Thursday, May 29, 2008

UMNO yang bukan lagi UMNO

Saya ucap terima kasih kepada beberapa ahli UMNO yang mahu saya kembali menjadi ahli.

Sebenarnya sejak saya melantik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan dianya mengisi jawatan itu, UMNO tidak pernah layan saya sebagai ahli UMNO, jauh sekali sebagai bekas Presiden UMNO.

Dari awal lagi Menteri-Menteri UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO dilarang daripada berjumpa dengan saya atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya mungkin berucap.

Menteri yang saya lantik dahulu, sekarang mengecam dan mengeluar kata-kata kesat kepada saya.

UMNO tidak dibenar menjemput saya dan jika sesiapa cuba jemput juga, mereka dipanggil oleh Menteri Besar dan juga polis supaya tarik balik jemputan. Selepas 14 jemputan dipaksa tarik balik tiada siapa yang berani jemput saya lagi. Ahli-ahli UMNO tidak dibenar hadir apa-apa majlis di mana saya akan berucap, dan mereka pun patuh akan arahan ini.

Ahli Bahagian Kubang Pasu yang saya menjadi ketuanya selama 22 tahun diarah dan disogok dengan wang supaya tidak mengundi saya sebagai wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2006. Dan saya pun kalah.

Timbalan Perdana Menteri pun tidak dibenarkan berjumpa saya sehinggalah saya dedah perkara ini. Kemudian barulah beliau dibenar berjumpa saya.

Ada juga pemimpin UMNO yang mencadangkan saya disingkirkan daripada parti.

Sikap dan layanan terhadap diri saya selepas saya letak jawatan jelas menunjuk bahawa sebenarnya saya bukan sahaja bukan ahli UMNO tetapi saya adalah musuh UMNO.

Justeru itu keluarnya saya daripada UMNO hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli UMNO.

Ini semua tidak menjadi sebab saya keluar daripada UMNO. Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan UMNO sudah membawa parti keramat ini dan Kerajaan pimpinan UMNO keluar dari landasan asal perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Parti UMNO tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. UMNO juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri.

Barisan Nasional dan UMNO kehilangan pengaruh di kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat UMNO sehingga kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Pemimpin UMNO membiarkan negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke tangan parti lawan – termasuk Kedah negeri saya sendiri. UMNO dan BN tidak menang 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat, UMNO tidak lagi dihormati oleh Raja-Raja Melayu dan bermacam-macam lagi.

Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai UMNO tetapi sebenarnya sudah tidak lagi UMNO.

Arah tuju UMNO ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada UMNO mesti dipertanggung-jawabkan kepadanya.

Kerana saya percaya bahawa Dato Seri Abdullah bukan sahaja sudah rosakkan UMNO yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya, dan saya percaya ahli dan pemimpin UMNO yang lain tidak berani membetulkan UMNO maka saya terpaksa keluar daripada parti ini.

Saya sedih bukan sahaja kerana meninggalkan parti tetapi kerana ahli-ahli UMNO rela terima segala perbuatan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Malaysia dihina oleh negara-negara lain termasuk negara-negara OIC (Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam – Organisation of Islamic Conference) dan NAM (Pergerakan Negara-Negara Berkecuali – Non Aligned Movement). Daripada negara yang menjadi contoh kepada negara membangun lain kita sudah dianggap sebagai negara sekutu Amerika Syarikat. Kita tidak lagi berani menegur kejahatan Barat, sebaliknya kita membisu.

Saya percaya selagi Dato Seri Abdullah memimpin UMNO, pengundi-pengundi UMNO dan penyokong UMNO tidak akan kembali menyokongnya walaupun mereka tidak akan mengaku secara terbuka pendirian mereka dan undi mereka pada parti lawan seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2008.

502 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 400 of 502   Newer›   Newest»
mie said...

Salam Tun,

UMNO yang bukan lagi UMNO, memang sesuai untuk sekarang..

Sekarang pemimpin di dalam UMNO tiada usaha untuk mengembalikan kepercayaan ahli mereka terhadap mereka..

Diambil pula orang baru (Ezam) masuk semula UMNO.. Dimanakah pendirian pemimpin-pemimpin yang lain.. mereka hanya mengikut sahaja, takutnya mereka...

Redhuan D. Oon said...

oovKita duk perhati ada beberapa komen yang mendakwa bahawa tidak cukup komen negatif atau kritikan terhadap Tun di sini. Mereka rasakan mesti komen-komen tersebut ditahan dari disiarkan dalam blog CheDet ini.

Yang terbaru daripada yang bernama 'Rick' yang berkata mesti komennya juga akan dipadamkan. Tetapi komennya tidak dipadam lalu saya dapat membacanya.

Jika mahu dengar banyak lagi kritikan mudah sahaja. Terdapat banyak lagi sumber dalal minternet dimana mereka hanya mengkritik sakan sahaja. Imej mereka tidak baik kerana bukan sahaja bahasa yang mereka gunakan itu tidak santun tetapi hujah tidak berasas kebanyakannya.

Di sini saya boleh baca yang mengkriitik dan ada yan mencerca pun tidak dipadamkan. Tetapi hujah mereka tidak menyakinkan dan boleh dilihat seolah ada yang belum pernah hadapi dunia luar atau alam politik lagi.

Yang penting ialah untuk memberikan hujah berasas dan kena pada subjeknya tidak kira apakah ia suka menolak peribadi dan pendirian dan kelakuan Che Det ini.

Kita pembaca boleh menilai sendiri. Kita amat aktif membaca banyak blog termasuk Malaysia Today.net dan kata-kata komentar liar terhadap Tun. Saya hormati dan amati pandangan mereka tetapi saya ada pandangan saya sendiri.

Saya juga ada blog saya sendiri yang tidak ada tapis langsung. Ada yang kritik saya sebagai pembenci Anwar tanpa mengeluarkan hujah penuh dimana silap kata-kata saya.

Yang kita bimbang ialah penghujah itu beremosi dan hilang pertimbangan dalam kata-kata. Ia akan memburukkan imej penhujah dan tokoh yang disokongnya sendiri.

Kita terasa pandai juga tim pembantu Tun dalam membantu menapis komen di sini sehingga yang mencaci Tun pun dibenarkan. Ia membawa markah simpati moral kerana cacian itu sungguh rendah nilai dan lemah berhujah.

Ada kawan saya kata saya pandai pulak kipas tokoh di sini. Saya boleh buktikan saya akan sama kipas jika saya duduk di bawah Genghiz Khan. Akan sama kita pujinya sebagai penakluk agung yang akhirnya cucu-cicitnya membina empayar Islam di Cina dan India.

Kita lihat pada hasil kerja dan pencapaian seseorang pemimpin. Rekod 22 tahun Tun adalah terpapar tanpa selindung untuk semua pihak menilai dan memperlekehkan.

Apa yang Tun tulis di sini adalah secara bertanggungjawab dan tertumpu pada sekian agenda sahaja. Takkan Tun mahu cerita pasal klinik Tun atau hobi perabut Tun. Orang ramai dan cerdik pandai dunia mahu tahu gerak catur politik Tun - langkah demi langkah.

Tun does not waste his or our time. He goes straight for the goal. And more often than ot he scores. Or else he looks for the penalty.

Adakala kita tidak pasti apakah pandangan kita itu betul atau serong. Itu sebabnya kita membaca semua komen orang dan juga blog-blog lain dan juga berbincang dengan rata-rata orang. Ada kenalan saya benci Che Det. Ramai juga yang tak kisah. Tetapi tidak sedikit yang bersetuju dengan kita.

Dengan itu saya seperti Rick turut menyokong supaya lebih kritikan membina disalurkan ke blog Che Det secara langsung demi membuka pemikiran kita.

Redhuan D. Oon
padi-malaysia

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, betapa sedihnya dan menyayat hati bila membaca pos ini. Benarlah, UMNO kini adalah yang bukan lagi UMNO. Terima kasih kerana pos ini, yang jelas menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad terus berani menyuarakan isi hati terhadap UMNO, ketikamana ada pemimpin yang mungkin telah kehilangan kewarasannya bila berkata Tun Dr Mahathir Mohamad telah hilang hak mengkritik UMNO setelah keluar daripada UMNO, kerana Abdullah Ahmad Badawi melambatkan proses peralihan kerusi Presiden UMNO. Ya, UMNO ialah milik semua ahli UMNO, dan menjaga kepentingan seluruh M - uMno, yakni Melayu. Sememangnya UMNO sebuah parti berteraskan Melayu. Pada saya, sebaiknya kelak Malaysia. Benarlah UMNO kini bukan lagi UMNO, kerana Abdullah Ahmad Badawi, sepertimana kempen di Kelantan PRU12, "Pok Loh Lo ni, tok supo mulo". Jika Tun Dr Mahathir Mohamad pun, UMNO tidak memberi layanan sebagai ahli dan sewajarnya sebagai pemimpin ulung UMNO, apa tah lagi orang lain. Mungkin layanan istimewa diberikan kepada orang yang ada kaitan dengan kepentingan langsung kepada Abdullah Ahmad Badawi sendiri yang terus mahu kekal sebagai Presiden UMNO. Sepertimana layanan istimewa yang telah diberikan semalam kepada Ezam Mohd Noor. Saya ingin menambah sedikit perihal layanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, di masa Abdullah Ahmad Badawi ialah Presiden UMNO. Ini berkaitan saya dipilih menjadi juruacara untuk suatu majlis *Jasamu Dikenang*, yang mahu dianjurkan oleh beberapa Pemuda satu Bahagian UMNO, kerana mereka merasakan jasa Tun Dr Mahathir Mohamad belum puas diucapkan terima kasih. Majlis ini bakal berlangsung secara besar-besaran di Tanjung Dawai, Kedah. Setelah beberapa mesyuarat diadakan, tiba-tiba saya diberitahu majlis itu dibatalkan, kerana dikhuatiri Abdullah Ahmad Badawi berkecil hati, kerana majlis ini meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah banyak berjasa. Ketika itu tidak difikirkan bahawa kecil hati pun boleh untuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Mereka fikirkan hanya kecil hati Abdullah Ahmad Badawi. Aduh! Seperkara lagi ialah baru-baru ini sambutan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi yang kembali ke tanahair dari Tokyo Jepun pada hari yang sama, waktu yang berbeza. Telahpun dirakamkan, dan kita tahu maknanya. Apalah ruginya, UMNO terus memanfaatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih mampu dan mahu memberi sumbangan dan khidmat. Begitu juga dengan lain-lain tokoh veteran. Tidak adakah kerusi khas untuk mantan Presiden UMNO dalam perhimpunan agung UMNO..? Dulu, saya pernah tengok, ada. Kini, tidak nampak pula Tun Dr Mahathir Mohamad ada dijemput khas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO selepas 2003. Perihal Mohd Najib Abdul Razak, nak bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad, dan nak bertemu sekali lagi tanpa pasti secepat mana, itu dapatlah saya faham akan kedudukannya, kerana pernah bekerja dalam UMNO di bawah pimpinan kedua-dua Presiden dan mantan Presiden UMNO. Pemimpin Pemusnah seperti Abdullah Ahmad Badawi lebih gembira bertemu Ezam Mohd Noor, daripada bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu isyaratnya. Tambahan pula, dalam pertemuan yang lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengannya, apa yang telah dicatatnya, sudahkah dilaksana dan ditunaikannya? Apalah peri budi pemimpin UMNO yang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad disingkirkan, di samping menteri yang biadab meluahkan kata-kata kesat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah banyak berjasa kepada UMNO. Mereka inilah yang masih di dalam UMNO yang sama-sama kini ibarat memegang lutut Pemimpin Pemusnah, yang sama-sama mensegerakan kemusnahan UMNO sebagai parti yang tidak akan lagi relevan di Malaysia. Para pemimpin UMNO sebenarnya tidak kenal, tidak sedar siapa "musuh" mereka sebenarnya. Orang yang betul-betul sayangkan UMNO, maka orang inilah pula yang dibenci dan dicerca. Memanglah, bila pemimpin UMNO sekarang lemah, lembik, dan layu, maka UMNO mudah ditekan dan terus mengalami tekanan dari setiap penjuru dan pelusuk. Bila berlanjutan, kelak Abdullah Ahmad Badawi akan mengetahui, jumlah yang dikatakan sabotaj UMNO dari dalam yakni kalangan ahli, bakal meningkat. Keutamaan Abdullah Ahmad Badawi terhadap pemulihan UMNO selepas PRU12 adalah tidak jelas. Masih belum dijelaskan. Sememang budaya Melayu segan silu menegur pemimpin seperti Abdullah Ahmad Badawi. Dia ingin terus kekal sebagai Presiden UMNO, dan selagi dia di situ, selagi itulah semakin banyak bahan di internet, termasuk dari kalangan orang muda, yang menggambarkan dia tidak lebih hanyalah seorang Pak Lawak Lah. Beberapa ahli UMNO yang mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke pangkuan UMNO, senang sahaja, bila kita tahu syaratnya dipenuhi, bahawa Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi dan bukan lagi Presiden UMNO. Ini jelas. Ya, UMNO kini bukan lagi UMNO sebenarnya, telah jadi lain asas dan landasannya, ketika masih dan terus di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

SATRIA GTI said...

Salam Tun,

malam nie sure punya berita TV3 keluar dengan statement " Tun dr mahathir merajuk dan meminta ahli2 UMNO melayan beliau seperti bekas Presiden UMNO"

atau " Biar lah dia merajuk tak de siap nak pujuk dia, bukan budak2 lagi-dari nazri aziz(menteri di JPM)

sabar aje lah TUN...

Unknown said...

Apabila seseorang itu memerintah dengan zalim akan datang nanti pemimpin yang lebih zalim dari kita...saya bersimpati dengan Tun

Anonymous said...

duduk dari bawah dan tengok keadaan politik Malaysia terutama Melayu serta orang Islam sekarang sangat menakutkan... Mampukah Melayu kembali mengukuhkan kedudukannya kembali lebih-lebih lagi orang muda Melayu sendiri gagal memahami hak kaum sendiri dan lebih menyokong fahaman liberal pembangkang...

Kalau boleh tolong jelaskan terutama kepada generasi baru Melayu yang gagal memahami relevan memperjuangkan agenda Melayu tanpa membelakangkan kaum lain... pembangkang sedikit sebanyak telah berjaya dengan slogan anti-ketuanan Melayu...

hafiz said...

walaupun saya antara orang yang tak suka kepada umno dari dulu lagi, tindakan tun sedikit sebanyak membuka minda seluruh rakyat Malaysia bahawa walaupun perjuangan sesebuah parti itu baik...tanpa kepala yang elok lagi telus mulus...parti hanya jadi tunggangan...semuanya jadi topeng...mengguna nama bangsa dan agama" Tahniah buat Tun, semoga perjuangan diteruskan!

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Dear Tun,
I salute to you ....keikhlasan Tun amat saya sanjungi. Saya penuh yakin dengan kata2 Tun . P.Ramlee pun sekata dengan Tun , sila Tun klik video ini :

http://www.youtube.com/watch?v=cnnCoszOUwc

HALIDOM said...

saya sedih dan geram menengokkan gelagat ramai ahli-ahli umno yang hidup dalam 'self denial', masih bermimpi yang umno seperti dulu ...

kalau kita ikuti mereka-mereka yang terus mendewa-dewakan pak lah, jelas menampakkan bahawa mereka semua adalah 'survivalist' - nak hidup ! bimbang takut hilang kepentingan yang dikecapi mereka sekarang.

saya bimbang kot-kot bila mereka sedar dari igauan ini, dah jauh terlambat.

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, saya harap sangat sedikit tambahan ataupun pos baru, perihal UMNO. Ini adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai banyak maklumat tepat mengenai peristiwa rentetan sejarah UMNO. Semasa saya masih lagi Mahasiswa, sebahagian kami melihat UMNO pada 1987, sebagai satu daripada kebijaksanaan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai pemimpin dan kepemimpinannya dalam mengekalkan UMNO sebagaimana asalnya. Namun ada sebahagian orang yang tidak mendapat penjelasan sebenarnya, lalu melihat UMNO 1946, berbeza dengan UMNO selepas 1987. UMNO 2003 berbeza pula dengan UMNO 2008. Selepas keluar UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat juga berkongsi dengan kami, ke manakah hala tujunya UMNO selagi Abdullah Ahmad Badawi, semacam mahu terus kekal sebagai Presiden UMNO, bila mana UMNO menuju 2010, 2020, dan InsyaAllah seterusnya. Silalah ambil kira juga rakan yang memberi komen di sini di kalangan ahli UMNO, yang akan, sedang, dan telah turut keluar UMNO, yang mengeluh akan nasib anak cucu mereka di masa depan, berpaksikan UMNO pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad. Tabik!

Wonderful World said...

Semua yang memberi komen di sini, mirip mereka yang keluar "UMNO" 2(lbhkrg) dekad dahulu. Sedihnya melayu... back to square one... Melayu masih mengharapkan 'kuda tua'... sebab kita tidak ada idea sendiri... masih perlu dipimpin... Buktinya, hanya 1 orang yang excel di dalam 2 dekad yang lalu... yang lain masih terikat hidungnya... bangunlah melayu... let the old man retire peacefully... Bangkitlah... don't grumble... keluarlah dari kepompong masa silam... Sekali lagi...SEDIHNYA...

tunku said...

amat menyedihkan bila traitor seperti ezam dianggap hero dan hero dianggap traitor. memang umno sudah bukan lagi umno .

Unknown said...

Tun,
Saya amat sedih dengan cara majoriti pemimpin2 UMNO melayan Tun. Mereka ini sebenarnya tidak tahu menghormati Tun sebagai bekas pemimpin tertinggi UMNO dan BN. Jadi merekalah sebenarnya yg tidak setia kepada UMNO (yg asal). Harap Tun teruskan dengan usaha Tun yg ikhlas untuk membantu UMNO kembali kepada landasan sebenar biarpun berada di luar UMNO. Memang benar DSAAB sudah merosakkan UMNO.

AtHrUn ZaLa said...

Tun,

Nampaknya DSAI telah memainkan "trump card" yg pertama.Nampaknya akan berlaku perubahan dalam UMNO tidak lama nanti.Harap Tun berikan perhatian terhadap kemasukkan Ezam dalam UMNO.

Kelana said...

A/kum Tok Det,

Idealisme yang dibawa oleh UMNO sekarang sebenarnya boleh dibaca dengan mudah tanpa perlu melihat secara mendalam iaitu, berbaik dengan Singapura dan Amerika. Bukan nya kita mahu bermusuh cuma kita mahu kedaulatan kita diperakui, dihormati dan kita dapat membela bukan sahaja negara-negara Islam namun negara-negara yang ditindas. Tok Det pernah memimpin negara-negara ini namun dengan sekelip mata kepimpinan hari ini memusnahkan.. bukan sahaja jambatan ke Singapura namun jambatan ke negara-negara yang memerlukan kita. teruskan usaha Tok Det dan saya pasti the silence majority akan mengikuti Tok Det.

Anonymous said...

Assalamualaikum Tun Det,

Tun sudah pun melakukan apa-apa yang Tun mampu.

Anonymous said...

Usaha Tangga Kejayaan

meyned said...

Salam, Tun.
Tun, sekiranya Tun tidak keberatan, saya amat berharap agar Tun menulis sebuah buku yang menjelaskan tentang kesan pembatalan projek2 mega yang pada masa Tun memegang tampuk kepimpinan telah sebulat suara dipersetujui namun dibatalkan pada masa kepimpinan sekarang. Apa yang saya maksudkan adalah isu pembinaan jambatan, kesan pembatalan terhadap peluang pelaburan langsung asing (FDI) ke negara kita serta pulangan dari potensi kemasukan pelaburan tersebut terhadap pertumbuhan ekonomi negara. kesan pembatalan projek terhadap peralihan keluar FDI dari negara kita ke negara lain seperti China. Perbandingan potensi pendapatan negara sekiranya projek tersebut diteruskan. Sekiranya dapat dibandingkan menggunakan analisis ekonomi tentang potensi pendapatan kesan pembinaan dengan royalti minyak yang diberikan oleh petronas kepada pihak kerajaan dan secara tidak langsung perbandingan terus dengan pendapatan Negara (KDNK @ KNK). Kesan tidak langsung lain juga amat penting, umpamanya kesan pembinaan sekiranya diteruskan terhadap kadar pengangguran, kesan terhadap permintaan kepada bahan-bahan binaan, kesan terhadap tukaran matawang, dan banyak benda lagi yang secara peribadi bagi saya amat penting untuk Tun jelaskan dalam sebuah buku agar seluruh lapisan masyarakat dapat memahami betapa ruginya sebagai warga malaysia yang telah mempersiakan peluang keemasan dari sudut pertumbuhan ekonomi atau dalam bahasa mudah pembaikan taraf hidup masyarakat yang mampu dijana dengan merealisasikan pembinaan jambatan tersebut kepada umum.
Hasrat saya agar dapat membaca kelak sebuah buku anlitikal hasil nukilan Tun.

Anonymous said...

to faroki

Nabi pun suruh menuntut ilmu walau sampai ke negeri china...nak tanya sikit, negeri china tu timur ke barat ?

kalau tak buat dasar pandang ke timur, nak buat dasar pandang ke mana ? ke asia tengah ? masa dasar pandang ke timur tu, pak - pak arab dok bergaduh sesama sendiri..perang iran-iraq-kuwait,isu palestine..afghanistan masih berperang dgn rusia,perang saudara dan macam2 lagilah...macam tu nak buat contoh ?

atau dasar pandang ke barat yang saudara sendiri tahu macam mana runtuhnya moral mereka...

Anonymous said...

salam Tun,

Saya sentiasa bersetuju dengan Tun dari dulu sehingga kini. Semenjak Tun meletakkan jawatan dan diambilalih oleh Lebai Dol, bapa saya sentiasa puji Lebai Dol tapi saya tidak. Kadang-kadang saya bertegang urat ngan bapa saya, hehehe... tapi saya kesian kat bapa saya, saya ambil pendekatan berdiam diri dan dia tahu saya tak berpuas hati. Saya tak mahu nanti saya dianggap menderhaka kerana bapa saya lah yang mendidik saya dan bersusah payah membesarkan saya yang degil ini.

Walaupun saya dah dewasa sekarang dan berjaya, walaupun berbeza pendapat, saya masih menghormati bapa saya, pulang ke kampung menjenguk beliau, telefon bertanya khabar, belanja dia makan dan sebagainya walaupun kadang kala saya tidak bersependapat dengan beliau.

Beliau sentiasa menasihati saya agar menjadi manusia yang berguna dan jangan melanggar perintah Tuhan serta berkerja dengan bersungguh-sungguh.

Inilah yang sepatut kita lakukan sebagai anak muda dan saya akan mendidik anak-anak saya untuk bersikap demikian selepas saya berkahwin kelak(jika ada jodoh).

Sebagai orang Melayu yang berpegang kepada adat, tatasusila dan budi pekerti yang tinggi, kita sentiasa beranggapan yang baik terhadap orang yang lebih tua (walaupun nampak muda seperti Tun) kerana mereka mempunyai banyak pengalaman.

Dewasa ini, apa yang saya lihat, Lebai Dol lebih gembira untuk menderhaka kepada Tun dan mendidik kuncu-kuncunya agar berkurang ajar dengan Tun. Satu ketika dahulu Tun berselisih pendapat dengan Tunku, Tiada kata-kata nista dari mulut Tun ataupun sokongan dari sesiapa.

Sekarang di zaman Islam Hadhari kononnya pemimpin boleh mengeluarkan kata-kata kesat kepada bekas pemimpin utama negara. Tidak lagi menghormati Tun sebagai orang yang berpengalaman luas. Adakah ini adat seorang melayu? Budaya manakah yang hendak dianjurkan oleh Lebai Dol?

Saya rasa marah kerana beliau tidak menghormati Tun. Saya berkongsi rasa kecewa bersama-sama Tun setelah 22 tahun menikmati penat lelah dan titik peluh Tun, Lebai Dol sewenang-wenangnya tidak menghiraukannya dan lebih mendengar kata-kata menantunya dan membiarkan strategi menantunya untuk menjatuhkannya, menghancurkan parti melayu serta meranapkan negara demi cita-citanya untuk menjadi PM ketika berumur 40 tahun.

Sebelum kita merana seperti negara Palestin, sama-sama lah kita mengimbas kembali kelakuan menantunya yang beteraskan strategi musuh Islam ini.

Demi agama Islam yang maha suci, demi negara yang berdaulat dan demi pemimpin yang telah berjasa dan demi rakyat yang berbilang kaum dan bangsa sama-samalah kita bertindak sebelum terlambat.

Tulisan saya tidak bererti saya tidak menghormati Lebai Dol, saya menghormati dia sebagai orang tua, bukan sebagai pemimpin yang berjasa tetapi pemimpin yang berdosa.

Jangan nasi manjadi bubur dan jangan tanah menjadi kubur.

P/s : kalau Tun buat parti baru macam DSAI pastu kita jatuhkan lebai Dol, pastu kita masuk UMNO balik camne?

steve said...

Tun, all politicians are alike...the difference being Tune has led the country with much progress in all fronts...

The country and its people must live together harmoniously.

Malaysia Truly Asia

The Eugenist said...

Salam Tun..

Pada pendapat saya, UMNO sebenarnya sudah hilang, pupus dan juga "mati" sebaik sahaja Tun meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Maaf, tetapi hakikatnya UMNO kuat selama ini pun, adalah kerana disebabkan oleh kekuatan dan juga semangat jati pemimpin terdahulu seperti Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan termasuk Tun sendiri yang benar-benar mahu melihat Melayu ini maju, berdikari dan progresif.

Rata-rata Melayu yang ada di dalam UMNO sekarang, ada yang secara segelintirnya mahu mengambil kesempatan yang sebolehnya untuk memenuhi kantung kekayaan masing-masing.

Maka UMNO dilihat sebagai tempat mengaut keuntungan. Tidak hairanlah jika pemimpin seperti Ezam yang dahulunya mengkritik dan mensabotaj UMNO kini telahpun diterima masuk semula ke dalam UMNO.

Bercakap mengenai sabotaj, ironisnya Pak Lah menyalahi ahli UMNO yang sabotaj parti sebagai punca kekalahan BN baru-baru ini, tetapi sekarang Ezam yang sememangnya pernah berusaha untuk menjatuhkan UMNO diterima masuk sebagai ahli.

