Thursday, May 29, 2008

UMNO yang bukan lagi UMNO

Saya ucap terima kasih kepada beberapa ahli UMNO yang mahu saya kembali menjadi ahli.

Sebenarnya sejak saya melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, UMNO tidak pernah layan saya sebagai ahli UMNO, jauh sekali sebagai bekas Presiden UMNO.

Dari awal lagi Menteri-Menteri UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dilarang daripada berjumpa dengan saya atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya mungkin berucap.

Menteri yang saya lantik dahulu, sekarang mengecam dan mengeluar kata-kata kesat kepada saya.

UMNO tidak dibenar menjemput saya dan jika sesiapa cuba jemput juga, mereka dipanggil oleh Menteri Besar dan juga polis supaya tarik balik jemputan. Selepas 14 jemputan dipaksa tarik balik tiada siapa yang berani jemput saya lagi. Ahli-ahli UMNO tidak dibenar hadir apa-apa majlis di mana saya akan berucap, dan mereka pun patuh akan arahan ini.

Ahli Bahagian Kubang Pasu yang saya menjadi ketuanya selama 22 tahun diarah dan disogok dengan wang supaya tidak mengundi saya sebagai wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2006. Dan saya pun kalah.

Timbalan Perdana Menteri pun tidak dibenarkan berjumpa saya sehinggalah saya dedah perkara ini. Kemudian barulah beliau dibenar berjumpa saya.

Ada juga pemimpin UMNO yang mencadangkan saya disingkirkan daripada parti.

Sikap dan layanan terhadap diri saya selepas saya letak jawatan jelas menunjuk bahawa sebenarnya saya bukan sahaja bukan ahli UMNO tetapi saya adalah musuh UMNO.

Justeru itu keluarnya saya daripada UMNO hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli UMNO.

Ini semua tidak menjadi sebab saya keluar daripada UMNO. Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri.

Barisan Nasional dan UMNO kehilangan pengaruh di kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat UMNO sehingga kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Pemimpin UMNO membiarkan negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke tangan parti lawan – termasuk Kedah negeri saya sendiri. UMNO dan BN tidak menang 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat, UMNO tidak lagi dihormati oleh Raja-Raja Melayu dan bermacam-macam lagi.

Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai UMNO tetapi sebenarnya sudah tidak lagi UMNO.

Arah tuju UMNO ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada UMNO mesti dipertanggung-jawabkan kepadanya.

Kerana saya percaya bahawa Dato Seri Abdullah bukan sahaja sudah rosakkan UMNO yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya, dan saya percaya ahli dan pemimpin UMNO yang lain tidak berani membetulkan UMNO maka saya terpaksa keluar daripada parti ini.

Saya sedih bukan sahaja kerana meninggalkan parti tetapi kerana ahli-ahli UMNO rela terima segala perbuatan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Malaysia dihina oleh negara-negara lain termasuk negara-negara OIC (Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam – Organisation of Islamic Conference) dan NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – Non Aligned Movement). Daripada negara yang menjadi contoh kepada negara membangun lain kita sudah dianggap sebagai negara sekutu Amerika Syarikat. Kita tidak lagi berani menegur kejahatan Barat, sebaliknya kita membisu.

Saya percaya selagi Dato Seri Abdullah memimpin UMNO, pengundi-pengundi UMNO dan penyokong UMNO tidak akan kembali menyokongnya walaupun mereka tidak akan mengaku secara terbuka pendirian mereka dan undi mereka pada parti lawan seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008.

502 comments:

1 – 200 of 502   Newer›   Newest»
encik ayie said...

Saya sangat bersetuju Tun.UMNO dah lain.sangat lain.Menyokong UMNO sekarang membantu pembangkang berkuasa satu hari nanti.

Pok Kam said...

Assalamualaikum Tun,

Thank you for the "straight from the heart" explanation.

Good luck.

h.a.k.i.m said...

setiap kali saya baca tulisan TUN, saya rasa macam nak nangis.. apa saja yang TUN tulis telahpun saya sedar sejak DSAAB memegang tampuk pemerintahan negara.

sekurang2nya tulisan TUN dapat mengesahkan segala apa yang saya jangkakan selama ini. saya harap ramai lagi ahli UMNO yang masuk ke blog ini agar mereka sedar dan insaf.

yang paling saya kesali adalah sikap media yang terlalu dan melampau menyerang TUN. saya tak hairan jika posting TUN kali ini juga akan menjadi headline Buletin Utama malam ni atau esok. kemudian pergi interview musuh2 TUN minta ulasan.. hahaha.. gila betoi depa ni.

apa2pun, terima kasih TUN kerana banyak meluangkan masa untuk posting sejak akhir2 ini.

papa khaalish.

don said...

Selamat Pagi Tun,

Semoga sihat selalu hendaknya.

Saya sebagai rakyat malaysia, sedih dengan apa yang berlaku di malaysia kini. Tidak tahu apa yang akan berlaku di malaysia pada masa depan, tiada arah tujuan, hanya ikut telunjuk Pak Lah.

Semoga Tun dapat meneruskan usaha Tun membetulkan UMNO ke jalan yang betul.Insyaalah.

Ayasu Kuro-Obi said...

Salam Tun,
Kami berharap mesej Tun berjaya diperjuang oleh Mukhriz. Gesture yang lembik melemahkan lagi semangat Melayu. Walaupun Tun tidak mahu melibatkan Raja-Raja Melayu, Kami lihat usaha Tun dapat membangkitkan kuasa Raja Melayu di mata awam. Setidaknya ada beberapa tindakan oleh Raja Melayu dalam sesetengah perkara seperti di Terengganu. Jika Raja-Raja berdiam, Melayu akan liut seperti keropok keping yang tak masuk angin . Usaha Tun kami sokong dan berdoa prodigee Tun akan terus memberi tekanan terhadap kepimpinan yang pelik gah pada slogan semata-mata.

Unknown said...

Morning Tun, welcome home.
Manusia memang mudah lupa, apatah lagi jika Tun telah dianggap sebagai "treat" to them dari mula..
Sabar Tun, Tun dah buat terbaik untuk semua, you should not have any regret. Take care of yourself.

Faizal R said...

sedih saya baca, macam orang merajuk pun ada. sabarlah, mungkin ini balasan tuhan terhadap apa yg tun lakukan kepada dsai. be strong!

Redhuan D. Oon said...

Kenyataan Tun membakar semangat dan minda bahawa Tun dapat menceritakan jiwa Umno yang sebenarnya dan yang sepatutnya. Ia adalah kenyataan mengenai sebuah parti yang bercita-cita tinggi dan memang sudah pernah mencercah ketinggian itu.

Kenyataan Tun juga melakarkan Malaysia yang sepatutnya iaitu negara yang namanya harum dan dihormati semua.

Saya pernah teringat sebaik sahaja ucapan Tun selaku PM dan Ketua NAM dahulu, CNN akan terus menyambut dengan analisanya yang tersendiri. Begitulah media utama dunia begitu memberi perhatian semasa zaman Tun.

Kini orang ramai seperti saya tengah fikir macamana Tun dan Umno dan Malaysia boleh kembali kepada tahap yang sedemikian. Saya turut ada tawarkan satu ide kecil dalam blog saya.

Wasalam

Redhuan D. Oon
padi-malaysia

tempua.siber said...

Salam Dr. M.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang membesar di bawah pemerintahan Dr. M, terus terang saya amat berbangga mempunyai PM seperti Dr. M.
Saya sayangkan anda, dan saya sayangkan bangsa saya. Saya mungkin tidak faham dengan kemelut politik dalaman yang melanda UMNO tetapi sebagai seorang Melayu, saya amat sayangkan bangsa saya.
Mungkin kemelut yang melanda sekarang ini ada kebaikannya apabila semua mata terbuka dan mula berfikir sebab dan akibat cuma apa yang saya harapkan, di penghujung 'jalan' ini nanti akan ada sinar yang dapat memberi manfaat pada semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.
Sebagai rakyat, saya sangat naif untuk menuding jari siapa yang benar dan siapa yang salah...cuma saya berdoa agar kemelut ini akan berakhir dalam masa yang terdekat ini.

Unknown said...

kalau paklah mengatakan yg dia tetap menang adalah silap...kalau betul dia menang,kenapa negeri kelahirannya jatuh ke tangan DAP?

bangun dari tidur dan berundur sahaja dari jawatan utk pemulihan parti jika tidak mahu negara kita jatuh ke tangan pembangkang yg mempunyai agenda mreka sendiri...

Intan Azura_MyaZara Collections said...

Salam, TDMM;
Ohhhh........sungguh sedih dan kecewa dengan setelah mendengar penjelasan daripada TUN.

Teruskan memberi penerangan dan pendapat TUN.
Saya sedia mendengar dan menyokong.
Sekian.

boyanis sos cili said...

masya allah..benarkah yb tun...tak baik macamtu..tak kenang jasala macamtu.. orang berbudi kita berbahasa..orang memberi kita merasa..teruskan perjuangan...kita tak pernah lupa jasa

Shahril CS said...

Walau macam mana pun Tun tetap di hati .. teruskan perjuangan, Tun

nwar said...

Salam Tun,
Sememangnya ramai antara kami,"the middle class working persons" yang meluat dengan segala yang diputarkan oleh media kawalan UMNO, dan tidak semudah "Pak Lah disingkirkan" akan mengembalikan kepercayaan dan sokongan kami kepada UMNO. Mereka yang bermuka muka (talam banyak muka, bukan sahaja dua muka) kepada Tun juga harus disingkirkan. Malangnya, tiada siapa diantara ahli UMNO masakini yang berwibawa kecuali segenggam dua. Kalau ada yang "menonjol" pun akan dicantas oleh "kulikang" Pak Lah.
Bagi yang pesimis, sudah hancur UMNO dibuat mereka yang sudah lupa. Bagi yang optimis, selagi ada niat yang baik, UMNO dengan cara nya yang tersendiri akan pulih.

thoyol said...

Tun,

You surely got this blogging fever all over right. Keep blogging. Your words wont go unnoticed.

zamer_muhd said...

Ayahanda Tun yang dikasihi....

Ternyata 'mereka' semua tak mengenang budi. Ada pepatah yang sesuai... 'SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT'

ajimsan said...

Stay strong Tun... keep to your principles. UMNO has become a family business organization.

-ajimsan
http://wasappening.blogspot.com/

sautulkaherah said...

teringat kata2 allahyarham ust fadhil noor dulu..
allahyarham pernah mendoakan agar Dr Mahathir dipanjangkan umur..
supaya Tun dapat melihat kesilapan yang lalu dan mudah2an Tun insaf..

terkadang ujian yang datang adalah secara tersirat..
perlu berfikir dan bermuhasabah utk mengetahui hikmahnya..

zamer_muhd said...

Ayahanda Tun yang dikasihi....

Ternyata 'mereka' semua tak mengenang budi. Ada pepatah yang sesuai... 'SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT'

Udo Majau said...

A'kum Tun,
Tun dilahirkan utk menjadi ketua nombor satu dan Tun telah buktikan dengan jayanya, manakala Pak Lah hanya layak menjadi pengikut nombor satu yang betul betul ikhlas utk belajar dari ketuanya dan rujuklah bekas guru setelah guru serahkan tauliah utk memimpin, jangan lupa diri dan memandai mandai. Janganlah setakat ini saja kehebatan negara Malaysia.

onezu said...

Assalamualaikum,
Moga Tun sentiasa bersemangat untuk memperjuangkan nasib anak bangsa...Tun, berikanlah nasihat dan seperti semasa Tun menjadi PM dulu...Saya pasti ramai lagi yang mahu mendengar amanat dan nasihat daripada Tun..Dan akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa2 Tun menjadikan negara ini maju dan disegani...

Azam said...

teruskan berjuang untuk Melayu dan Islam. biarla UMNO dgn dunianya sendiri..

Anak Guntur said...

Salam Tun,

Saya mengagumi kepimpinan Tun sejak kecil lagi. Masih saya ingat lagi, 32 th tahun dulu saya dirotan gara-gara melintas di hadapan Tun sekadar hendak melihat wajah Tun dari dekat. Ketika itu Tun sebagai Menteri Pelajaran, meresmikan Sek Keb Rungkup di Bagan Datoh Perak. Saya dlm darjah 2 pada waktu itu. Sebagai org biasa, peluang melihat Tun secara dekat menjadi tuah bagi saya. Ketika Tun menjadi PM, sekali sekala saya dapat melihat Tun di majlis tertentu yang Tun hadir ketika saya membuat kerja sambilan sebagai peramu saji, amat menggembirakan saya. Pernah juga melihat kemesraan Tun dgn Pak Lah dulu. Senyuman Tun mengesankan. Anak-anak saya sehingga sekarang sering bertanya dan mencari berita tentang Tun.

Ketegasan dan kepemimpinan Tun, dengan pendirian yang teguh dan mampu membuat keputusan tanpa pengaruh orang lain amat dikagumi. Pemimpin sekarang? Lebih banyak mementingkan kesenangan peribadi dari rakyat, mengumpul kekayaan diri. Bagaimana dengan harga barang-barang dan keperluan yang semakin naik dan terus naik. Rasuah yang tak macam rasuah berleluasa. Kebebasan bersuara yang tidak terkawal, identiti Melayu yang mula dipertikai, Institusi Raja dah dipersoalkan dan …. Entahlah…

Betullah kata Tun. Melayu Mudah Lupa. Pembangkang pun dah mula tersenyum. Apatah lagi musuh-musuh dari dunia luar sana. Sedih membaca kenyataan Tun kali ini. Risau dan gementar dalam hati, meskipun kekadang berkata, lantak lah..itu kerja org politik.. Bagaimana dengan keadaan generasi akan datang? 4 5 tahun lagi?

Saya juga dengan Tun. Betahkah UMNO dengan pemimpin sekarang sebagai tunjak pemerintahan negera dan mempertahankan orang melayu lagi? Apapun saya mendoakan kesejahteraan Tun.

Sekian. Salam Hormat.

Unknown said...

Assalamualaikum Tun,

Saya amat sedih dengan apa yang terjadi kepada Tun. Jasa-jasa Tun langsung tidak dihargai seperti tiada nilai langsung di mata pemimpin UMNO yang hanya tahu bercakap sahaja. Mulut mereka amat manis bila berkata tentang Tun namun di belakang tabir hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hajat saya ingin memasuki UMNO tertutup sejurus Tun melangkah keluar dari arena Politik bilamana Tun meletak jawatan daripada menjadi PM. Saya amat menyanjungi keperibadian Tun dan kejayaan yang Tun bawa bersama untuk negera Malaysia. InsyaAllah, Saya akan terus menyokong Tun tidak kira apa yang berlaku. Semoaga Tun dan keluarga sihat sentiasa.

Zainal A. Kasim said...

Tuan,

Perumpamaan Melayu ada menyentuh tentang sikap "kacang lupakan kulit". Inilah yang berlaku sekarang ini...

http://c-bok.blogspot.com

dakwan said...

Assalamualaikum Tun,

Saya bukan ahli UMNO atau mana-mana parti politik tetapi telah bertekad untuk menjadi penyokong UMNO dan BN hingga ke akhir hayat.

Saya telah membaca semua posting Tun dan saya bersetuju dengan pendapat Tun. Dah kini, saya telah mula membeli buku-buku tulisan Tun atau buku-buku berkaitan Tun. Memang tulisan Tun lebih tajam dan membuka minda.

Saya membesar di zaman pemerintahan Tun dan saya berasa bangga dan selamat. Tidak seperti hari ini.

Dalam semua pembacaan saya, baik pro-kerajaan atau pembangkang, saya dapati bahawa UMNO dan BN memang di dalam krisis yang amat kritikal dan sangat berbahaya.

UMNO dan BN bukan lagi seperti dulu. Saya yakin, jika AAB masih di sana, UMNO akan BN akan lenyap dari politik Malaysia buat selama-lamanya.

Pada era reformasi, memang saya sedikit terpengaruh. Tetapi selepas beberapa lama melalui pembacaan (mostly), saya dapati segala Tun lakukan adalah untuk negara. Nation comes first.

Sejak itu, saya terus mempertahankan Tun dari cercaan dan makian bagi mereka yang membenci Tun.

Mungkinkah ini tanda besar yang ketamadunan Melayu kita sudah sampai ke akhir jalan?

"Apabila kita menyuarakan hak kita, mereka kata itu perkauman. Bila mereka mempertikaikan hak kita, mereka kata itu kebebasan bersuara".

thesweetlittlecat said...

Tun,

Im so sad & realy2 sad to know all of these things!!! OMG, how can Pak Lah do like this to u??? OMG, y cant he at least respect u for all of your 22yrs in UMNO?!!
I cant believe a PM can treat a respectful Former PM like you like this! How can he treat u like this??? This is so cruel!!! Why everybody must obey him??? What happened to the Ministers??? These proved the 'yes boss' thingy!!

Tun,
whateva happen or will happen to u after this, dun worry! u got the majority supports from Msians who love and remember you as our beloved PM! We will support u to the end!!!

Ya Allah,
Plz forgive the PM (DSAAB) for doing this to Tun, plz open his eyes & heart to realize that he's wrong! plz forgive him...

hamdan said...

Salam Tun.

Bak kata rais yatim dalam temubual di RTM...jangan marahkan saya sebab batu putih tewas,..jangan lempang saya...saya hanya berada di hujung ekornya sahaja kes batu putih. Terdapat beberapa lompang hujah yg kalau saya mengetuainya...mungkin agak berbeza..kata Rais...

Mordecai Kucai said...

Tun,

Tun telah di khianati.

Di masa negara negara dunia ke 3 masih lagi menghormati Tun. Tun tidak di hormati di negara sendiri. Sumbangan Tun yang masih di perlukan dalam sekurang kurangnya memberi panduan tidak di perlukan lagi.

Begini la resam dunia. Ada masanya apabila orang berilmu itu membuat sesuatu perkara dan nampak mudah. Si dungu yang tidak sedar pun diri kekurangan ilmu ingat ianya perkara yang mudah.

Istilah melayu, "Kacang lupakan kulit".

Saya masih berpendapat sumbangan Tun masih relevan dan di perlukan.

Jelas tapak pemerintahan yang ada kini telah di bentuk oleh Tun selama Tun menjadi PM. Tentu Tun tahu selok beloknya.

Saya berpendapat UMNO sekarang bersyukur kerana Tun tidak ada untuk mempengaruhi keputusannya.

Pihak pihak yang gila kuasa dan jawatan merasakan ini lah masanya mengembangkan sayap mereka sementara Abdullah yang lemah mengetuainya.

Sepatutnya Tun di benarkan memainkan peranan yang berkesan sekali pun bukan di dalam UMNO.

Semuga Tun terus menulis untuk membuat rakyat berfikir.

leading said...

Tun,

Please take care of your health.

Cheers.

Unknown said...

Salam Tun,

Sudah tiada lagi DULU, KINI DAN SELAMANYA...yang tinggal cuma Cemerlang, Gemilang, Terbilang DAN KECUNDANG!..selagi ada Pak Lah dan anak menantunyer...

Regards,

Zumy

Unknown said...

Assalamuailkum Tun
Alhamdulilah akhirnya Tun menulis juga artikel ini.Saya sememangnya menanti-nanti tulisan tun ini.
Saya ingin melahirkan sokongan 100 peratus atas kenyataan tun yang meyatakan bahawa Malaysia sekarang bukan lagi menjadi wira negara Islam.Kita semakin menjadi takut dan tidak mahu membela kebenaran.Hanya waktu Tun sahaja kita berani untuk suarakan pendapat.
Sekarang semuanya sudah berbeza.Lihat saja waktu Amerika merayakan ulangtahun Israel yang ke-60 apa negara Islam buat?Malaysia yang dulunya terkenal dengan suara negara ketiga langsung kini seolah-olah tidak berminat dengan isu palestin.Saya berasa sungguh sedih dan ini membuktikan lagi bahawa Malaysia sekarang benar2 sudah 'sejuk' dan takut dengan barat
Saya berharap Tun dapat menulis artikel tentang cara dan pengalaman Tun memperjuangkan isu Palestin sewaktu tun menjadi PM.Mudah-mudahan mereka yang membaca blog tun akan sedar dan mengerti mengapa Tun sekarang keluar dari UMNO.Baru rakyat sedar keadaan Malaysia sekarang yang semakin menjadi lemah dan 'lembik'

Salam daripada saya sekeluarga,
Zharif Shafiq(pewaris kepimpinan DR.M)

dakwan said...

