Monday, May 19, 2008

Pengumuman Keluar Dari UMNO

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

1,354 comments:

«Oldest   ‹Older   801 – 1000 of 1354   Newer›   Newest»
mr hakims said...

tun,

xtahu nak ckp gape..we will support u..kitorang dah benar2 menyampah ngan pak lah..xpaham2 bahasa..cukup lemah..byk tido..byk dgn projek mimpi2 indah bersama khairy yg ntah apa2..jap2 launch projek sana..jap2 sini..projek yg ntah hapa..atoii..xtahan... menyampahnyaaaa...!!

dia xtahu ke yg harga barang tgh naik mencanak2 sejak dia jadi pm..?

dia xtahu ke yg harga myk dah naik lebih 3-4 kali sejak dia jadi pm..?

dia xtahu ke rakyat cukup2 tetekan untuk survive sejak dia jadi pm..?

dia xtahu ke yg sebenanya rakyat nampak dia cukup lemah lg maha xlayak jd pemimpin..?

dia xtahu ke sebenanya rakyat menyampah dgn pura2 alim lebai dia hadhari sana sini walhal pegang peluk pompuan suka hati..?

dia xtahu ke yg dah xda sesapa yakin dgn dia lg..?

dia xtahu ke yg rakyat cukup gelisah dgn masalah kaum yg mula start akhir2 ni..?

pak lah..berundurlah..berundur sebelum jatuh x salah..jgn lg berikan rakyat masaalah..paklah..kau terlalu lemah..berundurlahhh..!!

IrDr said...

Salam Tun

Good thing today's political scenario provides you with an avenue to express your unhappiness in the most open manner... syabas tun... hopefully we'll see better governance and less corrupt politicians in Malaysia... check-and-balance and accountability is the rule of the day

Anonymous said...

Tun

Saya antara insan yang amat mengagumi kepimpinan dan kepribadian tun..
keputusan tun keluar dari umno semalam amat mendukacitakan saya dan keluarga.. namun kami percaya tun ada kewajaran tersendiri dalam membuat keputusan itu...cuma kami berharap tun benar benar tidak menyertai mana2 parti lain.. kembalilah pada UMNO setelah semuanya selesai.. kami percaya tun amat sayang pada perjuangan UMNO ASAL...

kami sangat merindui keadaan dimana tun dahulunya masih lagi menjadi presiden umno dan Perdana Menteri.
terima kasih tun atas jasa2 yg telah tun berikan selama 22tahun memerintah..

Selangkah bererti mara mengharungi sejuta dugaan...


Tun Dulu, Kini dan Selamanya

Unknown said...

mr.green memang patut turun...dunia IT sepi tanpamu che det...

Anonymous said...

Salam Tun dan pembaca sekelian,

Saya berpendapat bahawa langkah Tun keluar dari UMNO bukanlah satu langkah terakhir yang yang boleh dibuat untuk memaksa Pak Lah meletakkan jawatan. Nampak gayanya Pak Lah masih lagi berpendirian tidak mahu meletakkan jawatan.

Pada pandangan saya, jika keadaan semakin teruk di dalam UMNO dan juga di dalam negara disebabkan kepimpinan Pak Lah, saya rasa adalah sangat wajar jika suatu tindakan lain yang cukup berkesan diambil iaitu dengan menggulingkan Pak Lah melalui tindakan kuasa ketenteraan seperti mana yang telah berlaku pada Thaksin. Saya merasakan inilah yang sangat ditunggu-tunggu oleh Pak Lah sebenarnya dan ini merupakan peranan Najib untuk melakukan tugas ini bagi membolehkan Datuk Seri Najib mengambilalih pemerintahan negara. Lihat apa yang sudah berlaku dengan Thailand setelah Thaksin digulingkan... Thailand menjadi lebih stabil dan aman. Mengapa tidak kita mengikuti contoh itu walaupun ia sesuatu yang pahit. Ingatlah bahawa yang pahit itulah ubat...

ahmaad albab said...

at first i a bit confuse bout ur decision, but then a slight thinking than i realise u have made one great move yet risky
but then our support for u will never fade
we will n join u all the time
as always u always know what u r doin
i pray that this will make a good impact to us malays
tun mahathir,
u are one great leader that i will always respect to the rest of my life
salam tun............

peachy oimikado said...

Tun,
saya adalah salah seorang pelajar UiTM dimana universiti yg sgt2 tun jaga kepentingannya,bukan? tetapi byk perkara terjadi setelah tun tidak lg memimpin negara.saya sgt2 terkejut dgn keputusan yg tun buat tp sy tau bhw tun melakukannya setelah meneliti semua aspek. sy membesar dgn polisi yg tun jalankan. sy sgt2 mengagumi kebolehan tun dlm memimpin. apabila tun membuat keputusan untuk turun dari jwtn presiden suatu ketika dahulu, sy sgt sedih hingga menitiskn airmata krn sy sungguh risau keadaan masa akn dtg dimana tampuk pemerintahan sudah beralih. tetapi, sy sedar ape jua keputusan tun, telah tun fikir dgn sebaiknya.. Tun dr Mahathir, tun jgn risau...kami, anak Melayu ttp bersama Tun.. InsyaAllah.. semoga Tun bhgia. begitu jua Tun Dr Siti Hasmah.. 1 hari nnt, kebenaran ttp terbongkar, bersabarlah.

Unknown said...

Salam Tun,

Tahniah Tun kerana tindakan yang berani dan tepat pada masanya. Mana lagi pengikut2 UMNO yang berani macam Tun...jangan cakap aje..kalau tak nak jadi pengecut..jom kita ramai2 keluar party...jadi "partyless"

gunners go... said...

syabas tun,saya tahu tun ada strategi yg lebih ideal..good luck!semoga dipanjangkan umur dan sihat selalu untuk berjuang......

bnkpsa said...

Assalamualaikum Tun,

Mengapalah manusia ni mudah sangat melupakan jasa orang. Bukankah dengan peranan Tunlah maka mereka mereka ini dapat memegang jawatan yang mereka pegang sekarang ni.

I know u know what is best so teruskan Tun. InsyaAllah saya sokong

Azmar bin Zainol Abidin said...

Tun Dr. Mahathir,

Saya memang menyokong Tun dari dulu hingga sekarang. Tun seorang memang terkenal dengan keberanian untuk membuat keputusan.

Semoga Allah memberkati Tun sekeluarga. Amin.

chocfudge74 said...

Dear Tun,

It is indeed a shock to read the newspaper headlines today bout' your decision to quit UMNO. Frankly, I really don't know what to say or what to expect from all this. I don't even know what's REALLY happening in the local political arena lately and the sort of impact it'll have to the rakyat in the next coming months / years / future.

What is really happening? Who is indeed playing political games and on what agenda does each hold on to? It is sad to see the leaders bickering among each other out in public with no ends. But one thing for sure, the Malaysia's political arena is in a mess right now and as a 'rakyat', we can only pray & hope that the leadership will strengthen itself and focus on what is truly important to us all...the 'rakyat'.

I wish you all the best in your future undertakings, but don't overstress yourself as you have a heart condition that needs a close TLC than anything else. Take care & may Allah bless you always.

Deleted said...

I was a little sadden by how you were treated after you were no longer in the seat of power. I'm glad you made this move now.

Although I don't always support your policy and there was also much to criticize, it is undeniable that you and your administration did a lot for Malaysia and for that, thank you.

Cak Kun Cak said...

YAB Tun,

Tindakan Tun sememangnya radikal, namun saya berpendapat tindakan ini terpaksa di lakukan supaya semua orang akan sedar betapa meruncingnya keadaan UMNO.

Saya pun bercadang untuk keluar dari UMNO.

gunners go... said...

syabas tun,saya tahu tun ada strategi yg lebih ideal..good luck!semoga dipanjangkan umur dan sihat selalu untuk berjuang......

Hj.MNAM said...

Salam Tun

Good thing today's political scenario provides you with an avenue to express your unhappiness in the most open manner... syabas tun... hopefully we'll see better governance and less corrupt politicians in Malaysia... check-and-balance and accountability is the rule of the day

Shiveeleaves said...

Tun,I have to say what a brave and bold decision you have made,you have my support!

I really hope that members of UMNO will quit as well,I really can't stand the muka tembok who still don't wish to quit

Unknown said...

Tun, you are the best prime minister i never meet before... i still remember last few years where you are at KLCC shopping where that time is fasting month, and then i come over you and take a photo with you, i can feel you are a humble person indeed i can feel your situation right now, for a person who has retired, life have to be peaceful but your life is full of dramatic story now, what can i comment on your this post is, try to give him some time to correct back the situation where even though you force him in this kind of way, he will not step down also.. So why no be optimistic a bit, let him take his time to correct back his mistake, where everyone also will make a mistake even Tun also make mistake sometimes in the time developing our country. For the time being, this is what i can comment...

melayu x mudah lupa said...

salam.melayu tidak pernah lupa......cuma Tun yang mungkin dah lupa.........dimana laungan Tun... UMNO dulu, kini dan selamanya.............argh tidak melayu hilang didunia

K Firdaus said...

Dearest Tun.

Firstly I am shocked to hear you're quitting UMNO, but I know that you had every reason to do so.
Nevertheless, I hope that everything will be in your favour.

zaini_jb said...

Salam...Apa khaba' Tun...=)

UMNO kadang kala sy lihat begitu 'racist' dan mengelirukan gerak kerjanya...=)

UMNO dlm masa yg sama klaim Malaysia negara Islam...=)

UMNO kata nak membela Islam...tapi byk kali membenarkan pemimpin-pemimpinnya merendah-rendahkan Islam =)...benarkan hiburan-hiburan yg melampau-lampau(mcm mana la Islam nak maju asyik dok berhibur aja)...kuliah-kuliah agama di kebykkan masjid disekat (susah la mcm ni umat Islam nak maju)...=)

Erm,ntah la dah berapa ramai org tersesat...=)

jefri said...

Assalamualaikum Ybhg Tun,

Penyalahgunaan Kuasa..
“Kaki Tidur..”
“Hypocrite..”
Rasuah terang-terangan..
Perpecahan bangsa melayu…
Kenaikan harga barang…
Tidak berwibawa…
Tidak berkarisma…
Tiada sifat kepimpinan …
Buta mata….
Pekak telinga..
Buta hati…
Dan sebagainya…

Hanya itulah sahaja gambaran sebenar yang dapat di lihat oleh kepimpanan sekarang …

Bangsa melayu terus berpecah….
100% mereka yang di sekeliling saya terdiri dari orang2 yang hebat2, yang dulunya di zaman Tun adalah pejuang2 UMNO… tetapi sekarang sudah bertukar arah, semata-mata kerana sudah bosan dengan kepimpinan PAK LAH dan KUNCU-KUNCU nya…

Justeru, keputusan Ybhg Tun keluar UMNO dengan bersyarat, adalah satu keputusan yang tepat, bijak dan hebat. Ini sebenarnya bukanlah hanya keputusan Ybhg Tun seorang sahaja, tetapi sebenarnya KEPUTUSAN BERJUTA orang melayu di luar sana….

Rakyat bukannya buta atau pekak yang tidak boleh menilai setiap tindakan dan keputusan yang di buat oleh PAK LAH… kami waras, terpelajar, “open minded” dan berwawasan….

Jadi kami dapat menilai apa yang baik dan buruk untuk semua rakyat, khususnya Bangsa Melayu dan Agama Islam..

Akhir kata, kepada Ybhg Tun, semoga Allah akan memanjang umur dan memberikan kesihatan yang baik untuk terus mengkritik dan memimpin “UMNO” … semoga UMNO akan dapat di pulihkan seperti dahulu di zaman kempimpinan Ybhg Tun dan kepercayaan orang-orang melayu terhadap UMNO dapat di kembalikan…. Untuk Pak Lah pula, letakkan jawatan dengan cara terhormat, kerana ia adalah yang terbaik untuk semua…

Wasalam…

Mama Aliaa said...

Dear Tun,
Wise decision

melayu x mudah lupa said...

kalau semua keluar parti siapa pulak nak pertahankan UMNO!!!!!!!!!lu pikirla sendiri

klodence said...

Tun,

Saya tak tau apakah rasional Tun keluar dari UMNO..Tapi ini menunjukkan semua bekas Perdana Menteri akan keluar dari UMNO bila kuasanya telah tiada...Saya respek Tun dari ekonomi hinggalah ke pembangunan negara semasa zaman Tun. Cuma bak kata Tun jugak kan, kadang2 bila kita berkuasa memang kita sedikit lalai.... saya juga salah seorang yang menyokong pembangkang semasa PRU12 baru2 ini..kerana rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Pak Lah dan menantunya... cuma apa yg saya dapat simpulkan adalah kekalahan UMNO dan Barisan Nasional kerana tidak mengendahkan orang berpendapatan sederhana punya buah fikiran...Kedua2 parti iaitu parti kerajaan dan pembangkan sibuk perjuangkan nasib orang miskin...tapi dimana letaknya nasib org yang berpendapatan sederhana...kami juga menjana ekonomi negara...dan lalang2 seperti kami ini lah sebenarnya yang mempengaruhi keputusan pilihanraya.... Che Det fikirkan lah dulu tindakan Che Det keluar dari UMNO bukanlah boleh membuatkan Melayu bersatu padu...malahan akan lebih berpecah belah dan menunjukkan bangsa kita lemah dari bangsa lain...lihat lah betapa bangsa begitu sepakat untuk menyokong pembangkang pada PRU12 baru2 ini... Fikirkan lah Che Det...ada kemungkinan nanti Che Det akan disumbatkan ke ISA kerana hasutan...itu semua boleh terjadi kan...betul tak...maka tiada apa yang dapat diperbetulkan malahan lagi teruk dari hari ke hari...Ingatlah Tun, setahu saya UMNO bukan perjuangkan kemerdekaan...UMNO perjuangkan Hak org melayu masa tahun 1955 ke 1964. Kalau saya tidak silap la...perbetulkan jika salah.....

Insan Prihatin

midrees aziz said...

Assalamualaikum YABhg Tun,

1. Jangan keluar dari UMNO.

2. Ambillah masa berbincang sesama sendiri, carilah peluang penyelesaian yang terbaik.Kumpulkan "cream of the cream top leaders or top brand of UMNO leaders".

3. Jangan gunakan pihak ketiga spt media dan sebagainya.

4. Satukan jenama UMNO yang sepatutnya menjurus kepada "one single brand ie serving the Malays and Nation". Yang dapat kita lihat sekarang terdapat banyak brand ie Brand PM, Brand TPM, Brand Ku Li, Brand YABhg Tun dll.

5. Ambil masa untuk selesaikan. Kalau tak cukup satu hari, buat dua hari dan seterusnya.

6. Berbincanglah dengan jujur sejujurnya.

7. Berhenti memeberikan ruang untuk mencurahkan pendapat di blog/lain-lain media, kerana buat masa ini dan keadaan ini ianya lebih banyak mendatangkan kebinasaan daripada kebaikan.

8. Laksanakan sessi ini sekarang. Jangan tunggu lagi.

9. Capailah sesuatu keputusan yang enak didengar oleh kami diseluruh pelusuk negera.

Salam

Amylia said...

Assalammualaikum Tun,

Saya lahir dalam generasi pemerintahan Tun, pada era awal 80-an.Walaupun saya tidak merasai kepimpinan perdana menteri yang lain saya amat mengagumi Tun berbanding negarawan2 lain walaupon ada ketikanya terdapat segelintir perkara yang saya tidak berapa setuju dengan tun. Yelah..nobody is perfect kan? But in my opinion, you're the best pemimpin that I ever know...

Pagi tadi, ketika melihat buletin 7pg di tv3 saya merasa amt terkejut dengan tindakan Tun. Tetapi, setelah seketika..saya berfikir bahawa tindakan Tun ini adalah adalah tindakan yang terbaik buat masa ini.

Untuk Tun, saya senantiasa menyokong tun, berada di belakang tun. Saya berdoa 'ubat' yang pahit ini akan menyembuhkan UMNO yang kita sayangi, memertabatkan kembali bangsa Melayu kita.Semoga Allah melimpahkan kesihatan yang baik buat Tun & isteri.

-Anak Jati Perak yang sayangkan negara-

othman bin embun said...

