1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.
2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.
3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?
4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.
5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?
6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.
7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?
8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya.
9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.
10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.
11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.
12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.
13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?
14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?
15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO.
Friday, May 23, 2008
Kesetiaan kepada UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
759 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 400 of 759 Newer› Newest»itu ler...ade orng bila jadi boss ingst dia tu pandai sangat...dia yang rasa dia pandai..orang lain??? tu le sikap si AduhLah nie... kalau orang camni jadi boss ,boleh jadi malaysia bangkarp. Entah bila si AduhLah ni sedar.. jadi ketua kampung je la.Pe dia ingat malaysia ni "Bapak" !!! dia punya kerr...
Perkembangan politik UMNO dan Tok Det kalau dilihat telah juga menjangkiti kaum keluarga Tok Det. Banyak katak-katak yang sebelum ini berada di bawah tempurung telah keluar menjerit-jerit memanggil hujan. Agar, hujan yang di atas akan "mula kenal" katak yang memanggilnya. Hari ini di akhbar-akhbar tempatan, ramai dari pemimpin Pemuda UMNO negeri mengambil kesempatan berharga yang mungkin dapat mempromosi nama mereka, menghentam anak Tok Det,Mukhriz ,agar jangan "mengugut", jangan itu dan jangan ini. Siapa mereka ini? Kalau manusia minda kelas pertama melihat apa yang dilakukan oleh Mukhriz ini hanya satu pernyataan kecewa beliau. Siapa Mukhriz untuk mengugut Pak Lah dan semua orang tahu bahawa Pak Lah lebih tinggi kedudukannya dalam UMNO dan Pak Lah tidak perlu rasa tergugat pun sekiranya Mukhriz keluar UMNO. Anak Tok Det ini hanya menyatakan yang dia akan keluar UMNO sekiranya Pak Lah tidak melepaskan jawatan. Pernyataan ini adalah seperti seorang lelaki yang menyatakan hasratnya pada si perempuan yang dia akan lari dari si perempuan sekiranya cintanya ditolak..tidak lebih dari itu. Maka, kepada "katak-katak" yang mahu mempromosikan diri mereka dengan kononnya "setia" dan semangat keramat Melayunya tinggi dari orang-orang Melayu yang lain... hentikanlah. Baliklah semula ke tempurung anda. Biarlah anak Tok Det dengan prinsipnya dan kita dengan prinsip kita.
Negara yang pesat membangun dan hampir maju seperti Malaysia memerlukan pemimpin yang mempunyai stamina yang kuat, minda yang kuat dan tidak emosional.
The Peter Principle, which states that workers are promoted to their level of incompetence
Inikah yang berlaku pada Abdullah.
Dengan kelemahan diri yang menyeluruh beliau tidak dapat mengawal apa saja keliling beliau dengan baik.
Seperti semasa Tun menjadi PM. Tiap tiap hari ada saja berita atau isu di dada akhbar. Seolah olah kita rakyat Malaysia semua mengikut dan bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. Kita tahu apa isu yang sedang di hadapi Tun.
Ini mendekatkan rakyat kepada pemimpin. Rakyat tahu apa isu semasa yang berlaku.
Tapi cuba kita lihat semenjak Abdullah menjadi PM. Hampir hampir tiada isu di dada akhbar.
Atau adakah akhbar kita jadi gelabah nak cari isu dalam negeri.
Kalau ada isu pun benda yang remeh temeh tetapi di suarakan oleh menteri lain.
Macam kes Hisamudin. Bukan ke macam orang hilang akal bila kes dah bertahun minta maaf lagi pasal angkat keris. Antara perkataaan terbaik yang dia keluarkan ialah, "Saya tidak akan akan lari dari tanggungjawab".
Macam juga Abdullah kata begitu bila orang suruh letak jawatan. Benda sedap, pegang jawatan besar. Apalah makna perkataan itu kalau macam memperbodohkan rakyat.
UMNO sudah kekeringan idea?
Begitu la antara kata kata ulamak besar. "Bila nafsu bermaharajalela maka fikiran menjadi tumpul"
Nafsu dari pangkat, harta, wang ringgit dan lain.
Adakah kita akan mencatat sejarah dalam era moden ini untuk anak cucu kita.
Sekali lagi melayu jahanam.
Malu juga muka generasi kita yang konon berpelajaran.
Assalamualikum YBbhg. Tun,
Saya melihat senario yang berlaku melalui beberapa aspek :-
1. Para pemimpin kita tidak mahu dikritik secara terbuka kerana mereka ini sombong dan 'too defensive'.Selalu bercakap tentang akar umbi sedangkan mereka sendiri pun tidak mahu ambil tahu apa yang diinginkan oleh akar umbi. Sekira nya dibenarkan kritikan secara terbuka, susah bagi mereka untuk buat 'cover up'.
2. Kesetiaan kepada parti itu adalah ucapan yang terlalu 'klise'. Apakah YBhg. Tan Sri Muhyiddin 'tidak setia' kerana menyokong peralihan kuasa segera?Adakah orang yang menghunus lambang parti (keris) pada suatu ketika dahulu akan tetapi meminta maaf kerana kononnya menyinggung pengundi bukan melayu, boleh dianggap tidak setia pada parti?
3. Wakil rakyat dipilih oleh rakyat dan perlu berkhidmat untuk rakyat. Sekiranya dengan berada di Parti A boleh menyebabkan rencatan dan halangan dalam memberikan perkhidmatan, wajarkan dia berada terus dalam Parti A sedangkan Rakyat memilih beliau untuk berkhidmat? Buang lah anggapan bahawa hanya apabila berada di Parti A barulah wakil rakyat boleh berkhidmat.Sekiranya begitu,pangundi Pasir Mas tidak matanglah apabila memilih Datuk Ibrahim Ali sebagai wakil rakyat sedangkan beliau calon BEBAS seperti mana Dato' Shahril Samad suatu ketika dahulu?
4. Keadaan sekarang menyerlahkan sikap bermuka-muka pemimpin kita. Sekonyong-konyong semuanya ini 'membela ketuanan orang melayu' yang kononnya semakin terhakis. Betulkan begitu?Maknanya hanya UMNO lah sahaja yang membela nasib melayu.Adakah mereka lupa dengan kenyataan mereka bahawa ketuanan melayu dijamin didalam perlembagaan?Jadi, sesiapa pun memerintah,tiada apa yang dapat menyentuh serta mempertikaikan hak-hak orang melayu ini.Jangan lah lupa bahawa selepas 18 tahun memerintah Kelantan, PAS masih dapat mempertahankan ketuanan melayu di negeri tersebut.
5. Dimanakah pejuang-pejuang bangsa ini ketika rakyat dibebani dengan kenaikan harga beras dan barangan lain?Ingin juga saya melihat mereka ini menjadi hang jebat yang sebenar dan bukannya pak lawak seperti yang kita saksikan didalam filem cereka.
5. UMNO masih relevan tetapi seperti mana kata Tun, 'Melayu Mudah Lupa'. Dahulu Tun mempunyai 'Pedang' lalu mereka ini tunduk kepada Tun. Sekarang mereka lupa kerana Tun tiada apa yang dapat diberikan. Rasa hormat pun hilang kerana mereka sekarang berjuang untuk survival politik mereka.
Teruskan lah membongkar kepincangan mereka ini supaya rakyat sedar tentang apa yang sebenarnya diperjuangkan. Memilih pembangkang bukan lah bererti tidak sayangkan ketuanan melayu akan tetapi sekadar ingin menguji keikhlasan ahli politik kita ini. Sekiranya tidak mendapat pembelaan juga, gunakan kuasa yang ada pada kertas undi itu selepas 5 tahun. Percayalah, Malaysia tidak akan huru-hara disebabkan hal-hal sebegini.
TUN, Banyak betul nya kata kata TUN itu.
Pak Lah hanya sayang DIRI & kuasa untuk kepentingan keluarga nya. Sejarah nya menjurus kearah itu.
Kalau benar Pak Lah sayang UMNO, Sekarang lah masa nya untuk membuktikan nya.....
Letak Jawatan Demi Perpaduan UMNO.
Jangan jadi "TOKAK di LUTUT UMNO" sehingga UMNO tak dapat bergerak......... INI LAH HASRAT RAKYAT yang mengurangkan majority BN dalam PRU12 yang lalu.
Terima kasih pada TUN yang sentiasa membakar diri untuk kebaikan UMNO.
Saya yakin UMNO akan Kuat kembali tanpa Pak Lah dan KJ.weakof
tun lebih arif tentang hal ni.. biarkan mereka..tgk sampai bila blh bertahan
Tun yang dikasihi,
Terima kasih kerana terus aktif menulis walaupun berada di luar negara...Saya bersetuju dengan pandangan tun. UMNO bukanlah Pak Lah dan Pak Lah bukanlah UMNO.Jadi kesetiaan pada UMNO tidak bermakna kita perlu setia pada presidennya. Masyarakat kini kebanyakannya well educated. Saya mengaku, walaupun saya merupakan salah seorang daripada young silent voices UMNO, tindak tanduk UMNO tidak lepas dari pandangan saya. Tindak tanduk president yang makin jelak bersama2 kroni keluarganya amat memualkan... Itu tidak lagi ditambah dengan sikap2 kaki bodek dan kaki ampu yang mahu menjaga periuk nasi mereka sehinggakan hilang jati diri mereka sendiri...
Saya masih teringat lagi ketika belajar di MRSM dahulu. Lagu anak kecil main api senantiasa bermain di bibir kami. Sememangnya lirik lagu tersebutlah yang memupuk kasih sayang saya terhadap bangsa Melayu serta semagat jati diri yang utuh. Kini, walaupun sudah 9 tahun meninggalkan zaman persekolahan saya rasa jati diri saya masih kuat, malah semakin utuh terutama skali dalam keadaan negara kita semakin tegang kini.
Saya amat berharap Tun akan terus menulis dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Saya sentiasa di belakang Tun! Hidup Melayu! Hidup UMNO!
Tun,
Biarkan ianya ditentukan secara demokratik dan secara konsensus pada masa yang sesuai. No need to rush; there is no national emergency here.
Sekiranya dalam mesyuarat UMNO ditentukan bahawa Dato' Abdullah Badawi adalah tidak sesuai, maka kita boleh lihat sama ada satu proses pengantian dapat dilakukan berikutan itu.
Tidak perlu kita mendesak dari luar atau secara serta-merta agar Presiden UMNO undur.
Let it be democratic, gradual, and consensual, especially since Barisan Nasional under Dato' Badawi has won the rightful majority to form the federal government. Whether he remains the president of UMNO and therefore the Prime Minister can be decided at the relevant UMNO meetings as seen fit.
Maka cadangan saya adalah bagi Tun benarkan proses demokratik bergerak dengan tenang dan lancar.
Tun sudah pun memberi pandangan Tun, jadi saya rasa itu sudah mencukupi buat masa sekarang.
Terima kasih.
Salam tun.. yup, saya bersetuju.. org sekarang nie masuk umno sebab nak membodek !! Tak tahu apa itu matlamat sebenar umno. Janji ada masyuk dan nama mereka di julang julang. Orang kata dapat lepas tengok sendiri aje. Tak pernah nak tengok org2 bawah. Cuma pandai berkata2 manis bak mempelam madu. Umno memang tidak seperti dulu. Umno yang sebenar memang dah hampir pupus tinggal sisa2 aje agaknyer. Terpulang pada kita sedar atau tidak.
Salam Tun,
Sebagai rakyat biasa,kami tdk meminta bantuan wang dari kerajaan,memadai pemimpin dpt memimpin negara dgn stabil, kemakmuran ekonomi supaya rakyat mendpt peluang pekerjaan dan juga wakil2 rakyat yg prihatin kpd pemasalahan rakyat umpamanya longkang tersumbat,kesesakan jalanraya,meningkat kemudahan pengangkutan awam yg menjadi keperluan asas bagi rakyat.Yang paling penting kos sara hidup minimum tanpa dibebani dengan kenaikan harga makanan melampau.
1997 adalah merupakan tahun yang kritikal masa pentadbiran Tun akibat krisis kewangan Asia tetapi dengan kebijaksanaan yang dianugerahkan Allah SWT maka Tun dapat mengatasi segala kesukaran dan pada masa itu rakyat masih berpeluang mendapat kerja dan kadar pengangguran dapat dikawal. Namun sekarang cuba kita lihat kadar penggangguran yang kritikal dikalangan graduan.Ramai yang memilih kerja tetapi ramai yang mengambil inisitif sendiri dengan berniaga tetapi tidak seberapa kerana suasana ekonomi yang tidak memungkinkan rakyat mempunyai kuasa membeli yang besar kerana rakyat terpaksa memperuntukkan sebahagian pendapatan ke atas barang makanan yang melambung.
Saya percaya sebahagian besar rakyat Malaysia menyokong Tun dan kami semua berdoa agar Tun diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati...Amin
"TERIMA KASIH TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD"
video khas sempena penghargaan buat Tun Dr.Mahahtir di
warisanegara.blogspot.com
A'kum Tun,
Sebenarnya saya sedih kerana Tun bertindak keluar UMNO, tetapi saya lebih sedih kerana UMNO tidak menghormati Tun yang telah banyak berjasa kepada UMNO.
Presiden lebih mendengar nasihat menantu yang baru setahun jagung mengenali UMNO dari ahli lama yang menyayangi UMNO.
Jika beginilah keadaannya, apakah nilai keahlian saya sebagai ahli biasa yang menyokong UMNO sentiasa?
Askum Tun,
Saya sokong tun.. pucuk pimpinan sekarang saya lihat lemah.. kekalahan BN pada PU12 pada baru-baru ini wajar dipersalahkan kepada pucuk pimpinan parti tersebut kerana gagal meraih sokongan rakyat.
Tun,
pada pandangan Tun, apakah tindakan Tun untuk keluar daripada UMNO akan memburukkan keadaan atau sebaliknya??
Asalamualaikum buat Tun yang saya amat hormati
Saya amat setuju tindakan Tun keluar dari UMNO bagi saya adalah wajar tindakan itu jika saya di tempat Tun saya akan lakukan tindakan yang sama.
Saya lihat akhbar arus perdana seperti mempersendakan tindakan Tun ini..tiada satu komenpun dari peminpin-peminpin tertinggi UMNO yang yang wajar dijadikan contoh sebagai seorang peminpin kebanyakkan komen hanya menghenmtam tindkkan Tun ini..bagi saya komen seperti dari Zahid Hamidi tidak wajar keluar dari seorang pemimpin tertinggi UMNO.seolah-olah dia tindak nampak akan jasa dan pengorbanan Tun semasa menjadi PM dahulu?
Saya begitu sedih bila membaca komen-komen dari pengampu Pak Lah ini yg semuanya seperti bacul.padahal ketika zaman Tun dahulu mereka pijak semutpun tak mati bila bertemu dengan Tun.
sekerang saya tidak lagi membaca semua akhbar arus perdana termasuk dari TV3 sekalipun bagi saya semuanya menipu rakyat.mungki mereka boleh tipu rakyat dengan berita-berita begini tapi mereka tak belajar dari kesilapan PRM dulu rakyat akan mencari alternatif berita dari internet or luar untuk mendapat kan berita yang sebenarnya..harap TUn terus menulis di Blog ini untuk saya mendapatkan komen-komen dari Tun.Bagi saya peminpin yang berjaya adalah peminpin yang sedia di kritik
Tun yag disayangi dan dihormati,
seharusnya para pemimpin UMNO patut meletakkan Tun di tempat yg sepatutnya..
Dgn komen2 yg pedas dan tah apa2 utk Tun, menggambarkan mereka ini bukan org2 yg pandai berterima kasih.
Adakah mereka lupa dgn jasa dan keringat yg telah Tun curahkan selama 20 tahun itu??
Mereka yg seharusnya meninggalkan parti. Kerajaan skrg lebih byk memberi subsidi kpd rakyat. Mgkn utk menarik kembali hati rakyat. Adakah itu perlu??
Saya akan sentiasa mengenang jasa Tun. Terima kasih Tun.
Salam sayang juga buat Tun Dr Siti Hasmah.
Meaning teori RAHMAN bagi saya:
R = Tunku Rahman (1st PM)
A = Abd Razak (2nd PM)
H = Hussin Onn (3rd PM)
M = Mahathir Mohammad (4th PM-my
beloved PM ever)
A = Abdullah Badawi (5th PM-recent)
N = Najib Tun Razak (6th PM-coming
soon)
Assalamualaikum Tun,
Tindakan Tun nampak tak setia tetapi hati Tun setia...
Tindakan mereka nampak setia di mata tapi sebenarnya TIDAK di hati mereka kerana mereka sanggup membiarkan parti menjadi lemah dipimpin oleh pemimpin yang tidak berupaya...
MEREKA TAHU TAPI MEREKA BERPURAAA2...HIPOKRIT...
salam tun;
may Allah bless you...
kesetiaan pada Allah swt yang amat penting,barulah UMNO..pemimpin datang dan pergi..UMNO hanya alat yang digunakan untuk kebaikan ummah..
Gunalah parti itu untuk perpaduan bukan perpecahan..
may Allah bless you.
salam
Assalamualaikum TUN,
Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ni tak ubah macam lembu dicucuk hidung, bercakap seolah-olah masa depan UMNO hanya ditentukan oleh Pak Lah. Ahli UMNO yang menentukan masa depan UMNO. Mereka bercakap tanpa melihat kepada sejarah atau kisah yang pernah berlaku dalam UMNO itu sendiri.
Perkara-perkara sebagaimana yang dijelaskan oleh TUN yang sepatutnya diberi perhatian oleh ahli-ahli UMNO, bukannya komen atau cakap-cakap bodoh oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekarang.
Salam perjuangan TUN.
Asalamualaikum Tun,
Semalam saya ada terbaca sebuah rencana di Berita Harian, bertajuk ‘ Masa Mengembalikan Citra Melayu Sebenar’ secara jelas tulisan ini cuba menangguk di air keruh dan mahu mengeruhkan lagi keadaan. Tidak ada apa yang salah dalam tulisan ini ia bercerita tentang fakta semata-mata. Malangnya fakta ini bukan kebenaran ia benar terjadi tetapi bukan yang sebenarnya terjadi. Memang sukar untuk membezakan fakta dan kebenaran kerana garis pemisahnya terlalu nipis. Pejelasan rencana tidak disampaikan dengan betul ditambah dengan maksud tersirat yang tidak baik serta niat serong yang direncanakan sedari awal penulisan.
Sesekali saya pelik, bertapa manusia tidak ikhlas dalam penyampaiannya tidak kiralah beliau seorang pensyarah universiti sekali pun, Biar berlulusan PHD bidang agama sekali pun. Kebaikkan, nilai-nilai murni dan keimanan bukanlah sesuatu yang boleh diwariskan. Anak imam masjid belum tentu layak untuk menjadi siak pun.
Saya rasa amat canggung kala membaca tulisan tersebut,apatah lagi ketika membaca ungkapan ini “Selepas lama memendam rasa, Allah menetapkan sudah tiba masanya segala kesilapan Dr Mahathir diperbetulkan.” Siapakah orang ini? siapakah Dr Sharifudin Lubis ini? Siapakah dia untuk memberitahu kita bahawa selami ini Allah sedang memendam rasa? Siapakah dia untuk mengatakan bahawa sekarang ini adalah hukuman untuk Tun Dr Mahathir. Waima Alim ulamak sekalipun tidak akan berani untuk menentukan dosa pahala orang inikan pula sekadar pensyarah Bahasa Moden dan Komuniksasi UPM , siapa dia ini?
