Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.
Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.
UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.
Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.
Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.
Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.
Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.
Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.
Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.
Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.
Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.
Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.
Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.
Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.
Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.
Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)
Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.
UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.
Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.
Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.
Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.
Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.
Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.
Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.
Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.
Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.
Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.
Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.
Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.
Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.
Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)
1,354 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 400 of 1354 Newer› Newest»Tun,
saya tak terkejut langsung dgn pengumuman Tun keluar dari UMNO.. sebab Tun yg saya kenali adalah seorang pemimpin yg yakin dan tegas dengan setiap keputusannya, dan tiada keputusan yg dibuat terburu2. saya pasti Tun dah lama fikirkan tindakan ni kan?
tahniah Tun. biarlah pak lah terjun dgn labu, jin dan beruknya..
Dear Tun,
I am with you
Tun,
Perjuangan demi negara,bangsa dan agama masih perlu diteruskan walaupun tidak lagi menjadi ahli UMNO.Sejarah akan membuktikan segalanya. Kami akan sentisa bersama-sama Tun dalam proses perjuangan walaupun negara kini berada dalam zaman pemerintahan dan memiliki pemimpin yang lemah.
Sedih but it’s ripe time. Ahli lain jangan tunggu lagi; make your move. Demi bangsa, agama dan tanahair. Afterall, what you’ve got to loose; a hopeless leader? Believe in Tun! Hidup Tun! PERJUANGAN BELUM SELESAI...
Insyallah.
Salam Tun DM
Teruskan perjuangan ini kerana UMNO/BN dalam kehancuran jika dibiarkan dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
salam Tun,
biasanya saya tersenyum.. hari ini mengalir juga air mata ni.
Tun,
apa sahaja keputusan tun suami isteri adalah milik mutlak tn berdua. saya yakin keputusan diambil setelah pertimbangan sewajarnya tun berdua lakukan.
saya menangis kerana saya turut merasai betapa berat luka yang tun tanggung. saya masih tak dapat terima apabila pada akhir ramadan 2006, Nazri Aziz dengan terbuka di Buletin Utama mengatakan apa sahaja tindakan tun pada masa itu, adalah NONSENSE!
bagi saya, kita orang melayu dan orang Islam. Hormat sesama manusia terutama yang lebih tua itu sepatutnya menjadi pakaian kita. Walau betul atau salah tindakan dan kata kata tun, mereka patut dengar dan buat perbandingan. bukan TERUS SAJA MENUTUP PINTU SAMBIL MENCEMUH.
yang anti UMNO akan cakap ini kegagalan tun juga. bagi saya pembentukan insan sudah cukup sebenarnya, namun pilihan adalah hak peribadi. kita boleh bagi ceramah atau pendidikan kepada sesiapa selama seribu tahun pun, namun akhirnya individu itu yang akan buat keputusan.
apa pun tun, tahniah kerana tun masih seperti yang saya kenali iaitu punya pendirian teguh.
saya doakan agar tun sekeluarga akan dirahmati, begitu UMNO, PKR dan rakyat Malaysia.
di kesempatan ini, saya suka nak sampaikan salam Kathleen Muna Othman kepada Tun Dr Siti Hasmah. Aunty Muna kini di Manchester. namun hatinya tetap di Malaysia.
Tun
I support your decision to leave UMNO..it is a party that has lost its way terribly under the so-called leadership of Abdullah Ahmad Badawi. He is not qualified to be the leader of this country and has turned gold into dust ever since he took over. I knew it was a mistake for you to name him as your successor from the very beginning..You have done a lot of good for this country while you were PM but your last move was a great blunder. You are the only person who can make it right again...PLEASE HELP MALAYSIA TUN!!!
SAVE US FROM THIS FAILURE OF A LEADER!!
Teringat pula pada pepatah, "Berani kerana benar, takut kerana salah".
Pada pendapat saya, tindakan Tun amatlah berani dan berasas. Semoga lebih ramai lagi sedar akan realiti keadaan politik di tanah air kita pada hari ini.
Tun, it is unfair for Pak Lah to bear all responsibility upon the failure of 8 March election since many unfair policies made by yourself was also the factors which lead to the anger of people. So I think that you should not have the power to judge him.
Tun i think you have showed the young generation how to become a true leader. The 4th floor boys are too powerful. The next election will see BN get worse result than this.
Salam Tun
Pak Lah pun sebenarnya ada jasa juga, ayahanda Tun janganlah dok peleceh dia sangat. Pak Lah perkenalkan slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan menang besar dalam PRU 11 maka wujud lah banyak kementerian selepas PRU 11, ya lah banyak org berjasa perlu diberi jawatan menteri tapi memecahkan KDN kepada 2 kementerian iaitu KKDN dan KHEDN dan kemudianya satukan semula jadi satu kementerian selepas PRU 12 macam ada yang tak kena jer...
Jasa Pak Lah yang lain ialah perkenalkan konsep Islam Hadhari yang turut disokong oleh Presiden Bush tapi anehnya hampir tidak disebut langsung selepas PRU 12. Mengapa???
Org kerajaan pula janganlah marah Pak Lah sangat sebab zaman dialah pegawai kerajaan dapat cuti hari Sabtu. Zaman Tun dulu Tun tak bagi can langsung permohonan nak cuti hari Sabtu, alasan Tun cuti di Malaysia dah banyak sangat... iaitu kelayakan cuti tahunan pegawai/kakitangan(20-35 hari), cuti umum spt raya puasa, raya haji, raya cina, krismas, vesak, deepavali, nuzul kuran, hari keputeraan YDA, cuti bersalin, cuti2 am negeri, kelayakan mc tahunan dan macam-macam lagi yang kalau pegawai tu guna sepenuhnya maka dalam setahun dia kerja dalam 200 hari saja kot. Tun selalu tegaskan kalau nak jadi negara maju kena kerja kuat jangan kira nak cuti saja macam di Sri Lanka cuti umum ada lebih kurang 200 hari setahun jadi depa di sana kerja 165 hari saja setahun kalau semua kakitangan kerajaan manfaat sepenuhnya kelayakan cuti mereka.
Jasa Pak Lah satu lagi ialah menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum peringkat nasional, zaman Tun dulu mana ada walaupun Samy Vellu merayu setiap tahun...tapi sayangnya org Tamil katanya tak beri sokongan kpd BN pun dalam PRU 12 lalu sampai bosnya pun tewas teruk di Sg. Siput.
#################################
Dulu anak2 saya yang kerja kilang yang dulu dapat bantu saya memang terasa bila semenjak dua menjak ni banyak kilang-kilang ditutup dan pindah ke negara lain...kenapa ini terjadi adakah kerana kita ubah dasar nak galakkan bioteknologi jadi kita jadi tak mesra pelabur dan mereka cabut lari...Dulu anak2 bantu bagi duit bulanan untuk tampung beli beras sekarang kilang dah banyak tutup yang ada banyak ambil Bangla dan Myanmar serta Indon. DALAM SOAL NI SAYA NAK TANYA TUN ADAKAH TUN SILAP KERANA TAK BERI TUMPUAN KEPADA PERTANIAN DULU....ATAU PEMIMPIN SEKARANG SALAH KERANA TAK IKUT DASAR YANG TELAH DIATUR OLEH TUN.... yalah satu kilang elektronik misalnya boleh beri pekerjaan kepada beratus malah ada sampai beribu org sehingga perlu kerja shift...tapi kalau di ladang yang nak diberi tumpuan berapa sangat boleh ambil pekerja????
Ada org kata elok kita ikut macam Tun dulu iaitu tumpu kepada sektor manufacturing kalau nak maju jangan tumpu kepada pertanian. Alasan mereka mudah...biarlah jiran kita dok pulon dalam pertanian kita tumpu pada pembuatan kerana hasil dari pembuatan lebih banyak dari pertanian...bila duit banyak misalnya kalau terasa nak makan durian kita tak payah pergi ke dusun bertarung dgn nyamuk dan pacat tetapi kita boleh berkereta memilih apa jenis durian yg kita mau...D24, Udang Merah, Tangkai Panjang...apa saja tak perlu keluarkan modal utk teroka tanah, tanam benih dan tunggu 8-10 tahun...tak kos efektif.
Minta maaflah jika posting saya ini melalut tapi persoalan yang selalu bermain di fikiran saya ialah adakah penentangan Tun terhadap Pak Lah termasuk mengambil keputusan keluar dari UMNO itu mempunyai kaitan sikap Pak Lah yg tak mau ikut cara Tun mentadbir negara yang Tun rasakan telah pun diletakkan di landasan yang betul semasa Tun melepaskan baton kepada Pak Lah dulu???
I am Chinese.... I feel Malay need to reform their own political party. Not only limited to UMNO,but all BN component party. Malaysia should have a friendly,fair, "Malaysia for Malaysian" concept party,decmoratic, open-minded, willing to accept any chalengge as we have multi races in one country.
Salam Tun Dr. Mahathir...
Terhuris hati saya bila seorang negarawan seperti Tun dibuat sebegini.Rakyat sebenarnya telah pun merasai tekanan di bawah pimpinan Pak Lah. Dlm PRU 12 rakyak telah menolak pimpinan Pak Lah dan itulah suara hati rakyat Malaysia yg menolak BN di bawah pimpinan Pak Lan.
Saya & seluruh rakyat Malayasia serta Ahli UMNO akan berada bersama TUN untuk memulihkan Negara dan UMNO. Marilah kita gunakan saluran Blog sebagai media menunjukkan protes kita kepada Pak Lah..
Suara Rakyat.
http://ebakry.wordpress.com
saya adalah salah seorang yg begitu mengkagumi Tun,walaupun saya terkejut dengan pengumuman ini namun sy percaya Tun telah memikirkan nya dan membuat keputusan yg betul.
Tun... sori... tindakan tun nih dari dulu lagi saya lihat...seperti takut bayang-bayang sendiri... bertaubatlah..
you know who you are..
sori, assalamualaikum...
Kami SEDAR apa yang berlaku dan jelas dimata dan hati rakyat APA yang berlaku tetapi sukar bagi kami untuk SEDARkan mereka yang BUTA dengan keadaan yang sebenarnya. Sentiasa ada sahaja alasan demi alasan untuk MENIPU rakyat untuk menutup kepincangan dan kepentingan mereka. Kami bukan bodoh untuk menilai. Diharap mereka sedar dan jika Pak Lah membaca blog Tun dan kami pasti beliau membacanya... Tolonglah jangan bersandiwara lagi. Enough is enough. Kami dah Bosan dan kami, penyokong UMNO selama ini mungkin akan buat perkara yang sama di pilihanraya selepas ini jika masih ada yang tidak sedar dan pulihkan keadaan. Kepada Tun, saya sedih tapi faham akan tindakan Tun.
TUN
Syabas....Demi Agama, Bangsa & Negara....Saya sentiasa menyokong TUN....
Assalamualaikum Tun,
Saya kagum dengan tindakan berani Tun. Saya percaya kebenaran akan muncul jua akhirnya.
Banyak yg kami generasi muda boleh belajar dari Tun. Bagi saya, Tun adalah pemimpin yg berprinsip.
Berani kerana benar!
Jaga kesihatan baik-baik ya Tun.
Hidup Tun! Hidup Melayu!
Wassalam
Malay - Keadilan - PAS
= UMNO
UMNO - TDM Regime
= Weaker Malay
Sooner or later Malay people become more weaker.. (agree?)
non-malay will be our new PM..
I hope its not the one of your agenda to "tolong" malay people..
Assalamualaikum Tun,
Saya ingin bagitau kpd Tun bahawa apa sahaja tindakan Tun, saya tetap tidak akan melupakan jasa Tun kpd kami.
Keputusan Tun memang memeranjatkan saya. Tetapi, saya tetap yakin bahawa keputusan yang Tun ambil telah Tun pertimbangkan sedalam-dalamnya dgn berlandaskan kebijaksanaan kepimpinan Tun.
Saya tiada komen. Tidak layak bagi saya. Tun seorang Pejuang Negara.
Cuma, saya berdoa semoga keputusan Tun akan membawa kebaikan kepada negara. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahuinya.
Ya Allah, Selamatkanlah Malaysia.
Yang Amat Dihormati Tun,
Saya sanjung tinggi tindakan Tun untuk menyelamatkan UMNO. Benarlah PM sudah Buta Mata & Hati dan pekak telinga untuk memahami denyut nadi hati nurani rakyat.
Dengan ini, saya yang bernombor ahli UMNO 20014004 Moderator Kelab Penyokong UMNO (KPUMaya) http://www.facebook.com/group.php?gid=11214944403 dengan ini mengistiharkan mengikut jejak langkah Tun Keluar dari UMNO.
Sayangkan Bangsa Mu.
Kpd Fishhook,
Org spt awak ni tak tau menilai org. Tanpa jasa Tun mungkin awak, emak bapak awak adik beradik awak hidup merempat atau menjadi pengemis. Satu lagi, kalau dibandingkan jasa Tun dgn apa yg ada awak sumbang pd negara jasa awak hanya lah sebesar tahi kambing. Otak awak juga mungkin spt otak kambing!!!!
Semoga perbuatan TUN dapat menyedarkan pucuk pimpinan UMNO yang leka dibuai mimpi.
semoga lebih ramai anak melayu lahir dan mewarisi semangat perjuangan TUN dalam memartabatkan agama,bangsa dan negara.
Dearest Tun,
I'd understand why to make such decision and I'm totally agree with you that the current UMNO leadership and its MT do not fight for the malay and muslim rights anymore. I say it again, now non-malays began to question our rights! Who are they to question it! Did you guys fought the portugese and brits when they came and took away the nation riches?? And Pak Lah... son of a ulamak, konon. Why you kept you mouth shut when non-muslim began and BOLDLY use our god's name when we the muslim never undermine their god in our khutbah! Think about it, folks. UMNO and BN are weak because of poor leadership. Tun's move in quitting UMNO is BOLD and BRAVE which reflects his frustration. I'm also frustrated with the current malay ministers!
I'll support you all the way and I'll follow suit by quitting UMNO also until PAK Lah is no longer the UMNO president nor the Prime Minister of my BELOVED country. Wish you all the best of luck, Tun and May Allah bless you and your family
YABhg Tun,
i sincerely believe that u shld have quit not only umno but also active politic way back in 2003. U must never treat Umno as a Hotel which u can check-in and check-out anytime u heart desire. U r not setting a good example to us the younger generation sir! Anyway, thank u very much for the 22yrs that u governed Msia...
Assalamualaikum TUN
kami hormati keputusan TUN.
mesti ada khikmah disebalik keputusan TUN ini. Kita saksikan apa yang berlaku selepas ini.
Assalamualaikum Tun,
It must have been a hard decision to do what you did today, but we, your supporters knows that this is the only way to get Abdullah to do what he must, soon.
He is the cancer and he should be amputated. As the cancer in UMNO, he should know that if an amputation didn't take place; than it will rot slowly but surely.
To Abdullah, if you're reading this blog :Pls, just ship out.We know you can't shape up. You just can't.Its okay to become a coward than a killer.
We don't want you anymore. See the chaos that you caused.You're the ultimate killer of the Malays, besides the Jewish-friend, Anwar Ibrahim and KJ.
And we are waiting for other MPs especially those quiet backstabber do what you did. If we can't see any, than surely those cowards must have put money and positions above self dignity.
We will pray to Allah SWT for the country's peacefulness and guidance. May Allah SWT saves us all from further unrest. Amin Amin Ya Rabbil'alamin.
Dear Tun,
Sorry to say that you started all these mess.
You could have become the best PM that Malaysia could be proud of. But somewhere along the line of your tenor you were not able to control yourself from making silly blunders.
You had projected a very good image of a great statesman earlier in your tour of duty. You were a very good orator, brave, witty and well-likened by your audience. All these had made you a great man.
However you were not able to keep yourself righteously when you started to believe you had the absolute power. Nobody you saw was able to stop you from doing what you wanted to do. That was the time when you dragged yourself into playing god.
Anybody that crossed your path would be thrown off into the dungeon. Your power crazy greed made you commit many things that you thought were right. There was nobody to stop you because you were the great PM with absolute power.
With that in mind you had meddled with the judiciary. You had stripped the powers of the Malay Rulers, you had sacked your DPM, you had closed down the Sekolah Agama Rakyat, you had ISAd those whom you believed were a threat to you but not to the country.
The very fact that you had chosen Datuk Seri Abdullah Badawi to succeed you was your biggest blunder. In your tour of duty you never had put much effort to groom your successor simply because you did not want them to be a better PM than you. How silly and that had cost you to be in the present predicament. Was Lee Kuan Yew like you?
Your sacking of your former DPM was purely a show of your power crazy and autocratic nature.
You yourself had admitted in one of your recent talks (You Tubed) that the former DPM had done nothing wrong but it was just a show of absolute power, you had at that time, to have him arrested.
The way I see it, Pak Lah is not as stupid as you think he is. It was most unwise of you to have him as your successor. You wanted him to administer the country the way you want it. What's he then as a present PM certainly not to be pulled by the nose. He now has the power that you had before.
Now when you cannot bring Pak Lah down you resort to quiting the party. You made the unwise and hasty decision to quit the party. You once said, before the Gen. Election that you will not leave UMNO but went on vigorously criticizing Pak Lah which caused most UMNO and BN supporters voting for the opposition. Certainly you had not realized that because what you did was purely to achieve your personal gains. That was a very unwise move.
By your quiting from UMNO you yet again would cause greater turmoil not only to UMNO but to BN and the country as well. Are you happy in doing so? And you think that would be your greatest achievement?
Let's wait and see. Would luck be on your side?
