Apabila musuh menyokong ketua pasukan lawannya, kita boleh ramal ada sesuatu yang tidak kena berkenaan dengan ketua tersebut.
Inilah yang kita sedang lihat berkenaan dengan Presiden UMNO sekarang. Secara langsung dan tidak langsung kita lihat ketua-ketua parti lawan menyokong pengekalan Dato Seri Abdullah Badawi sebagai ketua atau Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Demikian Karpal Singh, musuh ketat UMNO menasihatkan saya supaya bersara dan tidak campurtangan dalam urusan kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi.
Dato Seri Anwar Ibrahim pula menyata secara terbuka kepada The Straits Times (Singapura), jika Abdullah teruskan (kepimpinannya) “it is also good for us because he is weak” (Jika Abdullah terus (memimpin) ia adalah baik bagi kita (parti lawan) kerana dia lemah).
Pemimpin-pemimpin PAS secara peribadi membuat kenyataan yang sama.
Mungkin ini adalah strategi parti lawan untuk menjatuhkan Dato Seri Abdullah. Tetapi mereka tidak pernah berkata demikian berkenaan Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu atau berkenaan pemimpin Perikatan, Barisan Nasional dan parti-parti komponen yang lain.
Mereka juga tidak pernah berkata demikian terhadap Dato Seri Abdullah sebelum dia memimpin Barisan Nasional dan UMNO dalam kekalahan yang teruk pada 2008.
Walaupun demikian pemimpin-pemimpin parti-parti lawan ini tidak pernah betul-betul serang Dato Seri Abdullah sejak dia mengambil alih teraju Barisan Nasional dan UMNO pada 2003 hingga 2008 sepertimana mereka mengecam dan mencerca pemimpin-pemimpin Perikatan, Barisan Nasional dan UMNO sepanjang masa dahulu. Kenapa?
Kemungkinan besar mereka sedar bagaimana ahli dan penyokong setia Barisan Nasional telah hilang kepercayaan dan benci kepada Dato Seri Abdullah. Mungkin mereka berharap kebencian ini akan berterusan dan mengurangkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional. Ini sahaja boleh memberi kemenangan kepada parti lawan di kawasan-kawasan tertentu dalam Pilihanraya Umum ke 13. Mungkin juga terlintas di hati mereka bahawa penyokong Barisan Nasional dan ahli-ahli parti Barisan Nasional akan kekal dengan pendirian mereka dan mengundi parti lawan.
Keputusan Pilihanraya 2008 menunjuk dengan jelas yang penyokong Barisan Nasional dan ahli parti Barisan Nasional telah sabotaj (mengikut pendapat Dato Seri Abdullah sendiri) Barisan Nasional, telah undi parti lawan, telah menyebabkan calon-calon Barisan Nasional kalah di kawasan-kawasan tradisional mereka. Sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti lawan, -- posmen, penjaja, penyanyi karaoke – menang melawan Barisan Nasional.
Walau apapun alasan yang diberi oleh Dato Seri Abdullah dan konco-konconya, parti-parti lawan sedar bahawa kemenangan mereka yang besar di sebabkan oleh Dato Seri Abdullah, cara pentadbirannya dan tindaklakunya. Barisan Nasional telah kalah di lima negeri dan satu wilayah dan tidak dapat 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat.
Jika kepimpinan Dato Seri Abdullah diteruskan, sokongan kepada Barisan Nasional tetap akan terus merosot lagi sehingga kalah diperingkat pusat. Kemungkinan ini menjadi lebih besar jika parti-parti pembangkang dapat dirikan pemerintahan yang baik di negeri-negeri dimana mereka berkuasa. Penyokong Barisan Nasional yang berpaling tadah mungkin akan kekal dengan pendirian mereka kerana ini. Dengan itu tak mungkin lagi Barisan Nasional menawan semula negeri-negeri yang telah ditawan oleh parti lawan.
Dan yang buruk sekali ialah kemungkinan Barisan Nasional kalah diperingkat Pusat. Apabila hilang kuasa diperingkat pusat, kehilangan kuasa ke atas kewangan negara, ke atas dasar-dasar negara, pentadbiran negara dan lain-lain kekuatan yang datang bersama dengan pemerintahan peringkat pusat, Barisan Nasional dan UMNO tidak mungkin lagi memperolehi kuasa di negara tercinta ini.
Inilah musibah yang dijanjikan oleh pengekalan kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Segala keistimewaan Bumiputra dan Melayu akan terancam dan mungkin hilang terus, walau apa pun janji oleh pihak lain.
Mereka yang hari ini mempertahankan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi harus fikir dengan mendalam. Mungkin mereka akan perolehi nikmat untuk diri sendiri untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri; untuk dapat kontrak atau jawatan tertentu dalam parti di waktu ini.
Tetapi apabila kuasa sudah tidak ada pada Barisan Nasional nikmat tidak akan diperolehi lagi. Lebih dari itu anak cucu pun tidak akan mendapat nikmat lagi.
Ingatlah keuntungan hari ini boleh membawa kecelakaan pada hari kemudian.
Pemimpin yang disokong oleh parti lawan bukan pemimpin sebenarnya. Pemimpin yang disokong oleh parti lawan akan memusnahkan kita.
Oleh itu bertindaklah sekarang sebelum terlalu lewat. Kita tidak punyai masa. Jika Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan sekarang masa untuk memulih semula UMNO dan Barisan Nasional akan jadi terlalu singkat sebelum Pilihanraya ke 13.
Inilah yang kita sedang lihat berkenaan dengan Presiden UMNO sekarang. Secara langsung dan tidak langsung kita lihat ketua-ketua parti lawan menyokong pengekalan Dato Seri Abdullah Badawi sebagai ketua atau Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Demikian Karpal Singh, musuh ketat UMNO menasihatkan saya supaya bersara dan tidak campurtangan dalam urusan kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi.
Dato Seri Anwar Ibrahim pula menyata secara terbuka kepada The Straits Times (Singapura), jika Abdullah teruskan (kepimpinannya) “it is also good for us because he is weak” (Jika Abdullah terus (memimpin) ia adalah baik bagi kita (parti lawan) kerana dia lemah).
Pemimpin-pemimpin PAS secara peribadi membuat kenyataan yang sama.
Mungkin ini adalah strategi parti lawan untuk menjatuhkan Dato Seri Abdullah. Tetapi mereka tidak pernah berkata demikian berkenaan Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu atau berkenaan pemimpin Perikatan, Barisan Nasional dan parti-parti komponen yang lain.
Mereka juga tidak pernah berkata demikian terhadap Dato Seri Abdullah sebelum dia memimpin Barisan Nasional dan UMNO dalam kekalahan yang teruk pada 2008.
Walaupun demikian pemimpin-pemimpin parti-parti lawan ini tidak pernah betul-betul serang Dato Seri Abdullah sejak dia mengambil alih teraju Barisan Nasional dan UMNO pada 2003 hingga 2008 sepertimana mereka mengecam dan mencerca pemimpin-pemimpin Perikatan, Barisan Nasional dan UMNO sepanjang masa dahulu. Kenapa?
Kemungkinan besar mereka sedar bagaimana ahli dan penyokong setia Barisan Nasional telah hilang kepercayaan dan benci kepada Dato Seri Abdullah. Mungkin mereka berharap kebencian ini akan berterusan dan mengurangkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional. Ini sahaja boleh memberi kemenangan kepada parti lawan di kawasan-kawasan tertentu dalam Pilihanraya Umum ke 13. Mungkin juga terlintas di hati mereka bahawa penyokong Barisan Nasional dan ahli-ahli parti Barisan Nasional akan kekal dengan pendirian mereka dan mengundi parti lawan.
Keputusan Pilihanraya 2008 menunjuk dengan jelas yang penyokong Barisan Nasional dan ahli parti Barisan Nasional telah sabotaj (mengikut pendapat Dato Seri Abdullah sendiri) Barisan Nasional, telah undi parti lawan, telah menyebabkan calon-calon Barisan Nasional kalah di kawasan-kawasan tradisional mereka. Sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti lawan, -- posmen, penjaja, penyanyi karaoke – menang melawan Barisan Nasional.
