Saya ucapkan terimakasih kepada pelawat yang sudi melayari chedet.com. Saya minta maaf kerana tidak berkesempatan mengeluarkan artikel baru buat masa ini.
Tetapi sebagai menyahut permintaan pembaca, saya telah mengalih bahasa penulisan yang sebelumnya untuk paparan kali ini, sementara saya sediakan artikel yang baru.
Saya akan cuba menulis sekerap mungkin. Dua artikel pertama sebelum ini telah ditulis di dalam bahasa Inggeris. Saya akan tulis di dalam kedua-dua bahasa, Malaysia dan Inggeris, mengikut kesesuaian.
Saya mengalu-alukan maklumbalas pembaca sebagai cara untuk mengetahui pendapat yang berlainan daripada pendapat saya sendiri.
Saya minta maaf kerana tidak mungkin dapat menjawab semua pertanyaan yang diajukan. Bagaimanapun, di dalam penulisan saya yang selanjutnya saya akan cuba menjawab sedikit-sebanyak soalan-soalan yang diajukan.
Sekali lagi saya ingin mengingatkan pelayar web chedet.com supaya kita sama-sama menjaga etika dan mengambil sikap bertanggunjawab serta bertata-tertib dengan tidak menggunakan perkataan kesat di dalam ruang komentar.
Saya terima kritikan dan saya siarkan komen pengkritik-pengkritik yang tidak setuju dengan saya, tetapi saya tidak boleh siarkan kritikan yang mengandungi perkataan-perkataan yang kesat dan kurang sopan samada terhadap saya mahupun terhadap orang lain.
Saya harap semua pelayar laman web ini dapat menghormati permintaan saya ini. Saya mengalu-alukan semua pengunjung dan mengucapkan selamat melayari chedet.com.
Berkenaan dengan rencana saya tentang pelantikan hakim, ramai tidak setuju dengan pendapat saya bahawa apabila Kerajaan terpaksa berkerjasama dengan pembangkang ianya menunjuk kelemahan Kerajaan dan pendapat saya bahawa pembangkang adalah musuh.
Dari segi politik, pihak pembangkang adalah musuh. Terpaksa bekerja dengan pembangkang bukanlah tidak demokratik, tetapi menampilkan kelemahan Kerajaan.
Kerajaan yang lemah tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ianya hanya akan mengundang ugutan terhadap kuasa kerajaan. Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Jika Kerajaan tidak tegas dan terpaksa berdolak-dalik, akan timbul masalah kurang keyakinan terhadap Kerajaan. Ini akan menyebabkan polisi dan projek tidak dapat diimplimentasi dengan lancar. Mungkin ada orang yang sudah sedar akan keadaan ini.
Kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang akan lebih berjaya menempuh kritikan dan bangkangan yang semua Kerajaan harus hadapi. Tetapi Kerajaan juga haruslah mengambil maklum terhadap teguran yang dibuat pembangkang dan jika perlu mengambil tindakan berdasarkan teguran tersebut.
Di dalam konteks hari ini, Kerajaan Persekutuan tidak berdaya untuk membawa apa-apa perubahan kepada perlembagaan dan akan terpaksa menghadapi ugutan sepanjang masa. Sokongan pembangkang mungkin bersyarat dan kredit akan diberi kepada mereka.
Salah satu kepentingan memperolehi dua-pertiga majoriti di Parlimen ialah kerana tidak akan timbul masalah lompat parti oleh mana-mana ahli Kerajaan. Sekarang kita dengar tentang masalah ini hampir setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional kini bagai cacing kepanasan. Dan cacing yang kepanasan tidak boleh mencapai apa-apa pun.
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat dua-pertiga majoriti Parlimen. Sebagai ukuran kekuatan, majoriti dua-pertiga membenarkan Kerajaan membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan baik tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.
Mungkin juga cadangan untuk meminta sokongan atau kerjasama dibuat dengan ikhlas di atas semangat demokrasi. Persoalannya kenapa sekarang? Kenapa tidak apabila Kerajaan memperoleh majoriti 90 peratus selepas Pilihanraya Umum 2004? Perubahan kepada cara hakim-hakim dipilih sepatutnya boleh dilakukan selepas kejayaan cemerlang 2004.
Saya berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu Kerajaan Persekutuan yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak, yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara tanpa perlu rasa takut atau ragu-ragu.
Tetapi saya juga berpendapat akan perlunya pembangkang yang kuat. Ini adalah untuk memastikan yang Kerajaan tidak menyimpang daripada landasan sebenar, ataupun menyalahguna kuasanya.
Gandingan pihak Kerajaan yang kuat dan pembangkang yang mempunyai kekuatan serta keinginan untuk memantau penyalahgunaan kuasa Kerajaan akan membawa kebaikan bagi Malaysia.
Berkenaan cadangan Kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman, adakah ini kerana ianya bagus ataupun tindakan tergesa-gesa untuk memenangi sokongan yang hilang?
Berkenaan kritikan saya terhadap kepimpinan Kerajaan sekarang, saya percaya saya mempunyai hak berbuat demikian. Berhenti daripada Kerajaan hanya bermakna menyerahkan kuasa dan kekuatan. Tetapi ianya tidak bermakna saya harus menyerahkan hak kerakyatan saya. Saya mempunyai hak untuk mengambil berat terhadap pentadbiran tunggang terbalik negara ini dan juga parti yang saya tolong pulihkan pada tahun 1987.
Parti ini bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini. Parti juga bukan kepunyaan saya. Ianya adalah kepunyaan semua ahlinya. Buat masa ini ahli parti tidak dibenar mengkritik. Mereka hanya boleh mengiakan apa sahaja yang Dato Seri Abdullah kata atau lakukan.
Memandang yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan menyimpang.
Tetapi sebagai menyahut permintaan pembaca, saya telah mengalih bahasa penulisan yang sebelumnya untuk paparan kali ini, sementara saya sediakan artikel yang baru.
Saya akan cuba menulis sekerap mungkin. Dua artikel pertama sebelum ini telah ditulis di dalam bahasa Inggeris. Saya akan tulis di dalam kedua-dua bahasa, Malaysia dan Inggeris, mengikut kesesuaian.
Saya mengalu-alukan maklumbalas pembaca sebagai cara untuk mengetahui pendapat yang berlainan daripada pendapat saya sendiri.
Saya minta maaf kerana tidak mungkin dapat menjawab semua pertanyaan yang diajukan. Bagaimanapun, di dalam penulisan saya yang selanjutnya saya akan cuba menjawab sedikit-sebanyak soalan-soalan yang diajukan.
Sekali lagi saya ingin mengingatkan pelayar web chedet.com supaya kita sama-sama menjaga etika dan mengambil sikap bertanggunjawab serta bertata-tertib dengan tidak menggunakan perkataan kesat di dalam ruang komentar.
Saya terima kritikan dan saya siarkan komen pengkritik-pengkritik yang tidak setuju dengan saya, tetapi saya tidak boleh siarkan kritikan yang mengandungi perkataan-perkataan yang kesat dan kurang sopan samada terhadap saya mahupun terhadap orang lain.
Saya harap semua pelayar laman web ini dapat menghormati permintaan saya ini. Saya mengalu-alukan semua pengunjung dan mengucapkan selamat melayari chedet.com.
Berkenaan dengan rencana saya tentang pelantikan hakim, ramai tidak setuju dengan pendapat saya bahawa apabila Kerajaan terpaksa berkerjasama dengan pembangkang ianya menunjuk kelemahan Kerajaan dan pendapat saya bahawa pembangkang adalah musuh.
Dari segi politik, pihak pembangkang adalah musuh. Terpaksa bekerja dengan pembangkang bukanlah tidak demokratik, tetapi menampilkan kelemahan Kerajaan.
Kerajaan yang lemah tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ianya hanya akan mengundang ugutan terhadap kuasa kerajaan. Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Jika Kerajaan tidak tegas dan terpaksa berdolak-dalik, akan timbul masalah kurang keyakinan terhadap Kerajaan. Ini akan menyebabkan polisi dan projek tidak dapat diimplimentasi dengan lancar. Mungkin ada orang yang sudah sedar akan keadaan ini.
Kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang akan lebih berjaya menempuh kritikan dan bangkangan yang semua Kerajaan harus hadapi. Tetapi Kerajaan juga haruslah mengambil maklum terhadap teguran yang dibuat pembangkang dan jika perlu mengambil tindakan berdasarkan teguran tersebut.
Di dalam konteks hari ini, Kerajaan Persekutuan tidak berdaya untuk membawa apa-apa perubahan kepada perlembagaan dan akan terpaksa menghadapi ugutan sepanjang masa. Sokongan pembangkang mungkin bersyarat dan kredit akan diberi kepada mereka.
Salah satu kepentingan memperolehi dua-pertiga majoriti di Parlimen ialah kerana tidak akan timbul masalah lompat parti oleh mana-mana ahli Kerajaan. Sekarang kita dengar tentang masalah ini hampir setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional kini bagai cacing kepanasan. Dan cacing yang kepanasan tidak boleh mencapai apa-apa pun.
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat dua-pertiga majoriti Parlimen. Sebagai ukuran kekuatan, majoriti dua-pertiga membenarkan Kerajaan membuat apa sahaja keputusan yang difikirkan baik tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.
Mungkin juga cadangan untuk meminta sokongan atau kerjasama dibuat dengan ikhlas di atas semangat demokrasi. Persoalannya kenapa sekarang? Kenapa tidak apabila Kerajaan memperoleh majoriti 90 peratus selepas Pilihanraya Umum 2004? Perubahan kepada cara hakim-hakim dipilih sepatutnya boleh dilakukan selepas kejayaan cemerlang 2004.
Saya berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu Kerajaan Persekutuan yang kuat dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak, yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan negara tanpa perlu rasa takut atau ragu-ragu.
Tetapi saya juga berpendapat akan perlunya pembangkang yang kuat. Ini adalah untuk memastikan yang Kerajaan tidak menyimpang daripada landasan sebenar, ataupun menyalahguna kuasanya.
Gandingan pihak Kerajaan yang kuat dan pembangkang yang mempunyai kekuatan serta keinginan untuk memantau penyalahgunaan kuasa Kerajaan akan membawa kebaikan bagi Malaysia.
Berkenaan cadangan Kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman, adakah ini kerana ianya bagus ataupun tindakan tergesa-gesa untuk memenangi sokongan yang hilang?
Berkenaan kritikan saya terhadap kepimpinan Kerajaan sekarang, saya percaya saya mempunyai hak berbuat demikian. Berhenti daripada Kerajaan hanya bermakna menyerahkan kuasa dan kekuatan. Tetapi ianya tidak bermakna saya harus menyerahkan hak kerakyatan saya. Saya mempunyai hak untuk mengambil berat terhadap pentadbiran tunggang terbalik negara ini dan juga parti yang saya tolong pulihkan pada tahun 1987.
Parti ini bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini. Parti juga bukan kepunyaan saya. Ianya adalah kepunyaan semua ahlinya. Buat masa ini ahli parti tidak dibenar mengkritik. Mereka hanya boleh mengiakan apa sahaja yang Dato Seri Abdullah kata atau lakukan.
Memandang yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan menyimpang.
353 comments:
«Oldest ‹Older 201 – 353 of 353Salam Tun,
Memang kerajaan skg ni lemah.
Dlm keadaan umur bumi sekarang tua
Gejala pemanasan global, keganasan krisis mineral
dan banyk lagi maka kerajaan sepatutnya mengkaji semula
peruntukkan pembiayaan untuk semua projek 'koridor-koridor'.
Rakyat jelata lebih sensitif pada barang keperluan harian.
Peningkatan harga barang asas ini umpama bom jangka panjang.
Kerajaan ckp baru2 ni suruh rakyat berjimat cermat.
Apa yang sy tgk mereka cuma NATO.
No Action Talk Only.
Mereka perlu mengkaji semula peruntukkan pembiayaan projek mega kerajaan.
Kalau benar mereka memimpin melalui teladan
Suruh rakyat berjimat cermat
Seharusnya kereta rasmi kerajaan semua kereta Nasional
Ini ada sy nmpk sy MB pakai BMW.
Dan banyak lagi, mereka ckp kita harus memartabatkan institusti pengajian tinggi tempatan
Tp berapa ramai anaj YB/MB bljr oversea?
Ini umpama seorang bapa melarang anak lelakinya merokok
Tp batang rokok masih di jari tangan.
Ini untuk comment pada kerajaan skg.
Dulu waktu Tun melaksanakan tambatan mata wang asing pada 1997
Seluruh dunia mengutuk tindakan itu
Skg si Polis dunia mula meniru model itu.
Benda macam ni da berlaku zaman Nabi Noh
Kaumnya mengejek Nabi Noh membuat bahtera di atas bukit
Kerana itu merupakan perbuatan orang gila membina bahtera
Di atas bukit
Bah pun tiba maka pupuslah kaumnya
Begitu juga pada US
Mengecam Malaysia pada thn 1997 yg melaksanakan tambatan
mata wang asing. Skg mereka mulai sedar
Terima Kasih untuk bijaksana Tun
Klu lebih kurang 500 thn lalu Melaka berbangga dengan kebijaksanaa Tun Perak
Skg Malaysia berbangga dengan kebijaksanaan Tun
Sungguhpun semua ini datang dari Allah swt.
Segala puji bagiNya kerana memberi kebijaksanaan kepada Tun...
Salam Tun,
saya rasa terpanggil untuk memberi pandangan saya mengenai keadaan di Malaysia. saya tidak berminat untuk membincangkan isu semasa tetapi lebih kepada isu pemikiran rakyat malaysia.
saya sangat tertarik dengan isu 'malaysia boleh' yang saya boleh sama ertikan dengan 'american dream'. those american can achieve higher because :
1. they plan their own path for 100/1000 years in advance.
2. american dream : US president introduce programme 'first man on the moon' for the sake of giving inspiration for their people the importance of dream.
tetapi di malaysia, program angkasawan dianggap sebagai program untuk bermegah-megah dan merugikan duit rakyat. masyarakat kita tidak diterapkan dengan 'semangat untuk berharap' atas alasan mengikut kata peribahasa 'angan-angan mat jenin'.
saya ingin memetik kata2 dlm buku 'The Last Lecture' by Randy Pauch : when u use money to fight poverty, it can be of great value, but too often you're looking at the margins. when u're putting people on the moon, you're inspiring all of use to achieve the maximum of human potential, which is how our greatest problem will eventually be solved.
my 2 cents of thought.
Assalamualaikum Tun,
Pertama sekali terima kasih kerana membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Sebagai anak Malaysia yang mencari rezeki di negara orang saya berbangga apabila orang memandang hormat pada kita. Bukan sahaja kerana kebolehan tetapi juga kerana kita dari Malaysia. Walaupun terbit perasaan kurang senang dengan tindakan terhadap DSAI beberapa tahun lalu, tetapi apabila saya merenung kembali, ianya adalah adat resam politik.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan Tun terhadap kerajaan sekarang terutama sekali kepada teraju kerajaan. Pada pandangan saya Pak Lah terlalu mengaplikasikan konsep democratic di dalam pengurusan kerajaan dan tidak begitu tajam dan sensitif kepada situasi yang memerlukan beliau di depan. Berbanding dengan konsep yang Tun aplikasikan (correct me if I'm wrong) dahulu semasa mentadbir kerajaan. Balance of democratic and autocratic. Dan juga kadang-kadang perlu kita guna system devide and rule. Ianya nampak lebih berkesan di dalam pentadbiran sesebuah negara seperti Malaysia.
Saya akan sentiasa berada dibelakang Tun dalam apa jua pandangan Tun terhadap kerajaan sekarang kerana saya percaya bahawa apa yang Tun lakukan sekarang ialah sesuatu yang terbit dari keikhlasan untuk melihat Malaysia lebih maju dimasa hadapan.
Semoga Allah beri kekuatan pada Tun untuk meneruskan usaha yang baik ini.
Dear Dr., are you trying to say that our present government is weak? Why not you try help make it better and not make comments or statements that could make it worse. I really want to see all our leaders actually have the same say for all of this, not just merely pointing fingers and blaming everyone else.
I want to see malaysia regain it's political stabilty prosper, and continue to prosper. You hold a big key in making this work, so please a plead you, let's heal the wrong doings and help BN and UMNO get their strength back. Wassalam.
To my dearest Tun,
i've read your compilation of your selected letters to world's leaders.
seriously Tun, how does your mind works? you'r able to give amazing thots n solutions in a very modest way.envy you for that.sigh.(slap myself)
malaysia is lacking of firm n brilliant creature like you.its a pity to see the capabilities of Badawi's MPs now.they are like cuty little puppets in Badawi's show.
we need u Tun.every now and then. if only i can meet u one of these days.insyallah kan Tun.
take care.
with my highest regards,
someone who adores u.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Tun Dr Mahathir Mohamad yang disanjung tinggi... Segala pujian hanyalah layak kepada Allah Subhannahu Wataala dan selawat dan salam keatas Junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.
Saya sangat menghormati kepimpinan unggul lagi cemerlang, terbilang dan gemilang Tun selaku Mantan Perdana Menteri Malaysia.
Saya bukanlah rakyat Malaysia tetapi adalah seorang rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Jadi saya masih pekat menjunjung taat setia terhadap seorang raja yang berdaulat.
Saya boleh fahami mungkin Tun mahupun Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun dulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun rasa kurang elok jika pihak kesultanan Melayu di Negara Malaysia terlalu diberi laluan untuk memegang hak kuasa mutlak.
Walau bagaimanapun saya rasa adalah elok sekiranya Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agung dan Sultan-Sultan di setiap negeri dalam Malaysia diberikan status mertabat yang khusus dan istimewa dan jangan sekali-sekali dihina di dalam Parlimen. Apatah lagi Sultan Perak yang menerima cemuhan dari salah seorang Wakil Rakyat dari Parti Pembangkang tempoh hari adalah bekas atau Mantan Yang Di-Pertuan Agung Malaysia. Tak elok!
Saya bukan apa cuma terkilan sikit kenapa budaya adat resam bersultan yakni satu-satunya institusi yang boleh menyatupadukan rakyat dalam sebuah negara Melayu diketepikan dan seakan-akan dihapuskan oleh keghairahan berdemokrasi ala barat?
Saya bertuah juga kerana sempat bersalaman dengan Tun ketika satu lawatan rasmi ke negara kecil molek saya pada tahun 90'an.
"The Malay Dilemma" adalah buku yang pertama saya beli hasil dari titik peluh saya sendiri setelah menerima gaji ulung saya semasa usia saya 19 tahun dulu. Sekarang saya tengah mencari buku-buku hasil karya Tun yang terbaru. Apakah judul-judul buku tulisan Tun sendiri yang patut saya beli?
Assalamualaikum Tun Dr Mahathir,
Finally we can talk to you directly. Alhamdulillah. I was born buka2 mata je dlm era tun menjadi PM. I was so proud of you for being our Asian hero and our own hero. Saya setuju dgn pendapat tun ttg keadaan kerajaan kita sekarang ni. Komen dan pendapat Tun amat2 diperlukan utk kita sama2 meneruskan menjaga kestabilan Malaysia dan keharmonian rakyat.
Tun,
When I was studying in UK, I work as a part time waitress in a Bangladesh restaurant. Terus terang sy kata kan, we are having difficulties di sebabkan tukang masak kat kitchen tu tak pandai ckp b.inggeris and mostly sume pekerja kitchen di situ. But amazingly, when I introduce myself from Malaysia, the first word came out from them "Mahathir-very good man" sambil tunjuk tangan bagus.I was so proud dan terus saya terfikir, bertapa rakyat negara luar pon kenal dan hormat kan Tun Dr Mahthir walaupon tak reti nak berbahasa inggeris.
Semoga Tun teruskan menulis artikel2 in the future dan dikurnikan kesihatan yang baik. We looove u Tun!!!
Assalamualaikum
Dear Tun, may I suggest that you link your Malay articles to the English versions and vice versa and indicate that they are translations of the same article, seeing that some readers got confused.
Tun, one problem with the Government is its tactics for keeping the 2/3 majority, for "staying strong" as you say...
like the tight control of print and broadcast media, supressing critical views and even incriminating information. Not to mention the ethnocentrism-fostering propoganda it uses to fish for support.
It should be obvious why the rakyat can't trust nor respect the Government.
Welcome to the blogosphere by the way, Tun. I'm so happy you are finally here.
Dear Tun,
Saya di sini sememangnya teramat mengagumi kepimpinan tun, kerana tun malaysia begitu gemilang dan bergitu terbilang.Tapi sayang tun skegemilangan tun tidak dilanjutkan oleh kepimpinan sekarang.Ternyata Pak lah sememangannye bukan seorang pemimpin yang agung jika dibandingkan dengan Tun.Dalam sejarah kepimpinan negara sebelum ini tidak ada negeri di bawah perdana menteri kecundang, Paklah mencipta sejarah di mana negeri kelahirannya sendiri pun tewas kepada pembangkang.Amat memalukan sekali.Saya amat menghargai apa yang Tun telah tun lakukan kepada negara bertuah ini.Pak lah seolah sudah kehabisan idea untuk menjana dan memacu perjalanan kemakmuran negara .Ia seolah-olah banyak menamakankan semuala projek yang di rencanakankan oleh tun.Akhir kata semoga Tun sihat dan dirahmati Allah.
Dear Tun,
Saya di sini sememangnya teramat mengagumi kepimpinan tun, kerana tun malaysia begitu gemilang dan bergitu terbilang.Tapi sayang tun skegemilangan tun tidak dilanjutkan oleh kepimpinan sekarang.Ternyata Pak lah sememangannye bukan seorang pemimpin yang agung jika dibandingkan dengan Tun.Dalam sejarah kepimpinan negara sebelum ini tidak ada negeri di bawah perdana menteri kecundang, Paklah mencipta sejarah di mana negeri kelahirannya sendiri pun tewas kepada pembangkang.Amat memalukan sekali.Saya amat menghargai apa yang Tun telah tun lakukan kepada negara bertuah ini.Pak lah seolah sudah kehabisan idea untuk menjana dan memacu perjalanan kemakmuran negara .Ia seolah-olah banyak menamakankan semuala projek yang di rencanakankan oleh tun.Akhir kata semoga Tun sihat dan dirahmati Allah.
Salam Tun Dr.M
Saya perasan ramai disini yg memuji tindakan Tun menambat matawang asing pada 1997.
Akan tetapi,berdasarkan temuramah DS Anwar dgn ABC (Australia) pada 22 April lalu (melalui rancangan Newshour with Jim Middleton),DS Anwar mengatakan bahwa tindakan Tun telah menjadikan Malaysia hilang daya saing dirantau ini.
Berikut adalah sebahagian transkrip temuramah tersebut
"Jim Middleton: You had your differences with Dr Mahathir over economic policy, he chose to ignore the IMF, for example, but still succeeded in insulating Malaysia from the Asian economic meltdown. So he did have a degree of success, didn't he?
Anwar Ibrahim: This was just an excuse, a pretext by Mahathir to deflect from the stench in the backyard of massive corruption and rigging. How do you measure success ultimately? You measure by the mid-term, economic performance. And you know, after that, after the initial success, as compared to Indonesia, which was a very poor example.
Indonesia, with the reserves, with the economic strength, with the investments, was far below Malaysia at that time. So to compare is of course apple to orange. But what is important in my mind, all these countries Korea has now surpassed us, Thailand has been able to be stabilised, able to stablise the economy. In Indonesia, in some ways surpassed in terms of foreign investment, in terms of getting more confidence. Malaysia has not been able to move beyond that.
Jim Middleton: You mentioned the economy just then and also earlier in the interview, what in your view is the prescription, what is the way forward for Malaysia at this juncture?
