Monday, May 12, 2008

Kegagalan Barisan Nasional


1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.

2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.

3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.

4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti pembangkang.

5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.

6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.

7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.

8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi "Yes-Men" yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.

9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.

10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.

11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau "giant killers" yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.

12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.

13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.

14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.

15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.

16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?

17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.

18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.

19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.

20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.

21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.

22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.

23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan "mega projeck" yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak "pet" projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain

24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.

25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.

26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.

27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata..

28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?

29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.

30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.

31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.

32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.

33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.

34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.

35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.

36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.

37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.

38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.

39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggunjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil.

Artikel ini yang penulisan asalnya di dalam Bahasa Inggeris telah disiarkan akhbar The Sun pada keluaran 9hb Mei, 2008


353 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 353 of 353
YSLim said...

Dari blog ini, DrM cuba menunjukkan kecintaan terhadap Malaysia dan UMNO. UMNO saya akan biarkan komen.

Dari segi prinsipnya, MENGAPA hanya pada 12/5/2008 DrM hanya bersuara berkenaan kes-kes atau perkara-perkara yang telah berlaku yang dinyatakan dalam blog ini. Mengapa tidak seawalnya? Mengapa tidak diadakan seperti "walk of justice" "walk of the 4th floor" "walk of the SCOMI" "walk of pengkhianat"

Adakah kerana perasaan takut (fear)?
Adakah kerana perasaan tidak diberi ruang untuk mengulas(blackout)?
Adakah perasaan berdalih menunggu peluang (opportunity)?
Adakan perasaan untuk ego (i told you so)?

Jika dilihat dari blog ini, sokongan DrM masih ada.... tetapi .... tsk tsk ..tsk. sebagai orang politik sememangnya politiklah orangnya. Jika seseorang tidak berpegang kepada prinsip , maka prinsipnya umpama lalang ... ibarat yang disebut salah seorang pengkomen. Tetapi pegangan kepada prinsp perlu penkorbanan yang besar - melibatkan kesengsaraan diri orang tersayang keburukan dan kebodohan diri

Jika DrM telah mengetahui semuanya dari awal mengapakah tidak dibentangkan. Dibentangkan untuk tatapan rakyat, jangan takut, jangan segan, jangan silu, rakyat tahu membezakannya. Saya ingat kerana perasaan serba salah kerana terdapat undang-undang, jika tiada bukti maka dikatakan fitnah. Oleh itu "Prinsip" tidak boleh diumbang ambingkan, tak kira dek hujan panas kering kontang. Untuk itu Maka kefahaman terhadap sesuatu "Prinsip" perlulah dibelajari dahulu. Adakah kamu sanggup membelajarinya.

Ataupun ketakutan bahawa rakyat tidak tahu membezakan baik dari buruknya. Nescaya memusnahkan diri sendiri. Inilah sikap kamu sekelian, bahawa tiada kepegangan kepada prinsip sejati dan kesan globalnya. Prinsip kemanusiaan, kemuliaan, kehormatan, kebaikan dan kejujuran, telah luput dari segala karangan novelan ucapan komen tulisan ungkapan termasuk pemblogan ini.

Bolehkan kita membicarakan prinsip-prinsip ini terhadap setiap ayat yang ditulis disini dan samada prinsip-prinsip tersebut boleh diaplikasikan terhadap komen-komen penyokong/pembokong blog ini.

Ataupun DrM akan kata "you just waste my time". Dipersilakan...

syim said...

TDM,
kekalah BN yg saya nampak 1-kemunculan DSAI,2-kritikan TDM sendiri,3-isu hindraf dan ISA,4-islam hadhari dimana terdapat gambar PM memegang bahu bukan muhrin,dan memeluk,inikah pejuang islam hadhari......

nncckkll said...

BN fate is unavoided, this time they have to face the music. They have being sitting on conford zone for too long until RAKYAT are negleted. I do hope for the change as this will made BN realise the power of RAKYAT, if BN want to take full control then BN have to work and fight for it, and not just sitting there and wait for miracle to happen. KuLi and DSAI is doing their work now and lets see who is the winner of 3 of them ( include Pak Lah ) DR M, who is your bet ?

Komen Ebook said...

(salam) Tun, always be in the pink of health ya!

1. Saya tak salahkan Tun jika Tun kata, Tun telah salah melantik orang. ini kerana, "kita tak tahu esok atau lusa jadi macam mana."

2. saya ni tak suka politik. tapi saya tak suka dengan tindakan pak lah yang memandai batalkan projek jambatan bengkok. jambatan bengkok sangat bernilai dari segi keselamatan negara!

3.(harap maaf, dengan izin Tun harapnya) Pada para25, tun kata nazri aziz amat biadap, bagi saya dia seorang yang super biadap! menyampah saya dengan perbuatan dia. time dulu, cukup kuat ampu Tun. time Tun resign, tengok apa yang telah dia kata pada Tun. apa salahnya kalo dia cakap elok2 dalam Tv. jahat sangat ke Dr Mahathir ni? langsung tak hormat orang yang lebih usia.ingat dia tu bagus sangat ke? orang macam ni ke yang layak nak pimpin orang? orang macam ni ke yang boleh generasi muda nak contoh?

4.(Para 16&34),saya cukup heran, tak silap saya, pada zaman Tun, anak2@menantu Tun seorang pun tak involved dalam politik. Bila Tun dah resign baru anak Tun nampak menonjol dalam politik. TAPI, pada era PM la ni, tah pe2 menantu dapat jadi ahli parlimen.

Dengan slogan yang buat orang kelantan meluat,pimpin bola FAM pun tunggang langgang, orang macam dia layak ke jadi leads by example untuk era sekarang?

5.PM sekarang memang tak ngaku salah dia.hakikatnya dah jelas, dia gagal pertahan 2/3 majoriti. saya tak heran, andaikata dia tak ubah cara dia manage negara sekarang ni, malaysia akan diperintah oleh parti lain.

masalah terkini, isu beras sampai sekarang takde penyelesaian. kalo setakat bekalan cukup, tapi harga tak turun...kami rakyat yang tak gaji tak berapa sen ni, nak survive. kena kerja dengan lebih kuat untuk dapatkan secupak nasi. kalau masalah ni tak setel jugak..isu ni akan menguntungkan pembangkang!

(maaf, saya sedikit emosi)

terima kasih atas artikel "kegagalan barisan nasional" ni. saya puas hati dengan artikel ni

Unknown said...

Salam...

TDM,

Benar kata Tun, apa yang rakyat mahu sekarang ialah Pak Lah letak jawatan sebagai PM.

Org melayu bukan bersifat anti-UMNO dan anti-PAK LAH,tapi org melayu lebih kepada anti-KJ...

sebagai contoh, bapa saya dan kebanyakan kawan-kawan beliau tidak membenci 100% pentadbiran PAK LAH,tapi runsing dan muak dengan campur tangan menantu beliau..

benar seperti apa yang dikatakan oleh seseorg yang memberi komen di ruangan ini bahawa pensyarah universiti sekarang juga lebih terbuka membincangkan isu politik dan ada sesetengah mereka menyuruh pelajar mengundi bagi pihak pembangkang dan ada yang menyuruh pelajar memboikot pilihanraya semata-mata untuk memberi pengajaran kepada Pak Lah...

Alhamdulillah Langkawi masih 100% di pegang oleh BN nasional...
tp, adakah org langkai mmg berniat untuk mengundi BN???...
setelah bersembang dengan banyak pihak...keputusan yang saya terima
org langkawi sebenarnya undi BN kerana mereka fanatik dengan kepimpinan TDM...mereka masihkan sayangkan BN kerana TDM...
mungkin suatu hari nanti langkawi juga mungkin jatuh ke tangan pihak pembangkang sekiranya Pak Lah masih berkuasa sebagai PM...

Kebanyakan rakyat Malaysia juga meragui Pak Lah selepas beliau menggugurkan banyak rancangan dan projek yang telah dirancang pada zaman kepimpinan TDM...Mungkin benar seperti kata orang ramai bahawa Pak Lah tidak mahu dibayangi kepimpinan TDM dalam pemerintahannya...

Tapi,percaturan beliau salah...
rakyat kini sudah muak dengan kepimpinan beliau...

baru sekarang KJ pandai untuk berdiam diri???...
masanya sudah terlambat buat KJ dan PAK LAH...kerana nila setitik,rosak susu sebelanga...

Pemimpin sekarang yang berani mengkritik TDM,tunggu dan lihat...

"Bukan nak mengata,tapi perkara nyata,Bukan nak mengutuk,tapi sekadar memupuk dan membentuk"

hidup TDM...
Terima kasih...

mat said...

Tun yg dikasehi...
Just came across this blog. This post hit directly to what my own conclusion bout the PRU12. Sungguh merugikan saya tidak terbaca tentang ini sebelum saya pergi ke Langkawi minggu lepas.

I've been duped to attend the so-called TEAM BUILDING which is turn out to be kursus under BTN. Yeah u heard it right. So i have to endure all the politics-talk which is fine with me, with hope i can learn new things. BUT honestly all those people were merely ROBOT. They themselves dun know wat they are talking about! They keep on repeating the real reason of BN huge loss because off the SABOTAGE. When i argue bout this, they immediately shut me down or deliberately change the topic. What is thiss??

Mika said...

Salam Tun.

Saya merupakn salah sorg dari beribu-ribu rakyat johor yang sgt marah kepada tindakan Pak Lah sejak beliau membatalkan projek jambatan bengkok yang kami semua inginkn. Buat pertama kalinya, saya telah menulis rasa ketidakpuasan hati saya terhadap keputusan kerajaan dan meminta diteliti semula. Saya telah menghantarnya kepada Utusan namun tidak disiarkn. Pada waktu itu, saya fikir, saya hanya segelintir kecil rakyat yang tidak setuju, rupanya Tun turut menyuarakan tanda tidak setuju beserta majoriti rakyat yang lain.

Saya mempertikaikn kenapa rundingan itu perlu dihentikan sertamerta dan kenapa perlu dibatalkan projek tersebut walhal sebahagian tambak johor itu adalah tanah air kita bersama. Dimana hak tersebut? Apa salahnya kita membinanya di atas tanah air kita sendiri.

Jika benar sekalipun rundingan tersebut berat sebelah, pasti ada jalan penyelesaian dan menutup pintu rundingan secara membuta tuli bukanlh jalan yang betul dan tepat.

Kami bertambah marah apabila beliau mendakwa bahawa majoriti rakyat johor setuju dengan keputusan kerajaan tersebut. Ini memang tidak adil. Sejak itulah, saya sudah mula syak dengan kepincangan kepimpinan Pak Lah ini.

Saya sgt berharap agar Tun terus menjadi suara kami.

The People said...

Dr Mahathir,

Thanks for your honest comment. I guess, the opposition could lead a better country compared AAB. I feel that as a Malaysian we all should love each other rather than trying to stir up political or racial issue and start pointing fingers on each other. For eg: Karpal Singh's case, i think they should just move on and focus on a more important things.. Please understand this all my malay brothers and sisters... we just wanna live in peace and harmony and if the opposition can give us that, WHY NOT?

thanks again Tun... you are indeed the man. At least you dare to speak out the truth. If abdullah still listens to Khairy or take his advise, haha..then goodbye UMNO and BN.

thanks.

Sy0h said...

Asalamualaikum,

"I QUOTE from above"
Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.

Yes, its true, I manage to tumble with this "people" gathering at one mamak restaurant last time. Not just tingkatan 4 students even Mat Rempits is enrol as well. An attempt to brain wash our young kids to become future "butt kisser" or worst? For me, I describe "Khairy Jamaluddin" as young inexperience punk. We are wathcing you!

sjankan said...

Tun, kadang-kadang anak yang kita besarkan nampak baik. Tapi bila dia dah kuar dari rumah dan buat jahat takan ibubapa nak cakap ketika di rumah atau bersama saya dia baik je. Ini mesti sebab org lain . Mana boleh macam tu. Benih2 ini adalah ikut ayah dia ..bapa pemodenan yang memerintah 22 tahun. Tun tak didik mereka. Tun cantas. Yang tinggal semuanya yang sokong Tun tapi mereka bukan baik sbb mereka sokong utk kepentingan politik bukan rakyat. Kini Tun salahkan Nazri. Nazri esok org lain amik alih pun dia akan buat benda yang sama kat Pak Lah mcm dia buat kat Tun. Tapi bila mereka in membesar dan dapat jadi big shot? Masa Tun. Dimana mereka belajar tahan guna ISA? Dimana mereka belajar guna Polis? Ingat lagi Rahim Noor? Sejarah Tun. Dimana letaknata Bapa kemerdekaan Zaman Tun? Cuti semasa kematian dia macam mana di beri? Banyaklah Tun. Pada pandangan saya segala2nya dah terlambat. UMNO atau PKR ataupun Pakatan RAkyat takan majukan MAlaysia sbb kesilapan 22 tahun. Tun betul ttg neo-colonilisme , Tun betul tentang Yahudi, IMF dan juga Globlisasi malangnya Tun gagal me,bentuk minda patriotik utk negara . Tun sendiri sampai kini melihat pembangkang sebagai musuh dan takut mereka akna menjalankan pemerintahan yang baik. Apa salahnya rakyat menikmati pemerintahan yang baik? Tun talk like Malaysian and Be Malaysian is the the First Thing. Respect Democracy. cabaran tu ingat lagi melahirkan masyarakat demokratik yang matang? saya tak kenal Tun ada masa saya kagum dengan Tun sampai kini masih. Tapi bila ditinjau PRU12 byk yg tak kena. saya juga sedar tulisan saya ini takan di siarkan. Biarlah Tun siarkan mana tau ramai lagi komentar boleh bg respon atau pertahankan TUn. - sjankan@live.com

Cak Kun Cak said...

Dear Tun,

Alhamdullillah. You have spoken on behalf of a lot of people.

At least someone have spoken on behalf of us who those in power think cannot do anything to them.

I thank you Sir.

Pendekar Zum said...

Salam Tun

Walaupun saya bukan penyokonh UMNO, tapi saya tetap menyanjung Tun sebagai pejuang bangsa dan negara. Pak LAH pengecut!! ke mana perginya 10 prinsip ISLAM HADHARI selalu dilaungkan?

Unknown said...

Tun,

Tanpamu, negara kita ini tidak akan dikenali oleh negara-negara lain sehingga ke hari ini. Anda adalah Bapa Wawasan Malaysia yang dihormati kami. Sesiapa yang tidak mengenang jasamu dan biadap terhadapmu memang tidak boleh dimaafkan.

Dahulunya, Tun terkenal kerana sikap Tun yang "Berani kerana Benar". Seluruh dunia memuji Tun sehingga ke hari ini tetapi sekarang ini, sesetengah orang-orang kita yang sendirinya menyuruh Tun "menutup mulut". Oleh kerana ini, saya berharap Tun boleh terus menulis blog blog yang menyuarakan pendapat Tun. Tanpa persaingan and komen, seseorang itu akan menjadi semakin mundur. Lebih-lebih lagi, oracng yang tidak mendengar nasihat dan komen orang lain.

Teruskan Usaha Tun..............

crazyidiot said...

If you want to hit on Abdullah, why not ask yourself, why did you put him there in the first place? Isn't it your own fault. Don't point at Abdullah who is just trying to correct the wrongs that you did while you were in reign! You let some people to be in there for far too long. Think about it!

Anonymous said...

Barisan Nasional hari ni sememangnya asyik terlalu memikirkan parti dan juga gagal untuk menstabilkan rakyat. Pemilihan Pak Lah sebagai PM amat merugikan negara. Sebagai rakyat, takkan kita nak terus berdiam diri. Takkan kita tak sedar yang hari ni situasi negara tidak keruan. Pak Lah gagal menjalankan tugasnya dengan baik begitu juga menteri2 kabinet yang berada di bawahnya.
Hari ni, langsung tak nampak perubahan di bawah kepimpinan Pak Lah. Kalo saya tanya apa yang Pak Lah telah lakukan kepada Malaysia, saya rasakan tiada melainkan hanya janji2 palsu dan juga taktik murahan demi meraih nama. kepimpinan di bawahnya tidak berkesan. Pak Lah tidak tegas seperti Tun. Kalo saya tanya apa sumbangan Tun terhadap negara, saya rasa sy akan bercerita dengan megahnya.
Kalo tanya apa sumbangan saya pada negara, saya akan jawab yang saya cuba memastikan pimpinan negara berada pada jalan yang betul.
Perjuangan kita belum selesai....

samurai melayu said...

AYAHANDA RAKYAT yang kami kasihi,

Perkara 28, dirujuk.

Bila disoal kenapa jambatan bengkok tu dibatalkan walaupun kerja2 awal telah dimulakan, jawab Najib, kerana ianya menjerus kpd 'Act of Indimidation' terhadap negara jiran jika diteruskan juga.

Bingung lagi membingungkan otak kami yang sememangnya dah bingung??

Bagaimana projek jambatan bengkok yang hendak dibina diatas perairan negara sendiri dan tidak terus menghala ke negara jiran dikatakan act of intimidation.?
Kami tidak lah sampai belajar kat UK dan hanya bergaul dengan anak2 towkays dari Msia. Cakap pasal pelajar terhormat ni kat UK ni, ramai anak kampung didikan UK ketika itu terkilan bila dia kata kat depa ' mixing with u all, I learn nothing' So, bila dia masuk UMNO, ramai graduan anjuran kerajaan seangkatan diUK,
membuat keputusan masuk PAS ( not for the love of PAS but..)

Kembali ke cerita asal,
Kami terfikir apakah sebenarnya yang tersirat dalam keputusan pembatalan projek tersebut?

Yang tersurat telah dibentangkan oleh Ayahanda Tun tapi yang tersirat masih rahsia.
Hanya apabila Gentings ditawarkan Lesen Casino kedua tanpa 'bidding', naluri kami mula berkata kata!

Pada mulanya, PM Spura kata hanya satu lesen casino sahaja akan dikeluarkan kerajaan nya bertempat diSentosa Island. Maka ramailah pengusaha casino termasuk Gentings
masuk tawaran(Bid). Dengarnya, 'Mafia Vegas'menang Bid tersebut.
Tiba2, PM Spura ubah polisi dan keluarkan lesen kedua kepada Gentings tanpa 'Bidding.'

Sampai sekarang kami masih
tertanya2 adakah kedua2 keputusan kerajaaan M'sia dan S'pura ada pertalian(konspirasi)kah atau 'mere coincidence'

Mungkin 'Kuda Kepang' dapat tulis Buku dan tajuk disyorkan 'THE TOYOL CODE II ( Konspirasi campurtangan kuasa asing dalam keputusan pembatalan Jambatan Bengkok)

Sdr. Ruhanie, pasti buku tersebut akan terjual macam goreng pisang panas!
Kami dapat keraknya pun syukur alhamdulliah. Amin.

Bernard Chung said...

Hello to my former beloved PM,
I was wondering what are stuffs that Pak Lah can really do to limit the damages done in the recent election? I'm sure that there are more than those reasons of recent lost of majority, for instance people's dissatisfaction over high comodity and consumer prices, or inequality etc.

My second question, what are the similarities and differences between post election 1969 and 2008? I wasn't born at that time and I definitely don't understand what really happened back then. But, what I can say is that they are triggered by people's dissatisfaction sentiments.

Ahmad Sufi said...

People are in denial,lets hope a miracle will be blessed upon our country,and pak lah and his troops find other brilliant alternatives to win the next election without him resigning,its a win-win situation.Barisan nasional still have power,and pak lah doesn't have to resign.
its a pleasure to comment your lovely blog.

independentman said...

Alhamdulillah tun akui yang tun sedikit sebanyak bertanggungjawab diatas perkara yang melanda negara kita ini. Saya pun dulu setuju dengan perlantikan aab. Tak sangka pulak ianya jadi begini.

Semuga Allah selamatkan orang melayu dan negara kita ini. Amin ya rabbal 'alamin.

hamdan said...

assalamualaikum Tun..

saya amat menghormati Tun lebih daripada mana2 melayu pernah ada di muka bumi ini.jasa2 Tun tak terkira dan tak terlawan oleh sesiapun.terima kasih atas segala2nya.

saya ingin bersuara atas pendapat saya sendiri.