Walau apapun alasan yang diberi oleh Dato Seri Abdullah dan konco-konconya, parti-parti lawan sedar bahawa kemenangan mereka yang besar di sebabkan oleh Dato Seri Abdullah, cara pentadbirannya dan tindaklakunya. Barisan Nasional telah kalah di lima negeri dan satu wilayah dan tidak dapat 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat.
Jika kepimpinan Dato Seri Abdullah diteruskan, sokongan kepada Barisan Nasional tetap akan terus merosot lagi sehingga kalah diperingkat pusat. Kemungkinan ini menjadi lebih besar jika parti-parti pembangkang dapat dirikan pemerintahan yang baik di negeri-negeri dimana mereka berkuasa. Penyokong Barisan Nasional yang berpaling tadah mungkin akan kekal dengan pendirian mereka kerana ini. Dengan itu tak mungkin lagi Barisan Nasional menawan semula negeri-negeri yang telah ditawan oleh parti lawan.
Dan yang buruk sekali ialah kemungkinan Barisan Nasional kalah diperingkat Pusat. Apabila hilang kuasa diperingkat pusat, kehilangan kuasa ke atas kewangan negara, ke atas dasar-dasar negara, pentadbiran negara dan lain-lain kekuatan yang datang bersama dengan pemerintahan peringkat pusat, Barisan Nasional dan UMNO tidak mungkin lagi memperolehi kuasa di negara tercinta ini.
Inilah musibah yang dijanjikan oleh pengekalan kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Segala keistimewaan Bumiputra dan Melayu akan terancam dan mungkin hilang terus, walau apa pun janji oleh pihak lain.
Mereka yang hari ini mempertahankan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi harus fikir dengan mendalam. Mungkin mereka akan perolehi nikmat untuk diri sendiri untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri; untuk dapat kontrak atau jawatan tertentu dalam parti di waktu ini.
Tetapi apabila kuasa sudah tidak ada pada Barisan Nasional nikmat tidak akan diperolehi lagi. Lebih dari itu anak cucu pun tidak akan mendapat nikmat lagi.
Ingatlah keuntungan hari ini boleh membawa kecelakaan pada hari kemudian.
Pemimpin yang disokong oleh parti lawan bukan pemimpin sebenarnya. Pemimpin yang disokong oleh parti lawan akan memusnahkan kita.
Oleh itu bertindaklah sekarang sebelum terlalu lewat. Kita tidak punyai masa. Jika Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan sekarang masa untuk memulih semula UMNO dan Barisan Nasional akan jadi terlalu singkat sebelum Pilihanraya ke 13.
448 comments:
«Oldest ‹Older 401 – 448 of 448Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Malaysia adalah mudah untuk merenung pemimpin dari jauh dan dekat. Ada pula pemimpin yang dilihat luaran dan dalamannya. Namun begitu, pada titik akhirnya, performans adalah ukuran standard. Peleknya ialah bila ada pemimpin yang dikatakan tenang dan relaks menghadapi krisis. Adakah ketenangan dan kerelaksan itu di luaran sahaja, sedangkan dalamannya bergelumang keserabutan dan gelodak yang bukan kepalang. Sejak PRU 12, kelihatan dia benar-benar tersenyum di khalayak ramai dua kali, yakni apabila menyaksikan sokongan diberikan, dan ketika masuk pula seorang muda yang dikatakan ada beberapa kotak maklumat. Selainnya, katalah dia tenang atau relaks. Hakikatnya tidak. Hanya kerana, dia kata dia tahu, tetapi dia tidak tahu, dan sama ada dia tahu atau tidak tahu, kita tahu, tetapi ramai tidak tahu. Mereka yang tahu, bahawa dia adalah Pemimpin Pemusnah. Inilah jenis pemimpin, yang begitu lagaknya, ketika di sekelilingnya ada yang kecewa, ada yang tidak berpuashati, ada yang berkecil hati, ada yang terhimpit, ada yang melarat, ada yang menderita, ada yang bergelut kenaikan harga barang, namun dia mempamerkan tenang dan relaks. Kononnya. Pun begitu, akan kita dapat maklumat kelak berapa banyak ubi keledek dan kentang yang telah dimakannya sepanjang hari selama ini, dan adakah dia sendiri makan nasi segenggam sehari. Sama-sama kita perhatikan...
Tun,
kenapa la Tun saja yang layak memerintah Malaysia..
Tun mari memerintah kerajaan Malaysia semula....
Kami perlukan Tun bukan mereka tue...
tahniah tun kerana mempertahankan melayu.hidup MELAYU!!
Jangan biarkan pe,mbangkang menang. Bahaya sedang menanti negara, jika pembangkar dari aliran PAS, PKR, dan DAP menang. Byk perkara perlu sama-sama kita kaji dan selidiki siapakah mereka.
Umno perlu terus berdaya saing dan banyak melakukan kaji selidik. Kembalilah kepada Islam yang sebenar.
http://an-nawawi.blogspot.com
Assalamualaikum Tun.
Ini memang kenyataan, mana mungkin seorang lawan yang hebat disenangi kewujudannya
Sang harimau yg garang, tidak akan disenangi jika sentiasa berkeliaran di hutan
Mana mungkin sungai yg dalamnya ada raja sungai mampu direnangi dengan hati yang senang
Pastinya pemimpun yang ada sekarang bukanlah ibarat sang harimau.
Sebaliknya hanyalah ibarat keldai yg tercari2 hala tuju
P/S: Saya teringin sangat hendak berjumpa dengan Tun. Semoga ada rezeki untuk berbuat demikian. Adanya blog ini saya percaya,pastinya Tun mungkin ada membaca post2 saya, secara tidak langusng dpt berinteraksi dlm dunia virtual. Tapi, keinginan untuk berjumpa secara live dengan Tun memang saya sangat2 ingini
Dear TunM,
I agree with you.
I believe you do have many unaccomplished matters at hand with Malaysia's path into the world.
In the event you need to execute certain things for the good of the nation, be it then. At times, the pendulum must swing to the bottom most. Time cannot wait.
How to revive UMNO when practically almost majority those with at least the post of "Ketua Bahagian" (even Wanita too) must maintain their luxury mansions/bungalows and branded cars like BMW, Merc, etc?
How many of them leading this way of lifestyle? Having 4-7 kereta mewah parking infront of rumah mewah? The best part is they are not Managing Directors in FTZ or public listed companies? Money must have flown in from the sky...
How many of them are now deprived of projects & business oppurtunities because the states turned PR?
Are they willing to give up these material aspects when in the first place they acquired it by means of sitting in that chair?
UMNO is long gone dead and irrelevant. It is enough that the 3.5million members have to condone to the top cream living luxurily.
Now that when comfort zone taken away by PR, should we low rank members support these rich top cream. EXCUSE ME!!
Dear Sir,
Karpal must be joking. It's your choice whether you want to retire quietly or speak out against any issues.
Everyone should be given the freedom of speech....BN, Pakatan Rakyat and of course....Tun Dr.M!!!!!
Assalamualaikum Tun,
saya syed abdullah bin syed hussein dari melaka, seorang pesara kakitangan kerajaan tidak pernah kesal mentaati dan memuji Tun selama 22 tahun Tun menerajui negara. niat saya bukan hendak mengmpu tetapi ikhlas dari hati saya, saya kagum dgn ketegasan, keikhlasan dan lebih-lebih lagi byk jasa Tun menyelamatkan negara dari terjerumus semasa gawat dan byk lagi yg tak tercatit, tetapi yg nyata 22 tahun negara di hoemati, di geruni dan tak ada isu dalaman lebih-lebih lagi ugutan dan tuntutan yg menggugat hak istimewa org melayu.