Anwar Ibrahim: Now, I reiterate, first, we have lost our competitiveness. In the 1990s with all the problems, excesses, that you did allude to, Malaysia was still number one in terms of foreign investments, number one in terms of growth, number one in terms of competitiveness in Asia. Now, in terms of foreign direct investments, growth, and competitiveness we have lost."
Apakah komen Tun terhadap pernyataan tersebut?
Dear Tun,
That true what u say Tun...i wish you stay healthy and good luck for you and go on to save our country from weak government...
Y.A.Bhg Tun,
Assalamualaikum. Didoakan Tun sentiasa sihat dan dibawah lindunganNya. Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih diatas sumbangan besar Tun kepada agama bangsa dan negara yang secara langsung dan tidak langsung dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia termasuk kami.
Berbalik kepada "kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum", saya berpendapat kelemahan kerajaan tidak harus dilihat dari segi jumlah majoriti yang dicapai oleh kerajaan pemerintah semata-mata. Ini kerana ianya hanyalah turutan dan juga sebagai indikasi kepada kerajaan yang sememangnya lemah yang ditadbir oleh pemimpin yang lemah.
Apa guna majoriti 90% sokongan, jika tidak digunakan sebagai kekuatan untuk merpertahankan keputusan-keputusan kerajaan. Sebaliknya suruhanjaya demi suruhanjaya ditubuhkan, demi mengikut telunjuk minority dalam isu-isu yang tidak berkepentingan rakyat bawahan seperti isu kehakiman. Inilah kelemahan kerajaan yang sebenar.
Kerajaan juga lemah apabila tidak berjaya menyelesaikan dan/atau menjawab isu-isu melibatkan kepentingan strategik negara seperti Jambatan bengkok, MV Agusta, Pantai dsbnya. Semakin lemah kelihatannya kerajaan apabila isu minyak masak pun tidak dapat ditangani dengan cekap padahal kita adalah pengeluar minyak sawit utama.
Pendek kata, kerajaan Barisan Nasional sejak 2004 sememangnya lemah, tidak mempunyai visi dan bergantung secara keterlaluan kepada retorik.
Islam Hadhari, Koridor dan Wilayah Pembangunan yang dicanangkan, bukan sekadar kosong, malah pada saya adalah bernilai negatif kerana banyak perbelanjaan mempromosikan tong kosong yang tiada apa-apa isi. Ia bukan saja tidak mendapat kepercayaan rakyat, malah menghasilkan persepsi negatif terhadap kerajaan BN.
Kelemahan ini sekarang dieksploitasi dengan sepenuhnya oleh kaum minoriti yang merasa seolah-olah mereka berkuasa kerana kerajaan banyak cuba menjadi popular kepada puak-puak monoriti dan mengabaikan kepentingan kaum majoriti.Melihat keadaan ini, pihak majoriti pula akan mengumpul momentum untuk memulakan gerakan bagi menjaga kepentingan mereka.Gerakan ini jika tidak dipedulikan akan menimbulkan kemarahan dan akibatnya pasti tidak baik kepada semua pihak. Kemarahan ini akan akan lebih membakar apabila media menutup terus suara mereka dan menggambarkan rakyat masih "saya sokong" kepada kerajaan. Selebihnya, saya fikir kita semua sudah faham, sejarah telah membuktikan 39 tahun yang lalu.
Saya kurang bersetuju jika dinyatakan bahawa kerajaan yang lemah tidak baik untuk negara berbilang kaum.Saya lebih bersetuju jika dikatakan kerajaan lemah tidak baik untuk mana-mana negara, dan bagi sebuah negara berbilang kaum, kerajaan yang lemah sangat merbahaya.
salam tun,
saya sangat seronok mendapat membaca artikel tun, tahniah pada tun kerana dapat membuat blog, dapat kami sebagai rakyat untuk memberikan kata dua dan semangat kepada tun untuk membetulkan keadaan negara kita. tun adalah idola saya, idola yang sangat saya hormati dan sanjungi, saya juga ingin sangat-sangat berjumpa dengan tun dan ingin berborak dengan tun dan kita boleh minum kopi bersama, insyaallah..... cita-cita saya adalah untuk menjadi menteri kewangan, dan saya ingin menjadi menteri kewangan seperti zaman tun menjadi menteri kewangan, insayaallah. pada diri saya sebagai seorang rakyat dan pernah berada di di bawah pemerintahan tun, saya memang sangat bersetuju dengan apa sahaja tindakan tun termasuk hal datuk seri anwar ibrahim, tapi itulah takdir allah dan kita sebagai manusia hanya perlu berserah padanya, dan semua yang ditakdirkan mempunyai hikmah yang tersembunyi.harap tun tabah menghadapi dugaan dan cabaran. saya sentiasa di belakang tun, insyaallah. saya harap satu masa nanti kita dapat berjumpa dan dapat memberikan sesuatu kepada tun.
kirim salam kepada tun dr.siti hasmah.
salam.
Hey you guys commenting in English- This is a translation for people who "nggak bisa speakee Ingrees"!
You wanna comment in Ingreees, do so in the earlier post, lah!
Betui-betui Bolehsia lah, you people!!
Org Malaysia ni betui2 pandai .... kalau TDM cakap - Kerbau ada lima kaki - pun nanti semua boleh setuju, sambil berdegar2 menyahut "Hidup Pak Tun!".
No offence Tun sir - but I believe this is the result of upbringing under your leadership where they had nobody else's opinion to consider!
This is what you call unthinking idolatry!
Thank You.
Best of health to you too, Sir.
Salam.
Semoga panjang umur Tun dr Mahathir.
Amin.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada Tun Dr Mahathir untuk terus bersuara demi kepentingan agama, bangsa, dan negara.
Saya menyokong pendapat Tun terhadap pentadbiran Datuk Seri Abdullah yang dilihat sebagai amat lemah dan tidak strategis.
Kewujudan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah mengundang kerosakan terhadap negara tercinta, Malaysia.
Kebanyakan perancangan dan polisi Tun dahulu telah diperlekehkan oleh pentadbiran Pak Lah. Padahal perancangan dan polisi itu lebih bersifat strategik dan mempunyai agenda tersendiri. Sebaliknya perancangan dan polili Pak Lah tidak mencerminkan sebarang nilai yang sesuai untuk kemajuan negara.
Saya sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan agama, bangsa, dan negara berharap agar Tun dapat melibatkan diri dalam arena politik bagi memulihkan keadaan negara yang terumbang-ambing sekarang.
Selagi Pak Lah kekal sebagai PM Malaysia sudah tentu bermacam-macam kerosakan yang akan timbul dan akan punahlah negara pada suatu masa nanti.
Pada pandangan saya, orang Melayu perlu mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran supaya Pak Lah turun. Orang Melayu juga perlu menunjukkan ketuanan mereka dengan memberi "suatu pengajaran" terhadap mana-mana pihak yang mahu mempertikaikan kesucian agama Islam, hak keistimewaan Melayu, dan kedaulatan Kesultanan Melayu.
Selagi orang Melayu berlembut selagi itulah pelbagai tuduhan dan hasutan akan dilontarkan terhadap agama Islam, keistimewaan Melayu, dan kedaulatan Sultan.
Assalamualaikum Tun,
Terima Kasih kerana mewujudkan laman web ini,. Saya amat berharap agar Tun dapat menerangkan beberapa isu yang sering di utarakan oleh pembangkang dari sejak zaman Tun sebagai Perdana Mentari hinggalah ke sekarang. Antara isu tersebut adalah Isu DEB dan ISA. Semoga dengan penerangan Tun nanti akan menjadi peluru kepada kami untuk menghadapi pembangkang walaupun di peringkat bawahan.
Sekian terima kasih
asaalamualaikum ayah tun,
berhubung soal kerajaan yang lemah yang dipersoalkan oleh ayah tun, ianya banyak disebabkan oleh tahap demokrasi tulen yang belum lagi sesuai untuk digunapakai di malaysia namun telah dipakai selepas ayah tun berundur.
sebab-sebab dari berlakunya liberalisasi terhadap hak-hak yang belum perlu dibebaskan ini adalah kerana idealisma yang dibawakan oleh successor ayah tun yang memang tampak telah terpengaruh dengan seseorang yang ayah tun pernah didik dan 'musnahkan'.
tetapi atas perkara yang berlaku hari ini, ianya mungkin akibat seperti yang dinyatakan tadi apabila idea yang belum sesuai diutarakan, 'dibocor' lebih awal.
suka saya sekiranya ayah tun dapat menjelaskan kepada umum bentuk pimpinan yang ideal mengikut kacamata ayah tun agar rakyat yang masih percayakan ayah tun akan berusaha untuk merealisasikannya melalui 'proses-proses demokrasi'..
salam
http://ipohmalay.blogspot.com
Assalamualaikum Tun,
I was so excited bila dpt tahu Tun ada blog sendiri. Sy lahir dlm tahun 1978 dan membesar dlm era kepimpinan Tun. Bukan nak mengampu atau fanatik, tp apa yg boleh sy katakan, sy sentiasa rasa selamat & selesa berada dibawah pimpinan Tun walau apa saja masalah yg melanda negara pd waktu itu. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Skrg, sy sudah bersuami dan mempunyai sepasang anak kecil. Hari demi hari, sy mula merasa gusar & bimbang akan masa depan anak-anak sy. Dengan keadaan politik yg kalut, harga barang keperluan yg kian naik, kos pendidikan anak-anak yg semakin menyesakkan dada, masalah sosial yg kian meruncing dan pelbagai lg masalah sampingan yg kononnya kecil, menjadikan kebebasan untuk memenuhi tuntutan dan kelangsungan hidup kian kecil. Setiap hari sy berdoa akan ada seorang lg pemimpin yg berfikiran jauh & matang seperti Tun yg akan memimpin Malaysia Bumi Bertuah!
Berbalik kepada blog Tun, sy agak bersetuju dgn pandangan dan komen dari malayamuda yg mengutarakan tentang double standard apabila bercakap tentang perbezaan hukuman atas orang yg berani mempertikaikan tindakan Sultan or Yg DiPertuan Agong. Let me remind u of his/her comment "If Karpal and MCA President Ong Ka Ting are wrong to " tegur " the Crown Prince of Kelantan for his remarks......
arent some UMNO members wrong to call the Royalty " Natang" in Trengganu for not appointing Idris Jusoh MB
and worse still isnt getting a member of the Selangor Royalty to be charged and hancuffed and jailed a sign of disrespect to the royalty as a whole ?
Or is it that we have two different rules , one for the Opposition and another for the Government ?"
Moga perkara seperti ini tidak menjadi duri dalam daging dalam konteks keharmonian dan orang2 melayu khasnya sentiasa berfikir jauh dalam tindak tanduk dan tidak hanya nampak akan kesilapan org lain sedangkan diri sendiri sentiasa dianggap melakukan perkara yg betul. Nauzubillah..
Doa sy agar Tun sihat sejahtera sentiasa, dipanjangkan umur untuk terus menjadi pemimpin kami walau dibelakang tabir dan diampunkan segala dosa Tun sepanjang menjadi pemimpin kesayangan saya sekeluarga. Amin..
Salam Tun,
Saya setuju bahkan apa jenis kerajaan pun jika lemah tidak akan membawa kesejahteraan rakyat. Sejarah keruntuhan Kesultanan Melaka nampak jelas berulang pada parti keramat UMNO.
Nampak tak lama lagi jika Pak Lah enggan turun maka UMNO akan tinggal sejarah pada kita semua. Orang Melayu akan gigit jari bilamana Ketuanan Melayu sudah kikis dan beraleh kepada konsep Malaysian Malaysia. Ini menunjukkan perjuangan DAP / PAP telah berjaya menerapkan misi mereka sejak Pak Lah yang LEMAH jadi PM kita.
Sungguh malang orang Melayu dapat pemimpin macam ni. Saya dan orang Melayu lain tertunggu2 bila agaknya Pak Lah nak undur. Hari ia undur adalah kemenangan bagi rakyat Malaysia.
Hidup Tun.
assalamualaikum Tun yang dihormati & dikasihi oleh saya & keluarga..
Rasa gembira sgt bile baca suratkhabar yg Tun akan menulis kembali.. Tun, saya bersetuju bahawa kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum.. kerana kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak.. kdg2 kita mmg kene berkeras dalah sesetangah perkara kerana apabila tiada rasa hormat pada pemimpin, maka lemahlah sesuatu pentadbiran itu..
teringat du uia bila Tun dtg & rasa teramat bangga bila lihat pelajar2 asing bagitu mengkagumi Tun..
Tun, teruskan menulis.. saya suka membaca tulisan Tun..
i agree with your comment tun..
we need a perfect laeder..
i love malaysia
Salam Buat Tun,
Sesungguhnya tindak-tanduk kerajaan kini amat mengecewakan kami rakyat Malaysia. Bantulah Tun, bantulah tangani kerajaan semasa sekarang. Walau sekadar pandangan mahupun kritikan Tun, saya pasti kerajaan akan melihatnya jua.
Salam Buat Tun,
Sesungguhnya tindak-tanduk kerajaan kini amat mengecewakan kami rakyat Malaysia. Bantulah Tun, bantulah tangani kerajaan semasa sekarang. Walau sekadar pandangan mahupun kritikan Tun, saya pasti kerajaan akan melihatnya jua.
tun, wateva they said about u, we, malaysian, always supporting u..
Assalamualaikum Tun, saya amat berbangga dapat menulis komen di dalam blog Tun. Saya pernah bersemuka dengan Tun semasa jadi student di UK dulu. Saya masih ingat lagi pertemuan tersebut. Sebaik saja mendarat di Heathrow, Tun terus berjumpa dengan kumpulan kami tanpa berehat dulu. Memang saya kagum dengan stamina kerja Tun. Dalam pertemuan itu, kami sedikit sebanyak 'menghentam' kerajaan dan menyampaikan permasalahan kami. Tun kelihatan agitated tapi tetap cool. Tun tetap menjawab setiap soalan yang kami ajukan dengan tenang dan kadang-kala sinis seperti biasa. Tun tak melenting walaupun kami ni budak yg belum kerin hingus lagi. Lepas tu Tun pelawa kami makan hidangan yang disediakan dan terus melayan kami dengan baik. Untuk pengetahuan Tun, foto yang saya ambil bersama Tun di pertemuan tersebut dengan bangganya terletak bersama foto-foto keluarga saya di ruang tamu rumah saya. Yang bestnya apa yang kami complaint mendapat perhatian serta-merta dari Tun dan terus dilaksanakan selepas Tun kembali ke tanahair. memang Tun seorang pemimpin yang prihatin.
Saya banyak travel keluar negara atas urusan syarikat dan pernah jadi expatriate di luar negara. Ini semua berlandaskan dasar-dasar yang Tun laksanakan supaya syarikat Malaysia membuka pasaran baru dan boleh bersaing di arena antarabangsa. Memang kami boleh berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia amat dihormati berikutan pembangunan pesat yang dipacu oleh kepimpinan Tun. Kemana saya pergi bila disebut malaysia, nama Tun pasti disebut dan dipuji sebagai pemimpin dunia yang berani dan hebat....ada kelas gitu. Hinggakan negara luar meniru dasar-dasar Tun seperti contohnya Kazakhstan dan Turkmenistan. Rakyat Bosnia tidak akan lupa jasa-jasa Tun yang banyak memperjuangkan nasib mereka dan membantu mereka semasa peperangan di Balkan. Saya rasa mungkin Tun dan Nelson Mandela lah pemimpin dunia yang paling banyak menerima ijazah doktor falsafah (PhD) kehormat dari serata dunia. Saya teringat kartun Lat mengenai collection jubah konvokesyen Tun.
Saya bersetuju yang kerajaan lemah amat memudaratkan Malaysia yang sedang membangun. Perlu diingat kejayaan ekonomi Singapura, Taiwan dan China adalah kerana pemimpin yang kuat seperti Lee Kuan Yew, Chiang Kai Shek dan kerajaan Parti Komunis China. Dulu kita ada wawasan 2020 sebagai target kita sebagai sebuah negara. Di bawah Pak Lah tak tahu kemana dah perginya wawasan tersebut. Malaysia dah hilang halatuju atau target.
Saya ingin mengulas tulisan adzakael sebelum ini mengenai temuramah DSAI. Pada pandangan saya DSAI tidak mengutarakan fakta-fakta untuk menyokong hujah-hujah beliau. Beliau memang handal bercakap tapi tidak mengutarakan fakta-fakta yang tepat. Kita mungkin kehilangan competitive edge tapi bukannya akibat cara kita menangani kegawatan ekonomi terdahulu tapi oleh faktor China dan Vietnam yang mempunyai bekalan tenaga kerja yang lebih murah dan pasaran tempatan yang lebih besar. DSAI tidak menyatakan yang foreign reserve kita sekarang lebih dan amat tinggi berbanding semasa dia menjadi Menteri Kewangan. Ini menunjukkan ekonomi kita secara fundamentalnya kukuh.
Akhir sekali saya harap sesiapa yang ingin memberi komen supaya menjaga budibahasa dan tatasusila kerana anda berkomunikasi dengan seorang pemimpin yang unggul dan seorang yang lebih tua dan boleh dianggap sebagai bapa kepada kita. Tun sendiri tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kasar bila berbicara.
Salam buat Tun sekeluarga dan saya akan cuba meneruskan perjuangan yang belum selesai ini bersama-sama dengan Tun. Terima kasih Tun.
Anak DEB
Tahniah Tun
Kpd Tun yang dihormati,
Terlebih dahulu, ingin saya manyatakan bahawa kesudian Tun menerima kritikan dalam blog ini adalah sangat dihormati. Saya sangat bersetuju dengan Tun bahawa kritikan dan pandangan patut diberi dengan sopan santun. Pada pendapat saya juga, kritikan dan pandangan ini juga patut diperbahas atau dibincangkan secara terbuka.
1) Selepas membaca dua blog entry Tun, timbul beberapa soalan yang saya harap Tun akan dapat jawab dalam entry blog Tun pada masa depan.
Pertama sekali, adakah benar kerajaan yang bekerjasama dengan pihak pembangkang (atau dari segi politik - musuh) lemah? Adakah ia salah jika ahli ahli politik bekerjasama demi kebaikan negara? Dengan segala hormat, Tun, ingin ditegaskan sini bahawa Malaysia bukan UMNO, UMNO bukan Malaysia. Negara negara demokratik yg maju mempunyai sistem dimana ahli politik boleh 'cross floors' apabila mengundi dalam Dewan Rakyat mereka dan tidak dihina sebagai pengkhianat. Mengapa sedemikian? Ini kerana Dewan Rakyat mereka dianggotai oleh WAKIL RAKYAT, bukan WAKIL PARTI. Rakyat adalah bos mereka dan mereka mengundi mengikut kehendak bos. Di Malaysia pula, ada salah faham dimana MP kita ini mengundi mengikut kehendak parti. Jika tidak, mereka dihukum oleh whip parti. Kita ambil wakil Gerakan keturunan India yang menyokong Hindraf sebagai contoh. Musuh negara Malaysia adalah korupsi dan badan kehakiman yang tidak adil, bukan pihak pembangkang, bukan rakyat yang mengundi pihak pembangkang.
2) Tun telah menulis dalam blog entry Tun mengenai katak katak yang sudi melompat. Adakah Tun lupa bahawa katak-katak pernah melompat ke 'kolam' BN dan pada masa itu BN mengalu-alukan mereka. Melayu mungkin mudah lupa sepertimana Tun pernah kata, tapi orang Sabah tak akan lupa usaha untuk melemahkan negeri dan 'the introduction of racial politics' dalam negeri yang sememangnya contoh 'Bangsa Malaysia' yang terbaik di seluruh negara. Sistem rotasi itu terang-terang melemahkan rakyat negeri dan menguatkan pula kroni kroni UMNO. Tidak dapat dinafikan bahawa strategi memancing katak dan menghalang duit pembangunan daripada sampai ke Sabah telah berjaya. Mungkin Tun tidak memainkan peranan dalam fiasco ini tapi sebagai orang Sabah dan rakyat Sabah yang patriotik, ingin saya menjelaskan bahawa ini adalah perasaan yang sahih dan betul yang bukan dirasai oleh saya sahaja malah majority rakyat Sabah. Bolehkah Tun memberi penjelasan dan pendapat Tun berkenaan perkara ini?
3) Berkenaan dengan duit dan pembangunan yang tidak sampai ke tangan kerajaan negeri 'musuh', adakah ini sah? Berjuta-juta ringgit - tidak - berbillion-billion ringgit telah dicuri oleh rakyat negeri Kelantan dan juga Sabah dan Terengganu ketika di bawah krjaan pembangkang. Adakah ini adil kepada rakyat Malaysia ini yang juga 'taxpayers'? Adakah adil untuk menghukum rakyat yang tidak mengundi BN?
4) Jika Tun masih PM, apakah yang akan dilakukan jika DPM dituduh oleh rakyat Malaysia dan Mongolia sebagai 'tangan' di belakang pembunuhan Altantuya? Apakah Tun akan meminta mahkamah mengadili kes ini? Adakah mahkamah dipercayai adil oleh rakyat?
5) Tun selalu mengatakan UMNO UMNO UMNO. Bilakah Tun akan mementingkan Malaysia? Adakah parti lebih penting daripada negara? Soalan ini berkait rapat dengan soalan 1 di atas.
6) What have you done to reduce the illegal immigrants in Sabah? They are given ICs maybe so that they vote for UMNO. If someone asks for proof of course I can't give them proof but it's the silent truth that they are given ICs, my dear Tun. Is giving these illegal immigrants ICs so that they can vote for UMNO a good enough reason to 'sell' our state and country? It comes back to the question, is UMNO more important than the country?
banyak lagi soalan dalam minda saya. Namun, saya berharap Tun akan menjawab soalan di atas dahulu sebelum saya (jika dibenarkan) bertanya lagi soalan baru.
Yang ikhlas,
Orang Sabah
Dear Tun,
First n foremost, let me express from bottom of my heart..You are one person thay i admired n demand my full respectation..
Hope to get more of your view on the latest situation..
Stay healthy and the best
Dear Tun
I am really proud and grateful for what you have done for Malaysia. My entire family has always been your great supporter. Guess what my mom and dad may not be educated but they certainly have high respects on you.
I certainly agreed with you that weak government is not good for our nation. I really wonder whether the present governmnet is able to gain the trust and confidence of the people as they are still worrying too much about who is loosing what rights rather than focusing of real societal problems. I am suspicious of whether they are worry about the rights of a particular race of their own personaleconomic benefits and privileges.
In any nation a weak government would certainly be facing with difficulties in decision making since there will be many interruptions as we can all see the present condition in the parliament debate what more with decision for the country economic well being.
I really don't understand when you were in power people used to accuse that you practices nepotism and cronyism. i wonder how come those accusation just stop at present government with so many family members and relatives involved as key decision makers.I guess Malaysia will become "negara pemerintah saudara mara".Only the relatives is capable, with 27 million people only a handful is capable.
I truly respect your firmness and principles of no family members policy.
Last but not least, I think it is high time for our country to have one party for all race. When there are 2 strong party exists, change of governmnet may not directly affects the economy as life still goes on as usual as and let the free market decides as what we can see in developed countries. After all isn't that we wanted to create Bangsa Malaysia. Other ethnic may no longer wanted to be addressed as bangsa asing by certain quarters.
Thank you. May you and your loving wife be well and blessed with good health for years to come.
MD was here.
