Friday, May 9, 2008

The Ex-Gratia Payment

The Malaysian Government of Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi recently decided to pay certain judges ex-Gratia Payments.

Clearly the Government felt contrite over what had happened to these judges many years ago, and felt a need to make amends, but not quite enough to apologise as was suggested by the de facto Minister of Justice, Dato Zaid Ibrahim.

In fact if newspaper reports are to be believed the Cabinet rejected the proposal by the new Law Minister. Nothing was decided about the ex-Gratia payment.

But a dinner was held by the Bar Council which rumours say was paid for by the Government during which the Prime Minister announced two things which must gladden the hearts of members of the Bar.

(Edisi Bahasa Melayu di bawah)

The announcement were;

1) A commission would appoint judges

2) Ex-Gratia payments would be paid to Tun Salleh Abbas and the six judges who tried to frustrate the work of the first tribunal.

I will not elaborate on the Tun Salleh case reserving this for the future. But in my blog, the question was asked whether the ex-Gratia payments constitute contempt of the Tribunal.

Not being a lawyer I cannot really say with certainty but I understand the rules and procedures which apply to the courts do not necessarily apply to the Tribunal. So they may not be in contempt.

But the fact remains that the payments imply that the Government does not quite agree with the decisions of the properly constituted Tribunals. Perhaps it is because the quality of mercy was not exercised. Perhaps it is because the judges suffered from financial losses because of the findings of the Tribunals.

I would like to clarify here, and I stand to be corrected of course, that on appeal by the Attorney-General, I agreed that all the judges be paid their full pensions.

Again if I am not mistaken Tun Salleh Abbas was entitled to and accordingly draws two pensions; one when he reached the age of fifty-five and another at the end of his term as Lord President following his dismissal.

It is possible that as a former State Councillor he also draws a pension.

The other judges were also paid their pensions and where they fulfilled the Malaysian pension scheme they too would receive two pensions.

Maybe I should mention here that I am not so fortunate since I was never paid any pension when I attained the age of 55. Instead I only received my pension when I stepped down in 2003, at the age of 78.

I mention this only for the purpose of comparison. I am not seeking any pension or ex-Gratia or whatever payment from the Government upon reaching the statutory age of 65.

It was reported in the newspapers today that as Petronas Adviser, I am paid RM15,000 a month, not by the Government but by Petronas. I would like to state that this income is taxable and a sum of RM4,500 is deducted monthly.

I also serve as Adviser for Proton, the Langkawi Island Development Authority (LADA) and the Tioman Island Development Authority. For these three entities, I do not receive any form of payment nor do I seek any. If it is felt that the Government can ill-afford the allowance I receive the Government can always stop paying. I will continue to serve even if I am paid nothing.

EDISI BAHASA MELAYU

Bayaran ex-Gratia

Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini mengambil keputusan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada beberapa orang hakim.

Jelas sekali kerajaan berasa bersalah terhadap apa yang berlaku kepada hakim-hakim ini dan merasakan perlu untuk menebus kesalahan itu, tetapi tidaklah sampai ke tahap meminta maaf seperti yang dicadangkan Menteri yang dipertanggungjawabkan ke atas hal-ehwal undang-undang Dato Zaid Ibrahim.

Jika laporan akhbar hendak dipercayai, Kabinet telah menolak cadangan Menteri Undang-Undang yang baru. Tiada keputusan yang debuat berkenaan bayaran ex-gratia.

Tetapi Majlis Peguam telah mengadakan satu acara makan malam yang menurut khabar angin, ianya dibiayai pihak Kerajaan, di mana Perdana Menteri telah mengumumkan dua perkara yang sudah tentu menggembirakan sebilangan ahli Majlis Peguam.

Pengumuman tersebut adalah;

1) Suruhanjaya untuk melantik hakim

2) Bayaran ex-Gratia kepada Tun Salleh Abbas dan enam hakim yang telah cuba menggagalkan tribunal yang pertama

Saya tidak akan huraikan kes Tun Salleh Abbas sehingga satu masa lain. Tetapi di dalam blog saya ini ada yang bertanyakan samada pembayaran ex-Gratia tersebut boleh dianggap sebagai menghina Tribunal.

Saya bukan peguam, jadi saya tidak boleh kata dengan muktamad samada ianya menghina atau tidak, tetapi saya juga faham bahawa undang-undang dan prosidur yang bersangkutan dengan mahkamah tidak semestinya boleh digunapakai oleh Tribunal. Jadi mungkin ianya tidak sampai ke tahap menghina.

Hakikatnya bayaran menunjukkan yang Kerajaan tidak begitu setuju dengan keputusan Tribunal, walaupun Tribunal tersebut ditubuhkan mengikut prosidur. Mungkin juga kerana faktor prihatin atau mungkin kerana hakim-hakim tersebut mengalami kerugian kewangan berikutan keputusan Tribunal.

Saya ingin nyatakan, dan jika saya bersalah maka saya perlu diperbetulkan, bahawa setelah mendengar rayuan Peguam Negara, saya bersetuju bahawa semua hakim-hakim tersebut dibayar pencen penuh.

Sekali lagi, jika tak silap saya, Tun Salleh Abbas berhak dan telahpun menerima dua pencen, satu setelah umurnya sampai ke tahap persaraan wajib (waktu itu) pada umur 55 dan satu lagi setelah tamat tempoh khidmatnya sebagai Ketua Hakim Negara setelah beliau dipecat.

Sebagai bekas Wakil rakyat juga beliau menerima pencen.

Hakim-hakim yang lain juga dibayar pencen mereka dan dimana mereka layak mengikut skim pencen Kerajaan Malaysia, mereka juga menerima dua pencen.

Mungkin saya patut sebut yang saya tidaklah bernasib baik seperti mereka kerana saya tidak mendapat pencen semasa mencapai umur 55 tahun. Sebaliknya, hanya menerima pencen setelah bersara pada tahun 2003 pada umur 78 tahun.

Saya sebutkan ini hanya sebagai perbandingan. Bukanlah saya hendak menuntut bayaran pencen, ex-Gratia ataupun apa jua bayaran daripada kerajaan bagi diri saya setelah mencapai tahap umur persaraan wajib pada 65-tahun.

Saya juga ingin menyebut bahawa di dalam laporan akhbar hari ini, sebagai penasihat Petronas saya dibayar RM15,000 sebulan, bukan oleh Kerajaan tetapi oleh Petronas. Saya ingin nyatakan yang pendapatan ini tidak seperti pencen, tidaklah bebas cukai dan sebanyak RM4,500 ditolak setiap bulan.

Sebagai Penasihat Proton, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) and dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman saya tidak mendapat apa-apa bayaran, dan saya pun tidak menuntut apa-apa bayaran. Jika dirasakan yang Kerajaan ini tidak mampu untuk membayar elaun tersebut, maka Kerajaan bolehlah menghentikan bayaran. Saya akan tetap berkhidmat walaupun tidak dibayar apa-apa.

255 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 255 of 255
Unknown said...

Salam Tun,

Jangan lupa siapkan Biografi/Memoir Tun!

manggis said...

Assalamualaikum Tun,
Sejak saya menemui blog Tun, saya dah macam 'addicted'pulak. sehari tanpa melayarinya, bagai tak sempurna hari-hari yang saya lalui.

Hari ini bila lihat berita tentang demonstrasi dan baca tulisan dalam blog Tun, sahlah, memang kerajaan lemah. Hari ini tanpa ragu-ragu saya sokong ISA dan perlu dipertahankan, untuk mengelakkan dari orang-orang 'gila'. Persetankan demokrasi ala barat yang terang-terang double standard. Biarlah demokrasi kita ikut acuan kita. Apa nak takut pada ISA?

Sahlah kerajaan lemah sebab tunduk dan akur pada pembangkang.

Sahlah kerajaan lemah sebab dikelilingi oleh pengampu dan 'opportunist'

Saya tumpang tanya, siapa Zahid Ibrahim sebenarnya ni? Dengar kabar dia ni ada hubungan keluarga dengan x judge TSA? Ada tak rakyat Malaysia boleh sahkan berita ni? Kalau betullah berita ni, sahlah ini satu lagi ???????????

RM15K untuk Tun. Saya pulak nak tanya ahli Parlimen PKR yang baru dapat kuasa ni, mana DSAI dapat duit sebegitu banyak nak beli YB2 Sabah, macam yang digembar gemburkan? bukan murah tau? Kalau calculator saya tak salah lebih RM300j tau. Kalau bagi rakyat miskin, atau beli undi,fulamak, mesti menanglah PRU13. Satu lagi saya nak tanya, dengar kabar Rahim Ghouse kaya raya duduk dalam buangan gara-gara DSAI jadi Menteri Kewangan dahulu? Betulkah dia ni kroni dan proksi DSAI? Tolong jawablah sebab dah pening saya nak cari jawapannya!

Satu lagi saya nak tanya, ada tak undang-undang yang boleh hukum tembak pengkhianat negara, sebab masa DSAI jadi MP dan TPM dia tentu ada angkat sumpah simpan rahsia kerajaan, tak percaya tanya itu Lim Kit Siang. Orang alim kena amanah tau! Jadi kalau sekarang dia bocor apa-apa rahsia kerajaan serupa dia khianat negara dia, serupa itu agen kgb ka @ CIA ka, kalau bocor rahsia sudah tentu kena tangkap silap-silap bang!. DSAI untung, sebab masuk UMNO jadi kaya, walaupun jadi pengkhianat, Saya lebih 30 tahun masuk UMNO x dapat apa-apa pun, minta tanah pertanian 2 ekar pun x lulus, tapi saya tak kecewa, tak khianati parti dan kerajaan, sebab saya dulu pun kakitangan kerajaan, pun ada angkat sumpah dan sampai sekarang saya masih taat simpan itu rahsia. Tak kaya tak apa, tapi tak khianat bangsa, agama,& negara, anak cucu tak kutuk. Ramai orang Melayu masuk UMNO , sudah jadi kaya, keluar parti, lepas tu cakap UMNO tak berul. Ini Melayu pun mau sokong?