Hari ni, bukan saja jasa Tun telah di lupakan bahkan org2 yg putus asa seperti Musa Hitam, Tengku Razali dan byk lagi pemimpin yg khianat telah sanggup memburukkan Tun sehingga sanggup mengatakan Tun ibarat "Duri dalam Daging".
saya bukan ahli politik dan tak pandai berpolitik tetapi saya meluat dengan sikap bermuka-muka (muka-muka Fanatik) dan masih tak sedar 4 lagi negeri telah tergadai. Tun, byk masjid, surau, yg membuat solat hajat tetapi solat hajat yang mereka lakukan semua, petunjuk akhirnya memakan diri mereka sediri, sedangkan Tun, Allah SWT masih lagi di beri kekuatan dan kesihatan utk terus menegur hal2 yg Tun nampak tak betul dan perlu di tangani segera.
pendapat dan pandangan saya tak mungkin diberi perhatian tetapi memadai saya doakan Tun serta seisi keluarga dan dikurniakan Allah SWT kekuatan serta kesihatan yg berpanjangan utk menegur demi negara dan nasib rakyat masa depan
Tun, secara peribadi saya "salute" Tun satu ketika dulu Tun pernah panggil Gorge Soros sebagai "Pengayak" dan Tun telah berjaya menyelamatkan negara dan secra peribadi juga "betina" Rafidah Aziz juga pernah anggap Tun sebagai "Bapak" sebenarnya "Syaitan Yang menyerupai manusia"
akhir sekali saya ucapkan tahniah diatas ketegasan dan kelantangan suara Tun demi bangsa melayu dan saya akan sentiasa doakan Tun..amin
Yang Berbahagia Tun,
Sungguh lucu dengar Zaid berkata Pak Lah dikritik selama 4 tahun. Saya tidak sangka seorang peguam boleh buat kenyataan tersebut. SO CHILDISH !! If you do not want to be criticized then don't become a leader or a politician. Jadi PONDAN SIAM je lah !!
They seem to forget that you were criticized and cursed for 22 years and yet you are still strong and kiicking! I still remember there was one particular website LAMAN REFORMASI and others which criticized you almost 365 days non stop. So what is the big deal for criticizing Pak Lah. Dah termakan budi kut !!!!
Tun,
Apa yang diamati dari insiden-insiden kebelakangan ini, nampak gayanya negara kita akan menjadi dayus. Saya masih mengingati detik-detik Tun mengembalikan kecemerlangan ekonomi Malaysia sesudah Krisis ekonomi melanda negara kita. Ramai pemimipin negara dunia yang besar-besar, termasuk Rusia tidak dapat menangani masalah krisis ekonomi negara masing-masing, lalu tunduk kepada IMF. Saya turut terbaca surat Prof. Paul Krugman kepada Tun tentang kebijaksanaan Tun dalam menyelesaikan masalah kegawatan ekonomi negara dengan memperkenalkan kawalan modal. Ini cukup membanggakan. Tetapi kini masalah sekecil masalah beras telah mengakibatkan kegelisahan dan kesusahan kepada rakyat. Ini menunjukkan telah bermulanya satu era malap bagi Malaysia yang kaya dengan sumber-sumber alam, yang satu masa dulu dikenali sebagai "suvarnabumi". Persoalan yang timbul sekarang ialah adakah Malaysia menuju ke arah kemerosotan ekonomi seperti The Great Depression" di AS pada satu masa yang silam?
Di manakah salahnya?
"Dan yang buruk sekali ialah kemungkinan Barisan Nasional kalah diperingkat Pusat. Apabila hilang kuasa diperingkat pusat, kehilangan kuasa ke atas kewangan negara, ke atas dasar-dasar negara, pentadbiran negara dan lain-lain kekuatan yang datang bersama dengan pemerintahan peringkat pusat, Barisan Nasional dan UMNO tidak mungkin lagi memperolehi kuasa di negara tercinta ini.
Inilah musibah yang dijanjikan oleh pengekalan kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Segala keistimewaan Bumiputra dan Melayu akan terancam dan mungkin hilang terus, walau apa pun janji oleh pihak lain"
Please !!!...Do something Tun...Kita menuju ke arah itu sekarang....
Tun..
Harap Tun dapat buat Majlis Perjumpaan Bermesra sesama kita...Hasil Jualan Meja kita salurkan kepada mangsa bencana/kurang upaya..
Kita asyik bercakap di dalam blog jer.Banyak lagi rakyat yg tidak tahu tentang kisah negara kita yang hampir hancur nie.Ramai yang tidak mampu nak miliki internet.Kalaulah seme rakyat tahu,pasti Paklah dah lama jatuh.Saya cukup kesian dengan Tun.Paklah sekarang nie buat tak nampak je apa yg terjadi.Saya sedih dengan Malaysia sekarang.Sekarang nie Ezam pulak masuk UMNO,"talam dua muka tu",makin bahaya lah UMNO.Jadi bilakah kita perlu bersuara?Mungkin ini caranya kita akan jatuhkan sebuah kerajaan.Bila PM jenis tuli,rakyat harus jatuhkannya dengan cara senyap.Komen pasal Anuar Ibrahim plak,kalaulah dia nak jadi PM,tolonglah jangan menceritakan keburukan negara kita kepada orang asing,malu nama Malaysia.Sekarang nie dah diumpamakan politik Kampung.Semua orang tahu Malaysia lemah tak macam suatu ketika dahulu zaman kepimpinan Tun.Sebelum Tun letak jawatan PM,satu dunia kenal Malaysia.Bila dah takdak,Malaysia hanya tinggal nama.Skarang dah terpinggir pun.Malu..malu..
Salam Tun,
Saya masih ahli UMNO dan mengundi BN dalam PRU12. Sememangnya saya tidak dapat menerima kepimpinan Pak Lah semenjak PRU11 yang menampakkan kelemahan beliau dalam segala segi. Tetapi saya berasa sedih kerana beliau dan yes-mannya mengatakkan bahawa jika tidak menyokong Pak Lah bererti tidak menyayangi UMNO.
Apakah mereka tidak lagi memerlukan sokongan orang-orang yang seperti saya yang sentiasa sayang kepada UMNO walau apa pun berlaku? Apakah mereka terlalu angkuh dan bongkak untuk menolak kumpulan seperti saya yang bukan yes-man? Pendapat saya pengundi ada seramai lebih kurang 10 juta. Ahli UMNO baru sekitar 3 juta. Dimana letaknya kesimpulan yang mengatakan bahawa ahli UMNO telah mengundi parti pembangkang? Apakah beliau sendiri meragui kesetiaan ahli UMNO terhadap negara berbanding dengan rundingan beliau dengan amerika/singapura sebelum ini atas dasar kepentingan negara dan bangsa? Lihat bagaimana syarikat singapura menguasai UMLand, projek-projek MRCB di KL Sentral, Nusajaya dll. Kita nak buat jambatan baru pun bermasaalah. Tak hairan lah kalau Woodland milik KTM akan dirampas olih singapura. Pulau dah habis dah.
Segala dasar beliau rata-rata menjadi penghalang DEB. GLC tidak lagi memberi peluang kepada bumiputra malah memandang rendah kemampuan mereka. Projek-projek hanya di beri kepada kepada kontraktor `ali baba' kerana kontraktor lain penyokong Tun. Ini jelas kerana bukan melayu sekarang tidak pernah komplain tentang tidak dapat peluang kontrak berbanding semasa zaman Tun dahulu. Zaman Tun, rata-rata bukan melayu komplain dan menyimpan dendam terhadap DEB dan jelas sekali apabila DAP dapat memerintah P.Pinang, DEB menjadi sasran utama Lim Guan Eng. Orang melayu diberi jawatan yang tertinggi ia-itu kebudayaan dan hal-hal ugama. Sedihnya dan kasihan bagi orang Pinang. Kuncu Pak Lah tak terasa sebab MOF/ MP Jelutong tetap memberi kontrak. Yang rugi orang P.Pinang. Tak mustahil kalau ada parti yang jual P.Pinang kepada DAP sebagai balasan diberi peluang ekonomi. Saksikan lah dan amati lah dengan teliti apa yang telah berlaku di P.Pinang.
Salam sejahtera Tun.
Saya menyesal kenapa pembangkang harus di lihat sebagai musuh.Tanpa pembangkang, penyelewengan kuasa dan rasuah akan hancurkan negara kita.
Pembangkan juga di lihat sebagai ancaman kuasa dan hak orang melayu.
Bukan kah masa ini kita harus membangunkan negara ini sebagai satu bangsa Malaysia tanpa melihat kaum yang lain sebagai satu ancaman? Jika pembangkang berjaya memajukan negara ini, bukan kah ini harus di sokong ?
Ever since paklah took over from Tun, we are not proud of Malaysia anymore. We are weak in every single area now.
Dear Tun.