Many would say that your quiting from UMNO is a clear manifestaion of your selfishness at its highest degree.
way to go Tun.... SALUTES......
salam tun,
saya akan turutkeluar dari umno dan akan kembali kepada umno selepas pak lah tidak lagi menjadi presidennya.
i'm with u Tun.
Tun,
It's about time. Show UMNO how weak they can be without your support. They need a change in LEADERSHIP.
Assalamualaikum TUN
kami hormati keputusan TUN.
mesti ada khikmah disebalik keputusan TUN ini. Kita saksikan apa yang berlaku selepas ini.
Dear Tun,
Kami sekeluarga sokong 100% tindakan Tun. Bagi seluruh keluarga kami, anda adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Jasa & perjuangan anda tiada tandingan dan tidak boleh dinafikan lagi oleh mana-mana pemimpin yang ada sekarang.
Syabas!!! You are a TRUE LEADER. Malaysia will never get another leader like you. You are our "Bapa Kegemilangan Malaysia". And Malaysia forever needs you.
Salam Tun.
Terima kasih kerana menyelematkan Negara & Rakyat. Ramai yang telah member pelbagai tanggapan serta pandangan terhadap perletakkan keahlian Tun dalam UMNO tetapi bagi saya ini adalah langkah yang paling terbaik dalam mencari jalan peyelesaian untuk mengubah keadaan sekarang disamping menghalang DSAI serta Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Malaysia seperti yang dicadangkan.
Amatlah diharapkan agar ahli-ahli UMNO yang lain dapat melihat peluang ini sebagai satu penghormatan dan pengkorbanan seorang pejuang bangsa dan Negara yang sebenarnya. Ahli-ahli UMNO perlu menyaut cabaran ini untuk mengikuti jejak Tun dan mendesak DSAAB untuk meletakkan jawatan beliau. Saya rasakan DSAAB telah mencipta pelbagai sejarah sepenjang beliau menjadi Perdana Menteri yang diantaranya ialah pertelingkahan diantara kaum, kekalahan teruk dalam pilihanraya, didesak untuk meletakkan jawatan dan sejarah-sejarah ini sudah cukup untuk beliau bukukan dan member laluan untuk “retreat & total change” dilakukan dalam UMNO dan pengurusan pentadbiran Negara.
Apa yang pasti adalah kesanggupan ahli-ahli UMNO yang lain untuk mengikuti jejak TUN dan memahami konteks sebenar dari keputusan yang diambil oleh Tun untuk melepas keahlian UMNO. Selain dari ucapan Jutaan terima kasih, saya ingin meminta maaf kepada Tun kerana dalam keadaan kesihatan dan umur Tun, Tun terpaksa berkorban demi pembangunan Negara & Rakyat. Semoga Allah SWT memberi keberkatan serta barkah kepada usaha ini.
Salam.
mamakthegreat@gmail.com
Kami sedar apa yg berlaku dalam UMNO dan bosan dengan kerenah org org yg masih tak faham bahasa dan kehendak rakyat. Mereka masih lagi nak bersandiwara dengan memberi alasan demi alasan untuk menutup kepincangan dan kepentingan masing masing. Rakyat nampak dan boleh menilai sendiri apa yg terjadi. Kepada Pak Lah, tolonglah faham dan buat sesuatu... jgn sampai kami penyokong Umno ini buat tindakan sama seperti apa yang berlaku pada pilihanraya lepas and one more thing, kalau boleh, get rid of your son-in-law tu... he has given too much trouble to you and UMNO... we KNOW him well... enough is enough... we know what is goin on... dan to Tun, it is sad to know that you are leaving UMNO but kami faham.
saya memuji Tun di atas keberanian Tun. Namun , tindakan Tun diharapkan dapat mengubah kelemahan pucuk kepimpinan UMNO.
Tun,
You are a greatman. You've made the right decision. Great man should not be in a lousy party.
I sokong Tun.
Saya berada di tempat Tun berceramah pagi tadi, impromptu-ly, wished to ask you questions, but i just couldn't make it. So, setelah Tun buat pengumuman keluar daripada UMNO, Pak Lah tetap katakan dia tidak mau berundur, jadi, nampaknya memang perlulah ada plan back-up Tun untuk desak jugak Pak Lah turun. Perlukah sejarah berulang semacam mana Tunku Abdul Rahman untuk turun 'takhta"? Atau perlukah penggerak menjatuhkan Pak Lah, seperti contoh gabungan Mahasiswa yang sudah tentu akan merisikokan masa depan negara, atau perlukh juga gabungan buruh? Nampaknya Pak Lah ni memang orang yang x paham bahasa, dan nampak sgt senang diperkotak-katikkan, Generasi sayalah yg nak kena tempias senario poltik skrg pon, mybe pasai tu kot la Pak Lah x brapa kisah sgt pe2 pon yg Tun da wat utk protes dia. dan kepada org2 yg x pham, tolong la nampak, tindakan keluar umno bukan utk masuk parti pembangkang sebab hanya umno wadah perjuangan orng melayu,,jadi tolong fahamkan tindakan tersebut sebelum hanya mendengar2 ulasan dari orang2 yang pernah menjadi musuh dalam selimut kpd negara.
Dear Dr Mahathir,
I must say that today you have proved that you are a man of your words and you have my respect for that, Sir.
Although i'm a non-malay & non-UMNO member, but I can truly understand how deeply you are hurt inside that you have to take such a drastic decision.
I assume that this is part of your tactical strategy to gun down those arrogant & incompetent leaders in an effective way. And I truly hope that it works.
BRAVO DR MAHATHIR FOR YOUR COURAGE!
Hope this will start off a new era in Malaysian politics. Formation of a new party (maybe United Muslims MAlaysia H?, UMMAH) under the leadership of our beloved Tun and guided by our "spiritual' advisor, Tok Guru.
At this point in history, I believe only with the brains of Tun and the guidance of Tok Guru together, can Muslims reunite and save ourselves and the people of Malaysia from the impending economic and political doom that will engulf the world within the next two to three years.
What impending economic and political doom? you ask. Well that’s a long story which I don’t really want to get into at this stage (getting into conspiracy theories etc) . Suffice to say that we are well past the early stage with the rise of fuel, commodities and food prices and the shortage of food across the world which will eventually lead to anarchy and chaos.
Dear Tun!
I am not surprise on your decision as it is no longer effective for you to change UMNO within UMNO. This, as we have witnessed, invites criticism.
You have more freedom outside UMNO to bring back UMNO back to its roots.
Yes, current UMNO leaders have long forgotten UMNO main objectives. Current leaders have expoited the party to their selfish benefits.Some to their menantu and sons, some to their jawa clans and some to their mamak heritage!
To them keeping the power and NEP benefits are only meant for their "malays".
UMNO can only be effective if the currently leaders "blah" from majlis tertinggi.
I am all in support of you Tun!..I'll follow suit.
Assallammuaalaikum,
YABhg.TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD,
Kejutan pengumuman Tun keluar dari UMNO telah memeranjatkan ramai ahli-ahli UMNO.Serta tidak kurang juga ahli-ahli veteran UMNO dan menteri-menteri UMNO yang tersenyum dan bersorak..kononnya mereka berjaya,Tun dah putus asa kata mereka..paklah dah berjaya menjinakkan Tun.
Sebagaimana mereka lalai dibuai kerusi empuk dan tangan tangan oportunis yang mengipas mereka kerana projek,begitu jugalah mereka lupa yang HAMBA ALLAH yang mereka sedang tertawakan itulah HAMBA ALLAH yang pernah mereka berebut mencium tangan sepanjang 22tahun dulu hanya baru 5 tahun mereka berhenti memuji dan memuja insan yang bernama DR.MAHATHIR MOHAMAD (Dato'Seri ketika itu). Biarkan lah mereka kerana mereka dari golongan orang-orang yang MUDAH LUPA.
Tun, pernah berucap di Nirwana Ballroom,KL Hilton,sekitar tahun 1982 ketika Pergong UMNO "its better to be friends with the devil that you know rather with the angel that you dont know".
Pada saya yang mengikuti pergerakan dan ucapan Tun sepanjang tempoh sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO,saya simpulkan 'the angel that you dont know' ini ialah AAB.
Saya berdoa serta memohon kepada ALLAH swt.,agar sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada TUN serta sentiasa melindungi TUN serta keluarga dari sebarang ancaman serta angkara mereka yang berniat jahat serta dengki.Agar kesihatan serta kesejahteraan TUN dan keluarga sentiasa diberkati dan direstui oleh ALLAH swt.,amin. Insyaallah.
Dengan harapan segala usaha serta penat lelah TUN memperjuangkan demi untuk kebahagian,kesempurnaan,
kesejahteraan dan kejayaan umat islam,bangsa melayu serta rakyat MALAYSIA dan negara MALAYSIA tercapai dengan bangga. Insyaallah,pada masa dan tika itu TUN dapat sama-sama merasainya.
TUN,
Pak Lah tak baca sejarah. Pak Lah bukan ulamak dia hanya cucu dan anak kepada ulamak.Saya menyatakan demikian kerana Pak Lah mengambil alih tampok PM pada 2003. Sebaik saja ambil alih kita mengerjakan ibadah puasa dan pada tika itulah kita disajikan dengan berita dan gambar dalam media cetak dan elektronik Pak Lah menjadi imam pada tiap kali solat selepas berbuka puasa.Mulanya saya suka dan bangga tapi lama kelamaan saya bertanya sendiri,'TUN bagi Pak Lah jadi PM atau jadi imam?'.. Bila berucap ada saja diselitkan ayat-ayat suci al-quran dalam ucapannya.Saya cuba mengingati akan masa TUN jadi PM,saya tak dengar sekali pun TUN selitkan ayat-ayat al-quran hanya TUN ada membaca doa dalam pergong tahun 2002 dan 2003(kalu tak silap) itu pun kerana TUN dah tak dapat menahan rasa kecewa dengan sikap 'takpa'orang-orang melayu pada tika itu.Setahu dan seingat saya TUN banyak menyelitkan maksud dan makna sesuatu ayat atau hadis sahaja dalam ucapan-ucapan TUN.
Pak Lah tak baca sejarah perjuangan UMNO dan parti siasah nusantara.Parti Islam SeMalaysia atau PAS menggunakan istilah ISLAM pada nama partinya selama hampir 45tahun dan mengamalkan dan membiarkan pemimpin mereka mencaci dan mengumpat sesama saudara seagama tak kemana pun kejayaannya.Dinegara jiran kita digunakan perkara yang sama (NU) malah pada sebelumnya ialah sebuah pertubuhan islam terbesar di negara tersebut,TETAPI bila ianya diheret kekancah politik lihatlah apa yang terjadi ulamak mereka bergaduh dan berselisih faham sentiasa dan akhirnya hancur pertubuhan dan hancur negara mereka. Negara mereka tak aman hingga hari ini..Pak Lah pula memperkenalkan 'ISLAM HADARI' diMalaysia.Tak lama lepas diperkenalkan utara semenanjung di landa tsunami tempias dari negara jiran. JANGAN PERMAINKAN DAN MEMPOLITIKKAN ISLAM. Politik boleh diIslamkan TAPI JANGAN SESEKALI ISLAM DIPOLITIKKAN. Maka keputusan pru12 lah jawapan imbuhan nya.
Orang melayu dan rakyat Malaysia pun memberikan habuan yang Pak Lah mahu kan melalui keputusan PRU12.
Syabas TUN, Perjuangan Mu Belum Selesai lagi.Kita tunggu dan lihat samaada Pak Lah akan Letak Jawatan pada Dec ini..tapi banyak kepada tak jadi letak pada Disember ini.
Terima Kaseh TUN atas keringat peluh dan jasa mu kepada tanahair dan bumi tercinta yang bernama MALAYSIA,selama 22 tahun dibawah pimpinan mu. Salam Perjuangan.
Tun
Semoga terus berjuang.
syed
Sireh Dan Cengkeh
Assalmualaikum Tun,
Saya ingin memberi perspektif saya tentang isu ketuanan melayu dan keputusan Tun keluar dari UMNO.Saya berusia awal empat puluhan dan boleh dianggap mempunyai permikiran yang masih cetek . Saya sentiasa bertanya mengapa bangsa saya tidak menjadi tuan di negeri sendiri.Dari pemerhatian dan pengalaman saya, saya dapati bangsa melayu apabila menghadapi masalah selalunya cepat mengambil sikap "sick and tired of the problem" . Mereka tidak mengambil sikap seperti bangsa lain iaitu "sick and tired of being sick and tired".Bangsa melayu selalunya tersekat di "sick and tired" dalam menghadapi masalah. Sikap "sick and tired" meyebabkan bangsa melayu tidak bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah dibandingkan dengan bangsa lain. Selain tidak berusaha bersungguh-sungguh,satu lagi jalan mudah untuk mengelak dari menyelesaikan masalah adalah untuk berada dalam "denial".Bangsa asing mengambil sikap "sick and tired of being sick and tired', menyebabkan mereka tidak membuang masa dengan bercakap tentang masalah tetapi mengambil tindakan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah.
Tanpa sikap "sick and tired of being sick and tired" memang agak susah melayu menjadi tuan di negeri sendiri.
Tentang keputusan Tun keluar UMNO, saya rasa mungkin disebabkan Tun sudah sampai tahap "sick and tired of being sick and tired of the problem".Tun lebih arif dan mengetahui lebih dalam tentang bangsa dan negara.Saya berdoa Tun dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan rasa terima kasih saya kepada Tun diatas segala jasa-jasa Tun sewaktu menjadi perdana menteri dan selepas bersara. Telah lama saya menyimpan hajat untuk menyatakan rasa terima kasih secara terus.Ruangan blog ini akhirnya memberi peluang.
Sekian.
A'kum Tun,
In the context of Malaysian politics, I remember having cried only twice. The first time was when u announced that you were stepping down as the PM & UMNO President at the UMNO General Assembly and the second time was this afternoon when I heard that u are quitting UMNO.
You have my utmost admiration, respect & support as the greatest ever Malay leader. I am what I am now because of your policies and leadership.
We, the silent majority, still loves you & need your guidance.
May Allah swt bless you & your family with health & long life.Tq.
I was not shocked to hear the news
you are a brave man
and you will always have my support 120%
and I hope that others will see the relevance in your decision
God Bless!
Assalamualaikum Tun,
Saya pun ingin turut serta keluar dari UMNO bagi menyatakan protes terhadap corak kepimpinan yang lemah pada masa ini.
Untuk makluman Tun,saya telah mendaftar sebagai ahli di Pejabat UMNO Bahagian Parit,Perak sekitar tahun 2000/2001. Namun begitu saya tidak pernah diminta untuk membayar yuran pada setiap tahun. Kad ahli pun tak dapat,padahal gambar dah 8 tahun saya bagi.
Persoalannya Tun, saya tidak pasti status saya sama ada masih ahli UMNO ataupun tidak. Kalau masih ahli, saya akan hantar surat keluar UMNO,kalau dah bukan ahli tak payahlah hantar.Rugi duit setem saja.
Harap Tun dapat memberikan pandangan.
Salam buat Tun Dr. Siti Hasmah.
(P/S: Teringat pula pada Tun, terutama bila waktu balik,Tun beri makan ikan di PLF....)
AIN
ain14324n7@yahoo.com
Assallammuaalaikum,
YABhg.TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD,
Kejutan pengumuman Tun keluar dari UMNO telah memeranjatkan ramai ahli-ahli UMNO.Serta tidak kurang juga ahli-ahli veteran UMNO dan menteri-menteri UMNO yang tersenyum dan bersorak..kononnya mereka berjaya,Tun dah putus asa kata mereka..paklah dah berjaya menjinakkan Tun.
Sebagaimana mereka lalai dibuai kerusi empuk dan tangan tangan oportunis yang mengipas mereka kerana projek,begitu jugalah mereka lupa yang HAMBA ALLAH yang mereka sedang tertawakan itulah HAMBA ALLAH yang pernah mereka berebut mencium tangan sepanjang 22tahun dulu hanya baru 5 tahun mereka berhenti memuji dan memuja insan yang bernama DR.MAHATHIR MOHAMAD (Dato'Seri ketika itu). Biarkan lah mereka kerana mereka dari golongan orang-orang yang MUDAH LUPA.
Tun, pernah berucap di Nirwana Ballroom,KL Hilton,sekitar tahun 1982 ketika Pergong UMNO "its better to be friends with the devil that you know rather with the angel that you dont know".
Pada saya yang mengikuti pergerakan dan ucapan Tun sepanjang tempoh sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO,saya simpulkan 'the angel that you dont know' ini ialah AAB.
Saya berdoa serta memohon kepada ALLAH swt.,agar sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah kepada TUN serta sentiasa melindungi TUN serta keluarga dari sebarang ancaman serta angkara mereka yang berniat jahat serta dengki.Agar kesihatan serta kesejahteraan TUN dan keluarga sentiasa diberkati dan direstui oleh ALLAH swt.,amin. Insyaallah.
Dengan harapan segala usaha serta penat lelah TUN memperjuangkan demi untuk kebahagian,kesempurnaan,
kesejahteraan dan kejayaan umat islam,bangsa melayu serta rakyat MALAYSIA dan negara MALAYSIA tercapai dengan bangga. Insyaallah,pada masa dan tika itu TUN dapat sama-sama merasainya.
