Thursday, May 15, 2008

Kepimpinan UMNO masih "in denial"

Saya ucapkan terimakasih kepada pelawat chedet.com terutama pembahas-pembahas yang telah memberikan pandangan serta komentar mereka terhadap penulisan saya.

Saya telah siarkan hampir semua komentar yang dihantar. Saya ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua pelawat yang saya terima semua komentar dan akan siarkan kesemuanya kecuali yang mengandungi bahasa kesat. Marilah kita sama-sama menjaga tatatertib di dalam blog ini.

Saya juga akan memberi maklum balas kepada isu-isu yang saya rasakan perlu dan meminta maaf kerana tidak mungkin akan dapat memberi jawapan kepada semua soalan yang ditujukan pada satu posting.

Berkenaan dengan penulisan saya yang sebelumnya, saya kurang faham akan teguran Alex Yap mengapa saya tidak sebut Tan Cheng Lock, pemimpin MCA dan pemimpin-pemimpin lain yang telah berjuang untuk kemerdekaan.

Saya bukan bincang berkenaan dengan perjuangan untuk kemerdekaan. Saya juga bukan bincang berkenaan dengan MCA ataupun Perikatan dan Barisan Nasional.

Saya bincang berkenaan UMNO dan pemimpinnya di waktu tertentu. Di waktu melawan Malayan Union, pemimpin tertinggi UMNO ialah Dato Onn Jaafar. Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin, V.T. Sambanthan bukan pemimpin UMNO.

Semasa perjuangan untuk kemerdekaan pemimpin UMNO ialah Tunku Abdul Rahman. Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T. Sambanthan bukan pemimpin UMNO. Demikian pembangunan Malaysia yang pesat berlaku semasa kepimpinan UMNO melibatkan tiga orang Presiden UMNO.

Jika saya bincang berkenaan Perikatan dan Barisan Nasional saya perlu sebut pemimpin-pemimpin Perikatan dan Barisan Nasional. Tetapi tumpuan saya terhad kepada UMNO dan pemimpinnya.

Demikian prestasi buruk UMNO pada 2008 perlu dipertanggungjawabkan ke atas pemimpin UMNO. Ia tidak boleh dipersalahkan kepada pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional. Jika saya bincang berkenaan prestasi buruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 maka barulah saya perlu sebut nama pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

Ada pendapat di kalangan pemimpin dan sebahagian ahli UMNO bahawa apa yang perlu dibuat sekarang ialah bersatu padu dan memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Masalahnya kekalahan UMNO disebabkan oleh Dato Seri Abdullah sendiri. Dia mendapat sokongan padu UMNO pada 2004. Sepatutnya sokongan ini ditunjuk dalam Pilihanraya Umum 2008. Tetapi dalam jangka masa 2004-2008, orang ramai dan ahli-ahli UMNO sendiri melihat keburukan Kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah seperti yang disebut di dalam blog saya dan mereka mahu Dato Seri Abdullah berhenti daripada menjadi Perdana Menteri.

Sekarang ini ramai yang secara terbuka menyatakan hasrat mereka untuk Dato Seri Abdullah meletak jawatan.

Bagaimanakah boleh ada pendapat bahawa Dato Seri Abdullah patut diperkuatkan melalui sokongan padu kepadanya sedangkan hasrat dan tujuan sebahagian ahli UMNO mengundi parti lawan ialah untuk menentukan Dato Seri Abdullah letak jawatan.

Ahli dan penyokong UMNO dan Barisan Nasional yang telah mengundi parti lawan hanya akan kembali kepada UMNO dan BN jika hasrat mereka tercapai – iaitu Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Jika hasrat mereka tidak tercapai besar kemungkinan mereka kekal sebagai penyokong parti lawan. Dengan itu penyokong dan ahli UMNO akan terus berkurangan dan UMNO serta Barisan Nasional akan terus lemah.

Inilah mesej sebenar dari Pilihanraya Umum ke-12. Jika kepimpinan UMNO masih tidak faham, masih “in denial” pemulihan UMNO dan BN tidak akan dapat dilaksanakan dan UMNO serta BN akan kalah lebih teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13. Akan tamatlah riwayat UMNO.

Kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia”. Tetapi apakah jenis Melayu yang tak hilang ini? Apakah yang tinggal ini Melayu yang dihina dan diperhambakan, Melayu yang meminta-minta daripada orang lain, Melayu yang tidak berkuasa di negara sendiri?

Sama-samalah kita renungkan.

233 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 233 of 233
Ban said...

Dear azhar85,

You quote, "Not only we lost our right in our country but we must compete with them in terms of everything. That the same as equality concept that some of the non-Malays want it the most."

You said we compete with them in terms of everything. Actually, I don't see a problem with that. It's actually a challenge that Malay really need because if there are no desire to compete, how could a county evolve and develop? We have talents in our country and most talents are Malay because as we all know, majority of citizen in this country is Malay. But there are alot of them being too laid back and wouldn't fight as hard for living. In chinese community, our parent always tell us, if you don't fight and compete, you'll fail. SO if those laid back people still not willing to fight and compete, how are we gonna improve this country?

Ever wonder why Lee Chong Wei is our Malaysia Badminton team No.1 now? Why Nicol David is world No.1? Why Vince Chong won Akademi Fantasia? Why our Malaysian created the Flash Drive(Thumbdrive)and succeed in Taiwan? Why Datuk Michelle Yeoh is a Hollywood star? Why so many bosses are Chinese?

Because we compete with everyone and with survival in mind, WE COMPETE WITH A BURNING DESIRE.

You said we can grow our country well this way. Well, you are "in denial" IMO. If our country is growing well, why would the current government falter? Why are there people suffering? Should we look for a change? Yes, but not changing ALL. Education seriously need a revamp, price of highway tolls as well and etc. We are heading toward Wawasan 2020. But what is Wawasan 2020 when we are still living in our own world that we thought, "This country is one of the most successful country in the world bla bla bla" WE ARE NOTHING except that we got 2 really tall towers but of course not the tallest anymore.

The government can actually make a diffrence but those politicians are living in their own world, being selfish and all.

So, again, I disagree with you,mate :)

hengyap said...