Salam Y.Bhg.Tun,

I pray that your decision will open the eyes of the malays esp. the umno members that the culture of "yes Datuk" must be stopped. I consider your decision as a form of self-sacrifice for the sake of the alays as a whole.
Best of luck, Tun.

Zidana7382 Jitra said...

Tun,
Perjuangan Mu Belum Selesai...
Tabik Hormat atas sifat gentelmen Tun..World's are reconizing you are the great leader even Mursidul Am PAS-Nik Aziz also solute you the way you handling M'sia during currency crisis done by evil George Soros..but who are there here in Malaysia people like "PAKLAH" the sleeping PM in the world.
Basic simple thing he cannot follow such as puntuality to attend any event compare to you..Peolpe have to wait him until 3~5 hours some of the official event..this shows how sleepy he is..

zul00kimi said...

Salam buat Tun sekeluarga

Saya merasa sedih kerana Tun sekarang dikeji oleh orang yang menyokong dan memuji Tun dahulu.Saya mengagumi Tun dari dahulu sehingga kini.Saya masih terus berminat mengikuti perkembangan diri Tun.Tun telah banyak berjasa kepada negara.Apa juga yang Tun lakukan, saya akan terus menyokong Tun.Kaki ampu takkan berani membuat keputusan seperti Tun. Semoga Tun terus tabah dan ingatlah masih ramai yang sayangkan Tun.

klodence said...

Tun,

Tak demokrasi betul blog ini...kita sekarang di negara demokrasi...saya tak rasa di blog kita perlukan kebenaran dari pencipta blog untuk pamirkan komen... cubalah lebih telus..

Yang perlukan penjelasan

Dr Alzamani Idrose said...

Dear Tun,

I understand your disappointment with UMNO. I grew up during your administration and understood fully what you tried to do to the nation. I think it's really tragic to see UMNO dying a slow and sure death following poor and undynamic leadership showed currently in UMNO.

Your exit from UMNO has shocked UMNO members and the nation - the government or opposition people.
I think people got your message.

Nevertheless, i think it is wiser to ask UMNO members who support your ideals not to resign from UMNO. If this happens, the people left in UMNO would be only those supporting the current leadership. Come December election, there is no 'good' people with conscience to reengineer UMNO. We need this people in UMNO doing the reengineering work. The election results in December will show whether or not UMNO is serious about rebranding the party.

Asking UMNO members to stay in UMNO and urging them to re-engineer is a powerful and wise way to ensure this process take place.

I think you need to 'refine' your strategy. This method suggested will also put Mukhriz in a more comfortable position. It will be easier for him to gain support to reengineer UMNO

ard_kedah said...

Assalamualaikum Tun,

semoga tenang menghadapai kerenah Pak Lah.

Pak Lah memang tak faham dan sengaja tak mahu faham yang dia kena letak jawatan secepat mungkin kerana pentadbiran beliau melemahkan orang Melayu dan UMNO.

Beliau sengaja mengaku rakyat suka kat dia sebab dia suka berkuasa. Cara yan paling berkesan nak suruh dia berhenti, ialah semua ahli UMNO kena berhenti dan tinggalkan Pak Lah dan juak2nya yang berkepentingan dalam UMNO.

Hanya mereka yang bodoh sahaja akan menyokong Pak Lah, membuta akal fikiran mereka demi untuk menjaga kedudukan mereka dalam UMNO.

Sesiapa yang ingin melihat bangsa dan negara terbela, jangan percaya pada Pak Lah kerana dia buta kayu.

zul00kimi said...

Salam buat Tun Sekeluarga,

Dari dulu saya mengagumi kepimpinan dan sikap Tun.Saya terpanggil untuk memberikan komen setelah saya mendengar dari tun sendiri, ada mereka yang dulunya memuji tun tetapi sekarang mengeji.mereka ni orang-orang yang tidak tahu mengenang dan menghormati orang yang telah banyak berjasa kepada negara.Saya sedih apabila tun diperlakukan begini.Saya harap tun akan terus tabah dalam menghadapi semuanya. Sesungguhnya saya rindukan ucapan-ucapan tun semasa tun menjadi PM dahulu.Lakukanlah apa yang tun rasakan betul.Sememangnya tun seorang yang berprinsip.Sehingga sekarang saya masih berminat mengikuti perkembangan tun

Aai said...

Assalamulaikum Tun...

Saya lahir 1976...dan membesar sehingga saya mula bekerja pada 2001 ketika zaman Tun menjadi PM. Saya rasa sangat bertuah kerana Tun menjadi PM Malaysia ketika itu.Seumur hidup dan sepanjang pengetahuan saya ada dua perkara yang Tun sangat tersilap. Pertama, Tun lantik DSAI sebagai TPM, dan yang kedua serah kuasa pada DSAAB sebagai PM ke-5.

Tindakan paling berani yang Tun pernah ambil pun ada dua pada pendapat saya. Yang pertama mansuh kuasa berlebihan raja2, dan yang kedua...Tun keluar dari UMNO.

Percayalah Tun, Allah berpihak pada yang benar. Kalau sejak dulu TUN berada di pihak yang salah, dah lama Allah singkirkan Tun dari tampuk pemerintahan. Takkan sampai berpuluh-puluh tahun. Kebenaran akan muncul juga akhirnya...insyaAllah

putera aira said...

Salam,
Saya kagum dengan semangat Tun...seorang yang berani dan tegas,
Semoga Tun dan Isteri dirahmati Allah..
Harapnya, tindakan ini tidak membataskan perjuangan kita yang belum selesai..TQ Tun!

Dangerous Variable said...

Jolly Good move Dr. M.

You will have my support!

Aai said...

Tahniah Tun....Allah berpihak pada yang benar. Kebenaran akan muncul juga akhirnya...percayalah

PWN Consultants, Malaysia. said...

BismillahirRahmanirRahim

Salaam AyahTun,

The Star (Sunday) ada memetik AyahTun menasihati para pemimpin UMNO supaya lupakan personal interest dan kembalilah kepada asas perjuangan UMNO.

Kemudian semalam saya terbaca "UMNO must go!" oleh seorang Cina dalam http://malaysiakini.com/columns/82639

Sedih pula melihat betapa getir perjuangan AyahTun hingga memaksa dirinya keluar parti demi mencuba memperbaiki kepimpinan UMNO agar Melayu tidak tergadai lebih lagi atau segalanya..

Sebak kini bila teringatkan perjuangan datuk-nenek kita

Betapa miskinnya UMNO dahulu..

Dan betapa getirnya datuk-nenek kita berjalan ke seluruh pelusuk kampung dan negeri mencari sesen dua, yang lama kelamaannya cukup bagi menghantar rombongan merdeka;

Dan berjalan demi mengumpul sebanyak mungkin tandatangan demi menuntut kemerdekaan daripada pihak Inggeris..

Apalah generasi kita faham betapa risaunya AyahTun.. ramai antara kami takkan faham.. malah jika Tanah ini tergadai seluruhnya, barangkali ada yang tidak akan mengerti apakah nilainya.. seperti angkatan AyahTun, serta Ninda2 kami nilaikan dahulu..

Barangkali di sinilah berakhirnya sejarah Melayu.. apabila perut diutamakan mendahului segalanya.. maka rela digadai apa saja..

Jika diimbas lagi..
Ramai Melayu (esp. datuk-datuk kita) yang telah ditangkap sewaktu beberapa hari Tanah ini jatuh ke tangan bintang tiga. Ramai datuk kita yang 'hilang' tanpa khabar berita.. beberapa hari sahaja.. cukup untuk melenyapkan beratus-ratus wira bangsa..

Kini orang politik sudah tidak membunuh,
cukuplah sekadar slow-death di mana Tanah Melayu bukan lagi hak Melayu,
70% yang digondol tidak cukup malah tidak kelihatan,
30% kelihatan teramat besar untuk dibiarkan semata-mata untuk 'Melayu'.. maka
tidak puas selagi tidak dijujut 30% baki yang kononnya hak Melayu
(30% itupun sudah tak relevant coz sedikit itupun tidak termampu oleh Melayu lagi..)
Mana pula nak cari makan kalau bahasa Cina diutamakan dlm iklan/interview untuk kerja kosong..
kuota 30% pekerja Melayu memadai di tahap operator pengeluaran,
tidak perlu 30% di peringkat pentadbiran kerana 'Melayu Malas',
Di Pulau Pinang, setelah di'usir' Melayu ke Balik Pulau atas alasan pembangunan,
Balik Pulau pula di'bangun'kan, maka 'Keluar Pulau'lah selepas ini..
Lain pula nasib Bahasa Melayu - sudah lama 'Keluar Pulau' sehinggakan tempoh hari
Poster-poster sebelum pilihanraya Gerakan hanya dalam bahasa Cina & Inggeris..

Barangkali memang benar kita dalam 'Denial stage'..
Denying yang kita tiada lagi 'ketuanan'
Bahawa hakikatnya.. Melayu sudah tidak lagi relevan di Tanah Melayu..

'Malai si-a' demikianlah nama 'Malaysia' disebut dalam bahasa Cina, dimana kalau tersilap alunannya.. ia membawa maksud "Melayu Mati-la"

Begitulah halusnya bahasa.. barangkali sehalus budi Melayu..
Datuk kita pernah berkata, Melayu tak pernah menghalau pendatang Cina..
Malah dibiarkan mereka bercucuk tanam di Tanah ini dan kemudian mereka 'claim' tanah itu menjadi hak secara automatik.
Pendatang ramai ditembak di persisiran pantai hanya oleh orang Inggeris..
Melayu tidak pernah sampai hati..
Kebaikan Melayu digunakan terus hingga kini,
Malah ada juga Segelintir Melayu terjangkit sifat kerakusan ini dan sanggup menggadai Tanah dan Maruah bangsa

Barangkali benar kata-kata AyahTun, tak guna kita dipanggil Tuan jika hakikatnya kita hanya kuli semata-mata.

Jika pemerhatian AyahTun tepat tentang personal interest yang berleluasa kini, jika pemimpin UMNO kini hanya menjadi Tuan kepada perut masing-masing, maka sudah pupuslah asas perjuangan Datuk-Nenek kita dahulu..

Barangkali jika Datuk-Nenek kita masih hidup, tidak mustahil mereka juga turut keluar parti. Mereka yang takut menyelewengkan walau satu sen.. pasti tidak akan tega duduk sebagai boneka parti semata-mata..

Ya Allah.. sebak sungguh melihat perjuangan Datuk-Nenek kami tercampak ke longkang..
al-Fatihah..

Mungkinkah patut sahaja kita sahut seruan mereka itu? Bahawa..
UMNO must go! (or maybe the actual meaning was.. "Malays must go!")
70% is just too little and unjust to them! Perhaps we should give them all.. 100%!!! Perhaps the "Malays must go!" Perhaps we are the ones who should migrate to China or India or wherever that willing to accept Melayu yang tidak lagi berTanah ? Why can't we all just be grateful and stop all these greed!! Nanti roh tak terangkat baru tau.. tapi masa tu dah terlambat..!! SEKARANG pintu taubat masih luas terbuka!!!

May God guide us all !!!

Maybe we are indeed..
The LAST MALAYs

p/s: Maybe you would hate me with my writings above.. well.. sometimes we do hate something which is good for us.. perhaps with this hate.. we come to learn how to be grateful.. how to really love.. love for our fellow Malays.. and eventually, love for the non-Malays too.. and perhaps by and by.. they would learn how to love us sincerely too.. by HIS leave.. by HIS leave.

Hayatilah kisah di bawah..

KISAH DATUK-NENEK MU

Kita yang bertuah
Kita tak pernah rasa betapa payahnya merdeka
Aku biasa dengar ibuku berkata
Masa tu nenekku masih ada kat sebelah tapi dia selamba je

Ibu kata nenekkulah yang pergi rumah ke rumah
Meniupkan semangat kaum wanita untuk bersatu
Barangkali keringatnya menjadi saksi
Atas usahanya untuk mendapatkan sebanyak tandatangan yang mungkin
Untuk menuntut merdeka dari Inggeris
Supaya negara dapat merdeka

Datukkulah tukang kutip derma
Satu sen.. dua sen.. tiga sen..
Ibuku dan abangnyalah jadi tukang kira

Sekali sekala datukku menyeru menasihat
Ingat !
Kalau kau ambil walau satu sen pun masuk kocek
Nanti mati kau susah ! Roh kau tak terangkat !

Sebagai budak kecil mulanya ibuku tak faham kenapa
Tapi memang diorang takut nak songlap walaupun sesen
Dan kini akupun dah faham kenapa datukku menyeru demikian..
Bahawa roh takkan terangkat.

Dan rupa-rupanya dengan duit itulah
Dan kutipan lain sana-sini
(Sedikit sedikit lama lama jadi bukit)
Yang telah menghantar pasukan Tunku kita untuk menuntut Merdeka

Begitulah susah dan getirnya usaha Datuk Nenekmu.. kata ibuku.

Aku tak pernah jumpa Datukku
Nenekku pula dapat kukenali agak puas juga
Dia selamba je.. tak terkenal di negeri atau negara atau dunia
Tapi dia amat dikenali oleh 'orang kampungnya' hinggalah ke saat ini
Kini hanya dikenali dan dikenangi oleh generasi2 ibuku, tapi tidak oleh generasiku (melainkan aku)

Al-Fatihah kepada Datuk-Nenek serta AyahBonda kita yang telah pergi

Wassalam.
Semoga kita semua diredhaiNYA dunia sampai akhirat.. amiin.

melayu x mudah lupa said...

assalamualaikum...
kpd tun...
biarlah kita x bersama tp boleh bersama. biarlah kita x setuju tp tetap bersatu....!

selepas Tun keluar dr parti UMNO, terus hilang respect saya pd Tun, yg saya amat kagumi selama ini. Dmana kebijaksanaan dan kewibawaan Tun selama ini??? xkan krn tdk setuju dgn seorang maka parti yg menjadi mangsa??
pd saya lebih baik kita berdiam diri drp bercakap byk...

UMNO DULU KINI SELAMANYA...
MELAYU X MUDAH LUPA!!!


sekian. wassalam...

ADPOWER said...

Dear TDM,

Your situation is very much similar to what have happened when you quit UMNO the 1st time. No one dared to visit nor have any links with you. Until the late Dato Haron Idris brave enough to face all odds and invite you back into UMNO. That same "someone" will do the same to you very soon. No worries.

For whatever you have done for Msia and especially the Malays, I'm truly grateful and therefore willing to take a bullet for you. Let me know if you need any help of any kind.

jefri said...

Assalamualaikum Tun..

Satu tindakan yang tepat dan betul, semata-mata untuk menyedarkan Pak Lah akan kesilapan yang di lakukan olehnya....

Kami sentiasa menyokong apa juga tindakan Tun ke arah mengembalikan kedaulatan UMNO.....

Wasalam..

ShAh said...

ASSALAM..
KESIAN SAYA DAN SELURUH DUNIA MELAYU MELIHAT PERKEMBANGAN TUN SEJAK KELUAR DARI TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA.PADA DASARNYA APA YANG TUN CAKAP DAN TAK PUAS HATI SEKARANG ADALAH DASAR YANG TUN BUAT SEMASA BERKUASA. KIRA MACAM LUDAH KE LANGIT KENA MUKA TUN SENDIRI.MACAM CRITA TUNKU ABD RAHMAN PULAK.PEMIMPIN ADALAH AMANAH BUKAN PEMUSNAH.

MELAYU SEDUNIA said...

Asalamualaikum Tun,

Menitis lagi airmata saya mendengar satu lagi keputusan Tun yang begitu mengejut dan tiba-tiba.

TUN ibarat "bapa kami", yang sudah bejaya mendidik dan membentuk jalan jelas pada "anak" dengan "rumah" yang indah dan segala kemudahan yang serba mencukupi untuk kami terus berjuang dan hidup dengan bangga.

Tak kala ini, "bapa" sepatut nya tenang dengan hasil-hasil yang sudah ditanam selama 22 tahun. "Anak-anak" menziarahi "bapa" sebagai ucapan terimakasih pada segala penat lelah "bapak"nya.

Malangnya, di penghujung Usia , ada pula "anak yang derhaka" pada "bapa"nya, lupa pada diri, sombong dan angkoh,yang hanya mementingkan diri sendiri, sehingga memaksa "Bapa" terpaksa keluar dari "rumah" sendiri yang telah dibinanya sendiri 20 tahu lalu.