Ramai 'pembenci' Tun berkata, Allah kurniakan Tun umur yang panjang untuk melihat kembali dosa-dosa yang telah dilakukan.

Tersenyum saya dengan komen-komen 'bodoh yang teramat' itu.

Semoga Allah terus merahmati Tun.

Hidup Tun! Hidup Mukhriz!

Nazrul Azan said...

a'kum ,
kami memang sayangkan UMNO , di waktu kejatuhan UMNO beberapa kali pun kami masih sayangkan , dimana saudara kami telah bertukar beberapa kali parti dari HAMIM,semangat 46 kemudian kepada PAS kami masih di UMNO , bagi kami UMNO boleh menjamin kepada Orang Melayu , yang menjadi tuan di tanah malaysia ini , namun kami tak tahu di mana silapnya UMNO semakin nazak , kata orang , nyawa UMNO berada halkum kerana ubat ada tetapi tidak diberikan ...kenapa ?????????????? kerana mereka berkata UMNO tidak sakit ....hanya ada jembalang ...panggil pawang ....kami sedih ...sedih sangat UMNO sudah hampir terkubur .

Unknown said...

Assalamualaikum TUN,

Saya pun sangat-sangat bersetuju dengan TUN. UMNO sekarang memang dah lain sangat ,sampai saya yang masih ahli umno ni dah tak tahu apa sebenarnya hala tuju, pemimpin atasan macam tu, pemimpin cawangan lagilah hancus..

Setiap kali saya baca tulisan tun, segala perasaan ada, saya cuma berharap dan berdoa agar Allah melinmdungi negara kita dari pengkhianat dan pemusnah bangsa.

Tun, teruskan perjuangan, saya yakin dengan usaha TUN dari luar UMNO, insyallah akan mampu memulihkan UMNO yang kita sayangi.

Wassalam. Take Care TUN.

Mariapun said...

Salam Tun,

Jelaslah disini bahawa UMNO under Pak Lah memang dah tak relevan. Malaysia bawah pentadbiran Tun Anti Amerika, tapi nampak gayanya setelah Pak Lah memimpin, dah jadi pro amerika pulak.

Apa la nak jadi sekarang ni? Patutlah kita kalah dengan Singapura dalam isu Pulau Batu Putih. Mesti ada udang disebalik batu ni.

Kenapa masih ramai yang nak Pak Lah jadi PM lagi? Tunggu la sampai semua barang naik mendadak, baru nak menyesal?

Boleh tak Tun komen adakah harga minyak akan naik lagi? Menurut satu dumber dalaman yang saya dengar semalam, harga minyak memang akan naik. Kalau harga minyak naik lagi, parah la. Sekarang ni pun isi minyak kancil RM40 pun tak penuh. Silap haribulan kalau naik lagi harga minyak, RM80 pun tank kancil tak penuh.

Sokonglah Tun dalam usaha menukar PM sekarang ni!

Sir Pök Déng said...

Assalamualaikum Tun.

Saya masih belum layak untuk mengundi. Saya masih muda. Tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan semasa hal ehwal negara Malaysia. Kepimpinan Tun banyak mengkritik keras dasar Barat dan banyak melindungi hak keistimewaan orang Melayu di samping menjaga hak orang-orang bukan Melayu.

Sekarang, saya melihat kepimpinan di bawah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agak 'longgar' berbanding kepimpinan Tun dahulu.

(1) Orang bukan Melayu mula berani mencabar kedudukan Raja-raja Melayu.

(2) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia berani dipersoalkan.

(3) Mula "tunduk" dengan Singapura yang kita sudah tahu sikap jiran kita itu. (saya tahu kenapa Tun sangat bersemangat tentang isu jambatan yang menghubungkan Malaysia-Singapura hari itu, tetapi Dato' Seri Abdullah telah membatalkan projek tersebut dan menggantikan dengan Wilayah Iskandar.)

Saya menyokong perjuangan Tun. Apabila sampai satu penggal lagi untuk mengundi, saya sudah layak untuk mengundi. Saya ingin melihat di mana arah Malaysia selepas ini.

"Pada satu zaman nanti, akan muncul sebuah Kerajaan di Nusantara yang akan menjadi pengaruh besar dunia." - Nostrodamus

Saya nak Malaysia yang jadi kerajaan itu. Kepimpinan negara yang akan menentukannya nanti.

Oopps.. lupa nak ucap selamat pagi. Selamat pagi Tun. :)

silversurfer said...

Tun,

Saya amat bersetuju dengan pandangan Tun. Segala yang berlaku perlu diselesaikan seberapa segara. Kebangkitan sesuatu perkara mengambil masa lama..dan ianya tidak semudah spt disangka.

Tun sudah banyak berjasa kepada UMNO itu sendiri dan kepada negara malahan saya membesar melihat perubahan yang dijanakan oleh Tun..Cuma hairan dikala ini, Tun diketepikan begitu saja..sedih.



saya sendiri adalah generasi Tun. pemimpin seperti Tun sukar dicari.

kubangpasu said...

salam...
tun saya sokong tun..dan ank tun...

Hamydy said...

salam Tun

saya menyokong pendapat tun dalam memperbetulkan UMNO dan kerajaan sekarang. UMNO dan kerajaan sekarang lemah dan senang tunduk kepada lawan. Saya tidak sabar menunggu perubahan

mus said...

kalau macam ni keadaannya..macam mana dengan WAWASAN 2020?

Fazli Razali said...

Tun...saya tidak tau lagi apa yang harus diperkatakan.Segala apa yang Tun katakan dengan cepat mereka patahkan menerusi media yang menjadi permainan mereka.

Tetapi bagi mereka yang membaca blog ini saya harap agar mereka sedar dan buatlah apa yang perlu untuk kebaikan dan masa depan negara kita.

Jangan berputih mata di tanah sendiri.Tun...saya berharap agar Tun terus memberi pendapat dan kritikan kepada kerajaan supaya mereka sedar yang mereka telah merosakkan tamadun yang Tun telah ciptakan untuk rakyat Malaysia.

azlishukri said...

kita perlu bertindak dan yakin bahawa Pak lah harus berundur, kata-kata Tun ini membakar semangat saya.

writer ann said...

terima kasih tun atas segala galanya

segala apa yang tun khabarkan adlah benar

hal ini terjadi juga kepada ayah saya yang dahulunya menjadi kekuatan umno di muar namun beliau sendiri sejak pru ke 12 telah tidak mengundi umno walaupun perjuangannya di dalam umno terlalu besar

semoga tun sihat walafiat sepanjang masa'
amin ya rabbal alamin

bapa saya Melan Rahmat
kami penyokong setia tun demi Allah

azlishukri said...

semua ahli UMNO bertindak lah sekarang, jangan tunggu isyarat ketua-ketua bahagian, turun ke padang buat penerangan agar pemilihan kali ini akan ada perubahan

kubangpasu said...

salam tun..
baru2 nie..saya balik kg makan kenduri kat kubang pasu rata-rata semua menyokong tun..syabas tun teruskan perjuangan yang belum selesai...

Razif Yusof said...

Salam,

Perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam lagi. Politik tanahair sekarang berada di zaman kepanasan yang amat sangat.Kemasukan pengerusi GERAK pula mungkin ada strategi di sebaliknya. UMNO tetap UMNO, hanya ada sesuatu yang perlu diperbetulkan...

mass said...

Assalamualaikum Tun,
Rakyat masih mengharapkan agar Tun masih menerajui negara. Sebagai rakyat, hidup dalam keamanan amat diharapkan.

wassalam
mass

azlishukri said...

Perlu ada keberanian yang ikhlas dalam kalangan UMNO akar umbi, cuba lihat betul-betul apakah peranvangan di sebalik kembalinya Ezam ke dalam UMNO

azlishukri said...

UMNO yang bukan lagi UMNO, maknanya UMNO yang sudah hilang semangat keberaniannya.. apa lagi yang kita ada, sudah terlalu banyak yang kita berikan hak kita kepada orang lain.

Unknown said...

Tun yang dihormati,

Jikalau tiada orang yang melayani Tun dengan baik, tidak perlulah Tun untuk tinggal dalam UMNO.
Jasa-jasa Tun memang tidak perlu dikatakan lagi. Kenapalah ahli-ahli UMNO melayani Tun seperti ini. Ini sudah dikira sebagai memboikot. Saya ingat hanya budak-budak akan berbuat demikian. Tak sangka pemimpin-pemimpin UMNO juga berbuat demikian. Macam manalah kami boleh percaya kepada mereka ini.

Inilah antara sebab kenapa UMNO boleh kalah dalam pilihanraya kali ini. Kerana mereka kurang ajar terhadap Tun. Mereka juga memberitahu orang ramai bahawa mereka adalah orang yang tidak mengenang jasa. Jikalau mereka boleh berbuat demikian terhadap bekas presiden UMNO, begitu juga mereka akan melayan kami (rakyat) ini.


Sepertimana yang diperkatakan oleh Tun, negara kita ini selama ini adalah contoh kepada negara-negara membangun lain. Selama ini, negara kita sentiasa berani untuk menegur negara-negara kuat seperti Amerika Syarikat.Sekarang ini, jangan kata nak tegur AS, Presiden UMNO pun tak berani.

Kami sentiasa menyokong Tun dan akan mengikuti Tun ke mana jua. Walaupun tiada ahli UMNO yang menyokong Tun tetapi ingatlah bahawa kami, rakyat Malaysia sentiasa menyokong Tun Dr.Mahathir, Bapa Wawasan Malaysia.

azlishukri said...

Tun sanggup membakarkan dirinya agar ahli-ahli UMNO yang lain menjadi lebih berani. Berani bersuara dan berani berkata yang benar. Maruah negara kita semakin dipermainkan, kekalahan kita untuk mendapatkan kembali Pulau Batu Putih semakin jelas membuktikan kepimpinan negara tiada kuasa melobi. Malah, dengan mudah kita menerima keputusan tersebut bulat-bulat. Saya percaya jika Tun masih menjadi PM, beliau akan mempertikaikan hakim-hakim yang telah dilantik oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Barangkali ada unsur rasuah yang telah mereka terima daripada Singapura. Dan kita harap agar Anwar Ibrahim boleh mendedahkan pula penyelewengan kuasa di ICJ tersebut, kerana kemenangan yang diperoleh Singapura ini penuh dengan unsur yang meragukan.

ontahsapo said...

lagi tun, lagi... jgn berhenti... biar yg lupa tu semua sedar....

azlishukri said...

luahan hati Tun ini cuba kita ambil iktibar..jangan main-main lagi. seriuslah kita berjuang.

Azmar bin Zainol Abidin said...

Assalammualaikum Tun Dr.Mahathir,

Saya juga rasa kesal, kenapa mereka tidak melayan Tun dengan elok.
Kenapa yer..??
Mungkin semasa mereka dibawah Tun, mereka takut dengan Tun. Tetapi, adakah mereka takut kerana hormatkan Tun ataupun adakah mereka takut kalau-kalau Tun akan 'sack' mereka..??

Sebagai seorang yang banyak memberi jasa kepada rakyat dan negara, saya rasa Tun patut diberi layanan istimewa. Sebenarnya saya rasa Tun, mereka tidak mampu untuk lakukan apa yang Tun telah lakukan untuk negara.

Tun sangat terkenal diserata dunia, ramai pemimpin-pemimpin dunia sangat hormatkan Tun. Sampai ada satu kali, pernah saya ke Hungary dan berborak dengan orang tempatan sana. Mereka rupanya tidak tahu negara Malaysia tetapi mereka tahu Mahathir. Pelik!!! Tapi itulah, Tun berjaya membawa nama Malaysia sekaligus nama Mahathir Mohamad ke serata dunia.

Hidup Tun Dr.Mahathir
Semoga Allah memberi kesihatan dan kebahagiaan kepada Tun sekeluarga.

Wassalam,
Amar.
(AJK Pemuda UMNO Cawangan Bachang Baru Melaka)

Roseanita binti Harun said...

YABhg Tun

Walau lima puluh tahun akan datang, kami berpendapat Malaysia tidak akan dapat melahirkan pemimpin yang berwawasan teguh seperti YABhg Tun.

Kami akan memastikan anak-cucu kami memahami yang segala tindakan YABhg Tun hari ini adalah untuk kesejahteraan mereka kemudian.

Kami mendoakan semoga YABhg Tun terus diberikan kekuatan untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.

NuRiLya73 said...

saya terus menerus meyokong usaha tun memulihkan UMNO. teruskan usaha tun hingga hayat tun. turunkan ilmu2 yg tun ada pada anak tun dato' mukris.tq tun "I LOVE U TUN DR MAHATHIR"...

I swear said...

Saya sangat setuju dengan Tun. UMNO has changed from arrogant, corrupt and biadab to VERY VERY VERY arrogant, corrupt and biadab. I hope UMNO will not represents Malays only. UMNO should work for the benefit of ALL Malaysians.

HangNadim2020 said...

Tun yg dihormati,

penjelasan yg bagi saya cukup untuk menjelaskan kelemahan Paklah. M'sia pernah menjadi contoh dan mendapat kehormatan dunia kerana kelantangan kita kepada pembuli, penjajah and the co-called world Police. Kepimpinan PakLah cukup lemah dan tidak berupaya untuk mengharungi dunia yang mencabar ini. kerugian bagi rakyat amnya.

http://hangnadim.wordpress.com/

NuRiLya73 said...

saya terus menerus meyokong usaha tun memulihkan UMNO. teruskan usaha tun hingga hayat tun. turunkan ilmu2 yg tun ada pada anak tun dato' mukris.tq tun "I LOVE U TUN DR MAHATHIR"...

all about food said...

Tun.
perjuangan UMNO sekarang adalah untuk memastikan POKdoLAH TU and anak beranak memerintah. itulah UMNO sekarang. dipijak dan di pandang rendah oleh semua orang. saya sendiri malu untuk memberitahu siapa PM saya sekarang. and Tun should see THE FIRST TIME IN HISTORY POKdoLAH THE DUMB AND DUMBERER is running to parliment. what a LAUGH!!!!

Anonymous said...

Sedihnya hati saya setiap kali saya membaca tulisan kesat terhadap Tun.

Biarpun pada pandangan mereka ada kesilapan pihak Tun, tetapi tindakan dan bahasa mereka terhadap Tun tidak mencerminkan keperibadian seorang pemimpin yang patut dihormati.

Di bawah ini adalah ciri ciri ISLAM HADARI yang saya belajar dari kepimpinan PAK LAH
1) Tidak mengenang budi pemimpin lama
2) Bermuka muka, berselindung disebalik agama
3) Mencuri khazanah negara untuk diberi kepada menantu, anak dan kawan
4) Menjual kehormatan negara
5) Menjual kehormatan diri
6) Pekak dan bisu terhadap suara keadilan
7) Mementingkan diri sendiri
8) Menggadai dan menjual bangsa Melayu
9) Kepentingan diri sendiri melebihi dari kepentingan negara dan rakyat
10) Dosa itu hanyalah rekaan semata mata. Syurga sebenar adalah didunia.

INILAH ISLAM HADARI YANG SAYA BELAJAR DARI PAK LAH

Selagi ada hayat Tun, tolonglah Tun selamatkanlah Malaysia dari bala yang dibawa oleh Pak Lah dan menantu dia.

Saya dan sekeluarga serta kawan-kawan akan sentiasa dibelakang Tun.

Setiap bahasa kesat yang dilempar terhadap Tun, seribu anak muda akan tampil mempertahankan maruah Tun.

jenahak said...

Assalamualaikum Tun,

Saya tidak rasa orang Melayu bangga apa yang dialami sekarang, hanya kerana pangkat,duit dan kuasa mereka sanggup bersekongkol atas dengan PM sekarang. Kononnya akan membaikpulih UMNO.

scinomore said...

UMNO AAB dah tak relevan, elok lah Tun dan yang lain keluar jer. Kita tengok AAB boleh pegi setakat mana...

Apanama said...

Inilah perasaan dan pendapat yang terbuku di-hati setiap rakyat Malaysia yang sudah jemu dengan 'tabiat jijik' Abdullah Ahmad Badawi.
Sebagai rakyat, kita wajib mempertanggungjawab-kan Abdullah ke-atas segala musibah yang sedang dan akan melanda negara tercinta ini.
Apa gunanya mengaku sebagai pemimpin unggul jika segala tanggungjawab di-pikul orang lain.
Seperti kata Tun dari mula lagi, Islam Hadhari pun mula di-HARAM kan di beberapa negeri.
Abdullah Badawi adalah seorang manusia yang cukup terdesak ketika ini sehingga sanggup tampil membuat 'PR stunt' hanya untuk menerima kemasukan semula seorang bekas pengkhianat UMNO.
Kalau yang di-terima masuk itu Presiden parti Keadilan, mungkin wajar Presiden Umno tampil, tapi siapa EZAM?
Tindakan Abdullah jelas menunjukkan betapa TERDESAK-nya beliau.
Pak Lah, your days are numbered!

Trojan Horse said...

Askum YABhg Tun dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah,
Selamat pulang ke tanah air tercinta.

Setiap kali sya membaca posting Tun, sya berasa amat geram dan 'frustrated'. Kerana apa? Kerana sya berasa mcam berada di satu corner yg buntu. Nak marah siapa? UMNO? Pemimpin2 UMNO d semua peringkat yg hanya berjuang demi kepentingan diri dan kekayaan? Nak marah orng Melayu yg terlalu selesa dan penakut. Nak marah ulama dan orang ugama yg mendiamkan diri? Nak marah diri sendiri kerana sya pun ada saham dlm list diatas tapi tak tahu apa nak buat.

Apa yg Tun luahkan adalah betul. Power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Dalam keadaan bagini, YABhg Tun, tiada lain yg kita dpt bersandar kecuali kpd NYa, Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa atas segala2nya. Ayat Seribu Dinar.... Allah akan membuka pintu atau laluan yg kita tidak sangkakan bagi orang yg bertaqwa. Juga, sesuatu itu mudah apabila Allah mempermudahkannya, tiada sesuatu menjadi sukar apabila Allah mempermudahkannya.
Marilah kita semua mohon kpd Nya setiap masa, setiap hari (khususnya lepas solat) supaya dipelihara negara kita, agama kita, perjuangan dan amalan kita dan juga kita sendiri dan ahli keluarga kita sentiasa dlm lindungan dan keredhaanNya. Dan mohonlah apa masalah atau kemelut yg dihadapi skrang akn dpt diatasi sebaik-baiknya. DIAlah yg tahu apa yg baik dihadapan kita, dibelakang kita, diatas dan dibawah kita, dikiri dan kanan kita. Dan kita berlindung dgn NYA dari sgala keburukan adanya wassalam.

YY Ong LTR! said...

Tun,

Dari kaca mata kaum bukan Melayu, UMNO bukan lagi sekuat yang lalu.

Kami dapat lihat.

Mariapun said...

Tun yang dihormati,

Saya yakin ramai yang akan sentiasa menyokong tindakan Tun. Teruskan usaha Tun dengan mengeluarkan komen-komen dan idea-idea yang bernas.

Saya yakin ramai yang sokong Tun dan gemar membaca blog daripada Tun.

ckin said...

Salam Ayahanda Tun,

Saya berusia 28 tahun, lahir jer saya sudah mengenali Tun. What I am now, because of Tun. Saya akan kenang jasa Tun di atas apa saja yang Tun telah lakukan untuk negara. Tatapi, saya tidak boleh terima kenyataan apabila UMNO sendiri tidak kenang jasa Tun.

Saya masih teruja berjumpa dengan Tun semasa Aidiladha 2002 di HiComm London. It was history of my life to meet you in person.

Pernah sekali saya ke Florence, Italy, paling saya terkejut bila sekelompok muslim disana sangat berbesar hati kami datang disana...sambil teriak " Mahathir is good..good...come...come...we buy you a dinner.."
Kelantangan Tun amat berkesan kepada seluruh muslim di dunia.

Saya doakan kesejahteraan Tun dan keluarga Tun.

Salam

Danial Iskandar said...