Tun,

Tun berkata pilihanraya yang baru baru selesai ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah jadi lemah.
Saya tidak berfikir bagitu.
Pendirian saya ialah orang Melayu telah menjadi lebih matang dalam alam politik dan juga pemikiran mereka. Mereka tidak akan menyokong parti parti yang terdiri dari kuam mereka sendiri.Mereka telah bolih nampak dengan lelih jauh. Iaitu mereka sudah mula ambilkira samada parti parti yang berkenaan mempunyai pemimpin yang berkualiti dan juga bebas dari unsur rasuah.
Pada pendapat saya keputusan pilihanraya yang baru baru ini membuka zaman baru kepada hadapan Malaysia.Malaysia sudah pasti akan menuju kearah yang lebih cerah.
Saya percaya dengan sinario yang baru ini,negara akan lebih demokratik dan semua lapisan rakyat tanpa kira kuam akan dapat menafaatnya.

ASHAR said...

Assalamualaikum Tun

dan semua pengemar blog Tun mahu yang menyokong dan mengkritik artikel Tun.

Sudah terang lagi di suluh..!!!

Apa lagi yang harus di tulis oleh pena Tun, saya pun tak faham dengan pemimpin UMNO kini.

Apakah Action Plan pemimpin UMNO terkini bagi short term dan long term planning bagi mengembalikan kEPERCAYAAN RAKYAT kepada UMNO? Ini amat penting sekali selaku UMNO itu tunggak kepada komponen BN.Dalam UMNO ya, untuk kepentingan Melayu khususnya tapi dalam BN merupakan tunggak kepada parti komponen di dalam BN.

Dan planning ini harus jelas dan sampai ke akar umbi dengan segera. Jangan bersikap diam(sombong dan angkoh) seolah ahli semua faham apa yang akan berlaku. Biar ahli menyuarakan pendapat mereka segara. Kerana kelambatan menyelesaikan masalah hangat kini akan mengakibatkan kelemahn dan kehancuran kepada UMNO. Kehancuran kepada UMNO bermaksud kehancuran kepada parti komponen BN. Tindakan segera harus di lakukan.

Apakah kita nak biarkan DSAI yang berkrompomi dengan US dan YAHUDI( musuh negara Islam) seperti yang di sebut dalam YOU TUBE.com memerintah Malaysia....terlalu risky- bahaya sekali,Nauzubilah.

Tapi bagaimana solusi kita...? Saya bukan ahlinya..?
Saya amat takut dengan perkembangan ini....

Disini lah orang berILMU...orang berPENGATAHUAN ...orang berVISION dan orang ..berPENDIRIAN tegas dalam buat keputusan diperluan.

Walaupun pahit yang perlu kita telan dulu...jom sama sama kita telan demi ugama,bangsa dan negara.
Saya tak percaya DSAI yang penuh dengan muslihat negativenya. Saya dah liat dan dengar Komen beliau di luar negara...tak boleh percaya..!!!

Kalau tak bersalah kenapa dipenjara. kalau di fitnah kenapa tak menegakkan kebenaran,kan di tuntut dalam Islam.

Saya amat terkejut bin hairan, DSAI memaafkan Tun, walau di fitnah Tun dulu....kalaulah benar DSAI,SYABAS..!!! DSAI sudah dapat mengawal nafsu Anda..!!

Tapi bagaimana pula agenda DSAI dgn funder dari luar seperti di sebut dalam internet...US dan YAHUDI,,? Kalaulah benar memang jijik lah personaliti DSAI ini. Komentar DSAI di TV indon kelmarin memeng menjijikkan...Pada mereka yang mengirikan Malaysia memang seronoklah mendengarnya...penuh dengan kepalsuan.

Tidak hairanlah kalau PKR oleh membeli wakil rakyat jika sudah di funding dari YAHUDI DAN US...

Saya amat berharap agar ada yang menyingkap akan kebenaran cerita DSAI ini....amat berbahaya sekali jika ini benar benar berlaku....

hanya pemimpin UMNO yang berani dan tegas dapat menyelasaikannya...SIAPA..?

Berbalik kepada Action plan UMNO tadi..? Segerakan lah...agar negara Malaysia tidak dijajah lagi. denagn penjajah mata wang, penjajah Yahudi dan Amerika melalui talibarut mereka di MAlaysia..?

Wahai rakyat Malaysia...cari lah kebenaran ini..!!!!!, JANGAN LAH KITA DI JAJAH LAGI...

SEMOGA TUN DAPAT MENCARI JALAN KELUARNYA....YOU ARE OUR HOPE TUN.

TERIMA KASIH TUN DGN BLOG YNG BERINFORMASI INI...

SALAM DARI PERANTAUAN.

_ashar 11.44pm

Azmany said...

(Better late than never)

There is a question "Bila Pak Lah letak jawatan, ada kah pengganti yang layak dan boleh menukar nasib UMNO?'

First of all, let's not look for a miracle-man. There's only one Dr M, only one Hussein Onn, Tun Razak and Tunku Abd Rahman.

This is a task that no one single person can do. Go back to the pre-independence days, when the desire to be independent is carried by everybody and everybody take part in the process.

This is the core of the UMNO disease. The rank-and-file no longer feel they are part of the decision making process. ex-Minister-Bow-Tie also was recently quoted "mereka anggapkan kami bagai tunggul kayu sahaja".

Tun has to admit that this is partially your fault : a strong leader over a period of time will bring that effect ~ history has proven it.

But we must look forward and I strongly believe that this approach is the best to win back the people's heart. (Yes, it will mean UMNO leaders will lose certain and privileges. Better lose some than have nothing at all, I'll say)

Sky said...

Yes Dr M is always right. If not Malaysia would be on the top of the mountain.

Unknown said...

Pak Lah must learn from history. It is better to leave with dignity than to be kicked out disgracefully.

It is common knowledge the two people behind him are KK - Khairi and Kamaludin. If Pak Lah leaves now, Khairi's political career will be eclipsed, and Kamaludin business empire will crumble. K&K will make sure Pak Lah remain as long possible. Pak Lah is a very 'obliging' man. He will do so to the detriment of his party and country.

He is also holding on to his post until DSAI becomes the PM and he becomes the Opposition Leader. Then Pak Lah will create history becoming the first UMNO Opposition Leader in Malaysia.