Ini amatlah menyedihkan kerana usia "bapa" sudah begitu lewat.

Rasa tanggung jawab untuk "anak lainnya" agar "anak derhaka" tidak menkhianati "adik-adiknya". "Bapa" yang lanjut usia terpaksa bekerja keras lagi demi kehidupan "anak lainnya".

TUN kau adalah "BAPA sejati Malaysia"..!!!
Memang benar kata mu "Perjuangan itu tanpa noktah"

Kami bersama mu "Bapa sejati Malaysia"

salam perantau

_M.Amirul_17;10

Unknown said...

Dear Tun,

I always respects you as a great leader but now we are going to face a world crisis soon so it is not wise to break the unity at this current time.

As for your information, the world crisis that I mention is the approaching of the Planet X or Nibiru and will pass Earth in 2012.

The news is all over the Internet.

mindminda said...

Asmkm,Tun Mahathir Tun Siti asmah yg amat kami kasehi,hormati,sanjungi seabat umur saya bersama pemerentahan Tun saya lihat melayu semakin berjaya melayu d kenali dunia tp bila Tun tinggalkan kami jangkaan kami menjadi benar tiada gantinya! tampa kita sedari inilah permata hati yg hilang yg perlu kita cari,Tun saya rakyat yg setia menyokong AMNO tidak pernah gagal mengundi tp keputusan saya telah mendahului Tun dengan tidak mengundi tahun ini jd saya menyokong keputusan Tun meninggalkan AMNO.Pada pendapat saya Abdulah pura pura pekak dan buta, perbuatannya seolah olah ia hidup selamanya kami pernah berkata jika Tun menubuhkan parti baru kami ikut tak perlu tahu seramai mana inshaALLAH cuma kami ingin luahkan pertapa pengejutnya seperti Hishamudin dan yg lain kerana tidak menegakkan yg benar kami mohon kepada Rafidah dan yg setanding dengannya beramai ramai HAPUSKAN pemerentahan Abdullah!!! doa kami untuk perjuangan Tun dan terus bersama ALLAHUAKBAR

-mighu- said...

Tun telah membuat satu keputusan yang tepat.
Tahniah atas keberanian!!

K Firdaus said...

Dearest Tun,

I am writing again after reading from the so called blog from the opposition side. I am really disturbed on the allegations made on http://bulanpenuh2012.blogspot.com/2008/05/kenapa-mahathir-keluar-umno.html.

Please Comment.
Thank You.

perwira said...

Saya akan selalu menyokong Tun dan setiap tindak tanduk Tun. Keputusan Tun adalah amat tepat untuk menunjukkan Tun sekeras2nya tidak meyokong pimpinan pak lah yang terbukti GAGAL pemerentah dan hanya mengutamakan Khairy, Kamaluddin dan kuncu2 nya sahaja. Saya menyokong Tun untuk menyingkir kerjaan 3 beranak yaitu Abdullah, Khairy dan Kamaluddin. Ini sahaja yang patut dilakukan demi orang2 Melayu tidak menjadi hamba di tanah air sendiri.

papagm said...

Assalamualaiku...YABhg Ayahanda Tun Dr Mahathir,

Saya merupakan generasi muda pasca merdeka..amat mengkagumi Tun sepenuhnya..
Saya telah mengkaji Tun dari aspek sejarah,personaliti,kepimpinan dan sebagainya..
SYABAS dan TAHNIAH..
suatu tindakan yang bijak dan berani untuk menyedarkan dewa kayangan yang alpa dan tidak progresif untuk bangsa, agama dan negara....
Jasa dan kewibawaan kepimpinan Tun suatu ketika dulu menjadi bukti...
walaupun dibenci dan pahit.....Malaysia kini adalah hasilnya

Dwan said...

Biarkan "Luncai (Pak Lah) hanyut dgn labu-labu nya..". Dia x layak duduk di tempat ny skrg...

Saya sbg ahli UMNO di akar umbi tidak berminat utk menyokong kepimpinan dia yang lembik & pekak ini...

Saya turut isytihar keluar parti mulai hari ini selagi dia x fhm2 nk undur diri..

Hidup Tun. Idola saya dulu, kini & selama-lamanya... Allah selamatkan Tun. Amin3x..

Dwan

Watchdog said...

Tun, - Bapa Pembangunan Bangsa

Setiap perjuangan yang ikhlas perlu pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga Tun dirahmati sekeluarga. Kami tetap sokong Tun walaupun atas Perti cap Ayam sekalipun...

Zainol Yaacob said...

Assamualaikum Tun.
Tun dah betul. Tak salah lagi, camna dengan orang lain cukup ke dengan politik RM 1, RM 2 ...gelaran jawatan wuuh hebat!Ketua la AJK la... rasional la sikit dengan bangsa dan negara, jangan hanya untuk poket sendiri. Ketua apa kalau nanti pengikut dah hilang. "Kami bersamamu Tun"

nikdublin said...

Assalamualaikum,
Saya rasa tentunya tak ramai pemimpin dalam UMNO akan ikut Tun. Sebabnya takut 'pendapatan ' kurang. Lagipon dah jadi adat kebanyakan Melayu kita memang tak berani bertindak tapi setakat bisik2 dari jauh je. Yang berani pon akan menjerit2 tak tentu pasal dan ada juga yang sanggup bergaduh kalau pasal parti ni. Memang berani, tapi kalau ramai2 la...akan tetapi bila kena bab 'kesusahan' atau terpaksa keluar dari 'comfort zone', maka hilang la keberanian Melayu. Jadi bagi diri saya, seorang ahli UMNO yang lebih UMNO dari semua ahli UMNO yang masih hidup sekarang telah keluar dari UMNO tapi kebanyakan pemimpin2 UMNO masih dok cerita nak perjuangkan UMNO. Agaknya mana akal fikiran mereka? Orang mcm KJ...apakah benar orang Rembau inginkan orang semcm dia jadi "pejuang Rembau'. Soalan yang sama ingin saya bertanya kepada rakyat Malaysia pula, apakah kita inginkan orang seperti paklalala? Memperjuangkan anak dan menantu dia je yang dia ingat kut. Sedih pon ada jugak bila cakap tentang Tun. Saya ni pelajar kat Dublin. Jadi bila sebut je kita ni orang Malaysia, daripada orang Mongolia sampai la ke orang Arab akan sebut Mahathir. Sebab? Banyak jasa pada orang Islam. Tapi di Malaysia? Kebanyakan bekas Menteri2 Tun sendiri yang dok buat hal dan ada yang maki2 Tun. Tak cukup tu, anak2 muda yang baru setahun jagung pon kutuk2 Tun. Sebabnya ikut dengar cakap mak bapak dia. Dah tak reti nak nilai sendiri. Bagus la tu. Itu la yang mencerminkan keperibadian kita orang Melayu. Bila senang kita junjung. Susah? Tak ada dal istillah nak jadi susah! Jadi mula lah berfikir pada mereka yang masih belum berfikir. Kepada yang dah berfikir pulak, bertindaklah.

Salam hormat,
nikdublin

ctcyber said...

Tun,
Saya sedih dengan apa yang berlaku. Saya menghargai apa yang Tun lakukan. Kita perlukan pemimpin yang berani dan berperinsip dalam menentukan halatuju agama bangsa dan negara. Saya bangga kerana Tun telah meletakkan negara ke tahap ini dan saya juga bangga kerana Tun telah menjadikan kami bangsa yang bermaruah.
Saya marah.
Saya marah kerana pemimpin UMNO hari ini pekakkan telinga kepada pandangan seorang pemimpin yang telah diiktiraf oleh dunia sebagai seorang yang hebat. Kecemerlangan telah terbukti di zaman Tun tapi kenapa pandangan Tun dibuang jauh? Saya tidak marah jika mereka ingin mencipta nama tapi sewajarnya pandangan orang lama yang cukup berpengalaman dan berilmu seperti Tun sepatutnya diambil kira. Umpama anak yang tidak lagi memerlukan nasihat ibubapanya...itulah pemimpin UMNO sekarang.
Saya bangga.
Saya bangga bila Tun mengambil keputusan ini. Meskipun sedih dan berat hati namun saya bangga kerana Tun seorang yang punya prinsip.Saya membesar di zaman Tun dan sudah kenal siapa Tun. Sesungguhnya saya merasa selamat dibawah Tun. Saya kenal siapa ayah saya (Tun ibarat ayah kami)...cukup kenal...!!!Saya tahu perjuangan Tun. Sehingga ke hujung nyawa saya tetap mendoakan kesejahteraan Tun. Sepanjang hajat saya hingga ke usia ini saya hanya melihat satu pemimpin yang benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
Harapan saya..
UNTUK SEMUA PEMIMPIN UMNO,
Jangan pandang remeh dengan mesej yang disampaikan Tun. Kami ingin pemimpin yang memperjuangkan parti bukan hanya untuk seorang pemimpin demi mencapai kepentingan peribadi masing-masing. Ketahuilah kami sudah muak...penat menanti pelbagai janji. Kami juga memandang berat dengan segala pembohongan para pemimpin. Kami mahukan perubahan segera kerana kedudukan UMNO dan BN sendiri umpama telor di hujung tanduk. Tapi kami lihat pemimpin sekarang masih leka dan tiada perubahan. Pemimpin tertinggi mohon lepaskan jawatan bagi membolehkan UMNO di restructure demi kepentingan bangsa Melayu. Mohon letakkan kepetingan bangsa mendahului kepentingan diri, kami pasti menghargai...kami sangat tertekan...Masa terlalu suntuk... ancaman PKR jangan dipandang remeh.
Jangan leka sebelum terlambat. Kita tidak perlu menunggu PRU13 untuk membuktikan keyakinan rakyat kerana hakikatnya rakyat sudah terluka dan marah. Perubahan segera perlu bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Sejujur-jujurnya kami telah tawar hati dengan kerajaan sekarang yang dilihat amat tidak peka kepada masalah rakyat. Masing-masing leka di kerusi empok tanpa turun mendekati rakyat. "Kerajaan akan ambil tindakan tegas kepada mereka yang menaikan harga barang, beras dan sebagainya... tapi mana menterinya?...hanya bercakap di pejabat saja...berapa ramai peniaga yang didakwa? kadar baru harga beras diumum sebagai tiada kenaikan...tapi tahukah pak menteri...??? Harga beras melambung tinggi di pasaraya? Kami tiada pilihan...beras terpaksa dibeli...anak-anak mesti diberi makan...lainlah pak pak menteri...minyak kereta free, pembantu rumah free, elaun sana-sini...disaat kami susah...pak-pak menteri sibuk dengan keraian sana sini...CUKUPLAH..!!!!
ROMBAK SEMULA UMNO DAN HARGAILAH APA YANG TUN LAKUKAN...ORANG YANG MENYATAKAN TUN MEMECAHBELAHKAN UMNO IALAH ORANG-ORANG YANG TAKUT JIKA JAWATAN HILANG...INGIN MENJAGA KEPENTINGAN DIRI...PERJUANGKANLAH NASIB BANGSA DEMI ANAK CUCU KITA...JIKA KITA TAK PUNYA KEMAMPUAN BERILAH LALUAN KEPADA YANG MAMPU DAN SANGGUP MELAKUKAN DEMI KESINAMBUNGAN MARUAH BANGSA...FIKIR-FIKIRKANLAH!!!!!!!

idit said...

Tun yang saya hormati dan kasihi.........dari mula hingga sekarang iaitu sejak berhijrahnya saya ke Kl dari Sarawak back then 1985 sehingga 2007 saya balik ke sarawak, saya telah mengikuti perkembangan Tun sehingga sekarang dan apa yang saya kagumi tentang diri Tun adalah ketegasan dengan pendirian Tun. Apa yang saya boleh ucapkan hanya I really admired you and your wish decision.

May God Bless you and we pray for you.

Best Regards,
Dari anak Sarawak

ajibpython said...

salam tun..saya terkejut dgn tindakan tun..mohon dipertimbangkan semula demi org melayu..jgn biarkan Anwar Ibrahim menggunakan kesempatan ini utk berkuasa..jgn biarkan org cina dan india memijak kepala kita ketika melayu lemah..semoga Allah merahmati Tun...bersatu la org melayu demi agama Islam

Daz Alan said...

Dearest Respected Tun,
We are all human...makes mistakes, we must always "forgive", we always says "thank you" and "Alhamdullilah".....,so lets sit down and eat "kenduri" with our friends......maybe call Pak Lah for a small majlis and hug each other...If a person have 99 bad qualities and only 1 good quality..we must admire his good qualities....like wise if we have 99 good qualities and only one bad qualities...we correct our bad quality...so my dearest respected Tun, please consider my suggestion....no matter if we are in or out of UMNO...we should bond together....
Wassalam...

stevensoong said...

Tun,

You are a great leader of Malaysia of all time. Malaysia needs more brave and courage leader just like Tun. I wish your move will lead us to a even better life in the future.

h a z m i l c h o n g said...

apa khabar TUN DR MM?
semoga sihat selalu...saya harap tun dapat baca komen saya yang tidak seberapa ini...


terima kasih kerana menjadi perdana menteri Malaysia yang keempat...


kat sini saya cuma nak menyatakan tentang kesyukuran dan rasa bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia di bawah pimpinan perdana menteri yang berkaliber seperti TUN

berita tentang Tun keluar daripada UMNO baru saya ketahui dan saya tak terperanjat langsung sebab saya anggap hal tersebut adalah asam garam dunia politik...
saya harap orang lain tidaklah terlalu beremosi tentang hal tersebut...

semoga TUN mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH atas apa jua TUN lakukan..


salam sayang (",)

Mohamad Noor Arif said...

Teruskan perjuangan Tun. Masih ada perjuangan yang belum selesai. Masih ada cita-cita yang tak tercapai. Masih ada persoalan yang belum terungkai. Masih ada kekusutan yang belum terlerai.
Bersama-sama kita bersatu mengubah tanah air kita. "UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH"

hho said...

Tun, saya bangga dengan keputusan yang dibuat untuk menyedarkan PM yang asyik tidur tu. Saya yakin Tun telah membuat keputusan yang bijak seperti mana lain-lain keputusan terdahulu yang mendapat bantahan rakyak iaitu Proton, Leburaya Utara Selatan, KLCC, Putrajaya, KLIA dsbnya, yang saya fikir telah membawa Malaysia ke tahap yang maju berbanding negara membangun lain.Bantahan yang dibuat oleh orang yang kaki ampu dan tidak berfikiran panjang. SYABAS Tun, kebenaran akan terserlah jua nanti.

HHO

Hj.MNAM said...

salam again Tun,

the next step is to eliminate budak hingusan tkt 4 putrajaya from malaysian politics... if what is said about this individual is true.. such individual must not be allowed to take leadership political position now or in future.. corrupt leaders (young or old) are not welcome

ctcyber said...

Saya dan keluarga akan turut keluar UMNO............
Terima kasih Pak Lah kerana mempertahankan jawatan dari membela nasib bangsa...jua pak-pak menteri....terima kasih banyak-banyak kerana memperjuangkan kepentingan diri, jawatan dan nama...juga pak-pak menteri yang mulut celupar...terima kasih banyak...teruskan keceluparan anda kerana kami akan lebih mengenali menteri kami untuk kami nilai. Kalian LUPA DAN SOMBONG BILA BERADA DI ATAS...TERIMA KASIH BANYAK!

Nazeer Nazree said...

Dah lame saye tunggu bila Tun nak keluar parti. Sebab bagi saye tiada ape lagi yang dapat diharapkan dalam pemerintahan UMNO sekarang yang lebih menguntungkan kerajaan berbanding rakyat sendiri. Kerajaan makin kaya, harga barang naik tapi keadaan kewangan rakyat terus tersepit.. itu realiti.. syabas Tun!

Unknown said...

Assalamualaikum Tun :)

Keputusan keluar dari umno ini sebenarnya memberi satu tamparan hebat kepada kepimpinan paklah amnya dan kepada paklah khususnya. Ketidakstabilan dan kesempurnaan kepimpinannya ini sebenarnya telah menimbulkan banyak masalah kepada negara. Dengan keluarnya tun dari umno, saya yakin ada konco2 paklah yang tersenyum lebar terutama sekarang Tun Musa hitam yang mengatakan bahawa " telah terkeluarnya duri dalam daging " bagi saya sifat dan perangai konco2 dan pengampu paklah ini adalah sangat biadap dan lupa diri. Saya kadang2 kesal dengan sikap pemimpin2 yang dahulunya mengangkat tun sebagai orang paling dihormati tetapi akhirnya menjadi pertualang di gelanggang sendiri.