TUN,
Pak Lah tak baca sejarah. Pak Lah bukan ulamak dia hanya cucu dan anak kepada ulamak.Saya menyatakan demikian kerana Pak Lah mengambil alih tampok PM pada 2003. Sebaik saja ambil alih kita mengerjakan ibadah puasa dan pada tika itulah kita disajikan dengan berita dan gambar dalam media cetak dan elektronik Pak Lah menjadi imam pada tiap kali solat selepas berbuka puasa.Mulanya saya suka dan bangga tapi lama kelamaan saya bertanya sendiri,'TUN bagi Pak Lah jadi PM atau jadi imam?'.. Bila berucap ada saja diselitkan ayat-ayat suci al-quran dalam ucapannya.Saya cuba mengingati akan masa TUN jadi PM,saya tak dengar sekali pun TUN selitkan ayat-ayat al-quran hanya TUN ada membaca doa dalam pergong tahun 2002 dan 2003(kalu tak silap) itu pun kerana TUN dah tak dapat menahan rasa kecewa dengan sikap 'takpa'orang-orang melayu pada tika itu.Setahu dan seingat saya TUN banyak menyelitkan maksud dan makna sesuatu ayat atau hadis sahaja dalam ucapan-ucapan TUN.
Pak Lah tak baca sejarah perjuangan UMNO dan parti siasah nusantara.Parti Islam SeMalaysia atau PAS menggunakan istilah ISLAM pada nama partinya selama hampir 45tahun dan mengamalkan dan membiarkan pemimpin mereka mencaci dan mengumpat sesama saudara seagama tak kemana pun kejayaannya.Dinegara jiran kita digunakan perkara yang sama (NU) malah pada sebelumnya ialah sebuah pertubuhan islam terbesar di negara tersebut,TETAPI bila ianya diheret kekancah politik lihatlah apa yang terjadi ulamak mereka bergaduh dan berselisih faham sentiasa dan akhirnya hancur pertubuhan dan hancur negara mereka. Negara mereka tak aman hingga hari ini..Pak Lah pula memperkenalkan 'ISLAM HADARI' diMalaysia.Tak lama lepas diperkenalkan utara semenanjung di landa tsunami tempias dari negara jiran. JANGAN PERMAINKAN DAN MEMPOLITIKKAN ISLAM. Politik boleh diIslamkan TAPI JANGAN SESEKALI ISLAM DIPOLITIKKAN. Maka keputusan pru12 lah jawapan imbuhan nya.
Orang melayu dan rakyat Malaysia pun memberikan habuan yang Pak Lah mahu kan melalui keputusan PRU12.
Syabas TUN, Perjuangan Mu Belum Selesai lagi.Kita tunggu dan lihat samaada Pak Lah akan Letak Jawatan pada Dec ini..tapi banyak kepada tak jadi letak pada Disember ini.
Terima Kaseh TUN atas keringat peluh dan jasa mu kepada tanahair dan bumi tercinta yang bernama MALAYSIA,selama 22 tahun dibawah pimpinan mu. Salam Perjuangan.
Sebahagian orang UMNO masuk PAS.
Sebahagian lagi org UMNO masuk PKR.
Sebahagian lagi ikut Tun keluar parti.
Apa yang tinggal? Sekarang UMNO seperti kapal yang akan karam. Perpecahan dalam UMNO, siapa yang untung? Ya Allah, selamatkan UMNO.
Kembalikan perjuangan umno ke landasan yang betul.
Tun, I am really sad that you have to resort to leave the country in this way. I am a Malaysian that knows DrM as u have guided my journey for more than 20 years...two third of my life. You are a BRAVE LEADER. I still remember during 97's crisis, u took a BOLD MOVE which everyone criticized. However, with your gut feeling & wisdom...u went ahead and saved many business. I do hope you can continue to guide Malaysia to a more prosperous way. I wish u the best of health & take care. Hope the new generation learn from your leadership.
Assalamualaikum Tun,
Tun telah melakukan perkara yang terbaik untuk diri Tun. Walaupun Tun sudah meninggalkan UMNO, kami rakyat Malaysia berharap agar Tun terus bersuara dan berjuang demi negara, bangsa dan agama.
Selagi nyawa dikandung badan, perjuangan masih belum selesai. Kami berdoa Tun sihat sejahtera di samping isteri tercinta. Amin..
walaupun Tun tinggalkan umno, Tun tidak keseorangan. Tuhan sentiasa ada bersama...
saya lihat jelas terpancar keinsafan atas kesilapan Tun dahulu. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan dan dosa..Tapi Tuhan itu Maha pengampun... Tentu ada maksud yang tersirat atas apa yang berlaku ke atas Tun dan juga Malaysia. Semoga Dia ampunkan dosa kita semua.....
Tun, You are a GREAT LEADER which i personally follow in my times. It is a BIG LOSS for Msia to lost someone like you.
Assalamualaikum Tun,
Izinkan saya bercrita untuk semua.
"Pada satu masa dahulu di sebuah negara melayu, satu festival akan diadakan.Semua rakyat diarahkan berkumpul untuk bahagi tugas.Setelah semua berkumpul maka pengerusi pun tanya AJK Kumpul,"semua dah ada sini ka?"."Dah,kecuali yang tak berupaya" kata AJK tu . Pengerusi kata semua mesti hadir nak bahagi tugas.AJK kata buat apa nak panggil semua ,depa pun tak tau nak tolong apa.Cthnya yang pekak,yang kudung kaki,yang penuh kurap,yang buta dsbnya.
Pengerusi kata setiap orang ada peranannya.Dia pun bagilah contoh2;
Yang pekak blh tolong cucuh meriam dan mercun,telinga dia tahan.
Yang kudung tolong halau lalat kat dapur,makanan bersih,senang dia nak makan jugak.
Yang penuh kurap tolong tebang buluh.Dia dah biasa gatal-gatal.
Yang buta pulak tolong tumbuk cabai.Mata dia tahan.
Moral crita nih.
Semua orang tau apa dah jadi ngan UMNO. BERTINDAKLAH.Tapi sebelum tu check dulu anda kategori apa? Buta?Kudung?Pekak?Kurap?
Kalau anda kategori buta, jangan tolong cucuh meriam.
Kalau kudung, jangan tebang buluh.
Kalau kurap, jangan tolong kat dapur.
Kalau pekak,sebarkanlah blog ni kat semua generasi.
Ty Tun,krana baca crita nih.
Salam Tun,
Inilah akibatnya apabila Pak Lah menjadi 'Si Tanggang'. Kabinet kurang ajar dan suka menghina mendapat balasan. Kalau masih 'in denial' dan 'syok sendiri' maka jawabnya soyanara UMNO!!
Marilah sahabat UMNO ku. Kita keluar parti ramai-ramai. Kita dah penat menyertai pasca sana, pasca sini. Tulis blog sana sini. Malah sudahpun sign online petisyen penyingkiran Pak Lah. Semua tak menjadi.
Inilah jalah terbaik. Perjuangan TERBESAR kita baru nak bermula.
Syabas Tun!!
Salam Tun.
Apakah yang akan terjadi sekiranya ahli-ahli UMNO sekarang gagal untuk mengikuti jejak Tun untuk melepas jawatan mereka dan keluar dari UMNO untuk memberi desakan kepada DSAAB untuk melepaskan jawatan beliau?
Dan, apakah tindakan susulan selepas ahli-ahli UMNO mengikuti jejak TUN dan melepaskan jawatan mereka dalam UMNO dan DSAAB masih tidak melepaskan jawatan beliau? Demi mempertahankan pembangunan Negara dan kestabilan politik serta menghalang hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan, adakah Tun berhasrat untuk memberi semangat kepada pengikut-pengikut ini untuk menubuhkan parti baru?
Seperti yang Tun katakanan, UMNO sekarang bukan lagi seperti dahulu. Jika dulunya semua pemimpin-pemimpin dalam UMNO sibuk memperjuangkan Negara dan membela nasib bangsa, sekarang ramai pemimpin-pemimpin hipokrit yang menggunakan UMNO untuk meneruskan usaha mereka memperjuangkan DSAAB & Associates.
Pemimpin-pemimpin UMNO perlu lebih peka apabila menggunakan perkataan perjuangan Bangsa.Adakah mereka mengetahui perjuangan bangsa yang sebenarnya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dahulu. Ambil contoh, semasa ibu Khadijah Sidek menjadi Ketua Kaum Ibu Malaya, beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan demi mempertahankan matlamat perjuangannya. Atas usaha ini, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 51 dimenangi oleh Parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO dan daripada jumlah pengundi, 70% adalah pengundi dari Kaum Ibu..Ini adalah perjuangan!
Salam. mamakthegreat@gmail.com
Dear all,
Nik Aziz(PAS) comments signifies the credibility of Tun. Pahlawan Melayu terakhir. Hidup Tun!!
Perjuangan untuk bangsa, agama dan negara tidak terhad kepada ahli UMNO sahaja. ALL YOU KAKI AMPU please wake up and all you PERASAN BAGUIH just because you are in power of our weakest government please WAKE UP! Your days are numbered .. unfortunately the one yang will benefit most is our common adversaries.
TUN ...we sincerely still need you.
Tun,
Tengahari tadi saya terima sms tentang pengumuman Tun, sedih dan pilu hati saya, sama seperti perasaan saya pada 9hb Mac yg lalu. Saya protes Puck Lah (typo intended) dgn tak keluar mengundi. Tak sanggup undi pembangkang sebab saya sayang Umno yg telah memberi saya dan keluarga kehidupan begini (dgn izin Allah). Ramai kawan2 begitu juga ataupun buat undi rosak. Malangnya protes kami tidak kesampaian. Dia masih dibuai mimpi. Perosak bangsa, agama dan tanahair...
Saya juga ingin membuat keputusan yg serupa. Tetapi ini akan menyebabkan hanya tinggal semua yes-man dlm Umno, menjadikan Umno hancur lebur, perjuangan bangsa pun lebur. PRU 13 nanti, Umno/BN akan tiada lagi di persada politik Malaysia.
Saya tunggu perkembangan dari Puck Lah Luncai dan kesemua labu-labunya.
Siapakah hero kami, siapakah Jebat kami...
Siapakah yg akan memastikan kesinambungan kedaulatan agama, bangsa dan tanahair tercinta...
Hanya kepada Allah saya berserah.
Dear all,
Nik Aziz(PAS) comments signifies the credibility of Tun. Pahlawan Melayu terakhir. Hidup Tun!!
WOW...WOW...WOW...another SHOCK WAVES around the globe!!
You never failed to make surprises and unthinkable moves...
TUN, you are a true LEADER. One that create new paths, not one that follows any available paths.
You MEAN what you SAY, and you SAY what you MEAN.
I must say I am shocked, but I trust you know what's best for now.
You are certainly NOT history (yet), you are MAKING history for future generations.
Bravo Tun, I'm with you, my MAESTRO.
Salam Tun,
We can only tolerate ungratefulness to a certain degree and I think you have reached yours.
Ahem.. Not being disrespectful to Tun, isn't it about time Tun really embrace the meaning of the word retirement? :)
Anyway, forget I ever said that because ashamed as I may be to admit it, the country still needs your wisdom and advice especially UMNO.
Good luck and may Allah always protect you.
Tun,
saya rasa ini mungkin cubaan 'terakhir' Tun untuk menyedarkan orang Melayu semua, kita berada pada landasan yang slh, perlu berbuat sesuatu bukan terus menafikan maslah yang melanda. Saya tabik dengan Tun kerana syg UMNO sanggup melakukan apa sahaja termasuk keluar dari UMNO.
Saya harap, Tun walaupun sudah keluar dari UMNO berterus-teruslah bantu kami semua rakyat Melayu dan Bangsa Malaysia. Kami tidak mahu kehilangan Tun.
Jika tindakan Tun ini pon masih tidak dapat difahami lagi oleh pemimpin UMNO, baik yang tertinggi atau peringkat akar umbi, saya dah x tau nak kata apa dah.
Semoga Malaysia dicintai kembali bangkit diterajui pemimpin yang hebat berwibawa
Kami Ahli-ahli Jawatankuasa sentiasa dibelakang TUN,kami semua sebulat suara berdiri teguh di belakang TUN dari Cawangan Sri Tanjung ,Langgar,kedah
Fairuz/chot
TUN,
Saya ingin cadangkan agar Datuk Mukhriz juga keluar dari Umno dan menubuhkan satu parti Melayu Maju yang baru.
Saya juga ingin cadangkan agar Datuk M. Subramaniam (bekas naib presiden MIC) juga kelaur MIC dan tubuhkan parti India Maju. Saya juga ingin mencadangkan agar Datuk Chua Sok Lek keluar MCA dan tubuhkan parti Cina Maju.
Percayalah akan ramai anak muda Melayu, India dan Cina akan menyertai dan menyokong parti baru ini kerana kami semua tahu ketiga-tiga tokoh berkenaaan adalah kuat bekerja dan benar-benar ikhlas untuk membantu anak bangsa dan memajukan negara Malaysia.
Dengan pengaruh TUN sebagai pemimpin de-factor pakatan ketiga parti, pasti akan menang mengalahkan BN dan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.
Syabas Tun!!! 100% behind you!!
Saya harap orang UMNO yang rabun atau yang buta dicampurkan dengan yang pekak badak dapat celikkan mata sedikit dan korek telinga dan sedar kenapa Tun Mahathir yang bijak pandai dan sayang UMNO selama hayatnya sanggup buat begini. Hidup Tun, insyaallah kita semua menyokong Tun. UMNO tidak relevan dengan kepimpinan sekarang.
TDM,
Kenapa Musa Hitam kataTun seperti duri dalam daging dah keluar. Nampaknya dia tu musang hitam yg punya hati hitam.
Tindakan Tun akan meyelamatkan negara. Paklah, Khairy, Kamaludin dan konco-konconya akan goncang.
Syabas TDM.
Assalamualaikum Tun,
Saya berasa sungguh terkejut dengan keputusan Tun untuk keluar dari UMNO. Sungguh pun saya bukan ahli UMNO, tetapi saya mengikuti perkembangan UMNO dan politik negara secara dekat lebih2 lagi selepas pemecatan Anwar kerana saya takut apa yang ber laku sekarang ini akan berlaku.
Walau macamana pun, saya akan tetap menyokong Tun kerana kerana Pak Lah sekarang nie tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan juga Pak Lah tidak lagi mampu memimpin UMNO dan BN. Malangnya Pak Lah dan kabinetnya masih enak tidur diulit mimpi. Saya berasa sungguh tersinggung dengan UMNO sejak mereka menghentam TUN terutama sekali Menteri di JPM. Semoga keputusan Tun ini membuatkan ahli2 UMNO lain sedar dan melakukan revolusi dari dalam untuk menjatuhkan Pak Lah dengan segera.
Dear TDM,
I Aspire your VISION when u decided to built the first Penang bridge and i was about 12 yrs old and i still remember the news headline how the opposition condeming every bits of the project and imagined whats goin to happen without it..CHAOTIC
I really hope that your move will awaken the current ruling party that we the Rakyat wants is CHANGES..
Thank You,
Penangite
Salam Tun,
Mereka yang menentang TUN...
Mereka bercakap tentang kebebasan tetapi mereka tidak pedulikan Guatenamo..
Mereka bercakap tentang 'civil rights', tetapi mereka lupa tentang pengebobam Iraq...
Mereka mengatakan sebagai PM Tun telah di benci oleh pemimpin2 negara barat,tetapi mereka lupa Tun telah di sanjung oleh lebih ramai pemimpin dan rakyat dunia ketiga..
Cerdik pandai dikalangan mereka me label kan 22 tahun pemerintahan Tun sebagai zaman 'Mahathirism',tetapi mereka lupa bahawa Tun hanya menyambung legacy peninggalan pejuang2 sabelum merdeka dan mendiang Tun Abdul Razak.
Dan pada hari ini..
Mereka menentang DEB tetapi mereka tidak menentang Haliburton dan Temasek...
Mereka bercakap tentang Ketuanan Rakyat tetapi mereka tidak sedar bangsa mana yang sabenarnya tuan pada ekonomi negara...
Dan yang amat menyedihkan ialah dikalangan ahli2 UMNO sendiri, mereka terus menyokong kepimpinan kerana mereka telah lupa apa itu perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara..
wak.segen@yahoo.com
assalamualaikum Tun..