These UMNO leaders are still dreaming by assuming that UMNO will continue to be strong. They never realise that there is time constraint for them to make the necessary change of leadership. If they continue to delay by assuming that this changing of leadership is not urgent then I feel sorry for them. They themselves will suffer the defeat come next election. And the person who will laugh the loudest will be Pak Lah himself because by that time he is already gone in the twiight zone.
ya tun,janganlah cakap macam ini!
kita kan malaysian?
pilihanraya dah lepas,kita mesti bersatu-padu,tak kira bangsa,agama,parti,jari-2 kita menuju keluar negara kan lebih bagus?
siapa tak tau u lebih hebat dari paklah?
berkenaan dgn karpal singh,dia masih wakil rakyat,u bukan,tak bolehke dia mengatakan sesuatu utk penyokong dia?
walaupun kata jari-2 tuju keluar,tapi tahi-2 yg ditinggalkan oleh bekas-2 MB,ahli parlimen BN,exco-2,mesti juga dibocorkan agar perkara-2 korap ini tak akan berulang dan rakyat faham apa yg terjadi!
rehatlah,rehatlah tun,jangan kata yg bukan-2,semuanya racial talk!
WE WANT U, AGAIN TO LEAD US IN FUTURE! GO GO TUN!
cheers,
azlan
Salam.
Kpd : Hasnol Azmi.
Saya setuju dengan pendapat anda.
Setiap parti politik ada pegangan dan manifesto tersendiri.
Dalam konteks DAP, mereka ada cara mereka untuk meraih sokongan tanpa reti penat selama 41tahun & akhir2 ni di sokong oleh kaum cina, kebetulan penduduk cina adalah ramai di Pulau Pinang.
Kita tidak boleh ubah mereka, kita tak boleh ubah DAP tetapi kita boleh ubah minda dan diri sendiri untuk mengubah nasib kita Melayu Pulau Pinang seramai hampir 625,000 orang.
Persoalannya : Adakah UMNO Pulau Pinang sanggup berubah cara, pendekatan dan sumbangan mereka kepada rakyat Melayu Pulau Pinang?
Jika persoalan pertama ini tidak dapat diterima oleh pucuk pimpinan UMNO Penang, maka payah lah nak membudayakan Melayu ala UMNO di Pulau Pinang kerana Melayu sendiri terlalu muak dgn UMNO Pulau Pinang, sehinggakan sanggup membudaya politikkan DAP PKR dan PAS. Adakah ini salah rakyat Melayu jugak? Mestikah Melayu Pulau Pinang bersikap buta dan pekak dan "condone" dengan ahli2 UMNO Penang yg berjawatan, tiba2 tanpa ribut rumah jadi bungalow dan kereta jadi jenama BMW, etc.
Tetapi, ahli2 bagaikan kuli dan berada di tahap yang sama....
paling tinggi dapat kot pingat PJK atau PJM. Yang pingat DSPN semua sapu kat depa saja. Bila ahli meninggal dunia, kerap lah peringkat cawangan dan bahagian buat talil !!
Bila PGRM kalah teruk GE2008, ada di kalangan UMNO Penang lesing dan salahkan kepada Pemangku Presiden PGRM, ada yang suruh dia letak jawatan dlm parti, etc...TETAPI cina ni sedar kediri dan dia sendiri tidak pegang apa apa jawatan dalam kerajaan.
BN hilang lima negeri, Pengerusi BN punye negeri iaitu Pulau Pinang pun melingkup ke DAP, AWAT UMNO PENANG TAK SURUH DIA NI LETAK JAWATAN?
Kini, kita perhati sejauh mana dan apa yang akan berlaku pada UMNO tak lama lagi.
Dalam konteks Pulau Pinang, jika muka muka yang sama juge menerajui bahagian dan cawangan, pendek kata "tak sedaq diri dan tak perihatin kepada apa yang ahli mahu".
Tepuk dada dan tanya diri "what was your contribution to Melayu past 5years?"
Setakat bahagian dok buat program popular tahlil, baca yassin...ni bukan contribute kepada Melayu Pulau Pinang ye, ni program keagamaan untuk simati dalam kubur.
Setakat dok bagi basikal, wang dan hadiah kepada muris2 sekolah dapat banyak "A", ni bukan contribution kepada Melayu Pulau Pinang ye, ni adalah menghargai dan reward kpd murid2 dan menggalakkan mereka belajat lebih rajin.
Setakat dok bagi trip rombongan naik bas pi Kelantan, etc, ni bukan contribution to Melayu Pulau Pinang ye.
Ketahui & hayati lah maksud "what are your contribution to Melayu Pulau Pinang?".
Ingatlah, Malaysia merdeka baru 50tahun saja, 500 tahun tanah ini dijajah kulit putih. Tak sampai 60tahun, 5 negeri dah jatuh kepada PR. Adakah bumi Malaysia akan di jajah semula? Fikir lah.
Tun Dr Mahathir Mohamad, dilihat sekarang usaha menggesa Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, dan Perdana Menteri Malaysia, sudah pun berkesan. Kesan ini adalah jelas, kerana sebelum ini Abdullah Ahmad Badawi ada muncul sekali di khalayak dan menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, dan seseorang lagi. Selainnya, kedengaran tingkahan suara oleh orang di sekeliling Abdullah Ahmad Badawi. Kini pihak Abdullah Ahmad Badawi, memulakan langkah pemusnahan, dengan secara serentak berpakat lalu menekan perletakan jawatan Mukhriz Mahathir, Mokhzani Mahathir, Sanusi Junid, and Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, daripada setiap jawatan yang berkenaan. Jika Abdullah Ahmad Badawi, bersuara, "hentikan semua ini", maka keadaan mungkin berbeza. Namun jika Abdullah Ahmad Badawi berdiam diri, atau pura-pura tidak tahu, maka tentulah dia merestui semua usaha terancang ini, supaya Tun Dr Mahathir Mohamad, kedua-dua anak-anak lelaki, dan sahabat seperjuangan, tinggal tidak berjawatan. Pengalaman, meyakinkan saya, bahawa usaha mereka ini tidak akan melemahkan mahupun memberhentikan desakan ke atas Abdullah Ahmad Badawi. Lalu langkah dan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya, amat dinantikan, supaya tekanan terus diperhebatkan sehingga Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sekarang. Silakan...
Saya pun tak tahu nak cakap macam mana dah. Kalau saya jadi Tun pun saya akan buat apa yang Tun buat. Kalau saya jadi Pak Lah pun mungkin akan jadi macam dia. Tak semudah itu kalau kita nak lepaskan sesuatu jawatan. P/s: Cakap saja tak guna.. test tengok
Agak terkejut, malu dan akhirnya gelihati melihat perangai seorang menteri baru ini yang setelah berjanji namun mungkir dan tidak berpegang pada janji bila beliau tidak hadir ke majlis pelancaran GT Jepun. Alasan, kerana anak Tok Det yang keluar UMNO ada disitu.Malu dengan Jepun kerana diisebabkan fahaman politik sempit beliau acara dipulaukan. Tahniah kerana memberi imej yang buruk pada ahli politik di Malaysia.
Diharap sangat agar menteri yang baru 2,3 bulan pegang jawatan ini bersikap profesional. Janganlah kerana fahaman sempit beliau yang kini turut disokong oleh menteri bujang seorang ini memberikan imej buruk pada negara. Maaf disebut, kalau menurut seorang tokoh ulamak terkenal di utara ini, yang terkinja-kinja di Akademi Fantasia itu tidak lebih dari syaitan yang terkinja-kinja. Sekurang-kurangnya anak Tok Det tak mengikut itu tapi cuba menaikkan nama Malaysia. Namun anak menteri seorang ini... siapa ya..
Pemimpin UMNO perlu matang, sekiranya hal berkaitan politik itu janganlah dipolitikkan hingga memalukan tetamu antarabangsa. Hal rumahtangga janganlah diceritakan hingga satu kampung tahu. Kepada bapak menteri ini, jangan lebih sudu dari kuah...
Dear Tun
Looks like PKR is playing that card well... but sad to say our PM still has not or will not or could not accept that he is 'part' of the PKR strategy.
SOMEONE PLEASE SHOUT AT ABDULLAH, We, the rakayt had done our very best, even Tun voice your concern & reasons. But all we got from the public comment from BN/UMNO is we are THE TRAITOR.