Saya doakan semoga tun terus berjaya dalam hidup dan semoga Allah s.w.t sentiasa memberi Rahmat dan pertolongan di atas perjuangan tun..Amin ;)

yuri said...

salam Tun,
saya sokong tindakan Tun itu...
pedulikan mereka-mereka yg berfikiran sempit yg cuba m'jatuhkn lg Tun...
semoga "'mereka-mereka' yg masih belum sedar tu,,,
cepat-cepat la sedar...
takkan nk tunggu da kacau bilau baru nk sedar~~
saya doakan kesejahteraan Tun sekeluarga....
~~'tidak akan melayu hilang di dunia'~~

Lo said...

Salam Tun

May those that love the party and Malaysia take a drastic action and follow Tun.

The present government is in denial mode, pretending nothing happen. They do not respect the decision of the people.

Pak Lah is the worst PM to ever ruled Malaysia. PRU12 showed that.

He and his cronies must resign before this country of ours is ruined.

Hopefully your action of quitting UMNO will help to open their eyes.

Lo

elle said...

i wish Tun moves will bring fruits .. bodowi out ..now and ever..

yuri said...

salam Tun,
saya sokong tindakan Tun itu...
pedulikan mereka-mereka yg berfikiran sempit yg cuba m'jatuhkn lg Tun...
semoga 'mereka-mereka' yg masih belum sedar tu,,,
cepat-cepat la sedar...
takkan nk tunggu da kacau bilau baru nk sedar~~
saya doakan kesejahteraan Tun sekeluarga....
~~'tidak akan melayu hilang di dunia'~~

salam~~

crazyEllysee said...

Tun,
Betul betul betuL!
Saya sokong tun!
Buat apa kita mengenangkan lagi kumpulan/parti/sesuatu yang tidak lagi semacam dulu.
MAsa emas dan silam itu tiada lagi,
kenapa?kerana ahli-ahli yang tamat dan hanya tahu menjaga dan mengambil kebaikan sendiri.
Begitu hampa rasa tun kepada mereka,
begitu susah hati saya kepada tun kerana mereka memang melupakan budi. Orang begitu, bolehkah menjadi pemimpin negara yang baik dan tidak berat sebelah?
YEs-men, merupakan orang yang berumpama tikus dan patung.
saya sungguh kecewa atas tindakan dan reaksi mereka kepada tun.
TUN! i support you forever:)
I belief one day, everyone can see clearly the mask behind those men and other humans

NFH said...

Salam Tun,

Inilah akibatnya apabila rasuah menjadi-jadi dalam negara. Buktinya parti keramat ini dalam bahaya.

Pak Lah Undurlah cepat. Kami mahukan pemimpin bukan posmen.

Kembalikan kedudukan TDM dan TDSH sebagai ahli UMNO No1 dan No2 secepat mungkin.

Syabas Tun

stylo-kiddo said...

Syabas Tun...Mari kita buat parti untuk ke masjid pulak..tapi bukan ke Masjid Kristal kerana Masjid tu tak boleh buat sembahyang Jumaat dan buang duit rakyat...

Anonymous said...

assalamualaikum tun,
semoga sentiasa dirahmati Allah. saya akan sentiasa menyokong perjuangan tun.

anak jati kbg pasu

stylo-kiddo said...

Tun..Pak Lah tu tak tau kerja..Buat Masjid Kristal tapi takde faedah untuk orang Terengganu. kalau nak tengok replika masjid seluruh dunia kat Muzium Kesenian Islam dah ada dah..Buang Duit Rakyat jerrr

Muhamad Fuad Bin Abdul Karim said...

Salam, idea dan kritikan Tun M telah dibuktikan dengan keberanian Tun M keluar bersyarat dari UMNO. Ini merupakan suatu bentuk keberanian yang perlu diberikan perhatian serius. Ini juga bukan merupakan tindakan emosi dan bersifat peribadi tetapi untuk kepentingan UMNO bagi menyedarkan dan 'suatu penampar kesedaran untuk insaf' bagi orang yang pernah berada di bawah Tun M yang telah terlupa bahawa dirinya kini telah ditolak orang Melayu dan rakyat Malaysia. Komuniti UMNO juga perlu sedar bahawa suatu perubahan perlu dilakukan dengan melakukan 'pembedahan dan rawatan kritikal' bagi membuang segala organ yang merosakkan bagi menjamin fungsi dan tujuan sebenar UMNO kembali pulih dan lebih bermakna. Walaupun tindakan Tun M begitu berat diterima umum, tetapi pada dasarnya menyampaikan suatu masej yang jelas bahawa UMNO perlu diberikan 'wajah baru' yang lebih rasional..... kadang-kadang kita terlupa bahawa tidak semua 'pesan orang tua-tua' (petua) tidak boleh diterima pakai.... hormat orang tua-tua (Tun M)dengan pengalaman dan ilmunya, jangan angkuh dan alpa denagn 'kerusi' yang kita pakai buat sementara. tq

tunmaharezza said...

umno is the custodian of the malay power and the power belongs to the malay people,and umno is people party and belong to the people....today umno and its power belong to pak lah n khairy n the gang and been abuse for personal wealth n agenda.

umno MT did not feel the need to save umno and instead they tried very hard to save paklah...

when tun speaks..pak lah henchmen immediately counter attack him..especially the bloodyfool nazri.....but when keng yaik tsu koon etc attck umno..they all quiet....

umno must revised its political approach and return to grassroots immediatelly,umno must stop undermine the malay intelligents and umno must stop unneccasary politiking.

it can only happen when pak lah munafik resign as party president...until then....

Tun Mahathir will remain non umno......non partisan......Tun sacrifice his membership for the sake of umno and wanting umno to return to its glorious days...

no one has the right to condemn his decision and everyone should respect it and ponder to why he did so......

be realistic in making judgement against Tun and we all should evaluate the logic of this episode...

for those who cant see the rational of Tun decision must at least consider his policy on Umno and the country.....

he is not seeking power but all he wants is return umno back to the grassroots.....restore malaysia pride....protect national interest..

long live Tun Mahathir

makcikkiah said...

Dearest Tun,
Syabas Tun, you've made a brave move. My family and I (all 15 of us) have left UMNO. AAB'umno is not relevant now, esp to the Malays.Our prayers are with you and family for a long and healthy life so you can help heal UMNO.

Puteh Cahaya said...

Tun,

Kenyataan Tun adalah pengajaran besar kepada buat mereka.

Harap mereka akan berubah..

We are with u TUN..

Ravi said...

TDM

this is a blatant show of your disregard/disrespect to the party that supported you and ensured you stayed in power for 22 years. This is the thanks you give by quitting the organisation that elevated you to the highest position of Prime Minister. You have outdone yourself sir - you have not only insulted UMNO by quitting but every Malaysian by showing how you don't stand for any opposition to your views. Well sir, I hope every UMNO Member and every Malaysian looks at this resignation as an opportunity to finally let PM Badawi set a new and brave Agenda for UMNO/BN without you looking over the shoulder.

As a closing comment - you have shown what a coward you are by not engaging in peaceful and constructive discussions with the government.

Enjoy your retirement - you are officially out of politics with this last outcome. And if you think you can now openly voice your concerns against the government, those very sedition laws YOU implemented could come back and bite you!


-Ravi
For those who want to see my BLOG dedicated to Dr. Mahathir, you're more than welcome to visit and comment on http://www.expmmalaysia.blogspot.com/

makcikkiah said...

Dearest Tun,
Syabas Tun, you've made a brave move. My family and I (all 15 of us) have left UMNO. AAB'umno is not relevant now, esp to the Malays.Our prayers are with you and family for a long and healthy life so you can help heal UMNO.

YANI said...

TunM, very wise and most ever respected decision! You're most outstanding leader for an 83 years old's man and to defeat a 60's(how old are PLah) man. Could not even think how PLah who are 20 years more younger can't see what malaysians want(pekak? buta?)TunM, for God sake, please hentam PLah cukup2(since you're not UMNO anymore..)untill he bawak diri keluar Malaysia! If possible, join PRakyat..lagi baguih! Hidup Tun M!

Anonymous said...

good luck tun

Awina Azween said...

TUN.. satu tindakan yang berani..
Saya mahasiswa dan merupakan seorang belia Malaysia sentiasa menyokong TUN..

Hindari KRONISME!!!
Hindari NEPOTISME!!!

Negara sedang melangkah ke alam anarki..

perubahan perlu dilakukan..
UMNO perlu diselamatkan..

Walaupun parti penting, namun pemimpin sebenarnya yang mencorakkan tindak tanduk perjalanan parti demi kesejahteraan RAKYAT.

Cak Kun Cak said...

YAB Tun,

I saw Zahid Hamidi's remarks on your decision to quit UMNO. Its pure BIADAP.

It is really a wonder how you ever let people like this to remain as leaders in the first place.

Voters!! make sure we clean the likes of Zahid in the next election!!! Do not let people like this to put shame on our nation.

fazley said...

Assalamuaikum Tun yang disayangi...

Saya sebagai rakyat berasa terkejut dengan tindakan Tun. Selepas Tun meletak jawatan sebagai PM, orang-orang UMNO tidak melayan Tun sebagai pemimpin,tetapi seolah-olah Tun adalah orang luar. Sedangkan Tun adalah orang yang paling berjasa serta mengharumkan Malaysia di mata dunia. Semasa saya melihat ucapan Tun di berita, Tun betul-betul berasa kesal dengan corak pemerintahan DSAAB.

Saya menghormati keputusan Tun kerana setiap keputusan Tun. Tun mempunyai pemikiran yang bijaksana untuk menyelesaikan setiap permasalah. Saya percaya akan wujud keajiban keatas diri Tun kerana Tun seorang pemimpin yang berani menyuarakan segala pendapat.

Saya akan sentiasa mendoakan kesihatan Tun supaya sentiasa dalam sihat..amin..

Amin Ahmad said...

Saya pasti 62 tahun lepas Tun Dr M bukan ahli pertama UMNO dan begitu juga Tun Dr Siti Hasmah bukan ahli no. 2..

Saya hormati keputusan Tun, tapi saya rasa Pak Lah berhak mempertahankan kedudukannya sekarang dan bersedia untuk Perhimpunan Agung UMNO Disember nanti.

Akuilah bahawa rakyat kini kian celik..ada hal2 dari perbuatan Tun yang layak disanjung dan sebaliknya. Begitu juga Pak Lah dan begitu juga DS Anwar..

Malaysia tidak mahu melalui zaman gelap di akhir pemerintahan Tun hingga kini..kami akan terus berusaha untuk wajah baru Malaysia

Unknown said...

Tun,
saya memang terkejut dengan keputusan tun, tapi somehow saya percaya tun dah terlajak kata hasil dari cabaran orang. Walaubagaimanapun, tun kena telan apa yg tun dah kata.

untuk makluman tun, tiada sorang pun kawan2 saya yg saya kenal mengkagumi pak lah. malang sangat jawatan PM dan presiden umno ditentukan oleh orang umno, bukan rakyat keseluruhannya macam USA. Saya rasa kalau PRU berfungsi untuk memilih jawatan PM, dah lama Pak Lah tu bungkus.

Harap-harap keputusan tun tidak makan diri. harap-harap keputusan tun membawa kebaikan kepada malaysia keseluruhannya. Aminnn...

orangkampung said...

elok sgt la hang kuaq chedet oiii....skang ni hang melalak la kat luaq sana suh pak lah step down....yg hang ni pun satu 22 tahun jadi pm pak lah pun takleh nak handle ker??? buang karen je jadi bijak pandai...hang sebagai org yg berwibawa dan di hormati, yang memilih insan benama abdullah bin badawi sebagai pengganti pm dan presiden umno tak kan tak bleh duk bincang baik2 apa pasai yang hang marah kat dia tu.....melayu mudah lupe che det oiiii... zaman hang dulu malaysia ni bagiuh sgt2 ka??

komando_trg said...

huh..knp yek??
Dr.M apasal buat pengakuan yang awak sengaja pecat anwar tu.tanpa sebab dlm youtube pun ada video tu...
apasal lak pak lah kali ni???
Agak2 kalu awak masih PM, awak mesti pecat dia mcm anwar gak kan??? heheheee..apa lagi nak cari...
pasal video tu guane cter.. kalu dah tahu dari dlu, apasal x bagitahu awal2... Melayu Mudah lupa kan..kan...

anakMalaysia said...

salam Tun,
walaupun saya masih mentah dalam hal-isu politik ini,
saya masih tetap mengikuti perkembangan semasa.

sebagai anak Malaysia, saya berbangga kerana pernah merasai 'kehidupan' dibawah kepimpinan Tun.

walau apapun decision yang Tun buat, saya dan rakan-rakan remaja yang lain tetap akan menyokong kerana kami tahu itu adalah yang terbaik buat agama, bangsa, negara dan generasi yang baru berkembang seperti kami ini.

ALLTHEBEST!

Anonymous said...

Che Det,

Apa habaq? Harap Che Det dan kak Hasmah sihat walafiat dan terus diberi ketenangan dalam hidup.

Saya anggap alasan pengumuman Che Det tu adalah rasional berlandaskan perkembangan semasa. Saya bersetuju kiranya Che Det kembali menyertai UMNO sebaik sahaja Pak Lah letak jawatan.

Amat malang buat UMNO kebelakangan ini lebih banyak bercakap tapi gagal menunaikan amanat membela nasib orang Melayu. Berbeza era Che Det, keutuhan UMNO nyata terserlah walaupun ada waktunya saya pernah berselisih pendapat dalam sidang media dengan Che Det ketika bergelar PM.

Bagi saya, jika orang seperti Tun Dr Ismail, Syed Jaafar Albar, Datuk Harun Idris, Pak Ghafar, Ikhwan Nasir dan ramai lagi masih ada, mungkin UMNO tak akan seteruk ini.

Kepada Che Det, teruskan berjuang demi kepentingan orang Melayu dan bangsa Malaysia.

fendi said...

ASSALAAMUALAIKUM TUN!
tun tlh bt keputusan yg tepat dan berani..syabas!
teruskan perjuangan dgn memberi buah fikiran yang membina kpd negara..
saya doakan tun panjang umur dan sihat sentiasa..
insyaAllah..

anakMuda said...

tun,
sy berbangga dgn tndakan Tun. Walaupun msih mentah dlm arena politik tapi sy selalu mengikuti perkembangan politik semasa.dan sy akn sentiasa menyokong penuh tindakan Tun..insyaAllah kami sekeluarga akn mengikut jejak langkah Tun..terima kasih kerana menyayangi kami(anak melayu)..

waque said...

Tun,
I knew that must be something make you did the decision and hopefully for the good of Malaysia. Even last time during the 1998 crisis I had kutuk and etc. to you but in few years later I realized that you did a good job actually. I think you are right (in my believe). Actually I want to say sorry for the kutuk2 to you that time and ampun dan maaf dipinta.
'Think before you said and find the truth first'
This is what I learned from that scenario. Thanks Tun Mahathir.
I hope Malaysia will be stabil in the near future. Insyaallah.

Unknown said...

Tun tak suka Pak Lah atas sebab-sebab berikut:-

1. Pak Lah tidak guna kuasa beliau untuk menahan Hakim dari membebaskan Anwar

2. Pak Lah buat refomasi undi. Tak ada lagi kotak undi hitam dan tak ada lagi amalan perjalan peti undi 20 minit ke tempat kiraan undi.

3. Pak Lah tidak guna kuasa beliau untuk membuang kes video Linggam dalam tong sampah.

4. Pak Lah bersalah kerana tak lindungi Tun dan anak beranak Tun masih belum puas walaupun dah dapat ratusan juta ringgit.


Bertaubat lah Tun Kubur dah Hampir tuu.

darryl said...

Tun, sorry my comment must have disappeared into cyber space.

Tun, you are larger than UMNO. you dont need UMNO. UMNO needs you. Are they worthy of you? thats for you to decide. Recent statements/actions by you indicate not. UMNO is like the titanic which has just hit the iceberg. Only those who follow you will be saved. God bless you and your family.

