1. Saya berasa amat sedih dengan tindakan untuk menamatkan khidmat Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid dari menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.
2. Mungkin dia telah melakukan kesalahan yang besar yang tindakan ini perlu diambil. Tetapi secara kebetulan tindakan terhadap Presiden UIA ini diambil sejurus selepas dia keluar daripada UMNO. Apakah perbuatan beliau ini yang menyebabkan dianya disingkir?
3. Secara kebetulan juga sehari selepas dia berkempen untuk anak saya di Jerlun pejabat syarikat UIA Holdings Sdn Bhd milik UIA telah digeledah oleh Badan Pencegah Rasuah. Tidak ada apa-apa kesalahan dikesan yang dilakukan oleh Syarikat atau Tan Sri Sanusi.
4. Dua tindakan oleh Kerajaan ini menimbul tandatanya berkenaan dengan dasar yang diamalkan oleh Kerajaan / Barisan Nasional pimpinan Dato Abdullah Badawi.
5. Saya juga dengar cadangan supaya Dato Mokhzani yang telah keluar UMNO dipecat daripada menjadi Pengerusi Sepang International Circuit (SIC).
6. Ternampak seolah-olah Kerajaan Dato Seri Abdullah Badawi anggap bahawa jawatan-jawatan dalam Kerajaan dimiliki oleh partinya dan boleh diguna sebagai hadiah kepada yang menyokongnya dan menarik balik atau tidak diberi jika tidak patuh kepadanya.
7. Apakah hanya ahli UMNO sahaja yang boleh pegang jawatan dalam Kerajaan dan agensi Kerajaan? Saya faham ada orang bukan Melayu yang sudah tentu bukan ahli UMNO yang memegang jawatan dalam badan-badan Kerajaan. Jika kerana keluar daripada UMNO jawatan dalam Kerajaan akan dilucut, sepatutnya semua yang bukan ahli UMNO yang dilantik kedalam badan-badan Kerajaan patutlah dilucut juga.
8. Pemimpin Kerajaan nampak amat suka mendera siapa sahaja yang tidak kowtow kepada pihak tertentu. Ura-ura untuk mendera orang yang sabotaj Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 nampaknya tidak jadi. Apakah kerana takut didera mereka akan kembali menyokong? Saya fikir tidak. Sebaliknya lebih ramai yang akan menolak kepimpinan yang suka hukum orang kerana kegagalan sendiri.
9. Saya harap sebab-sebab Tan Sri Sanusi hendak disingkirkan di jelas kepada rakyat. Jangan salahguna kuasa untuk kepentingan diri.
10. Kempimpinan Kerajaan Pusat Barisan Nasional harus ingat Barisan Nasional bukan lagi menguasai seluruh negara. Negeri-negeri dan Wilayah yang terkaya di Malaysia sekarang dikuasai oleh parti lawan. Mereka tidak bertindak melantik hanya ahli-ahli parti mereka sahaja dalam badan-badan Kerajaan. Sebaliknya mereka sanggup melantik tokoh dari parti-parti Barisan Nasional untuk mengisi jawatan badan-badan yang terletak dibawah Kerajaan-Kerajaan mereka.
11. Sikap mereka ini tentu akan menyebabkan lebih ramai ahli dan penyokong Barisan Nasional berpindah kepada parti mereka atau menyokong mereka.
12. Sikap suka balas dendam kepimpinan Barisan Nasional akan menghakis lagi sokongan kepadanya.
13. Fikirkan baik-baik wahai orang yang berkuasa. Tiap seorang tokoh mempunyai penyokong sedikit sebanyak. Mereka tentu berasa tersinggung dan akan bersimpati dengan mangsa kerajaan dan tidak menyokong Barisan Nasional lagi.
14. Fikirkanlah secara mendalam. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.
2. Mungkin dia telah melakukan kesalahan yang besar yang tindakan ini perlu diambil. Tetapi secara kebetulan tindakan terhadap Presiden UIA ini diambil sejurus selepas dia keluar daripada UMNO. Apakah perbuatan beliau ini yang menyebabkan dianya disingkir?