Malaysia Digest
terima kasih kepada tun kerana sudi menyiarkan pandangan ikhlas saya ini.
pada saya, bahasa tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada isi-kandungan atau 'message' yang ingin disampaikan oleh tun.
semua rakyat malaysia yang bersekolah di malaysia secara amnya telah berpeluang mempelajari bahasa inggeris pada zaman persekolahan dahulu.
semua rakyat, tidak terkecuali melayu, cina dan india mempunyai peluang yang sama mempelajari bahasa inggeris.
adalah menjadi suatu yang boleh dikesalkan sekiranya orang-orang melayu hari ini mengeluh tidak memahami bahasa inggeris yang digunakan secara meluas di seluruh dunia ini.
kebanyakan buku-buku rujukan teknikal untuk kejuruteraan, matematik, fizik dan sebagainya ditulis dalam bahasa inggeris.
sebagai anak melayu, saya berasa hairan dengan bangsa india dan cina yang tidak mendapat peluang yang sama seperti orang melayu akan tetapi mereka jauh lebih maju meninggalkan orang melayu.
walaupun melayu rata-rata sudah maju, hakikat bahawa lebih ramai cina dan india yang lebih maju meninggalkan orang melayu dalam segala segi tidak dapat dinafikan.
rata-rata jika dilihat mengapa ramai anak2 melayu kurang diberi perhatian untuk mendapatkan pekerjaan di firma2 swasta yang bukan glc adalah kerana kurangnya penguasaan bahasa kedua dan ketiga, di mana bangsa-bangsa lain seperti cina dan india tidak mengalami masalah di dalam hal ini.
jika dilihat taburan pekerja tempatan yang menjawat jawatan tinggi di firma-firma antarabangsa di malaysia, majoritinya adalah bukan melayu.
jika ada melayu pun, pastinya seseorang yang menguasai bahasa inggeris dengan baik, dan bilangannya sangat kurang.
langkah tun menyeragamkan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris harus diteruskan. pada saya, ianya bukan hanya untuk mempelajari sains dan matematik sahaja, tetapi lebih kepada bentuk penguasaan bahasa tersebut.
bukanlah niat saya di sini untuk mengatakan bahawa tanpa bahasa inggeris, kita tidak mampu bergerak jauh. tetapi, saya melihat penguasaan bahasa inggeris sebagai salah satu keperluan hari ini.
revolusi internet sudah menjalar ke seluruh rakyat malaysia. legasi dari zaman tun ini telah dinikmati dengan selesa oleh kesemua pengguna internet di negara ini.
seperti yang kita tahu, banyak informasi atau maklumat penting keilmuan disumbang oleh penulis-penulis berbahasa inggeris. inilah peluang yang harus digunakan oleh seluruh rakyat malaysia mendalami banyak ilmu-ilmu yang berguna untuk kepentingan diri kita sendiri, terutamanya ilmu-ilmu teknikal dan sebagainya.
walaupun mungkin banyak penyalahgunaan internet, saya ingin menekankan pendapat saya, bahawa bahasa inggeris masih sangat berguna dan penting bagi mencungkil banyak khazanah dan ilmu daripada internet yang umpama lautan pengetahuan.
semoga pandangan saya tidak dipandang sinis oleh pembaca-pembaca lain. ini hanyalah pandangan ikhlas dari saya seorang rakyat biasa.
sekian terima kasih.
-izham-
Akum Tun,
saya sangat gembira kali ini dapat berhubung terus dengan Tun,kerana dulu saya ada menghantar email kpd Tun semasa menjadi perdana menteri supaya jangan melantik Pak Lah sebagai perdana menteri,mungkin Tun ada terbaca atau tidak. Saya benar-benar terharu apabila Tun meletakan jawatan kemudian melepaskan kepada pak Lah.Betul sangkaan saya apa yang akan terjadi, kita lihat UMNO diambang kehancuran.Nasi sudah hampir menjadi bubur.Apa yang kami semua perlu buat untuk menyelamatkan parti dan negara,suara kami tidak didengar hanya sekadar pejuang cawangan dan bahagian.
Saya berharap Tun diberi kekuatan dan kesihatan untuk menyumbang pandangan dan nasihat menyelamatkan negara.
Assalamualaim Tun,
Well I cannot understand Bahasa melayu at all. I hope you can continue blogging in English.
cos I am not a Malay, and my malay is still very weak.
And perhaps readers come from all over the world.
I hope someone can take an initiative of translating every BM article you write into English.
Tun,
Terlebih salam sejahtera moga dilimpahkan kesihatan yang baik.
Saya adalah anak Kelantan yang sentiasa menyokong UMNO (walaupun anak Kelantan sering dikaitkan sebagai penyokong PAS). Saya ingin mencadangkan beberapa perkara:-
1.Tun perlu menamakan calon Presiden UMNO pilihan Tun secara terbuka untuk disokong oleh ahli-ahli UMNO.
2.Calon pilihan ini hendaklah Tun berkempen secara aggresif ke seluruh bahagian agar memperoleh pencalonan yang cukup.
Sekian,wasalam
TDM,
Apakah mungkin kerajaan yang kuat pada satu ketika nanti akan bertindak mengikut benak kepala mereka sahaja? Yang sedang berlaku inipun nampaknya mereka menjalankan sesuatu sesuka hati walaupun keadaannya sendiripun terumbang-ambing. Masalah di hadapan kita sekarang ini menghadapi masalah kepimpinan, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan jentera kerajaan, pendakwaan terpilih, gejalah rasuah (semakin berleluasa - menjadi amalan) dan berbagai lagi perkara yang merisaukan rakyat. Seorang pemimpin yang baik adalah orang yang dihormati kawan dan lawan. Jika perkara yang ingin dijalankan menjamin kebaikan kepada semua (bukan segelintir manusia sahaja), tak ada sebab mengapa pembangkang harus menolak. Fikir-fikirlah ...
Salam Tun!,
Saya ni anak Singapura. Lahir dan di besarkan di Singapura. Tapi saya sangat tertarik dengan perkembangan politik di Malaysia. Soalan saya;
Berapa lama lagikah Malaysia dapat mempertahankan hak keistimewaan orang-orang Melayu?
Manakah yang lebih penting, hak orang Melayu atau kemajuan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, keseluruhannya? - Sangat mengharapkan jawapan ikhlas Tun, Syukran!
Salam,
YABhg Tun Dr. Mahathir,
Kerana rindukan sangat suara/tulisan/kepimpinan Ayahanda, maka saya anak-beranak terus beli PC dan pasang internet di rumah untuk mudah ikuti www.chedet.com
Harap dapat bersua satu hari nanti. Doa kami Ayahanda panjang umur, sihat selalu dan sentiasa diberkati. Kami yakin 'trend' akan berubah nanti, Ayahanda & Mukhriz akan disayangi semua semula nanti. InsyaAllah.
Azizul & Asyraf
8-5-2008
assalamualaikum,
say tak puas hati kerana harga barang naik..... minyak naik, beras naik,tepung naik....... saya rasa saya tau ape naik lpas nieyh........ rakyat mesti naik angin.....
saya klau boleh nk minta dr M....jd perdana menteri balik......... haha... just gurau jerk....tp klau btul pun ok gakzz.......
ni satu agy yg korank panaz pasal orang indonesia, banglades semua tuhh..... diorang dtank ngara kita diorang nk kerja...tp smpai orang melyu kita takdew kerja...... diorang tak ambil orang melayu coz kita ni bukana kerja betul2..... aku gi hentian RNR rawang aku nmpak perkerja cuci lantai angkat pinggan semua bangladesh.......... aku gi isi minyak orang yg jaga isi minyak tu aku tgok bangladesh........ tp aku tgok orang indonesia, bangladesh semua diorang kerja betul2....bkan mcm orang kita.... maksud saya bkan semua orang kita yg malazzz......... tp saya tgok diorang rajin.......... marilah kita berubah agar negara dpat ke tangan kita kembali....ayuh rajinlah rakyat malaysia.......
klau kita malazz tak lama lagi negara kita akan dipenuhi pendatang asing
Tun,
Mula-mula saya ucap tahniah pada Tun kerana ada blog sendiri. Sekarang tak payah ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Tun di Yayasan Perdana. Memadai menggunakan blog Tun untuk bertukar idea. Tahniah sekali lagi.
Saya amat setuju dengan Tun bahawa Malaysia yang berbilang kaum memerlukan kerajaan yang kuat. Tambahan pula adanya seperti pemimpin DAP seperti Karpal yang kurang peka keatas Perlembagaan Persekutuan dalam hal hal Institusi Raja Berperlembagaan dan Raja Melayu adalah ketua Agama di negeri-negeri yang ada Raja.
Saya rasa kita orang Melayu kurang 'assertive' dalam percaturan dan perjuangan politik kita.
Mungkin orang Melayu masih lagi dalam kepompong 'nature's gentleman'nya lagi.
Mungkin kita perlu tukarkan pemikiran ini.
Apa pendapat Tun?
Salam, Tun;
Amat bersetuju dengan pandangan Tun yang mana dapat diperhatikan selepas daripada pemindahan kuasa kepada Mr CLean, semakin bertambah kotor keadaan pentadbiran Pak Lah.
PRU12 telah membuktikan akan kelemahan tersebut, namun masih belum ada reaksi atau tindakan yang pantas nampaknya diambil oleh Pak Lah.
Dapat dilihat akan beberapa isu dari mula beliau mengambilalih sehingga kepada PRU12, samada kecil maupun besar, ianya tidak dapat diselesaikan dengan sewajarnya. Isu kenaikan harga minyak (yang terlalu kerap dinaikkan, dimana k'jaan hanya menyatakan akan beban subsidi yang ditanggung tanpa mengira masalah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat), harga barang yang melambung tinggi, kekurangan barang keperluan seperti minyak masak, gula dsbnya, semuanya ini adalah isu2 yang sepatutnya mampu diselesaikan. Namun k'jaan di bawah pimpinan beliau seakan tutup sebelah mata (termasuk juga isu2 rasuah).
Kita lihat bagaimana Sabah & Sarawak yang banyak menyumbangkan kerusi telah hampir dinafikan akan keterlibatan mereka di dalam jawatan2 utama dalam kabinet, walhal mereka yang tidak bertanding malah tewas masih dikekalkan.
Saya dan pastinya rakyat masih tertanya2 & serta ternanti2 apakah reaksi dari Pak Lah dalam hal ini walaupun pasti ada satu tindakan akan diambil, namun respon dari beliau maupun dikalangan menteri2 kanan adalah amat 'lembab'.
Adakah beliau serta ahli jemaah menteri masih tercari2 jln pneyelesaian atau masih memikirkan akan remehnya isu2 di atas.
Jangan terlalu mengikut sangat akan permainan oleh DAP (isu Sultan & DYMM & entah apa2 lagi). Saya pasti ianya akan lebih melalaikan (walaupun ianya perlu diperbincangkan)kerana ada beberapa masalah serta isu2 yang perlu diberi perhatian.
Pandangan bernas serta kata nasihat dari Tun perlu diambil perhatian oleh Pak Lah!!!
Semoga Tun dan Isteri sihat.
Salam dari saya
xRMC 82~84
“The bank hath benefit of interest on all moneys which it creates out of nothing.” — William Paterson, founder of the Bank of England, 1694.
__________________________________
Mayer Anselm Rothschild, the great European Banker, once say: “Permit me to issue and control the money of a nation, and I care not who makes its laws...”
___________________________________
Abraham Lincoln nevertheless declared:
“I have two great enemies, the Southern army in front of me and the bankers in the rear. And of the two, the bankers are my greatest foe.”
_______________________________
“History records that the money changers have used every form of abuse, intrigue, deceit, and violent means possible to maintain their control over governments by controlling money and its issuance.” — US President James Madison
__________________________________
"Whoever controls the volume of money in any country is absolute master of all industry and commerce." — US President James A. Garfield
___________________________________
“Bankers own the earth; take it away from them but leave them with the power to create credit; and, with a flick of a pen, they will create enough money to buy it back again... If you want to be slaves of bankers and pay the cost of your own slavery, then let the bankers control money and control credit.” — Sir Josiah Stamp, Director, Bank of England, 1940.
___________________________________
Automobile manufacturer Henry Ford said:
“If the people of the nation understood our banking and monetary system, I believe there would be a revolution before tomorrow morning.”
Capitalism vs Socialism
Right-wing vs Left-wing
Yin vs Yang
Choose your path wisely.
Assalammualaikum TUN,
terus terang saya bukanlah orang yang sukakan arena politik. tetapi semua berubah selepas TUN meletak jawatan.dapat dilihat pemimpin yg naik cuma mementingkan jawatan lebih daripada tanggungjawab.
selepas tewas pilihanraya, barulah semua kelam kabut nak turun padang dan konon2nya memperjuangkan Melayu.Rakyat MALAYSIA BUKAN BODOH dan tak perlulah pemimpin2 menipu lagi memperjuangkan hak Melayu.kami semua tahu yg mereka semua cuma nak meminta simpati rakyat.
semua dah terlewat, memandangkan sepanjang beberapa tahun sebelum pilihan raya, kami sebagai RAKYAT MALAYSIA dah dapat melihat pemimpin cuma menyalah gunakan kuasa. orang yang tak ada apa2 tiba-tiba menjadi orang penting hanya sebab dia menantu.
kerajaan sekarang dah terlalu korup ,pemimpin yang lemah cuma akan melemahkan lagi.pemimpin yang tidak dapat membuat keputusan, hanyalah kuda kayu. dan kami tak perlukan semua ini.
semoga semua pemimpin tidak kiralah dari BN atau BA, bantulah kami rakyat malaysia dan bukan hanya diri anda.
salam.... walaupun saya mengagumi cara, kaedah atau corak pemerintahan Tun iaitu sepanjang Tun berkuasa dan memerintah, namun tidak semua kata-kata atau pendapat atau tindakan yang Tun nyatakan dan lakukan saya terima sepenuhnya.
Namun begitu, saya berasa agak bersetuju(tidak sepenuhnya) dengan cara Tun mengenalikan masalah dalaman UMNO (semasa tahun 1989) dan juga semasa negara mengahadapi krisis kewangan pada tahun 1998.
Saya lihat dan berpendapat bahawa tindakan yang Tun lakukan dengan menubuhkan suruhanjaya kehakiman ialah satu tindakan untuk "merawat" UMNO selepas ia dibatalkan pertuhannya oleh badan kehakiman. "Merawat" yang saya maksudkan di sini, boleh dikiaskan seperti atau seolah sebagaimana seorang DOKTOR memberi ubat kepada pesakitnya. Hal ini juga(proses "merawat") boleh kita lihat melalui tindakan Tun "merawat" negara dari krisis kewangan pada tahun 1998.
Secara ringkasnya di sini, sekiranya kita lihat dari segi seorang pesakit, seseorang itu tidak seharusnya diberi ubat selepas beberapa ketika(iaitu selepas pesakit itu sembuh ), Hal ini kerana, ubat yang diberi itu berkemungkinan sudah tidak dapat memberi apa-apa kesan kepada sistem badan pesakit terbabit. Oleh itu, ubat yang baru perlu disediakan atau diberhentikan sahaja sekiranya pesakit itu sudah sembuh.
Jesteru, saya amat bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan dengan menukar dasar tambatan ringgit pada tahun 1998 selepas masalah kewangan sudah dapat di atasi(iaitu pesakit sudah sembuh, jesteru ubat itu mungkin sudah kurang sesuai).
Maka di sini, saya juga amat bersetuju dengan pendapat Tun iaitu apabila Tun meminta agar dasar menentapkan kuota dalam pemilihan pemimpin UMNO yang dibuat di mansuhkan. Hal ini kerana, sebagai mana saya utarakan sebelum ini, iaitu dasar menetapkan kuota(atau UBAT) itu sudah tidak sesuai lagi dengan pesakitnya(masalah UMNO pada masa kini). Jesteru, saya menyokong dengan padangan Tun agar dasar kouta dalam pemilihan UMNO dimansuhkan..... Hal ini juga adalah bertujuan untuk mengukuhkan kestabilan negara.
Saya harap anda semua lihat bagaimana tindakan Tenku Abdul Rahman(Pertama Negara) mengendalikan krisis pada tahun 13 Mei 1969...?(walaupun tidak sama dengan masalah negara pada masa muktakhir ini, namun ia boleh dikaitkan dengan pemerintahan negara pada masa kini)... apa tindakan Tenku buat selepas itu...? bagaimana TUN Dr. Mahatir berperanan sebagai seorang rakyat yang berbangsa melayu dalam mengenalikan masalah itu...? fikir..fikirkan lah.
Dear Tun,,
Many non-malay with SPM result of 9As and 10As cant get into local U as reported in the newspaper, in fact this has been going on for many many years, when i left school in 1982 after form 5, I felt very very bad, why I was not born a malay and most of my malay friends can get all the colleges they choose.
My son is 13 years old right now, I pray that those Pegawai Kerajaaan do not discrimanate him should his SPM result qualify him for the local U in future. Please do not throw his Application Form away when the times come.
Tun, please help us and says something on this matter of "equal opportunity to education" like in those years of 1960s, so that those Pegawai dan Kerani in the education dept will "have a heart" to us non malay..
Thanks
these are times when i regret of my ignorance. wish i knew all the languages in the world. a translation of the above article will be very nice.
salam.
terasa macam diri saya ketinggalan pula baru kini mendapat tahu bahawa tun mempunyai blog sendiri. apa pun tahniah dan saya akan sentiasa mengikuti perkembangan tun.
sebagai seorang pelajar, saya sering mengikuti perkembangan politik semasa, dan pada pendapat saya kerajaan kini kian pincang dengan kesombongan pemimpin terhadap rakyat. saya mula hirup udara bumi malaysia di bawah era tun, dan pertukaran tampuk kepimpinan menjadikan saya takut, apatah lagi melihat huru hara yang makin berlaku dalam Barisan Nasional.
saya adalah seorang yang dahagakan ilmu, apatah lagi daripada seorang pemimpin yang saya kagumi sepanjang umur saya. namun beberapa perkara agak menyesakkan dada saya. mungkin 'sentuhan ajaib' tun dapat melegakan saya dan sebahagian besar orang seperti saya. apakah pendapat tun secara peribadi mengenai perkembangan serta penerapan kepimpinan Islam di negara berbilang kaum seperti Malaysia? mampukah barisan kepimpinan membawa Malaysia selaras dengan kepimpinan yang telah termaktub dalam Islam?
terima kasih tun kerana sudi meluangkan masa untuk memberi komen kepada kami.. ada kawan saya kata, (DrM pun orang kaya, buat apa mau cari susah untuk menyuara tentang politik lagi? nanti sendiri cari susah pula) tapi kita tak kan fikir begitu, kita tau apa tun mahu sampaikan.. tun sayang pada negara dan sayang sama rakyat.. tapi PM sekarang tidak macam tun, dia sayang sama keluarganya saja.. mayb can say like this(nothing is important than family).. macam tu lagi baik jadi ketua rumah, buat apa mau jadi ketua negara? tun, kami menanti anda.. kami perlu ketua macam you, yang always fikir sama rakyat dan tidak kira bangsa.. may god bless you??? hope you'r always healty..
btw, can u pls suggest any ways to make a strong goverment?
my own opinion is to ban the use of 'races' instead we can change to use malaysian and with religion.
Assalamualaikum Tun,
Masyarakat Melayu begitu berang bila Karpal menderhaka kepada Sultan Perak..
Tapi saya berpendapat, Tun jugak bertanggungjawap kerana berpunca daripada tindakan Tun jugak lah kuasa Raja-Raja terhakis sedikit demi sedikit.
Sekiranya betul la puak-puak UMNO (ahli parlimen) sayangkan Raja dan Sultan Melayu, mereka harus bertanggungjawab membetulkan kesilapan yang Tun dah buat dahulu.
Kita sedia maklum, ahli parlimen ramai dari kalangan Melayu Islam dan juga bumiputera tak kira dari parti mana sekali pon. UMNO selaku ahli paling ramai dalam dewan rakyat perlu mengusulkan supaya kuasa Raja2 dan Sultan2 Melayu dikembalikan bagi menjaga kepentingan Masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Sudah terbukti UMNO tidak mampu untuk menjaga kebajikan kaum Melayu dan bumiputera di Malaysia ni..
Terima Kasih.
Assalamualaikum TUN,
Eloklah TUN membuat artikel "bilingual", lagipun setahu saya TUN bukan sahaja didengar dan diperhati oleh rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia terutama sekali orang-orang Islam di luar Malaysia.
TUN cepatlah-cepatlah buat artikel yang baru in both language that is.
Tak sabar saya, MY PATIENCE IS IN MY IMPATIENCE!!!! :)
ya dr. M,
speech masa discourse series pada 7 may yang baru lepaih nie memang power la, chuma sata tak dan nak dengaq ja masa press conference tu ja...
dr. mahathir nie memang dianugerahkan Tuhan untuk berkata-kata dengan bernas...
Doctor,
~ terima kasih ~
Dear Tun,
i must say that eventhough i don't always agree with everything you've done to the country as a whole in the past but hey, nobody's perfect ay. however, i do really admire your continuous interest and concern to this country, the people and politics of course. i wish you all the best and truly support what you're doing here. not many people are as committed as you are and do really know what they're doing. may Allah bless you with good health and whatever you think is good to the country, please do say it as whatever you say will be heard..as we all know that you were born to be a leader and will always be.
all the best Tun.
Tun... Buat masa ni takde komen, cuma ada satu permintaan. Boleh tak kalau teks2 ucapan terkini Tun jugak disiarkan di dalam blog ni? Tujuannya supaya kami, yang tak berpeluang mendengar ucapan terkini Tun, mampu membacanya dan menerima mesejnya melalui ruangan blog tun sendiri. Kalau dulu masa Tun jadik PM, senang la nak tengok Tun berucap & berdebat dlm TV. Sekarang zaman Pak Lah jadik PM, susah betul nak tengok batang hidung Tun dalam TV. So, bolehkan siarkan teks ucapan Tun dlm blog ni? Your speeches are just very enlightening, brave and bold. I love them (and you of course)!
gud day n assal'kum tun,
bagi saya "politic sphere" di malaysia ni suam-suam kuku jak... to me with the uprising of the voters to the opposition sites did not affects much of our gov nowadays.
although, the oppositions have gain a lot of voters attention and popularity but i think they are not prepare enough to form a better and stable government.
seeing this matter will make us think that the opposition sites have been work up very hard to achieve their political agenda.
so, PAK LAH...! please WAKE UP !!! jangan tdo lg...!!!
well, tun i'm very glad coz tun masih lg aktif n berani menyuarakan pandangan tun in oder to help the BN and our country.
kebanyakan wakil-wakil rakyat yg ada sekarang ni cuma taksub dgn politik untk kepentingan diri or family dorang jak...n bnyk jugak ADUN n AP yg tidak telus dalam menjalankan tanggungjawab ke atas rakyat mahupun negara.
For god sake, cubalah perhatikan gelagat n lifestyle sebilangan ADUN n AP ni.... tolonglah dahulukan kepentingan rakyat dr diri sendiri.
jgn cakap lantang depan rakyat tp tidak amanah kpd rakyat.
" i stand corrupted of voting corrupted leaders"
btw, tun i wish u all the best n happy n healthy always. hopefully u will continue on giving ur views and ideas. i also think u should make a tv program to discuss various matters about malaysia.
thanks.
