Pada 11hb Mei 2008, UMNO mencecah usia 62 tahun. Ditubuhkan sebagai parti yang demokratik UMNO telah mencapai kejayaan demi kejayaan.
UMNO dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah menewas rancangan Malayan Union, British.
UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra telah berjaya merebut kemerdekaan daripada British.
UMNO dibawah tiga Perdana Menteri yang berikut telah berjaya menstabilkan negara dan membangunkannya sehingga menjadi negara contoh kepada negara=negara membangun yang lain.
Kepimpinan parti campuran (Perikatan dan Barisan Nasional) oleh UMNO memperolehi kemenangan dua-pertiga tiap pilihanraya Parlimen melainkan pada 1969. Kerajaan Malaysia yang didirikan semuanya kuat dan dihormati di dalam dan di luar negeri.
Tetapi dalam pilihanraya 2008 Barisan Nasional di bawah pimpinan UMNO kalah di lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan dan tidak mendapat dua-pertiga kerusi di Dewan Rakyat.
Pada ulangtahun ke-62 UMNO dilahirkan ahli-ahli dan pemimpin bawahan UMNO perlu memikirkan tentang keadaan parti pada hari ini. Bolehkah mereka gembira dengan prestasi UMNO sekarang? Bolehkah mereka percaya mereka masih kuat dan relevan seperti dahulu?
Pengasas UMNO memilih sistem demokrasi untuk parti kerana mereka percaya jika pemimpin UMNO menyeleweng, ahli boleh dengan hanya mengundi menukar pemimpin dan memulihkan keadaan.
Malangnya undi perwakilan UMNO boleh dibeli, justeru itu ia tidak dapat menjamin kepimpinan yang dipilih adalah cekap dan baik.
Percubaan dibuat supaya sistem pemilihan tidak mudah disalahguna. Dengan adanya sistem kuota, calon perlu mendapat pencalonan yang besar sebelum dapat bertanding. Sogokan kepada jumlah yang besar dipercayai sukar dilakukan.
Hari ini sistem kuota ini disalahgunakan dengan cara lain. Kali ini yang menyalahgunakannya ialah pemimpin besar UMNO sendiri. Kerana kuasa yang ada padanya, pemimpin besar dapat menghalang ahli melalui pelbagai cara supaya tidak mungkin mencalon selain darinya dengan cukup bilang untuk bertanding.
Ini boleh dilakukan kerana perwakilan ke Mesyuarat Agong UMNO termasuk pemimpin bahagian lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada perjuangan parti, perjuangan agama, bangsa dan negara.
Hari ini yang sanggup disogok akan mendapat sesuatu bagi diri mereka. Jika cara ini berterusan dua perkara boleh berlaku;
1) Wakil Rakyat dan Kerajaan akan dimiliki oleh orang yang sogok mereka. Mereka akan bekerja untuk orang ini dan bukan untuk UMNO dan perjuangannya.
2) Pengundi biasa dalam Pilihanraya akan menolak calon dari parti UMNO dan BN dan dengan itu parti lawan akan mengganti BN sebagai Kerajaan. Pada masa itu ahli biasa, pemimpin kecil dan besar, bahkan yang bakal menjadi Perdana Menteri pun tidak lagi akan mendapat apa-apa bagi diri mereka. UMNO akan menjadi tidak relevan dan akan hancur bersama parti-parti sekutunya. Contohnya dapat kita lihat sekarang. Gerakan, MIC ditolak oleh rakyat.
Sejarah akan kutuk orang yang menghancurkan UMNO. Mereka akan dianggap sebagai pengkhianat kepadanya, pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara. Sudah tentu orang Melayu yang akan kembali menjadi bangsa yang dihina dan dijajah dengan duit akan kutuk orang yang menyebabkan kecelakaan menimpa kaum bangsa mereka.
Pemimpin UMNO, terutama yang tertinggi yang memimpin parti ke arah kecelakaan ini akan dianggap pengkhianat yang terkutuk. Mereka yang turut sama kerana ingin mendapat sesuatu bagi diri sendiri juga akan dikutuk.