PRU dah lepas dan segala kesannya sedang kita sama2 alami.jutaan sebab,alasan,kritikan dan individu dipersalahkan atas perkara yang terjadi ini.dan sampai hari ini kita melayu masih bertelagah mencari punca..

melayu memang suka menyalahkan satu sama lain.lebih gemar mencari kesalahan daripada membetulkan keadaan.hebat mengkritik daripada memberi penyelesaian.

tidak dapat dinafikan pak lah banyak membuat kesilapan.TIDAK DAPAT DINAFIKAN.
saya percaya kepada KESETIAAN.naik turun bersama!bukan senang kita gembira sekali, bila susah hang pikir sendiri..

saya dok heran kenapa pak lah masih tak nak jumpa Tun selepas semua ini terjadi.minta pendapat..minta penyelesaian (selain letak jawatan kot..). mungkin dia tak terfikir..

apakata kalau Tun mohon jumpa dia..
demi orang melayu..takde orang layak nasihatkan PM melainkan orang yang lantik dia.DEMI MELAYU.. kalau dia takut Tun paksa dia letak jawatan, takyah la bincang benda tu.
DEMI MELAYU..

kalau pandangan ini bersifat kurang hajar ataupun kelihatan saya ini seperti seorang yang bodoh, maafkan saya.

saya percaya bahawa bahawa hanya ada satu orang melayu terhebat yang mampu ubah perkara ini dan orang itu ialah Tun Mahathir..

mohon maaf & terima kasih

optegx

jenn v ariela said...

Tun yang dihormati selalu,

Rakyat dah bersuara untuk mementingkan negara sebagai piority pertama. Unity , Fair dan Transparency.
Disidang Parliament sejak hari pertama lagi, rakyat sudah sedar segalanya kelemahan pemimpin pemimpin BN & UMNO untuk melaksanakan tanggungjawap masing masing dengan cara yang rasional. Segalanya untuk kepentingan diri sahaja dan boleh dikatakan sebagai "BIG SPENDER OF MALAYSIA". Cara-cara mereka mengatasi masaalah keadaan ekonomi negara langsungnya penuh dengan alasan dan tidak mempunyai cara yang bijak. Melainkan pandai menjadi sandiwara atau main wayang kulit, cakap sahaja, tidak bertanggung jawab keatas kegagalan memberikan solution yang bijak untuk mengatasi masaalah ekonomi negara dan juga masaalah terhadap perkara yang lain seberikutnya.
Rakyat Malaysia bukannya bodoh, banyak caranya untuk menyelesaikan masaalah berikut. Segala problems arise, guna subsidi dari Petronas. Macammana kalau seharinya Petronas dah habis hasil yang diperolehinya, adakah ini bermakna Malaysia adalah tamat hayatnya???
Malaysia mempunyai angin laut, cahaya matahari yang cukup, air yang banyak. Segalanya dapat menjana kuasa electrik untuk mencukupi menanggung kegunaan rakyat. Mengapa seharusnya penjanaan kuasa hanya bergantung pada hasil petroleum dan gas sahaja? Eco system dah menjadi tercemah yang menyumbang kepada Global Warming? Sampai hari ini tiada ada langkah bijak untuk mengatasinya. Re-Cycle plan yang keseluruhannya telah gagal langsung lagi tiada initiative daripada kerajaan langsung untuk mementingkan factor tersebut.
Lagi hendak memimpi buat istana di atas langit untuk melaksanakan program Angkasawan Malaysia. Makan dan sumber tenaga pun tidak cukup untuk rakyat, bagaimana menjadi angkasawan??? Semuanya tak masuk akal. Lagi pun taraf system pendidikan pada hari ini sudah menyusur kebelakang. Bagaimana dapat membimbing anak-anak menjadi bijak dalam dunia globalisation??? Guru-guru tidak mencukupi serta lemah dalam tunjuk ajar mereka.
Segalanya yang kami nampak adalah, yang kaya raya terus kaya raya, tetapi yang miskin terus menjadi lagi miskin. Tiada balance check langsung...
Anak orang kaya akan dapat mendapat perlajaran yang baik (menghantar ke tiusyen, extra kelas ataupun ke sekolah swasta)orang miskin pula hendaklah bergantung pada diri sendiri (mada ada duit untuk tiusyen? (Makan pun dah jadi masaalah, gaji tidak naik! Semua harga kegunaan harian dah naik melampung.) Check and balancelah!
Bila rakyat menghadapi tekanan stress kewangan, tentulah kes jenayah berlaku dan meningkat (biar pun membunuh, menyeludup, mencuri, mencolek, perlacuran, menyeksa, menyalah guna dadah dan sebagainya. Akhirnya mana adanya ketenteraman pada rakyat dan negara???
Pemimpin Pak Lah adalah contoh kegagalan pada parti dan negara.
Rakyat Malaysia sedang bertanya-tanya bagaimanakah Pak Lah akan turun jawatannya, sama juga Khairy & Gangnya (Si Budak Oxford), Najib (yang tidak mengikuti jejak Ayahnya Tunku Abdul Razak) dan juga Hisammudin yang lemah melaksanakan jawatannya.
Semoganya Tun masih dapat berjuang demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia..dan biar Tuhan memberkati Tun dan keluarga selama-lamanya.
Terima kasih.

manggis said...

Assalamualaikum Tun,

Bertemu sekali lagi.
Saya adalah salah seorang peminat dan pengunjung tetap blok Tun. Mungkin lebih daripada 5 tulisan yang telah sumbangkan. Tapi macam tak ada kesudahannya. Kesimpulan saya;

1. Paklah dan orang-orang pimpinannya ni memang dah tak boleh harap

2. Pembangkang lagi teruk , cakap tak serupa bikin, dulu fitnah orang, kronisma , nepotisma dan macam lagi. Buktinya, kita semua tengoklah sendiri. Mereka ni semua lagi teruk, hipokrit, cuma nak turut serta merompak harta negara. Lihat pemimpin-pemimpin utama pembangkang, semua letak anak jadi calon, ada yang letak bini pun. Lepas ni kalau apa yang saya dengar ni betul kita akan lihat bapak pula jadi calon. Lengkaplah, suami, isteri dan anak ( parti anak-beranak macam arwah abang Z) jadi baik BN mahupun Pembangkang kedua-duanya sakit.

Jadi ubatnya ialah;

1. Jangan sokong lagi / jangan sokong terus pembangkang. Buruk-buruk BN pun dah ada trek rekod samada baik mahu pun buruk. Ibarat kalau atap rumah bocor ganti atapnya sahaja bukan ganti seluruh rumah sebab nanti kosnya sangat mahal. Kita tak pasti apa yang pembangkang mampu buat. Pada saya lebih baik saya pilih perempuan hodoh tapi hatinya mulia daripada memilih perempuan cantik tapi hatinya busuk. Jangan emosi apatah lagi berdendam.

2. Terus sokong BN tapi dengan syarat
a)petualang-petualang tadi tu dihapuskan dulu. Sebab yang salah bukan BN tapi pelakon-pelakon yang tak tau membawa watak yang diberikan kepada mereka (esp Pak Lah , KJ & gang burung belatuk) sehingga drama jadi teruk.

b) Umno ni ibarat kepala keretapi bagi BN, kalau kepala tejun, gerabak ikut terjun. Jadi masalahnya sekarang adalah terletak pada kepalanya iaitu UMNO. jadi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah rawat UMNO dulu. Maksudnya ahli-ahli UMNO bertanggung jawab merawatnya bersama, caranya (ditujukan kepada semua ahli-ahli UMNO);

b.1) Semua ahli mesti bertanggung jawab dan datang beramai-ramai menunaikan tanggung jawab mereka kemesyuarat cawangan dan gunakan hak mereka. Tentukan semua ahli cawangan memilih perwakilan yang sihat otaknya ke perhimpunan peringkat Bahagian

b.2) Diperingkat bahagian , pastikan perwakilan pilih Ketua bahagian, Tim.Ketua, Naib Ketua dan G7 dikalangan pejuang parti bukan pejuang tembolok. Semua pemimpin peringkat bahagian yang sakit mesti dibersihkan dahulu. Ketika inilah para perwakilan akan dilihat sama ada mereka ini bertanggung jawab atau tidak. Jika tersalah pilih mereka inilah sebenarnya yang bertanggung jawab ke atas apa yang akan berlaku seterusnya. Inilah masanya kita terjemahkan apa yang kita gelisahkan selama ini. Gunakan kuasa yang kita ada macam PRU yang baru lalu.
b.3) Seterusnya mereka yang terplih mewakili bahagian ini pula mesti bertanggung jawab secara jujur, kerana mereka inilah pengarah utama dalam drama seterusnya. Jika pengarah-pengarah ini 'bajingan' apa lagi yang kita nak harap. Pada ketika ini jangan salahkan lagi siapa yang memimpin kita. Saya yakin berdasarkan pengalaman saya politik wang tidak mungkin dapat dihindarkan secara total. Cuma jika kita kata kita orang Islam, nasihat saya jangan ambil, jika tidak 'duit sapu undi belum tentu' . Kita kena realistik dalam hal ini, bukan idealistik. To eliminate Corruption ni is "Easier said than done". Kita kena terima hakikat ini. Jika tidak masakan ada hukum tentang orang yang melakukan rasuah disisi Islam kerana Tuhan lebih mengetahui, manusia akan melakukannya, sebaik mana sekalipun manusia itu. Setelah semuanya selesai kita kena akur dengan apa pun keputusannya. Kita kuatkan parti agar dapat memberikan khidmat yang terbaik. Jika tidak setuju juga gunakan sekali lagi kuasa yang ada pada kita dalam pilihanraya. Masa itu jangan salahkan sesiapa lagi dan jangan ada penyesalan hendaknya, kerana ini pilihan majoriti dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

b.4) Ada pertanyaan tentang siapa yang harus menerajui kepimpinan di peringkat pusat. Saya adalah salah seorang J/K UMNO bahagian . Secara jujur saya nampak ada 4 nama yang boleh dibincangkan.
1. DS Najib
2. D Mukriz
3. YM Tengku Razalai Hamzah (TRH)
4. TS Mahyudin

1. DS Najib. Jika kita lihat latar belakang keluarga, pengalaman dan ranking dalam parti hari ini, beliau layak. Tetapi dari segi moral agak tercalar. Kecacatan ini pasti akan digunakan oleh pembangkang untuk attack UMNO. Jawapannya : DS Najib bukan pilihan yang baik
2.Dilihat pemimpin muda yang berkaliber, dikatakan punya bakat mewarisi TM. Berani, tegas, karismatik dan ada aura dan style. Tetapi beliau masih muda. Jawapannya beliau paling layak jawatan KP
3. Dikaca mata ramai, beliau berada diluar. Datang dari negeri yang diperintah oleh pembangkang. Hujah mereka , negeri sendiri tak boleh jaga macam mana nak jaga negara. Tapi calon ini tak boleh dipinggirkan. Soalnya beranikah bahagian-bahagian mencalonkan beliau?
4. TS Mahyudin. Dikalangan pemimpin tertinggi UMNO beliau dilihat sebagai pemimpin yang vokal dan berani di kala UMNO menghadapi krisis dewasa ini. Dari segi moralnya beliau antara pemimpin yang kurang diperkatakan. Jika ada pun semasa beliau menjadi MB Johor. Itu pun fitnah yang ditabur oleh golongan tertentu termasuk orang politik yang pada ketika itu mahu menjatuhkan TSM untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Johor. Isu pertukaran hari cuti kepada hari Junaat, secara peribadi saya amat setuju, bukan tak islamik tetapi terlalu panjang untuk dihuraikan di sini. Saya melihat idea dan visi beliau tak jauh bezanya dengan TDM. Pada saya beliau merupakan akitek pembangunan negeri Johor. Sebagai Menteri yang dipertanggungjawab pada mana-mana kementerian pun, beliau tidak gagal untuk perform, kita boleh nilai sendiri. Sebagai AP pun saya lihat banyak perubahan dan pembangunan yang dapat dilaksanakan dikawasannya. Kalau ada cakap-cakap yang kurang enak pun, itu adat orang yang tak pernah puas hati dengan kebolehan orang lain. Kesimpulannya, Tan Sri Mahyudin adalah orang yang paling layak memegang tampuk itu, cuma masalahnya beliau semacam belum bersedia kearah itu. "If this is the case" disinilah TRH boleh menempatkan dirinya.

Ada juga pembaca yang mahukan DSAI yang memimpin Negara. Pandangan peribadi saya, DSAI ni tak lebih daripada pemimpin oportunis, yang suka tagih sokongan simpati atas orang-orang yang keliru, suka tangguk diair keruh, yang banyak melahirkan kroni, yang dilihat sebagai pencetus budaya politik wang dalam UMNO dahulu sejak tahun 1991.

Akhir sekali, apa yang ahli-ahli UMNO perlu buat terutama yang mengunjungi blog ini, adalah war-warkan dan sebarluaskanlah pandangan ini ( itu pun jika setuju dengan pandangan saya)agar ahli-ahli UMNO yang rata-ratanya tak ambil pusing, tak ambil peduli, merajuk dan jauh hati merenung sejenak dan bermuhasabah diri agar terjaga dari lena untuk menunaikan tanggunmg jawab mereka. Apatah lagi ramai dikalangan ahli-ahli UMNO ini tak tau dan tak mau tau serta tak peka dengan blog-blog seperti ini. Disinilah letakknya peranan dan tanggung jawab kita semua. Semanat berjuang
Ikhlas, Jaim, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Labis.

Fareast Al Muhandisu said...

Samalah Dato' Seri Nazri dgn anaknya.. sama-sama kurang ajar! tak heranla Tun.. hehe

Husna said...

Salam Tun,

In my humble opinion, for the time being, there exist no other person that is capable of holding the title Prime Minister better than you.

mednaha said...

Assalamualaikum Tun,

Tunlah pemimpin yang berjiwa rakyat sebab Tun boleh membaca, memahami dan mengerti kehendak dan pemikiran rakyat dengan berkesan.

Saya orang Johor bersetuju benar apa yang Tun hiligtkan berkenaan isu pembatalan Jambatan Bengkok oleh kerajan sekarang.

Pembatalan Jambatan Bengkok inilah menjadi titik noktah sokongan dan hormat saya terhadap Paklah. Alasan pembatalan langsung tak masuk akal, tak relevan.....

Sejak itu saya bertekad tidak akan mengundi BN pada PRU lalu tapi saat2 akhir membatalkan niat itu ...tapi bukan untuk Paklah tapi untuk UMNO sebab UMNO sahajalah yang melayu ada....

Saya pasti ramai lagi di kalangan rakyat biasa seperti saya yang mempunyai pendapat yang sama, buktinya adalah keputusan PRU12 yang lalu.....

KJ?? siapa KJ selama ini sebelum Paklah jadi PM???




rakyat biasa sahaja

®SHIDA Online said...

Tun,

Saya dan ahli keluarga seluruhnya adalah penyokong BN dulu hingga kini.. Tapi untuk PRU thn ni, memang saya hasut semua jgn gie ngundi.. lebih baik tidak payah mengundi dari kita mengundi PARTI pembangkang, Saya cadangkan, kalau Paklah letak jawatan janganlah bagi Najib tu jadi PM. Sebab diorg tu sama aje, nak cari keuntungan utk diri sendiri, rosmah tu pulak dahlah sombong berlagak, tidak sedar diri diri dibeli dari suami sendiri.

Dunia apakah hari ini, saya takut Allah akan menurunkan bala kepada negara ku yang tercinta, atas perbuatan pemimpin² yang telah hilang akal dan membuat maksiat.

Jgn Najib tak tahu, perangai buruk dia semua org dah tahu,. cuma malas nak bersuara sahaja, Menang masa PRU-12 ari tu pun, pasal ambik UNDI TENTERA di Kuantan. kalau tidak dia dah kalah teruk dah. Sian Najib.

Tun,

Bersuara untuk rakyat tun, saya menyokong dari belakang, siapalah saya untuk bersuara menegakkan sesuatu yang pasti. Suara saya tidak akan kedengaran di telinga² meraka.

Sayang Tun.

Ruzt said...

Pernah kah anda terfikir... apa yang akan berlaku JIKA Pak Lah berkata,"Sebagai PM saya bertanggungjawab atas prestasi buruk UMNO dan BN dalam pilihan raya lepas. Tiada manusia yang sempurna termasuklah saya. Oleh itu, saya menyeru dan memohon agar seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia dapat bersama-sama dengan saya, membantu saya untuk memperbaiki kesilapan, dan memulihkan UMNO daripada dalam. Insya Allah".


Saya rasa ramai yang menentang Pak Lah atas sebab beliau tidak menyedari atau sengaja tidak mahu mengaku kesilapan beliau akan kembali ke pangkuan UMNO (Pak Lah) untuk membantu menyatupadukan dan membangunkan semula UMNO yang sedang parah. Ini kerana mereka tahu bahawa PM telah menyedari kesilapannya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kesilapan.

Malangnya, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Habis orang keliling dan faktor-faktor lain dijadikan punca prestasi buruk tersebut. Dan paling melucukan saya adalah kenyataan beliau yang beliau diberitahu bahawa salah satu faktornya adalah rakyat menghadapi kesulitan untuk mendaftar sebagai ahli baru umno sebelum pilihan raya lalu. Siapa lah yang mereka-reka cerita dan alasan ini kepada Pak Lah. Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa maklumat yang sebenar tidak sampai kepada Pak Lah, kerana ada agenda orang di sekeliling beliau yang ingin menyelamatkan diri sendiri, kerana jika Pak Lah dapat maklumat sebenar tentang banyak perkara yang tidak betul maka ramailah orang berkepentingan ini akan frust menonggeng. Demi memastikan mereka terus berpengaruh dan poket terisi maka mereka inilah yang merosakkan UMNO dan kerajaan. Dan pastinya orang ini yang mengawal saluran maklumat kepada Pak Lah adalah orang yang dekat dengan beliau.

Saya bekerja di sebuah MNC di tengah-tengah ibu kota, majoriti anak muda sekitar umur 20an dan 30an secara terang-terangan meluahkan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap kerajaan sebelum pilihanraya lepas. Maka adakah mereka ini berminat untuk menjadi ahli baru UMNO? Pasti tidak wujud masalah sukar mendaftar menjadi ahli kerana tidak ramai pun yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli baru daripada kalangan anak muda ini.

Untuk mengundi BN/UMNO seseorang itu tidak perlu menjadi ahli UMNO, jadi apakah kaitannya antara kesukaran mendaftar menjadi ahli UMNO dengan bilangan undi yang UMNO terima? Rumusan standard sekolah menengah pun takkan pemimpin No 1 negara tidak mampu nak fikirkan?!!!!

Kenapa Pak Lah tidak mengambil inisiatif ketika dalam perjalanan ke mana-mana destinasi untuk berhenti di gerai-gerai tepi jalan hanya untuk bertanya khabar rakyat dan mendapatkan sedikit feedback ikhlas daripada mereka tentang program-program yang kerajaan sedang lakukan ketika ini. Jika semasa perlantikan beliau dulu, beliau boleh turun padang hingga kecut perut pegawai-pegawai kerajaan dikaunter yang berurusan dengan rakyat, maka sekarang juga masa yang paling sesuai untuk beliau turun melawat rakyat. Kenapa perlu beliau melawat rakyat dan bukannya rakyat melawat beliau? Kerana tidak mungkin rakyat dibenarkan berjumpa beliau jikapun rakyat hadir ke pintu perkarangan Seri Perdana atau pun rumah peribadi beliau di Precint 10 Putrajaya. ( Ramai yang tak tahukan Pak Lah ada rumah berhampiran Seri Perdana Putrajaya. Rumah ini dibina sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Bukan rumah besar cuma sebuah banglo kecil dua tingkat untuk kegunaan keluarga terdekat.)

Pak Lah yang dulu tak sama dengan Pak Lah sekarang. Saya pun tak tahu di manakah silapnya. Tapi sebagai rakyat Malaysia, saya yang berada jauh daripada beliau dapat melihat perubahan karektor beliau dan diharap agar Pak Lah dapat lebih tegas dengan orang sekeliling beliau dan lakukan penyiasatan sendiri dan jangan terlalu bergantung kepada satu sumber maklumat sahaja.

Terpulanglah kepada Pak Lah, beliau mungkin menang lagi pemilihan Presiden tapi itu hanya pilihan segelintir orang UMNO yang berkepentingan dan ia bukan pilihan rakyat. PM adalah pilihan UMNO bukan pilihan rakyat. UMNO tidak mampu membuat keputusan yang boleh diterima sebagai mewakili rakyat. Bermakna keputusan UMNO memilih Pak Lah sebagai Presiden dan secara automatik menjadi PM bukanlah mewakili kehendak rakyat, PM adalah PM kepada UMNO dan bukan PM kepada rakyat.

Fikir-fikirkanlah...

Adakah ego Pak Lah lebih penting daripada kepentingan rakyat hingga beliau tidak sanggup mengaku kesilapan beliau dalam pilihan raya lepas. Jika ego beliau adalah lebih tinggi maka wujud satu persoalan baru... sesuaikah lagi beliau sebagai PM jika beliau gagal meletakkan kepentingan rakyat dan negara lebih utama daripada kepentingan beliau sendiri?

Wallahualam.

www.ikhlasmalaysia.blogspot.com

KHAIRUL NAZRI said...