Cheers
saya amat bersetuju dgn TDM
orang melayu mudah lupa
tidak berterima kasih
dan sayangnya tak mahu dengar teguran
kita walaupun duduk setinggi mana pun dgn pangkat tinggi, kita harus sedar akan tanggungjawab dan amanah.DSAAB harus sedar akan kesilapannya. Dengar apa kata orang bawahan macam kami dan jangan hanya dengar pendapat orang-orang besar dalam UMNO sebab semuanya nak jaga jawatan masing-masing. Dan kerana beliau ramai anak muda professional berpaling arah kepada pembangkang. memang pembangkang amat SUKA dgn DSAAB sebab mereka boleh hapuskan UMNO.
Assalamualaikum.. Tun..
saya sangat sedih dengan gejolak dan propaganda yg berlaku dalam politik dan ekonomi negara kita.. sungguh bertimpa-timpa kesedihan berlaku tahun ni.. kekalahan umno dalam PRU, kehilangan tanah yg berharga.. lepas ni apalagi yg berlaku.. saya pon tak tahu...
masih layak lagi kah seseorang menjadi pemimpin yang menghampakan rakyat... seorang peneraju sebuah kerajaan yang sering menghampakan..
sudah hilang kegemilangan malaysia..
tun yg dihormati,
saya berasa kesal apa berlaku kini.. tp sokongan padu terhadap tun tidak pernah luntur sejak dulu lagi... sejak dari arwah nenek lagi yg sering dengan kagum dengan tun..
itu sahaja dapat saya coretkn untuk tun..
Salam TUN....
Pak Lah = Pemusnah Bangsa
Khairy = Pengkhianat Bangsa
Konco2 Paklah = Melayu tak sedar diri
PKR & DSAI = Politik Balas Dendam yang tidak membawa makna/faedah.
PAS = Politik Khayalan
DAP = Politik Gangsterisme
Semoga Allah s.w.t panjangkan umur TUN untuk bersama - sama memperjuangkan Bangsa Melayu.
We are always with you TUN....
Tun,
saya salute tun,...
dalam sbulan dah dpt 1Juta klik..
wow.. hebat!...
nmpknye msih ramai sayang tun,..
Perdana menteri malaysia...
http://pemudajalanan.blogspot.com
alah membeli menang memakai,
alah mengundi menang pakatan ;-)
fikir-fikirkan
Tun Dr Mahathir Mohamad, sebentar tadi Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan kenaikan harga Petrol dan Diesel, serta cara baru rebate. Setelah ditonton, barulah difahami kenapa rakan bloggers yang sudah tahu merasa marah terhadap Abdullah Ahmad Badawi. Sesiapa yang setia kepadanya, tentulah menyokong berhelah ataupun mendiam diri. Namun bukan semua, sebahagian yang belum mandapat apa pun, bakal mula beralih jauh daripada setia kepadanya. Perihal kenaikan harga Petrol dan Diesel ini, dengan harga yang tidak munasabah kepada seluruh Rakyat, bakal mengakibatkan kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan di Malaysia dan akan terus menghimpit ramai terutama mereka yang berpendapatan rendah. Sebenarnya, sebahagian rakyat yang telah terberi undi kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya lalu, bakal menyesal. Abdullah Ahmad Badawi tidak memimpin ke arah satu penyelesaian kepada kenaikan harga bahan ini. Sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi mengajak rakyat memahami dan menderita bersama, kerana dia telahpun tunduk kepada tekanan kumpulan penekan harga di peringkat global. Seperti biasa, Abdullah Ahmad Badawi tidak akan turun ke padang untuk mendengar dan menyaksikan sendiri keluh kesah Rakyat. Kelak akan dikatakannya, Rakyat tak kata apapun, semua setuju. Hakikatnya tidak. Kenaikan harga bahan ini ialah satu lagi kegagalan besar kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Dia gagal. Kepada rakyat yang tidak lagi menyokong Abdullah Ahmad Badawi, baguslah. Kepada yang masih menyokong, saksikanlah fumblenizationness seterusnya, apa lagi yang bakal naik dan dinaikkan. Kepada yang mendesak supaya Abdullah Ahmad Badawi meletakkan semua jawatannya sekarang juga, inilah usaha murni rakyat terhadap apa yang dikatakan Pemimpin Pemusnah. Ya, Abdullah Ahmad Badawi.
Tun Dr Mahathir Mohamad, ada rakan yang bertanya apakah maksud Abdullah Ahmad Badawi, bila dia berkata, yakni "Ubahlah Gaya Hidup" yang disarankannya kepada Rakyat Malaysia. Barangkali maksud Abdullah Ahmad Badawi ialah menjadikannya seorang pemimpin yang patut dicontohi dan diteladani. Kini rakyat Malaysia hendaklah mengubah gaya hidup sepertimana gaya hidup Abdullah Ahmad Badawi, anak-anaknya, menantunya, keluarganya, dan para menteri kabinet di bawah kepemimpinannya. Dengan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, dan rantaian kesan yang mengakibatkan kenaikan harga produk dan perkhidmatan di seluruh negara, maka perubahan gaya hidup hendaklah dilakukan. Ini adalah kerana, gaya hidup Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan para menteri kabinet yang menyokong dan mempertahankannya akan sama seperti setiap rakyat jelata. Dengan nada simpati, Abdullah Ahmad Badawi, dengan lembut telahpun berkata, susah sama kita susah, dan senang sama kita senang. Kita tentulah memahami bahawa ubahlah gaya hidup anjuran Abdullah Ahmad Badawi barangkali meliputi di antaranya:
01. Pemimpin dan Rakyat tidak perlu memakai kereta mewah, atau kenderaan yang mengguna minyak petrol dan diesel dengan banyaknya. Memadailah kenderaan kecil, dan sederhana pula keperluan minyaknya. Menaiki basikal atau berjalan kaki dari rumah ke pejabat, tentulah akan lebih bermakna kini, supaya pemimpin dan rakyat sama-sama mengeluarkan peluh dan sihat.
02. Pemimpin dan rakyat; setiap orang boleh mulakan memakan nasi segenggam sehari. Di samping itu, sama-samalah kita makan ubi, dan sememangnya terdapat banyak jenis ubi, yang boleh dimasak pelbagai cara rebusannya. Dengan itu dapatlah kita nostalgia akan zaman tok nenek kita terdahulu yang memakan kelazatan yang sama di zaman penjajahan Jepun.
03. Dari aspek pendapatan bulanan, gaji pemimpin dan rakyat bukankah hampir sama banyaknya, minima pula, maka bolehlah kita berjimat cermat, tanpa tinggal di rumah mewah, tetapi cukuplah rumah biasa sahaja, sesuai dengan gaji bulanan kita.
Pada Abdullah Ahmad Badawi barangkali, apa juga penderitaan yang dirasai oleh rakyat dalam kehidupan yang sama-sama kita ubah gaya kehidupan kita ini, adalah sama dirasai olehnya dan keluarganya, serta para menteri yang menyokong dan mempertahankannya. Sama-samalah kita Rakyat dan Pemimpin menderita dengan kehidupan yang kita rasai keperitannya bersama. Seungguhnya ini bukanlah malang, kecundang, dan lintang-pukang...sebaliknya inilah yang dimaksudkan dengan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang. Setakat ini, tiada siapapun yang menentang apatah lagi mengkritik tindakan Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya, kecuali seorang atau dua. Ini bermakna berjuta Rakyat Malaysia memilih gaya hidup bersama pemimpin untuk merasai derita, sengsara, dan kesusahan berpanjangan secara bersama-sama. Dengan itu, Abdullah Ahmad Badawi akan terus menjadi pemimpin, dan terus memimpin rakyat, selama mana yang disukainya, selagi dia belum menentukan tarikh perpindahan dan penyerahan kuasa kepada pemimpin seterusnya. Tambahan pula pemimpin seterusnya adalah penyabar dan pendiam pula, dan tidak pun tergesa-gesa untuk mengambil-alih pucuk pimpinan darinya. Gaya hidup rakyat yang berubah ialah di bawah kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang berterusan. Sayugia diingatkan, Abdullah Ahmad Badawi masih banyak kerja yang mahu dan hendak dilakukannya. Kenaikan harga petrol dan diesel adalah satu daripada kerja yang telah diutamakannya. Betul tidak katanya, "we do not want to be careless", jadi banyak lah lagi akan menyusul kerjanya kelak yang begitu prihatin dan sensitif dengan jiwa seluruh rakyat Malaysia.