Di dalam artikel ini turut mengatakan “Kemudian Dr Mahathir mulai membentuk rejim sendiri yang diperkukuhkan melalui pelbagai tindakan, termasuk berkonfrontasi dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa (Hitam, mungkin), Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula. Malah, Dr Mahathir tergamak mencabar kuasa daulat Raja-Raja Melayu sehinggakan orang bukan Melayu pun sudah terikut-ikut berani mencabar Raja-Raja Melayu.” Sebenarnya orang bukan melayu berani menentang raja-raja Melayu bukan perkara baru dalam sejarah Malaysia. Cuma sekarang ini cubaan mereka semakin jelas. Fikirkan kenapa? Kerana kepimpinan yang mendukung citra Melayu itu kini tidak lagi jelas, kukuh dan kuat. Apa yang tersenarai di atas inilah yang dinamakan fakta, tetapi kenapa ia terjadi tidak langsung dijelaskan disini. Malahan kesudahan isu juga tidak diberitahu disini. Rencana ini tidak sepatutnya disiarkan kerana ia tidak menepati aspirasi kewartawanan. Entah kenapa masih tersiar.
Saya menulis bukan kerana saya pendukung Mahathirisme yang mana menurut penulis “Mahathirisme membawa gambaran kewujudan suatu era yang memperlihatkan orang Melayu memang atau terpaksa percaya dengan cara, pemikiran, tindakan, diplomasi dan corak pemerintahan Dr Mahathir selama lebih dua dekad lalu....” Sebaliknya saya sebenarnya sukakan kebenaran kerana saya juga seperti penulis saya percaya betul seperti ditulis penulis “Jangan menuding jari ke sana dan ke mari menyalahkan orang lain kerana setiap kali satu jari telunjuk kita menunjuk orang lain sebagai bersalah, ada tiga jari yang lain menunjuk ke arah diri kita sendiri.”
Menentang arus tidak menjadikan kita salah kerana mengikut arus tidak semestinya betul.
Tun,
You'll Never Walk Alone.
KSAH old collegian.
I would like to make a very simple and obvious conclusion that the present top UMNO political leaders particularly the President of UMNO are just "POLITICAL CLOWNS OF THE FIRST ORDER" who don't deserve at all to be called politicians. They are mediocre who do not know really their function as politicians. They are politicians who lack knowledge and whose thinking faculty is GROUND ZERO. They are only more concern of their position for material gain. They are the least people to be respected and should not earn the respect from the rakyat at all.
Salam Tun
Nampaknya media massa sekarang ini masih lagi digunakan untuk memberi 'KEYAKINAN' kepada PM kita yang 'RAMAI' lagi orang menyokongnya...oh...alangkah malunya melihat keadaan ini berlaku lagi..Tidakkah mereka belajar dari kesilapan mereka ini sebelum PRU-12? Jelaslah ada lagi 'MELAYU' yang mudah lupa..
Teruskan berjuang Tun..demi Agama, Bangsa dan Negara
Berani kerana benar,
Takut kerana salah.
Tun,
Saya amat bersetuju keputusan Tun untuk keluar daripada UMNO dan akan terus menyokong Tun dalam apa jua keadaan sekali pun dan menghargai kesungguhan Tun untuk memperjuangkan dan MENYELAMATKAN parti UMNO.
Jika Pak Lah tidak berundur juga daripada UMNO, apakah jalan seterusnya yang akan di ambil oleh Tun?
Assalamualaikum,Tun. ni 1st time saya melawat blog Tun... actually to be honest, saya merasa takut dengan situasi politik di negara kita. amaran awal keputuasan pilihan raya yang lalu, perbalahan ahli-ahli UMNO dan sikap pura-pura sesetengah ahli politik menjelikkan mata saya. Setiap kali membuka helaian surat khabar, saya menggelengkan kepala dan jemu dengan sikap bermuka-muka pemimpin politik.. mungkin tidak semua.. at the end, musuh kita di luar sana tu pasti menunggu peluang menjatuhkan Malaysia ... rasanya mereka sedang bertepuk tangan dan ketawa terbahak-bahak. saya menjadi takut sekiranya negara kita ni jatuh ke jerangkap samar musuh dan kita terkapai-kapai untuk mempertahankan apa yang patut kita pertahankan.. semoga negara Malaysia aman sentiasa, tanpa ada perbalahan sesama kita.
Salam TUN,
Apapun tindakan dan keputusan yang Tun ambil, saya percaya itu adalah tindakan yang tepat dan terbaik untuk bangsa dan negara. Mungkin ia tidak nampak dan kurang difahami dengan jelas ketika ini. Kebiasaannya tindakan yang Tun buat akan disanjungi dan dibanggai oleh segenap lapisan rakyat sesudah itu.
Jaga kesihatan Tun dan semoga selamat kembali ke tanah air.
Kepada semua pemimpin Malaysia yg merasakan diri mereka itu orang Malaysia... Saya tidak tujukan khusus kepada pemimpin Melayu. Saya Khususkan kepada seluruh pemimpin Malaysia yg berbilang bangsa dan kaum. Jalankan tugas anda kepada negara demi kemajuan RAKYAT Malaysia dan bukan demu kemajuan SEDARA MARA dan KRONI anda. Ingat, di dunia ini anda nikmati segalanya. Anggaplah dunia ini sebagai MEDAN UJIAN kepada kita semua utk melayakkan diri utk kembali ke "Kampung Halaman" di mana "ASAL" moyang kita dijadikan. Jangan hanya menutup mata utk Akhirat kerana Dunia ini hanya sementara. Sebagai tempat menguji keimanan dan keutuhan jiwa agar tidak menyeleweng dan melakukan perkara2 yg keluar dari hukum Allah.
Sedarlah wahai Pemimpin kerana tanggungjawabmu itu adalah berat dan harus tidak dipandang ringan.
Saya cuma berharap agar KITA SEMUA dapat melaksanakan tugas itu dgn jujur, amanah, ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Bersama-samalah kita membuat perubahan dalam melaksanakan tanggungjawab kita bersama.
Sekiranya ada pihak yg uersinggung saya memohon maaf.
Assalamualaikum Tun,
Atas rasa tanggugjawab dan perasaan ingin tahu telah menjadi kewajipan saya mengikuti perkembangan blog Tun ini.
Semakin hari blog negarawan ini menjadi begitu popular sehingga menjadi ancaman kepada media arus perdana.
Pada hemat saya, secara logiknya negarawan seperti Tun yang telah mencapai segala cita2 sepanjang karier Tun dalam politik negara tidak mungkin ada agenda individu pada masa sekarang melainkan semangat juang cintakan bangsa, agama dan tanahair.
Tindakan Tun keluar UMNO perlu dilihat kepada persepsi yang lebih jelas bahawa pemimpin yang benar pemimpin disanjung, pemimpin yg salah perlu ditentang.
Kesihatan dan akal fikiran yang baik yg dikurniakan Allah digunakan Tun sebaik-baiknya memperjuang dan menyedarkan anak bangsa menilai kedaan semasa.
Semoga Tun diberkati, kami doakan kesejahteraan Tun dan akan menyambung perjuangan Tun ini walaupun ditakdirkan suatu hari nanti Tun tidak bersama kami lagi.
Tun yang dihormati,
Mungkin "mereka" yang berikrar taat kepada Pak Lah terlupa dengan Rukun negara # 2:
"Kesetiaan Kepada Raja dan Negara".
Negara adalah kerajaan, dan kerajaan adalah BN, bukan individu.
mungkinkah juga, "mereka" dibuai mimpi indah, mereka lupa pada rukun negara # 1??? sehingga boleh mencipta aga baru, islam hadari.
Walaupun saya rasa Tun tak heran terima kritikan pemimpin2 UMNO mengenai tindakan Tun sekarang ini, tetapi saya cukup sesak nafas melihat tingkahlaku mereka yang saya pilih menjadi pemimpin. Perwatakan & percakapan yang langsung tidak mencerminkan kredibiliti seorang pemimpin. Saya setuju dengan tindakan Tun, dan saya yakin silent majority bersama Tun. Keep it going Tun. Be praying for you & Tun Dr Siti Hasmah.
The problem with many malaysian polticians is that they were not financially indepenedent before joining politics.Thus they cling to the post (and perks) and along the way drop most of their principles as well. They will be subserviant to anyone that can perpetuate their positions. And the sole decision maker is the PM. The so called 'loyalty' is to their own well being, and no one else.
salam tun,
I believe whatever you do,you do in for a reason with hak melayu terus unggul terutamanya.
personally, sy melihat tun seorang yg cukup kuat bekerja dan berfikir walaupun tun telah menginjak 80'an tun masih bersemangat bercakap ttg kepentingan negara dan hak melayu terutamanya.
Pernah secara jujurnya tun mengakui yg tu telah beberapa kali trsalah memilih orang termasuk tersalah memilih Pak lah. i think that was the biggest mistake of all! Pak lah hanya boleh jadi menteri kebajikkan untuk sykt2 konsesi dan minyak!
Bagi sy sebagai pemerhati bebas yg takde gaji, Pak Lah seorang yg lemah dlm kepimpinan ,pak lah sesuai menjadi menteri sahaja BUKAN PERDANA MENTERI!
my parents ada ceritakan kat saya dulu tun ada dtg kat kg saya dan berckp ttg keadaan dimasa kegawatan sekitar 1997/1999 , mrk ckp tun menangis kerana sedih akan akibat keadaan negara jika tun setuju dgn saranan DSAI untuk pinjaman World bank,malaysia akan jadi spt indonesia,thailand dll negara2 membangun.
segala yg teruk blh dibayangkan akan terjadi jika tersilap perhitungan!.
saya rasa itu lah jasa TUN yg terbesar iaitu dgn menolak saranan DSAI. TUn di kecam hebat namun TUN tetap dgn pendirian. Itulah TUN, seorang yg 'DEGIL' tapi degil yg membawa kebahagiaan.
secara realistic sy rasa projek jmbtan & komplek kastam kat JB WAJAR di teruskan. Bulan lepas pergi JB tengok kompleks yg pd luarannya hampir siap, rugi kalau tak disiapkan, jadi sarang penagih dadah, pendatang asing dan sarang burung layang-layang pun ada.I will guarantee it can create thousand jobs & boost economy healthily.
apa logiknya Pak lah batalkan projek yg berjalan hampir siap dgn secara sinis berkata k'jaan takde duit (!)tapi terpaksa membayar developer beratus juta ringgit kerana 'breach of contrct' DAN dimasa lain pula mengusulkan projek mega lain spt wilayah iskandar dan pantai timur corridor..?
saya ada membaca huraian tafsir alquran untuk salah satu surah al baqarah berbunyi lebih kurang ..."kemakmuran sesebuah negara itu bergantung kepada kecukupan makanan (untuk rakyatnya),keamanan dlm kegiatan ekonomi adalah syarat mutlak kekuatan sesebuah negara.."
tafsiran itu boleh dipanjangkan lagi dengan kecerdikan dan kekuatan pemimpin dlm mentadbir negara.
May Allah bless you.
Tak ramai yang berani menyuarakan pendapat kecuali dah rasa selamat.Maknanya dok ateh pago.
Semoga kita akan mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.
Take care Tun, semoga sentiasa dirahmati Allah.
Tun yang dihurmati;
Kenapa kebanyakan Pemimpin pemimpin UMNO kutok akan TUN apabila Tun keluar UMNO? Bagi saya, mereka ini hanya kaki 'bodek' dan 'pak turut' yang ingin menunjuk bahawa mereka ini sayangkan parti UMNO, kononya. Jika mereka ini sayangkan UMNO, maka mereka patut tilik dulu cara mereka bercakap, gaya hidup mereka. Mereka ini berani saya katakan hipocrite, melenting tak kena tempat. Percayalah orang seperti mereka ini akan jatuh juga lama kelamaan.
Sayang akan UMNO tak mesti kita mesti berdiam diri. Kita mesti berani bersuara. Kini jelas ramai orang yang mengutuk Tun itu adalah gulongan yang juga bersekongkol dengan yang saya panggil 'frustrated' dan ingin tunjuk tunjuk bahawa mereka pandai membela gulungan tertentu.
Tun lihatlah, ketika bersama Tun dahulu, semuanya memuji Tun, sampai ramai mencium tangan. Kini mereka menghemtam Tun secara terang terangan. Kita bersyukur, melihat lakunan dan tingkah laku mereka.Semoga HIDUP mereka ini sentiasa 'TENANG'.
Semoga Tun diberi kesabaran dan ketenangan menghadapi masaalah ini. Insya'Allah, akan kami doakan selalu buat Tun.
Salam, Tun..
hope that u are well...
it is so sad to think about what is happening to Malays nowdays..
we are not like before where we stood up for each other all the time.. money and power is what clutching the top leaders of M'sia right now.. and from what I see, they'll do anything to keep it, even discarding their race and country away..
A'slm Tun,
sekarang ni 'common sense' dah semakin menjadi uncommon di kalangan pak turut UMNO.
semangat juang yg seperti Tun amalkan dah pupus diganti dgn semangat ampu terhadap Tuan Dolah.
saya heran bagaimana org yg kununnya cendikiawan Melayu kini semua turut berkorus di belakang nyanyian sumbang Tuan Dolah.
ada sesuatu yg tak kena dengan politik Melayu, kerana suara sengau dari seberang Tebrau kini makin nyaring kedengaran dlm merobah senario siasah tanah air.
www.no2anwar.blogspot.com
Salam Tun,
Benar apa yang dikatakan oleh tun dalam blog ini pada kali ini. Seperti saya, yang juga dan masih Ahli UMNO, saya tidak menyangkal ada pihak yang menyatakan PM sekarang adalah UMNO, tunjang UMNO.
Tetapi saya sama sekali tidak bersetuju. Bagi saya, tunjang UMNO itu adalah akar umbinya, rakyat biasa, ahli biasa. Bukan barisan MT, bukan Naib-Naib Presiden Parti, Bukan Timbalan Presiden, dan juga sama sekali bukan Presiden Parti tersebut. Dakwaan orangorang yang berkuasa seperti ini adalah bodoh sama sekali bagi saya dan mereka ini menyokong kepimpinan YAB Presiden kerana kepentingan sendiri semata-mata. Bukan untuk ahli dan semestinya bukan untuk rakyat secara keseluruhan.
Sekian.
Salam TDM
Saya tdk pernah terpanggil utk menyatakan sokongan padu saya kpd Tun secara fizikal sebegini hinggalah ke hari ini krn ia tdk dilihat perlu. Krn masih ramai pemimpin UMNO yg amat 'sober' sblm ini pasti berdiri di belakang Tun & saya tdk minat utk ber'parti' atas sbb tgjwb.
Namun semuanya berubah kini. Saya bingung, marah, benci, rungsing akan apa yg akan berlaku di masa depan utk anak cucu saya. Klu saya dlm UMNO sudah pasti keluar parti jua. Bagaimana mungkin Tun hanya mahukan tegak legasi sendiri dan berkepentingan peribadi apabila terpaksa hadapi pembunuhan karakter yg sungguh tidak adil sama sekali sekarang.
Yg pasti ialah mereka yg bencikan Tun mula pamirkan sombong-pandai depa. Maka nampaklah belang sebenar mereka dikacamata rakyat. Begitulah juga mereka yg pengecut, pengampu, hanya ingin popular, penjual maruah bangsa dan lain-lain yg konon berjuang tapi entah utk apa, mula menonjolkan kelibat masing-masing.
Saya sedih krn rakyat mcm saya akan lebih menjauhi mereka. Saya dlm dilemma utk memilih. Sayang juga siapalah pejuang tulin yg bakal perlu dipilih dalam kemelut ini yg nampaknya hanya akan dilemas dan dipinggirkan dirinya oleh yg lain ‘itu’. Ya Allah selamatkanlah kami dan berilah petunjukmu kepada pemimpin tulin kami.
Terima kasih Tun kerana tidak habis-habis menyedarkan kita dan UMNO yg kini hampir nazak.
Yg pertama kali berblog, wassalam.
Salam Buat Tun,
Memang saya setuju dengan Tun, Tak faham juga dengan pemimpim kini..ala Tun, melayu mudah lupa...
Yang penting penyokong Tun faham apa yang Tun buat..
Salam Tun,
Saya pun sependapat dengan Tun.
Kenapa bila Tun berhenti dari Umno dikatakan tindakan Tun tidak sayangkan parti. Macamana nak sayang, kalau macam-macam masalah dah timbul?
Saya rasa Tun mesti ada satu perancangan yang baik untuk negara kita sebelum Tun keluar Umno. Saya percaya Tun sayangkan Malaysia, Tun sayangkan negara Kita, bangsa dan ugama kita sebab itu Tun buat keputusan begini.
Syabas Tun. Memang saya suka mengikuti rancangan Tun. Suratkhabar Sun, keluar umno, kemudian sya yakin Tun akan ujudkan satu masyarakat Malaysia yang majmuk dan tuan tanah akan terus menjadi tuan tanah.
Negara ini negara kita , tanah ini Tanah Melayu.
Saya sokong Tun. Please includ eme in all your pursuits. I want to be part of the success of MALAYSIA.
Askum Tun,
Mereka dah tak keharuan bila Tun pecahkan tembelang mereka.Mereka ada kepentingan sendiri dan rakyat tak bodoh.
Perjuangan dan jasa Tun tak pernah kita lupakan dan harap Tun berjaya.
Thanks to you, Malaysian politics is much more interesting.
I remember what Tajul Rosli (ex Perak MB)had said to Tun "I'll swim and sink with you"... but then after Pak Lah took over the PM office, he has changed his mind and said "I'll swim and sink with Pak Lah".
I have no idea with who he swims or sinks now.
Tun,
Umno had any one can be perdana menteri ? who is ur choice?
Assalamualaikum Tun,
Bagi saya, teguran Tun terhadap Pak Lah adalah satu tanda kecintaan Tun kepada UMNO...
Sepertimana di waktu zaman Tun menjadi P.M. dulu pun, macam-macam yang orang kata pada Tun, tapi Tun masih 'steady' meneruskan kerja-kerja untuk agama, bangsa dan negara.
Teruskan usahamu untuk menegur dan mengkritik mana-mana yang tidak betul di dalam UMNO kini.
1. YES U R RITE, PLS SEE THIS VIDEO. TUN IS VERY SINCERE PERJUANGKAN NASIB BANGSA DAN NEGARA.
http://www.youtube.com/watch?v=kHUzSNMUSew
BETAPA IKHLASNYA TUN KEPADA NEGARA MALAYSIA.
2. BUKAN MACAM ANWAR TAU NAK MAKI HAMUN ORANG DAN PERJUANGAN HANYA UNTUK DIRI SENDIRI. TAK DAK HALA TUJU
3. TOLONGLA RAKYAT MALAYSIA BUKA MATA.
4. WE CRY FOR U ALSO TUN
5. HELLO WIRA RANJANG BLOG NI TUN TULIS SENDIRI. TUN LOVE READING AND WRITING BUKAN MCM PAK LAH PEMALAS. SHARIR TU MEMANGLA PANDAI TWIST AND TURN. LAGI SATU BERITA DALAM TV LANGSUNG TAK LEH PERCAYA.
6. WHAT ANWAR DID ONLY GOD AND TUN KNOW. RAHSIA SULIT NEGARA.
7. Mofaz biasala tu Pak Lah mana pernah komen apa dia dah ada tukang jawab which is tukang ampu dia sendiri. Lagi pun Pak Lah tak pandai cakap same with his wife Jean. Tengok Tun Dr. Siti Hasmah cakap very confident. Macam tu la org educated bukan nya maid in putrajaya.