Salam TDM,

Jelas, semenjak pemerintahan Pak lah, saya tidak nampak sebarang perubahan besar samada kepada rakyat mahupun negara. Saya tidak pernah teruja mendengar setiap patah ucapan Pak Lah samada di TV mahupun di dada-dada akhbar membentang agenda serta plan-plan masa hadapan negara melainkan ucapan dari TDM dahulu.

Saya amat bersyukur kerana TDM telah mewujudkan blog sendiri yang mana seperti pengikut TDM yang lain pasti terus teruja, mengaspirasikan setiap idea dan pandangan TDM di dalam setiap aspek perkara dan kehidupan untuk terus berjuang di mempertahankan hak diri, keluarga, bangsa dan negara.

Semoga TDM terus sejahtera...

mrprintscancopy said...

Assalamualaikum Tun,

Saya baru mendapat anugerah Allah iaitu seorang anak dan baru berusia 6 bulan. Kadang2 saya terdetik di fikiran, apa akan jadi pada dirinya bila dewasa nanti lagi 22 tahun. waktu itu saya berusia 50 tahun pada tahun 2030. InsyaAllah jika umur panjang. Sepatutnya waktu itu Wawasan 2020 Tun sudah tercapai.

Tapi dengan keadaan negara sekarang, saya jadi takut. Baru sepenggal memegang tampuk pemerintahan, macam2 yang tak elok dah jadi. Semua org tak kira kaum, mula mempertikaikan hak kaum yang lain secara terbuka pula tu. Saya takut Malaysia akan jadi huru hara, tak stabil, berpecah belah, berperang dan lebih menakutkan berada di bawah kawalan A.S dan Yahudi. Waktu itu, nak buat apa pun tak guna dah sebab Malaysia dah berhutang keliling pinggang.

Saya tidak mahu anak saya hidup dalam keadaan begitu. Jika itu benar2 terjadi, sayalah yang paling berdosa sebab tidak menyediakan sebuah negara yang baik untuknya. tanggungjawab ibubapa bukan sahaja memberi ilmu agama didikan kasih sayang saja, tapi lebih dari itu kerana generasi sekarang... iaitu kita(ibu bapa) yg mencorakkan wajah negara kita samaada penuh pertumpahan darah, tangisan ataupun kemakmuran.

Saya masih ingat waktu paklah umum harga petrol naik 30sen sekali gus! saya masih marah sehingga hari ini. marah sangat. zaman tun, sesusah manapun terutama zaman kemelesetan ekonomi asia 97 dulupun, Tun cuma naikkn sedikit demi sedikit. itu baru betul, rakyat tak terasa sangat bebannya. ini sekali 30sen terus naik memang menyusahkan! Saya rasa tulah saat2 yang membibitkan rasa marah rakyat kebanyakan pada kerajaan sebab bila petrol naik harga dengan mendadak, harga barang pun akan ikut sama mencanak naik. kemudian, barulah terbongkar segala kerosakan yang dilakukan kerajaan sejak 2004 dulu.

Selamatkan malaysia bukan dari pmbangkang tapi dari pemimpin yang tak bijak dan mementingkan keluarga saja!

jamesya2008 said...

Issue of Grandsaga vs resident for Mahkota Cheras is something like GOV(BN/UMNO) vs people.

Why Gov(BN/UMNO) does not place the people's interest above party?

All these issues create more & more pengbangkang.

REFLECTIONS said...

Tun Mahathir:
As a Malaysian, as a former civil servant who has given my est to public administration in this beloved nation of ours, my wish and hope is that you should rise above and be a towering personality by keeping a low profile, by being magnanimous in your attitude. You should be like a statesman- not a vulgar politician. When I read your comments, listen to what you utter to the media, I get the impression that you are full of anger, vengeance and venom. Please don't be emotional and get stressed out as this would not be good for your health. I pray that our Almighty God would guide and lead you to be calm, cool, composed and contented in life in the twilight years of your life. You have had a glorious life.. let it be that way..
PJ

samurai melayu said...

Salam AYAHANDA RAKYAT yang dikasihi

When pak Guz Dur was president, his fellow critics made cynical remarks on him.
They said " Pak Presiden kita bagaimana bisa mahu maju, mahu mundur pun tidak bisa"
We cud understand his predicament.
But Ayahand our PM still has vision
20/20 but 'masih meraba raba' in daylight!
Since he is not eligible to be a member of The Blind Society, then we shud suggest the Welfare Minister to create a new
association to be known as,
'The Blind In Daylight Society' and we already know who the membership no. 001 will be and his deputy and VP together with his pendekar UMNO can have the honour ofmembership 002 to 6.
By that time, the heat will be too unbearable for me that I will quickly join the Society taking
up the auspicious membership No.007
before the Timb.KP grab it. This little rascal(budak nakal, bukan saya yang cakap, dia yang cakap) tak boleh bagi can punya, semua yang cantik dia nak kebas.
HE! He! He! He! ketawa lah lagi.

Mohon maaf Ayahanda, dalam keadaan
tunggang langgang ni, asyik dok termenung dendangkan lagu P. Ramlee'Begini lah nasib diriku yang malang, Oh! Tuhan, tak boleh bersenang lenang, Ku duduk sekejap, isteri dah meradang, diri dah tak terlarat, tanam sayur! tanam ubi, tanam jagung, tanam padi..belaaa ikannnn'
Lebih baik layar blog Ayahanda.
Sekurang nya hilang rasa kesal bila
terlihat senyuman Ayahanda terpapar
diblog chedet.com.

Kirim salam anakanda sekeluarga kat BONDA RAKYAT yang kami rindui.

Yassharee said...

Assalamualaikum Tun D.M,

Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Tun kerana telah memberi peluang kepada seluruh dunia untuk menulis di dalam Blog Tun.

As you said many times in your speech and writings, saya amat bersetuju dengan pendapat Tun & tiada sebab mengapa mereka (A.A.B & lain-lain yang sewaktu dengannya) tidak boleh menerima segala nasihat percuma Tun. Saya amat sedih kerana "orang tua" inilah yang telah mengubah tanggapan dunia mengenai Malaysia. Tun juga telah berjaya menjadikan negara kita antara negara-negara membangun yang amat dihormati dan disegani.

Saya juga dapat merasakan betapa tidak stabilnya keadaan negara kita pada masa kini. Ibarat telur di hujung tanduk, negara kita boleh menjadi kucar-kacir sekiranya PM sekarang masih berdegil dengan agendanya.

Tun, saya masih mengharap agar Tun dapat memberikan segala nasihat dan pendapat Tun didalam blog ini supaya ia dapat dijadikan panduan kepada kami, golongan muda yang bakal menggalas tanggungjawab besar dalam menjadikan negara kita lebih baik.

shah_thehero said...

TDM

What will be your 'wish list' to replace the current cabinet?starting with the top post

Is Amirsham, Shahrir Samad & Zaid Ibrahim included?

rgds

Anonymous said...

Tun,

Seperti mana yang kita maklum, memang terdapat ramai kaki bodek dan samseng di dalam UMNO. Salah satu punca kemerosotan BN adalah kerana berlambaknya golongan keji seperti ini di dalam parti. Mereka tidak tahu membuat kerja dengan betul, tidak mengambil tahu hal rakyat apatah lagi mempertahankannya. Saya beri contoh bekas ahli parlimen Taiping, Keyvias yang kalah pada pilihanraya 2008. Amatlah sukar bertemunya di Taiping, sedangkan itu merupakan kawasannya. Kenapa dia kalah? kerana apabila rakyat mencari beliau, beliau berada di Kuala Lumpur setiap masa, dan siapa yang ada tercongok di situ? Calon DAP ataupun PKR yang sentiasa mendengar keluhan rakyat. Pada mereka, rakyat boleh di beli dan di tipu seperti konco-konco mereka. Ini bukan tahun 1940 an lagi di mana rakyat Malaysia tidak berani bersuara dan tidak mempunyai pelajaran. UMNO yang terlalu takbur menganggap Malaysia seperti sebuah syarikat yang diuruskan oleh satu keluarga. Saya hormati Tun kerana ketika Tun berkuasa, Tun tidak membenarkan ahli keluarga Tun masuk politik dan kerajaan. Ini benar sekali untuk menjaga pandangan rakyat terhadap kepimpinan Tun. Namun kehadiran Khairy dalam UMNO menimbulkan pertanyaan besar kepada ahli-ahli UMNO yang lain. Terus jadi Naib Ketua Pemuda? Bagaimana anak muda yang umurnya lebih kurang saya dapat menjadi Naib Pemuda UMNO dengan begitu cepat? Kerana Bapanya Perdana Menteri..jawapan yang tepat dan mudah. Tidak hairan dalam satu temuramah Khairy menyatakan bahawa dia mungkin dapat menjadi PM sebelum umur 40.
Bagaimanakah kita boleh memecat Datuk Seri Nazri Aziz? Saya tidak suka akan beliau,dan cara beliau berpolitik.Nampak tidak profesional dan tiada pegangan. Takut-takut dia pula akan menyokong kepimpinan pembangkang jika satu hari nanti pembangkang berkuasa. Orang seperti ini tidak harus kita pilih sebagai pemimpin. Mungkin Tun tidak mengenal dia cukup lama untuk tahu hati budinya, jika tidak saya hampir pasti Tun tidak akan melantiknya.

Terima Kasih TDM.

chema said...

TDM,

Berdasarkan apa yang telah Tun paparkan seolah-olah telah mencerminkan "ketidakwibawaan" Pak Lah sebagai PM amnya dalam menangani masalah-masalah dalam negara dan khususnya kegagalannya sebagai presiden dalam mengetuai UMNO itu sendiri.Dan secara logiknya,kedudukan Pak Lah sebagai PM dan presiden UMNO adalah kerana lantikan daripada Tun sendiri.

Jika sekiranya Pak Lah ini bukanlah orang yang benar-benar layak untuk mengepalai Malaysia,kenapa Tun memilih Pak Lah at the first place?Sedangkan bagi saya Tun ini seorang yang agak hebat dan berpandangan jauh.Mungkinkah ada "isu" lain yang ingin Tun sampaikan kepada rakyat Malaysia amnya dan ahli serta penyokong UMNO khususnya?

Ydiana said...

Dear Tun

I couldn't agree more to every thing that you listed here to the last line. You wrote my 'mind' and more. And everybody knows its the truth. I just don't understand whether the PM is in self denial, or clouded by wrong influence of close relative, or just plain dumb. (Sorry, emo sikit)

I still hope for the best solution to this unbelieavable situation in Malaysia. I love this country...I know you do too.

ainas said...

YAB Tun,
Saya masih ingat ketika PL dilantik jadi TPM. Beliau kata "saya amalkan baca surah ini ". Dialog itu yang paling saya dan suami ingat sampai sekarang. Komen suami saya ialah "nak tunjuk orang ke dia ni sebut-sebut amalan dia. Kalau macam ni jadi PM habislah suka masuk bakul angkat sendiri." Setelah dia jadi PM lagi teruk. Ucapan di Perhimpunan Agung UMNO langsung tak berisi. Kata suami saya macam sembang kedai kopi. Yng anehnya bila Mukhriz kata ucapannya tak da apa-apa wah ramai sungguh orang yang marahkan Mukhriz. Dan kami akar umbi ni naik hairan dan meluat pulak dengan kaki bodek. Agaknya dia ada amal surah tertentu untuk buat orang mengangguk macam belatuk. Begitu juga pada perhimpunan yang lepas. Para perwakilan beria-ia berhujah untuk menggulung perbahasan. Tapi anehnya bila tiba masa Presiden untuk menggulung perbahasan, tiada satu benda pun yang dia dok gulung. Dan kami melopong melihat seorang presiden do nothing. tidak pernah terjadi dalam sejarah dan semua ini di perhati oleh orang bawah. Dan satu sejarah juga bagi saya apabila suami saya tutup tv bila PM berucap.
Tun,
Sebagai rakyat Johor kami sayangkan negeri kami juga negara ini. Itulah sebabnya di Johor banyak undi rosak. Kami tak sampai hati nak serahkan apa yang kami ada kepada mereka yang hanya suka mengadu domba. Sehinggakan ketika kami berkempen kami tak boleh sebut langsung nama PL. Kami katakan PL tak bertanding di sini. Jadi jangan
mengundi kerana PL. UNdi kerana kita sayangkan UMNO dan UMNO bukan milik PL. Alhamdulillah Johor masih kekal kerajaan BN. Namun begitu kami sedikit kesal keran tidak dapat mengekalkan rekod tiang seri BN. Saya bimbang jika PL tak letak jawatan PRU akan datang UMNO dan BN akan jadi pembangkang. Merawat luka
ahli UMNO amat mudah tapi meraih kepercayaan rakyat tidak berparti amat payah. Mereka hanya ingin lihat hasil sesuatu projek bukan hanya laungan ketuananlah, jambatan penag lah (saya pernah pergi ke Penag) hasilnya habuk pun tak daa. Saya harap kes ketuanan tak payah diperbesarkan. Cukup jika saya katakan jadilah tuan kepada diri sendiri. Barulah ketuanan akan lahir sendiri. Jangan buat kami malu bertemu dengan rakan-rakan bangsa lain hanya kerana ahli politik tak tahu malu.

anaifaNIM said...

Salam Tun,

saya harap sekali Tun menyiarkan komen saya walaupun tiada pa utk saya komen..

cume saya nak ckp di sini saya tidak setuju dgn malaya muda & ada seseorang tu yg komen tindakan Tun mencadangkan diajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris.. itu bkn puna org lemah, tapi punca kelemahan kita sendiri kerana tak nak belajar.. belajar dlm bahasa inggeris bukan mmbuatkan kita lemah, tetapi sepatutnya lebih kuat.. berapa banyak org melayu kita yg rasa rendah diri bila tak tau berbahasa inggeris..

Tun, teruskan perjuangan Tun.. setiap manusia ada kelemahan, begitu jua Tun semasa menjadi pemimpin dahulu.. tapi kelemahan Tun itulah bagi saya yg telah berjaya mengharumkan nama malaysia..

Benar kata Tun pasal Datu Nazri.. saya rasa hidup dia hanyalah membodek untuk hidup.. org seperti dia hanya tau senang sendiri.. begitu kurang ajar mengkritik Tun.. tidak salah mengkritik tp perlulah dgn rasa hormat..

Tun, i love u always.. don let anwar berjaya with his dream..

manbaijps said...

APA PUN YANG BERLAKU, TAKAN MELAYU HILANG DIDUNIA.

TUAH...

Jeli-Semenyihdaily said...

kegagalan bn sebab rakyat dah sedar tentang kezaliman,jaga kroni,tidak bela agama,tak peduli masalah rakyat dan kaki ambil duit rakyat,itu je.kalau tidak menang punya.masalah rakyat langsung tak beri keutamaan,bila dah kalah mcm-mcmla alasan.buang ego.jgn nak jadi pemimpin tu nak zalimi orang dan niat nak kaut duit dah la...

Ajer said...

Kemanalah saya nak membawa diri ni kalau kerajaan BN tumbang Anwar naik PM..sudah tentu malaysia menukar polisi pro-barat...yelah anwar tu kan rapat sgt ngan org barat..sampai al gore dulu pun sokong anwar..lebih2 lagi barat suka buat kecoh...satu dunia heboh..kalau Anwar naik confirm tentera kita ada kat iraq...semuanya menjadi angguk atau YES-West..rakyat plak angguk-angguk geleng-geleng...baik semua org berfikir kalau nak sangat anwar jd PM...

Unknown said...

Dear Tun,

You sure write a good story. Seriously! Your thoughts are systematic and your Qs take the issues to the next level. Having said that, I think you should have ensured that ole' Badawi is able to write half as well as you before you put him there. I have never seen his writings but when he speaks he reminds of Pak Belalang or something that I read as a child. As to your comment about Nazri being biadap - he is not just that. His being an MP takes on new meanings as in M and P - both are nouns. I think you know what I mean even at your age! :) Keep on writing Sir - the country needs it!

AtHrUn ZaLa said...

To Tun M,

pada pandangan saya,rakyat sekarang amat membenci dengan setiap projek-projek mega yang dibuat oleh pak lah berbanding Tun,projek-projek yang dibuat oleh pak lak semuanya melibatkan kroni-kroninya.

Pak lah terlalu berlembut dalam hal-hal pentadbiran,beliau tidak berani menegur ahli-ahli parti
dan menteri-menteri kabinet yang melakukan kesalahan.saya merasakan yang malaysia sekarang ni bagaikan ditadbir oleh sekumpulan 'MAFIA' yang sememangnya tidak profesional lansung.

Berbanding dengan Tun,pak lah tidak pernah merasai kesusahan yang dihadapi oleh seorang rakyat dalam kehidupan.saya yakin yang beliau tidak pernah merasa kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Pak lah juga lansung tidak menghiraukan masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti masalah pendatang tanpa izin(PATI) saya yakin,tidak mustahil satu hari nanti akan ada ahli parlimen yang berbangsa indonesia duduk di kerusi parlimen malaysia jika pak lah masih tidak menghiraukan masalah ini.hari ini hampir separuh penduduk negeri sabah iaitu 1 juta orang,adalah rakyat indonesia.1 juta bukan lah 1 angka yang kecil.sepatutnya masalah ini dapat ditangani oleh pihak kerajaan tidak sampai setengah tahun.

Pak lah hanya mengayakan kroni-kroninya sahaja.Adakah satu hari nanti negara kita akan menjadi seperti Thailand,iaitu rampasan kuasa oleh tentera yang menggulingkan PM yang juga hanya mengayakan kroni-kroni.pak lah dan thaksin shinawatra tidak jauh bezanya pada pendapat saya.

Lagipun,pilihan raya baru-baru ini menunjukkan yang ramai raja-raja melayu tidak menyukai pak lah termasuk menteri-menteri kabinetnya.terdapat menteri-menteri kabinet baru-baru ini bersifat biadap terhadap Yang Dipertuan Agong dengan menyelar baginda di muka-muka akhbar.

Sekarang ini ahli-ahli parlimen serta ahli UMNO yang samseng yang saya rasakan tidak layak menjadi ahli UMNO sibuk membuat laporan polis dan hendak karpal singh kerana bersifat biadap terhadap raja melayu.

Tetapi macam mana pula laporan polis yang dibuat oleh rakyat terengganu terhadap para pengikut Idris Jusoh di terengganu kerana bersifat samseng terhadap Yang Dipertuan Agong,para pengikut Idris Jusoh telah bertindak memanggil baginda dengan gelaran 'menatang'.kenapa tiada tindakan diambil terhadap mereka?ini merupakan salah satu faktor rakyat tidak berpuas hati terhadap pemerintahan Pak Lah.

saya amat berharap dalam masa yang terdekat akan ada pemimpin yang lebih berwibawa dan profesional akan menggantikan pak lah.

samurai melayu said...

Salam AYAHANDA RAKYAT yang masih
mekar seperti mawar dititis embun
pagi dan manis dipandang,
BONDA RAKYAT gitu jua lah adanya.

Kata 'JAIM' AJK, Bahagian Labis,

Dia nampak ada 4 orang yang layak teraju UMNO
1 Najib tapi peribadi tercalar
2.Anakanda Mukhriz layak KP
3.Ku li - sokongan grassroot diragu
4.Mahyuddin - takut2 berani

Kata SAMURAI yang semua bahagian UMNO tak mahu kerna (SAya MUlut muRAI) berpendapat;
Masa kini UMNO tak perlu
1. Hang Tuah - terlalu taat
2. Hang Kelebai - Cium tangan balik
3. Hang Kurap (bunyinya Korap)
4. Hang Dumb Dumb(bunyinya Dam Dam)
5. Hang.. ? pikiaklah sendiri, kata
Raja Lawak, Nabil.
Yang kami nampak, orang yang paling
layak membetulkan landasan UMNO yang lintang pukang adalah
Pendekar Melayu/Minangkabau
DATUK SERI UTAMA RAIS YATIM, PhD

Antara pemimpin kanan dalam UMNO dan Kerajaan
Semangat Melayu/Minangkabau jati
Calang2 orang ke berani bakar jambatan masa Ayahanda Tun PM dan presiden UMNO
Pakar undang2 (PhD)
Pakar Budaya ( Menteri Budaya)
Pakar Diplomatik ( Menteri Luar)
Banyak lagi kepakaran nya, tak cukup satu muka ruang komentar ni.
Kalau bukan calang orang, takkan lah Ayahanda Tun jemput dia masuk kabinet balik.