BabyMomma said...

For you Tun, I would like to dedicate this stanza of a poem 'Si Tenggang's Homecoming':
I am you
freed from the village,
its soils and ways
independent, because
i have found myself.

I believe you have taught each and every literate and conscious Malay to be free and to be true. And you are definitely a true principled man by this action. I pray that no harm be done to you.

Anonymous said...

Hi all,

I don't know what to judge on thid descision... Bu tone thing i know that all the thing happening in Malaysia today is move by the HAND OF GOD... Let his kingdom come and His will be done on earth (malaysia) as it is in Heaven.... God belss my mother land Malaysia

HzY said...

frsTun,

1.Saya menerima berita keluarnya Tun dari UMNO jam 12.50tgh semalam melalui pesanan ringkas akhbar The STAR yang dilanggani. Lalu reaksi awal saya, tidak terkejut kerana 16/05 saya telah menjangkakannya, cuma saya fikir Tun akan berbuat demikian dalam sebulan dua lagi.

2. Sekitar jam 8.05 malam, anak ketiga (baru Darjah 5) saya yang baru balik bersama ibu dan neneknya dari mencari-cari sayur di Cameron Highland terus menonton berita di TV1 (separuh jalan) terus menerpa saya di TV di dalam bilik (melihat saluran lain TV3), bertanya kepada saya `Abah! Mahadey dah mati ker?' Barangkali laporan TV1 seperti demikian yang memaparkan catatan sejarah Tun semasa memimpin dahulu. Saya kata `bacalah Fatihah...' Dalam ketika dia membaca Fatihah, saya berkata `dia tentu akan mati'.... `abah nii...!!!.

3. Ibu mertua saya yang datang dari K. Bharu, hanya berkata `apa nak jadi dengan UMNO. Pak Lah pun tidak nak letak2 jawatan. Saya ulas lebih kurang begini.

Apa nak hairan, bukan budaya Melayu apabila berlaku musibah angkara diri akan dengan mudah meletak jawatan. Apa nak hairan, Dato' Onn yang antara individu tubuhkan UMNO, pun keluar UMNO bila idea me`multiracialkan' UMNO dipandang sepi. Apa nak hairan, Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan, khabarnya mati pun bukan sebagai ahli UMNO, terkeluar sebab ahli kehormat Semangat 46, tak mahu masuk UMNO (Baru/Mahathir)selagi Mahathir jadi Presiden.

[Membetulkan fakta Anwar Ibrahim keluar UMNO, Anwar tak pernah menarik diri dari UMNO, beliau dilucut dan disingklirkan, bila beliau dibebaskan dari penjara, bagai batu jemala menghalang beliau untuk diberi peluang kot-kot nak masuk semula]

Jadi apa nak hairan Tun Mahathir keluar UMNO. Shahrir Samad dulu pun keluar parti. Jadi Menteri balik. Ramai fanatik UMNO mengkesampingkan atau mensinonimkan UMNO dan Melayu. Kalau keluar UMNo macam tak jadi bangsa Melayu, lebih teruk lagi keluar UMNO macam keluar agama. Tun telah membentuk dimensi keterikatan baru orang-orang UMNO. Rasa tak puas hati kritik, tak jalan juga, keluar. UMNO harus berdiri dan popular kerana meritnya bukan kerana ketaksuban melayunya.

Tahniah Tun, saya lebih suka kalau Pak Lah juga keluar UMNO [bukan Pak Lah tak baik], tinggalkan UMNO, bagi peluang orang lain, kalau Najib kotor, Muhyiddin ada, kalau tidak Muhyiddin ramai lagi yang ada. Rakyat memerlukan sesaorang disandarkan keyakinan... becoz manusia hidup dengan `keyakinan' without hope people `begin to die'

HzY- Prepaid AlFatihah untuk Tun, kerana pastinya Tun akan dikalungkan dengan title Allahyarham.. macam kami-kami semua yang telah mendahului.

penyair dari gunung said...

Berani kepala hotak hang!!! kalau hangpa nak tau , mahathir ni la yang perosak UMNO dan orang Melayu. 22 tahun zaman pemerintahan nya, hari ni kita nampak hasilnya. Pokok yang mahathir tanam, buah nya dah kita rasa hari ni. Pak Lah baru tanam benih, hari ni baru keluar tunas.Tapi elok le mahathir ni keluar sebelum diusir. Sapa-sapa lagi nak ikut sila kan.....

Ravi9467 said...

Dear Tun,

It takes a great man with great courage to do what you have done.

There are many of us who believe in you.

Loh said...

TDM has chosen to leave UMNO when the president is somebody he dislikes, or more accurately he despises. That is defeatist. But then the purpose was not only to show displeasure of the president, but to hope that other admirers would blindly follow. As a has-been politician, not a statesman mind you, would people believe that there can be gains to follow him? TDM might be suggesting that his son could possible be the next but one PM. But TDM knows only race politics, and that formulae will be outdated when the next PM, most probably the person before his 40, retires, 35 years later. So TDM cannot possible start a political dynasty like Razak and Hussein Onn. The bet would be to follow the richest son-in-law.

TDM might have given the impression that his resignation from UMNO had been a calculated move had he registered a party ahead of his resignation. But that resignation announcement was done at the spur of the moment, to answer to a challenge. TDM might now be regretting it, since his son Murkriz was absent at the MP briefing session conducted by PM AAB today. The son has not followed because of a lack in confidence that resigning was a better choice. If the son did not follow, who would?

Having no political party to turn to, whoever follows TDM out of UMNO will be non-entity. They cannot have tea party or open house free of charge until there is a party to call home. As UMNO activities have always been a struggle with the stomach tucking in free goodies, a change in lifestyle can be quite unsettling. As PM AAB is known to prefer elegant behaviour, either silence, sleep or do nothing, whoever follows TDM would have a long wait. PM AAB's elegant inactivity might end up with everything done in his favour!

penyair dari gunung said...

Apa la bodoh sangat pemikiran orang la ni...mana mungkin Pak Lah sama dengan Mahathir. Pak Lah takkan jadi Mahathir, Mahathir pun takkan jadi Pak Lah

Anonymous said...

Saya, ahli bernombor 02873492 juga mengikut jejak Tun untuk keluar UMNO sehingga Pak Lah turun. Surat keluar parti sudah dihantar ke UMNO Setiawangsa dan rakan-rakan yang lain akan turut serta!

Unknown said...

Tun, you are a part of a great history for Us, the malays, and Malaysia in general.
To see them, misunderstood your good intentions, and treated you with nothing but disrespectful, is heartbreaking.

I am and forever will be stand behind your decision.jnttawf

Unknown said...

Tun, whatever ur decision is, we are with you, and wish you well:)

kurikendi said...

tun, we proud of you, keep it up and stay with true pitching in political screaming....

crazyidiot said...

Tun,

I guess the "tida pa" attitude has stung the leadership of the country and is spreading to all the roots. It should be confronted and stopped before further damage is done

Junaidi said...

Tahniah Tun,
Saya sanjung tinggi dengan tindakan berani Tun keluar dari UMNO dan tidak menyertai parti lain.
Walaupun saya tidak dalam mana-mana parti disebabkan bosan dengan sikap-sikap negatif setengah Pemimpin-Pemimpin Parti terutama dari UMNO dan cabangnya yang lain.
Ada yang bongkak dan sombong bila dah dilantik ke jawatan tinggi walaupun pernah digantung keahliannya disebabkan politik wang.
Ada Ketua UMNO Bahagian di Johor, dengan sikap sombong dan bongkak menjawap pertanya Veteran UMNO kenapa perlu dibahagi-bahagi tanah permohonan tanah kerajaan sejak lebih 20 tahun dahulu kepada bangsa lain? Jawapannya mudah dan ringkas tetapi BIADAP BAGI ORANG MELAYU "KENAPA MOHON".
Tidakkah dia tahu dimana orang melayu yang sentiasa merempat mencari tanah untuk generasi akan datang?
Begitulah juga dengan PM/Presiden UMNO sekarang. Lebih pentingkan keluarga sendiri dan kaum kerabat aja. Suara Menantu beliau yang baru setahun jagung dalam politik pun boleh bersuara lantang kalahkan PM.
Tahniah sekali lagi TUN...mudah-mudahan ramai lagi ahli UMNO peringkat akar umbi bertindak seperti TUN. Harap-harap mereka tidak akan menyerti parti lain.
Mereka-mereka yang kaki ampu tu biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.

NFH said...

Salam,

Refer to Mukhriz statement today 20 May,2008, I say that grass root should quit UMNO to show disgust to Pak Lah from outside and let him fight from inside.

Syabas!!

adliex said...

I salute you and I am with you..
My prayers are with you and all of malaysian nation.
I believe One day.. One day things will get better..

asm said...

Manifestasi Mahathir Keluar UMNO.

Hari ini semua akhbar dengan berita gemparnya…”Mahathir Keluar UMNO”.
Petang tadi, saya baru habis minum kopi bersama-sama rakan bukan Melayu di kafe mamak. Rata-rata dengan nada yang sama iaitu bertanya “Apa sudah kena dengan Mahathir la. Sudah pencen diam-diam duduk la. Tak payah sibuk kacau UMNO la...“.

Persoalan yang sama juga selalu disuarakan oleh ramai juga kalangan orang Melayu, cendekiawan mahupun orang kebanyakan. Pada saya hanya orang yang gagal melihat perjuangan agong akan mengutarakan pandangan sedemikian. Sepatutnya orang Melayu berasa sungguh terharu dan bertuah mempunyai seseorang seperti Tun Mahathir kerana beliau sanggup berjuang sehingga ke akhirnya demi melihat nasib Melayu terbela.

Dengan yang demikian beliau sanggup menempuh jalan berliku menongkah arus dalam perjuangan beliau. Sememangnya beliau boleh dan lebih dari mampu untuk memilih jalan yang mudah dan diulik kemewahan dan kesenangan. Duduk diam-diam, terima apa saja bulat-bulat, jangan ambil peduli apa jua yang berlaku disekeliling. Hasilnya, semua ditanggung beres. Tapi itu bukanlah cara Mahathir. Semua orang tentu amat maklum dengan Mahathir, baik kawan atau lawan. Beliau bukanlah boleh dibeli dengan apa jua harga. Inilah perjuangan sejati namanya.

Jadi, orang Melayu perlu melihat keluarnya Mahathir dari UMNO sebagai suatu pengorbanan peribadi untuk membuka minda umat Melayu. Bangunlah umat Melayu dan jangan tidur lagi. Biarlah hanya pemimpin anda yang tidur tapi jangan pula anda turut diulik mimpi. Kerana, kadangkala ada juga istilah mimpi yang dipanggil ’mimpi ngeri’. Bangunlah sekarang dari tidur kerana apabila anda terlalu lewat bangun dari tidur ’mimpi ngeri’ akan menjadi kenyataan. Jangan tunggu sehingga umat Melayu telah hancur baru kita terjaga dari tidur. Percayalah, ketika itu sudah tiada gunanya lagi.

ASMDLS

Unknown said...

Apabila Tun di dalam, mereka (Pak Lah, KJ dan rakan2nya) menjatuhkan maruah Tun sampai ke bawah2nya seperti isu rasuah RM200 hanya untuk suara negarawan didengar. Tapi Tun seorang yang cekal sebagai pemimpin melayu yang bermaruah....SYABAS TUN......Masih banyak anak2 melayu yang berjiwa seperti Tun untuk meneruskan perjuangan bermaruah ini....Tun sentiasa di hati kami.

Bangsa Cina Malaysia said...

for all the wrongs there must be some rights along the way. god bless tdm the best pm malaysian ever had.

crazyidiot said...

Tun,

They won only 50.3% on 8th March. The rate they are going, they will definitely lose the next general election to the opposition. No Doubt!

y5t3h said...

TUN,
Saya hormat TUN sebagai bekas pemimpin negara yang dah membangunkan dan memajukan negara Malaysia yang dapat bertanding pada tahap antarabangsa. Terima kasih banyak banyak.

Tapi...

Apabila TUN kuat mengkritik Dato Seri Abdullah, pernahkah TUN memikir apa pula yang TUN lakukan pada sistem kehakiman, keadilan, demokrasi dan pembanterasan rasuah di M'sia. Sekian lama TUN selaku PM, pernahkah TUN buat sesuatu, seperti mana yang TUN hendak Dato Seri Abdullah lakukan? Buat itu, buat ini... jika beliau tidak akur, TUN kuat mengkritik pula.

Jika tidak silap saya, TUN pernah cakap satu ungkapan, iaitu apabila anda menuding jaring katakan seseorang buat sesuatu kesilapan, ada tiga jari yang sebenarnya menuding pada diri sendiri.

Saya tetap menghormati apa jua keputusan dan apa jua nasihat dan kritikan TUN, jika semua tu demi kemajuan negara M'sia yang ku cintai tak berbelah lagi seperti TUN.

Bagi saya, M'sia dah "lebih" demokrasi berbanding dulu... sekurang-kurangnya, saya masih boleh mendengar nasihat dan kritikan daripada bekas pemimpin seperti TUN.

Ada kala, saya agak berasa simpati pada Dato Seri Abdullah, sementara beliau perlu menerima kritikan TUN, beliau pula kena mewarisi dan memperbetulkan beban yang telah berlaku sejak dulu lagi (sebelum beliau menjadi PM).

Oleh sebab TUN dah bersara dan juga berundur dari UMNO, alangkah baiknya TUN boleh meluangkan sedikit masa imbas kembali apa kekurangan yang telah TUN lakukan semasa selaku PM. Sila ingatkan ungkapan "menuding jari" itu.

Sekian.

azlanmahzan said...

Askm Che Det. I think,pshychologically, U are playing with people's emotion.U r trying to hide everything that U have done in 22 years,which, can be said were the worst than what have Pak Lah did in 5 years.It's all Ur legacies.No need to mention what U have done, U knew it,and now U wanna put the blame on Pak Lah.I'm neither Pak Lah's supporter nor Urs.So I hope Allah will give U guidances u needs in ur last old days.I still remember that Allayarham Ust.fadzil Nor said in one of his ceramah,he hopes that Allah will lengthen che det's life so that u can see urself all ur mistakes revealed one by one.

makcik63 said...

TUN,kami satu ofis sokong tindakan TUN kami percaya TUN mempunyai sbs tersendiri apatah lagi lebih mudah berbicara diluar parti.Kami jadi stress bila 1)tengok rupa dan muka ahli kabinet baru muka bodek 2)tengok program MSC, mana kesudahan dan 3) tengok cara DSAI serta sekutunya dlm dan luar negaranya yg sedang mengatur stratigi menghacur MELAYU dibumi MALAYSIA. TUN teruskan usaha mana tak kena kepak aja. Hanya TUN yang berani dan mampu membetulkan situasi di peringkat atasan ini.

Bley said...

Well Tun, saya tahu Tun ada banyak isu lain, tapi pada asasnya Tun tak tahan tengok Paklah menghancurkan keamanan dan kemakmuran rakyat dan negara dengan sikap semulajadinya secara tak sengaja. Kerana itu, Tun pasti tahu yang Paklah tak sedar yang terdapat perbezaan diantara perjuangan untuk rakyat, parti dan negara. Beliau mencampur semua urusan tersebut dalam sebuah pinggan yang dilabelkan "ignorant is bliss" ;). Malangnya kami semua terpaksa makan dari pinggan yang sama. Jadi ada rationalnya jika Tun cuba tukarkan lauk dalam pinggan tersebut secara konstruktif dahulu sebelum bertindak menukar pinggan dan isinya secara paksa. The choice is yours.

NBK said...

Salam,

My lecturer once said "keputusan yang dibuat oleh seseorang itu kadang2 bukanlah keputusan yang betul tetapi itulah yang terbaik for that moment"

Thank you not for quitting umno, but still fighting for the cause.

saya pun nak ikut keluaq umno jugak tapi dah bukan ahli nak buat macammana?

cena527 said...

Tun,

Don't you think Mukhriz too follow your footsteps? It would be meaningless and your principle will be a question mark if your own son decides against your decision. This would only suggest to mean that your advice is for others and not to your family.

darryl said...