Assalamualaikum Tun,
saya adalah rakyat Malaysia yang bermastautin di Singapura,terasa amat kurang senang dan sedih dengan keadaan di malaysia sekarang ini.saya setuju dengan kenyataan Tun tentang"kerajaaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum saperti Malaysia",kata kata Tun lagi " Melayu mudah lupa"Kami sudah terbiasa dengan keadaan di Singapura dimana kita hidup aman damai walupun negara Singapura berbilang bangsa dan agama,melihatkan keadaan diMalaysia,satu tanda tanya yang amat besar "dimanakah maruah bangsa Melayu "Dimana kita sekarang.
harapan saya sebagai rakyat Malaysia yang perihatin terhadap negara kita Malaysia yang tercinta tolonglah pulihkan maruah negara kita MALAYSIA.saya cadangkan supaya Tun bertanding dalam pilihan presiden UMNO yang akan datang sekaligus menjadi perana menteri Malaysia sekali lagi dan perbetulkan apa yang tak betul.
Mohon kahadrat ALLAH supaya Tun sentiasa sehat selalu dan dapat memimpin rakyat Malaysia.Terima kasih.
wassalam/
Saya bersetuju dengan pendapat Tun...Dalam negara merangka fasa pembangunan kita memerlukan keyakinan pelabur dan kestabilan dalam kerajaan dalam menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ini.Saya sendiri tidak tahu,apakah sebenarnya strategi yang pak lah cuba untuk tampilkan melalui kerajaan hari ini...Cyberjaya,ibarat hidup mati tak mau,yang mana diilhamkan tun,tidak diteruskan sebaiknya.Kita memerlukan kerajaan yang kuat,yang mampu menjaga semua kepentigan kaum terutama orang melayu,dan Islam..
Tun merupakan orang yang saya paling hormati dalam kehidupan saya.Saya harap Tun dapat jaga kesihataan dengan baik.
Segala-galanya yang dilakukan olen kerajaan sekarang telah menanamkan rasa benci di kalangan rakyat.Kami rakyat tak kisah siapa yang menjadi kerajaan tetapi kami kisah siapa yang dapat menjaga kepentingan semua pihak atau rakyat malaysia tetapi bukan sahaja satu pihak sahaja.Kami hanya nak Keadilan yang sama di semua pihak.Contohnya,Harga barang harian naik.Mungkin bagi setengah orang yang mempunyai pendapatan yang tinggi seperti PM kita atau ahli-ahli kabinet.Mereka tak kisah jika barang harga naik.Bagi kita,harga naik RM1 dah menanggungkan beban kita atau orang miskin.
Apa yang saya dapat lihat sekarang adalah kerajaan cuba cari alasan untuk menutup malu untuk kekalahan pilihan raya pada berberapa bulan lalu.Mereka cuba elakan tanggunjawab.Rakyat malaysia bukan bodoh tetapi mereka mempunyai mata untuk lihat dan tahu apa yang betul dan salah walaupun media cuba menutupkan atau menukarkan kebenaran.Saya rasa jika kerajaan tak jelas atau faham kenapa rakyat sudah tak ada kepercayaan terhadap bn.Saya rasa BN akan kalah pada pilihanraya yang akan datang.
Salam Hormat Tun,
Sememangnya yang lemah itu tak baik. Realiti setiap konteks kehidupan. Yang lemah perlu dipapah. Memapah yang lemah perlu niat yang ikhlas dan jitu. Niat yang ikhlas hanya berlandaskan kepada pengabdian kepada yang Esa.
Moga Tun boleh teruskan "perjuangan yang belum selesai". Perjuangan untuk memapah yang lemah mungkin tidak pernah selesai.
Tun,
Sekali lagi saya menyatakan tidak setuju dengan pendapat beberapa ahli penkomen yang terhormat di sini bahawasanya pendtabiran Tun adalah kuku besi dan zalim.
Saya menulis blog terbaru saya yang menghujahkan kenapa Mahathir Selamatkan Raja.
Apa yang Tun lakukan Tun tidak mendabik dada. Tun biarkan sejarah mengadili Tun. Izinkan saya menjadi salah satu sejarahwannya.
Saya walaupun Cina dan tidak senaang dengan konsep bumiputra satu ketika dahulu akhirnya sedar yang status quo yang stabil, aman dan makmur memberikan kepada saya dan kaum saya cukup banyak kebaikan.
Saya bersyukur dapat mengembalikan kemakmuran itu sebagai mengkaji agama Islam lalu memeluknya dan seterusnya berhujah mempertahankan dan memperbaiki status quo tersebut.
Wasalam, May Allah recompense your deeds and character in the Hereafter, Amin!
Redhuan Daniel Oon
Saya amat mengagumi Tun...dari saya kecil lagi dan sampailah sekarang saya dah berumur 23 tahun. Tun tetap menjadi Idola saya. Teringin benar rasanya nak berborak dgn Tun secara live. I'm so proud of you Tun....
Salam Tun,
Pada pendapat saya, baru sekarang saya dapat lihat kenapa negara memerlukan pemimpin yang kadangkala terpaksa menjadi autokratik atau diktator. Ini yang terjadi jika pemimpin terlalu lembut hati sehingga menimbulkan pengikut dan penentang yang berani pijak kepala. Diharap pemimpin yang akan datang lebih tegas dalam menangani tugasnya.
Saya setuju dengan artikel ini. Saya dapat lihat banyak contoh di negara luar yang mana banyak susahnya bila hanya mendapat majoriti mudah sehingga terjadinya kacau bilau.
Sekian,
aka
betul ke entry dalam blog ni tun yang tulis??
I appreciate for what Dr.M has contributed to our country over the past 20 over years. But unfortunately, I don't see Dr.M had cultivated any good successors during that period. That's explain why "Kerajaan jadi Lemah".
Kepada Tun
Teruskan perjuangan anda kami menyokong perjuangan Tun selamanya..
Dear Tun
We alway's support Tun..
Dear Tun,
Kemenangan tipis BN dalam pilihan raya yang lepas jelas sekali menggambarkan kehilangan kepercayaan rakyat terhadap kebolehan BN. Mengapa kerajaan melakukan kerja dengan sikap endah tak endah sebelum pilihanraya dan sekarang bertungkus lumus untuk menambat hati rakyat semula? Segalanya kelihatan dibuat-buat semata-mata untuk mengambil hati rakyat semula. Tetapi, saya berasa bahawa semua ini tidak akan menjadi selagi keadaan politik negara kita berada dalam keadaan yang kucar-kacir. Saban hari, kita melihat dan membaca berita politik dalam negara yang kebanyakannya mencerminkan ketidakpuasan hati antara ahli-ahli politik yang berkenaan. Rakyat tidak akan berasa senang hati melihat kerajaan yang diundi oleh mereka lebih mementingkan isu-isu remeh daripada pembangunan negara ...
salamz kepada Tun yang amat saya kasihi lagi saya sanjungi...
saya lahir di tahun2 permulaan Tun menjadi PM Malaysia...sejak itu saya membesar dengan keperibadian Tun,kepimpinan Tun dan yang paling seronok saya membesar dgn idea2 Tun yang bernas lagi power dalam membangunkan Malaysia terutamanya dari segi ekonomi malaysia..
semasa saya berumur awal 20-an...Tun mengambil keputusan utk mengundurkan diri dari politik...amat2 susah hati saya di ketika itu...saya dpt membygkan Malaysia ekonominya tidak sehebat ketika Tun menerajui pentadbiran negara...dan semenjak itu bermcm2 perkara berlaku sehinggalah baru2 ini melibatkan keputusan undi pilihanraya yang mengejutkan hati byk pihak....bukan niat di hati utk mencerca..tapi saya lebih berpuashati di saat Tun yg menerajui kepimpinan negara..dan di saat2 ini saya masih menanti berlakunya magik agar politik negara kita kembali stabil spt dulu...saya mahukan keamanan..aman dari segi fikiran dan juga persekitaran.saya yakin rakyat kita yang lain juga begitu...
saya sygkan Tun dan diharapkan Tun tidak jemu2 memberikan idea2 kpd kepimpinan negara kita masakini...
semoga Allah pjgkan usia Tun..amin..
p/s-> jemput hadir ke majlis harijadi anak saya. :)
Salam Tun,
Knp Tun tidak berjumpa dgn Pak Lah face to face tanpa pengetahuan sesiapa regarding current issue?
Asalamualaikum Tun,
Apa perbezaan pemimpin melayu hari ini berbanding pemimpin melayu pada era pembentukan malaysia?Saya fikir jika masih ada lagi pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan sendiri, tanpa harap kan balasan barangkali malaysia tidak menghadapi situasi seperti hari ini.Terima Kasih.
Assalamualaikum Tok Det,
(minta maaf, tak sesuai rasanya saya memanggil Che Det, kerana kami pemuda di Pulau Pinang rata-rata menghormati Tun sebagai orang yang lebih tua dari kami)
Saya mengkagumi semangat Tok Det untuk menghasilkan blog dan secara peribadi, saya menyambut baik.
Mengenai Bahasa Inggeris, pada pendapat saya, rata-rata generasi muda dapat memahami Bahasa Inggeris dengan baik walaupun tidak menuturkannya secara tetap dan konsisten. Dan isu bahasa ini, pada saya rasanya telah lama diperdebatkan dan tiada kesudahan.
Semoga Tok Det sihat dan dirahmati Allah selalu.
Wassalam.
Salam,
Terima kasih sebab Tun menulis dalam bahasa Malaysia, teruskan menulis luahan hati dan pendapat Tun untuk kami fikirkan bersama.
Assalamualaikum Tun
Saya amat bersetuju dgn coretan Tun an berharap Tun apat teruskan coretan2 dlm bahasa Melayu. Ianya lebih bermanafaat utk org2 melayu terutama yg masih pening2 lalat dgn Islam hadhari....
Assalamualaikum Tun,
Sebenarnya saya terlalu ingin untuk mengetahui komen Tun terhadap dua isu ini :
1) Kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang dilihat lebih menyerlah kerana kelantangannya dan kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU 12 berbanding Pak Lah yang suka mengamalkan 'escapism' dalam beberapa isu penting dan kegagalan BN mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen.Tun rasa sejauh mana kebenaran perkara ini?
2)Kenyataan Karpal Singh tentang kuasa terhad Raja-raja Melayu untuk campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran. Ada suara mengatakan bahawa isu ini tidak besar dan hanya dipolitikkan oleh UMNO melalui media untuk raih sokongan Melayu.Perlembagaan sendiri menunjukkan bahawa kuasa Raja-raja terhad kerana mereka hanya 'acting on advice'.Tun sendiri ketika menjadi PM mengehadkan kuasa yang dimiliki Raja-raja ini dan menghapuskan imuniti mereka.Ketika Anwar dipecat pun, surat pemecatan yang tidak ditandatangani YDPA masih dianggap sah kerana memejat anggota Kabinet bukan kuasa mutlak YDPA.Apakah respons Tun terhadap komen-komen ini kerana ia tentunya akan menjadi senjata pembangkang untuk melawan serangan terhadap Karpal Singh.
Akhir kata,semoga Tun sihat selalu agar boleh terus menulis untuk membuka mata sesiapa yang hobinya suka terlena.
Salam bahagia kepada YBhg. Tun,
saya amat mengagumi Tun,
tepat sekali apa yang Tun nyatakan, hanya kerajaan yang kuat sahaja dapat mentadbir Malaysia tercinta ini.
Mari kita sama2 berfikir sedalam2 mungkin, apa yang Tun telah utarakan itu.
Bagi saya telah banyak perkara yang Tun nyatakan telah menjadi kenyataan. Bukan bermaksud saya mengampu Tun, tapi benar semua. Lihat saja sejarah, kita harus merenung kembali sejarah. Saya tak berhasrat untuk "pidato" panjang. cukup saja saya nyatakan lihat sejarah.
:Kepimpinan melalui teladan.
Akhir kata, saya mendoakan semoga kesihatan Tun baik. Saya amat risau dan bimbang, apa akan jadi jika orang seperti Tun tiada. maaf, ini kenyataan. Terima Kasih Tun, saya berdiri teguh dibelakang Tun.
Hidup TDM..
Dearest Tun, salamun alaikum,
Having a blog is like opening ur doors to the public. It is for us to voice out our opinions & woes openly. Thank you for giving me this chance.
Talking about A Weak Government I would like to share my experiences as a senior citizen. Our so called leaders must be aware that the public now is well informed. If they are not efficient, let the others lead.
I just want to bring to your attention of the following scenario. Sometimes I even wondered whether the top people are aware about this. And I wondered even more how it could be changed. I had had the opportunity of attending some Taklimat Bersama Pemimpin, held at hotels, food and lodging provided. In order to participate u must be very friendly with the AJK to know what’s next on the agenda and then persisted to be included. (I remember an occasion a few years back when I really wanted to attend the Konvensyen Wanita UMNO at PWTC because it included workshops. The Bahagian quota was full, I was told. So I said to the Bahagian Secretary I was willing to wait at the bus stop just incase there’s a last minute cancellation. It happened that there were eight.)
At these Taklimat I found that most of the speakers were droningly boring, overlapping information with discrepancies and misquotations, contradictions, and hearsay. Some of them lied through their teeth, without facts and figures. This is very dangerous for it would be quoted and spread. Correct information is readily available, accessed and compared. But there were one or two good speakers worth listening to.
In Ramadan we held taddarus al-Quran and solat sunat. But please be informed that the front line (saf depan) must be reserved for the VIPs and AJK. Whose teaching was that? We find that some of the AJK had an air of importance. They treat most us as thought we are orang tak faham bahasa, dan tak kuasa nak layan. Are these the type of people who should lead the public? The irony is that mostly the same people would be elected to be the AJK every time.
During question time, the perwakilan were already chosen to ask prepared questions. The rest would not have a chance. They were already lining up for the PA system. ‘Ok, cukup 10 orang. Kita tak cukup masa.’ The MC announced.
I used to think that this happened only at my place. NO. It is about the same everywhere. How would I know? I attend courses regularly and I meet many people from all over Malaysia, and we compare notes. Jika pemimpin dan penyokongnya pincang, masyarakat akan jadi pincang.
I am glad at last those leaders reap what they sow after GE12. We pray to see some changes for the best.
salam Tun. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat Tun dengan kami melalui blog. Kerana sekarang semua cerita di suratkhabar hanya cerita yang baik-baik belaka dan tidak 'real'. Saya berharap Tun sihat dan dirahmati Allah. Saya amat berharap Tun dihormati oleh Kerajaan Sekarang dengan mengambilkira pendapat Tun yang telah lama menerajui Malaysia sehingga terkenal di serata dunia. Amatlah rugi kerana Kerajaan sekarang tidak memanafaat kebijaksanaan dan pengalaman Tun untuk memajukan lagi Malaysia. Semasa peralihan kuasa antara Tun dan Kerajaan sekarang, Malaysia stabil dari segi ekonomi, pembangunan dan sosial. Sekarang kestabilan itu dalam keadaan yang membimbangkan. Tolong lah kerajaan hari ini, jangan jadi seperti kacang lupa kan kulit.
Ada orang bertanya..koridor pembangunan tu apa?. Koridor sahaja rumah nya mana?.
taktauasslamualaikum TUN. i really respect you because you done alot of things to malaysia from "blind" malaysia in the world map to "clear" malaysia now. with mission and vision make malaysia well known to the world. i respect you TUN. i just have 1 question here about UMNO. why not change the UMNO name from (united malay national organisations) to (united muslim national organisations)? because since you know in malaysia not only malay are muslim but there is indian muslim, chinese muslim, pakistani muslim, arab muslim and many other minority muslim.they waiting to join UMNO but since it was only for malay, they feel it's not neccesary to join the party because it's only protect the malay right not all muslim right. i hope can get clear answer from you tun.best regards.
tun,
saya suka membaca tulisan tun. terus kan menulis.saya suka pandangan dan idea tun
idup Tun!
Ayahanda Tun Dr. Mahathir,
Tulisan paduka ayahanda Tun sememang di nanti-nantikan oleh semua pembaca khususnya warganegara Malaysia. Pastinya saya amat mengkagumi, perasaan bangga dengan pendapat seorang negarawan terbilang yang berani kerana benar dalam memperkatakan perkara yang berhubungkait dengan masalah negara dan rakyat.
Apa yang dikesalkan, tubuh badan tampok pimpinan negara sekarang segaja memekakkan teliga dan membutakan mata apabila teguran-teguran pelbagai pihak supaya beliau segera melepaskan tampok pemerintahan kepada timbalannya.
Apa ke jadahnya, melantik senator berada dalam barisan kabinetnya..
Pelik tapi benar..kesianlah MP yang menang dalam pilihanraya..apakah MP yang menang tidak layak dilantik sebagai Menteri?..
Apalah istimewanya, MOhd Taib, Zahid Ibrahim, Dr. Masitah, dll lain-lain yang dilantik sebagai senator.
Apa yang melucukankan, Adun Muadzam Shah yang telah dilantik exco kerajaan Pahang di lantik senator dan Timbalan Menteri.
Dari situ kita semua boleh lihat, PM tidak mempunyai wawasan dalam memastikan calon-calon bertanding dalam PRU 12 yang lalu.
Calon-calon pilihan utama PM dalam PRU yang lalu semuanya di tolak rakyat (kalah dlm PRU).
May I quote "If UMNO leaders failed to gain respect,its only because they got orgasmic pleasure out of ass lickers surrounding them. That because and that still remains the bench mark for "respect" for them." by OLDFART.
Dengar tu Melayu dalam UMNO semua. "Jika pemimpin UMNO tidak dihormati, ianya kerana mereka hanya hanya dipuaskan oleh penjilat buntut yang mengelilingi mereka. Kerana itu dan hanya itulah sahaja yang tinggal sebagai tanda aras "kehormatan" untuk mereka" OLDFART 08-05-08 9:33 AM.
1969 tatkala pembangkang meraikan kejayaan memengani Pilihanraya, perarakan menjadi rusuhan, ramai terkorban dan tak siapa yang menang.
Kini, suasana hampir serupa tetapi perarakan saja yang tiada agar mengelak dari ancaman dan bahaya.
Tetapi "Melayu sudah lupa", mereka masih diinjak di tanah air mereka. Puak serpihan yang punya negara di dalam peta, bagai lupa mereka menumpang di negara orang.
Ini MALAYSIA... Malay... sia, asasnya Malay = Melayu, tak kira apa punca bahasanya. Asasnya MELAYU yang punya tanah ini, Asasnya Melayu tuan tanahmu.
Puak ini lupa pada perjanjian dulu,
"Kami mengakui orang Melayulah yang menaungi kami, oleh itu kami minta izin tinggal di sini"
Dah tau menumpang dari moyang ke susur galur yang lainnya pun tetap menumpang. Orang Melayu boleh membatalkan kerakyatan puak yang punya negara itu. Mereka boleh pulang ke negara yang punya sama nama dengan puak mereka di sini, mereka ada bangsa yang sama kulitnya yang mengganjilkan wujudnya mereka di sini, mereka boleh dihalau jika mereka mempertikaikan ketuanan Melayu di Malaysia.
Kerana nenek moyang kami dirampas haknya oleh penjajah dengan perjanjian dan undang-undang yang dicipta untuk menjajah bukan untuk merdeka. Maka kenapa harus diikut kini, sejarah gelap itu. Melayu perlu membebaskan tanahnya dari puak yang dinaunginya.
Mereka kata mereka yang membangunkan negara ini dengan bangganya, mereka kata merekalah yang bersusah payah berusaha, mereka kata mereka patut duduk sama rendah di sini, tetapi mahu berdiri lebih tinggi.
Orang Melayu... berfikirlah, jika belum mampu berfikir maka belajarlah, ia WAJIB ke atas kamu terutamanya dalam keadaan yang di alami kini.
Salam hormat buat Tun, tahniah kerana memberi peluang, namun "PERJUANGAN TIDAK PERNAH SELESAI"... Papahlah mereka yang lemah, kerana hanya Tun yang pernah diberi amanah.
Sebelum dihitung, hitunglah sendiri...
Assalamulaikum Tun,
negara kita sekarang mengalami krisis kenaikan harga beras yang membimbangkan dan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Perkara ini bukan perkara biasa kerana sejak negara kita bertukar pucuk pimpinan pelbagai jenis kenaikan harga telah berlaku. Jika dilihat pada era Tun, perkara seperti ini jarang berlaku walaupun negara pernah mengalawi kegawatan ekonomi. Pada pendapat Tun, adakah ini masalah global yang tidak dapat dielakkan atau kerajaan sendiri yang tidak bijak menanganinya?
Assalammualaykum Tun,
Terlebih dahulu saya ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana menyediakan satu ruang untuk kami melepaskan kerinduan teramat sangat kepada Tun. Saya lahir pada tahun 1980, dan saya berbangga menjadi antara jutaan anak-anak Malaysia yang lahir semasa pemerintahan Tun.
Suara lantang Tun, menggegar seantero dunia sehinggakan orang Putih tabik hormat kepada Tun dan ini yang tiada pada mana-mana Perdana Menteri di mana-mana negara sekalipun, lebih-lebih lagi Pak Lah.
Hari ini kita lihat, melayu mudah lupa dan melayu sekarang berada dalam keadaan tenat. Tun, selagi mana yang boleh, teruskan perjuangan Tun, bagi membela nasib melayu. Kami menyokong Tun dan moga-moga Allah memberi kekuatan kepada Tun untuk terus menerus berjuang demi anak bangsa melayu tercinta.
Untuk Pak Lah, sekali lagi demi maruah melayu, saya merayu sesangat agar Pak Lah turun dari takhta. Beliau tidak releven lagi untuk memerintah dan menerajui perjuangan melayu.
Kami sayang Che.Det
Pada pendapat saya, kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia. Ini kerana, kita dapat lihat sejak kebelakangan ini, ramai pihak telah berani mempertikaikan beberapa perkara yang telah termaktub di dalam perlembagaan seperti hak istimewa orang melayu, agama Islam, dan raja-raja melayu. Kita melihat ini dari sudut bagaimana ia mampu mengancam kestabilan negara yang bebilang etnik dan agama. Sebagai contoh, parti DAP sewaktu berkempen sweaktu pilihanraya yang lalu, telah berani membawa sepanduk "Say no to Muslim country". Apakah mereka tidak fikir akan perasaan orang Islam di negara ini yang kebanyakannya berbangsa melayu? Bagaimana jika rusuhan berlaku? Ini semestinya kan megancam negara. Apa yang saya cuba kaitkan di sini ialah ini semua disumbangkan oleh beberapa faktor. Diantaranya ialah kerajaan yang lemah, disamping masalah orang melayu itu sendiri. Tetapi berkenaan kerajaan yang lemah, jika kerajaan itu tidak tegas dalam beberapa perkara, hal-hal seperti ini akan timbul. Ramai pihak akan mempersoalkan secara terbuka. Bukan salah untuk menyuarakan pendapat, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diambil pendekatan yang lebih halus, dan ada juga beberapa perkara yang harus tidak boleh dipersoalkan lagi. Ini diantaranya, bagi pendapat saya kelemahan kerajaan yang tidak baik bagi negara yang berbilang kaum.
Kedua, kerajaan BN juga banyak melakukan kesilapan pada beberapa aspek. Contohnya tentang masalah minyak, di anggarkan keuntungan yang dapat hasil perdagangan minyak sebanyak rm80 billion. Rakyat tidak minta wang itu semua tetapi alangkah baik jika keuntungan tersebut boleh digunakan untuk contohnya memansuhkan PTPTN bagi rakyat dan memberikan pelajaran percuma kepada semua orang, alangkah itu lebih baik daripada melakukan pembangunan yang terlebih-lebih semata-mata untuk mengambil hati rakyat sewaktu menjelangnya pilihanraya?
where are we citizen going in the future? what goverment doing now, dont waste our money for paying your salary..
kemana pergi kerajaan yg kuat? i cant see it.. betpa lemahnya kerajaan skrg. so many problem are appeard. tegas la skit. we have to stand on ourselves. jgn ikot telunjuk negara lain sangat. our law is our law. i hate when someone argued with the Power of Raja2 melayu. x sedaq ka depa tu mnumpang negara org. x suka, balik negara sendiri la. kerajaan skrg semakin goyang. pls, perbetulkan the root of the goverment? let them reliaze who they are. let our goverment reliaze who are they work for. our malay people cannot standing wis this karpal. do something bout him. our malay people hate him.