Kalau orang UMNO yang mudah lupa atau buat2 lupa nak tahu lebih lanjut, minta lah pandangan Tun Patriot kita, Tun Musa Hitam.
Depa berdua diam diam ubi tapi berisi.
Oh ya, pasai Mahyuddin difitnahkan oleh orang johor dan hilang title YAB,
Bukan pasai itu saja dia hilang YAB,
Kerna dia juga ahli kumpulan yang kami nobatkan 6 jahanam suatu ketika dahulu dan Megat Komen (DSAI) ketua nya.
Ini cerita luncai dengan labu nya..
(tuan pikiaklah SENDIRI,akhir nya cerita DOGENG ni)

Pesanan kat Tok Lomoi, jika ditakdirkan Mamak Datuk dipertanggung jawabkan untuk meluruskan landasan UMNO yang sudah
BENGKOK ( jangan senasib Jambatan Bengkok), tentukan UMNO bergerak megah, yang akan menjulang panji panji bumi bertuah dan yang akan menjunjung falsafah perjuangan bangsa nya,iaitu Melayu, selagi ianya bergelar MELAYU.

MELAYU TAK HILANG DIDUNIA BUKAN DENDANGAN, TETAPI LANDASAN PERJUANGAN.

Al fatihah, Amin yaarobbal 'alamin

geluncoi said...

Tun,
apa nak heran dengan Pak Lah.Dok canang sana sini Islam Hadhari.Tapi isteri dari yang pertama hingga yang ni pun tak reti pakai tudung.Islam manalah yang Dato Seri tu kutip.Bukankah itu munafik namanya.
Tapi jgn risau Tun....menantu dia back up dia walaupun harga beras dah naik 50%.Bukan menantu dia je...yang dok salam cangkok tu semua sama...padahal bukan X tahu...mcm mcm masaalah ekonomi sekarang nie adalah kerana ketidakcekapan pemimpin.Saya yang jadi Sub Kontraktor kena tempias keliling..X kan kena salam cangkok baru dpt projek.Pak Lah...Pak Lah...

Michael Chew said...

Dear Tun,

I totally agreed with Tun's views on why BN didn't win with majority. Pak Lah should accept the fact that he already on a losing side. But the government need another strong leader to lead this country. Who is he?

Thanks Tun for creation of this blog.
It's indeed a great way to get closer to you Tun.

Born84 said...

Hakikatnya,rakyat sedar telah wujudnya suatu usaha menjatuhkan dan melemahkan kerajaan Barisan Nasional daripada dalam.Usaha ini dilihat semakin berjaya kerana ia direncanakan oleh suatu individu yang memegang kuasa tertinggi di dalam kerajaan.

Dalam keadaan rakyat keliru,beberapa spekulasi yang menambahkan kebencian terhadap kerajaan ditimbulkan oleh kepimpinan Barisan Nasional sendiri.

Kerajaan Barisan juga seolah-olah telah dilumpuhkan oleh individu ini kerana suara-suara dari akar umbi yang menggesa reformasi segera pucuk pimpinan diperlekeh dan diabai oleh barisan kepimpinan yang telah 'diikat'.

Ironisnya,individu pembangkang yang amat bersenang hati dengan 'bantuan' daripada 'individu' ini semakin popular dikalangan rakyat.

Mereka mengambil kesempatan ini untuk memujuk dan menjadi pendengar yang setia kepada rakyat.

Individu yang menjadi 'duri dalam daging' kepada kerajaan ini terus memperlambatkan segala usaha ke arah perubahan yang rakyat inginkan.

Seolah-olah memberi lebih masa kepada individu pembangkang kerajaan untuk terus menjadi 'kuat' dan membuat rakyat terus membenci kerajaan.

Sungguh malang apabila rakyat menjadi benci kepada kerajaan kerana kerajaan itu sendiri telah dikhianati dari dalam.

Apa motif dan tujuan individu yang turut bernaung dalam kerajaan serta mengaut segala kekayaan dalam kerajaan ini masih belum kita ketahui.

Lebih buruk lagi,individu ini juga cuba mensabotaj serta memburuk-burukkan kepimpinan terdahulu di mata rakyat dan membuat rakyat lupa akan kebaikan kerajaan yang selama ini membawa kemakmuran pada negara.

'hujan sepanjang tahun dihapuskan oleh panas sehari'.

Individu ini hakikatnya tidak melihat jauh ke hadapan serta tidak pernah sayang akan negara.

Apa yang penting bagi individu ini adalah kedudukan serta harta benda.

Menggadai maruah serta khazanah anak bangsa kepada musuh dan pengkhianat bangsa untuk kepentingan diri sendiri.

Rakyat telah mengenalpasti ‘mereka’ ini dan kerana itulah,untuk menyalamatkan kerajaan Barisan Nasional hari ini,
duri dalam daging ini harus segera dicabut.

Kerajaan telah kesuntukan masa, dengarlah hasrat rakyat dan singkirkan musuh dari dalam ini demi memulihkan keadaan kerajaan yang makin tenat.

BULLog said...

Apa yang saya nampak Pak Lah ni macam tidak ada apa-apa yang berlaku, tersengeh disana tersengeh disini meluat tengok.Angka 13 yang di katakan bertuah baginya tapi padahnya menghancukkan 5 negeri,Apa ini?Harap-harap dia baca semua kritik di blog TDM ini.Rumusan yang kita dapat dari TDM dan pendapat pengkritik blog menyuarakan supaya Pak Lah cepat-cepat berundur dan jangan berdegil. Diseru ahli-ahli dan pemimpin UMNO hendaklah bersatu dan mendesak Pak Lah mengundurkan dirikan dengan secepat mungkin,kalau tidak akibatnya akan menjahanamkan bangsa dan negara.
Pak Lah berundurlah tak bagus pun perasan saja lebih.
HANG FIKIEEK la sendiri!

Ravi said...

TDM

what about debating PM Abdullah on a number of governance issues on what is important for Malaysia. If your team and Pak Lah's team agree on the topics (and I am sure, it will be the ones you feel strongly about), then the country would benefit getting the direct facts on how you see things and how PM sees the same issues.
I think it's about time the people are able to judge directly on your opinions and views against the PM's than just read your comments and not receive the PM's retort nor his views.
Would you consider it?
TDM supporters, if you agree this is a good democratic way of hearing our past and present leaders view of managing Malaysia, then voice your agreement by responding to this BLOG update.

If you disagreed, then state why - of course I'd expect some rejection to the idea, but I think it's time TDM sets the record straight of his views constructively, and PM can respond appropriately.

I am sure the that debate segment will be eagerly watched by most Malaysians!

-Ravi

V12 said...

Dear Yang Berbahagia Tun,

I do agree on what you say. I can't imagine if Malaysia is without projects such as Monorail, KLIA, LRT. Considering the traffic jams in Malaysia has always been the issue - definitely Monorail, LRT service has reduced the problem very much alot.

Putrajaya and Cyberjaya projects. I do not know where the benefits come from but for some mega-project such as Petronas Twin-Tower, Sepang F1 Circuit which some people claim is too unnecessary. But in my opinion, this indirectly helped the country in the long term. It was during your time that many people get to know Malaysia. With people knowing Malaysia, this will indirectly helped us in other aspects such as tourism that will of course boost our nation economy.

When you decided to build the crooked bridge. I was thinking this is indeed quite a good idea to replace the causeway. But too bad this project has been scrapped and although I am not Johorean but the bridge is necessary to us especially the Johoreans will surely benefitted from it. Nevertheless your no-nonsense style has always been the reason why Malaysia will never get bullied from others and why Malaysia can stand on its own. Malaysia can stand on its own even at the worst economic crisis that hit us in 1997. We need no support from IMF. But people been saying there will be another round of Economic Crisis in possibly this year or next year.

We hope to hear from your advise regarding on this. Sometimes I feel we are just too busy with politics but then at the same time the main crisis such as inflation, economy, food and again possible next economy crisis in our country should infact be prioritized ahead of any political issues.

All these are hitting the rakyat and we can only hope everything will be ok.


Thanks and Regards,

Dave

Melaka-Boy Vision 2020... said...

TUN,

semoga Tun dapat teruskan perjuangan yang belum selesai...kesian saya tengok bangsa saya di permainkan..dari segi politik,institusi beraja serta keadaan ekonomi sekarang...mudah aje dipermainkan...sesuatu perlu dilakukan secara tegas agar terbela bangsa melayu di bumi yang mulia ini..kenapa PM tak nampak lagi ka dan tak sedar lagi ka suara rakyat selepas PRU12 di umumkan....bagi saya itu hanya amaran permulaan...kalau masih tak sedar lagi..cukup penggal ini aje la UMNO bertapak...

akhir kata, buat sesuatu agar kembali maju dan aman..TUN teruskan menjadi suara rakyat...

shohimi sanusi said...

Tun, Teruskan bersuara. saya tetap menyokong!

OKK Pehin said...

YAB Tun,
I salute your frankness and point of views on the recent defeat of UMNO and other component parties of BN. I see no reasons why the present leader of BN blaming others for the sole defeat till loosing 4 states to the opposition? Abdullah should take the responsiblity gracefully and step down honourably and let the new take over.

All the best to you Tun and may god bless you.

KC said...

Tun,
Saya sokong penuh apa yang Tun perkatakan. Saya selalu cakap dengan kawan saya jadi "seorang pemimpin dan jadi seorang yang baik" banyak perbezaan. Malaysia perlu pemimpin yang tegas dan berani untuk menerajui kita ke alaf baru. Bila Pak Lah dilantik oleh Tun sebagai PM, saya tertanya-tanya juga apa yang Tun fikirkan.Pak Lah jadi "pengurus" bolehlah, nak jadi "CEO" dalam arena dunia yang begini susah sikit.Betul cakap saya, Pak Lah nampak memang pemurah dari luaran, tapi nak "lead" Malaysia untuk lawan bola dengan pemain dari Barat susah sikit. Nasi sudah jadi bubur, saya harap juga Pak Lah boleh dapat sikit ilham tentang masa depan diri amnya dan kepentingan negara khasnya. Satu saya nak tambah, kawan-kawan saya yang buat bisnes tak kira Melayu ,Cina dan India apabila sebut saja "KJ" marah saja, tak tau apa dah jadi. Saya juga marah "KJ" kerana cara dia cakap,sombong. Dulu saya jadi cikgu saya selalu nasihat anak murid saya "tak pandai tak apa, janji jadi orang yang baik". Apa lah jadi?

Kumaresan said...

TDM ,
First time visiting your blog and after reading your views about our PM and the recently concluded general election which saw 5 states gone to the opposition I think something is wrong somewhere which should be corrected immediately.I am your admirer and have a collection of your books plus your " Seribu Wajah Dr M Book " presented to me by my friend from RTM who knows Im your keen admirer although a non malay.The only regret I have till now is You should not have stepped down too early or you should have created a post of either Senior Minister like LKY of Spore before ( now Minister Mentor )or created a post of Advisor to The Government with Ministerial ranking. In doing so I am sure you can check and balance the present government.Its impossible to have a dynamic and creative thinking leader like you TDM. Keep on writing your views we are very eager to know and good luck and best of health to you and your family.

mfairy78 said...

kepercayaan ,amanah dan kejujuran adalah aset berharga untuk menjadi pemimpin ....

seorang pemimpin mesti berani mengaku salah sendiri selain berani menegak kebenaran ...

moga Dr.M terus membuat teguran membina

Matt Marzuki said...

Dear Tun,

I have a great respect for you as a leader. You have taken the country to a far greater heights than any current Muslim leadership ever has. I admire your vision and your perspectives especially regarding Islam and the Ummah.

However, the term 'practice what you preach' is a very difficult thing to do. Knowing what is right and doing the right thing takes a lot of courage and persistence to make it a reality.

Whilst Islam represents peace and tolerance, I see no effort by the Muslim leaders to follow this teaching, instead the constant bickering and fighting between us Muslims really puts a shame to the very name that stands for peace.

Why oh why Tun, have you gone back on your words? You have eloquently expressed your views and concerns regarding the Muslim Ummah and the challenges faced by the Muslim leaders in the 20th century (I read your lovely book on Islam and Knowledge).

Why are you constantly harping on the faults of the present leadership, regardless of whether they are truly incompetent or otherwise, when what we should do is to try and consolidate our strengths and downplay our differences like what our Prophet did 1400 years ago? He paid no attention to the detractors, the munafiqins as they are called, only to focus on what is the right thing to do to accomplish his goals. His struggles were to bring the four major kabilahs together when they were at war in Yathrib, then established Medina and hence take over Mecca by way of peace and tolerance. I believe that as a former and still a formidable leader, you could play the role of a mediator to bring our people together to achieve a single goal, i.e. tawhid, which is peace and harmony in Malaysia. Have you forgotten my dear Tun, what Islam is really all about?

Frankly I'm sick and tired of all these party politics and tongue-lashing. All it does is to bring down the Ummah to an even more sorry state than it already is. If history of Medina is to repeat itself, there may be another 'kabilah' to replace the present ones currently in fighting. Perhaps this is the sunnah.

I thank you Tun for giving me the opportunity to voice out my opinion, no offence intended. Do visit my blog whenever you're free.

Mahathir Marzuki.

sarah said...

Salam tun,

Kalah dah memang kalah, kena kaji sebab kalah, sekiranya seorang pemimpin sedar kekalahan sebagai ketua perlu dipertanggungjawabkan dan mengaku kesalahan adalah lebih diterima oleh rakyat dan bersedia menimbangkannya dari menunding jari kearah orang lain, seperti kata pepatah, percik air didulang terkena muka sendiri.
saarah hj ali bashah

Eelaine said...

Dear TDM,

The so called "pet" projects were great! And they were really good for Malaysia. Malaysia will be nothing without them. Just look at where we are now! Good job TDM.

You were a great leader!

It feels good knowing that the nation can "converse" with their ex-PM and what you have written are all so real which is good. I don't really find a point in reading newspapers anymore as they are all sugar-coated.

Looking forward to more of your writings!

Kundur's said...

Tok det,
UMNO masih releven cuma orang-2 dalam parti umno yang terlalu taksub dengan habuan, wang ringgit dan projet mega dari kepimpinan parti. wadah dan perjuangan umno sudah di lupakan. mereka hanya mengejar kekayaan dan impikan habuan yg besar... di sinilah berlakunya kejutan budaya yg amat besar dalam umno. Jika 62 tahun yg lepas ahli umno bertungkus lumus memperjuangkan umno dari malayan union , penjajah, jepun dan british, tanpa mengira habuan mahupun ganjaran... tapi kini segalanya sudah berubah dan dan terus di lupakan... inilah orang melayu yg selalu mudah lupa , bongkak dan tak sedar diri.... pada presiden parti seperti pak lah patut memikul tanggungjawab dan melepaskan segala jawatan dalam parti dan kerajaan... post mortem perlu di lakukan dengan segera.. ahli umno perlu punya pendirian yg tegas untuk menolak kepimpinan pak lah dan khairy jamalludin yg lemah....
"kita seperti anjing menyalak di atas bukit".........!!! jika ahli-ahli umno sendiri memilih untuk terus menjadi hamba kepada politik wang dan masih memilih wang ringgit daripada seorang pemimpin yg betul-2 memimpin, memperjuangan hak rakyat malaysia dan orang melayu... entahlah berbuih air liur sekalipun... semuanya akan di tentukan sendiri ahli umno untuk memilih di antara kaca dan belian........... UMNO MASIH RELEVEN DAN SAMA-SAMA KITA SELAMATKAN UMNO DARI TERUS HANCUR DAN ROSAK....

Unknown said...

Tan Ka Chuan,

check your fact 1st before making a statement, point 38 is a direct link to point 37. Nothing to do with PAS or DAP taking over.

All in all, HIDUP TUN!

Meor Hisham

Zulazri Kamarul said...

TDM,

saya mmg sokong abes laa..
pak lah nie keje nk tidur jer laa..
kalah PRU-12 salah kan org boikot lah aper lah..
keje nyer buat koridor sana buat koridor sini..
ntah aper dpt dgn koridor tue pn saya xpaham jgk laa..
neway, teruskan usaha tun dlm blog nie..
saya sgt menghargainya..


tunku abdul rahman = bapa kemerdekaan
tun abdul razak = bapa pembangunan
tun hussein onn = bapa perpaduan
tun dr mahathir = bapa pemodenan
pak lah = bapa mertua khairy?

Pak Usu said...

Selalu nyanyikan lagu ni bila resah tentang bangsaku.........


"anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap diarus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
peribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara"

S@Y@NGH@SNI said...

Tun yang dihormati,

memang benar telahan tun itu. bagi saya apa yang berlaku semasa PRU12 hanya ingin membuat pemimpin dalam BN sedar kerajaan pimpinan Pak Lah menyimpang dari hasrat rakyat. kita dah tahan dengan karenah Pak Lah yang cakap tak serupa bikin. Karenah anak menantunya yang mengaut kekayaan negara sedangkan rakyat dibebani dengan berbagai masalah kenaikan harga barang. Pak Lah dan konco2 mudah2 belanja wang negara untuk koridor2 yang tidak bermanfaat untuk rakyat. Rancangan pembangunan Pak Lah seperti orang yang bermimpi ngeri di siang hari. TOLONGLAH BACA APA YANG TUN TULIS INI. SEMUANYA BETUL INI ADALAH SUARA RAKYAT YANG PERNAH BERKUASA DAN BERJASA DI BUMI MALAYSIA. SELAGI DIA MASIH ADA HARGAILAH PENDAPAT DIA. PAK LAH, ANDA PERLU BERUNDUR DEMI RAKYAT SEMATA2 UNTUK RAKYAT.

al kerrango said...

apa komen kamu berkenaan artikel di Washington Times yg menyebut nama Badawi beberapa kali?

dheep said...

Saya bersetuju dengan pandangan Tun. Semua yang dibangkitkan adalah benar. Saya berharap Datuk Seri Abdullah akan segera bangun dari 'tidur'nya...

Born84 said...

salam Tun,
orang yang sanggup mengkhianati kepercayaan orang lain apabila diberi amanah adalah manusia yang keji dan pendusta.
Orang seperti ini apabila memegang tampuk kuasa tidak akan merasa ragu-ragu untuk menipu dan memungkiri janji pada rakyat.

Orang seperti ini berpura-pura mengamalkan cara Islami, mengimamkan solat jemaah dan merapatkan saf...tetapi hakikatnya mengkhianati Islam itu sendiri dan memecahbelahkan bangsa.
Tunggulah, balasan Allah itu tepat pada waktunya...tidak lewat atau cepat walau sedetik...

Sambil berjuang demi kebenaran,kita mesti berdoa kepada Allah swt...kerana janji kemenangan Allah itu tepat pada manusia yang benar....

Orang yang keji ini memandang rendah rakyat kita dan bangsa kita...kejayaan kerajaan selama ini adalah atas kebenaran yang disebelahi oleh kuasa Ilahi...kerana amanah dan tanggungjawab yang tidak pernah dikhianati oleh ketua tertinggi...

Namun, jika orang keji ini terus merasakan ia kebal dan menafikan hakikat ini...maka,adalah mustahil ia akan dapat melarikan diri dari balasan Allah...

Tun pernah berkata, 'setiap individu perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya'

Maka, sama-sama kita berdoa sambil terus berjuang melawan manusia keji ini....May Allah always be with all the brave ones such as yourself...amin

musyahir said...

Tun Mahathir,

walaupun saya tidak bersetuju dalam byk hal dgn DS Abdullah Ahmad Badawi, tapi sekarang, saya sangat tidak bersetuju dgn Tun. Sebagai seorang penyokong setia UMNO, saya dapati TUN ni seorang yg 'double satndard'. Apa yg disarankan oleh Tun pada zaman Tun dulu, kini Tun sendiri yg menentangnya. Tun ni sebenarnya manusia ker apa? Dah byk pemimpin2 UMNo yg berkaliber Tun dah cantas, hinggakan kini UMNo ketandusan pemimpin hebat. dah Tun nak punahkan pulak UMNO dengan mengapi-apikan rakyat. Walau apapun alasan Tun sekalipun, implikasi dari tindakan Tun akan memusnahkan UMNO. Saya dan keturunan saya tidak akan lupa perkara ini. cuma saya takut, bila Tun dah mati nanti, anak cucu akan kencing kubur Tun. Tun dah byk habiskan duit rakyat..tapi rakyat tetap sokong. Dulu saya punya setia dengan Tun 10000000%, kini -10000000% dah sampai ketahap benci! kalau nak ujudkan laman web ni utk hancurkan UMNo baik fikir sejuta kali. PRU12, Tun Mahathirlah antara penyumbang kemusnahan UMNO! Tun ni pemimpin besar, apa Tun cakap rakyat terima..tapi Allah lagi besar...ingat kita semua akan mati..

Unknown said...

Point 7 - Why we hate UMNO. It's a boarding school mentality. The youth's voices have gone unheeded. For years, elections around the world were influenced by the blogosphere, but you can't teach old dogs new tricks. Am I going to be chastised because I used the word dog? It's a common idiom. The educated ones should understand that this is an old adage. The uneducated ones, well.... read a book.

Point 9 - Totally agree. I wonder where this mentality begun. I'm just saying that it did not begin from Abdullah's days. But we're trying to stick to your article.

Point 10 - On the contrary, I think there are 300,000 ungrateful people who does not realize that the ability to vote for a government is one of the best rights a country/government can bestow upon their people.