"Ingatlah.. Allah tidak meletak nasib sesuatu kaum itu di tangan sesuatu Parit mahupun perikatan.."
Adakah selamanya UMNO & BN saja yg mapu mentadbir negara ini dgn baik??? Persoalannya, benarkah selama ini BN & UMNO memimpin negara ini dgn baik & adil???
Ingatlah, bukan semua org akn menyokong kita utk selamanya.. apa yg penting bagi sy, apabila syariat Islam itu tertegak dengan cara yg benar, & mengikut aturan & garis panduan yg telah ditetapkan Allah, sesiapa saja yg membawanya pasti akan dapat mentadbir negara dgn baik dan saksama..
Tun yang dikasihi,
Semakin parah hidup rakyat sekarang. Harga minyak melambung naik. Tentu sekali harga keperluan lain akan naik juga. AAB dan menteri-menteri tololnya semakin hilang arah. Mereka ini harus ingat,kalau seorang rakyat sumpah mungkin tak lekat tapi kalau 1 juta rakyat sumpah, lambat laun mereka akan ditimpa bala. Allah Maha Berkuasa, Maha Besar, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar !
Datuk Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi. Percaya lah...
REFORMASI!!
Tun Dr Mahathir Mohamad, pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel oleh Abdullah Ahmad Badawi telahpun dibuatnya.
Perbuatan Abdullah Ahmad Badawi yang ternyata menghimpit rakyat Malaysia, dibuatnya dengan cepat dan kesannya cukup berat.
Kemudian, diapun berucap di sana di sini bahawa dia faham akan penderitaan rakyat, dia prihatin dengan tekanan rakyat, dia simpati dengan bebanan rakyat.
Lepas itu?
Sudah.
Itu sahaja.
Kemudian timbul pula desakan pasukan sebuah parti politik bahawa Abdullah Ahmad Badawi dan menteri kabinetnya sepatutnya dan sewajarnya memotong elaun.
Lihatlah si Abdullah Ahmad Badawi ini, hanya apabila didesak sedemikian rupa, barulah dia membuat keputusan untuk memotong elaunnya dan lain-lain yang di dalam kabinetnya.
Utusan Online melaporkan:
Elaun keraian menteri, timbalan dikurangkan 10 peratus
PUTRAJAYA 9 Jun – Elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dikurangkan sebanyak 10 peratus bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengurangan elaun itu akan bermula 1 Julai ini.
Bila bab ini, yakni pikulan beban Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya, untuk sama-sama merasai bebanan, tekanan, dan penderitaan, seluruh negara, ternyata sedikit dan lambat.
Sebelum itu, ada reaksi oleh Shahrir Samad, dan tidak sampai hati saya sebutkan di sini...
PULAU PINANG 8 Jun - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah...
Diharapkan kita bacalah sendiri, di sini...
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
Tun Dr Mahathir Mohamad, teruskanlah usaha murni Tun, untuk mendedahkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin pemusnah.
Usaha murni Tun Dr Mahathir Mohamad, ini, menjadi bermakna, kerana Abdullah Ahmad Badawi tidak diketahui apa niatnya, namun perbuatannya sememangnya menganiayai rakjat jelata.
Dedahkanlah secara berterusan si Abdullah Ahmad Badawi ini.
Dia boleh tetap atau turun, dek berani kerana benar, takut kerana salah.
Abdullah Ahmad Badawi bukan pekak, tentu sedikit sebanyak dia mendengar kritikan terhadapnya dari dalam kabinet, dalam UMNO, dalam Barisan Nasional, di kalangan parti lain, dan di kalangan rakyat jelata.
Abdullah Ahmad Badawi boleh bersendiri dan melayani mimpi indahnya.
Namun, Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat lepas daripada berhadapan dengan ramai orang di kalangan orang ramai.
Jika ditonton Abdullah Ahmad Badawi di kaca televisyen, semalam, 9 Jun 2008, ketika dia berucap di dua tempat, kelihatan dalamannya berkocak, dia hilang tumpuan, suaranya halus, dan bibirnya semacam tidak bergerak.
Ucapannya tidak pun menjadi usaha menggerak, malahan umpama bisikan sahaja bila dia membaca teks yang telah disediakan.
Audiens pula kelihatan semacam tidak faham dan tidak jelas apa yang diucapkannya.
Ini tidak menghairankan, barangkali dia juga tidak faham apa yang diucapkannya.
Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat lepas daripada berhadapan dengan rakyat dalam masa terdekat.
Usahlah hairan suara yang termuat dalam komen di blog ini, bakal menjadi suara yang dilemparkan kepadanya bila mana dia berada di kawasan orang ramai.
Perhatikan ucapannya:
The Third International Conference on The Muslim World and The West: Bridging The Gap 9 - 10 June 2008, Kuala Lumpur
Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) Ke-13 yang berlangsung selama dua hari di sini hari ini.
Hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican, Pengerusi AOGC Ke-13, Datuk Anuar Ahmad dan kira-kira 1,300 peserta dari 40 negara.
To Zubli Zainordin
From my view point of what PakLah has been doing, he mahap have interest in IMF or World Bank.
Mayhap borrowing.
PakLah isnt that stupid but mayhap and maybe pretend stupid.
I tink he will anchored to PM's chair until he achieved with IMF or World Bank.
Mayhap we have to bear another 5-8 months. Mayhap by then, our state of economy will be worst of.
In world econonomics, ones gain is ones lost.
Tun Dr Mahathir Mohamad, a commenter here, Atila Ismeth placed a comment that Abdullah Ahmad Badawi is not stupid yet pretend to be one, and he is doing this for the next 5 to 8 months because Abdullah Ahmad Badawi has interest in IMF and WorldBank. I do not see a connection yet. Perhaps more information is needed to be exposed on this.
Tun Dr Mahathir Mohamad, saya ingin memohon supaya Tun berkongsi pandangan perihal apa yang saya nampak dan saya sebutkan sebagai "Abdullah Ahmad Badawi Media Madness".
Ada dua objectif utama gerakan media ini, yang bakal menjadi sesuatu yang gila di Malaysia.
Kedua-dua objektif ini adalah supaya Abdullah Ahmad Badawi terus berkuasa, dan bersama pasukannya, mereka akan sumbat Gerakan Jimat ke dalam minda dan hati rakyat Malaysia.
Objektif pertama melalui satu jawatankuasa media, ialah menggunakan media untuk menerangkan apa dan kenapa kerajaan mahukan rakyat berjimat, walaupun rakyat terpaksa menderita, maka semua kena faham gerakan jimat ini walaupun dihimpit penderitaannya menghimpit rakyat.
Objektif kedua ialah membuatkan payah interaksi melalui lain-lain media di antara rakyat dengan mereka yang berusaha melalui media ini yang tidak disertakan dalam jawatankuasa media berkenaan.
Gerakan Jimat melalui media ini adalah satu perbuatan gila Abdullah Ahmad Badawi.
Ini adalah kerana, kerajaan sekarang mahu menjadi jaguh dalam pengurusan kewangan negara, dan supaya ianya kelihatan amat jauh berbeza dengan pencapaian kejayaan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu memimpin rakyat dan negara.
Kesengkongkolan pendapat Abdullah Ahmad Badawi dan pasukannya ialah, Malaysia tidak dapat lepas dari pergantungan kepada "global force" global. Mereka tidak faham yang "global force" ini sebenarnya ialah muslihat yang telah merancang kelembapan ekonomi dunia.
Dengan itu kerana tidak faham itulah maka wujudlah pemikiran "scarcity" di kalangan pasukan ini pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Dengan demikian, jumlah kewangan negara, pada mereka, hendaklah diurus dengan belanja yang berjimat, supaya nampak stabil, dan berpanjangan.
Kononnya ini langkah yang tidak popular. Tetapi kerajaan Abdullah Ahmad Badawi mengambil juga langkah ini walaupun ianya menjadikan rakyat menderita.