3. Secara kebetulan juga sehari selepas dia berkempen untuk anak saya di Jerlun pejabat syarikat UIA Holdings Sdn Bhd milik UIA telah digeledah oleh Badan Pencegah Rasuah. Tidak ada apa-apa kesalahan dikesan yang dilakukan oleh Syarikat atau Tan Sri Sanusi.
4. Dua tindakan oleh Kerajaan ini menimbul tandatanya berkenaan dengan dasar yang diamalkan oleh Kerajaan / Barisan Nasional pimpinan Dato Abdullah Badawi.
5. Saya juga dengar cadangan supaya Dato Mokhzani yang telah keluar UMNO dipecat daripada menjadi Pengerusi Sepang International Circuit (SIC).
6. Ternampak seolah-olah Kerajaan Dato Seri Abdullah Badawi anggap bahawa jawatan-jawatan dalam Kerajaan dimiliki oleh partinya dan boleh diguna sebagai hadiah kepada yang menyokongnya dan menarik balik atau tidak diberi jika tidak patuh kepadanya.
7. Apakah hanya ahli UMNO sahaja yang boleh pegang jawatan dalam Kerajaan dan agensi Kerajaan? Saya faham ada orang bukan Melayu yang sudah tentu bukan ahli UMNO yang memegang jawatan dalam badan-badan Kerajaan. Jika kerana keluar daripada UMNO jawatan dalam Kerajaan akan dilucut, sepatutnya semua yang bukan ahli UMNO yang dilantik kedalam badan-badan Kerajaan patutlah dilucut juga.
8. Pemimpin Kerajaan nampak amat suka mendera siapa sahaja yang tidak kowtow kepada pihak tertentu. Ura-ura untuk mendera orang yang sabotaj Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 nampaknya tidak jadi. Apakah kerana takut didera mereka akan kembali menyokong? Saya fikir tidak. Sebaliknya lebih ramai yang akan menolak kepimpinan yang suka hukum orang kerana kegagalan sendiri.
9. Saya harap sebab-sebab Tan Sri Sanusi hendak disingkirkan di jelas kepada rakyat. Jangan salahguna kuasa untuk kepentingan diri.
10. Kempimpinan Kerajaan Pusat Barisan Nasional harus ingat Barisan Nasional bukan lagi menguasai seluruh negara. Negeri-negeri dan Wilayah yang terkaya di Malaysia sekarang dikuasai oleh parti lawan. Mereka tidak bertindak melantik hanya ahli-ahli parti mereka sahaja dalam badan-badan Kerajaan. Sebaliknya mereka sanggup melantik tokoh dari parti-parti Barisan Nasional untuk mengisi jawatan badan-badan yang terletak dibawah Kerajaan-Kerajaan mereka.
11. Sikap mereka ini tentu akan menyebabkan lebih ramai ahli dan penyokong Barisan Nasional berpindah kepada parti mereka atau menyokong mereka.
12. Sikap suka balas dendam kepimpinan Barisan Nasional akan menghakis lagi sokongan kepadanya.
13. Fikirkan baik-baik wahai orang yang berkuasa. Tiap seorang tokoh mempunyai penyokong sedikit sebanyak. Mereka tentu berasa tersinggung dan akan bersimpati dengan mangsa kerajaan dan tidak menyokong Barisan Nasional lagi.
14. Fikirkanlah secara mendalam. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.
423 comments:
«Oldest ‹Older 401 – 423 of 423Celik2 mata je muka Tun jgk. Mesti la saya mahukan 'favourite leader' saya berehat. Tp saya sedar Tun tidak sampai hati mendengar rintihan rakyat minta pertolongan Tun.
Langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan pegawai2 kerajaan x masuk akal langsung. Ini hal remeh temeh saja apa nk kecoh. Apa kena mengena dengan kenaikan harga minyak. Lain la kalau projek pengangkutan awam. Klu ini lah topik karangan, dah tentu fail derang ni sumer x pass UPSR pon. Klu camtuh baik kite suro budak tadika jek jd PM.
saya tetap menyokong penuh pendirian tun.. we love u TUN..