Tun jangan lah risau..mulai hari ini dan seterusnya kita akan melihat satu lagi 'gelombang' tekanan akan ditujukan kepada Tun dan kenyataan yang akan memperlekeh-lekehkan Tun akan berkumandang dari pemimpin2 UMNO yang 'kaki ampu' yang tidak perlu disebut oleh saya diatas tindakan Tun keluar dari UMNO...tapi biarlah saya memperjelaskan kepada Tun yang bahawa selama 3 tahun saya membuat kaji selidik berbicara dgn semua kaum yang berbilang agama tidak kira dalam bidang apapun yang mereka ceburi profisional atau tidak,dari kerajaan atau swasta..sesungguhnya dan sememangnya hanya 1% dari beribu2 yang telah saya temui menyokong kepimpinan paklah...maknanya 99% masih 'merindui' akan gaya dan corak kepimpinan Tun yg cukup jelas dalam memajukan Malaysia secara amnya dan Melayu secara khususnya..dan bukan sahaja mereka2 ini 'membenci' Pak Lah malah ibubapa,adikberadik,sanak saudara dan sebelah menantu kesemuanya sudah meluat dan tak sabar2 untuk melihat Pak Lah meletakkan jawatan..saya juga sering berulang-alik dari klia dengan menaiki LIMO teksi.Semua pemandu teksi yg saya tanya menceritakan penumpang tidak kira bangsa,jawatan dan malah profisional luar negara yg berkerja di negara kita sendiri cukup malu dgn gaya kepimpinan Pak Lah sekarang.tidak jelas dan lembik hanya 'kosmetik' kata mereka..Dan ada pegawai2 kerajaan yang berpangkat pengarah sendiri mengaku yang mereka lebih selesa dibawah Tun cuma mereka tidak mempunyai pilihan kerana terikat dgn Akta sebagai pegawai kerajaan dan tidak mampu hendak bersuara..jadi kalau dicampur,tolak dan kali, sebenarnya bilangan rakyat Malaysia yang masih menyokong Tun menjangkaui jutaan orang...walaupun BN dan UMNO masih memperolehi 50 ke 60% undi semasa PRU12 dulu bukanlah bermakna rakyat menyokong,hakikatnya cuma penyokong tradisi sahaja yang memangkah tanpa dengan 'hati' yang ikhlas..UMNO seperti kata TUN masih diawang-awangan dan 'ANGKUH' dengan tidak mahu mendengar mesej dari rakyat dan akar umbi UMNO itu sendiri...telah saya sampaikan 'kerisauan' ini kepada 'pihak2 yang berkenaan' didalam UMNO tapi jawapan yang diterima sungguh mendukacitakan..mereka sering melaungkan yang pemimpin harus turun padang utk mendengar rintihan akar umbi, tetapi seorg 'Profisional' seperti saya yg cukup fakta dan tidak 'bias' datang utk menolong ,mereka tidak mahu..jadi senang sahaja bagi saya sekarang ini 'padanlah muka org UMNO' yang masih 'bengap dan sombong' ni..dahlah kalah pilihanraya tapi masih angkuh..
olehitu kepada Tun yang saya sayangi dan kasihi saya ulangi,janganlah risau kerana rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, masih berjuta lagi menyayangi Tun...jangan termengaruh dgn komentar2 di Malaysia Today dan blog2 lain kerana mereka2 itu hanya 'secubit' dari rakyat Malaysia yang membenci Tun..cuba bandingkan jumlah komentar di setiap artikel www.chedet berbanding blog yang lain, saya harap tun faham.
yang saya cuma tak sebut ramai kawan2 saya yg menceburi bidang profisional mahukan Tun kembali utk 'reorganize' balik Malaysia dari segi pentadbiran dan hala tuju...saya harap Tun dapat 'fikir2kan' permintaan kami ini..
Tun, join DAP
Assalamualaikum Tun,
Saya agak terkejut dengan keputusan Tun, wlaupun Tun mempunyai hak untuk berbuat sedemikian, saya berpendapat lebih baik Tun mengubah dari dalam parti, saya risau jika hal ini tidak di tangani, perkara yang lebih buruk bakal berlaku.
Apa rasional yang sebenarnya? Sebab apa yang Tun tentang ialah legasi kepimpinan Tun sendiri yang di cipta untuk mengelakkan peristiwa pada akhir tahun 80'an berlaku lagi.
Walaupun kewibawaan Tun terbukti, saya harap usaha Tun tidak menjejaskan kestabilan negara.
Kerajaan sekarang adalah pada tahap terlemah sejak negara merdeka.
Saya harap usaha Tun bukanlah berunsurkan hal peribadi yang di nasionalkan
Para pemimpin UMNO sekarang seperti kacang lupakan kulit..Bila Tun jadi Presiden semua dipuji, apabila Tun bersara, semua dikeji.
Inikah sikap orang Melayu sekarang, pentingkan diri sendiri..
Kepada penyokong2 Tun di UMNO. ayuh keluar dari parti sebagai menyokong keputusan Tun..
Ajar Pak Lah dan konco-konconya...
Hidup Tun!!!
cheers...
Saya menyokong penuh tindakan Tun, dan saya juga mengikuti jejak Tun dan dengan ini saya isytiharkan bahwa saya bukan lagi ahli UMNO berkuatkuasa serta merta.
Saya menyeru kepada semua ahli-ahli UMNO supaya mengikuti jejak Tun yang kita kasihi.
Bukanlah kerana kita bencikan UMNO tetapi kerana kita sayangkan UMNO dan kita mahu melihat UMNO kembali pulih dan diterajui oleh Pemimpin yang lebih bijak dan berwibawa.
Kita mahu Pak Lah tahu yang kita 'means business'. Tidak ada gunanya sekarang ini kita berada didalam Parti yang diterajui oleh Pemimpin-pemimpin yang lemah.
UMNO dulu kuat adalah berkat kebijaksaan Pemimpin kita dalam mempertahankan kedudukan orang Melayu.
Mulai esok bubarkanlah semua cawangan-cawangan UMNO. Apabila Pak Lah mengalah kita kembali beramai-ramai memperkukuhkan UMNO.
Kita dalam UMNO bukan tidak pernah berpengalaman dalam situasi ini. Ingat tahun 1988 dan kemudian kita kembali bersatu dan terus berjuang mempertahankan kekuasaan orang Melayu. Ini adalah kerana kebijaksanaan Tun dalam memimpin kita.
Saya percaya Tun sebagai seorang yang sangat masak dalam politik adalah tidak silap untuk kita menjejaki dan menyokong beliau.
Sayang kita kepada UMNO sayang lagi Tun. UMNO adalah kehidupan Tun dan seluruh hidup beliau adalah untuk UMNO samada dari dalam atau luar. Saya percaya Tun tidak silap dalam perkiraan ini.
Ini-lah dikatakan Perjuangan menagih Pengorbanan. Tun telah korbankan dirinya sendiri semata-mata untuk menyelamatkan UMNO.
Berapa ramai-kah lagi bapa-bapa kita yang masih berjuang macam Tun. Walhal Tun sebenarnya sudah boleh berehat macam veteran-veteran lain tetapi Tun tidak sanggup melihat UMNO ini hancur.
Perginya Tun dari UMNO hanyalah sekadar untuk membentak Pimpinan kita sekarang agar tersedar dari mimpi. Tidak akan hilang UMNO dari muka bumi ini dengan tindakan kita ini.
Kasihanilah Tun dan janganlah biarkan Tun bersendirian. Buktikan semangat juang kita dan kasih kita kepada Tun.
Siapakah antara kita yang berani menidakkan jasa Tun kepada UMNO, orang Melayu, rakyat dan Negara yang tercinta ini.
Janganlah kita menjadi wira-wira bacul yang hanya pandai bercakap tetapi takut untuk bertindak.
Ayoh... Kita bertindak SEKARANG.
A'kum Tun,
In the context of Malaysian politics, I remember having cried only twice. The first time was when u announced that you were stepping down as the PM & UMNO President at the UMNO General Assembly and the second time was this afternoon when I heard that u are quitting UMNO.
You have my utmost admiration, respect & support as the greatest ever Malay leader. I am what I am now because of your policies and leadership.
We, the silent majority, still loves you & need your guidance.
May Allah swt bless you & your family with health & long life.Tq.
Assalamualaikum..
Sedih melihat perkembangan UMNO
sudahlah terumbang amnbing kini semakin tenggelam..
Tun,
diharap Tun akan terus menyumbang tenaga dalam membantu memajukan negara..
Saya menyokong tindakan Tun kerana ianya demi survival Islam Melayu dan Malaysia..
Semoga Tun segera kembali kepada UMNO selepas 'PM Flip Flop Saya Masih Di Sini' turun takhta..
Hidup Tun !!!
TUN NEGARAWAN YANG TERULUNG MALAYSIA
Tiada kata-kata indah atau hadiah yang dapat kami berikan kepada Ayah Tun sebagai SEORANG NEGARAWAN TERULUNG MALAYSIA. Hanya Allah swt sahaja lah yang dapat membalas budi & jasa Ayah Tun. Bagi kami, Ayah Tun sudah berjaya menunaikan tanggungjawab & amanah yang Allah swt amanatkan kepada Ayah Tun. Memimpin kami selama 22 tahun.
Surah 17 - AL-ISRA 17:80. Wahai pemeliharaku, masukkanlah aku dengan kemasukan yang sebenar, dan keluarkanlah aku dengan keluaran yang sebenar; dan buatkanlah bagiku kuasa daripada sisi engkau untuk menolongku. 17:81. Yang benar telah datang, dan yang palsu telah lenyap; sesungguhnya yang palsu pasti lenyap.
Jasa Ayah Tun akan kami kenang sampai akhir hayat. Terima kasih sekali lagi buat Ayah Tun kerana memajukan negara bertuah ini. Malaysia.
Kami tetap bersama Ayah Tun walau apa pun yang terjadi.
Tunku Abdul Rahman – Bapa Kemerdekaan
Tun Abdul Razak – Bapa Pembangunan
Tun Hussien – Bapa Perpaduan
Tun Dr Mahathir – Bapa Permodenan
Pak Lah – Bapa Kemusnahan
Firstly, congratulations on your decision.
"sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia."
I'm sorry but this is simply not true. Yes, poverty rates in Malaysia have dropped significantly and we have access to a lot of resources that many other developing countries do not. However, our history has been that of "technology-free development" where the technology used to build up our country has been almost all imported from Japan, Korea, and the West instead of developed locally. We manufacture products for foreigners, we hired foreigners to design and build the Petronas Twin Towers.
"Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12."
Tun, with all due respect, they do this because YOU trained the mainstream media during your tenure as PM to fear the PM and only report good things about him. Now that AAB is the PM, they're simply carrying on in the same way.
Salam Tun,
Wahai ahli-ahli UMNO. Sekiranya kamu sayangkan bangsa kamu dan parti UMNO marilah kita bersama-sama mengikut langkah Tun keluar dari ahli UMNO untuk menggesa PakLah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Presiden BN dan Presiden UMNO.
Salam..
Tun,
I am not surprised by your decision, for it comes from Malaysian only true leader. I am not interested to bodek you Tun for you are my idol however from what I see whatever decision you make. (resigning etc etc) I still believe THEY couldn’t be bothered. Should they are awake and not arrogant. I dont think BN should have fared so poorly during the election and you would now be on holiday and lives a peaceful life cherish all the glory and success. BUT?????????????? Knowing your attitude, I know you won’t keep quiet.
Yang menyedihkan saya, orang Malayisa sering macam kacang lupakan kulit dan tak sedar diri attitude. Kalaulah kenang budi tak payahlah kami mengharapkan Tun bersuara lantang dan mengkritik, tapi apa boleh buat selain Tun siapa lagi yang berani!!!!!!!!!! Regarding the Lobbying of Judges, come on, anybody can lobby, I don’t care. Like you say the final decision is yours and yours alone. I don’t care about the other 5 pax. BUT you are not supposed to be drag in. What nonsense is going on here.
Like you and majority rakyat Malaysian YANG TELAH SEDAR , we are truly sad and disappointed with the current situation in our country. WISH U WERE 20 YEARS YOUNGER AND CONTINUE TO LEAD THE COUNTRY> i am not shy to bodek u for my attitude is the same as yours.
TDM,
SAYA SEBAHAGIAN RAKYAT MALAYSIA AMAT KAGUM DENGAN CARA TUN.TERUSKAN USAHA MURNI SUPAYA "MELAYU TAKKAN HILANG DIDUNIA"
"BERANI KERNA BENAR TAKUT KERNA SALAH"
"ALLAH SELAMATKAN KAMU"
Tun,
I am not surprised by your decision, for it comes from Malaysian only true leader. I am not interested to bodek you Tun for you are my idol however from what I see whatever decision you make. (resigning etc etc) I still believe THEY couldn’t be bothered. Should they are awake and not arrogant. I dont think BN should have fared so poorly during the election and you would now be on holiday and lives a peaceful life cherish all the glory and success. BUT?????????????? Knowing your attitude, I know you won’t keep quiet.
Yang menyedihkan saya, orang Malayisa sering macam kacang lupakan kulit dan tak sedar diri attitude. Kalaulah kenang budi tak payahlah kami mengharapkan Tun bersuara lantang dan mengkritik, tapi apa boleh buat selain Tun siapa lagi yang berani!!!!!!!!!! Regarding the Lobbying of Judges, come on, anybody can lobby, don’t care. Like you say the final decision is yours and yours alone. I don’t care about the others. BUT you are not supposed to be drag in. What nonsense is going on here.
Like you and majority rakyat Malaysian YANG TELAH SEDAR , we are truly sad and disappointed with the current situation in our country. WISH U WERE 20 YEARS YOUNGER AND CONTINUE TO LEAD THE COUNTRY>
BUAT RESERVATION SEKARANG UTK NERAKA atau SYURGA
Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi & keluarga – INGAT apa yang kamu buat. Allah swt sedang memerhatikan kamu & 2 malaikat kiri & kanan sedang mencatat semua perlakuan kamu.
Surah 16 – LEBAH 16:23. Tidak syaklah bahawa Allah mengetahui apa yang mereka merahsiakan, dan apa yang mereka menyiarkan; sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang sombong.
Bertaubat & bersara lah sementara masa masih ada. Ingat! walaupun 1 sen harta yang kamu ambil, hukuman Allah swt tetap ada & sama. Kamu bukan nya jahil, berketurunan baik-baik, tetapi kenapa kamu buta mata, hati, pekak & tuli? Tak takut kah kamu dgn hukuman Allah swt yg bakal menanti?
Surah 2 - AL BAQARAH 2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari. 2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih kerana mereka mendustakan. Surah 2 - AL BAQARAH 2:18. Pekak, bisu, buta; maka mereka tidak akan kembali.
Tidak takutkah kamu bila berjumpa Allah swt nanti dan JIKA SABIT KESALAHAN yang mana disana tak ada LAWYER yang dapat mewakili kamu, kamu akan dibakar hidup-hidup didalam api neraka selama berpuluh ribu tahun dan minuman sajian harian ialah koktel air nanah yang mengelegak.
Tun,
Saya merasakan pengumuman ini adalah sesuatu yang menggemparkan, lebih dasyat dari gempa bumi.
saya kagum dengan tindakan dan prinsip Tun.Ini adalah suatu tamparan yang hebat kepada pucuk pimpinan parti.
Apa yang pasti, pergolakan politik sedang bermula dan lihatlah apa yang akan terjadi selepas ini jika mereka yang berkuasa ini masih lagi dibuai mimpi dan tidak bertindak untuk menyelesaikan kemelut ini.
Semoga Tun sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan teruskan semangat perjuangan.saya sentiasa menyokong apa jua yang terbaik untuk agama,bangsa dan negara.
let us join him....
www.petitiononline.com/UMNO2008/petition.html
Dear Tun,
As one who has benefited under your leadership not by the little wealth that I have but by your humble courage and strong demenour. You have shown me what it means to be Malay, it means we are not superior, it means we are not absolute, we are human. We must fight for what we believe is right and we must fight for our place in this planet as others do. I believe you have given more than what this country has asked from you. You care for what happens to this country and cowardly people fail to see that. I am not saying you are perfect but for a young country such as ours you are indispensable. Let this people rot on their thrones for it's hard to hold on to the reins of power forever and in the meantime let us pray that when they do let go we will still be able to salvage whatever dignity we have left as Malays in Malaysia. Meanwhile Tun, rest now, for you will be remembered by many as a great leader, by most in strong loud voices, by some in small suffering silence.
Regards,
Azry
Salam YBhg Tun
Terkejut dan terperanjat, but I salute U TDM. Tun memang banyak kejutan. Itu yang uniknya tentang Tun, buat apa yang orang lain tak mampu buat.
Kalau semua keluar lagi bagus, tak perlu bersusah payah nak singkir Pak Lah and kuncu-kuncunya. Tapi itu tak mungkin berlaku kerana si pembodek, si pengampu, si pemabuk dan macam-macam Si masih ada banyak dalam tu.
Tapi saya akan kekal dalam UMNO sebab saya and the gang akan kerjakan orang-orang UMNO yang tak faham bahasa ni. Kalau semua nak keluar siapa yang tinggal untuk kerjakan dia orang ni.
HIDUP YBHG TUN
Tun,
I know you are forced to leave UMNO without anymore solutions.
I can't believe that man still don't know what's wrong with him, hope he will realise what's wrong with him as soon as possible.
It will be too late to wait for another election, because Malaysia = Indonesia, country getting so CORRUPTED!
You are always our hero.
Dear Tun Dr M,
I am very shock to know from the news this afternoon about you leaving Umno.But i think this is the "right"move although it is a dangerous one.This move of yours will make more Umno members to think about what they really wants and choose the "right" path.It seems that all Umno members are still not knowing what Tun is doing now is to bring Umno back to its feet and also to defend our country's interest.And most of all is to prevent Anwar as our PM.And i really hope Tun will win this war and bring out country back to the rigth path like what you have done for us these 22 years!!!
And last request,Is it possible for Tun to write in English too as it will be more easier for us to understand.
We are all with you!!!!
May god bless Tun and Tun Hassam with good health!!!
yong770628Salam..
Wahai ahli-ahli UMNO, marilah kita beramai-ramai mengikuti langkah Tun keluar dari UMNO untuk menggesa PakLah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Presiden BN dan Presiden UMNO demi bangsa dan tanahair tercinta...
Salam..
Salam..
Wahai ahli-ahli UMNO marilah kita bersama-sama mengikuti langkah Tun untuk keluar dari UMNO beramai-ramai untuk menggesa AAB meletakkan jawatan dengan segera demi bangsa dan tanah air tercinta.
salam..
Yang Berbahagia Tun,
Hanya apabila mereka dapat merasai kenikmatan bersyukur dan juga faham tentang kenapa sesuatu itu berlaku apabila ianya berlaku, barulah mereka akan memahami tentang keberanian dan keikhlasan.Jika tidak,mereka semua akan sentiasa berada didalam keadaan kerugian.
Pandulah kami,Tun.
Sekian terima kasih
Salam buat Tun dan Isteri.
Tun,
I believe most of Malaysians are saddened by the way you've been treated so far by certain group of arrogant but incapable leaders especially PL.
There's no other way for us to tell you directly that we will always support & backing you during this period except to post the messages here.