Terdapat semacam dejavu, yang pernah berlaku semasa pemimpin itu masuk ke dalam UMNO dan akhirnya menjadi Timbalan Tun.

Tidak mustahil sejarah mungkin berulang dan sejarah berlaku disebabkan oleh manusia tidak pernah belajar dari sejarah.

Mungkin ada hikmah juga Tun keluar meninggalkan parti kerana nyatalah UMNO sekarang hanyalah :

U – Untuk
M – Money
N – Not
O – Orang (baca – Melayu)

HESMEL FAZNEE FAISAL

"Treat others the way you want to be treated..."

sokong_kerajaan said...

Assalamualaikum Tun,

Saya gusar dengan kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Kenapa ini terjadi sejurus selepas Tun keluar dari UMNO?

Pada hemat Tun, apa yang bakal terjadi selepas ini pula?

Unknown said...

Dear Tun,
Its really dreadful to imagine that UMNO will defunct. What's going to happen to us Malays. Luput lah kita dari bumi ni. Sekarang sahaja dah ada 'pengkhianat' yang membusukkan nama kita dimana2 dia pergi. Muka dia pun macam syaitan. Marah dan mendendam rasa. Tidak sedikit pun terfikir kalau dia mati nanti apa nak jadi dengan negeri ni. Kenapalah kita ni. Tak habis2 diperbodohkan oleh bangsa lain. Hanya Melayu sahaj menjatuhkan Melayu. Ini dah mula berlaku. Subhanallah!

CJ said...

Tun,

Well, you see, now you get to eat your slice of the humble pie. Bon appetit.

MELAYU MUDAH LUPA said...

bukan untuk bergurau senda apabila nenek moyang kita dulu mencipta pelbagai perumpamaan dan papatah petitir. sebenarnya banyak muslihatnya. melalui pengalaman nenek moyang kita melihat gelagat bangsanya dahulu kala lahirlah kata-kata bijaksana yang memberi ingatan, teladan dan amaran kepada anak cucu cicitnya supaya sentiasa berhati-hati dalam hidup dan pergaulan. dalam kes yang menimpa tuan ini, perumpamaan yang paling tepat untuk mengkisahkan pengalaman tuan dengan sikap handal taulan tuan itu ialah ibarat 'KACANG LUPAKAN KULIT'.

ade said...

Assalamaualikum Tun,
Barulah saya sedar sebagai insan Tun juga punya hati dan perasaan. Inilah luahan hati Tun yang diketepikan haknya untuk bersuara. Pemimpin-pemimpin UMNO terutama pelapis muda mudah melupakan jasa Tun selama ini. Mereka rasa sudah terlalu hebat berpolitik. Sebagai orang lama Tun perlu dihormati, sekurang-kurangnya dilantik sebagai Menteri Penasihat Kanan Negara. Jika Singapura asih mengekalkan LK Yew sbg Menteri Kanan kenapa tidak Tun Dr Mahathir, Wira Dunia Ketiga. Inilah kebodohan dan kealpaan Pak Lah. Itulah MELAYU...segala-galanya MELAYU MUDAH LUPA...hinggakan jasa Tun yang hebat dilupakan. Isu ini pernah saya bangkitkan sewaktu Mesyuarat Bahagian yang lalu tetapi kesemua perwakilan menganggap remeh sahaja. Tapi bagi saya sebagai orang lama Tun adalah ibarat Quran lama yang harus dijadikan panduan.
LUAHAN RASA ADEPUTRA

Kamarulzaman Bin Baharom said...

Yang berbahagia Tun,

Ada orang kata , kalau di English Premier League, Tun akan bermain di Liga Perdana tetapi PM kita sekarang akan bermain di liga......................??

Jawapan pun dah tau.

Kamarulzaman
TuntutWangAndaSegera.com

razli dato' alias said...

Assalamualaikum Tun,

Selamt kembali ke tanahair, harap Tun sihat walafiat. Benar kata Tun, UMNO mungkin akan bersatu dengan PKR, kemasukan Ezam adlah sebagai testing ground bagi ahli UMNO menerima Anwar kembali. Jika ini berlaku jangan harap Najib akan jadi PM.

Born84 said...

Salam Tun,

UMNO kini perlu dirombak semula dalam semua peringkat serta sistem yang diamalkan kerana jelas telah lari jauh daripada agenda asal perjuangan.

Sistem pelantikan kepimpinan nampaknya tidak sesuai dan ternyata 'gagal' dalam konteks memilih wakil tulen kepada suara rakyat.

Sistem kepercayaan dan sumpah taat setia kepada parti yang termaktub dalam perlembagaan UMNO perlu diperketat ke atas setiap pemimpin tertinggi.
Ini bagi memberi kuasa penuh kepada perlembagaan parti itu sendiri untuk mengawal salah laku pemimpin tertinggi.

Sekaligus memastikan mereka tidak secara suka hati membentuk parti ke arah kepentingan diri sendiri serta agenda peribadi.

Lembaga disiplin UMNO perlu diketuai oleh satu majlis bebas yang disertai oleh ahli-ahli profesional UMNO yang tidak terikat kepada motif politik parti (tokoh yang lebih berperanan dari segi pembangunan kepimpinan serta etika perjuangan)

Dahulu,saya lihat banyak cadangan daripada Tun terhadap pemulihan dan penstrukturan semula UMNO.

Saya berharap agar Tun terus lantang menyuarakan gelombang perubahan...

Terima kasih Tun

Hanya untuk aku said...

Salam Sejestra Tun,

Satu saja yang saya fikirkan,kalau lah saya jadi macam Tun yang pernah berjuang bermati-matian dalam Politik UMNO tiba-tiba negeri sendiri tersungkur kalah di tangan pembankang manalah nak letak maruah slogan " perjuangan yang belum selesai" hal sedemikian memang tak dapat di terima, yang lebih perit lagi slogan " Cermerlang,Germilang dan Terbilang " hambar dan bercelaru...Sabar Tun mungkin ada kebaikan di sebalik nya Insha'allah,

Amylia said...

Assalammualaikum tun,

Kepade incik musato, negarawan seperti Tun ni bukanlah seorang yang hanya lihat dan dengar sambil dok diam2 depan tv tgk movie. Seorang negarawan yang mempunyai jati diri yang kental takkan duduk diam apabila bangsanya diperkotak-katikkan, dirobek dan dijangkiti virus seperti sekarang.

Saya sentiasa bersama Tun! Tolong komen pasal Batu Putih tun..sikit pon jadi la

Anonymous said...

Tun,

Sudah memang menjadi tradisi UMNO semua presiden nya keluar parti. Darilah Dato Onn Jaafar hinggalah Tun sekarang. Yang tak keluar cuma Tun Razak , itupun sebab beliau meninggal dunia terlebih dahulu. Itulah resam UMNO Tun.

damco starz said...

HIDUP TUN M!!!!!!

razli dato' alias said...

A'kum Tun,

Apa yang saya lihat kini apabila Ezam masuk UMNO, ianya bakal memperkuatkan kedudukan Dato Seri Abdullah dan jika ahli UMNO menyambut baik kemasukkan Ezam, beliau pasti akan disokong untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Harapan tipis buat Mukhris.

Jedi said...

assalamualaikum tun,

penulisan2 tun memang bernas..setiap hari saya akan meluangkan sedikit masa membaca blog tun

kami orang2 kubang pasu x akan sesekali melupakan tun..tun telah banyak berjasa kepada kami

beezeebowdy said...

Salam, Tun berdua.

Kalaulah kita BOLEH mintak
DSAAB buat public appearance yang dapat disaksikan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang2 Islam yg sekarang ni nak tak nak kena berkiblatkan Islam Hadhari;

kita mintak DSAAB junjung Al-Quran,dengan nama Allah Subhanahuwataala dan berlandaskan Islam Hadhari yg beliau sendiri ciptakan,dan sesungguhnya berikrar:

1) tak ada langsung2 apa2 projek - baik directly atau tempias2 sahaja yg dianugerahkan kepada anak, menantu & kaum kerabatnya

2) apa saja yang beliau buat
sejak memegang tampuk pemerintahan pada 2003 - adalah KERANA ALLAH Subhanahuwataala - dan bukan kerana kuasa yg beliau ada; boleh buat, perintah apa saja hanya kerana beliau pegang title 'PM'

3) beliau tak pernah sekali pun menyalahgunakan kuasa sebagai PM & tak pernah ada NIAT apatah lagi telah melakukan - untuk agenda peribadi eg: kumpul harta, kongsi projek Kerajaan dgn anak, menantu & kaum kerabat

4) adakah pada firasat beliau apa yg beliau lakukan kini adalah yg telah tertulis pada Luh Mahfuz untuk diri beliau?

5) TAKUTKAH beliau pada ALLAH SUBHANAHUWATAALA?

4) TAK TAKUTKAH beliau pada balasan drp ALLAH SUBHANAHUWATAALA?

5) akhir sekali - adakah beliau sebenar2nya seorg PEMIMPIN yg
ADIL, TAK SALAHGUNA KUASA seorg PEMIMPIN?, TAK MAKAN/CURI HARTA RAKYAT & NEGARA yg bukan HAKMILIK beliau?, mempunyai 'KELUARGA' yg Islam Hadhari - arwah isteri, isteri baru, anak & menantu RAMBUT mengerbang macam org bukan beragama Islam Hadhari?, berdosa atau tidak memeluk wanita lain yg bukan muhrim beliau eg: dgn Michelle Yeoh dll lagi tu (terang lg bersuluh), dan jika arwah bapa beliau yg dikatakan seorang Ulama terbilang - jika arwah masih hidup lagi sekarang adakah arwah BANGGA mempunyai anak seperti DSAAB - yg terang lagi bersuluh 'A DETERIORATION'in Islam.

Saya sedih tengok orang Melayu
kita sekarang - dah tak sedar di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Melayu yg bukan hati Melayu, yg bukan hati Islam.

Asalkan nampak duit, harta, kekayaan di depan mata, kiblat ke mana, iman hancur lebur.

Ingatlah...banyak nya bala & musibah di Malaysia ni sekarang (paling banyak & kerap sejak penghujung 2003 hingga kini) adalah 'GANJARAN' daripada Allah Subhanahuwataala hasil kepimpinan seorang pemimpin yg bergelar DSAAB.

Arwah ayah saya pernah berpesan.. patuhlah pada ketua atau pemimpin kita selagi dia berpijak dan melalui jalan yg betul yg tak melanggar hukum Agama
- tetapi saya tak boleh IKUT pemimpin yg berpeluk dan menggatal dgn perempuan2 yg bukan muhrimnya, pemimpin yg salahgunakan kuasa, IN SHORT - pemimpin yg takde aura kepimpinan langsung!!! saya setuju dgn kata@ Tun tentang OIC & NAM yg dah pandang rendah pada Malaysia tu.

Marilah kita sama2 usaha sendiri, atas sejadah masing2, bermunajat dan solat hajat memohon doa kehadrat Allah Subhanahuwataala agar memberi cahaya kesedaran & keinsafan serta melembutkan hati DSAAB untuk berhenti jadi pemimpin di negara yg kita cintai ini agar berkuranglah bala & musibah drp Allah Subhanahuwataala kepada kita semua, insyaAllah...

(org susah anak ramai na beli beras 10kg mcm nak menangis sekarang ni tapi di rumah DSAAB & 'org2 kaya' lain dlm UMNO & BN tu nak bina gudang belakang rumah letak beras berkilo2, bertan2 pun langsung takde masalah, right!!!?)

Salam, Tun berdua.. take care of your health.. we need you around.. Allahuakbar.

Born84 said...

Salam Tun,

Strategi pengkhianat UMNO semakin jelas. UMNO dikhianati oleh peringkat tertinggi parti.

Kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO jelas menunjukkan telah wujud satu konspirasi untuk mengembalikan Anwar ke dalam UMNO atau kerajaan menerusi PKR.

Abdullah jelas 'melemahkan' parti dan segalanya telah dirancang bersama PKR.

Adalah agak mengejutkan apabila parti PKR yang dilihat 'nyawa-nyawa ikan' semasa pilihanraya umum ke10 dan 11 kembali menjadi dominan pada pilihanraya ke 12.

PKR seolah-olah 'dibantu' menjadi kuat oleh individu tertinggi dalam UMNO.

Kempen-kempen PKR dilihat bernyawa dengan semangat baru sedang terdapat banyak kawasan jentera UMNO seolah-olah tidak mendapat peruntukan untuk berkempen semasa PRU12.

Kini PKR menguasai 1 negeri iaitu Selangor dan banyak juga kawasan di utara. Dalam keadaan UMNO 'lemah' yang sengaja dicipta oleh Abdullah, tidak mustahil ada saranan menjemput penggabungan PKR dan UMNO untuk membentuk kerajaan yang lebih kuat.

Usaha penggabungan ini mungkin melibatkan 'terms' and 'requirement' daripada PKR ke atas UMNO.

Slah satunya, atas dasar kemasukan PKR ke dalam UMNO,justeru kerajaan 'terhutang budi' kerana PKR menyumbang banyak kerusi politik untuk kembali kepada kerajaan.

Atas dasar ini, bagi membalasnya, harga yang perlu dibayar adalah, melantik ketua PKR ini sebagai timbalan Perdana Menteri, iaitu Anwar.

Maka, kemungkinan Anwar untuk menjadi PM tidak akan mustahil.

Terima kasih Tun..

baie-segan said...

Salam.

Dr.M,

Sebenarnya apa yang berlaku hari ini (sekarang) adalah perkara biasa(normal).Apabila seseorang pemimpin telah hilang kuasa atau tidak punya kuasa lagi,maka beliau akan dianggap tidak relevan.Tidak ada lagi tauke - tauke besar datang ke rumah bawa hadiah, tiada lagi orang yang sanggup sponsor itu dan ini. Semuanya hilang,pergi bersama kuasa yang tidak ada lagi. Dan apabila kuasa telah hilang, maka apa guna terus berpaut pada bekas pemimpin,lantas terus cari pemimpin baru (yang ada kuasa).Kesimpulannya, ‘habis madu sepah dibuang'.

Tapi apa yang menjadi kerisauan saya ialah, malaysia tidak punya pemimpin yang mampu memikul atau menggalas momentum yang pernah di bawa oleh Dr. M. Malaysia tiada pemimpin hebat,malaysia penuh pak turut. Saya tidak nampak Najib mampu meneruskan momentum Dr.M, tidak juga Muhyiddin, jauh sekali Ku Li.

Pak Lah adalah pemimpin lemah.dan Dr. M tahu akan kenyataan itu. Namun, peristiwa Akhlak Anwar telah membolehkan Pak Lah berada di mana dia sekarang. Najib tidak mungkin boleh diterima rakyat sekiranya dipilih sebagai DPM pada masa itu, kerana beliau pun dianggap tidak bersih. Hanya Pak Lah sahaja yang nampak bersih dan atas dasar itu lah dia diangkat menjadi DPM dan seterusnya PM. Ini adalah satu strategi Dr.M untuk memastikan UMNO terus kekal. Dalam pada masa yang sama, saya cukup percaya Pak Lah hanyalah PM satu penggal dan sepatutnya menyerahkan tampuk kepada Najib bila keadaan reda. Sayang sekali Pak Lah sudah selesa dengan apa yang dia ada dan mahu terus memimpin UMNO dan terbiarlah Najib sebagai DPM dan bukan PM.

Pak Lah bukan pemimpin negara dan tidak boleh dibiar memimpin negara.Pak Lah hanya layak bagi pendapat saya menjadi Menteri Perpaduan (kerana sifat lemah dan lembutnya). Pemimpin negara perlu tegas,berani,lantang dan bijak.Semua kretaria ini tiada pada Pak Lah.

Mungkin sekarang masanya untuk UMNO melihat luar daripada UMNO itu sendiri, untuk mencari pemimpin setanding Dr.M. Tapi yang nyata BUKAN anwar ibrahim.

Amar.k.s said...

Salam TUN,

Saya kerap merantau keluar negara satu masa dulu. Setiap tempat yang saya singgahi, apabila saya katakan yang saya berasal dari Malaysia, rakyat negara itu akan memuji-muji dan menyebut-nyebut nama TUN. Alangkah bangganya saya ketika itu.

Negara kecil ku MALAYSIA dikenali diseluruh pelusuk dunia kerana dia mempunyai seorang pemimpin bernama MAHATHIR MOHAMAD.

Ada diantara mereka yang cemburu dan merasakan MAHATHIR MUHAMAD sepatutnya menjadi perdana menteri negara mereka.

Bergitu sekali gahnya Malaysia di bawah pemerintahan TUN.

Hari ini MALAYSIA telah menjadi bahan tawa. Pemerintahan DSAAB sangat lemah. Pembangunan negara seperti tiada arah tuju. Masa depan negara agak kabur. Rakyat perlukan seorang pemimpin yang bervisi besar seperti TUN bukan seorang pengurus yang lemah seperti Pak Lah.

Tun, jika diberi peluang. Mahukan TUN kembali menjadi pemimpin negara ini.

Demi Malaysia dan masa depan rakyatnya.

Semuga Allah melindungi TUN.

Salam dari saya.

Terima kasih.

mohad said...

salam tun...
tak sampai sebelum tun tulis sejak 1/5/2008 hingga hari ini..
visitor hampir sejuta orang
tahniah!!!!!

Anonymous said...

ye ayahanda tun.. yg punya diri masih tak tahu malu atau barangkali tiada kemaluan untuk mengiyakan tetap menafikan bahawa kejatuhan UMNO bukan salah dia tapi salah orang lain inilah mr clean yang tidak clean tapi cleaner untuk org2 yang betul2 berjuang pada landasan UMNO yg sesungguhnya

nabilah said...

assalamualaikum tun,
Kami sekeluarga sangat menyayangi Tun. Kami sentiasa berdoa agar Tun sekeluarga di panjangkan umur, diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dalam peliharaan allah. percayalah allah maha mengetahui dan mereka yg berniat tidak baik itu akan menerima pembalasannya. apabila kami ke putrajaya atau kemana sahaja tempat yg tun telah bangunkan kami nampak terbentang wajah tun dgan senyum yang menawan dan kami terfikir amat besar jasa tun dan kalau tidak kerana tun tak mungkin kami merasa nikmat ini, sudah tentulah dgn pertolongan allah jua. kpd yg tak mengenang budi itu semoga dia insaf. seperkara lagi yg membuat saya amat sedih apabila terlihat dato seri abdullah lalu berhampiran tun semasa keluar dari masjid putrajaya. lalu begitu saja tanpa bersalaman, angkuhnya kata hati saya.

salam dari Hasbullah sekeluarga.

L_J said...

Dear Tun

Over the last 10 years or more (up to recently) – despite ample evidence to the contrary – I believed that you were truly a “Malaysian” at heart – despite speeches and actions which suggested the opposite – and not merely “MALAY-sian”. In the early days of the Internet activity in Malaysia (I’d say 1997) I defended you to the hilt against “Reformasists” and “Anwaristas”, because I believed that – even if you said certain racialist things to (I thought) pander to and appease right wing elements in UMNO – that you were really a “Malaysia for Malaysians” at heart.

My father – who past away a couple of years ago – served in the army and had much respect and time for you, but died disappointed for having placed his trust in you as a loyal non-Malay Malaysian, feeling betrayed by your ever apparent chauvinism bordering on fascism.

Since you began your attacks on Pak Lah and after the March 8 elections, you have convinced me that you are in fact a racist, chauvinist and a modern day fascist. Every uttering in your blog rings out that truth. And that is clearly buttressed by the comments of your supporters who fill your blog with “saya setuju Tun” refrains. Their racism is very manifest and it is sad that you have to end your days in the company and support of such people.

In the end, I am sorry for you, because you began political life as an apparent racist – despite 22 years + in which you could have reinvented yourself – and you end it now as a confirmed one. That will be your sad historical epitaph, despite the many good things you did for the country.

The fundamental difference between you and me is that I believe that Malaysia belongs to all Malaysians; you believe that it first and foremost belongs to Malays (not even the other bumiputras). And when all the fascist tyrants are overthrown – as surely they will as history (even recent) proves – Malaysia will be for all Malaysians.

LJ

Mazlan, said...

Tun yang dikasihi,
Saya amat bersimpati dengan Tun tetapi Tun seharusnya tidak keluar UMNO. Tuan ada segala kekuatan, kalau negara-negara G7 pun Tun boleh tumpas mereka inikan pulak mereka yang pernah Tun lantik. Tindakan Tun keluar UMNO menampakan Tun keciwa dan kalah.
Satu lagi,dimana mereka-mereka yang Tun kayakan dahulu?yang mengaut kekayaan dari pertolongan Tun. Semuanya lari,mananya Tajudin Ramli, Daim Zainudin, Halim Saad,Wan Azmi, Amin Shah, Ting Pek Khing dan ramai lagi.
Mereka ini kalau bersama Tun sekarang, bukan saja Pak Lah yang jatuh, pasaran saham pun jatuh.

Mereka inilah yang dok cium tangan Tun naik asap.Tun balik buka posa di Kubang Pasu, Ting Pek Khing tunggu di airport macam dia pun posa sama.

Vincent Tan mana pi?Semua mereka ini dapat projek sampai naik muntah sekarang dah hilang.

Ini lah mereka mereka yang lupa daratan.

Kaizer_X said...

Tun...
Semenjak wujudnya blog ini saya telah menjadi avid reader blog Tun. Tun merupakan idola saya kerana mempunyai pemikiran yg brilliant. Saya berharap Tun akan terus memperjuangkan agenda ini sampai tersungkurnya Pak Lah yg tak tahu apa yg rakyat nak di dalam era kenaikkan harga barang ni.

Liyana Subri said...

salam keberkatan ayahanda TDM...

selamat kembali ke tanah air tercinta..
sambutan yang keterlaluan terhadap pak lah jelas terbukti pengikut2 abdullahisme seolah2 ingin menunjuk2 akan sokongan mereka terhadap beliau di airport TUDM Subang semalam..
saya bersetuju sepenuhnya dengan Tun. sebagai anak kedah, saya sangat berdukacita apabila tanah kelahiran yang amat saya banggakan selama 21thn kini telah jatuh ke tangan pembangkang di bawah kepimpinan "ustaz azizan"..
masih kurangkah kesedaran paklah bahawa UMNO kini semakin genting di bawah kepimpinannya??
masih ahli UMNO, BUKAN beerti masih SOKONG PAK LAH..
teruskan berkarya Tun.. semoga diberkati Allah selalu.

mdz5046 said...

Salam Tun,

Semoga Allah beri kebaikan kpd Tun atas segala usaha utk perbaiki keadaan yang semakin meruncing terhadap pemerintahan yg lemah dan lesu sekarang ni yg tidak sesuai utk negara yg pelbagai kaum spt negara ni.

Saya berpendapat bahawa Allah kehendaki ini semua berlaku krn Allah mahukan satu orang yg mana akan teruskan perjuangan misi Rasulullah dihantar kedunia ini iaitu mengajak setiap manusia beriman dan taat Allah dan pada masa yang sama akan meneruskan kepimpinan Tun yg inginkan negara ini diterajui oleh orang yg berkaliber dan mampu memerintah dlm keadaan multi-races country.

Sebagaimana yg kita sedang lihat sekarang ni UMNO dah dlm keadaan nazak yg sy berpendapat utk mencari pengganti kpd AAB drpd kalangan eldest2 UMNO sendiri semacam amat sukar krn mereka juga memiliki kepimpinan yg tidak kurang bezanya dgn AAB. Dalam erti kata lain UMNO itu sendiri telah ketandusan kepimpinan yg berkaliber spt pemerintahan TUN dulu.

Dimana lagi mahu mencari pengganti yg mampu memimpin negara ni sbgmana dulu sblm AAB. Dari parti pembangkang, spt dari PAS semacam tak nampak yg mampu menerajui negara yg pelbagai kaum krn mereka ade agenda utk mengislamkan negara ni yg mana sepatutnya berusaha MENGISLAMkan ORANG spt yg dilakukan oleh Rasulullah SAW dan bukannya islamkan negara ni. Agenda PAS menakutkan orang bukan islam spt berlaku pertelingkahan baru2 ni dalam Pakatan Rakyat. PKR pula terdiri dari kalangan orang2 yg kurang ikhlas dlm perjuangan parti mereka krn mereka ini adalah dr serpihan2 UMNO slps bersimpati terhadap seorang personaliti yg didapati melakukan kesalahan.

Dimana pengganti pemimpin yang sepatutnya menerajui negara ini?

Pada hemat saya, Allah aturkan semua ni berlaku krn keputusan Allah hampir tiba untuk menaikkan seorang yg beriman dan takwa menerajui negara ini yang melaluinya Allah gunakan utk ajak manusia kpd Allah. Dimana yg dah islam diajak bangkit teruskan misi Nabi SAW(buat kerja nabi)iaitu ajak manusia kpd Allah dan kpd yang belum islam diajak utk beriman pd Allah. Apabila kerja nabi ni dibuat spt Nabi SAW bersama sahabat2nya lakukan maka bantuan Allah akan datang kpd negara ni sepertimana Allah bantu sahabat kalahkan kerajaan besar ketika itu, Rom dan Parsi. Negara ini akan jadi negara yg mana berlaku kebangkitan islam kali kedua selepas zaman Rasulullah dahulu.

Sbgmana hadis Nabi SAW lebih kurang maksudnya " ..selepas ini islam akan turun dan islam akan bangkit dari timur...."

Berkemungkinan besar negara ini akan menjadi tempatnya. Oleh itu Allah aturkan kucar-kacir politik berlaku sekarang ni dgn tujuan utk angkat seorang yg akan menerajui negara ni setelah berlaku pemerintahan Mageran slps Agung membubarkan kerajaan yg sedia ada sekarang krn terlalu lemah dan mungkin berlaku ancaman kpd keselamatan negara sbgmana termaktub dalam perlembagaan negara bagi kerajaan yg dibentuk tanpa majoriti 2/3.

Semoga Allah merahmati Tun
Wassalam

nncckkll said...

Hi Tun

Sometime i just dont understand with your ages and Umno issue realy bother you so much? Do you realy think you can change the mind set of umno people? If yes then we will experience winter in Malaysia.

tun's fan said...

Tun, why don't you announce the name list that you had seen during your trip to Switzerland previously that have swiss bank account....
And let public know the truth...

BlueMoon said...