Semasa Tun M jadi PM dulu, abg ipar saya dan saya sekeluaga (dari Alor Star) pernah ke rumah rasmi Tun kerana menghantar masakan kegemaran Tun. Malangnya Tun waktu itu ada mesyuarat...kami hanya sempat bertemu Tun di ruang lif pejabat. Itu pun Dato' Ali suruh kami tunggu di sana.
Sejuk tengok muka Tun..sempat kami bersalam-salaman dengan Tun. Saya rasa pelik juga tengok abg ipar saya dok brjalan sambil pegang bahu Tun. Kalu orang lain tentu sudah tunjuk reaksi "tidak suka" namun ia tidak berlaku kepada Tun.
Tun adalah seorang pemimpin yang hebat...
Harmoni
Assalamualaikum,..
Pertama kali saya menulis komen dalam blog ini. Dan pertama, kepada FARAH,..dont simply giving such advice to TUN,...Awak suruh tun banyak beribadat memang dah betul,..tapi untuk berhenti dalam perjuangan menentang kezaliman juga adalah satu dosa,..Tun menentang kezaliman ke atas rakyat juga adalah satu ibadah,..awak ingat ibadah setakat pegi haji dan sembahyang je ke? Belajar balik kat sekolah agama,...Orang yang membiarkan kezaliman turut sama berdosa dengan orang yang melakukan kezaliman,..Tetapi menentang kezaliman boleh mengundang pahala,..
Keduanya,..secara logik akal berfikir, apa yang TUN buat adalah satu perkara yang baik, saya menyokong sepenuhnya. Mudahan Allah memperkenankan doa2 yang memohon kepada kemakmuran negara. AMIN.
Semoga sihat selalu TUN. Perjuangan perlu diteruskan, dan kami bersama TUN selalu!~~
Tun M, I think Tan Sri Sanusi should be a gentleman instead of blaming the Perak Sultan for being influenced by our PM in the issue of his sacking. What baseless allegation is this??
On another note, we know that Tan Sri Sanusi also before this was actually also involved in the sacking without reason of founder of ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization) Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas in 2002. I bet only Tan Sri knows pretty well about this issue.
And now he wants to blame another person for doing what he did unto another person before.
kat sanusi dia berani mabik tindakan.....hehehehe nampak sangatlah double standard.
Tun yang saya kasihi,
Usah Tun berkecil hati dengan individu di sini yang terlalu jumud menasihat Tun agar beribadat dan tinggal menghabiskan usia di Mekah. Mereka ini dilahirkan di zaman Malaysia berada dalam kemewahan. Mereka tidak mengenali erti perit merempat di tanah kelahiran sendiri. Mereka ini adalah anak-anak subsidi. Anak-anak yang melanjutkan pengajian di menara gading berasaskan kuota. Mereka ini ada pendidikan tapi tiada wawasan dalam membantu Malaysia gemilang.
Mereka generasi begini kadangkala tidak tahu menghargai jasa-jasa generasi terdahulu yang berhempas pulas meneraju Negara demi kebaikan generasi terkemudian. Mereka lupa dan kadang-kadang buta sejarah bahawa Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid merupa generasi terdahulu yang banyak menabur jasa kepada generasi masa kini.
Mereka lupa bahawa manusia yang terbaik ialah manusia yang hidupnya sentiasa memberi manafat kepada manusia yang lain. Mereka lupa bahawa setiap sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas dalam apa jua pekerja baik merupakan ibadah. Mereka seolah-olah menyuruh Tun menolak dunia dan terus mencapai akhirat. Jauh disudut hati saya bahawa Tun tidak akan sampai hati melihat rakyat Malaysia di tindas dan terus ditindas.
Mereka buta sejarah bahawa Tun membuat amalan baik bukan sahaja semasa Tun memegang jawatan Menteri dan Perdana Menteri. Tetapi Tun telah membuat amalan baik sejak Tun menjadi Pegawai Perubatan dengan tidak menetapkan bayaran dan kadangkala memberi perkhidmatan secara percuma kepada simiskin di utara semenanjung.