Point 15 & 16 - An elitist is not really a good thing in national-stage politics. Being polarizing is a curse in politics, especially if one has aspirations to go on the national stage. KJ is both. Humility is truly a quality KJ should learn more about. He might be good for peringkat cawangan, but for the national stage, qualities to unite people is more obvious and important than anything. And again, he is as polarizing as anyone can get, that I could remember for the past 30 years.

Point 20 - Even my 60+ year old father also goes to the internet to get political scoops these days. Does UMNO think us Malaysians are stupid? We can read between the lines. A news bit that has been pushed to page 8 might be a hot topic on the internet.

Point 22 - Word. (It's a youth-slang, originated from Ebonics, for 'agreed' or 'yeah'. Example of usage: "I think I might not be that popular that I thought I was". Answer: "word..").

Point 23 - I can live without F1, Menara KL, Putrajaya/Cyberjaya (I work there - I wish the public transportation is better), KLIA (A smaller airport would suffice). Dan lain-lain.

Point 25,26,27 - This paragraph sounds personal. But it IS politics. You of all people, should know this. The compass for loyalty points towards those in power.

Point 31 - You've heard this before, but here it goes again - MV Agusta have not yielded any beneficial and SIGNIFICANT technology transfer since its acquisition. Pengeluaran AP has always been awarded based on network instead of merit. Landasan berkembar is too expensive. I agree with you on the other things, though.

And yes, I usually don't agree with your latter day policies or views these days, BUT, I REALLY DO AGREE that Abdullah Badawi has to bear the brunt of the loss of two thirds BN majority in the parliamentary elections. He is direction less and clueless. There are rumors that he gets his advise from elitists and polarizing people that are inexperienced and don't care about normal people like me. And you, these days, at least.

Regards,
Ezri KL.

freshgraduate said...

pada saya,undi rosak atau memilih parti pembangkang sebagai tanda protes adalah tidak wajar dilakukan.hal ini kerana kita tetap pada parti kita.utuh pada parti kita.tidak kira siapa pemimpin.memilih parti pembangkang menunjukkan kita tiada pendirian.namun begitu,hal ini terjadi kerana suara rakyat tidak diambil peduli.berat kes ini.lepas ni,minta tolong sangat-sangat kepada semua pemimpin negara,dengarla suara rakyat..

freshgraduate said...

pada saya,undi rosak atau memilih parti pembangkang sebagai tanda protes adalah tidak wajar dilakukan.hal ini kerana kita tetap pada parti kita.utuh pada parti kita.tidak kira siapa pemimpin.memilih parti pembangkang menunjukkan kita tiada pendirian.namun begitu,hal ini terjadi kerana suara rakyat tidak diambil peduli.berat kes ini.lepas ni,minta tolong sangat-sangat kepada semua pemimpin negara,dengarla suara rakyat..

Yan-t said...

Tun yang dikasihi,
Saya amat bersetuju dgn pandangan Tun.Petualang bangsa adalah Paklah dan Khairy. mereka berdua ni harus berhenti skrg juga jika mereka sayangkan UMNO. Usah cuba untuk berselindung di atas alasan nak memulihkan UMNO. Sebenarnya rakyat sudah nak muntah dgn telatah Paklah. Paklah harus tahu bahawa org melayu mula-mula akan mencubit di atas segala kesalahan yg dibuat, dgn harapan org yg kena cubit itu sedar dan tidak terus berkeras untuk kekal lagi... tetapi jika cubitan itu tidak dilayan... suatu tempeleng yg hebat akan diterima. Jadi, sedarlah Paklah... berhentilah... biarlah org lain yang mengubati UMNO. Kpd YBhg Tun, teruskanlah menjadi pelopor kami, kami perlukan Tun. Sayang Tun dan terima kasih.

akusicantikselalu said...

Salam Tun,

Saya kagumi Tun yang masih mahu meluangkan masa utk memikirkan negara dan rakyatnya ini walaupun masa & waktu ini boleh digunakan utk Tun merehatkan minda & diri. Tun jgn biarkan diri tertekan sgt nanti siapa nak guide us along the way?? You have to stay healthy and alive for us...for the country...saya selalu risau bila tgk Tun ke merata tempat buat ceramah...Tun jaga diri baik baik...semoga Allah limpahi Tun dengan rahmat dan kesihatan berpanjangan..

Saya cuma nak katakan DS Nazri tu tak lebih dari seorang "barua" yang tak tahu diuntung..bagaikan melepaskan anjing tersepit, dah ditolong kita digigitnya...DS Nazri Aziz tu lah anjing yang dilepaskan tu...sorry tu say lah...perangai tak serupa manusia....tak tahu hormat orang pun dia jugak...tak tahu berterima kasih pun dia lagi..mengampu jer pandai...sampai sekarang tak nampak lagi sumbangannya pada negara...
orang mcm ni pun boleh naik????!!!buang duit rakyat jer bayar gaji dia...

Ahmad Sahidah said...

Pandangan Tun nombor 13 bahawa wakil pembangkang tiada pendidikan dan berpengalaman adalah hujah yang lemah, sebab saya telah membaca profil mereka yang berpelajaran, malahan ada yang mempunyai ijazah PhD. Lagi pula, orang yang berpendidikan biasanya cepat belajar dan bekerja.

Tun adalah juga termasuk pemimpin yang gagal, kerana ternyata ada sesetengah rakyat belum mendapatkan perkhidmatan elektrik dan perumahan yang layak. Lalu, apa ertinya projek mega itu?

mata-mata pencen said...

Salam Tun,

Masa Zaman Tun dulu Tun tak pernah terfikirkah nak jadikan Malaysia sebagai hub halal dunia yang dikatakan mempunyai nilai pasaran bertrillion-trillion dollar. Sekarang semua orang bercakap pasal hab halal. Dalam laporan akhbar baru-baru ini dinyatakan bahawa Jakim tidak lagi menguruskan sijil halal tetapi diserahkan kepada Halal Development Corporation (HDC) untuk bagi sijil halal di dalam negara dan luar negara.

Dalam hal ini saya rasa Pak Lah lebih pandai dari Tun untuk cari wang dari kelebihan yang kita ada iaitu keluarkan sijil halal. Tetapi persoalan yang selalu saya fikir ialah macamana nak pastikan makanan yang diberi sijil halal oleh HDC itu terutama sekali di luar negeri tidak disalahgunakan atau dipalsukan.

Kita semua tahu negara seperti China, Korea, Indonesia dan Thailand memang pakar dalam hal-hal pemalsuan ni. Sekarang kalau mau beli kasut atau pakaian berjenama antarabangsa tak payah pergi butik di KLCC atau Mid Valley, kita boleh dapat jenama Versace, Armani, Hugo Boss malah jam Rolex pun dengan mudah di Petaling Street jadi apa susah sangat nak tiru sijil halal Malaysia. Kalau di Malaysia kita ada pegawai penguatkuasa KPDN untuk tangkap orang yang terlibat dalam pemalsuan ni tapi di luar negeri bolehkah Dato' Shahrir kerah pegawainya untuk buat tangkapan di sana katakan di China atau Thailand. Kita munkin boleh ambil tindakan undang2 ikut lunas antarabangsa tapi berbaloi kah? Di Malaysia pun kerap sangat orang tipu sijil halal. Apa komen Tun mengenai perkara ini dan mengapa Tun tidak terfikir nak jadikan Malaysia sebagai hub halal dunia semasa Tun jadi PM dulu sedangkan Tun saya rasa lebih dikenali di peringkat antarabangsa berbanding Pak Lah.

zainra said...

Tun,

Thank you for having done a lot for our nation.

I'm with your opinion that AAB must step down.

AURA JIHAD said...

Kaji cara lantik pemimpin negeri

PUTRAJAYA: Undang-undang yang ketinggalan zaman, khususnya berkaitan pelantikan pemimpin kerajaan negeri, wajar dikaji semula supaya tidak timbul masalah pada masa depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, kajian semula itu perlu kerana ada antara undang-undang negeri itu digubal pada awal 1900-an dan sudah tidak lagi sesuai pada zaman ini.

"Ada kalanya sesuatu perkara itu menjadi rumit kerana kita ada undang-undang yang ketinggalan zaman dan lapuk. Walaupun ia undang-undang lama, ia perlu dipatuhi kerana masih wujud. Jika ada keperluan memindanya atau jika ia tidak sesuai pada zaman ini, ia mesti dipinda," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pelantikan Menteri Besar Terengganu yang menyaksikan istana dan parti pemerintah tidak sepakat berhubung pilihan penjawat dan kuasa untuk melantik seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.

Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar Terengganu manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menamakan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk jawatan itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri menyatakan pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Idris, tidak kena dari segi Perlembagaan.

Ditanya apakah beliau sedang meneliti perkara itu, Zaid berkata: "Ya, sudah tentu... sebilangan Perlembagaan negeri digubal pada 1911, 1920... Saya percaya Peguam Negara juga sedang meneliti perkara itu, begitu juga beberapa kementerian. Kita perlu beri tumpuan kepada isu ini bagi mengelak konflik".

Bagaimanapun, Zaid menegaskan, perkara itu perlu diselesaikan secara rundingan bagi mencapai kesepakatan antara kerajaan yang memerintah dan pihak istana.

"Kita kena bincang perkara ini dan dapatkan kesepakatan bagaimana kita mengharmonikan harapan kerajaan demokratik dengan pihak istana. Jika ada konflik, ia perlu diselesaikan secara rundingan dan itulah yang perlu kita lakukan," katanya.

Mengenai perubahan terhadap badan kehakiman negara, Zaid berkata, Jemaah Menteri semalam mengulangi komitmen untuk melaksanakan cadangan itu dan beliau akan menyediakan Kertas Kabinet selepas kajian teliti, termasuk mengambil kira laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kesahihan klip video yang didakwa membabitkan peguam Datuk VK Lingam,

Beliau berkata, perubahan yang dicadangkan beliau itu bukan sekadar kosmetik tetapi secara dasar bagi memperkukuhkan badan kehakiman negara.

"Saya mahu melihat badan kehakiman diperkasakan dengan mereka yang layak dan memiliki strategi. Saya mahu melihat permulaan yang baru," katanya.

Ditanya apakah Kabinet sudah membuat keputusan berhubung saranan beliau supaya kerajaan memohon maaf kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, berhubung pemecatannya daripada jawatan itu pada 1988, Zaid berkata, pandangan beliau belum dipertimbangkan.

"Ramai lagi (menteri) yang lebih berpengalaman dan bijak daripada saya, kita kena tunggu keputusan," katanya.

Merujuk permohonan maaf Kerajaan Australia kepada penduduk pribumi negara itu dan permohonan maaf kerajaan Afrika Selatan kepada penduduk kulit hitam berhubung dasar aparteid, beliau berkata, ia bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan kerajaan.

"Ia adalah sesuatu yang boleh kita (kerajaan) lakukan, terpulang kepada pemimpin," katanya.

Ditanya apakah pentadbiran Abdullah atau Tun Dr Mahathir Mohamad yang wajar membuat permohonan maaf itu, Zaid berkata: "Anda tidak boleh mengharapkan Dr Mahathir untuk memohon maaf... pentadbiran itu sudah tiada lagi."

Mengenai Undang-Undang Antilompat Parti yang dicadangkannya, Zaid berkata, beliau belum mengemukakan cadangan terperinci kepada Kabinet.

Zaid juga berkata, beliau tidak berminat untuk memegang atau bertanding merebut sebarang jawatan dalam Umno.

"Saya menyertai kerajaan kerana saya mahu membantu. Saya hanya mahu tumpukan kepada tugas ini," katanya sambil menambah beliau sedar ada pihak yang tidak suka dengan pandangan beliau.

Sumber: Berita Harian 27/03/08

Ulasan:

Bila dah berlaku konflik, khususnya yang menjejaskan kepentingan UMNO, barulah timbul isu undang-undang sudah lapuk dan perlu diganti. Selama ini, undang-undang lapuk inilah yang diagung-agungkan dan Malaysia sering didakwa UMNO sebagai sebuah model negara demokrasi dan negara Islam terbaik, dengan undang-undang lapuk ini. Inilah pemikiran kelompok-kelompok sekular di dalam UMNO yang hanya hidup untuk meraih manfaat dunia tanpa mempertimbangkan dosa dan pahala. Mereka tidak pernah terfikir untuk menukar undang-undang lapuk ini dengan undang-undang Islam, namun mereka pastinya akan tukar dengan undang-undang yang akan memberi manfaat kepada UMNO.

Krisis yang belum berkesudahan di antara kerajaan persekutuan dan juga pihak istana negeri ini tidak lain adalah berpunca dari undang-undang warisan penjajahan British. Perlembagaan yang digubal oleh British antara lain menetapkan bidang kuasa di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Memang sudah menjadi dasar British yang kufur dan musuh Islam, undang-undang yang mereka ‘tinggalkan’ ini adalah bagi memastikan sistem kufur mereka terus dianuti oleh umat Islam. Bezanya, dulu merekalah yang menerapkannya secara langsung, kini, lebih buruk, ia diterap dan dipertahankan oleh pemimpin Muslim yang ada. Semasa pemerintahannya, British telah pun menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu sebatas menjaga agama dan upacara keagamaan sahaja. Hukum Islam hanya dibenar diamal dalam kes nikah kahwin, cerai, harta pusaka, penjagaan anak dan seumpamanya. Itu sahaja. Selebihnya undang-undang hendaklah dibuat sendiri mengikut suara majoriti, tidak perlu mengikut undang-undang Islam.

Begitulah natijahnya apabila berhukum dengan hukum buatan manusia, lompang dan keburukannya ada di mana-mana. Di dalam kes terbaru ini pertikaian berlaku apabila pihak istana mengguna pakai perlembagaan negeri Terengganu tahun 1919 untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai menteri Besar Terengganu yang baru. Manakala Perdana Menteri pula melalui bidang kuasanya sebagai ‘penasihat’ telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Menteri Besar yang lama. Situasi ini sebenarnya saling tak tumpah sewaktu pesuruhjaya British memerintah dahulu, di mana British (sebagai pemerintah) selalunya akan mengenepikan istana dalam soal pemerintahan.

Selama mana umat Islam itu masih berhukum dengan hukum Jahiliyyah, membuat hukum sendiri dan tidak kembali kepada Al-Quran dan Sunah, maka selama itulah perpecahan dan murka Allah akan tertimpa ke atas mereka. Firman Allah SWT,

“Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah akannya, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalanNya" [TMQ Al-An'aam (6):153].

rash said...

Salam Tun,

I hope u always be here with the Malaysians. Saya masih menganggap Tun adalah the Prime Minister. And I still looking forward to hear your good and intelligent answers when interviewed.

Take care of your health and hope to sit down and chat with intelligent people like u...

sham said...

Tun,

Saya bukan suka sgt dengan Pak Lah, malah saya juga meluat tengok cara dia memimpin. Lembik ,lembap, cuai, lalai dan pekak. Tapi, nasihat saya pada Tun, jgnlah jadikan blog ini medan menghentam UMNO/BN dan kepimpinannya secara terbuka kerana tohmahan ini akan menjadi senjata ampuh pembangkang utk memperdaya rakyat. UMNO/BN akah kalah teruk nanti. Sia-sia saja perjuangan UMNO/BN lebih 60 tahun. UMNO/Bn yg bersusah payah memakmurkan negara, pembangkang yg menangguk hasilnya! Tulis surat dan edarkan kepada MT..biar kita saja yg tahu bukan musuh!

Jgn hentam khairy byk sgt. Tohmahan perlu dibuktikan. Macamla jugak fitnah terhadap najib mengenai 'makan duit' RM500 juta pembelian kapal selam tu, sekarang dah terbukti semua tu fitnah, malangnya ia dah jadi bahan kempen PRU12 ..ramai rakyat dah tertipu! kalau benar diorg korup, repot jer kat polis dan BPR! Khairy sgt ditakuti pembangkang kerana kepimpinannya, tengok saja semua pilihanraya kecil sebelum PRU12, semua UMNO/Bn sapu bersih atas kepimpinan khairy.. pembangkang kecut dan cipta pelbagai isu untuk menjatuhkan kredibiliti beliau. Sila2 haribulan karisma Anwar pun boleh terlingkup dek karisma Khairy! Itu yg pembangkang x mahu dengar!

selain kutuk Pak Lah saja, kutuklah juga musuh utama kita iaitu pembangkang... jgnlah berdendam kesumat sangat sampai hilang kewarasan berfikir...biarlah akal yg menguasai kita bukan emosi..kerana emosi disertai syaitan dan iblis yg akan melunturkan nilai diri ...

呉 和豪 said...

Selamat pagi dan Selamat Sejahtera
Tun Dr.Mahatir

Sehubungan dengan kegagalan BN pada kali ini saya bercadang supaya fungsi parti komponent ditukar corak, misalnya MCA cuma berfungsi sebagai badan kebajikan dan tidak terlibat secara langsung nya daalam politik seperti SOKKA GAKAI di JEPUN . Ahli ahli MCA yang ingin menyumbangkan jasa mereka akan bertanding dipilihan raya , bertanding sebagai calun Barisan Nasional.Adakah model yang diamalkan SoKKA GAKAI dan KOMMEITAN di jepun itu pratikal dan relevan diMalaysia.Mungkin ada rakyat yang berketurunan Tionghua katakan saya "gila" atau pun "childish " " Gila" tetapi saya tak kesah.Kadang kalanya "Solution comes from silly ideal"

Tujuan saya menimbulkan soalan ini adalah bertujuan untuk memcari jalan bagi membentuk bangsa Malaysia.

Yang Ikhlas
GOH HOE HOE

Anonymous said...

Tun

Ayahanda umpama lilin yang memberikan cahaya kepada anak2nya.

Takbir semoga tuhan tunjukkan pak lah jalan kebenaran dan semoga UMNO kembali bersatu

4D KTM said...

Tun,

bagi saya kelantangan Tun mmg perlu tetapi jika kita perlu cari formula utk memastikan kerajaan BN akan terus berkhidmat utk negara.jika PR berkuasa habislah keistimewaan melayu...

lanunlawak said...

saya tak pernah setuju dgn ba.. tapi untuk menyedarkan bn sekarang, saya dgn berat hati terpaksa lakukannya.. what else can i do to voice out my ketidakpuasan hati ? walaupun ada perkara yang tidak elok pada zaman tun, tetapi lebih banyak kebaikan dr keburukan .. and i was proud to be malaysian because of u, tun ! tapi sekarang .. ? sedih sesedihnya dgn kepimpinan yang ada... sigh .. tell me what should i do ????

Unknown said...

kenapa tidak tun je yg jd PM
tun da letak jawatan senang la ckp
tun kan org melayu
saya pun melayu
tun jgn la kate semua org umno camtu
ambil yg keruh buang yg jernih
bantu MELAYU
ni tanah kita.. xde pulak tun memperkatakan ttg pembangkang
tun rindu ke begelar PM??!!
blog sebegini untuk tun kemukan pandangan
bukan perasaan

Unknown said...

Sir, I miss your long speech. Anyway, I dont mind reading ^^

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr. Mahathir Mohamad, anda insan yang istimewa. Melihat kepada jumlah dan mutu pos yang diterbitkan di blog ini, barangkali bukan senang kedapatan kelak bekas Perdana Menteri Malaysia selepas ini yang pos sepertimana ini, dengan mengambil kira usia, waktu, dan komitmen, serta lelain faktor yang sedikit sebanyak menjadi kekangan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketika mengendalikan program latihan, saya sering bertanya kepada para peserta, siapakah Pemimpin dunia yang anda kagumi? Jawab mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Siapakah Pemimpin Malaysia yang anda kagumi, jawab mereka tetap sama, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Soalan ini berlanjutan lagi dengan tujuan agar peserta faham akan sifat atau dengan izin (kenyit mata!), *character* baik yang menjadi kekaguman seseorang terhadap orang yang lain. Kemudian kami bersama telah senaraikan sifat baik yang molek itu yang ada pada manusia, supaya setiap mereka juga dapat hidup sebagai insan yang dikagumi. Di kalangan rakyat memasing tahu siapa pemimpin sebenar mereka. Pada 2004, saya hilang minat. Namun, minat timbul semula selepas 8 Mac 2008. Khususnya suara Tun Dr. Mahathir Mohamad akan pemimpin dan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Saya jangkakan ketika itu, hanya ada dua orang sahaja di Malaysia ini yang berpandangan begitu. Namun setelah merata saya melawat blog dan mendapatkan maklumat dari pelbagai media alternatif, serta berbual dengan orang muda dan mak cik tak peka politik, jelas ketara suara yang sama perihal Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin dan kepemimpinannya. Semalam anak ketiga pulang dari kampus, bercuti. Saya tanya dia, "kenapa tak terus balik?" Katanya ada kursus khas di kampus. "Kursus apa?" saya bertanya lagi. Maka diapun berceritalah. Saya mendengar, dan mencelah sikit ala-ala aksi Yang Berhormat dalam Parlimen sekarang, dan kemudian saya pula bercerita. Hairan dia, sejak 2004 bapanya tak pernah sentuh langsung bab yang ini, tetapi di 2008, tetiba tak putus pengkisahannya. Kami bersetuju, apa yang dia tahu, saya tahu, apa yang dia tak tahu, saya tahu. Malam itu, dari Perlis hingga ke Terengganu sampai ke Sabah, penceritaan saya kepadanya. Kemudian, katanya, "walaupun berhari-hari lamanya, ceramah demi ceramah dilangsungkan, menyentuh nasib dan masa depan bangsa kita, tapi hampir majoriti mahasiswa mengutuk Pak Lah". Kami tersenyum faham. Barangkali mungkin gamaknya, ketika ini, pemimpin tertinggi UMNO yang duduk di Kerusi Perdana Menteri, masih yakin dan percaya, ada dua orang sahaja yang tak suka Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Okay ler tu! (dari AF), Orait (dari Raja Lawak Astro). Semoga yang lena tidor bangun dan bangkit segera, dan yang buat-buat pekak dapat mendengar, dengan izin, (wink!) not just hear but listens. Tak kanlah suara deraih Che Det, menghata, dia tak dapat dengaq jugaq?

atok said...