8. TUN SAYANG RAKYAT MALAYSIA. YES U DID IT YOUR WAY. LOVE U TUN.
9. PAK LAH PLS STEP DOWN
Salam Tun,
Pandangan TUN dalam blog kali ini amat tepat sekali. Pendapat sebilangan orang dalam Kepimpinan UMNO pada masa kini menyatakan bahawa YAB Presiden UMNO adalah UMNO dan tunjang UMNO.
Bagi saya, sebagai ahli UMNO, tunjang UMNO adalah ahlinya, akar umbi. Rakyat adalah tunjang kepada kekuatan Parti. Kalau Pucuk jadi tunjang, apa guna ada akar?
Untuk sesetangah golongan yang memegang kuasa, mereka hanya menyokong satu-satu kepimpinan demi kepentingan semata-mata. Kita boleh lihat dengan nyata bagaimana golongan ini waktu kepimpinan TUN kuat menyokong TUN. Sekarang, mereka beralih arah dan menyokong PM pula.
Bukan Setakat diperingkat Pusat, Malah di bahagian-bahagian, Cawangan-Cawangan UMNO juga begitu. Sokong pemimpin atau bakal pemimpin hanya kerana kepentingan diri sendiri dan anak beranak nya sahaja. Bukan untuk ahli.
Bagi saya golongan ini hanya memperbodohkan ahli lain dan dalam waktu yang sama, memperbodhkan diri mereka sendiri.
Sekian.
Salam tun..
saya rase punca semua ni berlaku kebanyakan nye terjadi sebab media... kadang2 saya rase tertekan biler tgk berita kat tv... depa wat cam rakyat ni bodoh sgt, macam rakyat ni tak tau apa2... cukup2 lah tu.. kerajaan ingat dengan media depa dapat tarik semua melayu, tapi depa silap, pasal media lah depa kalah teruk masa PRU...rakyat naik geli ngan jijik dengan berita2 yang hanya menindas semua org kecuali kerajaan..
Assallamualaikum Yg. Berbahagia Tun. Setelah membaca Post Tun mengertilah saya bahawa komen Tun bersifat iklas dan jujur demi kepentingan bangsa, agama dan negara. Biar apapun mereka menuduh Tun akan tetapi saya yakin majoriti rakyat Malaysia tetap bersetuju dan teguh bersama dengan Tun.
Tun telah memberi contoh bahawa kesetiaan kita harus pada perjuangan. Jika parti yang menjadi jamaah untuk kita berjuang sudah lari dari perjuangan, maka kita perlu membetulkan parti.
Saya harap Tun berjaya dalam perjuangan ini dan membetulkan UMNO supaya kembali kepada perjuangan asalnya.
Dan saya harap dalam Tun membetulkan kembali UMNO, kita perlu memberi political education kepada grassroot supaya mereka di empower agar tidak ditipu buai oleh pemimpin yang memanipulasi mereka dan mereka lebih dewasa dalam pemikiran dan tuntutan politik mereka.
Tun,
Kewajaran dalam setiap ayat yang ditulis memang sukar untuk dinafikan. Tapi agak malang apabila ianya hanya tertulis dan bukan diucapkan. Adalah lebih jelas sekiranya Tun sendiri diberi peluang bersemuka dengan setiap pengampu-pengampu yang otak yang gagal berfungsi seperti manusia normal. Namun ruang yang sedikit ini membolehkan Tun menjawab serba sedikit tentang tohmahan murahan mereka. Dan kami yakin, yang benar tak pernah pudar, yang bangsat akan terhindar. Semoga Tun terus diberi kesihatan untuk bersama terus berjuang.
SALAM TUN...
SAYA BUKANLAH ARIF SANGAT DENGAN POLITIK...TAPI BUKANKAH TUN PERNAH BERKATA TIDAK AKAN MENCAMPURI URUSAN KERAJAAN...BERSARALAH DENGAN PENUH HORMAT..BENARKANLAH PAK LAH MEMERINTAH DENGAN AMAN...SEBAGAIMANA TUN MEMERINTAH DAHULU..AMALAN KRONI INI TELAH LAMA BERLAKU..MALAH SEJAK TUN MEMERINTAH ADA AMALAN KRONI TUN TERSENDIRI CUMANYER ORG TIDAK BERANI BERSUARA....
Salam TUN...,
Harap TUN dan Isteri sihat selalu.
Saya cuma nak bagi pendapat sikit tentang "Kesetiaan Kepada Umno".
Saya setuju sangat dengan apa yang TUN katakan.
Contohnya tak susah. Kalau kita sayangkan pada anak, jangan takut pukul dan rotan, bukannya kita nak rosakkan/dera anak kita tapi kerana sayang, perlu bertindak tegas demi masa depannya.
Saya sayangkan Negara kita, begitu juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kalau sayang, kita kena bertindak, kita tak boleh duduk diam saja. Sayang, semua orang boleh cakap. Tapi sanggupkah untuk berbuat.???
Pada saya, TUN telah berbuat yang benar.
Kerana sayang dan setialah TUN katakan, TUN keluar dari Parti Umno tetapi tidak untuk ke Parti lain.TUN akan berusaha untuk kembali ke Umno tetapi setelah berundurnya Presiden Sekarang, Saya faham dengan jelas akan hal ini.
TUN telah lama aktif dalam politik.
TUN lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam dunia politik.
Tindakan TUN dikecam kerana, ahli politik yang sedang aktif sekarang suka memutarkan fakta dan mencari makan dalam politik. Bukannya nak bantu rakyat.
Manakan tidak, di Parlimen sekarang, mana ada perbentangan tentang nasib rakyat. Kalau adapun, sikit sangat, Masing-masing tunjuk Hero untuk hal lain.
Tak taulah TUN, Ahli politik sekarang, bukannya dipilih rakyat. Dah tu,dalam mesyuarat MT pun katanya, apa yang disampaikan adalah suara rakyat.
Saya antara jutaaan rakyat malaysia yang tak searah dengan semua itu. Depa cakap cuma bagi pihak sendiri dan kroni. bukan suara rakyat.
Kalau tak percaya, kesannya adalah pada PRU 12 yang lalu.
Itu antara bukti yang jelas. tapi kalau depa tak percaya juga, tunggu la PRU 13 nanti. Kami semua akan hajar cukup-cukup.
From NST...
Shahrir said his differences with Dr Mahathir was probably due to the fact that the two of them had different styles.
"He could not say that I was a bad minister (in his cabinet as federal territories minister). He may not like my style but the people did."
From me..
hahaha..sharir's style? and people like it?urghhh...be real man!!be real!!..thanx for the price!gud job!!
Asslamualaikum TDM
Sejak saya kecil lagi, Tun memang telah menjadi sumber inspirasi saya. Sebabnya, Tun telah banyak menyumbang kearah kemajuan Malaysia dan telah banyak membawa nama Malaysia dikenali hampir diseluruh dunia jika tidak diseluruh dunia. Saya memang kagum dengan corak kepimpinan Tun. Semoga Allah panjangkan usia Tun dan dilimpahkan kesihatan, agar dapat memimpin semula "rakyat" UMNO yang telah jauh terpesong dari misi dan visi UMNO.
Yang Berbahagia Tun,
Please never give up to fight for the country and for all fellow Malaysians who really need you badly.
We love the country and we need more Malaysians like you to voice out all the problems the country is facing whether it is politically or economically.
Malaysians are not stupid. We can judge from outside and we know what is right and what is wrong.
Salam Tun,
Trust no one. Take care Tun.
lghthere's a new party in town called 'Keadilan 2'..come cek it out! klau nak tahu..visit blog sy!
Salam Tun
Mereka itu semua ibarat lembu dicucuk hidung. Mereka semua menunjukkan kebodohaan mereka untuk mengkritik Tun tanpa berfikir.
Ada salah satu dari mereka bila diinterview ditv dia kata UMNO untuk semua kaum kan BODOH tu. UMNO untuk org melayu MCA untuk org cina MIC untuk org india dan parti2 komponen yg lain untuk kaum2 lain. Kalau BN barulah untuk SEMUA KAUM apanya bodoh jawapan tu.
Oleh kerana itu tak ada issue kaum lain disini kerana ianya melibatkan UMNO saja.
Justeru UMNO mesti berjuang untuk org melayu kerana ini parti org melayu mesti mempertahankan kedaulatan Raja dan hak2 org melayu.
Mereka semua nak tuduh Tun tak setia pada parti padahal mereka sendiri pengkhianat pada parti.
Kalau mereka betul sayangkan parti mestilah lihat jika pemimpin tak layak untuk memimpin mereka harus bersuara kerana kelemahan pemimpin boleh melemahkan parti itu sendiri.Tetapi mereka melakukan sebaliknya.
Tak semestinya menentang kepimpinan yg lemah bererti tak setia pada parti.
Mereka sebenarnya suka Pak Lah kerana Pak Lah lembek tak macam Tun tegas dan bijak mengaturkan economi negara. Bila Pak Lah lembek jadi senang mereka bodoh2 kan Pak Lah. Yg cakap Pak Lak lembek pun org2 yg bodek Pak Lah jugak. Depan cakap lain belakang cakap lain.
Mereka lupa macam mana mereka bodek sekali pun, yg kasi mereka tempat untuk duduk kat atas sana adalah rakyat. Mereka belum kena lagi yg dah kalah dulu dah dapat pengajaran mungkin mereka semua nak rakyat ajak baru dia org semua faham.
Tun teruskan apa yg Tun pejuangkan kami rakyat dibelakang Tun demi untuk negara bangsa dan agama.
Tun,
Saya rasa seperti nak menangis melihat perjuangan Tun..
Tun begitu sayangkan anak bangsa kita dan UMNO.
Saya pun sayangkan UMNO akan tetapi saya lebih sayang TUN dari UMNO.
Biarlah Paklah dah konco2 nya syok sendiri kerana tanpa sokongan rakyat,diorang takkan kemana..
Yang penting,jaga KESIHATAN TUN.
Dan enjoy urlife with your beautiful wife and wonderful family.
Teruskan menulis ye TUN,supaya kami semua rasa dekat dengan TUN.
Assalamualaikum Tun,
Moga Tun berada dlm keadaan sihat & sejahtera selalu hendaknya. Apa yg tertitip dlm setiap kata Tun adalah benar..benar tentang segalanya. Mereka diluar sana amatlah tidak bijak(bahasa sopannya) apabila dgn muka tidak bersalahnya berdolak dalik dlm kehidupan ini semata-mata kerana nama dan kuasa. Mereka itu melayu yang tetap 'melayu'... Hanya Tun MELAYU sebenar,yg tiada dua.
Jutaan rakyat m'sia dah terlalu muak dgn sandiwara semasa manusia berkuasa diluar sana. Moga akan ada sinar kegemilangan dan kebangkitan melayu sebenar suatu hari nanti..dan pasti ada. Semestinya dari anak-anak eramu Tun. Anak-anak yg lahir dari tahun 1981 adalah anak Mahathir..semangat kami, jati diri kami, kebijaksanaan kami, ketangkasan kami dlm memahami segalanya pasti akan menjadi teras kehidupan kami..kerana kami mewarisi bara semangatmu..auramu Tun. Hati kami tidak pernah berhenti dari mewarisi apa itu melayu sebenar. Setiap derap langkahmu diekori jutaan kami yg meyayangimu..namun ia amat senyap..kerana kami bukan menjadi langkahmu yg berderap tetapi kami adalah bayang-bayangmu yg akan menjadi teman setia & melindungimu dlm apa jua keadaan. Jaga dirimu baik2 negarawanku!
They accuse you of disloyalty to UMNO.So typical of them. They forget that they themselves had been disloyal to Malaysia; and that's why they lost support. When will they ever learn?
Dear Tun,
If my team leader is not doing the right thing for the company. I will kick him out too because we are employed to love the company and not the leader.
When a company is not headed in the correct direction and not making profits. Then the staff's job will not be secured. So why let one person screw up the entire team's rice bowl.
A leader is only appointed to make sure the staff are led to the right way. So if the staff are led to the wrong way. Then we kick the leader from the back and push a suitable from behind go up front.
It is always simple but it takes forever for certain people to understand
umno seakan-akan tidak mengamalkan demokrasi kerana ahli2 nya tidak dibenarkan bersuara.
Dear Che Det,
We can argue about the definitions of every word and still continue to do so in the next hundred days.
Results speaks louder than words.
People may join UMNO for a thousand reasons and you can do nothing about it unless UMNO no longer serve their purpose, which is when UMNO lost its purpose.
The world has change and the word 'brotherhood' fades away more everyday. It is the world you created during your 22 years of political solidarity that I strongly believe brought the culture of corruption to this country.
Enough said.
Assalamualaikum Tun,
Sudah seminggu saya membaca blog Tun, dan dlm tempoh itu jugak la saya mencari-cari informasi tentang Pak Lah.
Geram saya tengok mereka-mereka yang mengutuk Tun sejak Tun keluar UMNO. Paling saya geram dengan si mulut lebar (Menteri Pelajaran), bercakap macam orang takde akal. Menteri-menteri yang dulunya menyokong Tun kini begitu mudah mengkritik bagaikan orang tidak mengenang budi. Mereka semua lupa bagaimana Tun mengutip mereka yang tak punya apa-apa sehingga mereka boleh berdiri seperti sekarang. Mereka sangka mereka dah kuat bila mereka berdiri disamping Pak Lah. Pak Lah pulak tak faham-faham lagi message yang cuba disampaikan rakyat. Pak Lah lupa sebenarnya yang menyokong dia hanyalah menteri-menteri yang tak sedar diri. Kalau diadakan pilihanraya lagi sekali, confirm BN hancur.
Bila saya baca di akhbar ahli UMNO berikrar untuk setia pada Pak Lah saya tertanya-tanya sendiri dimana mereka meletakkan maruah dan harga diri mereka. Dimanakah mereka letakkan akal fikiran yang dikurniakan Allah? Di kepala lutut? Mereka tak nampak ke apa yang terjadi masa PRU12 lepas, BN kalah teruk dibawah pimpinan Pak Lah. Pak Lah pulak perasan rakyat sayangkan dia.
Datuk Seri Syed Hamid Albar kata "Kita akan tentukan UMNO selamat dan akan terus menjadi pelindung kepada bangsa Melayu". Masalahnya, perosak UMNO masih menjadi pemimpin tertinggi dalam UMNO.
Saya berharap sangat sesuatu dapat dilakukan supaya Pak Lah berundur. Pak Lah tak boleh memimpin, semuanya kucar kacir. Pak Lah lebih suka tidur, bukan sekali dua tapi selalu sangat tak kira lah mesyuarat ataupun majlis-majlis. Bila ada sesuatu isu yang ditanya kepada beliau, jawapan biasa Pak Lah cuma 'saya tak tahu menahu', 'saya tidak terlibat', 'saya tidak pasti'. Jawapan macam tu keluar dari mulut seorang pemimpin negara buat saya malu. Setiap persoalan mesti ada jawapan. Tak tahu bukannya satu jawapan tetapi alasan.
22 tahun Tun mentadbir negara bermacam-macam kemajuan dikecapi rakyat, baru sepenggal Pak Lah menggantikan Tun dah nampak BN bakal hancur.
Tun, saya takut melihat keadaan negara sekarang, takut memikirkan masa depan generasi akan datang. Harapan saya semoga Tun berjaya dengan usaha-usaha Tun. Rakyat biasa amat-amat mengagumi Tun dari dulu hingga sekarang. Tindak tanduk dan keputusan Tun biasanya memang berasas.
Semoga Tun sihat selalu. Semoga Tun dan isteri dirahmati Allah. Kami rakyat Malaysia masih memerlukan Tun.
Dear Tun,
I forgot to add on that no matter what you do. Please remember to take care your own health and take some rest when necessary.
Please do not stay in front of the computer for too long. We need you to stay healthy to fight for us.
Salam dan satu lagi pagi yang indah kepada TDM dan semua pembaca.
1. Saya rasa tidak wajar Tun menjawab isu "Mahathirisme" yang dibangkitkan oleh Tun Musa.
2. Sewajarnya kami "orang luar" yang patut menjawab bagi pihak Tun. "Mahathirisme", "Fidel Castrolisme", "Lee Kwan Yewlisme", "Sukarnonisme", "Yasser Arafatisme" dan beberapa nama tokoh lain memang wajar mendapat gelaran sebagaimana yang Tun Musa bangkitkan. Tempoh 1981-2003 adalah satu tempoh yang "justified" untuk gelaran tersebut.
3. Mungkin jika Tun Musa berkhidmat dari tahun 1988 hingga sekarang, Tun Musa juga layak dianugerahkan "Musarisme".
4. Barangkali Tun Musa hanya iri hati terhadap gelaran tersebut kerana tidak sempat untuk mengecapinya.
Wallahuaklambissawab.
YAB Tun,
Apa yang Tun utarakan kali ini berkaitan definisi 'kesetiaan' dalam konteks UMNO dan pemimpin2nya bagi saya adalah sangat jelas.
Saya bersetuju bahawa UMNO bukan milik mana2 pemimpin sejak dari pimpinan Dato Onn sehingga ke hari ni.
Di mana2 rakyat bercakap betapa PM dan kerajaan sekarang lemah dan begitu taksub mempertahankan kuasa di dalam parti yang sudah pun goyang kekuatannya selepas PRU yang lepas.
Rakyat pada hemat saya berasa hairan akan mentaliti 'buta' ini.
Tidak pernah di dalam sejarah UMNO memegang tampuk kuasa dimana pemimpin UMNO jadi sebegini 'buta'.
Ramai yang merasakan sudah cukup PM diberi peluang.Sudah cukup menantunya diberi peluang.Sudah cukup.Semua ini harus dihentikan dan dia harus berundur.
Sekarang majoriti rakyat dapat melihat betapa mereka cuba sedaya upaya menjatuhkan kredibiliti Tun dengan sokongan media2 yang mereka 'kuasai'.Ini terus menjejaskan peluang UMNO untuk kembali meyakinkan rakyat untuk terus memimpin negara tercinta kita ini.
Tetapi persoalannya sekarang Tun, bagaimanakah hendak keluarkan pemimpin yang sebegini?
Asalamu'alaikum!!
Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kerana diberi peluang dan ruang untuk memberi pandangan disini.
Saya berdoa kepada Allah SWT supaya Dr Mahathir Mohamad dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan serta sentiasa gembira bersama keluarga tersayang.
Saya memang minat pada Tun dari mula saya mengikuti kisah politik di M'sia berkembang.Maaf2 cakap saya ini dari Singapura dan harap rakyat M'sia tidak marah kalau saya comment yg benar dari hati saya sendiri. Datuk saya rakyat M'sia, cuma dah berhijrah ke S'pura lama dulu lagi.
Saya rasa apa yg Tun lakukan adalah wajar. Tidak ada sesiapa yg berhak menghalang Tun. Itu adalah hak Tun. Saya kagum dengan pendirian Tun dimana saya lihat tidak apa sesiapa yg berani menentang America Yahudi di dunia ini, cuma Tun sahaja yg tahu nak mengajar mereka tu. Saya hormat Tun dengan tindakan itu. Saya dapati juga rakyat Melayu bumiputera telah banyak dibantu semasa Tun menjadi PM dulu, cuma mereka ini leka dan tidak mahu mengambil peluang dan ruang yg diberikan kepada mereka untuk terus maju dan naik kan taraf hidup mereka. Mereka tak sedar lagi dan lalai untuk majukan bangsa sendiri. Ini yg saya lihat apa yg Tun cuba lakukan, tapi mereka banyak yg masih tak sedar lagi lebih2 lagi remaja2 yg muda dan yg akan menggantikan genarasi yg sudah tua. Bangsa Cina juga diberikan kan peluang juga cuma limited aje, itu pun baik pada pandangan saya.