Mereka yang berfikiran sedemikianlah yang merosakkan Ummat Islam. Di mana menolak dunia bererti memberi peluang kepada golongan tertentu yang memusuhi menguasai dunia samada dalam bentuk teknologi, persenjataan, perubatan dan lain yang menuntut Ummat Islam melutut untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Golongan sebegini melihat Tun sebagai seorang tua, seorang pemimpin yang telah pencen, seorang yang suka mengkritik tetapi mereka ini BEBAL dalam melihat bahawa Tun adalah GUDANG ILMU, KHAZANAH ILMU, SUMBER MAKLUMAT DAN PENGALAMAN yang perlu mereka timba sementara Tun masih berdaya.
Lihat wahai bangsa Melayu bagaimana generasi muda kamu merosak Malaysia dengan pemikiran yang jumud, dalam erti kata yang lain PEMIKIRAN YANG TIADA HIDAYAH.
Tun Dr Mahathir Mohamad, saya membaca pos di blog ini dan di blog Sanusi Junid.
Blognya masih wujud. Tetapi bila di klik, dapat ini:
404 Not Found.
The site you have requested could not be found (404).
Mungkin saya seorang sahaja yang mendapatinya begini.
Jika ada maklumat, diharapkan dapat berkongsi dengan saya.
Terima kasin...
Saya dipecat kerana desakan PM - Sanusi
Azamin Amin
Wed | Jun 11, 08 | 6:40:23 am MYT
KUALA LUMPUR,11 Jun (Hrkh) - Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid memberitahu bahawa pemecatan beliau selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) adalah atas desakan dan nasihat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau menjelaskan tidak mungkin Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan UIA memecat beliau kerana berdasarkan perlembagaan UIA, baginda hanya akan bertindak atas nasihat 'host member' yang bermaksud negara tuan rumah iaitu Perdana Menteri.
"Hubungan saya dengan Sultan Pahang cukup akrab dan amat baik. Tak mungkin tindakan ini dibuat atas kehendak Tuanku sendiri...Jangan cuba nak melaga-lagakan antara saya dengan Raja,"katanya dalam satu sidang media di Bangsar petang semalam.
Sehubungan itu, beliau percaya, keputusan menamatkan perkhidmatannya selaku Presiden UIA dibuat oleh Sultan Pahang atas nasihat Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 20 (iii) perlembagaan univerisiti antarabangsa itu.
Sanusi memaklumkan, beliau menerima surat pemberhentian serta-merta yang bertarikh 2 Jun sekembalinya daripada luar Negara pada 9 Jun lalu.
"Tempoh perkhidmatan saya masih ada dua tahun lagi. Tiada kesalahan dinyatakan sebagai alasan dan penamatan serta-merta ini bermakna ianya suatu pemecatan disebabkan desakan beberapa pihak-pihak yang berkepentingan,"katanya yang membaca keseluruhan 18 muka kenyataan media berhubung pemecatannya itu
Sanusi dalam kenyataannya itu menyatakan bahawa beliau dipecat melalui saluran Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang secara kebetulan adalah ahli majlis UIA.
"Nama dia (Setiuasaha itu) telah saya cadangkan untuk menjadi wakil alumni di dalam Majlis UIA sebaliknya ahli majlis ini bukan sahaja tidak rajin menghadiri mesyuarat majlis kerana terlalu sibuk malah telah menggunakan kedudukannya untuk mengutamakan kepentingan orang-orang tertentu,"katanya lagi.
Beliau turut menambah bahawa keputusannya untuk keluar daripada Umno tidak perlu dipolitikkan di dalam kampus UIA dan menanggap bahawa tugasannya sebagai Presiden UIA merupakan satu ibadah telah dihalang oleh pihak-pihak tertenu.
"Tugas saya sebagai Presiden UIA adalah ibadah. Bila orang nak buat ibadah orang halang, maka terpulanglah," katanya.
Sanusi juga menyatakan bahawa beliau tidak merasa sedih malah tidak merasakan nama baiknya tercemar berikutan pemecatannya itu.
"Saya sedih jika dipecat oleh seorang tokoh yang disanjungi, disokong dan dipandang mulia oleh masyarakat.Dalam hal ini kesedihan itu tidak ada,"katanya.