Assm Tun,

Sebetulnya ramai rakyat yang keliru dengan tindakan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil jalan mudah untuk berdian diri walaupun 'diasak' begitu hebat oleh Tun. Adakah beliau menghormati Tun ataupun tidak berdaya untuk menidakan apa yang telah Tun katakan. Pada pendapat Tun, adakah beliau juga akan mengambil jalan yang sama apabila berhadapan dengan Singapura, AS mahupun parti-parti komponen lain di dalam BN?

PUTRARAJA said...

Assalamualaikum Tun,

Saya dan keluarga berharap Tun dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saya merasa sedih diatas penghinaan kepada Tun oleh Pak Lah dan kunju2 beliau seperti Nazri,Zaid,Musa Hitam,Rafidah, Annuar Musa dll yang buta tuli dan tidak mengenang jasa perjuangan Tun. Mereka tidak faham (atau tak mahu faham)perjuangan Tun. Perjuangan Tun bukan hendak menghancurkan UMNO tetapi hendak menyelamatkan UMNO dari penkhianat2 peminpim UMNO. Bila lah nak sedar. Pulau Batu Putih sudah jatuh kpd Singapura, masih Rais Yatim kata kita menang kerana dapat Middle Rock yang timbul bila air surut dan tenggelam bila air pasang. Itu dikatakan kemenangan. Rais Yatim sanggup berkata kalau beliau mencampuri case ini pada mulanya mungkin lain keputusannya. Cakap apa nie? Pak Arab Hamid Albar dah jual Batu Putih ke Singapura ke?
Pak Lah sungguh degil dan berlingdung dibelakang Islam Hadari berbohong disana sini. Beliau dan Zaid Ibrahim membuat reformasi memenohi manifesto PKR. Wang ikhsan rakyat Trengganu disia siakan. Wang rakyat miskin Kelantan diselewingkan. Konon nya nak perang corruption tetapi siapa yang lebih corrupt.
Semua yang dibuat oleh Pak Lah dan pemimpin UMNO sekarang adalah hala kemusnahan UMNO dan bangsa Melayu. Munkin kah kita dapat mencapai Wawasan 2020? Tidak terdengar dan terbaca lagi pasal Wawasan 2020 dari pemimpin UMNO sekarang.
Saya, seperti Melayu2 yang lain sangat sangat mengharapkan Tun terus berjuang untuk kami sehingga setakat mana yang Tun mampu. Kami khuatir Melayu akan lenyap dari dunia ini. Jagalah kesihatan Tun dan kami berdoa dan menjunjung terima kasih diatas jasa dan bakti Tun kepada bangsa dan negara.

nicmaerd said...

Tun,

Terlalu banyak kata-kata kehinaan dan cacian ditulis oleh pembaca-pembaca dari bukan Melayu, orang-orang yang menyamar sebagai Melayu dan segelintir kaum Melayu sendiri dalam blog Raja Petra Kamarudin: http://www.malaysia-today.net/2008/. Mereka amat berani sekali menulis kata-kata kesat terhadap Tun yang telah banyak berjasa kepada negara dan bangsa. Faktor-faktor sejarah Tanah Melayu sengaja tidak diindahkan atau diputarbelit supaya hasrat mereka untuk ujudnya Malaysian Malaysia menjadi kenyataan. Bagi mereka, kaum Melayu adalah juga pendatang di Tanah Melayu kerana mereka sengaja tidak mahu mengenali sejarah tanah air ini. Marilah pembaca-pembaca dari blog ini bertindak untuk menghindar kata-kata kesat dan cacian daripada mereka yang mengkritik Tun dan bangsa dalam blog http://www.malaysia-today.net/2008/.

rosdighanee said...

Assallamualaikum Ayahanda Tun,

Teruskan perjuangan untuk Melayu!!!
Jangan takut dan jangan gentar!!!
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Tun....ammminnn.

Anonymous said...

Salam,
Pelik ...kenapa nak DSAAB letak jawatan?. beliau bukan pemimpin yang kalah dalam pilihanraya.

Pelik...masa TDM memerintah dulu, TDM lebih kuku besi berbanding DSAAB.

Pelik...kalau Pak Lah dituduh kronisme, TDM juga pernah dituduh camtu.

doggy said...

SALAM,TDMM,
very hard to believe what is currently happening here in malaysia,
after almost 5 years TUN retired.
i believed AAB is a nice man.but i dont think he is suitable to be PM.We need people like TUN incharge our belove country-MALAYSIA.
Believe me,still got a lots of things to come. and who will suffer?? THE RAKYAT. Very much appreciate TUN can share his idea with the people.

bonita_vino said...

Dear Tun,

Honestly, it has been such a relieved to come across your blog. Before this in order to get some insight from you, I always have to run to bookstores and get your books. Now I can actually get all your responses to all the chaotic things that happened around us almost everyday.

It's like the best thing that ever happened. Thanks Tun.

You always have all my supports and also my whole family support.

I always pray for you and Tun Siti Hasmah.

aishah yunos said...

tun,

saya sokong tun!!

zainal said...

As'kum Tun,
I'm glad that you act as a voice of dissatisfaction among most Malay people in Malaysia. We felt cheated both by this act towards malay by "PAKATAN RAKYAT" and the current BN leadership. Just to please the non malays, the Govt. is willing to fulfill all kind of request even to the extend of Malay rights, who knows. The current issue is on 'JPA SCHOLARSHIP". What are they distributing about...45% non bumi, 55% bumi so What about the malay???? How many %??? As everybody knows,out of 10 billionaires, 8 are chinese, 1 indian and 1 malay!!!Kesian le sikit kat melayu2 di kampung tu...and income per capita RM4,500 is chinese, RM3,500 is Indian and Malay only RM2,340. SEDAR LAH MELAYU YANG KAYA2 TU DAN MUNGKIN ANDA KURANG PRIHATIN TAPI BUKTI NYA... MAJORITI MELAYU ADALAH MISKIN!!!! And these poor malay sapa lagi nak bela dia orang....???

Master V said...

Good Evening Tun Dr.Mahathir,
Thank you very much for your hard & tiredless work that you have done for Malaysia for 22 years. As a Malaysian I am truly blessed for the last 22 years to have a caring & loving prime minister like you. You have brought so much change to Malaysia and your contributions are countless.Thank you very much Tun for continueing to speak up for the rakyat. May God bless you & Tun Dr. Siti Hasmah with good health.

iman said...

Tun,

What do you mean "tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri" ?

Try not to think like a racist, you were a leader for all Malaysians.

Leaders must manage problems and not sweep in under the carpet.

I remember in my form 6, we had to select a Head Prefect. We were told to select a Form 6 Malay. But none of the candidates were suitable. We were warned that the next best candidate was a brilliant Chinese student in form 5. Eventually we settled for a Indian Muslim girl.
(considered Malay lah)

Tun, we need the best for Malaysia and your Najib just dont fit the bill but a certain CM in the north does.

Ramadhan Amizudin said...

Saya Setuju Dengan Tun,
1. Kesian Tun Mereka layan tun macam orang luar
2. UMNO sekarang ni macam membantu pihak lawan untuk menang.
3. Tidak lama lagi mungkin PR akan ambil alih kerajaan pusat, sekiranya PakLah tidak berundur.
Sekian,
RamadhanZ.Tk - Admin

iman said...

Tun,

What do mean by "tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri"?

The problem with you people is that you are racist. Stop being one and we will have a wonderful nation to live in.

Polar said...

Salam sejahtera Tun, saya amat bersetuju dengan pendapat Tun dan amat berharap agar tampuk kepimpinan Umno mampu dibentuk semula demi masa depan negara dan rakyat. Sama-sama lah kita doakan ia mampu menjadi kenyataan...

MSAR said...

assalamualaikum Tun.

pesanan untuk mereka yang lupa jasa Tun lantik mereka, "tak tau malu ke? bawak bawak sedar lah diri tuh sikit".

anyway, it is worrying to see what UMNO has become into. mata ahli kebanyakan dah gelap. gelap sebab pemimpin tak pantau kot, tak pun pemimpin sama je.

keep on being vocal Tun, lets just see what they have to say. berani kerana benar, takot kerana salah.

crazyidiot said...

Tun,

Skarang dia dah nak buat cyber law untuk bloggers plak.. Apasal dia jelous sangat? Kalau tada blog pun undi rakyat tun akan dapat. Tak yah lah Pak lah nak jelous. Dia tak setanding dan tiada pertandingan pun kalau tun buka parti sendiri.

NFH said...

Salam Tun,

Pak Lah sanggup bersekongkol dengan pembangkang semata-mata nak lawan Tun (tangan yang memberi), sedangkan Tun sendiri telah disenyapkan (tak dapat bercakap di mana-mana platform Umno). Tun bukan ada kuasa lagi malah ahli UMNO pun bukan.

Siapa yang Pak Lah nak lawan ni? Tun ke rakyat?

carin gal... said...

dear tun,

as far as i kno ur tellin wats in ur heart..n i relly respect tat..
keep rollin...n im sure u hav a veri big crowd behind u..n 1 of them is me!!
btw,tun do take care of urself..

AxedAdvisor said...

Tun yang amat disanjungi,

Di bawah kepemimpinan TUN ketika dulu, jika diukur dari sudut pandangan manapun jelas menampakkan sumbangan besar kepada Malaysia dan dunia Islam amnya.

Coretan TUN sejak akhir-akhir ini memperlihatkan sedikit sebanyak elemen emosi.

Jika sebagai pemimpin yang sangat berjaya tidak diberi layanan sewajarnya? apatah lagi orang kebanyakan.

Saya, dan percaya majoriti besar rakyat Malaysia sedih dengan keadaan demikian.

Saya cadangkan TUN kurangkan elemen emosi dan perbanyakkan elemen fakta dalam penulisan seterusnya.

Ini penting untuk tidak memberi ruang kepada pihak lawan (tapi bukan parti lawan) mengambil kesempatan belebihan...

Al maklum - 'bola di kaki mereka'

Selagi politik ampu dan seangkatan dengannya ada, (DAN memang akan ada), selagi itu lah keadaan kita tidak akan berubah.

Tanpa bola di kaki
Permainan bolasepak tiada erti
Jika diberi pilihan
Tukar kepada permainan lain
Tetapi ini 'politik'
Bukan permainan 'biasa'.

Moga TUN terus berjuang...

spycatcher03 said...

A.Kum YABhg Tun,

Saya turut merasai apayang Tun alami sekarang. Saya amat berharap 'your resignation is only a tactical move'. Saya juga kurang senang dengan apa yang di perlakukan olih pemimpin2 umno terhadap ananda Dato' Mukriz. Memang hati sesetengah orang melayu ni, terutama pemimpin umno hitam sehitam2nya. Mereka tega berpusing 360degrees dei menjaga periok nasi mereka. ini lah tahap kepimpinan yang melayu ada sekarang.
Sedarlah wahai pemimpin2 Umno, usia Umno tidak begitu panjang lagi sekiranya kepimpinan sekarang tidak ikhlas , jujur dan nekat memperjuangkan bangsa ,ugama dan tanah air!!! Orang2 melayu akan tinggal Umno dan menyertsi parti2 yang lebih bererti bagi mereka. Sedarlah.
Tun, youare still our icon!!!!!

unknown said...

Salam Tun,

Semasa era SEMARAK dahulu,kerap juga saya mengikuti delegasi menteri-menteri dan Tun sendiri berjumpa rakyat bagi memberi penjelasan mengenai isu-isu tertentu, kepada rakyat di serata pelusuk negara.

Bagaimana pun yang melekat dalam kalbu saya ia-lah ucapan Dato Sri Sanusi Junid yang mengatakan bahawa bangsa Melayu perlu makan korban untuk mendapat sesuatu. Beliau memberi contoh tragedi 13 Mei 1969 yang memakan korban nyawa telah membolehkan bangsa Melayu mendapat hak ekonomi bernilai 30 peratus.

Kemudian pada tahun 1987, bagi menyelamatkan Umno, beberapa orang hakim telah menjadi korban. Diikuti kemudiannya oleh tragedi Adam Rambo yang mengorbakan jiwa, telah berjaya merubah kekebalan Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Pada tahun 1998 pula Anwar Ibrahim "terkorban" demi servival politik pihak-pihak tertentu.

Begitulah senario yang melanda bangsa Melayu, setiap perubahan yang mahu dilaksanakan terpaksa memakan korban. Dan korbannya pula mestilah dari bangsa Melayu sendiri.

Dalam keadaan politik sekarang yang akan menjadi korban tetap juga bangsa Melayu. Kali ini juga kesannya amat besar.

Perhitungan Tun semasa mahu mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu juga memakan korban. Najib, naib presiden yang paling kanan diketepikan. Hanya Tun sahaja yang tahu alasan sebenarnya. Dan sekarang ini yang terkorban oleh sebab pilihan tidak tepat Tun itu; sekali lagi bangsa Melayu.

Seperti mana tragedi yang terdahulu, setiap perubahan perlu memakan korban untuk bangkit kembali, maka untuk tragedi kali ini, nampaknya Umno yang akan menjadi korban.

Eloklah juga Umno terkorban buat sementara waktu kerana dengan terkorbannya Umno kali ini maka segala virus, bakteria, barah dan nanah akan terkorban sama. Hanya yang benar-benar sanggup berkorban kerana bangsa Melayu sahaja akan bangkit semula memulihkannya.

Sudah tentu apabila Umno terkorban dan tidak mempunyai apa-apa kelebihan lagi, maka segala dedalu dan parasit akan meninggalkannya. Yang tinggal hanyanya ahli-ahli yang tulin yang akan menghidupkannya kembali.

Sungguh pun amat pahit untuk ditelan, saya menyanjung juga sikap Tun yang gigih cuba menyelamatkan bangsa Melayu menjadi korban sekali lagi walau pun terpaksa keluar Umno, hatta mengkorbankan Umno sekali pun, untuk tempuh tertentu. Semoga apabila Umno dibangkitkan sekali lagi, ia bersih daripada parasit.

Wassalam

cek said...

Semoga Tun Sekeluarga dirahmati Allah selalu...

Sy0h said...

Asalamualaikum,

Jum kita doakan HIDAYAT kepada manusia sejagat. Kita hendaklah benci kepada "amalan" Pak Lah dan konco-konco beliau. Tetapi kita ditegah oleh Tuhan dari membenci orangnya. Saya doakan Tun Dr. Mahathir moga Allah nampakkan kebaikan dia. Sememangnya makbul dah. Ada hikmah kenapa Allah turunkan Pak Lah dan konco-konco dia nih untuk menampakkan siapakah "munafiq" didalam UMNO. Sekarang dah nampak dah siapa pengikut dia dan musuh yang keluar dari selimut. Senjata orang Islam yang terulung adalah doa. Sekarang sudah jelas terpampang akan perjuangan suci Tun Dr. Mahathir! Beristighfarlah Tun Dr. Mahathir dan doalah kepada yang Esa (solat tahajud). Saya percaya jalan mesti ada punya. Belum terlambat nak selamatkan Islam, UMNO dan Melayu khususnya.

MalayJessyJames said...

Kawan-kawan,

Berita terbaru...

Khabar Nya

Khabar nya DSAI & DSAAB adalah sepupu. Khabar nya juga sebelum ibu DSAAB meninggal dunia, dia ada berpesan atau memberi amanat. Khabar nya, jikalau DSAAB menjadi PM di kena keluarkan sepupu nya dari tahanan.
Itu lah perkhabaran yang saya dapat dari kampung di Sungai Petani.

source : http://worxout.blogspot.com/

Unknown said...

Salam....

Memang ada kebenarannya kata2 Tun bahawa UMNO itu bukan UMNO spt dahulu. Ramai juga yg kecewa dgn corak dan cara pemerintahan Malaysia sekarang termasuklah polisi2 dan tindakan2 yg kurang efektif dan juga boleh dikatakan lemah. Kita tidak lagi menjadi satu negara contoh kepada negara2 membangun yg lain dimana dulu Malaysia dicap sebagai negara membangun yg berani dan dapat mempertahankan negara2 dunia ketiga yg lain. Dimanakah kedudukan Malaysia sekarang yg suatu masa dahulu berani mengegarkan kuasa Barat hanya dengan menggunakan fakta2 dan sokongan daripada negara2 luar yg lain? Kelemahan sesuatu negara itu ditentukan oleh pemerintah yg memerintah dan mentadbir negara trsbut.

Saya merupakan Ahli UMNO yg tidak berapa senang dgn cara pemimpin atasan UMNO yg menganiaya Tun secara terus mahupun dgn cara halus. Saya ingin memberitahu kpd pemimpin UMNO dari dahulu lagi agar mereka menumpukan kepada perkara2 yg lebih berfaedah dari terus menjatuhkan dan memburuk-burukkan seorang IDOLA MASYARAKAT NEGARA INI. Tetapi saya cuma AHLI BIASA yg tidak mempunyai apa2 jawatan dlm Cawangan, Bahagian mahupun di peringkat yg lebih tinggi lagi. Siapa yg hendak mendengar org yg tidak mempunyai jawatan pada masa sekarang ini? Tidak ada. Saya hanya dapat bercakap dgn org2 UMNO disekeliling saya tentang pendapat saya ini. Saya jga bersyukur kerana adanya blog Tun ini, maka dapatlah saya meluahkan apa yg terbuku di fikiran dan jga didada saya selama ini.

Adakah hala tuju UMNO sekarang ini lebih kepada menjatuhkan AHLI sendiri dan menganggap bahawa AHLI UMNO itu sendiri sebagai musuh? Dimanakah fikiran mereka semasa mereka2 ini melancarkan serangan keatas Tun pada awalnya? Adakah Malaysia akan menjadi lebih maju dengan tindakan mereka ini? Boleh dikatakan setiap minggu ada saja hal yg akan dibangkitkan untuk menjatuhkan Tun. Adakah pemimpin2 UMNO sekarang sudah tidak tahu mengenal mana MUSUH dan mana KAWAN sampai menyerang ahli keluarga sendiri? Kita sebagai ahli dalam UMNO sepatutnya berjalan sebagai satu keluarga dan bukan hanya mahu memajukan "keluarga" kita sahaja (saya harap pembaca faham). Dimanakah sudah semangat setiakawan, hormat menghormati sesama ahli, perpaduan, dll?

Saya masih ingat pada tahun 1985 (kalau tidak silap), Tun ada melancarkan program SEMARAK untuk menaikkan semanggat rakyat Malaysia utk bersatu padu dalam segala hal dan hasilnya kita dapat lihat yg Malaysia telah berjaya menjadi 1 negara berbilang kaum yg kuat. Begitu jga dgn Program Setia. Masyarakat telah dipupuk utk setia kepada agama, bangsa dan negara. Tidakkah mereka lihat bahawa selama 22 tahun Tun memerintah, Tun telah mendidik RAKYAT MALAYSIA agar bersatu padu utk mempertahankan negara ini dan SETIA kepada pemimpin. Tapi adakah pemimpin2 pada masa ini boleh dijadikan contoh utk kita setia? Pemimpin yg memburukkan pemimpin yg terdahulu yg mana pemimpin yg mereka burukkan ini telah banyak menabur jasa dan telah mengharumkan nama negara ini di peringkat antarabangsa.


Pembinaan Mega Projek yg dijalankan oleh Tun yg kita nikmati sekarang ini suatu masa dahulu dikritik dengan pedas bahawa Tun telah menghabiskan Dana Kerajaan Malaysia utk melaksanakan projek2 yg membazir. Cuba kita nilai sekarang. Projek Petronas Twin Tower, Sepang Circuit, Putera Jaya, Menara KL. Semua projek ini telah pun membawa billion ringgit kepada Malaysia melalui sektor pelancongan dan boleh dikatahan telah "menutup" kos pembinaannya yg telah dibelanjakan. Projek ini juga telah memanafaat kepada seluruh negeri di Malaysia. Kebanyakan projek ini telah diletakkan lokasi berhampiran dgn ibu negara dan ada yg di tengah2 ibu negara sendiri. Secara tidak langsung KL telah menjadi satu destinasi pelancongan hanya kerana projek2 ini tadi. Selain daripada itu jga, KL telah menjadi hub kepada negeri2 di Malaysia untuk membuat promosi pelancongan mereka sendiri. Kalau dilihat sekarang, sektor pelancongan telah banyak membantu dalam meningkatkan dana negara hasil daripada projek2 mega ini.

Jadi sebagai RAKYAT MALAYSIA, kita harus mempertahankan negara ini dengan apa cara sekalipun kerana sekiranya bukan kita, siapa lagi? Beringat sebelum kena, itu pesanan nenek moyang. "Melayu Mudah Lupa", itu pesana Tun. Jadilah Melayu yg sedar dan tidak akan lupa lagi sekiranya ingin maju.


Sekian.

Terima kasih Tun.

boymungkal said...

Dear Tun,

This reminds me of the classic malay tale of si-tanggang, the ungrateful son of a peasant cast to stone.If only...

This country is fast becoming mediocre in every sense of the word.Where have all the real MAN gone to?(Not meant as sexist,just to coin a phrase.) People are kicking sand to our face and all we can do is smile back.

Today, on the anniversary of Tan Sri P.Ramlee's death(yet another Malay superhuman)i shall recite the Al-Fatihah and sulk for a moment and wonder if the death of UMNO as we know it, is coming to a premature death

Unknown said...

Tun,

You must understand that if the Pak Lah doesn't bribe the UMNO Kubang Pasu or prevent all the UMNO from going to your speech, then your power is growing and have the ability to stop him.

This is what he is doing now, and sleeping with his Jeaan, probably forgotten he is PM for Malaysia. Not to mention, enjoying all our rakyat money.

Anonymous said...

to my dear tun.
wish you in good health.
sya stuju sangat dengan apa yang tun tulis hari ni. semuanya benar dan tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Pemimpin la ni dah jadi pak turut dan takut dengan negara yang besar cet. Musuh tak jadi kuat jika sekiranya tidak diperkuatkan oleh musuhnya juga. Dok bagi muka sangat kat Singapura pastu support pulak diorang dari dalam. Apa nk jadi paklah. Ini baru betul ejen asing.

e.yu said...

Tun yang terhormat,

Saya sungguh tidak faham kenapa Pak Lah atau kuncu kuncu nya melakukan sebigini terhadap Tun. Cara mereka menyekat Tun sungguh memalukan. Mungkin Pak Lah terlampau mempercayai kuncu kuncunya dan tiada pengetahuan tentang kelakuan mereka yang amat biadap terhadap Tun.
Apakah yang sangat di khuatiri mereka sehingga menghalang ahli UMNO dari berjumpa dengan Tun?
Apakah mereka rasa dengan mengnepikan dan menghilangkan Tun dari khayalak ramai maka pimpinan Pak Lah akan lebih menyerlah?
Pemimpin pemimpin UMNO kini yang lantang mengkritik Tun cuma membuktikan bahawa mereka adalah "kacang lupakan kulit." Apakah mereka ini layak dipanggil pemimpin? Pemimpin murahan?
Jika bukan kerana Tun, siapakah mereka? Jika bukan kerana Tun, adakah bangsa Melayu akan berjaya seperti sekarang? Jika bukan kerana Tun, bolehkah Malaysia maju seperti kini?
Tun, majoriti rakyat masih mencintai Tun. Kata kata dan nasihat Tun masih diperlukan sungguhpun Tun sudah berara. Semoga Tun dikurniakan dengan kesihatan yang berpanjangan.

samurai melayu said...

Salam Ayahanda Tun
yang telah dikurniakan dengan Zat sebagai Khalifah Muslim
akhir zaman ,
Allah swt selalunya melekatkan Iman Manusia yang redho mengorban dan memperhambakan dirinya(berjihad) kepada NYA.

Izinkan memberi pandangan dari hati Anakanda kepada persoalan
‘Nostradum said’
Tun,

3 Questions which Tun have not explained to everyone and which still make me doubt your sincerity and motives:

1. Why did Tun step down as PM after 22 years?
2. Why did you nominate Datuk Seri Abdullah as your successor?
3. Why is YB Mukris still in UMNO? Is he not your son and must be loyal to the father?


Nostradum sir,

Perhaps we cud enlightened ourselves with reviews ‘ as I see it’.

1. Ayahanda Tun did not ‘stepped down’ but his health then (perhaps even now) did not permit him to go on forever. Never did it occurred in his mind to die in office.
His plan was to retire from office when he had groomed DSAI. If we cud recalled,
When he took leave for 3 months for a follow-up check on his heart, he gave DSAI (then the DPM) full authority of a PM, although positioned as Acting PM.
We asked ‘Kakak..’, someone very close to Bonda Hasmah and she said, quote: Datuk Seri doesn’t want any power struggle, if ever he comes back in a coffin just like the untimely demise of our beloved Tun Abd. Razak…’unquote .(translated from b. melayu)

Allah swt loves us, he came back ok, and had to clean up the mess DSAI had done during his leave especially on the banking reforms which nearly paralysed the economy.





2. Tun plodded on to find a suitable replacement. We cud recalled he took a pretty long
time to name his no. 2. When rumours were rifed that Najib will be no. 2 to the extent
illegal bookies gave odds on for punters, Tun gave in to the numerous ‘lobbyists’ to
name ‘ Mr. Clean and Piety’ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi the No. 2.with the
hope he will carry on with the planned agendas in Vision 2020.

We were very relieved when he announced his ‘retirement’ coz by then he is already
in his late 70s, and practically toured the world over to woo back investors after the
‘execution’ of Al Gore’s and Cohen’s comrade.

In Malaysia, most people would pray (lobby )for positions and power but there are
people who prayed (appeal) to him to ‘step down’ coz they were concerned of his
health which was slowly deteriorating. Only his loved ones especially Bonda Hasmah
would tell us, if she cud but not for Tun’s critics and detractors.They would authoured
negative citations eg; ’ masuk bakul angkat sendiri’ ‘Lingampoops’ like Zaid and
‘The Little Rascals’( Nazri, Hishamuddin, Shahril, KJ) , the members of the ‘Society
For the Blinds of the Daylight’ will come out with their more stylish citations and last
but not least, the patients of Dumb Syndrome in Hospital bukit Parliament, sill
remained ‘DUMB’

We hope the above unauthenticated reviews cud tickled our little thots ( akadirjasin
maybe able to give bigger thots on a more analytical and factual reviews)

As per Q, no.3, Pikiaklah sendiri lah!.


If one cannot be a qualified historian like Datuk Khoo Kay Kim, act like one, agree Datuk prof,?