UMNO will never find another Mahathir. Not in a million years. You've done what u needed to do. Just keep walking and dont look back. Doesnt matter whether Pak Lah steps down. I can accept Mahathir for who he is. The good, the bad and the ugly. But i will never accept the party which has ignored him after all he has done for the party. For Mahathir is the one who made UMNO what it is today. Is this how they return the good deeds?

gemini_girl said...

saya sokong tun..

kanami said...

TUN,

WE ARE ALWAYS WITH YOU...

DON't WORRY...

salam

Anonymous said...

Salam Tun,

First of all, I am one of your many admirers. This is a brave decision indeed, but what I'm anxious about is whether your decision would actually lead to more disruptions and diversions in the malay community. This strife, if you can call it that- has been evident since the Anwar incident- and now we are more divided that ever before.

I just hope that things will be better- and with that I mean that there will truly be a Malaysia that we all have dreamed of, one that you yourself put forward with "Vision 2020".

Salam,
Lyana

David Yong said...

Dear Tun, You have made a very brave and hounarable decision to leave UMNO. Whatever the effect, I hope and pray it will be positive for the rakyat of Malaysia. Times are really bad now as we can see prices of our needs has shoot up regardless of who is in charge. May your decision able to shift the future of Malaysia for the next 50 yeras.

dcwm said...

Sir

I believe this is a real change for a change in the body of UMNO and BN. A wakeup call maybe. But the fact that i hear it brings more bad things than good is a really small minded thought. Whatever is necessary i believe will achieve its purpose.

Though u are no longer a leader but just an influence, but its where motions start. It is your decision and i believe it is the ultimate show of freewill and democracy to choose your paths in the interest of the party and the nation.

Though forcing current Pm out this way is harsh and probably the last resort i feel that should be taken.

dcwm said...

Sir

I believe this is a real change for a change in the body of UMNO and BN. A wakeup call maybe. But the fact that i hear it brings more bad things than good is a really small minded thought. Whatever is necessary i believe will achieve its purpose.

Though u are no longer a leader but just an influence, but its where motions start. It is your decision and i believe it is the ultimate show of freewill and democracy to choose your paths in the interest of the party and the nation.

Though forcing current Pm out this way is harsh and probably the last resort i feel that should be taken.

Citizen said...

Tun Dr. M,

I wished you could return to lead our country. You are still our favourite leader. This is prove from the recent general election. I am dare to say that you are most wanted by the non-bumiputra in this country.

JJ said...

Tindakan Tun keluar UMNO adalah kurang sesuai kerana UMNO sekarang ini masih didalam proses memperbaiki kelemahan selepas keputusan pilihanraya ke12 yang lalu.Sepatutnya Tun mencari jalan yang terbaik untuk memperbaiki keadaan dan bukannya menambah keperitan yang terpaksa ditanggung oleh semua ahli UMNO yang setia. Saya bukannya tidak memberi sokongan keatas tindakan Tun, tetapi sekadar memberi pandangan sahaja untuk kebaikan UMNO.

Wan Mokhtar Bin Awg.Ramlee Al-Sambas @ Dave Li Wanji said...

Assalamualaikum Doktor Mahathir...

Saya matSOM, SOM=Saya Orang Malaysia. Agama saya Islam. Saya bukan melayu, atau Cina atau Tamil atau lain-lain saya benci rasisme atau perkauman. UMNO bagi saya sebuah parti racist demekian juga MCA dan MIC. Rasisme tidak berguna lagi dizaman ini (2008) dan akan datang. Malaysia hak semua. Janganlah satu etnik perasan dgn slogan "Kamilah Tuan" sambil menghayun senjata kuno.
Doktor Mahathir dalam UMNO kah atau keluar UMNO saya tidak peduli yang saya nak lihat sebiah bangsa Bangsa Malaysia yg kuat dan bersatu dalam negara Malaysia yang aman. Saya berdoa parti-parti perkauman yg disebut di atas ini tidak laku lagi...hanya PKR, PAS dan DAP sahaja parti-parti untuk semua kita..angsa Malaysia. HIDUP MALAYSIA!!!!

mySmartAir said...

Tun,

You already done a great and right decision and I belived most of the malaysian especially malay is waiting for your next steps to lead malay to the right way. We need the leader like Tun. All the best from me.

Unknown said...

Tun,
Syabas kerana berani keluar dari UMNO. Mungkin selepas ini Tun punya lebih banyak masa utk bermuhasabah diri sendiri.

Fikirkan segala apa yg telah Tun lakukan kepada UMNO dan Malaysia semasa Tun berkuasa.

Saya rakyat biasa ini hanya nampak yang daripada 10 tuduhan / ketidakpuasan hati Tun terhadap Pak Lah, 9 drpdnya berpunca dari zaman Tun lagi. segala masalah korupsi, lobi, penindasan telah dilakukan oleh Tun. Keadaan Malaysia hari ini adalah hasil drpd apa yg telah dicorakkan oleh Tun selama 22 tahun memerintah Malaysia.

Dan akhir sekali, bukankah Tun sendiri yang melantik pak Lah menjadi PM? Silap siapa lagi kalau bukan silap diri sendiri. sepatutnya biarlah rakyat yg memilih. bukan Tun suka 2 sendiri.

Salam.

hantam said...

Assalamualaikum,

Senario politik negara dikejutkan lagi dengan tindakan Yang berhormat TDM kita dengan menarik diri dari UMNO.

Alhamdulillah pekara ini terjadi, saya menyokong tindakan Tun sepenuhnya. Diharap penarikan diri Tun tidak membuatkan Tun jauh daripada kami, kami perlukan suara lantang di hadapan dan Tun sahaja yang dapat memimpin.

"Mereka" tidak sedar apa yang berlaku, mereka lebih memperlecehkan perkara yang berlaku. Kita tunggu dan lihat apa yang terjadi selepas ini. Jika "Mereka" masih membutakan mata, memekakkan telinga , mematikan hati, maka , "mereka" sendiri membawa kecelakaan kepada kerajaan yang kononnya di bawah gagasan yang baik.

Bukan wawasan 2020 ini yang kami inginkan. Tapi adanya pemimpin seperti Tun yang kami inginkan untuk merealisasikan impian kami sebagai rakyat dalam negara yang aman dan makmur dan diperintah oleh orang Islam itu sendiri untuk mencapai Dasar Wawasan 2020 yang dikatakan oleh TDM.

Seiring Dan Sejalan Denganmu TDM
Assalamualaikum.

anaklangkawi said...

Tun,

kami sentiasa bersama TUn dalam perjuangan.. akan byk lagi ahli UMNO akan menyusuli jejak tun dalam erti kata memprotes kepada PAKlah..

PAKLAH & Ahli2 UMNO sekalian..

kami sayangkn UMNO tolonglah suruh PAKLah letak jawatan kerana beliau lah UMNo parah..

Takbir..

hantam said...

Assalamualaikum,

Senario politik negara dikejutkan lagi dengan tindakan Yang berhormat TDM kita dengan menarik diri dari UMNO.

Alhamdulillah pekara ini terjadi, saya menyokong tindakan Tun sepenuhnya. Diharap penarikan diri Tun tidak membuatkan Tun jauh daripada kami, kami perlukan suara lantang di hadapan dan Tun sahaja yang dapat memimpin.

"Mereka" tidak sedar apa yang berlaku, mereka lebih memperlecehkan perkara yang berlaku. Kita tunggu dan lihat apa yang terjadi selepas ini. Jika "Mereka" masih membutakan mata, memekakkan telinga , mematikan hati, maka , "mereka" sendiri membawa kecelakaan kepada kerajaan yang kononnya di bawah gagasan yang baik.

Bukan wawasan 2020 ini yang kami inginkan. Tapi adanya pemimpin seperti Tun yang kami inginkan untuk merealisasikan impian kami sebagai rakyat dalam negara yang aman dan makmur dan diperintah oleh orang Islam itu sendiri untuk mencapai Dasar Wawasan 2020 yang dikatakan oleh TDM.

Seiring Dan Sejalan Denganmu TDM
Assalamualaikum.

wanahelena said...

Assalamualaikum Tun,

Tiada yang lebih sayangkan Malaysia dari Tun. Saya adalah di antara rakyat Malaysia yang menjadikan Tun sebagai idola. Apa pun sebabnya, Tun lebih tahu. Tun adalah wira yang dianugerahkan kepada kami untuk menyelamatkan Malaysia.

Semoga Allah sentiasa bersama Tun untuk memperjuangkan nasib Malaysia. Kami generasi muda akan terus menyokong Tun.

SELAMATKAN MALAYSIA!

BILLCORP said...

Well Tun congratulations!! this is bcoz under pak lah and cronies malaysia is becoming the scapegoat for the Singapore; i blieve this is the major factor u make a move..u make malaysia mascular but somebody now is making malaysia much much more girlish indeed..

mohamad said...

Dear Tun,

i belive you made the right choice
that will self-explainery to all on the anousement,shows that brave you are.
waiting for the change will be soon..... peaceful malaysia.

Kucing Mafia said...

Tun,

Tindakan Tun mungkin tidak mendapat sokongan Pak Lah dan semua kaki ampunya.

Tapi Kami rakyat Malaysia, memberi 100% sokongan untuk Tun.

Biar UMNO kehilangan tokoh melayu teragung, asalkan maruah Melayu tidak tergadai.

Quantity mean nothing without Quality.

Amin...

Admin said...

Tun,

I love my party. I love the history, the struggle and the soul of UMNO.

Tun,

You have said once before 'UMNO will never be defeated unless by ownself'.

Is this the beginning of the end?

zyn said...
This comment has been removed by the author.
The Writer said...

TUN,

saya percaya tindakan Tun adalah yang terbaik dalam senario politik yang sangat kritikal di waktu ini.

saya doakan Tun sihat sejahtera.

semangat perjuangan Tun akan kami teruskan ...

J Lou said...

Dear Tun Mahatir

You have sent a strong, clear & precise message to the current leadership. You did that not only for one or two people, but for those whose dissatisfactions were not heard, (or even heard, all have been sidelined by a stubborn and unmoving leadership).

It's the first time, over the past 27 years, from my childhood, that Penang finally fell to DAP, a tale that I heard from my dad, relatives & many of (let the Rocket fly!), and that becomes a reality now. Even Tan Sri Dr Koh had lost which proves that how badly people need some change or sending strong signal to show dissatisfactions.

Your decision to quit UMNO is a good one, at least until the change.

In the meantime, do keep up the good health of your goodself, let your mind be free of the troubles out there, keep a good heart, stay fit & maintain noble at your decision.

You have led us this far with much proven developments to the country. Hope the next leadership continue with passion & aggression to carry on whatever that have been left behind, halted or discontinued.

Kind Regards

Kucing Mafia said...

Klodence,

Melayu sudah berpecah sejak pentadbiran Pak Lah. PRU 12 membuktikan fakta ini.

Melayu boleh bersatu semula, tidak semestinya dibawah payung UMNO.

maia6224 said...

Tun,
Semuga kebenaran akan menjelma.
Saya sentiasa menyokong Tun..
Maia

J u l i a 。.゜✿ said...

tun..
saya meluat tengok bulletin utama malam ni. semua yg diinterview tu mempertikaikan tindakan Tun keluar dari umno.
semua bermuka2 konon penyokong kuat paklah. padahal bodek je kuat.
Tun.. saya takut dengan keadaan politik malaysia sekarang. saya bimbang tun. saya bimbang dgn nasib rakyat. =(
Tun jaga kesihatan yea.. kami masih perlukan Tun❤

ASHAR said...

Assalamualaikum TUN,

Ini buat Pak Lah, Khairy Jamaluddin, Dato Nazri Aziz:

KAMU PENDERHAKA KEPADA BAPAK MALAYSIA, TUN DR MAHADIR.

INSYALLAH KAMU JUGA AKAN DI DERHAKAKAN KEMUDIAN HARI....MUNGKIN LEBIH TERUK DARI APA YANG TUN TERIMA, BERSEDIALAH.


SALAM PERANTAU

-ashar- 8:30pm

Unknown said...

Yes Tun I noticed the trend on current leadership. It's going to revert to a dynasty if not checked. Awan Inspirasi is a classic example.

SkitterPop said...

A'kum Tun,

I'm in full support of your decision. UMNO is no longer for the malays but for Abdullah dan konco-konconya... I'm saddened by this situation...

N a b i L said...

Assalamualaikum wbt,

Tun, how are you? I am an aspiring Doctor, insyaAllah will become one in a few years time.I just want to tell you that I always look up upon you as an extraordinary doctor.I want to become like you oneday.Brave, visionary, always believe in what is true...
Tun, I support you 100% on your decision! Send my regards to Tun Dr Siti Hasmah.I saw the two of you while joging in Putrajaya Lake recently =) JZKK & Salam

= Dr N =

jumbeaux said...

Salam Tun,

Bagi saya keputusan untuk keluar UMNO adalah hak Tun. Ini juga menunjukkan yang Tun adalah pemimpin yang berpegang pada prinsip bukan pemimpin yang mencari popularity; ibarat lalang ditiup angin.

Dukacitanya, jarang kita akan jumpa 'leaders with conviction' di zaman sekarang ini. Oleh sebab itu saya rasa tindakan Tun ini tidak akan menjadi ikutan pemimpin2 UMNO. Kehidupan politik mereka bukan berdasarkan prinsip.

Anehnya, saya rasa Tun juga sudah mengkaji perkara ini. Tun tahu tidak akan ada reaksi positif dari pemimpin2 UMNO. Persoalan yang saya dok fikir dari semalam, mengapa Tun masih bertindak keluar parti. Mungkin ada alasan lain yang belum diketahui.

Apapun, saya doakan Tun sekeluarga sentiasa sihat dan sejahtera.

Biliswira said...

Serba salah jadinya saya sebagai rakyat Malaysia, sayang parti, sayang Tun juga. Adalah lebih elok jika Tun memberi pandangan atau luahan positif untuk memperkukuhkan parti dan kerajaan. Tun boleh luahkan apa saja untuk manfaat kita semua. Jika Pak Lah berundur hari inipun, adakah pengganti beliau akan lebih baik? Mungkin jika Tun keluar UMNO pada 14 Mac lalu akan ada impak yang cukup besar, sama ada parti akan hancur atau lebih kuat, kita pun tak tahu.
Janganlah kelemahan yang ada sekarang menjadi pertikaian peribadi, lebih baik memberi teguran yang membina untuk memperkasakan parti dan kerajaan. Mereka di luar bertepuk tangan, bersorak sakan atas segala tindakan yang tidak berapa rasional kita lakukan selama ini.
Fokuslah kepada perkara yang lebih pokok dalam menyelesaikan masalah negara, takut takut Pulau Pinang menjadi Singapura.
Semoga Malaysia aman makmur

Hungry Nael said...

Tun,

You are novelty man. Take a good care of your health and if you dicide to be in a forefront again I 'll always behind you.

Pahlawan Melayu Terakhir.

FARAHana said...

Assalamualaikum Tun,

Saya amatlah berbahagia dan support habis ngan decision Tun untuk keluar UMNO. UMNO dah korup sgt. Kami org muda pun boleh nampak sgt yang kepimpinan PakLah menuju ke arah kehancuran Malaysia khususnya kepada Melayu dan Islam. Kata2 kesat dari menteri kabinet dan bekas ahli UMNO (dalam paper)sgtlah tidak berasas.Diorang tau mengutuk jek. Diorg tak nampak releven kot mengapa Tun buat camtuh kot(dah terlalu dikaburi oleh ketamakan POWER and takut ngan Paklah/KJ kot)

Dun worry, Tun. I will support u always even though macam2 mende yang tak betoi tulis dalam paper. Sume dah mengikut telunjuk Pak Lah. Ntah di mana kah ketelusan dan 'keislaman kehadarian'yang diagung2kan oleh PakLah and his clan.

PakLah plak..Rasenye he will never step down kot..Terlalu merasa selesa ngan keadaan skrg and tak paham bahasa kot..

Saya sukeeeee sgt Tun buat blog. Memang tindakan yang bijak since kami nih mmg suke mencari maklumat politik2 ni dari internet..

Yahoo!!!! Go Tun!!

Jeh Shyan Wong said...

Tun,
From this episode, we can see who are your true friends, and who are the running dogs, barking in PMO... may your wisdom guide you on a moderate path, as many of us from the younger generations will be watching closely. Stay your moral high ground and not let any UMNO politicians take the opportunity to raise any racial issues...