Dengan itu penggunaan media untuk tujuan ini bukanlah untuk mendengar keluhan dan rintihan rakyat, sebaliknya media digunakan untuk menyumbat rakyat supaya faham kenapakah penderitaan ini mesti dirasai di negara ini.
Tentulah ada yang berpuas hati dan memanfaatkan ruang seperti blog Tun Dr Mahathir Mohamad ini, serta media lain yang seumpama, di mana sebahagian rakyat yang tiada akses kepada media kerajaan, untuk meluahkan lempiasan hati masing-masing, atau sampai ke peringkat memberikan cadangan.
Bila media kerajaan tidak lagi popular, dan sebahagian rakyat mencari media alternatif, maka beberapa tindakan gila akan dilakukan supaya susah interaksi yang kita kecapi nikmatnya kini, untuk berlangsung.
Contohnya orang tidak lagi dapat blog dengan bebas. Orang lain tidak dapat atau susah untuk mendapatkan akses kepada blog yang sedia ada.
Sebab itulah disebut "Abdullah Ahmad Badawi Media Madness".
Oleh kerana saya dan sebilangan rakan dan rakyat Malaysia semakin tidak percaya kepada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan pasukannya, dan hilang punca terhadap siapakah pemimpin sebenarnya untuk membawa kita semua keluar dari keadaan derita di Malaysia kini dan kelak, maka maaflah kerana saya juga seperti mereka, kembali ke pangkuan Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk harapan suatu idea dari Tun, sehingga sejarah boleh merakamkan sekali lagi jasa Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling manis, bakal kami kenang abadi, selagi hayat kita dikandung badan.
Satu penyelesai hanya Che Det sahaja yang boleh kemukakannya.
Begitu...
Silakan Tun Dr Mahathir Mohamad...
Asslmlkm Tun,
Pepatah berkata; "Sudah Terang Lagi Bersuluh", "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi"
Sy menanti bilakah suatu gerakan besar2an akan terjadi tanda kebangkitan PROTES RAKYAT terhadap "Pemimpin Pemusnah" ini?
Mungkin dulu sy tidak pernah tpengaruh utk berarak dlm apa jua perarakan & demonstrasi. Kini, sy teruja utk berarak & mbawa sepanduk tanda sokongan sy kpd Tun.
Sy yakin bhw pengundi2 protes yg lain juga akan mengambil tindakan yg sama. Walau suara sy hanya bernilai 1 undi, selepas ini tanpa undi yg 1 ini bermakna UMNO kehilangan 1 lg undi.
Pilihanraya yg lalu sy marahkan adik lelaki sy yg mengambil keputusan pergi bercuti bersama seluruh keluarganya & keluarga mertuanya yg bernilai hampir 10 undi atas alasan, "mereka semua dlm dilema, enggan pilih bulan atau separuh bulan, sbb nk cari matahari di tepi pantai. Tknk naik Roket sbb takut tk dpt balik ke bumi. Lagipun Dacing dh tk boleh pakai sbbnya skrg dh sistem metrik". Hahaha.. ketawa .. lawak bodoh, tapi penuh makna..
Sy kira, skrg kalau "Matahari" diujudkan, pasti sy juga akan pilih matahari itu.. Kerana matahari menerangi dunia ini tanpa perlu dibayar bilnya, tiada kosnya & tk perlu risau naik harganya. Kerana Allah swt maha kaya, maha pemurah, maha penyayang. Dan ketika bulan mengambang penuh mahupun separuh, sy akan lena dibuai mimpi, merehatkan diri menunggu matahari esok muncul lg. Meneruskan hari utk mcari rezki yg halal lg suci. Tanpa perlu bgantung kpd apa2 subsidi.
Tun, sy menanti bilakah "MATAHARI" kan muncul? Matahariku adalah Mahathirku..
Wassallam.
tO : Zubli Zainordin,
1. Thank you for reading my post.
2. The current government has chosen to unpegg ringgit 3 years ago.
By doing this, it shows "Malaysia same2 with other countries ma ...impress USA and USA cronies ie: IMF and World Bank" and its one way BEST to exposed the country to "hedge fund" speculation. Tak kan paklah tak tau ma...
Why the current government chosed to unpegg making the economy expose to "danger"?
3. Always remember in 1997.
I m sure you remember this.
From here our TunM has pegged
RM3.80=USD1.00
WHY? TO AVOID MALAYSIA FROM BORROWING WITH IMF and we are stable economy rather than fluctuating ringgit.
Have we not enjoyed some sort of insulated-cushioned prices until PakLah unpegged 3 years ago?
4. The recent hike in oil price by 40% in Malayia is making rakyat's pendulum swinging to the core bottom with BN Govt.
Are we RAKYAT supposedly to smile & ADHERE TO PAKLAH TO change our lifestyle when all 99% Dato Dato Seri TanSri...all of them have luxury liFE.....EVEN PAKLAH AND HIS WIFE IS ALREADI FAT NOW COMPARE TO LAST YEAR...MAKAN BANYAK KOT EXCUSE US?
5. Economics: D>S, Price=push up.
OPEC produces the same.
North Sea is projected to lessen its world supply by 1/3 BUT about 10-15years from now...maybe 2015.
Why no shortage in global supply & yet Price hike in Malaysia?
The one best possible answer is speculation by hedge funds.
Why?
-Because until today PakLah's government never made any statement saying "global shortage" BUT "HARGA DUNIA NAIK".
-Because until today Paklah comparing Malaysia to non-oil producer country ie Singapore.
How much longer to PEBODOH RAKYAT?
"HARGA DUNIA NAIK" are we rakyat supposedly to swallow that statement BULAT BULAT like CHEMOTHERAPHY EITHER YOU MAKE IT AFTER 5 YEARS OR YOU UNABLE TO SURVIVE?
6. Why the current government allowing itself to go parallel to speculation?
Dont you think PakLah doesnt know what hes doing? HAHAHA
From such hedge funds speculation its at par raping the pockets of EACH rakyat, how many speculators are mega rich...eeerrr...NOW!!
Its projected that PakLah will make everything costly and expensive in this country from sugar, flour, clothing, to rice to goods to oil to medicine to transporation to everything....
When COLA rises up at fast pace in 5-8months,
-with subsidies taken ....eeerrr robbed away,
-with unpegg Ringgit exposed....eeerrr raped by hedge funds speculations,
-Petronas earnings would be beyond to help ease rakyat but being used for "certain individual interest" (its "NOW OR NEVER" to grab whatever, for BN to win next GE is almost gone-bygone with 40% HISTORICAL oil hike)...
-when Malaysia' Petronas money oozed from the system, we will get poorer day by day.
This is when (mayhap during Budget or before he steps down in UMNO) PakLah mayhap and maybe will move a step forward into "...kita sekarang sudah tiada wang, negara dalam inflasi teruk kerana USA dalam inflasi, semua barang2 harga dunia naik, kita tak dapat elak, maka kita perlu menjana negara, program program kemiskinan dan luar bandar untuk rakayt, kita perlu pinjam dari ...."
Where else?
IMF="Ah Long International"
World Bank="Money Lender International"
Shuld this happened, how many from this country will be SUPER RICH from IMF at the expense of rakyat & gadai negara?
Just look at Indonesia, Pakistan, Mexico...WHO REALLY benefitted from IMF?
In 1997, IMF so willingly wanting to give to Malaysia, but TunM
boh-layan TAPI FINANCE MINISTER AT THAT TIME DIDNT MAKE ANY MEASURE TO STABILISE RINGGIT...SAT ON THE CHAIR AND HERE RAKYAT WAS FACING PRICE HIKE..I WAS PAYING TUITION FEE TO U.K. IT WAS HIKING EVERY DAY...EXCUSE US...WE DONT FORGET.
SAMALAH NOW WHATS HAPPENING, EX-FINANCE MINISTER IN 1997 NOW THE PM=FINANCE MINISTER..
BN government have unpegged Ringgit...this is part "menetapi" IMF policy "free trading" and off course IMF "with open arms"...as always.
Malaysia last settled IMF debts early 1980s during TunM as PM.
The question is WHO CARES IF MALAYSIA IS RUINED TO IMF?
Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah kemungkinan yang mungkin memungkinkan semakin ramai rakyat Malaysia tidak lagi percaya kepada Abdullah Ahmad Badawi, para menteri kabinetnya, parti UMNOnya, dan Barisan Nasionalnya.
Pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat mengakui bahawa Abdullah Ahmad Badawi seorang pemimpin yang lemah.
Lemah!
Sejak PRU 12, kerajaan di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, tidak membentangkan rancangan menyeluruh dan bersepadu untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmoran negara Malaysia.
Keputusan dibuat semacam harian mengikut arus, tekanan, dan ikut sedap di hatinya sahaja, yang boleh membawa negara ke arah kemusnahan.
Mula flip kemudian flop.
Begitulah saban ketika Abdullah Ahmad Badawi membuka mulutnya untuk membuat pengumuman.
Sebagai contoh:
01. Abdullah Ahmad Badawi tahu pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel ialah Ogos 2008.
Rupa-rupanya si Shahrir Samad ada hati untuk memperkenalkan kononnya smart card.
Kemudian, Abdullah Ahmad Badawi dengan tergesa-gesa mengumumkan kenaikan drastik harga minyak petrol dan diesel pada 5 Jun 2008.
02. Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan rebat diberikan dan boleh dituntut apabila seseorang rakyat memperbaharui cukai jalan.
Kemudian Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan rebat itu boleh dituntut dalam minggu ini.
03. Seterusnya, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga petrol dan diesel adalah mengikut harga pasaran.
Ertinya kepada Abdullah Ahmad Badawi ialah, "bila harga pasaran minyak dunia naaaaaaaik, harga minyak kitapun naaaaaaaik!
Begitu juga bila harga pasaran minyak dunia turuuuuuuun, harga minyak kitapun turuuuuuuun".
"Review" akan dibuat secara bulanan.
Tetapi semalam, Abdullah Ahmad Badawi tahu kerajaannya mengumumkan, harga minyak petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi tahun ini.
Boleh percaya kah si Abdullah Ahmad Badawi ini.
Semalam kata lain, hari ini kata lain.
Barangkali bila penghujung tahun ini rakyat sudah reda, jika dia masih berkuasa hingga tahun depan, siaplah rakyat Malaysia akan dihukum lagi dengan kenaikan harga minyak yang lebih tinggi.
Satu fumblenizationness, dan bab inilah, Abdullah Ahmad Badawi yang besar ketaranya.
Rakan rakan seperti saya, sudah tidak lagi percaya kepada Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tidak tahulah lain-lain rakyat di seluruh negara.
Apa pandangan tambahan Tun Dr Mahathir Mohamad..?
Tun Dr Mahathir Mohamad, dari pos Tun, perihal Oil Prices, dan penerangan Atila Ismeth, saya faham sekarang. Loud and clear...
Dear Tun Dr Mahathir Mohamad, you are right about Abdullah Ahmad Badawi, as a leader and his leadership.
Pemusnah, Perosak, Destructive, Disaster.
Here is Abdullah Ahmad Badawi speaking:
June 15, 2008 22:00 PM
Abdullah Warns Of Disaster If Food & Fuel Prices And Impending Recession Not Tackled
By Mikhail Raj Abdullah
PUTRAJAYA, June 15 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has warned that bold, immediate, remedial measures had to be taken to tackle the food and fuel crisis as well as a possible recession or the world could be looking at a disaster, which could jeopardise the livelihood of millions of people.
"About 100 million or more people have descended into poverty worldwide while low and middle-income groups everywhere are feeling the strain of increased food prices on their budget.
"Mass protests over food have erupted in several countries and more instability awaits those societies which fail to alleviate their problems.
"It seems that we have yet to awaken to the enormity of the problem and its potential for creating a real disaster," he said in his speech at a welcoming reception for about 150 local and international delegates to the two-day World Economic Forum on East Asia beginning Sunday.
Tun Dr Mahathir Mohamad, teringat saya akan kisah seorang anak yang bertanya bapanya, "Abah, kenapa Cik Gu cakap, kita tak boleh tipu, tak boleh bohong, kena cakap benar..."
Kata bapanya, "Bila seseorang itu tipu, dia akan kena buat sepuluh tipu lain untuk menutup tipu yang pertama!"
"Kalau bohong?"
"Samalah..."
(Termenung)
"Sebab itu, betullah kata Cik Gu, kita mesti bercakap benar!"
*Abdullah Ahmad Badawi never lies.*
*Abdullah Ahmad Badawi speaks the truth all the time.*
Kini ada bloggers yang sedang senaraikan percakapan Abdullah Ahmad Badawi di pelbagai majlis rasmi, untuk mengetahui ketepatan dua kenyataan di atas.
Rasanya semakin ramai yang mula telah tahu jawapannya...
Tun Dr Mahathir Mohamad, apakah mungkin satu undian TIDAK PERCAYA, ke atas Abdullah Ahmad Badawi, dibentangkan di Sidang Parlimen, tidak beberapa hari lagi?
Petikan:
"Alternatively, the vote of no confidence could be tabled through an emergency motion under Standing Orders rule 18(1).
This however had to fulfil three criteria -- it has to be a definite matter, urgent and of public interest."
Ada lagi, Laporan Penuh, di blog Tunku.
Tun Dr Mahathir Mohamad, jelas bahawa Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaannya, tidak mengusahakan Pelan Induk Kemajuan Masyarakat dan Negara Malaysia.
Kelihatan selepas PRU 12, Abdullah Ahmad Badawi semacam berbulan madu sahaja, sambil melawat beberapa negeri di Malaysia.
Di Sabah, saya perhatikan Abdullah Ahmad Badawi, dan di akhir lawatannya dia tidak menyelesaikan apa yang saya sebut sebagai "The Sabah Frustrations".
Dengan memberikan RM 1 Billion kepada Sabah, bukanlah satu penyelesaian.
Ini perbuatan Abdullah Ahmad Badawi yang ngeri dilihat.
Bagaimana sebenarnya Abdullah Ahmad Badawi mengurus dan membelanjakan dana negara?
Terkini SAPP akan menggerakkan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen.
Dalam alam siber, dipenuhi:
UndurLAH!!!
terhadap
Pemimpin Pemusnah! Ini!!!
To : Zubli Zainordin,
I too received sms on 18June08 around 4.00pm wrt SAPP will move vote of no confidence in Parliament on Monday towards PakLah.
There was a big gathering in Pulau Pinang on 15June, held at Stadium Bandaraya with speakers from PKR (Anwar), DAP (Lim Guan Eng), PAS (M.Sabu), etc.
Infact when you observed during the ceramah, Anwar spoke publicly that a party from bn component will quit bn coaliation. He seems to know whats next happening in politics and then its happens for real.
As usual the next day, that PR ceramah had no media coverage in Penang. This is the definition of "transparency" under PakLah's administration? We rakyat sure find it weird.
SAPP's decision didnt come a surprise as many rakyat took initiative to listen to PR ceramahs, take it as an extra info other than what you see on TV & surf websites. Nowadays, with IT, info is everywhere at your fingers.
You mentioned in your post of :-
"Di Sabah, saya perhatikan Abdullah Ahmad Badawi, dan di akhir lawatannya dia tidak menyelesaikan apa yang saya sebut sebagai "The Sabah Frustrations".
Dengan memberikan RM 1 Billion kepada Sabah, bukanlah satu penyelesaian.
Ini perbuatan Abdullah Ahmad Badawi yang ngeri dilihat."
My Dear, in Penang PakLah was extremely late for the NCER Launch on 31July2007. He was late by more than 90minutes.
Guess what? At lunchtime, lunch was not catered enough but the caterer offered us rakyat empty Lunch Boxes with NCER logo glued on it. Yup! we threw that away becoz we were hungry.
Earlier on all the seats was placed goody bags with goodies stuffs...the launch must have cost Millions.
As for me being a Penangite, PakLah left the NCER Launch with a memory embedded in me for the rest of my life, a NOT-PUNCTUAL Prime Minister of Malaysia.
Unable to be punctual in a ceremony without humbly apologizing to rakyat was an indication of how vain this man was.
Today is Thursday, its 5 more days to Monday. Mayhap many more surprises-bombshells to come.
UMNO at dire straits now, must manouvre itself differently now.
Post a Comment