UMNO adalah sebuah parti sahaja, bukan individu. Tun telah lama berjuang didalam UMNO, jika Tun tak sayangkan parti dan rakyat dah lama Tun undur diri dari UMNO. Sekarang saya dapati ahli2 UMNO cuma pentingkan kuasa dan kedudukan dari membantu membangunkan negara dan membantu rakyat yg susah. Saya cakap begini pasal saya dapati barang2 di M'sia kini jauh lebih mahal dan kenaikkan harga amat besar sekali. Bukan tak boleh naik harga ikut peralihan masa, tapi naik agak2 ok juga.
Tun tak pernah paksa sesiapa untuk ikut sama keluar UMNO, cuma mereka salah faham maksud Tun sahaja. Pihak media juga main peranan untuk tulis yg benar bukan api2kan lagi keadaan. Saya harap apabila undian dibuat untuk Presiden parti dan ahli Dicember ini perubahan besar akan berlaku. Mari kita sama2berdoa supaya negara M'sia akan terus maju dan berjaya. Sekian wassalam.
Hang Tuah setia kepada Sultan sampai sanggup membunuh rakan sejak kecilnya iaitu Hang Jebat...tapi akhirnya menyesal...mungkin sebab itulah Hnag Tuah terus menghilang tanpa jejak...jangan sampai Menteri-Menteri yang menyokong "Sultan" ni juga menghilang tanpa jejak -_-
Assalamualikum Tun,
Saya bukan penyokong mana-mana parti dan saya rasa sekarang Tun sama seperti saya, hanya melihat dari luar kotak politik negara.Saya adalah hamba rakyat negeri Perak dan bekerja di selatan tanahair. PRU12 menyebabkan saya dan keluarga menitiskan airmata melihatkan negeri tumpah darah saya jatuh kepada Pakatan Rakyat.Setiap piliharaya saya tidak pernah memangkah selain daripada BN terutama kawasan saya memang milik UMNO.Apabila Tun keluar daripada UMNO, saya harap Tun akan dapat melihat daripada kacamata orang-orang seperti saya yang mungkin adalah majoriti Melayu yang tidak menyokong mana-mana parti yang telah menyebabkan kemerosotan undi kepada UMNO.Benar seperti kata Tun, UMNO sekarang adalah hak individu, bukan untuk Melayu, tidak lagi sebuah parti yang mempertahankan Melayu dan kesejahteraan rakyat Malaysia.Sya sendiri sehingga kini tidak faham kepada pemimpin-pemimpin sekarag terutama Menteri-menteri yang baru setahun jagung memegang tampuk kuasa.Mana semangat perjuangan mereka? Selama ini kami telah diperbodohkan dan syukur kerana sekarang adalah zaman teknologi moden yang mana tiada apa yang dapat disembunyikan daripada rakyat. Syabas Tun kerana sedar akan kuasa Blog dan dapat turut serta dan dapat memberikan gambaran sebenarnya akan dunia politik negara kita yang tercinta ini.InsyAllah, jika kekusutan yang membelenggu UMNO dapat dileraikan atau erti kata lain umpama rambut yang kusut,potong sahaja kerana pasti rambut itu akan tumbuh semula, UMNO dapat membela rakyat Melayu, saya juga seperti Tun akan memohon menjadi ahli UMNO.
salam Tun,
saya setuju dengan Tun.nampak nya ahli UMNO kini sangat taat pada Pak Lah bukan nya pada UMNO, sebab tu lah mereka takut untuk bersuara.
sekarang bila Tun keluar UMNO org2 Pak Lah cakap pulak Tun tak bolih bersuara sebab Tun bukan lagi ahli UMNO. tapi bila ahli UMNO seperti Dato'Mukhriz bersuara mereka cakap tak setia pada parti.
Assalamualaikum tun,
Tun terlalu hebat untuk pemimpin yg kurang hebat mcm mereka2 itu. That's why diaorang tak tahu mentafsir setiap tindakan serta intipati ucapan tun. Saya tetap setia dan meyokong tun. Tun sangat diperlukan untuk bangunkan semula malaysia amnya dan melayu khasnya.
Assalamualaikum TUN,
Saya adalah jiran sekampung TUN di Taman Indah, TITI GAJAH. Sejak dibangku sekolah Keb. Titi Gajah saya telah jadikan TUN sebagai idola kerana TUN seorang yang TEGAS dalam pentadbiran negara dan memperjuangkan MELAYU. Semasa TUN mengumumkan "KELUAR UMNO" di Alor Star saya turut berada di sana... saya sedih dengan kepimpinan Pak Lah Badawi yang lemah & ikut telunjuk org2 tertentu demi kepentingan diri & keluarga. TUN ingatlah bahawa setiap apa yg TUN lakukan akan ditentang & ditomah pada awalnya & akan disokong bila kesannya BAIKnya menjelma.: Contoh Idea TUN utk cipta kereta nasional & krisis ekonomi dahulu.. itulah sikap orang Melayu yang perlu kita faham iaitu susah untuk menerima perubahan.. Betul kata TUN sayang PARTI adalah berbeza dgn situasi sayang PAK LAH (pak lah bukan seorang PEMIMPIN kerana dia telah dipimpin oleh MENANTU").. saya sokong TUN... Orang Titi Gajah tetap SAYANG TUN & UMNO
Asalamu'alaikum!!!
Apa khabar Tun?? Saya harap Allah SWT panjangkan umur Dr Mahathir Mohamad. Semoga Allah juga jaga kesejahteraan ahli keluarga Tun yg lain.
Saya sokong tindakan Tun. Tun buat ini semua kerana cintakan rakyat M'sia dan parti. Umno adalah sebuah parti dan bukan individu seprti yg berlaku sekarang didalam UMNO. Saya percaya kalau Tun tak sayangkan M'sia dan parti dari dulu saya ingat Tun dah belah tak payah tunggu sekarang untuk jalan.
Saya harap mana2 ahli UMNO yg gilakan kuasa dan kepentingan individu sedar lah dari sekarang sebelum ALLAH SWT turunkan apa musibah ke negara M'sia. Tak ada Tun saya rasa banyak rakyat M'sia yg susah sekarang. Saya berharap sangat dapat berjumpa Tun untuk bersembang dan banyak soalan yg saya nak ajukan pada Tun. Sekian wassalam.
Saya merakam wajah manusia.Untuk tatapan generasi akan datang.
Pemimpin datang dan pergi.Yang berjasa tetap dikenang.
Tun,
Again, you are correct! But if you are asking why are these people in UMNO extremely spinelss and useless, I can only say this...
They are too self absorbed, lazy and if I may say, greedy to even think! How did they get to this stage of being an amoeba? This, I must say is the result of too much tube feeding! Please note, it is not even spoon feeding. Spoon feeding requires some form of participation of actually opening the mouth and swallowing where else, tube feeding is direct, no need to make effort also can get to eat and stay alive!
I apologize if I come across as rude or mean but I must say this. All these NEP and duno what other Ps that the Malaysian government of 50.5 years have been practising have turned the majority race in Malaysia, yes, the Malays, into an amoeba. Parasitic! This is just the oridinary mortal souls.. those in power are worse than amoeba! They are what I call mutated amoeba.. mother of all Parasites!
I do know that you love your race tremendously but these are some truths that you need to acknowledge. Perhaps you are aware of such ugly truth and for the life of me, I don't understand why you wont accept that you can't change them.
They have to want to change!! They have to want to change from being a mere parasitic amoeba! If you want to help them, you need advocate steps to pull off all the tubes and let them fend for themselves. I read your Malay Dilemma book. I agree with you. But that was then, it is now! The assistance need to stop!!
Sigh..back to this subject, loyalty or perhaps in this definition of doing what is good for UMNO or the Malay race.. yes, it is very necessary and correct to act in a manner which society term as rebel or willful. REBEL WITH A CAUSE! But to do this, one must have spine and integrity which is sorely lacking in UMNO.
Tun,
Saya rimas lihat barisan kepimipinan negara sekarang...
kurang objecktif, dan cepat sangat melatah bila beri komen...
ni ke orang yang akan bawa hala tuju Malaysia sekarang?
Tak tahu laa apa akan jadi dalam 5 - 10 tahun akan datang..
FRUSTRATED.
Assalamualaikum Tun,
Saya berpendapat kesetiaan Tun ada benarnya kerana kesetiaan membuta tuli kepada pemimpin adalah kesetiaan yang boleh merosakkan negara. kesetiaan kepada negara membuatkan kita lebih kritikal lepada pemimpin kita dan berani menegur sekiranya apa yang dibuat bercanggah dengan kemahuan rakyat.
Salam YBhg Tun,
Ada orang kata Tun Diktator semasa jadi PM dahulu. Mungkin itu benar begi sesetengah orang. Mungkin itu benar begi sessetengah Menteri dan AP dizaman pemerintahan Tun. Tetapi kami rakyat biasa tidak melihatnya begitu.
Takut pada TDM dan takut pada PL adalah dua yang berbeza
Saya masih teringat cerita Dr Ling Liong Sik mantan menteri pengangkutan, mengigil pegang cawan teh bila dipanggil PM.
Maksudnya , TDM adalah orang yang tegas, yang buat kerja , bukan tidur, always ahead , full of vision, kerja kuat, brilliant, mana depa tak takut. Jadi depa sokong TDM bukan sebab duit, tapi budaya kerja
Berbeza dengan PL, dia punya kerja tidur dan main golf, so pembodek -pembodek sukalah, depa pun ikut sama relaks, tak caya tanyalah mana-mana pegawai kerajaan, kalau bos tegas depa cukup benci, tapi kalau bos lembik depa suka, macam tulah menteri dibawah PL.
So, ketakutan pada TDM kerana kehebatan kerja dan ketegasan Tun
Ketakutan pada PL sebab nak terus bodek agar boleh terus hidup selesa.
Antara kebencian saya pada UMNO hari ini adalah cara UMNO ditadbir.
UMNO sebenarnya dah jadi badan korporat dibawah pimpinan PL. Pembesar-pembesar UMNO adalah pemegang sahamnya, serta ahli lembaga pengarahnya.
Cuba teliti dengan betul. Siapa sebenarnya yang menguasai UMNO, ahli atau segelintir makhluk perosak dalam UMNO.
Sebab itu saya tidak terperanjat jika PL minta ahli terus sokong dia, kerja bersamsa-sama dia, sebab Pask Lah CEO UMNO dan Pembodek - Pembodek beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah, ahli-ahli UMNO pula adalah kuli atau pekerja yang kadang-kadang dibayar gaji dan kadang-kadang tidak.
Begitu jugalah halnya di peringkat Bahagian. Hal yang sama juga berlaku. Sebab itu ahli-ahli biasa macam saya ni meluat pada cara UMNO ditadbir.
Jika TDM mempersoalkan tentang kesetiaan pada UMNO adalah kesetiaan pada Pak Lah, saya langsung tak pelik, sebab itu punlah yang saya terfikir selama ini. UMNO ini Pak Lah Pak Lah adalah UMNO.
Jadi keputusan TDM keluar UMNO masa ini adalah tepat. Mengapa TDM dan orang-orang macam saya perlu sokong Parti Pak Lah.
Jadi maksud TDM "kill one for the thousands" bukan "kill thousands for one" demi menyelamatkan UMNO.
Kesimpulannya, Pak Lah adalah BAIK DIKACA MATA PEMBODEKNYA tetapi BURUK DIKACA MATA RAKYAT.
KESIMPULANNYA: KERANA BURUKNYA IMEJ DAN KEPIMPINAN PAKLAH HARI INI MAKA BURUKLAH IMEJ UMNO DIKACA MATA RAKYAT.
Yang pasti jika Pak Lah tidak mahu berundur, luka UMNO akan semakin parah, luka rakyat juga semakin mendalam, UMNO PASTI AKAN KECUNDANG dalam PRU seterusnya.
Teruskan Perjuangan TUN
A'kum Tun,
Setuju,... UMNO is not belong to anyone or any family..
Take Good Care & Be Healthy
Azmi Sulong
Raja adil Raja disembah, Raja Zalim Raja di sanggah... itu kata kata hikmat. Tapi Pak Lah taklah zalim, dia cuma tak cekap untuk kendalikan hal negara... or may be seperti Datuk Zaid cakap, sebenarnya dia nak buat yang terbaik, tapi pendekatan nya yang berbeza menyebabkan orang tak biasa, jadi nampak SEOLAH OLAH LEMAH... tapi Datuk Zaid, kalau nampak lemah takkan lah PRU12 jadi gitu, ekonomi getting weaker and lain-lain yang bersifat -ve timbul... Mudah-mudahan semuanya akan selesai.... :)
Tepat sekali, Tun!
TDM,
Tun Musa adalah duri dalam daging UMNO dan orang Melayu dan umat Islam....We know what he did with MEMALI...
all the way through tun
good luck and best wishes
u r my family idola from the begining till the end
cucu hj md zain kilang ais,a/stag & anak menakan ( isteri )tan sri khalid abdullah
Assalamualaikum Tun. Boleh Tun perincikan apa sebenarnya kesalahan dan dosa presiden UMNO hingga Tun keluar. Perjelas dan halusikan motif dan tujuan. Kalau ikut Pilihanraya baru, yang jahanamkan BN adalah MIC dan MCA. Malangnya semua melihat UMNO gagal. Adakah ini permaianan pembangkang terutama DSAI atau konconya yg masih berkuasa dlm kerajaan. Mohon penjelasan TUN
Even im INDIAN i think i hev the rights to commens on this topic...because this freedom is brought up by DR.Mahathir urself.....
However they say u critic UMNO its not the matter ur critisizing a perfect leadership der...we can remember that there were no problems among coalition parties (UMNO, MIC and MIC) in ur leeadership time..it was perfect....MALAY ,CHINESE & INDIANS were united ..like family...and we appreciate that we r MALAYSIANS.....also appreciate to live together while the world community fighting each others...we get good workds, good developments,we get good/open thinkings....am telling u truly ,that basically we was lived happily in ur leadership time...
Nothing to quetion about bout MALAYSIA's development in international stage....Its the Great & non stop achieving from 1983-2003 ...yes every MALAYSIAN's heart will telling that...but once u step down the 1st thing we all scared is our unity...is that any assurance that our unity will be guaranteed as before.....isit abdullah can guarantee for it.....Isit he can make sure we still remain happy like before past 20 years.....second thing we miss is our development....we already saw dozens develpoment by u,that time....by 2002 there is dozens TOP acievennet in MALAYSIA until SINAGAPORE also wonder on us....really we are expecting more and more achievements and developments by....like a child expecting from his father.....but u left the post.....heartly every Malaysians who love their country cried inside when u step down includes me...But u say u giving a chance to ABDULLAH AHMAD BADAWI....so we accept it with sad.....
But what should Abdullah do...he should worked hard to keep remaining the unity...also the developments..and aspects that u left behind for us.....but srously he failed to do so 90 percent...its true TUN....every actions failure,every desicions uncertain, some decisions clearly show to us that its not by him.....and some sensitive decisons takenby him which cause unsatisfactory among certain races/ groups....even he never stop his colleages from acting violantly/harshly in most things which cause tensions among certain races/ communities.....every MALAYSIAN feel it...Thats the main and only reason he lose badly in this election....
NOW as a one in Billions MALAYSIAN i think i hev the right to say that,....U DR.MAHATHIR HAVE TO INTERFERE NOW.....TO BRING THE SITUATION BACK AS BEFORE 2003...WHICH WE ALL MALAYSIANS PREFER MUCH....................THANKS TUN DR.MAHATHIR FOR APPROVE THIS COMMENTS.........
Salam,
Ya rite.. tepat skali kata2 Tun tentang - Adakah Umno adalah Pak Lah, dan Pak Lah adalah umno? kalau umno dan paklah sama, maka itu bukan lagi Umno...
Umno adalah untuk org melayu. Bukan untuk seseorang melayu, tetapi untuk semua melayu...
Umno tidaklah teruk, tetapi pemimpinnya yg menjadikan keadaan umno itu teruk.
Pak lah patut berundur semasa rakyat masih hormatkan beliau. Jgn cipta sejarah sebagai pemimpin negara yg digulingkan di Malaysia.
anak kecil main api
tebakar hatinya sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang.......
TUN DTM
seorang perjuang Bangsa,Agama dan Tanah Air negara Malaysia
semoga allah merahmati perjuangan ini aminnn...
ITU LA BEDANYA KEPIMPINAN TUN DAN PL... TUN MEMERINTAH SECARA PROFESIONAL DAN BIJAKSANA TANPA MENGIKUT EMOSI WALAUPUN ADA SESETENGAH MENTERI 'PELINDUNG' NI BERMATIAN MATIAN MENYANGKAL DAKWAAN TUN... SY RASA RAKYAT PUN TAU PERANGAI2 ORANG YANG MELINDUNGI PL NI... SETAKAT YG SY TAHU, HANYA TS MUHYIDIN YASIN JE YANG MASIH BERLAPIK TATKALA BERCERITA MENGENAI TUN... ADAKAH TUN SUDAH NAMPAK KETOKOHAN TS MUHYIDIN ATAU TUN ADA CALON SEBALIKNYA...
biasalah bila sudah ada di luar kerajaan emosi begitu membuak-buak meronta2 untuk memperjuangkan sesuatu yang orang sudah tak mahu dengar. La ni, dok diam-diam biar jalah paklah dengan labu-labunya... biarkan-biarkan, jangan sampai nanti org kata pulak biarkan chedet dgn labu-labunya....sejarah bukan lambaian biasa, ada natijah yang perlu dikutip dan dikupas untuk dilihat inti patinya, hang nadim yang bijak tak boleh terus untuk hidup!! hasat dengki meraja dalam jiwa... semua orang akan susah kalu begini. Paklah tetap akan mati suatu hari nanti begitu juga kita semua. perjuangan ini untuk generasi akan datang. semua org sudah sedar siapa paklah dan siapa khairi and the gang tu.... cuba buat pilihanraya sekali lagi, wal al ghuyuplah dinasti mereka!! kita pun banyak salah and silap juga masa dulu, ramai yg tak setuju dengan kita juga, itu biasalah, adat hidupkan...
PEMBERSIHAN DIDALAM UMNO & KERAJAAN
Kita berbincang tentang kesetiaan, apakah perancangan kita jikalau DSAAB berjaya di turunkan secara rela hati atau sebaliknya, siapa kah yang bakal mengambil tempat beliau?
Boleh kah orang yang bakal mengantikan beliau memberi KESETIAN yang tidak berbelah bagi, seorang yang Amanah, Jujur, Ikhlas, Setia kepada UMNO, Rakyat & Negara?
Bagaimana kah dengan kesetiaan pemimpin lain yang sekarang ini, semua nya kaki bodek, ampu, tidak tetap pendirian, tiada pegangan, tidak ada semangat juang, TIDAK BERANI BERTINDAK MENGAMBIL RISIKO saperti TPM, ahli MT, Pemuda, Wanita, Putera, Puteri, Menteri, Timbalan Menteri, SU Parlimen & Wakil Rakyat.
Pemimpin baru UMNO yang bakal memimpin UMNO & Kerajaan perlu membersihkan UMNO, Kerajaan diperingkat Persekutuan & Negeri secepat mungkin.