Salam Tun,
We met in London recently and as usual you were applauded by many foreign leaders and spectators for your speeches and your "straight to the point" attitude.
Your appearance in BBC Hard Talk also impressed many. See below;
http://news.bbc.co.uk/1/hi/programmes/hardtalk/7358394.stm
I'm glad that you did listened to my concern during our meeting one night at Kensington about lack of using internet tools by UMNO/BN which contributed some weight in losing in last election. You open up your own blog which is a positive move. Congrats Tun.
Weak leadership is the main scenario in Malaysia, as a result everyone starting to show their disappointment now. UMNO top leadership is so corrupt, not just pak lah but also najib and lots of others in UMNO has caused the scenario today. They are liabilities to the party. There are no credible leader in line also is another issue. I wish your son Mukhriz could perform & do better, just like you and continue your legacy.
Most top people in UMNO now have cases or something to cover! They think public don't know like in old days. They never knew that public today has changed and they are the one who still not change! It is very difficult to cure UMNO/BN today unless the following steps are taken;
1. Force Pak Lah to resign by hook or by crook
2. Investigate why Raja Petra willing to go to jail to proof his points.
3. Speed up the process of Altantuya's murder case. This will decide the faith of Najib.
4. Do not support Najib for PM's post until he is proven innocent.
5. Remove all "problematic" UMNO leaders such as Mohd Taib etc
6. Support new leadership campaign for UMNO/BN
7. Always have young leadership programme to support/replace the leaders.
8. Many more sensible & good things that UMNO/BN could do to win hati rakyat which is very crucial now. I'm sure good leader should be able to come out with lots more good ideas...
If UMNO/BN stays PUT, I'm afraid to say that....bye...bye...UMNO/BN ...your days is count!...You may think that "Ku sangka panas hingga ke petang...tapi hujan di tengahari".
Borneo's MP just wait & see when is the right time to swing. Act Now UMNO/BN or you will be history.
Do not underestimate the power of internet and also the power of makhal sakti!
Malay Professional
London
Aslmkm,
Banyaknya bloggers ^_^! BM atau BI saya akan cuba fahami apa yang mahu disampaikan oleh YABhg. Saya berharap kerajaan sekarang akan terus berusaha untuk memuaskan hati rakyat jelata sepanjang masa kerana itulah hasrat setiap individu di Malaysia pada ketika ini.
Saya juga berhasrat untuk berjaya seperti yang lain tetapi saya masih lagi menumpukan permasalahan keluarga saya pada ketika ini dan perancangan sebelum ini terpaksa saya tangguhkan atau batalkan demi untuk menstabilkan keluarga saya pada ketika ini.
Terima kasih kerana menerima komen saya.
Dear Tun ,
Saya setuju dengan pandangan Tun.Kelemahan pihak kerajaan kini telah mula diperkotak katikan oleh pihak pembgkg spt Karpal Sing,Lim Kit Siang dan lainlain.Mereka kini bersahaja dan seolah olah tidak gentar untuk mengkritik raja dan tidak langsung menghormati perlembagaan yg selama ini menjadi inspirasi rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara.Kerajaan pula nampak seolah-olah lemah dan terkial-kial dalam menangani isu ini.Berapa lamakah senario tunggang terbalik ini akan rakyat Malaysia saksikan?Saya berharap dalam masa terdekat ini ada sesuatu perubahan dalam kerajaan akan berlaku untuk menamatkan suasana yang kini tidak menentu dalam politik tanahair.T.Q.Sila lawati:http://sutera-timur.blogspot.com
Yang disayangi & disanjungi Tun,
saya dilahirkan & dibesarkan di bawah kepimpinan Tun. Namun apabila Tun mengambil keputusan untuk berundur, saya di antara berjuta rakyat Malaysia yang merasai kesedihan itu. walaupun Tun tidak mengenali diri saya tetapi saya menganggap Tun amat rapat dlm diri saya .
Tun teruskan perjuangan Tun ini, terlalu banyak birokrasi & penindasan terhadap orang biasa seperti saya ini yang saya lihat sendiri di depan mata. suara saya ini terlalu kecil untuk didengari oleh orang-orang sebegini. hanya Tun harapan kami semua dalam memertabatkan Malaysia....
Assalamualaikum....
DTM..
Sy merasakan tndakan Kerajaan memberikan ex-gratia kpada bks hakim2 tersebut begitu menunjukkan kelemahannya sendiri..seolah2 ludah jilat balik.Cuba laa buat sesuatu bg ada trademark sendiri mcm PM yang lepas2 mcm Tun 'Bapa Permodenan'.Dulu Tun nk buat proton mcm2 org kata..'malaysia mana mampun nk buat kereta'..tgk lepas 2 brapa ramai dah yg pkai proton.Mcm 2 jgk msa nk buat putrajaya,mcm2 org kata.tgk hari ni,putrajaya dh maju,dh jadi pusat pntadbiran.Tp hari ni kalo nk buat sesuatu dan bila ramai yg kritik,dan2 cancel projek 2..hrp Tun sntiasa sht disamping keluarga..dh lama xtgk Tun dpn mata..nnt blk aloq staq hrp bley laa jmp Tun..
Selepas PRU 12, macam-macam cerita timbul. Yg lemah disangka gagah, Yg. gagah disangka lemah. Rakyat dilihat mulai bosan... marah, kecewa, tak kisah, lantaklah apa nak jadi dengan masa depan, apa nak jadi dengan negara. Yang penting mereka dapat tunjukkan kebosanan mereka dengan propaganda murahan, janji-janji kosong, 'wayang cina', retorik pemimpin2 politik. Hajatnya nak bagi kurang majoriti jer... tapi silap langkah, parti yang tak disangka-sangka menang dan menubuhkan kerajaan.
Bagi yang menang, tak sangka nak menang. Bagi yang kalah, tak sangka nak kalah. Parti pembangkang pun tak ready dengan pemimpin yang berkeliber untuk dilantik dalam kerajaan, main tangkap muat jer. Pemimpin BN pun nak ditangkap untuk jadikan ayam tambatan.
Orang Melayu buat selamba jer. Apa nak jadi, jadilah... Tak kisah... Asalkan dapat soru, dahla. Sebab perangai Melayu ni bila dia tak rasa susah, makan cukup, tidur lena. Biarlah apa nak jadi pun. Tapi bila dah sampai tahap dia susah, tak dapat makan, keluarga terancam, Melayu akan mengamuklah. Sebab itu memang perangai Melayu pun. Orang mengamuk ni macam orang gilalah. Tak ada pakai otak lagi. Melayu jarang pakai otak, sebab sayang nak guna selalu, takut haus. Kadangkala boleh suruh orang lain tolong fikirkan untuk kita, selesaikan masalah kita. Apa susah.
Pemimpin Melayu pun sama jugak. Cakap saja nak bela orang Melayu. Tapi dia sendiri pakat dengan orang lain. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Jarang sangat jumpa pemimpin Melayu yang betul2 nak tolong Melayu ni. Kalau ada pun memang pemimpin yang tak ada kuasa. Tukang cakap saja. Nak buat tak boleh. Yang ada kuasa, takut nak guna kuasa. Kononnya dia pemimpin baik. Tak boleh diskriminasi kepada orang lain. Ada orang kata 'dilema' inilah yang buat orang Melayu mula bosan dengan UMNO.
Dulu oklah, sebab negara belum merdeka, negara belum maju. Semua orang susah. Sekarang makan cukup. Harga barang naik pun masih mampu beli. Marahpun saja buat-buat jer. Tapi hidup tetap mewah. Bersungut barang naik, tapi pakai baju branded, makan minum kat hotel, Kereta mewah, melancong sana-sini, handphone sampai 3. Anak pergi sekolah tadika pun bagi handphone. Semua mahal2 belaka. Rumah ada aircond. Kalau macam ni gaya hidup, sampai bila-bila pun tak cukup. Tak kisahlah, yang penting komplen tetap komplen. Kalau tak dapat, protes lah undi pembangkang. Apa susah. Nak jadi apa pun jadilah.
"Buat apa nak fikir pasal negara. Negara dah merdeka. Buat apa nak fikir pasal bangsa, sama saja semua bangsa. Buat apa nak fikir pasal agama. Itu masing2 punya fahaman. Tanggung sendirilah." kata kawan kita tu. "Yang penting aku dan keluarga aku tak susah. Kalau susah, itu semua salah kerajaanlah...Tak dapat apa kita nak, undilah parti lain, selain parti tu."
Inilah dilema 'Melayu Baru' sama macam dulu jugak, cuma berbeza cara sahaja.
Bdr Mahkota Cheras issue, what has the Residents did wrong? get violated by P Raja Di Malaysia. What had the residents of Bdr Mahkota Cheras did wrong? to avoid toll, because Grxxxx Sxgx (the iresponsible) force residents to use the long way and pay toll before reach their house, imagine u are the residents there, will you do the same like them? A private company can instruct the police and FRU to do things without a court order or legal papers? or it just to protect some cronies? Pakatan Rakyat MPs fight hard and get hurt, where is the BN reps(current opposition of Selangor)? Pak Lah, if during Tun Mahathir time, he will definitely do something to solve the issue quick, and not like now, what are you doing? i had seen Tun did very well in solving such issue whereby get irritating by Rakyat. I m not sure whether this is the tactics frm Pakatan rayat, since the tower issue in Melaka, Raja Petra case, but u defintiely get more Rakyat angry and its like a snow ball rolling, and this snow ball is going to destroy BN's shelter, you had lose part of the house (BN), what shd u do? or we need the one of the Top and wise Leader, Tun Dr Mahathir, our hero, always! See the clip now, u will be shocked!:
http://www.youtube.com/watch?v=AtSRluxGBIk
assalamualaikum tok det,
barisan nasional menghadapi masalah yang amat kritikal dan kronik pada ketika ini. situasi menang dan menang hanya tinggal kenangan.. tetangan hebat dari parti pembakang malah mampu mengambil kesempatan di air yg keruh "take a granted" dari barisan kabinet pak lah. di sini berlakunya pertembungan politik malaysia yg amat dasyat seperti tsunami di acheh. sebuah kerajaan yang lemah tidak releven untuk rakyat malaysia sendiri. 82 kerusi parti pembangkang hanya sebagai boneka di antara 3 core parti pembangkang. rakyat menjadi mangsa kepada ketidakstabilan politik negara. di sini kerajaan yg lemah telah rugi pada masa,keadaan, tempat, hak, dan tidak mampu untuk membela nasib rakyat malaysia. jika dah terhantuk baru nak sedar... semua itu mungkin sudah terlambat??? salah siapa ??? rakyat yg keluar mengundi? atau pemimpin kerajaan yg tak sedar diri?? akhir kata sama-sama kita renungkan dan belajar dari kesilapan yg berlaku. yg kuat tetap kuat dan yg lemah pasti kuat!!! jika mampu berusaha dan berubah...
terima kasih tok det, perjuanganmu masih belum selesai... may god always bless you.... insyaallah dengan izin allah s.w.t.
Salam sejahtera Tun Mahatir. Saya sangat kagum dengan kebijaksanaan Tun. Saya suka membaca buku sejarah dan saya tahu Tun banyak sumbangan kepada negara ini, sejak negara ini sedang berusaha memajukan diri dan keluar dari kemiskinan. Tun sebenar-benarnya harimau Asia yang berani dan gagah menyelar Bush dan sekutunya. Tun sebenar-benarnya bapa pemodenan Malaysia. Saya dan keluarga malah masyarakat saya mendapat pendidikan yang baik sebab sistem yang Tun telah perkenalkan. Saya sangat gembira melihat Tun tidak hanya berpeluk tubuh memerhatikan kepincangan yang berlaku di Malaysia kini. Tun orang yang berpengalaman dan tidak bercakap kosong, 20 tahun menjadi perdanan menteri sangat membahagiakan kami rakyat Malaysia. Poser Tun dulu berapa dimana-mana. Tapi Tun sendiri tahu MELAYU MUDAH LUPA. Kita ada matlamat gergasi untuk dicapai dan saya faham Tun ingin melihat Wawasan 2020 akan dicapai. Namun Wawasan tersebut telah dilaungkan berbunyi Wawasanku Wawasanmu menjadi lebih puitis seperti ayat dalam sajak yang hanya menaikan semangat untuk bercinta. Terima Kasih Tun, Tuhan akan memberkatimu di dunia dan akhirat.
Razique-Tun not deserve to listen to your judgement. He did a lot to develop this country but you???. Who ganna listen to you? Hit and hide ..coward.
Dagang Piatu- Komen anda panjang sangat, kalau nak cut and paste, saya cadangkan anda post kat blog anda sendiri dan link dari window komen ini ok.
Changster- Itulah karisma, kalau tak berkarisma takkan dapat sokongan rakyat dan tak dapatlah memimpin negara selama lebih dari 20 tahun.
Jessy- You better get ur fact right.
Minta maaf dan terima kasih, jangan emosional ye, Tun tidak pernah menunjukkan yang beliau orang yang emosional, sebaiknya kita mengikuti tingkah lakunya.
Assalamualikum Datuk Mahathir ku nak tak saya bagi blog datuk lagi cantik ada video ada animation dan grafik saya boleh buat bagi lagi menarik kalau minat email saya onlinemaybankmoney@gmail.com atau 016-4650338 saya boleh buat percuma untuk datuk
Mr.Mahathir, when I was born, achieved puberty,did my UPSR,PMR,SPM and enter college, You were the Prime Minister.I've seen a lot of good things under you. But the bad things IMO are also a result of your one man show rule as PM.
You have sabotaged Malaysia's public transportation development so that Malaysians who earn peanuts waste half their life saving on your failing and unsustainable pet project,Proton.Now we are suffering because your pet project Proton has failed to create cheap cars while fuel price is increasing and our natural resources dwindles and wasted on subsidies.Is it true that you sold our oil at a fixed cheap price to EU in exchange for economic aid? I am worried this might be true since we're not in OPEC!!!
You have made IPTA more of a prison with your ISA and Akta Kolej where even a single A4 paper criticizing the monster government you created now would result in the expulsion of bright students and physical hurt to students by the corrupt PDRM bred during your rule.
You crippled the judiciary so that your corrupted ministers could toy with our lives.
Do not get me wrong, you were a good leader, you were a superman who managed Malaysia alone. But when you left, all the smart people in your government have ether went overseas or in prison charged for sodomy with mattresses as witnesses, leaving idiots and Altantuya murderers ruling our country.
You also have to bear most of the responsibility over the shit that's happening in our country too!!! But the damage has been done. It's time someone else repair our failing country, I've had enough from my 17 years seeing your solutions.I am also willing to let an alleged homosexual and sodomizer like Anwar Ibrahim do the solving now!!
Dear TDM,
Thank you for the leadership that was brought by you previously,
Terima Kasih Tun,saya angap Tun sebagai Datuk dan idola saya.
Saya bersetuju kerajaan yg lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti malaysia.
Isu-isu kenaikan minyak,kenaikan harga barang menjadi faktor penyebab kerajaan tidak berjaya dalam pilihanraya lalu mungkin disebabkan ketidakpuasan hati rakyat disamping isu-isu yang sensitif yang telah berlaku.perlunya pemimpin yang berkaliber untuk menyelasaikannya.
kaum melayu telah berpecah kepada 3 buah parti.mengapa?
Bilakah rasanya orang melayu dapat bersatupadu?perlunya paradigma di kalangan orang melayu juga..mungkin sikap kena ubah,
kaum-kaum yang lain juga perlu berubah..dan tidak mengeluarkan isu-isu sensitif yang boleh memecah belahkan masyarakat majmuk di malaysia untuk kebaikan bersama.
dear tun,
i totaaly agreed with u.as a citizen yang cintakan negara saya tidak nampak jika keadan ini berterusan,kemana hala tuju negara seterusnya. saya juga berasa bahawa wawasan 2020 tidak akan dapat dicapai. di sini saya ada satu soalan,
-sekiranya keadan ini berterusan sehingga penggal yg datang, apakah kesan langsung terhadap ekonomi negara utk jangka panjang?
Pada abad ke-21 ini, kita sendiri dapat lihat perubahan terhadap peradaban manusia. Manusia semakin rakus! Sejak kedatangan Nabi Muhammad S.A.W, kejahilan kaum Arab Quraisy dapat diubah. Sebuah yang begitu kejam dan buruk akhlaknya dapat berubah menjadi kaum yang terpuji di zaman itu. Itu dulu...
Sekarang? perubahan masa memutarkan kembali sifat umat manusia. Kini, kejahilan dapat dilihat bukan sahaja pada sesebuah kaum seperti dahulu tetapi di sekeliling kita. Namun, mata kita sudah dikaburi dengan pelbagai hiburan serta adat-adat yang cukup menggoda manusia ke arah kemurkaan-Nya.
Sekarang, sistem ekonomi dunia sama seperti sistem Arab Jahiliah dahulu! Kita tidak boleh mengelak kebenaran ini walau dengan cara apa sekali pun. Sistem Kapitalis! Penindasan terhadap orang-orang miskin. Orang miskin semakin miskin dan orang kaya semakin kaya. Bagaimanakah kita boleh menangani gejolak ekonomi sekarang? harga barang semakin naik, minyak dimonopoli oleh negara barat...
Kalau sifat manusia berputar kembali ke arah jahiliah, taktik atau cara kita menanganinya pun haruslah berputar kembali. Gunakan sistem yang lebih teratur, orang yang kaya dan berpenghasilan memberi sedikit pendapatan mereka kepada tabungan negara. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan taraf kemiskinan negara sebanyak 100%!
Percayalah, Allah itu maha adil. Kita memberi 1, balasannya akan berlipat ganda... Seperti menanam pokok duit di tanah yang subur... :D
Daripada: www.quickroyal.com/blog
how it will effect the other state that don't have a king you know the other side of south china sea like land below the wind(dimana ada angin di situ ada.....) is perfect for it name when come the malaysia politic maybe koperal need to confront abang bung and seem like there is so many deputy in here.
Dear Tun,
I totally agree with you. All this while I am not into politics, but after a while, I think something is not right in our country's administration.
We tends to develop (but not at maintain what we have developed) too much sometimes, but forget to provide the basic necessary, such as food for the poor and a safer environment. even worst, we are very much troubled with the heighted petrol and food price..
I hoped it is still not too late to correct what is still not right.
Take care, Tun..
Di kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan megucapkan tahniah kepada Tun di atas pelancaran Blog Tun.
Saya juga ingin megucapkan setinggi penghargaan kepada Tun di atas jasa bakti Tun sepanjang menerajui tampuk pemerintahan negara. Tanpa jasa serta akal fikiran Tun Malaysia tentu telah tergadai ketika di zaman kegawatan ekonomi di tahun 1999.
Saya berharap Tun akan terus menyumbang akal fikiran, cadangan serta teguran yang bernas kepada negara serta tampuk pemerintahan bagi memastikan negara kita terus aman makmur serta membangun maju sebagaimana ketika Tun menjadi PM. Usah pedulikan suara-suara sumbang yang cuba melemahkan semangat Tun kerana saya masih ingat lagi ketika di tahun 1999, hampir seluruh dunia mempersoalkan langkah-langkah Tun untuk memulihkan ekonomi negara malah ada yang memencilkan Tun di sudut yang sempit, namun Tun tetap berdiri teguh dengan prinsip-prinsip serta keputusan Tun dan akhirnya seluruh dunia mengakui bahawa tindakan Tun telah berjaya meyelamatkan Malaysia dari terus dilanda kegawatan ekonomi.
Saya doakan agar Tun sihat selalu serta agar Tun dapat terus menymbang untuk negara.
Kepada Pelampau Melayu atau penulis Delima Orang Melayu,
Sebenarnya dulu, iaitu sebelum merdeka, rakyat berbilang kaum hidup aman damai. Perasaan kebencian Melayu terhadap orang Cina tidak wujud sama sekali.
Tapi, selepas 50 tahun merdeka bau perkauman begitu membara sehingga begitu genting sekali, kenapa? Dan siapa dalangnya?
Kalau kamu tak tahu atau saja buat tak tahu. Namun, saya akan ambil peluang ini untuk memberitahu kamu agar kamu boleh bertaubat dan menulis sebuah buku lagi yang dapat mengubati atau membersihkan racun yang kamu ciptakan 40 tahun yang lalu.
Dalam buku Delima Orang Melayu itu, kau telah menggunakan persepsi sendiri mentafsir sejarah serta menodai fikiran orang Melayu bahawa kononnya orang Cinalah penghalang kemajuan dan kewibawaan orang Melayu. Seolah-olah Melayu miskin kerana orang Cina telah merampas harta mereka. Orang Cina kaya kerana dimanjakan oleh kerejaan British.
Bagaimanapun, saya tabir dan puji ketajaman mata pena dan lebih-lebih lagi keligatan lidahmu yang telah berjaya menghasilkan golongan pelampau Melayu UMNO yang menyokong kamu sebagai PM dan sekaligus mewarisi budaya dan idealogi politik kuku besi, angkuh dan biadab kamu.
Sesungguhnya, semenjak kamu menjadi PM, orang Cina negara ini bagai dikurniakan oleh Tuhan seorang syaitan yang kejam lagi tidak segan merampas kekayaan tambahan lagi menindas orang Cina agar dapat membalas dendam yang terlalu terikut-ikut oleh tafsiran menyimpang kamu itu.
Tetapi, kamu harus faham Tuhan akan sentiasa menolong kebenaran. Oleh itu, mujurlah Tuhan menghantar malaikat untuk memperbetulkan keadaan sekarang. Malah, ada di kalangan orang Melayu yang mula sangsi akan tafsiran kau atau mungkin kamu telah tidak dapat lagi menjinakkan hantu-hantu yang kamu bela itu kerana usia sudah tidak menginjinkan. Begitulah hakikatnya seorang bomuh bila hari tuanya.
Insaflah......cuba membuat sesuatu yang baik untuk hari akhiratmu....sama ada untuk diri dan cucu-cicitmu.
Sebenarnya, kami orang Cina generasi ketiga kelahiran Malaysia layak menghuni Malaysia dengan segala kebebasan dan keistimewaan apatah lagi setaraf dengan peribumi Malaysia. Perlu ingat, tiada satu kuasa yang abadi dan tiada satu golongan yang sentiasa tertekan.
Berhentikan usaha untuk menghasut dan menodai fikiran rakyat demi mengaut keuntungan politik.
Harap berfikir......demi kecemerlangan Malaysia yang hakiki....
Tun,
Tun adalah idola besar saya.
Saya amat menyanjungi Tun dan pemikiran Tun adalah jauh kedepan. Tun boleh nampak apa yang orang tak terfikirpun. Terimakasih atas sumbangan Tun. Tun baca ini pun dah amat berbesar hati saya.
UMNO perlu di tolong, mereka kelam kabut. Cara berita akhbar perdana pun semacam memberi tekanan kepada kerajaan yang memerintah, nampak macam tak boleh dikawal. Kesian Pak Lah, dalam lembutnya ternampak kekalutan. Tun tegurlah Pak Lah tu, biar apa orang kata, Tun tetap nampak apa orang lain tak nampak.
Malaysia Maju....aman...sejahtera.