Tun , u're the best and true UMNO leader, bukan bodek, yang betul kita cakap betullah. Macam kata Adlin pengktritik AF, salah yang kecik-kecik tu 'aku' naafkan. Saya nak jemput Tun atau Mukhriz datang kampung saya bicara soal kepimpinan dan masa hadapan negara, sebab Bahagin saya ni pun ada penyakit UMNO ( ampu, bisu, lesu, tipu) bagi sedikit kesedaran kat kampung-kampung ni, sebab yang tinggal UMNO ni dikampung-kampung dan felda-felda ja! sebelum dia tenat baik tolong pulihkan.

Sekian shingga berjumpa lagi! all the best untuk Tun.

tun teja said...

dr M
hhuhuhu.. tun sgt sayang sama dr M.
membesar dibawah kepimpinan dr M, adalah suatu yg membanggakan.

Gelombang Rakyat said...

Dear Tun Mahathir Mohamad, the fact remains, you are a true leader, who stand tall in Malaysia, and you are recognized worldwide as a World class leader. This statement of fact shall remain continuously. As a citizen earlier I prefer to see the next administration after your leadership paying the respect, honor, and what is due that you truly deserved. It is our culture and a noble practice internationally. Yet, during Abdullah Ahmad Badawi is the Prime Minister, I remember you were given and treated less. For example, we were not seeing you much on television, or hearing you much on radio, or reading your thoughts much in the media, or witnessing you appearing on many UMNO functions. As many missed you so much, we do get some access to your wisdom, through the Yayasan, and much later at Facebook, and now your own blog. Being at your stature, no one can do or say, "You've been erased!" So, please proceed doing what you do best. I am touched to see recently you and Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, spending precious moments with our Badminton boys and girls in Indonesia. The rotan bit is nice. Selamat Hari Ibu to your beloved spouse, yes, our Malaysian Mom. Jasamu berdua kepada bangsa, negara, dan dunia, tetap dikenang abadi selamanya. Please provide us more information from your point of view, so that we understand what has happened and why this happened, when you were sitting on the leadership Chair of Malaysia. Thank you so much ever more, Che Det!

Unknown said...

Salam,

Tun,

Saya ada banyak perkara untuk diperkatakan. Izinkan saya bermula dengan ucapan terima kasih kepada Tun kerana saya lahir, belajar dan membesar di semasa zaman Tun, sekali pun saya tidak pernah merasa susah untuk hidup hasil kebijaksaan dan kepimpinan Tun.

Generasi saya terhutang budi terhadap Tun dan DEB. Walau apapun yg dikatakan org, saya faham apa yg Tun lakukan adalah untuk survival bangsa Melayu termasuk dalam hal ehwal Tun Abbas dahulu. Org yg berfikiran pendek dan sempit jek tak faham apa yg Tun lakukan.

Berbanding sekarang, kerajaan dalam keadaan yg lemah. Org lain boleh memperkotak katik pemimpin dan bangsa Melayu. Jika Tun kembali dalam politik, saya percaya ramai akan memberikan sokongan padu untuk Tun. Bagaimanapun, saya juga faham jika Tun tidak dapat kembali ke dalam politik. Tetapi saya percaya, waris Tun akan meneruskan legacy yg Tun mulakan.

Teruskan perjuangan Tun untuk survival bangsa kita.

ps: Saya simpan paper cutting Tun menangis masa nak letak jawatan dulu.

Blogger Menulis said...

aku masih tak tahu kisah sebenar masa tun Abas di pecat sebab masa tu aku kecik lagi.. kalau ada rakaman video berita, boleh kot disiarkan semula?

Dr Chico the Great said...

I sincerely see no harm in getting paid by Petronas for a sum of
RM15,000. Many people would just love to be in your position. If they make noise about that, then I feel its all about envy.

What I feel is that the current government should take you in as advisor for the continuation of the Sg - Johor bridge project. Don't people know that with that bridge, ships can past thru and by pass singapore? This would eventually make our ports more profitable.... As our oil reserve reduce, We sincerely need to look at options to increase the country's income.

Dr. M, since you are a petronas and proton advisor, I would like to suggest to you to come up with alternative cars which runs on electric/ water/ hidrogen etc. Thru this way, proton will remain unique and petronas and continue exporting oil. The government should also look at options to make public transport better (like singapore) so that the rakyat will not be burden with oil increase. Instead of spending millions of ringgit on compensation of projects. They should focus on making public transport better and cheaper. Fyi, that is how the government can help the poor....

Azhar85 said...

Dear Tun,

i hate it when people talking trash about Tun. And this is my true opinion about Malaysia. Malaysia is getting weak and weaker day by day if UMNO is still lead by Pak Lah and his regime. I can imagine if Pak Lah still rules this country, It is not impossible someday or somehow Malaysian will loose not only 5 states, but 7 or more states to the opposition. I didn't want to say UMNO demise, because i also hate to think about that. But if Pak Lah still act like a citizen than a PM, not brave and think enough to make a decision. Then what the point? In your era Tun, are there people are brave enough to condemn Tun decision? No isn't it. Because they are afraid of Tun and think Tun are brave and have a strong wisdom to make a decision. Let said Karpal condemn Sultan in Tun era, what will happen to him, only God know. I'm sure Karpal know that, and that why in your era, he never do such a thing. Even DSAI got his reward. Pak Lah is supposed to be like Tun from the start if he want to gain a support from the citizen. But rice has change to a porridge. I'm sure Pak Lah will be lead by the citizen to find a way out in the UMNO president election this Disember 08.

NFH said...

Kesimpulannya ialah bayaran x-gratia kepada 'Tun Saleh and the gang' adalah RASUAH terang-terangan pihak kerajaan.

Siapa setuju?

cohong gym said...

Why must the government pay the judges? They were sacked according to the law.

mynakednews said...

Hi Tun,

I am not convinced Tun. Deep in your heart you know what you have done is not right to the country. You may have done many good for the country but you have done equal damages to the country too. You had all the opportunities in your hand for 20 years to amend things. You failed to do so. Thats the fact.

SpekMan said...

But Tun, divert a bit..what happen when at one time you accuse George Soros and few years later you shake hand. I would think the same will happen between you and Anwar Ibrahim.

Mengenai pencen, Tun Salleh Abbas adalah penjawat awam yang layak pencen, sedangkan Tun adalah seorang ahli politik yang layak mendapat pencen Y Berhormat.

Dont twist..

Anonymous said...

banyak2 kan berehat

cukup dah 22 tahaun tun memerintah

time tun mmg malaysia membangun tp xsekata

time tun juga rasuah, kronisme, nepotisme SANGAT SUBUR

biarlah umno gagal sebab tun yg pilih pak lah
biarlah sekali rakyat menerima pilihan tun
biarlah kali ini rakyat sendiri buat pilihan sendiri

Tukang Karut said...

Dear Tun,
One thing I learn from this internet is, complimentary are 90% from their heart. Unless somebody trying to flirt someone. And honesty had this shield when theres bad accusations or intention, it will protect the honest people and return those remarks to these bad people.
So my grandpa, you're a great leader and I believe great people dont exists so often. Else it will become normal. But any good things done by you never been out of our sight. We know who you are and why you doing this and that. Details are in your hand. Its an honour to be Malaysians with you and to understand how things are sometimes doesnt really fit the needs of many. But it benefited to all. Your charismatic is something that would make me a thief if its on display. Thank you Tun, grandpa and father. You thought about us a lot. Wish you great health and love.

nikcomel said...

Dear "Abah" Tun

RM15K pun diorang nak berkira! Masa jadi PM dulu, Abah Tun ada cakap gaji PM lagi rendah dr gaji CEO Petronas. CEO jaga Petronas jer, Abah Tun jaga satu Malaysia! Kalau nak ikutkan apa yg Abah Tun dapat tak berbaloi dgn contribution yg dah Abah Tun beri pada rakyat M'sia.
Betul En. Kamal cakap, sapa nak keje free? Sepatutnya pembangkang pun kena declare asset2 dan pendapatan yg mereka dapat. Apa nak takut kan? Berani kerana benar. Abah Tun dah buktikan, sila lah yg lain2 ikut pula..

Unknown said...

i sent you an email, i hope that you will read it.

regards,
Soroosh

YSLim said...

I log-in to see what the blog are you. Saddened indeed, nothing new seem to be the story.

And as to the comments, again nothing meaningful. Are we going back to your era that whatever were discussed or critized were 1 or 2 sentences utterance without full understanding of the word written?

First and foremost, I just wished that in your first blog, you should encourage your readers to read widely, with sense of perpective, critical thinking, open eyes and mind.

In this blog of yours "ex-gratia" payment the issue was "justice". Can we discuss on that?

So your salary from Petronas' issue is "justification". Where is the justification (derived from "justice") of your salary (consideration) for the work that you currently provided(advises) for Petronas. Can we discuss on that?

Bob said...

The Govt should praise Dato Zaid Ibrahim for the Tun Salleh & other judges case. Instead they say it's his personal statement. Then now the Govt gives back payment to the judges.

Funny??? Is Zaid Ibrahim from the Opposition?

manggis said...

Dearest Tun,
dont worry about the good or bad comment on u. Kalau dulu masa Tun jadi PM ada pak Kiai yang sanggup tempeleng KS kerana kurang ajar, sekarang ada orang yang sanggup mati kerana Tun. Kalau dulu ramai kaki bodek Tun, sekarang ada ramai orang yang sanggup tentang ini kaki-kaki ampu, wait till the next UMNO GA. Kalau nak terus memerintah, Pak Lah & kuncu-kuncunya focuslah on how to build this nation not how to beat Tun Mahatir. We all dah muak dgn prkara2 yg remeh & tak da class ni.