Sejarah membuktikan semasa DSAI di tendang keluar masih banyak tali barut nya didalam UMNO & Kerajaan. Mereka ini lah yang banyak mensabotajkan program & projek Kerajaan Persekutuan.
Hendaklah kita ambil ikhtibar bagaimana Si Pitung di Jakarta kalah kepada Belanda, atau jatuhnya kerajaan Melayu Melaka, kecundang ditelan oleh pihak luar yang sekongkol dengan orang dalam.
Kita perlukan semua pemimpin saperti TPM, ahli MT, Pemuda, Wanita, Putera, Puteri, Menteri, Timbalan Menteri, SU Parlimen dan sebagai nya meletakan jawatan secara berperingkat atau di keluarkan segera. Kita perlukan satu sistem pentadbiran yang baru yang lebih dinamik, terbuka, telus, adil & saksama, dapat menangani isu semasa, saperti isu kos sara hidup, makanan dan sebagainya. Itu yang penting bagi kami hamba rakyat. Survival. Kami mahu UMNO & Kerajaan yang kelas pertama bukan kelas dua.
Kita perlu wujudkan UMNO & Kerajaan baru yang Transparent, Efficient, Cost Effective, Fairness, Clean, Friendly & Smart.
Mana-mana projek yang merugikan negara & rakyat saperti WPI perlu di tutup atau dibatalkan terus tanpa was-was.
Jikalau kita nak selamat aktifkan CMS.
Assalamu'alaikum Tun
Pada hari penyerahan kuasa kepada Abdullah Badawi pun saya rasa ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
Salam Tun,
Setuju dgn pandangan Tun. Bila 'akar' dah x mahu sokong 'pucuk', sy x nampak macammana 'pucuk' boleh bertahan. Bila pemimpin semakin hilang sokongan, siapa yg dia nak pimpin? Sebaiknya, beri peluang kpd org baru, dengan harapan nafas baru dpt 'menyegarkan' semula UMNO.
Teringat pada satu papan tanda di Saujana JB mengingatkan ahli UMNO yang UMNO itu lahir di istana, justeru peliharalah ia sebaiknya...oleh Sultan Johor(saya x ingat ayat yg tepat)
Assalamualaikum Tun,
"Kesetian kepada UMNO" zaman dulu dan zaman sekarang sudah jauh berbeza. Kebanyakan ahli dan pemimpin yang ada didalam UMNO lebih setia kepada Abdullah Ahmad Badawi dan bukannya untung nasib UMNO. Sekiranya ini berterusan UMNO bakal menjadi debu dalam sejarah tanah air. Zaman Tun, UMNO tidak pernah kalah teruk dalam PRU tetapi zaman Abdullah Ahmad Badawi UMNO kalah teruk dalam PRU.
Abdullah Ahmad Badawi masih lagi popular dikalangan ahli dan pemimpin, entah kenapa ?, walaupun Abdullah Ahmad Badawi jelas menghancurkan kekuatan yang ada pada UMNO.
Benarlah Melayu muda lupa
http://bluechip-arena.blogspot.com/
Askum Tun,
Saya sebagai pemuda pelapis bagi generasi akan dtg berasa amat sedih melihatkan situasi pemimpin2 skrg.sebagai anak melayu saya saya menganggap semua pemimpin2 yg ada sebagai bapak dan contoh yg bleh dijadikan panduan di masa hadapan tetapi malangnya.... saya malu meluat dan menyampah melihat bapak2pemimpin yg berperangai seperti belanda.tamak haloba,tidak ikhlas dlm menunaikan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara... mungkinkah ini yg dinamakan dunia akhir zaman.org melayu semakin tamak dan pentingkan diri sendiri..
Tolonglah bangkit dan sedar....melayu akan musnah sekiranya kita masih dlm keadaan begini...lu fikir la sendiri...
BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!!!
Salam Tun
Sebenarnya perpecahan orang Melayu amatlah membimbangkan namun orang Melayu sendiri lupa akar umbi. Jasa-jasa pemimpin Melayu yang telah banyak berkorban untuk agama, bangsa dan Tanah Air harus disanjung demi perjuangan mereka.
Kesedaran dan kekuatan UMNO perlu dijaga demi masa depan orang Melayu. Apa yang berlaku sekarang orang Melayu sedang membuat percubaan untuk menilai kemampuan pemimpin pilihan mereka tanpa mengutamakan kesetiaan kepada UMNO.
HIDUP UMNO
bagi saya yang memandang dengan mata saya dari luar negara malaysia, memang apa yang berlaku pada politik malaysia amat mengelirukan, tapi pada hakikatnya sesiapa saja yang dapat melihat dan mendengar, walaupun orang2 buta dan pekak tetapi sesungguhnya mereka melihat dan mendengar dengan hati naluri mereka, kesemuanya akan mengaku akan perjuangan Tun memertabatkan Malaysia di-mata dunia.Perjuangan Tun untuk agama,bangsa dan negara jelas terbukti di peringkat antarabangsa(saya melihat dari luar malaysia). dan saya yakin itu lah yang Tun masih perjuangkan ketika ini.
The last GE, my UMNO friend brought his Chinese friend to attend a BN campaign. On reaching the site, an UMNO member shouted "Cina tak boleh masuk!". Everywhere we went, we saw an UMNO flag with BN flags. Where are MCA & MIC flags?? So that makes UMNO=BN. UMNO is arrogant, ignorant & disrespect other races. If UMNO goes down, don't drag MCA or MIC along.
Our struggle is for our people and for the well being of our future generation. That's fardhu kifayah (collective responsibilities). In my humble opinion, this is the basic overall consideration. Tun, as long as your conscience is clear and that you're not doing this just for your own pride - do carry on.
We'll see who'll cross the finish line first. We're sure the smart-ones knows how to conserve their energy. God bless.
Konichiwa Tun,
Totally agree with you that
Loyalty to party not equals to loyalty to the president and vice versa.
But our current scenario is 'if you are not loyal to the president, you may not be in the party'.
Not everyone is like you, TUN.
Glad to read your 'remarks' in the newspaper on Tun Musa, Datuk Sharir, and even DPM too.
sighs.. my "father" and "grandfather" is fighting now..
luckily father is willing to lay low; sadly grandfather is not ready to let father decide on his own for his family. hmm..
grandfather has the benefit of experience hoping to convey to father. but perhaps grandfather isn't very good at conveying his experiences and wisdoms at this age of his now.. grandfather is as alert and bold as he always were. but he lacked the empathy to understand father and give father a little more patience to deliver father's visions.
father on the other hand is slowly losing his temperament.. can you offer help to them how to reunite and have a tea around the campfire?
i hope i can be the son and grandson that can listen to both father and grandfather and tell the good things about each other to the other. i hope father and grandfather hold on tight to the bond they once shared.
afterall we are one big family. and all we wanted is peace and sustainable growth.
Bukan ke UMNO yang selalu kata, menyokong pembangkang kerana TIDAK SETIA KEPADA NEGARA.
Wal hasil balik asal.
Salam TUN,
well said and practical dalam proses demokrasi. Kedua-dua pemimpin berundur dari pucuk pimpinan.
DS Dolah pula ibarat tegakkan benang basah.
jika kita hendak mengkritik orang,sebaiknya tengoklah diri kita dulu sama ada kita ini lebih baik dari orang yang hendak kita kritik. Sememangnya kehebatan Tun tidak boleh di sangkal sama sekali,mahu pun dunia luar, perjuangan Tun untuk Malaysia tiada lawannya didalam Malaysia.
salam TUN,
mereka kata x ada demokrasi nak cakap masa TUN jadi PM..SEBAB depa mamang dah terbukti x pandai cakap (bagi idea) bila TUN tanya. Ur VISION depa x tau nak komen.
YOU THE BEST TUN. Take care
bagaimana tun boleh ingat apa yang mereka lakukan pd tun ??
jawapannya : sbb ini smua politik.
hari ini kawan, esok musuh, yang menderita .. rakyat.
Jadi fikir fikirlah. Tun dah pencen, anak kaya raya ... tapi kami tetap miskin.
berbeza idea bergantung kepada seseorang, dia baru berkuasa, tetapi tun selama 23 tahun, jd mana mungkin boleh buat smua jika baru berkuasa.
Apapun, di dalam usia begini, ulasan pelbagai berita tun didalam akhbar hanya melupakan tun tentang akhirat yang mendatang. Masih sanggup lagi berpolitik dan menjelajah dunia. Saya tidak fikir tiada kesalahan yang dilakukan oleh tun, kita hanya manusia biasa, jd sentiasalah mengingati Yang Esa sementara kita masih hidup.
Biarkan Pak Lah menjalankan tugas.
TUN,,
I AM PROUD TO A MALAYSIAN
YOUR GUT TO QUIT UMNO IS RIGHT.
TO BE OR NOT TO BE IS THE ANSWER WITHIN OUR REAL ISNESS.AS MALAYSIAN
I RESPECTS YOU AS A TRUELY MALAYSIAN...BUT AS MALAYSIAN SIT DOWN AND TALK IT OUT...BUWANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.
GOD BLESS US ALL.
REGARDS.
BEN WAK, MIRI SARAWAK.
Tun Mahathir,
Saya setuju dengan keputusan yang Tun lakukan tapi pada masa yang saya bimbang sekiranya Tun tidak lagi di dalam Umno, Umno akan mnejadi lebih kucar kacir dah berpuak-puak. Saya sebagai seorang remaja yang berumur 22 tahun dari dulu lagi menjadikan Tun sebagi seorang idola.Saya berharap agar tindakan yang dilakukan Tun memberikan kesan yang positif kepada Umno dan generasi muda yang kebanyakannya menjadikan Tun sebagai idola mereka. Kami sendiri bimbang dengan situasi sekarang yang tidak memihak kepada suara generasi muda Melayu. Sesuatu harus dilakukan segera. Jika tidak generasi muda tidak mempunyai ketua yang menjadi ikutan dan paling dibimbangkan ialah mengambil sikap melepaskan tangan kerana rimas dengan situasi dalaman Umno. Oleh itu tindakan drastik perlu dilakukan segera..Pak Lah harus BERUNDUR!!
Salam Tun,
Point No 13,apakah UMNO itu Abdullah, dan Abdullah itu UMNO?
Pada saya, UMNO itu Tun dan TUN itu UMNO. Baru betul..
Abdullah tak layak. Hidung tak mancung...
Salam Bahagia YAB Tun,
Kalau Tun fikit dah sampai masanya untuk senaraikan satu persatu sebab-sebab Pak Lah perlu letak semua jawatan, zahirkan lah sekarang walaupun melalui blog ini. Lagi lama ditunggu lagi parah dan amat menjatuhkan martabat MELAYU.
Tun,
Syabas
pada pendapat saya jika kita hendak mengkritik orang, seharusnya kita mesti lebih baik dari orang itu. Sememangnya kehebatan Tun tidak boleh di sangkal lagi.Perjuangan Tun untuk memertabatkan malaysia dimata dunia tiada bandingan nya di malaysia.Di pentas dunia kehebatan Tun jelas terbukti dalam perjuangan Tun untuk agama,bangsa dan negara.(ini semua saya lihat dari sudut luar Malaysia)
Tun Dr Mahathir,
Saya amat sekali menyokong apa yang Tun buat selama ini untuk UMNO...Saya dibesarkan dalam era Tun...dan saya amat berbangga sekali terhadap apa yang telah Tun sumbangkan untuk tanahair ini
Saya amat berharap Pak Lah dan pendukung2 beliau sedar diri dan tidak terlalu celupar dan biadap dalam mengeluarkan kata2 terhadap Tun...
Hati kecil saya amat terguris ketika mendengar Dato' Nazri Aziz memberi komen kepada wartawan di Lobi Parlimen baru2 ini.
Ternyata beliau seorang anak Melayu yang tak sedar diuntung!!!
Sekali lagi saya amat menyokong usaha Tun..semoga Tun dan keluarga diberikan kesihatan yang baik dan diberkati Allah SWT hendaknya...
Anak Jati Perak
Sudutan dari filem pendekar bujang lapok... Kebetulan atau betul2...
Macam tahu2 jer sudin nie... hehehe
baru dapat dari YouTUBE
http://www.youtube.com/watch?v=Ypa1kniQUcs
Salam perjuangan ayahanda Tun semoga diberkati Allah
1. Saya amat kagu dengan jatidiri Tun yang tak pernah kenal penat lelah dalam pemperjuangkan nasib anak bangsa.
2. Dulu semasa tun menjadi ahli parlimen tun dengan lantang berani bersuara menyatakan ketidak berkesanan corak pentadbiran Allahyarham Tengku dan dengan itu Tun Ddisingkirkan dari Umno.
3. Semasa menjadi Perdana Menteri Tun berjaya meletakkan Malaysia di atas peta dunia. Tun berani membawa isu-isu global dan juga berani mengeritik pemimpin-pemimpin kuasa besar sepertu Clinton, Bush dan Margeret Tacther.
4. Selepas meletakan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno Tun amat kritis sekali mengeritik Paklah yang lembik yang membawa halatuju parti di luar landasan yang sebenarnya.
5. Saya berharap apabila tun keluar Umno Tun dapat bersuara lebih lantang menyarakan kebebalan dan kesombongan pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini mudah-mudahan mereka ini sedar diri bahawa kuasa yang ada pada mereka akan ditentukan oleh rakyat. Tunggu PR13 nanti baru tau nasib pak lah dan kroni-kroni yang sombong bongkak ini
Saya berdoa agar Tun sentiasa sehat dan diberkati
Hi Tun,
Dorang2 yg dimaksudkan ni, klu kite ckp byk pon, diorang tak phm sbb pemikiran dorang tak smpi suku pemikiran Tun pon...
Thats why la dorang asek nk mmbangkang jek pandangan n cadangan2 yg Tun cube kemukakan dgn mmberi alasan Tun da nyanyok la..Tun gile talak la...Ish...saket tol hati...Sbb, pemikiran dorang takleh nk terima or tak paham ape yg cube Tun smpikan...Belajar tinggi2 tp, akai letak kat lutut...
Ape2 pon, sy harap Tun tidak berputus asa, dan kite tunggu je la semoga terbuka pintu hati 'AAB' untuk melepaskan jawatannye itu demi kepentingan parti....
Koridor je banyak, tp...pintu tak dak....sbb tu la tak jmpe jln pulang..heehheheee..
Take Care Tun!!!!MMUaaaaahhhh!!!
Chezai...
Keputusan Tun melepaskan jawatan dahulu sedikit sebanyak membantu menjawab beberapa kemusykilan saya selama ini dan hasilnya
1. berjaya menelanjangkan apa jenis pemimpin-pemimpin UMNO hari ini selain Tun. Sekurang-kurangnya boleh kita buat correction dan pembetulan, itu pun kalau mampu, jika tidak sampai bila pun kita tidak tahu jenis orang-orang UMNO ni.
2. Menjawab segala kebimbangan saya apabila Tun lantik Pak Lah sebagai pengganti. Sejak mula lagi saya dah tak yakin dan "suspicious" dengan kesetiaan dan kebolehan Pak Lah, apatah lagi dia ni punya Semangat Tahi kucing 46.
Kalaulah saya diberi peluang untuk memberi pandangan tentang pengganti Tun , tentu saya akan cadangkan TS Mahyudin. Mengapa bukan Najib??????? sendiri taulah
Lihat siapa yang dia lantik jadi Menteri? Majoritinya orang Semangat Tahi Kucing 46.Hingga si Musa Hitam ni pun pandai mencelah dari celah-celah kelengkang si pembodek.
3. Mahatirism. Musa cemburu sebab nama dia tak termasuk dalam carta orang paling popular di Malaysia. Mahatirsm bermaksud impak yang telah dia buat untuk mengubah minda, mengubah kemajuan negara sehingga orang salut padanya.
Orang tak respek Musa sebab bila dia ada masalah dia lari dan enjoy kat luar negeri.Pas tu suruh penyokong dia rayu-rayu bagai nak rak!!!! Pas tu balik minta simpati kat TDM. Phooooorah!!!!! dah memang TDM ada class not like U!! Baru..!!!!!! kurang ajar u tak bertempat.
There will never be MUSAISM. ( CAKAP ORANG PUTIH SIKIT TAKUT MUSA TAK FAHAM SEBAB BINI DIA PUN BUKAN MELAYU)
Rukun Negara Malaysia
* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Here goes our loyalty. Please, we do remember,forever and always remember the Rukun Negara. Are you not?
ilmyinc.com
Salam Hormat Tun. I think its OK to equate loyalty to a leader to loyalty to UMNO. The leader who deserves this recognition however, must first of all have and display the characteristics of a true leader; intelligence, strong mindedness, determination, foresightedness, forgiving, empathy to others, well, in a nutshell someonelike you Tun.
In the case of Pak Lah who has proven to be incapable of leading UMNO, BN and the nation, what is the point of showing loyalty to a leader who is practically clinging to power not for the sake of UMNO but for the sake of his family and friends.Certainly it is wrong and myopic of certain UMNO members to show loyalty to this sort of person and try to equate loyalty to him as Loyalty to UMNO because this weak and ungrateful Pak Lah does not deserve such accolade.
I will perform the Sujud Syukur when Pak Lah finally leave.
KESETIAN & KEKECEWAAN
Bukan tak pernah setia ,
Bukan tak pernah rela ,
adakala manusia lupa diri ,
akibat ego menandingi segala.
Bukan tak pernah setia ,
Bukan tak pernah rela ,
tapi kekecewaan menghantui diri ,
padah setia tak tentu hala.
Bukan tak pernah setia ,
Bukan tak pernah rela ,
jiwa meronta bagai nak gila ,
tapi hanya tinggal kata2.
Bukan tak pernah setia ,
Bukan tak pernah rela ,
bila nakhoda tak sedar diri ,
entahlah pak lah lu pikirlah sendiri.
Assalamualaikum WRT Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Apa yang Tun katakan tentang kesetiaan kepada UMNO itu adalah tepat dan benar sama sekali. Mereka yang berada dalam kepimpinan UMNO sekarang tidak ikhlas untuk memperjuangkan agenda asal UMNO.
Mereka semua ini merupakan pengkhianat kepada perjuangan bangsa Melayu, Islam dan tanah air. Jadi, kita perlu menentang segala kejahatan yang dilakukan oleh pemimpin oportunis yang bersarang di dalam parti UMNO!
Semoga perjuangan kita akan selesai dalam mencuci UMNO dari ketidakadilan yang berlaku.
Syahir
KESETIAN & KEKECEWAAN
Bukan tak pernah setia ,
Bukan tak pernah rela ,
adakala manusia lupa diri ,
akibat ego menandingi segala.
Bukan tak pernah setia ,
Bukan tak pernah rela ,
tapi kekecewaan menghantui diri ,
padah setia tak tentu hala.
Bukan tak pernah setia ,
Bukan tak pernah rela ,
jiwa meronta bagai nak gila ,
tapi hanya tinggal kata2.
Bukan tak pernah setia ,
Bukan tak pernah rela ,
bila nakhoda tak sedar diri ,
entahlah pak lah lu pikirlah sendiri.
Whatever it is Tun, you are plotting a red herring on the Lingam case. That's all..do not say UMNO is Paklah,Paklah is UMNO. It's the same during your time. You ousted the good and u brought in the dumb. The fact that you appointed Dollah is because you can be the puppet master of this dumb Paklah. Geez...