I hope & pray the best for Tun & family!
Tun, you are not alone out there! We'll always be with you to fight for the best for Malaysia!
John S
melayu mudah pekak..melayu mudah buta
melayu masih bongkak..melayu masih mengata..
sebelum pilihanraya..melayu mudah pekak
sebelum pilihanraya melayu mudah buta
selepas pilihanraya..melayu masih bongkak
selepas pilihanraya..melayu masih mengata..
kapal terapung kerana air,kapal tenggelam juga kerana air....
teruskan pendirian Tun Dr M!sy generasi muda yg blum mndaftar UMNO sntiasa mnyokong Tun..
saya sokong TUN dari dulu,pasti ada yg tersirat dari tindakan tun yg tak dapat dilihat oleh org biasa seperti sya.tapi sya yakin ini semua utk membangkit kan semula melayu dan UMNO yg main pupus.harap dapat berjabat dgn tun walaupun pun sekali.semoga sihat selalu tun. sya bersama tun.
Tun,
Looks like the politic scene is turning into something personal..
Who are going to take care of the country if ppl are too busy about themselves?
political instability is not good for the economy..
n im worried that our economy performances will decline..
i think its time to slap the leaders in the face n say 'hey! wake up! you got a country to run!'..
Tun,
saya anggap langkah Tun ini menunjukkan betapa sayangnya Tun kepada Umno.
take care Tun, saya senantiasa di belakang Tun.
Tun, Saya sangat sokong apa yang TUN lakukan. Ini adalah yang terbaik untuk memberitahu Pak Lah yang kita bukan main-main supaya beliau faham message yang ingin disampaikan.
Saya hidup dalam era Tun Dr Mahathir dan saya tak sanngup untuk melihat UMNO terus diterajui oleh orang yang salah.
ALIF MIN NUN WAU = SARKAS
Tun,
You should've announced it earlier before PRU12. May ALLAH bless Malaysia.
SEMOGA AYAHANDA MENERUSKAN PERJUANGAN MEMERANGI JUAK-JUAK YANG MASIH BIGUNG DENGAN ERTI PERJUANGAN UMNO MELAINKAN MEREKA INI HANYA MEMPERJUANGKAN NAFSU MEMENUHI POKET2 MEREKA.
Syabas Tun.
Sepatutnya Tun dah lama keluar UMNO dan bekerjasama dengan PAS untuk menegakkan kerajaan yang adil kepada semua bangsa. Walaubagaimana pun masih belum terlewat untuk Tun untuk menyumbangkan sesuatu kepada Agama dan bangsa Melayu yang tercinta ini. Pilihlah jalan terbaik Tun untuk membantu dalam mendaulatkan keadilan Islam dalam pemerintahan negara ini daripada Tun berjuang dalam UMNO yang tidak dapat memberi menfaat didunia dan akhirat. Semuga Tun sehat selalu.
tun,
is this something like a last resort? the last move in the game? I can see your frustation building as days go by, no one taking action, business as usual, wait and see attitude...but what of next? As AAB responded, he will hold on to his current post no matter what, and i doubt an internal ousting will take place anytime soon.
we all know that there is a lack of dynamic leadership in the current government, but lets not forget it is this same government that provided the chance for the voices of the rakyat be heard, which has been subdued for so long. As a person who advocates freedom of opinion and speech, this is a very important phase in malaysian history that needs to happen. For our nation's growth.
For tun, it may be for the love of the nation, or it may also be of political agenda and perhaps maybe a hint of personal grudge. But tun please don't overdo yourself, you have serve our country and it's time you need to let go. Our only gripe is that there is no current candidate fit to be the next pm of malaysia, or else AAB would have been long gone. That's what scares us most
Salam tun..
Syabas Tun! Mana lagi pemimpin UMNO yg betul2 berani ikut jejak tun? masa ni la kita nk tgk sape yg berani, sape yg mengampu!!
Tun, doa saya moga apa yang Tun lakukan ini akan mendatangkan kebaikan pada semua.
Wassalam.
We are with you Tun, We will walk with you.
And we will fight along with you.
sampai hati tun tinggalkan kami berjuang tanpa kepala dlm umno untuk menukar pucuk pimpinan...
dulu tun biar kami pertahan tun dlm blogosphere... pastu tun join
skang tun tinggal kami orang umno yang nak lihat perubahan..
umno tak salah.. umno tak berdosa.. pemimpin-pemimpin yang kemudi umno yang salah..
kesilapan berlaku sejak zaman tunku..
pergi tak dihalau.. pulang tak dijemput..
semoga tun bahagia..
assalamualaikum TUN,
saya mendengar satu berita yang mengejutkan semasa melihat berita tv3 jam 8 mlm tadi...saya menyokong tindakan TUN untuk keluar dari parti dan berharap agenda TUN dapat perhatian oleh pak menteri pak menteri dalam UMNO jika tak sedar jugak tak tahu la...nampak sangat DSAAB tidak mahu melepaskan jawatannya..keadaannya makin merumitkan..rakyat dah nampak kelemahan DSAAB dalam mentadbir negara ini..Skarang ni kena tunggu election pada bulan dis 08 ini untuk melihat apa tindakan ahli-ahli UMNO untuk memilih pulak..PRU yang lalu, rakyat dah buktikan sedikit kepada keangkuhan DSAAB yang mana telah mencabar kuasa demokrasi yang ada pada tangan rakyat..Untuk pengetahuan TUN rakyat tak akan pandang pada apa yang akan dan telah di buat oleh DSAAB sehingga habis penggal tampuk pimpinannya...pepatah melayu ada kata macam mana baik pun kita lakukan tapi sekali buat tak betul, yang sekali tak betul tu la yang akan di ingati...sepanjang zaman...sayang sayang juga pd parti UMNO tapi kalau isi dalam dah busuk siapa pun tak nak dekat...
HARAP AGENDA TUN TERCAPAI..saya rakyat biasa dapat bersuara begini aje..bersama rakan-rakan sekalian..terima kasih TUN
Kenapa di halang TDM untuk memberi ceramah kepada ahli-ahli UMNO? Kenapa seorang bekas
perdana menteri yang banyak berjasa kepada bangsa dan negara disisihkan? Apakah ini sifat seorang perdana menteri yang kononnya Mr Clean? Nampak sungguh Pak Lah ini PM yang
lembab,lemah dan tak berfikiran mantap yang sepatutnya tidak ada pada seorang PM.
Lagi lama Pak Lah menjadi PM Malaysia makin malaplah rakyat kita nampaknya.TDM membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara membangun yang maju, rakyat hidup aman damai tetapi Pak Lah nampaknya membawa kita semua ke arah kehancuran.TDM sanggup keluar dari UMNO yang sekian lama disayanginya kerana tidak sanggup melihat gelagat seorang PM
yang akan menjahanamkan bangsa dan negara ini.Ahli-ahli dan pemimpin UMNO bersuaralah dan jangan membisu dan nasihatkan Pak Lah tu berundur dengan segera sebelum terlambat.
Tabik spring dua belah tangan pada Tun Dr Mahathir.
TUN,
Syabas ! Saya kagum dengan tindakan dan pengorbanan TUN. Saya berdoa agar TUN sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. I always admire your courage and wisdom. Thank u TUN. Just carry on doing what you think is right for Malysia like what you had done for us for 22 years. TERIMA KASIH.
YBhg Tun,
Saya dan keluarga di UAE sedang mengikuti berita-berita terkini yang melanda politik tanah air yang mana pada pendapat saya apa jua tindakan yang dilakukan diharap tidak menjejaskan Ketuanan Melayu di Malaysia dan juga tidak menjejaskan kedudukan Malaysia di Antarabangsa. Ketuanan Melayu ini adalah hakikat jelas yang perlu diterima oleh semua kaum yang berasal dari negara bernama Malaysia. Rata-rata rakan sekerja dari negara lain yang juga mencari rezeki di sini asyik kali bertanya siapa dia PM Malaysia yang baru dan sentiasa menyuarakan kekaguman mereka kepada seorang pemimpin yang bernama Mahathir ini. Hanya seorang sahaja orang Malaysia yang mereka kenal iaitu Mahathir Mohamad. This is a real political mind game and you have just made a very significant move and at the right time. Your enemies are caught by surprised!! A typical Mahathir Mohamad.
Dpd yang pernah kena main dan buli oleh budak-budak Tingkat 4,
Imran (Uptown Mirdif, Dubai).
assalamualaikum TUN,
mereka cakap Tun macam-macam apabila keluar parti...
mereka kata duri dalam daginglah..
mereka kata Tun akan rosakkan partilah..
tapi cuba mereka fikir..apa kah golongan-golongan 'mereka' ni dah buat pada negara..
mereka tak berani nak tegur apa yang telah pak lah buat..mereka ikut sahaja apa yang pak lah buat..apa yang kj buat...
mereka inilah sebenarnya pengecut..kalau betul mereka berjuang untuk bangsa Melayu,untuk agama,mereka tak akan jadi pak turut..
saya tak rasa apa yang Tun buat ini salah..sejarah telah membuktikan apa yang Tun buat dari dulu berhasil..
apabila Anwar kene pecat,apabila malaysia tak nak ambik bantuan kewangan..semua idea Tun..dan alhamdullilah,Malaysia masih lagi stabil dan terus kukuh...
tapi apa dah jadi sekarang..4-5 tahun lepas Tun tinggalkan kerajaan,Malaysia hancur..hancur pada hakikatnya..
dan mereka-mereka ni nak tahu jaga periuk nasi mereka sahaja..tahu asalkan mereka ini dapat apa yang mereka nak,mereka patuh..
mereka inilah sebenarnya yang rosakkan parti..
insyallah Tun...kami sokong apa yang Tun buat..dan kami percaya apa yang Tun buat..kerana bagi kami,sejarah telah membuktikan siapa Tun..tapi sejarah belum membuktikan siapa pak lah..siapa kj..
sekian
Tun
I hope your decision this time will produce the result during the recessions time.
I dream of safe and free crimes country.
This is what happens in a "democracy" where the public do not and cannot directly pick the PM of the country, but vote for the Party, instead.
Who then picks the Party President? Members of the Party, naturally. But what happens if the members of the Party do not represent the public's view?
Do we then all join the Party just to be heard? Maybe...
But many have joined the Party to serve the President, and somehow to be served by the President.
It started innocently enough. Initially, they feel that having access and time with the President is how they can be served by the President. With that, folks at home began to marvel and started to requests for things to be conveyed to the Party President. After all, they are the unofficial Wakil Rakyat.
Didn't they realise that by doing this, general election to pick the Wakil Rakyat becomes a redundant exercise.
Maybe they do realise this. Maybe they are ahead of the game. They know that if they remain as the public, they cannot served and be served by the Party President. They can't vote and pick the Party President if they remain in the public and not a Party Member.
Then comes this outcry! We cannot do anything even if we think the PM is not performing to our general wishes and desires. We cannot vote out the PM. Only, the constituents where the PM is contesting have that right. Not the Malaysian public.
Maybe it is high time that we pick the Parliament Members based on individual members that can serve our constituencies (not the party), AND pick the PM seperately on the candidates individual strength (irrespective of parties).
Afterall, as Tun said, the Party is no longer relevant to our present needs.
My two halalas worth...
Assalamualaikum Tun,
Saya jelas mengenai penjelasan Tun tentang mengapa Tun berdua keluar dari UMNO. Akan tetapi, saya ingin bertanya dua soalan kepada Tun yang berkait rapat tentang pengumuman Tun ini
1. Tidakkah Tun rasa bahawa pengumuman Tun ini mungkin memberikan advantage kepada DSAI untuk memerintah satu hari nanti. Ini kerana UMNO telah kehilangan tulang belakang yang paling penting, dan ini sedikit sebanyak melemahkan semangat ahli-ahli UMNO
2. Saya faham bahawa mungkin Tun akan mengelak dari bercakap mengenai DSAI kerana bimbang disama n lagi. Sekurang-kurangnya, saya berharap Tun dapat menerangkan apakah strategi Tun selepas ini selepas keluar dari UMNO.
Apapun, saya yang banyak membesar sepanjang Tun memerintah kagum dengan idea Tun yang bernas sehingga dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
SYABAS Tun. Sekian, wassalam.
Asyraf Fadzlee
Salam Tun, saya merasa amat berbangga dgn Tun apabila Tun mengambil keputusan utk keluar daripada Umno, maka dimedia2 aliran arus perdana mengeluarkan komen2 dari ahli umno yg kenapa Tun tidak selesaikan masaalah ini secara dalaman dan ada juga komen2 yg menyatakan Tun bertindak agak emosi dan tergesa2 disaat parti Umno sedang mengalami kemerosotan. Tapi bagi pendapat saya Tun telah mengambil tindakan yg betul kerana bagi saya tiada gunanya lagi utk Tun terus stay dalam Umno jika nasihat2 dan pandangan dari Tun ditongsampahkan oleh mereka, apa guna lagi Tun nak stay kalau mereka2 ini semakin biadap dgn Tun, biarlah Tun bawa diri , saya sokong dgn tindakan Tun, dan sekarang Tun bebas utk mengkritik mereka secara terbuka, salam Tun
I am very concerned about what is happening to Malaysia now. After all the hardwork you have done for Malaysia, our country is spiralling down economically, politically - smeared reputation and questioned credibility. I am witnessing what power and money can do to people. I do not see what I call 'servant' leadership anymore, it is all about self interests and not who you serve (the people, the country).
I am not sure what is going to happen after your brave and bold action today but what I am sure is, whatever you do I have faith in you!! as always :-)
I feel very greatful and thankful that you are still fighting for Malaysia, you are a true warrior, Dr M. How can we thank you enough.
Assalamualaikum Tun,
Orang Melayu hari ini perlu bangkit dan berani.Hari ini kita adalah anak Melayu yang moden dan maju.Berani berjuang demi maruah bangsa melayu dan bukan berjuang kerana kepentingan diri.Tun..u are the brave men..tidak berkuasa bukan bererti tiada Kuasa...
UMNO perlukan perubahan dalam menigkah arus pmikiran rakyat yang susah berubah. Sebagai golongan muda, saya melihat kepimpinan UMNO sudah tidak seperti dulu, hanya KRONI saya yang mendapat tuah dari bumi yang merdeka ini.
Saya harap tindakan Tun ini mampu untuk membuka mata seluruh rakyat malaysia.
UMNO perlu berubah untuk kekuatan perjuangan parti. Tindakan Tun memang kena pada waktu dan ketikanya.
Semoga Tun dan isteri mendapat kesejahteraan hidup.
UMNO perlukan perubahan!!
selaku golongan muda saya berasa kesal sedih dan juga terasa dipermainkan oleh kepimpinan UMNO yang melihatkan KRONI sahaja yang mendapat TUAH di BUMI MERDEKA.
Saya ucapkan tahniah kepada Tun, atas tindakan yang saya rasa bakal membawa gelombang perubahan yang amat besar. Saya yakin kalo pekara ini berlaku, UMNO akan kembali sedia kala.
Rakyat sekarang bukan seperti dulu membuta tuli meyokong seseorang. Pendidikan telah merubah cara pemikiran kita. Saya harap Tun dan isteri mendapat kesejahteraan hidup.
Teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara.
KITA PERLUKAN PERUBAHAN.
keluar dari parti merupakan salah satu cara utk memperbetulkan umno. namun, tindakan ini berisiko. ada baik, ada buruknya.
sekiranya anda setuju dgn saranan Tun, jgn hanya bersorak dan memuji Tun sahaja. realisasikannya dalam bentuk tindakan. tanpa tindakan yang kolektif, usaha ini tidak akan berkesan.
namun, saya berharap ahli umno berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Tanya diri anda kenapa dan mengapa anda ingin berbuat demikian. Yakinkan diri anda.
Jangan keluar parti kerana Tun keluar parti. Saya percaya Tun sendiri tidak mahu ahli umno hanya bersikap 'yes boss' dengan beliau. Moga-moga kita tidak menyesal di kemudian hari.
Salam Tun,
I'm with you on this. Pak Lah should step down now. Because of him, the oppositions are now raising their voices higher than necessary.
I'm quitting UMNO too!
Assalammualaikum Tun,
Pengumuman yang YABerbahagia Tun buat pada tengah hari tadi sangat sangat memeranjatkan kami sekeluarga yang pada ketika itu sedang menuntun bulletin 1.30.
Perasaan haru biru menghantui pemikiran saya. Apakah ini jalan yang terbaik yang harus Tun pilih dalam masa UMNO memerlukan Tun bagi meluahkan segala keluh kesah yang dideritai oleh ahli ahli UMNO khasnya dan orang Melayu khasnya berhubung dengan kegagalan kepimpinan UMNO menjadikan UMNO sereleven dizaman Tun. Namun saya pasti Tun yang sememangnya saya sanjungi dan kagumi lebih mengetahui apa yang Tun lakukan
Apapun sama ada Tun keluar UMNO atau tidak saya tetap menganggap Tun tetap releven dan tidak dapat dipisahkan dari perjuangan UMNO. Kepada saya tiadalah UMNO tanpa Tun dan tidalah Tun tana UMNO
Kepada para pemimpin yang mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan, saya berharap berfikirlah sedalam dalamnya agar Datuk Datuk, Tan Sri Tan Sri dan juga seorang Tun tidak dianggap sebagai orang yang tidak bersopan yang tidak tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Sebagai orang yang tidak tahu membalas jasa. Menunjuk mengampu semasa Tun berkuasa, hilang kuasa Tun dihina.
Ibarat anak yang menderhaka apabila orang tua merajuk untuk meninggalkan rumah untuk duduk di Old Folk's home, usahkan dipujuk orang tua itu pulak dihina. Konon rumah ini lebih banyak berjasa, bukannya dari keringat orang tua.