Precious_eye said...

Apalah sangat nilai 15K jika dibandingkan dengan apa yg Tun curahkan pada petronas sebagai Penasihat....saya pernah berada sana........pendapat saya (secara pribadi) memang kita masih memerlukan pandangan/nasihat/tunuk ajar Tun dalam menguatkan arah tuju perniagaan minyak dan gas kita supaya gagah bertahan untuk anak cucu kita di kemudian hari demi menjamin Malaysia kearah lebih harmoni dari segenap segi di zaman yang penuh dengan cabaran ini.

MasdianaRazak said...

Dear Tun,

Nothing much to say. Just that u've never failed to impress me,with your views and comments on anything!

Please do write more..

Mat Dargo Sombrono said...

Dear Tun,

Now I am begining to wonder whether the government's move to initiate the setting up of the Royal Commission to investigate the Lingham case was correct,corect,correct!!
My question now is how could the government agreed to the setting up of the comission to investigate the secret recording when by itself the recording is considered something immoral and illegal, with a clear intention to make use of it to blackmail the government. It seems to me this is rather strange indeed. So I can safely say that at the outset the commission could now be construed as investigating something of an illegal act without any credibility. If this is the case, should the governnmet makes it public the findings and whatever actions to be followed from the findings are considered as valid. Wallahu'alam !!

ぜるもう said...

Dearest Dato'Seri, In your years of Premiership, the rulers followed and understood their capacity as Constitutional Monarchs.

However, today they seem to have forgotten the meaning of a Constitutional Monarchy and i must say that this would destroy the essence of the seperation of powers and could bring about bad reprecussions.

What is the point in us Malaysians taking all the trouble to vote for a democratic government when everything can be interfered and blown out of proportion by the Rulers. We need the manner and form of your 23 years of governance to return. As the saying goes; "To many cooks, spoil the soup!". By the way, who is really leading Malaysia these days?

Y-ling said...

I didn't care what happened in Lingam's case. Just want to say I trust you and will always do. You are the best!

Cash said...

I am just curious, why start a blog now? Why not when you were in office, when you could do the necessary changes? Now we atre doing is descussing and nothing else. Can i get an honest response from you. If i dont hear from you i will assume that it is, for personal reasons rather then care for the country.

Anonymous said...

Salam Tun,

Saya sentiasa percaya bahawa Tun bekerja dengan tekun, jujur dan berjaya bukan kerana mahu mendapatkan sesuatu untuk keuntungan diri sendiri. Sudah tentu imbuhan perlu bagi setiap kerja yang kita sumbangkan sebab sebagai manusia Tun pun perlu menampung kehidupan. Tetapi soal imbuhan itu sudah pun tersedia di dalam sistem, dan saya fikir Tun tidak pernah tamak dengan apa yang disediakan. Saya bukan mengampu Tun, tetapi ini adalah pandangan dan perasaan saya sebab di luar sana ramai orang selalu berkata bahawa Tun makan rasuah dan mengumpul/menyembunyikan harta untuk kaum keluarga sendiri. Saya katakan kepada mereka jika Tun begitu banyak perangainya, mengapakah selepas bersara Tun masih lagi setia dengan negara ini, masih mahu bercakap, mengkritik walaupun itu akan mendedahkan diri Tun kepada kecaman. Kenapa Tun tak pindah saja ke Argentina yang katanya Tun ada ladang beribu-ribu ekar tu?

RM15,000 sebulan yang dibayar Petronas kepada Tun tolak cukai RM4,500 bukanlah banyak sangat. Ia ciput saja. Saya percaya Tun banyak menyumbang kepada pembangunan Petronas sejak dulu, sekarang dan akan datang. Pada awal 80-an Petronas hanyalah syarikat kecil dan untung dalam angka ribu saja. Dalam tempoh 20 tahun ia telah menjadi antara gergasi minyak dunia yang mempunyai nisbah keuntungan terbaik sedangkan Malaysia hanyalah negara kecil dengan simpanan minyak yang bukanlah banyak sangat. Kredit memang patut diberikan kepada pihak pengurusan Petronas atas kemampuan mereka mengurus dan mengembangkan syarikat milik negara itu dengan begitu elok, tetapi di sebalik kerja yang mereka capai sudah tentulah kepimpinan negara, khususnya Tun yang bijak mencari, merintis, mencipta peluang untuk mereka lebih dikenali di arena antarabangsa harus juga diberi kredit. Misalnya, tanpa Tun kita belum tentu memiliki litar Formula 1 yang begitu berkesan dalam bukan saja memperkenalkan Malaysia, bahkan Petronas di mata dunia.

Zr Rembau said...

Dear Tun, Assalamualaikum. Syukur kehadrat Allah, di atas rezeki usia yang dikurniakan kepada Tun. Cuma nak tanya, sudahkan Tun mengerjakan Haji? Bolehkan ceritakan pengalaman.

Tun hanya dibayar hanya 15000 seribu oleh Petronas, berapakah jumlah zakat yang wajib Tun keluarkan?

Di surau manakah Tun mengerjakan solat 5 waktu? Teringin untuk berada di masjid yang sama dengan Tun.

Adakah Tun mempuyai kaitan, dengan syarikat seperti kencana petroleum, misc, pantai medical? Hanya ingin tahu, adakah sumber kewangan lain selain dari yang tersebut. Sekadar mengigati diri sendiri, takut terlupa bersyukur dengan nikmat usia dan rezeki, yang dikurnia Allah.

Saya pohon ampun sekira Tun terbaca komen ini, anggaplah hanya peringatan dari hamba Allah yang sama lemah dan berdosa.

Anonymous said...

Salam Tun,

Mengenai pemberian ex-gratia kepada bekas hakim-hakim yang dipecat pula, saya melihatnya sebagai tidak logik. Apatah lagi pemecatan itu telah dilakukan mengikut prosidur dan pencen-pencen mereka pula telah dibayar. Kalau nak melayan semua orang yang tak berpuashati, semua orang tak puashati. Pengedar dadah, perompak, pembunuh pun tak puashati bila ditangkap dan dihukum walaupun pada dasarnya mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan. Hanya kerana mereka (para bekas hakim itu) berada dalam kedudukan yang memungkinkan mereka merungut di tahap tertinggi, kerajaan tidak sepatutnya melayan kerenah orang-orang seperti ini. Jika kerajaan sendiri tidak percaya atau teguh dengan institusi dan infrastruktur yang mereka uruskan sendiri, macam mana rakyat nak yakin dengan mereka?

Isu pemecatan hakim ini tidak sedikit pun menjadi kudis kepada majoriti rakyat negara ini. Dan sekarang di sebalik kerajaan yang nampak begitu sibuk mahu memperbaiki sistem kehakiman, rakyat pula yang menjadi semakin tidak percaya kepada sistem kehakiman yang kononnya sedang diperbaiki itu.

penyo said...

Support Tun!!!!!!
Memang disaster lah kalau Anwor Ebroheeem tu jadi PM. Selepas saya tgk video DSAI menari dengan GRO di youtube hari tu, dan video DSAI menolak Islamic State hari tu, memang menunjukkan yg DSAI tu memang cakap putar alam.

older genaration said...

Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir,

I was a first year student in varsity when I first met you. I admire you since then. My admiration grew when you became the 4th. PM of Malaysia. You have done so very much for Malaysia and Malaysians. You worked very hard despite all the odds and obstacles you faced.

I believe that, although the oppositon leaders have had to give negative remarks on whatever you tried to do (because this was what they think they ought to do ... "oppositions must oppose".....but deep in their hearts, they admired you. They admired they way you managed the country. They admired your guts when facing the world at large.

Dear Tun, you are a really good COUNTRY MANAGER AND LEADER.

Sadly, when you passed the baton to your successor, many of the previous UMNO leaders who "never say no to whatever you said" when you were PM, became unhappy and attacked you like bees and hornets whenever you made comments publicly on the present leadership. These are real "LALANG". Lalang moves with the wind, no matter what !!!!

Dear Tun,

As a person who admire your management and leadership style, I keep pace with what happens with you. For the past 3 years you have been very vocal and critical on the present leadership, particularly the present PM. Sometimes I feel that certain issues shouldn't have been brought in the open.

Nevertheless, I wonder if I am in your position. I could have done likewise too.

Now I know that WHAT YOU DID was because of your LOVE for Malaysia which you have led for over 2 decades.

ONE WILL SURELY FEEL THE PAIN TO SEE PEOPLE PULLING DOWN TREES THAT ONE HAVE PLANTED. IT IS MORE PAINFUL IF THE SAME PEOPLE WERE THE ONES SUPPORTING THE PLANTING THOSE TREES .....

rockengi said...

Dear Tun M

i have to say i totally agree with what dr have shout out on this article, but i wish to know what sir would think of Malaysia will be in 2020 as you may have quite a vision about it. Do you think the opposition is doing a good job to take over the entire governing system in case the federal goverment steps down or lose in the next election? my mind language sir as im not good in writting.

hope to hear from you

anaksalimin said...

Alangkah baiknya PM sekarang macam PM sebelumnya

Unknown said...

Rm 15 k tu masa la ni. Masa memerintah dahulu, Tun dapat berapa? Boleh story kat sini sat, kami rakyat Malaysia nak dengaq

Anonymous said...

salam Tun

Saya cume nak nyatakan pandangan sedikit, apa yang dapat kita lihat. Ramai di kalangan pemimpin pembangkang adalah di kalangan mereka yang pernah tewas dan merajuk dari umno atau disingkirkan kerana masalah yang berpunca dari mereka.
Soalan saya, adakah Tun rasa mereka ini golongan yang memperjuangkan nasib rakyat ataupun sekadar mahu membalas dendam dan sekaligus mengambil peluang berkuasa setelah kalah dalam UMNO dulu?
Saya takut jika hal ini benar dan mereka berkuasa, rakyat akan terus menderita kerana mereka ini adalah golongan yang "direject" dari UMNO oleh kepimpinan terdahulu dan melibatkan diri dalam politik untuk dapat peluang berkuasa dan mempunyai kepentingan sendiri.