Both Pak Lah and DSAI are 'kamcheng'. When DSAI was on 'fast track' in UMNO Pak Lah willingly let DSAI overtake him in UMNO political heirachy. When DSAI went to 'rest' in prison, Pak Lah took over DSAI's post as Deputy PM. When Pak Lah became PM he also became 'care taker' PM for DSAI. Both DSAI and Pak Lah shared the 'A' in RAHMAN theory. They strongly believe in 'time-sharing' of the PM's post.

So now Pak Lah will cling on to power until DSAI become PM and Pak Lah will become the Opposition Leader.

Now UMNO must prevent this at all cost. First persuade him to resign.If he refuses then declare openly that he is no longer looked upon as a respected leader of UMNO. Being a man of good upbringing he will recognise the time to quit has come.

Only this way UMNO will be able to rectify the leadership crisis in the party. There are enough leaders in the party if Najib is not suitable. There is Ku Li, Mahyudin, Rais Yatim just to name a few.

TDM, thank you very much for your commitment towards the well-being of our nation. The nation wants to continue hearing from you so that we'll continue to be a great nation.

Fortress.

CICIT TOK KUDUNG said...

SALAM SEJAHTERA
Untuk Tun Dr M Yang Amat Dirhormati,

The UMNO Malays are suffering from serious self-deception that they totally have forgotten who they were before or who they are now!

I admire Tun concerns about the Malays even though he has retired from active politics since. This is indeed a true mark of a leader who always go beyond the call of duty when the situation is critical or beyond control.

"Takkan Melayu hilang di dunia" could be true if we look at the successes of overseas Malays who have migrated to other countries or who have resided in foreign countries since birth. There are many successful Malays overseas and these people do not want to come back to Malaysia as along as the political system is dominated by a bunch of Malay idiots who hold the majority at the expense of the few Malay intellectuals and technocrats such as Tun.

Syabas Tun and I hope you will continue to give your brilliant thoughts and wisdom to the Malays so that we can continue to uplift our self-esteem that slowly being eroded by the current regime.

Semoga dipanjang umur Tun yang amat dikasihi.

Salam.

zulamad said...

Assalamuailaikum Tun yang say hormati. Era Pembanguna Tun nyat membawa perubahan besar kepada negara tercinta. Banyak negara yang sebenarnya sangat cemburu akan pencapaian kita masa tersebut... teraju yang membawa adalah UMNO... pmpinan TUN...

Kini.... suasana sangat berbeza . Apa agenda pembangunan yang di tujui .... menangani krisis global entah bagaimana...harap dan doa tiada krisis bencana seperti Mynmmar.. Sya doakan Tun sihat walafiat dan teruskan lah perjuangan yang belum selesai.. Wassallam.

Kun Mali said...

State of denial will even kill the toughest party in the world!


Jangan menang sorak kampung tergadai wahai Melayu-Islam!

Mat Dargo Sombrono said...