Assalamualaikum Tun,

Jika dahulu dizaman Kesultanan Melaka kita mempunyai hulubalang Hang Tuah yang memperjuangkan bangsa dan agama menggunakan keris Taming Sari nya, kini kita juga mempunyai hulubalang bangsa dan agama yang bernama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan hanya menggunakan kata-kata Taming Sari nya..lebih tajam dan berbisa. Bagi yang terkena auranya, maka akan menggelupurlah bagai cacing kepanasan dan tidak senang duduk seperti yg kita dpt lihat sekarang.

Sy ingin mencadangkan agar Tun membentuk sebuah parti baru memandangkan UMNO skrg tidak lagi boleh dianggap UMNO dahulu yg mempejuangkan bangsa dan agama.
Nama parti bukanlah sesuatu yg penting bagi kami rakyat Malaysia tetapi sumbanganya kepada bangsa dan agama yang lebih utama.

Sy tidak pernah berdaftar dan berminat untuk menjadi ahli mana2 parti sebelum ini. Memandangkan situasi politik semasa kini, sy tidak teragak untuk menjadi ahli kedua selepas Tun sekiranya Tun menubuhkan parti baru.

Jika Tun tidak mahu terlibat secara langsung dalam parti tersebut pun, Tun boleh menjadi penasihat parti seumur hidup dan mungkin anakanda Tun, Datuk Mukhriz sesuai menjadi Presiden pertama. Kami inginkan seorang pejuang bangsa yg berani bersuara seperti anakanda Tun sebagai pemimpin kami dan bukannya yang hanya mejadi kaki ampu pemimpin.

Semoga hasrat dan impian sy ini menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Apa kata anda pembaca2 blog semua? Setuju atau tidak?
Mungkin Tun boleh mengadakan 'poll' di sini supaya pembaca semua boleh membuat undian.

Teruskan perjuanganmu hulubalang bangsa bersama kata2 Taming Sari mu.

Sekain, salam hormat.

Iskandar

Wan Shamsudin said...

Tun yang dihurmati;

Apa yang patut kita renongkan disini adalah kenapa Presiden UMNO sekarang berbuat demikian? Adakah kerana beliau sayang akan parti UMNO ini. Ya, saya yakin beliau juga sayang akan UMNO ini, tetapi dengan cara beliau sendiri. Beliau cuba membuat bahawa beliau adalah' best of the best'berbanding dengan Presiden Presiden UMNO yang lepas.Beliau akan mencari kekuasaan dengan mengatakan bahawa beliau adalah yang 'terbaik'.

Strategi yang digunakan ini adalah, saya percaya datangnya dari 'penasihat penasihat yang terlalu muda dan dari yang kurang berpengalaman' didalam berpolitik ini.Kita tengok saja cara mereka bercakap dan menyampaikan hujah hujah mempertahankan Presiden mereka, dengan cara menunjuk nunjuk dan egoist tanpa memberi ruang untuk kita berfikir bahawa beliau adalah baik.Saya yakin, mereka yang menyokong adalah orang orang yang mengharap, samaada belas ehsan untuk mendapatkan sesuatu dari si Pemimpin itu.

Percayalah Tun, didalam berpolitik ini macam macam bolih jadi. Cuma kita sayang akan nasib negara dan bangsa kita.

Saya lihat pada zaman Tun, Negara kita terlalu di hurmati olih Negara Negara Asean dan dunia luar. Sekarang mereka juga menghurmati akan tetapi pada kelemahan Pemimimpin yang kita ada.Negara luar tunjuk baik kerana kelemahan kita, tanpa disedari mereka mengambil Pulau Batu Putih.Ini adalah 'maruah' paling besar negara kita, dan menjadi tamparan kepada Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO, yang kita sanjung selama ini untuk mempertahankan HAK kita.Pulau itu terlalu kecil, tetapi itu adalah hak negara kita. . Jika hak NEGARA sudah TIDAK bolih di pertahankan, apa pula dengan nasib bangsa, rakyat dan nasib ahli ahli UMNO? Apakah ini tidak bolih difikirkan didalam ruang kepala olih semua ahli ahli UMNO?

Apabila kita 'kyusuk' dan 'asyik'memikirkan yang lain demi 'Kekuasaan'dan bukan 'tanggung jawab' maka tanpa disedari kita mendapat kekalahan.Bagi yang berakal tentunya mereka akan mengambil tindakan dengan apa cara demi tanggung jawab akan kekalahan itu.

Apakah Pemimpin yang kita ada sekarang sanggup berbuat demikian? Saya yakin TIDAK, kerana beliau akan sentiasa menyalahkan orang orang lain. Seorang pemimpin yang benar benar PEMIMPIN akan menyalahkan dirinya dahulu dan akan bertanggung jawab. Semoga ini menjadi renongan buat kita semua.

Anonymous said...

You are getting a lot of coverage in the newspapers and even in the online news portals.
This cannot be said to be true during your time when the two previous prime ministers were completely muzzled.
You even acted against the editors of the major print media by removing them from their post.
Please sir, stop your hypocrisy .

vision2020 said...

hi tun,

what you say are correct, all umno leader now are still in denial mode, just taking care of their own pocket oni, this is what they are caring now, that y nobody dare to support you, even though they agree with you, but they dare not leave this party, they will vote opposition in the election time to reflect their anger on the current leadership only. So sad for you, take care, and we are always stand by you

FIR a.k.a DAK-US said...

Tun, saya baru berumur 21 tahun, namun sejak dibangku sekolah telah mengikuti politik di negara kita. saya menyokong apa yang Tun kata kan mengenai UMNO pada masa kini. Saya akan mendaftar sebagai ahli pemuda UMNO apabila PakLah meletakkan jawatan beliau. Terima kasih TUN.

~anak muda perak~

apex said...

UMNO yang bukan lagi UMNO....

UMNO yang tak sama macam UMNO dulu...

Pernah saya mendengar baru-baru ini,seorang hamba Allah yang saya kenali(saudara sendiri)berkata;
"Sesiapa nak cari projek,pergilah UMNO,sesiapa nak cari keadilan pergilah ke Pakatan."

Jika inilah mentaliti orang Melayu sekarang yang tak ubah seperti lalang,jangan kata 2020,pilihanraya akan datang sahaja UMNO akan hancur!!..

Setia hanya kerana ada kepentingan dan kemasukan ke parti semata-mata disebabkan duit bukan untuk membela nasib orang melayu dan rakyat keseluruhannya.

Cubalah turun padang dalam erti kata sebenar.Tengok dan dengar masalah rakyat secara live.Yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus miskin.

angah said...

salam tun

saya dan keluarga ini sentiasa memberi sokongan yg tidak berbelah bahagi kepada tun. 22 tahun Tun berjuang mendidik kami semua, tapi hari ini datang org lain hilang mcm tu jer ..

i got something personal wanna share with u, zaman u turun padang ..

browse it at http://angah316.fotopages.com / http://angah316.wordpress.com

terima kasih ..
salam hormat

Unknown said...

Tun,

Saya berdiri di belakang Tun. Don't worry.

~MZaidee~ ex-UMNO
SmoothAsia dot Com

iqrame said...

Tun,
Bila musuh UMNO masuk UMNO, nampak macam pelik. Yang Macam ni la org kata duri dalam daging....

macam tak ikhlas je masuk UMNO, Cam ada agenda tersembunyi je....

P/S sebelum pilihanraya depa kata kerajaan byk mengamalkan RAHSUAH... la ni nak masuk lak parti kerajaan....PELIK betul....

rajulun siasi said...

Assalamualaikum

Semoga Tun di dalam rahymat Allah.

Ini adalah merupakan kali pertama saya menulis untuk Tun dan sebenarnya saya memang teruja utk menulis kepada Tun kerana sebelum ini saya tidak berkesempatan utk berinteraksi sebegini. Maklumlah ketika itu siapalah saya ketika Tun memerintah saya hanya rakyat biasa.

Apapun pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun ada segala jasa Tun sebelum ini yang telah berjaya membangunkan Malaysia dengan baik dan cemerlang.Pelbagai nikmat dan kemajuan telah dirasai oleh rakyat Malaysia sekarang hasil daripada usaha Tun dahulu. KLCC,Putrajaya, KLIA,Sepang,Universiti2 dan banyk lagi yang xdapat saya sebutkan,semuanya adalah memberi kebaikan yang bnyk bagi yang tahu mensyukurinya.Secara peribadi,walaupun ada beberapa perkara yang Tun lakukan semasa pemerintahan Tun agak tidak saya persetujui, namun sekarang saya anggap ia adalah lumrah bagi seorang pemimpin, tekadang salah dan tekadang betul.

Sejak krisis Tun dengan UMNO melanda kebelakangn ini, saya merasa teruja untk mengikutinya. Krisis ini membuatkan saya ingin melihat siapakah yang benar dan siapakah yang salah.Siapakah yang lemah dan siapakah yang kuat.Lntas saya membuat pemerhatian ke atas laporan berkaitan hal ini di media2 pro kerajaan(RTM,TV3,TV7 dan TV9),jg di media pro pembangkang dan akhir sekali di blog Tun ini. Memang jelas nampaknya media arus perdana cuba menutup dan meng'cover' kelemahan pimpinan Pak Lah. Setiap hari melaporkan bahawa Pak Lah lah yang benar,dia mendapat sokongan rakyat kononnya,ahli UMNO sukakannya..namun realitinya tidaklah sebegitu benar 'kokokan' mereka itu.Akhirnya sekarang ini mereka (PAk LAh dan konco2nya) menjadi orang yang 'Hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong', dan rakyat,tak kiralah ahli UMNO ataupun tidak, menjadi mual dan menyampah dengan sikap UMNO sekarang. Sudahlah kalah teruk,dok ingat depa baguih lagi.Lepas tu duk kutuk pembangkang lagi sampai lupa nak muhasabah parti sendiri dok ikutla kata si lembik tu.

Rafidah Aziz yang dulu bukan main lagi menangis macam nak mati bila Tun nak resign,paper pun keluar muka dia mengangis.. tengok2 sekarang dia dok kutuk Tun pulak..bolehy blah la dia tu.dia layak digelar munafik sebab sebelum ini dia menyokong Tun secara tidak ikhlas,iaitu kerana ada kepentingan dirinya.

Begitulah serba sedikit yang saya lihat sekarang. Antara lain media tidak berani melaporkan realiti sebenar tentang berepa ramai yang menyokong Tun. Saya percaya ramai yang menyokong Tun. Kalau tidak masakan mana2 saya pergi jemputan, saya dengar ramai orang UMNO sendiri dok kutuk dia.Betullah kata Tun, Pak Lah perlu berundur.Memang dalam keadaan darurat, kerana saya sebagai rakyat Malaysia sekarang rasa kepimpinan negara berada di tahap yang amat lemah..very2 weak,bateri dah nak habis,kalau tak ganti bateri baru habislah bergelap seluruh Malysia.Bateri pun nak tukaq tak boleh jenis bateri 'Pak Lah'..tu bateri murah,cepat habis.Kena pakai bateri yang macam duracell,baru tahan lama. Tengoklah sapa yang layak.

Buat akhirnya nukilan saya, saya harap Tun berjaya menjatuhkan Pak Lah dan mendapat jalan yang berkesan untuk mengeluarkan bateri karat tu.
"sesebuah perjuangan (utk UMNO ke,atau mana2 Parti pun),tidaklah dinamakan sebagai perjuangan yang Ikhlas selagi mana pemimpin2nya atau pengikut2nya mengatakan yang salah itu betul dan yang betul itu salah.Jadilah pejuang yang sejati,bukannya pejuang yang pengecut seperti itu"

Wallahua'lam.

ataicha said...

Thanks for straight explaination..
Yupp.. UMNO dah lain... Perlukan perubahan segera!!..

Kalau tak negara akan kucar-kacir..

orang kampong said...

UMNO dan Pembesarnya sedang khianati Melayu. Mereka sedang pajak gadaikan masa depan orang Melayu.Mereka serupa dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor 1953 yang tulis surat menyerah Batu Putih pada Singapura. Inilah Abdullah Badawi dan kuncu kuncu nya!!!

Anonymous said...

Salam Tun, percayalah kepada janji Allah, setiap manusia akan dibalas setimpal dengan apa yang dikerjakannya, yang baik akan dibalas dengan kebaikan dan yang buruk akan dibalas dengan keburukan, balasan itu samada di dunia lagi atau ditangguhkan hingga ke akhirat. Berserah saja kepada Allah SWT.

Redhuan D. Oon said...

Kali pertama saya tersedar apa itu dunia politik sebenarnya ialah apabila seorang Perdana Menteri dari negara kecil dunia ketiga bernama Malaysia menyatakan sesuatu terhadap Australia, negara yang besar di sokong rapat oleh Britain dan Amerika Syarikat.

Saya teringat PM Australia, Paul Keating pada tahun 1993 cuba menghina Tun dengan gelaran 'recalcitrant'. Bertikam lidah antara PM dua buah negara yang tidak seimbang itu berlaku apabila (yang saya dapat agak) kerana mengecam Malaysia sebagai tidak demokratik. Dan Mahathir telah boikot mesyuarat APEC dan kecam balik yang Australia itulah yang zalim kerana penindasan orang putih terhadap orang asli Australia sampai sekarang. Mereka membunuh orang asli dulu semasa mendarat disana yang memang macam 'shooting jack-rabbits', iaitu macam menembak arnab untuk sukan.

Kami ada membaca dalam sejarah bahawa orang putih lakukan di semua tempat mereka mendarat, iaitu menangkap orang hitam afrika dan dijadikan hamba, dirogol dan dikeluarkan mereka dari agama Islam (kisah Kunta Kinte). Di Amerika, orang asli Red Indian ditembak, ditodikan dan ditipu, ditayangkan dalam wayang mereka dan diekspot keluar sebagai tidak bertamadun dan halal untuk dibunuh oleh cowboy western (hero John Wayne).

Mahathir dengan mengejutkan dan beraninya menyatakan fakta sedemikian kepada kuasa-kuasa Barat dan Australia yang terdekat itu.

Maka cara orang putih tunjuk kebencian dan keangkuhan kuasanya ialah dengan menggunakan perkataan yang kononnya tinggi kerumawiannya yakni 'recalcitrant' yang sehingga kini saya tidak ingin tahu maknanya.

Sejak itu saya sering menunggu ucapan Tun diluar negara atau mengenai luar negara dan sering Tun meletakkan perspektif yang betul dan saksama sehingga ramai pemimpin dunia ketiga tabik kesanggupan Tun mengadaikan tempat dikacamata Barat.

Dari situlah saya tidak hairan yang Amerika Syarikat dan Australia begitu hendak melihat Tun dan Malaysia kecundang.

Saya dahulu dalam PAS diindoktrinasikan supaya benci Umno serta pemimpinnya. Itu membazirkan minda sendiri dan masa hilang begitu saja tanpa mengkaji sejarah perjuangan yang sebenarnya.

Nilai tertinggi dalam Islam maupun politik ialah untuk berdepan dengan kuasa besar dan menyatakan,

"WAHAI PENZALIM!"

Tun telah mengembalikan fitrah umat dunia sejagat supaya jangan hidup dalam ketakutan kepada makhluq dan nampak jelas bahawa kezaliman yang sebenarnya adalah dalam minda diri sendiri yang tidak tepat secara ilmiah dan sikap.

Allah Bless you and hope to hear you speak this Saturday.

Redhuan D. Oon
padi-malaysia

neracakeadilan said...

Assalamualaikum TUN,

Jangan peduli dengan pemimpin UMNO sekarang...yang penting kita semua mesti bersatu menentang kepimpinan yang lemah dan dayus ni...kita semua mesti cepat dan sentiasa berwaspada...Sekarang tugas kita ialah menyelamatkan bangsa, agama dan tanahair...yang jelasnya sudah gagal dilaksanakan oleh PEMIMPIN2UMNO...

Sungguh memalukan anak cucu pejuang bangsa dahulu(Tun Razak, Onn Jaafar, Hussien Onn, etc) kini hanya mampu bersekongkol dengan pengkhianat bangsa dan dengan senyuman melihat kejatuhan bangsa sendiri...SHAME ON YOU!!!

kubangpasu said...

salam..tun
Tun umno sekarang menjadi tempat untuk buat duit bukan lagi untuk memperkuatkan parti bangsa dan agama ...sebab itulah ezam mohd nor tu pilih umno dalam keadaan la nie..untuk apa?

Jue said...

Saya setuju dengan ckin, saya berfikiran Pak Lah layak jadi menteri agama atau Ketua Pengarah JAKIM atau pengetua Maktab Mahmud.

Silap laa Tun pi pilih dia jadi PM, buang karan ja.

kumaiman said...

Salam Tun,
Mungkinkah Perdana Menteri kita seorang yang sebenarnya tidak merdeka? Maka beliau tidak mampu membuat keputusan sendiri?

awanza said...

Salam buat TDM,
Ke 'kurang ajar' an menteri-menteri dari UMNO adalah dari sikap tamak haloba mereka. Kalau tidak tak merasalah mereka jadi menteri. Dari dulu sampai sekarang budaya 'cium tangan' presisen UMNO tetap jadi amalan.

Cak Kun Cak said...

YAB Tun,

When you handed over to DS Abdullah, it was clear how UMNO leaders treated you.I was among who 'saw' it but had doubts about my own analysis.

Now, it is clear I was correct all along.

I am sad UMNO chose to evolve itself into becoming an 'ungrateful giant', but on the other hand I am more determined to see the leaders who are not fit to lead UMNO dismissed.

Enough is enough. If UMNO members will not cure this 'cancer', then the rakyat will in the next General Election.

They still believe they can buy everyone.They were wrong in General Election and they will be dead wrong in PRU 13.

On your part Tun - I cant thank you enough for speaking up. I am sure you have your mistakes and flaws, but you have shown that there is nothing to fear.

The PM may think he has power, but in reality he does not. If losing 5states still does not wake him up then maybe he needs to lose ALL the states to finally come to terms with his incompetence.

fifi said...

Dear Tun,

Harap sihat selalu hendaknya..
Benar kepimpinan Pak Lah adalah di tahap yg sgt teruk.. Kami di JB sangat kecewa dgn keputusan Pulau Batu Putih dan pembatalan Jamabtan Bengkok...
Di harap Tun dapat meneruskan perjuangan utk Malaysia.
I'll always for your healthy and safety.

Terongpipit said...

Assalamu'alaikum Tun Dr Mahathir,

Saya telah membaca kebanyakkan komen2 yang dipaparkan setelah Tun meluahkan setiap pengalaman dan buah fikiran diblog ini.
Majoritinya menyatakan sokongan mereka kepada Tun atau mereka tetap berdiri dibelakang Tun TETAPI adakah nukilan sebegini sudah cukup untuk kita membuat Pak Lah beredar dari kerusi empuk PM Malaysia?
Saya berdoa dan berharap semoga semua penyokong Tun dan mereka yang bersimpati dengan apa yang terjadi dibumi Malaysia tersayang ini mendapat satu hidayah yang ampuh untuk membolehkan Pak Lah berundur seberapa segera.
Malaysia Boleh... membujur lalu melintang patah... dan insya'allah rakyat Malaysia dan 'silent' majoriti didalam UMNO dapat menjayakan pengunduran Pak Lah.
Kami masih menanti PEMIMPIN yang sanggup berputih tulang dari berputih mata untuk menjayakan rancangan ini, insya'allah.

Wassalam
Terong Pipit

WoW said...

Only 'time' will tell the conscious people of Malaysia of what is the best for them. An arrogant party neglecting to hear the voices of the wise (Tun) and as well as grassroots will definitely loss the confidence of the people.

Anonymous said...

salam tun,


di kala ada perkembangan baru orang keluar dari UMNO mengikut jejak Tun, ada pula yang sekarang masuk UMNO, ezam, sehingga surat permohonan masuk parti di terima oleh Datuk Seri Abdullah sendiri.

Adakah memang satu kebiasaan Presiden Parti menerima sendiri setiap permohonan menjadi ahli???

kenapa Ezam diberi layanan yg begitu meriah?

Saya doakan Tun terus sihat dan bertenaga!

:)

Salam sayang kepada Tun sekeluarga


apa komen Tun?

Eny said...