Nampakkah jasa rumah itu kalau tidak kerana keringat seorang tua itu?
Nampakkah jasa rumah itu kalau tidak dengan kebijaksanaan orang tua menjaga dan membela rumah tersebut?
Nampakkah jasa rumah itu kalau tidak dengan keberanian orang tua itu melindungi dari kemusnahan?
Mengapakah semasa Tun berkuasa, apabila Tun menyuarakan hasrat untuk meletakkan jawatan masing masing bersandiwara meratap menangis mahukan Tun untuk tidak meneruskan hasrat untuk meletakkan jawatan namun setelah tidak berkuasa bukan sahaja Tun dihalang malah ada pula yang meminta Tun meninggalkan UMNO. Malah sampai ada pula yang menganggap Tun sebagai duri dalam daging.
Kepada mereka ini semua ingatlah bahawa Tun bukan sahaja telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara malah Tun juga telah banyak berjasa kepada pemimpin tersebut.
Kepada Paklah,
Apakah Paklah dapat menafikan bahawa peranan Tunlah yang telah memungkinkan Paklah menjawat jawatan yang Paklah pegang sekarang ini. Tidakkah dengan melantik semula Paklah didalam kabinet setelah Paklah menentang TDM pada tahun 1987 telah membolehkan Paklah dipilih semula sebagai Naib Presiden? Lanjutan kepada itu bukankah pemilihan Paklah sebagai TPM oleh selepas DSAI diambil tindakan menjadikan Paklah erdana Menteri walaupun Paklah pada ketika itu Naib Presiden UMNO yang tercorot? Maka salahkah orang yang memungkinkan Paklah menjadi Perdana Menteri menegur dan menasihat Paklah demi kebaikan Paklah, UMNO, Agama, Bangsa dan Negara?
Keada Tun Musa Hitam,
Tidakkah Tun Musa Hitam (TMH) ingat semasa menghadapi persaingan dengan YBM Tengku Razaleigh TDMlah yang membela TMH sehingga TMH merasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Seterusnya walaupun TMH telah melepaskan jawatan TPM oleh kerana perselisihan faham diantara Tun berdua namun demi mengiktiraf kemampuan TMH, TDM telah melantik TMH sebagai wakil khas Perdana Menteri ke PBB walaupun pada satu ketika TMH pernah bersekongkol dengan TRH menjalankan usaha menjatuhkan TDM. Maka apakah layak TDM di label sebagai duri dalam daging?
Kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib,
Siapakah yang membela Tan Sri dalam krisis Tan Sri dengan Istana yang membuatkan DYMM tuanku berat menerima Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor? Tidakkah Tan Sri terhutang budi kepada TDM yang telah menyelamatkan Tan Sri dalam banyak penganiyaan yang telah disusunatur oleh DSAI yang pada ketika itu berjawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO?
Kepada ramai lagi pemimpin yang tidak dapat saya sebutkan disini, tidakkah terasa betapa banyaknya jasa Tun kepada Datuk Datuk sekelian. Sanggupkah Datuk Datuk sekelian berpeluk tubuh dan mengajak ahli ahli UMNO yang lainnya bertenang dengan tidak mengambil sebarang inisiatif pun untuk membalas jasa YABerbahagia Tun. INSAFLAH
Tanpa Tun siapalah agaknya Datuk Datuk sekarang ini.
Tanpa Tun dimanalah agaknya UMNO pada ketika ini.
Tanpa Tun apakah nasib orang Melayu agaknya pada ketika ini.
Tanpa Tun majukah agaknya negara kita saperti yang kita alami sekarang ini.
Tanpa Tun apakah dnia mengenali kita saperti yang kita rasai sekarang ini.
Tanpa Tun terpahatkah nama Malaysia sebagai sebuah negara yang telah sama sama menerokai angkasa lepas.
Tanpa Tun mampukah Malaysia mengharungi krisis kewangan ada tahun 1997.
Salam kepada Tun,
Full respect to you. Just you can do it. No one in the cabinet can replace you. You are the true leader from start to end.
We as a student and a new generation will take this as a experienced, and will protect the country to repeat the situation which Pak Lah do to use..
Thanks Tun.. We always on your side..
I am a Chinese, supporter of DAP.
I strongly support what you had done for Malaysia when you were a PM.
According what I heard from DAP supporters, most of them agree what I said.
Now, I support what you had done.
You are brave.
"Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu ...."
hahaha.... yele. Umno ini mu yg tubuh beberapa tahun lalu.
assalamualaikum Tun..
ape rasionalnye Tun keluar UMNO..?
1. setiap pemimpin mempunyai FIKRAH yang tersendiri. paklah masih mencari erti kesempurnaan utk perbaiki kelemahan. Tun sendiri pasti sedar kesilapan yang pernah Tun lakukan dulu. takkan la semua pemimpin kena ikut cara Tun.
andainya najib naik sebagai PM.pasti Tun akan mengkritiknya juga.bahkan mungkin lebih pedas lantaran rekod najib yg tercemar sebelum ini.
2. UMNO kini sedang mengalami masalah yang paling getir dlm perjuangan. pemimpin2 UMNO sedang berusaha memperkukuhkan kembali kedudukan UMNO sekarang. mengapa Tun mahu mengeruhkan keadaan? mengapa tidak sama2 membantu? kalau Tun sudah menganggap UMNO sebagai musuh adalah wajar bg Tun keluar dari UMNO.
3. Tun yang merupakan antara tokoh penting dlm UMNO sudah beralih arah. percayalah. kerja pihak pembangkang menjadi lebih mudah. UMNO mungkin akan hancur dalam masa terdekat ini. masih relevan kah perjuangan UMNO kini?
4. terkadang kita baru sedar tindakan kita selepas kekalahan demi kekalahan menimpa. oleh itu, menyesal dahulu pendapatan..menyesal kemudian hari tiada berguna..
Dr M,
While you contributed much to the Malaysia economy during your 22 years of rule, you also did much damage to the country such as playing the racial cards to your benefits, restricting the media freedom, destroying the judiciary system, involving in nepotism, etc. Don't forget that you already retired. Why do you still get involved in politics? I think it is definitely a good idea to quit UMNO so that the party doesn't need to carry your burden anymore. At the end of the day, one must answer to their conscious or God/Allah. How do you plan to do so when that day comes?
"...KEADAAN UMNO DITENTU OLEH AHLI
126. Kita boleh tangani masalah persekitaran luar dan persekitaran dalam dengan mengadakan Kerajaan yang berwibawa, Tetapi keadaan dalam parti, dalam UMNO tidak boleh ditentukan oleh Kerajaan. Hanya yang boleh ialah Parti sendiri dan ahli-ahlinya.
127. Setelah begitu lama kita berjaya, ramai daripada pemimpin dan ahli parti yang tidak bersemangat lagi, tetapi sebaliknya mengutamakan kepentingan diri. Rebutan tempat dalam parti sudah menjadi begitu sengit sehingga kepentingan parti, kepentingan bangsa dan negara di ketepikan.
128. UMNO dan orang Melayu telah dilemahkan kerana sikap ini. Sejak pemisahan ulama UMNO untuk menubuh PAS, kita telah lihat tiga kali lagi parti serpihan ditubuh oleh orang UMNO yang tidak dapat kehendak hati mereka. Banyaklah usaha dan masa yang perlu dihabiskan untuk memulih parti.
129. Alhamdulillah kesan daripada serpihan terakhir ini sudah tidak lagi mengancam parti seperti dalam pilihanraya 1999. Tetapi ancaman yang masih ada ialah kesanggupan sesetengah pemimpin dan ahli parti mensabotaj parti kerana kecewa.
130. Pertandingan dalam parti bertujuan mendapat calon dan pemimpin yang terbaik, bukan untuk berkelahi dan merajuk sehingga sanggup membalas dendam dan merugikan perjuangan parti dan bangsa. Mereka yang faham demokrasi akan rapatkan balik barisan dalam parti, di belakang pihak yang berjaya selepas pertandingan selesai dan bersama menjayakan perjuangan.
131. Oleh kerana pertandingan dalam parti tidak sihat dan sering membawa perpecahan kita tidak dapat mengadakan pemilihan di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi terutama semasa berdekatan dengan pilihanraya.
132. Tetapi untuk pilihanraya hendak tidak hendak calon terpaksa juga ditentukan. Apabila calon dipilih maka ada yang tidak dipilih yang cuba menentukan calon itu kalah. Mereka lupa bahawa kalahnya calon, kalahlah parti. Tetapi demikianlah sikap mereka sehingga mereka rela parti sendiri kalah dan parti lawan menang daripada rakan mereka dalam parti menang. Ingatlah bila mereka dicalonkan mereka juga akan jadi mangsa sikap ini.
133. Di waktu ini sikap yang seperti ini belum menyeluruh. Tetapi ia menunjuk aliran yang merbahaya. Jika lebih ramai yang bersikap demikian, parti akan kalah bukan kerana lawan kita lebih kuat tetapi kerana secara tidak langsung orang UMNO bersubahat dengan parti lawan. Sebenarnya ini adalah satu pengkhianatan kepada perjuangan parti, kepada agama, bangsa dan negara.
134. Kita perlu terima masa tetap akan tiba untuk kita undur diri dan serahkan tugas kepada golongan pelapis. Parti tidak akan dapat meneruskan perjuangannya jika tidak ada pembaruan, keahlian dan kepimpinan, jika ahli dan pemimpin baru tidak diterima...."
Petikan Ucapan Perasmian PAU yang ke 54, 2003 oleh Yang Berbahagia Tun sebelum peralihan kuasa kepada Pak Lah
Dikala dan ketika ini, boleh kita renungkan bersama.
Salam Tun,
Malaysia sekarang di bawah Pak Lah bukan lagi sebuah negara yang disegani..sekadar average..sudah dicontrol oleh pihak pihak asing. Dalam negara pula kita lihat orang orang bukan Melayu semakin agresif dengan tuntutan mereka dan memperlekehkan orang Melayu sewenangnya..itulah bahannya jika kita mempunyai pemimpin yang dipimpin bukan yang memimpin. UMNO sudah menjadi sebuah pertubuhan yang tidak ada arah tuju..sudah tiada roh pejuang kerana tembolok masing masing sudah kenyang...semua bermatian nak mempertahankan status quo dgn Pak Lah sebagai Presiden supaya terus boleh buat bisnes..tanpa disedari sedikit demi sedikit UMNO akan hlang dari bumi Malaysia ini. Rata rata pemimpin dalam UMNO adalah generasi kedua atau ketiga..jadi "semangat" mereka ada sikit kureng lah..UMNO lebih sebagai alat untuk kekal kaya dan berpengaruh..dan orang Melayu yang sifat semulajadinya suka berketua atau bersultan akan terus menyokong pimpinan sekarang asalkan perut kenyang dan fulus masyuuk..Hatta jika PR atau DAP sekalipun yang memberi ganjaran mereka akan sokong...sebab itu kita lihat dalam sejarah orang Melayu cukup senang dijajah dgn wang ringgit oleh British dan terbaru bangsa melayu di Singapura pun sanggup mempertahankan Lee Kuan yew kerana apa..kerana perut selalu kenyang..melayu secara amnya berfikiran singkat tanpa memikirkan kesan jangka panjang..
apa pun Tun ...saya pun telah mengisytiharkan diri saya keluar dari UMNO...tiada gunanya saya kekal dalam parti yang pemimpinnya seorang yang saya benci..
Sila lawat blog saya di http://malaysiabebas.blogspot.com jika ada masa terluang..
Sekian
Tun,
InsyaALLAH mungkin ini keputusan terbaik yang Tun buat. Saya percaya sebab sepanjang kepimpinan Tun semua keputusan yg Tun buat mempunyai sebab yang rasional dan hasilnya selalu positif.
Saya bersama Tun, dan ramai lagi yg ada bersama Tun.
Tun telah bnyk berjasa kepada negara dan bangsa. Sedih dan sayu saya melihat apa yg mereka perlakukan serta perkatakan kepada Tun.
Barisan tertinggi UMNO cuma 'pondan-pondan' belaka. Berjuang untuk periuk nasi mereka saja.
Harap Tun banyak berehat dan kita sama-sama bertawakal dlm perjuangan ini.
Assalamualaikum wrbt.
Tun, Terharu saya apabila Tun keluar dari UMNO dan Syabas diatas keputusan yang tegas.Semoga keputusan tsbt. memberi kesan yang positif dan membuka minda setiap ahli UMNO. UMNO adalah untuk Melayu dan bukan untuk individu.Saya melihat dulunya dipanggil "Tanah Melayu" tetapi sekarang hanya tinggal nama sahaja. Mengapa terjadi demikian? Sama-samalah kita fikirkan.
Tun,
InsyaALLAH mungkin ini keputusan terbaik yang Tun buat. Saya percaya sebab sepanjang kepimpinan Tun semua keputusan yg Tun buat mempunyai sebab yang rasional dan hasilnya selalu positif.
Saya bersama Tun, dan ramai lagi yg ada bersama Tun.
Tun telah bnyk berjasa kepada negara dan bangsa. Sedih dan sayu saya melihat apa yg mereka perlakukan serta perkatakan kepada Tun.
Barisan tertinggi UMNO cuma 'pondan-pondan' belaka. Berjuang untuk periuk nasi mereka saja.
Harap Tun banyak berehat dan kita sama-sama bertawakal dlm perjuangan ini.
Assalamulaikum!!!
Syabas Tun!!!
Tun memang berani!!!
Life is so dynamic, we never know how things would turn out in the next one month, next six month.
I'm waiting the's the next nail biting move.
Beyond Comprehension
dear Tun.
Kalau Tun fikir berhenti dari UMNO akan menambah tekanan kapada UMNO,saya rasa ini satu kesalahan stretagy.Jika Mukriz turut berhenti ia mungkin akan memberi sadikit kesan.
AYAHANDA RAKYAT, icon dunia Islam,
Malam ni, Buletin Utama TV 3 cuba menerangkan keputusan ayahanda keluar
party bagaikan perkara biasa kerna pernah 3 PM juga telah terdaluhu berbuat demikian;
Ayahanda Onn Jaafar
Ayahanda Tuanku Abd. Rahman
Ayahanda Tun Hussein Onn
Sebab yang tersurat mereka berbuat demikian telah tercatat dalam sejarah dan yang tersirat ada tercatat didalam alam mahfuz.
SEMOGA ALLAH SWT SENTIASA MENGHARUMKAN ROH2 MEREKA DENGAN ZAT
KASIH DAN SAYANG NYA. Kami pohonkan.
Kepada Ayahanda Tun yang kami sanjungi,
Walaupun keputusan Ayahanda tidak mengejutkan anakanda, anakanda rasa terkilan melihat hapir kesemua pemimpin2 melayu dalam UMNO masih mengidap 'DUMB' syndrom dan buta dalam terang.
1. Ayahanda menyoal pembatalan
Jambatan Bengkok, antara reaksi
adalah,
hendak tunjuk sikap biadapnya
yang lain tetap bisu dan buta
2. Ayahanda katakan maruah Negara
dan bangsa akan tergadai kepada
kuasa asing, mereka masih bisu
dan buta.
3. Ayahanda katakan BN telah
menjadi lemah ekoran keputusan
PRU 12 atas kelemahan kepimpinan
Kerajaan,masih juga mereka bisu
dan buta (mungkin kerna calon2
UMNO masih ramai yang menang)
berbanding dgn rakan2 BN lain.
4.Bermacam2 cara lagi Ayahanda
katakan secara terus terang,
sindiran, keluhan dan rintihan
supaya pemimpin2 UMNO mengubah
pucuk pimpinan yang lemah dan
yang menari ikut rentak parti
lawan, mereka masih terus bisu,
buta dan takutkan bayang2.(takut
terima padah seperti wakil2
rakyat yg digugurkan kerna tak
sebulu atau mencabar kedudukan
mereka bagi merealisasikan
agenda terancang mereka pada
Perhimpunan Agung kelak.
Sekali lagi kami katakan dalam
huruf besar, KASIHAN NAJIB!!
Sememangnya dijadikan manusia bernafsu iaitu nafus malaikat(beriman sahaja), nafsu manusia( beriman dan bernafsu) dan nafsu binatang( bernafsu sahja)
Hendak ikut beriman sahaja agak susah kerna malaikat adalah makluk ghaib, nak bernafsu binatang lebih senang kerna ianya boleh dilihat dan boleh dicontohi.
maka timbul lah perumpamaan seperti' buaya darat, kucing kurap, pekak badak, otak lembu, degil mcm keldai, beruk kena belachan antara ungkapan yang kurang menyenangkan dan seperti jinak merpati,malu kucing, otak kancil, pungguk rindukan bulan antara perumpamaan yang lebih menyenangkan..
Mengapakah manusia jarang sekali melahirkan ungkapan dari sifat/sikap malaikat sebagai contoh? Kami pun masih bertanya2. Ribuan ampun dan maaf saya pinta kepada para alim ulama. Kami budak mahu belajar.
Hanya jauhari mengenal manikam dan kami yakin tindakan Ayahanda mengambil keputusan keluar dari party yang Ayahanda sangat sayangi ( Rumah Pelindung bangsa Melayu) adalah untuk menyedarkan ahli2 dan pemimpin UMNO bahawasa nya ‘heart transplant’ UMNO mestilah dilakukan segera, jika tidak, Rumah Gadang (kecek orang Minang)akan rapoh dan roboh satu hari derdekat nanti.