Rgds
Nick
nampaknya kamu sudah panas punggung kerana laporan isu linggam bakal didedahkan kpd umum.Kamu yg sudah tua dan tak berkuasa tentu tercari cari cara nak merobak merubah laporan tsb supaya kepentingan kamu yg kaki putaq itu terus dijaga.
shut up
Assalamualaikum ayahnda che'det..uhuhuhux.
seday ar skang..melayu jadi 3 puak. apa pendapat Tun ? Poleh jadi cm serba salah, nak sebut takut kena ISA, tak sebut, bangsa sendiri macam cempera dah la ni..
Dear Tun,
Saya setuju dengan Tun yang kerajaan sekarang memang dah terlalu lemah. Kelemahan ini adalah ketara dalam pucuk kepimpinan Melayu dan UMNO menyebabkan isu isu Raja, ketuabnan melayu dan DEB di persoalkan dengan terang tanpa rasa segan. Negara ini akan tegoh sekira nya UMNO itu tegoh. Kepimpinan nya harus bertukar sekarang untuk mengembalikan BN yang sejati.
Tun,
Ape pandangan Tun tentang masa depan kita di Malaysia khususnye bagi kaum majoriti Melayu?..Terus terang sy berpendapat, kekuatan kita makin tergugat dgn adanya barisan pemimpin BN sekarang ini...saya tak kisah tentang diri saya tapi masa depan anak2 saya dan generasi baru kelak. Perubahan harus dilakukan dgn segera dan org yg paling layak utk melakukannya ialah Tun sendiri. Pls, you have to do something rather than continuing giving critics...tq
negara kita memang dah nak hilang bangsa melayu.tanda-tandanya?
-orang melayu dah lagi suka jadi bangsa lain.
-bahasa melayu dah tak dipentingkan lagi..cakap ja yang bahsa melayu adalah bahasa kebangsaan..tapi kenapa semua sekarang nak guna bahasa inggeris?bukan saya menolak bahasa inggeris tapi utamakan bahasa kita.ini sampai hampir semua subjek nak tukar dalam bahasa inggeris..apa sudah jadi?alasannya bahasa inggeris worldwide.kenapa dalam semua benda kita nak contohi jepun tapi tidak dalam bahasa?saya ingin cadangkan agar semua rakyat malaysia wajib fasih berbahasa melayu.jadikan ia salah satu syarat untuk mendapat kerja dalam sektor kerajaan.jadikan semua urusan² rasmi dalam negara di dalam bahasa melayu.
-UMNO semakin lemah..UMNO adalah satu²nya parti yang memperjuangkan bangsa melayu..bila yang memperjuangkan menjadi lemah..yang diperjuangkan apatah lagi.
-melayu dengan melayu dah tak penting bangsa..mereka lebih pentingkan garisan mereka..garisan apa?fikir²kan lah..
Tun Doctor Mahatir yang selalu nya dikasihi dan dihormati
Dulu Lu banyak berani Kritik Amerika Syarikat, syabbas,Sehandal Fiedel Castrol dari Cuba,wah sangat proud kita ada satu pemimpin yang berani meneguh Amerika Syarikat bagi kebaikan dunia.
Saya sangat hargai usaha yang Doctor MAHATIR lakukan bagi meninggikan prestige dan semangat rakyat Malaysia dan sahabat sahabat kita dari dunia ketiga. Tun adalah tauladan bagi pemimpin pemimpin dunia ketiga.Semua manusia adalah sama, tidak patutnya kita dengar sahaja arahan yang diberikan negara negara yang mengamalkan imperialism.Sebenar nya apa yang Amerika lakukan mungkin akan memperlambatkan perdagangan antara negara negara,sesuatu yang bertentangan dengan koncep globalisasi yang ideal yang mereka hayati. Amerika Syarikat dan sepakat nya patut memberhentikan penguasaan mereka ditimur tengah , supaya harga minyak , harga barang tidak terus naik. Amerika Syarikat mesti bertindak secara wisdom untuk kebaikan mereka dan kebaikan seluruh dunia.Tak baik USA amalkan
dasar campor tanggan disebalik topeng Demokrakrasi.
Pada pendapat saya rakyat Malaysia khasnya generasi muda patut diberikan nasihat untuk menghadapi masa yang kritikal, Mereka mestilah di galak untuk belajar bertani.
Yang ikhlas HOEHOE
Kepada YAB TUN DOCTOR MAHATIR
Saya sangat hargai usaha yang Doctor MAHATIR lakukan bagi meninggikan prestige dan semangat rakyat Malaysia dan sahabat sahabat kita dari dunia ketiga. Tun adalah tauladan bagi pemimpin pemimpin dunia ketiga.Semua manusia adalah sama, tidak patutnya kita dengar sahaja arahan yang diberikan negara negara yang mengamalkan imperialism.Sebenar nya apa yang Amerika lakukan mungkin akan meperlambatkan perdagangan antarabangsa ,sesuatu yang bertentangan dengan koncep globalisasi yang mereka hayati. Amerika Syarikat dan sepakat nya patut memberhentikan penguasaan mereka ditimur tengah , supaya harga minyak , harga barang tidak terus naik. Tak patut USA lakukan campurtangan disebalik topeng Demokrasi.
Amerika Syarikat mesti bertindak secara bijaksana untuk kebaikan mereka dan kebaikan seluruh dunia.
Pada pendapat saya rakyat Malaysia khasnya generasi muda patut diberikan nasihat untuk menghadapi masa yang kritikal, Mereka mestilah belajar bertani.
I'm a proud Malaysian Chinese. I'm working in one of the Middle East country now for almost a year, and whenever I mentioned I'm a Malaysian Chinese, the locals tend to puzzle and curious as Malaysia is a muslim country. The foreigners recognise Malaysia as a unique country with its people, culture, background and stable politic. We are way better than other Muslim/ Islamic countries in the Middle East.
I didn't got back to vote this year and was totally shock and sad of the result. I hope this is the beginning of a brighter future to all Malaysian.
Sir, I totally agree that a Weak Government is a Disastrous to Its People. I believe the prime minister is doing his best and doesn't want to let his people down and the foremost is to bind the unity of the people regardless their race, language, religious and skin colours. Shouldn't you contribute advice and insight to our leaders as a senior for a better Malaysia? I know you will not be ignorance and step away as you want to see a better Malaysia too.
You are my idol as I love to listen to you whenever you appeared in the television or radio because your thought was....remarkable. Everyone knows you even here in the Middle East.
Thank you so much.
Salam Tun,
First and foremost, I'm your biggest fan. I met you once at KLCC with your granddaughter I think but was too shy to say hi let alone shake your hand. Anyway, I agree with what you've said about Pak Lah and the government alike. I must say that sometimes I feel scared with the whole situation. What will become of us? Pak Lah is too weak a leader...too lembut sampai orang boleh pijak kepala dia…one thing that I notice about him is that his speeches are all boring - he just go round and round...repeating the same thing...sometimes not answering the questions being posed (I think one of the reasons why BN failed to get 2/3 is because of Pak Lah’s failure to answer the rakyat’s questions on a number of issues) Why can't he be like you if not better? Sigh... We need you Tun, DESPERATELY!
Assalamualaikum,
Tun...
kenapa Tun membuat peralihan kuasa PM kepada Abdullah Hj Ahmad Badawi?? kenapa tidak kepada MT lain?? tlg la Tun... rakyat semakin sengsara dgn ekonomi malaysia sekarang... adakah dgn pembangkang mengambil alih kuasa pemerintahan ogos ini semua perkara akan selesai?? saya rasa tidak...:(
kerajaan yg lemah seperti sekarang ini sangat tidak baik utk msia.oleh itu aku amat mengalu alukan kesediaan MP dari Sabah Sarawak & juga Semenanjung utk berhijrah ke PR bagi menubuhkan kerajaan yg kuat dan stabil serta berdaya saing dgn pimpinan DSAI yg lebih mantap & hebat berbanding pimpinan kerap tertidur pm sekarang ini.Kamu juga amat aku alu alukan utk berhijrah jika usaha kamu menjatuhkan pm tertidur itu masih mengalami jalan mati.
Salam kepada ayahanda Tun yang di sayangi, may you be in the best of health always.
During my younger days, I used to admire both you and Dato Seri Anwar Ibrahim and when DSAI was prosecuted I started having negative impression on you to a point that the word hatred would appropriately describe the feeling.
Slowly, as I grow older and wiser I learn that no matter how evil or bad Tun Dr Mahathir has been portrayed, friends and enemies alike would agree that TDM is a visionary and a human being with above average intelligence and my admiration for you grows.
Tun, I personally know quite a number of people who used to work directly under you including 2 ex Menteri Besar and 2 ex federal ministers and I want to relate to the rest of the readers of this blog an anecdote about you from one of these people who used to work with you. I believe the stories that they tell me about you because I was a nobody (still am) and I find no reason why they would lie to me.
There was one guy assigned by you to take care of Malaysian investment and trade activities in another country (forgive me Tun, I can't provide more details without revealing his identity)and part of his duties is to come back to Malaysia and to report to you the activities on monthly basis.
It was his first report and he was anxious to make a good impression to you. As he came in to your office, he noted that you were apparently engrossed in writing something apparently you were composing your own speech (yup, he told me that unlike most ministers, you wrote your own speech and many times speech that were written by other people for you becomes totally changed when it came to you) so he waited.
Then you looked up to him and said " Ha.. hang tunggu apa lagi? Go ahead". So he presented his report to you as you continue scribbling away on a piece of paper. About 30 minutes into the presentation, you stopped him and asked him something like "Tadi hang habaq lain, ni hang cerita lain pulak?"
He was taken aback and he told me that from that day onwards he never take things for granted as far as you are concerned.
Given your phenomenal memory, especially for a person of your age, I am sure you know who that person is and I beg you not to take this up with him. The reason why I'm relating this incident is that to share with my fellow citizen stories about you which cannot be found in any articles or books.
I hope someone will write such anecdotes about you and I'm sure it will help many people understand you better.
Dear ayahanda Tun Dr Mahathir, you are ahead of your time.
Assalamualaikum,
YABhg Tun,
Kata-kata dan semangat Tun selama ini tidak pernah menjadikan kami lemah. Walaupun mengambil masa yang lama dan melalui pelbagai halangan kami semakin hari semakin bertambah kuat dengan segala kegagalan yang dianggap guru.Hanya yang cekal dan tabah akan berjaya menharungi segala cabaran.
Salam hormat dari warga Persatuan Luncur Udara Malaysia
Well done Tun, Anak Kedah pencipta sejarah
Pemimpin yang lemah jadikan negara rebah, ekonominya bermasalah dan rakyat ditimpa banyak musibbah
YBhg Tun
Saya setuju yang kerajaan yang tidak ada dua pertiga majoriti adalah kerajaan yang lemah. Tapi yang lemah itu hanya dari segi meminda perlembagaan.
Tanpa pembangkang yang kuat, dimana check and balance. Contoh, bila di parlimen, pembangkang nak motion, tapi semua BN bantah. Langsung tak boleh buat apa-apa.
Kalau dulu, BN's MP suka hati je nak gi parlimen atau tidak. Diarang tak kisah sangat, sebab BN punya MP cukup nak lawan pembangkang yang tak sampai 30 orang. Badawi sendiri pun tak banyak hadir ke parlimen. Memalukan. Kalau nak dibandingkan dengan Tun, Tun punya rekod jauh lebih baik dari Badawi lar.
Tengok sekarang, Najib wewajibkan semua MP hadir ke persidangan parlimen. Kan baik tu, boleh semua orang berbahas.
Tengok contoh Amerika, dia orang pun masyarakat berbilang bangsa tapi parti demokrat ngan republican tak dapat majoriti yang ketara. Jadi kekadang kedua-dua parti berkerjasama dalam menjayakan sesuatu polisi. Opps, mungkin Amerika bukan contoh yang baik, tapi itu salah satu daripada contohnya.
Kalau tanpa pembangkang, pihak majoriti yang satu lagi suka hati je guna duit rakyat buat ini buat itu, yang dimana rakyat sendiri tak menikmati keuntungannya. Contoh, kemana hilangnya duit yang begitu banyak dalam membaiki MRR2. Kalau pembangkang tak kecoh, sedap lar orang yang menggelapkan duit itu.
Salam buat Tun,
Terima kasih yg tidak terhingga buat Tun krn telah membw nama m'sia ke mata dunia.
Saya tetap akan menyokong Tun wlpun ramai yg menyalahkan Tun krn memberi komen terhdp Pak Lah & parti BN.
Apa yg saya dpt lihat sejak keblkgan ini, tiada projek2 yg blh menjana ekonomi kita. Oleh itu, ramai yg mengganggur & disebab itu la kegiatan jenayah menyamun & memecah rumah penduduk byk terjadi & ini byk dilakukan oleh pendatang asing yg mana mrk tiada pekerjaan lg disebabkan ngr kita tidak membuat projek2 pembangunan.
Pd masa era Tun dahulu, projek2 ini la yg dpt memberikan pekerjaan kpd pendatang asing mahupun kpd rakyat kita sdr.
Apa yg saya tidak puas hati adlh Pak Lah byk bergantung pandangan mahupun keputusan dr Khairy iaitu menantunya sdr. Malah dia sdr tidak sedar yg menantunya sdr mahu mengambil kuasa.Mlah pernah channel Bloomberg interviewed Khairy & dia menyatakan bhw vision dia adlh utk menjd PM suatu hr nanti. Ternyata hasrat Khairy telah nampak dr skrg.
Saya tetap akan menyokong Tun sampai bila2 krn Tun adlh Idola saya sejak kecil lg. Tun mempunyai pandangan yg jauh ke hdpn, yg mana org tidak pernah terfikir ttp sgt berguna bila tiba masanya.
Terima kasih saya ucapkan skali lg & saya sgt berhrp agar dpt brjumpa dgn Tun utk berkongsi pandapat & menimba pengalaman Tun yg tidak mungkin akan diperolehi dr mana2 sumber.
well done Tun...
Salam buat Tun,
Terima kasih yg tidak terhingga buat Tun krn telah membw nama m'sia ke mata dunia.
Saya tetap akan menyokong Tun wlpun ramai yg menyalahkan Tun krn memberi komen terhdp Pak Lah & parti BN.
Apa yg saya dpt lihat sejak keblkgan ini, tiada projek2 yg blh menjana ekonomi kita. Oleh itu, ramai yg mengganggur & disebab itu la kegiatan jenayah menyamun & memecah rumah penduduk byk terjadi & ini byk dilakukan oleh pendatang asing yg mana mrk tiada pekerjaan lg disebabkan ngr kita tidak membuat projek2 pembangunan.
Pd masa era Tun dahulu, projek2 ini la yg dpt memberikan pekerjaan kpd pendatang asing mahupun kpd rakyat kita sdr.
Apa yg saya tidak puas hati adlh Pak Lah byk bergantung pandangan mahupun keputusan dr Khairy iaitu menantunya sdr. Malah dia sdr tidak sedar yg menantunya sdr mahu mengambil kuasa.Mlah pernah channel Bloomberg interviewed Khairy & dia menyatakan bhw vision dia adlh utk menjd PM suatu hr nanti. Ternyata hasrat Khairy telah nampak dr skrg.
Saya tetap akan menyokong Tun sampai bila2 krn Tun adlh Idola saya sejak kecil lg. Tun mempunyai pandangan yg jauh ke hdpn, yg mana org tidak pernah terfikir ttp sgt berguna bila tiba masanya.
Terima kasih saya ucapkan skali lg & saya sgt berhrp agar dpt brjumpa dgn Tun utk berkongsi pandapat & menimba pengalaman Tun yg tidak mungkin akan diperolehi dr mana2 sumber.
well done Tun...
Salam Tun
This message is in response to Brother hairulallias
Thank you for sending your comment to me , nice to know you. I think that our people had shown a very important signal , that they want our country to be ruled in a more efficient way and more transparent way.Although I am from BN ,worked
hard for BN candidate during the 12th general election. but I still have to accept the result
objectively.
It is wrong to lure MP from opponents to PAKATAN RAKYAT as this is against the aspiration of voters.
Even though my political ideology differs from those from PAKATAN
RAKYAT, I do not consider those from PAKATAN RAKYAT as enenemis that can not live together under the heaven(sky).
Instead of working hard to lure those BN candidateto deflect to Pakatan Rakyat , Pakatan Rakyat should contribute their effort to solve critical issues like self suficient supply of rice.I believe the Pakatan Rakyat can do these If they want because now they have been given chance to rule in five states , out of these five states , four states are
major padi producing states in our country. Prove to people that Pakatan Rakyat can make things happen through actions and not merely promise.
I also hoped that members of Parliment from BN and Pakatan Rakyat behave in a gentle and civil manner to upgrade the prestige of our nations.
We may have different views and idealogy but still can live together as friends and work together for the betterment of our country and people.
Let us prove to the world how how hundred types flowers can blossoms and hundred types of birds can sing together in this peaceful and beautiful land.
Sincerely yours
GOH HOE HOE
Di dalam bulan yang penuh berkat ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan peristiwa yang penuh menyayat hati - peristiwa pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin yang baru berusia 8 tahun di mana mayatnya dijumpai dalam keadaan yang amat menyedihkan. Tiada kata yang dapat diungkapkan betapa tragisnya pembunuhan ini, tidak tahu manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perbuatan yang sungguh kejam dan di luar batas kemanusian ini. Tragedi memilukan ini bermula apabila Nurin Jazlin tidak pulang ke rumah setelah pergi berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya pada 20 Ogos 2007 lepas. Keluarganya kemudian membuat laporan polis dan pada 27 Ogos 2007, ibu Nurin merayu kepada media untuk membantu menjejaki anaknya dan pada 28 Ogos 2007, polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes culik. Sejak itu bermulalah usaha menjejaki Nurin sehinggalah rakyat Malaysia dikejutkan dengan penemuan mayat kanak-kanak yang disumbat ke dalam beg dengan kakinya dilipat ke paras dada pada 17 September 2007, yang kemudiannya disahkan sebagai Nurin. Setelah dibedah siasat, mangsa didapati didera secara seksual yang melampau sebelum dibunuh.
Bayangkanlah wahai kaum Muslimin, ibu bapa manakah yang tidak menangis menjumpai anak gadisnya meninggal dalam keadaan sebegini? Bukan setakat ibu-bapa, malah sanak-saudara, sahabat-handai, bahkan seluruh manusia yang waras akan turut berduka dan berdegup jantungnya melihat apa yang berlaku. Di saat kita sepatutnya bergembira menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan, hati manakah yang akan tenang dengan melihat peristiwa sebegini? Hati manakah sekarang ini yang akan tenang apabila melihat anak-anak keluar rumah untuk ke sekolah, ke pusat tuisyen, ke surau, ke masjid, ke rumah jiran atau ke mana sekalipun; apatah lagi jika mereka tidak pulang sebagaimana biasa? Apakah jaminan yang ada bahawa keluarnya mereka dengan selamat bermaksud kembalinya mereka pun dalam keadaan selamat? Mengharapkan masyarakat, polis, kerajaan? Harapan tinggal harapan, malah mungkin lebih buruk, harapkan pagar, pagar makan padi. Apa tidaknya, masyarakat semakin rosak, jenayah semakin menjadi-jadi, kadar rasuah di kalangan polis semakin meninggi, kerajaan pula lebih mementingkan diri dan kroni.
Di manakah keamanan dan harapan?
Kita semua maklum bahawa kes Nurin Jazlin ini bukanlah yang pertama, bukan juga yang kedua atau yang ketiga, malah kes-kes seumpama ini sebenarnya telah banyak kali berlaku. Seperti biasa, sikap hangat-hangat tahi ayam yang diamalkan oleh pihak berkuasa sering menjadikan isu seperti ini ‘dilupakan’ setelah sekian waktu. Tambahan pula, banyak lagi kes-kes berprofil tinggi yang perlu di’cover’ oleh pihak berkuasa yang sekarang ini semakin memanas. Isu rakaman video V.K. Lingam yang dikaitkan dengan rasuah badan kehakiman masih memeningkan kepala kerajaan, isu polis menembak ‘peluru hidup’ peserta ceramah di Batu Buruk masih tidak berjawab, isu rasuah yang melibatkan jutaan ringgit yang dilakukan oleh pegawai kanan polis masih dalam siasatan, isu laporan Ketua Audit Negara yang membuktikan pembaziran melampau kerajaan masih belum selesai dan pelbagai isu lagi yang semakin meresahkan kerajaan. Oleh itu, tragedi kes Nurin Jazlin ini nampaknya menambahkan lagi luka yang terpaksa ditanggung oleh polis khususnya dan kerajaan amnya. Apa pun yang mereka (polis dan kerajaan) telah dan sedang lakukan, yang pasti rakyat masih hidup dalam dilema dan kebimbangan tentang ‘malapetaka’ yang mungkin bakal menimpa mereka seterusnya.
Siapakah yang boleh melupakan kisah sedih dan pilu yang melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh secara kejam? Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu. Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal, Sungai Petani Kedah telah ditemui mati 100 meter dari rumahnya – dipercayai dirogol dan dibunuh ketika pulang dari mengaji al-Quran. Mayatnya ditemui dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.
Kita juga tentu tidak lupa dengan kisah yang begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mencadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004. Selain itu pada bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10 - dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah. Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2 - diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus dengan kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras. Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001. Dan pada 23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
Demikianlah sedikit dari kes-kes yang yang dilapor dan menggemparkan negara. Umum mengetahui bahawa ini belum lagi mengambil kira kes-kes yang dilapor atau tidak dilapor yang terlepas dari perhatian media. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee telah mendedahkan jumlah jenayah rogol yang kebanyakan mangsanya membabitkan pelajar, meningkat daripada 1,931 kes pada tahun 2005 kepada 2,431 pada 2006, iaitu peningkatan sebanyak 26 peratus di mana peningkatan ini menurut beliau amat membimbangkan [UM 22/09/07]. PDRM juga melaporkan bahawa seramai 319 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang hilang sejak tempoh 7 bulan pertama tahun ini masih belum ditemui. Lebih membimbangkan, seramai 6,270 kanak-kanak di bawah kategori umur yang sama dilaporkan hilang sejak Januari 2004 hingga Mei lalu. Daripada jumlah itu, 4,237 atau 67.5 peratus pulang semula ke rumah mereka manakala 2,033 masih belum dapat dikesan sehingga ke hari ini [UM 23/09/07]. Melihat kepada perkembangan yang semakin mengerikan ini, kepada siapa dan ke mana lagi ingin kita sandarkan harapan? Yang jelas, kebimbangan demi kebimbangan terus menerkam rakyat, melihat kepada peningkatan kadar jenayah yang dikeluarkan oleh pihak PDRM mahupun oleh media atau pun yang berlaku di depan mata kepala sendiri.
Siapakah yang bersalah?
Seperti lazimnya, kes yang mengancam kehidupan masyarakat akan mengundang kemarahan masyarakat. Untuk meredakan kemarahan, akhbar arus perdana sejak awal lagi telah ‘mencipta’ punca dan mencetuskan polemik dan secara tidak langsung mengarahkan pemikiran masyarakat terhadap ‘pihak yang bersalah’. Seperti biasa, pihak ibu bapa, masyarakat, atau gurulah yang seringkali dipersalahkan apabila timbul kes sebegini. Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan berkata, ibu bapa patut dipersalah sepenuhnya dalam setiap kes kehilangan kanak-kanak dan remaja yang melarikan diri dari rumah. Musa menegaskan, tugas menjaga anak-anak bukannya terletak di bahu polis tetapi merupakan tanggungjawab hakiki yang perlu dilaksanakan oleh setiap ibu bapa [UM 19/09/07]. Dalam kes Nurin, menurut Musa, jika kecuaian itu membawa kepada penculikan Nurin Jazlin, polis akan mencadangkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa mangsa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyokong pandangan KPN mengenai isu ini menegaskan: “Undang-undang tetap undang-undang dan kita kena ambil tindakan kerana antara Rukun Negara kita adalah untuk menegakkan undang-undang.” [UM 24/09/07].
Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang menimpa ibu bapa Nurin. Dalam kesedihan mereka kehilangan anak yang tersayang, terpaksa pula berhadapan dengan tindakan undang-undang akibat kecuaian. Dalam keadaan pembunuh sebenar masih belum dijumpai, mereka pula yang bakal didakwa. Subhanallah! Apakah yang sudah berlaku dengan pihak berkuasa? Mungkin selepas ini jika sesiapa yang melaporkan kepada polis yang dia dirogol, maka dia yang terlebih dahulu akan didakwa atas sebab kecuaian, cuai kerana berjalan sorang-sorang atau cuai kerana tidak mempunyai ilmu silat untuk mempertahankan diri dari dirogol. Begitu juga jika sesiapa selepas ini membuat laporan polis tentang kecurian motor, maka mereka mungkin akan didakwa terlebih dahulu kerana cuai tidak mengunci motosikal atau cuai kerana tidak mempunyai kunci keselamatan tambahan. Mungkin juga satu masa nanti jika ada kes pecah rumah, tuan rumah akan didakwa terlebih dahulu kerana cuai tidak mengunci pintu atau pun cuai kerana tidak memasang penggera atau cuai kerana penggeranya tidak berfungsi. Pendek kata, undang-undang jenayah sekarang telah tertakluk kepada hukum ‘kecuaian’ di mana yang pertama-tama bersalah adalah orang yang cuai menjaga diri atau hartanya dari diceroboh. Jadi, jika polis gagal menangkap penjenayah sekalipun, polis bagaimanapun berjaya menangkap dan mendakwa mereka yang cuai!
Selain menyalahkan ibu bapa, guru-guru juga adalah pihak yang penting untuk dipersalahkan. Guru-guru yang sudah sedia terbeban dengan mendidik para pelajar, ‘dipaksa’ pula untuk memikul tanggungjawab negara dalam membendung jenayah. Dalam hal ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan diwujudkan sekolah satu sesi yang tempohnya dipanjangkan sehingga pukul empat petang bagi mengatasi masalah anak-anak bersendirian tanpa pengawasan ibu bapa. Perdana Menteri berkata, langkah itu sekiranya dilaksanakan akan memberi kelegaan kepada ibu bapa yang bekerja kerana mereka berpeluang menjemput sendiri anak-anak pulang dari sekolah. Beliau berkata, cadangan itu diharap dapat membendung kejadian jenayah seperti yang menimpa Nurin Jazlin Jazimin, 8, daripada berulang kepada kanak-kanak lain yang tidak berdosa [UM 25/09/07]. Tidak cukup dengan guru-guru, masyarakat juga tidak pernah terlepas dari sasaran kesalahan dan bebanan tanggungjawab negara. Mengikut Perdana Menteri lagi, “mesyuarat MT hari ini yang turut membincangkan kes Nurin Jazlin telah mencadangkan program Rukun Tetangga (RT) diaktifkan semula supaya kawasan perumahan sentiasa diawasi terutama jika ia dimasuki orang tidak dikenali.” [UM 25/09/07]. Di dalam 'menyokong' pendapat ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, agensi dan jabatan di bawah kementeriannya sedia menyalurkan apa juga bentuk kerjasama dan bantuan yang diperlukan oleh RT. “Ini bagi memastikan sektor RT terus menjadi mekanisme penting untuk membanteras jenayah selain memastikan keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak terjamin.” [UM 01/10/07].
Dengan ‘pengalihan’ bebanan seumpama ini, tanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak telah diletakkan di bahu guru-guru dan masyarakat. Negara nampaknya berjaya memesongkan perhatian rakyat dan dalam masa yang sama dapat ‘cuci tangan’ dari tanggungjawab dan tugas mereka menjaga keselamatan rakyat. Sebagaimana biasa, setiap kali kes-kes jenayah yang menggemparkan berlaku, pihak kerajaan sentiasa membuktikan bahawa mereka adalah satu ‘institusi suci’ yang ‘maksum’ dari segala kesalahan dan dosa. Yang bersalah adalah ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya, jiran, masyarakat dan 1001 pihak lain lagi, namun yang pasti ia bukan kerajaan. Seterusnya rakyat dihidangkan pula dengan cadangan-cadangan penyelesaian dangkal yang berulang-ulang, jemu dan tak pernah menyelesaikan. Kita tidak pernah mendengar kerajaan mengaku salah dalam hal-hal seumpana ini, apatah lagi ingin mendengar kerajaan mencadangkan agar diterapkan undang-undang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam menyelesaikan masalah ini. Sampai bilakah kerajaan Islam Hadhari ini akan sedar bahawa segala keburukan yang melanda hari ini adalah kerana mereka tidak mengambil Kitabullah dan Sunnah RasulNya sebagai undang-undang, sebaliknya mereka berhukum dengan hukum penjajah dan hukum hawa nafsu yang menyesatkan?
Sesungguhnya undang-undang kufur yang ada pada hari inilah yang telah menyebabkan masyarakat rosak, serosak-rosaknya. Sistem sekular yang merajalela pada hari inilah yang melahirkan ramai manusia yang berperangai seperti binatang yang berkeliaran dalam masyarakat. Negara yang tidak pernah peduli akan hukum Allah tetapi berpegang teguh dengan hukum akal inilah yang mewujudkan orang-orang sudah hilang fitrah kemanusiaannya. Individu menjadi tidak takut untuk melanggar hukum syara’ kerana tidak adanya hukuman (Allah) dari Negara ke atas mereka. Sistem buruk yang diterapkan (oleh kerajaan) sudah tentu menghasilkan akibat yang buruk juga. Jika yang diterapkan itu adalah sistem yang datangnya dari Zat Yang Maha Mencipta, maka sudah tentu, baik pulalah akibatnya. Sikap buruk individu dan masyarakat (yang sebenarnya lahir dari sistem yang buruk) ini telah ‘dipergunakan’ pula oleh kerajaan untuk meletakkan kesalahan ke atas masyarakat. Inilah sikap oportunis kerajaan di dalam tindakan mereka menuding jari kepada pihak lain.
Tanggungjawab Individu, Masyarakat & Negara
Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa punca kepada segala masalah adalah kerana tidak diterapkan Islam di dalam kehidupan. Maksudnya, umat Islam sudah tidak mengamalkan ajaran Islam di dalam kehidupan seharian mereka, samada oleh individu, masyarakat mahupun negara. Justeru, tidak ada cara lain di dalam menuntaskan setiap masalah kecuali kita wajib kembali kepada apa yang Allah dan Rasul telah tetapkan ke atas kita. Untuk memastikan penyelesaian yang sebenar, setiap pihak itu wajib berhukum dengan hukum Allah di dalam kehidupannya. Contohnya, bagi individu, dia wajib melakukan segala kewajiban dan meninggalkan segala keharaman seperti membunuh, merogol, berzina, berkhalwat, minum arak, rasuah dan sebagainya. Jika setiap orang mempunyai ketakwaan dan meninggalkan segala keharaman ini, maka sudah tentu segala masalah dalam masyarakat akan dapat diatasi.
Bagi ibu bapa, mereka wajib mengajar dan mendidik anak-anak agar mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Jika mereka tidak berbuat demikian, mereka berdosa dan memang patut dipersalahkan. Jika ibu bapa telah melakukannya, maka lepaslah mereka dari dosa dan kesalahan. Dan apabila anak itu telah baligh, walaupun kewajiban ibu bapa masih sama, tetapi berdasakan hukum syara’, dosa itu akan dipikul sendiri oleh anak yang berkenaan. Di dalam hal ini (anak yang telah baligh), tidak wajar tuduhan diletakkan di atas bahu ibu bapa kerana anak itu sudah menjadi mukallaf dan dia bertanggungjawab di atas segala perlakuan baik dan buruknya (dosa dan pahala). Dalam konteks ini, kita juga perlu sedar bahawa ada sesetengah ibu bapa yang baik dan telahpun mendidik anak mereka dengan cara yang baik, tetapi tetaplah wujud kes di mana anak tersebut tidak menjadi baik (melanggar perintah dan larangan Allah). Jadi, sampai bilakah kita akan meletakkan kesalahan di bahu ibu bapa walhal Islam telah menerangkan bahawa setiap orang (yang akil baligh) itu akan menanggung dosanya sendiri? Nabi Nuh contohnya, adalah seorang Nabi, yang ketakwaannya kepada Allah tidak perlu dipertikaikan, tetapi, anaknya tetap melanggar perintah Allah. Adakah kesalahan perlu diletak di bahu Nabi Nuh? Begitu juga sebaliknya, walaupun Walid bin Mughirah adalah seorang kafir yang jahat, tetapi anaknya, Khalid al-Walid menjadi seorang pejuang Islam dan mendapat julukan Saifullah (pedang Allah). Hal yang sama berlaku ke atas Abu Jahal, walaupun Ikrimah (anaknya) dididik dengan cara yang salah dan pernah ingin membunuh Nabi, tetapi kemudian Ikrimah telah memeluk Islam. Justeru, apakah segala dosa dan pahala (salah dan benar) yang dilakukan oleh si anak itu perlu diletakkan di atas ibu bapa?
Begitu juga dengan masyarakat di mana Allah telah membebankan masyarakat dengan taklif untuk mencegah kemungkaran, samada dengan tangan, lisan ataupun hati. Jika masyarakat telahpun menegur kemungkaran itu, (walaupun hanya di dalam hati), maka mereka telah terlepas dari dosa. Itulah maksud hadis Nabi. Jadi, sekali lagi, kita tidak boleh menyalahkan masyarakat jika mereka telah pun membuat teguran ini, walaupun dengan hati. Tetapi, jika ada anggota masyarakat yang tidak menegur (minima di dalam hati), maka dia akan berdosa. Apakah kita akan mengatakan masyarakat itu berdosa dan bersalah jika mereka tidak menegur dengan tangan atau lisan (mulut)? Tentu sekali tidak, kerana barangsiapa yang telah menegur, walau di dalam hati sekalipun, dia telah terlepas dari dosa, cuma itu adalah selemah-lemah iman.
Bagi Negara (pemerintah), mereka adalah qiyan tanfizi (institusi pelaksana) yang wajib menerapkan hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Mereka wajib menjaga dan memelihara rakyat, sesuai dengan kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan mengikut kehendak dan kepentingan sendiri. Jika berlaku apa jua kemaksiatan (pelanggaran hukum Allah) dalam Negara, maka Negara wajib menyelesaikannya mengikut hukum syara’. Ini adalah kerana taklif hukum yang Allah letakkan ke atas Negara adalah memerintah dengan hukum-hakam Allah, bukannya hukum British atau hukum akal sendiri! Jadi, usaha kerajaan dalam meletakkan bebanan kesalahan kepada pihak lain ternyata merupakan suatu ‘escapism’ dari taklif hukum yang Allah telah letakkan di bahu mereka. Setiap kali berlaku kekecohan, kerajaan tidak pernah mengaku salah, namun dalam masa yang sama cuba mencadangkan langkah-langkah penyelesaian. Jika adapun ‘cadangan’ (bukan pengakuan) oleh kerajaan, ia adalah pengulangan-pengulangan cadangan yang membosankan seperti, ‘perkasakan institusi keluarga, pulihkan Rukun Tetangga, pasang CCTV, tebas semak-samun, beratkan lagi hukuman’ dan pelbagai cadangan dangkal lainnya. Persoalannya, apakah ini semua merupakan penyelesaian Islam, penyelesaian yang datangnya dari Quran dan Sunnah? Adakah jika diberatkan lagi hukuman bermaksud kerajaan telah terlepas dari taklif yang telah Allah letakkan? Contohnya, jika hukuman maksima bagi penzina sekarang ialah denda RM5,000, 3 tahun penjara dan 6 kali sebatan, diberatkan kepada RM50,000, 10 tahun penjara dan 50 kali rotan? Adakah ini satu cadangan yang sesuai dan lebih baik? Yang lebih penting, adakah ini hukum Allah? Wahai para pemimpin! Ingatlah bahawa kekuasaan yang Allah letakkan atas bahu kalian adalah satu amanah. Amanah untuk apa? Amanah untuk menjalankan hukum Allah, bukan hukum sendiri!
Dari sini, kita perlu memahami bahawa setiap pihak ditaklifkan oleh Allah dengan kewajiban masing-masing. Walaupun ibu bapa, sekolah, jiran-jiran dan masyarakat berperanan untuk menghapuskan maksiat ini, tetapi kita perlu sedar setakat manakah taklif dan ‘kuasa’ yang ada pada mereka? Jadi soalnya sekarang ialah, apakah lagi daya seseorang itu jika ia telah melakukan sebaiknya, tetapi maksiat tetap berlaku dalam masyarakat? Jawabnya, kita hanya melakukan apa yang Allah taklifkan kepada kita dan kita telah lepas dari dosa jika berbuat demikian. Jadi, jika berlaku lagi maksiat, maka Negara (kerajaan)lah pula yang sewajibnya memainkan peranan untuk menghukum pelaku maksiat tersebut. Di sinilah tugas Negara. Peranan mereka adalah untuk mencegah maksiat dengan menerapkan sistem Islam (bukan sistem akal), dan jika maksiat tetap berlaku, maka mereka wajib pula menghukum mengikut hukum Islam (uqubat), bukan hukum akal. Malangnya, inilah apa yang tidak dilakukan oleh kerajaan.
Penutup
Wahai kaum Muslimin! Sampai bilakah semua kesengsaraan dan kebimbangan ini akan berakhir…sampai bila? Selagi mana sistem dan undang-undang yang membelenggu kita adalah sistem dan undang-undang ciptaan manusia, maka nampaknya selama itulah penderitaan dan ketakutan akan terus melingkari umat Islam. Kami sedar bahawa penulisan ini pun tidak akan dapat merubah secara drastik apa yang berlaku. Namun, penulisan ini diharap dapat membuka mata dan mengeluarkan umat Islam dari 'kotak' pemikiran kufur yang selama ini menutupi mereka. Kaum Muslimin mestilah sedar bahawa masalah jenayah rogol dan bunuh bukanlah satu-satunya masalah yang menimpa mereka; ia hanyalah salah satu dari banyak manifestasi keburukan sistem kufur yang diterapkan di dalam negeri-negeri mereka sekarang ini. Sesungguhnya punca kepada segala musibah dan penderitaan ini adalah kerana tidak diterapkan hukum-hakam Islam di dalam kehidupan, samada oleh individu, masyarakat mahupun Negara. Manakala satu-satunya institusi yang boleh memastikan Islam itu diterapkan secara kaffah di dalam kehidupan, adalah 'Negara (kerajaan)' itu sendiri, yang sekarang ini tidak berlaku. Justeru, sampai bilakah lagi kita mahu menunggu azab dan sengsara ini berakhir? Saudaraku, selagi Allah masih memberikan peluang untuk ruh ini bersama badan, marilah kita hentikan segera segala kekufuran dan penderitaan ini dengan berusaha mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah dengan jalan mendirikan semula sebuah Negara Khilafah atas minhaj kenabian. Wallahu a’lam.
Mutakhir ini banyak perkembangan yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negeri telah menggugat kedudukan parti pemerintah. Ia juga sekali gus telah membuka mata banyak pihak bahawa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ telah berlaku atau sedang berlaku dengan sistem pemerintahan yang ada pada hari ini. Jika dulu rakyat hanya menutup mata dan memendam rasa dengan segala kezaliman dan ketidakadilan parti pemerintah, kini kesedaran rakyat sudah semakin meningkat dan ia telah dimanifestasikan dengan pelbagai cara. Pemerintah pula dilihat semakin tertekan dan terdesak dengan gelombang kesedaran rakyat yang semakin menerpa mereka. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pakistan, Myanmar, Indonesia dan tidak terkecuali di negeri orang-orang kafir sekalipun seperti di Amerika sendiri, United Kingdom dan Australia di mana iklim perubahan telah mula melanda. Rakyat sudah semakin nampak dan membenci pemerintah dengan kezaliman, penyelewengan yang mereka lakukan. Di Malaysia contohnya, baru sahaja perhimpunan besar-besaran di adakan pada 10 November lalu, beberapa hari lepas muncul pula perhimpunan yang dianjurkan oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menuntut keadilan kerana mendakwa mereka selama ini telah ditindas oleh parti pemerintah.
Walaupun terdapat banyak pandangan pro dan kontra dengan apa yang berlaku, namun yang pasti ialah telah muncul satu ‘kesedaran politik’ di kalangan rakyat bahawa terdapat banyak kepincangan dengan orang atau sistem yang ‘menguruskan’ mereka. Kesedaran ini mula muncul apabila rakyat mula merasa bahawa hak-hak mereka selama ini telah dirampas atau tidak ditunaikan oleh pemerintah. Justeru, tidak hairanlah jika di Myanmar, sami-sami Buddha yang selama ini tidak pernah terlibat dalam politik tiba-tiba turun padang dan bukan setakat menyertai, malah mengetuai perhimpunan besar-besaran menuntut perubahan. Jika di kalangan orang-orang kafir sekalipun telah wujud kesedaran ini, apatah lagi kita umat Islam seharusnya mempunyai ‘kesedaran’ yang jauh lebih tinggi. Ini kerana kita sepatutnya sedar bahawa kita wajib ‘diurus’ oleh pemerintah dengan Islam – dengan Al-Quran dan As-Sunah, bukannya dengan sistem taghut (selain Allah). Kita sewajibnya mengetahui apakah hak dan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim/rakyat, dan juga apakah hak dan tanggungjawab pemerintah menurut Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan ini barulah kita tahu sama ada kita ‘diatur’ dengan betul (dengan hak) atau dengan batil oleh pemerintah yang ada, dan jika kita diatur dengan bathil, maka wajib pula bagi kita mengetahui apakah kewajipan yang Allah kenakan ke atas kita untuk membetulkan kebatilan ini. Inilah yang dinamakan ‘kesedaran politik’ dan kesedaran ini wajib ada pada umat Islam agar kita semua dapat memastikan satu sama lain hidup hanya dalam keadaan tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah dan Rasul. Dengan itu, Insya Allah Sautun Nahdhah kali ini akan mengupas pengertian politik (siyasah) menurut Islam dan mengharapkan agar umat Islam sedar akan tanggungjawab yang wajib mereka mainkan sebagai seorang ahli politik Islam.
Kesalahfahaman Tentang Pengertian Politik
Sejak kemunduran berfikir melanda umat Islam dan setelah jatuhnya Daulah Islam pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), keseluruhan negeri umat Islam telah diperintah dengan sistem sekular yang berasal dari Barat di mana asas/tunjang pemerintahannya adalah memisahkan agama dari kehidupan (faslu din anil hayah). Bermula dari sini, kafir Barat telah berjaya menguasai dan mengawal pemikiran umat Islam bahawa agama dan politik mesti dipisahkan (sebagaimana mereka memisahkannya). Mereka seterusnya mengangkat pemimpin-pemimpin dari kalangan umat Islam yang sepemikiran dengan mereka dan melalui pemimpin-pemimpin inilah, sistem sekular telah diterap dan dipertahankan. Apabila setiap detik dan ketika, rakyat dihidangkan dan dijamu dengan pemikiran-pemikiran kufur ini, sudahnya pemikiran ini berjaya meracuni mereka. Apatah lagi, dengan adanya ‘ulama’ yang digaji oleh pemerintah untuk ‘membenarkan’ segala tindakan mereka, maka keyakinan rakyat akan politik dan agama adalah suatu yang terpisah, semakin kuat. Ulama yang diberi gaji ini akhirnya digunakan habis-habisan oleh pemerintah sekular yang ada untuk menyokong pemerintahan dan undang-undang kufur yang diterapkan. Tugas ulama hanya dipersempit untuk mengeluarkan fatwa terhadap perkara-perkara furu’ (ranting), manakala dalam bab pemerintahan, undang-undang, ekonomi, pendidikan, jihad, dasar luar dan dalam negeri, ‘tugas’ ulama ini hanyalah untuk mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah. Akhirnya, ulama yang sepatutnya bertugas membetul dan menasihatkan pemerintah dengan Islam, telah berjaya ‘di sekularkan’ oleh pemerintah.
Racun sekular yang telah menular hingga ke urat saraf umat ini menyebabkan wujudnya umat Islam dan jemaah Islam yang tidak mahu terlibat dengan politik kerana beranggapan bahawa agama dan politik adalah dua perkara yang berlainan. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada orang bergelar ulama yang bukan sahaja tidak mahu terlibat dengan politik, malah menyalahkan individu Muslim mahupun gerakan-gerakan Islam yang terlibat dengan politik. Kecelaruan ini timbul disebabkan oleh satu perkara asas, iaitu kerana mereka tidak memahami apakah maksud politik (siyasah) menurut Islam. Hal ini timbul kerana mereka telah sebati hidup dalam lingkaran politik kufur/sekular yang ada sekarang di mana apa yang mereka lihat hanyalah kekotoran dan kejijikan politik yang diamalkan oleh ahli-ahli politik yang ada. Politik, bagi mereka adalah suatu yang kotor manakala Islam adalah suatu yang suci, justeru, bagi mereka Islam tidak sama dengan politik atau perlu dipisahkan dari politik. Memang benar, kita bersetuju jika dikatakan politik (sekarang) adalah kotor dan keji. Kenapa? Kerana politik yang ada sekarang adalah politik kufur – politik yang datangnya dari kafir Barat, politik yang dikuasai oleh orang-orang yang berkiblatkan Barat, politik yang membelakangkan al-Quran dan Sunnah, politik yang dipenuhi dengan penipuan, politik yang dilingkungi ketamakan akan kekayaan dan kerakusan untuk berkuasa, politik di mana seseorang cuba menjatuh dan mengaibkan satu sama lain, politik di mana seseorang suka memfitnah satu sama lain, politik yang dipenuhi dengan rasuah, politik yang membenarkan arak, judi, riba serta pergaulan bebas merajalela, politik yang mana sistem dan undang-undangnya dibuat oleh manusia dan pelbagai kekejian lagi yang ada. Dengan kata lain, politik yang ada sekarang sememangnya kotor dan keji kerana telah memisahkan agama dengan kehidupan.
Dengan segala kamaksiatan yang ada inilah yang menjadikan umat Islam melihat bahawa politik itu kotor dan jijik sehingga ada sebahagian umat Islam yang menolak politik. Memang benar, kita mesti menolak politik kotor ini, kerana ia adalah politik kufur. Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh menolak dan hanya membiarkan politik kotor ini terus bermaharajalela dan menguasai kita, bahkan kita wajib menggantikannya dengan politik Islam (siyasah syar’iyyah) yang bersih dan benar. Sesungguhnya inilah apa yang wajib kita lakukan sebagai seorang Muslim. Kita sedih kerana ada ulama yang tahu akan segala kekejian dan kekotoran yang ada dalam politik sekarang, bahkan menolak politik kerana kekotorannya, tetapi ada di antara mereka yang tetap ‘rela dan redha’ dilantik oleh ahli politik dan terus berkhidmat dengan pemerintah dalam sistem politik yang penuh maksiat ini. Walhal apa yang wajib dilakukan oleh para ulama ini adalah ‘membersihkan’ segala kekotoran ini dengan menasihati pemerintah atau ahli-ahli politik yang ada agar kembali mengamalkan politik Islam (siyasah syar’iyyah), bukannya hanya duduk sepejabat atau semeja (dengan pemerintah) dan bergelumang dengan sistem kufur dan politik kufur ini.