Nicole Sitler said...

So much for a democratic leader/party/nation!

The people who are accusing Dr. M using your resignation from UMNO as means of stirring up negative sentiments among the UMNO party, the Malays and the nation, should just shut their mouth and start facing the reality and the truth of the problems that have been right in front of their eyes all these while.
They should realise by now, that all the problems did not come from you or any others, but THEMSELVES and their failures in carrying their vow of servicing the nation and its people!

So for once, stop whinning and pointing fingers at others in complete denial and utterly foolish ignorance.

The Coalition and its Cabinet alongside its puppets can try to muzzle, deafen and blind out themselves, but we the public and the Malaysian citizens, as well as people from all over the world, are not and will refuse to be as 'disabled' as these self-deceiving fools!

It is serious times, when more and more of the Malays are not supporting UMNO, the party which has been established to fight for and to protect the Malays, Islam and Malaysia (Malaya).

If Dr. M's presence, membership, comments and criticisms are not welcomed or appreciated in UMNO, what do they care if you resign from the party?

Why did they think you should remain in UMNO 'until the dust of the GE aftermath settled'? What good could a mentor bring if the student is resentful to all the teachings? What more can these cows learn when they think they already know about everything and the rest knows nothing and thus has no right to comment?

Besides, if the PM, UMNO and BN thinks they have been doing a great job (which is what they have been reiterating over the media each time they encounter interviews challenging issues happening in Malaysia), then I am sure they would do just fine without you in the party...

And there I thought Bush is a foolish hypocritic American leader whose sweet, moving speeches sounded nothing more than a nicely choreographed speech prepared by his PR, our Malaysian leaders are worse - foolish, self-deceiving, denying, hypocritical peasants who only exploit the power and glamour that come with the leadership status...

The nation moans the foolishness and the impotency of our leaders, that are hurting the nation's spirit regardless of the ethnic groups and religious beliefs, leading the nation to its deterioration and if continues, the doom of our once glorious homeland...mz

azni3559 said...

Tun,seperti yg dijangka pengumuman untuk tidak keluar parti UMNO oleh anak Tun ,YB Dato Mukriz diputarbelitkan oleh media,seolah-olah beliau tidak menyokong Tun.Syabas YB Dato,BERJUANGLAH DARI DALAM UMNO untuk menggantikan PM yg lemah dan tidak berwawasan dan "Melayu yg mudah lupa" serta tidak sopan .
Semoga Tun sekeluarga tabah menghadapi cabaran dan tohmahan mendatang.
May God Bless You.

Zahari said...

Tun Dr M, you were right. "Melayu Mudah Lupa". You were also right. "Perjuangan Yang Belum Selesai". Well, many will have all sort of questions & many more will criticise on decisions that you've made. You have always been a true leader even up until now, Msian still requires some action from you in order for them to react! Very unfortunate the current leaders failed to do an effective thing that required of them, TO LEAD ! Our current Premier? very unfortunate that he does not have what it takes to lead Msian and manage the country effectively. His low energy level & a total ZERO power of enrolling is just a burden to the country. How to lead if you can't enroll others to your vision? By the way, what vision would that be ? Does it really have to take a 83 year old Leader to set things right? Tun, I truly feel your Solid Beliefs & Iron Will. To those UMNO members, please bear in mind, Malaysian are watching this, so does the present and future voters. Not to forget all your Alliance members. You'll be judged. Please stop, think, learn, take a step to the left & move on.

Raze said...

Dear Tun

Your decision to step down is timely. The existing government has played its cards long enough and the time for change is iminent.

A government by the people, for the people is not well reflected in the current state. How do we as a society place our trust on a government that is incapable of upholding our needs?

I think it must be made clear that "People should not be afraid of their government but the government should be afraid of their people"

Best Regards

badass said...

Sebagi anak Melayu kami dididik untuk menyayangi bangsa dan agama. UMNO wujud kononnya untuk membantu bangsa Melayu tetapi alangnya kecewa apabila UMNO berkuasa, perjuangannya hanyalah untuk UMNO. Nak rumah, nak biasiswa, nak AP, nak lesen tu dan ini dan lain2 mestilah ahli UMNO. Semuanya jdi AliBaba. Habis mana hilangnya perjuangan Melayu kalau semuanya untuk UMNO. Bukankah UMNO ditubuhkan memperjuangkan orang Melayu. Kini UMNO untuk UMNO bukan lagi untuk Melayu. Pemimpin dan ahli UMNO kaya dan orang Melayu papa. Harapkan pagar, pagar makan padi.Kerana kini UMNO, Melayu dikeji dan dihina.Hidup UMNO kerana MElayu dan bukan sebaliknya. Kembali kepada matlamat asal UMNO. Daripada Melayu, Kepada MElayu, untuk Melayu.Mandat diberi haruslah dijuangkan atas nama Melayu tanpa mengira parti.Lebih 2 juta ahli UMNO dibela bagaimana dengan hampir 15juta orang Melayu.Tun kembalilah agar Melayu tidak memderita dan dihina.Pemimpin yang lemah kini mengadaikan maruah orang Melayu.Kita dibogelkan dikhalayak ramai.

Pak Anjang Baha said...

Assalamualiakum Dr M & Dr H,

Saya hormati tindakan Dr dan isteri kerana berani keluar dari UMNO walaupun dengan hati yang amat berat. Saya berpendapat kepimpinan UMNO sekarang hanya pentingkan kekayaan dan habuan untuk diri sendiri, keluarga dan pengampunya sahaja. Saya akan keluar dari UMNO dan masuk semula UMNO apabila kepimpinan sekarang mengundur diri, Insya Allah.
Teruskan perjuangan Dr bagi kepentingan rakyat yang menderita.

"Bukan harta yang bertimbun ku cari, tetapi Al Khoiri ......." Saya dah lupa siapa yang yang tulis lirik ini.

kuthe2 said...

Salams Tun,

And Salams to all non-Ms too..

Firstly... I dok rasa something is going to happen..

We SALUTE TDM.

Dulu UMNO now BEBAS... Hahahahah..

BEBAS

BEBAS

BEBAS

Merdekalah bangsa kita..

Merdekalah generasi kita..

Merdekalah maruah kita..

Dulu UMNO now BEBAS

BEBAS

BEBAS

BEBAS

Hidup TDM..!!! Hidup perjuangan Melayu..

Cawangan kat kampung cek dah tutup...

Now BEBAS

BEBAS

BEBAS...!!! Ayuh... Rasakan kemerdekaan.. BEBAS kan diri anda.. Ingat Tuhan tidak menganaiya seseorang itu melainkan ia menganaiya dirinya sendiri... Habih kalau rasa dok kena naiya saja... Haaa....

BEBAS kan lah diri anda...

I shall pray for victory...

xyz said...

we fully support your decision for the betterment of all malaysian

Dr. RBAONG said...

Pak Lah and current UMNO: Not effective.

DSAI and PKR: cannot be trusted.

"tok Guru" Hadi: banyak cakap bohong.(Tak boleh lupa dia kata ada berlori-lori bukti penyelewengan Wan Mokhtar- Sampai sekarang habuk pun takdak)

The two Lim in DAP: Will pijak kepala Malays and bumies one day.

Nak percaya siapa?

Percaya orang macam tun yang sekarang tak ada kepentingan politik lagi. Sokong Tun.

Next election My vote will goes to: Undi Rosak.

geekdiraja said...

Tun, jangan risau jika tiada orang 'bertelur' yang ikut langkah Tun.

Ada beribu anak muda generasi Tun menyokong penuh tindakan Tun. Tun bukanlah hero orang Melayu. Tun adalah hero rakyat Malaysia yang tahu menilai sejarah.

Saya walaupun belum 30'an, tapi saya baca sejarah. Jadi saya tahu betapa besarnya jasa Tun untuk semua kaum di Malaysia.

Kepada yang menggelar Tun sebagai racist, saya cuma nak katakan, pergi baca buku..

Pak Lah adalah contoh Melayu bodoh sombong tipikal. Saya maafkan Tun sebab tersalah pilih Pak Lah, tapi saya takkan maafkan Pak Lah kerana menggadai maruah negara kita. The Greatest Country on Earth is, Malaysia.

mcphisto said...

thank you tun

Anonymous said...

Assalamualaikum wrbt Tun Dr Mahathir,

I have seen you rule prudently since 1984 and the country itself has prospered by leaps and bounds. But the very day you stepped down as PM of Malaysia was the beginning of its downfall. There is no more "Vision 2020" but, "Risks and Uncertainties." If only the clock can be turned around!

I truly admire your dedication- you are a fine example of a true Statesman. Your exit from UMNO was indeed a brave gesture. May Allah (S.W.T.) be with you always.

richard said...

TUN MAHATHIR KELUAR UMNO

Saya merasa amat sedih. Tapi UMNO ‘sekarang’ dan tak dapat diharap mampu berjuang untuk bangsa, agama dan negara kerana sikap tak cinta agama, bangsa dan negara ni telah merebak hampir ke seluruh tubuh UMNO. Zaman TDM penyakit ni memang dah ada, tapi pucuk pimpinan mampu mengekang penularannya. Tapi; pimpinan sekarang nampaknya tidak mampu menghalang penularannya sehingga melarat ke individu yang sangat hampir dengan dirinyapun.

Apakah kita dapat mempercayai kepimpinan yang lemah seperti itu? Mampukah dia menjaga rakyat dan negara Malaysia; sedang anak menantu dan orang-orang kabinetnya sendiri dia tak mampu nak kawal?

Saya kira, semua orang (terutama ahli-ahli UMNO) hendaklah rasional dan menerima hakikat. Selagi pemandu (kapten) kita lemah, selagi itulah UMNO terus terhuyung hayang. Musuh-musuh UMNO pasti akan mengambil kesempatan dari kelemahan ini. Jadi, kalau sayangkan UMNO (satu-satunya wadah Melayu), turunkan Paklah. Kepada Paklah, terimalah hakikat ini; segerakan letak jawatan (secara terhormat) sebelum UMNO berkecai terlanggar tiang lampu. Jangan nanti tercatat dalam sejarah kerana ego dan tamak kuasa, Paklah telah menghancurkan perjuangan bangsa.

Saya percaya Paklah orang yang bersih; tapi membiarkan anak buah main najispun akan ditanya juga di akhirat nanti.

Adnanlr said...

Salam TDM

By far, the most courageous action you made in my short memory. You have my utmost respect. Period.

I believe the curent federal administration has totally lost focus. No new meaningful drive are initiated. The cabinets are populated with "Pak Tunggul" who lacks intellects and sharp wits. I shudder to observe the current cabinets line-up as opposed to the newly formed opposition front. Pound for pound, the opposition member will trounce the current cabinets decisively. PRU13 will be a testament to this.

I understand where you are coming from TDM. Your frustration is shared by commoner like I, who love this country deeply. I pray to god, you have the strength to shine the light where lesser mortals in the cabinets failed miserably.

Go ahead TDM. Do not fear the kindergarten cabinets that you nurtured for they are are just childplay.

I for one will support your passion for the nation building based on real UMNO struggle. Not a mock one as currently practised.

Excuse me TDM for my ramblings. I cannot stand those clowns anymore.

Unknown said...

It is far better to be alone than in bad company - George Washington

Mansor Rahman said...

Tun,

Saya menyokong tindakan Tun keluar UMNO.

Apa gunanya ada dalam parti jika pendapat dan cadangan Tun tidak didengar atau diguna pakai oleh kepimpinan UMNO hari ini. Tun menjadi PM Malaysia selama 22 tahun. Pak Lah menunjukan "besar Kepala" jika tidak mahu langsung jumpa Tun untuk mendapatkan nasihat dan pandangan terutama sekali bila BN/UMNO kehilangan lima buah negeri ketangan pembangkang. Seharusnya barisan Menteri atau majlis tertinggi UMNO memberikan kesedaran kepada Pak lah mengenai jasa dan perkhidmatan Tun selama 22 tahun membina negara. Tapi malangnya mereka ini semua "Menteri Pak Turut" mencari makan.Pentingkan diri sendiri, keluarga dan koni koni mereka. Tun bercakap benar bahwa UMNO hari ini tidak seperti 62 tahun yang lalu. Bila Tun bercakap begitu membawa pengertian Tun tujukan kepada para pemimpin UMNO hari ini.

Kita jangan pandang ringan Tun keluar dari UMNO. Tun mempunyai ramai para penyokong tidak seperti perdana menteri sebelum Tun.

Demi untuk kepentingan perjuangan UMNO yang sebenarnya, saya menyeru kepada ahli ahli UMNO yang cintakan kepada bangsa, agama dan tanahair supaya mengikut jejak langkah Tun , keluar dari UMNO.

Hidup Tun, Hidup Melayu.

Mansor Rahman

Tune Talk Tone Excel said...

Tun mempunyi daya pemikiran yang luar biasa dan tajam malah diakui sendiri olih pemimpin-pemimpin utama pembangkang. Cara tun berfikir amat luar biasa dan dapat melihat apa yang akan berlaku dihadapan. Pastinya Tun mempunyai alasan yang tersenidiri untuk bertindak keluar dari UMNO.Saya berdoa kehadrat illahi moga apa pun tindakkan Tun selepas ini biarlah ianya dirahmati dan mendapat keberkatan serta keredaan darinya.Biarlah apa yang Tun buat semuanya berakhir dengan kebaikkan insy-Allah.. Amin

Shuana said...

Tun,

My mom had wanted me to join Puteri UMNO not long ago but i was deprived of good treatment at the very beginning point of membership : my request for an application form was not entertained. As a result, never being happy with substandard treatment, i never became a member. And yesterday, the moment your announcement to leave UMNO was made public, the whole mumble jumble of applying to become a member suddenly became a blessing to me. I would've had to go through the trouble to deregister myself from UMNO. During last election, my second time casting my vote, i hesitated. Tough choice, something which was once a no-brainer.

I am sad to see what have become of a Malay in this country, particularly the elitists. They have not evolved although they claimed that they have lifted the Malays to higher grounds. But along the way, in their pursue to improve the well-being of Malays, they have left behind the identity of a true Malay. The 2 A's; Adat & Agama.

Entah lah Tun. Saya bercita-cita, satu hari nanti untuk mengusahakan tanah kelapa sawit tinggalan arwah ayah saya. Insya-Allah, jika saya berjaya satu hari nanti, saya mahu pastikan anak-anak saya tidak lalai dgn kesenangan hidup, saya mahu mereka mengagungkan cara hidup orang Melayu yg sebenar, saya mahu mereka memahami objective sebenar seorang Melayu yang beragama Islam. Untuk berjaya di peringkat tertinggi, untuk mengangkat mertabat agama Islam, tetapi pada masa yg sama tetap hormat-mengohrmati dan bersopan-santun sesama manusia didalam segala urusan. Itulah satu-satunya cara kita hendak menandingi bangsa asing, bukan dgn menggendang tong kosong atau meletupkan diri tapi yg mati hanya seorang.

Anonymous said...

Tun,
I must say that you have made the right decision. People might say that it will not help anything in UMNO but it serves well by pressuring and giving sign to everybody that Abdullah's administration is terribly weak, flop and in severe denial.

May Allah bless you with great health and prosperity.

Fiona Dreamer said...

Tun,

Sememangnya saya agak terkilan dengan pengumuman Tun untuk keluar dari UMNO tetapi saya percaya bahawa ini sahaja cara yang ada untuk menyedarkan pihak tertentu...

Semoga Tun selamat dan dirahmati...
Saya mendoakan kesejahteraan Tun

Born84 said...

Salam Tun,
Saya sebagai generasi muda dan pengikut setia pemikiran Tun menyatakan dengan terbuka bahwa saya menyokong tindakan Tun.

Saya lahir pada tahun 1984 dalam sebuah keluarga veteran UMNO dan sentiasa berbangga atas segala usaha Tun dalam membangun Melayu serta umat Islam di negara kita.

Tun pernah berkata bahwa,'kita akan berjaya jika sentiasa berpegang pada nilai baik'

Kini,nilai baik sudah tidak wujud lagi dalam UMNO dan ia telah dirosakkan oleh Paklah.

Saya juga sudah tawar hati dengan UMNO,pelbagai usaha golongan muda serta pemimpin akar umbi untuk memperbaiki UMNO sudah mentah-mentah dihalang.

bagi saya ini bukan lagi parti UMNO, tetapi parti'Abdullah'...