Mamak Datuk Rais Yatim Phd , manga antok2 jo lai?(kenapa berdiam saja)
AYAHANDA RAKYAT, tok arab masih kata ‘If Mahathir is an arab leader, the arab league will be strong and powerful, my British and European friends are still in awe of your achievements and so do my Japanese and Korean acquitances.
Unfortunately, the successor of our choice, whom initial request to visit China was not welcomed by the Chinese leadership but apparently their remarks then were ‘ If Dr.Mahathir wants to visit, we lay out the Red Carpet!’ ( Qouted by a Chinese business contact who happened to be the nephew of the Chinese Leadership)
Initially, the SamuraiMelayu wanted to draw his sword but age has mellowed him and like most morons, wud like to know, ‘shud more royal commissions of Inquiry be established to implicate those lobbyists for appointments of the KSNs, Army Generals, Admirals, IGPs Menteri Besars and Chief Ministers and vice chancellors? and the list goes on..
For delivering a note (‘ My Heart said Dollah Badawi’) to you when the market was hot that Najib will be appointed No.2, SamuraiMelayu should be summons for influencing the PM to appoint AAB as No. 2 who eventually became the PM. ( my driver was my messenger then and he should also be summons as witness and so too a Chinese friend of mine who happened to furnish an office near Pusat Damansara when kicked out of the cabinet then!
Pak Lah, I did sent you a letter 3 days before hari pencalonan (thru Fax purported direct to your office) which began like this
'DARI SEORANG YANG MENGENAL PAK LAH MELALUI ZAT’ You may have ignored the warning signs or your men did. Since nobody in Putrajaya Office was listening, my heart said 'lend a hand to PKR' and the rest is now history. Manusia berusaha dan Allah swt makbulkan; ‘Innama amruhu iza arodashai an ayyakulalahu kun faya kun’
I am afraid Ayahanda, based on the precedence set in the Lingam’s case, you and perhaps his Majesty and his council maybe implicated for making your choices and where required, the endorsements of His Majesty and his Council of Rulers.
I hope my sharing of thoughts with Ayahanda, your supporters and critics will not be construed as ‘durhaka’.
Ampun Tuanku beribu2 ampun
patik pacal yang hina merepak sembah dan memohon ampun dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki.
Daulat Tuanku, daulat Tuanku, daulat Tuanku.
Kepada anak watan bumi bertuah ini, beringatlah, hancing kecing PAP masih kuat baunya hingga kini dan pernah kami lihat sendiri kejadian depan hotel 5 Bintang diS'pura. Kereta mewah 'chauffered driven' berhenti depan lobi, datang tukang buka pintu kereta, lepas tu towkay itu jalan nuju pintu masuk, datang tukang jaga pintu buka pintu. Sedih saya lihat, ketiga manusia tersebut semuanya yang dah masuk jawi!
Jika masih ada melayu di luar sana nak perjuangankan Malaysian Malayasia dan LANDASAN perjuangan bangsa nya masih dalam keadaan nazak, percayalah! tak mustahil berlaku keadaan yang tersebut diatas. Ada seketika seorang anak melayu mempersoalkan tindak tanduk Menteri Kanan nya maka bertanyalah Menteri Kanan tersebut dengan angkuh dan bertempek ‘ Setakat bapak anda hanya seorang pemandu ??? duduk sahaja lah tak perlu nak soal!
Seperti cerita yang tercatit dalam surat keAAB, cerita2 nya adalah BENAR.!
WASPADA LAH BANGSA KU, TSUNAMI KEDUA AKAN MELANDA.
JIKA KUASA MELAYU TERHAKIS.!
BANGUN, TEGAK BERDIRI
WALAU PUN KERINGAT DAN AIRMATA
PERIT, PEDIH, RINTIHAN
MELAYU TAK HILANG DIDUNIA BUKAN DENDANGAN
TETAPI LANDASAN PERJUANGAN
AL FATIHAH, AMIN
YABhg Tun,
saya pasti tindakan Tun adalah tindakan yang betul. PM AAB terkejut dan gembira Tun keluar dan Musa Hitam mengatakan Tun duri dalam daging....itu persepsi mereka...saya rasa daging tak banyak mana mungkin tulang yang lebih mereka tak sedar...syabas Tun ...saya tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana parti tapi kalau saya orang UMno saya turut keluar bersama Tun...kalau Tun buat parti lain pun saya join sekali...Hidup bangsa ku....hidup malaysia
Helang79
Salam,
Saya menduga keputusan Tun sebagai pre-emptive strike terhadap Anwar Ibrahim dalam percubaannya untuk mengambil alih kerajaan.
Itulah salah satu sebab saya menyukai Tun, sbb Tun sentiasa menceriakan hidup ini dengan tindakan-tindakan yang berani, luarbiasa dan tegas dalam pendirian.
Semasa Tun memilih Pak Lah, saya rasa suasana politik menjadi begitu boring sekali kerana Pak Lah jarang bercakap atau mengeluarkan idea, semuanya melalui proxy terutamanya Kali.
Kalau Pak Lah berhenti akibat daripada tekanan ini diharapkan janganlah diberi jawatan PM kepada Timbalannya kerana beliau juga begitu boring seperti Pak Lah.
Bimbang saya juga adalah kerana timbalannya mengambil isterinya sebagai penasihat. Jadi, masalah tidak selesai, Pak Lah borong keluarga dan menantu, manakala Pak Najib pula ambil isteri beliau. Saya selalu perasan yang isteri Pak Najib selalu disebelahnya dengan dokumen2 dalam mesyuarat yg dihadirinya.
UMNO sekarang memang bukan UMNO 62tahun dulu. Bukankah Tun?
Sekarang barulah dapat Tun rasakan bagaimana pahitnya pil yang telah buat sendiri.
Kalau dulu Tun tak penah fikir Tun akan menelan pil itu kerana Tun tidak menjangka Tun akan turun dari takhta PM.
Itulah demokrasi acuan Tun sendiri yang selalu Tun sebut sebagai 'demokrasi acuan kita'.
a'kum Tun,
saya melihat kes video Lingam sesuatu yang berat, Imej institusi kehamiman tercalar, dan ianya berlaku bukan dalam zaman pemerintahan Pak Lah.
Hrap Tun dapat menjelaskan isu ini agar saya dapat terus menyokong tindakan Tun selepas ini.
Bukan semua pemimpin adalah perfect!
Salam Tun,
Sebenarnya saya adalah antara insan yang amat gembira dengan keputusan Tun ini. Apa yang Tun katakan bahawa UMNO sekarang ini tidak lagi seperti UMNO 62 tahun yang dulu adalah sesungguhnya benar. UMNO sudah lama tergelincir dari perjuangan asal yang suci iaitu memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu di bumi tercinta ini. Ingatlah, perjuangan tokoh-tokoh terdahulu sejak dari zaman penjajahan Portugis lagi, tidakkah kita lupa pejuang-pejuang Melayu bermandi darah kerana mempertahankan Islam yang suci. Tapi kini, UMNO hanya sibuk bertikam sesama sendiri untuk berebut jawatan, pangkat dan harta?! Maka tinggallah dalam UMNO insan-insan yang tamak, rakus dan dungu. UMNO terlalu ketandusan pemimpin yang bersih, berakhlak islami dan intelek.
Ayuh Tun, mari kita kembali kepada perjuangan asal UMNO. Agar kita tidak mensia-siakan darah dan keringat pejuang-pejuang Melayu terdahulu. Kembalilah kepada Islam, pasti Melayu akan kembali gemilang. Sambutlah salam perjuangan Islam, semoga Melayu kembali bersatu menjadi satu.
Semoga Allah sentiasa memberi lembayung rahmat kepada Tun sekeluarga.
Salam
Tun, I guess its the right thing to do. As UMNO is irrelevant to the rakyat. You might make the difference stay true to the spirit of the people and nation.
God bless.
Alain
Please R.I.P.
We do not need you.
You are EXPIRED!
Assalamualaikum wbt.
Maka diharap berakhirlah sudah episode si cerek memanggil si periuk: buntut hitam.
Diharap juga si cerek buntut hitam ini bukan sahaja meninggalkan UMNOnya tetapi meninggalkan juga dunia politiknya seta segala dunia kucar kacirnya. Semoga diambilah dia akan satu kehidupan baru bagi mengabdikan diri kepada Tuhannya karena dia bakal menemui Tuhannya Yang Maha Adil itu tidak lama lagi.
Antara sayang dan benci, peninggalannya adalah amat malang karena pewarisnya adalah si cerek buntut hitam serta luncai-luncainya dan labu-labu mereka.
Untuk ahli UMNO yang tinggal, diucapkan selamat terjun bersama mereka.
Tun,
Keputusan keluar UMNO memang memeranjatkan ramai orang, namun itu adalah keputusan yang terbaik untuk diri dan prinsip Tun.
Semoga Tun sihat selalu dan terus memberi pandangan dari luar parti demi kekuatan bangsa, parti dan negara.
Hidup Tun.....we love you Tun.
Salam…
Tun, ada beberapa perkara yang harus dilihat tentang perletakan jawatan Tun sebagai ahli UMNO.
Pertama, ia akan menjadikan Tun sebagai “martyr” dan
memperlihatkan kematangan Tun di dalam berpolitik, walaupun Tun sudah menjadi ahli UMNO yang biasa tetapi “luarbiasa”.
Tun,
Semua orang sedia maklum dan peka tentang masalah yang timbul antara Tun dan Abdullah Badawi, tetapi bukankah dengan tindakan Tun mengisyitharkan keluar daripada UMNO membawa gambaran bahawa Tun telah berputus asa dengan UMNO?
Ini juga menunjukkan bahawa regim Abdullah telah “menang” kerana tindakan Tun keluar dari UMNO tidak akan memberikan apa-apa kesan yang signifikan kepada parti tersebut, secara tidak sedar mahu pun sedar.
Ini kerana, Tun juga sedia maklum tentang perjuangan politik UMNO sekarang, yang kebanyakan berjuang kerana U – Untuk, M – Money (Duit), N – Not (Bukan), O – Orang (Bangsa) = U.M.N.O.
Ditambah pula dengan kemasukan keluarga Badawi di dalam UMNO, ia akan menyukarkan lagi keadaan dan juga usaha Tun untuk memperbetulkan UMNO, selaku bekas ahli UMNO. Akan timbul beberapa suara-suara yang akan berkata Tun tidak layak untuk mengkritik UMNO kerana Tun bukan ahli lagi.
Tun,
Saya tahu ini adalah cara terakhir yang Tun lakukan demi untuk memperbetulkan UMNO tetapi pada masa sekarang, perletakan jawatan Tun sebagai ahli UMNO hanya akan menjadikan Abdullah semakin “kuat”, dan menjadikan keadaan makin bertambah parah.
Saya tidaklah mahu meletakkan diri saya sebagai seorang pandai tetapi saya melihat ia daripada konteks seorang “layman”.
Walau bagaimanapun, saya berharap UMNO akan insaf kerana jika mereka tetap terus bersikap angkuh, bongkak dan tidak peka dengan keadaan sekarang, saya khuatir UMNO akan terus “dismantle” satu persatu dan ianya telah pun bermula apabila Tun meletakkan jawatan.
UMNO, sudah lupakah anda?
HESMEL FAZNEE FAISAL
Yahoo!!! Tun,
Malaysians are very happy and glad with your great news. Bravo!!
Previous Malay leadears who left UMNO comprised:-
1- Dato Onn Jaffar
2- Tunku Abd Rahman
3- Tun Hussein Onn
Now Tun Dr M also run away from UMNO since you joined in 1946 and leading UMNO for 22 years. Many UMNO members are abandoning the "Kapal Bocor" to join Pakatan Rakyat is a new Titanic ship now.
Tun Musa Hitam said: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan Umno pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu. Tun Musa noble statement is excellent and acceptable by all Malaysians.
There are so many torns - duri-duri still remained in the damaged ship which Pak Lah needs more time to unpluck them and rebuild UMNO. Hence, UMNO can only regain trust from own Malay communities if such bad deeds like money politic, corrupts, cronies and nepotism system are eliminated. It is timely let Pak Lah must repair the sinking ship fast before the party goes down for good. Let Pak Lah continue the legacy of UMNO with peace of mind after TUN left UMNO for good.
Rakyat was worried and concerned when TUN rejuvenated the racial cards issue again lately. Rakyat like to appeal to TUN ...Apa Namaa perpatah Melayu said: "Badan binasa pasal kata-kata pahit keluar dari mulut". Yes, TUN left UMNO and politic are put to rest for good to keep peace and harmony in multi-races Malaysia.
Last but no least, Malaysians still support and love TUN Dr M if TUN keeps silence from politic and rest in peace forever.
Goodbye TUN...selamat bersara from politic selama lamanya.
Terima-kasih.
Salam dari Semua Anak anak Bangsa Malaysia.
Tun,
Sy mghormati kputusan Tun..
Saya keliru dengan tindakan Tun, tapi saya tetap respect kerana Tun berani. UMNO akan makin parah, kerana tindakan Tun ini, terutama jika Paklah tidak respons terhadap signal yang Tun berikan.
Assalamualaikum,
Tun,
Sedih, terkejut dgn keputusan Tun, namun saya rasa Tun lebih berasa lebih sedih untuk mengambil keputusan tersebut.
Saya percaya amat sukar untuk Tun untuk menyakinkan diri Tun untuk membuat dan mengambil keputusan tersebut.
Saya hormati keputusan Tun dan saya tetap dan akan sentiasa menghormati keputusan Tun demi bangsa MELAYU, Agama dan Negara
Video : Liputan Mengenai Dr. Mahathir Keluar UMNO
Reaksi Menteri & Rakyat Selepas Dr. Mahathir Letak Jawatan
The party was setup to run the nation as a hole, where all citizen should vote for their choice of leader to lead the nation for better future.
I do agree with Tun that the party nowadays are looking forward to POWER craze and opportunity to 'make' money for their personal interest only.
We dont see the passion of patriotic nor initiative to lead us, malaysian to be known to outside world, but just the bunch of people that is selfish and self-satifaction.
We are no where near to our ex-allied, singapore, why?
Apapun yg berlaku, saya tetap sokong Tun. Bukan kerana nama saya sama dgn Tun, tapi juga kerana "mempertahankan yang benar itu satu yang pasti"
Saya masih terkejut dengan pengumuman Tun untuk keluar umno, sehingga rasa nak pengsan... tetapi saya juga turut merasakan ini adalah langkah yang terbaik sekali bagi pihak Tun memandangkan Tun tidak dibenarkan bersuara walaupun berada di dalam UMNO.. dan saya berharap ramai orang, termasuk barisan pimpinan akan turut mengikut jejak langkah Tun, yang mana akan memberikan impak yang lebih besar kepada apa yang Tun ingin suarakan...
walaupun saya rasa ramai pimpinan takkan berani buat demikian...
Semoga perjuangan Tun terus kuat bersemarak dan mendapat taufiq dari Allah
Dear Dr M & family
Im so grateful and thank to Allah for whtever action u took.Im sure only U and HIM knw whts the best for all Malaysians and also Malaysia in future.
As the song goes "MY WAY"..u always have the BEST & UNIQUE ways to TAKE CARE OF US..People will always tend to forget us when we help them but someday they will realise it when they facing the same moment too...:)
So pls bear in mind tht U R NOT WEAK OR CRAZY BUT U R THE "PRECIOUS GEM" from Allah to us...
Take care always!Im sure a lot of other "sincere & great future-minded" Malaysians always with u including me....
Berani kerana benar jangan takut kerana salah
Berani bersuara memberi pendapat.
Bukan sekadar angguk kepala dan menjadi everything "YES MAN"
All the best. I agreed totally with your actions keluar parti UMNO.
If this is what it takes to destroy the political career of Khairy Jamaluddin, then so be it.
But it would be a shame if what happened to YTM Tunku Abdul Rahman Putra, happened to you ...
You're a great man. Thank you for bringing so much development to the country in such a short space of time. Thank you for the bravery in facing up to the West and ignorant Australian leaders. Thank you for the Internet and your bill of guarantees although you have said you weren't totally convince of a free-from-censorship Internet.
But please don't bring the race issue to the table because I think most Malaysians are quite sick of BN for this and we've demonstrated that in our voting on March 8. Lets move away from this and look forward. We know where we have come from and we hope for a better future free from racial and religious hangups in where we are going.
Assalamu’alaikum Y.Bhg Tun,
SAYA tidak menyangka tindakan Tun sejauh itu. Sebagai seorang yang dilihat sangat sayangkan UMNO, saya agak terkejut dengan tindakan Tun keluar daripada UMNO.
Lebih terkejut lagi apabila Tun mengajak ahli UMNO lain mengikut jejak Tun.
Saya mengkagumi pemikiran-pemikiran Tun dan tulisan-tulisan saya tentang Tun membuktikan hal itu.
Tetapi saranan untuk mengikuti jejak Tun agar keluar daripada UMNO, ini tidak dapat saya lakukan.
Bagi saya Y.Bhg Tun dan YAB Pak Lah tidak lebih penting daripada UMNO.
Jika seorang menyerang dan seorang lagi mempertahankan diri, itu hal tuan-tuan berdua, UMNO jangan dilibatkan. Tetapi nampaknya “UMNO” menjadi pertaruhannya.
Saya cukup khuatir kerana tindak-tanduk tuan-tuan berdua, UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn akan menjadi sejarah. Pada waktu itu orang akan bertanya siapakah yang menjadi penyebabnya. Tun yang menyerang Pak Lah atau Pak Lah yang mempertahankan serangan Tun?
Kepada ahli-ahli UMNO marilah kita bangun dan hanya melihat kepentingan UMNO melebihi tuan-tuan berdua.