Inilah hasilnya apabila pemimpin dan ahli UMNO sudah lupa akan tanggungjawab mereka terhadap parti, terhadap bangsa, agama dan tanahair, tetapi sebaliknya menjadi tamak untuk mengisi temolok diri sendiri sahaja. Na'uzubillah
220 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 220 of 220UMNO sudah tidak gah seperti perjuangannya dahulu! kerisnya sudah tiada bisa lagi! lebih memeritkan ketua pemudanya melutut memohon maaf kerana keris bangsanya. dimana maruah kita? sudahlah ekonomi, kita tewas. pendidikan pun kita tewas. warisan bangsa pun kita tewas. sungguh hina bangsa melayu, tidak berhati waja mempertahankan yang hak. UMNO terlalu bacul!!!! memalukan!
Dear Ban,
I beleive u're Malaysian and always be. There are equal rights, equally poor people amongst all the races in Malaysia. I'm poor myself eventhough I'm Malay. I never complain being a Malaysian because truly there is equal opportunity in this country.
Malay rights doesnt make other races poorer. Malay rights never rob anybobodys rights too. There are Malay beggars too but I rarely see chinese beggars around. Why? because the Chinese doesnt like to humilate themself which I really respect. Unlike the Malays and Indians. The Chinese work very hard. I had a Chinese friend who sell ice cream for the past 40 years on his old bicyle. His only complaint was for his children who cant afford to look after parents because of their lavish style of living.
Yes we all have a very hard time now. This is the time to show that we are true Malysian. Be it good or bad time, we always work hard for ourself and the country. I beleive the Malays will always share their piece of cake.
The only problem that we are facing now is few uncapable guys who failed to managed their country well.What angle did you define poor. So come on Ban, dont be disheartend. Problems almost every where. Malaysia is a beautiful country, for those who work hard, apportunity is always around. Get the right advise. Think before u leave. There is a Malay saying " Hujan Emas Negeri Orang Hujan Batu Negeri Sendiri, Lebih Baik Negeri Sendiri" " Dimana Bumi dipijak Di situ Langit Dijunjung". HIDUP MALAYSIA
Kini UMNO dilihat tdk sekukuh dahulu lagi, persoalannya KENAPA? sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? apa pendapat Tun....
umna dah salah..org yang membawanya yang salh..niat masuk umno dah terpesong...tengok la gelagat peminpin umno..cara mereka, life sytle, gaya...sumo action2 belaka...
join umno dlm kepala gua nak projek...
Tun,
pemimpim cam tun sukar dicari ganti...zaman tun x de pun org berani usik kedaulatan melayu & raja....x de pun kes muaalaf...
apatah lagi cam ne lemah pun pimpinan..x de plak negeri2 lain jatu ke pembangkang..
saya setuju sgt tun kata kepimpinan yang lemah x sesuai pada ere ni..
klu bleh tun pimpin la balik negara ni biar gemilang seperti dulu2..
satu dunia respect kita..klu pi lua negeri pun depa asyik sebut nama tun je bukan pemimpin la ni...
Assalamualaikum Tun Dr,adakah jasa kita minta di kenang? hanya redha Allah yg penting.Semuga Tun akan terus menyumbang dari segenap segi untuk Negara kita yg tercinta,jangan ade rasa kecil hati atau jemu dalam kamus Tun. Saye percaya Tun berjiwa besar,Tun adelah Negarawan Malaysia.Tun!! Pepatah melayu ini masih relevan kah pada Tun? "Carik carik bulu ayam, akhir nya bercantum jua" dan Marah jangan sampai "Berpatah arang berkerat rotan". Maaf sekiranya saye terkasar bahasa.