Wahai pemimpin umat melayu yang masih hidup, sedarkah kamu, yang kamu selalu membenarkan pendapat kamu dan menidakkan pendapat orang lain. Tidak kah terfikir oleh kamu wahai Pak Lah, Tun, Hadi Awang & Anuar, duduklah kamu semeja, selesaikan lah apa yang menjadi halangan demi untuk bangsa dan agama pengikut2 kamu yang melayu dan islam

M A Sabtu said...

YBhg Tun,
Semoga sihat dan terus ditajamkan pemikiran.

Saya bukan orang politik (dan tidak begitu berminat dengannya). Tetapi sanjung tinggi pemikiran Tun... sebelum menjadi PM, ketika meneraju kepimpinan Negara dan kini.

N3 ini agak menarik perhatian saya kali ini (untuk turut komen):

a. Ianya menjadi salah satu bentuk maklumat bagi mengimbangi lapuran media arus perdana - untuk mewaraskan dan mengajar rakyat berfikir (lebih lagi);

b. Kekalahan UMNO dan komponen BN mungkin berpunca dari "kerakusan" kepimpinannya.. namun Tun tidak langsung mengaitkan dengan "Faktor DSA dan PKR" - seperti mana persepsi umum /analisis PRU12.

c. Adakah Tun merasakan DSA dan PKR tidak relevan? Mungkin, kami juga ingin mendengar (N3 khususnya, walau pun Tun pernah buat kenyataan akhbar tentang "ancaman PR" terhadap BN) dalam tempoh terdekat, jika Tun merasakan ianya sesuatu yang perlu...

Tun sebagai 'penyambung suara rakyat Malaysia'

Salam.

JoeHarry said...

Salam YBhg.Tun & pembaca semua,
Saya tengok TV masa AAB beri ucapan ulangtahun UMNO, <10 saat aja, terus tukar channel. Tak tahanlah. Habislah negara kita dengan "PM" macam AAB. UMNO and BN is on the verge of irrelevancy very soon

Kumaresan said...

Salam TDM,
Saya tidak faham dan amat bingung dengan kata kata AAB kerapkali bahawa BN mencapai kemenangan besar dalamn PRU 12. Kehilangan 5 negeri kepada pembangkang adakah kemenangan besar ? Toling TDM beri komen.

USAMABENLADEN said...

Tun..

Sudahlah.. berhentilah mengecam dan mencerca orang lain... seolah-olah Tun orang yang perfect tanpa ada kesalahan...

Ingat pemerintahan 22 tahun bukanlah cemerlang sangat tetapi lebih kepada pembinaan masayakat melayu yg individualistik, materialistik, penting diri serta bongkak dan sombang..

Nasi baik kalah pada pilihanraya baru2 ini kalau tidak kerajaan takan dapat menebus dosa-dosa sepanjang pemerintahan Tun..

Ingatkan kubur agar Tun masih didoakan keaikan dipenghujung hayat Tun .. dan masih lagi Tun sempat bertaubat melainkan Tun bercadang untuk muflis di akhirat nanti..

Sedarlah Tun,,, Kembalikan kuasa pada mahkamah dan rakyat yang menentukan ataupun Tun harus bertanggungjawab mewujudkan generasi kepimpinan UMNO yang korup serta ditak boleh dipercayai langsung...

Sekian.. bawa-bawalah bertaubat.. Tun

USAMABENLADEN said...

Tun..

Siapakah PM pilihan Tun sekarang.. masih lagi Najib yang bermasalah moral dan etika tu???

HangLepat said...

Yg Bhg Tun,

saya amat sedih tentang isu siasatan berhubung Suruhanjaya video klip Lingam ini...

saya tidak sangka para pemimpin Umno sanggup 'melupakan' jasa Tun selama 22 thn memerintah.

saya sedar betapa suruhanjaya ini dibentuk semata-mata kerana Anwar Ibrahim.Mengapa perlu pentingkan Anwar lebih dari ahli Umno yg berjasa seperti Tun...

Saya berumur 29 thn dan membesar hampir seluruh usia saya dibawah pemerintahan Tun.sepanjang pemerintahan Tun saya selalu berasakan integriti saya sebagai seorang rakyat Malaysia sangat tinggi,dan sentiasa berasa yakin dan lebih baik dari bangsa negara lain,sehinggalah pada satu hari Paklah membatalkan Projek Jambatan Bengkok atas 'arahan' Singapura! moral saya sebagai seorang rakyat malaysia telah merudum ketika itu...Tun, Saya amat sedih dengan apa yg berlaku ketika ini di dalam UMNO diamana para pemimpin khasnya Dolah hanya memintingkan keluarga dan ingin menjatuhkan martabat Tun.

semoga Tun dikurniakan Allah kesihatan yg baik,amin.

saya akan tetap dibelakang Tun!

salam hormat
nizar,
kajang

Dr Chico the Great said...

Dr. M,

It's a shame that Pak Lah has no big projects to show under his belt. Most of the decisions made were very unfavourable and have cost rakyat a lot of money. Keep the promise and deliver projects to help the poor.

Let's move on and vote for a new PM. Khairy, Najib and Nazri is out of the question unless u want Malaysia to lingkup. Muhiddin Yassin perhaps?

ELYZZMODE said...

YAB Tun,

Kegagalan BN ialah apabila seorang PM terlalu lemah dan tidak bijak serta barisan Kabinet dan MKT UMNO terdiri dari kaki angguk dan kaki ampu seperti yang ada sekarang ini, maka segala dasar dan segala keputusan hasil daripada pemikiran pemimpin yang tidak bijak dan di’ia’kan oleh kaki ampu, kaki angguk, maka segala dasar yang dilaksanakan itu sama ada tidak menguntungkan rakyat ataupun tidak memberikan sebarang impact yang positif.

Rakyat tidak dapat merasa apa-apa dengan pimpinan yang ada sekarang dengan sebab itu janji-janji dan hujjah pembangkang kelihatan lebih menonjol dan menarik minat rakyat berbeza dengan semasa YAB Tun, rakyat keseluruhannya merasakan impact kebijaksanaan, kewarasan dan keberkesanannya secara yang amat positif.

Muhamad said...

Saya harapkan Chek Deh sentiasa sihat walafiat hendaknya. Teguran Chek Deh masih "power" dan dapat kiranya menegur pemimpin2 UMNO yang keterlaluan tersebut.

Ibu saya pernah bergambar dengan Chek Deh di Semerak, Kelantan dahulu dan beliau amat meminati ketokohan Chek Deh sebagai pemimpin.

Saya berpendapat anak Chek Deh (Mukhriz)layak untuk memimpin Negara, bersama-sama dengan DSAI, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Datuk Hadi Awang.

Ke empat-empat pemimpin ini termasuk Chek Deh adalah idola saya kerana pemikiran ke 4 pemimpin ini kalau di gabungkan akan menjadi MAlaysia ini negara yang terbaik di dunia, insyallah.

farhanah said...

Ybhg.Tun,

Saya sudah tidak percaya dengan pemimpin Umno sekarang ni,..amat berbeza dengan pemimpin Umno dahulu. Pemimpin sekarang berlumba-lumba untuk penuhkan kocek atau poket masing-masing. Ada seorang kawan memberitahu kepada saya bahawa mereka ni suka ke Las Vegas untuk berjudi. Satu hari tu saya sedang menonton discover channel yang menyiarkan suasana dalam kelab perjudian di Las Vegas. Dan percayakah anda bahawa diantara bilik yang diperlihatkan adalah bilik untuk konvesyen kerajaan malaysia dan apabila salah seorang staff di kelab tersebut hendak membuka pintu kelihatan seorang lelaki yang berdiri di depan pintu yang mungkin body guard menutup kembali pintu tersebut. Persoalan disini,..kenapa di buat di kelab judi Las Vegas...?

Laduni said...

salam Tun.

Bagi pandangan saya kegagalan ini disebabkan byk perkara yang pak lah buat.Kesilapan yang besar yang dilakukan oleh paklah ialah penjenamaan semula islam yg diperkenalkn oleh pak lah.. apakah islam yang kita warisi dr rasullulah tidak cukup baik?? perlukah konsep hadari ini diwujudkan??

Timbulnya konsep islam yang baru ini disebabkan oleh pemimpin itu sendiri tidak memahami islam yang indah itu.. Tidahkah islam mengajar kite untuk merujuk al quran dan al sunnah serta hadis sahih untuk dijadikan panduan untuk kite menjadi khalifah di atas muka bumi ini.. Tidakkah dia tahu al quran dgn rahsia2 diri dan tuhannya. Agama allah itu cukup sempurna, manusia yang tidak memahami dan mendalaminya. Apakah pak lah tidak faham apa yang dia baca dlm sembayang??? Adakah dia faham apakh yang dimaksudkan dgn mendirikan dan mengerjakan?? Apa yang dia buat ialah mendirakan sahaja tetapi tidak mengerjakan.. sebab itu lah diri nya di kuasai iblis yang memberi idea2, termasuklah iblis yang bertopengkan manusia... dia dinyayikan dengan lagu2 merdu sehingga dia terlupa apa amanah yang dipikulnya..

kerana bangsa ku bersuara said...

assalamualaikum Tun...

telah lama sy nak tgk blog tun ni...baru hari ni hajat tercapai...

tun...
sy setuju dengan rumusan yang tun nyatakan...
untuk pengetahuan tun,sy suka mengkaji sejarah2 perjuangan bangsa...sy kagum dgn tun. dan sy lulusan di dalam bidang civil eng.

sepanjang pengajian sy,sy mengkaji zmn pentadbiran tun... sy amat berbangga dengan cadangan tun pembinaan KLCC...pandangan tun dan idea tun sgt menarik dan luar biasa... jika semasa pembinaan KLCC,tun di kecam dan di katakan projek KLCC adalah sia-sia,tp sekarang lihatlah apa yang dapat kita nikmati skrg...

sy jugak mengkaji jambatan bengkok. idea yang tun buat amat hebat. sy rasa IR2 yang terdapat di Malaysia ni belum dapat menandingi kepintaran tun. tp sy terkejut apabila projek tersebut di batalkan. untuk pengetahuan tun sy salah seorg yang hebat berjuang mempertikaikan projek tersebut di peringkat kementerian. lupa dinyatakan di sini,sy juga terlibat dengan aspirasi universiti. di kesempatan yang ada,sy berjuang di dalam ruang yang ada. tetapi setiap kali sy akan di pandang rendah oleh 'konco2' KJ ataupun oleh 'konco2' dato adham ketika itu...
tp skrg sy akan bersama2 berjuang dengan perjuangan tun. jika ada kesempatan,sy akan mengikuti setiap ceramah2 tun. sy bangga dengan kewibawaan tun.

yang di hormati tun,

jika dilihat dengan rumusan yang tun buat,ia adalah suatu kenyataan yang harus diterima oleh pihak kerajaan skrg. tetapi entah bila mereka akan buka mata dan minda untuk melihat realiti sebenar.

disini sy berharap tun akan terus bersuara dengan negara tercinta.

Admin said...

Assalamualaikum Tun,

Tun telah menyenaraikan 33 perkara dengan jelas. Saya faham, setuju dan begitu juga pembaca2 yang lain.

What's next?

Tulisan & pandangan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan besar jika tidak ada tindakannya.

Saya tahu, jika segala yang Tun senaraikan itu tidak diperbetulkan dengan segera, PRU-13 bukan lagi undi protes tanpa undi memberontak.

Tun,

We need action.We beg for action. We are waiting for action.

pejuang said...

Akum Tun yang dihormati,

Saya kurang bersetuju komen Tun terhadap Pak Lah yang mengatakan byk yesman dalam kabinet beliau.

Seperti yang Tun sedar atau tidak, bukankah yesman ini telah ada sejak masan Tun berkuasa dahulu.Jadi, pada masa itupun ada jugak rakyat yang berani bersuara seperti Datuk Anwar Ibrahim dan konco2nys. Jadi mengapa pada masa Tun tidak mengambil tindakan.

Saya rasa rakyat lebih berani bersuara pada masa pemerintahan Pak Lah berbanding pada masa Tun.

Pak Lahlah yang telah membuat rakyat berani bersuara dengan mengurangkan kuasa polis.

Kekalahan PRU12, bukanlah kerana rakyat tidak menyokong Pak Lah dan BN, tapi lebih kepda protes sahaja (conclusion from argument/discussion with my friends whom are not lawyers by professsion).

terimakasih

Zack said...

Tun Dr yg sgt2 di minati sekali,
Saya dilahirkan di negara jiran dan memegang kerakyatan.Ibubapa saya berasal dari utara malaysia.Tetap saya merasakan saya ini seolah2 anak Malaysia, itu pun....kalau di beri kesempatan. Hati saya sayu bila mendengar BN Kalah di beberapa negeri. Sedarlah wahai saudara2ku........Bersatu Teguh ,Bercerai Runtuh. Jgn sampai negara Malaysia Jatuh ke tangan "org Lain" dgn cara terhormat. Saya sedia berkhidmat utk Malaysia. Saya percaya.......Melayu Malaysia Boleh.

Wan said...

Assalamualaikum Tun,
Saya membesar bersama perjuangan TUN selama 22 tahun,Tun adalah idola saya sebab Tun la saya mengenal erti berwawasan tetapi dengan Pak Lah saya masih tidak mengerti apa itu Islam hadhari..???harap Tun menjaga kesihatan Tun dan teruskan perjuangan Tun demi Malaysia dan saya sebagai rakyat akan terus menyokong Tun..dulu..kini.. dan selamanya!!.

Wan Shamsudin said...

TDM yang saya hurmati;

Saya bangga kerana Tun masih ada masa menulis dan membuat komen, kritik akan kepimpinan PM. Tanpa Tun, kami tidak ada pemimpin lain yang seberani Tun. Yang lain tu cuma Pak TURUT aje dan tunggu mengait buah yang masak, kalu tak masak, mereka akan peram kabait, agar dapat dijual dan mengaut keuntungan. Semoga Tun di beri panjang umue dan kesihatan yang baik selalu.

Anonymous said...

Tun Dr.M,

1) Saya memang tak setuju apebila Tun melantik Pak Lah sebagai Deputy apelagi sebagai PM yang ke-5

2) I think Najib Tun Razak is a better candidate

3) Tapi saya nak tau apekah sebab dan keistimewaan Pak Lah, apebile Tun melantik beliau? Takkan lantik suke suke kan?

4) Pak Lah totally opposite of Tun, dia lembik

5) So di sini saya harap Tun bole siarkan artikel, akan sebab kenape Tun rase bahawe Pak Lah boleh meneraju negara selepas Tun mengundurkan diri sampai terus beliau dilantik sebagai the 2nd man after you. Dan akhirnye selepas beliau naik, jadik bahan cacian dan maki hamun bukan saje dari rakyat tapi dari Tun sendiri

Salam,
Alex DeRoca
Rakyat Malaysia Musykil

Anonymous said...

Assalamualaikum Tun,

Pantun:

"Nazri memang biadap mulutnye,
Mungkin tak di ajar bapaknye,
Orang jenis apekah Nazri,
Dah lah tak kenang budi,
Di caci cerca lagi orang yang paling berjasa"

zafirah said...

salam.sebelum itu,sy ingin menegur komen2 yang ditulis.tidak wajar kita menudh sesiapa pengkhianat sekalipun paklah.sememangnya tidak dapat dinafikan,setiap pemimpin mempunyai trait yang berbeza.Mungkin paklah mempunyai keupayaan kognitif yang berbeza dengan tun.dan mungkin juga tun lebih dari segi pemikiran.kpd tempua,anda boleh dikatakan tidak profesional kerana anda berkata demikian sedangkan tun sendiri tidak pernah berkata demikian.Saya amat berbangga dng kepimpinan tun selama 23 tahun.dasar dan idea yang menarik bnyk diutarakan.trima kasih.malah,tun adalah idola saya.untuk pengetahuantun,saya telah menyimpan gambar2 koleksi kenangan saya bergambar dng tun.tidak dapat dilupakan.. berkenaan dengan apa yang terjadi sekarang,memenaglah barisan nsional nampak kritikal,tapi saya berhara ia akan dapat bertahan lagi.saya cadangkan kpd tun supaya berbincang dengan paklah secara terbuka atau tertutup untuk membantu menangan keadaan skrang.tun mesti ada idea yg bernas.itu saja...to be continued.tq tun, we love u!...

syamaidzar said...

TDM..
saya amat kecewa dengan apa yang berlaku pada pemimpin hari ini...kembalilah pada Al-Quran dan sunnah..Seluruh umat manusia mengharapkan kaum melayu menaikkan imej Islam..TDM mesti buat sesuatu..

syamaidzar said...

TDM...
Buka parti baru...buka landasan baru..jalan yang LURUS..Cari pemimpin yg iklas berjasa pada rakyat..bkn kerana projek,harta,wanita,dan lain2..sy percaya masih boleh diperbaiki sblm terlambat..

adija said...

TDM,
SAYA AMAT BERSIMPATI ATAS APA YANG DILAKUKAN OLEH PAK LAH DAN KUNCU-KUNCUNYA TERHADAP TUN...DAN PALING MEMBUATKAN SAYA TERKEJUT KERANA TUN KELUAR DARI UMNO,KERANA KEDEGILAN PAK LAH IBARAT SIKUDONG MENDAPAT CINCIN. SEKIRANYA TUN INGIN MENUBUHKAN PARTI BARU, SAYA DAN KELUARGA TURUT MENGIKUTI JEJAK TUN DAN MUKHRIZ, BIARLAH PAK LAH DAN KHAIRI YANG SOMBONG DAN BONGKAK AKAN TERLUNGKUP DENGAN PARTINYA...

D-GATE said...

askum TDM.

saya tau ape yang TDM buat adalah betul.
saya tetap akan lawan.
im with u TDM.
Pak Lah lemah dalam pentadbirannya.Tiada idea yang baru dan sehebat TDM.

ahmaad albab said...

salam hormat tun dan keluarga
pada sy, yg lebih dirunsingkan ialah kegagalan umno
kebanyakan pemimpin umno skrg lebih memikirkan masalah barisan lebih dari masalah umno itu sendiri
that is why we lost faith in umno
the organisation that we love most and the only that we can rely on
but suddenly only looking for others problem than our own problem
kabinet pak lah byk mengampu dari buat kerja
we youngster always love umno
but if umno is not reliable anymore
we will united and form another organisation that really care for us malays....
like u always say tun,
if the feet is infected,
its better be cut off to ensure we survive...
tun, u r the greatest leader and worth to be follow
all the love n prays...

ahmaad albab said...

i am one of the youth in umnowill follow your footstep to leave umno if its the best for umno n malays

johnariff said...

TDM
Saya sebenarnya belum mengenali politik dalam erti kata yang sebenar. Namun pemerhatian saya menyatakan bahawa sememangnya DSAAB tidak akan setanding TDM untuk memerintah malaysia.

Apa yang saya ingin katakan sebenarnya ialah budaya yes sir di kalangan kabinet dan orang kanan DSAAB pada hari ini.

Saya pernah bercakap secara terus dengan MP tempat asal saya baru baru ini. Katanya dia sendiri mengakui yes sir sebagai anggota kabinet semenjak era TDM lagi. Namun sebenarnya bukan yes sir kerana menjadi penurut, sebaliknya kerana taat pada pemimpin, setia kepada parti, dan mendaulatkan malaysia.

Rasanya pesanan yang ringkas ini akan dapat memberi satu persepsi yang baru tentang budaya yes sir dalam umno dan juga malaysia.