Selamat Sejahtera buat TDM,
Saya amat marah dengan orang yang tidak tahu menghargai jasa yang TDM taburkan. Saya membesar di negeri bawah pimpinan parti pembangkang begitu lama dan ia bukan sesuatu yang mudah. Ramai rakyat negara ini terlalu lama hidup dalam kemudahan dan lupa untuk mengenang jasa. Mereka yang hidup susah pula tahu hanya nak salahkan TDM sedangkan kemewahan hidup adalah atas usaha kita untuk memajukan diri sendiri. Sedangkan penduduk kampung saya yang dulu di bawah pimpinan parti pembangkang hidup lebih susah dan tidak mendapat sebarang pembangunan boleh berjaya. Apapun,saya kagum dengan usaha TDM. TDM mempunyai pandangan yang jauh, yang jarang ada pada pemimpin lain di Malaysia sekarang ini. Saya pun tidak berminat dengan parti politik yang ada sekarang kerana setelah mengkaji secara teliti, tiada sesiapa pun yang betul2 ingin memperjuangkan negara kita. Masing2 hanya dengan agenda sendiri dan menjadi politician dengan tujuan mengumpul harta dari wang rakyat.
soalan saya untuk tun,apa benar kah abdullah ahmad badawi ada menyimpan rahsia,atau tahu akaun bank menteri menteri sampai mereka tak berani nak menentang beliau?
sebagai MELAYu yang dah TAk LAYu, asa melihat pada awal pertukaran kuasa antara Tun dan DSAAB, rakyat Malaysia memberi sokongan yang padu kepada kerajaan pimpinan beliau.
Tapi sayangnya, pentadbiran yang lemah mebawa kepada choas di dalam alam Melayu pada ketika. Tidak fahamkan DSAAB terhadap krisis dan konflik tersebut? nama je perdana menteri Malaysia,takkan signal tu pun x faham...adoilar.
Masa UMNO hadapi masaalah kepimpinan pada tahun 1987 dulu dimana ramai orang UMNO suruh Tun letak jawatan...mengapa Tun tak letak jawatan ? Mengapa baru sekarang suruh orang lain letak jawatan ? Cakap biar serupa bikin...Orang lain muka sudah lupa peristiwa itu tetapi saya masih ingat lagi. Mungkin Tun mudah lupa...
Salam Tun,
How to orchestra the voice of rakyat vs voice of the existing UMNO leaders and still be a member of UMNO?
pal lah and family must go. strip their ill gotten money and took them to court and jail them. give back the rakyat money, help the poor and bring back malaysia as we used to be
Tun,
Saya sokong pendapat Tun.Selain itu saya rasa lebih elok Tun banyakkan penulisan blog-blog daripada menghadiri ceramah-ceramah jemputan.Sebabnya,lebih senang saya nak rujuk apa pendapat Tun kerana kebanyakan orang biasanya tidak dapat menyertai ceramah Tun.Tengok sajalah orang Umno dulu pun disekat oleh polis dan orang Umno sendiri.Yang penting,banyakkan penulisan dan kalau boleh ceritakanlah juga apa pernah berlaku dalam Umno dulu.Orang kita kebanyakannya tahu keburukan Tun sahaja,apa yang Tun sudah buat dahulu kalau Tun tidak beritahu sampai bila-bila pun orang tidak tahu.Saya risau tidak ada orang lain dah selain Tun yang berani memperjuangkan Melayu,Islam dan Malaysia.
Tun Dr Mahathir Mohamad, sememangnya UMNO kini di mana Abdullah Ahmad Badawi hairannya masih berada di dalamnya, bukanlah UMNO seperti mana terdahulu. Orang di sekeliling yang masih berada di dalam UMNO masing-masing sebenarnya kelihatan tidak dapat membaca cara, keputusan, dan tindakan Abdullah Ahmad Badawi. Ini adalah satu ciri kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Contohnya, telah terjadi, orang paling kanannya, kini tiada lagi dalam UMNO. Jadi, apabila melihat ini terjadi, ada yang tidak sekanan itu menjadi takut, barangkali bukan takutkan Abdullah Ahmad Badawi, tetapi takut-takut jika tidak dapat naik ke kerusi tertentu yang lebih tinggi kedudukannya dalam UMNO di masa depan. Terutama mereka yang berkepentingan. Bila masih selesa, ada di antara mereka yang sanggup mengenepikan prinsip dan maruah. Dengan itulah, ada yang mengutamakan Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin, dan bukan menjadikan UMNO sebagai platform untuk berjasa. Kesetiaan tidak berbelah bagi dinyatakan tanpa segan silu kepada Abdullah Ahmad Badawi. Seronoklah dia hingga dia terlupa mesej PRU 12 yang lalu. Lantaran itu, benar sungguh mesej dalam pos Tun Dr Mahathir Mohamad ini, terdapat mereka yang keliru dan kekeliruan itu ialah kekeliruan di antara kesetiaan kepada pemimpin dan kesetiaan kepada parti. Keliru dengan kesetiaan kepada Abdullah Ahmad Badawi dan kesetiaan kepada UMNO. Dengan itulah tafsiran mereka perihal kesetiaan ini adalah meleset. Keputusan Tun Dr Mahahtir Mohamad keluar UMNO ialah kerana Abdullah Ahmad Badawi mahu terus kekal di kerusi tersebut, telah difahami mereka sebagai tidak setia kepada parti. Diharapkan dari contoh sejarah UMNO yang Tun Dr Mahathir Mohamad bentangkan di sini, ramai yang nampak - di antara orang yang keluar parti kerana setia kepada UMNO, dengan orang yang mahu terus kekal dalam UMNO walaupun rasa meluat semakin merebak, dikatakan setia kepada UMNO. Inilah peleknya Abdullah Ahmad Badawi. Selagi dia nampak penyokongan kepadanya, selagi itu dia memilih untuk kekal di kerusi tertinggi parti ini, dan negara. Ketetapannya dalam kerajaan dan dalam parti adalah sama. Setelah diketahui keputusan PRU 12, sejarah paling teruk kekalahannya, lazimnya yang bertanggungjawab akan undur, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi memilih untuk mara. Begitu juga mesej terang-terangan, usik-usikan, kabur-kaburan, disampaikan kepadanya, lazimnya yang setia akan faham dan melepaskan jawatannya dalam parti, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi memilih untuk kekal di kerusi tertinggi parti ini. Jika Tun Dr Mahathir Mohamad ingin turut bersama kami yang rasa geli hati, dan ketawa bahak-bahak, silalah tonton reaksi pertama kali Abdullah Ahmad Badawi dapat tahu perihal Tun keluar UMNO. Dia sememangnya tidak mengerti banyak hal dan termasuk hal ini juga. Lalu, orang lain yang mengerti atau turut tidak mengerti, telahpun memutuskan penerimaan mereka, sehubungan Tun keluar parti, sebagaimana telah diumumkan dalam mesyuarat pengurusan tertinggi UMNO yang baru berlalu. Bersabarlah kita dengan bertempoh.
ASSALAMUALAIKUM TUN
SAYA RASA MEREKA YANG SOKONG PAK LAH BUKAN KERANA SETIA PADA UMNO TETAPI SETIA DENGAN PERUT SENDIRI. KALAU DEPA TAK SOKONG PAK LAH HABUAN TAK DAPAT JADI NAK KE TAK NAK SOKONG JUGALAH WALAUPUN BANGSA MELAYU AKAN JAHANAM.
SATU LAGI TUN. APA YANG TUN CAKAP DEPA PUTAQ BELIT.DEPA BUAT-BUAT TAK PAHAM ATAU DARJAH PEMIKIRAN DEPA "TALI BARUT TALI BARUT PAK LAH"DITAHAP KOSONG,BANGANG LA TU.
SAYA SOKONG TUN 100%
melayu bila berkuasa mereka lupa asal usul mereka..mereka lupa siapa yang naikkan mereka..melayu mudah lupa Tun...
ok. so siapa yg seharusnya menjadi PM? adakah insan itu layak atau sekadar penganti sahaja?
Good Day to u Tun,
Ilike to say that your move to quit the UMMO is good for all the Malays since i think that the UMMO has lost their own motive in uprighting the Malays' rights. Though im not a malay, i do feel that UMMO is too crowded for the presidential race where all the "top" VIP is being bullshit.. their oath is nothing more than an oath to condemn themselves and indirectly the part itself.
but i believe that Pak Lah wont step down until he got what he wants. only he and God knows what.
I do hope that Tun will continue in supporting the other reliable mentris as some of them is good, minus Nazri and Najib and their croni.
warmest Regards,
FayAJ
Dear Doctor,
I am not Malay but am affected by the whole goings-on in UMNO because the President will inevitably become the nation's PM. However, I would like to say that in today's UMNO line up of probable PMs, there is NOT one leader whom I would be comfortable with as the head of this nation. If I were around when you took over UMNO, (and if I were Malay, of course) I would have probably voted for you (and would have regretted it later after seeing what a racist you turned out to be). Why is it that you were more a Malay /Muslim leader and so much less of a Malaysian Leader the nation needed is a mystery to me.
But what i am saying is, you are actually to be blamed for the sloths and lame ducks that now helm the ship. If you had focused on grooming honest, dedicated and nation centred leaders, then UMNO/BN would never have to worry about this day and you would have been the greatest ever!
You had the opportunity, but you also had absolute power (we all know what happens next). Now the ball has rolled out of UMNO's hands and is slowly rolling into one DSAI. Our politics seems like a Star Wars saga.
There are two things that this country needs. Peace and progress. You had provided your version of it but in true dictatorial fashion used all your might to get your own way.Now the power is gone and you've become the biggest joke.
For all your wit, how come you had made such a fundamental error?
It is a known fact that you were yourself of mixed parentage. And yet you chose to become the most Ultra of 'Malays'. Really parodies the Fuhrer and his expert masking of his lineage. But bravo to you, the drones bought your spin. Amazing, man.
Dear Doctor. Nothing is more important than you saving your soul by owning up to this mess you've created.
My worry is that you probably are not prepared to meet your Maker and the time is drawing near.
I'll keep you in my prayers,
Mikester
jDEAR TUN,
I think UMNO is no longer relevant now beacuse not every members can get "the something" and only associated members with Top-Crony is only beneficiaries.....
So no point for them loyal to the party + help the party to from govt + let the associated members to beome more rich and richer..........well this chaos can avoided if the Top-Crony In UMNO AND BN plays "sharing game" which is well-happened during Tun's Era but only a few greedy splinters are out of UMNO whom cannot prove much compare to March-8 crises which is the dangerous signal to UMNO&BN.......OUR ONLY HOPE GOD CONTINUE BESTOW MALAYSIA PEACE & PROSPERITY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Salam Sejahtera Tun.
Kemenangan tipis (Kekalahan) BN dalam PRU 2008 adalah sebenarnya balasan Tuhan kepada keangkuhan pemimpinnya. Kepada kita yang percayakan Tuhan (tak kiralah apa nama yang digunakan), maka kita harus patuh kepada qadar dan qadak. Sepatutnya PM sebagai pemimpin Islam (Islam hadhari atau islam Badawi?) lebih mengetahui hal ini. Jadi, kenapa terjadi keangkuhan terhadap bekas pemimpin, keangkuhan terhadap rakyat dll? Apakah BN menunggu rakyat menolak secara total, baru hendak menyesal? Sudah terhantuk, baru terngadah kah?
Sebenarnya, parti UMNO/BN dan negara kita sejak Tun meletak jawatan telah menjadi seperti anak ayam kehilangan ibunya. Seperti kapal laut tanpa kapten. Tiada hala tuju. Masing-masing menegakkan pandangan/pendapat sendiri. Masing-masing hendak menjadi hero. Seperti Nazri Aziz, Johari Baharum dll. Budak mentahan.
Parti jadi seperti milik keluarga. Bapa Presiden, menantu Naib Ketua Pemuda. Nasib baik anak tak jadi Ketua Puteri. Menantunya pula secara terus duduk di kerusi No. 2 Pemuda. Apakah Pemuda UMNO ketandusan pemimpin muda? Apa jadi kepada pemimpin akar umbi seperti Norza Zakaria dll? Adakah mereka ini tiada sifat-sifat kepimpinan?
Dan dalam FAM pun hendak dijajah oleh keluarga PM ini. Menantu terus jadi Timbalan Presiden FAM. Apa Malaysia ini 'kemandulan' pemimpin kah? Sampai semua hendak disapu.
Isu HINDRAF, jikalau berlaku pada zaman pemerintahan TUN, sudah tentu Tun akan menangani dengan baik, bak kata pepatah, seperti menarik rambut dari tepung. Tidaklah jadi macam sekarang.
Jikalau pemimpin lebih sibuk hendak memanaskan katil pengantin baru, mana mungkin hendak menjaga hal-ehwal rakyat dan negara.
Marilah kita rakyat Malaysia, tidak kira agama dan bangsa, sama-sama memanjatkan doa kepada Tuhan supaya pemimpin seperti ini disingkirkan supaya tidak hancur negara.
Gobi Krishnan
Rakyat Malaysia
Hak mengkritik UMNO. Apa pula pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai hak ini? Adakah, seseorang rakyat Malaysia berhak mengkritik UMNO, hanya bila dia masih ahli UMNO? Bagaimana pula halnya dengan ada pula yang sememangnya ahli UMNO, tetapi tidak memanfaatkan hak mengkritik ini terhadap UMNO. Bagaimana pula dengan parti lain yang bukan UMNO sama ada dalam Barisan Nasional ataupun Bulatan Alternatif, adakah masing-masing juga tidak berhak mengkritik UMNO? Selain daripada hak mengkritik UMNO, adakah rakyat mempunyai hak untuk mengkritik Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin dan kepemimpinannya? Perkara ini disebutkan di sini kerana Shahrir Samad dilaporkan berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad telah hilang hak mengkritik UMNO. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2247906/Article/index_html
Tun, saya amat gembira sebab la ni saya secara tak langsung dapat communicate direct dengan Tun. Cuba tengok nanti bila pak lah jatuh merudum...sapa yg nak pi dok tolong angkit dia balik? saya cuma nak tgk ada dak muka hishamudin there or rafidah aziz or musa hitam or who? Rasa-rasanya entah=entah nak pandang sebelah mata kat pak lah pun depa tak hingin. Biasalah Tun, adat manusia...habis madu sepah dibuang. Apapun tun, tak beerti menjadi ahli UMNO dikira sebagai penyokong UMNO. PAK LAH WOI...saya boleh register nama saya sebagai ahli UMNO...tapi bila mai haghi mengundi...saya buleh pangkah mana-mana je sebab kat ghetaih undi tu tak dak pun tuleh nama kita. Jadi pikiaq-pikiaq la.. Betoi dak TUN?
Hidup TUN...hidup semangat HANG JEBAT...tapi bukan semangat HANG TUAH sebab Hang Tuah bertuan membabi buta..Semoga Allah mensejahterakan Tun selalu. Insya-Allah.
Salam Hormat dari,
Tun Teja
Mereka itu memang jahat,
membuli orang apabila seseorang tidak lagi berpangkat atau bernilai.
mereka hanya mahu pergi ke (bunga)sesiapa yang mempunyai madu. UMNO merupakan satu KELUARGA, mengapa orang/ahli menjadi begini?
mungkin disebabkan ketua yang tidak tahu atau tidak mahir.
saya disini berharap apa yang baik pergi ke arah tun, yang tidak baik...jauh jauhkan lah daripada tun:)
Bagi saya 'orang-orang' yang memimpin pucuk pimpinan UMNO sekarang ini bukanlah terdiri daripada mereka yang berfikiran jauh dan terbuka. Mereka sama ada buta sejarah ataupun sengaja menyembunyikan sejarah. UMNO tidak bersalah tapi jika ia dipimpin oleh peminpin yang gagal, maka sia-sialah untuk setia kepadanya.
CHeDet Referer
Salam Tun,
Saya bersetuju dengan pendapat Tun bahawa kesetiaan kepada UMNO tidak semestinya berada di dalamnya.
Tun meletakkan jawatan dalam kerajaan tidak semestinya Tun tidak menyayangi negara. Malahan kecintaan Tun terhadap negera lebih dari manusia-manusia yang ada di dalam UMNO sendiri.
Cinta kepada sesuatu tidak semestinya kita akan memiliki. Apa yang pasti sekarang mereka di dalam UMNO ingin memilikinya demi kepentingan peribadi. Harga barang naik, berapa ramai penyokong lebai malang ini memberikan pendapat bagaimana untuk menstabilkan harga barang? Pada suatu ketika Tun memimpin negara, harga barang masih dapat dikawal, kenaikan berlaku tidak secara mendadak. Ketika ini mereka tidak memperdulikan tentang perkara ini.
Inikah yang dikatakan setia pada UMNO? UMNO milik rakyat. Rakyat yang bersusah payah untuk keluar untuk mengundi. Undi rakyat untuk kebaikan rakyat. Rakyat ingin selesa dengan kepimpinan negara. Rakyat inginkan perubahan agar sentiasa yakin di dalam negara sendiri. Ini yang dikatakan setia. Rakyat setia kepada pemimpin dan pemimpin setia kepada rakyat.
Sekurang-kurangnya kepimpinan sekarang haruslah sama atau lebih baik dari kepimpinan terdahulu. Baru menunjukkan kesetiaan kepada parti dan negara tanpa berbelah bagi. Ini sebaliknya. Rakyat menunjukkan kuasanya. Lima negera jatuh kepada pembangkang. Inikah kepimpinan yang kuat yang kita inginkan? Ini menunjukkan UMNO semakin lemah. UMNO tidak boleh memimpin. UMNO tidak boleh memimpin parti-parti lain. Rakyat sudah tidak lagi melihat UMNO parti yang relevan pada waktu ini.
Jadi, sebagai rakyat yang berkuasa untuk memilih pemimpin, saya menyeru, jika Abdullah Badawi sayangkan agama, sayangkan negara, sayangkan parti, sayangkan rakyat, letaklah jawatan dengan kadar segera sebelum kudis ini merebak dan menjadi penyakit. Sebelum penyakit ini membunuh. Jika kita terpaksa potong kaki kita untuk menyelamatkan nyawa, kita potong lah.
Tiada apa yang boleh dibuat lagi selain letakkan jawatan. Letak jawatan secara terhormat lebih baik dari diturunkan jawatan. Rakyat akan lebih menghormati keputusan ini. Jadilah seorang gentleman.
Semua orang akan menang jika Abdullah Badawi letakkan jawatan. Perletakan jawatan demi kepentingan Rakyat. Rakyat akan bangga dengan keputusan ini.
TDM is trying to argue that he does what Razak did in the past, and so should be accorded similar treatment. TDM is saying that they should be a single standard for judgment but he practices only double standards to suit his case.
He started the quota system for UMNO party election, and enjoyed absolute power under the protection of those rules. PM AAB only follows the same rules, and as the rules are for the advantage of the incumbent, he enjoys it all the same. Now TDM condemns the rules, and he has creative arguments against it. What he said about the rules now is applicable exactly to what he did then. Why then did he create the quota system for party election, and rules were good when he was President and bad when he is not? The answer is simple; TDM practices double standards.
Another example pertains to the award of APs. The same minister, Rafidah Aziz, implemented the APs system It was correct the way Rafidah implemented it when TDM was the PM, but the same procedures were wrong when implemented by the same person, Rafidah. Whatever Rafidah did, it was right when serving under TDM but wrong under AAB. That TDM's practices double standards is obvious.
TDM tries now to say that if Razak could be considered loyal to the party and yet be against the President, he is entitled to go against AAB as President and yet be loyal to UMNO even when he is not a member. There is a universal standard applies to power play. The winner is the king, who gets to write history, and the loser, the rebel, fits to die. The Presidents whom Razak went against lost.