Akum TDM
Walau apa pun yang berlaku kami ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun UMNO yg ke62tahun khasnya kepada TDM sebagai veteran UMNO dan Mantan Presiden.Mungkin ini pertama kali kami wish kepada TDM kerana sebelum ini kami tak kesampaian.Moga-moga kita doakan parti ini terus kuat dan terhindar dari fitnah dan kejatuhan dan moga-moga TDM dan keluarga sihat sejahtera.-amin-
YANG DI HORMATI TUN, WALAUPUN BN/UMNO KALAH DI 5 NEGERI SAYA SERTA KELUARGA MASIH SAYANGKAN UMNO.TIDAK PERNAH TERLINTAS DI HATI KAMI UNTUK UNTUK MENUKAR PARTI WALAUPUN PAKATAN RAKYAT MEMBERIKAN JANJI MANIS TERHADAP RAKYAT.SEJUJURNYA SAYA MASIH MEMBERIKAN SOKONGAN TERHADAP PAK LAH DAN DS. NAJIB .BIAR PEMIMPIN DI HIMPIT KESUSAHAN SEBAGAI RAKYAT SAYA AKAN BERI SOKONGAN MORAL.SAMA JUGA PAK LAH TELAH MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL DAN KESETIAAN TIDAK BERBELAH BAGI KETIKA TUN MENGHADAPI KESUSAHAN.PEMIMPIN BERTUKAR SILIH BERGANTI DAN SAYA BERHARAP PENYERAHAN KUASA PAK LAH KEPADA DS. NAJIB AKAN BERJALAN LANCAR .SEMUGA MALAYSIA AKAN TERUS MAJU WALAU BERPULUH,BERIBU PEMIMPIN YANG MEMERINTAH MALAYSIA DI BAWAH KEPIMPINAN UMNO.SEKIAN TERIMA KASIH
Sepatutnya Pak Lah dan kuncu2nya beringat selalu bahawa rezeki dan juga ajal maut tersebut Allah S.W.T yang tentukan. Semua yang ada pada kita hanya dipinjamkan sementara...di loan sahaja kepada kita..tetapi untuk membayar loan itu dengan apa...dengan amalan yang baik, solat, amal jariah dan sebagainya...esok lusa kalau mati semuanya akan dipersoalkan oleh malaikat dalam kubur..jadi bersiap sedia lah..
Dear Tun,
It is quite clear with the comments here that Malaysians are still bogged down with the issue of race. In this global village, do you think other countries care whether you are Malay, Chinese, Indian, Kadazan etc? The other countries in the region are forging ahead and Malaysia is going backwards because it cannot get past the racial issue.
Very sad.
BTW, UMNO baru is 20 years old, not 62 years.
Chris
29. Jadi, untuk menyelamatkan UMNO, kita kena buang segala anggota UMNO di atas itu yang jahat, yang korap, yang tidak berbudaya dan berakhlak tinggi, dan yang tidak bijaksana. Ada orang boleh jadi geliga otaknya, lulusan dari Oxford, Harvard dan sebagainya, tetapi tidak bijak, tidak pandai, tidak cerdik budaya. Orang ini tidak layak diangkat oleh UMNO untuk menjadi pemimpin mereka. Mengapa? Sebabnya mereka tidak mempunyai ‘roh atau semangat Melayu’ yang cukup dalam dadanya, tidak bijak, tidak pandai bercakap dan berhujah dengan rakyat. Mereka mungkin layak menjadi penyelidik akademik, tetapi tidak layak menjadi pemimpin bagi bangsa Melayu-Islam yang mempunyai nilai-nilai ketimurannya yang tersendiri, yang perlu difahami oleh sesiapa yang hendak menjadi pemimpin orang Melayu.
- Petikan dari ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di EGM UMNO Gua Musang.
TUN,
Throw 1000% support behind KULI so that these crazy people could be wiped out. Otherwise, come out of retirement, lead the country till someone capable & clean could be found . Not by the TINGKAT 4 boys!!!!!
There are many malaysian like me who will die for this beautiful country. Tapi ramai yg masuk UMNO, MIC & parti komponen BN yg lain nak cepat KAYA. There is a saying " If u wanna b rich in M'sia enter politics, esp UMNO". Mana boleh orang kumpul berjuta2 dalam satu generasi??? Ridiculous kan!!!!!
TDM - Timeline;
1946: Joined United Malays National Organisation (Umno).
1947: While a medical student, he wrote extensive anti-colonial commentaries in Malay newspapers under the pen-name "Che Det".
1957: Resigned from government service as a doctor. Starts private practice.