Syabas kapada ahli-ahli UMNO yang mendesak Pak Lah letak jawatan dengan segera. Tidak payah lagi nak berselindung dengan "cakap beralas" seperti "peralihan kuasa lah"dan sebagainya. BE DIRECT AND LET PAK LAH HEAR IT LOUD AND CLEAR. Kalau tak dengar juga memang lah Pak Lah "pekak, buta dan bisu". Dia mesti paham dimana sahaja mesyuarat UMNO diadakan memang telah jelas dinyatakan Pak Lah mesti letak jawatan dengan segera untuk membolehkan pimpinan baru melaksanakan reformasi atau rebranding of UMNO yang sekarang ini telah outdated atau dah "sakit tenat" kerana kredibiliti dibawah pimpinan Pak Lah dianggap telah tidak menyerlah lagi. Dah GROUND ZERO CREDIBILITY !!
Rakyat dan grassroot UMNO tidak lagi mengharapkan sesuatu dari Pak Lah. Hanya satu sahaja yang Pak Lah patut buat. LETAK JAWATAN !! Pak Lah sudah menghancurkan kepercayaan rakyat dengan prestasinya yang sungguh lemah menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Ini memang telah terbukti dalam pilihan raya lepas. Itulah tanda tidak keberkesanan kepimpinan Pak Lah. Faktor FEEL GOOD dan MR CLEAN serta ISLAM HADHARInya telah memakan dirinya sendiri. Tambahan pula Pak Lah tidak ada initiatifnya sendiri untuk melahirkan idea-idea yang boleh memaparkan aktiviti ekonomi negara kearah yang boleh meningkatkan kehidupan rakyat jelata. PAK LAH TIDAK BERJAYA DAN TERUS AKAN GAGAL JIKA MASIH INGIN KEKALKAN JAWATANNYA. Akhirnya yang jadi mangsa ialah UMNO. Pak Lah tidak mungkin akan dapat selesaikan kelemahan UMNO kerana Pak Lah sendiri dalam kedudukan yang lemah longlai dan terombang ambing dan mungkin fikiran tidak fokus lagi. Confident levelnya sudah tidak berfungsi cergas. Dia akan gagal dan seterusnya gagal.
Apa harus rakyat terima lagi 5 tahun untuk Pak Lah mengkhayalkan dirinya sebagai Perdana Menteri. Cukuplah tu. Jangan habiskan wang rakyat untuk menanggung gaji dan segala kemudahan yang lumayan tapi hasilnya secebis saja. Mana ada moral !!
Adalah lebih baik Pak Lah fokuskan masanya untuk menyebarkan dakwahnya tentang konsep ISLAM HADHARI yang telah membuat orang Islam tidak faham langsung konsep yang Pak Lah cuba nak propagandakan . Sampai sekarang mungkin Pak Lah sendiri tak tahu apa konsep Islam Hadhari sebenarnya. Beliau ceduk idea orang lain tapi tak tahu ujung pangkalnya.
Please don't waste other peoples time by hanging on to your position. There is no way for you to revive UMNO to its respectable position. There is clear evidence that you don't have any more grassroot support. Face the reality , Pak Lah. Now UMNO members and the rakyat look upon you just like a “political clown” whenever you talk and appear on TV. They will just say " Apalah Pak Lah ni. Dah naik meluat aku tengok muka Pak Lah". That’s the true feeling of the rakyat and yet you still feel that you have support. I pity Pak Lahr for still in the state of denial. Sampai bila? Sampai UMNO lingkup!
Hishamuddin said "First, is the need for political will to change; second, a sense of urgency to institute the change, and third, the need to implement the transformation. Yes, to start the ball rolling the first thing of utmost importance is to get Pak Lah to resign immediately and then followed by other changes. That is priority. Remove the President. If the President is still sitting tight and expecting other things to change first then there will be no progress for changes to be implemented.I think that is what Hisham meant subtly to ask Pak Lah to resign now so that it will be easier to have changes without having to refer to a lame duck President to execute the changes.
The fact remains, Pak Lah has nothing to offer to turnaround UMNO into a vibrant party. He has made the party topsy turvy and yet he is still confident of trying to put UMNO in the right track. No, he just doesn't have the strong mental capacity to do anything to correct the situation. He is desperately trying to fall back at his hypocrite Ketua-Ketua Bahagian to salvage his dwindling support from UMNO grassroot and the rakyat.
Pak Lah kata UMNO kalah pasal kena sabotage. Kenapalah cetek pemikiran Presiden UMNO dan Perdana Menteri kita ini. Jangan lah nak cari helah yang tidak lojik. Pak Lah cuba hendak memperkecilkan kebijaksanaan pengundi-pengundi yang tidak memangkah BN. Jangan suruh orang lain cermin muka sendiri. Sepatutnya Pak Lah cermin muka dia juga. Janganlah nak salahkan rakyat tak mengundi BN, salahkanlah diri Pak Lah yang tidak pandai mentadbir negara hingga bukan sahaja ahli-ahli UMNO dah tak menghormatinya tapi rakyat pun dah tak ada sense of respect towards him anymore and yet he is still dreaming wanting to hold to his position.
Pak Lah kata beberapa kawasan yang sepatutnya UMNO menang telah disabotage. Kalau dah kalah terima sahajalah hakikat bahawa kekalahan UMNO adalah disebabkan kepimpinan UMNO dibawah pimpinan Pak Lah yang lemah, lembek, tak bermaya , haprak dan HP6. JANGANLAH NAK MENIDAKKAN KEBIJAKSANAAN PENGUNDI-PENGUNDI YANG TIDAK MEMANGKAH BN. Tomahan Pak Lah dengan sendirinya memperlihatkan bagaimana ceteknya akal seorang pemimpin UMNO yang tidak bermaruah. Akal yang tidak menonjolkan sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa.Sungguh memalukan melihat kebodohan Pak Lah. Kalau beginilah caranya Pak Lah memberikan jawapan atas kekalahan UMNO memang sahlah bahawa Pak Lah sepatutnya berundur diri. Pak Lah telah gagal untuk memberi alasan yang logical dan diterima oleh ahli-ahli UMNO yang lebeh bijak dari Pak Lah. Kesimpulannya Pak Lah tidak mempunyai modal untuk mempertahankan dirinya.
Pak Lah mesti sedar diri bahawa kepimpinannya sebagai Perdana Menteri bukan sahaja telah ditolak oleh orang Melayu dan UMNO, tapi orang Cina dan India dari MCA dan MIC. Pak Lah dan setengah menteri dan ahli Majlis Tertinggi masih lagi mimpi disiang hari cuba hendak mempertahankan kedudukan Pak Lah yang sudah tempang. Akhirnya nanti UMNO akan tersumbat dalam longkang termasuklah mereka semua juga akan terjerumus dalam longkang. Jika Ahli UMNO masih tidur lagi menyokong Pak Lah maka tanda-tanda UMNO akan kelongkang hampir nyata 5 tahun dari sekarang. Percayalah wahai ahli UMNO, jangan ikut Pak Lah yang dah terombang ambing tanpa pedoman kemana arah tuju dia nak bawa orang Melayu khasnya dan rakyat seluruhnya. Ahli UMNO janganlah terlampau sentimental terhadap pemimpin jika ia memudharatkan bangsanya sendiri. Jangan jadi BODOH SOMBONG. Anak cucu kita nanti akan sumpah kita kerana kebodohan kita! Allah Akbar !!!
Umno vice president Tan Sri Muhyiddin Yassin has called on party members to be brave in stating the truth and not to tell lies to make the leaders feel good.Tapi masalahnya sekarang Presiden UMNO Pak Lah yang feel good. Ahli-ahli UMNO dah lama tak feel good. Jadi Pak Lah patut berundur barulah betul-betul ahli-ahli UMNO dan rakyat feel good. Tak susah. Puncanya datangnya dari Pak Lah. Semua dah sedar. Yang masih tak sedar Pak Lah.
Pak Lah ini sungguh bebal. Beliau sangat mengharapkan untuk mendapat belas kasihan dari ahli-ahli UMNO. Zaman sekarang taktik "muka tempe" tidak boleh diamalkan lagi seperti pepatah melayu kata "HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG". Kalau maksud pepatah ini Pak Lah tak ambil kira, memanglah nyata bahawa beliau ini dah mabuk kuasa.
What Tun said is the whole truth. The UMNO Supreme Council members don't behave like idiot and must listen to a wise man. Nobody can deny your wisdom, Tun, being a senior statesman. You know the serious implication of UMNO going to the drain if Pak Lah is still at the helm. You are feeling the "pulse" of the UMNO grassroot and the general public that Pak Lah is no more capable of getting respect as a Prime Minister. If he is still adamant to hold on to his position by hoping to get blind support from the Supreme Council members then UMNO is certainly going six foot under. Make no mistake about it !! So a gentle reminder to Supreme Council members to be brave enough to reject Pak Lah or else all of you will go to”under” for sure!!
Pak Lah sebagai Presiden UMNO telah gagal dengan slogan "cemerlang, gemilang dan terbilangnya" yang di laung-laungkan selama ini. Slogan Pak Lah tidak ada ertinya, hanya sebagai propaganda murahan yang boleh dibandingkan dengan seorang penjual ubat di tepi jalan Masjid India. Begitu juga dengan Islam Hadhari yang diperkenalkannya seolah-olah sebagai satu mazhab baru untuk orang Islam tapi telah gagal untuk diterjemahkan pengertian sebenar Islam Hadhari kapada rakyat. Rupanya idea ini bukan datangnya dari fikirannya tapi diciplak. Koridor-koridor wilayah yang ditonjolkan sebagai satu usaha Pak Lah untuk mengembangkan pertumbuhan ekonomi adalah angan-angan Mat Jenin.Satu idea TIN KOSONG dimana Pak Lah sendiri meraba-raba tidak dapat memberi penjelasan yang konkrit kapada rakyat bagaimana usahanya itu dapat dipraktikkan dan direalisasikan.Rupanya Pak Lah ini hanya menumpang idea dari orang lain tapi beliau sendiri tidak dapat memahami dengan jelas apa yang beliau sampaikan itu seolah-olah macam BURUNG KAKAK TUA !!
Does Pak Lahr know why he is a failure? Simple. Because after taking over as a prime minister he was too excited and overjoyed as if he is suffering from cultural shock without realizing that he is actually A PRIME MINISTER BY DEFAULT. Just lucky. But in terms of his ability as a prime minister he ended up "GROUND ZERO" !! So, no matter how long he wants to stay as President of UMNO and Prime Minister , you won’t be able to shine.He lacks the aura, charisma and intelligence to continue being a Prime Minister.
Pak Lahr is just wasting his time expecting miracle to come to turnaround his fate . Whatever effort he tries to convince the rakyat and UMNO members will fail. He has been tested and the results were dissater for the party and he expect us to give him a second chance. NO WAY. Too little too late Pak Lah !!
Kalau Pak Lah diberi peluang menyertai reality show THE APPRENTICE, dah lama Donald Trump kata " Well , Pak Lah you are not up to the mark. YOU ARE FIRED!!
Pak Lah pernahkah dengar lagu Melayu yang sungguh popular dulu. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA NANTI DI BENCI ORANG !! Dengarlah selalu!!