Menurut Zaid, ini kerana tindakan Mukhriz dan Tajuddin mempertikaikan pelantikan beliau sebagai menteri dianggap satu kenyataan yang menghina dirinya, kerajaan dan juga Perdana Menteri - Utusan Malaysia 29 mei 2008

Jelasnya sbnarnya zaid tu sedang takut skrg ni. takut lantikannya dinilai semula oleh paklah. tp paklah dah kata takkan review balik. jd dia akan trus berikan tekanan pd mukhriz & tajudin.

Semoga tun akan terus menulis. diorg lontarkan bahasa kesat kat tun, tun rileks je...
tp bila tun ckp skit je, diorg dah mula melenting.
skrg ni buletin utama pun dah tak blh pecaya. sume siar yg menyokong tindakan diorg.
semoga mukhriz mampu berbuat sesuatu & terus mewarisi sikap tun yg berani bersuara hatta terhadap amerika dan israel sekalipun.
bukan mcm pemimpin yg dok ada skrg, dlm negara berdegar2 ckpnya, kat luar tak ada satu pun yg membanggakan.
oh...lupa depa dok sibuk dgn islam hadhari yg smpai skrg sy pun tak phm apa yg diperjuangkan. pastu sibuk dgn kebaya nyonya yg mana ianya bukanlah pakaian yg menutup aurat, pastu hiburan2 yg semakin berleluasa...depa suka la attend anugerah2 yg ada artis2 seksi tu. dulu tun tak layan pun mende remeh temeh ni....
bravo tun...

cutelala said...

salam...ayahanda TUN,

u r d best among d best..d best PM i have ever known either in m'sia or in d world..
ayahanda..perjuangan mu sentiasa di kenang sehingga akhir hayat..
MAY ALLAH BLESS U ALWAYS

harra-kiri said...

Assalamualaikum Tun,

Maruah kita sudah hilang bila kita tunduk dan terlalu lemah berhadapan dengan Singapura. Cuma saya risau pengarush pro-singapura sudah menular di dalam Malaysia umumnya dalam UMNO. Saya amat takut wujudnya "ELIE COHEN" dalam pentadbiran dan geo politik Malaysia. Mungkin orang anggap saya terlalu berfantasi atau berfikir yang bukan-bukan tetapi perkara terbut bukan mustahil. Sudah nampak kedaan politik sekarang sudah dirancang dan diplot oleh seseorang. Sebagai contoh kemasukan Ezam ke dalam UMNO merupakan titik tolak satu agenda besar yang sedang dirancangkan.

http://harrakiri.blogspot.com/

ramli sam sam said...

sokong!

Kasem Alam said...

Saya hairan sikit. Mengapa hanya komen positif saje yang dipos di blog ini. Tak kan chedet ni takdak negatif komen langsung? Kalau yang biadap-biadap tu memang padan la dipadam. Tapi kritikan yang menasabah pun tak boleh ke?

Gerenti pos saya ni pun tak lepas punye...

AyamLaga said...

Salam Tun

Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati dan melindungi Tun dari musuh2 Tun dan juga Islam....

Tak ada perkataan yg dapat saya katakan di sini melainkan SABAR dan BERTAWAKKAL pada ALLAH SWT... Sesungguhnya kemenangan itu adalah bagi orang2 yang sabar,,,,Saya sentiasa mendoakan agar mereka2 yg tersesat di tunjukan jalan kembali oleh ALLAH SWT.


Tun, bila agaknya Datuk Mukhriz akan buka laman blog sendiri... Teringin juga nak berkongsi info dgn Datk Mukhriz...

Wassallam...

AloQStaQ said...

Tun,

Dolah ni macam takmau turun ja ni ... Payah la lagu ni ... dia ingat orang suka dia lagi tu ... padahal orang Kepala Bataih pun dah meluat kat dia ... Rosak la parti keramat ni disebabkan dia yang lembab dan longlai ...

Sayangnya... sungguh sayang bila terpikiaq negara ni akan jatuh ke tangan pembangkang jika Dolah ni tidak segera turun dan umno dapat segera dipulihkan ....

Saya sayang Tun.


AloQStaQ

BravoTango said...

Salam, Tun.

Dari penjelasan Tun, saya rasa terkilan bahawa dalam masa ynag begitu singkat DSAAB telah dapat menyekat sokongan pada Tun. Soalnya, apa tidakkah Tun membuat persediaan awal sabelum menyerah kuasa supaya adanya 'kuasa tersembunyi' bersama Tun? Atau apakah DSSAB seorang stratigis yang mampu mengatasi strategi Tun? Soalan ini hanya Tun saja yang boleh menjawab.

Saya sependapat bahawa Kerajaan Malaysia kini telah hilang keyakinan badan antarabangsa saperti OIC dan NAM sapertimana Tun katakan. Kita sekarang kelihatan begitu lemah sekali lebih-lebih lagi dalam keadaaan yang serba mencabar sekarang khususnya bagi sebuah negara Islam (questionable). Kalau di zaman Tun dulu kami turut merasa bangga dengan pengiktirafan keatas negara ini tetapi sekarang kami terasa turut tertekan dengan imej buruk Malaysia.

Saya setuju dengan kata-kata Tun bahawa kerajaan DSAAB tidak lebih daripada talibarut kepada Amerika dan sekutu-sekutunya. Dan kita pun tahu kedudukan Singapura viv a viz Amerika dan Zionis Israel.

blink4blog said...

Tun,

When you say those UMNO members that voted for opposition during the last election are not brave to voice out their dissatisfaction against Dato Seri Abdullah and why all of them never quit UMNO following your action? Are they still hoping to find something or believe in something within UMNO?

Maybe there are some that still relies on contracts, interests or even position provided by UMNO that keep them in the party, so do you think those people think the same way as you do that care more about the party as you said?

I believe not all are as loyal as you towards the party you fought for since all these years. But one thing i certainly agreed that if those action they taken that isolate you are true, then this is real dirty.

Anyhow, please take care yourself. Cheers!

Nostradamus said...

Tun,

3 Questions which Tun have not explained to everyone and which still make me doubt your sincerity and motives:

1. Why did Tun step down as PM after 22 years?
2. Why did you nominate Datuk Seri Abdullah as your successor?
3. Why is YB Mukris still in UMNO? Is he not your son and must be loyal to the father?

Dirahsiakan said...

salam,

apa yang paling menakutkan saya adalah si KJ tu.. banyak jgk keputusan negara oleh AAB dipengaruhi oleh dia sebenarnya..

saya pun tak faham, bgaimana dia boleh jd ahli perlimen dalam masa yg begitu singkat..

mesti ada cmpur tangan dari AAB kan..

apa komen anda semua??

long live TUN..
salam.

renee said...

Askum Tun,

Saya amat simpati dgn nasib Tun. Tun jgn risau, masih ada lagi rakyat yang menyanjung Tun.

Tu lah pepatah, melayu mudah lupa di mana melayu kita mudah lupa jasa2 Tun yang membawa mereka di kedudukan sekarang. Biarkan mereka.
Tak selama2nya mereka di atas.

Selagi ada hayat, kita lihat setakat mana mereka boleh menongkak langit.

Anonymous said...

assalamualaikum...

saya byk mengikuti perkembangan UMNO terutama melalui mykmu dn laman ini..

secara konklusinya, saya dapati ramai komenter2 menyokong tindakan tun serta bersejutu dgn pandangan tun mengenai pemerintah UMNO...termasuk juga saya.

akan tetapi, rata-rata saya dapti sokongan tersebut seolah hanya mengharapkan tun seorang sahaja untuk melakukan perubahan dlam pemerintahan UMNO..seolah2 mempertanggungjawabkan kepada tun seorang shaja..bagaimana dgn kita? pe tanggungjawab kita?apa sumbanagn kita dalam membawa perubahan ini?

sya percaya jika hanya tun shaja yang dipertanggungjawabkan dlm hal sebegini..dan kita hnya sekadar menyokong tanpa tindakan susulan..sememangnya sukar utk sesuatu perubahan itu berlaku..

sya bukan lah ahli umno..tetpi umno adalah parti pemerintah kesayangan saya..akan tetapi sungguhpun saya bukan ahli..tetapi saya boleh melakukan sesuatu dalam usaha mneyokong tun..

sya bukan meminta utk tukar kerajaan kepada pakatan rakyat..tetapi hanya meminta agar kita smua membuat tindakan agar dpt menjadikan umno kembali bersinar di hati setiap org melayu..

Freedom For All said...

Ini yang UMNO akar umbi perlukan...
PENJELASAN terus dari YAB Tun. Perjuangan TUN belum Selesai lagi, selagi hayat di kandung badan perjuangan untuk Islam & Melayu wajib di teruskan... dan sayamendokong segala kudrat yang ada untuk perjuangan Tun...
TERUSKAN PERJUANGAN INI....

Unknown said...

Sorry, luar topic. Saya Adlin, nak tanya Dr, RM dahulu Dr fix kan disebabkan apa? Tak bolehkah kita fixkan harga minyak? Ada tak cara dari segi ekonomi untuk kita jadikan harga minyak nieh stabil? Saya nampak, ini adalah satu lagi serangan seperti serangan matawang dahulu......

Tebuan^Tanah said...

TUN, saya adalah seorang diantara ribuan rakyat malaysia yang sedih apabila TUN diperlakukan sebagaimana hari ini.Bagi saya,ketiadaan TUN memimpin negara ini bagaikan satu kehilangan yang tiada gantinya.Saya tidak pernah bertemu TUN secara lansung,tapi pertemuan secara lansung dengan TUN adalah menjadi cita-cita saya.Harapan dan doa saya moga TUN diberikan kesihatan yang baik.Lawatilah tebuantanah928.blogspot.comn

rajulun siasi said...

Salam Tun

Saya terlupa nak tanya pendapat Tun ttg kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Boleh tun komenkan sedikit..Sebab saya rasa ada yang tak kena. Ezam tu apa prinsip dan pegangannya. Dulu sokong UMNO,pas tu keluar UMNO, pas tu masuk balik di waktu umno kritikal ni. Pemimpin UMNO pulak beriya-iya alu-alukan kemasukannya.Berapa 'juta dioarang beli ezam tu'. Pembangkang pulak senyap je.. Isk,xfaham saya. Kenapa main politik macam 'biawak' je diorang nie. X konsisten langsung.


Harap komen TUN...
Sikit pun jadilah.

Azmany said...

It has been 3 months since PRU12 results. What ever that made BN and UMNO lost (we all know what they were but UMNO is yet to identify the reasons), there is no change as far as we can tell.

All talk and no action - 'berserah kepada tuhan' will not help us. We clearly need a revolution and to do that we need a new vehicle - untainted with power and corruption.

We need leaders (not just Tun sahaja) to carve out a new history for our nation, to bring back our people's struggle and to ensure our survival.

Remember 1511 and revive 1950s. History will repeat itself but we can make sure that it is the right history.

musato said...

Assalamualaikum Tun.

Bagi pendapat hamba yang tak seberapa bengap ni..Karpal sokong UMNO.Bagus.Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO.Bagus.Tun pencetus emosi Bollywood.Bagus.Sekarang biar pejuang muda yang bertanggungjawab menjalankan tugas.Tun duduk diam-diam makan jagung sambil tonton wayang.ok.

Terima kasih Tun.

waterskater said...

Salam Tun,
UMNO sekarang BUKAN macam UMNO yang dulu. UMNO sekarang LEMAH, PENAKUT dan MUDAH DIPERKOTAK-KATIK KAN.Mcm mana nak bela bangsa Melayu kalau MT pun lemah dan kuat membodek? UMNO sekarang dah mcm enjin kereta yg tgh rosak tp masih lg nk merangkak teruskan perjalanan yg sekarang ni entah ke mana destinasinya. Biasanya kalau enjin dah rosak, kita kena buat overhaul, bukannya redah mcm tu je, nnt makin rosak jadinya.To all UMNO "leaders" out there, go get a life! You acted like a plain loser (or are you?). And this goes to PEMUDA UMNO.Do not punish Mukhriz Mahathir.He's just telling the truth on behalf of the majority. UMNO is a democratic party and its members are free to give out their opinion. Need we say or act more?
We are with you,TUN!

Yusuf Hakeemi said...

YABhg Tun...

Saya ingin komen terhadap Ezam kononnya kembali kepada UMNO. Ezam merupakan seorang pengkritik UMNO semasa berjuang dlm KeADILan bersama DSAI. Seperti kita sedia maklum, KJ merupaka kawan rapat DSAI, dulu hingga kini walaupun tidak secara terang-terang. Ezam dipujuk kembali kepada UMNO merupakan agenda politik golongan yang bercita-cita tinggi untuk menerajui UMNO dan kerajaan mungkin 5 tahun akan datang.

Teorinya, KJ tidak boleh bertanding Ketua Pemuda di AGM UMNO November ini disebabkan, jika KJ bertanding, dia akan kalah dengan alasan KJ telah terlalu banyak membuat kesilapan tambahan pula lawannya akan menggunakan isu ini dan juga isu "menantu" ABB. Jika kita renung sejenak, pak mertua Presiden, menantu Ketua Pemuda. Tambah lagi satu lagi baik, isteri Ketua Wanita, maka legkaplah untuk dijadikan sejarah iaitu UMNO dikuasai oleh ahli keluarga.

Ekoran itu, Ezam dipanggil untuk kembali UMNO untuk tengok reaksi ahli-ahli Pemuda. Maka selepas itu, ditunjuklah Ketua-Ketua Pemuda Bahagian supaya mencalonkan Ezam sebagai Ketua Pemuda. Apabila Ezam menang, maka sudah tentunya KJ Timbalannya. The next AGM (3 tahun selepas Nov 2008) Ezam atau KJ akan bertanding Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Mereka nak jatuhkan Hishamuddin. Mana boleh sepupu (Najib & Hishamuddin) jadi Presiden & Timbalan. Apabila Ezam atau KJ Timbalan, maka lengkaplah susunatur perancangan (strategi) mereka untuk memerintah Malaysia.

Kemasukan Ezam jika diterima masuk UMNO, bolehlah dikatakan UMNO ni "bacul". Ezam yg. terang-terang menentang UMNO (seperti meludah dijilat balik) sanggup diterima oleh UMNO. UMNO yang bukan UMNO.

Renungkanlah saudara-saudara kelian.

Wassallam YABhg. Tun

Abam Faiz said...

Betul apa yg Tun cakapkan. Saya tak rasa seleps ni BN akan menang lagi. Saya harap Tun dapat membantu membetulkan UMNO kita semua.

OpenMIND said...

what about those malaysian bukan bangsa malaysia? are they equal?

panglimapemuda said...

WE LOVE TUN DR. MAHATHIR

aishah yunos said...

Tun yang saya hormati,

Slm..

Keputusan Tun untuk keluar dari UMNO,saya hormati tapi sedikit terkilan.Walaubagaimanapun,sebagai seorang yang berfikiran jauh dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dlm UMNO,semestinya Tun sudah berfikir masak2 untuk melakukan tindakan terseebut..

Tun,alangkah baiknya jika pemimpin yang ada sekarang ini mengambil pendekatan seperti Singapura yang tidak "membuang terus" pemimpin terdahulu..

Amat terkilan bila melihat gambar Lee Kuan Yew bersama2 menteri kabinet singapura duduk semeja menyaksikan keputusan kes batu putih dalam khabar singapura...

begitu mereka masih menghormati dan mengambil berat pandangan dari beliau sehinggakan ari ini,beliau masih manjadi menteri mentor kepada
PMnya..

Saya percaya pandangan Tun masih diperlukan..tapi sayang mereka tidak sedar akan itu..

Budaya Melayu amat mementingkan sikap menghormati orang yang lebih tua,tetapi budaya itu tiada dalam parti orang melayu...sedih sekali...

HeroTamil said...

Salam Sejahtera dan salam hormat buat TUN dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah serta keluarga.

UMNO sekarang bukan lagi wadah politik yang membawa Melayu khasnya dan Rakyat Malaysia amnya maju kehadapan.

Mengungkit perkara yang berlaku 6 hingga 20 tahun yang lepas telah menjadi agenda UMNO kini untuk di jadikan alasan kekalahan PRU ke 12.

Mungkin ini lah hasil bedah siasat mereka di tkt 4.

Tok Menteri Nek Menteri bercakap pun dah tak berfikir lagi, ikut sedap mulut tanpa menyedari menyelar diri sendiri, bila di ungkit kesilapan kata-kata mereka.
Kami yang di bawah ini juga yang dipersalahkan.

Memang benar ramai YB-YB BN semasa TUN dulu, sudah mula merasakan keangkuhan diri.

Namun dgn kepimpinan TUN, tak banyak, sedikit kami masih lagi merasa apa yang TUN laksanakan.

Sekarang??
Nak harapkan YB YB UMNO BN nak tolong org Melayu la nie .. amat perit memasing jaga perut sendiri. Yang lebih mengecewakan Pemimpin yang ada kini pun sama 2 x 5.Malahan lebih teruk lagi.

Sedih dan takut memikirkan nasib anak bangsa saya di masa hadapan.

Wishful thingking....,
TUN menerajui semula kerajaan.

herotamil, mykmu.net

wunan said...

WE LOVE U TUN DR.MAHATHIR!! Please dont give up...Perjuangan TUN belum selesai...We Always Support u...

Semoga TUN sihat di samping keluarga....

Mr Zam, Emzeti IT said...

Salam Tun

Saya pertama kali menghantar mesej ke Blog Tun.
Seingat saya, paling dekat dan rapat saya berjumpa Tun ketika Tun merasmikan Kampung Tradisi berdekatan laluan Changlun-Perlis-UUM.
Saya menyokong pemimpin yang membawa kepentingan semua rakyat bersamanya, kepentingan negara juga.
Selamat menulis lebih tajam Tun demi kebenaran.

Mariapun said...

Sabarlah Tun,

Masih ramai rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong Tun.

Memang dah adat bila seseorang itu telah bersara, orang takkan hormati. Begitulah yang terjadi dalam Malaysia sekarang ini, itu pasal la pihak kerajaan setuju lanjutkan umur persaraan bagi memberi ruang untuk pegawai kanan kerajaan terus berkuasa dan disegani. Tapi sampai bila nak dok pegang jawatan? Bila tiba masanya kena bersara jugak dan akan tempohi jugalah perkara yang ditakuti iaitu kehilangan pangkat dan pengaruh.

Dalam kes Tun Dr Mahathir, sepatutnya perkara ini tak berlaku. Sepatutnya Tun menjadi pakar rujuk. Tun dah beralah dengan melepaskan jawatan kepada Pak Lah. Teringat saya masa mula-mula Tun umum nak bersara, mas tu Pak Lah beriya-iya nak Tun tarik balik keputusan agar tak letak jawatan. Menteri-menteri kabinet pun bukan main bersedih kononnya mengharap Tun mengetuai barisan kabinet untuk beberapa ketika lagi. Tapi sekarang, bila Tun dah lepaskan jawatan, mulalah pelakon-pelakon menunjukkan diri yang sebenar.

Memang tak boleh nak salahkan Pak Lah kalau tak nak ikut cara Tun tadbir negara, kononnya ada pendekatan sendiri, tapi jangan la terus menyombong dengan tidak mahu mendengar nasihat mantan PM yang telah banyak berjasa pada negara. Atas sebab kedegilan Pak Lah lah yang menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12. Pada dasarnya BN masih teraju negara tapi hakikatnya dah kurang pengaruh. Kali ni kurang 2/3 majoriti, lepas ni kompom tak dapat majoriti pun kalo Pak Lah masih tak mahu undur.

Mungkin juga Pak Lah teringin akan post ketua pembangkang.. Tu pasal la dia masih nak dok kat kerusi no 1 UMNO.

Buat Tun, saya boleh jamin masih ramai yang menyokong. Buktinya, tengok sahajalah, setiap kali Tun hasilkan artikel dalam blog, ramai yang beri sokongan. Memang la ada 2-3 langau yang dok menyibuk nak kutuk Tun, tapi majoriti lebih 2/3 yang sokong Tun.