May the Almighty ‘forces’ shines on us rakyat Malaysia who longed for peace and posperity and above all respect which is fading away.

Please accept my thousand apologies!

teja said...

Salaam Ayahanda Tun,

Selamat pulang ke Tanahair!

Rakyat amat sedih Pak Lah dah gadaikan Pulau Batu Puteh kepada Singapura ): Kalau Tun yg menjadi PM, tentulah kita yg menang seperti kita menang Pulau Sipadan, Pulau Ligitan dan Terumbu Layang-layang.

Malang sungguh kita mempunyai seorang Perdana Menteri seperti Pak Lah, di mana 2 hari sebelum keputusan diumumkan oleh ICJ telah pun memberi arahan2 kepada media-media prima Malaysia untuk tidak menggembar-gemburkan sekiranya keputusan memihak kepada Malaysia. Pemimpin apakah ini? Di mana ketaatan Pak Lah, pada Singapura atau Malaysia? Kenapa beliau perlu takut?

Kerajaan Abdullah juga tidak langsung melobi seperti Singapura melobi hakim-hakim ICJ.

Maka 2 hari juga sebelum keputusan diumumkan kita mendapat berita2 "jawatankuasa BERSAMA", "kemungkinan tidak semua 3 pulau dapat pada kita" atau "kehilangan semuanya".. seolah2 akan ada pengadaian wilayah kita.. dan seolah-olah rakyat di "prep" akan keputusan yg telah dijangkakan tidak memihak kpd Malaysia.

Juga memang benar Parti UMNO sudah dijenamakan semula sebagai UMNO Abdullah atau UMNO cap Dollah!

Lihat saja beliau dan Khairy telah memasukkan PKR dan orang-orang Anwar Ibrahim ke dalam UMNO tanpa segan silunya dan membesar2kan berita di media seolah2 satu kebanggaan membawa kanser masuk parti semula, semata-mata untuk membesarkan platform pengaruh mereka.

Saya merasakan peralihan kuasa yg dimaksudkan Pak Lah adalah dari beliau kepada Anwar, dan dari Anwar kemudian kepada Khairy dalam 2 PRU lagi. Maka ketiga-tiga mereka "merasa" jadi PM Malaysia walaupun menggadaikan Ketuanan Melayu dan perjuangan UMNO.

Sementara itu ahli-ahli Majlis Tertinggi berterusan tidur.

Kalau mereka berterusan menjahanamkan UMNO membiarkan Pak Lah dan Khairy menjahanamkan UMNO, saya rasa selepas December 2008, akan ada mass exodus keluar dari UMNO.

Saya juga ingin ucapkan tahniah buat Tun untuk hits ke SATU JUTA sekejap lagi :) Rasanya hari ni mesti hit 1 million! Itu belum lagi satu bulan Tun jadi blogger!

Tahniah Tun.. you are one is a ZILLION! Tak kan dapat kami cari pengganti.

Wasalaam.

www.tunteja01.blogspot.com

happysus said...

Bahasa Sarawak!

"Oh tedah kecik ati"
Tun, tak apa Tun.
Saya tetap sayang Tun.
Tapi saya sayang lagi perpaduan Melayu.
Melayu Sarawak tidak mampu untuk berpecah.
Kalau UMNO pecah. Tempiasnya sampai ke Sarawak.
Saya yakin Tun buat yang terbaik untuk diri Tun.

happysus.blogspot.com

vanPIEE said...

Ayahanda Tun,

Kerajaan semalam mengumumkan pengenalan dasar baru biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi program ijazah luar negara berkuatkuasa mulai tahun ini. Dasar baru yang menyebabkan pembahagian biasiswa kepada kaum BUKAN BUMIPUTERA naik sehingga 45% manakala untuk kaum BUMIPUTERA 55%. Dasar baru tersebut dibuat tanpa penjelasan yang meyakinkan.

Inilah antara kelemahan pentadbiran Pak Lah serta Menteri-menteri “yes boss” pilihannya. Pak Lah mungkin boleh menimbulkan kemarahan kaum BUMIPUTERA kerana keistimewaan mereka semakin tergugat dengan sikap lembut dia pada kaum BUKAN BUMIPUTERA. Inikah pemimpin UMNO? Sepatutnya Pak Lah sensitif pada perkara ini dan patut pertahankan hak istimewa kaum BUMIPUETRA. Tetapi??

Saya sungguh sedih dengan nasib kaum BUMIPUTERA hari ini. Sepanjang Pak Lah menjadi PM. Saya dapat lihat, kaum BUKAN BUMIPUTERA sudah semakin berani menuntut itu ini. Semasa zaman ayahanda Tun, tidak pula saya dengar. Jika ada pun, jarang.

Harap ayahanda Tun dapat mengulas perkara ini.

Sekian…

Sayang ayahanda Tun…..

. said...

assalamualaikum, Tun Che Det yang saya kasihi,

Saya orang Sarawak dan di Sarawak tak pernah ada UMNO, walaupun pernah ada usaha-usaha nak membawanya tapi tak menjadi. Rasa-rasanya lepas Tun keluar daripada UMNO,memang tak bertapaklah UMNO kat tempat saya tu Tun.

Walaupun gitu, Tun selalu datang ke tempat saya dan semasa Tun jadi PM, banyak budaya yang baik diintegrasikan ke seluruh pelusuk negara. Macam Rumah Terbuka, integrasi kaum, dan lain-lain, diusahakan jadi program kebangsaan. Terima kasih.

Saya dari dulu amat kagum dengan Tun. Gaya kepimpinan Tun, memang sukar ditemui pada pemimpin-pemimpin yang lain. Untuk apa orang berpolitik ni Tun? Untuk kuasa, hidup senang? duit datang mencurah? nama? dan saya kagum dengan kata-kata Tun dalam dokumentari yang pernah disiarkan suatu masa dahulu, masa tu Tun masih diagung-agungkan oleh kerajaan lagi almaklumlah baru meletak jawatan dan berada di puncak kestabilan pemerintahan. Tun kata, lepas senang, baru nak masuk politik. Bukan masuk politik sebab nak senang, kan? Tun memang fikir panjang, fikir untuk generasi anak bangsa sekalian, bukan untuk anak bini aje.

Saya tahu selepas tu, setiap apa pemimpin macam Tun buat, mesti ada sebab yang besar di sebaliknya.. untuk kebaikan negara kita sebenarnya. Terima kasih sekali lagi Tun.

Saya pernah dimomok dengan reformasi, fikiran pernah kacau antara yang mana betul, yang mana salah, dan yang mana jalan terbaik. Tetapi membesar, saya memahami, setiap orang mungkin membuat kesilapan tetapi kenapa tidak kita ambil saja apa yang terbaik darinya dan perbaiki yang kurang.

Biarlah Tun, mungkin orang anggap semudah tu Tun tinggalkan UMNO yang saya agak mesti sangat-sangatlah Tun sayang, Tun kan dah join UMNO sebelum merdeka lagi... tapi Tun mesti dah fikir panjang-panjang. Semoga ada pemimpin yang berinspirasikan Tun walaupun tak ramai tapi berkualiti yang bakal merubah keadaan semasa, mungkin dari dalam UMNO itu sendiri. Payah kalau pemimpin-pemimpin kita jadi ikut telunjuk semuanya, sepatutnya minta petunjuk dari Tuhan.

Tun ni benih yang baik, yang kata cikgu saya dicampak ke mana pun akan menjadi subur, berguna untuk orang. Tun yang ajar rakyat Malaysia kita kena yakin pada diri sendiri, kita boleh ada bangunan tertinggi di dunia, di negara kita yang kecik ni, kita boleh keliling dunia. Harap Tun akan tetap hidup dengan yakin, yakin pada ketentuan Allah. Cubaan dunia aje ni Tun. Saya ni tengah mengingatkan diri sendiri juga sebab saya insan yang khilaf.
Panjang pulak komen pertama saya ni. Jaga kesihatan Tun. INi semua ujian. Tengok, kan ramai orang sayang Tun....senyum selalu Tun.

p/s: terima kasih sebab Tun dulu tak sekat penggunaan media internet pada rakyat. Kerajaan sekarang kenalah ikut. Tapi kalau lepas ni diorang kawal jugak secara tak relevan, nampak sangatlah ada yang tak betul tu Tun. Tun, Tun memang best la..

Imeirda said...

Assalamua'laikum Tun.

Berita Tun keluar Umno menjadi topik bualan rakan-rakan sekerja saya yang rata-rata dari negara lain di UAE ini.Mereka bertanya kepada saya kenapa dan sebagainya dan apa sudah jadi pada politik Malaysia. Rupa-rupanya mereka juga giat mengikuti perkembangan Malaysia dan lebih-lebih lagi apa saja berita mengenai Tun.

Saya juga pernah bertanya apa mereka semua kenal dengan Abdullah Badawi, jawapan yang diterima "ya kenal tapi siapa dia?" Kalau dulu tanya saja hatta kepada pemandu teksi sekalipun tentang Malaysia, hanya satu saja manusia yang berasal dari Malaysia yang mereka kenal iaitu Mahathir Mohammad. "He is very good muslim leader, very good-very good".

Tak perlu saya perjelaskan lagi perbezaan Tun dgn Pak Lah. Apa yang Tun cakap betul, sekarang ini Malaysia kurang mendapat perhatian dimana-mana saja saya pergi. Walaupun idealogi politik mungkin berbeza tetapi saya nak Tun tahu bahawa saya sentiasa menyokong Tun untuk memulihkan maruah negara yang tercemar ini. Soal maruah negara ini tidak dibezakan oleh kaum,agama atau politik.

Kalau Tun datang ke Dubai ni sudilah kiranya Tun maklumkan pada saya kerana kami disini juga agak kehausan "berita benar" dan ingin mendengar sendiri apa yang berlaku dan akan berlaku.

Sekian harap Tun terus kuat untuk mempertahankan Kedaulatan Malaysia.

Imran
Uptown Mirdif
Dubai,UAE.

amen said...

TUN, pimpin parti babas, we see what happen

ASHAR said...

Tun,

Semua permasalah ini nampaknya ada kaitan dengan menantu Pak Lah , Khairy Jamaludin.

Hari ini dalam harakah, memdedahkan pakatan Ezam dan Kahiry Jamaludin.

Hari ini juga 2 bekas angkatan muda PKR(setiusaha sulir DSAI semasa menteri keuangan) masuk UMNO di Parlimen dengan Pak Lah. Seolah ini percaturan Pak Lah.

Wah begitu baik layanan Pak Lah pada "bekas musuh" UMNO....menyerahkan borang langsung pada Pak Lah....


Sudah di ketahui semua, ini angkara Khairy Jamaludin. Siapa pemimpim UMNO yang berani menghalang..??

Siapa..?


Rata rata pemimpin UMNO sekarang "have no GUT" atau atau pengecut, tak ada telok...!!!


UMNO yang bukan lagi UMNO adalah gara gara pengaruh Khairy Jamaludin.


Kerna Khairy Jamaludin, Pak Lah melibatkan kementerian keuanagn dengan saham Libra dan lain lagi.

Pak Lah sudah banyak terlanjur dek menantunya Khairy Jamaludin.


Banyak lagi yang akan musnah jika Pak Lah terus menjadi pemimpin.


SIAPA KHAIRY JAMALUDIN ini?????


PENGKIANAT NEGARA DARI MANA KAH KHAIRY INI SEHINGGA PAK LAH TUNDUK DENGAN DIA??

Salam perantau

Angkatan Lancang Kuning
-ashar-8;14

Tuna said...

Salam Tun

TPM mengatakan bahawa kerajaan tidak akan berdiam diri dan akan menjawab dakwaan-dakwaan yang dibuat dalam internet, seperti blog.

Harap-harap kita akan dapat lihat jawapan mereka di blog ini. Selama ini semua soalan dan pertayaan Tun tidak pernah mereka jawab.

Bagi saya, ini menunjukkan mereka tak boleh jawab.

Sama-sama kita tunggu. Tun kami mintak Tun ajukan soalan-soalan power.

ASHAR said...

Tun,


Malam ini lebih kurang jam 11;30 hit counter TUN akan mencecah 1,000,000 pengunjung.

Ini menunjukkan kami perihatin dengan semua isu yang TUN keluarkan.

Syabas TUN dalam 1 bulan 1 juta pengunjung...

Teruskan perjuangan suci TUN ..

Hidup TUN DR MAHADIR...


SAlam perantau
-ashar-8;33
Angkatan Lancang Kuning

sapedietu said...

salam ayahanda Tun

umur saya hampir 53 tahun.
cinta saya terhadap UMNO tak boleh diluahkan dgn kata2,semasa belasan tahun lagi setiap kali datangnya musim pilihan raya, sayalah budak yang paling gembira kerana dapat menampal poster2 di sekitar kawasan perumahan saya (di pinggiran KL) bermula dgn poster perikatan lagi.

Lidah saya kelu tak terkata2,
bisu seribu bahasa semasa Tun umum akan bersara dlm satu perhimpunan UMNO, sekali lagi tangan saya terketar2 dan hati saya berdebar2 semasa Tun menyerahkan kuasa kepada Paklah, tak tahu apa sebabnya dan apa penyakitnya.

Baru
lah sekarang sebab dan penyakit
itu dapat saya ketahui (penyakit
yg datang dari DSAAB, manusia yang telah sesat, tak kenang budi, lupa diri, tamak haloba, bodoh sombong, rompak duit rakyat dan diagihkan pada anak2, adik beradik, menantu dan sahabat2 yang cium tangan, kroni2 dan menteri2 yg dianggap macam anjing belaan yg boleh menyalak untuk dia, gonggong sana gonggong sini asalkan Paklah happy - orang2 macam ini tiada harga
diri langsung, tak malu dgn anak2, kawan2, jiran2, saudara mara dan drebar & bibik mereka, sebab zaman ini orang2 yang saya sebut2 tadi bukan macam orang dulu2 cuma mereka buat dono, anak2 pegi sekolah kena perli, drebar2 cerita dgn drebar2 lain, sampai bibik pun cerita kat kawan2, tapi menteri2 bodoh pengkhianat bangsa dan negara ini masih tak sedar2!)

Tun, semasa Tun serahkan kuasa pada Paklah semua orang melayu, cina, india dan lain2 tahu yg tun telah serahkan masa depan mereka kepada tikus yg akan mencuba membaiki labu, (semua orang tahu termasuk menteri2 tadi, kawan2 Paklah pun tahu, anak2 Paklah pun tahu, menantu rakus pun tahu tapi mereka peduli apa - asalkan perut kenyang, poket penuh sebab mereka tiada maruah diri, mereka bukan jenis orang yang kena bangun pagi2 berebut2 nak naik bas, LRT atau kereta di tgh jalan jem hanya untuk mendapat rezeki halal (rezeki yg halal memang agak perit sikit tapi akan senang kemudian.

Bayangkan harga beras dah melampau, macam mana orang2 yang ada anak ramai nak hidup, menteri2 tadi
yang dapat duit cara membodek tak terjejas langsung, tak buat apa2.

Kepada menteri2 yg pandai menyalak tu, tepuk dada tanya selera, jangan tipu diri sendiri - apakah jasa2 kamu pada bangsa & negara.
(ada yg baru jadi wakil rakyat atau menteri dah pandai kutuk orang yg telah nyata banyak berjasa kepada negara dan bangsa).


Tun, teruskan perjuangan mu,
demi bangsa dan negara, peduli
apa dgn orang2 yg masih tak sedar2 dgn kesenangan yg dikecapi hasil kerja keras dan ikhlas Tun, saya dan rakan2 akan sentiasa doakan kesihatan Tun berdua serta anak2, cucu2, insyaALLAH.

Wassalam.

yahya aiyop said...

Assalammualaikum Tun

Umno memang sudah menympang dari perjuangan asal membela agama bangsa dan negara.
Pemimpin2 sekarang takut untuk menonjonlkan diri sebagai pejuangan agama dan bangsanya

Pemimpin2 umno meggunakan ahli2 biasa sebagai alat untuk memegang kuasa tapi ahli2 setia umno di kampong2 terus terhimpit dgn berbagai masalah dan berhadapan secara langsung dengan ahli2 pembangkang

Adakah mereka sedar harga mahal yang mesti dikorbankan oleh ahli2 daif ini hanya untuk mempertahankan PEMIMPIN Umno?
Akhirnya ahli2 menjadi korban kepada perjuangan mempertahankan parti.tetapi pemimpin2 umno terus hidup senang lenang.

Saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua pemuda cawangan, setiausaha cawangan,Timbalan ketua cawangan,AJK pemuda bahagian dan Pen Setiausaha pemuda bahagian
Bayangkan.................
saya memohon tapak rumah puntak berjaya
pemimpin2 umn mesti sedar perkara ini.jangan aniaya ahli2 parti demi kepentingan sendiri.

Didoakan semoga Tun dan keluarga akan terus didalam kesihatan yang baik dan dilindungi Allah, dapat kekutan untuk meneruskan perjuangan bangsa melayu dan keluar dari himpitan pemimpin2 melayu umno sendiri.Amin!!!!!!!

The Eastern Standard Times said...

When there are non Malays like you who cheat the Malays and claim to be a Malay, you deserve nothing but the worst.
You said Abdullah was ungrateful, ungrateful for what? Not allowing your business interests in the Singapore Bridge, the double track railway and other things go on, your illegitimate and hidden business agenda backfired on you, you deserve it and you have the gall to call him corrupt.
He may be corrupt I am not saying he is not, but yours is a case of a pot that is extremely black calling a new pot black.
You are not keen on the country and least of all for the Malays, you like many of your contemporaries in the developing world especially in Africa thrive on making the the Malays, (not your own race you are no Malay but a Kaka)ignorant, you have nothing but your own selfish interests close to you , you are willing to throw this country into turmoil to meet your own ends you are shameless, you are a crook of immense proportions and you cannot be trusted even with a dime.
So please stay away, go some place and prepare for the life hereafter, (remember you almost went there and God in His mercy spared you to atone for you sins) if you really believe in God.

michelle low said...

Dearest Dr. M,

Jangan pedulikan mereka yang tak mengenang budi. There is a Chinese old saying...人一走 茶就凉 (when a person left, the tea gets cold). What matters is, you are always "the people's PM".

When I saw you in KLCC this morning, I dropped my tears. Mix feelings... grateful, appreciation, admiration, and love... Oh... This is the man whom had provided me free education from primary to secondary & tertiary. This is the man, who had given me peaceful life for the past years....

I traveled all the way from Boston, just to attend your book autographing session. It's OK that I didn't get your autograph. I'm glad to see that you are in good health... you are still as humorous as before...

When you are depress, please remember, there are always anak-anak Malaysia like me, who love you, who support you. Please take care, my beloved Dr. M.

dr. m :)
(my friends call me dr. m. - my name is michelle, i'm a ph.D., more importantly, you are my idol!)

wak Dojer said...

Salam kepada Tun dan semua pengunjung www.chedet.com.

Wak hari ini tak sabar-sabar hendak tengok masa hadapan. Kalau ada "time-machine" macam si kartun Doraemon tu punya sudah pasti Wak naik sekarang juga. Sebabnya Wak nak pergi ke masa hadapan ialah:-

1) apakah dasar-dasar keterbukaan Datuk Seri PM pada hari ini akan membantu beliau atau memakan dirinya kembali (apabila tiba waktunya beliau mengundurkan diri dari jawatan PM atau Presiden UMNO nanti). Contohnya, dengan pembentukan "Royal Commission" untuk kes-kes yang mana Datuk Seri PM atau kroni-kroninya terlibat seperti skandal Scomi;

2) Adakah Sdr. Khairy Jamaluddin akan berjaya mengekalkan legasi peninggalan Datuk Seri PM dan seterusnya menjadi "saviour" kepada bayang-bayang peninggalan Datuk Seri PM selaku PM (2003-20??) merangkap Presiden UMNO (2003-20??); dan

3) Yang paling Wak hendak lihat adakah UMNO masid wujud lagi atau sekadar nama UMNO serta nota-nota mengenainya dalam buku-buku teks mata pelajaran Sejarah UPSR, PMR dan SPM.

p/s: kalau ada sesiapa yang mempunyai "time-machine" tersebut jangan segan silu hubungi Wak. Kita lihat sama-sama.

TheLastLincolnshireMalay said...

dr m, id like to ask how can halliburton invest hundred of millions in iskandar region developement? thats just disgraceful to malaysia and her principles and all muslim over the world !!!!!!!!!

ShamKong said...

Tun,

Saya setuju semua yang Tun Luahkan. Tapi apa yang berlaku pada Tun semuanya adalah reflection of your 'bad and cruel leadership'

I still remember, you had done the same thing to your political rival as to make sure your survival were well protected.

Tapi sebagai rakyat, saya juga tak lupa tentang your 'good leadership' on developing our beloved countries.

Oleh itu saya berharap sangat agar Tun dapat put your effort to correct your mistake rather than focus on 'Pak Lah'. If Pak lah bad, sooner or later people will know it, in fact, it has already proven and revealed during recent PRU.

Tun, ramai yabg telah teraninaya dengan ISA akibat kerangkusan Tun. Ini bukan ajaran agama kita. Doa yang teraninaya amat powerful.

Taubatlah Tun and banyak kan Ibadat.

chezai said...

Tun,

Semoga usaha Tun n kite semua mendapat kejayaan akhirnya...Teruskan perjuangan kerana, mereka akan tertawakan kite jika kita berhenti di tengah jln nnt.....

C u on Saturday...

Unknown said...

Saya warga negara asing. Sejak saya baca Malay Dilemma, saya peminat TUN yang setia. Suami dan anak-anak saya sentiasa mengusik saya dengan mengatakan yang TUN adalah "my favourite uncle".

Semoga TUN sentiasa sehat dan tenang disamping keluarga. Kami diseberang amat amat berterima kasih terhadap jasa TUN selama ini.

Kini TUN pun masih terus berjasa melalui blog yang saya lawati setiap hari. Salam sayang kami pada TUN.

Buka lah mata, wahai MELAYU.

Unknown said...

TUN,

DULU SAYA CUKUP BANGGA DECLARE DIRI SAYA ORANG MALAYSIA BILA KELUAR NEGARA, TAPI LA NIE TUN SAYA MALU NAK KHABAQ SAYA ORANG MALAYSIA PASAL PEMIMPIN-PEMIMPIN LA NIE KETEGAQ TAKDA TELOQ, DOK BONGKAK DAPAT IKUT TELUNJUK AMERIKA, HAQ DULU ISLAMIC COUNTRY CUKUP RESPECT KAT MALAYSIA LA NIE KENA JUWEH JAA.

NIA LAA NI DIA DAPAT PEMIMPIN TIDOQ..ABIH SEMUA HULUJEMBALANG DIA PON IKUT TIDOQ.

Unknown said...

PATUTKAH TUN...HANYA KERANA TUN TIDAK DILAYAN SEBAGAI BEKAS PEMIMPIN TERAGUNG UMNO MAKA TUN MENGAJAK SELURUH AHLI UMNO KELUAR DARI UMNO....

SEPERTILAH DSAI YANG TUN PECAT DULU....BILA BELIAU DIPECAT MAKA BELIAU MENGAJAK SELURUH AHLI UMNO DAN RAKYAT SUPAYA MEMECAT TUN..

APA JADI ...TUN TETAP BERKUASA......

pakbelalang said...

Dear Tun,
My explanation is very simple why the UMNO leaders behave in such manner is because they are suffering from EXTREME INFERIORITY COMPLEX. They know that their intelligence is GROUND ZERO, haprak and HP6 compared to yours, Tun. The rakyat have set a very high benchmark for them to be at least at par with your performance but they failed miserably to achieve even 1/4 of what you have achieved during your administering the govt. and the party. So the only solution to avoid the embarrassment of being branded "DAH BODOH STUPID" is to ignore you from being in the limelight forever. That's how inferior they feel of themselves, particularly the President of UMNO, Pak Lah. He wants to be seen as a person who is in control but does not know how to go about it because of his low IQ. As a result, he seeks advice from those "invincible elegant advisors" behind the curtain to help him build up his haprak,HP6 and lack of confidence image. So that is the situation how " shallow" the mentality of these UMNO leaders are. They are having "MONKEY BRAINS" and they don't deserve to lead bangsa Melayu.Kapada ahli-ahli UMNO, berfikirlah dengan sewaras-warasnya sama ada pemimpin UMNO ini betul-betul ada kualiti memimpin orang Melayu atau hanya untuk kepentingan mereka sendiri. Memang telah jelas dan nyata bahawa Pak Lah tidak mampu membawa orang Melayu ke puncak kejayaan yang lebeh cemerlang, gemilang dan terbilang, maka mengapakah kita masih lagi ingin berpaut kapadanya. Akhirnya nanti apa akan terjadi? Melayu dikotak katikkan dan dibiadabkan oleh orang lain. Ketika ini memangpun telah berlaku dan kita masih "enggeh lagi". Sungguh malang sekali bangsa kita seolah-olah telah dipermainkan oleh pemimpim mereka sendiri. Pasal apa? Pasal kita semua dah jadi haprak dan HP6 yang teramat sangat !! Begitulah nasib kita sekarang ini dan mungkin seterus akan dipinggirkan oleh arus politik yang lagi hebat dan canggih lagi dimasa terdekat ini.!!
Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah ibaratnya!! Itulah perangai setengah daripada ahli-ahli UMNO. Tidak ada prinsip, lebeh-lebeh lagi apabila dah termakan budi dan disuap dengan harga "10 sen". Mana harga diri dan maruah mereka? Di dalam LONGKANG !!

samurai melayu said...

Salam AYAHANDA RAKYAT
Masih mampu memperjuangkan kedaulatan bangsa dan Negara.
Semangatmu mahu memikul beban namun jasad dan keringat mu tidak menizinkan

Izinkan anakanda siarkan surat susulan kepada Pak Lah post PRU 12 untuk tatapan bersama.

BISMILLAH HIRROHMA NIRROHIM

ASSALAMUALAIKUM , PAK LAH,

KAMI TERGERAK SEKALI LAGI UNTUK MENGUTUS RAYUAN INI KERANA SURAT RAYUAN KAMI BERTARIKH 21-02-08 BERKENAAN KONSPIRASI KHIR TOYO HENDAK MENJAWAKAN KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TELAH TIDAK DIENDAHKAN.