amir hamzah said...

Saya Amir hamzah,
Demi Allah da rasulnya, saya melihat orang UMNO, Ahli UMNo, Pemimpin, Juak2 dan apa yang bersangkutan dengan UMNo. Kembalilah kejalan Allah yang diredhai. Berhenti bercakap pasal Melayu yang telah dirosak oleh pemimpin terdahulu dari apa jua, hak, bhasa,biasisswa, meritokrasi, kuasa raja dan kebebasab hukum syariat dan takut pada bayangan yahudi. sama je semua. kembalikan ulamak ditempat yang dituntut oleh Agama Islam. kita sibuk sangat membetulkan sesuatu yang dah rosak dari pemimpin terdahulu. Hanya jalan Akidah, syariat, makrifat,hakikat sahaja yang mampu memberi rahmat dan keredhaan Allah atas bumi Malaysia. Nikmat yang paling besar untuk Melayu Islam di M'sia hanya Keredhaan Allah menerima kita sebai Makhluk dan Umat Muhammad saw. samada anda siapa atau agama apa seklalipun yang membaca coretan ini, percayalah. Islam sahaja yang mampu mentadbir dunia ini dengan aman dan adil. percayalah hanya iman dan takwa mampu membentuk manusia dan semua pemimpin dunia ini menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah. mudah-mudahan kita beroleh rahamat dan menjadi orang yang masuk syurga tanpa hisab.

AnakBukit said...

I don't think it is so much being in denial but more the case of the top two and a few of their kuncu-kuncu protecting their self-interest.

Pak Lah, Najip, KJ etc are trying to find ways to run off without risks of being made to answer for their excesses to UMNO and possibly the govt or seeing whether things might change that will allow them to hang on to power.

If no concerted effort is made by UMNO members to prevent the above, then these guys will get away with it.

AnakBukit said...

fortress,

I agree with your posting except at the beginning where you said that Pak Lah should learn from history and leave with dignity.

He is not going to do so unless there is a ground swell from UMNO members to force him out.

The Malays now is facing their strongest challenge ever since Malaysia's independence to her dominant position. With Anuar blatant self interest and willingness to sell the Malay's best interest for his own best interest, disunity among the Malays, the challenge of the new mode of communication, a parliament that UMNO no longer dominate, current UMNO members will be responsible for all the gain made by the Malays due to the sacrifices of former UMNO members like Tun Razak, Tun Dr. Ismail, etc if they do not rise up and show some guts and quickly move forward to remove Pak Lah and Najip.

All is not loss or irreversible. The rise of Anwar and the audacious challenge by MIC, MCA, Gerakan to UMNO can be faced head-on if UMNO members act now.

When our backs are gainst the wall like this, I say it is time o put aside UMNO tradition on handover etc and act quickly.

melayusg said...

Salam..sedih melihat keadaan orang melayu di malaysia..di manakah pahlawan yang dapat menyatu padu,membangkit kan kaum melayu.Sedih,melihat melayu di kotak katik kan,di pandang rendah oleh bangsa lain.Di manakah pemimpin2 baik diatas atau bawahan yang dapat menyedarkan bangsa melayu,kalau begini keadaannya,5,10 tahun lagi melayu akan hilang suara,hilang kuasa,hilahg harga diri di negara sendiri.Pemimpin2 dengan hal mereka,agenda sendiri.Kuasa dan harta permainan mereka,negara dan bangsa cagaran mereka.

Liza Ismail said...

Assalamualaikum Tun,

Saya sokong penuh pendapat Tun.Dan disini izinkan saya menyatakan pendirian mahukan pemimpin2 kanan UMNO yg lain baik yg ahli biasa atau ahli MT,tolong tunjukkanlah tak baik pun sikit ke,rasa hormat kalian pd Tun.Kita kena hormatkan yg lebih tua,yg lebih berpengalaman.Saya rasa adalah lebih baik jika YAB PM kita kukuhkan lg hubungan lebih kuat dgn Tun.Barulah belia2 kita tgk dan hormat pd pimpinan sekarang ini.

azimal said...

Kepimpinan UMNO bukanlah dalam denial mode tetapi di ketakutan hilang pangkat dan kewangan,Pemimpin UMNO sekarang sibuk mengejar wangt untuk menampung perbelanjaaan penyokong penyokong dan diri sendiri,Tunjukkan kepada kita pemimpin yang dahulunya miskin tiada harta setelah menjadi pemimpin kaya raya,Jika melawan arus semuanya akan hilang>Inilah UMNO sekarang,Saya bukanlah ahli politik atau pembangkang tapi adalah pandangan rakyat biasa yang makin jemu dengan pemimpin UMNO atasan dan bawahan yang hanya bercakap isu isu melayu masa pilihanraya dan perhimpunan agong UMNO selebihnya sibuk melobi pangkat dan projek.INI adalah realiti yang pastinya semua akan menafikan,Selamatkan lah UMNO,

Permata Nilam said...