But now that TDM has revealed episodes in history not commonly known to Malaysians, it would be interesting to measure what Razak had contributed to the country in his rebellious actions until the Presidents were dethroned.
Keris-muddin said that his grandfather Onn Jaafar was ahead of his time, which was still way too advanced speaking about it 60 years later. Onn Jaafar was a giant, but unfortunately slaughtered by Razak. Razak robbed Malaysians of the only chance the country had to truly enjoy the opportunities presented by the diversities of race and culture in the country, and in developing into the most progressive in the region. Nobody then could appreciate the merit of Onn's proposal, and the obstacle placed by Razak was a thorn in the flesh of the nation, and the curse continues to this days. The country is most polarized by race, and with the conveniences for creating instant wealth through TDM's corrupted regime breeding cronyism, and nepotism, racism will not go away.
The world is moving away from racism, but the country which had not the history of conflict between races could never have promoted racism had Onn's approach been adopted without hindrance from Razak. When UMNO's racism and bullying tactics free the opportunistic politicians from competing on how well to serve the people, they were challenging each other to attain position of power and wealth. When political competition resting on the common good, and a place in history brings out the best person to do the job for the country, with loser willingly helping towards achieving the common goal of national good, competitors for personal wealth through position in UMNO and in government, political contests within is like fighting for survival, a matter of money and life and death. Even now TDM would say that his difference with AAB is on issues and not personal. TDM certainly does not believe it even in his dream.
History shows that Razak's fight with Tunku was facilitated by TDM, and Razak and TDM are jointly responsible for the ill the country is in. Razak died young, and nobody could say whether he was able to change the course of the country back to something had TDM not exerted the wrong influence. TDM at the ripe old age of 82 is thinking not about how the country could be saved, but how his son should be made to sit in his place.
TDM will be classified a rebel, because all indications are that AAB will continue. If not, Anwar, TDM's nemesis might be there to prove the truth of the saying that goodness begets a good recompense, wickedness begets a bad recompense, if there is not recompense, the time is yet to come.
Salam Tun Mahadhir
Mengapa ornag melayu islam suka bergaduh-gaduh dan dengki-mendengki sesama sendiri? Perkara sebegini adalah amat tidak baik serta tidak di sukai oleh Allah & Rasul junjungan yang menjadi role model pada kita semua, agar saling berbaik sangka dan hindarkan pergaduhan!
Contohnya, pemimpin politik di Singapura, mereka tidak gaduh-gaduh, malah berbaik-baik sesama mereka, yg da pencen menjadi penasihat setia, demi memajukan bangsa dan negara mereka. Akhlak mereka lebih islamik daripada akhlak pemimpim2 melayu kita. Sungguh memalukan!
Adakah Tun suka di gelar kaki gaduh? mengapa tidak menjadi seperti Lee Kuan Yu, kaki penasihat?
Tidak terlambat bagi pemimpim2 melayu umno untuk bertaubat & insaf, agar menjadi tauladan kepada semua bangsa melayu muslim di negara kita yg tercinta. MOTO
"BERAKHLAK MULIA & MUAFAKAT SOKMO" demi survival bangsa melayu muslim Malaysia!
Jika tidak HANCUR BANGSA KITA PADA TAHUN 2020!
Salam Tun,
Nasib Tun agar sama dengan Nasib Tunku Abdul Rahman, Masing masing pemimpin yang amat sayang dan di sayangi rakyatnya Dan sanggup gadai nyawanya untuk Negara,Bangsa,Agama dan Partinya. Tetapi berakhir dengan nasib terkeluar dari Partinya yang amat disayangi satu ketika dahulu.
Bezanya Tunku Abdul Rahman dipaksa keluar terang terang dan Tun dipaksa keluar senyap senyap supaya keluar dengan sendirinya.
Apakah makna ini semua ?, Apakah hala tuju kita bersama ? Apakah nasib rakyatnya yang miskin dan serba kekurangan ? Di manakah kebenaran dan Keadilan ?
Tun,
sy amat bersetuju dgn pendapat Tun
Walaupun sy hanya seorg pelajar namun sy juga nampak pergolakan politik dlm masa terdekat ini.
Nasib baik Tun menulis di sini utk menjelaskan perkara-perkara yg negatif yang terpapar di akhbar
Only Dato Onn Jafaar is the true Malaysian! The rest of you are opportunists who for the lack of any reason for being have found in the championing of the Malay race a non-existent cause.
You make believe for the Malay that his is such a rare race that needs protection and you tie it up to his religion so much so that he is unable to differentiate between his race and the culture that derives from it from the religion that he professes.
You make his race based attributes so sacred that he buys into it and sacrifices himself for it. At the same time you and your cohorts do just the opposite. You speak more English and live more the western ways than the average Malay. You send your children off to school and Universities in the UK, America and or Australia. Otherwise you send them to the expensive international schools in Malaysia.
Your children find their amusement in Zouk and other places of entertainement whereas you expect the rest of the Malays to find their amusement in the suraus and the mosques.
Your children inherit the wealth of the nation you appropriate to them whereas the rest of the Malays sweat their hearts out.
To enrich your children you give them APs. The poor Malay who does nto know any better who, in the absence of the AP could have bought his car for RM25,000. But now he pays RM50,000 for it. And he is hood-winked into thinking he has done well for himself.
You through your powers make developers sell their properties for a price that is less than what is paid by the non-Malay by anything up to 15%. He thinks he is given his God given discount. But he is not told that he is in fact subsidised by the non-Malay buyer who now is made to pay more just so as to cover the reduced price the Malay pays. And you think you guys have done such a clever thing.
But by convincing the Malay that they are better off shackled to the shameless NEP, you have ensured UMNO's perpetuity and more importantly its leaders easy and swift sway over the wealth and resources of the nation.
UMNO's leader have plundered and raped the nation. And you can ensure this goes on into perpetuity as long as you continue to fool the Malay that they need to have ketuanan Melayu and that they need to be protected. That UMNO is the protector and UMNO is their spiritual leader.
All you guys are sick!
Dear Tun, I'll support you 100%. I think what you did was so brave and i respect your decision. Even if i'm in your shoes, i would do the same thing. Pak Lah is not an outstanding leader as you are. It's very hard to have a great leader like you. No matter what people say about you, just care less about it because i know you have made the right choice. You still have your supporters with you. Go Tun !! Love, Sheena (Malacca)
penat baca news kat daily papers, btw saya sokong Tun dari dulu, kini dan selamanya.
Assalamualaikum Dr M,
Saya setuju 100% dengan apa yang diperkatakan oleh Dr M.
Harap Dr M atau pengendali blog dapat membuka ruang forum dan bukan hanya blog, supaya kita semua dapat memberikan idea serta membahaskan isu2 semasa.
Ruangan boleh hanya terhad kepada komunikasi sehala sahaja dan ini membataskan bahasan terhadap isu tersebut.
Sekian
TUN yang di hormati,
Kalaulah ;
Tak setia Pak Lah = Tak setia UMNO
Pak Lah = UMNO
UMNO = Pak Lah
Jadi,
Pak Lah Lemah = UMNO Lemah
Pak Lah Mati = UMNO Mati
UMNO akan hancur dan lenyap “bersama” Pak Lah.
Wahai semua ahli-ahli UMNO dan juga rakyat Malaysia yang sayangkan negara MALAYSIA.....
Sudah Nampak atau Tidak ?
Sudah Dengar atau Tidak ?
Sudah Jelas atau Tidak ?
Apakah tindakan kita...
Apakah penggorbanan kita...
Kepada agama, bangsa dan Malaysia
Kalau sebelum ini tak Nampak,tak Dengar dan tak Jelas siapa yang akan memimpin kita....
Sekarang dah nampak, dengar dan jelas...TUN akan memimpin kita...
Marilah kita semua tunjukkan bantahan tidak percaya kita kepada Pak Lah.
Salurannya sudah pun TUN siapkan....
Kesannya sudah pun TUN diperhitungkan..
Tunggu apa lagi....
Tunggu apa lagi...
Bangkitlah ..
Salam perantau
_ashar_2;24_
angkatan lancang kuning nusantara
Prinsip seorang yang bermaruah adalah sebelum mengkritik seseorang, dia harus sedar bahawa dirinya itu adalah lebih baik dari orang yang hendak di-kritik.
salam tun,
demi semangat melayu dan masa depan negara Malaysia, ingin saya tanyakan beberapa perkara kepada tun:
1) bukti ketidaktelusan dan ketidakadilan kepimpinan pak lah. Sebagai rakyat, kita perlu tahu, menilai dan mengambil tindakan pada maklumat yang benar.
2) apakah pelan atau strategi di kaca mata tun untuk memperkasakan kembali UMNO khususnya dan orang Malayu umumnya.
sekian, wassalam
hentam77
So what is the UMNO struggle?
I'm sure besides the slogan and wonderful taglines, the rest of us need some 'ulangkaji' or for those of us who doesn't know will appreciate it.
I want to know what my forefathers were forced to signed.
Tun,
Dalam UMNO ahli akar umbi hanya boleh bersuara di peringkat cawangan. Tidak semua pemimpin Bahagian, Perwakilan dan Ahli MT yang memperjuangkan apa yang disuarakan di peringkat cawangan. Jadi ahli UMNO seperti saya hanya boleh bersuara di kertas undi. Kalau semua pemimpin atasan masih lena dan berangan-angan saya rasa PRU13 kerajaan BN akan tumbang.
Kalau orang macam Tun yang begitu berjasa kepada negara dicerca macam-macam apatah lagi ahli UMNO macam kitaorg. Jadi apa guna jadi ahli UMNO kalau suara kita tidak dipedulikan.
Semalam Dato Seri Nazri dengan celupar berkata 'we don't need him, UMNO do better without him' memang saya dan ramai lagi rakan-rakan tak boleh terima penghinaan sebegini terhadap Tun.
Ada baiknya jika Tun dan Dato Seri Anwar bermaafan dan julangkan kembali semangat kemelayuan kita
Ayahanda TUN,
Kekuatan UMNO adalah kerana kesepakatan dan kebebasan untuk bersuara untuk kepentingan orang2 melayu. scenario sekarang - grass root sahaja yang bersuara, tetapi malangnya kepimpinan berdiam diri. kecoh di cawangan sahaja. sampai ke peringkat bahagian, semua idea telah dicantas....
Jangan benarkan Mukhriz quit UMNO.
UMNO Johor - dimanakah anda?
http://hangnadim.wordpress.com/
A'kum Tun,
saya bersetuju dgn pendapat saudara heidir. Pemimpin umno skang ni kebanyakannya pengecut! Tak berani bersuara, angguk kepala mengalahkan burung kakak tua..
kalau boleh depa ni akan jaga betul2 periuk nasi masing2. Tun, jgn harap org2 camni akan kuar umno..mati hidup semula pun depa takkan buat begitu, depa ni pengecut!
yang saya heran, org mcm Mat Taib ni pun leh jadi menteri lagi?
ish..ish..ish..
ashrafkhidzar.blogspot.com
Assalamualaikum Tun Dr Mahathir,
Sebagai salah seorang cucu kepada org yg pernah berpenat lelah mencari derma untuk membangunkan satu2nya Rumah UMNO pertama di Johor, sy sepenuhnya menyokong apa sahaja tindakan Tun dalam memperjuangkan ketuanan bangsa Melayu.
Saya masih igt lagi, bagaimana arwah atuk saya keluar mencari derma dgn berbaju melayu putih, bersamping merah juga bersongkok, pusing semua kampung meminta derma untuk memperjuangkan keutamaan UMNO waktu itu iaitu ketuanan melayu.
Bukan seperti Abdullah Ahmad Badawi yang lembik dan lembab untuk bertindak, yang hanya tahu komen " Kenapa tak britau Pak lah awal2..." atau " Pak Lah akan tgk isu ni " , tapi cakap hanya tinggal cakap...
Dimana bangsa melayu masih lagi perlu mempertahankan kedaulatannya, UMNO sekarang di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dgn lantang sebuk menyuarakan slogan Kongsi Kuasa tanpa memikirkan apakah akibatnya pada bangsa Melayu sendiri.. Bukankah lebih baik mereka berjuang dgn slogan Kongsi Kuasa Ekonomi !!??
Akibatnya sekarang, melayu bakal tinggal nama dalam lipatan sejarah Malaysia.. Sudahlah kuasa kita terpaksa kongsi, ekonomi bangsa melayu pun sebuk mereka nak berkongsi..
Sekarang nih, sy cukup bosan membaca akhbar dan mendengar berita di tv sbb tiada apa tindakan atau perubahan yang berlaku di Malaysia. Sedangkan lebih banyak isu yg perlu kita tangani seperti jenayah, isu isu mat rempit, seks luar nikah dan banyak lagi...
Kita mungkin terlupa betapa pentingnya kita semua menggunakan tenaga2 pemuda pemudi kita yang sebuk berlagak tanpa hala tuju daripada membuka peluang pekerjaan kepada bangsa2 asing yang lain selain melayu..
Sy faham, ada sesetengah menteri di Malaysia lebih suka rakyat mengikut segala telunjuk penjajah daripada rakyat malaysia tahu dan boleh berusaha sendiri. Lihat sahaja industri PROTON ilham TUN yang mendapat begitu banyak bangkangan dan tentangan dari dalam UMNO sendiri. Merekalah "duri dalam daging" kepada rakyat2 malaysia yang sayangkan negaranya..
Tun, teruskan berjuang.. Saya sebagai wakil pemuda dan wakil veteran2 UMNO Johor menyokong penuh tindakan yang TUN buat, bukan kerana benci pada UMNO tetapi kerana sayangnya kami pada bangsa, agama Islam dan tanahair kami iaitu Malaysia.
Kami semua berdoa moga TUN di beri kekuatan dan kesenangan juga kejayaan untuk meletakkan apa yang benar di tempatnya... Aminnn..
Abu Hassan B Abd Rahman.
Johor.
Salam Pak Tun,
Saya setuju bahawa untuk menyelamatkan UMNO kita perlu balik kepada sejarah dan merunkai sejarah itu bagi pedoman dimasa hadapan. Saya masih ingat saranan Pak Tun suatu ketika dulu "untuk maju kehadapan kita perlu menoleh ke belakang yakni sejarah sebagai panduan serta pedoman"
Sebagai seorang muslim kita perlu berbalik kepada Al-Quran dan sunnah bagi menguatkan Ummah sejagat. Tidakkah Al-Quran itu sejarah serta perintah dari Allah swt?
Sesungguhnya perbuatan Pak Lah & keluarganya telah mengundang sepucuk surat rasmi dari neraka untuk beliau. Surat dari teman seluruh manusia di dunia ALLAH ini.
Saya doakan Pak Tun sekeluarga dilindungi dan diberkati selalu. amin...
Hidup Tuanku, Hidup Pak Tun...
http://calmechpro.blogspot.com/
umno sekarang telah di brainwashed, taat kpd presiden bermakna taat kpd parti dan mengkritik presiden adalah sama spt mengkritik parti.
inilah dilema umno skrg, mereka tidak dpt bezakan antara parti dan individu yg bergelar presiden.
Assalamualaikum Tun,
Pi habaq kat depa tu, UMNO milik orang melayu, bukan milik Abdullah Ahmad Badawi seorang. Habaq sama kat MP padang rengas sekali. Ketegaq sungguh puak depa ni...
Konnichiwa TUN,
Banyak makan sushi kat Tokyo?
Semoga TUN sihat selalu hendaknya untuk terus mendesak AAB meletak jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO.
Assalamualaikum Tun,
Setiap hari saya baca Utusan, Berita Harian, dan NST - semuanya belasah Tun. Hari ni, NST muka depan siarkan penafian D.Shahrir.
Saya sebenarnya muak baca berita penipuan mcm ni. Tp kerana nak tau apa mainan politik negara kita ni, saya baca juga disamping harakahdaily dan chedet.com sendiri.
Kesimpulannya, Tun benar. Hari ini Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Taib kata angka 1000 yg keluar UMNO tidak merisaukan UMNO sendiri. Bg saya itu kenyataan angkuh. tunjukkan mereka ni ambil lewa isu ini. dah parah nanti baru kelam kelibut.
Assalamualaikum Tun yang di sayangi dan dikasihi,
Keputusan Tun akan melambangkan kemenangan UMNO/BN pada PRU 13 nanti.
Terima Kaseh Tun.
Dear Tun
These people who said that they are loyal to Umno and you are not, are actually loyal to their own selfish agenda. To protect their own interests. Whereas they look even more stupid supporting a stupid Prime Minister. I really wish they can realise that...
MUST SEE!!!
MUSSSTT SEEE!!!
MUSTTTTTT SEEEE!!!!!!
http://www.youtube.com/watch?v=kHUzSNMUSew
http://www.youtube.com/watch?v=kHUzSNMUSew
http://www.youtube.com/watch?v=kHUzSNMUSew
http://www.youtube.com/watch?v=kHUzSNMUSew
Setia pada perjuangan ikhlas menegakkan kebenaran takkan mengenal erti taat pada mana2 platform...
Tun... We are with you....
Salam Tun....
saya bukan orang politik, tapi apa yang saya tahu ketika di pemerintahan Tun dahulu, rakyat hidup senang. Malaysia dikenali oleh serata dunia. Harga barang tidak seteruk ini. Dan kami warga pekerja kerajaan masih mendapat bonus. Tapi sekarang, tiada bonus bagi warga kerajaan, harga barang naik, keadaan politik makin kucar kacir tidak dapat dikawal.
Saya berada dibelakang Tun dalam usaha mengembalikan saat2 kegemilangan dahulu...
Insyaallah.
Assalammu'alikum TUN...
Saya sebenarnya amat mengalu-alukan keputusan TUN untuk keluar daripada UMNO. Saya sendiri sudah tidak yakin dengan kepimpinan UMNO sekarang kerana terlalu banyak perkara "tumbuk rusuk" yang diamalkan di dalam UMNO sehingga RAKYAT MENDERITA.
Saya sebagai golongan yang akan melihat keadaan negara ini lebih daripada 10 tahun yang akan datang... amat risau jika perkara ini didiamkan sahaja.
Sejak kemenangan BN dalam pilihanraya yang lalu, ternyata kerajaan sekarang ini ingin menekan ekonomi untuku kepentingan sendiri tanpa memikirkan RAKYAT... Setelah hampir kalah, perbuatan mereka seperti "desperate" mahu mengaut kekayaan Malaysia untuk poket mereka sendiri sebelum mereka jatuh dan tidak memerintah lagi.
Saya sokong TUN dan mahu melihat MALAYSIA seperti yang TUN telah wartakan melalui Wawasan 2020.
Dengan kapasiti kepimpinan sekarang Malaysia dan kaum Melayu akan LEBIH MUNDUR. Perjuangan TUN untuk memajukan kaum MELAYU akan sia-sia dan golongan seperti saya akan rugi yang mungkin akan menyebabkan kami pergi ke pihak parti lawan untuk menuntut HAK kami...
nampaknya pak lah memang tak sayangkan anak bangsa sendiri. sebab tu dia buat perangai camtu.
sebagai org pulau pinang, rasa malu nak mengaku yg saya datang dari negeri yg sama dengan paklah.
harap Tun dapat lakukan sesuatu agar kami semua tak malu yg kami rakyat malaysia. hanya Tun yg mampu lakukan dan kami semua akan menyokong perjuangan Tun.
salam
My prediction on Malaysia's under Badawi
Question:-
1. How influential Badawi in UMNO?
2. How badawi can clean up corruption in Malaysia? (Police force, Crony, Judiciary, Goverment department, Education system .etc)
3. Is Malaysia economic doing fine?
4. Why Malaysian still can live in peace even BN lost 2/3 majority?
5. Why Badawi did not show himself at Dewan Rakyat before 2008 election?
6. Is the current situation is good for the BN or good for Malaysia?
My Prediction
1. Not really
2. Since Badawi is not influential enough, he cannot change it from inside, he need to change from outside. What tool available to clean up corruption from outside?