Jika ini ditakdirkan menjadi kesudahan kepada Tun apa yang dapat saya katakan selain perkataan biarkan, tetapi UMNO tidak boleh disudahi dengan cara ini.
"Jika seseorang itu bersetuju dengan anda, anda sokong UMNO, dan apabila orang itu sudah tidak bersetuju dengan anda, anda pun keluara UMNO. Nampaknya suka atau tidak suka diukur dengan cara yang cukup peribadi.". Cara yang begini memang tidak dapat saya terima.
Budaya seperti di atas tidak boleh dibiarkan. Lainlah kalau UMNO sahaja yang ada di negara ini. Masalahnya kita ada pembangkang yang sedang meraih peluang. Nampaknya kita menyediakan lubang untuk mereka menimbus kepala kita sendiri.
Walau apa pun saya masih mengharapkan Y.Bhg Tun menarik balik keputusan itu demi kepentingan agama, parti, bangsa dan negara.
Saya berharap Tun menyemak semula ucapan-ucapan Tun semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO bagi memastikan adakah tindakan keluar parti dan mengajak ahli UMNO bersamanya itu suatu tindakan yang bijak atau melanggar prinsip perjuangan Tun sendiri?
Dan jika keluar parti itu masih menjadi pilihan Tun, saya tetap menghormati keputusan itu sebab jasa Tun selaku mantan Perdana Menteri tidak akan dilupakan begitu sahaja sebab saya diajar oleh Tun untuk mengenang budi dan tidak mudah lupa.
Tetapi jika keputusan Tun itu menyebabkan UMNO akan menjadi lebih parah, saya pasti Tun akan bertanggungjawab dalam hal ini dan bersedia menerima apa jua tamparan selepas ini.
Saya amat berdukacita ketika menulis komen ini kerana saya terpaksa berterus terang dengan seseorang yang amat saya hormati selama ini.
Saya ingat kita dapat bersetuju dalam semua perkara, tetapi sudah ditakdirkan nampaknya dalam hal ini saya terpaksa mengatakan tidak kepada Tuan. Maafkan saya.
Wassalam.
Abd Bashid Harun
Presiden Tiewrist Dot Com
Dear Tun
This is the first time that I put my comment on ur blog. Although I am apolitical, I have follow Malaysian politics since primary school and I must admit that u have contribute a lot to Agama, bangsa dan negara. Nevertheless, as human, u have also take actions that are out of religous and social norms.
Overall, ur deeds have placed Malaysia in the world map and thus as Malaysian, I am proud when other countries spoke fondly of ur stand against oppression etc.
I trust that ur decision is based on issues that is beyond the grasp of normal citizens like me and believed that ur ultimatum for AAB to step down is for the good of Agama, bangsa dan negara.
Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
Tun M,
Well to say the least now that you have resigned from umno you would be more free to express your thoughts.
The country ought to respect your decision. Whether it was the right one or not is entirely up to one's interpretation.
semoga tun success; saya pun tak faham kenapa pak lah ni tak faham..
sometimes it's just better to walk away.
Tun:
I ll support your decision, but take care a lot please! We can't lose you.
Tun,
Terima Kasih atas 22 tahun yang cemerlang. Saya dapat bersekolah dengan baik walaupun prasarana ketika itu tidak secanggih sekarang. saya masih selamat ke sekolah sendirian, tidak seperti sekarang anak main depan rumah pun hilang.
Umumnya rakyat sudah hilang kepercayaan pada kepimpinan sahaja tetapi kepada seluruh jentera pentadbiran. Dari isu makanan sehinggalah keselamatan, rakyat hidup dalam kesempitan.
Kumpulan kaki bodek harus sedar, berhenti jadi pemimpin kalau hidup hanya untuk kepentingan diri sendiri!
Saya sangat mengkagumi Tun sejak dulu dan saya berharap tindakan Tun ini mendatangkan kebaikan kepada umat Melayu. Saya tak mahu lihat orang Melayu berpecah belah.
Tun, tebuslah kesalahan Tun Yang lalu dengan bersama Pakatan Rakyat. InsyaAllah rakyat memaafkan kesalahan Tun selama ini. Masih belum terlewat Tun selagi nyawa dikandung badan.
DEAR TUN
CONGRATULATIONS!!! You are a true leader...we support your move & will continue supporting you....
ASSALAMMULAIKUM TUN,,
SAYA MENYOKONG TUN SEPENUHNYA,POLITIK MALAYSIA PATUT DIBERSIHKAN,,
RAMAI DARI PARTI BN DAN PEMBANGKANG YANG MELATAH APABILA TUN BUAT KEPUTUSAN BEGINI,
TAPI TIDAK SAYA,SAYA TELAH KELUAR UMNO SEBELUM PILIHARAYA LAGI KERANA TIDAK TAHAN DENGAN LAKONKAN SANDIWARA PEMIMPIN POLITIK...
TUN,SAYA MENYOKONG TUN DENGAN SEPENUH JIWA SAYA.
TUN ADALAH IDOLA SAYA,KEBERANIAAN TUN MEMBANGKITKAN SEMANGAT MELAYU MALAYSIA SAYA,
TENTANG PEMIMPIN UMNO YANG LAIN,YANG MASIH TIDAK MEMPERDULIKAN KAN PENDAPAT RAKYAT BIASA YANG SEPERTI SAYA,MEREKA AKAN MENYESALA KERANA MEMBELAKANGKAN RAKYAT DALAM KEPUTUSAN POLITIK MEREKA,
SAYA BETUL BERHARAP AKAN ADA PILIHARAYA BARU,BARU PEMIMPIN UMNO DAN PEMBANGKANG SEDAR...
SAYA RASA TUN ADALAH PAHLAWAN MELAYU MALAYSIA..
SEMOGA TUN PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI..
Tun,
Saya faham dengan tindakan Tun, mememg ia satu tindakan yang tepat. Tetapi Tun perlu ingat, orang UMNO sekarang, fikiran mereka, hati mereka, perbuatan mereka bukan seperti dulu lagi. Walaupun Tun di pihak yang benar, kiblat mereka tetap kepada kepentingan peribadi, yakni mereka tidak akan ikut serta menyokong Tun. Mereka akan menghina Tun dalam masa yang sama mereka akan terus membodek Pak Lah.
Tun, take care, I ll support you!
DEAR TUN
CONGRATULATIONS!!! You are a true leader...we support your move & will continue supporting you....
Salam tun,
I truly support your decision. Malaysian politic has turned topsy-turvy lately. May ur decision leads to the betterment of UMNO insyaallah...
Bravo Tun! I guess most of your supporters welcome this decision. Afterall, whats the point of hanging around UMNO if you are no longer being appreciated? This is also the best time to reveal who your true supporters are and its also time to let our lame duck ZZzz PM know that he is irrevelant and the only job left to be done by him is to pack his bags and continue his ZZzz in Kepala Batas! We are all with you Tun!
assalamualaikum Che Det (saya kenal nama ini sejak kecil, arwah nenek peminat besar che det.)
Saya belajar subjeck Minda Mahathir di tahun akhir pengajian di universiti dan alhamdulillah setakat ini keputusan drastik che det membuahkan hasil, harap yang ini pun baik hasilnya, insyaallah..
Tahniah di atas tindakan dan keberanian Tun. Walaupun saya bukan ahli UMNO tapi saya mmg admire dgn ketokohan dan kepimpinan Tun.
saya mula membesar dan mengenali Malaysia sepanjang tempoh pemerintahan TUN. sehingga TUN meletakkan jawatan saya telah layak menjadi seorang pengundi dalam PLU dan bangga melalui fasa pembangunan negara..kini negara kita 'reverse' ke belakang..reverse kerana pemimpin tak tahu memacu pembangunan negara..terus menjadi 'mentor' pembangunan negara TUN..saya masih belum puas menikmati pembangunan sepertimana yang TUN hasilkan untuk Malaysia
assalamualaikum,
duduk diam-diamlah, takkan nak lihat parti hancur, selepas kita bina sekian lama, masa kita senang kita nak org sokong kita, bila dah lepas, mampus gi lah, aku dah kaya, hancur-hancurlah, aiman tak kisah, betul tun , tapi yang menggung akibat bukan pak lah tapi seluruh anak cucu tun sekali, kita bg nasihat sudahlah jangan dok nak hancurkan ....
Tun,
saya amat bersetuju Tun keluar drp UMNO dengan bersyarat. Hati Tun masih kpd UMNO cuma buat ms ni sy rasa Tun amat kecewa dengan tindakan successor Tun yang negeri dia telah di tawan tu. Dia kata dia lebih terbuka, telus & clean. Apa buktinya?dgn klip video lingam tu je ke?Kalau sy jd PM, suka hati saya la sapa sy nak lantik jd hakim. Yang nak dakwa Tun sb depa semua tak puas hati, kecewa.
dah banyak koridor sy dgr paklah jaja kan utk rakyat msia.tp dh 2 pggal jd pm, apa koridor yg kita dah ada? stakat blueprint, sy leh buat hebat lg. rakyat msia skrg sedang ditipu dgn pembangunan..mcm org kedah kata "cakap berbuih2 habuk pun tarak"...
Bravo Tun!!!!!!! U r the best!!!!!
Tun..saya amat berbangga dengan keberanian dan pegangan tun selama ini. Saya percaya akan lebih ramai lagi ahli UMNO akan bertindak seperi Tun.Harap kempimpinan UMNO pada masa kini mengambil iktibar dari semua ini.
takkan nak suruh hancur, bila hancur kita pun hancur bukan pak lah saja
MINTA TUN SEDIA KAN ONLINE FORM UNTUK KELUAR DARI UMNO DI SITE TUN,SAYA NAK KELUARRRRRRRRRRRR UMNO...
Syabas Tun saya amat neyanjungi keputusan Tun keluar dari UMNO sekurang2 nya ia nya satu tamparan buat pemimpin2 dan pengecut2 yang ada dalam UMNO...kami berdiri di belakang Tun dan terus menyokong perjuangan Tun demi kpentingan Orang Melayu dah survival UMNO
55Salam Tun;
Saya amat terkejut akan keputusan yang diambil olih Tun untuk keluar dari UMNO. Saya percaya Tun lebih tahu akan tindakan itu.Saya berdoa agar Tun diberi kesihatan yang baik selalu hendaknya.
Tun,
Adakah Tun yakin dengan perletakan Tun dalam UMNO akan meyelamatkan UMNO atau Tun tidak mahu UMNO mati atau berkubur semasa TUN berada didalan UMNO dan itulah sebabnya TUN keluar dari UMNO...Bukankah Tun terlalu sayangkan UMNO adakah tindakan keluar sebagai tanda sayang Tun.
Di kesempatan ini, saya harap Tun dapat memjelaskan lagi apa-apa kelemahan pentadbiran Pak Lah bagi menyakinkan umum atas keputusan Tun keluar drp UMNO. From my point of view ada sesuatu yang tidak jelas motif sebenar langkah Tun itu. Pak Lah nampaknya telus dalam pentadbiran sehinggakan kes-kes profil tinggi sedang didedahkan berbanding semasa Tun menjadi PM. Adakah Tun kuatir Pak Lah hendak bina dinasti dlm menguasai negara....dan Tun terlepas peluang itu. Umum ingin tahu apakah pqandangan dan pegangan Tun semasa menyerahkan kuasa PM kepada Pak Lah dan apa telah terjadi sekarang diluar jangkaan Tun. Ada orang kata Pak Lah unpredictable! Betul ke begitu?
If Tuang Guru Nik Abdul Aziz says that he is the happiest men in the world when he heard about your decision, i probably the second happiest man. Syabas tun kerana berani mengambil tindakan yang membuka mata hati pejuang-pejuang patriot di Malaysia!!
You made a bold move for the sake of the country. I doubt any UMNO MP will follow because of greed being in their position. You have to admit that denial syndrome was never in Pak Lah's vocab because of his low intelligence. Look how thick-skinned, shameless, who speak no-Ingelish fellow(he lied because he spoke commendable English on TV)bodek the weakest PM in Malaysian history. These Umno arrogant guys will drag the whole country down.
Tun,
Yin & Yan fully support you!!
As always you think and act out of the box.
This time it is OUT of the UMNO BOX.
Be free of the hadharists!!
Mr Clean is making nonsense in the name of Islam!!
May Allah bless Tun in all your actions and inactions.
Yin & Yan
Dear Doc,
:-) What can I say .. Blogs are open forum, if one can't voice out and information is authored .. WTF? Back to your old controling days huh :-). Marx vs Hiegel in open society and it's concept, you never learned it I take it. Good luck to you Doc!
Tun..saya terkejut tetapi lega dengan tindakan Tun...Walaupun akan ada 'Gelombang Besar' yg akan melanda Pucuk Pimpinan dan Akar Umbi Umno..Saya pasti ada pengajaran yg boleh diambil dari apa yg berlaku...Semoga semua sedar .."Apa yang 'MEREKA' sepatutnya lakukan dan "Di mana 'MEREKA' sepatutnya berada..
Tun,
Saya amat terkejut dengan keputusan Tun untuk keluar dari UMNO..Apa yang bakal terjadi kepada anak bangsa melayu selepas ini??Kaum melayu sekarang sudah berpecah belah..Dan saya percaya keadaan kaum melayu akan bertambah teruk lagi selepas ini..
Assalamualaikum warahmatullah.
Semoga Tun dirahmati Allah sentiasa.
Saya cukup terharu dan amat tersentuh dengan tindakan terbaru Tun ini.
Diharapkan kesannya akan dirasai oleh mereka yang berkaitan serta akan memberi impak kepada perubahan landskap politik negara di hari muka.
Tun; Saya sedih akan berita ini. Semoga tindakan Tun ini diberkati Allah.
Apa yang mengejutkan ialah kata Tun Musa Hitam, "bahawa TUN adalah duri dalam daging dan duri itu sudah keluar".Sungguh biadap bahasanya terhadap Tun. Mungkin itu kata kata orang politik dan Tun Musa masih ingin berpolitik dan nak tunjuk pandai. Pemimpin UMNO yang berjawatan sekarang adalah benar benar duri dalam daging dan telah membuat kulit kulit kita bernanah. Maaf Tun kerana saya kasar bahasa terhadap Tun Musa. Bersabar Tun. Allah di pihak yang benar.
Tun.. i will follow u... bukan ikut buta, tapi ikut berhemah..ape ada pada UMNO kalau ahli no 1 & 2 dah kluar?.. Tidak perlu lagi rasenya bersama2 UMNO yang tidak menegakkan hak Melayu.. Bersoraklah ahli2 pembangkang kerana Tun kluar... tapi Tun kena tau betapa ramainya orang2 muda sebaya saya yang akan turut mengikut jejak langkah tun.. Tun terang2 kami katakan bahawa UMNO dibawah Badawi adalah sunyi.. kebangkitan UMNO baru adalah penting.. bukan lagi dibawah kemimpinan sekarang, tetapi dibawah kita, orang UMNO yang menyokong kerana UMNO adalah perjuangan kita.. Perjuangan Melayu.. Perjuangan Tun.
Tun,
I have no doubt over your decision and will support you in full force. I hope the rest of the UMNO will join force to put pressure on Pak Lah to step down. We don't have much time left and to those who is questioning the rational, please do not doubt the wisdom in CheDet.
TUN,
Saya dan semua ahli keluarga akan bersama TUN, kami akan meninggalkan sementara UMNO yang amat disayangi untuk mengajar orang yang sedang tidur tu.
Y.A.Bhg Tun,
Sebagai orang muda dalam perjuangan, saya amat menyokong dan memandang tinggi kebolehan dan kepimpinan Tun. Dengan perletakan jawatan ini, negara sebenarnya kehilangan seorang pejuang bangsa, terutamanya Melayu. Memang UMNO dulu dan kini amat ketara bezanya. Walau apa pun tindakan Tun, kebanyakan 'orang muda' yang dibesarkan di bawah naungan Tun, tetap menyokong Tun dan perjuangan Tun yang tidak pernah jemu membangunkan bangsa. Tun, kami amat sayang pada Tun dan perjuangan Tun terhadap bangsa Melayu. Hidup Tun!!!
Saya berada di dalam acara yang di adakan semalam (19/5/2008). Saya sesungguhnya amat berbangga untuk menyaksikan seorang ahli politik yang benar-benar berjuang kerana parti membuat keputusan yang amat berat tetapi menjadi harus kerana apa yang sedang berlaku pada masa kini.Saya amat hormati keputusan Tun tersebut dan akan senantiasa berada dibelakang Tun.
Saya sesungguhnya setelah membaca akhbar Utusan Malaysia pada hari ini (20/5/2008)saya ingin mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Musa Hitam yang mengatakan bahawa Tun merupakan duri dalam daging. Kamu (Musa) siapa untuk mengatakan sedemikian rupa kepada Tun?. Apa jasa kamu sepanjang tempoh masa kamu (musa) memegang jawatan sebagai Timbalan satu masa dahulu?.
Justeru itu saya juga menyeru semua ahli-ahli bloggers yang mempunyai pendapat yang sama dengan saya mengecam tindakan Musa ini dan seterusnya mengecam semua Menteri-menteri atau seangkatan dengan nya yang akan cuba untuk mengecam Tun.
Saya juga menyeru semua ahli UMNO untuk mendapatkan amanah Tun yang lengkap dan bukan yang telah disunting di dalam Media Massa. Sekiranya ada kemuskilan terus bertanyakan kepada Tun posisi yang sebenarnya kerana saya dapati ada beberapa pihak yang cuba untuk memutarbelitkan fakta.
Sekian
Mohd Fadhly bin Yaacob
(Bekas Ahli UMNO)
Post a Comment