Semoga Allah panjangkan usia Tun.

johnsilver said...

salam tun,
please answer all the accusations in 'mahathir: 22 fiascos in 22 years of power' written by batman which was first published in malaysia today on 13th april 2008 and republish today,tq and selamat berjuang.

anjang said...

saya memang kagum dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tun dalam membawa negara ke arah suatu perubahan yang besar. amat merasakan perubahan dari era 80an ke 90an. saya datang dari kg yang jauh dari bandar. dari zaman 80an ke 90an dengan jelas dapat dilihat perubahan kepada ekonomi org melayu. dari hanya pergantungan kepada pertanian, tun mewujudkan pelbagai kemudahan kerja yang lain yang secara tak langsung memberi peluang kepada rakyat yang seterusnya dapat meningkatkan ekonomi rakyat.

sedangkan apa yang terjadi sekarang sebaliknya. kepimpinan sekarang mahukan negara menjadi negara pertanian kembali tiada salahnya. tapi apa yang peliknya semakin mahu menjadi negara pertanian semakin sumber makanan tak mencukupi. beras tak ada rakyat semakin susah.. kos sara hidup yang amat tinggi.

lagi satu yang saya rasa dengan kehebatan tun dimana kejadian ini terjadi keatas diri saya sendiri, tahu lepas saya ke sebuah negara di eropah, didalam train mereka yang serba canggih saya berbual- bual dengan penduduk tempatan, apabila diberitahu saya dari Malaysia mereka terdiam seketika mungkin memikirkan dimana letaknya Malaysia dalam peta dunia. tapi sejurus itu mereka mula berkata dan menyatakan yang mereka tahu sesuatu tentang m'sia, dan apa yang mereka tahu adalah tentang Dr. Mahathir Mohamad, Terdiam saya betapa kuat nya pengaruh Dr. M.

Apa pun Dr.M saya doakan kebahagian Dr

ridzuan said...

sejak tun letak jawatan macam-macam perkara yg kurang menyenangkan berlaku di Malaysia.Alangkah baiknya kalau tun masih PM sekarang.

haisiang said...

why dont you write something about projek ic or projek dr.M?

Meooo Comicore Club said...

Tun Mahathir yang bukan lagi Tun Mahathir. Taniah kerana Tun lantang bersuara suoaya perubahan Umno segara dilaksanakn.

MP-KedaiKopi said...

Dear Tun,

Abdullah Badawi sebenarnya bukan seorang yg baik, dia hanya mahu kelihatan baik, berpura-pura baik dan berbeza dari Tun dia seboleh bolehnya mahu keluar dari bayang2 Tun yg cukup hebat itu. Untuk itu dia akan lakukan sesuatu berbeza walaupun tindakan itu bodoh merugikan dan merosakkan. Seperti dasar keterbukaan yang tak kena tempatnya, isu perlantikan hakim2 dan pembatalan projek jambatan johor-singapore kesemua dasar2 ini memperlihatkan betapa beliau mahu berbeza dari Tun walaupun terpaksa menggadaikan maruah negara dengan tunduk kepada tekanan drpd singapura dan jika dasar2 merugi dan merosakkan, apakah relevannya UMNO, Pak Lah dan barisan kaboinet kaki ampu ini?

Pak Lah bukan saja yg tidak baik dan tidak layak jadi pemimpin malahan bel;uiau juga seorang yg tidamk mengenang budi danb tiadk tau berterima kasih. Siapa yg peduli ttg beliau dan ingin mencium tgn beliau sbelum ini sehingga dia di angkat oleh Tun sbagai TPM kemudian sebagai PM dan malangnya Tun kena akui keputusan Tun melantik beliau sebagai TPM dan PM adalah satu2mny keputusan yg paling silap yg pernah Tun buat sepanjang menerajui negara ini.

zukeri said...

Salam,
Memang UMNO sekarang bukan lagi UMNO. Keadaan ini terjadi sejak Tun tubuh UMNO baru selepas krisi 1987. Sejak itu UMNO bukan lagi UMNO.

Azhar Manjoi said...

masih terdapat UMNO yang berani di peringkat bawahan.
saya akan membawa usul kedaulatan negara dalam AGM cawangan saya. tapi sedihnya, peringkat cawangan, mungkin ditolak oleh ahli lain

CBGpadi said...

TUN DR.MAHATHIR....Dulu,Kini Dan Selamanya..

NFH said...

Salam Tun Yang dikasihi rakyat,

Sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi pada Tun. Si 'Tanggang' Pak Lah memang penderhaka. Kalau zaman dulu pastinya dia dihukum bunuh oleh Raja kerana berkhianat.

Apa yang terjadi pada Tun dan Tun Siti harus diambil iktibar.

1. Yang paling penting, tak guna bekerja untuk parti UMNO atau lebih dikenali sebagai 'Parti Abdullah Badawi' ini kerana dia tak akan kenang jasa kita malah selepas kita penat kerja nanti dia akhirnya buat kita sebagai musuh pula.

Iyalah, jika Tun yang serah kuasa kat dia pun dia kurang ajar, inikan pulak kita ni rakyat biasa.

Saya tak sanggup teruskan tulisan saya sebab terlalu MELUAT dengan Pak Lah & Co nya.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar bagi Abdullah Badawi secepat mungkin. Amin...

Ija said...

Selamat Pagi Tun :)

I just wanna wish you, MAY GOD BLESS YOU!

Saya merupakan anak kelahiran di bawah pimpinan Y.Amat Berbahagia Tun, saya akaui segala semangat dan aura Tun sentiasa menyelinap ke liang-liang roma saya kerana saya sanagt mengagumi Tun.

Kerana terlalu sayangkan negarawan ulung inilah, setiap kali mendengar cacian mereka terhadap Tun, tanpa disedari berlinangan air mata kerana terluka. Apapun, saya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Tun untuk terus berjuang selagi hayat dikandung badan.

p/s: Ayah Tun dan Mama Tun, jangan lupa jaga kesihatan.

Love,

Anak Jati Kedah

debu-papa said...

Tun, I support you!

UMNO mmg sudah tenat skrg nih..

Great mamak,

Orang macam EZam join UMNO disambut meriah oleh Presiden UMNO adalah satu symptom besar - pimpinan yg teramat lemah dan kaput dlm sejarah Malaysia.

Kubur dah kata mari.. mari jer lah..

CBGpadi said...

Kemasukan Ezam dalam UMNO,ada sesuatu yg x kana dlm hal ni,patut di siasat

Mohd Nadzri Kamsin said...

Tun
Isu perlantikan Dato Said sebagai Menteri Besar Terengganu masih menimbulkan tanda tanya sehingga ke hari ini. Sebelumnya, Pak Lah beriya-iya mempertahankan Dato Seri Idris Jusoh. Kesemua ADUN BN pun menyokong Dato Seri Idris Jusoh. Kemudian, tiba-tiba keputusan MT UMNO berubah pula. ADUN BN Terengganu masa itu saya masih ingat terpinga-pinga dan tidak mahu memberi komen. Akhirnya, hendak atau tidak terpaksa mengikut keputusan MT UMNO yang diumumkan Pak Lah. Apa cerita di sebalik ini semua?

orang kampong said...

Tun,
Saya ingin beri maklum balas kepada jurukomen di atas bernama "kubang pasu".
Bila baca komen "kubang pasu" saya naik rasa benci, bukan pada "kubang pasu" dan rakyat marhain Kubang Pasu. Saya naik meluat dengan orang orang Umno Kubang Pasu,dari AJK Cawangan,Ketua Ketua Cawangan,WAnita Pemuda,Putri,seluruh AJK Bahagian,dari Ketua,Timbalan Ketua Bahagian,Naib Ketua Bahagian termasuk yang menjadi kaya raya akibat sokongan Tun semasa jadi PM( itu pun sekadar membantu sebagai rakyat bukan kroni). Mereka semua tiada maruah harga diri. Dulu kita sering nampak mereka bukan sahaja cium tangan Tun,buntut Tun pun mereka nak jilat.Sekarang mata hati mereka tertutup,nilai diri mereka hilang kerana duit,pangkat dan kepentingan diri. Apa saja orang sogok mereka makan,RM200 untuk perwakilan,RM1000 untuk AJK Bhg dll lagi asalkan dapat jatuhkan Tun dalam G7. Mereka lebih dasyat dari sejenis haiwan dipanggil BABI. Haiwan BABI ini walaupun sifatnya makan apa saja yang dihambur kedalam kandang nya ada juga benda yang dia tahu pilih untuk tidak makan.Kalau BABI itu diharam Allah Taala mereka ini pun ada sifat sifat yang diharam Allah pada mereka. Paling jelas sifat sifat munafik yang mereka tunjuk.Naauuuzuubillah! Johari Baharom,seorang guru senaman yang mendapat ijazah dari Waikoto University New Zealand (seorang kontraktor Kelas A atau pelobi projek sahabat Johari dikenali sebagai RONDO mendakwa menanggung bayaran ijazah berkenaan setelah Johari berjanji membantu beliau dapatkan projek,Wallahhuaalam )tidak akan berada ditempat sekarang kalau Tun tidak melantik dia jadi SetpoL Tun dulu. Disebabkan Tun lantik dia jadi SetPol orang ingat dia tuu ada otak.Rupanya dia masih meniup wisel senaman walaupun bertaraf Menteri. Memang rakyat bawahan at5asan non partisan memihak kepada Tun tetapi puak puak Umno Kbg Pasu ini seperti ada sifat sifat munafik pada mereka.Sdr "kubang pasu" perlu balik Kubang Pasu dengan lebih kerap kalau Sdr org berasal dari Kubang Pasu utk hapuskan org org munafik dalam Umno Kbg Pasu.Jgn sekadar balik makan kenduri sahaja,orang kampong pun pandai makan kenduri.

Kun Mali said...

Tun.... sebagai generasi muda... sy antara yg memahami segala yg berlaku pada diri Tun selama ini. Sabarlah Tun... sesungguhnya perjuangan kita ini takkan selesai dan menuntut pengorbanan sepanjang hayat insan2 yg mempunyai kesedaran dan iman.

Tun... walau apa pun yg bakal berlaku... ketahuilah... kami tetap ada... bukan hanya dibelakangmu... malah rela ke depan dalam bersama berjuang utk Ketuanan serta kedaulatan Melayu-Islam...

Tun... GODSPEED...

fareed said...

Dear Tun,

my family especially my parents, Tn Hj Mohd Ali Abdullah & Hjh Aminah Mohamed send their warmest regards to both Tun. If Tun could recall, my dad, used to work for you for Food Union at Kilang Nenas, Johor. We are 100% behind you and now we have also quit as UMNO members to show our support and would only join UMNO when Pak Lah steps down. Semangat juang Tun dapat kami rasakan dan only UMNO MEMBERS whom are patriotic and love UMNO would dare to quit as MEMBERS even UMNO leaders are to weak to do anything.

Salam from us.

HLRJATI said...

TUN yg dikasihi...

Sejarah telah menulis, TUN adalah lagenda dalam sejarah Malaysia. Tun telah menongkah segala arus yg melanda dan telah berjaya memacu nagara tercinta ini ke mercunya.

Namun apakan daya, bila mana manusia yang angkuh dengan kuasa dan jawatan yang dimiliki telah menafikan segala bentuk coretan dan lakaran yang telah tun bina sejak dulu.Mereka lupa pada hakikat bahawa atas coretan itu mereka dapat mengecapi apa yang ada pada mereka sekarang.Sesungguhnya sejarah akan menilai dan menghakimi mereka satu hari nanti bilamana derhakanya jebat kerana menegakkan kebenaran.

Jebat yang dibilang derhaka telah disanjung sejarah kini,manakala Hang Tuah setia membabi buta telah kehilangan tuahnya hingga kini.Bersabarlah dan teruskan perjuangan Tun kerana sejarah bangsa Malaysia akan disinari dengan usaha Tun ini.Saya sedar dan kalangan rakyat juga sedar yang tun berjuang dan membangunkan negara ini atas dasar tanggungjawab selaku khalifah.

Natijahnya, akhir zaman ini akan berlaku satu zaman dimana orang yang jahil akan dipuji dan diangkat menjadi pemimpin manakala orang yang berilmu ditahandan dipenjarakan.

Saya seru pada sekelian warga bangsa Malaysia supaya segera bersatu dan menentang segala ketamakkan haloba untuk memenuhkan perut diri dan keluaraga sendiri bagi mengaut keuntungan hasil negara ini.Sungguh tidak kami halalkan kebijahan kamu ini.

Terima kasih Tun kerana masih terus berjuang demi kami, rakyat negara tercinta ini.Semoga jasa bakti Tun mendapat limpahan rahmat dari tuhan yang Esa. Sekian

Dr.Jones said...

Welcome home Tun! I read your thoughts with disgust on how these ungreatful bunch of your so called followers treated you. It will be a wishful thinking of yours if you expect them to resign from UMNO and follow you out. Why?? What have you got for them? I would sadly say...nothing! By staying put in UMNO and becoming YES men, at least there's a possibility of making something out of it. Anyway, you'll always have my sincere support, regardless of how many unreply letters and birthday cards i've sent you. It all comes from the heart, my honourable Tun! I honestly feel that you should just take a back seat and see how UMNO rot! Afterall, no one will ever appreciate your good deeds but instead labelling you a "Thorn in the Flesh"! I will go and do something that favours my health, like horse riding etc..if i were you sir! That makes you a more happy man, no? Take care my beloved PM... now and always!

MP-KedaiKopi said...

Dear Tun,

Seorang diktator yg bijak, cerdik dan berpandangan jauh, jauh lebih baik dan diperlukan kerana rakyat dan negara dapat manfaat dan menumpang di bawah kebijaksanaan.

Tetapi pemimpin yg berpura2 baik dan mahu kelihatan baik tetapi lembik, bodoh dan tak cerdik akan hanya membawa padah kepada rakyat dan negara dengan tindakan2 tidak bijak dan bodohnya itu.

Nasirudin Anjud said...

Dear TDM,

Artikel TDM ini perlulah dilihat dari sudut konteks tajuk tersebut "UMNO yang bukan lagi UMNO".

Untuk menguatkan lagi tanggapan Tun ini biarlah saya ceritakan pengalaman saya naik teksi melayu pada tahun 1984 vs. tahun 2002.

Pada tahun 1984 apabila saya naik teksi, melayu tersebut buka bonet dan meletakkan beg ke belakang. Charge: percuma.

Zoom ke tahun 2002 apabila pemandu teksi tersebut buka bonet dan letakkan beg ke belakang.
Chargenya: RM 2.00

Mungkin nilah yang dikatakan UMNO bukan UMNO lagi.

"Umno" yang asal bersifat tolong menolong manakala "UMNO yang bukan lagi UMNO" sudah pandai berniaga dan terlupa tanggungjawab sosial mereka.

Tak hairanlah kalau ahli "UMNO yang bukan lagi UMNO" di Sabah ni pun kebanyakannya masuk "UMNO yang bukan lagi UMNO" untuk tujuan cari makan.

Malahan tak lah keterlaluan kalau saya katakan mereka-mereka ni kemudiannya nak jadi "YB" supaya lebih mudah cari saluran jumpa "bos" untuk melobi projek2.

Sebagai kesimpulan saya melihat kebenaran kata Tun tentang "UMNO yang bukan lagi UMNO" bukan sahaja pada peringkat kepimpinan bahkan telah berakar pada kebanyakan ahli-ahli peringkat pengurusannya.

Terima kasih.

ASHAR said...

TUN,


Jelas, sejak awal Pak Lah sudah mempunyai agendanya, menghapuskan kecemerlangan TUN.

Mula dengan tidak membenarkan TUN berucap dalam UMNO sendiri.

Dan melarang ahli UMNO menghadiri ucapan TUN, sehingga platform TUN untuk bersuara tidak lagi melalui UMNO.

Memang sedih sekali tindakkan Pak Lah mengkhianati orang yang menaikkannya.

Bak kata anjing--melepaskan anjing tersepit lansung mengigit tangan....!!!

Siapa sangka Pak Lah tega berbuat begitu, siapa sangka Pak Lah nampak "baik" tapi sebusuk itu. Yang hairannya bersikap pada TUN sebegitu, orang yang menaikkannya.

Apakah sikap Pak LAh di sini yang dapat kita simpulkan:

1.Seorang yang mudah lupa jasa orang.

2. Seorang HIPOKRIT. depan lain belakang lain.

3. Ada agenda "jahat" dalam pimpinannya.-mungkin ada pakatan dengan pembangkang.( Ezam dan lamai lagi musuh jelas UMNO akan di masukkan oleh Pak lah dan Khairy ke dalam UMNO)

4.Seorang yang tak consistan dengan cakapnya. kenyataan yang berubah ubah. Perjanjian dengan TUN dulu dikhianati.

5.Seorang yang kurang berilmu sebagai PM-pemimpin lemah.

6. Seorang kecundang, tidak dapat menilai mana kaca dan permata.(menerima nasihat dari orang yang tidak sepatutnya)

7. Seorang tak layak dihormati, kerna tak tahu menilai budi dan jasa.- TUN tak di hormati apalagi yang sudah mengundinya.

8. Seorang nampak "lembik" tapi sebenarnya bukan lembik tapi "keran kepala", tak faham apa rakyat cakap.

9. Telunjuk lurus ,kelingking berpaut.

10. Macam ketam, nak ajar anak jalan lurus tapi dia tak betul. Ini contoh yang memalukan. Islam Hadari lah---lebih baik jangan cakap kalau kita belum siap, dakwah pada diri sendiri,anak dan isteri dulu sebelum ke rakyat.

Aduh banyak lagi....


Ini lah PEMIMPIN PEMUSNAH...

Cepat bertindak ...

Maruah negara akan hancur di bawah Pak Lah.

Salam dari perantau

Angkatan Lancang Kuning
-ashar- 12;45

Syareena said...

A'kum Tun..

Sy berasa sedih dan terkilan kerana ahli2 UMNO dan beberapa pemimpin melayan Tun sedemikian sekali. Sebelum ini sy juga berasa hairan dan marah kerana ada pemimpin2 yg biadap dan memberi komen2 kasar dan kurang berbudi bahasa terhadap Tun. Padahal mereka itu dulu bersama2 Tun dalam kerajaan. Kita dapat lihat dahulu masa Tun isytihar bersara, siapa yg menangis dan memegang tgn Tun supaya tidak bersara? Dan siapa pula yg mengkritik Tun skrg? Rakyat sekarang bukan bodoh dan lupa..

Pemimpin2 sekarang tidak berani memberi komen yg bertentangan dgn DSAAB. Secara jujur,sy rasa kerajaan skrg tidak kukuh dan ragu mampu mentadbir negara. Yg mereka tahu hanya bercakap sahaja dan memberi komen di media2 sahaja..

UMNO sudah lain kerana di dalamnya terdapat ahli2 yg tidak ikhlas berjuang untuk negara.. Kita telah kehilangan Pulau Batu Putih yg sekian lama telah diperjuangkan sbg hak Malaysia, tp kini menjadi milik Singapore. Lepas ni apa pula?

Sy tetap menyokong Tun. Begitu juga Mukhriz.. semoga dia dapat meneruskan perjuangan Tun..

Orang Melayu said...

A'kum, Tun.

Mahukah Tun kembali menjadi PM mengganti Pak Lah? Saya orang pertama untuk mengundi Tun jika Tun berbuat demikian.

Saya rasa kita orang melayu di malaysia ni terlalu berlembut dengan bangsa lain hingga sanggup pijak kepala macam kes Karpal Singh dengan Sultan Perak.

Kalau mereka asyik menuntut itu , ini, kontrak sosial, ketuanan melayu, kuasa raja dan lain-lain lagi… boleh tak kalau kita orang melayu ni bangkit menuntut hak kita sebagai pribumi dan hapuskan taraf warganegara depa (Cina, India & Singh) di negara kita ini. Jadikan Malaysia Baru! Bumi Malaysia untuk Melayu dan Pribumi sahaja. Hantar diorang balik China dan India baru diorang tak berani dan nak melampau dan meminta yang bukan2 macam kes Hindraf dan lain-lain. Lagipun kesetiaan mereka kepada negara boleh dipertikai dan hanya untuk kepentingan sendiri saja.

Siapa manusia terkaya di negara ini? Nombor dua siapa?? Nombor 3, 4, 5... yg keluar akhbar baru2 ni, ada mereka berbangga menjadi Rakyat Malaysia??? Dimana jati diri mereka? Di mana kediaman mereka?.... sendiri mau ingat, bangsa kita dimana selepas 50 tahun merdeka!

Dan jika itu tak boleh…. Lagi satu cadangan ialah tarik balik kuasa mengundi dari tangan mereka, baru reti bahasa dan sedar diri - menumpang di Tanah Melayu. Dah macam2 demand masih tak cukup2 lagi, kerajaan pun bagi buta tuli. Cuba minta sedikit pengorbanan dari depa... ada depa nak bagi kalau tak ada habuan! Org melayu dok macam tu jugak!.