* Educate public (Give freedom to newspapers to publish. Is it really crime rate during Mahathir era is low? Or the newspaper is not allow to publish?)
* Use opposition (Free Anwar Ibrahim)
3. Malaysia economic not really good compare to other ASIAN nation. Badawi fault? Can we follow Mahathir's kind of economic model
* During Mahathir era. Many investor still come to Malaysia as China is not rising as fast as now. Food and Petrol is subsidy by government. Thus rakyat has less burden.
* How long can we sustain if we follow Mahathir kind of economic? World food and petrol price rise, can government always give subsidy? I think Malaysia need new kind of economic. We need to U-Turn and back to the right track. U-Turn is painful. And it might need longer time to show the result. But is worth if it can sustain longer term. I believe this is what Badawi doing right now.
4. If i am a corrupted PM. I need to have full control of all states so i can maximize my corruption. In the event of 2008 election, i would ask my own party to make chao at those losing state. So i can overturn the result and instead accuse opposition for the chao. Did Badawi do that? He can do it if he wanted to.
5. Previous election BN won more than 90%. Opposition MP have no chance to voice out their opinion at all. Dewan Rakyat like a pasar malam. Then how goverment make decision? Did goverment hear all MP (BN, opposition) and rakyat voice before make decision? I am more confident with current situation, which with the present of larger opposition and being telecast live. I feel real rakyat issue is brought up by opposition and everything is handle professionally in dewan rakyat now.
6. I cannot understand why BN must win 2/3 majority else the PM must resign. I feel more confident with 2 party system. I feel the current situation is not good for BN but is good for Malaysia in long run.
Salam buat Tun..saya sebagai rakyat malaysia yang amat mengambil berat pada kestabilan ekonomi dan politik orang melayu masa kini memang rasa cukup kecewa dengan apa yang berlaku :
1. Tun keluar dari UMNO
2. Tun di caci maki setelah keluar UMNO
saya rasa cukup jelik + jijik tngk perangai anak2 buah Tun yang dulu begitu hormat dan tunduk malu pada Tun dah semakin berani tunjuk taring yang tk kemana tu utk perkara yang mereka sendiri tk faham...Teruskan perjuangan Tun..semoga Tun panjang umur untuk menyelamatkan UMNO kini yg makin nazak....
kadangkala ketika kita asyik memandang ke depan, kita mula lupa dengan apa yang ada pada diri kita dan mula menuding jari. semoga dengan keputusan tun kali ini akan membuka minda pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan hak-hak melayu supaya sedar akan kesilapan mereka. harap mereka sedar awal...
isu tun keluar umno ini tidak patut diperbesarkan lagi. apa jua keputusan tun kami rakyat hormati. takkan melayu hilang di dunia...
Ramainya manusia yang takut berkata jujur. Saya solute Tun. Ramai yang masih berada di dalam mahu jaga keselesaan 'punggung' masing2. Percayalah! wALAU pun sebenarnya ada yg setuju benar dengan tindakan tun memberi 'pukulan kuat' kepada kepimpinan Pak Lah. Tapi .. kalau orang tak mau (atau buat2 lemau) untuk berubah, payahlah. Matapun boleh jadi buta, telinga pula dengan sengaja dipekakkan.
Tetapkan pendirian, kuatkan azam.. bulatkan tekad! -- Tak lama dahhh
apa yang diperkatakan Tun adalah betul sekali.
tun kamu kena ingat politik adalah benda yang paling kotor di dunia.
Bila kamu berkuasa semua orang akan membodek kamu tetapi bila kamu sudah jatuh satu hantu pun tidak akan menyokong kamu.Inilah POLITIK.
TUN,
Hari ini Datuk Saharir hentam balik TUN pasal komen TUN duri dalam daging.
Tun Musa pula no komen.
Inilah sikap wakil rakyat kita...yang lupa...!
salam perantau
-ashar-3;22
angkatan lancang kuning nusantara
Tun,
Please rescue us from this political mess that our current leadership has created.
I'm very saddened by all these. What's the future do we have for our children, if the current mess continues?
You're still the best person to lead us through this storm.
Save our Souls (S.O.S).....wpy777
Salam Tun,
Kalau boleh saya mahu lihat Tun menjadi PM sekali lagi untuk memperbetulkan segala masalah dalam UMNO dan negara itu sendiri...
Melayu Mudah Lupa..
sekarang kepimpinan tertinggi UMNO menuduh Tun yang bukan-bukan kerana nak jaga periuk nasi masing-masing.
kalau tidak nasib mereka akan sama seperti nasib Rafidah Aziz yang merupakan satu-satunya menteri yang menghantar surat mendesak Pak Lah meletak jawatan..
Sekarang UMNO ada agenda dalam menggagalkan usaha Datuk Mukhriz dalam perebutan Ketua Pergerakan Pemuda sehingga membawa nama Datuk Mukhriz kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO..
Assalamualikum YBhg. Tun,
Dulu ada orang kata Parti Keadilan akan menerima nasib yang sama dengan Semangat46, akan tetapi telahan tu salah buat masa kini.Tubuh la parti baru kerana UMNO sudah kurang sengat sekarang.Mungkin dah terlalu tua parti itu.Ada pengundi yang dah bosan dengan nama UMNO walaupun hakikat nya nakhoda didalam UMNO itu yang buat kekusutan. Tun tidak menerima Parti Keadilan atau PAS jadi apa pilihan yang ada. Percaya lah, Melayu tidak akan berpecah. Melayu sekarang bukan sedangkal dahulu. Berpakat lah dengan Keadilan atau PAS..apa pendapat Tun.
AYAHANDA RAKYAT yang kami muliakan,
Dihari yang mulia ini kami doakan
kedua2 Tun dalam keadaan sihat wal afiat hendaknya,
Ramai antar anakanda2 bertanya siapakah personaliti dalam kepimpinan UMNO yang mempunyai ciri2 kepimpinan yang mampu mengambilikan perjuangan UMNO kelandasan yang asal.
Kalau saudara/i impikan seorang yang sehebat ayahanda lupakan sahaja lah..
Bagi ‘samurai melayu’ yang telah mengikuti perjuangan UMNO sejak zaman bujangnya hingga lah nak bermenantu tidak lama lagi walaupun bukan ‘card carrying member of UMNO’( ada ketua bah. dlm satu mesyuarat majlis tempatan berkata, kalau sdr. nak jadi ahli, janganlah pilih bah. dia..Amin) kami pernah teruja dengan kewibawaan Musa Hitam dan DSAI.( Bila DSAI setai UMNO awal 80an, kami katakan 'Watch him go, next PM of Malaysia..almost if not for his arrogance)
Masakini, kami rasakan Menteri yang ‘bakar jambatan’ dari kampung Gagu, Jelebu, N. Sembilan lah yang ada gaya dan daya meluruskan kembali landasan yang sudah bengkok. Orang Melayu minangkabau kalau bab duduk kan orang (Gotong Royong) sudah menjadi adat resam..
Dengan rendah diri mohon kami katakan;
1996- kerana keangkuhan nya, kami katakan DSAI tidak akan jadi PM.
1999- Kami katakan pak najib tidak akan jadi No.2, 'my heart said Pak Lah.
2008- Kami kirim pesan kat pak lah
‘S'gor akan tumbang kalau Khir Toyo nak 'jawakan' kerajaan S'gor(mohon maaf sdr. kaum melayu/jawa, selain dari Khir Toyo dan yang bersekongkol dengan agenda nya.’
Diperingkat nasional, kerajaan laungkan perpaduan kaum tapi Khir Toyo sebaliknya pula.
Untuk pengetahuan anda, hampir semua ‘non-javanese’ wakil rakyat digugurkannya termasuk pejuang kubur Muslim diKota D'sara yang telah mendapat sokongakan muslim PAS dan PKR di kawasan tersebut…Amin!
Bukan hendak menonjol diri tetapi hanya hendak menyatakan apa yang tersirat dihati, kalau dimakbulkan Allah swt niat kami mencadangkan Datuk Seri Utama RAIS YATIM, Phd. mengemudi bahtera yang nak karam.kembali belayar dengan sempurna.
The 2nd preference is Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Both seems to be on 'Neutral' waters.
And we believe the likes of Musa Hitam,Ku Li most of the veterans (neutrals) may nod their heads. Mungkin, Ayahanda yang pemikiran dan kewibaannya 1000> tiang talipon jauh jaraknya dari pemikiran kami yang kerdil ini mungkin angguk sikit2 kepala beliau.
Ayahanda,
Kau layak menerima Anugerah
Rimbun pelindung untuk semua
AYAHANDA tutur penghargaan rakyat
BONDA pada isteri tercinta.
Assalamualaikum Tun yang disayangi
Saya setuju betul dengan pandangan Tun. Ramai pemimpin umno yang telah menjadikan mendapat habuan dunia sebagai maksud menjadi ahli umno dan tidak seperti ahli umno yang dahulu yang ikhlas berjuang dalam umno untuk islam dan orang melayu. Apabila maksud menjadi ahli umno adalah untuk dapat dunia maka mereka menjadi penakut untuk bersuara seperti Tun. Tun adalah pemimpin yang ikhlas saki-baki pemimpin umno yang terdahulu dan sekarang umno telah ketandusan ahli yang seperti Tun yang dicintai. Allah membantu kita yang ikhlas ,datanglah ke PERHIMPUNAN DI MASJID SERI PETALING 5, 6 DAN 7 JUN INI. DR NASOHA BIN SAABIN
Diharap Tun byk2 bsabar & teruskan
perjuangan...mereka semua ini sudah
melupakan Tun& semakin melampau...walau apa pun kami tetap menyokong perjuangan Tun..
Dalam pada itu jaga lah kesihatan Tun..
wassalam.
Tun,
Jujur saya katakan saya kurang setuju dengan tindakan Tun untuk keluar daripada parti. Namun saya pasti Tun telah berfikir panjang atas tindakan tersebut.
Ada 1 soalan yang saya tanyakan pada Tun. Pada pendapat Tun, siapakah pemimpin yang paling layak menggantikan tempat DS Abdullah sekarang? Saya amat berharap Tun dapat menjawab soalan ini.
semoga Tun sihat selalu!!!
TUN, I applaud you for your courage in doing what you did.
It's not different from the election result. Since most Malaysians have lost confidence in BN they decided to move camp and voted for the opposition.
If an employee is disillusioned by their employer, they have the right and the free will to quit and join another company!
So, what's the fuss from all your former colleagues in UMNO! You have the right to quit if you are disillusioned by the party leadership.
I'm really bored with the current political scenario. It's not at all progressive and it's an embarassment to the country. All you hear are 'bodek membodek', bickering and lame politcal debated in parliament.
I want to know what the govt is going to do about the economy, puclic safety, rising cost of living,poverty etc etc!! I want to hear intelligent, progressive debates in the parliament not childish and unproductive fanfare.
I read yesterday that our inflation rate have increased to 3%. So, why am I not getting a reaction form the Govt or the PM on this matter. Instead their energy is in ensuring that you are discredited.
TUN, we need you to keep on stirring the pot until it gets too hot for those who are underperforming to remain in it.
TUN, we need you now more than ever, so stay active. stay healthy and may god bless you and the rest of us who love our homelnad Malaysia!
salam Tun,
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik.Saya agak terkilan dgn tindakan Tun Musa hitam yang bagai tak kenal diri sendiri.nampak sangat kuasa mengaburi mata hati seseorang.Tun Musa seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada generasi baru tapi menunjukkan belang yang menghancurkan masa depan generasi baru.Datuk Sharir Samad juga bercakap tak serupa bikin.KDNHEP sekarang hanya tahu menghabiskan duit peruntukkan semata-mata.tiada pembaharuan untuk rayat malah membebankan lagi rakyat.Apa yang pasti,rakyat berada di belakang Tun DM dan bukan di belakang Pak Lah. Pak Lah dan Umno sendiri akan sedar bahawa mereka akan kalah teruk di PRU 13 akan datang, sekaligus menghancurkan UMNO walaupun sebenarnya yang amat tidak disenangi sekarang bukan parti itu sendiri tapi pemimpin dalam parti berkenaan.Bagi menyelamatkan UMNO dan menghalang rakyat mengundi parti lawan,Paklah harus melepaskan jawatan agar pembaharuan dapat dicapai.Masa satu pengggal bukan sesuatu yang lama.pelbgai mcm perkara boleh terjadi.peribahasa yang digunakan Tun musa hitam,nazri aziz,datuk sharir sepatutnya berbunyi begini "Jgn kerana NYAMUK (Pak Lah dan konco2nya)habis KELAMBU (UMNO) dibakar."
Tun,
Saya percaya bahawa apabila Presiden parti tunjang kerajaan sudah hilang kepercayaan rakyat, ahli parti dan Presiden sendiri perlu menterjemahkannya dengan memberi laluan kepada kepimpinan yang baru.
nadzrikamsin.blogspot.com
ASKUM,
Saya yang dah berumur 60 tahun ni bila baca komen Musa, Nazri dan Shahrir tu nak gelak...Betul lah kata TDM, mengata dulang paku serpeh...sejarah mereka tu semua orang UMNO tahu. Pak saya dulu pun tahu...Anak saya yang berumur 35 tahun pun tahu.Tapi depa buat2 lupa. Ya Melayu Mudah lupa....
Nak tengok pula kemana depa ni hanyut nanti bila Pak Lah dah takdak...
Bravo TDM!
Tun,
Jangan tunduk kepada tekanan pemimpin UMNO kita. Teruskan usaha murni Tun untuk menaikkan imej dan menjaga maruah orang Melayu dan jangan ambil pusing kata-kata orang yang tidak faham apa itu perjuangan Melayu tulen.
Kami semua berada padu dan kukuh di belakang Tun dan semoga Tun dapat terus mengkritik demi memartabatkan bangsa Melayu dan orang Melayu UMNO sendiri yang sudah terpesong dari fahaman asal UMNO.
Salam Sejahtera Tun,
banyak orang kat Malaysia ini mudah lupa jasa dan budi Tun...orang kita lupa pada segala pengorbanan Tun telah buat pada tanahair Malaysia...dunia nak Kiamat kot!!!!!
Assalamualaikum Tun,
Saya merupakan anak dan cucu kepada penyokong-penyokong UMNO yang setia walaupun bukan ahli UMNO. Walaupun dari golongan muda dan tidak berpengalaman dalam hidup seperti DAB atau menteri-menteri dalam UMNO semasa namun saya bukan seorang buta sejarah, malahan saya membaca dan meneliti kembali sejarah nenek moyang saya dari zaman purba sehingga zaman Malaysia di bawah UMNO. Saya dapati para pemimpin atasan UMNO bukan orang yang mengetahui sejarah bangsa dan negara serta hanya memainkan nama datuk nenek moyang mereka yang sememangnya dari golongan elit pada zaman penajajahan dahulu. Jelas sekali mereka ini merupakan balaci-balaci Zionis yang tamak.
Apa yang saya nak jelaskan di sini, mereka langsung tak merasa kesusahan rakyat rendahan seperti kami serta tak mengetahui sejarah bangsa kerana hidup muda mereka banyak di tanah penjajah bersenang lenang. Dengan mudah sahaja mereka kata rakyat kena kurangkan makan nasi untuk jimatkan perbelanjaan sedangkan jika kami tak memboros pun, kami memang tidak berkemampuan. Gaji dalam bandar lingkungan RM 1000 tak mampu menampung perbelanjaan yang meningkat mendadak. Nak berseronok berhibur seperti ahli keluarga orang atasan pun tidak mampu.
Semasa zaman pemerintahan Tun M dahulu, kami tidak kisah pun jika kami dibalun atau dipalu sebab kami rakyat sanggup berkorban demi kemajuan negara. Kami tahu Tun lakukan segalanya demi memartabatkan nama bangsa. Tun bukan hanya hidup pada zaman British atau Jepun. Beliau hidup sejak zaman Siam berkuasa di Kedah. Saya orang Kedah tahulah serba sedikit sejarah bangsa dan negeri dan anggapnya sebagai penting demi jati diri. Bukan macam setengah pemimpin yang tiada jati diri dan buta sejarah. Mereka tak boleh sembunyikan fakta, kami bukan bodoh macam mereka walaupun kami marhaen.
Tun,
Saya menyokong tindakan Tun!
TDM
Parti UMNO di bawah pimpinan Pak Lah telah menjadi U Must Not Object
Setuju Tun!!
Dear Tun
I totally and 100% agrees with you. By making remarks & suggestion, commenting & critising or whatever those people wants to call, it got nothing to do with kesetiaan kepada UMNO.
Those people are just giving excuses to make them looks like the victim.
Critisme means need imporvement, suggestion means alternative (don't be narrom-minded), remarks & comments means feedback. If they UMNO accept this than sad to say they are going nowhere at all and they are selfish and self centred.
Simple example, the rakyat critisize, make remarks, complains about public services, about our police, about our MBs, that DOES NOT MEAN WE ARE NOT LOYAL TO OUR COUNTRY MALAYSIA. IT'S BECAUSE WE LOVES OUR COUNTRY SO MUCH we makes suggestion or comments so that WE COULD IMPROVE AND PROGRESS FURTHER.
TUN you got my 100% confidence vote.
Cheers. Stay healthy.
Tun yand disayangi,
Saya percaya keputusan Tun untuk meninggalkan UMNO tidak bermakna Tun tidak sayangkan UMNO. Dan mereka yang membuat banyak "bunyi" itu sebenarnya tidak seberani Tun.
Mereka sebenarnya terlalu enak duduk diatas kerusi Tertinggi menyebabkan mereka takutkan diri sendiri. Dunia ini bulat, sekian hari cuaca semakin tidak stabil. Kekadang ribut, kekadang tenang.
Begitu juga dengan politik. Hanya individu yang berfikiran terbuka mampu menerajui bangsa kita. Mereka yang berfikiran sempit, akal yang pendek, berkepentingan tidak akan menerima buah fikiran orang lain. Seolah mereka sahaja yang benar...
Sejujurnya, saya tak menyangka Pak Lah boleh sampai ke tahap ini walaupun saya tak meminati beliau sejak hari pertama beliau dilantik untuk menggantikan Tun. Pak Lah berlatar belakang agama yang kuat, boleh menjadi seorang yang begitu nepotism. Nauzubillah! Manusia itu bisa berubah bila hati sudah buta.
Wassalam..
salam tun,
Snouck Hongronje pernah menulis satu artikel di dalam 'asiatic Jounal'
Memetik kata beliau, "Melayu itu TAKSUB yang melampau. Ini berdasarkan eksperimen kecil yang saya lakukan."
Jadi, tidak hairanlah apa yang berlaku kini.
tun,
roda akan berpusing kelak. Abdullah Ahmad Badawi akan berada di tempat tun pula...
Salam, TUN
Now, I'm fully understand why you quit from the party
To me, at the moment there is no UMNO anymore, like you said, is "ABDULLAH and FAMILIE's" party,...why we should stay then..Let’s move and take a rest for a while from the party until the real umno is back....
Najib and Hissamudin are not like their father...weak and no principals at all, this is about the peoples and nation....why don't just tell the truth!! All the times they are telling fake stories in the Media, they think we peoples are stupid and easy to be manipulated...
Post a Comment