Hidup Mahathir!
Hidup Melayu!
Hidup Malaysia!

Wassalam

AURA JIHAD said...

Isu penubuhan suruhanjaya untuk melantik hakim mula dicetuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini yang berharap pelantikan pengganti Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad yang akan tamat tempohnya Oktober ini dilakukan melalui sebuah suruhanjaya. Beliau berkata, langkah tersebut amat mustahak untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman negara apabila pelantikan hakim dapat dilakukan melalui satu proses yang lebih telus, ketat dan meyakinkan. Katanya, ini kerana apabila adanya suruhanjaya, seseorang calon itu akan dikaji dan disiasat kebolehan, rekod serta moralnya oleh suruhanjaya yang dianggotai wakil daripada pelbagai bidang yang terlibat dalam undang-undang. “Dalam tempoh masa agak singkat ini, saya akan berusaha keras supaya suruhanjaya dapat ditubuhkan bermula dengan pelantikan Ketua Hakim Negara sebelum diikuti dengan yang lain-lain” , katanya [UM 30/03/08]. Semasa berucap pada makan malam Majlis Peguam Malaysia beberapa hari lepas, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon-calon hakim kepada Perdana Menteri. Beliau berkata, suruhanjaya tersebut akan membantu menilai dan menapis calon-calon secara sistematik dan berwibawa berasaskan kepada kriteria yang ditakrifkan dengan jelas. Semakan itu juga perlu memandangkan wujudnya permintaan dan keperluan mendesak untuk meletakkan jawatan kehakiman pada tangga yang sepatutnya bagi memastikan ia mampu menarik serta mengekalkan bakat yang terbaik, tegas Abdullah [UM18/04/08].

Dalam majlis tersebut, Abdullah juga bersetuju membuat bayaran ex-gratia sebagai penghargaan kepada enam hakim yang terbabit dalam krisis badan kehakiman pada 1988. Beliau menjelaskan bahawa bayaran ex-gratia itu akan diberikan kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung, Datuk George Seah dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lalu. Bayaran ex-gratia itu juga katanya, akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh. “Kerajaan mahu mengiktiraf sumbangan enam hakim ini kepada negara, komitmen mereka menegakkan keadilan dan mengakui penderitaan serta kesengsaraan yang mereka lalui. Walaupun pengiktirafan ini terlewat 20 tahun, ia dibuat dengan penuh harapan bahawa kesengsaraan dan kehilangan itu masih boleh sembuh”. Abdullah berkata, beliau tidak mengandaikan bayaran yang diberikan kerajaan itu setimpal dengan sumbangan para hakim tersebut tetapi berharap ia diterima sebagai tanda membetulkan kesilapan yang berlaku. “Proses untuk membawa perubahan ini akan bermula sekarang dan saya memberi jaminan kepada anda semua di sini hari ini, bahawa rundingan mengenai fungsi dan struktur suruhanjaya itu akan membabitkan pihak berkepentingan yang utama. Semua pihak akan mempunyai peluang untuk menyediakan input mereka kepada kerajaan" , jelasnya [UM18/04/08].

Dalam responsnya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan rangka tindakan Suruhanjaya Pelantikan kehakiman akan dikaji daripada segenap aspek supaya pelaksanaannya kelak benar-benar menepati fungsinya untuk mengenal pasti calon hakim yang berwibawa dan berintegriti tinggi. Beliau yang gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya cadangan tersebut dilaksanakan [UM 19/04/08]. Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menyambut baik langkah kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon-calon hakim kepada Perdana Menteri. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu wajar berikutan badan kehakiman negara sejak kebelakangan ini berhadapan dengan pelbagai masalah. Menurut beliau, masalah itu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi perundangan negara. ''Jika kerajaan melakukan sesuatu yang baik, kami sebagai pembangkang sentiasa menyokong langkah-langkah itu” , ujar Anwar [UM 19/04/08].

Sekilas Fakta Krisis Kehakiman 1988

Antara isu utama yang menjadi ‘penghubung’ kepada cadangan penubuhan suruhanjaya pelantikan hakim ini adalah isu yang pernah menggemparkan tanah air yang berlaku pada tahun 1987 dan 1988. 1987 menjadi sejarah hitam bagi UMNO apabila terjadi pertandingan jawatan presiden UMNO antara Dr. Mahathir (penyandang) dan Tengku Razaleigh (pencabar). Dr. Mahathir mencapai kemenangan tipis dengan 761 undi berbanding 718 undi untuk Razaleigh (majoriti 43 undi). Penyokong-penyokong Razaleigh (yang dikenali sebagai ‘UMNO 11’) mengemukakan tuntutan di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah bagi mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah, seterusnya dapat diadakan pemilihan yang baru. Mereka mendakwa bahawa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu, tidak layak mengundi. Selepas beberapa siri perbicaraan, Hakim Harun Hashim telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966. Perpecahan besar UMNO ‘secara rasminya’ bermula selepas keputusan ini di mana Dr. Mahathir telah mengumumkan penubuhan ‘UMNO Baru’, menggantikan ‘UMNO lama’ yang telah diharamkan, manakala Tengku Razaleigh pula telah menubuhkan parti baru yang diberi nama ‘Semangat 46’.

Menurut salah seorang ahli ‘UMNO 11’, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan pemilihan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan. Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr. Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti. Menurut Datuk George Seah, Tun Salleh Abas ketika itu sudah pun membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988. Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Pendaftar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988. [http://ms.wikipedia.org/wiki/UMNO_11]

Tun Salleh Abas kemudian dihadapkan ke tribunal yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir, atas tuduhan salah laku kerana sepucuk surat aduannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Tun Salleh Abas telah mengambil tindakan guaman dalam Mahkamah Tinggi untuk mencabar Tribunal tetapi telah ditolak. Bagaimanapun, lima orang hakim Mahkamah Agung iaitu Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Seah kemudiannya bersidang dan mengumumkan bahawa Tribunal itu tidak sah dari segi perlembagaan. Sebagai tindak-balas, kerajaan telah menggantung perkhidmatan kelima-lima hakim tersebut dan tribunal kemudiannya memutuskan Tun Salleh Abas dan dua daripada lima hakim tersebut bersalah iaitu Tan Sri George Seah dan Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh. Ketiga-tiga mereka kemudiannya dipecat.

Autoriti Melantik Hakim

Dalam sistem sekarang yang merupakan hasil rekaan Lord Reid, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja [Perkara 122B (1) Perlembagaan]. Dan sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang hakim, selain Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara [Perkara 122B (2)]. Inilah kedudukan sekarang berhubung pelantikan hakim-hakim. Sebelum kalah teruk dalam pilihan raya baru-baru ini, terdapat satu kes yang menggugat badan kehakiman yang didedahkan oleh pembangkang iaitu kes VK Lingam. Bermula dari sini, institusi kehakiman yang sudah sedia retak menjadi bertambah parah. Semua pihak tampil dan mula mempertikaikan kewibawaan hakim dan sistem kehakiman yang ada. Sebelum itu pun, badan kehakiman telah lama dicemari dengan skandal rasuah, penyelewengan kuasa, tiada kredibiliti, jawatan tertinggi yang sering dirujuk sebagai ‘jawatan politik’ dan pelbagai kerosakan lainnya. Namun, oleh sebab pembesar politik dari kalangan eksekutif senantiasa masuk campur dalam urusan ini, maka tidak ramai yang berani bersuara dan kebanyakan skandal (jika berlaku) selalunya dapat ‘ditutup’ dengan baik. Namun, pendirian kerajaan berhubung pelantikan hakim-hakim ini terpaksa ‘direformasi’ setelah mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya lepas, dengan mencadangkan proses pelantikan hakim diubah, untuk memulih imej badan tersebut.

Hakim atau peguam yang menjadi pengamal undang-undang sekarang adalah terdiri mereka yang mendapat pendidikan sekular. Jika ada yang mendapat pendidikan Islam sekalipun, mereka tetap belajar ‘undang-undang Islam Malaysia’, bukannya undang-undang Islam yang sebenar. Contoh yang mudah adalah jika mereka belajar bab hukuman bagi pencuri, mereka akan belajar bahawa hukumannya adalah penjara (undang-undang Malaysia) dan bukannya potong tangan. Begitu juga jika mereka belajar bab hukuman bagi penzina, mereka akan diajar bahawa hukuman maksimum adalah 3 tahun penjara, RM5000 denda atau 6 kali sebatan (undang-undang ‘Islam’ Malaysia), bukannya 100 kali sebatan (undang-undang Islam sebenar). Pendek kata, mereka belajar untuk mengamalkan hukum (undang-undang) yang dibuat oleh manusia, bukannya untuk mengamalkan undang-undang yang diturunkan oleh Allah. Hakim atau peguam yang ada sekarang sudah sebati dengan undang-undang kufur-sekular yang ada dan mereka biasanya tidak dapat berfikir luar dari tempurung pemikiran yang telah dibentuk oleh penjajah. Pemikiran mereka hanya sebatas mengamalkan undang-undang kufur yang telah ditinggalkan oleh kuffar penjajah. Begitu jugalah halnya berkenaan undang-undang pelantikan hakim. Baik hakim, peguam, ahli politik mahupun ulama yang ada, mereka langsung tidak dapat dan tidak mahu berfikir di luar kotak (out of the box) bahawa di luar sana terdapat satu undang-undang ciptaan Allah yang wajib kita amalkan dan kita wajib menggantikan undang-undang kufur tinggalan penjajah ini dengan undang-undang yang datangnya dari Allah.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib sedar bahawa sesungguhnya sistem kehakiman yang ada sekarang adalah sistem kufur. Ia adalah sistem yang diwarisi dari British dan ia bertentangan seratus lapan puluh darjah dengan Islam. Sistem kehakiman kufur yang diamalkan di Malaysia sejak ratusan tahun lamanya ini sewajarnyalah mempunyai 1001 jenis keburukan dan kejahatan di dalamnya. Sebagai seorang Muslim juga, kita wajib sedar bahawa dalam sistem pemerintahan Islam, seorang hakim itu dilantik oleh ketua negara, yakni Khalifah. Semasa pemerintahannya, Rasulullah merupakan seorang Ketua Negara yang memikul secara langsung urusan kehakiman dan baginda juga melantik orang lain sebagai hakim. Selain dirinya sendiri yang merupakan seorang hakim/qadhi, Rasulullah juga pernah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai qadhi di Yaman. Rasulullah juga melantik Muaz bin Jabal sebagai qadhi di daerah Janad dan juga Yaman. Rasulullah juga pernah melantik Amr bin al-Ash untuk mengurusi urusan kehakiman. Terdapat banyak sekali dalil yang menunjukkan bahawa semua pelantikan hakim ini dijalankan oleh Rasulullah sebagai Ketua Negara. Perbuatan baginda ini menunjukkan bahawa ‘hak dan kuasa’ untuk melantik hakim berada di tangan Ketua Negara, tidak pada yang lain. Tidak ada apa yang dinamakan sebagai ‘badan bebas’ (seperti suruhanjaya atau seumpamanya) yang berkuasa atau yang diberi kuasa untuk melantik hakim/qadhi.