Definisi Politik
Terdapat di kalangan umat Islam yang kerana telah dibesarkan dengan sistem pemerintahan sekular yang diwarisi dari British ini, beranggapan bahawa politik adalah pilihan raya dan pilihan raya adalah politik. Pemikiran mereka telah disempitkan sehingga sudah tidak boleh keluar dari pengertian ini. Kemalasan belajar dan mengkaji fiqh Islam menyebabkan mereka ini dilanda kejumudan berfikir yang amat parah, malah lebih parah lagi, mereka sanggup belajar, mengkaji dan mengamalkan politik sekular, tapi tidak sanggup untuk belajar, memahami dan mengamalkan politik Islam. Ada yang terjerumus dengan kesalahan yang fatal bila berani mengatakan bahawa politik tidak ada di dalam Islam atau Islam perlu dipisahkan dari politik. Ada juga yang terkeliru dengan mengakui bahawa ada politik di dalam Islam, tetapi kita tidak perlu mementingkannya. Juga, ada yang bercelaru pemikirannya dengan mengakui bahawa politik adalah sebahagian dari Islam, tetapi dia sendiri tidak mahu terlibat di dalam politik. Sebagaimana dimaklumkan, segala ketidakjelasan dalam berfikir ini wujud kerana mereka tidak memahami apakah maksud siyasah (politik) menurut Islam.
Secara lughah (bahasa), siyasah (politik) berasal dari kata sasa, yasusu, siyasatan yang bererti ‘mengurus kepentingan seseorang’. Perkataan siyasatan menurut pengertian bahasa adalah ‘pemeliharaan/pengurusan’. Dalam kamus Al-Muhits dikatakan – sustu ar-ra’iyata siyasatan, ai amartuha wa nahaituha, ai ra’itu syu’naha bi al-awamir wa an-nawahi (aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku memerintah dan melarangnya, atau aku mengurusi urusan-urusan mereka dengan perintah-perintah dan larangan-larangan). Ini dari segi bahasa. Adapun maksud siyasah menurut istilah/syara’ adalah ri’ayah asy-syu’un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan (mengatur/memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri) [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur]. Pengertian ini diambil dari beberapa hadis di mana Rasulullah saw menggunakan lafaz ‘siyasah’ untuk menunjukkan maksud pengurusan/pemeliharaan urusan umat, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim,
“Adalah Bani Israel dahulu yang mengatur urusan mereka adalah nabi-nabi (tasusuhum al-anbiya’). Bila wafat seorang Nabi, maka diganti dengan Nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tidak akan ada lagi Nabi sesudahku tetapi akan ada Khulafa’ dan jumlahnya banyak. Para sahabat bertanya, ‘Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?’ Nabi bersabda, ‘Penuhilah ba’iat yang pertama, yang pertama sahaja, berikanlah kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa saja yang mereka urus/pelihara.”
Berkenaan lafaz tasusuhum al-anbiya’, Ibn Hajar al-‘Ashqalani berkata, “Dalam hal ini terdapat isyarat bahawa harus ada bagi rakyat, orang yang mengatur urusan mereka, membimbing mereka ke jalan yang baik, dan memberikan keadilan kepada orang yang dizalimi dari orang yang zalim.” [Fath al-Bari, VI/497] Menurut Imam As-Suyuthi pula, tasusuhum bermaksud “yang menjalankan urusan mereka” [As-Suyuthi, ad-Dibaj, IV/456]. Dan menurut Imam an-Nawawi, tasusuhum bererti “yang menangani urusan mereka sebagaimana para amir dan wali menangani urusan rakyat.” [Imam an-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi, XII/231-232]. Justeru, hadis ini menjelaskan makna as-siyasah (politik). Secara bahasa, kata sasa-yasusu-siyasah juga boleh membawa makna ra’a syu’unahu (memelihara urusan-urusannya). Dengan kata lain, as-siyasah (politik) maknanya adalah ri’ayah syu’un al-ummah (pengaturan dan pemeliharaan urusan-urusan umat). Inilah pengertian politik menurut Islam, yang mana berdasarkan hadis ini, semua nabi, termasuk Nabi Muhammad saw menjalankan peranan politik mereka sebagai pengurus, pengatur, dan pemelihara urusan umat. Dan peranan politik (mengatur urusan umat) ini dengan jelas akan diambil alih pula oleh para Khalifah yang sekali gus menjelaskan bahawa pemimpin/pengurus umat Islam (untuk seluruh dunia) setelah Rasulullah adalah Khalifah, yang akan mengurusi/memelihara kepentingan umat Islam.
Dari pengertian politik ini, tidak hairanlah jika ada ulama menekankan bahawa politik dan agama adalah ibarat dua saudara kembar [Lihat: Imam al-Ghazali, Al-Iqtishad fî al-I‘tiqad, hlm. 199]. Dikatakan juga, “Jika kekuasaan (as-sulthan) terpisah dari agama atau jika agama terpisah dari kekuasaan, nescaya keadaan manusia akan rosak” [Lihat: Ibn Taimiyah, Majmu‘ al-Fatawa, 28/394]. Ulama-ulama yang ikhlas, baik yang salaf mahupun yang khalaf memahami pengertian politik dari perspektif ini dan mereka adalah golongan yang selalu melakukan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap pemerintah sehingga ada yang dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini jauh berbeza dengan kedudukan ulama sekarang di mana ada yang menolak politik, ada pula yang memahami dan mengambil politik ala sekular dan ada pula yang bersekongkol dengan pemerintah sekular dan menyalahkan gerakan Islam yang melakukan aktiviti politik memuhasabah pemerintah.
Berdasarkan maksud politik (siyasah) menurut Islam, maka adalah jelas bagi kita bahawa mengurus/memelihara (ambil peduli) tentang urusan umat Islam adalah tanggungjawab politik yang dibebankan oleh Allah swt ke atas bahu pemerintah. Ini sesuai dengan sabda Nabi saw bahawa, “Imam (pemimpin) itu pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas orang yang dipelihara (rakyat)nya” [HR Muslim]. Memelihara rakyat bermaksud mengambil berat tentang kepentingan-kepentingan rakyat yakni menunaikan segala hak dan kewajipan rakyat mengikut ketentuan yang telah Allah perintahkan ke atas mereka. Bagi setiap individu Muslim dan gerakan Islam pula, mereka juga wajib berpolitik dengan maksud wajib ke atas mereka memerhatikan urusan atau kepentingan umat Islam. Wajib bagi mereka memastikan bahawa mereka ‘diatur’ (oleh pemerintah) dengan hukum-hakam Islam dan wajib pula bagi mereka memuhasabah pemerintah sekiranya pemerintah tidak menerapkan hukum Islam ataupun mengabaikan kemaslahatan kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah swt telah mewajibkan adanya segolongan (jemaah/gerakan) dari kalangan umat Islam agar mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar. Firman Allah, “Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh kepada yang ma’ruf serta mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang menang.” [TMQ Ali Imran (3):104].
Inilah tanggungjawab politik umat Islam yang telah diwajibkan oleh Allah swt. Peri pentingnya muhasabah dari rakyat kepada pemerintah yang zalim, yang tidak menerapkan Islam sehingga Allah dan RasulNya meletakkan satu darjat yang tinggi kepada mereka yang melakukan aktiviti politik (muhasabah) ini, dengan status sebagai sayid asy-syuhada (penghulu para syahid). Sabda Nabi saw, “Penghulu syuhada adalah Hamzah ibn Abi Thalib dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat/zalim, lalu menyerunya berbuat baik dan mencegahnya berbuat mungkar, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR Hakim].
Rasulullah adalah Ahli Politik
Sesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja. Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah seorang ahli ekonomi dan ahli politik yang agung? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (kelompok/gerakan) Islam (semasa di Mekah) dan baginda adalah Ketua Negara Islam (semasa di Madinah) dan sekali gus merupakan seorang pemimpin dunia Islam? Adakah sebagai seorang pemimpin sebuah kutlah, Rasulullah bukan ahli politik? Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada (agama) Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya, baik di Mekah mahupun di Madinah? Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyhur (semasa Rasulullah masih di Mekah),
“Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan (dakwah) ini, hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak akan aku tinggalkan.” [HR At-Thabari].
Hadis ini sebenarnya agak panjang di mana pada awalnya orang kafir Quraisy sudah tidak tahan dengan dakwah Rasul yang meremeh-remehkan akidah dan kepercayaan mereka, mencaci sembahan-sembahan mereka dan ‘menghentam’ segala bentuk ‘sistem kufur’ yang mereka amalkan. Kafir Quraisy tahu dan memahami bahawa apa yang Rasulullah inginkan ialah sebuah kekuasaan/negara di mana sistem Islam dan hukum Allah boleh diterapkan di dalamnya. Atas sebab inilah mereka cuba menawarkan atau memberi kuasa kepada Rasulullah, cuma dengan syarat Rasulullah mesti meninggalkan dakwah baginda. Jadi, apakah dakwah Rasulullah yang ‘menghentam’ akidah, pemerintahan dan sistem kufur yang ada ini bukan dakwah yang bersifat politik? Apakah usaha Rasulullah untuk mendapatkan kekuasaan/negara (untuk menerapkan hukum Allah) ini, bukan aktiviti yang bersifat politik? Hadis ini (dan banyak lagi hadis lainnya) sebenarnya dengan jelas menunjukkan bahawa aktiviti dakwah yang Rasulullah lakukan adalah berbentuk politik. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah tidak pernah kompromi atau tunduk kepada orang-orang kafir (apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah dan sistem kufur) di dalam aktiviti dakwah/politik baginda. Walhal jika difikirkan secara logik, adalah lebih baik Rasulullah menerima sahaja tawaran kuasa yang diberikan oleh orang kafir Quraisy, kemudian baginda bolehlah merubah sistem yang ada setelah
Assalamual!!aikum Doktor Mahathir..maksud saya Assalamualaikum!....Saya lebih suka diri saya di kenali sebagai Orang Malaysia Muslim bukan Cina, bukan Tamil, bukan Sabahan, Bukan Sarawakian dan tentu sekali bukan Melayu.
Kerajaan Malaysia tidak akan kuat selagi parti racist UMNO, MCA dan MIC wujud terutama yg dominan seperti UMNO.
Malaysia untuk semua, mana boleh satu ras sambil hanyun keris berteriak "Kami Tuan" - demekian itu Pakatan Rakyat sahajalah yg relevan masakini. Mereka tidak bergerak atas landasan ras.
Nampaknya payah utk kerajaan negeri bawah Pakatan Rakyat bekerjasama dgn federal kerana sikap rasisme UMNO..maka itu saya berdoa PRU 13 mendatang semua negferi-n4egeri dinenangi PR. Amin!!
org kerajaan sekarang ni ramai yg pentingkan duit dr negara..diorg perlukan status menteri utk beranakkan duit diorg..btl tak Tun...mmg lar kalau BPR check sekali pun ramai yg clean kerana maybe gunakan proxy2 yg susah hendak dikesan...ada sahabat bangsa asing mengaku yg dulu dia sokong BN tp PRU lepas dia terpaksa sokong PR kerana x puashati dgn gejala rasuah yg menjadi2 dikalangan menteri2....
Selamat kembali YAB Tun...Assalamualaikum w.r.t Greeting semoga Tun sihat walafiat.
Perjuangan masih belum selesai... I agree. We miss your motivating speech.. your sharp response to whatever issues raised during your tenor as PM...
I share with the manny of your organised schedule, professional approach to governing a govertment.Without doubt during your tenor of goverment we saw the best of our nations achievements in every field. Pls go on contributing ...which we indeed needed very badly now. But Tun don't think that you are short of support... we still have the 2/3.... hope it not too late.
We will folow you blog always...
Wassalam
Saya ingin menjawab bung karno, Mei 7.....Karpan Singh lawan Raja??? hihihihih dak kotttt...Doktor Mahathir dizaman pemerintahannya; keratan berita dari MM yg dipaparkan ini menunjukkan atau menjelaskannya dgn sendiri. DAN haloo Doktor Mahathir party pembangkang BUKAN musuh BN atau PAKATAN RAKYAT sama bekerja utk rakyat Malaysia tapi ada orang kata BN tu BE END oooppps sorry nuuuu.....
Saya nak komen mr.flirt, May 8 - Memang saya sokong 500% menghantar seseorang ke angkasa pakai "taksi" orang punya paling membazir dan menimbulkan cemuhan dan gelakketawa di sini dan di sana. "American Dream" tak samalah dgn apa yg terjadi di sini!!!
Lagi satu hail; menurut Bill Kaysing (bekas astrounaut NASA) tiada sesiapapun pernah mendarat di bulan kalau ada ornag Russialah yg pertama-tama, mereka 12 tahun kehadapan dlm perlumbaan menaklukki angkasa!! HIDUP RUSSIA!!! hihihihih jgn marah ya
my 3 cents thought kah kah kah
Hi Tun,
Eversince you stepped down as Malaysia's Prime Minister, your successor has been seen to be very weak. You had made a big mistake in choosing him as your successor. He is not able to make decisions and has to rely on his green horn son-in-law for advice. He must step down and be replaced immediately. Otherwise, there will be more damage caused to the country.
Long live Tun.
Assalamualaikum Tun,
Semoga Tun sentiasa sihat untuk kami semua. Saya amat sedih dengan hala tuju kerajaan sekarang yang nampaknya lebih berminat untuk berlawan dengan Tun daripada menyusun strategi untuk kepentingan rakyat. Apa yang dibuat untuk isu kehakiman menampakkan yang kepimpinan sekarang lebih menitikberatkan perasaan dendam.
Apa yang berlaku di PU12 adalah bala akibat dari Islam Hadhari. mana ada Islam lain selain dari Islam yang satu? Kalau nak buat Muslim Hadhari bolehlah. Walaupun Tun tidak berpendidikan berlatarbelakangkan Islam, konsep Islam Tun adalah lebih baik dari yang dicanangkan oleh kepimpinan sekarang.
Luncai62.
salam TDM..
saya nak minta Tun terangkan macam mana ahli2 BN di sabah dan sarawak akan lompat parti...
betul ke tidak????
Askm Tun,
Semoga tun sentiasa dirahmati dgn apa keputusan tun,
Dear Tun,
I feel that a country parliament needs both Government and Opposition in a equal numbers ...
Each parties will not overpowered towards each other when comes to decision making, opinions, or proposal ...
HIDUP TUN MAHATHIR.. PROUD TO BE MALAYSIAN
HIDUP TUN MAHATHIR..
IM PROUD TO BE MALAYSIAN
Assalamu'alaikum Tun,
Saya ingin memaklumkan bahawa terdapat syarikat yang bakal/telah dianugerahkan projek Konsesi. Yang berkait dengan WPI & RMK9.
Yang paling jelas adalah sebuah Projek Konsesi untuk tankage facility. Dan syarikat-syarikat ini terlibat dengan KJ & konco-konconya. Saya tidak melibatkan Pak Lah dalam konteks ini kerana kita semua tahu yang Pak Lah hanyalah boneka. Saya juga pernah dapat maklumat mengenai projek bernilai RM60Juta, tetapi apabila jatuh kepengetahuan KJ, ianya menjadi RM80Juta. RM20Juta untuknya dan konco-konconya. Terdapat juga seseorang yang digelar Miss 5%, menyalin kulit Kertas Cadangan orang, menggantikan nya dengan syarikat proksi mereka.
Sesungguhnya jika BPR menjalankan siasatan sulit. Ianya tidak perlu jadi isu public. Cuma permasalahan ini makin meruncing dan sepatutnya juka sesiapa yang diragui perlu disiasat.
Apa motif KJ? Saya ada rakan2 yang mengesyaki KJ adalah anggota Freemasonry. Untuk pengetahuan anda semua, KJ pernah cuba memikat anak Anwar semasa Anwar dispekulasikan sebagai successor kepada Tun. Dan ini bukanlah cerita kedai kopi.
Maafkan saya Tun, beribu ribu maaf jika apa yang bakal saya katakan ini tidak benar atau benar tetapi Tun tidak terlibat.
Saya bakal menyambut harijadi yang ke-25. Sungguh muda. Tetapi sejak kecil saya sudah dengar mengenai isu Projek-Projek kerajaan. Tapi kini ianya makin meruncing kerana kakitangan rendah Kewangan & Pembangunan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan pun sudah berani meminta rasuah. Rasuah ni ada dimana-mana, saya sendiri tak tahu mcm mana nak hapuskan rasuah. Belanja juta-juta buat papan tanda ELAK RASUAH, nak dapat projek supply papan tanda tu pun kene rasuah baru dapat. Rasuah ni macam Kanser. Hanya IMAN yang kuat boleh sembuh dari penyakit ini...
Pemimpin UMNO sekarang ingat rakyat bodoh. Rakyat Malaysia sebenarnya bukan rakyat yang suka merusuh, berpiket, berdemonstrasi. Kami masih menaruh harapan terhadap kerajaan BN. Setelah Tun letak jawatan, makin risau rakyat jadinya. Kerana kami tahu Tun takkan terdaya menjaga semua orang kerajaan. Dan apa yang sudah Tun lakukan untuk Negara, Bangsa dan Agama adalah sangat mengagumkan. Even orang negara lain mengagumi Tun Dr. Mahathir.
Maaf jika penulisan saya berterabur. Tun, saya sayangkan Tun. Saya sayangkan Islam. Saya sayangkan bangsa Melayu.
Pada ketika ini saya masih bukan Ahli UMNO dan tidak pernah mengundi. Saya tahu apa yang saya lakukan adalah merugikan. Tapi hati saya terluka.
Jangan Malaysia jadi mcm Indonesia atau lain-lain negara yang sedang kacau bilau.
Berhenti berborak di kedai-kedai kopi. Berhenti buat assumption sendiri. Semua parti politik di dunia pada masa ini CORRUPT. Termasuk PAS. TERMASUK PKR. TERMASUK UMNO.
Sekian.
'what is wrong with writting in english?blog tun M bukan saja untuk pembaca Malaysia. Ada warga Malaysia/bukan Malaysia yg berada diluar negara yang masih mengikuti perkembangan politik negara.Biarlah yang berada di luar negara yang mungkin mempunyai pendapat yang mungkin berbeza memberi komen.'
to kanachi @ sukj,
nothing is wrong writing in english BUT its better if writing in dwi-bahasa. Come on la bro, dunt u proud wif our bhs ibunda? bhs malaysia? now if tun writing in bahasa melayu, ada masalah ke utk yg warga malaysia kat luar negara utk faham?? sbb tu ade permintaan utk dwi-bhs. Btw, kalau kita malaysian ni x bangga dengan bhs sendiri, nak harapkan siapa lagi kan?
Assalamualaikum Tun,
Saya bersetuju dengan pendapat Tun mengenai konsep tersebut. Pada pendapat saya sebuah kerajaan yang kuat itu adalah kerajaan yang berdisiplin,tegas dan peka dengan keadaan rakyat dan teguran dari pihak pembakang. Jika kerajaan terlalu mengambil kira kata-kata dari pihak ini boleh melambangkan kerajaan sebagai tidak berpendirian dan pada pendapat saya kerajaan yang tidak berpendirian adalah kerajaan yang lemah.
sekian..saya cuma menyatakan pendapat saya..sila tegur jika saya salah..terima kasih
Assalamualaikum TUN,
Tolong komen sikit hal Pulau Batu Putih. Sebab kerajaan lemah la nih.
salam tun,
saya membesar d zaman tun mengetuai m'sia, saya lalui byk pengalaman d zaman tun. byk yg boleh saya nilaikan ttg ketokohan tun..karisma tun menjadi kebanggaan saya...dan dunia juga akuinya..lihatlah apa dah jadi sekarang cth isu PULAU BATU PUTIH jika d zaman tun saya percaya kita tidak akan BERPUTIH MATA kerana dunia menghormati ketokohan tun dan negara kita yg tercinta MALAYSIA ...Malaysia di mata dunia..sekarang apa dah jadi..
sedih..sungguh menyedihkan
G'day Tun,
Like Sun Tzu said, ‘The General who wins a battle makes many calculations before battle is fought. The General who loses a battle makes but few calculations before hand. Thus, do many calculations lead to victory, and few calculations to defeat. It is by attention to this point that I can foresee who is likely to win or lose’.
Do you notice morale of BN dah berkecai dah. Hampir semua parti komponen BN hadapi internal problems. Biarkan musuh bermahajarela tanpa tentangan. Siapa mangsa, rakyat. We need someone like Tun Dr Mahathir to bring all together.
Sy teringat akan perkataan "futuristic thinking" yg diberikan kpd Tun. Apa yg Tun buat nampak akhirnya semua org kena kata "Yes, Mahathir is right". Cara Tun menangani krisis kewangan 1997 misalannya. Sy percaya apa yg Tun buat sekarang akan sekali lagi membuktikan "Yes, Mahathir is Right" Sokong terhadap Tun masih bergitu kuat. Kami generasi yg ada literasi, pandai berfikir, tahu mengenang budi. Rakyat mahukan pembangunan, mahukan modernisasi.
regards,
lee
Dear Tun,
wat u did as PM was wonderful, its really like "from nothing to something". if most of our leaders had a strong leadership like u, im sure that we could go higher.
I would just want to express some point of view with razique comment,to me or mayb to most of the people that not really concern on how the process and the activity that happened behind the door of the politic,what we want is the result as it is always well known to me,behind the door is all bout tricks,brain washing,stabbing,etc etc and if there is a chance to bring all this people to justice,there will be no more people left in the parliment!agree?
And to me (a person that don't even put an eyes on politicsl)started to get myself update,Y? because of the poor developement,prices increasing everyday,projects hang half way,life just went difficult!!
140 sits out of 222? yes for this time,but not for long if there is still no improvent from the goverment ....this result only giving a second chance to abdullah to mend back all the holes.this result will only go from worse to worst if there is no improvement .
there is a time when I think y tun still want to get into so much trouble?can't tun just take some rest and let our PM do his work?but now i can say our PM really don't have such ability to manage this country,the result he had created had make every single malaysian to start question,to start putting effort to lure him out,to spend time typing out opinion.
and I am waiting and i believe almost all of us is waiting, v r not blind and v will c the progress,and they might be more supprising result in the 13 election^^
BTW i really felt fed up of the goverment to ban youth to vote !! yeah i know the goverment have to!or else there will not be 140,looking down at the goverment !
Assalamualaikum Tun...
bolehkah Tun perincikan dengan detail bagaimana masalah perpaduan di negara kita sekarang ni manjadi semakin meruncing. boleh tak huraikan faktor dari semua aspek yang ada dalam fikiran tun sekarang ni
Askum Tun,
Kita hidup di dunia nyata ,takaan ada yang sempurna . Namun kita mahukan yang terbaik . Sebagai manusia biasa , saya memandang semua manusia sebagai makhluk yang lemah, setinggi mana pun kerusi kita , kita hanya di pandang tinggi sekiranya hati kita ikhlas ,beriman , dan sentiasa mengingatiNya .
Saya harap Tun sihat sejahtera , banyakkan masa ibadah . Sumbangan Tun amatlah banyak dalam arena politik negara . Apa pun kritikan terhadap Tun , Tun sudah banyak berjasa . Golongan muda , mentah , yang masih berhingus , belajarlah .
salam sejahtera Tun..
pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas di atas tindakan drastik Tun keluar dari Umno dan metidakkan pak lah sebagai pemerintah no.1 negara, teruskan kritikan Tun, semoga mereka-mereka ini tidak terus lena di buai mimpi dan lupa daratan..rakyat perlukan pemimpin yang telus dan prihatin
terima kasih
Post a Comment