Salam penghargaan yang amat tidak terhingga dari saya untuk TDM dan keluarga. Semoga negara kita akan terus selamat, aman, makmur dari dahulu, kini, selamanya.

love m`sia said...

TDM
Akum, saya sangat bersetuju dengan
tindakan Tun keluar daripada parti kerana bertujuan meenyedarkan orang2 yang sedang dibuai mimpi indah tanpa menyedari keadaan semakin tidak terkawal. Beberapa perkara yang sepatutnya dilaksanakan untuk kepentingan rakyat telah diabaikan, maka dengan itu rakyat telah menyatakan pendirian mereka pada PRU12 baru2 ini. Tetapi malangnya kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab tidak menyedari kelemahan malah mula menunding jari ke arah orang lain atas kegagalan tersebut. Tun telah memulakannya, wahai orang2 melayu yang masih ingin melihat UMNO akan terus mekar di hati rakyat, renungkanlah arah tuju UMNO sekarang dan sekiranya tidak betul buatlah tindakan yang sewajarnya. Berani kerana Benar untuk negara yang tercinta.

Rini said...

I m followed the malaysian politician from the beginning.I proud of u Tok Det.Bcouse of 'u' Malaysia bcome a respected country in the world. And bcouse ur leadership....all ppl here live in harmony.And ur name always respected not even here in this country but 'outthere'. I wanna say here'MALAYSIA IS NOTHING WITHOUT U'
Semoga Allah berkati Tok Det. Amen.

Dekla_83 said...

Assalamualaikum Tun,
Saya dilahirkan zaman era pemerintahan Tun yang begitu unggul sekali pada saya. Zaman tersebut telah pun berlalu dan tidak mungkin akan dirasai oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang melayu... saya merasa adalah orang yang paling sedih setelah mengetahui perletakan jawatan Tun pada ketika itu. Pada tahun 2004, setelah Pak lah menjadi PM, beliau telah melawat universiti saya dan ketika sesi soal jawab dengan pelajar, Pak Lah seolah-olah tidak bersedia dengan jawapan yang diharapkan oleh kami, malahan jawapan yang diberikan tidak tepat dan tergantung....... Pada ketika itulah, saya merasakan adakah orang sedemikian PM malysia yang menggantikan Tun?
Walaupun pelbagai isu melanda Malaysia terutamanya sentimen perkauman yang jelas dibangkitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, seharusnya orang Melayu harus bersatu ...... tetapi itu tidak berlaku, malahan orang melayu telah berpecah kepada 3 suku iaitu berfahaman Pas, UMNO dan PKR.......Jadi kita renung-renungkanlan bersama......saya tidak mahu generasi akan datang tidak dapat merasakan sebuah negara yang merdeka dan diperintah oleh BANGSA MELAYU sendiri... Saya sendiri tidak mahu bangsa Melayu merempat di tanah air sendiri... cukuplah ianya berlaku di Singapura yang mana azan tidak boleh dikumandangkan....... nauzubillah......

Anonymous said...

Tun
Sebagai generasi baru yang terdedah kepada 'dunia tanpa sepadan' dan membesar di bawah kepimpinan Tun, saya AMAT menyokong kata - kata dan pendapat Tun.
Saya sentiasa mengikuti perkembangan Tun dan rasa amat kecewa bila "mereka" ini bersikap seperti "melepaskan anjing tersepit" terhadap jasa - jasa Tun.Paling menyedihkan isu jambatan S'pura dimana Tun dihina oleh mereka yang dulu menyokong penuh kepimpinan Tun.Betapa biadapnya "orang itu".
Sekarang banyak agenda untuk kepentingan rakyat diabaikan,isu2 perkauman digemburkan di surat khabar (umum sedia maklum...semuanya baik belaka, hakikat sebaliknya) pembangunan yang membazir tanpa keuntungan jangka panjang (kecuali untuk ahli keluarga dan seangkatan..inikah pembangunan?)dan banyak lagi. dan PRU lepas menjelaskan segala2nya apa yang terbuku di dada rakyat yang melihat kelemahan kepimpinan Pak Lah yang terlalu lemah. Tiada ketegasan dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan negara, bangsa dan agama.
Harap Tun dapat membetulkan keadaan sebelum semuanya terlambat..Saya akan sentiasa menyokong Tun kerana tanpa Tun, rakyat tidak dapat menikmati kemajuan seperti hari di tanahair tercinta.

halim said...

Saya bersetuju dengan apa yang Tun tuliskan. Tetapi kita juga jangan terlepas pandang bahawa sikap yang ada pada pemimpin UMNO yang bertaraf menteri keseluruhan nya telah merasa diri mereka terlalu selesa dengan kedudukan mereka, mereka telah terlepas pandang suara ahli ahli dan rakyat, ada kalanya mereka memberi statement yang terlalu meyentuh hati dan naluri ahli dan rakyat. Rakyat menyimpan dendam dan mebalasnya semua membuang undi. Walaupun semua tahu pembangkan bukan nya kuat dan segi pengaruh, tetapi kemenagan pembangkang ada kerana suara hati rakyat.

Effei and Nadiah said...

dear tun,
i have always admired your 'kelantangan' in giving opinions. Malaysia needs more great leaders like you to become more prosperous and recover from this political mess.
i salute you, Tun.
every post here is very informative.

Anonymous said...

tun,
saya sayang tun.. tun la bapa saya, tun la pembakar semangat saya,

rizalaris said...

Semoga Allah S.W.T menyelamatkan Malaysia daripada kemelut yang sedang melanda negara di kala ini. Amin...

burn/2008 said...

Salam sajehtera Tun,

Benar kata pepatah yang TDM katakan dahulu ' Melayu mudah Lupa" ini yang terjadi kepada PM baru kita yang lupa akan jasa baik TDM terhadapnya. Macam tulah orang Melayu kita...seperti kacang lupakan kulit. Agama dibuat sebagai topeng sahaja..mana dia Islam Hadari yang dimegahkan olih PM. Buat Pak Lah... balik lah kepada ajaran Alquran dan Sunnah Nabi demi untuk kebaikan semua.

Sekian terima kasih.

Tulip biru said...

Salam TDM,

Apa yang Tun katakan memang ada kebenarannya...terus terang katakan bahawa terlalu banyak perbezaan antara Tun dan pak lah... apa yang saya tahu Tun seorang yang suka membaca dan menulis malahan ketika Tun bekerja sebagai doktor, Tun masih sempat mengarang buku berjudul 'Maly Dilemma' (kalau tak silap saya)...TDM juga seorg yang lantang bersuara sehingga kita disegani dan dihormati oleh negara2 luar....

Tapi pak lah.. alahai... sorry to say... saya banyak terima email layang yang menunjukkan gambar beliau sedang tidur.. dalam perhimpunan agung UMNO pun!!!!! Malahan bila ditanya soalan.. kebanyakan jawapannya seolah-olah 'jawapan tidak bertanggungjawab'...

Saya berusia 28 tahun... it means lebih separuh dari hayat saya membesar di bawah pentadbiran Tun.. terus terang saya katakan saya bangga dengan Tun kerana Tun banyak menaikkan nama Malaysia di mata dunia, baik dari segi ekonomi, politik dan kelantangan Tun bersuara..

Tun, teruskan bersuara, sedarkan mereka yang tengah 'tidur' di dalam BN dan Umno... kami sentiasa menyokongmu dari belakang... dan terima kasih kami ucapkan kerana Tun masih lagi mengambil berat tentang pergolakan dalam politik negara walau pun Tun sudah bersara....

jackomb, 014-8770410 said...

kadang2, seseorang pemimpin itu tidak mahu menerima adanya kelemahan diri. dan setiap manusia pasti ada kelemahan. tidak semestinya menjadi ketua negara 100% hebat. mana mungkin seseorang itu dpt melihat lubang hidungnya sendiri tanpa melihat cermin. dan org lainlah sebagai cermin utk diri kita.

hasrat hati Tun semua org tahu. tp buat2 tak tahu. biasalah, MELAYU MUDAH LUPA. HIDUP TUN....

Sky Angel said...

assalamualaikum,
pd pendapat sy... apa yg tjadi.. kita tak patut nk tuding jari kpd PM seorg diri...
semua org patut ada rs tanggungjawab thadap kekalahan parti...
perlu diingatkan.. PM sekarang.. adalah pilihan Tun sendiri..

Sab Sabrina said...

Salam Tun,

Kami, remaja-remaja, belia-belia dan anak-anak muda kat malaysia nie perlukan Tun lagi. Semakin hari, politik kat Malaysia semakin lemah lebih-lebih lagi dalam UMNO. Ke mana saja kami pergi, orang akan bercerita pasal politik sehingga mengabaikan kami ni(remaja tunggak negara). Semua orang sibuk dengan politik tetapi dalam masa yang sama jenayah semakin meningkat terutamanya di kalangan remaja. Saya tau saya tidak bijak berbicara tetapi hanya nak meluahkan rasa kesal atas apa yang berlaku pada pemerintahan sekarang. Saya juga kesal dengan perpecahan kaum Melayu pada masa sekarang. Saya harap Tun dapat kembalikan semangat bangsa Melayu terutamanya di kalangan remaja yang bakal jadi pemimpin negara pada masa akan datang.

-Kami sokong Tun Dr. Mahathir-

HazOne said...

Dear Tun,

I've read some of the comments in this blog and I could make a simple conclusion that most people who expressed their opinions in this blog are those who are totally and extremely supporting you fom behind.

I would like to say thank you personally to you because I appreciate for the development you have brought to all Malaysians and make us proud to be Malaysian.

But I have to be frank that as a Muslim Malaysian, I think you emphasis more on physical development which is not really good........As a Muslim you should know that Islam is the way of life but you did not take that idea to rule Malaysia.... That is your biggest mistake.....

About our current PM, Paklah, I think he is not too good but he makes me realize that he is much much more honest and I believe he will not abuse his power like what you have done before..... I am not saying that he is a good honest guy, but what i am trying to say is he is much better than you in terms of ruling the country.....

Whatever it is TUN, you must know one thing, you was my idol but u have shown your true color, now only i know who you really are....... you are not bad but you have just make a big mistake in your life.......... assalammualikum TUN.....

kitkat said...

Salam Tun,

I doubt the UMNO youth under if KJ get elected for the UMNO youth chief, what will really happen....
That guy from Oxford university when came back to Malaysia, starting he is smart and have leadership. BUT.... as time goes by, each time he said out things, everything is so racist. No wonder the MCA youth get angry..But what to do...UMNO as the BN chief want to do close meeting between MCA and UMNO. The next day we see in newspaper it is already settle. Is it so ? The grassroot people are angry when some people so arrogant speaking like he dont care about other races as well.

THE BN failure is due to failure to understand the need of other races. We are not questioning the Bumi right but more to understanding the needs of other communities.What the mean of independence after 50years if this communities right is still under
question ?

Please comment Tun...

vintageBabylicious said...

Tun,

kegagalan barisan nasional,
bukan mimpi tetapi realiti,
bagaimana kepimpinan Tun sebagai pemimpin x pernah gagal tetapi ini tidak perlu dijelas kan lagi,rakyat jelas tahu bagaimana ia terjadi,
yaa saya memang terkilan tiada sokongan dr mereka sewaktu Tun di kritik,di hina dan di salahkan...sememangnya MALAYSIA tidak tercipta kemajuan pesat jika bukan kerana TUN DR MAHATHIR...segala kemajuan yang Tun lakukan bukan MEMBAZIR malah banyak kegunaan,keistimewaan dan jelas sekali MEMBUAT MALAYSIA TERKENAL ...Tun adalah PEMIMPIN yang rakyat sedia maklum bukan setakat seorang pemimpin malah PEMIMPIN BIJAKSANA...saya akan menyokong kepimpinan Tun selamanya..

Sara said...

Tun, kami guru berasa amat tertipu dengan 6 insentif yang dikatakan sebagai hadiah hari guru pada 16 Mei.
Kami guru berijazah yang pernah mengajar sebelum sambung belajar kini menerima gaji yang kurang melebihi RM600 berbanding dengan kawan-kawan kami yang turut keluar maktab bersama kami dan masih lagi mengajar di sekolah rendah.
Kami sambung belajar dengan izin kementerian tetapi setelah rombakan gaji tahun 2007, semuanya telah menjadi terbalik.
Kini kami rasa amat tertipu. Kami sambung belajar dengan tujuan meningkatkan diri dan mendapat gaji yang lebih tinggi.
Kini kami menyesal kerana sambung belajar dan benar-benar rasa tertipu.
Kami telah merayu kepada KPPK dan kementrian agar masalah kami diberi perhatian. tetapi kami terus ditipu.
Saya tak faham bagaimana Perdana Menteri sanggup mengatakan 6 insentif yang rata-rata merugikan kami sebagai "hadiah". Kami betul-betul terseksa dengan tidak mendapat sebarang perhatian drp kerajaan. Nampaknya rayuan kami masuk ke telinga pekak selama ini.
Kini kami dah tahu semua ini adalah sandiwara semata-mata. Perdana Menteri benar-benar tahu kami terseksa dan merelakan kami terseksa.
Kami meliputi lebih daripada 10000 orang guru yang rasa tertipu.
Tun, kami terseksa. Kami hanya dapat menyatakan rasa puas hati kami di beberapa blog sahaja sperti ini :

http://yourwebapps.com/WebApps/db-view.cgi?id=97261

http://nutpkini.blogspot.com/

Kami tak tahu mengapa masalah kami tidak diberi perhatian.
Kini kami benar-benar berputus asa.
Siapakah yang dapat membantu kami?
Kesatuan KPPK dan Cuepacs pula ikut telunjuk PM dan kami terus diperlekeh.

Tun, tolonglah kami kalau boleh. Saya berasa penderitaan kami kurang sedikit setelah memberi Tun yang benar-benar prihatin.

terima kasih tun

saravanan

ys zue said...

Tun,

Saya dibesarkan di zaman pemerintahan Tun. Saya harap generasi seterusnya berpeluang menikmati kemewahan & kesejahteraan yang saya nikmati sepertimana di zaman pemerintahan Tun...

Kepada Pak Lah & MT UMNO, kami bukan generasi yang keliru, kami tahu apa yang kami mahukan. Cukuplah 2 penggal kesilapan! Kami berhak bersuara dan menyatakan hasrat kami. Ini baru sedikit amaran.

Harap Tun teruskan bersuara untuk kami.

Salam.
Zue

malaysian sabahan said...

TDM,

Saya percaya kesilapan TDM melantik AAB ada rahmat di sebaliknya. Umpamanya sewaktu TDM masih di tampuk pemerintahan, Keluhan kami dari Sabah tidak pernah di layan bahkan di cop sebagai anti persekutuanlah, anti semenanjunglah. Mujurlah sekarang ini AAB jadi PM sekurang kurangnya walaupun tidak di pandang serius sekurang kurangnya dia tidak menganggap itu sebagai anti itu dan ini.

wizetazia said...

paklah mungkin ada menerime habuan drpd singapura untuk menamatkan projek jambatan di johor sebelum menjadi pm lg.....(hanya kemungkinan)
kerana,hanya insan yg kurang pengetahuan mengenai ekonomi secara total sahaja yg akan membatalkan projek itu.....
jika projek itu diteruskan....mungkin, pada tahun depan, malaysia muncul sbagai tuan rumah kepada perlabuhan terbesar dunia mengambil alih kedudukan singapura....bayangkan nilai kecairan pendapatan yg akan msia perolehi apabila membuka jambatan di tambak johor....isu hak bersama singapura x patut wujud.....kerana ia berada di kwsan perairan msia....sy hanya berusia 19 pd ketika ini....
bygkan usia sy pd ketika jambatan itu dibatalkan.....walaupun masih muda pd ketika itu...sy masih sedar akan kerugian mega-bilion ringgit yg terlepas drpd msia....
bagaimana,seorang pemimpin berusia 60 tahun tidak dapat menimbang dan berfikir kerugian yg msia hadapi.....
isu takut kedaulatan msia tercemar hanya dibangkitkan oleh seorang pemimpin yang penakut dan tidak fasih dalam hak kwsan dan kedaulatan negara msia!!!!! sy lahir didlm zaman tun....pd suatu masa di era tun....sy pernah menyatakan....msia tidak akan mencapai taraf negara jepun pd waktu itu(2000-sy darjah6)sekiranya msia dipimpin oleh insan selain tun.....pd tahun 2003(tun megundur diri),sy mungkin adalah insan paling berduka cita dikalangan insan seusia.....
ikhlas drpd,yg terlalu menyayangi TUN

Chewan said...

Tun,

Ya,saya lihat segala projek2 Mega yang sepatutnya siap tidak berlaku,kelembapan projek amat ketara lebih-lebih lagi dengan Projek Landasan Berkembar dan beberapa projek Mega yang lain.Tidakkah kerajaan tahu kos pembuatan akan terus meningkat sekiranya dilewat-lewatkan projek Mega ini..kita bukan lagi akan rugi tetapi menampung rugi,lambat laun kemudahan ini amat memerlukan...dan rakyat tidak sabar menanti sesuatu yang baru,yang lebih Mega...dan mengujakan...selepas putrajaya,KLCC,KLIA dan sebagainya..Ia perlu cepat dan bersambung.Dasar dan tujuannya adalah sama untuk kepentingan rakyat...Isu sapa betoi tak penting..Apa yang rakyat nampak adalah pembangunan yang tampak...ini sebagai 'Landmark Negara'tiada pembangunan atau pembaharuan seperti ini maknanya tidak akan ada sokongan...ini kerana selama 50 tahun kita disajikan pembaharuan Mega.Jadi,taknak ikut cara ini...hadapilah,tsunami politik Mega yang mendatang..

Tun,
Terima Kasih Diatas Perubahan Mega ini kepada Negara dan Rakyat.

A.F.Mohd said...

assalamualaikum....

TDM,

1.Kalau dari awal teguran dr.m diterima dengan positif,umno tidak akan jadi begini.tidak seperti hari ini.Pak lah tidak rugi apa-apa kalau dengar ckp dr.m.
2.Buat ahli umno,sepatutnya memperbetulkan pemimpin.kalau sayang pemimpin.bukan melulu berteriak sokong...sokong...dan sokong...''tapi habuk.tak mengubah apa-apa.
3.Pada hari ini,tika saat ini,seluruh dunia ada masalah minyak,beras,dan tuhari tepung..barang naik.persoalanya,angin ekonomi kita sekarang ni mcm 'ikut'saja...seperti tiada usaha yang lebih baik.dulu tidak begini''
4.Kwn saya duduk Kelantan.Dia ckp 'habis',...dulu bn hampir menang tak buat apa-apa!!!skrg nak dapat balik...memang kirim salam boleh la..
5.Apa sebenarnya semangat yang dibawakan pm kita ni dlm UMNO???itu yang saya fikirkan ni......



Sekian..

Syareena said...

Akum Tun... Sy menyokong pendirian Tun malah kalau boleh nak Tun jd PM semula. Keadaan negara sejak Tun mengundur diri hingga ke saat ini amat membimbangkan. Bukan nak Mengutuk Pak Lah. Dia boleh di katakn seorang yang teramat tidak layak untuk bergelar PM.

Viroshan and Virtesh said...

Tun Yang Saya Hormati.
Salam Sejaterah. Tun Pada 6 mac 2008 sebelum pilihan raya 2008 Tun telah membuat satu Kenyataan bahawa Presiden MIC Dato Seri S.Samy Vellu tidak membuat apa pun kepada masyarakat kaum India.Tun saya suka menyentuh di sini , selama 22 Tahun Tun telah Merajui sebagai Perdana Menteri Malaysia.Begitu juga Presiden MIC Bersama Kebanet dibawa Tun.Soalannya ialah apabila Tun dapat tahu Presiden MIC Tidak Buat apa pun kepada masyarakat kaum India kenapa Tun tidak ambil tindakan terhadapnya.Kedua apabila Tun merasmikan Konvensyen MIC pada setiap tahun Tun dalam kata dasarnya mengatakan Presiden MIC adalah seorang yang berwibawa membuat banyak kepada masyarakat kaum India ini semua adakah tidak benar?Yang ketiga hari ini Sekolah Tamil dan Kuil berdiri megah ini semua sumbangan Siapa? Bagi pendapat saya Kekalahan barisan nasional dan MIC adalah salah satu faktor kenyataan tersebut Tun setujuh?

ExQS said...

Akum Tun....... Saya amat berbesar hati Tun mewujudkan laman blog sendiri.Sbnrnya sy amat merindui kpimpinan Tun. Apa yg sy phatikan, keadaan negara pd ms kini boleh dikatakan dlm keadaan yg amat tidak stabil. Sy amat tkilan Tun dikritik hebat apabila menegur kpimpinan Pak Lah. Kerajaan yg ada skrg mmg amat lemah dan tidak bdaya saing. Mr & Ms Yes Men menyelubungi kpimpinan negara skrg. Di harap Tun teruskan untuk menegur klemahan kpimpinan negara...

powercas said...