Begitu jugalah apa yang diteruskan oleh Khulafa’ Rasyidin di mana mereka (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali) yang memikul secara langsung urusan kehakiman dan dalam masa yang sama melantik hakim-hakim di beberapa wilayah Islam yang lain. Di dalam Islam terdapat 3 jenis hakim/qadhi yang kesemuanya wajib dilantik oleh Ketua Negara iaitu Qadhi al-Muhtasib, Qadhi al-Khusumat dan Qadhi Mazhalim. Tidak ditemukan langsung khilaf di kalangan mazhab bahawa kuasa pelantikan qadhi berada di tangan orang lain. Mereka sepakat bahawa hanya di tangan Khalifahlah terletaknya ‘kuasa’ untuk melantik semua qadhi. Justeru, apakah kita sebagai Muslim boleh bersetuju dengan adanya sebuah ‘badan bebas’ untuk melantik hakim-hakim, walhal perkara ini jelas-jelas bercanggah dengan apa yang diajar oleh Rasulullah kepada kita dan berbeza sama sekali dari apa yang ditunjukkan oleh Khulafa’ Rasyidun dan pendapat para ulama?

Selain pelantikan, Islam juga pastinya turut merangkumi hukum berkenaan pemecatan hakim. Di dalam Islam, Qadhi Mazalim adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan sebarang bentuk persengketaan antara rakyat dan pemerintah. Qadhi Mazhalim adalah orang yang bertanggungjawab menghilangkan segala bentuk kezaliman pemerintah ke atas rakyatnya. Dengan kata lain, Qadhi Mazhalim berkuasa untuk memecat Khalifah dan mana-mana pegawai negara yang melakukan kezaliman. Dalam pada itu, sebagaimana yang telah dijelaskan, kuasa melantik qadhi/hakim, termasuklah Qadhi Mazhalim adalah terletak pada Khalifah dan seiring dengan kuasa melantik ini, Khalifah juga adalah orang yang berkuasa untuk memecat mana-mana hakim yang telah dilantiknya. Walaupun Khalifah berkuasa memecat Qadhi Mazhalim, akan tetapi terdapat satu keadaan di mana haram bagi Khalifah melakukan pemecatan tersebut. Keadaan ini berlaku di dalam situasi di mana apabila terdapat kes yang diajukan berhubung kezaliman yang dilakukan oleh Khalifah atau para wazir (pembantu Khalifah) atau oleh Qadhi Qudhat (Ketua Qadhi – yang diberi kuasa oleh Khalifah melantik dan memecat Qadhi Mazhalim), maksudnya di dalam keadaan di mana Khalifah (atau wazir atau Qadhi Qudhat) sedang dibicarakan kerana suatu kezaliman, maka Khalifah (atau Qadhi Qudhat) tidak boleh memecat Qadhi Mazhalim yang sedang membicarakan kes tersebut.

Dalam keadaan ini, kaedah syara’ al-wasilah ilal haram haram (sarana yang menghantarkan kepada yang haram adalah haram) adalah terpakai. Ini adalah kerana, Qadhi Mazhalim tersebut sedang menjalankan suatu yang wajib dilakukannya, di mana adalah haram bagi Khalifah ‘menghalangnya’ dari menyempurnakan kewajipan tersebut. Jadi, jika Khalifah memecatnya di kala ini, maka hukumnya adalah haram berdasarkan kaedah tersebut. Inilah keindahan dan kesempurnaan Islam di dalam menyelesaikan masalah di mana jika hukum Allah ini diterapkan dalam pemerintahan, maka pasti krisis kehakiman sebagaimana yang wujud pada tahun 1988 dahulu dapat diselesaikan dengan baik.

Cara Lantik Berubah, Undang-Undang Tetap Kufur

Suruhanjaya untuk melantik hakim ini dikatakan telah lama dicadangkan, lebih dari 10 tahun yang lalu. Mengikut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Mohd. Ismail, antara tokoh yang tidak pernah berhenti memperjuangkan penubuhan suruhanjaya, biarpun pelbagai alasan diajukan kepada beliau oleh mereka yang menyanggah cadangan tersebut, bagi beliau, institusi kehakiman tidak boleh menunggu lebih lama untuk memulihkan imejnya serta meningkatkan integriti para hakimnya dan kesemuanya itu boleh dilaksanakan menerusi penubuhan sebuah suruhanjaya. Katanya lagi, “..selepas merdeka, prosedur kita mencontohi amalan di Britain..” . Pendapat yang hampir sama dikemukakan oleh Peguam Amer Hamzah Arshad yang berkata, Majlis Peguam sentiasa melobi penubuhan suruhanjaya seumpama itu kerana pelantikan hakim adalah satu perkara yang penting untuk hanya diputuskan oleh individu tertentu sahaja. “Suruhanjaya ini menjadikan proses pelantikan hakim lebih telus dan membabitkan calon yang lebih layak serta kurang kontroversi” , katanya [UM 31/03/08].

Dalam pada ramai pihak, termasuklah pembangkang yang menyambut baik cadangan PM ini, satu perkara yang seolah-olah langsung tidak dipedulikan oleh ramai pihak adalah ‘kedudukan hukum (undang-undang)’ yang ada di Malaysia yang sebenarnya langsung tidak berubah. Mereka seolah-olah tidak sedar bahawa walaupun undang-undang ‘pelantikan hakim’ ingin diubah, tetapi hukum (undang-undang) yang sedia ada yang diguna pakai sekarang sebenarnya tetap sama (yakni) tetap undang-undang kufur. Apa guna adanya seorang atau berpuluh-puluh orang hakim yang hebat yang bakal dilantik oleh suruhanjaya nanti, namun mereka tetap menghukum orang yang mencuri dengan dipenjarakan, bukan dipotong tangannya. Apakah kebaikannya jika beratus-ratus orang hakim yang kononnya dilantik dengan telus dan adil di bawah suruhanjaya, namun apabila mereka memutuskan hukum nanti, mereka tetap berpegang teguh dengan Perlembagaan Persekutuan ciptaan si kafir Lord Reid, mereka tetap memutuskan hukum berdasarkan akta-akta atau enakmen-enakmen yang digubal oleh tangan-tangan manusia? Apakah gunanya semua ini? Apakah gunanya melantik hakim di bawah sebuah suruhanjaya apabila Al-Quran dan Sunnah tetap diketepikan oleh mereka, malah langsung tidak dipandang sedikit pun oleh mereka di dalam memberikan penghakiman masing-masing di Mahkamah!? Lantiklah siapa yang paling hebat dan paling berwibawa sekalipun di kalangan hakim-hakim yang ada, namun apa gunanya apabila undang-undang yang dilaksanakan adalah tetap undang-undang kufur ciptaan manusia, bukannya undang-undang Islam ciptaan Allah.

Wahai kaum Muslimin! Cuba renungkan sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, di mana semasa melantik dan mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman sebagai qadhi, Rasulullah bersabda, “ 'Dengan apakah engkau akan memutuskan hukum?’ Muaz menjawab, ‘Aku akan memutuskan hukum dengan apa yang ada dalam kitabullah’. Rasul bertanya lagi, ‘Jika engkau tidak dapatinya dalam kitabullah?’. Muaz menjawab, ‘(Aku akan memutuskan hukum) dengan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam’. Rasul bertanya lagi, ‘Jika engkau tidak dapatinya dalam sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam?’. Muaz menjawab, ‘Aku akan berijtihad sesuai pendapatku’. Rasul bersabda, ‘Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan apa yang diredhai oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Inilah tindakan (dalam berhukum) yang dipuji oleh Rasulullah, yakni menghukum segala sesuatu dengan Kitabullah, Sunnah dan juga ijtihad. Amat kejilah mereka yang berhukum dengan hukum kufur.