Masa Tun memerintah diaorang tak berani nak angkat muka dan sentiasa berhati2 supaya perkara diatas tak berlaku (ini saya dengar dari perbualan antara mereka dalam bahasa hokkien) tapi bila Paklah memerintah... Tun sendiri tahu

Boleh tak Tun?.

Saya adalah rakyat negeri P.Pinang dan dalam kawasan parlimen Kepala Batas dan saya memang tak puas hati banyak dengan Paklah dalam kawasan saya dan saya lebih sanjung bekas Timb. Menteri Datuk Seri Sharif Omar ,Tasek Gelugor yg teraniaya oleh Paklah.

tuntuah said...

YAB TUN DR M,
Musuh kita yang nombor 1 adalah DSAI, Manusia yang bermuka-muka dgn hampir semua orang mengikut kepentingan politik semasa.Dia boleh jadi sekejam Zionis jika dibiarkan memegang kuasa...Tapi sayang usaha itu terbantut kerana DSAI telah mendapat pembelaan dari Modal Insan yang ditabalkan oleh UMNO sebagai Presiden dan Perdana Menteri.
Makanya...untuk itu fahamilah semua Ahli UNMO bahawa menidakkan AAB adalah WAJIB pada masa dan ketika ini.
sebenarnya Kerajaan boleh diselamatkan dari kekalahan memalukan jika ada sedikit hormat AAB kepada Tun.
Ingat...masa perjumpaan antara AAB dan TUN, Tun pernah katakan bahawa dasar-dasar AAB tidak diterima dan kesannya Org-org China dan India akan beralih mood.
Ingatan ini semua orang tau...keluar dalam hampir semua surat khabar.
Tapi...
Apa kata AAB." Saya Terguris dgn Kata-kata Tun"
Lepas tu...ramailah yang dok kutuk TUN kerana mengguriskan hati AAB.
Tidak Lama selepas itu TUN masuk IJN...Org yang 'terguris' makin SIHAT.
Bagaimanakah org yang waras boleh salahkan TUN...sedangkan semua saluran dah dia buat untuk menyedarkan kepimpinan...
Semalam saya ada SMS kat salah seorang AJK Bahagian Kepala Batas( AJK yang bukan Kroni),minta keberanian dia untuk menentang AAB pada pemilihan AGM Bahagian nanti. Nampak macam dia setuju. Jika benar ada manusia berjiwa besar seperti ini..UMNO masih boleh diselamatkan lagi.
Hanya manusia berjiwa besar sahaja BOLEH MENYELAMATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Assalamu'alaikum wbt.

denz said...

TDM KENA BACA BETUL-BETUL KOMEN SAYA INI. SAYA NAK BAGI IDEA!!!!

Salam Tun,

Saya berharap Tun dapat memberi idea dan strategi dalam bentuk artikel/blog/video agar Pak Lah dapat undur secepat mungkin tanpa merosakkan UMNO.

Taktik Tun keluar UMNO agak menjadi. Kini Pak lah dah tertekan.

Saya harap Tun dapat menggunakan saluran Youtube pula selepas ini.

HIDUP TUN DR MAHATHIR!!!

Tok Non said...

Salam Hormat Tun,
Coretan Tun memang menyentuh hati saya. UMNO yang bukan lagi UMNO. Sememangnya Tun berhak untuk menyatakan statement yang sedemikian. UMNO lama telah lama berkubur. kalau tak kerana Tun, orang Melayu memang tak ada Umno. Saya masih ingat yang di katakan pemimpin2 Umno seperti Ku Li, dan banyak lagi yang telah mewujudkan tindakan untuk memansuhkan UMNO. Kalau tidak kerana Tun, dimana UMNO sekarang ini? Memang Melayu mudah lupa. Apakah kebanyakkan orang melayu sudah lupa! Siapakah dalang dalang dan pengikut pengikut yang menjahanamkan Umno pada satu ketika dahulu.
Jadi bila kita melantik, orang yang biasa menderhaka untuk memerintah, apa lagi yang kita harapakan. Saya selalu berkata, Expectations does not equal Reality. It never is. One has to always be prepared to face whatever the outcome. Apabila Umno yang di hidupkan semula oleh Tun di beri kepada tangan penderhaka, maka sudah tentu akibatnya bukan lagi untuk perjuangan bangsa Melayu tetapi di susuli oleh agenda agenda yang tersendiri.

Kalau hancur Umno due to it's incapabilities to strive forward, but rather to remain stagnate and die of natural death, maka perjuangan untuk membela nasib orang orang Melayu tak semestinya berkubur begitu sahaja. Tun masih di kurniakan umur yang panjang oleh ALLAH swt., maka jangan lah hanya duduk untuk melihat akan pupusnya bangsa sendiri di tangan orang lain. Lebih baik mati demi perjuangan, tetapi janganlah sekali kali Tun berharap agar mereka yang berada dengan Umno sekarang ni akan bangun bersama sama dengan Tun. It has always been of their personal interest, for fame, fortune and glory but not for the people that they has been speaking off all these while. Orang orang dalam Umno hari ini di kurniakan mata, tetapi hakikatnya buta, di kurniakan telinga sedih ianya pekak, di kurniakan tangan tetapi lumpuh dan yang paling sedih, di kurniakan minda, amatlah nyata ianya beku.
Tun, janganlah kita fikirkan bahawa dengan ketiadaan Umno, bangsa Melayu akan pupus. Tun masih hidup dan perjuangan masih belum tamat.

Akhir kata, nenek moyang kaya raya, namun tergadai seluruh harta benda, akibat sengketat sesama kita. ( Sudah kelihatan di tunjuk oleh Allah swt., namun masih banyak yang ti dak sedar). Kini kita hanya tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa - habis di jual maruah dan hak bangsa demi untuk kedudukan dan kekayaan di dunia yang hanya sementara. Biarlah setiap dari pemimpin Umno hari ini berkereta mewah, rumah berjuta-juta dengan kemewahan masing masing, tanpa memikirkan yang mereka telah menjual dan menggadaikan anak anak bangsa di masa yang akan datang.

Janganlah kita mengaharap yang orang akan kenang jasa jasa serta kebaikkan kita Tun, kerana mengharap itu sesungguhnya akan membawa kepada kekeciwaan yang teramat sangat.

Tun jaga kesihatan baik baik, mudah mudahan wira agung bangsa melayu tidak hilang tanpa berkubur, sepertimana yang telah terjadi kepada Hang Tuah sebelum ini.

Takkan hilang bangsa melayu di dunia, tetapi Melayu yang macam mana yang tinggal? itu satu persoalan untuk semua, malah bagi mereka yang pandai bercakap dalam Umno sekrang ini...

Tok NON

Unknown said...

assalamualaikum kepada TUN yang terlalu saya hormati..

saya sokong khaalish..betul mcm nk nangis baca tulisan tun kerana ada kebenrn disebaliknya..saya membesar di bwh pimpinan tun, merasai nikmat pembgn dan kesenangan dibwh pimpinan tun..saya xboleh membayangkan apa bakal terjadi kepada malaysia sekrang jika tiada insan yang bernama TUN DR.Mahathir yang memimpin sejak dulu..bolehkah saya berada disini..dalam keadaan selesa sebegini..

TUN,sebagai seorg mahasiswi pentadbiran&pembangunan negara..sya sendiri dapat meneliti dan mengkaji terdapat kepincangan dasar-dasar yang telah dilakukan PM kita sekarang seolah-olah tindakan org tak berilmu sedngkan beliau tidak kurg hebat pendidikanny(wlpn beliau fail statistik ;))

apa yang terjadi skrg mereka-mereka tahu hanya menyelar dasar TUN yg terdahulu tnpa memikirkan rasional kewujudan dasar tersebut.. sya tidak mengatakan yang dulu terlalu sempurna cuma pikr2kn sejenak apa yg dikecapi sekrg bukankah ia hsil pemikiran pemimpn terdahulu..

minta maaf, pada saya tindak tanduk Pak Lah hanya nak menunjukkan dirinya boleh sehebat TUN MAHATHIR yg berupaya merangka bermcm2 projek pembgnan(segitiga emas KL(KLCC),KLIA,WAWASAN 2020 dn pelbg lagi)..
dahulu pn saya trut teruja dengan PM kita nih terutama dengn rancangan wilayah pembangunan yang dicanang2kn (mcm dah xckup RTD,RSN dan RFN)PM kita tu tetpi dek terlalu bnyak kepincgn (byk utk sy sebutkan disini)bg merealisasikan impian PM kita yang satu itu, keterujaan sy hilg..

x bolehkah beliau (DSAAB) mengambil teladan kepimpinan TDM, x salah jika ingin mencipta kelainan tapi jgn mencacatkan dan menimbulkan kepincangan yang terlalu nmpak di mata dan hati rakyat..

pada sya ayahnda TUN MAHATHIR ad sebb mengisyaratkan PM spya meletak jwtan..klu ada yang mengatakan TDM gilakan kuasa,beliau tidak akan melntik PM kesyangan ahli UMNO sekrg untuk menerajui kepimpinan negara..
TDM sudah tentu berfikir pjg utk bersara..melantik DSAAB wlpn bagai skrg dh mcm melepas anjing tersepit, sudah tentu TDM juga sudah berfikir pjg supaya meminta DSAAB untuk berundur juga kerana hnya jauhari yg mengenal manikam..
semua yang memandang dari sudut -ve adalah mereka yang xphm dan mereka yang tak berilmu (minta maaf)..saya mencadangkan kepda mereka2 ini membaca semula buku teks sejarah malaysia(tak tau la sekrg dh berubah dan rsnya sya belum terlalu tua kot :))..baca dan faham setiap bibit peristiwa yang berlaku dalam negara,yang +ve dijadikan teladan dan -ve dijadikan sempadan agar peristiwa tersebut x berulang..
semai semula semngt ptriotsme yg telah hilang tu akibat kepada tuntutan hati dan nafsu semata-mata..


TERIMA KASIH TUN DR.MAHATHIR kerana mencorakn MALAYSIA sebegini indah sekrg..teruskan perjuanagn TUN kerana kami masih memerlukan bimbingan dari insan yang bernama TUN DR.MAHATHIR untuk mencorak generasi masa depan



KEPIMPINAN MELALUI TELADAN..
TIADA DULU..TIADALAH SEKARANG...
tnya kpd diri apa yang kita telah buat kepda negara..bkn apa yang negara telah beri kepada kita

politicsisfun said...

Wahai Tun, sudahlah tu... Kami faham perjuangan Tun, tapi kami juga rasa kasihan apabila Tun resah tak tentu pasal mengenai hal Pak Lah ini. Biarlah saja Pak Lah buat apa yang patut. Saya yakin bila dia sudah selesai dengan "perjuangan" beliau, beliau akan mengundurkan diri.

Harap Tun bersabar sahaja, dan juga mengawal perasaan dan kata-kata Tun supaya tidak menyinggung perasaan mereka di luar dengan tindakan Tun... Lebih2 lagi mengaitkan Tun menggunakan "racial card" untuk mengutakan hujah.

Salam, saya berdoa Tun sihat dan dapat juga mempertimbangkan kata2 rakyat seperti saya.

faroki said...

salam.
Tun Mahathir..

UMNO - alif mim nun wau - aa ma nu - iman

dalam Al-quran byk cite pasal orang beriman,...

Maka betullah UMNO skrg yang bukan beriman..

Nama Tun Mahathir memang dikagumi oleh pihak barat & dunia ke-3..

Hijrah dan gunakanlah pengalaman Tun Mahathir sebagai pencetus minda kepada penyatuan kepada umat islam dan manusia umumya berdasar kepada AL-Quran & Sunnah Nabi.

Potensi pada Tun Mahathir secara nyata masih mampu,

Slogan pandang ke "TIMUR@MASYRIK" mempunyai makna yang besar kalau diperhalusi,diteliti dan dibongkarkan...
"Timur&Masyrik" itu adalah figure diceritakan dalam Al-quran,Injil,Hindu,Buddha..Tidak hairan Pope John Paul menjemput Tun Mahathir ke Vatican pada tahun 2002.

Wal quran nil Hakim..

p/s-syor Tun selitkan satu dua ayat Quran dalam post Tun yang akan datang..

Kian Agro said...
This comment has been removed by the author.
tengku said...

semoga mukhriz juga tabah dan mempunyai semangat kenegaran yang waja sama seperti tun....dikelilingi musuh dalam memperjuangkan agenda rakyat.....semoga Allah sentiasa bersama2 org yg benar....

LIfe said...

SALAM TUN,

WALAU APA PUN, SAYA TETAP MENYOKONG APA SAJA KEMAHUAN TUN, SAYA MEMBESAR DI ZAMAN TUN DAN AKAN SETIA BERSAMA TUN...HIDUP TUN !

wailyamein said...

Assalamualaikum Tun, I really hope that the whole nation will react wisely in the next election, when / if its coming soon. The message you are sending out to voters are concise and straight to the point. But new and old voters want to know what the present Prime Minister's agenda are and u also know that seeing is beleiving. Thus proof should be made public , and seen by the public. Hope my thoughts will be taken into cosiderations.

SangSetia said...

Salam Tun,
Sekarang ni PakLah ingat dgn kemasukan Ezam akan naik baliklah saham beliau lepad Tun keluar UMNO ... boleh blahhhh ... mungkin itulah yg sedang diuar2kan oleh Tkt 4 pada beliau sekarang ni.
Mimpi di siang harilah PakLah. Apa jenis make-up pun yg digunakan/ dipakai, import ke atau buatan sendiri, kurap yg kat muka PakLah masih lagi nampak jelas di mata ... tak payah susah2 pakai kanta pembesar atau teropong Hubble.
Ahli UMNO sejati dah nampak buruk PakLah ... tak payahlah cari kosmetik berjenama tinggi dan berharga tinggi cuba nak tutup kurap tu.
Mana-mana yg menyokong PakLah tu semuanye ada agenda sendiri ... macam ada udang sebalik mee. Semoga Tun dan Mukhriz dan yg lain-lain sedara seblogger yg sealiran senantiasa diberikan semangat tinggi utk terus berjuang ... perbanyakkan lagi majlis ceramaah dan kalau boleh sekali-sekala buatlah demo secara aman menuntut peletakan jawatan PakLah. Kalau Tun yg memerintah mungkin pembangkang dah lama buat dah, tapi sebab PakLah yg memerintah, pembangkang kata tak payahlah nak susah2 buang air liur dan berpanas dan untuk kena sembut air gatal dsbnya sebab PakLah sendiri yg akan menghancurkan UMNO dan BN. PakLah -vs- Raja Mandeliar ... ada persamaan tak. Wassalam

A Peacemaker said...

salam Tun,
sedih saya baca blog Tun. sampai hati depa buat kat Tun macam tu no...
saya rindukan ucapan2 Tun yang cukup baik dan sentiasa bermotivasi.
ingat tak hari tu Tun datang uia, mamang best dengaq ucapan Tun.ramai orang datang termasuk pelajar-pelajar asing. Tun memang dihormati bukan sahaja di malaysia tapi juga di seluruh dunia.

Anonymous said...

Kepada Faizal,
Jangan kata apa yang berlaku adalah balasan kepada Tun atas penganiayaan terhadap DSAI. Apa bukti Tun aniaya DSAI?
Ketika kemelut AI dan Tun berlaku, saya hanya mengikut naluri hati bahawa Tun di pihak yang benar.Mustahil untuk Tun memecat seseorang yang Tun sendiri pilih untuk mengganti Tun tanpa sebab yang sahih.Itu hanya pada mulanya. Namun sedikit demi sedikit saya makin nampak bahawa saya tidak tersilap dalam andaian ini. Kebenaran kadang2 terlalu hampir, bezanya kita tidak melihat dengan mata kepala kita sendiri.Dan orang yang tahu juga tidak mahu menghebahkan dan tidak mahu terlibat.Sama ada dalam kes hubungan sulit dengan isteri Azmin, kes liwat dan menjadi pengkhianat bangsa, sudah terbukti walau ada puluhan saksi dan bukti, orang yang buta tak kan nampak dan tak akan mempercayainya .Biarpun DSAI sudah dihukum atas kesalahan nya, sehingga hari ini orang masih mengatakan dia tidak bersalah.
Dipendekkan cerita, sebelum heboh tentang DSAI enggan bersumpah dia tidak bersalah, seorang kenalan rapatnya memberitahu mereka ada pergi kerumah dia secara peribadi dan minta DSAI bersumpah dgn nama Allah bhw dia tak bersalah.Lama depa tunggu dia asyik pusing kata dia kena aniaya, sampai sudah dia tak bersumpah walau pun diminta berkali2.Akhirnya nereka ni balik dengan satu kesimpulan. Susah sangatkah nak kata, saya sumpah dengan nama Allah saya tak buat.................., susah sangat ka kalau betul kita tak bersalah .Dia boleh tipu sebab kita tak nampak apa dia buat tapi dia tahu Allah nampak apa yang dia buat sebab tu dia takut untuk bersumpah.

lagi satu, logiknya, dah tua2 nak ada adik angkat lelaki nak buat apa? Kalau adik angkat sejak kecik logik jugak.

Kenapa sampai sekarang DSAI tidak dipelawa masuk UMNO kalau dia tak bersalah dan kenapa dalam benci2 pada Tun, menteri2 dalam UMNO masih tak mahu Anwar jadi pemimpin walau Tun bukan PM lagi.

Ketika semua orang menghentam Tun dalam kes DSAI, ramai berpendapat mereka yang menyokong Tun ada kepentingan sendiri.Ye ke....saya tak ada apa2 kepentngan pun.

Dua bulan lepas, kwn saya kata Tun dah mengaku aniaya AI, saya kata mustahil.Saya buka Youtube dan terus telefon kawan saya...Tun sindirlah....Sekali saya dengar pun saya tahu maksud Tun, dalam hati saya kata kat kawan saya awat bodoh sangat.
Pendek kata,,,,orang yang buta hati hanya akan percaya apa yang dia ingin percaya...sampai bila2.Orang yang terang hati, dia akan mudah nampak kebenaran walaupun dalam gelap.

Percayalah Tun ikhlas
memimpin untuk kebaikan bangsa dan negara.Silap sini sana sikit2 biasalah. mana ada orang yang sempurna. saya pernah bertemu Allahyarham DSMegat Junid dan dia banyak bercerita tentang perjuangan Tun dan macam mana Tun heret dia untuk sama2 berkhidmat untuk negara walaupun dia hanya nak jadi cikgu sampai pencen.DAN benarlah kata Tun, UMNO sekarang tidak seperti UMNO dulu yang berjuang untuk maruah negara. Yang pastinya Tun lah wira negara sebenar.Ada cadagan nak suruh Tun dan Ku Li bekerjasama tubuh parti baru...kata saya tak payahlah,Ku Li tu minta maaf tak ada tokoh langsung dan kalau sekadar hanya bercita2 tinggi untuk menjadi PM tak payahlah.

Mukhriz insyaalah akan jadi pemimpin (PM) yang bijak suatu hari nanti tapi buat masa ini kita benar2 ketandusan pemimpin yang betul2 ingin membawa negara kearah negara yang berdaulat dan bermaruah.Yang ada cuma pandai bercakap saja.

SEmoga Tun dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk terus memperjuangkan nasib rakyat negara ini. Rasanya terlalu banyak untuk meminta Tun kembali memimpin negara walaupun itu harapan kita.

Kuatkan tekad Tun,masih ramai yang sayang dan menyokong Tun.

MALAYPOWER said...

Salam Tun , terguris hati saya apabila melihat ezam disambut dgn muka yg manis dan seolah2 macam menang besar dalam pilihanraya oleh pak lah brotherhood, dimasa yg sama mereka seolah2 merelakan melihat Tun yg semakin jauh dari mereka dengan pandangan yg penuh kelegaan, mereka amat berbangga dgn muka2 baru ini yg satu ketika dahulu pernah menghentam UMNO dari dalam dan luar negara dan sanggup menggadai nama Malaysia kononya memperjuangkan keterbukaan

cemomot said...

assalamualaikum....semoga sentiasa dirahmati ALLH/...

saya sekeluarga menyokong penuh apa saja kenyataan TUN terhadap AAB dan kerajaan sekarang...permainkan budak tkt 4 JPM telah cukup memporak perandakan keadaaan. UMNO juga seumpama telah dipermainkan oleh mereka dan bukan lagi sebagai pembela nasib melayu....HIDUP TUN CHE DET

dinleter said...