Assalamualaikum Tun, saya setuju dengan Tun. Sebenarnya saya sedih dengan keadaan di Malasia sekarang:(

KK said...

Dear Tun,
Actually at the first few post of yours is very very interesting, but recent post is more to Bahasa Melayu..
I think if u write in english,ur blog will be widely known internationally. And by the way, Tun, you are the handful minister that can speak a proper english, so show it!

BRYANFKJ said...

Dear Tun,

Cant understand why you make a drastic move to quit from Umno, as a respected Leader whom took the nation fly high through the 80s-90s, im quit dissapointed with your latest remark and action..

1) what happen to your Wawasan 2020? How come your still use the racial card on recently...just because to get back the support of te malays.. Let admit its..Malays doesnt lose anything..Only Umno WAS!!

2) By retreating and welcome others to join you to dissert from UMNO..are this a wise move..? it seems ( sorry for the bluntness) like a threatening attempt..

sorry to say that but the above are deep down from my heart..

Unknown said...

DAP lantik Lim Kit Siang jadi penasihat, Singapura lantik Lee Kuan Yew jadi penasihat, PKR ambik DSAI jadik penasihat, PAS tak pernah cuba burukkan atau jatuhkan Nik Aziz, KENAPA UMNO TAK BOLEH LANTIK DR MAHATHIR JADI PENASIHAT?? Mungkin kalau taknak Tun jadi penasihat pun tak mengapalah tapi tolong dengar atau fikirkan segala teguran yang diberikan. Semasa isu Proton tengah hangat dulu saya sangat tersentuh dengan kata2 Tun bahawa Tun ini adalah penasihat berbangsa melayu boleh nasihat aje tapi kalau penasihatnya adalah orang putih maka mesti ikut.KEPADA MEREKA YANG MASIH LEKA ANDA BOLEH MEMPERKECILKAN PEMIMPIN LAIN KERANA PENGARUHNYA AMAT KECIL TAPI TIDAK TUN KERANA PENGARUHNYA AMAT BESAR. Semasa era pemerintahannya, setiap rakyat tak kira bangsa, agama dari setiap peringkat umur jika ditanya siapakah IDOLA mereka, jawapannya adalah Dr Mahathir Mohamad bukan Sudirman atau Siti Norhaliza. Budak baru pandai bercakap pun dah reti sebut Dr Mahathir pada masa itu. Tetapi sekarang jika soalan yg sama ditanya jawapannya adalah Mawi.

ibn_illiyyas said...

Assalamualaikum...
Ybhg Tun,
"Takan Melayu Hilang Di dunia" satu kalimat keramat berkurun tetap utuh dalam jiwa melayu. bak kata pepatah tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. tapi kini ia semakin lapuk dimamah sikap segelintir 'pemimpin' melayu sendiri. teringat saya lagu warisan Biro Tatanegara. hari ini semakin jelas tergambar dengan sikap pemimpin melayu yang terlalu egoistik tak mahu dengar nasihat. Sepatutnya pemimpin2 UMNO mendengar nasihat TUn yang saya kira terlalu luas pengalaman dalam menggarap kejayaan Malaysia pada mata dunia, yang dapat mempertahankan relevannya UMNO pada bangsa melayu. Saya kagum dengan tindakan Tun kerana saya merasakan ia satu tindakan yang betul dan sepatutnya pemimpin UMNO dapat terjemahkan. Saya faham dengan perasaan Tun yang kecewa dengan kepimpinan UMNO sekarang dan setiap inci nasihat Tun selama ini ditolak mentah2. Pada keputusan PRU12 sepatutnya pemimpin UMNO dapat menterjemahkan mesej yang cuba disampaikan oleh Penyokong kuat UMNO. tak dinafikan disebabkan ada golongan 'Yes Men' dalam kepimpinan UMNO menyebabkan mulut mata dan telinga ahli UMNO tertutup. setiap mesej, bait bicara dan pandangan kami tidak mendapat perhatian bahkan ditolak mentah2. atas sebab kekecewaan ini maka dapat kita saksikan kekalahan teruk dalam sejarah pilihanraya negara ke-12. Mesej Mukhriz yang saya kira mewakili penyokong kuat UMNO ditolak bahkan diherdik oleh golongan fanatik Pemimpin UMNO ini. Sepanjang Tun Memegang tampuk kepimpinan segala isu besar sehinggakan pada tahun 1998, ekonomi negara yang merudum dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat, dengan isu anwar Ibrahim satu persatu dapat dileraikan dengan penuh bijaksana. tapi selepas berlakunya peralihan kuasa dapat kita saksikan era kehancuran UMNO. Sebagai anak seharusnya teguran dari Mentor seperti Tun didengar. saya percaya kebanyakan pemimpin UMNO setuju dengan Tun namun seperti yang saya kata seawal komen saya bahawa mata, telinga dan segala pandangan kami tertutup maka, sikap 'yes men' teraksa ditunjukkan semata-mata untuk menjaga periuk nasi. mudah2an atas apa yang berlaku ini dapat perhatian dan dapat diterjemahkan dengan bjaksana oleh pemimpin2 diperingkat pucuk pimpinan.
"HIDUP TUN MAHATHIR" "HIDUP CHEDET".....

Unknown said...

assalammualaikum tun,

Malaysia berasal dari malaya,
malaya berasal dari melayu,
tapi kalau melayu roboh dimana letaknya malaya atau malaysia Tun..saya berasa amat sedih dengan apa yang terjadi..

Anonymous said...