Dalam kenyataan akhbarnya setebal 18 muka itu beliau turut menjelaskan bagaimana Tun Dr Mahathir pernah mengampunkan Abdullah atas perilakunya sewaktu berada di luar kabinet sehingga menatangnya sebagai Perdana Menteri.
Sementara itu beliau menjelaskan bahawa sidang media ini adalah peluang terbaik beliau untuk menjelaskan kedudukannya dan senario di sebalik pemecatannya di samping mengambil kesempatan meminta maaf kepada semua pihak khususnya warga UIA sekiranya pernah melakukan kesilapan.
"Pemecatan saya ini menjejaskan peluang saya untuk berhubung terus secara formal dengan pihak UIA. Hanya melalui sidang media sahajalah peluang saya untuk memohon maaf dan menjelaskan kedudukan,"jelasnya.
Ditanya sama ada akan ada tindakan susualan berikutan pemecatan ini, Sanusi menjawab bahawa beliau tidak akan membela diri atau berbincang mana-mana pihak untuk menarik balik keputusan itu.
"Saya tidak akan bela diri. Surat pemecatan sudah keluar, takkan saya nak suruh tarik balik,"tegasnya. - mks._
Salam Ayahanda Tun. Izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Bapa kerana sesungguhnya ayahanda Tun adalah Bapa Malaysia.
Saya ada terbaca tentang coretan oleh seorang blogger yang mempersoalkan apakah jasa Tan Sri Sanusi Junid (TSSJ)? Pada diri saya, jika saya tidak mengenali seseorang itu, usahlah cuba untuk mempertikaikan sumbangan atau kebolehan seseorang itu.
TSSJ yang saya kenali secara peribadi adalah seorang manusia yang tidak suka menggembar gemburkan pencapaian nya, mungkin di sinilah silap dia.
Tidak ramai yang tahu bahwa beliau mempunyai ijazah kedoktoran (Phd) dari University of Nanking, China. Lebih ramai lagi orang tidak tahu beliau boleh bertutur dalam 7 bahasa.
I asked him once "What do you mean by knowing 7 languages?". His answer? "If you know how to speak in a language, you cannot claim that you know that language until you've learned how to write in that language" and he proceeded to show me by writing in several languages including Tamil.
He was a bank manager and have a collection of 30,000 books in his house in Damansara (that was 4 or 5years ago). Orang lain himpun harta, dia himpun buku and he reads them too.
When he was the Menteri Besar, he came out with new and seemingly ridicuous ideas but I dare say that he was trying to tell us to think out of the box.
A number of the projects associated with the ideas failed not because the idea was not good but the implementation was poor. People who were tasked with carrying out the ideas did them because they want to curry favour with TSSJ and not because they genuinely bought the ideas.
When he was the President of UIA, not many people know that he bought a Kancil under his name to be used by a group of needy students.
No, I am not TSSJ's relative or PA or ghost writer. But I don't like to see a man unfavourably and injustly villified in public.
The first word in the first surah which Rasulullah (SAW) received was "Iqra'" meaning "Read". I hate to see someone who believed in the above surah and lived by it being whacked by someone who is definitely a lesser mortal.
Ayahanda Tun, but I am sure that you already know what I have written above.
Take care and salam.
Saya tak perlu risau pasa Sanusi ini sebab walaupun dia dah kena pecat tetapi pendapatannya yang ada cukup untuk beliau tetapi bagaimana dengan kita yang belum menjaminkan masa depan yang cerah.
Apakah kita hanya bersedih kepada dia sedangkan kita sekeluarga kebuluran dan adakah dia akan berkongsi bersama-sama kita
Salam Tun,
Just nak komen kepada Farah..
Pn Farah, saya hanya nak mengingatkan bahawa ibadah itu bukan hanya berada di atas sejadah atau berada di Mekah...Kesiannya kerana berfikiran begitu, Sedarkan Puan Farah bahawa menegur kepada kebaikan, berjuang kepada panyatuan dan pengurusan ke arah kepimpinan yang lebih baik juga merupakan satu ibadah? Diharap Puan Farah memperbanyakkan lagi pengetahuan berkaitan apa itu ibadah dan bukan ibadah...
Tun, saya tetap bersama Tun selagi kebaikan dan perjuangan suci di bawa Tun.