UMNO bakal pupus sepertimana Golkar, LDP,Kuomintang dan Parti Kongres. Malaysia bakal menjadi negara hamba Singapura dan Melayu bakal menjadi tontonan pelancong sahaja sepertimana puak Red Indian di Amerika syarikat. Puncanya, kerana menannggung dua libaliti 'terbesar' AAB dan KJ.
Tun, golongan yang tua hormatkan Tun, kami yang tua kasihkah Tun, teruskan perjuangan kerana perjuangan kita masih belum selesai. Melayu amnya masih belum lupa, yang mudah lupa hanya pemimpin UMNO yang dirasuah jawatan, pangkat dan kemewahan oleh AAB. Biarlah mereka ini menjadi golongan sarkas yang takut pada tuannya, tetapi ramai lagi yang lain masih berjiwa merdeka

andrew said...

Please do explain this

http://magickriver.blogspot.com/2008/05/mahathir-22-fiascos-in-22-years-of.html

Unknown said...

Tun,

Saya berumur 46 tahun sekarang ini, selama 42 tahun saya hidup di bumi bertuah ini saya rasa cukup bangga dengan Malaysia tetapi 4 tahun kebelakangan ini saya rasa amat tertekan dan resah dengan apa yang telah terjadi dengan Negara kita dan kemuncaknya pada pilihanraya yang lalu, tanpa di di pengaruhi sesiapa saya mengambil keputusan untuk tidak mengundi. Padahal selama ini saya saya tak pernah gagal mengundi Kerajaan.

Ramai yang bertanya saya, kenapa tak mengundi, saya cuma jawab saya tak suka kerajaan sekarang dan saya cakap tak akan mengundi pembangkang tanpa memberi sebab-sebab yang jitu. Apabila saya membaca tulisan-tulisan Tun, barulah saya sedar apa yang Tun katakan mengenai PM sekarang ini, perkara yang sama sebenarnya menghantui diri saya yang menyebabkan saya mengambil tindakan demikian.

Untuk pengetahuan Tun, saya bukannya ahli UMNO tapi saya penyokong setia kerajaan di era Tun. Saya rasa apa yang UMNO sekarang gagal pahami adalah UMNO dan BN menang adalah di sebabkan sokongan dan undi rakyat yang bukan sahaja merupakan ahli UMNO. Apa yang sentiasa di laporkan di media adalah sokongan ahli UMNO yang mempunyai kepentingan peribadi.

Selain daripada itu, kerja saya menuntut saya melawat banyak tempat-tempat di seluruh Malaysia dan bertemu dengan ramai orang setiap hari. Apa yang menghairankan saya, setiap orang yang saya temui, tak ada seorang pun yang menyokong PM sekarang ini, ini termasuklah orang UMNO sendiri (sesetengah tu Ketua Bahagian lagi pulak), jadi dimana orang yang di katakan menyokong PM (Mungkin Orang-Orang Kut).

Saya percaya, mungkin ada spy-spy PM yang membaca Blog ini. Saya nak cadangkan kepada UMNO supaya membuat satu kajian dalaman UMNO untuk menentukan siapa yang menyokong PM sekarang ini dengan syarat UNDI adalah rahsia, semua ahli UMNO wajib mengundi dan kita lihat apa hasilnya. Saya percaya kemungkinan besar untuk PM mendapatkan 20% undi pun mungkin susah

Sekian, saya berharap Tun sentiasa sihat dan banyak mendekati diri pada Allah. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat yang tak terhingga kepada Tun.

Unknown said...

Tun, you are right. UMNO has not treated you with the respect you need for being the leader of the party and country for 22 years. The contributions you made is now treated by the leaders and the party as nothing. Worse still you are now treated as a villian. How could anyone do that is beyond a rational mind. The question I have for you is 'all the moves you made does not seem to have any impact on AAB resigning'. What else can be done, Tun? I hope Tun does not play the racial card to topple AAB. Surely something else can be done.

MalayJessyJames said...

Tun,

Saya mintak maaf banyak-banyak sebab saya tidak dapat hadir k pejabat pada 28hb hari tu sebab surat pemakluman missing in action.

Anyway Tun, saya percaya dengan apa yang Tun perjuangkan. Tun tidak akan berhenti sekiranya misi belum berjaya.
Pada saya yang pentingnya adalah pendirian kita. Samada kita berjuang bersama UMNO ke tidak bukan persoalannya. Kalau UMNO sudah tidak relevent, kita berjuang menggunakan saluran yang lain ada.

Kita mempunyai kekuatan yang tidak pernah digunakan lagi. Cuma kita perlu mengenalpasti apa kah kekautan yang kita ada. Saya rasa Tun lebih arif dalam hal ni. Kami (saya & geng budak haprak) akan sentiasa berada di belakang Tun dalam menjayakan misi Tun. Insya Allah.

Kalau kita menghayati lirik lagu kebangsaan dan mengenangkan dgn apa yang berlaku di dalam negara kita sekarang amat menyedihkan.

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta

MALAYPOWER said...

Salam Tun , terguris hati saya apabila melihat ezam disambut dgn muka yg manis dan seolah2 macam menang besar dalam pilihanraya oleh pak lah brotherhood, dimasa yg sama mereka seolah2 merelakan melihat Tun yg semakin jauh dari mereka dengan pandangan yg penuh kelegaan, mereka amat berbangga dgn muka2 baru ini yg satu ketika dahulu pernah menghentam UMNO dari dalam dan luar negara dan sanggup menggadai nama Malaysia kononya memperjuangkan keterbukaan

tengku said...

kemasukan ezam didalam umno di yakini untuk mengurangkan pengaruh mukhriz didalam pemuda umno....mugkin juga ezam akan bergandingan dengan khairy untuk menjtuhkan mukhriz

Born84 said...

Salam Tun,

Parti UMNO asalnya merupakan warisan orang Melayu dan mempunyai sejarah serta asas yang unik sebagai tunjang kepada perpaduan Melayu di Malaysia.

Parti ini merupakan sebuah Union atau kesatuan yang ditubuhkan atas dasar perpaduan Melayu dan membela nasib bangsa Melayu sebagai penduduk asal di negara ini.Bagi kami,penubuhan UMNO merupakan langkah pertama dan paling penting dalam sejarah bangsa yang menjadi asas kepada perpaduan Melayu. Penubuhan Umno merupakan titik tolak kebangkitan bangsa Melayu serta onset kepada cetusan ilham
kearah pembelaan hak dan pengekalan ketuanan Melayu.

bermula daripada satu usaha menyatupadukan orang Melayu, UMNO itu telah ditubuhkan oleh para pejuang Melayu terdahulu, dan UMNO boleh dikatakan sebagai lambang perpaduan Melayu hingga kini.
Kukuh dan kuatnya Umno itu,maka kuatlah jua perpaduan Melayu di bumi Malaysia ini.

Sejarah telah membuktikan bahwa, tiada satu parti pun yang mampu mencapai kecemerlangan seperti yang dilakukan oleh UMNO. UMNO telah menjadi ‘master mind’ kepada kejayaan usaha kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Parti keramat ini juga menjadi nadi kerajaan yang memerintah negara dengan cemerlang hampir 45 tahun selepas kemerdekaan.(hingga era Tun DrM)

Bagi orang Melayu,parti ini dianggap seperti sebuah ‘rumah’ yang mempunyai tiang serta kerangka yang kukuh, kerana UMNO terbina berasaskan niat perjuangan tulen serta kesucian jiwa perwira bangsa untuk melihat bangsa Melayu terus bersatu dan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati.

Hakikatnya, bangsa Melayu hari ini hidup dan membesar di bawah UMNO, rumah yang disediakan oleh nenek moyang mereka sendiri. Disinilah tempat bangsa Melayu bernaung,berlindung, bermuafakat serta saling bekerjasama menghias, memperbesar dan memperbaikinya jika terjadi kerosakan. Itulah nilai sebenar sebuah perpaduan bangsa yang tidak pernah diingati oleh sebahagian besar bangsa Melayu hari ini.

Kita lupa daripada mana segalanya bermula dan kita lupa dimana kita telah dibesarkan. Parti UMNO adalah milik semua bangsa Melayu di negara ini. UMNO bukan milik golongan tertentu yang inginkan kekayaan serta mengaut keuntungan yang tidak berpedoman.

UMNO bukan merupakan sebuah parti politik biasa,ia adalah khazanah dan amanah peninggalan nenek moyang serta para pejuang bangsa Melayu terdahulu kepada kita yang hidup hari ini. Tujuan dan matlamat asal perjuangan Umno yang suci harus dikembalikan,dipertahan dan dipelihara, ia relevan untuk Melayu dari dahulu, kini dan selamanya.

Hari ini, ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahwa ‘Umno itu sudah usang dan perlu diganti dengan sebuah parti yang lebih relevan untuk bangsa Melayu’. Ini adalah kata-kata anak bangsa yang lupa akan asal-usulnya, lupa akan sejarahnya dan lupa siapa yang telah memelihara serta membelanya.

Jika benar ‘rumah’ ini sudah usang, tetapi tiangnya dan kerangkanya yang kukuh itu tidak akan pernah goyah. Rumah ini mungkin usang atau rusak kerana penjaganya yang tidak amanah, atau pemegang kunci rumah yang membenarkan ‘pencuri, perompak atau orang-orang yang bersifat khianat’ masuk ke dalamnya.

Mengapa kita harus menggantinya?Ia rumah kita juga, tempat kita dipelihara dan dibesarkan. Selama 45 tahun, kita membesar dengan begitu aman, selesa dan selamat di dalamnya bersama penjaga yang amanah. Maka, wajib untuk kita memperbaikinya bersama agar kembali indah seperti asalnya dan dapat sama-sama kita berteduh dengan selesa semula.

Inilah UMNO, bukan sebuah wadah perjuangan sesetengah Melayu, tetapi seluruh bangsa Melayu itu sendiri, walaupun ia sukar diterima, tetapi inilah kenyataan bagi bangsa kita. Orang-orang Melayu Pas dan Parti Keadilan Rakyat tentunya menafikan hakikat ini. Namun, ia hanya suatu perbuatan yang sia-sia. Ini kerana,selama 45 tahun UMNO menunjang pemerintahan Negara, tidak sedikit pun hak mereka sebagai bangsa Melayu dinafikan atau diketepikan. Buktinya, mereka terus mendapat kesenangan, menjadi golongan intelek, professional, usahawan berjaya dan sebagainya.

Parti PAS dan Keadilan itu juga berasal daripada parti UMNO, dan hakikat daripada mana mereka berasal inilah yang tidak dapat menafikan bahwa UMNO merupakan tunjang asal perjuangan Melayu. Jika diperkirakan lebih mendalam, isu ini pastinya tidak akan dapat lari daripada persoalan ‘punca kepada perpecahan Melayu’ hingga ke hari ini. Semuanya kerana kita lupa kepada asal usul perjuangan bangsa Melayu yang telah disediakan melalui UMNO.

Tun amat sayangkan UMNO tulen dan berpendapat 'penjaga' UMNO hari ini yang tidak amanah, khianat serta tidak bertanggungjawab. Justeru, yang perlu diganti oleh bangsa Melayu adalah penjaga UMNO yang mementingkan diri ini (Abdullah)

Terima kasih Tun..

Ruzanna Aniza said...

Tun, UMNO may not realise this. But they've lost a very honourable member. Or 'member'. I hope you take care of yourself and don't let the haters keep you from doing your thing. Malaysians have your back. And those who think they don't.. they actually owe you alot. For without you, the Bapa Pemodenan, Malaysia wouldn't be on the map. Much love, Ruzanna. Your faithful 16-year-old citizen.

1Malaysian said...

Dear Nostradamus,

Answered to Question 1: This is because our beloved TUN believed that our nation will be in GOOD hand and he decided to step down.

2: He was believed to be that GOOD hand.

3: Quiting is just a strategy. Tun's son has his own strategy to help UMNO and BN :)

chung yan said...

Dear Tun,
Changes are never easy to manage let alone to understand and at times to accept. In the past 22years of your administration though there were changes there was also a constant and that was you. For the past five years or so, we have experienced a Malaysia that is trying to manage essentially these changes. Is it a bad thing? Sometimes it can be subjective and in most times we may be carried away by the days of "how things use to be". I believe that this time around, the only thing that can stabilise our situation is none other than ourselves. If indeed for 22 years we have been prepared to face challenges as a nation, then this is the time when it will be put to the test. You reap what you sow and this will be a testament of how we measure up.

Danny said...

biasa lar tun apa yang mereka nak adalah tempat kat dalam umno atau kerajaan. yang benar benar sokong tun dan bekas pm adalah rakyat. kita sokong kerana nak majukan malaysia. sekarang tidak boleh sokonglah kalau sekarang sokong kita ranapkan malaysia.send regards to tun siti hasmah pls take care

Unknown said...

to nostradamus, you sound like yahudi, i think you are yahudi.only yahudi doest see what pure muslim see.TUN remember tan sri p ramlee. after he died then people start to feel that they are wrongly and mis treated him. he was not recognise him when he is alive.now they said it is too bad he is not around. and they started ant project relating tan sri like ' bayar dosa' , like the one westerners are treated yahudi right now, even they killers are germans but the muslim of palestenian are paying. it is like this, when there's a war , we are prepared for battle zone unfortunately,we have coward in or brigade and soon the coward will sell all of us to our enemy before we go to war , and we have nothing left to fight as we are being ambush by our enemy as the Ezam came in, a person who declared bringing all the country confidential file to the westerners to tople tun at that time. UMNO next election will be a printed logo in which will be thier last election, where is hishamudin who want to ask the 3 golden question, what happen to the answer. rightnow i am preparing an essay the story of UMNO for my grand children, because in this coming election UMNO will become history as the first present party in the world that vanished due thier negligence

Charlsen said...

Tun sekarang memang sgt kecewa melihat UMNO skrg..

izmt said...

Assalamualaikum Tun,

"Perjuangan Masih Belum Selesai"

The meaning of those words are really relevant especially nowdays. the current political scenario demands that the top echeleon of UMNO leaders change their ways.

Hear out the the views of others especially UMNO grass roots members. don't just accept all the the reports given byt the top leaders. Find out what is really happening.

it is not right that those who are not "YES" man be penalised for expressing their views.

i've always been an UMNO man and will continue to be an UMNO man. Changes is not just important but it is vital for the survival of UMNO. Survival of UMNO is the survival for the Malays.

Continue with the good work. We need to knock some sense to our UMNO leaders.

halimah said...

Budaya naungan (culture of patronage) memang sudah menjadi jadi di kalangan rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang mewarisi nilai ini daripada sistem feudal nenek moyang mereka.

Justeru, kesetian orang Melayu bukan sesuatu yang mutlak atau kekal tetapi terumbang-ambing mengikut siapa/pihak yang berkuasa. Pada mereka, darinya datang segala-galanya termasuk peluang dan rezeki hidup; tender dan projek; kuasa dan gelaran dlll.

Jadi Tun, tak hairanlah apabila habis sahaja kuasa politik Tun, hilanglah kebanyakan orang yang dulu berpusu-pusu mengunjungi rumah terbuka Tun atau terkejar-kejar hendak dilihat mencium tangan Tun.

Tak hairanlah kebanyakan Menteri yang Tun lantik dan selepas itu dikekalkan dalam kabinet baru, takut dilihat berdamping dengan Tun. Persepsi mereka ialah ini akan dibaca sebagai tidak setia kepada Perdana Menteri baru. Persepsi PM baru pula mungkin mereka ini menyampaikan sesuatu kepada Tun.

Tun tidak seharusnya kecil hati kerana tidak dilayani sama seperti masa Tun menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Sebaliknya, sekarang Tun masih dihormati dan rumah terbuka Tun dikunjungi oleh ramai yang masih sayang dan setia kepada Tun. Jangan pedulikan yang lain!

Teringat saya betapa sedih rasa hati melihat Tengku Abdul Rahman bersiar-siar di Weld Supermarket selepas disingkir. Tidak seorang pun bersalaman dengan beliau - mungkin kerana takut disalahfaham!
Air muka TAR jelas menunjukkan kecil hatinya.

Pada tahun yang sama (1969) Dr Said, mantan Menteri Besar NS pula tidak dipedulikan oleh anak raja NS apabila bertentangan muka dengannya diSubang Airport. Hingga sekarang saya masih teringat kejadian ini dan ternampak-nampak kesedihan bapa saya.

Tiada yang baru Tun. Ingatan manusia memang cetek terutama orang politik.

Pada saya dunia politik bukan dunia yang tulen, jadi tidak payahlah kita cari benda atau orang yang tulen di dalamnya.

Dunia tulen ialah dunia kekeluargaan dan dunia persahabatan dengan orang yang menghormati dan sayang kepada kita.

Kasturi Muhamad said...

Salam bahagia Tun...

Sekali lagi saya terpanggil untuk memberikan pandangan berkaitan Politik.
Jika Tun berasakan tidak dilayan sebagai ahli UMNO, apa lagi kami, ahli bawahan yang tiada apa-apa kepentingan. Semakin hari UMNO kelihatan seperti parti dimiliki golongan menengah yang masing-masing menjaga kepentingan sendiri.
UMNO seolah-olah dimiliki oleh mereka ini sahaja, dan ahli bawahan hanya seperti pencacai yang mengikut sahaja apa yang dikatakan pemimpin (Golongan menengah ini) Tak perlu lihat di peringkat Bahagian, negeri atau negara, tetapi cukuplah jika melihat di peringkat cawangan. Mesyuarat cawangan kebanyakannya seperti sudah diatur. Contohnya untuk memilih perwakilan ke perhimpunan agung; Nama-nama orang yang akan diberi kuasa untuk menyertainya sudah tersedia, sama ada dipersetujui oleh ahli bawahan atau tidak, orang itu tetap akan pergi. Jika ada ahli bawahan yang membantah, mereka tidak akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat cawangan.
Jadi, di mana demokrasi yang dikatakan diamalkan oleh UMNO? Itu baru di peringkat cawangan, bagaimana dengan peringkat yang lebih tinggi?
Saya tidak tahu adakah ini dinamakan perjuangan untuk Agama, bangsa dan negara atau perjuangan untuk kroni orang atasan sahaja.
Sebenarnya tujuan orang Melayu menyertai UMNO sangat mudah. Pertama kerana sayangkan Bangsa Melayu, Agama Islam negara. Kedua kerana mereka merasakan UMNO satu parti yang boleh membela nasib orang Melayu. Parti paling dominan yang ada di negara ini.
Sayangnya apabila berada dalam UMNO, terlalu banyak kepincangan yang kelihatan. Apabila seseorang ahli dalam UMNO mahu menyuarakan ketidakpuasan hati, mereka seolah-olah disekat pihak tertentu. Apakah ini parti orang Melayu seperti yang ditubuhkan olah pejuang dahulu?
Lihat sahaja pemimpin UMNO di peringkat paling bawah, iaitu cawangan. Lesen kontraktor klas F banyak dikuasai oleh golongan ini. Dan apabila sesuatu projek dikeluarkan, golongan ini selalunya mempunyai kelebihan. Ini realitinya.
Dalam UMNO hari ini bukan semua ahli yang menyertainya ikhlas berjuang untuk bangsa, tetapi ramai yang menyertainya keranan mahukan sesuatu. Mahukan projek itu dan ini. Mereka ini tidak peduli apa yang akan berlaku kepada orang lain asalkan mereka boleh menambah eset sendiri.
Sekiranya beginilah keadaan UMNO, tidak mustahil ia akan terus berkubur nanti.
Yang jelas, orang Melayu juga akan rugi. Kini, di negara asal orang Melayu, kita hanya mempunyai kuasa. Jadi orang Melayu terus setia bersama UMNO bukan kerana mereka percayakan UMNO, tetapi kerana mereka sayangkan kuasa yang ada. Tanpa kuasa siapalah orang Melayu di negara ini?
Tun, usah Tun risaukan apa-apa berkaitan orang muda sekarang. Mereka ini golongan terpelajar. mempunyai pemikiran yang matang dan tahu menilai di mana keburukan dan kebaikan. Daripada 10 teman yang saya temui, jarang sekali saya temui yang menyokong aspirasi yang dibawa pemimpin tertinggi UMNO hari ini. Ada yang menyokong Tun dan pastinya ada yang menyokong pembangkang.
Biarlah Tun, biar pemimpin kita terjun dengan labu-labu mereka sendiri. Biar mereka berangan kononnya ahli akar umbi masih menyokong merreka sedang hakikatnya jauh menyimpang.
Jika inilah yang terus dirasakan pemimpin kita, Tunggu saja pilihan raya nanti... Pasti ada jawapannya

Al Walidz Pikir said...