Justeru, apakah kita kagum dan terpesona dengan perubahan cara ‘melantik hakim’ ini walhal hakim tersebut tetap akan memutuskan hukum berdasarkan hukum kufur? Inilah hasilnya apabila umat Islam menilai sesuatu berdasarkan sentimen dan emosi semata-mata, bukannya menilai apa yang dilakukan menurut pandangan Allah. Umat Islam naik angin apabila badan kehakiman ditunggang oleh badan eksekutif, umat Islam melenting apabila badan kehakiman diperalatkan oleh parti pemerintah dan umat Islam benar-benar marah apabila melihat badan kehakiman diperkosa oleh badan eksekutif sedemikian rupa. Sudahnya, apabila badan eksekutif mengumumkan ‘sedikit perubahan’ terhadap cara pelantikan hakim-hakim, umat Islam terus menarik nafas lega dan terus bersetuju dengan apa yang dicadangkan, seolah-olah satu ‘sinar harapan’ yang baru yang selama ini dinanti-nantikan telah muncul untuk menyelamatkan keadaan. Di manakah pertimbangan umat Islam? Di manakah penyeru-penyeru keadilan? Di manakah pejuang-pejuang di jalan kebenaran? Apakah yang kalian fikirkan? Apakah dengan hanya satu lagi undang-undang sekular yang di cadang untuk menggantikan undang-undang sekular yang sedia ada menyebabkan kalian telah melihat bahawa ini sebagai cahaya Islam? Tidakkah kalian faham bahawa yang dikatakan keadilan itu adalah apabila kita berhukum dengan hukum Allah? Tidakkah kalian sedar bahawa yang dikatakan kebenaran itu adalah apabila kita berpandu dengan panduan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam? Apakah yang dicadangkan oleh pemerintah sekular ini merupakan hukum yang turun dari langit hingga kalian boleh bersetuju dengannya? Sedarlah dan kembalilah kepada cara berfikir Islam!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Jika hadis yang tersebut di atas masih belum membuka hati kalian, renungkanlah kata-kata yang lebih tegas, terang dan nyata dari lisan Nabi kalian bahawa “Qadhi/Hakim itu terbahagi kepada tiga golongan, dua golongan berada dalam neraka dan segolongan lagi berada dalam syurga. Adapun (golongan) yang masuk syurga adalah (qadhi) yang mengetahui akan haq/kebenaran dan memutuskan dengannya (haq). Adapun (qadhi) yang mengetahui akan haq tetapi tidak menghukum dengannya, malah bertindak zalim dalam memutuskan hukum, maka dia ke neraka. Dan (qadhi) yang tidak mengetahui akan haq dan memutuskan hukum di antara manusia berdasarkan kejahilan, maka dia (juga) ke neraka” [HR Abu Daud].

Saudaraku, jawablah dengan hati yang penuh keimanan dan keikhlasan – apakah Suruhanjaya Pelantikan Hakim dengan undang-undang dan sistem kufur-sekular warisan British ini yang kita perlukan atau sebuah sistem dan undang-undang Islam warisan dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan Khulafa’ Rasyidun yang kita mahukan? Semoga jawapan kalian sama dengan jawapan kami dan kita sama-sama bergerak untuk merealisasikannya. ALLAHU AKBAR!

jspbhe

AURA JIHAD said...

SURUHANJAYA PELANTIKAN HAKIM - Apakah Kita Memerlukannya?

"Jika boleh, kami akan laksanakan," kata Abdullah mengenai gaji minimum

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa terkejut dengan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan demonstrasi di depan bangunan Parlimen pada Rabu mengenai isu gaji minimum RM1,200.

Abdullah berkata, MTUC boleh mengadakan sehingga 100 demonstrasi jika itu yang mereka mahu lakukan tetapi jika kerajaan tidak dapat melaksanakan apa yang dituntut mereka, ia sememangnya tidak dapat dilaksanakan. Beliau berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab yang mahukan sebuah negara yang berjaya, kerajaan mempunyai sebab untuk menangguhkannya dan tidak membuat pengumuman popular. "Saya pun tak tahu (kenapa) pendekatan ini digunakan seolah-olah kita tak peduli. Bukan senang kita nak (buat keputusan).

Kita telah mengkaji isu ini dengan mendalam. "Apa sahaja yang dapat dilakukan dengan segera dan jika ianya baik, pasti kita akan lakukan. Tetapi jika kita berasa sangsi untuk memperkenalkannya sekarang, kita tidak dapat berbuat demikian. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 3/5/08

Ulasan:

Adalah merupakan suatu yang amat menyedihkan apabila kaum Muslimin yang telah dianugerahkan dengan Islam, gagal melihat Deen Allah ini sebagai penyelesaian bagi segenap masalah kehidupan mereka. Lebih-lebih lagi di saat ini - tatkala negara mengalami krisis kenaikan harga bahan makanan yang semakin meruncing. Yang pasti, krisis ini merupakan justifikasi bagi golongan pekerja untuk menuntut kenaikan gaji dari pihak kerajaan. Tekanan ke atas kerajaan ini bukan sekadar datang dari kelompok pekerja sahaja, malah pihak pembangkang juga turut menggunakan kesempatan ini dengan menabur janji menaikkan gaji minimum sehingga RM 1,500.

Hakikatnya, dalam sistem kapitalis yang busuk ini, meskipun gaji minimum dapat dinaikkan setinggi-tingginya, kesejahteraan rakyat masih belum terjamin. Sistem kapitalis menjadikan harga sebagai alat untuk pengagihan, justru, menaikkan gaji atau menetapkan gaji minimum yang tinggi akan hanya menyebabkan harga barangan terus meningkat seiring dengan kenaikan gaji ini. Apa tidaknya, dengan gaji yang lebih tinggi, permintaan terhadap barang keperluan yang mampu dibeli menjadi semakin bertambah. Secara umumnya, ini akan menyebabkan harga barangan semakin meningkat dan akibatnya, kuasa membeli pekerja ini kembali kepada keadaan sebelum gaji dinaikkan. Ketika itu, kemampuan pekerja untuk membeli barangan yang diperlukan tadi sudah mula menghilang. Situasi unik ini berlaku hanya dalam sistem ekonomi kapitalis yang menjadikan harga sebagai alat untuk menentukan siapa yang berhak mendapatkan barangan keperluan. Kaedah pengagihan yang buruk inilah yang sebenarnya memberikan tekanan ke atas sebahagian kelompok pekerja. Dengan gaji rendah, ditolak dengan kos untuk ke tempat kerja, hutang rumah, kereta dan bil utiliti, berapa ringgit lagikah yang tinggal untuk keperluan makanan keluarga?

Wahai mereka yang memegang kekuasaan! Kalian sendiri tahu bahawa kalian kini berada di dalam dilema akibat dari sistem kufur yang kalian terapkan. Kalian bimbang jika gaji dinaikkan, pelbagai masalah akan timbul, antaranya kos buruh negara akan meningkat dan ini akan menyebabkan pelabur asing mencari negara lain untuk melabur. Kalian bingung ketika berhadapan dengan masalah ini, namun kalian tidak pula pernah berpaling kepada Islam untuk menyelesaikannya. Malah lebih buruk, kalian palingkan muka kalian dari Islam dan kalian rangkul penyelesaian kufur yang pastinya akan membawa lebih banyak kerosakan.

Islam menjamin keperluan rakyatnya dengan menyediakan peluang pekerjaan untuk setiap rakyat yang mampu bekerja. Islam meringankan beban rakyat dengan menjamin hak setiap individu rakyat dalam mendapatkan keperluan asas – makanan, pakaian dan tempat tinggal. Selain itu, hak-hak masyarakat seperti pendidikan, kesihatan dan lain-lain juga dijamin oleh Islam. Selain dari itu, hukum pekerjaan di dalam Islam akan memastikan bahawa setiap pekerja akan mendapat hak mereka yang sewajarnya. Jaminan-jaminan ini secara pasti akan melepaskan setiap individu rakyat, tidak kira dari golongan pekerja mahupun tidak, dari tekanan-tekanan kehidupan yang kini di alami oleh para pekerja yang terpaksa tunduk di bawah sistem kapitalis yang kejam ini.

AURA JIHAD said...

Para pelajar yang menghadiri hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak menyangka mereka akan dikejutkan dengan tingkah laku dan perkataan kurang sopan daripada ahli-ahli Parlimen.

Mereka sama sekali tidak menduga perjalanan persidangan di Dewan yang sepatutnya dihormati selaras dengan kedudukannya sebagai institusi pembuat dasar, dicemari dengan tindak-tanduk ahli-ahli Parlimen.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, M. Jochim berkata, dia dan rakan-rakan sebelum ini menjangka sidang Dewan berjalan secara profesional dengan ahli-ahli Parlimen membangkitkan pelbagai isu.

Bagaimanapun, dia mengakui terkejut melihat ahli Parlimen bertindak seperti kanak-kanak apabila menggelarkan satu sama lain dengan panggilan tertentu.

‘‘Saya menjangka persidangan ini akan berlangsung dalam suasana formal apabila ahli-ahli Parlimen mengemukakan pandangan mereka tetapi lain pula yang berlaku.

‘‘Saya tak sangka mereka saling memanggil satu sama lain dengan pelbagai panggilan, seperti budak-budak,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Jochim adalah antara 37 pelajar SMK Sri Andalas yang menyaksikan sidang Dewan Rakyat hari ini selain pelajar dari SMK Alam Megah dan Sekolah Tinggi Kajang.

Terdahulu, semasa sidang Dewan berlangsung, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memanggil Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sebagai ‘bigfoot’.

“Saya harap ‘bigfoot’ dari Kinabatangan tidak akan mengganggu saya. Bigfoot sit down,” kata Karpal.

Bung Moktar kemudiannya bangun dan berkata : ‘‘Berdirilah kalau berani. If I’m bigfoot, you are big monkey.”

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Dhamayanthi Nair berkata, dia pada awalnya amat gembira apabila diberitahu berpeluang mengikuti sidang Dewan Rakyat.

Dia menjangka banyak pengalaman berguna dapat diperoleh sepanjang mengikuti sidang itu apabila mendengar hujah-hujah daripada ahli-ahli Parlimen.

Bagaimanapun dia tidak menyangka kunjungan pertamanya ke sidang Dewan Rakyat dikejutkan dengan tingkah laku ahli-ahli Parlimen yang kurang sopan itu.