TUN..........
WALAUPUN DAHULUNYA SAYA AMAT MEMBENCI TUN....TETAPI UR THE GREAT!....DARI ZAMAN TUNKU,HINGGA ZAMAN PAKLAH,TUN PEMIMPIN YANG TAHU MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN SENDIRI,BUKAN DESAKAN....
TUN..........
TERUSKAN PERJUANGAN MEMBELA RAKYAT MALAYSIA DARIPADA DIANIAYAI PEMIMPIN ISLAM HADHARI....
TUN..........
SAYA TAHU TUN SILAP MEMILIH PEMIMPIN ISLAM HADHARI UNTUK MENGANTI TUN...SETIAP MANUSIA AKAN ADA 1 KESILAPAN...
TUN.........
TERUSKAN PERJUANGAN.....
-BOB JALAN PEGAWAI,KEDAH-
farah....menegur kemungkaran adalah kewajiban setiap manusia....kalau nak dibandingkan suara kita dgn Tun M apa lah sangat suara kita ni, sungguh halus rasanya!!!jadi saya harap jangan lah kita terus mengeluarkan kata2 atau pandangan hanya bersandarkan pada satu sudut pemikiran...hendaklah dilihat dari pelbagai sudut...barulah kata2 kita akan menjadi kukuh...
Tun, tolong lah sedarkan si Pak Lah nih.. jauh menyimpang dia nih.. makin hari makin lupa melayu nih.. ape lah nak jadi dgn negara kita nih.. Tun tolonglah jangan bersara dulu.. bantu lah perbetulkan keadaan sekarang nih.. kalu tidak susah lah anak2/cucu2 nak hidup nanti..
Kadang-kadang apa tindakan kita yang bagus atau sebaliknya mendapat balasan yang setimpal dari Allah..Mungkin balasan itu akan datang keesokan harinya atau bertahun2 lamanya...muhasabah lah diri..Mungkinkah ia ujian atau balasan..Renongkanlah TUN & Tan S.J
Salam Tun, salam semua,
After Tan Sri Sanusi Junis announce dia keluaq UMNO, i am not surprise akan ada tindakan susulan "yang tidak popular" oleh orang-orang yang dipinggir tampuk kekuasaan demi menyelamatkan survival politik yang nyawa-nyawa ikan.
Selama ini, tidak kedengaran pun ura-ura TSSJ akan ditamatkan perkhidmatannya, tup tup bila dia quit UMNO aje..terus kena fired.
Jadi....perlukan kita hanya menunggu keadaan *akan berubah ATAU menukar sahaja kepimpinan sedia ada!...petikan ucapan dari pemimpin Britain..lupa da nama dia sapa...
Jangan lak dituduh saya menderhakai parti kerana mengkritik pemimpin atasan, tapi apa salahnya pemimpin atasan pula yang tunduk ke bawah, tengok "apa yang rakyat nak!".
Maaf, emosi pulak. Tak maksud apa-apa pun sekadar meluahkan apa yang terpendam.
rohaza
wahsah! with me
apa apa ajelah.....
asalkan bahagia...
Tun M,
Assalamualaikum. Terus terang saya katakan memang saya kagum dengan Tun M. Dari segi kepimpinan, kepintaran yang telah Allah kurniakan kepada Tun M. Saya juga bangga dengan Tun M kerana hasil kerja Tun M telah menjadikan malaysia sebagai sebuah negara maju sehingga dikenali di seluruh dunia. Tetapi malang tidak seperti pemerintahan sekarang. pemerintahan sekarang lebih mementingkan diri, keluarga sendiri dan langsung tidak memikirkan masalah rakyat. Sedih rasanya, jika masa boleh kembali ingin sekali saya merasa pemerintahan Tun M semula. Lagi satu saya ingin ungkapkan disini khusus kepada saudari Farah. Sebagai orang yang ada semangat melayu yang tidak mahu tengok orang melayu tercicir, memang patut Tun M masih berjuang walaupun usianya telah lanjut. Hanya orang yang tidak ada semangat melayu sahaja yang sanggup biarkan melayu hancur seperti saudari. Jadi kalau taknak berjuang tolong DIAM!!!. Jangan pertikaikan orang itu dah tua atau nak temui ajal. Sesungguhnya tidak semestinya saudari yang masih muda tidak boleh mati dulu sebelum TUN M. Pasal ibadat itu antara TUN M dengan Allah. Saudari tak payah pertikaikan sedangkan diri saudari sendiri belum tentu betul. Jadi jaga diri saudari sendiri ok..!!