KAMI JUGA TELAH MEMOHON SUPAYA CALON-CALON WAKIL RAKYAT DARI KETURUNAN MINANGKABAU TERUTAMANYA DATUK MOKHTAR DAHALAN DAN TAN SRI MUHAMAD TAIB ( SUKU RAWA)DITERIMA SEBAGAI CALON PRU 12. MALANGNYA PAK LAH TIDAK MENGHIRAUKAN.

PAK LAH,

KISAH-KISAH YANG TERCATAT DALAM SURAT TERSEBUT ADALAH BENAR.
PERCAKAPAN PENULIS SURAT INI SELALUNYA TIDAK BOLEH DITERIMA AKAL!

1996 - HANYA EMPAT HARI SELEPAS PRESIDEN UMNO MENYATAKAN DIPEHIMPUNAN AGUNG BAHAWA ORANG NO. 2 NYA AKAN MENGAMBIL ALIH KEDUDUKAN NYA SEBAGAI PM, PENULIS TELAH BERKATA “SAUDARA ANUAR IBRAHIM TIDAK AKAN MENJADI PM. PAK LAH AKAN JADI PM!”

1999 – HANGAT DISEBARKAN NAJIB AKAN DILANTIK TPM. PENULIS MENAFIKAN DAN MASIH MENGATAKAN PAK LAH AKAN JADI PM.

KETIKA ITU, RAMAI KAWAN MENYATAKAN PENULIS INI KURANG SIUMAN, TIN KOSONG, BANYAK CAKAP DAN SEBAGAINYA. HANYA ALLAH S.W.T. YANG MENGETAHUI DAN MENENTUKAN!

2008 - APABILA RAYUAN KAMI MEMOHON PAK LAH MENYENARAIKAN NAMA DATUK MOKHTAR DAHALAN DAN TAN SRI MUHAMAD TAIB SEBAGAI CALON DI PRU 12 TIDAK DIENDAHKAN ATAS SEBAB-SEBAB YANG HANYA PAK LAH KETAHUI , KAMI TELAH BERIKRAR AKAN MENJATUHKAN KERAJAAN JAWA KHIR TOYO YANG MAHU MEMBENTUK POLITIK PERKAUMAN DI SELANGOR DAN AKAN MEMBAHAYAKAN ORANG MELAYU DISELANGOR.

PAK LAH,

KAMI RASA MAJORITI PEMIMPIN UMNO SELANGOR SUDAH HILANG KEPERCAYAAN DENGAN KHIR TOYO SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA. MEREKA NAMPAK TAKTIK NYA MEMILIH HANYA “YES MAN”. TAPI TIDAK ADA SIAPA YANG BERANI MEMBANTAH KERANA TAKUT DICANTAS. APATAH LAGI BILA PAK LAH MENGAMBIL SIFAT “BUTA DALAM TERANG” DAN TIDAK MAHU MERUJUK KEPADA LAPORAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN PAK LAH DAN NASIHAT RAKAN DAN TAULAN TENTANG KORUPSI DAN SALAHGUNA KUASA OLEH KHIR TOYO.

PAK LAH,

KAMI INGIN BERKONGSI PENDAPAT.

RAKYAT BUKANNYA BOLEH DI PERBODOHKAN LAGI.
MEREKA SUDAH PANDAI MENILAI KEBAIKAN DAN KEBURUKAN.

UNTUK MAKLUMAN PAK LAH SEMUA RENCANA KERAJAAN MEMAJUKAN NEGARA DITERIMA DAN DIHARGAI RAKYAT. KALAU KENAIKAN HARGA ADALAH SEBAB, SUDAH LAMA MEREKA MEMBERONTAK, TAK PERLU TUNGGU PILIHANRAYA.
TAPI RAKYAT AKUR PADA KATA PAK LAH TUNJUK PERASAAN PADA KERTAS UNDI. SEKARANG TELAH MENJADI KENYATAAN!

MAKA HENTIKANLAH PENAFIAN DAN TERIMALAH HAKIKAT YANG PAKLAH TELAH DIHINA ALLAH SWT. HAYATILAH SURAH AL IMRAAN. BERTAUBAT DAN BALIKLAH KEPANGKAL JALAN.

BILA BARISAN NASIONAL YANG MEMPUNYAI KEKUATAN JENTERA PILIHAN RAYA YANG CANGGIH DAN 100% MENGUASAI “MAINSTREAM MEDIA AND COMMUNICATIONS” BOLEH HILANG KUASA DI EMPAT NEGERI DAN 2/3 MAJORITI DI PARLIMEN KEPADA BARISAN ALTERNATIF YANG HANYA MEMPUNYAI RANGKA UNTUK BERKEMPEN, IANYA BUKAN KEMUNGKINAN LAGI TAPI ADALAH MUSIBAH YANG DITURUNKAN ALLAH SWT KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG RIAK DAN MUNGKAR.

PAK LAH,

TERIMALAH HAKIKAT INI DAN TERIMALAH HAKIKAT YANG MENJATUHKAN KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI TERSEBUT ADALAH ANGKARA “MUSUH DALAM SELIMUT”, KERANA MEREKA MERASAKAN PAKLAH TELAH MEMBIARKAN DIRI DIPERGUNAKAN OLEH ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI AGENDA TERSENDIRI DAN TIDAK LAGI MENGHORMATI PEMIMPIN KAUM MEREKA.
ADA KEMUNGKINAN ELEMEN SABOTAJ!

PAK LAH,

KETIKA PAK LAH MELANCARKAN MENIFESTO BN DI PULAU PINANG DAN TERNAMPAK KAMI WAJAH KOH TSU KOON YANG ‘SOMBRE’ BERDIRI DIBELAKANG PAK LAH, KAMI KATAKAN KEPADA ISTERI TERCINTA BAHAWA PULAU PINANG AKAN TUMBANG.

PAK LAH,

KALAU PAK LAH SAYANGKAN BANGSA DAN NEGARA TERLEBIH LAGI UNTUK MENGEMBALIKAN MARUAH DAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA BN DAN UMNO PADA PRU 13, KAMI NASIHATKAN PAK LAH DAN JUGA PAK NAJIB MELETAKKAN JAWATAN DARI TERAJU PEMERINTAHAN NEGARA. IKUTLAH JEJAK ONG KAH TIN.

KEPADA PAK NAJIB, KAMI MOHON MAAF KERANA APA YANG TELAH TERJADI BUKAN ANGKARA DIA BUT IT’S NO SECRET THAT PAK NAJIB CANNOT CONTROL HIS WIFE!
KAMI MERASAKAN JIKA NAJIB MENGAMBIL ALIH PUCUK PIMPINAN NEGARA KEDUDUKAN SEKARANG AKAN MENJADI LEBIH TENAT!

PAK LAH,

KAMI TELAH DI GELARKAN PAK PANDIR DAN DIAJUKAN DENGAN KATA-KATA SEPERTI “MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR.”

BAGI KAMI CAKAP-CAKAP TERSEBUT TIDAKLAH SETERUK JIKA DIKATAKAN KITA “BUTA DALAM TERANG”. INILAH KEBENARANNYA.

BANYAK LAGI KEBENARAN INGIN KAMI LUAHKAN DISINI TAPI TIDAK KESEMPATAN. HANYA INGIN KAMI BERPESAN DAN NASIHATKAN SEKALI LAGI KEPADA PAK LAH YANG BUDIMAN;

APABILA SESUATU PERKARA YANG BERLAKU MELAMPAUI BATASAN DALIL AKAL MANUSIA, ITU ADALAH MAKRIFAT ALLAH S.W.T.

“ BERTAUBATLAH DAN MOHON PETUNJUK ALLAH SWT PADA JALAN YANG TERANG BUKAN MEMBUTAKAN MATA DALAM TERANG”

SENTIASALAH INGAT PADA FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-IMRAN DAN HENTIKANLAH DARI MENGGUNAKAN ISTILAH “TER” KERANA SIFAT “TER” ADALAH HAK YANG MAHA KUASA ALLAH S.W.T.

PAK LAH,

YANG TERSURAT ITU ADALAH PENGETAHUAN.
YANG TERSIRAT ITU ADALAH ILMU.

SELAIN DARIPADA AYAHANDA TUN MAHATHIR, TIDAK RAMAI ORANG YANG TAHU APA YANG TERSIRAT DALAM KONSEP REKABENTUK PEJABAT PM DI PUTRAJAYA DAN LOKASI MASJID PUTRAJAYA.

YANG TERSURAT PADA REKABENTUK KUBAH DIATAS BANGUNAN PEJABAT PM ADALAH LAMBANG TAMADUN ISLAM DAN YANG TERSIRAT ADALAH RUKUN HIDUP BERTERASKAN RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN!
MASJID PUTRA PULA DIBINA DILOKASI YANG MENAMPAKKAN LANGIT, BUMI DAN AIR IAITU ANTARA ELEMEN DIHIDUPKAN NABI ALLAH ADAM!

PAK LAH,

NALURI KAMI BERKATA LEBIH BAIKLAH PAK LAH DAN PAK NAJIB BERUNDUR DARI PENTADBIRAN NEGARA JIKA SAYANGKAN UMNO DAN BN. JIKA TIDAK, UMNO AKAN DITALKIN SELEPAS PRU 13.

AL FATIHAH . AMIN


MM (MINANGKABAU DARI MALAYSIA)
(nama ajukkan diberi oleh Allahyarham Sutan Shahril Lembang)
15/03/2008

Sekali lagi, kami memohon ampun dan maaf kepada sdr/i pembahas budiman, jika kandungan surat ini disangkakan untuk menonjol diri.

Kami bukan ada aspirasi hendak menjadi pemimpin mahupun ditauliahkan JAKIM. Hanya mahu bersama Ayahanda Tun dan sdr/i memikul beban yang makin sarat ini.

Gembira dapat menonton program Seniman Lagenda Tan Sri Dr. P. Ramlee.
Sambil mendengar dendangan lagu
'Dimana kan ku cari ganti’ (Pemimpin Legenda Tun Dr. Mahather Mohamad )

Al fatihah, Amin

cotran said...

Even if our current PM steps down and is take our by his deputy or anyone else from UMNO,the problems that are being faced by our community and country will never be solved unless we study the fundamental disorders in our law and implementation.

~Lady_D~ said...

assalamualaikum..
TUN..
apa la nak jadik dgn UMNO bersama paskal pemerintahan yg rapuh ini?.. adakah kita hanya membilang masa utk melihat kejatuhannya atau kita perlu bertindak bersama sebelum nasib kita seperti Iran?
KUN FAYA KUN...... amin

gelagat niaga said...

Pada tahun 2002, semasa Y.A.Bhg Tun umumkan perletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri, maka berlinanglah air mata saya mengenangkan bahawa kita kehilangan seorang pemimpin dan negarawan yang amat berkebolehan dan tersohor.

Namun pada hari ini, saya terasa amat sebak pula setelah membaca ruangan artikel terbaru Y.A.Bhg Tun yang bertajuk - ‘UMNO yang bukan lagi UMNO’.

Sungguh memilukan melihat bagaimana Pak Lah langsung tidak mengenang jasa Y.A.Bhg Tun yang telah menyerahkan kerusi Perdana Menteri dengan begitu mulia sekali kepada beliau. Lebih memilukan lagi adalah apabila beliau sanggup pula ketepikan, menyisih dan memencilkan Y.A.Bhg Tun dari sekelian warga UMNO serta dari berbagai pentas Pertubuhan Kerajaan dan juga Bukan-Kerajaan.

Persoalannya, kenapakah Pak Lah telah berbuat begitu kepada Y.A.Bhg Tun setelah beliau memegang tampuk pucuk pimpinan parti dan juga negara? Persoalan ini semestinya ada jawapan yang munasabah. Tiada apa sesuatu yang berlaku itu tanpa bersebab.

Pada hemat saya, pastinya Y.A.Bhg Tun akan mengetahui atau dapat mengagak jawapannya lebih daripada orang lain, oleh kerana Y.A.Bhg Tun yang menjadi ‘mangsa’ perbuatan dan angkara Pak Lah itu. Namun, tidak salah pula bagi orang ramai untuk membuat andaian atau spekulasi tentang kenapa perkara itu semua telah berlaku.

Antara sebab-sebab yang boleh dipertimbangkan adalah mungkin Pak Lah:-

a) Memang telah sekian lama menyimpan rasa dendam-kesumat terhadap Tun, lantaran inilah peluang dan masanya untuk membalas,
b) Hendak menunjukkan bahawa beliau juga berkebolehan untuk memimpin parti dan negara dengan lebih hebat lagi dari Y.A.Bhg Tun,
c) Tidak mahu dibayangi oleh kecermelangan dan kegemilangan Y.A.Bhg Tun yang telah membawa negara kita ke mercu kejayaan yang disanjungi seluruh dunia.

Atau pastinya ada berbagai lagi sebab-sebab yang boleh kita ambil kira. Namun bagi saya, ada sebab-sebab lain yang lebih logik dan hebat kenapa Pak Lah telah berbuat begitu kepada Y.A.Bhg Tun sekian lama ini. Namun, saya tidak mahu bentangkan disini sebab-sebabnya buat masa ini. Insya Allah, kita akan cuba huraikannya pada waktu dan ketika yang lain kelak.

Namun buat masa izinkan saya ‘nasihatkan’ atau cadangkan kepada Y.A.Bhg Tun supaya ketepikan buat seketika lagu (yang saya difahamkan juga digemari oleh Y.A.Bhg Tun) iaitu ‘My Way’ (yang dipopularkan oleh Frank Sinatra). Saya ingin cadangkan semoga Y.A.Bhg Tun supaya menghayati pula sebuah lagu iaitu ‘The Impossible Dream’ (nyanyian Tom Jones), yang kini saya rasakan amat sesuai (senikatanya) dengan perjuangan Y.A.Bhg untuk menyelamatkan keadaan dan juga menegakkan kebenaran .

Y.A.Bhg Tun bolehlah melihat dan ‘download’ lagu tersebut pada URL berikut:-

http://www.youtube.com/watch?v=ZoJUykg5Wyc

Apabila kita cuba menghayati beberapa cebis maksud dan mesej senikata lagu tersebut, maka kita dapat rasakan ada banyak ciri semangat dan aspirasinya yang seakan-akan sama dengan perjuangan Y.A.Bhg Tun selama ini. Apatah lagi kini terutamanya apa yang Y.A.Bhg Tun cuba lakukan kepada parti UMNO dan negara yang sedang dalam yang sangat meruncingkan pada ketika ini.

Pada saya, antara beberapa maksud dan mesej dalam senikata lagu tersebut, iaitu:-

“…To Fight for the Right, without question or pause…”
“...To be willing to march into hell, for a heavenly cause…”

Dan juga mesej-mesej lain, iaitu:-

“...And I know, if I ‘d only be True to this glorious quest…”
“...That my heart will lie peaceful and calm, when I’m laid to my rest…”

Pastinya maksud dan mesej itu ada banyak kaitannya dengan usaha yang dilakukan oleh Y.A.Bhg Tun pada masa ini – walaupun Y.A.Bhg Tun terpaksa lakukannya secara berseorangan!

Namun, kini saya yakin ramai yang tidak akan hanya berada ‘dibelakang’ Y.A.Bhg Tun, akan tetapi akan tetap bersama-sama Y.A.Bhg Tun dalam usaha murni ini setelah penjelasan dan pendedahan Y.A.Bhg Tun yang amat menyayat-hati itu dalam ruangan artikel, iaitu – ‘UMNO yang bukan lagi UMNO’.

Semoga Y.A.Bhg. Tun akan beroleh kejayaan dalam ‘Glorious Quest’ dan ‘Impossible Dream’ ini, demi menegakan yang Hak melawan yang Batil.

Wassalam.

Unknown said...

UMNO sekarang bukan UMNO yang seperti baru dditubuhkan dulu. UMNO sekarang lebih kepada populariti, dan publisiti. Ahli dan pemimpin alam UMNO sekarang lebih taksub kepada Abdullah Ahmad Badawi yang tidak layak memimpin UMNO.
Tun perlu berbuat sesuatu dari sekarang. Jangan biarkan UMNO menjadi debu sejarah tanah air

Viva Tun !!!!!!

http;//bluechip-arena.blogspot.com/

Salahuddin said...

My beloved Tun,

I can understand why it took you so long to choose a successor. You do not want to choose the wrong leader.

As much as you tried.... alas GOD have other plans. I do understand your concern when you wanted to step down with much heavy heart leaving the country into the hands of the so called the only "clean" person at that time.

unfortunately this clean man is now being used by people around him for their own benefit. My heart cries for you to be there in place of the current PM. Indeed we are being shamed by those who feared and respected your rule before. Rafidah's comment makes me laugh. She is a real "lalang" Current UMNO leaders are all hypocrates. They only wants to take care of themselves. Since you stepped down all Toms, Dicks and Harrys starts to voice their opinion in the hope of garnering vote to step in your shoe.

Dear Tun,
Do take care of your health. These people can never be changed unless GOD change them. The day will come. Hopefully soon enough

~Lady_D~ said...

Tun,
UMNO skrg hanya fikir pendek tanpa meneliti kesan akan datang..ibarat melepakan batuk di tangga..
postmortem pilihanraya yg lepas pun tidak telus.. lihat saja dijohor bahru.. kekalahan di Peneng dan Selangor cukup membangunkan ahli veteran UMNO yg lain dari lena di ulit kemewahan yg ada..

Anonymous said...

Salah satu sebab saya buat undi rosak adalah kerana saya meluat yang amat sangat dengan perangai biadap mereka terhadap Tun.... Takkan nak biarkan saja pemimpin2 biadap ni memerintah seterusnya menjadi tauladan kepada negara dan rakyatnya dimana anak cucu kita lahir & dibesarkan???!!!!!

Unknown said...

Dear Tun,

UMNO IS SINKING BY ABB

I agreed your view in resigning from UMNO,when a goverment had no 2/3 in parliament,sad to say they cannot do anything,a 5 years waste of time for rakyat,in most country history today who had no 2/3 majority,the goverment will not last long,it will had to go,either to join up with opposition or be topple in ending it gorvenance.the present ABB leadership still in stage of denial being weak,unwanted to resign will cause more choas every month ahead,UMNO party itself will be dividing,PR 12resulted PR got 5 state plus the federal Wilayah,Terenganu is spliting up against ABB,Sabah made total oppose to ABB adminstration consider favour for PR.Sarawak will move it later at the King Maker by last,the safe paramount state of UMNO Johor are on Muhyiddin agaist ABB as president,
,Pahang was controlled by Najip stay silent which only left small state Melaka and Seremban likely 50/50 for ABB. From this figure,it seem ABB had confirmed lost almost 11/13 states he stayed as PM.How to not say he not WEAK?Tun,you prediction right of opposition want ABB stay on politic strategy,
UMNO today sink by ABB and Najip silent was big mistake too,it made him even weaker then weak ABB,Najib
had fail his duty as deputy president UMNO agreed on ABB till 2010,by clearly see 11/13 outside ABB,it is clearly see BN component will lost confident with UMNO divide most preasure eventually could crack up.UMNO could end up it self as single party end of BN,when that happen,UMNO will not longer relevant edge of sinking,many MP will abandon to PR or form new party,that might be the end of UMNO.

Bley said...

Apakata kalau Dr. buka sebuah organisasi neutral sebagai tempat orang-orang berteduh dari bahang penindasan kuasa dan ekonomi? Tak semestinya parti politik baru. Mungkin Dr. dah pikirkan yang ia akan menyebabkan pepecahan rakyat, tetapi sebenarnya sebaliknya. Takan Dr. sanggup tengok kami, terbang bebas kat luar ni. Letihlah terbang kat udara ni dalam cuaca mendung.

Kalau Tun dah letih tak mengapa, suruh Mukhriz saja menggantikan Tun sebagai penyuluh jalan. Lagipun taring-taring harimau tambatan kat dalam umno tu tengah mamah (maaf ya), anak Tun tu. Nasib baik dia dianugerahkan ketenangan sebagai perisai untuk kehidupan duniawi. Tak menggapa kalau dia berjalan sementara dipadang pasir berkaki ayam kerana kami burung-burung akan selalu berkumpul sebagai awan diatasnya. Kelak dia tersepak intan siapa tahu. Walauapapun, moga-moga Dr. dan keluarga sihat selalu.

absh said...

Dear Dr,

UMNO is a Malay party, founded by the Malays and for the Malays. It must exist for as long as this country exist and remain so, now and forever.

UMNO must remain true to its 'sumpah keramat' for which it was founded. It must fight for our existance, protect our rights and ensure our survival in this great country called Malaysia.

In return, to UMNO we surrender ourselves and submit our loyalty, for there is no other party who has fought so hard for the betterment of the Malays in this beloved nation.

Unfortunately, UMNO we see today is no longer UMNO we used to see before. It has deviated so much from its true fundamental objectives for which more and more Malays have deserted it, hence experiencing its worst defeat in the history of the general election in this country.

Who to blame for this disaster? No one else except the current leadership of UMNO headed by Pak Lah!

Pak Lah must take the responsiblity and resign immediately, only then we will see UMNO becomes stronger again!

UMNO leaders who blindly support and insist that Pak Lah should stay on, must also take accoutability for UMNO declining support among its members and Malays at large.

Regretably, their voices are getting louder in the media than the voices of the grassroot who think otherwise.

Musa Hitam, famously known for his mishandling of Memali incident which caused death to many Malays, started attacking you!

Nazri Aziz, famously known for his 'kurang ajar' and 'tidak mengenang budi' behaviour, started smearing campaign against you!

Hishamudin Hussein, famously known for his cowardness for apologising to the non Malays over 'keris' issue, started critising you!

Rafidah Aziz, famously known for misusing her position to award APs to selected groups of people, started blaming you.

Johari Baharom, famously known as the hand behind your defeat as 'perwakilan bahagian' to UMNO Assembly, started asking you to shut up!

Over and above that, Pak Lah, famously known for enriching his son and empowering his power crazy son in-law, started doing nothing at all while the rakyat are suffering due to his ineffective policies and actions.

To you Dr, keep on fighting for the betterment of the Malays and Malaysia.

ABSH

samurai melayu said...

Tahniah AYAHANDA RAKYAT
Tidak anakanda sangkakan puisi Tutur
Penghargaan Bangsa yang diihlam pada lingkungan 1996 menimbulkan kebenaran nya kini.
Tahniah ayahanda,
1,000,000 hits to Chedet.com within one
month hold true to Tutur Penghargaan Bangsa, the Puisi.
Bukan kita nak sombong atas sokongan tetapi bersyukur kepada Ilahi atas ehsan
para pembahas dan penyokong Ayahanda yang bukan mengejar kuasa tetapi hanya untuk memperjuangan maruah bangsa dan negara tercinta ini.
Izinkan anakanda rakamkan sekali lagi puisi 'TUTUR PENGHARGAAN BANGSA' untuk mengisi ruang kesyukuran dihati sekelian anak watan bangsa yang bersama Ayahanda munjulang panji-panji bumi bertuah ini.

TUTUR PENGHARGAAN BANGSA

May 13 1969 ia bermula
meredah banjaran pemisah
mengalir debu dan lahar
diantara darah dan nanah
meresap dicecairan bumi bangsa
kekayaan pusaka bangsa dimiliki semua

Nafsu haiwan menguasai jiwa raga
denyut nadi hasat dengki
Merah membahang menyala
Slogan melayu berdilema
merangsang perjuangan bangsa

Bangun tegak berdiri
meroboh mencanai
walau mulanya keringat dan airmata
perit pedih rintihan

Dalam penentu belum penghujung
mengorak langkah mengatur cara
meniti permatang penentu juang
kini bangsamu mula mengangkat muka
tiada ejekan kata hina

Tapi sampai detik bila berthahan lama
dasar ekonomi baru pandang ketimur
Wawasan 2020 bukan titik penyudah
bagi generasi mendatang ia bermula

Melayu tidak hilang didunia bukan dendangan tetapi landasan perjuangan

Demikian suratan Ilmu Allah
bangsa melayu melangkah megah
menjulang panji panji bumi bertuah
anak watan pusaka bangsa

Mahathir,
Namamu mekar segar
seperti mawar dititis embun pagi
manis dikata
hilangmu ku cari
pergimu ku nanti
pulangmu ku tunggu

Kau layak menerima anugerah
Rimbun pelindung untuk semua
AYAHANDA RAKYAT, tutur penghargaan bangsa
BONDA RAKYAT, pada isteri tercinta

Demikian keluhan rindu
dari rakyat bangsa mu
yang punya perasaan
darah daging tulang dan urat saraf
yang menjunjung falsafah perjuangan
bangsa mu, melayu
selagi ia bergelar melayu

Salam kasih kami
AYAHANDA Dr. Mahathir Mohamad
Salam kasih kami
BONDA Dr Siti Hasmah


M.M (Melayu Malaysia)

SEMUA TAK BETUL said...

YABhg Tun,

Tun rasa Pak Lah baca tak blog ni?? Apa agaknya perasaan Pak Lah membaca kutukan demi kutukan demi kutukan yang dilemparkan. Yang pasti... dia buat 'dek'(selamba) jer... Tu yang tak tahan tu...

Anyway, Hidup Tun! Kami tetap dibelakang, di depan, di kiri dan di kanan Tun.

crazyEllysee said...

Tun:
Tun baru balik dari Tokyo ya, Tun mesti sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri. Pada masa yang cemas ni, (*BENCANA POLITIK) tun mesti tetap tabah dan bersifat positif untuk menghadapi semua masalah yang tun akan atau mengemukai sekarang. TUN we are here to support you . we are here to be your forever supporters:)


TUN:
I was reading a news in the morning according your latest comment on Pak Lah.
"Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati"
that peribahasa is really right~!
As a human, we shouldnt forget those we did help and raise us up, such people could be considered as SELFISH humans who only chase for their own benefits.
You did accept pak Lah back to UMNO last time, you gave him the chances but he never appreciate you.

TUN actually i got alot of questions inside my mind which i would like to ask you,
why did you choose PAK lah to be the PM?
according to some referrences during 2003 (i was 12years old that time), you have some other choices of candidates to be the PM of malaysia after you stepped down to the back stage. But why you have chosen Pak Lah eventhough he doesnt repect you and did even been kicked out from UMNO?
Could I considered that you were in dilemma ? or you wanted to see his ability?
I feel like we are weak now because all of us keep fighting about politic other than chase for better development on our country.
Like you mentioned before , a weak govt isnt good for malaysia.
Pulau putih shows that Malaysian govt is really weak! why? because of PAK LAH and those Yes men!
we should bow and be the weaker.
We have to be firm in order to success!!!
MALAYSIA BOLEH!
TUN D.MAHATHIR BOLEHHHH!!!