Assalamualaikum DR.M,

Sebagai seorang bekas pemimpin,semesti tidak mahu melihat negara yang dibangunkan selama 22tahun,dimusnahkan begitu sahaja.Tun telah membawa Malaysia ke satu tahap yang membanggakan rakyat Malaysia & dihormati oleh negara - negara yang lain.Jarang terdapat pemimpin yang betul - betul berkarisma & berani menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu dalam & luar negara.
Dibawah tompok pemerintah sekarang ini, saya tidak nampak kemana hala tuju negara Malaysia & juga perjuangan Parti Umno sekarang.

Tindakan Tun memang betul dalam menyuara pendapat dan pandangan kerana Tun memang berhak berbuat demikian kerana Tun telah banyak berjasa kepada negara,bangsa & agama.Jangan hiraukan pihak - pihak yang tidak tahu menghormati Tun kerana "Melayu Mudah Lupa".

Diharap Tun tidak putus asa dalam menyuarakan pendapat demi kebaikan semua & jaga kesihatan Tun.

Apa yang rakyat mahu??

Kami mahu satu kerajaan yang adil,saksama & tegas, jujur & ikhlas, bervisi, bebas kroni, mempunyai daya kepimpinan yang tinggi,pemimpin yang memainkan peranan penting dalam isu - isu luar negara seperti ekonomi, kuat & tahu buat kerja, dan tidak pandang rakyat sebelah mata.

Terima Kasih.

Viroshan and Virtesh said...

Tun Yang Saya Hormati.
Salam Sejaterah. Tun Pada 6 mac 2008 Tun telah membuat satu Kenyataan bahawa Presiden MIC Dato Seri S.Samy Vellu tidak membuat apa pun kepada masyarakat kaum India.Tun saya suka menyentuh di sini , selama 22 Tahun Tun telah Merajui sebagai Perdana Menteri Malaysia.Begitu juga Presiden MIC Bersama Kebanet dibawa Tun.Soalannya ialah apabila Tun dapat tahu Presiden MIC Tidak Buat apa pun kepada masyarakat kaum India kenapa Tun tidak ambil tindakan terhadapnya.Kedua apabila Tun merasmikan Konvensyen MIC pada setiap tahun Tun dalam kata dasarnya mengatakan Presiden MIC adalah seorang yang berwibawa membuat banyak kepada masyarakat kaum India ini semua adakah tidak benar?Yang ketiga hari ini Sekolah Tamil dan Kuil berdiri megah ini semua sumbangan Siapa? Tun boleh memberi penjalasan terhadap soalan soalan yang tujukan ini dengan saya .Sekian terima kasih Tun.

freedom said...

Selamat petang TUN,

Betul cakap TUN, kalang kala. Pemerintah atau or orang besar halus berfikir atau tahu apa akibat sesuatu yang dicakap atau dibuat.

Tetapi apa yang saya lihat, pemerintah buat salah tak ada tindakan mala dikatakan berani. Seperti apa yang dilakukan oleh Khairy.

Cakap TUN seperti apa yang kita tak berani cakap.

Terima Kasih TUN.

Unknown said...

TDM,

I've been very fed up with the current government and Pak Lah.
He has no leadership, leading the corrupted government with all his men. He is not capable and has no capability, mental agility and visions in improving the country economics, educational systems, country developments, living standard of Rakyat Malaysia and the peaceful of the country. He has triggered the tensions among races, brought in serious crime rates and etc. He and his men has cheated Rakyat Malaysia by covering all the dirty facts that he has invoked by abusing the power that Rakyat had entrusted on him.

I do hope Tun and those capable leaders can continue to fight for us and fight for the Rakyat Malaysia in ousting the Pak Lah, reforming the corrupted government and improving various systems and most importantly reviving the economics.

I'll always support capable leaders like Tun in governing and managing the country. I don't want to see our county to be perished and to be left behind comparing to others countries.

Readers, please be wise and far-sighted. I believe you all know well deep inside your heart that what kind of leader we really want.

Thanks.

triple33 said...

TDM,

Kebijaksanaan Tun dalam menyingkirkan Pak Lah amatlah kami harapkan...

PRU ke 13--BERSEDIALAH UMNO, PAKATAN RAKYAT AKAN MENUBUHKAN KERAJAAN..Apabila kerajaan di bwh pakatan rakyat...

-- Sultan yg juga ketua Agama Islam tiada kuasa lagi..KARPAL SINGH ptut dipancung..

-- Kemunduran ekonomi sprti Kelantan..

-- Ternakan Babi semakin banyak..

-- Objective mereka hanyalah utk tadbir kerajaan..manifesto NO 2.. islam N0 3..

Alfreedino Ahmad said...

Salam berhormat Tun,

Jangan risau Tun, kebanyakkan generasi2 skg ni lahir di era Tun. Kami membesar sepanjang Tun menjadi pemimpin Malaysia dan kami amat bersyukur terhadap pembangunan yg kami nikmati sepanjang zaman kepimpinan Tun.

Untuk pengetahuan Tun, ramai pelajar2 universiti pd waktu ni amat dahagakan ilmu politik yg banyak dieksploitasi oleh media hingga kami kabur politik Malaysia. Dengan adanya blog Tun, kami mampu mencapai dan menerima ilmu politik dr sudut yg lain yg mampu mengubah perspektif kami terhadap kepimpinan yg sedia ada.

Sebenarnya para mahasiswa ini bijak. Kami ada semua info yg Tun dah gariskan tentang kepincangan kerajaan. Cuma ada yg masih belum boleh mengundi. Tengoklah the next election, jika tiada perubahan di dlm kepimpinan UMNO bilamana mahasiswa2 ini sudah boleh mengundi, kita akan dpt lihat satu perubahan besar dlm kepimpinan negara. Para mahasiswa ini banyak membaca blog dan menimba ilmu melalui cyber. Kami mempunyai access yg besar utk mencapai maklumat. Kami juga tahu kepincangan kerajaan yg kuat tidur dan lemah.

We will see it on the next election. Lihatlah betapa muaknya rakyat dgn kepimpinan skg ni. 2008 dah tunjukkan kebencian rakyat, tp mereka masih pandang sebelah mata. Kegagalan mereka bertindak memperbetulkn keadaan skg akan menyebabkn mereka kehilangan segala2nya.

Orbee said...

Salam Sejahtera TDM,

Saya mengikuti komen Tun dengan penuh minat. Saya menyatakan pendapat tentang beberapa perkara yang telah dan sedang berlaku sekarang di negara Malaysia tercinta.

1. UMNO post PRU ke 12 - setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Orang Melayu terbukti dengan pepatahnya,"Sudah teratuk baru terngadah" Apa yg patut dipelajari? Sebagai parti majoriti Melayu,UMNO perlu berubah. Tapi ianya perlu pemimpin yang berwawasan. Pendapat Tun memang tepat sekali. Kita perlu barisan pemimipin yang "kuat".Pemimpin sekarang perlu menyerahkan kepada kepimpinan baru. Tapi saya rasa ini juga memerlukan input dari Tun sebagai peranan yang dimainkan olih LKY utk Singapura. Hanya Tun tahu erti sepenuh semangat dan matlamat Wawasan 2020 itu. Peranan Tun sangat diperlukan untuk membawa balik peranan UMNO/BN memimpin terus Malaysia. PR saya rasa masih belum pasti mampu memimpin Malaysia kerana pahaman & matlamat perjuangan PAS & DAP misalnya sungguh jauh bukan sahaja berbeza malah bertentangan pula.PKR pula berdasarkan lebih kpd sentimen dan tak berbeza pun dengan perjuangan Semangat 46 dulu. Akhir kata Malaysia masih memerlukan Tun untuk meletakkan Malaysia balik kelandasan dan kearah yang betul lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi dunia sekarang. Tun ada rekod terbukti kemampuan dan kejayaan Tun mengatasi masalah keawangan dulu. Saya dan ramai lagi rakyat Malaysia percaya Tun mampu dan patut dapat mengatasi acaman dalaman dan luaran setelah Tun mengakui kesilapan Tun memilih pengganti Tun. Kali ini Tun mesti berhati2. Sembayang Istikarah banyak2 bila nak cari pengganti yang betul. Semuga Allah izinkan Tun kembali memimpin negara sebagai penasihat pun memadai. Sebelum terlabat dan Malaysia hancur.
2. Perhubungan dengan Singapura - Di sini juga negara memerlukan kepimpinan Tun. Kalau tidak banyak lagi hak Malaysia akan hilang dikebas olih Singapura berdasarkan kes Pulau Batu Putih. Lepas ini Pulau Pisang pula nak jadi mangsa. Kalau tidak masakan kes-kes tertangguh masih belum selesai dan tak mungkin mahu diselesaikan. Kenapa tidak? Singapura tak kerugian dalam tuntutan Malaysia itu. Singapura tak perlu buat apa2 kalau dia tahu dia tak akan menang.Tapi Malaysia masih mempunyai sifat menghormati jiran. Tapi masih kita tak sedar yang kita hanya bertepuk sebelah tangan dan dipermain2kan. Memang betul Kata Tun dulu, kita patut teruskan buat jembatan bengkok yang akan menjadi sejarah sebagai lambang " sifat kejiranan baik " antara Malaysia dan Singapura. Singapura yang kononnya mempunyai kebebasan media berkempen ternag2 untuk menyokong "kejatuhan" Tun dulu dan mereka sungguh gembira bila ianya menjadi kenyatan dan Pulau Batu Putih adahlah hadiah pertama yang diperolihi dan ada banyak lagi yang hendak dirampas. Bila kah kita akan sedar mengakui sikap Singapura yang tidak patut diberi muka. Mereka akan terus membuat perancangan yang terperinci dengan sokongan antarabangsa utk menghalalkan segala tindakan liciknya dalam usaha jangka panjang untuk memperluaskan tanah pulau kecil tu. Kalau tak bolih ditambak, "dirampas". Cuba buat kajian berapa luas hartanah di JB telah dimiliki olih rakyat Singapura. Sekarang kita nak beri dia bebas berpeluang " menakluki" Johor dengan projek Bandar Iskandar? Kita hadiahkan permaidani merah utk mereka. Ini adalah sikap saperti menyediakan bantal kepada orang yang mengantuk nampaknya. Masih sanggup kita mengadaikan maruah bangsa dan negara kepada jiran yang "terhormat" itu? Adakah pemimpin Malaysia sekarang mampu utk menyekat perancangan licik mereka dan menghilangkan harapan Singapura itu? Saya kurang pasti. Kita mesti ingat kita bukan sahaja menentang Singapura tetapi negara-negara kuasa besar yang juga mahu "menghancurkan" Malaysia sebuah negara Islam yang maju. Tak ingatkah kita tentang sikap Singapura ketika krisis kewangan dulu. Tun lebih maklum tentang perkara itu. Dari ancaman dalaman pula, tak mahukah kita kira tingkah laku pemimpin kanan DAP terutama sekali LKS & KS terhadap Islam yang menjadi duri dalam daging kepada kita. Adakah Islam Hadhari bertujuan utk Islam diterima olih mereka? Wahai orang yang beriman, Quran telah memberitahu bahawa mereka ( kafir) tidak akan membiarkan kamu dalam aman melainkan kamu masuk dalam golongan mereka. Wahai kaum ku bukalah mata dan gunakan otak sebelum terlambat. Janganlah sanggup menggadaikan ini semua hanya semata2 kerana kuasa politik dan wang. Masih tak belajarkah kita keadaan yang masih berlaku di Pelastin. Saya sedih tapi apa yang saya dapat lakukan melainkan doa kepada ALLAH yang maha berkuasa dan belaskasihan.
Kalau ada yang sudi, berhubunglah untuk perbincangan selanjutnya. Selamat malam.

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, kegagalan Barisan Nasional semakin ketara, kerana kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Mahathir Mohamad pun tahu, betapa baru-baru ini lontaran RM 1 Billion oleh Abdullah Ahmad Badawi begitu sahaja kepada kerajaan negeri Sabah.

Senyap seketika di Sabah. Kurang sudah kelantangan seperti sebelumnya, yang saya sebut sebagai Sabah Frustration.

Walaupun tauk duit begitu bukanlah caranya, namun begitulah yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Bila bising, nah duit, pee main jauh-jauh!

Diharapkan ada accountibility dalam pengurusan jumlah wang tersebut.

Harapan kita lagi tidaklah kelak perlu pula satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk untuk itu.

Peleknya, setelah kedapatan wang tersebut kedengaran pengumuman pemimpin kerajaan negeri Sabah semalam, yang menyamai langkah kerajaan pusat pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Langkah jimat.

Langkah ini ada baiknya dan ada buruknya.

Buruknya pengurusan kewangan negara sekarang ialah, negara ada pengumpulan sejumlah wang, maka diurus perbelanjaannya dengan jimat supaya cukup dan berpanjangan.

Baiknya ialah, langkah jimat ini hanya dilakukan selepas negara membuat perancangan mengembangkan pendapatan negara.

Di Sabah, telahpun diumumkan potongan jenaka sambil lewa 10% dari elaun kerainan para menteri dan lain-lain yang berjawatan.

Sama sahaja, pusat dan negeri.

Kemudian, langkah jimat kerajaan Sabah, meliputi antara lain ialah pembekuan pengambilan pekerja baru, terkecuali yang teramat penting.

Akibatnya ialah pengangguran!

Adakah lagi kerajaan negeri yang ingin mengikuti langkah kerajaan pusat pimpinan Abdullah Ahmad Badawi, supaya kegagalan Barisan Nasional lebih menyeluruh dan lebih pantas berlakunya?

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, ada rakan di sini, yang merasakan kita ni komen macam-macam, Pak Lah buat derk jer.

Itu era kini, orang muda.

Era saya pula, Abdullah buat donno saja.

Di era Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, kami pun tidak tahu, apa perkataannya.

Maksudnya begitulah, pelbagai luahan disuarakan melalui ruang komen ini, tetapi Abdullah Ahmad Badawi masih belum letak jawatan.

Sementara kekal berjawatan, pelbagai pula yang diputuskannya; diputuskannya bersendirian, diputuskannya bersama individu yang berkenaan, atau diputuskan secara kolektif.

Untuk pengetahuan rakan kita...

Sememangnya ada Menteri yang berkenaan dengan perihal apa yang terjadi dalam bloggosphere ini.

Asalnya Menteri ini buat secara ad-hoc sahaja.

Namun kini Menteri ini lebih organize, terkecuali mereka yang terbabit masih merasa, blogging ini mengarutlah.

Pun begitu mereka buat juga kerja ini. Sebab nanti Menteri berkenaan bertanya. Apa pulak nak dijawabkan?

Oh, hari-hari Menteri ini bertanya.

Kelak, pasukan ini akan lebih mantap lagi berstruktur dan sudah bersedia untuk bertindak.

Pelbagai orang akan mengisi keahlian dalam pasukan ini.

Ini sedang berlangsung sekarang.

Dulu, soalannya senang sahaja.

Menteri akan bertanya:

"Ada depa hentam saya?".
Jawapan akan diberikan.

"Ada depa hentam kementerian kita?" Jawapan akan diberikan.

"Ada depa hentam Pak Lah?"
Jawapan diberikan.

Berikutnya ada juga lain-lain soalan khusus dan tambahan.

Jadi, rakan kita mungkin menyangkakan hanya kita sahaja yang lawat blog Che Det, ini, dan kita rasa bahawa kita sahaja yang komen.

Tidak begitu sebenarnya. Dari jumlah sejuta pelawat, kini akan mencecah 2 juta, maka bermacam motif masing-masing pelawat ada di sini.

Ada satu pasukan yang berada di sini sekarang, mereka tinjau perihal agama.

Satu lagi pasukan, mereka tinjau sensitiviti kaum.

Satu lagi pasukan, mereka tinjau perihal kelucahan.

Oleh kerana ini dikawal rapi, di sini, mungkin mereka anggap tak perlu lagilah serius meninjau.

Pun begitu, ada kalanya walaupun amat sedikit, ada juga komen yang terlepas.

Namun saya faham, komen di sini terlalu banyak dan berduyun-dutun datangnya, maka ada ketikanya terlepas juga.

Pun begitu, jumlahnya tidak ketara.

Still in control.

Adalah lagi pasukan mewakili parti dan pemimpin tertentu.

Serta lain-lain pasukan.

Barangkali Tun Dr Mahathir Mohamad belum berkesempatan, namun ramai yang belum menyedari, apa ertinya blog Che Det ini.

Biasanya, satu blog yang mudah, boleh bererti ianya sebuah majalah, atau suratkhabar, atau radio, atau televisyen.

Sebuah blog juga boleh menjadi sebuah parti, atau sebuah negeri.

Atau Organisasi terbesar.

Saya serahkan kepada kebijaksanaan Tun Mahathir Mohamad sendiri menentukan apa blog Che Det ini.

Pada saya, inilah satu blog yang istimewa, kepada orang seperti saya, dan rakan yang lain, rakyat, dan negara.

Namun kita boleh bergerak setapak demi setapak.

Jadi, kesan komen di sini, pos Tun Dr Mahathir Mohamad, tidaklah disentuh sebab semua orang tahu, media boleh pick up, dan blogger lain boleh cut n paste ad verbetim.

Namun komen, ada kesannya. Jika kita ingin memanfaatkan blog Che Det ini, fahami motif utama Abdullah Ahmad Badawi, InsyaAllah, pemimpin baru sudah boleh menerajui rakyat dan negara Malaysia dalam tempoh masa, blogger macam kita memainkan peranannya.

Pendek kata, panjang pun kata, kesan memang ada.

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, saya membaca kembali manifesto Barisan Nasional, PRu 12, di sini:
http://www.malaysiakini.com/news/78647
dan mendapati apa yang Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaannya sedangkan lakukan selepas PRU 12, berlainan jika pun tidak berlawanan di antara apa yang telah dijanjikan dulu dan apa yang sedang dilaksanakan sekarang.

Gelombang Rakyat said...

Tun Dr Mahathir Mohamad, tentulah rakyat yang memangkah Barisan Nasional, lantaran itu Barisan Nasional mendapat undi yang membolehkan terbentuknya sebuah kerajaan sudah melebihi 100 hari, masih lagi ingat Manifesto Barisan Nasional.

'Selamat, Aman dan Makmur'

Sudahkah manifesto ini mula dilaksanakan?
Adakah manifesto ini berkesan?
Adakah manifesto ini berjaya?

Adakah parti UMNO selamat?
Adakah gabungan komponen Barisan Nasional selamat?
Adakah kerajaan sekarang selamat?
Adakah rakyat Malaysia selamat?
Adakah negara Malaysia selamat?

Adakah rakyat merasa aman?
Adakah demonstrasi kenaikan harga minyak petrol dan diesel diadakan seluruh negara, dan FRU yang bersedia dengan kelengkapan, itu aman?

Adakah rakyat dan negara Makmor sebelum PRU 12?
Adakah rakyat dan negara Makmor selepas PRU 12?

Apakah jaminan rakyat dan negara Malaysia, selamat, aman, dan makmor di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi?

Adakah Abdullah Ahmad Badawi dan keluarganya selamat, aman, dan makmor?

Adakah menteri kabinet Abdullah Ahmad Badawi selamat, aman, dan makmor?

Betulkah manifesto ini hanyalah cakap-cakap tak serupa bikin?

Orbee said...

Tun yang dihormati,
Saya percaya Malaysia hanya bolih diselamatkan olih Barisan Nasional yang mempunyai pemimpin yang bercalibre macam Tun. Masalahnya siapa sekarang?

PR tak akan berjaya dan tak bolih dipercayai kerana parti2 terutama sekali PAS and DAP yang mempunyai berlainan ideology saperti langit dan bumi.

UMNO sebagai tunggak kepada BN perlu melakukan perubahan yang drastik. Saya percaya perkhidmatan Tun, suka tak suka, masih diperlukan. Langkah pertama ialah "mengislamkan" permimpin2 UMNO yang selama ini sudah tersasar jauh dalam perjuangan UMNO yang asal, untuk Bangsa, Ugama & Negara. Bukan untuk kekuasaan politik, kekayaan peribadi dan arrogance.

Hanya Tun sahaja yang dapat melakukannya, bukan sahaja menghadapi tekanan dalaman tetapi yang lebih merbahaya lagi ialah campur tangan kuasa luar yang Tun lebih mengetahui.

Dalam keadaan tenat ini, Malaysia memerlukan doktor bukan diplomat.

Saya tak nampak pemimpin sekarang mampu untuk melakukan perubahan ini.

Amy Ikram said...

.comTun..
sejak saya sekolah sehinggalah saya bekerja.. saya amat mengkagumi Tun sebagai Pemimpin Negara... Tiada siapa yang boleh menggantikan Tun ..

«Oldest ‹Older   201 – 353 of 353   Newer› Newest»