salam hormat
edy
Tun Dr Mahathir
pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa cuba menjaga kebajikan rakyat, "concern", dan sentiasa melakukan kebaikan untuk tanah air sendiri. itulah jasa yang besar di curahkan Tun kepada negara kita MALAYSIA. jadi buat cik Farah yang bercakap seolah2 buta dan tidak merasa kebaikan yang BELIAU dapat sepanjang kehdupan beliau diMALAYSIA in, biar saya ingatkan... siapa kenal anda? adakah anda pernah memberi " sesuatu " kepada negara? adakah anda terlibat dalam memajukan negara? adakah anda yang bertungkus lumus menstabilkan negara kita ini sewaktu kemerosotan ekonomi dahulu? apakah kaitan diantara menegur dan mengkritik dengan soal agama? adakah mengkritik dan menegur itu salah di sisi agama dan ALLAH? anda berbicara menyuruh Tun berhenti dari mencampuri urusan negara dan beribadat di MAKKAH seolah2 anda bercakap dari rasa benci secara personal terhadap Tun.anda bercakap seolah2 anda tiada kefahaman yang tinggi di dalam agama kerana anda memperlekehkan orang lain. cuba fikir, tidak berdosakah anda? Ajal maut ditangan tuhan, datang atau tidak anda tidak layak membicarakannya. tidak ada salah untuk Tun memperjuangkan apa yang dirasakan perlu.. sekurang2nya beliau berjasa pada negara. tanya diri anda, berjasakah anda?
anda menyuruh orang lain melakukan ibadat, cuba tanya diri sendiri, cukup sempurnakah anda? cukup baguskah anda? saudari, jika tidak wujud pemimpin begini, yang sering mengeluarkan komen sebagai pemangkin pembangunan ukhwah manusia, maka hancurlah generasi manusia yang HEBAT! Apa yang boleh saya fahami disini, anda merupakan seorang pengkritik Tun dan mungkin anda orang kuat, atau pro, atau orang yang mendapat kebaikan dari kepimpinan Pak Lah. Kepada Tun, perjuangan anda tidak tergugat dengan wujudnya orang2 berfikiran CETEK, SEMPIT, SINGKAT seperti cik Farah ini..
kesian anda cik farah, orang lain memberikan komen yang bernas walaupun ade yang tidak bersetuju dengan Tun tetapi anda seperti kanak2 kecil yang tidak tahu berfikir dan terkapai2 dalam mengeluarkan komen dan kenyataan. kasihan anda. blog ini hanya untuk orang2 yang sayangkan MALAYSIA. bukan orang seperti anda..
tdm.. jangan ajar dia jadi pandai...biar dia jatuh sendiri tapi pun masih bodoh.. wa hahahaha.. TDM u are on of the brilliant guy i knew.. i support u.. :)
Kepada Farah:
Bg saya klau tidak ada Tun M untuk menyoal tentang kesalahan yang dibuat oleh kerajaan sekarang, kita tidak akan sedar.Banyak yang tidak betul berlaku sekarang. Jangan sampai satu hari nanti kita dikertawakan oleh org luar.
Kerana cintakan bangsa dan negaranya, Tun M teruskan usaha anda.
Terima kasih Tun..
Dulu saya amat bangga mempunyai PM seperti anda (Tun M) yang berani mempertahankan bangsa, negara dan agamanya.. tapi sekarang kebanggan itu telah hilang.
Warga Malaysia (25/11/1984)
Tun,
Saya kagum diatas pendirian Tun selama ini dan saya sokong penuh sikap Tun yang membantu Rakyat
Malaysia supaya keluar daripada musibah PAklah dan kuncu-kuncunya yang tak henti-henti memerah wang hasil rakyat.
Hidup PAKDET. Salam
Post a Comment