Segalanya akan kembali kepada asal dengan penguduran Abdullah...full stop...

Saya akan kembali kepada UMNO seperti Tun apabila UMNO dipulihkan...hehe, walaupun saya tak bermakna apa-apa berbanding Tun.

Saya sayangkan veteran seperti Tun...Terima kasih kerana corak pemikiran saya banyak dibentuk oleh mesej Tun kepada masyarakat selama ini..

Terima kasih Tun, moga Allah panjangkan umur Tun, Tun Siti Hasmah dan pejuang Melayu tulen...amin

jamil said...

komen sudah sindir pun sudah, sekarang sudah keluar tapi pak lah masih lena...betul tun cakap, ini melayu mudah lupa. Secara rasminya saya juga keluar dari umno tapi tidak akan meryertai mana mana parti lawan. Pak lah oh pak lah, kenapa masih tak memahami umno.
walaupun saya hanyalah siapa tapi undi saya yang satu tetap undi juga. Pak lah tak takut penyakit tapi penyakit yang dibawa oleh seekor lalat amat merbahaya. Jangan abaikan undi yang satu. Hidup tun

langkah damai said...

Tun Dr Mahathir,

Lagenda pejuang Ulung yang sangat dihormati,

biarkan mereka berkata apa jua tentang tindakan Tun,

percayalah kami yang mendokong Tun selama ini, sentiasa menghargai tindakan Tun, ya mungkin Tun ada buat kesilapan kerna Tun juga manusia biasa, tetapi percayalah
jasa Tun terlalu besar untuk diperbanding ,

kami tahu Tun sangat menyayangi Malaysia, teruskan usaha, kami tahu keikhlasan Tun,

- rindu rasanya menanti seorang pemimpin ulung yang berani mempersoalkan Zionis seperti Tun


Ikhlas -LD

Melayu said...

A'kum Tun dan pembaca sekalian,

Saya juga meluat tengok Bulettin Utama TV3 tadi. Hanya siarkan pemimpin yang sokong Pak Lah je dan berita Mukhriz tak nak ikut jejak Tun saja. Kenapa tak siarkankan berita Mukhriz desak PM letak semua jawatan (sumber dari Malaysikini.com) saya rasa MALAYSIKINI.COM lagi telus dalam menyirkan berita. Saya nasihatkan semua pembaca jangan terlalu terpengarus dengan berita dan TV kerajaan. Cuba cari sumber yang lain.

Tun yang dikasihi,

Percayalah Tun. Semua orang melayu "KEBANYAKKAN" semuanya menyokong dan sayang Tun. Percayalah.... Saya, keluaraga dan rata-rata kawan-kawan di pejabat semuanya mempunyai pendapat yang sama. Saya mendokan semoga Tun dan Isteri yang dikasihi dipanjangkan umur.
JASMU TETAP DIKENANG DAN TAKKAN DILUPAKAN.

openmind said...

UMNO Baru is not 62 years old. It's set up by Tun whose membership number is 001. Where is the real UMNO?

PanglimaAiman said...

Tahniah Tun Dr. mahathir, anda telah berjaya merobohkan sebahagian bahtera Melayu yang anda sendiri bina selepas ia karam 20 tahun yang lalu. Persengketaan yang tiada kesudahannya yang hanya menguntungkan pihak yang lain. Sememangnya umno kini sudah tiada taring dan tak relevan lagi kerana ahli-ahlinya hanya mengamalkan fahaman perutisme. Semangat dan perjuangannya membela Melayu sudah layu kerana mereka mudah lupa seperti juga Tun yang mudah lupa dengan apa yang pernah Tun lakukan dan katakan dulu sewaktu di zaman kegemilangan Tun.
Syabas dan tahniah Tun atas segala tindakan yang menyedihkan ini.

Anak Tok Kun said...

askum Tun,

syabas Tun, dgn langkah yg tlh Tun ambil, saya sanjung tindakan Tun kerana Tun lebih Gentlement dlm berpolitik. Tun sanggup keluar dari parti yang Tun amat sayangi kerana Tun telah tidak percaya kpd kempipinan yang ada sekarang dan ia adalah satu keputusan yang tepat tidak seperti Mantan Timbalan Perdana Menteri yg dulu yang mengkritik UMNO sehingga sekarang tapi berjuang sedaya upaya tidak mahu keluar dari UMNO sehinggalah beliau di pecat, ini menunjukkan perbezaan diantara Tun dengan Mantan TPM dulu. Syabas Tun, Tun Keluar dari UMNO bukan di pecat tapi Tun keluar dengan bermaruah sebagai seorang pahlawan. InsyakAllah akan ramai lagi ahli2 UMNO yg akan mengikut jejak Tun.

YonG said...

Tun,
I dont think this is a wise decision. Every problem must has its alternatives and Tun should choose the best.
If other UMNO members do not quit,Tun's effort is blew.
Lets our country to be democratic Tun. Let residents to choose their favourite leader.
Anyway, I think Tun have your own reason to make this decision and this proved Tun are brave to stand out.
I always respect you.

Me Myself and I said...

Dear Tun,

I will support ur decision. UMNO or not I will still support u.

Sometimes bila kita terpaksa korbankan something..itu lebih baik daripada kita dilihat seperti merebut sesuatu.

Enjoy ur life.. if politic tiring u, just stop it. Your Idea and intelectual are more important that politic issue.

All the Best!!

Unknown said...

Tun,
I hope you know what you're doing cause your actions will not only effect UMNO, BN and the government eventually but also the future of our children children is also at stake.
Besides leaving UMNO i think there are also other avenues available that can be used to change the present leadership, e.g. the continous usage of your blog, foreign media, etc.

openmind said...

Saya tahu apa Tun patut buat... Set up party baru yang di namakan Semangat 2008, macam arwah Tunku dulu yang set up semangat 46.

Syazwan said...

Askm Tun
saya sebagai generasi 80 an ingin juga merasakan semangat org melayu yg diamalkan pada zaman awal kemerdekaan...saya harap aper yg tun lakukan akan membawa kebaikan kepada UMNO...saya harap jgn la Tanah Melayu nie jadik seperti dahulu...org melayu jadik boneka kepada penjajah..

Anonymous said...

You did this in the name of the Malays. The Malays already had their share of the cake yet you two still fight for the ones still in the other's hands. Tell you what, you two keep fighting 'yang dikejar tak dapat yang dikandung berciciran'... sounds good because the spills will soon be picked by 'others'

Anonymous said...

saya tahu komen mmg Tun takan publish... dah 2 komen saya hantar... dua2 tak kuar... TUn nak dgr org puji jer... sudah la Tun..
saya pasti Tun ada rasa sedikit menyesal memecat DSAI.. tu la Tun... allah maha adil Tun... sikit demi sedikit kebenaran makin terserlah.. dari kes linggam, kes tun salleh abbas... hmmmmm tun.. tun... tun....

mmg saya tak minta Tun publish komen nie.. ia hanya utk bacaan Tun sendiri...

openmind said...

Saya tak rasa Pak Lah senang di ampu. Saya rasa Pak Lah membuat lebih banyak sikap keterbukaan dari zaman Tun dulu. Fikir fikar kan. Kita orang Melayu pernah di bukukan sikap dalam Malay Dilemma. Kita pernah di perbodohkan dengan kononnya "melayu mudah lupa" dan sebagainya. Nabi yang kita sayangi pun pernah di katanya macam macam.... misalnya janggut kambing dsb. Apakah selama zaman Tun atau selepas zaman Tun, orang Melayu telah berubah sikap? Kalau Tun tak bolih ubah sikap orang Melayu semasa pemerintahan Tun selama lebih 20 tahun... adakah ini salah orang Melayu jugak. Kalau anak tak pandai ... adakah kita salahkan anak atau mak/bapak? Jangan lah kita senang terperdaya. Bersatulah. Jangan kita ikut ikut kan permainan politik. Merbahaya.

gosh108 said...

I have to say that u've been an imspiration to me since I was in primary school. I've been reading your speeches in the newspaper, books and following every vision of yours. And apart from the great parents I have that have guided me to be what I am today...You have also played a huge role in moulding me to be this person today. I am really proud to be part of the generation under your leadership.

currently I am studying in overseas..and I have just realized that I am not the only one that are truly inspired by you but many people around the world also look up at you..

Thanks for the great 20 years of leadership..Do Keep on inspiring and motivating us through your writing and such !

Go Go che Det!

Kun Mali said...

Tun, teruskan menjadi suara hati nurani umat Melayu-Islam walau dimana Tun berada atau bernaung....

Semoga Allah memberkati segala usaha Tun ini. We are with you!

PanglimaAiman said...

Tun yg dikasihi,
keputusan tun amat dihormati dan dihargai. Sememangnya wajar tun meninggalkan bahtera yg tun bina 20 tahun yg lalu kerana bahtera itu sudah usang dan hampir karam. UMNO sudah terlalu usang untuk dibaikpulih kerana papan2 sokongan dan enjinnya semuanya sudah terlalu rosak. Papan2 dan tiang baru yang menyokongnya hanya menjadi beban seperti parasit yang menyebabkan bahtera menjadi senget dan tidak stabil lagi. Fahaman perutisme kalangan nakhoda dan juak-juaknya menjadikan bahtera UMNO sudah melewati tarikh luput lalu memang sewajarnya ia dilupuskan dari bumi Malaysia.
Bertenanglah wahai Tun, redhakanlah apa yang terjadi walaupun hati luluh kerana Yang Maha Mengetahui pasti akan menunjukkan kebenarannya suatu hari nanti. Moga kita golongan marhain ini terhindar dari malapetaka akibat pertelingkahan pemimpin2 yang gilakan kuasa dunia sehingga lupa pada Yang Esa.
Tahniah dan Syabas Tun. Di penghujung usia ini, biarlah roda2 hidup tun terus berputar ke atas semula dan akhirnya dapat bersemadi bertemu dengan Pencipta dalam suasana yang tenang dan bahagia.

aziz said...

kpd tun yg dikasihi,
saya sentiasa mendoakan kesihatan tun dan keluarga dan smoga dipnjgkn umur.sumbangan tun kpd ngra amat besar & d'hrpkn tun akn kembali smula ke dlm UMNO disuatu msa nnti. sy amat kesal skali di atas kritikan pedas terhdp tun dimna org² itu yg sblum ini tun yg angkat darjatnya ke thp menteri. ttp skrg mrk tanpa segan silu mengkritik tun tnpa m'ingati jasa² tun. siapa mrk sblum ini tnpa tun. siapa itu Nazri aziz,sharil samad,mat taib dan lain².tanpa tun mrk mgkin PEMUNGUT SAMPAH!dengan pemerintahan tun dlu, ramai org melayu dpt hidup senang & kaya dgn menceburi bidang perniagaan.ttp kepimpinan skrg, ramai org melayu terutama kontraktor gulung tikar.smga ALLAH S.W.T dpt m'balas jasa tun. sy menyokong pnuh tindakan tun spaya abdullah badawi meletak jwtn.

vanPIEE said...

Assalamualaikum Tun,

Seperti yang lain, saya begitu terkejut dengan pengumuman keluar Tun dari UMNO semalam.Dan sebentar tadi saya baru menonton Buletin Utama yang menyiarkan reaksi daripada ahli parlimen dan menteri dari kalangan pemimpin UMNO.Seperti biasa, mereka menyokong kepimpinan Pak Lah 100%.Meluat dan geram saya melihat Nazri Aziz, menteri lalang atau talam dua muka atau lidah bercabang yang semasa Tun menjadi Perdana Menteri dulu begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Tun bila ada yang mencabar kepimpinan Tun, tapi sekarang begitu bersungguh-sungguh pula menghentam Tun. Begitu juga, Rafidah Aziz, orang yang menangis bagai nak gila bila Tun umumkan peletakan jawatan Tun semasa dalam perhimpunan UMNO tak lama dulu tapi sekarang seperti tidak kisah bila Tun umumkan untuk keluar parti malah memperli Tun pula. Nampak sangat mereka ini orang yang tidak mengenang budi. Jika tidak kerana Tun, mungkin mereka tidak akan berada pada kedudukan seperti sekarang ini.Tapi apa boleh buat, mereka ini tergolong dalam “Melayu yang Mudah Lupa”.

Buletin Utama cuma menyiarkan reaksi dan komen-komen dari pemimpin-pemimpin UMNO peringkat "atasan".Tidak pula Buletin Utama ini meminta dan menyiarkan reaksi ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi/bawahan.Saya yakin ramai yang tidak sependapat dengan sokongan 100% yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin "yes boss" mereka untuk Pak Lah.Tapi tidak mengapalah.Generasi sekarang tidak lagi boleh diperbodohkan.Banyak lagi berita yang betul-betul benar dan sahih yang boleh kami dapatkan daripada sumber-sumber lain selain daripada Media Arus Perdana ini.

Tun,

Saya percaya tindakan Tun keluar UMNO mesti dibuat setelah Tun berfikir panjang. Mungkin sebab begitu sayangkan UMNO Tun bertindak nekad sedemikian.Mungkin ini merupakan salah satu lagi langkah Tun setelah segala teguran, nasihat dan kritikan Tun untuk membuka mata dan telinga Pak Lah tidak dilayan.Pak Lah yang semakin pekak dan buta setelah protes rakyat dan ahli-ahli UMNO peringkat bawahan pada kepimpinan Pak Lah dalam PRU 12 terus tidak diendahkan.Malah Pak Lah masih terus khayal dengan sokongan kroni-kroni dan orang atasan yang ada kepentingan dalam projek-projek mega kerajaan.Sokongan orang yang berada dalam UMNO bukan sebab benar-benar memperjuangkan orang Melayu tetapi memperjuangkan “kantung dan kedudukan mereka”.

Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal terjadi pada UMNO selepas ini. Apa pun yang bakal terjadi nanti, saya harap Tun sentiasa menjaga kesihatan.Saya akan sentiasa berdoa agar Tun terus berada dalam keadaan sihat dan kuat. InsyaAllah….

Awsjack said...

Salam Tun, Terima kasih atas segala pengorbanan. Terlalu banyak yg ingin saya katakan tapi itu tak penting lagi selagi PL dan penyangak2 masih lagi menerajui Negara. Saya memahami hasrat Tun. Tidak sesekali saya akan mengundi kerajaan Paklah atau Anwar Ibrahim. I will always be with you. I did rather elect for Tuan Guru Nik Aziz. Saya harap semua ahli umno yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan UMNO akan bersama Tun untuk keluar dari parti UMNO bagi membuka mata pucuk pimpinan UMNO. Bersegeralah anda semua selagi belum terlambat. Tunjukkan keberaniaan anda untuk selamatkan Bangsa, Agama dan Negara. Jangan biarkan Tun berseorang mempertahankan Negara. Mari kita sedarkan "Orang Ini" yang Angkuh dan Bongkak. Mari kita gegarkan katil PL agar dia sedar dari tidur yang terlalu lena. Ya Allah, kau bawalah aku ke Jalan Yang Benar. Hanya Engkau yang tahu segala kebenaran. Engkau berikanlah Tun Dr. Mahathir segala kekuatan agar dapat beliau meneruskan perjuangan bangsa yang belum selesai. InsyaAllah.

openmind said...

Saya nak bawa 100 rakan rakan saya untuk menjadi ahli UMNO. Dulu masa zaman sebelum Pak Lah, kami duduk atas pagar sebab kalau bersuara saja kena pecat. Kalau bantah saja kena tuduh sodomylah dan sebagainya..berapa TPM yang kena pecat dulu? Semuga UMNO relevant dengan kepimpinan Pak Lah.

kapfla said...

Tun M,
Bravo. Action speaks louder than words. Depa pandai cakap tapi tak reti buat. Unlike Pak Sleepy, you are a visionary. I hope and pray to Allah SWT that your action will lead to a better UMNO and another true leader like you will emerge to lead. Not from the present batch of top ones, I know, but I hope this person will come in my lifetime. UMNO is in dire straits, someone need to save it. Do it Tun! Many still trust you better.

Sleepy's men, if you are reading, take this advice, if you cannot live up to the amanah of Malaysians and Malays, leave now. Make your exit graceful if you need to but leave.

«Oldest ‹Older   801 – 1000 of 1354   Newer› Newest»