Katanya, dia terkejut dan ketawa apabila melihat serta mendengar sendiri bagaimana ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang dan Barisan Nasional memanggil satu sama lain dengan nama ‘Bigfoot’ dan ‘Big Monkey’.

Sementara itu, guru SMK Andalas, Mariani Zainal berkata, dia pernah menyaksikan ahli-ahli Parlimen bergaduh sesama sendiri semasa menghadiri beberapa sidang Parlimen sebelum ini.

Sehubungan itu, apa yang disaksikan hari ini tidak begitu mengejutkannya tetapi berharap pelajar-pelajarnya dapat menimba pengalaman berguna semasa menyaksikan persidangan kali ini.

Sumber: Utusan Malaysia 01/05/08

Ulasan:

''Mengikut peraturan tetap tiada siapa pun dibenar bercakap sebelum dipanggil, ini belum pun dipanggil bercakap...semua pun bercakap, macam pasar,” kata Pandikar Amin yang berulang kali mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya menghormati Dewan dan tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan.

Parlimen macam pasar!!! Kenapa? Tak percaya? Itulah hakikat Parlimen. Ia sebenarnya bukan seperti pasar, malah lebih teruk dari itu. Bagi sesiapa yang pernah menghadiri persidangan Parlimen, perkara yang berlaku itu langsung tidak mengejutkan. Semua tahu bahawa Parlimen hanyalah tidak lebih seperti ‘sarkas’ di mana badut-badut berlakon, bergaduhan dan berlawak antara satu sama lain.

Ramai yang menganggap bahawa Parlimen itu sebagai ‘suci’ dan sebagai simbol kedaulatan Negara. Hakikatnya, bangunan Parlimen itu adalah simbol kemaksiatan terbesar di Malaysia. Ia adalah simbol kepada sistem demokrasi berparlimen yang ditinggalkan oleh penjajah British yang telah memberikan kemerdekaan kepada Malaysia 50 tahun yang lepas dengan syarat negara Malaysia yang merdeka ini mesti menjalankan dan menjunjung tinggi perlembagaan kufur yang telah dibuat oleh Lord Reid. Parlimen adalah tempat terbit dan lahirnya undang-undang yang dicipta oleh manusia di dalam sistem demokrasi yang haram ini. Inilah realiti yang sebenarnya berlaku di dalam mana-mana parlimen yang menjunjung sistem demokrasi yang mengagungkan idea kebebasan bersuara.

Malahan kita sering melihat bagaimana di dalam parlimen di luar negara sering berlaku pergaduhan fizikal seperti tumbuk menumbuk, sepak menyepak dan baling membaling di kalangan ahli-ahli parlimen yang sedang bersidang. Itulah mungkin gambaran yang boleh kita berikan berdasarkan gelagat yang dipaparkan oleh ahli-ahli parlimen yang saling berlakon untuk menunjukkan belang masing-masing. Mereka berbangga dengan hujah masing-masing untuk menunjukkan kehebatan yang dimiliki. Ada di kalangan ahli parlimen itu merasa bangga dengan apa yang mereka lakukan dengan merasakan mereka boleh mengeluarkan apa sahaja perkataan di dewan yang mereka anggap mulia itu. Itulah ‘keistimewaan’ Parlimen yang diberi oleh Perlembagaan di mana apa sahaja yang berlaku dan diperkatakan di Parlimen tidak boleh di bawa ke Mahkamah. Ia adalah sebuah institusi yang kebal!

Sebagai seorang Muslim, cuba kita bertanya kepada diri kita, apakah benar dewan parlimen itu kebal dari kawalan Allah SWT sehinggakan ahli-ahli parlimen yang berada di dalamnya merasakan mereka memiliki kebebasan yang mutlak untuk melakukan apa sahaja? Apakah ahli parlimen yang berada di dalam parlimen itu menyedari bahawa mereka sedang berada di dalam suatu tempat yang mengambil hak Allah SWT sebagai Musyari’ (Pembuat Hukum). Parlimen inilah tempat yang telah meluluskan undang-undang kufur untuk terus berjalan di saat ini? Semenjak berdirinya parlimen sehingga kini, ia adalah tempat lahirnya undang-undang ciptaan manusia yang diterapkan di tengah-tengah kehidupan umat Islam di Malaysia saat ini.

Sepatutnya sebagai seorang Muslim, guru yang membawa pelajarnya melawat atau menonton siding parlimen itu bukanlah semata-mata melihat gelagat ahli parlimen yang berlakon itu dan akhirnya menyebabkan mereka “terkejut beruk” melihat apa yang berlaku tetapi sepatutnya beliau mengambil kesempatan untuk menjelaskan kebatilan sistem demokrasi yang diterapkan sekarang ini dan menerangkan kepada para pelajarnya bahawa inilah tempat bagi terbitnya seluruh kemungkaran yang berlaku di saat ini. Inilah peluang terbaik yang sepatutnya digunakan oleh sang guru untuk menerangkan kepada para pelajarnya bahawa undang-undang yang selayaknya diterapkan adalah sistem dan peraturan yang datang dari Allah SWT dan bukannya undang-undang ciptaan manusia yang digubal dan diluluskan di Parlimen itu. Firman Allah SWT,

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? [TMQ al-Ma’idah (5):50]

AURA JIHAD said...

Penubuhan suruhanjaya bebas untuk mengendalikan urusan pelantikan dan kenaikan pangkat hakim akan menjadikan badan kehakiman lebih telus dan berwibawa.

Peguam Amer Hamzah Arshad berkata, Majlis Peguam sentiasa melobi penubuhan suruhanjaya seumpama itu kerana pelantikan hakim adalah satu perkara yang penting untuk diputuskan oleh individu tertentu sahaja.

Katanya, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, beliau mengetuai perarakan Walk of Justice pada tahun lalu untuk menyampaikan mesej yang sama.

‘‘Suruhanjaya ini menjadikan proses pelantikan hakim lebih telus dan membabitkan calon yang lebih layak serta kurang kontroversi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menyegerakan penubuhan suruhanjaya untuk melantik hakim.

Peguam terkemuka, Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang turut menyokong penubuhan suruhanjaya itu mencadangkan supaya pemberian kuasa kepada suruhanjaya berkenaan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, ia adalah bagi mengelakkan berlakunya kejutan kepada sistem yang sedang diamalkan sekarang.

Sumber: Utusan Malaysia 31/03/08

Ulasan:

Ekoran dari cadangan Zaid Ibrahim yang sudah mula menunjukkan ‘kuasa’ beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, nampaknya beberapa orang peguam pun turut menyokong cadangan yang bertentangan dengan Islam ini.

Memang selama ini ramai peguam yang mempertikaikan kewibawaan hakim dan sistem kehakiman yang ada, jadi tidak peliklah jika cadangan ini dipersetujui mereka. Hakim dan sistem kehakiman di Malaysia yang terkenal dengan skandal penyalahgunaan kuasa, rasuah, tiada kredibiliti, jawatan tertinggi yang merupakan ‘jawatan politik’ dan pelbagai keburukan lainnya sudah lama tidak dapat disembunyikan. Namun, oleh sebab pembesar politik senantiasa masuk campur dalam urusan ini, maka tidak ada siapa yang berani menegur. Kini dengan jawatan yang dipegangnya, Zaid Ibrahim telah mula menunjukkan taring.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib sedar bahawa sistem kehakiman yang ada adalah sistem kufur. Ia adalah sistem yang diwarisi dari British dan ia bertentangan seratus peratus dengan Islam. Sistem kehakiman kufur yang diamalkan di Malaysia sejak ratusan tahun lamanya ini sewajarnyalah mempunyai 1001 jenis keburukan dan kejahatan di dalamnya.

Sama ada hakim atau peguam yang menjadi pengamal undang-undang sekarang adalah peguam yang sekular dan berhukum dengan hukum sekular. Mereka mengambil hukum sekular yang dibuat oleh manusia dan juga yang ditinggalkan oleh kuffar Britih kepada mereka untuk diamalkan. Tidak ada satu pun undang-undang yang diamalkan sekarang kecuali sekular adanya.

Cadangan Zaid Ibrahim atau persetujuan peguam untuk menubuhkan suruhanjaya melantik hakim adalah satu lagi hukum sekular yang cuba diterapkan oleh mereka yang berpendidikan undang-undang di Malaysia. Dalam sistem pemerintahan Islam, seorang hakim itu dilantik oleh ketua negara, yakni Khalifah, bukan melalui suruhanjaya.

Rasulullah merupakan seorang Ketua Negara yang memikul secara langsung urusan kehakiman dan baginda juga melantik orang lain sebagai hakim. Perbuatan baginda ini menunjukkan bahawa ‘hak dan kuasa’ untuk melantik hakim berada di tangan Ketua Negara, tidak pada yang lain. Rasulullah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai hakim (qadhi) di Yaman. Rasulullah juga melantik Muaz bin Jabal sebagai qadhi di daerah Janad. Rasulullah juga pernah melantik Amr bin al-Ash untuk mengurusi urusan kehakiman. Terdapat banyak sekali dalil yang menunjukkan bahawa semua pelantikan hakim ini dijalankan oleh Rasulullah sebagai Ketua Negara.

Di dalam Islam terdapat 3 jenis hakim (qadhi) yang kesemuanya mesti dilantik oleh Ketua Negara. Dalam sistem pemerintahan Islam, Qadhi al-Muhtasib, Qadhi al-Khusumat dan Qadhi Mazhalim semuanya dilantik oleh Ketua Negara (Khalifah). Tidak ada langsung khilaf di kalangan mazhab tentang hal ini.