It is really sad when noticed that one a party's members are no longer cooperate and perform/go with the real aims of the party. It makes like..the party has become meanless for the current members. What have been done by those former/ancestor of the parties would just book kept as a history. nobody will remember it but only those people who still got the heart for our nation, country and fairness of the party itself.
perhaps this is what we called TAKDIR / faith /maybe a cabaran/tests from the god for all Malaysians , in order for us to cooperate. I feel very sorry and sad because Tun is already in the age of 80s , you shouldnt suffer all of these. You have already did alots for us . You have spend more than 50percent of your life times on our Nations.What you have archieved not only for malaysia but also good relations among other countries.

Tun , im sorry because i couldnt attend your book autograph session in KL today cause im in brunei. I have read and finished the book last month. I really enjoyed reading it. It makes me know about our country and also the stage behind a leader's duty:)

I really agreed with all you have did and ideas about the world's economic and peaces.
It is good also that noticed that you did help and contribute/share your ideas on religions,races,economics,security,projects development and others:)

I hope i could have the chance to meet tun , in order for me to show my highest respect on you.
:) may god bless you :)

Hui Ling

anak Jati Jerlun said...

assalamualaikum tun...

apa y tun bicarakan ada benarnya. semakin lama kepimpinan sekarang dibiarkan, xmustahil melayu akan hilang tanah tumpah darahnya. kemungkinan y tinggal hnya sejarah kemusnahan bangsa melayu y direncanakan oleh org melayu sndiri.

Unknown said...

Salam Tun,

Apa yang jelas dan menggeramkan hati saya ialah kaum bukan Melayu terutama dari parti pembangkang begitu kurang ajar terhadap orang Melayu, berani memintak yang bukan-bukan,berani menengking orang Melayu, berani mempersoalkan kepentingan orang Melayu. Mereka berani sungguh, tidak seperti zaman Tun dulu. Apalah nak jadi....

ASHAR said...

TUN,


Kalau UMNO sekarang tak dapat menghargai TUN dengan agenda mereka.

Apakah UMNO sekarang juga akan akan menghargai jasa pengundi mereka..?

Jawabnya tidak.

Mereka kebanyakkannya ada agenda tersendiri dan peribadi...


PUNCANYA:

Pemimpin yang lemah dan tak ada sensiviti...

TURUN lah PAK LAH kalau tak boleh....jangan paksa....nanti rosak semuanya.....


salam perantau...
Angkatan Lancang Kuning
-ashar-10;35

( NT: KHAIRY JAMALUDIN, DEN DAH KOBAR KAMU DOGIL...)

amril said...

Tun,teruskan bersuara utk menentang kemungkaran



kami belia benci pak lah akan tetap bersama Tun...

unicorn said...

adat orang sekarang bila dah tak berkuasa,terus hilang hormat. tak malu betul....adat orang timur kah ? adat orang islam kah? saya rasa semuanya bukan ini adat orang POLITIK..!hidup bagaikan roda..tidak mengapa lah Tun, Anda tidak memerlukan 22 juta rakyat untuk memahami keikhlasan perjuangan tun,kalau 2000 yg setia mendengar pun tidak mengapa,asalkan luahan hati difahami 2000 patriot melayu sejati.

Dibarat, pemimpin bersara terus di hormati krn sumbangan2 dan ketokohan mrk .

saya sgt bersetuju dgn Tun bila pak lah naik takhta, malaysia spt tidak 'dihiraukan'. tgk lah betapa pak lah lambat bertindak cth isu tsunami,isu palestine yg di ceroboh besar2 an dll. Tidak macam tun, bila palestine di tindas besar2an ,terus kecam.Pak lah pula kena tunggu 44 hari baru dengar komen nya.

suara malaysia tidak 'mengaum' lagi setelah Tun berundur itu hakikat. Tapi saya berharap benar mukhriz kalau tidak lebih baik ,setanding pun ,alhamdulillah....

you are the towering malay of our era. take care!

antimamak said...

Kalaulah Nasi kandar tak laku dijual, adakah anda salahkan beras Malaysia tak sedap?? TUN?
Begitu juga Singapore lebih maju dari Malaysia, perlukah Tun menyatakan Malaysia tunduk kepada Singapore? Memang tidak dinafikan Singapore terdapat 70 % kaum Cina, adakah Tun nak menyatakan Umno tunduk kepada kaum Cina?? Kenapa singapore dipersalahkan apa kaitan Singapore dengan PRU12??

Cuba renungkanlah Tun, cuba fikirkanlah kenapa Umno (United Mamak National Organisation) tukar jadi UMNO(Untuk Melayu Nipis Otak)yang mengagung agungkan Tun?? ini adalah kerana Tun telah menjalankan brainwashing Orang Melayu dengan Islam, Yahudi, Ketuanan Melayu... begitu mudah saja.
Perjuangan Tun hanyalah illusi dan tidak masuk dalam alam realiti, cuma mengkhayalkan melayu dalam mimpi saja.
Tun ,,,,, ambillah masa untuk memikirkan dunia akhirat nanti, sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan.

Sihat sihat lah tun. masih ada masa untuk fikirkan sebelum disembahyangkan

hashimie said...

assallamualaikum....

Anonymous said...

Dear Che Det,

This does not change the fact that you are the one who chose and recommended Pak lah to be your successor.

This is also the result of electing and lobbying crony-cally in UMNO and in the Government during your tenure.

In my opinion, quitting UMNO is the least you can do to correct all your past mistakes that is the cause and effect of todays event, and effectively reduces your influence in UMNO to its minimal level for the first time.

After being in such a crony-culture for such a long time, to expect UMNO to rebound on its own feet without your influence, it will be facing negative events for some time before it starts performing again.

You should be lucky that UMNO did not face any more worst hurdle than it is facing today. It could take a few months or years maybe.

Nevertheless, by then it may have been too late to even hope that UMNO can be anyone's safe house anymore, which it has been for some people previously.

Raja Bersiung said...

Tun
Perjuangan Belum Selesai. Saya dan kawan2 akan terus berjuang bersama Tun.
InsyaAllah

www.mykmutara.net

Unknown said...

Tun, PRU12 lalu saya undi calon PKR. Tetapi saya kecewa dan risau kerana saya bukannya mahukan PKR memerintah. Saya percaya hanya UMNO sahaja yang boleh membela nasib bangsa, agama dan negara. Tetapi pimpinan sekarang tidak menunjukkan ciri-ciri pembela bangsa. Malah seperti kata Tun, pemusnah bangsa dan negara. Otak Abdullah Badawi bagi saya amat kecil unutk tugas membela negara malah hanya layak sebagai menjadi D.O atau asistant D.O.

bmwf1 said...

Assalamualaikum Tun,

Saya amatlah brsetuju dengan pendapat Tun.

Jika pendapat dan teguran mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno pun tidak dihormati, apatah lagi pendapat dan pandangan kami ahli akar umbi yang amatlah dipandang hina oleh pemimpin sekarang yang menjadi pemimpin hanyalah kerana kuasa, kroni dan kekayaan bukan lagi kerana Bangsa Agama dan Negara

Kami akan terus bersama Tun untuk menyelamatkan maruah bangsa dan negara yang semakin terhapus

hashimie said...

untuk tun....
may God bless u....

foodislove said...

tun, jangan sedih tun.

biarlah mereka yang bertindak seperti kacang lupakan kulit itu terus tenggelam dalam dusta mereka itu sendiri. kami yang celik matanya akan sentiasa menyokong tun.

ASHAR said...

TUN,

Apa yang TUN tulis hari ini sudah pun TUN bayang kan setahun dahulu...

lihat:
http://www.youtube.com/watch?v=rbLgrDiWdL0&feature=related


UMNO yang bukan lagi UMNO


HEBAT TUN....


salam perantau

ashar-11;02

Unknown said...

Assalammualaikum Tun...
Pentadbiran malaysia sekarang ini juah berbeza daripada sebelumnya..banyak yang rakyat sendiri tidak puas hati pada tindak tanduk dan keputusan beliau, ape yang dilaksanakan kurang diteliti dengan baik, kita memerintah negara ,bukan boleh cuba - cuba,bukan seperti pertandigan akedemi fantasia, bukan kita hendak merperbandingkan ape yang Tun telah buat dan ape yang Pak lah buat,bukan ingin merebut kedudukan paling popular,tapi..cukup sekadar mengekalkan dan menyambung ape yang telah diamanatkan oleh menteri - menteri sebelumnya,dan kalau mampu bentuk lah satu perbaharuan yang menguntungkan rakyat,bukan bahan cemuhan rakyat,pak lah mungkir pada janji,beliau memimpin ikut gerak hati, bukan dari segi perbincangan,orang umno..ape yang anda perolehi sekarang ini adalah nikmat yang seketika ,dan akan hancur jika terus mengikuti telunjuknya..yang orang umno sendiri telah tahu, bahawa kepimpinan beliau bukan demokrasi, tetapi lebih kepada kuasa veto dan mengikut telunjuk jari sendiri...adakah ini yang kita inginkan? Tun mengapa Tun menangis sewaktu mengumumkan perletakan jawatan sebagai perdana menteri? adakah tun sudah tahu bahawa calon yang dipilih tidak sehaluan dan tidak sependapat dengan tun?atau pak lah akan mengimbangi jumlah kerusi dalam pilihanraya yang akan datang?teryata tekaan tun memang benar...lihat lah malaysia sekarang.....semoga ape yang tun usahakan berjaya.,...

Anfarri said...

UMNO hari ini bukan lah UMNO yang sebenar.
Perjuangan telah lari dari memperjuangkan nasib orang melayu
kepada memperjuangkan nasib individu2 tertentu. Dari situ lah nampak yang mereka ini sanggup membuat apa-apa sahaja demi kepentingan diri mereka.
Saya pasti bahawa Tun tidak lah berkecil hati pun JIKA mereka melupakan jasa2 tun dengan tidak mahu berjumpa dengan Tun, tetapi yang menyebabkan Tun kecewa adalah disebabkan oleh sikap mereka yang berbuat sesuatu yang jelas salah demi memperjuangkan tindakan2 presiden UMNO merangkap PM yang jelas salah. Mereka bukan sahaja berdiam diri malah sebahagian besarnya menyokong pula tindakan salah tersebut.
Apakah mereka tidak mempunyai akal untuk berfikir?
Sepatutnya benda2 ini semuanya common sense dan perlulah ditegur apabila dikenalpasti. Tun cuba untuk menegur tindakan presiden UMNO dengan cara bercakap, berjumpa dengan mereka ini. Malangnya pemimpin2 atasan pula berusaha menyekat tindakan Tun dan seterusnya menyebabkan larangan2 Tun daripada bersuara kepada mereka. Itu yang menyebabkan Tun dengan jelas sekali kecewa. Saya
pasti tindakan jahat mereka ini yang membiarkan sahaja DSAAB demi kepentingan periuk nasi mereka yang menyebabkan tun kecewa. Bukannya tun ingin mengharap pujian or diampu oleh masyarakat kerana saya yakin tun seorang yang ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

Malayan Warrior said...

Dear Tun,

First of all, allow me to express my appreciation for what you have done for Malaysia during your duration as the Prime Minister of Malaysia. I really admire your contributions towards the nation and am among your biggest fans. Your charisma, administrative methods and so on has captivated me trough out the years. However, I think that your recent comments and outbursts have not come at a very good time. It is very difficult for me to criticize you since I consider you to be my idol and a great man. However, I think you have voiced out your dissatisfaction at a bad time. Malaysia is currently facing inflation, political and racial stability. The comments you have come up with during the past few weeks I think would trouble Malaysia even more as we are facing some really tough times right now. Don't get me wrong Tun, I think your comments and actions are spot on, but I just think that the timing is not right. In my opinion, you should have waited a little longer till things have stabilized before coming up with your comments because the things you have said and done may be even more harmful and destabilize the country more. I really hope that you would help the country right now in this trying times for Malaysia and help us to at least stabilize first before you voice out your opinions.

Unknown said...

Assalammualaikum Tun...
sama -samalah kita mempertahankan pemerintahan yang telah lama diperintah oleh barisan nasional daripada jatuh ke tangan pembangkang...

Ainul Farina said...

Tun yang dihormati,

Sepanjang kepimpinan Tun sbg Perdana Menteri Malaysia, saya amat mengagumi ketokohan yang Tun pamerkan dan amat yakin dalam setiap tindak-tanduk Tun. Saya menganggap Tun sebagai seorang pemimpin yang bijaksana, tegas dan berani. Saya berharap Tun akan terus menerajui Malaysia, namun pada tahun 2003 apabila Tun membuat keputusan untuk meletak jawatan..saya tertanya-tanya adakan Pak Lah akan dapat menandingi prestasi Tun selama ini. Ramai yang mengatakan Pak Lah seorang pemimpin yang pasif namun saya tidak terus bersetuju. Mungkin beliau tidak mahu lagi berada dalam bayang-bayang Tun dan mahu memimpin dengan cara dan haluan tersendiri. Saya beranggapan Malaysia harus memberi beliau masa untuk membuktikan keberkesanan perancangan beliau untuk memajukan negara, namun ternyata beliau telah gagal. Apabila keputusan pilihanraya ke-12 diumumkan, saya amat terperanjat dengan kekalahan mengejut BN di beberapa negeri. Paling menyedihkan, Pak Lah masih ingin kekal berkuasa walaupun rakyat dengan jelas mahu beliau meletak jawatan. Adakah beliau masih ingin cuba memenangi hati rakyat? Atau adakah beliau masih belum sedar bahawa beliau sudah gagal sebagai seorang pemimpin? Rakyat Malaysia sudah letih menunggu perubahan dari beliau.

Tun yang disayangi,

Mendengar berita Tun menarik diri dari UMNO, saya pasti Tun sudah pun meneliti baik buruknya. Mungkin benar UMNO kini bukan lagi UMNO yang dahulunya memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Jadi apa gunanya berada didalam keretapi yang tersilap landasan. Yang saya kesalkan ialah nasib bangsa Melayu kini..tanpa UMNO yang sebenar, siapa yang akan memperjuangkan nasib anak Melayu?

Yana
Brisbane, Australia

azimal said...

Ini lah akibatnya semua ingin menjaga kepentingan diri masing masing.Yang menangis semasa TUN ingat berhenti sebagai PM ialah orang yang utama mencerca TUN,Apa beza nya dengan PKR yang ingin menjadi boneka Amerika jika UMNO sebegini,UMNO yang sekarang sibuk dengan mencari kepentingan sendiri akhirnya lupa tentang kepentingan rakyat,inflasi menjadi jadi Menteri sibuk mencerca orang lupa rakyat perlu dibantu maklumlah tidak perlu turun ke pasar sendiri dan minyak kenderaan di tanggung oleh kerajaan ,jadi keluhan rakyat di katakan sebagai mengada ngada.Kuasa tidak dibawa sampai mati walaupun seorang MAHARAJA dan berkuasa mereka itu,Tun hanya memberikan panduan bukan arahan jangan jadikan dia sebagai musuh,

unicorn said...

DEAR TUN,

SAYA HARAP TUN SENTUH SIKIT PASAL KOMEN BLOGGER VANANOPHOBIA DIBAWAH CATATAN TUN 'PEMIMPIN PEMUSNAH'

KERANA SAYA JUGA PERNAH MENERIMA BEBERAPA EMEL SEBELUM INI YG MENFITNAH TUN SPT SURAT KPD EHUD BARAK UNTUK MINTA DANA DRP 'CLINTON FUND'..(SENGKEK SGT KE KITA NAK DUIT UNTUK BERKEMPEN PUN TAKDE...?!BUSUK HATI BETUL ORG YG CIPTA REKA SURAT TU!)DAN JUGA TULISAN GEORGE SOROS MENGECAM TUN KONONNYA DI SIARKAN OLEH SEBUAH AKHBAR DI BANGKOK.

DAN APA YG VONANOPHOBIA TULISKAN TTG FD KELUARGA TUN DI BANK OF ISRAEL ADALAH SGT MENGARUT..! TUN,YOU HAVE DEFENSED YOURSELF BECAUSE ONCE THAT TYPE OF EMAIL BEEN FORWARDED ,IT WILL BECOME CHAINED EMAIL DAN ORG2 YG PENDEK AKAL AKAN TERUS PERCAYA!

DASYHAT BETUL PERMAINAN POLITIK FITNAH MENFITNAH NI..

BUKAN KAH TUN BEGITU LANTANG MENGECAM ISRAEL & US SEHINGGA PERNAH SATU KETIKA TUN TIDAK DIBENAR MASUK REJIM YAHUDI KE MASJID AL AQSA..?

MUNGKINKAH INI 'LIST2NAME PEMEGANG FD ITU PERBUATN PENYOKONG2'HARDCORE' DSAI ? BELIAU ADALAH ORG SEBENARNYA DISOKONG YAHUDI DAN US UTK MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN ..!!

SUDAH2 LAH FITNAH TUN MAHATHIR...!!!!

Unknown said...

Akum Tun...semoga sehatnya sejahtera hendaknya,

Kepada mereka yang mengkritik keupayaan Tengku Razaleigh (Ku Li)sebagai pemimpin, seharusnya sejarah UMNO perlu diteliti.

30 tahun lalu (78-79 kot), semasa era pemerintahan Tun Razak & Tun Hussin,

akar umbi UMNO (pada masa itu ahli UMNO majoritinya masih sejati) telah memilih Ku Li sbg Naib Presiden yg paling kanan dgn undi tertinggi diikuti arwah Tun Ghaffar dan yg ke3 Tun Mahathir.

Ku Li juga merupakan Menteri Kewangan Melayu yang pertama pada zaman tersebut yg mengambil alih dari TS Seng.

Ku Li juga tewas tipis kpd Tun pada AGM 1987.

Both Ku Li & Mahathir mempunyai vision tersendiri utk Malaysia kerana kedua-duanya bijak.

So, to all Malay,harap2 berlaku adil terhadap komen mengenai Ku Li...kerana Ku Li tidak berpelaung menjadi PM compare tu our dearest Tun M.

yiemega said...

Ayahnda Tun,

Teruskan Perjuangan

Anaknda akan terus berjuang memastikan Datuk Seri Abdullah akan diundurkan dan anaknda akan berjuang selagi hidup.

Soalan anaknda kepada Ayahnda Boleh Tak Ayahnda Bergabung Tenaga dengan Tengku Razaleigh untuk memastikan kejayaan mengundurkan DS Abdullah mencapai matlamat.

Boleh tak Ayahnda?

Anakndamu di medan Perang,
http://suaragenerasimuda.blogspot.com

lady_of_leisure said...

salam Tun,

dulu memang saya confused masa Tun vs Anwar. Skrg saya confirm yg teruk Anwar Ibrahim. Selfish dan pentingkan diri sendiri sahaja. PKR is as lousy, pentingkan diri sama naik sahaja dgn pemimpin UMNO skrg. Tun give us your view on this boy, Ezam. I think they are doing great moving underground inside the UMNO and welcomed so much by the current PM. Bangsa kita is about to go down in the pits with all these selfish people.

Liy Lacia said...

i am doubtless too puerile to contribute in this predicament as i am just sixteen but it just can't be helped and i feel like i ought to proclaim my points of view as dr m has on no account botched my faith in malaysia and he, himself. yes he is my personal hero

i have been scrutinizing and interpreting. freighting to comprehend on what has been happening

i am obliged to say it is pretty blatant that dr m has done an enhanced job if were to be measured up to the present prime minister. if the public were to say dr m is better at hiding the flaws throughout the years of him serving our realm then how did he manage to persevere it for 22 years?

absolute nonsense

and to the citizens who blames dr m for being a busy body or suchlike for disparaging and advising our present prime minister to refrain from his job i'd say dr m has the right and in fact, everybody in this country does. if it wasn't for him we wouldn't be up to where and how we are now - 22 years certainly has made a vital amend. just by looking at it, malaysia has been awash with turmoil ever since our present prime minister took over dr m's job

personally i find the head of departments or menteri’s and so are just backing pak lah up to maintain their employments. above and beyond, they're remunerated well which is poignant to have such district leading our country

this is just in general, a fact that even kids my age could take notice of

time passes by swiftly and teenagers are no longer as youthful but yes i agree that my points of view might conceivably be foolish but i feel typing it down is the right thing to do

we love you dr m. keep it up because we know you can never let us down as you have lead us to an improved lifestyle

alif said...

Sejahtera Melayu, Sejahtera lah Malaya.

Kalau Melayu tak sejahtera, huru-haralah Malaya!

Hidup Melayu! Hidup Malaysia!

muhamads said...

tkSalam sejahtera buat Tun,

Perjuangan Tun semmg nyer dihargai dan logik nya terdapat golongan minority yg tidak dapat menerima nya.

Kebanyakan rejection adalah disebabkan kekurangan ilmu dan tamakkan harta.

Kesabaran Tun mmg saya hargai dan yang pasti nya Tun represent majority voter. I would say that if Tun tell the nation wat to do via media baik issue politik mahupun dari segi bisness. M'sian will follow, with or without UNMO.

Ada satu komen yg mengatakan UMNO needs REBRANDING hehehe...no wonderlah dia kalah aritu....Selagi usaha mereka without substance, selagi itulah mereka akan terus kalah dan akan terus meneka langkah seterus nyer.

Walaupun Tun bukan lagi PM namum Tun masih lagi memiliki kuasa. Tun sebenar nya mewakili MAJORITY rakyat Malaysia. Luahkan sahaja apa yang Tun inginkan dan saya yakin ia akan menjadi.

Thank you Tun.

L_J said...

Dear Tun,

It is the insouciance with which you put all the blame of recent UMNO/BN’s failures on Pak Lah and, conversely, the chutzpah with which you do not accept even an iota of responsibility for them that galls.

It seems that the only responsibility you take is that you erred in appointing Pak Lah. But how many errors in appointments should be allowed. According to you (yourself), you erred with Musa, with Anwar, (possibly even Ghaffar), then Pak Lah and now even Najib. You are, at least then, a hopeless judge of character; but more likely you are a serial bungler.

The truth is that if you had remained as PM and had gone into the 2004 elections as such, UMNO/BN would have been wiped to a much larger scale and 4 years earlier. Pak Lah saved that early demise of UMNO/BN and bought another 4+4 years, and what do your “saya amat setuju dgn Tun” sycophantic supporters in this blog do? They forget all of that.

So you were right about one thing: “Melayu senang lupa”!

LJ

Mazlan, said...

Tun,
Itulah hakikatnya dunia ini. Guru Besar hari ini pencen besok duduk dimesjid.Sapa pun dah tak kenal.Tambah kami ni gurkha yg dok buat kerja untuk pemimpin, langsung depa tak kenang termasuk bekas boss yang kita tatang macam minyak yg penuh.Semau pikir anak beranak, menantu masing-masing saja. Buat istana besar tinggal kami selerak tarak.
Dulu kami org yang dok kena tutuh di kampung dan JKKK, depa dok sedap ..di Kuala Lumpur.BUat kerja macam anjing la ni langsung kot nak tanya habaq anak bini kami makan atau tak makan langsung tak dak.
Macam ni punya dok ada....sapa nak percaya dengn pemimpin?

bongeng said...

TDM,

Saya ingin mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapat satu juta hits dalam masa 30 hari, satu rekod dalam sejarah blog baru di Malaysia.

Ia membuktikan bahawa pendapat serta pandangan Tun masih lagi dipinta oleh rakyat Malaysia.

Teruskan perjuangan Tun!

ASHAR said...

TUN,

TEPAT JAM 12:00 malam hari ini hit TUN mencecah 1,000,000 pengunjung,
Satu record yang luar biasa. 29 hari sejuta pengunjung.


Ini bukti masih ramai yang mahu mendengar apa yang TUN cakapkan.


Salam perantau
Angkatan Lancang Kuning
-ashar-12;05

hashimie said...

Tun...
melihat..mendengar...dan merasa segala yg tun telah beri kpd tanah malaysia ini..amat sukar menerima apa yg tun alami skarang ni...seolahnyer tun telah dibuang negera spt raja abdullah kerana cuba menyelamatkan melayu dr jww birch...dibunuh spt hang jebat kerana menderhaka pd pemerintahan yg zalim...tp BENAR itulah yg tun alami sekarang ni...

mencari punca pd apa yg berlaku pd tun ini bukanlah perkara yg sukar...dah terang lg bersuluh dollah tu la punca nyer...tp yg pelik nyer mengapa dia buat tun mcm ni....

Dollah oh dollah...apa yg ko dah buat ni...nnt dollah jwp...kalau hang nak tau pasai apa aku buat che det macm tu...hang tanya la khairy ka kamalludin ka..aku tak buat apa2..aku tidoq jer..pas aku bgn aku carik jeaane...pas tu budak dua ekoq tu suruh aku aku sign surat ka...ajaq aku mcm mana nak bg statement..tu jer..dah buat suma tu k n k suruh aku jumpa org2 aku pastu suruh diaorg angguk jer la apa yg aku ckp..

Tun..semoga malaysia ni akan terus aman dan makmur...tp nampak kabur suma tu dibawah pemerintahan yg ada skang ni...

Kpd yg masih kabur pd perjuangan tun..tiada apa lg yg tun harapkan selain ingin melihat tanah tercinta ini terus aman dan makmur dan bebas dr penyangak spt dollah and the gang agar malaysia terus menjadi sebuah negara yg selamat buat anak cucu kita nnt...ingat lah...kita tidak mewarisi bumi ini dr nenek moyang kita tp kita meminjam bumi ini dr anak cucu kita...renung dan fikir kan lah...HIDUP TUN..

tuntuah said...

TUN YG MASIH POWER.

TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH..TEPAT JAM 12.01 PAGI 30HB MEI 2008 BLOG TUN TELAH MENCAPAI KUNJUNGAN YANG KESEJUTA ( 1,000,000 )YANG PERTAMA.

TIADA YANG SEHEBAT TUN...WALAU ANWAR SEKALIPUN..TIADA BLOG YANG BEGITU MENDAPAT SAMBUTAN SEPERTI BLOG TUN.

PAK LAH BOLEH TIDUR LENA KE SELEPAS NI ?.

TANPA PROMOSI SECARA MELUAS...AURA TUN MASIH MENYENGAT...ALLAHUAKBAR.

Zamri Pearce said...