1964: Entered active politics as Kota Star Selatan MP.
1965-1969: Member, Umno Supreme Council.
Sept 1969: Expelled from Umno for disciplinary reasons. Re-admitted on March 7, 1972.
June 1972: Elected a member of the Umno Supreme Council with the highest number of votes. Lost in the election for an Umno Vice-President post.
Dec 1972: Appointed a Senator by the Kedah State Legislative Assembly.
1974-2004: MP for Kubang Pasu, Kedah.
Sept 1974: Education Minister.
June 1975: Umno Vice-President.
March 1976: Deputy Prime Minister & Minister of Education.
1977: Acting Chairman, Umno Liaison Committee, Malacca.
Jan 1978: Deputy Prime Minister & Trade and Industry Minister.
May 1978: Chairman, Perak Umno Liaison Committee.
Sept 1978: Umno Deputy President.
June 1981: Barisan Nasional Chairman.
June 1981: Umno President.
July 16 1981: Fourth Prime Minister of Malaysia, Minister of Defence (until 1986) and Minister of Home Affairs (until 1999).
July 17 1987: Umno Political Bureau Chairman.
Feb 16 1988: Pro-tem President of Umno Baru. Umno was declared an illegal society on Feb 4, 1988.
Dec 1993: Kelantan Umno Chairman. Chairman, Politics and Constitution Committees of the Supreme Council.
Sept 1998-Jan 1999: Finance Minister. June 2001 - Finance Minister.
June 22 2002: Announced his intention to resign from all political and government posts at the final day of the 56th Umno assembly. Appeals from Umno Supreme Council members.
Oct 31 2003: Retired as PM and Umno president after 22 years.
Sept 2006: Fails in bid to be an Umno delegate for the Umno general assembly coming in ninth out of 15 contestants in the Kubang Pasu division.
May 19 2008: Quits Umno
TDM advised: Those who do quit not to join any opposition party. They can all rejoin the party once there is a change in leadership. Let's do it !!!
hidup DR.M..
benar kata Dr.M
"MELAYU MUDAH LUPA"
UMNO is 62 years old, but now it seems like being manage by a 26 year old kid. 9BUDAK MENTAH, BERANGAN-ANGAN, MAKAN SUAP, MALAS, IDEA KOSONG, CAKAP BANYAK, TEGUR SIKIT MERAJUK. No wonder people say no to umno.
Not only that. Tun said. Musuh Paling Besar Melayu adalah Melayu Sendiri. He's not refering to Malays, but actually the attitude. Too bad malays are slow in picking up teguran but fast to react - merajuk. If this how today malay is going to be, then One day malaysia will be the next palestine. Look at them, don't you find similiarity.
Tun,
You have been the biggest leader seen by this country. Your contribution has been immense and beyond comparisons. We are indebted to you for leading the country from the 80’s into the millennium transcending economic barriers and political upheavals. You have carried the country through numerous crisis and has always came out tops, thus saving Malays, Umno and Malaysia from catastrophes. We are proud to be Malaysian and were having the best time of our lives during your leadership. You deserve to be in the all-time "Malaysian Hall of Fame" and be remembered for all the excellent things that you have achieved for yourself and the country. We were all glad when you retired for here is a gentleman, a leader, a statesman who has fulfilled his life to the fullest and deservedly retire to spend quality time with the loved ones that he has sorely missed when he was in office.
So why are you doing this Tun? Resignation from Umno will not solve the Malay crisis overnight. I have pondered and can’t rationalize what made you do it??
We are all sad at this turns of event and sincerely hope that you will not further aggravate the situation that is already bad as it is. We still need your leadership Tun but please see the issues from the perspective of others. Others who are not great leader like You or esteem politician like You or veteran Umno member like You…others as in common Malay communities such as us farmers, teachers, workers, professionals, children etc etc, i.e Malays that have elected our leaders through a democratic election process to be our voices in parliament and the government. We have exercised our rights in all the elections and the recent election and we deserve the right to be represented and our voices heard through the democratic windows.
Tun, we sincerely hope that you will think your action over and react wisely for the benefits of all Malays, whether they are Umno supporters or otherwise.