Inilah padahnya apabila yang menjadi pemimpin adalah golongan sekular dan yang menjadi pengamal undang-undang juga adalah mereka yang mendapat pendidikan sekular, walau dari universiti yang bergelar Islam sekalipun. Mereka sudah tidak dapat lari dari koridor sistem dan pemikiran sekular yang ada di tengah-tengah masyarakat pada hari ini dan itulah yang mereka amalkan.

Unknown said...

Response to Tun Dr. M’s Blog Entry

1. I refer to Tun Dr. Mahathir’s latest blog entry entitled ‘The Ex-Gratia Payment‘, dated May 9th 2008.

A tribunal in the strict sense is not a court but has many trappings of a court in the exercise of judicial powers and to make final decisions.

Since the decision of the judicial tribunal was made by a panel of eminent senior judges included from the Commonwealth a long time ago, whatever decision made has been carried out. The question as to whether there is contempt of court by the prime minister in his announcement to make ex gratia payments to the former Lord President and the other judges is therefore irrelevant now.

2. If what Tun Dr Mahathir says is correct-that there was an appeal by the Attorney General, whereby Tun Dr. Mahathir agreed to pay the judges their full pension and that Tun Salleh Abbas now draws two pensions, i.e on reaching the age of 55, and another at the end of his tenure as Lord President following his dismissal, then I cannot comprehend why the ex gratia payment should be made. Such a payment is over and above what they are entitled to, unless it is for the dismissal.

As I’ve stated earlier the dismissal of Tun Salleh Abbas and the other judges has not been reviewed, reversed or set aside. Therefore the PM is side-stepping the laws and treating the former Lord President and the other judges as supreme and above the law in granting this ex gratia payment and has acted illegally in failing to comply with the laws of the country.

3. I read in the papers that the Bar Council hosted a dinner for Tun Salleh Abbas and the other judges, attended by the PM and other privileged guests. Rumours have it that the dinner was paid for by the government. If this is true, the payment for the said dinner by the PM comes from public funds. Since this is not an official or state dinner hosted by the government, the payment for the dinner by using public funds to honour Tun Salleh Abbas and the other judges is questionable. Under what provisions of the law is the PM or the government authorised to make such payments?

4. I also read in the papers, the uncalled for and distasteful remark made by a Member of Parliament in Parliament with regards to the appointment of Tun Dr. Mahathir Mohamad as Petronas advisor and being paid RM15, 000 a month. Such a remark lacks intellectual substance by attempting to dishonour a former leader and statesman who has contributed tremendously to the development of the country and should have been accorded the utmost respect and dignity. The payment of RM15, 000 is pittance compared to what leaders of other countries are getting.

Non-partisan lawyer
Mohd Yacob Karim

Anonymous said...

Tun,

I do believe that the ex-gratia payment by the current government as a symbol of your mistakes which refer to the "dirty judgement system" while YOU STILL IN CHARGE as a PM. As a result, i still believe your involvement in your ex lawyer,VK Lingam's video case..

sadle said...

I'm surprised indeed to know that the judges were given their pensions. If that's the case then i really fail to understand why the x-gratia payment should be paid. In a way it shows that the govt is admitting that it had done a grave wrong. It also reflect on the calibre of the other judges not only the malaysian but the sri lankan and singaporean judges as well!

My..my..where are we heading to? How come the pension payment is not made public NOW? i can understand if it was not disclosed then but now it should be disclosed. Reading the responses from the families of the judges they seemed to be oblivious of this fact. Honesty is paramount, they ought to have acknowledged that pension has been paid.

What a sad thing to see this is happening assuming the govt did grant the pension to all of them.

Unknown said...

Dear Tun,
Saya berkerja di Dubai lebih dari 4 tahun. Bila ditanya, asal dari negara mana, saya jawab MALAYSIA. Tun tahu, apa yang dia org jawab....saya suka PM u. Dr. Mahathir. They know malaysia because of u, what have u done to our beloved country. No body knew Pak lah.
Seorang Ahli politik dari Mombasa Kenya, berkata pada saya, "we just want mahathir for 5 years, he will turn kenya like malaysia.
I admire u from far Tun, may god bless you and granted all your every wish.
wasalam

TTDIcomplaints said...

So you have quit UMNO? So what? No big deal.

Tengku Natasya Mardiah said...

Assalamualaikum Dr. saya seorang pelajar bernama sharifah nurain bt syed abdullah dari smk bukit rambai melaka. saya begitu menyokong keputusan Dr. dalam membuat keputusan utk keluar dari parti UMNO. tp, saya merayu pada Dr. agar memikirkannya kembali kerana UMNO begitu kuat, kukuh, dan stabil dgn adanya ahli seumur hidup seperti Dr.wlupun di landa krisis poloitik yang semakin merunsing. Dr., saya sebagai generasi baru yang bakal meneraju negra Malaysia berharap Dr akan bersikap terbuka dan jgn menilai dari sudut kelemahan.saya juga mengakui bahawasanya Pak Lah agk kurg menonjol dari pelbagai aspek. namun sekiranya Dr bersama Pak Lah duduk semeja dan membincangkan hal ini secara damai, saya percaya bahawa Pak Lah akn respect Dr dan akn meninggalkan jawatan yang di sandang. saya berharap saya dapat berjumpa dengan Dr dan Pak Lah secara peribadi bagi menjamin kesejahteraan generasi akan datang. sekian..

nik said...

hidup mahathir........ kami rakyat malaysia akan terus bersama dengan tun dr mahathir.... Bapa Malaysia...

amar auzirulanuar said...

tun,saya percaya, walau apa pun yang tun buat, pasti ada hkmhnya.bangkitlah kita semua,apakah masih kita tidak nampak apa yang mahu tun sampaikan?
kita hanya rakyat biasa .pahit maung hanya kita yang sebenarnya rasa.kita perlukan pembela.tapi siapa? siapakah yang benar-benar ikhlas, jujur membela nasib kita, kalau bukan para pemimpin yang dipilih? kadangkala kita perlu bersifat proaktif dan agresif di dalam mencapai sesuatu perkara, tapi ingatlah, malaysia bumi tercinta ini berbilang bangsa.sensitiviti masyarakat perlu dipelihara..kita punyai hak yang termaktub di dalam perlembagaan.pertahankanlah.jangan biarkan wang ringgit,kuasa menjadi penghalang.kejujuran perlu dilaksanakan. apa yang benar perlu ditegakkan.hargailah mandat yang telah diberi, sebelum kerana apa yang dikejar, yang dikendong pula yang keciciran..

amar auzirulanuar said...

tun, you are the best.

true_malaysian said...

Tun, You have made your money already. For more than 7 generations to come, neither you nor your family needs to work to earn money. Thats a fact and the whole country knows about it. Pencen is nothing for you compared to billions of ringgits that you have swindled via goverment projects while you were the PM. Admit it.

MalayJessyJames said...

Tun, betul ke ni surat Tun....

Your Majesty,

With all respect, I refer to Your Majesty’s Command that appropriate action be taken against Y.A.A. Tun Dato Haji Mohd Salleh bin Abbas on account of his letter to Your Majesty and to Their Royal Highnesses the Malay Rulers which was shown to me when I was in audience with Your Majesty on the 1st May 1988 at the Istana Negara.

I have been advised by the Hon’ble the Attorney-General that I cannot take any action against him except in the circumstances allowed by Article 125 (3) of the Federal Constitution. That Article allows termination of the appointment of a judge only on the ground of his behaviour or for other causes which clearly show that he is unable to discharge his functions properly. I will therefore investigate and examine the position of Y.A.A. Tun Salleh, and if there is evidence of any behaviour or other causes, which, in my opinion, clearly show that he is no longer able to discharge his functions as Lord President properly and in an orderly manner, I shall then make an appropriate representation to Your Majesty. In the meantime Y.A.A. Tun Salleh must be allowed to continue in service.

[Customary Conclusions]

Dr. Mahathir Mohamad

Dated 5th May 1988”

source : http://bigdogdotcom.wordpress.com/

Unknown said...

Tahniah Tu,andalah idola rakyat Malaysia !!!

Unknown said...

Tahniah Tun,andalah Wira sebenar yang berjiwa Rakyat.Pemimpin -pemimpin Umno dibawah Abdullah Badawi seumpama Burung Kakak Tua yang dayus,lembik,Pejuang sebenar seperti Tun adalah wira yang kental dan berprinsip.
Saya memohon agar Tuan terus memimpin Rakyat Malaysia!!

Hidup Tun Dr M!!!

AllAHUAKBAR!!

azrchikmy said...

Salam Tun,

Waktu kali akhir bertemu Tun di Masjid Putrajaya adalah kenangan dalam ingatan. Membesar dan dewasa di era pemerintahan Tun terasa amat aman dan selesa.
Tun ulangilah semula kemuncak kegemilangan pentadbiran negara diera Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir

azrchikmy said...

Salam Tun,

Bukan untuk memuji atau memuja Tun. Tapi saya adalah rakyat marhein yang membesar di era pemerintahan Tun. Betapa aman dan selesa negara dalam pentadbiran Tun.
Harapan saya agar era kegemilangan Tun akan berulang kembali...bukan sekadar petikan AAB Cemerlang, Gemilang Terbilang..

Gelombang Rakyat said...

Dear Tun Dr Mahathir Mohamad, a friend here is talking about Zaid Ibrahim, in relations to this ex-gratia payment, is it a gift or a compensation?

I have seen a politician who can be a good lawyer.

I have also seen a lawyer who can be a a good politician.

However, a lawyer who is politiking, and a politician who is lawless, can no longer be credible in the eyes of the public.

This kind of individual, he can fool some of the people some of the time, but he himself is a fool when he fools the people at any time.

Of course, decisions made by Abdullah Ahmad Badawi, with this respect, can pedestal him to look like a Joker.

When, Zaid Ibrahim also prefers to join in, we will see more of this live in comedy.

Let's move toward total freedom, thus a change of the changing in the direction of total free doom.

«Oldest ‹Older   201 – 255 of 255   Newer› Newest»