Rakyat memerhati bagaimana UMNO melayan TUN. Rakyat sedar bagaimana TUN dilayan.

Selepas Abdullah badawi menang besar 2004, beliau jadi sombong dan angkuh. Setiap kritikan terhadapnya beliau akan kata "Saya Dapat Mandat Besar". Itulah jawapan angkuh pak lah setiap kali ditemuramah. TUN dicampak jauh, semua tu rakyat sedar...

Pilihanraya 2008, walau telah hilang 5 negeri beliau masih angkuh bila ditemuramah. setiap kali menjawab " Saya masih mendapat mandat rakyat, kita tidak kalah". walaupun sumbangan besar BN adalah daripada undi Sabah dan Sarawak. Angkuhnya Pak Lah!... then tercetuslah kempen "Kami sayang pak lah"... alangkah meluatnya dengar...

Saya amat bersetuju dengan statement TUN bahawa UMNO kini bukan UMNO lagi... May be Pak Lah akan lepaskan jawatan dan serahkan jawatan pada org lain apabila UMNO betul2 dah nazak.

Please la Pak Lah, step down la.. malaysia tak rugi apa2 pun tanpa engkau Pak Lah. Yang rugi cuma KJ jer.

Gunung Semanggol said...

Dear TDM

Bila dah berkuasa ini yg berlaku Dia (Pak Lah) tak sedar yg keseluruhan orang melayu telah hilang kepercayaaan terhadap kepimpinan beliau. TDM orang lama dalam UMNO dan juga bekas PM selama 22 tahun sudah menjangka UMNO akan pupus pada pilihan raya yang akan datang. Tapi Pak Lah tak terfikir kearah itu atau sengaja buat tak tahu,saya bimbang apabila Malaysia tidak dihormati oleh negara-negara lain didunia dan apa akan terjadi kepada anak-anak Melayu yang bakal lahir untuk menhadapi keadaan ini. Sesungguh nya Pak Lah menjadi pemusnah bangsa melayu.Kita kena buat apa yang perlu untuk menyakin kan orang melayu untuk kembali menyokong UMNO dan segala tindakan yang telah TDM buat saya secara peribadi akan saya sokong sepenuhnya. Saya support TDM kerana 22 tahun sebagai PM tak ada masalah orang Melayu terbela. TQ TDM. Sekian
ZULMDESA

ASHAR said...

TUN,

buat bloger bernama

antimamak.

Apa kamu pernah belajar erti perjuangan...

Nabi saw sendiri pun berjuang....

if you gentelmen enough, satria enough....?

this my email: ashar_abdullah@yahoo.com

Salam perantau
Angkatan Langcang Kuning
-ashar-12:15

boymungkal said...

WAHAI MAKHLUK YANG BERGELAR ANTIMAMAK.

Saya bersimpati dan rimas dengan fikiran anda yang sempit dan melemaskan itu.Saya yakin anda telah gagal dalam kehidupan dalam bermacam aspek.

Kami kebanyakkannya tidak buta tuli didalam blog ini.Kalau kerja2 TDM sepanjang berpuluh tahun beliau berkhidmat untuk kita semua anda gagal lihat, memang anda buta hati.Kalau tidak, masakan Tok Guru Nik Aziz pun mempelawa TDM berhijrah ke PAS selepas meninggalkan UMNO?

Yang jelasnya, anda tidak kenal dengan kebaikkan.Sebenarnya, anda yang berada dalam mimpi.

Anda perasan anda lebih baik dan bijak dari orang lain,mungkin sebab itu hidup anda penuh dengan rasa dendam dan kekecewaan.Ataupun anda ni baru berumur 8 tahun kot?Sukar dipercayai bahawa anda seorang dewasa yang waras, sebenarnya.

Sebenarnya anda ANTIMELAYU dan berasa iri hati dengan kemajuan yang diperolehi oleh orang lain.Betul tak? Beetuuuull.

Saya betul2 berharap ini kali terakhir saya menulis didalam blog ini untuk memberi pandangan terhadap pendapat anda.Sama2 lah kita semua menanti masa untuk disembahyangkan. Untuk anda, extra bacaan yasin kot, buat bekal. You really need it, mate!Any takers from other bloggers?

rania said...

assalamualaikum Tun,

saya terperanjat dengan tindakan Tun untuk keluar daripada parti dan selepas membaca blog Tun dari semasa ke semasa barulah jelas pada kaca mata saya tentang isu politik negara, yang dahulunya saya ketepikan kerana selesa membesar di bawah pimpinan Tun. Namun, kepincangan pimpinan hari ini semakin terasa dan membuatkan saya kian meneliti isu politik negara daripada pandangan profesional. Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Tun kerana mewujudkan Blog Tun tersendiri memandangkan daripada dahulu lagi saya memang menantikan Blog daripada Tun.

Saya kesal di atas layanan pemimpin2 hari ini yang melayan Tun sebegitu kerana adanya mereka hari ini juga adalah disebabkan pucuk pimpinan Tun suatu ketika dahulu. kadangkala, saya tertanya tidakkah mereka berterima kasih kerana negara masih mempunya pemimpin yang bernas dan lantang seperti Tun, yang mampu menaikkan nama Malaysia di serata dunia? kenapa melayu memang mudah lupa?? kerana harta dan pangkat, manusia mudah mengikut telunjuk orang lain meskipun tahu kepincangan pimpinan yang ditaati.

saya pada mulanya terkejut (pada 2003) apabila Tun melantik Pak Lah sebagai PM, namun saya yakinkan hati bahawa Tun punya alasan tersendiri di atas perlantikan tersebut. Namun, setelah sekian lama Pak Lah memimpin, tidak nampak sebarang pembangunan yang signifikan berlaku di negara kita, membuatkan saya begitu anti kepada Pak Lah dan terus menyokong Tun meskipun tun sudah bersara. Namun, selepas 2003, Tun agak menyepi dan alhamdulillah kini saya kembali mendengar teguran dan pendapat Tun yang bernas. Namun, sampai bilakah Pak Lah akan merosakkan negara kita??

Pak Lah seharusnya sedar, bahawa beliau menerajui kerajaan selepas Tun telah membangunkan negara dengan mampan sekali, dan pembangunan drastik yang diharap daripada beliau sebaliknya terus bertukar kepada kehancuran negara dan rakyat Melayu, khususnya. Mungkin beliau merasa selesa dengan situasi kini, namun sampai bila???

Masyarakat melayu harus peka, kenapa Tun akhirnya bersuara? ini kerana sayangnya Tun kepada negara kita sendiri, dan bukannya kerana pangkat dan harta seperti mana sebilangan pemimpin kita pada hari ini, yang malangnya sanggup mengikut telunjuk dek kerana sayangkan kedudukan, bukannya untuk mempertahankann kedaulatan negara. Seharusnya mereka sedar, Tun boleh berdiam diri sekiranya Tun mahu, tetapi disebabkan desakan pimpinan hari ini yang semakin korup dan teruk, Tun kembali bersuara. Tapi, ini pun tidak disedari oleh pemimpin2 UMNO hari ini. sungguh menyedihkan! kenapa? adakah mereka sengaja pura2 tidak tahu?

saya berbangga dengan Tun, dan kebanyakan rakan2 saya di sini, terutamanya dari Pakistan amat menghormati dan mengagumi Tun, dan saya bangga apabila mereka mengenali Tun. Mereka tahu segala pencapaian Tun selama ini dan ini membuktikan Tun dihargai oleh masyarakat luar yang lebih bijak menilai daripada masyarakat dalam negara sendiri. Ironinya, apabila disebutkan nama Pak Lah sebagai pengganti Tun, mereka tidak kenal siapa itu Pak Lah. Maka, jelas ini menunjukkan pemimpin yang berkaliber akan membuka mata dunia dan pemimpin yang lemah akan ditertawakan (seperti hari ini).

Saya berharap masalah politik negara akan pulih sebelum PR13, kerana kini negeri saya jatuh di tangan pembangkang, dan tidak dapat saya bayangkan apabila negara pula jatuh ke tangan mereka.
semoga Tun akan terus menulis dan membuka mata masyarakat supaya peka dengan isu politik negara.


parti pembangkang secara terang akan menyokong Pak Lah, kerana mereka memang sedar pimpinan beliau lemah dan hanya dengan Pak Lah sahaja mereka boleh menjatuhkan UMNO. malangnya, ini pun tidak disedari oleh pemimpin kita?

Unknown said...

Assalamualaikum Tun,
Saya dahulu adalah antara penyahut seruan reformasi semasa menuntut di shah alam..memang saya akui saya penentang kuat tun pada masa itu..namun setelah tun meletak jawatan dan digantikan dgn pentadbiran paklah..terasa amat berbeza coraknya..sekarang kelemahan dan kebodohan paklah amat terserlah..banyak isu2 semasa yang timbul tidak ditangani dengan bijak..

Konsep Islam Hadhari yang dibawa sememangnya salah!!Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak menjenamakan Islam sebagai Islam Muhammad.malah setelah dua kali berkahwin..paklah tidak berjaya menjadi pemimpin kelurga yang dikehendaki Islam..kedua2nya tidak juga memakai tudung..sedangkan ianya wajib..gagal dalam memimpin keluarga manakan pula memimpin negara???????

Hak2 melayu mula berani dipersoalkan oleh kaum lain.tanpa ada sekatan tegas menyebabkan seolah2 ada pergolakkan antara kaum.siapa mereka untuk mempersoalkan kontrak sosial yang telah lama dipersetujui?..senang cerita tak suka perlembagaan Malaysia, balik ke negara nenek moyang mereka..mereka ini manusia yang tak sedar diri dan tak bersyukur!!..paklah yg lemah terlalu memberi muka!macamlah kalo mereka di negara asal nenek moyang mereka boleh hidup senang lenang..sekarang nie bukan setakat mereka sahaja,ditambah dengan pendatang asing with/without permit..habis kawasan tanah melayu didiami mereka..dah macam negara mereka dibuatnya..ini semua kerana kelemahan paklah dan balaci2 nya..

Pemimpin2 UMNO skrg sibuk cari kontrak..kumpul harta..hinggakan sanggup jual maruah agama,bangsa dan negara..masing2 hanya pandai menjilat paklah..sokong secara membabi buta asalkan poket penuh..diorang nie mcm dah lupa ada akhirat...ingatkan leh bawak mati ke harta2 tu..makin banyak la soalan dkt alam akhirat nanti..

senang citer...masing-masing ada otak..ada akal fikiran..leh pk mana buruk..mana baik..pemimpin nie maybe dia lupa dia akan dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang berlaku di bawahnya..so,paklah..bersedia la..

buat Tun, saya tetap akan sokong perjuangan Tun..demi Islam, Melayu dan Malaysia..semoga Allah merahmati perjuangan mu.insya-Allah..do take care..and send my regards to ur wife!Assalamualaikum

angah88 said...

benar kata Tun.
Umno sekarang dah tak lagi macam dulu....
Mereka lebih mementingkan ketua dari agenda parti mereka sendiri.
Saya sendri sudah beralih arah dari Umno yang saya sayangi selama ini...
hidup TUN

MiE said...

assalamualaikum tun dr mahathir..

saya dilahirkan dalam era pemerintahan tun, dan alhamdulillah saya masih hidup pada oktober 2003, ketika peralihan kuasa tun kepada AAB.

jujur saya katakan, dahulunya saya langsung tidak mengambil berat hal ehwal politik negara. sebabnya, saya percaya malaysia tetap akan terus maju dan makmur x kira di bawah pemerintahan sesiapa pun.

tapi, saya silap. walaupun malaysia masih lagi aman, tetapi dah wujud bibit2 kehancuran. dahulu saya menyangkakan malaysia akan lebih baik di bawah pemerintahan AAB, kerana sikapnya yang lebih 'lembut' daripada tun yang lebih tegas dan berani, tanpa mengira siapa pun lawan tun.

dan disitulah kesilapan saya. akibat kelemahan pemerintah sekarang, malaysia tidak lagi ditakuti oleh kuasa2 barat. sekarang ini, dimana2 pun saya tidak lagi jumpa sebarang artikel atau komen2 pemimpin asing berbanding sebelum okt 2003 mengenai PM malaysia. maknanya, kita tidak lagi menjadi ancaman kepada barat, zionis dan sekutu2 mereka. mereka tidak lagi bimbang dengan sebarang kenyataan dari malaysia kerana mereka tahu itu tidak akan memberi kesan kepada mereka. jika hendak dibandingkan dengan zaman tun dahulu, memang ibarat langit dan bumi. walaupun kita masih lagi dihormati di kalangan negara2 islam, tapi kini mula dipijak2 oleh musuh.

saya masih ingat, tun dengan berani menyatakan george w bush sebagai penjenayah perang, di hadapan wartawan2 barat. saya x pasti kini masih ada lagi pemimpin2 kita yang berani bersuara sepeti tun. terus terang saya katakan, saya kini merindui malaysia yang dulu. malaysia di bawah pemerintahan tun. malaysia dimana kita dipandang tinggi dan setiap kali malaysia bersuara, setiap pemimpin tertinggi negara akan memberi perhatian.

saya masih berharap agar suatu hari nanti tuhan akan mengurniakan malaysia seorang pemimpin yang berwibawa seperti tun dr mahathir. walaupun kedengaran seperti agak mustahil, tapi saya masih percaya jika melayu dan rakyat malaysia yang lain lebih berani, kita dapat mengembalikan malaysia yang dulu.

sekian sahaja daripada saya, insan biasa yang bukan dari golongan politik. semoga tun dr mahathir dan keluarga sentiasa sejahtera hendaknya..

p/s : saya hairan dengan orang2 yang menyatakan pak lah masih lagi pilihan rakyat ketika pru 12 yg lepas. mereka masih lagi tidak sedar, BN menang kerana adanya parti2 seperti UMNO, MCA dan MIC yang memperjuangkan bangsa2 sendiri, bukannya parti campuran. jika paklah tidak berada diatas pun, BN tetap menang, malah mungkin dengan majoriti yang lebih besar.

Taurus Sitara said...

Assalamualaikum Tun Mahathir,
Suggest you use your influence and get all funders to pull-out from UMNO and Barisan Nasional?Then we see these PakLah supporters coming in clean as PakLah.No money politics.Obviusly PakLah seems contented to stay on as PM so perhaps limit terms of office to 2 terms?Influence the UMNO members please.
By the way is PakLah getting fat or is that a bulletproof suit he is putting on?If it is a bpvest then Whoever has given him a sense of insecurity must go for religious class.Too much listening to American views (via Singapore?) have caused so much insecurity to our PakLah.
For UMNO to be respected again we need capable leaders who at this point of time are incapable of making any moves-what a joke then to say we have capable leaders?I suggest Tun get DS Najib or Tan Sri Muhyddin and give them all the support they need to unseat PakLah?
Whatever it is Tun please try to get the message to PakLah.Perhaps force him to meet you?Not Najib but PakLah.Have it telecast live so all Melayu can judge for themselves.Wassalam.

Anonymous said...

Tun,
Pada hemat saya, dengan keluar dan tidak menjadi ahli UMNO bukanlah satu penyelesaian yang terbaik untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatannya. Tun harus ingat, Tun pernah menduduki kerusi sebagai Perdana Menteri Malaysia, Presiden UMNO dan sebagainya. Majoriti ahli politik, wakil rakyat dan seumpamanya akan mempunyai matlamat yang sama.Saya tidak rasa mereka akan turut serta ikut jejak langkah Tun untuk keluar UMNO termasuklah anakanda Tun sendiri. Saya faham dan setuju dengan segala usaha Tun untuk menyelamatkan UMNO & Malaysia, tetapi kekadang Tun, we should "keep our friends close, and our enemies closer." TQ.

al-aliff said...

Assalamualaikum Tun ,

saya amat sedih melihat keadaan UMNO sekarang. Betul kata-kata Tun, kepimpinan yang lemah sekarang ini tidak menjamin masa depan negara dan rakyat. Ada pihak yang berkata supaya Tun berehat dan jangan campur dalam pentadbiran negara. Orang yang bercakap begitu perlu banyak lagi belajar tentang perjuangan daripada Tun. Jelas orang yang begitu hanya pentingkan diri.

Saya doakan Tun dipanjangkan umur dan sihat.

malaysianlover said...

Kuncu2 AAB masih lagi cuba menegakkan benang yang basah...

putrajaya said...

Who do you mean by "puak ekstremis kaum dalam negeri"?

Your blog is getting boring you know..

About maintaining racial unity in Malaysia artificially. Who's idea was it? No control method is eternally foolproof, so what happens to our 'unity' next?

Our local current issues sound soooo childish..So,write about your current political.../philosophical ideas dude..

Anyway say hi! to Samy for me..Does he give you the cold treatment too? Don't feel bad...and oh dear, do stop complaining about cancelled invitations...can't you see that they're terrified at you?? Happy?

You can come jam with me anytime. But don't bring anyone along. I hate crowds. Bilik bujang ok... e-mail, kalau nak lepak with me ok.

Write about oil too(no lies ok...)Are we in for a dashyat kinda recession?

bye Tun.

gelagat niaga said...

Dengan sedikit ‘bahasa’ yang akan digunakan maka saya memohon maaf terlebih dahulu daripada Y.A.Bhg Tun kerana hendak memberi sedikit respon dalam ruangan blog ini.

Saya juga mohon izin Y.A.Bhg Tun supaya dapat menegur dan ‘belasah’ sikit salah seorang yang membuat komen disini.

-------

Kepada sdr./sdri antimamak,

Awak boleh pergi berambus dan main jauh-jauh dengan komen awak dari blog ini lah!

‘Penjilat’ Singapura macam awak tu, silap-silap haribulan mungkin disembahyangkan terlebih dahulu daripada Y.A.Bhg Tun, akibat mungkin awak kena mati accident ke atau mati kejang terkena kuman deman denggi! Mana siapa tau kan? Jangan nak pikir pasal ajal orang lain lah. Adalah lebih baik bagi anda kalau awak fikir pasal ajal awak dulu.

Awak tak sedar lagi ke, bahawa bukankah Singapura itu dah lama jadi ‘foreign outpost’ kepada kuasa Zionist-Barat keparat. Yang awak nak bangga sangat dengan mereka, kenapa? Sejak berzaman lagi, kalau ada apa-apa rundingan antara Malaysia-Singapura, mana ada ketika yang Singapura itu ada ‘Give & Take’ punya! Singapura tu lebih suka – ‘Take & Take’ aje!

Apa?, awak lebih suka sekiranya nanti Singapura boleh telan dan ‘ngap’ sebahagian lagi dari wilayah Malaysia, ke? Negara yang saiz ‘sekangkang kera’ dan yang tak sampai separuh dari saiz negeri Melaka tu, susah sangat nak diurus & tadbir ke? Kalau nak ikutkan, Hong Kong tu tentu sekali lebih ‘maju’ daripada Singapura, kan? Apa nak banding-banding sangat soal ‘maju’, yang terlalu ‘subjective’.

Namun dari segi ‘survival’, itulah sebabnya Singapura nak ‘besarkan’ saiz mereka lebih lagi, kan? Lupakah awak tentang kisah yang mereka nak beli jutaan meter-padu pasir dari Malaysia? Kalau projek beli pasir dah tak jadi maka apa lagi, selepas ini Wilayah Iskandar (WPI) pula nanti yang mungkin akan jadi kawasan yang nak ‘dibaham’ oleh mereka. Itulah kita tak mahu supaya Pak Lah menjadi ‘dungu’ yang boleh mengizinkan keadaan sebegitu terjadi kelak. Jambatan ‘scenic’ tak jadi bina, Pulau Batu Putih dah ‘lesap’, Light-house kat Pulau Pisang kita tak boleh usik. Silap-silap haribulan WPI pun boleh jadi kawasan ‘jajahan’ baru mereka. Mana tahu, kan?

Orang yang otak cetek dan busuk hati macam awak aje yang tak paham soal kedaulatan, patriotisma & perjuangan tanah-air. Apa pulak yang ada kena-mengena soal Singapura dengan PRU-12, yang awak bangkitkan itu? Otak mereng ke awak ni?

Tiada siapa yang nak ‘mengagung-agungkan’ Mahathir kat sini. Kita cuma nak bentang dan bincang fakta-fakta tentang kelemahan kepimpinan negara (Pak Lah) diwasa ini, kan!? Tiada siapa yang kena ‘brainwash’ dengan Mahathir. Silap-silap haribulan orang yang macam awak aje yang dah kena ‘basuh-otak’ dan bencikan keturunan mamak. Pastinya awak ni tak minum teh-tarik atau makan roti-canai kat restoran mamak, kan? Sebab awak ni jenis orang buruk-sangka dan prejudis terhadap keturunan mamak, kan?

Meminjam sedikit dari kata-kata awak tu - Kalau nasi-kandar tak laku dijual maka bukan sebab beras Malaysia yang tak sedap, tapi sebab terdapat orang semacam awak yang kuat menghasut orang-ramai supaya memboikot restoran mamak!

Maka janganlah anda cuba menghasut sesiapa supaya membenci Dr. Mahathir kat blog ini, tau! Biadap & kurang-ajar punya kaki-busuk. Masuk ‘halaman rumah’ orang dan meludah pula kat ‘tuan rumah’!

Syuuh, syuuh pergi main jauh-jauh sikit!

Anonymous said...

asalamualaikum....
moga ayahnda tun sihat hendaknye dan sentiasa dlm perlindungan Allah dari org org yg khianat pada ayahnda tun...
jumpa lagi kita kali ini...sebelum ini anaknda selalu tertanya tanya kemana menghilangnya ayahnda tun selepas letak jwtn pm...rupanya dari mula ayahnda letak jwtn ayahnda sudah diharamkan oleh badigol tu...
anaknda selalu ternanti nanti wajah kesygn anaknda dgn ucapan dan ulasan ayahnda yg bernas memmberikan terhadap isu isu terkini di tv..tapi hampa..anaknda beli paper pon ayahnda takder juga..kalau ada pon kecik je ruangan yg diberikan,faham lah kini anaknda akan sbb kehilangan ayahnda.
rupanya ayahanda terus di potong oleh badigol tu setelah menyerahkan jawatan...alhamdulilah terbuka hati ayahnda utk ber(bloging)....
skrg lebih mudah anaknda dan semua rakyat malaysia yg mengelarkan diri mereka silent majoriti medekati ayahnda dan bersatu di sini dan terus memberikan sokongan yg tak berbelah bagi pada ayahnda..biarlah si luncai terjun dgn labu labunya...anaknda tahu betapa kesalnya ayahnda memilih badigol tu dan umapamakan melepaskan buaya yg tersepit...kalau buaya tetap buaya brg busuk juga dia nak...
ayahnda tak usah bimbang ttg sokongan pada ayahnda kami sentiasa menyokong ayahnda teruskan menekan dan mengkritik pak dol tu sampai letak jawatan.dan memberikan sokongan pada mukriz utk menekan pak dol tu dari dalam umno..kalau perlukan parti baru atau pun apa jua tindakan ayahnda tun anaknda dan rakyat akan terus menyokong ayahnda...betapa sakitnya hati anaknda bila ayahnda diperlakukan sedemikian oleh org org yg dulu mencium tgn ayahnda..biarkan mereka terjun dgn labu labunya...
setakat ini dulu...teruskan berjuang perjuangan yg belum selesai...dan majoriti rakyat masih bersama ayahnda...jgn lupa jaga kesihatan ayahnda...(yg sepatutnya pada usia begini hanya relax dan melayan cucu...ni pak dol punya pasal lah...marah nie!!!)
asalamualaikum...
asalamualaikum..

s.b.m said...

Asalamualaikum Tun,La ni yang saya nampak dan dok ada ni lemas,lembik,lemah.lembut,longlai dan lelap.

samurai melayu said...

Salam AYAHANDA
P & C
Gerak jari jemari kami terjumpa satu symbol hanya terdapat pada 'postings' kami.
Kami akur pada apa jua tindakan yang telah diambil oleh Ayahanda atau 'moderator(s) Chedet.com adalah untuk kebaikan bersama.
Masaalah anakanda adalah berbuat atau menyatakan sesuatu dari gerak hati hanya untuk kebaikan ummah.
Kadangkala kata hati yang diluahkan bukan direncanakan atau dipetik dari rujukan tersurat atau disusunkan terlebih daluhu untuk syok sendiri. hidup kami hanya hendak mencari anugerah hamba di sisi Allah swt dan pernah menyatakan kat blog ini bahawa kami tidak 'takut' pada Allah swt tetapi
hanya berani meredah ranjau diperjalanan hidup hanya mengejar Kasih dan Sayang Nya yang tiada kesudahan nya. Insyaallah, doa kami
agar Ayahanda dikurniakan terdahulu dari kami yang masih mengharapkan.
Rahsia Allah masih tetap rahsia NYA.

Mohon maaf dan ampun jikalau gerak hati kami ,baik untuk kemahuan nafsu ataupun kemulian iman adalah tidak disengajakan.

Alfatihah, Amin

Unknown said...

Assalaamu'laikum Tun,

You have given a very accurate account on UMNO. It has been a well known fact that UMNO has deviated from the fundamentals that it was established.

UMNO of yester years was a genuine struggle for the people. People joined UMNO and committed towards a just cause.

The leaders of UMNO today are different. They are in UMNO to enrich themselves and their family members.

Since UMNO is not UMNO anymore it is incumbent upon you and genuine leaders to quit UMNO in the spirit of 'Hijrah'- leaving the bad towards the good;

You are not meant just for UMNO or the Malays. You have a bigger role than that. OIC needs you. NAM needs you. The world needs you.

Leave UMNO and Malaysia to the present 'pseudo' leaders. Use the strategy of Sun Tzu 'the Art of War' to tackle the present predicament.

When the 'Going Gets Tough' the 'Tough Gets Going'. When good people leave UMNO, the whole structure will collapse. We don't want to perpetuate corruption, collusion and nepotism.

You could not cure the ills of UMNO. Neither could DSAAB nor DSN. History mas mandated that UMNO will fall and we must accept that fact soon. To every beginning there is and end. UMNO is no exception.

However your wisdom will prevail and will guide Malaysians wherever they are ; in what ever fields they choose to be.

Young Malaysians will evolve a new political dimension and establish a just and equitable society. They would not be fooled by DSAAB, DSN, DSAI or many other 'pseudo' leaders in UMNO or PKR.

You are a leader of the world and true Malaysians will emulate you and will live your legacy and lead the world.