Tindakan Dr. M cuba memecah-belahkan perpaduan orang Melayu.
A'kum Tun,
Harapan saya,munculnya laman web ini bolehlah kiranya saya meluahkan apa yang terbuku dihati ini?UMNO dan BN kini diambang kejatuhan.Mengapa ini berlaku?Tentu ada sebabnya,begitulah juga dgn pendirian yg telah Tun laksanakan.Tun merupakan pemimpin parti yg menjadi Perdana Menteri paling lama di Malaysia pada abad ini.Jadi tidak perlulah rakyat kini mengkritik dengan terlalu rasional.Lupakah kita apa yg telah dilakukan oleh Tun dahulu.Adakah kita sudah lupa slogan Tun dulu."MELAYU MUDAH LUPA".Apakah sebenarnya yg hendak disampaikan oleh Tun itu masih tidak difahami lagi oleh kita semua.Pandangan Tun memang jauh.Sebab itu adanya "WAWASAN 2020".Lupakah kita semua itu.Saya sebenarnya kurang berminat dgn politik ini sebabnya saya tidak suka pada sandiwara lembut gigi dr lidah.Ramai dikalangan pemimpin sekarang ini lebih mementing kesenangan,bukannya tujuan dan matlamat sebenar.Insaflah wahai pemimpin ku,matinya kita masuk kealam kubur maka bertanyalah para malaikat2 kpd kita.Apa tugas dan tanggungjawab yg telah kau laksanakan semasa kau menjadi pemimpin.Ini bukan ugutan tetapi renungan untuk difikirkan sejenak.Tun telah banyak membuat pembaharuan kepada Negara Malaysia.Tidak wajarlah bagi saya sebegini rupa tomahan dan kritikan yang dilemparkan.Tun mempunyai visi dan misinya sendiri,mungkin ada betulnya pandang Tun itu.Berikan peluang kepada Tun membuat perubahan untuk memberikan keyakinan kepada rakyat menyokong UMNO.62 tahun merupakan sebuah parti yg cukup matang.Wajarkah dengan sedikit pergolakan parti ini semua orang2 melayu berpecah belah.Saya mencadangkan,adakan perjumpaan antara Tun dgn PM dan TPM secara tertutup.Mungkin dgn cara ini masalah dalaman parti mungkin dapat dikurangkan.
TUN,
Kami amat bangga dengan cara TUN menjelaskan pendirian dan kebenaran :
http://www.youtube.com/user/Mfundamentalist
Dr Mahadir mempertahan kan orang melayu ,orang islam dan demokrasi
Ini lah contoh Leadership yang kita mahu, tak lembik macam Pak Lah……
PENDEDAHAN TERBARU BULAN INI>>>>>>>> P A N A S……!!!!!!!!!!!!!
SEMUA RAKYAT HARUS SEDAR APA YANG BERLAKU KINI MENJURUS KE>>>>
SEORANG PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN NEGARA>>>>
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew&feature=related
Saya TABIK...ini mungkin tindakan Perisikan Malaysia. Syabas .
Salam perantau
_ashar 4:40_
Angkatan Lancang Kuning Nusantara
Kepulauan Melayu Riau
Email: ashar_abdullah@yahoo.com
Assallammualaikum YABhg Tun,
Ada yang meratapi kegagalah UMNO – BN untuk memtadbir lima negeri selepas PRU Ke-12.
Beberapa ahli UMNO yang ditemui oleh rakan www.teras-umno.com menyatakan harapan mereka untuk melihat UMNO kembali pulih dan meneruskan teras perjuangan UMNO membela bangsa Melayu yang masih jauh tertinggal dipelbagai bidang dan lapangan, agama Islam yang suci dan menjadi panduan hidup dunia & akhirat dan negara Malaysia tercinta yang sedang membangun.
Mereka bersedia untuk bergerak kembali melaku aktiviti-aktiviti seperti kebiasaan. Mereka menunggu isyarat dari pucuk pimpinan Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan.
Ramai yang mengharapkan YABhg. Tun kembali kepada UMNO.... Rujuk kenyataan penuh di www.teras-umno.com
Post a Comment