya doakan semuga Tun sentiasa diberkati ALLAH S.W.T.

Unknown said...

Salam Tun...
Apa yang Tun Karangkan tu memang betul... apa yang berlaku sekarang dalam UMNO memang jelas lari dari landasan asalnya.. atau dengan kata lain UMNO telah ditukar oleh pak lah kepada UMciNO.

Dalam hal yang sama nak saya ketengahkan dimana lagi terletaknya keistimewaan orang Melayu. Adakah hanya tinggal sejarah. apa yang dapat saya perhatikan. orang melayu telah menjadi golongan Minoriti di tanah air sendiri. JPA telah umumkan 10% kota biasiswa untuk golongan bukan bumiputra dinaikkan kepada 40%. Kota kemasukan IPTA jugak dah berubah. Tanah orang Melayu telah diperkosa atas dasar pembangunan. sedangkan ianya digunakan untuk projek perumahan UMciNO. Melayu hanya diberi rumah flet kos rendah. YB UMNO pula diberi bahagian rumah yang lebih beras sebagai balasan terhadap perbuatan keji itu.

Dalam sektor swasta, orang melayu adalah terdiri dari pekerja bawahan, kalau di kilang operator boleh dikatakan mejoriti orang melayu dan bekerja seperti hamba kepada golongan lain yang lebih atas. "Bukan orang melayu tak pandai, hanya peluang saja tiada..".. ada MTUC pun tidak mampu membuat apa-apa, cukup bulan ambik gaji...

UMNO sepatutnya membukak mata dalam masalah berkaitan dengan orang melayu, bukan menekan orang melayu seperti yang berlaku sekarang. Mengapa mesti tajut pada yang sorang, sekiranya UMNO bersatu, yang tak betuk tu tetap tidak...

Mungkin Tun berasa bersalah kerana memilih penganti terdiri daripada orang yang pernah gagal dalam pengajiannya.. Tapi Tun masih ada sokongan kami untuk membetulkan segala2nya....

UMNO = Ohhnoooo

Saya sokong perjuang Tun dalam

malaysianlover said...

Orang Melayu patut faham apa yang Tun lakukan.

Bak kata pepatah Melayu: "Sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan..."

EMPIRE CREATIONS said...

Tun, as a malaysian, i'm respect with what are u doin'. We miss u TUn... ur sacrifies, ur speech, ur comments... and everything about u... i have a dream to see u and insyaallah, i'm really hopes that i can fulfill my dreams....

Erock said...

assalammualaikum,
tun sila komen kenaikan minyak mengejut ini.

i like to hear it from you.
terima kasih.

azley82 said...

assalamualaikum Tun...
this is my 1st comment here...
how r u? hope u'll stay fine, sihat walafiat...
Only a strong leader like u that we need now Tun...
but sadly i think there's none that can replace u... ade ke???
saye support Tun 100percent every words that u say is true inspiring to me.
pak lah... well, u better go and ask your wife to wear tudung 1st for better example of your so called Islam Hadhari...

moharonn said...

Kehadapan Tun,
As you said, it was never about UMNO its their leaders who moves UMNO. Its a sad day for Malaysians and worst for the Malays whom are the ENGINES of Malaysia. Many debates Ive had with friends and colleagues and the same remains "We have a faulty unit manned by ineptness LEADER". I and many do feel your pain and as we see the political scenes in Malaysia as insane, wierd and all other definitions that associates with the tag. I pledge loyalty to new leaders whom can rectify these problems we are facing and plead to Tun to assists in these new movements to ensure Malaysia runs as it one was. For you Tun, you have done plenty, many if not all Malaysians are thankful for your effort past and post era. We hope that you will still contribute to ensure our ways of life remains as MALAYSIANS.

Cikgu Jai said...

Salam Ayahanda.

Moga ayahanda panjang umur dan di murahkan rezeki.

Ayahanda jangan berhenti....go....go.....go...and go

Bior deme pedih telinge.....teman sokong ayahanda.

Johan Ahmad said...

Salam buat mantan PM kita..

mg sihat n dlm naungan Ilahi.. di sini sy cme sekadar ingin memberikan sedikit pandangan & pendapat utk semua pembaca2 laman blog Tun Mahathir..