We must have faith in the new emerging forces of young Malaysians who are not narrow-minded and hampered by the confines of race, creed or religion.

This is a very interesting period of our nation's progress and the nation will emerge stronger after this political metamorphosis.

May Allah grant you good health so that you will be the beacon of hope and aspirations to millions of others all over the world.

manggis said...

Salam YBhg Tun

untuk sdr annamuzaji,

Pada pandangan saya kelanjutan usia Tun bukan untuk Tun menilai kesalahan atau dosa yang beliau lakukan sepanjang 22 tahun pemerintahan tetapi sebaliknya untuk menunjukkan kepada kita betapa agama bukan untuk diputar belitkan apatah lagi dijual beli.

Saya rasa kasihan apabila ustaz fadil noor meninggal tanpa sempat mohon maaf kepada orang-orang yang telah difitnahnya. Maksudnya ustaz fadil noor meninggal terlebih dahulu daripada orang yang difitnahnya, fikir sendirilah, nauzubillah, hanya Allah maha mengetahui.

En Fauzi - pandangan saya !! KJ is HELL

kepada semua,
UMNO (Pak Lah to be exact) boleh ambil sesiapa sahaja yang dia suka termasuk DSAI. Tetapi selagi imej UMNO yang sudah tercalar itu tidak dipulihkan, tidak dibersihkan, tidak diputihkan, selagi itulah keyakinan dan kepercayaan kami terhadap UMNO akan bertambah jauh.

manggis said...

Salam YBhg Tun

Apa kata kalau YBhg Tun tubuhkan Yayasan Kepimpinan YBhg Tun.

Untuk generasi baru mempelajari ideologi dan pemikiran Tun, demi melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkarisma, tegas, berpandangan jauh, kental dan ada ketahanan serta berjiwa patriotik dan berjiwa besar

Ayahanda Mie said...

UMNO sekarang sudah tidak relevan dengan orang melayu. Orang melayu di"anaktiri"kan oleh UMNO sendiri. Masalah orang melayu tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh Pak Lah. Harga Petrol, Beras, Gula dan Tepung tidak dapat diatasi dengan baik. Pilihanraya yang lalu tidak memberi pengajaran kepadanya walaupun lima negeri jatuh ketangan pembangkang. Anwar tidak dikekang kebangkitannya walaupun Anwar sebenarnyalah pengkhianat bangsa yang juga boneka anasir luar. Pemimpin sekarang diasuh agar tidak menghargai dan menghormati pemimpin yang telah mengangkat martabat bangsa diperingkat dunia malahan dihina dan diberi layanan buruk. Inilah UMNO Pak Lah. Saya cadangkan Tun tubuhkanlah satu parti yang benar-benar akan memperjuangkan bangsa melayu. Saya sedih dengan pemimpin yang sedia ada sekarang yang seumpama telah memperkosa parti dan bangsa sendiri.

akuarep said...

aku bukanlah ahli umno dan aku bukanlah pembangkang.. aku hanya pemerhati..

apa yang khairy jamaluddin tahu tentang umno?? sedangkan UMNO BARU dilahirkan pada february1988 dier masih kecil lagi..

mungkin khairy x diberitahu oleh bapa mertuanya bahawa, perdana menteri malaysia sekarang juga pernah bersama tengku razaleigh menentang UMNO BARU dalam parti semangat46 dahulu??

IKHLAS DARI aku pemerhati...

jaya said...

Assalamualaikum Tun,

Terlebeh dah hulu saya ucapkan ribuan terima kaseh kepada Tun, yang banyak memberi kesedaran pada saya, yang dapat memileh yang mana intan dan yang mana kaca.

Walau apa pun wanyang yang dimainkan oleh pemimpin Umno hari ini kita semua dah tahu apa cerita lakunan yang mereka buat. Ramai yang sudah tidak percaya dongeng mereka selagi Pak Lah ada disitu.

Percaya lah Tun, hari ini ramai ahli-ahli Umno yang telah keluar parti tapi tak umum keluar parti, senyap-senyap ajar mereka pada pilihan raya akan datang atas sikap mereka yang tak reti kenang budi.

Saya berdoa kehaderat Allah semoga Tun dipanjangkan umur diberi kesehatan badan sekeluarga hendaknya Amin amin amin...

OMG....Oh My Goodness...!! said...

assalamualaikum Tun...

saya turut bersedih dgn apa yg sedang berlaku dalam negara kita yang tercinta ini... it's just becomes worst n worst....
masing2 hanya menjaga periuk nasi mereka jauh sekali untuk bersama-sama bersatu menjaga dan menaikkan martabat negara dan orang melayu kita... di manakah kekuatan dan kehebatan kita sebagai org

M.E.L.A.Y.U. ?!!!

petunjuk said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tun,

Saya setuju dengan Tun bahawa UMNO sekarang bukanlah saperti UMNO dahulu. UMNO sekarang telah bertukar wajah sehingga sukar dikenali oleh ahli-ahlinya. Saya bersyukur kepada ALLAH dengan izinnya telah menganugerahkan pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu yang berwibawa dan berjaya mengekalkan UMNO mengikut landasan yang diinginkan oleh ahli-ahli UMNO. Marilah kita bersama-sama berdoa kepada ALLAH supaya dianugerahkan dengan pemimpin yang berwibawa . Yakinlah diri kita dengan Firman ALLAH, Surah Al-Imran Ayat ke26 yang menyebut “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. InsyaALLAH.

al kerrango said...

Kemasukan semula sdr Ezam ke dalam amno tidak akan memberi kesan kepada perjuangan PKR & reformis seluruhnya. Politik Ezam semakin haru biru apabila menjilat & menelan kembali ludah, kahak & kotoran lain yg ditujukan pada amno suatu ketika dulu.
Adakah Ezam benar benar percaya amno mahukan reform yg total.amno tidak akan melalui proses reform total.parti Melayu itu akan terus dengan agenda politik terpesong oleh nikmat dan harta duniawi.Laungan reform oleh amno khusunya oleh PM hanyalah sandiwara hangat hangat tahi ayam.
Adakah wang ringgit menjadi buruan Ezam? Hampir semua rakyat Malaysia percaya bahawa wang ringgit adalah motif utama Ezam menyertai amno.Kotak kotak bukti telah bertukar dengan kotak kotak ringgit.
Maka ingatlah Ezam, bahawa reformis sejati akan terus berjuang sehinggalah kerosakan dan keburukan parti amno dihentikan.Itu termasuklah berjuang menentang kamu.
Lawan Tetap Lawan.
Tiada Umno Tiada Rasuah.

Unknown said...

Paklah patut jadi President Parti Islam Hadhari kot...

Joey said...

Assalamualaikum Tun,

Terdapat kemusykilan dalam hati saya. Tun telah sekian lama mengenali secara dekat DSAAB dan pasti telah memikirkan secara mendalam sebelum membuat keputusan melantik beliau sebagai TPM ketika itu dan seterusnya sebagai PM.

Adakah salah tanggapan saya, Tun telah tersilap menilai DSAAB? Secara tidak langsung, Tun turut menyumbang kepada kemelut UMNO masa Kini?

Idealis Malaysia said...

Salam Perjuangan...

Semoga Tun dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan kesihatan baik...

Saya dan rakan-rakan amat brsetuju UMNO bukan lagi UMNO...

Ringkasnya amat bersetuju dengan apa yg di nyatakan oleh tulisan TDM... apakah pemimpin dari peringkat cawangan ke bahagian seterusnya perwakilan dan AMT sedar akan perkara tersebut dan berani membawa perubahan. Ataupun bimbang kehilangan kekuasaan dan kekayaan jika bersuara nanti... tapi fikir2kanlah jika kita tidak bersuara harga yg harus dibayar lebih besar iaitu kehilangan maruah dan tergadainya masa depan org Melayu itu sendiri...

Tertarik dengan berita terkini... kepulangan EZAM ke pangkuan UMNO. Saya amat sedih sekali... "WIRA YANG PERGI TIDAK DITANGISI, PENGKHIANAT KEMBALI PULA YANG DIRAI"

Cuma ada satu persoalan... apakah kemasukan EZAM ini atas kapasiti untuk berjuang seikhlasnya untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA atau sememangnya adalah dirancang atau "master plan" oleh ANWAR IBRAHIM untuk gerakan seterusnya melemahkan UMNO dari dalam...

renung-renungkan selamat berjuang

tedlive said...

If UMNO main objective is fights for the Bumiputra's betterment, then maybe:
1] bumiputra nowadays doesn't care about the so-called "betterment" to improve their status
2] they feels that there's nothing special about it
3] they are ready to stand at the same level with other races to earn a better living

Therefore, they don't need UMNO anymore. Malay voted for DAP, Chinese voted for PAS in the recent election already.

Reza aljunaid Post said...

Salam Tun,

Persoalannya sekarang ialah bagaimana untuk menjadikan UMNO kembali jadi UMNO ...?

Jika Datuk Seri Abdullah masih degil dan masih merasakan dirinya tidak boleh digugat oleh sesiapun dalam UMNO, maka jawatan presiden UMNO akan ditentukan melalui pertandingan. Pencabar beliau yang nampak layak di antaranya Tengku Razaleigh, Tan Sri Muhyidin, Datuk Dr.Rais Yatim.

Tapi ini akan memecahkan undi. Ada baiknya TR,TSM,DRY berpakat dan meletakkan Najib sebagai lawan Abdullah.

Namun Datuk Najib tentu was-was kerana beliau kurang berani.

Ahli UMNO kini yang benar-benar berani mencabar kepimpinan Abdullah ialah Datuk Mukhriz Mahathir.

Jadi ada tuahnya jika Datuk Mukhriz dicalon dan dilobi sebagai calon Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO 2008 Disember ini.

Hanya beliau sahaja yang lantang dan berani kritik segala yang tidak betul dan beliau pun tidak kurang dengan bakat kepimpinan.

Pada pendapat saya, Mukhriz adalah orang yang paling sesuai sebagai bakal Presiden UMNO.

Orang lain tidak berani menegur kepimpinan Abdullah.

Tan Sri Muhyidin pun boleh kritik Abdullah secara terbuka.

Datuk Seri Dr.Rais Yatim pun saya nampak boleh.

Tengku Razaleigh pun boleh tapi beliau sudah luput tarikh.

Setakat ini orang UMNO yang benar-benar serius nak lawan Abdullah ialah Tengku Razaleigh.

Setakat ini, Tengku sudah sampai ke sabah melobi..hebat tu.

Mungkin UMNO perlu kembali ke pangkuan kaum kerabat raja macam Tunku Abdul Rahman dulu supaya UMNO terus menjadi parti rakyat. Itu kemungkinan.

UMNO perlukan pemimpin yang punya latarbelakang paling kurang macam Tun Dr.Mahathir. Yang pernah jadi peniaga kecil di pekan Rabu, pernah rasa hidup susah ..

Kalau tak silap, Tengku Razaleigh disukai oleh rakyat Gua Musang dan jadi MP Gua Musang tak pernah kalah. Apa rahsianya...tentu beliau berjiwa rakyat agaknya...

Begitu juga Rais yatim di Jelebu. Jelebu semakin maju semenjak dua menjak ini.

Apa kata jika Tengku Razaleigh lawan Abdullah....Rais lawan Najib...??

Puh pasti UMNO akan kembali menjadi UMNO ....

BAB DUA

Saya berasa sedih apabila Tun Mahathir tidak dilayan oleh Abdullah sebagai ahli UMNO dan sebagai bekas pemimpin UMNO yang amat besar jasanya kepada agama dan negara serta umat Islam.

Apa yang Tun lakukan dahulu adalah untuk agama, bangsa, tanahair dan umat Islam sedunia.

Walaupun Amerika dihentamnya tetapi hari ini Amerika meniru caranya menangani krisis kewangan dan Amerika tak malu pun.

Dulu beliau hentam Singapura bukannya apa, kerana Lee Kuan Yew gelar beliau ULTRA MALAY ...

Tapi orang Cina suka kepada Tun Mahathir bukan apa..pasal beliau rajin cari duit..pandai bikin bisnes...

Peliknya..Abdullah dan barua-baruanya berasa seronok kerana dapat membuli Tun Mahathir sewaktu Tun tidak lagi jadi PM/presiden UMNO akibat keikhlasannya melepaskan jawatan, sudah tua dan uzur kerana sakit jantung....

Beginikah cara Abdullah berlawan ...??

Abdullah! Hari ini anda berasa gembira kerana dapat membuli "orang yang sudah tua" tetapi ingat...."orang tua" yang anda buli itu bukanlah orang tua yang tiada jasa kepada agama dan negara..

Agaknya beliau ini tidak ingat pesan arwah ibunya lagi kot...

Bala..bala...

Semoga Allah pelihara Tun..

dhieya said...

Salam Tun,
semoga Tun dan keluarga sentiasa sihat dan dirahmati-NYA.
saya salah seorang pengkagum kepimpinan Tun sbg seorang PM yang berkarismatik dan berkaliber dalam usaha membawa Malaysia sebagai sebuah negara maju. saya cuma ingin bertanya kepada Tun, apakah implikasinya sekiranya the opposition memerintah negara? adakah kerana mereka benar-benar tidak layak untuk memerintah atau kerana mereka the opposition, so mereka x boleh menjadi kerajaan? pada pandangan Tun, apa yg akan berlaku sekiranya mereka diberi peluang untuk govern Malaysia? pada saya, sekiranya kita x memberi tugasan kepada seseorang individu atau kumpulan tersebut, maka kita xkan tahu kemampuan dan pencapaian mereka... jadi kita akan sentiasa menyangkakan bahawa mereka x layak untuk govern Malaysia... sedangkan pada hakikatnya mereka memang layak... adalah tidak adil untuk mengadili the opposition sedangkan kita x pernah tahu kelayakan mereka semata-mata kerana mereka adlh the opposition...
terima kasih, Tun...

mat_terab said...

Assalamulaikum Tun....
Saya setuju pendapat Tun...apa yg di kesali pemimpin umno takut untuk membuat perubahan yang besar dalam umno lantaran takut kehilangan kuasa...kita takut langkah Tun keluar Umno tidak mendatangkan kesan apa-apa kerana sikap pemimpin umno ini yg terus mengampu Pak Lah..jadi apakah langkah Tun seterusnya selepas ini...?

Unknown said...

Salam Tun,

Saya ahli UMNO. Tapi saya ada pendirian. Kalau orang UMNO tak betul, saya akan cakap terus terang. Saya ada beberapa kawan di serata negara dan mereka ini golongan profesional, punya pengalaman dan pergaulan luas. Selalulah saya bincang dengan mereka fasal apa-apa yang berlaku pada UMNO akhir-akhir ini terutama sebelum dan selepas Pilihanraya 2008.

Antara kawan-kawan saya ini ada yang punya akses kepada maklumat yang 'first-hand' dan bukanlah khabar-khabar angin. Kesimpulan mereka, UMNO kini berada dalam keadaan payah lagi tenat. Cerita Khairy mendominasi senario meluluskan berbagai permohonan kepada kerajaan menjadikan keluarga Pak Lah nampak lebih berkuasa dari Pak Lah sendiri.

Golongan profesional malah yang pegang jawatan tinggi dalam kementerian tahu ini semua dan sedih tapi tak boleh buat apa-apa. Ada yang pernah beritahu Pak Lah fasal latar belakang sebenar Khairy tapi Pak Lah buat tak tahu saja. Khairy ni sebenarnya bahaya pada negara.

Saya harap Tun dapat lakukan sesuatu untuk betulkan keadaan ini. Saya tahu Tun keluar UMNO bukan kerana Tun tidak sayang pada UMNO tapi mahu beri isyarat gawatnya UMNO pada masa sekarang. Sebagai pemimpin bertaraf dunia, Tun tentu lebih faham apakah strategi yang patut dirancang.

Kini Ezam orang kuat Anuar dicanangkan dah masuk UMNO diikuti oleh beberapa orang lagi. Pada saya tindakan mereka ini hanya memburukkan nama UMNO saja. Kisah sumpah-sumpah tukar warna dan kisah desperados. Pelik bin ajaib hal duniawi ni..

Bagi sesetengah orang politik, najis tu macam roti canai je, boleh makan dan jilat sampai habis. Bila dah keluar melalui dubur pun boleh dimakan sekali lagi dan mati-matian kata ianya sedap padahal oranglain kata 'bodohnya dia ni.. dia ingat dia dah cukup pandai'. Orang-orang ini bukanlah pejuang yang sebenar, mereka hanya pelawak sarkis..

Wassalam

kesatuan pejuang malaysia said...

Salam,

Tun,

Apa motif Ezam masuk ke dlm UMNO?Adakah untuk mengukuhkan UMNO ataupun ianya untuk mengukuhkan pembangkang kerana kita semua tahu permainan licik pembangkang untuk menghancurkan UMNO.Saya sedia keluar drp UMNO spt apa yg Tun lakukan kerana saya percaya integriti di dalam Parti Keramat tersebut sudah tiada.Kita tunduk dan banyak mengalah kepada negara jiran kita Singapura yang sedikit demi sedikit telah menguasai banyak aspek yang dipertikaikan antara kedua buah negara kerana tiada integriti di peringkat kepimpinan UMNO sekarang.

Unknown said...

Saya setuju dengan Tun.

Aris Farisan said...

salam Tun....
Saya memang sayang sgt ngan Tun.
sejak saya lahir Tun memrintah Malaysia.
memang Malaysia nampak bertambah maju.
tapi bile era Pak Lah...
kat level tu jer...
yang ade Islam Hadhari jer....
tapi more focus kat negeri pantai timur jer...
banyak projek tergendala.
especially projek tambak johor.....
ade ker patut kite patut berhentikan projek tu sebab singapore mintak ruang udara dan tanah malaysia...
nampak sgt kite takot ngan singapore.
memang lemah tol

tbpin said...

It has been a very trying time for Tun. Take it as it goes Tun

Unknown said...

assalamualaikum tun....

saya sangat menyokong Tun selama ini.
bolehkah sekiranya Tun memberikan ulasan berkaitan Ezam yang kembali ke UMNO dari PKR

For a PEACEFUL Planet said...

Assalamu'alaikum Tun,

I sincerely could not comprehend the attitude of the Malays in UMNO.

Sebagai Melayu,it is very natural for us all to respect our previous leaders, what more that of the elders.

And, what more that of a Smart & Brilliant LEGENDARY STATESMAN Very Well Respected by friends & foe - Muslims, non-Muslims - WORLDWIDE!!??

Badawi is one SICK Malay Muslim who not only disrespect his previous leader, but also envied all the successes achieved - even for his OWN Nation!

Badawi truly has hati yang busuk lagi hitam lagi legam, etc. which wAllahu'alam, is really hard to describe..... - ie. for a Malay, &, what more, for a MUSLIM.

Badawi's the FIRST & ONLY "leader" in the world that I noticed to be so ungrateful of his OWN country's achievement & jealous of his predecessor!... WHY??? He is really so bizarre & weird!!

=> Astaghfirullahal'azhiim.

May Allah SWT Bless you Tun, with Good Health, Strength, and Happiness Always....... Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

Trade Pro said...

Salam Tun ,

Alhamdulillah Tun masih lagi 'mengaum' walau dikhianati oleh orang-orang yang berada di keliling Tun.Benar kata para sahabat pengunjung chedet.com,negara kita semakin lama semakin dekat menuju kehancuran yang bakal menyaksikan orang-orang Melayu merempat di bumi sendiri.Harap Tun pertimbangkan 'idea kecil' saudara Red1 diblognya.Dah pasti kalau Tun kembali,ngauman Harimau Asia akan kembali menggegar dunia.Cuma jika Tun nak memilih pengganti,harap kali ini Tun teliti sebaiknya.Jangan terpilih si pengkhianat bangsa lagi.

Allah peliharakan Tun sekeluarga!!Allah peliharakan umat Melayu di Malaysia!!

mCrossings said...

TUN,

Some interesting development. PKR men sneaking into UMNO:

KJ is losing clout in Pemuda and this is the step prior to next UMNO election.

He's adding his proxy in UMNO.

There will be some real big money politics in the pipeline. filthy big i guess.

Mukhriz will have to start campaigning hard now.

The ex PKR need to be watched.

Perhaps DSAI beginning to see it will be much easier to become PM under UMNO.

He only has to buy his way into UMNO and in the mean time plant his people to make that in-roads.

UMNO members has the history of being bought.

It's time to draw a line between the hardcore and the spineless.

I'm not surprised if AAB suddenly accepts DSAI into UMNO, PKR dissolved, and a new election to be called.

AAB will use this excuse for the malays as uniting the malay to strengthened his position and thus obtaining stronger mandate.

This is his political survival and to collaborate with DSAI seems more viable for him to stay in power for at least another term.

Then DSAI will step in as PM and later followed by KJ.

How's that?

Zashnain said...

The sad reality is that the present administration has no idea of how to effectively manage our nation. UMNO does not need to look further to find the reason to why the rakyat are unhappy. People generally have lost faith in UMNO, among other things. The indicators are numerous but some individuals choose to close both eyes to serve their own interest. Tun, your foresight has enabled us to see their weaknesses and their inability to manage our country.

Shy said...

Askm Tun,

hairan pun ada..la ni parti komponen lain mcm x cukup dakwat nak tulis demand..masa Tun dulu depa senyap aje..Pak Lah tidoq kut..

YapAhLoy said...

Tun Dr M,
Penduduk Malaysia lebih selesa semasa negara diterajui oleh Tun Dr M, dimana "living cost" adalah rendah, peluan kerja lebih selamat, kemajuan ke arah positive. Tapi sekarang semuanya terbalik. harap Malaysia dapat diselamatkan dari malapetaka ini. Sekurang kurang ada orang seperti anak Tun Dr M berani bersuara untuk kebenaran di Parti memerintah. Terima kasih Tun Dr M. untuk melahirkan sifat "Fight for what is Right".

dont know what name said...

However Malays are still the luckiest people on Malaysia. Why bother.

Quantum Metal Consultant said...

Perjuangan UMNO sepatutnya tertumpu kepada perjuangan ekonomi orang Melayu yang makin terhakis dengan 'demand' betalu talu kaum lain hingga kerajaan lemas dan tunduk kepada desakan, yang terbaharu, bantuan biasiswa hingga 45% kepada bukan Melayu

Ketidakstabilan politik-ekonomi Melayu tehimpit

Progam Kebajikan Ummah Melayu Islam - Eksklusif

Dapatkan Bantuan Kewangan dan Insentif melalui Citiloan And Mortgage Sdn Bhd (344917X)–bukan sebagai pinjaman atau subsidi

Syarat Kelayakan:
v Melayu Islam / Lelaki atau Perempuan sahaja
v Berumur 13 tahun pada tarikh penyertaan
v Warganegara Malaysia dan Brunei sahaja
v Penduduk Bumi Sabah / Sarawak yang berugama Islam sahaja
Sila sms nama, nombor kad pengenalan dan alamat ke talian
016 880 2180 dengan segera untuk dijemput ke taklimat yang akan dibuat di daerah tuan/puan.
Sebarang pertanyaan melalui telefon tidak sesuai dan tidak dapat dilayan. Terima kasih

fz150i said...

Askum Tun,

Selepas ni saya harap saudara mukriz dapat berjuang bagi pihak Tun untuk memperbetulkan UMNO. UMNO yang ada sekarang ni terlalu lemah dan rapuh. Semoga kita berada dilandasan yang benar. Insyallah

Suraya Yeop Jr said...

Saya sgt kagum dgn Tun. Semoga allah panjangkan usia Tun dan kurniakan kesihatan kpd Tun dan keluarga. Hidup Tun Dr Mahathir!

kemahkemin said...

assalamualaikum tun.

harap2 pasni ramai lagi yang ikut tun keluar dari bn,baru lah sedar sikit pak lah tu,,,,,,,,

Ong Eu Soon 王佑舜 said...

Saya setuju UMNO tak bergune lagi. Tapi TUN masih mampu membangkit gempa politik berkekuatan 10 skala Ritcher, sekiranya TUN menyertai Parti Keadilan Rakyat. Berpakat bersama Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang , pastilah TUN dapat turunkan bala dan musibah kepada Abdullah, Khairy dan kuncu-kuncu nya.
Janganlah kecil hati, bukankah saudara Anwar sudah "forgive and forget" apa yang berlaku waktu silam.

Global Solution Services said...

Askum Tun,

Semoga Tun berbahagia dan sihat selalu, apa pun yg berlaku diwaktu ini,marilah kita kembali kepada Tuhan kita.

Saya rasa pelik dan hairan kenapa setelah sejauh ini isu-isu ini berjalan belum ada dari seorang pun pemimpin UMNO yg mahu sedar dan insaf untuk kembali kepada Allah.

Apakah kita ingin menafikan yg semua ini tidak ada campur tangan dari Allah? Apakah yg berlaku dan akan berlaku kelak semuanya adalah sia-sia.

saya amat berharap dengan akal dan umur yg panjang yg Tuhan telah anugerahkan pada Tun,dapatlah apa kiranya kita sama-sama koreksi diri kita.

Saya dalam isu antara Tun dan DSAAB tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Kerana pada pendapat saya kedua-duanya punya keistimewaan tersendiri,tapi yg membezakannya mungkin pendekatan masing-masing.

Tun lebih dikenali sebagai watak yang berani dan agak keras,manakala DSAAB lebih tenang dan relaks.Terpulanglah pada cara masing-masing.

Pada saya,negara memang amat memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas,jujur dan amanah. Dan yg terlebih penting ialah seorang pemimpin yang bertaqwa disisi Allah.

Kerana hanya pemimpin yang hatinya dekat dengan Allah sahaja yang akan dibantu dan diberi jalan keluar. Pemimpin yang tidak merasa dia telah berbuat,apatah lagi meminta utk disebut jasa-jasanya.

Saya berdoa semoga Allah mengikhlaskan segala tindak tanduk dan perbuatan Tun selama ini didalam mentadbir negara Malaysia yang tercinta ini mahupun teguran dan nasihat yg Tun berikan.

Hanyasaja Allah yg terlebih layak untuk membalasnya dengan darjat yang tinggi di akhirat nanti.

Doa saya moga Tun akan senantiasa diberi ilham oleh Allah yang baik-baik buat membantu pentadbiran DSAAB,kearah matlamat Negara yang mendapat rahmat dan berkat dari Allah senantiasa. Amin.

«Oldest ‹Older   201 – 400 of 502   Newer› Newest»