Saya tertarik untuk menjawab komen dari Christopher di atas dan juga mungkin menjawab slogan Malaysian Malaysia oleh DAP...
Dear Chris..
anda mempersoalkan kenapa dalam banyak borang permohonan ataupun dalam MyKad tertulis bangsa/race..dan anda sibuk mencanangkan Malaysia Malaysia dan hak istimewa melayu.Tapi anda tahu atau tidak atau sengaja tidak sedar bahawa the main culprit atau dalang sebenarnya polarization di malaysia ni adalah sebab ada SRJK(C) atau (T)..kenapa anda tak memperjuangkan penghapusan sekolah2 jenis tu...baru lah boleh dipanggail truely Malaysian Malaysia...
Orang melayu tak pernah sibuk atau sentuh langsung pasal SRJK(C) dan (T) ni so anda jangan sibuk nak persoalkan hak-hak melayu ataupun sibuk2 nak kata Malaysian Malaysia atau racial politician...
jangan sibuk nak hapuskan hak2 melayu tapi hak2 org cina dan india senyap je...kalau betul2 nak Malaysian Malaysia...kasi fair lah..ini berapa banyak non-malay malaysian yang tak reti cakap melayu/bahasa kebangsaan tapi sibuk nak cakap pasal malaysian Malaysia..!!!
Tapi yang paling sedih..ada jugak melayu yang jadi barua!!

pergi jahanam said...

maksud melayu takkan hilang didunia itu sebenarnya dimaksudkan kepada perangai orang melayu yg takkan hilang...tetap dgn perangai yg sama sampai bila bila....

ginger said...

Salam Tun
saya sedih dgn apa yang berlaku didlm UMNO sekarang. tiada satu pun pemimipin yg berwibawa sebalik nya mereka2 itu lah duri dalam daging yg sebenar2 nya.
Mereka masih tidak sedar betapa rakyat kini sentiasa memerhati mereka.Kalau mereka masih tidur dan hanya tau mengampu saya pasti parti UMNO akan berkubur tak lama lagi

Bintulu2007 said...

Dear TDM,

Yes no doubt UMNO has failed in its quest to uplift the main agenda that it was set up for but why in your speech in Johor ( as was reported by the MSM )you dragged in Hindraf issue as one of the items why Pak Lah has failed? You missed the big picture did't you. What HIndraf did was not to defame the Govt. but to highlight the lack of attention by MIC ( re. DS Samy ) of their plight. Have you seen them live?. Have you felt their pain?. I was from the estates and without fail every election they voted FOR YOU !!! and to say that their lives are pathetic is an understatement. Please put yourself in their shoes before making such sweeping statements to champion your cause to topple Pak Lah.

By the by, good to have you blogging.

aiyakblur83 said...

Tun,
i used to be very skeptical towards all the actions that u made during ur days.That is because of what had happened during 1998. Anyway, as I grew older i understand that U are a totally sharp and brilliant leader, Paklah does not even match 10% of ur ability. The rest might have become Pak Lah's and ur Yes man, but i sincerely doubt that u ever become any previous PM "Yes Man" U stand to what u believe, and being a genius u r, what u believe is usually the right thing to do . I salute you. I am not BN/Umno/Opposition pro but I see u , apart from other leader that I respect, U r my No. 1.

saiful hadi said...

Ybhg TUN
Saya ucapkan ribuan Terima kasih atas penjelasan yang TUN beri. Saya tidak menyangka yang mereka ini sanggup buat tun begini walhal mereka lebih teruk dari TUN. TUN tidak pernah mengutuk UMNO selain dari pemimpinnya. Tetapi mereka pada pilihanraya yang lalu menjadi ahli parti semangat 46 telah mengata berbagai-bagai. Saya rasa TUN pun tahu. Tapi kini bila diterima menjadi ahli UMNO semula, mereka pula hendak menjadi perwira melayu dalam UMNO dengan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat pada TUN. Saya rasa kecewa dan malu dengan mereka2 ni. Cerminlah diri dulu sebelum bercakap. Jika bau pekong tu belum hilang lagi bak kata orang minang (ontok-ontok, esok ditelanjang dek orang, mano nak tarok muko).
Saya amat hormati TUN, walaupun TUN nampak garang dan tegas tapi pada saya TUN seorang Tok Guru yang asli bukan macan Tok Guru Nik Aziz lidah bercabang.
TUN teruskan perjuangan, I always be with you.

Unknown said...

assalam..tun..
rasa banyak komen yg hendak di baca.. ape yg nak dikatakan disini cukup simple.. tiada siapa lg dalam umno yg dapat mengantikan tun sebagai PM.. walaupun saya bukan penyokong umno.. semua yg ada sekarang pemimpin wayang yg tak iklas n jujur.. kalau tun desak pak lah turun tp tak tau lah siapa yg nak naik..semuanye tak ade kredebeliti..malaysia makin ari makin hancur..ibarat kalau org berniaga bukan makin untung tapi makin nak mati..yg tersepit kami lah rakyat kelas pertengahan.. kais pagi makan tengahari..kais petang utk esok..selagi adenya hayat tun tolong lah fikir dan cakaplah kepada semua rakyat ape yg sepatutnye kite buat.. umno memeng sudah tak RELEVAN.. SEMUA PEMIMPINNYE PLASTIK.. TERIMA KASIH..SEMUGA ALLAH PANJANGKAN USIA TUN...

Gelombang Rakyat said...

Dear Tun Dr Mahathir Mohamad, let's put first point first. The point most pertinent for Malaysia and Malaysians right now, is Abdullah Ahmad Badawi as a leader and his leadership weaknesses. Therefore, the urges and demands made and on going that Abdullah Ahmad Badawi must step down from the Chair of UMNO President, Chairman of Barisan Nasional, and Prime Minister of Malaysia. How others and me too wish that we see the totality that you see, and wanting to know what you exactly know, and learning from your sense of Abdullah Ahmad Badawi, as a leader, and his shortcomings. At the moment we see that there are those who do not understand why your change then not to not supporting Abdullah Ahmad Badawi any more, and your continuous criticisms of Abdullah Ahmad Badawi. Then, you prefer to be out of UMNO because of Abdullah Ahmad Badawi still being there sitting on the Chair. In addition, Abdullah Ahmad Badawi seems not to know why he must step down. A few do not really see the goodness when Abdullah Ahmad Badawi steps down, and these register an early stage of being bored and fed up in relations to this urging and demanding. Others are defending and showing verbal support of Abdullah Ahmad Badawi, without realizing the implications of such a support. A quarter even mentioned, we love Tun Dr Mahathir Mohamad and we support Abdullah Ahmad Badawi. See the confusion? Suddenly, in the news today, there is one who sounded that any urging or demanding of Abdullah Ahmad Badawi stepping down must wait till after December 2008. The media again and again publishing reactions and responses based on each of its inclination. Some may miss the point. On the point of Abdullah Ahmad Badawi must step down, and must step down now, I have traced *the because* up to 15, and I have posted this at my blog, pertaining what he did not do before the Malaysian 12th General Election. I have not covered what he did to contribute to the outcome of the General Election. I shall also find out and post on what he did and did not do after the General Election for my next post. What I am doing is small, to help some visitors and readers to my blog, understand Abdullah Ahmad Badawi as a leader and his leadership, thus he must step down now. I have heard, the leadership by example bit, by you while you are in Japan. I sincerely hope, you shall post one solely on Abdullah Ahmad Badawi as a leader and his leadership, so much so, a growing number of Malaysians shall understand why he must step down from the Chair, and he must step down now. I prefer to hear from you especially, at your blog here, and as it is published, then more individuals can read and reread, and possibly we commenters can add. I thank you Tun Dr Mahathir Mohamad, in advanced.