Assalamualaikum tun,
tun ini lah politik jalanan, politik malaysia ni dihancurkan oleh org politik sendiri. mana keutamaan org politik UMNO?
periuk nasi sendiri melebihi kebaktian kepada negara,
1.Kepercayaan kepada tuhan
2.Kesetiaan kepada raja dan negara
3.keluhuran perlembagaan
4. kesopanan dan kesusilaan
tiada satu pun kini org hormat pada negara Malaysia kini..
semangat malaysia boleh, kecintaan pada negara makin malap. seperti malapnya kepimpinan di bawah paklah.
sesiapa ingin melihat pemimpin ulung dihina, bolehla merujuk kepada Malaysia, sifat kurang ajar pemimpin malaysia. mungkin boleh dijadikan contoh oleh negara luar.
betapa melayu mudah lupa, pemimpin ulung inilah yang menjadikan malaysia makmur, aman dan dikenali. mana mungkin paklah dapat menutup kemajuan yang dapat kami lihat ini dengan cakap- cakap dan propaganda di televisyen.
politik murahan xkan mendapat tempat dihati rakyat malaysia. pemimpin yang lemah tiada hala tuju ,kini malaysia seperti negara yang mengikut pada arahan singapura. cukuplah hinaan kini...
paklah undurlah, cukuplah memimpin malaysia ini

ballack said...

Ezam's entrance into UMNO and last night's statement stating his support for Pak Lah's reformasi policy clearly states that UMNO's struggle today is no different than PKR. Yes. UMNO has changed. Malays will lose power soon as they did during Malaccan Sultanate days. Congratulations to the Malays who think they have progressed

abbyRahim said...

Tun,
wat ever happen saya tetap menyokong perjuangan Tun....u r the best....

anaifaNIM said...

Assalamualaikum Tun,

apa yang katakan sememangnya saya setuju.. tapi saya rasa sekarang daripada kita bercerita mengenai UMNO yang sememangnya tidak boleh dinafikan memang memalukan, ada baiknya kita membincangkan isu2 yg penting untuk menambah ilmu pengetahuan kita..

sebagai contoh, isu pulau batu putih..iya, mmg benar keputusan sudahpun diterima, kita tewas di tangan Singapura..

mula2 saya kuat mengatakan bahawa Malaysia akan menang, tapi apabila dilihat barisan yang mengetuai Malaysia di ICJ, saya mula rasa goyah.. kenapa dihantar Ghani Patail?? Kemudian komen Datuk Rais Yatim pula berkenaan win-win situation.. apakah yg dimaksudkan win-win situation?? kerana saya tidak nampak situasi itu??

adakah sekiranya Tun masih ada, keputusan yg diterima lebih menyebelahi kita?? atau sama sahaja..

walau apapun, kerajaan sekarang mmg lemah.. banyak isu yg tidak ditangani dgn baik.. saya percaya tdak semua org dilahirkan sebagai pemimpin, tetapi Tun telah ditakdirkan oleh Allah sebagai pemimpin yg berkebolehan..

Terima kasih Tun.

redzuank said...

Assalamualaikum Tun,

Saya setuju dengan Tun. Saya pasti tidak akan mengundi UMNO pada pilihanraya akan datang selagi UMNO di bawah kepimpinan DSAAB.
Di bawahnya UMNO sudah tidak UMNO lagi.

Elhakim said...

I am crying now.
mmm..
uwaaa...
uhuk.uhuk...

ilmyinc said...

UMNO or NOT UMNO, the fact still remain the same. It was not UMNO, who challenge the western power for the last few decades. It is Malaysian, and same of them is you!.

We are Malaysian not UMNOsian!

ilmyinc.com

Nakael Sidek Karim said...

Ketuanan Melayu makin dicabar..dan Pak Lah tunduk dgn keadaan..paling baru..memberikan Kuota 45% untuk biassiswa JPA ke luar negara...apakah akan terjadi kepada anak Melayu yang tidak berada dalam kelompok 55% terhebat keputusan SPMnya & datang dari keluarga miskin? Jika benar Islam hadhari Pak Lah...Saya Yakin paklah tentu tahu definisi Adil dalam Islam iaitu MELETAKKAN PERKARA YANG SEPATUTNYA DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA...saya respect Tun, walaupun tidak secara terang2an memperjuangkan Islam, Islam & Melayu mampu maju pada zaman Tun menjadi PM. Selamatkanlah Malaysia.

Unknown said...

everyone has his ability, if he cant make it, y dun let others?
things wont change if he keep believe on himself while others give up in him...

izmt said...

Assalamualaikum Tun,

"Perjuangan Masih Belum Selesai"

The meaning of those words are really relevant especially nowdays. the current political scenario demands that the top echeleon of UMNO leaders change their ways.

Hear out the the views of others especially UMNO grass roots members. don't just accept all the the reports given byt the top leaders. Find out what is really happening.

it is not right that those who are not "YES" man be penalised for expressing their views.

i've always been an UMNO man and will continue to be an UMNO man. Changes is not just important but it is vital for the survival of UMNO. Survival of UMNO is the survival for the Malays.

Continue with the good work. We need to knock some sense to our UMNO leaders.

palied said...

Assalamualaikum YABhg Tun,

Sekian lama saya membaca nukilan Tun di blog ini, saya terpanggil untuk meninggalkan komen.

Saya diberi peluang membesar dalam suasana Tun menjadi PM, dan kini saya merupakan seorang pelajar di bawah dasar yang Tun ilhamkan, Look East Policy.Saya rasa sungguh bertuah kerana dipilih untuk dihantar ke Jepun, kerana saya anti-Barat, saya sanggup ke Jepun walaupun berbeza bahasa.Terima kasih kepada Tun dan jabatan yang terlibat.

Di Jepun, saya pernah hadiri beberapa program bersama CEOs dan kenamaan yang lain.Ketika jamuan makan, mereka sentiasa menyebut 'Mahathir shusho, subarahii kata desu' bermaksud Perdana Menteri Mahathir, orang yang hebat.Mereka amat kagum dengan Tun,kerana Tun mereka berjumpa kami,kerana Tun mereka dibesarkan hasil gas dan minyak Petronas.Mereka amat berterima kasih dan mengenang jasa Tun.

Yang palik menarik perhatian saya, Datuk Bandar di tempat saya telah menceritakan kisah beliau dan Tun.Setiap tahun, hampir 30 kali beliau ke Malaysia, dan beberapa kali menemui Tun di pejabat Tun di KLCC.Beliau menunjukkan gambar-gambar beliau dengan Tun, dan tidak putus memuji Tun.

Persoalaannya, mengapa bangsa Jepun yang jauh dari Malaysia ini masih ingat kepada Tun dan berterima kasih atas jasa-jasa Tun, tetapi orang-orang Umno sendiri melupakan Tun, tidak melayan Tun sebagai negarawan dan sebagainya.Itu memang memalukan! Dan saya pula malu untuk sebut siapa PM Malaysia sekarang kepada orang-orang Jepun.

Saya berharap, orang-orang 'besar' di atas berubah supaya tidak dilabel 'kacang lupakan kulit'.Sekian...

palied,jepun

hjab said...

Betul lah, UMNO hari ini bukan lagi UMNO. UMNO hari ini adalah UMNO yang didaftar pada 1988.

Selepas 1988, orang masuk UMNO kerana hendakkan sesuatu, bukannya kerana hendak memberi sesuatu. Tak perlulah dinafikan semua itu, rakyat ada mata, ada hati, ada akal.

Masalahnya sudah berakar umbi, zaman Tun sudah ada dan memang sudah parah pun. Bila Pak Lah ambil alih, atas kelemahannya sendiri, dan atas keparahannya masalah itu, ianya makin menjadi.

Namun yang saya lihat hari ini, para bloggers dari UMNO (termasuk juga pengunjung2nya) yang kini kritikal kepada Pak Lah, seolahnya melihat UMNO ini masalahnya ialah pada Pak Lah dan kuncu-kuncunya sahaja. Bezanya dengan bloggers yang memang asal-asalnya kritikal kepada UMNO semenjak zaman Tun lagi, mereka lihat ini dari satu sudut pandangan yang lebih luas.

Tidak ada apa yang hendak dihairankan jika mereka ini lebih kritikal kepada Tun daripada Pak Lah sekarang ini seperti yang Tun utarakan di dalam posting yang sebelum ini. Bagi mereka:
1. Masalah UMNO bukan pada Pak Lah seorang sahaja, tapi semua ahli UMNO yang hipokrit (saya minta maaf kepada ahli UMNO yang betul-betul berjuang untuk bangsa Melayu) kononnya berjuang untuk kepentingan bangsa.
2. Pak Lah bukan penyebab UMNO semakin tersisih dari masyarakat kebanyakan, tapi Tun lah penyebabnya. UMNO menjadi parti elitis dan menjadi lubuk untuk menjadi kaya-raya, amalan bermula dari zaman Tun. Orang kebanyakan hanya berguna kepada UMNO pada waktu pilihanraya.
3. Ahli MT UMNO lebih kurang orang sama, ahli kabinet pun orang yang lebih kurang sama. Skripnya masih lagi lebih kurang sama. Presiden UMNO/Perdana Menteri sentiasa betul. Masa Tun begitu, masa Pak Lah pun begitu.

Soal mereka mahu Pak Lah terus berkuasa kerana mahukan perdana menteri yang lemah kerana itu lebih mudah untuk mereka merancang strategi untuk berkuasa, itu soal lain.

Selagi UMNO perjuangannya berpaksikan wang ringgit, selagi itu UMNO akan bermasalah walau siapa pun presidennya.
Fokus untuk menyingkirkan Pak Lah sahaja tidak memulihkan UMNO, selagi yang di bawah-bawah itu mentalitinya tetap sama.

Mungkin ada baiknya juga UMNO dan BN hilang kuasa, mungkin dari situ sahajalah kita tahu, dari peringkat bawahan hingga yang tertinggi, siapa yang betul-betul ikhlas berjuang untuk Melayu, siapa yang berjuang untuk perut sendiri. Tidak perlulah setiap kali perhimpunan agung beretorik tentang ketuanan Melayu jika fokus yang sebenar berada di dalam UMNO untuk kepentingan sendiri semata. Rakyat pun sudah pandai-pandai belaka.

Saya bukan ahli UMNO, saya juga tidak mengundi UMNO. Bagi saya UMNO hari ini bukan lagi UMNO yang ditubuh pada 1946 yang saya baca dari buku teks sejarah. Setakat ini, saya tidak berniat untuk menjadi ahli UMNO, saya juga tidak berniat untuk mengundi UMNO.

Melihat para pemimpin dan bekas pemimpin UMNO bercakaran hari ini, kononnya perjuangan masing-masing yang lebih betul dari pihak yang satu lagi, walaupun apa sebenar yang diperjuang di sebalik itu hanya Allah saja yang tahu, menguatkan kata hati saya bahawa keputusan saya selama ini yang tidak dapat menerima UMNO adalah betul.

izmt said...

Assalamualaikum Tun,

"Perjuangan Masih Belum Selesai"

The meaning of those words are really relevant especially nowdays. the current political scenario demands that the top echeleon of UMNO leaders change their ways.

Hear out the the views of others especially UMNO grass roots members. don't just accept all the the reports given byt the top leaders. Find out what is really happening.

it is not right that those who are not "YES" man be penalised for expressing their views.

i've always been an UMNO man and will continue to be an UMNO man. Changes is not just important but it is vital for the survival of UMNO. Survival of UMNO is the survival for the Malays.

Continue with the good work. We need to knock some sense to our UMNO leaders.

usabukata said...

institusi parti umno amat kuat. cuma sokongan yang semakin kurang. ramai orang dalam umno maupun diluar umno melihat umno adalah tempat untuk mendapat kuasa, kekayaan, pangkat dan apa jua yang sewaktu dengannya. sama ada untuk diri sendiri atau ahli keluarga atau kawan-kawan.

ada seorang ahli parlimen yang tidak dilantik semula sebagai menteri meletak jawatan dalam parti kerana katanya tidak dapat menjalankan tugas kerana tidak lagi menjadi menteri. semuanya kerana jawatan dan kuasa.

ada juga ahli parti yang entah apa sumbangannya kepada negara dengan mudah dapat gelaran datuk/dato hanya kerana ada jawatan tertentu dalam parti.

bila mana matlamatnya ialah untuk semua itu ramai dari mereka yang berkepentingan akan menjulang ketua yang berkuasa. bekas ketua yang tidak berkuasa sudah tentu diketepikan. formulanya mudah saja.

saya rasa elok tun ambil pendekatan lihat dari jauh saja. masa untuk tun rehat dan tidak perlu pening kepala fikirkan mereka semua ini. biarkan mereka nak terjun ke sungai atau tenggelam di laut. sejarah akan tetap mengingati tun. itupun kalau buku sejarah tidak diubah.

Unknown said...

Dear Tun,

Saya amat setuju berkaitan apa yang Tun nyatakan berkenaan OIC dan NAM...Tun telah meletakkan asas yang amat kukuh yang menjadikan Malaysia mampu mengepalai OIC dan NAM sehingga ke semua ahli anggotanya amat menghormati dan menjadikan kita sebagai idola mereka...

Tapi kini kita lenyap dalam nama sahaja...tiada lagi suara2 OIC dan NAM yang kita bawa..malahan kita menjadi sebahagian dari negara yang mengutuk perjuangan umat Islam di dunia...

Amat memalukan...

KILA said...

Tun..
Memandang gambar Tun selepas pulang dari Jepun, lambaian Tun membuatkan saya sayu. Kalaulah Tun masih memegang jawatan PM... tentu byk perkara akan lebih baik. Tapi itu hanya kalau... angan saya yang mungkin tak kesampaian.

Apapun tindakan Tun, saya sentiasa menyokong..

ohvee said...

Tun,
Saya bersetuju dgn Tun. UMNO skrg tidak lagi bersatu. walau macam mana sekali pun Tun tetap dihati saya. Kepimpinan dan kewibawaan Tun masih saya ingat. Terima kasih Tun kerana membawa banyak kemajuan dan perkembangan kepada Malaysia selama ini.

Habub said...

Kepada orang yang dok cakap Tun tengah ditunjukkan balasan atas dosa-dosa yang dilakukan,

apa hampa ni buta ka. hampa kalau tak tau cerita betoi, main dengaq cerita dari kedai kopi saja atau kedai kedai mamak tepi jalan, baik hampa suma penuhkan pengetahuan dulu sebelum hampa ni dok tabur lagi fitnah kaitkan Tun ngan dosa la apa la.

mcm hampa suci sangat la.tak dak dosa.konon tak kena balasan. hampa buta ka.tgk anwar la ni perangai lagu mana.sekali tgk saja da nampak betapa hitam hati dia.tambah tambah lagi dgn tindakan dia pi luar negara pastu memburukkan negara lagi.

hampa kena ingat.bukan hampa yang tentukan betul atau salah.bukan hampa yang tentukan ini balasan ka apa.tuhan yang tentukan.apa hampa tau apa Tun buat tu salah. Nabi dulu pon orang caci dia gila la, unbeliever dan macam macam lagi.hampa la ni buat perangai macam orang kapir dulu la.buta kan mata pekak kan telinga semata-mata nak menegakkan kebenaran atas pahaman sendiri.

kalau nak membetolkan orang, betol kan diri sendiri dulu.hampa ingat Tun ni mengaji tak cukup macam hampa ka...

jack3072 said...

Salam Tun,

Saya sekeluarga setuju ngan Tun. Malah, bapa saya yg daru dulu lagi penyokong kuat UMNO, sudah meragui kepimpinan sekarang.

Tun, your contribution to M'sia is unmeasurerable. The present leaders is not up to your standard. Just don't undertand that they have not prove their worth and yet made uncalled remarks about you.

Saya mendoakan tun di panjangkan dan diberkati umur.

Salam

p/s I'm not worthy, your fan

perwira said...

Sama-sama lah kita menunggu Allah turunkan bala dan musibah kepada Abdullah, Khairy dan kuncu-kuncu nya. Allah Huakhbar, Allah Maha Esa

cakap-lepas said...

dear Tun,

jom minum teh tarik sambil kutuk2 pak lah

Wan Shamsudin said...

Tun yang dihurmati;

Dalam perjalanan hidup ini, saya bertemu dengan bermacam macam orang.Ini membuat saya menjadi lagi matang dan waras dan rasa ingin belajar dari yang terbaik.

Dalam perjalanan saya ke Korea Selatan beberapa tahun dahulu, seorang Professor dari Jepun, yang duduk sebelah saya dalam penerbangan mengatakan ' You are very lucky to have Mahathir as your Prime Minister because only one person like him will come to this WORLD in every one hundred years. If Mahathir is our Prime Minister, then Japan will become a World Leader'.

Saya berasa amat bangga ketika itu kerana seorang Perdana Menteri yang disebutkan itu datang dari SAHC, sama sekolah saya. Sebagai Ex Collegian, saya rasa terharu akan pujian yang diberi kepada Tun.

Orang orang cerdik pandai dunia luar amat bangga akan cara Tun mentadbir dan menguruskan Negara ini. Sayangnya, ramai orang orang kita, terutamanya orang orang UMNO yang ada sekarang berfikiran sebaliknya. Saya yakin, bahawa mereka juga tahu akan kepintaran dan sifat kepimpinan yang ada pada Tun. Cuma mereka takut dan cemburu kerana tidak seperti Tun.

Tajuk UMNO yang bukan lagi UMNO adalah sedikit sebanyak seperti coretan Tan Sri Mohamad Mohd Taib didalam Blognya yang bertajuk 'UMNO tetap Relevan'.

Saya ada membuat komen disitu, tidak tahu samaada akan disiarkan atau tidak. Jika keluar, Tun bolihlah baca komen dari saya itu.

UMNO sekarang bukan lagi UMNO ialah kerana Pemimpin dan Pengikutnya dalam UMNO sekarang sudah lari dari Dasar dan Objektif UMNO sebenarnya. Mungkin juga dasar dan objektif ini sengaja disalah ertikan olih Pemimpin dan Pengikutnya, dan ini membuat UMNO sudah tidak RELEVAN lagi.

Terlalu banyak contoh contoh yang ada yang membuat kita hilang KEYAKINAN pada Pemimpin Pemimpin sekarang, seolahnya mereka semuanya BETUL dan BENAR.

Dari kekalahan UMNO/BN dalam PRU 12, masaalah perlantikan MB Perlis dan Trengganu, Cara perlantikan Penasihat PM dan Menteri dan Timbalan Menteri dan akhir sekali, yang paling KETARA ialah " Pulau Batu Putih " telah menjadi HAK Singapura yang mana Pulau itu adalah HAK kita sebenarnya.

Dato Seri Rais Yatim mengatakan, 'Jangan salahkan dia kerana beliau mengikut di ekornya sahaja, dan keputusannya MUNGKIN berlainan jika beliau MENGETUAINYA'
Apakah PM kita tidak rasa bersalah kerana tidak pandai mencari orang yang SETERBAIKNYA untuk menghadapi Singapura. Apakah Singapura terlalu 'Superior' bagi kita? Ini menunjukan kelemahan yang ada pada PEMIMPIN KITA. Dan yang sedihnya beliau adalah PEMIMPIN UMNO.

Jika HAK negara kita bolih di beri dengan senang kepada Singapura, bagaimana pula dengan nasib Bangsa kita yang berbilang kaum ini, terutamanya HAK orang melayu, bolihkah di jaga dan dipertahankan olih Pemimpin yang ada sekarang?

Disini saya dapati bahawa UMNO yang ada dalam ertikata, bukan lagi UMNO , dan UMNO sudah tidak RELEVAN lagi.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 502   Newer› Newest»