Pd sy, sudah menjadi resam adat dlm UMNO & BN akan budaya mengampu di kalangan ahli & pimpinan tertinggi. jika dulu, sewaktu Tun menjadi pucuk pimpinan teritnggi, semua yg ada di bawah akn ikut telunjuk Tun dan sentiasa akan mengipas Tun demi kepentingan diri sendiri. sy telah hidup selama lebih 20thn & baru saja mengundi utk PRU 12 utk pertama kali setelah bergelar anak Malaysia selama 23thn..

pola politik kini, semua pemimpin2 BN & UMNO akn menyatakan kesetiaan tidak berbelah bagi terhadap kepimipan PM walau siapapn yg akn mentadbir negara..tak kira lah, zaman Tun, Pak Lah dan siapa saja selepas ini.. budaya ampu demi kepentingan diri ini telah menular di kalangan ahli2 MT UMNO sejak beberapa lama.(mengikut penelitian sy)

perjuangan pemimpin UMNO kini, tidak lebih dari mengambil kesempatan dr situasi yg berlaku utk kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat. dpt dilihat dgn jelas, ADUN2 yg rajin turun padang melihat sendiri keadaan penduduk di bawah tadbirannya.. boleh dibilang dengan jari.. mereka lebih gemar bermegah2 dgn function2 yg glamour yg dihadiri para wartawan2 & digembar-gemburkn oleh media.. itu berdasarkan pemerhatian & pengamatan sy selama bergelar rakyat Malaysia.

sedih melihat kehidupan rakyat yang tidak terbela & terbeban.. sy akui akn keadaan ekonomi dunia sekarang yg memang mencengkam di seluruh pelosok dunia.

secara kesimpulannya, sebagai rakyat, sy hanya akn menyokong kepada yg membela nasib rakyat. bukan kpd yg membebankn rakyat..

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, kita semua tentulah maklum bahawa telahpun berlangsung satu pemukiman para pemimpin tertinggi UMNO di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Khabarnya para wartawan yang menunggu beberapa jam, dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, bahawa tiada sidang media.

Semua ahli pemukiman senyap belaka. Seolah-olah telah diberi arahan supaya berbuat sedemikian. Senyap!

Namun wartawan kita memang hebat perihal mencungkil maklumat untuk bahan berita.

Ada seorang Ahli Majlis Tertinggi sanggup memberitahu sedikit, dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Berikut ialah yang diberitahu apa yang telah dibincangkan:

01. Menerima atau tidak menerima kemasukan Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO.

02. Menangani untuk membetulkan kritikan terhadap UMNO di blog and laman web.

03. Bagaimana UMNO lebih menjadi lebih "appealing" kepada bukan Melayu.

Tiada pengumuman Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan secepat mungkin.

Tiada pun perbincangan mengenai peralihan kerusi atau perpindahan kuasa dari Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak.

Abdullah Ahmad Badawi memilih untuk terus kekal menerajui UMNO dan memimpin negara.

Aduhai, punyalah sejumlah peruntukan kewangan sebagai belanja pemukiman ini, Ezam Mohd Noor juga yang dijadikan keutamaan.

Bolehkah dikatakan pemukiman ini sekadar untuk berseronok sahaja?

Untuk selanjutnya, bolehlah dibaca di sini:

http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6b80a17b-cb73c03a-18992130-64f52cdb

Aduhai UMNO!

jaya said...

Salam Sejahtera Tun dan Keluarga.

Umno dulu lain sekarang lain,bukan selama-lamanya.Selagi pemimpin yg ada ini macam pak kaduk ada main angguk je habis lah harapan bangsa.

Apa yg Tun cakap harus kita hormati dan amati jgn lah pemimpin Umno yg baru jadi menteri dan jadi wakil rakyat berlagak dan sombong,konon mereka telah dipilih
jadi pemimpin kawan lama pun dah tak kenal macam umno ni dia yg punnya. Sudah lah kalau macam ni lah lagak pemimpin umno saya nasehat kan kawan-kawan jgn sokong umno lagi biar mereka terjun dgn labu-labu nya. Tunggu Pru 13 baru mereka sedar langat ini tinggi ke rendah.

Walau apa pun Tun saya dan keluarga tetap bersama Tun, teruskan perjuangan jgn lupa jaga kesehatan saya doa kan Tun dipanjangkan umor,diberi kesehatan badan,dimurahkan rezeki. Pak Lah tu ada balasan perbuatan dia.

Sekia WST.

jaya said...

Salam sejahter Tun sekeluarga

Umno dulu lain sekarang lain Tun, banyak yg tak reti kenang budi bila dah diatas lupa bumi yg dipijak. Tunggulah Pru 13 baru tahu langit ni tinggi atau rendah. Hari ni Tun, biar lah mereka berkokok waktu malam.

Walau apa pun Tun, teruskan perjuangan saya sekeluarga tetap bersama Tun. Saya berdoa semoga Tun dipanjangkan umor, diberi kesehatan badan,dimurahkan rezeki amin..

Sekian, WST

«Oldest ‹Older   401 – 502 of 502   Newer› Newest»