amantubillah said...

Salam buat Tun sekeluarga

Rata-rata semuanya kecewa dengan politik Paklah, mehantunya serta kaki-kaki bodeknya, tapi apa yang boleh kami lakukan? Tunggu PRU13 lah kot?. Tunggu..............

La ni pembangkang dok tengah seronok sangat. Sebab apa......? Sebab orang UMNO yang macam kami ni yang bencikan Paklah, dah tentu ada yang akan undi mereka atau terus rosakkan kertas undi pada PRU 13 nanti. Ini yang sedang sibuk diperkatakan diluar sana....... Paklah tau ka ? Atau saja-saja buat tak tau.........?
Apalah punya PEMIMPIN PEMUSNAH........

Tun,

Rata-rata diluar sana berpendapat, hanya Tun sahaja yang boleh merancang untuk melakukan sesuatu bagi menyelamatkan keadaan sebelum terlambat. Saya yakin dan percaya, ramai lagi kat luar sana masih dan akan tetap bersama Tun.

Kami ni, tidok malam pun.... dah tak boleh nak lena.

Kalau PKR ada Wan Azizah dan Anuar Ibrahim sebagai penasihatnya. (Penasihat yang ada agendanya tersendiri.)

Kenapa Tidak ( DOT..DOT..DOT.. ) ada Dato Mukhriz dan TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD sebagai penasihat?
Hebat tu......Penasihat yang cukup BERPENGALAMAN.

Kat PKR, Anuar Ibrahim bawak rombongan keluarga masuk politik (Anuar Ibrahim,Wan Azizah, Anaknya dan sikit hari lagi mungkin menantunya pulak kot....),

Kat BN, Paklah dah bawa mehantunya.

Kat dot.dot.dot. pun boleh jugak. Depa kena tau.....kat dot.dot.dot. ada kelebihannya..... "PENGALAMAN"
Peduli apa dengan depa......

Dot.dot.dot pun tak pa, janji kita ajaq depa semasa PRU 13. InsyaAllah. Saya rasa ramai yang sependapat dengan saya. Dah muak dengan politik Paklah.

Depa tu tak paham Melayu kot?
Rakyat dah bagi warning pada PRU 12hari tu pun, dok buat dek lagi....
Tun suruh turun, depa marah. Dah pulak tu, kata macam-macam. Kacang dah lupa kulit.

Memang depa ni tak paham bahasa Melayu.

Kami akan tetap terus menyokong Tun.

Hidup Tun............
Hidup Dato Mukhriz.........
Hidup Malaysia............

Wasssalam

AMANTUBILLAH

handira said...

Hi Tun M,

"Takkan melayu hilang di dunia"

Adakah benarnya juga yg orang melayu ialah orang yang paling dengki di dunia dan ingin saling menjatuhkan sesama sendiri?

Seperti PKR dan Umno. Kedua2nya ialah kepimpinan orang melayu, tetapi saling berlawan dan bukan saling bersatu.

KENAPA TUN, ORANG MELAYU TIDAK BOLEH SALING BERSATU PADU DAN MENYOKONG SESAMA SENDIRI?

( Pl excuse my malay, i only study malay until darjah 6 but i speak very fluently in bahasa indonesia and english)

Kita boleh lihat orang cina biasa bersatu untuk berniaga sesama sendiri dan sebab itu ekonomi mereka kita perlukan.

Kita boleh lihat orang india bersatu walaupun bukan secara damai melalui hindraf, dan saya tarik balik statement saya untuk hindraf yg mereka demonstrasi secara aman apabila membaca surat mrk kpd PM British mencaci maki negara yg makmur ini dengan kata2 "ethnic cleansing".

Hanya di malaysia shj terdapat perbagai benda yg dimiliki orang2 india dan semua pr malaysia. tetapi mereka masih tidak berterima kasih juga. masih tetap melawan tangan yg telah menyuap mereka.
Di malaysia ada ditubuhkan sekolah india tapi mereka tidak tahu di england walaupun lebih byk org india di sana daripada di msia, tidak ada sama sekali sekolah kebangsaan jenis india dan di england mereka tidak boleh menubuhkan kuil mereka di merata-rata tempat seperti di malaysia, walaupun di tanah kerajaan yg bukan sesuai untuk menjadikan "place of worship".



sy faham kalau komentar sy kali ini tidak dapat di "approve" but this is my opinion and you can delete it TUN, it's your right to keep this blog neutral and clean.


I have never been a racist. I had always been colourblind to race, religion and opinions.

But with the current situation in regards of malay rights being questioned and other races wanting a piece of it, and their dirty ways of achieving it, im starting to see everyone in colour.

tq
happy

Nicole said...

Umno probably thinks that denial is a river in Egypt.

After voting UMNO for so many terms, my grandmother and her fellow kampung-mates have decided to cast their votes for the opposition instead, simply not because they support the opposition but because they are very disappointed with the current govt.

My grandmothrr lives in Sungai Lembing, which used to be fanous for tin mining before the mine got exhausted. They have a bridge there, which election after election the BN representatives have promised to repair. But after so mnay terms, the bridge was far from being fixed. When asked about their promise, they resonded by saying that the village folk never appealed to the govt. to get the bridge repaired. Sure anogh, DAP won the next eletion.

«Oldest ‹Older   201 – 233 of 233   Newer› Newest»